Isnin, 5 September 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Siapa mampu cabar Kelantan?

Posted:

Siapa mampu cabar Kelantan?

Siapa mampu cabar Kelantan?

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Walaupun saingan Piala Malaysia bermula hari ini, juara Liga Super musim ini, Kelantan awal-awal lagi dianggap sebagai pilihan utama yang akan menakluk trofi Piala Malaysia sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lalu jika keseimbangan pasukan dan pengalaman menjadi ukuran.

Diletakkan sekumpulan bersama Johor FC, Felda United dan Sarawak dalam Kumpulan C, Kelantan berada satu kelas tersendiri berbanding ketiga-tiga pasukan tersebut dan tiket selaku juara kumpulan sudah pasti dimiliki Red Warriors sekali gus mengelak pertembungan awal dengan Terengganu di peringkat suku akhir jika skuad Peteh itu juga berjaya meletakkan diri sebagai juara Kumpulan B.

Biarpun kekuatan Kelantan sedikit terjejas tanpa kehadiran penjaga gol sensasi, Khairul Fahmi Che Mat yang menabur bakti untuk negara di pusingan akhir kelayakan Sukan Olimpik 2012, pengalaman penjaga gol kedua, Mohd. Shahrizan Ismail masih boleh disandarkan.

Kumpulan A mungkin memperlihatkan persaingan seimbang antara Kedah, Perak dan Sabah sementara Johor, wakil dari Liga Perdana dilihat sukar menyaingi kekuatan yang ada pada ketiga-tiga pasukan berkenaan.

Biarpun Kedah menjadi pilihan pertama dalam Kumpulan A, kemampuan Perak dan Sabah tidak harus dipertikaikan memandangkan kedua-dua pasukan itu mempunyai rekod baik tiap kali beraksi di laman sendiri.

Negeri Sembilan mungkin menjadi penghalang terbesar juara Piala FA, Terengganu yang berazam mahu menjadi juara Kumpulan B manakala PKNS selaku juara Liga Perdana dan Sime Darby mampu bertindak selaku pasukan kacau daun.

Terengganu pasti sedikit bimbang jika apa yang diperkatakan jurulatih skuad Rusa, Mohd. Azraai Khor Abdullah bahawa pasukan Negeri Sembilan yang bersaing di Piala Malaysia adalah sebuah pasukan yang berbeza daripada Liga Super.

''Masa saingan Liga Super, kami berdepan banyak masalah kecederaan pemain tetapi bagi menghadapi Piala Malaysia, semua pemain utama pulih daripada kecederaan termasuk Zaquan Adha Abdul Razak, Aidil Zafuan dan Ahmad Fakri Saarani.

''Fakri Saarani yang bergelut dengan masalah prestasi berjanji kepada saya akan kembali bangkit sambil tidak akan terlalu mendengar apa jua tanggapan peminat kepada dirinya," katanya.

Bersemangat mahu memburu kejuaraan Piala Malaysia kali ke-33, Selangor yang masih ketandusan sebarang trofi pada musim ini bakal dicabar hebat T-Team dalam Kumpulan D di samping kehadiran jiran Lembah Klang, Kuala Lumpur yang mahu mengulangi memori muncul juara tiga tahun berturut-turut dari 1987 hingga 1989 dan pasukan underdog, PDRM.

Masalah ketiadaan penjaga gol berwibawa selepas penghijrahan Mohd. Hamsani Ahmad ke Felda United dan penggempur terhebat Harimau Malaya, Safee Sali mungkin menjadi batu penghalang kepada cita-cita Selangor yang mahu menamatkan kemarau enam tahun kegagalan menjulang Piala Malaysia.

Terengganu dan Selangor boleh dinamakan sebagai pencabar terkuat kepada Kelantan yang berusaha mahu mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu, namun beberapa pasukan lain seperti Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan T-Team mempunyai ramuan untuk melakukan kejutan.

Tenis tarik diri sertai Sukan SEA

Posted:

Tenis tarik diri sertai Sukan SEA

Tenis tarik diri sertai Sukan SEA

KUALA LUMPUR - Pembangunan tenis tempatan menerima tamparan apabila Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) membuat tindakan mengejut dengan membatalkan penyertaan pasukan negara dari Sukan SEA Indonesia, November ini atas alasan tidak mampu memberi cabaran kompetitif.

Keputusan tersebut dianggap terlalu drastik memandangkan badan induk kebangsan itu sudah menghantar nama pemain pada mesyuarat pemilihan pertama Majlis Olimpik Malaysia (MOM), 27 Julai lalu.

Malah, LTAM juga sebelum ini sudah mengeluarkan jemputan kepada beberapa pemain utamanya, termasuk Jawairiah Noordin yang telah bersetuju untuk menerima pelawaan bertanding pada temasya 11 hingga 22 November ini.

Selain Jawairiah, 21, antara pemain yang disenaraikan LTAM, yang dijadual mengadakan sesi pemilihan pada 31 Oktober hingga 4 November ini adalah adik-beradik Boey, Adelle dan Alyssa serta S. Theiviya, anak bekas jurulatih kebangsaan, S. Selvarajoo dalam skuad wanita.

Si Yew Meng pula dijangka mengetuai cabaran lelaki bersama Ariez Elyaas, Deen Heshaam Tan Abdullah, Assri Merzuki dan Ahmad Deedat Abd Razak.

"Saya mengesahkan tenis tidak akan bertanding pada Sukan SEA tahun ini kerana LTAM telah membatalkan penyertaan semua pemainnya.

"Alasan yang diberikan mereka adalah pemain tidak mampu memberi cabaran kompetitif untuk memenangi pingat, memandangkan standard sukan tersebut pada Sukan SEA sangat tinggi,'' kata Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi.

Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas pada Sukan SEA, malah pada Temasya Laos, dua tahun lalu kita hanya membawa pulang satu gangsa menerusi acara berpasukan wanita yang diketuai oleh Jawairiah.

Biarpun peluang pemain negara untuk menandingi tiga kuasa tenis Asia Tenggara, Thailand, Filipina dan Indonesia dilihat sukar, namun Sukan SEA tetap menjadi platform terbaik untuk membangunkan sukan itu, apatah lagi pemain kita tidak mungkin mampu bersaing pada tahap kejohanan yang lebih tinggi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Kerajaan Pas Kelantan sahkan jemput Khairy-Mat Sabu berdebat

Posted:

Kerajaan Pas Kelantan sahkan jemput Khairy-Mat Sabu berdebat

Kerajaan Pas Kelantan sahkan jemput Khairy-Mat Sabu berdebat

KOTA BHARU 5 Sept. - Kerajaan Pas Kelantan mengesahkan telah menghantar jemputan rasmi kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk berdebat berhubung isu sejarah tragedi serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong yang menjadi kontroversi ketika ini.

Timbalan Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Baihaqi Atiqullah berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada kedua-dua pihak berkenaan melalui e-mel semalam.

Beliau berkata, pihaknya bercadang mengadakan debat tersebut di Balai Islam Lundang tetapi tarikh belum ditetapkan kerana sedang menunggu persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

"Kita belum mendapat jawapan rasmi daripada kedua-dua belah pihak. Kita akan maklumkan perkara ini selepas mendapat maklum balas daripada pihak berkenaan.

"Setakat ini Khairy secara tidak rasmi telah mengesahkan untuk hadir pada debat tersebut melalui laman twitternya manakala Mohamad tidak ada sebarang jawapan lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun sebuah portal propembangkang melaporkan Mat Sabu seolah-olah menolak jemputan itu dan telah menyerahkan soal debat tersebut kepada Pemuda Pas.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat dalam kenyataan akhbar hari ini, turut menawarkan diri bagi menggantikan Mat Sabu untuk meneruskan perdebatan tersebut.

SPRM diminta siasat Guan Eng

Posted:

SPRM diminta siasat Guan Eng

SPRM diminta siasat Guan Eng

Oleh LEE HOOI BOON
pengarang@utusan.com.my


Bangunan letak kereta bertingkat berhampiran Bukit Bendera, Jalan Air Itam, belum dibuka kepada orang ramai. – BERNAMA


PULAU PINANG 5 Sept. – Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat Bukit Bendera yang didakwa mempunyai unsur penyelewengan dan salah guna kuasa.

Pengerusi KITA negeri, Tan Tee Beng berkata, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa menyalurkan dana RM50 juta bagi pembinaan tempat letak kereta tersebut walaupun projek itu tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Sehubungan itu katanya, SPRM diminta menyiasat Guan Eng serta MPPP berhubung pelaksanaan projek berkenaan yang salah di sisi undang-undang.

"Bagaimana boleh tempat letak kereta ini dapat dibangunkan tanpa kelulusan rancangan pembangunan? Pada masa sama, kenapa pihak MPPP tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang pembinaan haram ini?

"SPRM juga perlu menyiasat bagaimana PDC boleh menyalurkan peruntukan RM50 juta kepada pihak berkenaan untuk membina bangunan haram ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di pejabat SPRM Jalan Sultan Ahmad Shah di sini.

Tee Beng menegaskan, pada peringkat ini, SPRM perlu mengesahkan sama ada pembinaan tempat letak kereta bertingkat itu mempunyai kelulusan rancangan pembangunan MPPP dan menyiasat dakwaan bahawa PDC menyalurkan dana bagi pembinaannya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, perkara itu harus disiasat segera supaya pihak terbabit tiada peluang untuk mengubah sebarang bukti di dalam dokumen sedia ada.

"Pada masa sama, saya bersedia bekerjasama dengan pihak SPRM untuk memberikan maklumat sekiranya saya dapat bukti yang baru dan kukuh," tambahnya.

Sementara itu, ditanya mengenai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, Tee Beng berkata, KITA telah menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif Pimpinan (JEP) yang akan mengkaji langkah serta strategi untuk bertanding di kerusi yang mampu dimenangi parti itu.

Katanya, ahli-ahli parti itu boleh memilih sesiapa sebagai calon, namun ia terpulang kepada keputusan muktamad Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


554 laporan terhadap Mat Sabu

Posted:

554 laporan terhadap Mat Sabu

554 laporan terhadap Mat Sabu

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menjulang komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong mengundang rasa marah pelbagai pihak apabila sebanyak 554 laporan polis dibuat sehingga semalam.

Sumber berkata, laporan polis itu dibuat oleh pelbagai pihak dalam tempoh sembilan hari sejak disiarkan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu.

Menurutnya, pihak yang membuat laporan berkenaan terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik, persatuan dan bekas-bekas anggota keselamatan.

"Laporan yang dibuat bukan sahaja tidak berpuas hati dengan kenyataan Mohamad Sabu (Mat Sabu) dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu, tetapi terdapat bekas anggota keselamatan yang tersinggung dengan tindakan ahli politik itu.

"Terdapat laporan polis menyifatkan kenyataan Mat Sabu sebagai beracun dan mampu merosakkan keamanan negara yang dipelihara sejak 54 tahun lalu.

"Berikutan itu, pengadu mahu tindakan tegas diambil terhadap Mat Sabu sebelum ada ahli politik lain yang memanipulasi sejarah demi kepentingan politik mereka dengan mengagungkan komunis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah sumber itu, hasil laporan tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

"PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung laporan polis tersebut sebelum tindakan lanjut diambil," katanya.

Mat Sabu dalam ceramah tersebut dilaporkan berkata, seorang lelaki Melayu, Mohamad Indera yang bersekongkol dengan 200 anggota komunis lain menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, sebelum membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi itu ialah hero sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

KDN pandang serius isu pertahan komunis

Posted:

KDN pandang serius isu pertahan komunis

KDN pandang serius isu pertahan komunis

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Kerajaan menolak dakwaan bahawa mereka bersikap sambil lewa dalam kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mempertahankan gerakan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, siasatan yang menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamad atau Mat Sabu itu.

"Dalam isu-isu sebegini, kita perlukan masa untuk menyiasat Mat Sabu serta pihak yang berkaitan sebagai saksi.

"Sudah semestinya kita mahu mengambil tindakan segera terhadap beliau mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada tetapi siasatan sedang dijalankan ketika ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan kerajaan bersikap acuh tak acuh dalam isu tersebut.

Dalam ruangan Forum di akhbar ini hari ini, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyatakan sikap kerajaan dalam hal itu merupakan kemuncak kelemahan dalam menangani isu yang berkaitan politik dan kepentingan negara.

Sehingga kini, kira-kira 554 laporan polis dibuat pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.

Ketika ditanya bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Abu Seman berkata, perkara itu hanya dapat ditetapkan selepas siasatan selesai dijalankan.

"Kita tidak boleh nyatakan lagi bentuk tindakan terhadap Mat Sabu kerana siasatan belum selesai dan yang pastinya akan ada tindakan terhadap beliau," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


MILF desak ubah pelan damai

Posted:

MILF desak ubah pelan damai

MILF desak ubah pelan damai

CAMP DARAPANAN, Filipina 5 Sept. – Kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina hari ini menolak meneruskan rundingan dengan pihak kerajaan sehingga kerajaan mengubah kandungan pelan damai.

Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim berkata, perunding mereka tidak akan bertemu dengan perunding kerajaan pada minggu depan seperti yang dirancangkan kerana berbeza pendapat.

"Dengan situasi itu, kami rasa tidak ada gunanya kedua-dua pihak mengadakan perbincangan," kata Murad yang berada di ibu pejabat MILF di pinggir bandar Cotabato, selatan Filipina.

Katanya, MILF akan meminta pengantara rundingan dari Malaysia untuk berjumpa kedua-dua pihak secara berasingan sebagai usaha meminta kerajaan mengubah suai pelan damai yang disifatkannya sebagai 'kerja sia-sia'.

"Ia merupakan satu keperluan bagi membantu merapatkan pandangan kedua-dua pihak dan mewujudkan suasana yang kondusif bagi rundingan tersebut," katanya.

Murad berkata, tawaran kerajaan pada bulan lalu ketika rundingan terakhir di Kuala Lumpur terlalu menumpu kepada pembaharuan sosio-ekonomi dan tidak mempedulikan permintaan MILF untuk mewujudkan sebuah negeri berautonomi untuk orang Islam di selatan Filipina.

"Kami perlu memastikan mereka faham masalahnya ialah masalah politik dan penyelesaiannya mestilah penyelesaian secara politik," katanya. – AFP

Kebuluran merebak ke Bay

Posted:

Kebuluran merebak ke Bay

Kebuluran merebak ke Bay


Seorang anggota kumpulan militan al-Shabaab memperkatakan sesuatu kepada seorang kanak-kanak Somalia yang beratur menerima bantuan makanan di kem Ala Yaasir kira-kira 50 kilometer daril Mogadishu pada 3 September lalu. - REUTERS


NAIROBI 5 Sept. - Kebuluran diisytiharkan di sebuah lagi wilayah di Somalia dan dijangka merebak lagi beberapa bulan akan datang, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

Bay di selatan Somalia ialah wilayah terbaru dan keenam dilanda krisis itu.

"Kekurangan zat makanan yang teruk dan kadar kematian telah melepasi ambang kebuluran di wilayah Bay," menurut satu kenyataan Unit Analisis Pemakanan & Jaminan Makanan-Somalia (FSNAU), iaitu sebuah projek PBB.

Kenyataan itu memberi amaran, kebuluran dijangka merebak lagi dalam tempoh empat bulan akan datang sekiranya tindak balas masih berada pada tahap semasa.

Kawasan Bay yang termasuk bandar utama Baidoa ialah kubu kuat militan al-Shabaab yang mengenakan sekatan ketat ke atas kemasukan bekalan bantuan ke wilayah yang mereka kuasai.

"Beribu-ribu penduduk sudah terkorban (akibat kebuluran), lebih separuh daripadanya kanak-kanak," tambah kenyataan itu.

Pejuang al-Shabaab berundur dari Mogadishu pada bulan lepas tetapi masih menguasai sebahagian besar selatan Somalia, kawasan yang paling teruk dilanda kebuluran dan kemarau. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Buat rempeyek secara suka-suka

Posted:

Buat rempeyek secara suka-suka

Buat rempeyek secara suka-suka

Oleh HARIS FADIAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


SUZI Sabtu menunjukkan rempeyek yang siap sedia untuk dipasarkan di sekitar Jerantut dan kawasan lain semasa musim perayaan Aidilfitri, baru-baru ini.


JERANTUT 5 Sept. – Rempeyek dan tumpi merupakan kuih tradisional yang digemari oleh masyarakat Melayu di negara ini kerana mempunyai keenakan tersendiri.

Kuih itu turut digemari kaum lain termasuk Cina dan India serta boleh dianggap sebagai kuih 1Malaysia.

Berdasarkan sejarah, kuih tersebut popular dalam kalangan masyarakat Jawa yang berhijrah ke negara ini hampir seabad lalu.

Justeru, setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, ramai pengusaha mewarisi pembuatan kuih tersebut kerana mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

Namun, tidak ramai pengusaha yang masih mengekalkan bentuk, mutu dan rasa asli kerana ia diubah suai bentuk serta ramuannya.

Justeru, sekumpulan suri rumah dari Kampung Koi, Hulu Cheka dekat sini memajukan kuih tersebut sebagai satu industri makanan tempatan.

Pengusaha Rempeyek, Suzi Sabtu, 37, berkata, perusahaan rempeyek di bengkel miliknya kini memasuki tahun ke-13 yang memberi manfaat menjana pendapatan sampingan khususnya membantu golongan suri rumahtangga di kampung itu mengisi masa lapang.

Menurutnya, sejak dimulakan pada 1999 dengan bermodalkan RM500, usahanya kini berbaloi kerana menjadi model usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di daerah ini.

"Peringkat awalnya, saya membuat rempeyek secara suka-suka untuk makanan keluarga dan jiran sahaja.

"Namun tidak disangka pula, rempeyek mula mendapat permintaan dan menerima tempahan pelanggan di sekitar Hulu Cheka, Damak dan Bandar Jerantut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, apabila sambutan yang diterima menggalakkan, Jabatan Pertanian dan RISDA memberi bantuan kewangan serta bimbingan sehingga membolehkan sebuah bengkel diwujudkan.


Antara suri rumah yang bekerja sambilan menyediakan rempeyek di bengkel Kampung Koi, Hulu Cheka, Jerantut.


Suzi berkata, perusahaan makanan itu bukan sahaja dilakukan memenuhi permintaan musim perayaan, tetapi menjadi rutin tetap produk tersebut memenuhi pasaran di daerah ini dan kawasan lain.

"Saya menceburkan diri dalam bidang IKS ini bagi menyahut seruan kerajaan iaitu untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar terutama di kalangan suri rumah tangga'' katanya yang kini mempunyai lima pembantu terdiri daripada orang kampung di situ.

Kini katanya, dia dibantu oleh lima suri rumah di kampung tersebut untuk menyiapkan tempahan.

''Ini antara amal jariah saya dalam membantu mereka memperoleh pendapatan sampingan dan mengurangkan beban keluarga berkenaan," katanya.

Katanya, setiap kali musim perayaan pendapatan bersih diterima mencecah RM10,000 sebulan berbanding pada hari biasa iaitu antara RM5,000 hingga RM8,000 sebulan.

Bagi seorang suri rumahtangga, Fatimah Mustafa, 28, berkata, sejak bekerja di bengkel itu beban perbelanjaan dapurnya sedikit ringan hasil upah bekerja di situ.

"Pendapatan juga bertambah apabila menjelang perayaan dan ketika banyak tempahan rempeyek dari luar," ujarnya.

Rakannya, Salana Jamikon, 37, berkata, bekerja di situ dapat membantu meningkatkan kemahiran cara membuat rempeyek kerana ia tidak semudah seperti yang disangkakan.

Katanya, pendapatan yang diterima dapat menanggung beban kewangan keluarganya dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan suri rumah kampung tersebut.

IKS mampu tingkat pendapatan suri rumah

Posted:

[unable to retrieve full-text content]JERANTUT 5 Sept. - Projek industri kecil dan sederhana (IKS) adalah antara mekanisme kerajaan negeri untuk meningkatkan pendapatan di kalangan usahawan tani dan suri rumah di luar bandar berasaskan produk pertanian.

Masalah air di Felda selesai

Posted:

Masalah air di Felda selesai

Masalah air di Felda selesai

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com


SHAHANIZA Shamsuddin (dua dari kiri) melawat projek muka sauk Loji Air Ulu Jempol di Ulu Jempol, Maran, semalam.


MARAN 5 Sept. – Projek muka sauk baru Loji Air Ulu Jempol dekat sini yang bernilai RM4 juta dijangka dapat mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi oleh lebih 10,000 penduduk di tanah rancangan Felda dan kampung tradisional di kawasan berdekatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, projek yang mendapat peruntukan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu membuktikan kerajaan prihatin dengan masalah rakyat.

Menurutnya, tindakan segera Perdana Menteri dalam menyalurkan peruntukkan itu juga membuktikan bahawa segala kesulitan penduduk mendapat perhatian kerajaan.

Katanya, loji tersebut yang dibina dipinggir Sungai Jempol sering tersumbat kerana dipenuhi pasir menyebabkan bekalan air mentah tidak dapat disedut ke tangki rawatan air bersih.

"Sebelum ini, masalah itu menyebabkan pengguna di Felda Jengka 2, Felda Ulu Jempol, Kampung Sungai Jerik, Kampung Jara, Kampung Kuala Sentul dan kawasan sekitarnya sering menghadapi gangguan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia selepas melawat loji tersebut di sini hari ini.

Menurut Shahaniza, loji yang dibina 500 meter dari tempat asal adalah lebih tinggi dengan menggunakan teknologi moden yang dapat membekalkan jumlah kapasiti air bagi menampung keperluan pengguna.

"Saya bersyukur kerana loji itu siap dalam tempoh dua minggu sebelum Aidilfitri dan berjaya mengatasi masalah bekalan air untuk dibekalkan kepada penduduk sekitar," katanya.

Mengenai masalah bekalan air di Felda Jengka 3, Felda Jengka 4, Felda Jengka 6 dan Felda Jengka 7 pada hari raya lepas, beliau menjelaskan berlaku kerosakan enjin pada Loji Air Jengka 3 hingga Jengka 7 di sini.

Tambah beliau, peningkatan berganda terhadap jumlah penggunaan bekalan air itu menyebabkan ia gagal menampung keperluan tersebut.

Bagaimanapun katanya, masalah itu dapat diatasi segera oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) cawangan Maran di samping penghantaran air menggunakan beberapa lori tangki ke kawasan kritikal.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pemuda miliki mercun didenda RM2,700

Posted:

Pemuda miliki mercun didenda RM2,700

Pemuda miliki mercun didenda RM2,700


MUHAMAD Hamka Abdul Rahim (tengah) di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 5 Sept. - Seorang pemuda didenda RM2,700 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki pelbagai jenis mercun termasuk 24 biji mercun bola tanpa permit yang sah pada hari raya kedua, Rabu lalu.

Muhamad Hamka Abdul Rahim, 25, dari Chabang Empat, Tumpat dijatuhi hukuman tersebut setelah mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki mercun berkenaan di hadapan Majistret Nur Zakiyah Shamsudin.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki bahan-bahan letupan tersebut tanpa permit yang sah pada pukul 1.30 pagi, 31 Ogos lalu di Jalan Pengkalan Chepa di sini.

Bahan-bahan letupan itu terdiri daripada sekotak mercun tertera tulisan rain beats banana mengandungi 24 biji mercun bola, dua bunga api iaitu colour wave w/silver tail dan red green & crackling tail, empat batang mercun roket space journey, lima batang mercun roket dancing ring dan dua batang alat pelancar mercun roket.

Menurut fakta kes, Muhamad Hamka ditangkap semasa pihak polis menahan kenderaan Toyota Hilux yang dipandunya dalam Ops Samseng Jalanan (Mat Rempit) pada tarikh tersebut.

Hasil pemeriksaan pihak polis menemui mercun-mercun berkenaan di lantai penumpang depan kenderaan tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nurie Ab. Rahman.

Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, Ahmad Nurie memohon supaya Muhamad Hamka dikenakan hukuman ringan kerana anak guamnya bekerja sendiri dengan pendapatan RM1,000 sebulan sahaja.

"Anak guam saya tidak ada rekod jenayah lampau. Ini kesalahan pertamanya. Sejak ditangkap hingga sekarang dia memberikan kerjasama yang baik dan pengakuan salahnya telah menjimatkan masa mahkamah.

"Saya juga difahamkan, mercun-mercun itu bukan untuk dijual sebaliknya hanya kegunaan anak guam saya dan adiknya, saya mohon budi bicara mahkamah agar anak guam saya diberikan hukuman ringan mungkin tanpa hukuman penjara. Saya mohon hukuman denda tidak lebih RM3,000," ujar Ahmad Nurie.

Muhamad Hamka dibebaskan selepas membayar denda tersebut.

Ahli perniagaan bebas tuduhan dagang dua wanita

Posted:

Ahli perniagaan bebas tuduhan dagang dua wanita

Ahli perniagaan bebas tuduhan dagang dua wanita

PETALING JAYA 5 Sept. – Seorang ahli perniagaan wanita berusia 47 tahun dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdagangkan dua wanita warga Indonesia, tahun lalu.

Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian tanpa memanggil How Ah Oong (gambar) membela diri atas pertuduhan tersebut setelah mendapati pendakwa raya gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Menurut Rozina, tiada sebarang laporan perubatan dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk menunjukkan bahawa kedua-dua mangsa telah dipukul atau mengadakan hubungan seks kerana pegawai penyiasat, Inspektor Hafiz Ahmad gagal membawa mereka ke hospital untuk pemeriksaan.

"Malah semasa soal balas terhadap mangsa kedua dalam kes ini, dia mengaku bahawa tiada bukti menunjukkan yang dia telah dipukul," katanya.

Selain itu, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kurungan salah terhadap kedua-dua mangsa kerana mereka tidak mengadu telah dikurung sewaktu kejadian dan pegawai penyiasat juga tidak dapat memastikan mangsa telah dipaksa melacurkan diri.

"Isu mangsa kerap keluar dari premis tersebut jelas menunjukkan bahawa kedua-dua mangsa tidak bercakap benar dan keterangan mangsa tidak konsisten antara satu sama lain," kata Rozina.

Beliau juga menyatakan, pegawai penyiasat terbabit memaklumkan terdapat lapan warga asing di tempat kejadian semasa siasatan dijalankan tetapi keterangan daripada mereka tidak diambil kerana kesemua mereka didakwa telah pulang ke negara asal.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Segalanya baru buat Tiara

Posted:

Segalanya baru buat Tiara

Segalanya baru buat Tiara

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ZAKARIA IDRIS

HANYA tinggal beberapa minggu sahaja lagi, tirai pementasan The Secret Life of Nora (Nora) akan dibuka di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur.

Ketika ini jugalah, gelodak hati wanita ini bercampur-baur. Teruja dan dalam masa yang sama dia cukup berdebar bagaikan menanti kelahiran bayi sulungnya.

Meskipun pentas teater bukanlah asing bagi Datin Seri Tiara Jacquelina, namun apabila membicarakan tentang Nora, serta-merta dia menjadi seram sejuk.

"Perasaan kali ini cukup berbeza. Bagi saya Nora ibarat permulaan segala-galanya buat saya. Meskipun sudah mementaskan dua teater muzikal sebelum ini, tetapi Nora benar-benar buat saya bimbang.

"Kebimbangan saya itu dari pelbagai aspek terutama sekali untuk mencapai kepuasan peminat yang dari awal lagi telah meletakkan harapan yang cukup tinggi.

"Saya bersyukur kerana Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLtM) dan P. Ramlee the Musical (PRtM) diterima baik sebelum ini sehingga berjaya membuka lembaran baru industri seni tempatan.

"Kerana itulah, saya dan seluruh pasukan Nora kini bertungkus-lumus bagi memastikan pementasan ini berjaya dan membawa ia setapak langkah lagi untuk menuju ke tahap lebih tinggi," luah Tiara penuh jujur dalam sesi fotografi eksklusif yang berlangsung di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk sesi fotografi ini, Tiara tidak keseorangan sebaliknya ditemani dua lagi pelakon Nora iaitu pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi dan penyanyi bersuara mantap, Adibah Noor.

Sememangnya cita-cita Tiara cukup tinggi dan sebagai penerbit serta pelakon utama Nora, dia begitu mengharapkan ia dapat diterima dengan baik oleh pencinta teater tempatan.

Atas alasan itu kata Tiara, semua pihak yang terlibat dalam pementasan itu sanggup berkorban cuti raya mereka semata-mata mahu menumpukan perhatian yang lebih untuk Nora.

Malah, sepanjang Ramadan lalu juga, mereka gigih berlatih untuk mencari rentak dalam watak masing-masing sebelum memulakan latihan intensif di IB kelak.

Bagi Tiara yang mula dikenali menerusi filem Mat Som (1990), melakonkan watak Nora, seorang primadona yang disanjung pada tahun 60-an bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakonkan.

Jika hendak dibandingkan dengan watak Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumillah yang sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya selama tujuh tahun, untuk Nora, Tiara perlu bermula dari bawah.

Tiara juga mengakui di awalnya, dia telah berusaha untuk mencari watak Nora yang begitu samar pada pandangannya. Puas dia mencari tetapi dia belum mendapat gambaran kehidupannya yang sebenar.

"Selepas berbincang dengan Steven dan membaca skripnya sekali lagi, barulah saya dapat menyelami kehidupan Nora yang bersifat dua dimensi.

"Dari segi luaran, Nora merupakan seorang primadona yang menjadi pujaan ramai orang. Dia begitu gah di atas pentas tetapi rupa-rupanya hidupnya cukup sunyi.

"Teman setianya hanyalah Khatijah (Adibah) dan dia terlalu bergantung harap kepada pembantunya itu. Hanya selepas dia bertemu dengan Roger (Ryan Silverman), baru dia tahu rupa-rupanya dia memiliki kekuatan yang dia sendiri tidak sedar selama ini.

"Dia kembali menggapai kekuatan dan keyakinan dirinya selepas dia berjaya membantu wanita-wanita yang menjadi mangsa perdagangan manusia oleh penjahat bernama Mr. J (Aznil)," cerita pemilik trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-12 (1995) menerusi filem Ringgit Kasorrga ini penuh bersungguh.

Tiara melahirkan rasa bangga dan puas hati yang tidak terhingga kerana berjaya mendapatkan khidmat Steven selaku pengarah Nora.

Sanggup melaburkan wang yang cukup tinggi kerana mahu memberikan kelainan dalam pementasan terbitan Enfiniti Vision Media (EVM) itu, Tiara merasakan kehadiran Steven tepat pada waktunya.

Sepanjang menjalani latihan dengan pengarah yang cukup terkenal di West End, London itu, banyak pengalaman baru yang diperolehinya termasuk krew produksi.

"Saya memilih Steven kerana mahu semua pihak mempelajari sesuatu yang baru daripada orang yang berpengalaman sepertinya.

"Alhamdulillah, saya gembira apabila melihat semua yang terlibat begitu seronok dapat bekerja dengan Steven terutama Chedd Eddie Yusof yang terpaksa melepaskan keinginannya untuk berlakon dalam pementasan ini.

"Begitu juga dengan pereka tari, Pat Ibrahim yang saya lihat telah memperolehi input baru yang saya percaya sentuhannya untuk Nora akan memberikan magis luar biasa," kata Tiara yang juga pernah dijulang sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-50 menerusi filem Puteri Gunung Ledang (2005) ini lagi.

Ketika ditanya tentang keserasiannya dengan Aznil dan Adibah, Tiara hanya mampu menghela nafas panjang sambil menggelengkan kepalanya.

Tanpa menunggu lama, isteri kepada Datuk Seri Effendi Norwawi ini memuji komitmen kedua-dua personaliti popular untuk Nora.

Mengambil contoh Aznil, Tiara cukup kagum dengan disiplin dan semangat pengacara hebat itu yang gigih berusaha dalam menghidupkan watak Mr. J.

"Memang Aznil teman lama saya tetapi kami belum pernah bekerjasama sebelum ini. Sesungguhnya Nora telah menemukan kami di satu pentas yang sama.

"Selepas beberapa lama dia bersama kami, saya boleh katakan dia adalah yang terbaik dan sentiasa tampil dengan idea baru setiap kali hadir untuk latihan.

"Begitu juga dengan Adibah yang telah menunjukkan dedikasinya untuk pementasan ini. Mereka wajar dijadikan contoh oleh karyawan generasi muda hari ini jika mahu bertahan lama di dalam industri.

"Ternyata pemilihan Aznil dan Adibah untuk Nora adalah bertepatan sekali," kata ibu kepada sepasang cahaya mata itu tersenyum.

Debaran Aznil

Posted:

Debaran Aznil

Debaran Aznil

SEDARI awal ditawarkan watak antagonis dalam teater The Secret Life of Nora (Nora) yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Aznil Nawawi tidak dapat membayangkan bagaimanakah acuan watak tersebut seperti mana yang dikehendaki.

Puas juga dia mencari dan cuba mencari rentak sendiri agar watak Mr. J itu tidak menjadi klise dan mempunyai identiti diri Aznil sendiri.

Malah, Aznil juga tidak mampu menyembunyikan kebimbangan apabila ada pihak cuba menyamakan Mr. J dengan watak Profesor Klon yang pernah dibawakannya dalam dua filem Cicak-Man.

"Sekarang, barulah saya mendapat gambaran jelas tentang siapakah Mr. J yang sebenarnya. Selepas menjalani beberapa siri latihan dan mendalami skripnya. Apa yang boleh saya katakan di sini, Mr. J adalah watak antagonis yang berbeza.

"Saya perlu memahami dunia Mr. J yang penuh dengan ceritanya sendiri. Semuanya bersebab mengapa dia boleh bertindak di luar kawalan sehingga menjadi taksub kepada Nora.

"Kehidupannya memang menyedihkan apabila sewaktu kecil dia telah disisihkan oleh kawan-kawan kerana mempunyai wajah yang buruk.

"Daripada situ dia mula menyimpan dendam dan berusaha mahu menjadikan Nora milik mutlaknya," cerita Aznil yang memang cukup teruja untuk membawakan watak Mr. J dalam pementasan ini.

Terbuka

Atas alasan tersebut, anak jati Kuala Lumpur itu mengharapkan peminat yang akan datang menonton pementasan Nora dengan minda yang terbuka.

Usahlah dibandingkan dirinya dengan mana-mana watak antagonis kerana kata Aznil, dia mahu mencipta watak tersebut mengikut caranya sendiri.

Apabila memperkatakan tentang Nora, Aznil sendiri masih lagi merasakan dirinya terapung di awangan kerana tidak percaya dapat melibatkan diri dalam pementasan mega itu.

Sebelum ini, Aznil hanya mampu bermimpi agar satu hari nanti dia dapat melibatkan diri dalam mana-mana produksi terbitan Enfiniti Vision Media (EVM) waima watak kecil sekalipun.

Kini impiannya sudah terlaksana dan tiada lain yang dapat diucapkannya melainkan bersyukur dengan peluang keemasan itu.

Seperkara yang menjadi kebimbangan Aznil sewaktu mula-mula ditawarkan watak tersebut apabila memikirkan dia perlu menari.

Menyedari tarian bukanlah kemahirannya, namun, demi Nora, Aznil sanggup menyahut cabaran itu dan dia bertuah kerana mendapat bimbingan daripada Pat Ibrahim.

Begitu juga menyanyi, di mana Aznil perlu mengasah vokalnya memandangkan dia mempunyai sebuah lagu solo, Kau dan Aku untuk pementasan itu.

"Tetapi, soal itu (menari) adalah perkara kecil kerana apa yang lebih diutamakan sekarang adalah skrip dan pembentukan watak Mr. J itu terlebih dahulu.

"Selepas segalanya sudah berada dalam acuannya, barulah saya fokuskan pada tarian pula," kata Aznil yang tidak dapat bercuti lama pada Syawal kali ini lantaran komitmen untuk Nora.

Bukan hanya tarian yang menjadi kegusaran Aznil tetapi apabila dia perlu menghafal skrip yang panjang membuatkan Aznil perlu bekerja keras dalam menghidupkan watak Mr. J.

Aznil mengakui kekurangannya apabila dia tidak mampu untuk menghafal skrip dengan baik tetapi berkat usahanya, segala kelemahan itu dapat diatasi perlahan-lahan.

"Steven juga memberi kebebasan kepada kami untuk mewarnakan lagi watak masing-masing. Dia menerima segala idea yang dibentangkan. Itu membuatkan saya selesa dan berbangga dapat bekerja dengannya," kata bekas pengacara Akademi Fantasia itu tanpa berselindung.

Buang rasa malu

Bercerita tentang keserasiannya dengan Tiara, personaliti pujaan ramai ini hanya mampu ketawa kecil sebelum memberikan jawapannya.

Dengan penuh luhur, Aznil memberitahu dia cukup berdebar apabila berlakon di samping Tiara terutama melibatkan babak-babak dia perlu mengungkapkan kata cinta kepada Nora.

Mana tidaknya. Ada ketika kata Aznil, suami Tiara akan hadir menonton latihan dan sudah pasti perasaan kekok itu akan menerjah serta-merta lalu membuatkan Aznil menjadi segan.

"Itu pada mulanya tetapi selepas kami sudah tahu watak masing-masing, kami perlu fokus dan melupakan apa sahaja perkara yang cuba menjadi halangan.

"Saya mahu melakukan yang terbaik untuk pementasan ini kerana peluang ini tidak akan datang sekali lagi.

"Adalah lebih menyedihkan buat saya sekiranya lakonan saya tidak dapat mencapai piawaian kerana sudah pasti saya akan mengecewakan Tiara dan EVM.

"Saya tidak kisah berkorban waktu saya demi NORA," kata Aznil bersungguh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kedangkalan fikiran Mat Sabu

Posted:

Kedangkalan fikiran Mat Sabu

Kedangkalan fikiran Mat Sabu

PROFESOR DR. AHMAD ATORY HUSSAIN
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
Universiti Sains Malaysia.

Kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu atau Mat Sabu pada 21 Ogos lalu yang mengatakan 200 anggota pasukan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diketuai oleh Goh Peng Tun dan lelaki Melayu, Mohamad Indera telah membunuh 25 askar Melayu di Bukit Kepong itu sebagai hero tulen, amat jengkel dan sangat dikesalkan.

Sebagai rakyat Malaysia, tidak sepatutnya beliau membuat suatu kenyataan yang bercanggah dengan fakta sejarah. Hatta kalau ditanya pun kepada kaum bukan Melayu, umpamanya Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim, beliau tidak dapat bersetuju dengan pandangan Mat Sabu.

Dari segi matlamat PKM, mungkin ada sedikit persamaan dengan UMNO atau Pas iaitu anti penjajah British. Bukan parti-parti itu sahaja, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Seberkas dan banyak lagi turut menentang British.

Tetapi matlamat sahaja tidak memadai, bagaimana pula dengan modes operandi atau cara mencapai matlamat tersebut?

Ternyata cara PKM tidak betul dan menyalahi norma-norma kemanusiaan yang membunuh, mengganas, membakar dan merosak harta benda. Kalau yang PKM bunuh itu ramai orang Inggeris boleh juga direnungkan, tetapi yang ramai menjadi mangsa PKM ialah orang Melayu, termasuk juga sejumlah orang Cina.

Dari tahun 1948 hingga 1960 sahaja lebih kurang 12,000 askar, polis dan homeguard telah terbunuh dalam mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

Pendek kata kalaulah PKM memerintah negara ini, Mat Sabu pun belum tentu dapat menjadi Timbalan Presiden Pas. Mungkin Pas pun tak dibenarkan wujud.

Saya tidak faham perasaan orang seperti Mat Sabu ini. Ganjil. Perkataan komunis pun kita gerun menyebutnya, tetapi tidak kepada Mat Sabu.

Saya meneliti banyak kenyataan pemimpin Pas, termasuk juga beberapa pemimpin PKR. Saya membuat kesimpulan, sesetengah mereka ini sangat jahil tentang sejarah Malaysia, malah jahil tentang sejarah Melayu, sejarah Islam di Malaysia.

Malah tidak ketelaluan saya katakan sesetengah mereka juga tidak tahu adat sopan Melayu, tatasusila Melayu dan alam Melayu.

Sebab itu kebanyakan kenyataan mereka mengenai orang Melayu atau politik Melayu jauh menyimpang ataupun janggal dari sudut adat resam dan sejarah Melayu, hatta ajaran Islam pun jauh menyimpang daripada yang disepakati oleh umat Islam Melayu di negara ini.

Saya yakin dan percaya rata-rata cendekiawan Melayu daripada pengajian Melayu jarang mahu bersetuju dengan pandangan songsang atau "kejulingan intelektual" sesetengah pemimpin Pas mengenai Melayu dan Islam.

Kenyataan Mat Sabu yang mengatakan hero sebenar adalah anggota PKM yang membunuh anggota polis Melayu di Bukit Kepong itu, melambangkan beliau terdiri daripada jenis orang yang cetek pemikirannya tentang hal Melayu di negara ini.

Takkan Mat Sabu tidak faham bahawa sebelum tahun 1957, gerakan-gerakan parti politik di Tanah Melayu sememangnya anti penjajah.

Harus diingat PKM ingin menubuhkan republik Malaya dan tidak mahu mengiktiraf sistem pemerintahan raja berperlembagaan. PKM juga adalah parti perkauman yang mementingkan kepentingan orang Cina.

Apa yang dimaksudkan hero oleh Mat Sabu? Dalam konteks Malaysia, seseorang itu dianggap hero adalah orang yang berjaya melindungi raja-raja, agama Islam dan negara. Adakah PKM buat perkara-perkara ini? Jadi, orang yang menjadi pengganas seperti PKM tidak boleh dianggap hero atau pahlawan.

Pada tahun 1948, apabila Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan, PKM tidak mengiktirafkan gagasan tersebut dan melancarkan pemberontakan bersenjata menentang British sebelum 1957, juga menentang raja-raja Melayu, termasuk menentang orang Melayu yang tidak mahu mengikut perjuangan mereka selain berperang menentang askar Melayu, homeguard dan polis.

Kebanyakan penduduk negara ini termasuk orang Cina tidak mahu PKM menjadi parti politik dan berada di persada pemerintah Tanah Melayu ketika itu. Sebab itu MCA, MIC dan Gerakan ditubuhkan untuk bersaing dengan PKM yang bersifat "ganas" itu untuk menentukan masa nasib kaum tersebut bersama-sama dengan UMNO, MIC di bawah Perikatan dan BN hingga ke hari ini.

Dalam buku sejarah, ada kenyataan yang mengatakan bahawa semua parti politik di Tanah Melayu sebelum merdeka memang pun anti penjajah, seperti Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA), PKMM, Hisbul Muslimim, KMM, UMNO dan banyak lagi (terdapat 42 pertubuhan Melayu yang anti-British).

Malangnya hanya PKM mengambil pendirian untuk membebaskan negara ini dengan kekerasan menentang British kerana mereka yakin akan menang kerana mempunyai senjata yang diambil daripada tentera Jepun.

Peristiwa Bukit Kepong adalah salah satu peristiwa berdarah yang begitu tragik dan ada banyak lagi peristiwa ganas yang dilakukan oleh PKM, yang rata-rata bersifat ganas dan kejam.

Ahli-ahli PKM bukan semua bertaraf warga negara di negara ini. Sebab itu, perjuangan dan ideologi PKM tidak dapat diterima oleh rakyat kerana bertentangan dengan banyak perkara seperti kerakyatan, agama, asal usul, bahasa, budaya, ideologi komunis yang anti agama dan sebagainya.

Jika begitu, nampaknya Mat Sabu juga bersetuju dengan perjuangan PKM yang anti agama itu dan menjadi pemerintah di negara ini!

Nampaknya apa saja yang berkaitan dengan UMNO terus dinafikan hatta benda yang baik sekalipun. Ini tidak adil.

Dalam sejarah revolusi Amerika Syarikat pun, parti yang memerdekakan negara itu bukan Parti Demokrat atau Republikan tetapi Parti Federalist ketika itu (1776). Adakah Presiden Barack Obama menafikan sumbangan Parti Federalist? Tidak.

Begitu juga Presiden Sukarno yang memimpin Parti Nasional Indonesia untuk mencapai kemerdekaan, tidak pun ahli-ahli Golkar atau pimpinan Presiden Indonesia hari ini menafikan sumbangan Parti Nasional pimpinan Sukarno dahulu.

Mengenai dakwaan Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman sebagai penjajah dan pegawai British, memanglah semua pegawai Melayu yang berkhidmat sebelum merdeka adalah di bawah kerajaan British.

Tetapi, adakah semua mereka itu ejen penjajah, atau penjajah? Tidak. Sama juga keadaannya mereka yang berkhidmat dengan kerajaan, ada diantara mereka itu yang sokong Pas, tetapi adakah kita boleh kata mereka ejen UMNO?

Semua orang Melayu tahu Dato' Onn atau Tunku berkhidmat dengan kerajaan kolonial British. Tetapi tidak pernah kita dengar mereka itu penjajah British!

Kalau mereka tak berkerja dengan British, dari mana mereka dapat maklumat mengenai tipu muslihat British?

Kalau mereka tidak berusaha menyatukan rakyat di negara ini, tidak ada kemerdekaan yang dikecapi oleh rakyat hari ini termasuk Mat Sabu yang boleh menjadi Timbalan Presiden Pas dalam negara demokratik! Mahatma Ghandi pun menjadi pegawai Inggeris semasa India dijajah oleh British! Tapi adakah dia seorang penjajah British?

Ditakdirkan Pas memerintah negara ini, adakah Hari Kebangsaan yang dirayakan setiap 31 Ogos itu hendak dihapuskan kerana mendakwa kemerdekaan itu UMNO punya?

Di sinilah kita lihat kedangkalan Mat Sabu. Dia fikir dialah yang pandai. Kalau ya pun hendak ambil hati DAP, janganlah fakta sejarah hendak diubah. Jangan ingat semua orang Cina itu komunis. Kalau semua orang Cina itu komunis, tidak adalah Taiwan, Singapura atau Hong Kong. Berhati-hatilah buat kenyataan. Jangan anggap orang Melayu ini bodoh sangat!

Wadah politik sepadu

Posted:

Wadah politik sepadu

Wadah politik sepadu

PROFESOR MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia

Dalam artikel bertajuk "Zon 'Perang' Di Alam Maya" yang disiarkan pada 21 Julai 2011, saya ada menyatakan bahawa kesemua pihak perlu mengetepikan kepentingan masing-masing dalam menangani isu yang dibawa oleh perhimpunan Bersih 2.0 (9 Julai 2011) agar satu titik 'keseimbangan' dapat diterokai bersama.

Malahan, saya juga turut mencadangkan bahawa - 'mengapa tidak pembangkang bekerja dengan Perdana Menteri dalam membincang pelan pembaharuan dan reformasi jika mahukan perubahan. Barulah, kita dapat melihat pembangkang yang berfungsi dan bertanggungjawab termasuk di Parlimen. Pembangkang yang berintegriti dan berhemah sudah pasti akan dihormati dan menjadi pemangkin kepada transformasi kepimpinan hari ini'.

Dalam baris lain pula, ada diungkap - 'perwatakan politik perlu ditanggal ketika perbincangan ini yang boleh turut melibatkan rakyat, agensi, badan-badan yang berkepentingan supaya secara rasional dan praktikal, ada hasilnya. Malahan, isu-isu lain boleh dibincangkan dan menunjukkan masing-masing mempunyai fungsi dan peranan dalam konteks struktur tadbir-urus negara walaupun berbeza ideologi politik, kepercayaan, agama dan keturunan'.

Maka, hari ini kita melihat penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (JPP) diumum oleh Perdana Menteri untuk membincangkan reformasi pilihan raya terbentuk agar penambahbaikan dapat dilakukan secara berterusan ke atas sistem pilihan raya negara ini.

Yang menjadi intipati adalah politik yang menuju ke arah 'politik sepadu' yakni masing-masing boleh memain peranan yang saksama dalam proses kenegaraan tanpa memikirkan percaturan ataupun congakan politik semata-mata.

Politik sepadu menjamin nilai kematangan dalam perjuangan dunia politik; tidak sama sekali mengganggu nilai kepercayaan fahaman politik masing-masing.

Hatta, sebarang prasyarat ataupun menetapkan modus operandi masing-masing untuk menyertai JPP boleh menjejaskan objektif ataupun matlamat asal pembentukannya. Walaupun komposisi keahlian mencerminkan dominasi pihak pemerintah, ia tidak sewajarnya menjadi penghalang kepada perjalanan mekanisme JPP ini.

Ahli bersekutu boleh dilantik jika ada fleksibiliti dalam JPP kerana input daripada pengundi, agensi atau badan berkepentingan akan memberikan nilai tambah dalam memurnikan sistem yang sedia ada. Jika cadangan kumpulan Bersih akan dibincangkan atau menjadi teras JPP, maka secara rasional beberapa pemimpinnya perlu dirujuk agar mendapat maklumat yang secukupnya melangkaui nilai emosional berkepentingan sendiri ataupun condong menyokong beberapa kumpulan yang bersama mereka.

Keikhlasan pihak kerajaan untuk duduk semeja dengan beberapa pemimpin berlainan ideologi politik wajar disambut tanpa mempunyai prasangka ataupun muslihat dalam memastikan tuntutan diperjelas dan diperincikan dengan teliti. Menghalusi setiap elemen bersama bukan sahaja memartabatkan kedudukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi turut memperkasakan proses pendemokrasian kontemporari yang dijunjung selama ini.

Ini sekali gus akan menjadikan Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai medan perang sebenar dan bukannya melalui pendekatan lain yang boleh merencat proses pemodenan negara. Keupayaan menangani isu ini secara praktikal akan mendapat sanjungan kesemua pihak termasuk pengundi. Politiking secara berterusan harus dihentikan kerana kesannya kepada tadbir-urus sesebuah negara.

Beberapa buah negara Barat termasuk Amerika Syarikat sekalipun akan melakukan 'gencatan' ke atas nilai politiking sebaik-baik selesai sesuatu pilihan raya dan yang diutamakan adalah sejauh mana masing-masing boleh memainkan peranan secara konstruktif dalam proses kenegaraan walaupun kepercayaan ke atas nilai kepimpinan dan politik bercanggah. Ini yang boleh menjadi wadah politik sepadu negara ini.

Kita harus maju ke hadapan. Transformasi komprehensif SPR memerlukan komitmen, motivasi dan keazaman tanpa ada helah dan pembohongan mengurus persepsi supaya mana-mana pihak tidak menjadikan JPP sebagai platform untuk meraih sokongan sedangkan apa yang cuba dilakukan adalah kejayaan bersama dalam memerangi permasalahan dan melakukan perubahan serta penambahbaikan. Ini tidak bermakna sistem yang sedia ada tidak baik ataupun buruk.

Kerangka yang sedia ada sudah pasti wajar dihormati dan sebarang penambahbaikan juga mesti mengiktiraf pencapaian SPR selama ini. Bukan mudah untuk mengendalikan PRU dan sudah terbukti dalam sejarah sejak pilihan raya umum pertama diadakan selepas merdeka pada tahun 1959, salah satu cabang utama demokrasi iaitu pendekatan pilihan raya masih terus kekal dan menjadi amalan.

Memperlekehkan tanggungjawab dan peranan SPR kurang enak bila ada yang menggunakannya sebagai propaganda politik. Media tidak boleh dijadikan landasan untuk menjatuhkan hukuman tanpa selidik kerana dalam menegakkan keadilan, mana-mana pihak yang mahu menegakkan keadilan harus mengamalkannya terlebih dahulu secara jujur.

Pemimpin politik mahupun badan bukan kerajaan tidak terkecuali dalam hal ini.

JPP merupakan usaha baik untuk memberikan cadangan kepada SPR tetapi akhirnya sudah pasti SPR mempunyai autonomi sama ada untuk menerima atau menolaknya berdasarkan kepada hujah mereka yang terlibat secara langsung. Saya percaya penambahbaikan SPR tidak bermusim tetapi akan dilakukan secara berterusan mengambil kira faktor demografi dan geografi negara ini.

Sudah pasti ada yang boleh diberikan penyelesaian segera dan ada pula akan memakan masa. Tekanan tidak boleh diberikan kepada JPP supaya hasilnya nanti adalah yang menyeluruh dan bukan sekadar untuk menyeronokkan segelintir anggota masyarakat.

Maka, beberapa isu yang bersifat rekaan politik mesti diketepikan agar tidak mengganggu merealisasikan pencapaian JPP. Masing-masing yang dilantik menganggotai JPP mesti mampu bertindak secara bertanggungjawab kerana cadangan ini akan dilihat membawa kepada mesej mengutamakan rakyat/pengundi sebagai 'raja' yang menentukan jatuh-bangun sesebuah kerajaan.

Tanpa rakyat, sesebuah kerajaan tidak dapat dibentuk dan yang mahu dilihat adalah pembentukan kerajaan yang stabil dan terus memacu kecemerlangan walaupun berhadapan dengan pelbagai krisis. Kewibawaan kepimpinan yang dipilih melalui amalan demokrasi mesti dihormati kerana rakyat yang meletakkan beban tanggungjawab kepada mereka dan bukan di sebaliknya.

Politik sepadu ini tidak bermakna hanya memberi tumpuan kepada isu politik dan pilihan raya semata-mata. Barangkali peristiwa bagaimana mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Pas, Allahyarham Fadhil Noor boleh duduk sepentas, mengadakan pidato umum hampir 9 tahun yang lalu dalam perbincangan isu Palestin dan menentang kekejaman rejim Israel sehingga menandatangani Deklarasi Sokongan ke atas rakyat Palestin boleh diimbas semula ke arah kedudukan politik sepadu yang memerihalkan konsensus ke atas isu-isu sejagat.

Keterbukaan menjadi teras politik sepadu dan ini perlu diperkembangkan oleh pembesar politik dan mereka yang berada dalam lingkaran tersebut hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Tenang di Red Kebaya

Posted:

Tenang di Red Kebaya

Tenang di Red Kebaya

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar WAHIDAH ZAINAL


Norain Zainal bersama dua kakitangan Spa Red Kebaya.


MUNGKIN mendapat ilham daripada filem Red Kebaya, Norain Zainal, 27 tahun, terus mengambil nama ini bagi menamakan spa miliknya yang baru dibuka Februari tahun ini.

Memilih lokasi di Bukit Antarabangsa, Norain berkata, walaupun lokasi itu agak jauh dari ibu kota, namun kedudukan yang eksklusif ini memberikan ketenangan kepada pengunjung.

Katanya, kebiasaannya mereka yang datang ke spa kerana inginkan ketenangan dan jauh daripada kebisingan dan kesibukan.

Lokasi ini juga memudahkan pelanggan yang datang dari semua arah kerana mereka boleh melalui lebuh raya Lingkaran Tengah.

''Pelanggan tidak perlu melalui jalan yang sesak dan mereka boleh meletak kereta dengan mudah di sini,'' tambahnya yang ditemui di Spa Red Kebaya baru-baru ini.

Menurut ibu kepada dua orang anak perempuan ini, Spa Red Kebaya adalah lebih bercirikan kecantikan dan kesihatan.

''Kebiasaannya hanya wanita yang berumur 30 tahun ke atas yang mula peka dan mengambil berat akan kecantikan wajah dan badan. Sementara yang muda malas dan mengambil remeh akan hal ini.

''Di Spa Red Kebaya, kami menerima pelanggan dari semua peringkat usia. Banyak jenis rawatan yang boleh dipilih, iaitu daripada rawatan muka hingga ke rawatan badan,'' ujarnya.

Tambahnya, antara rawatan yang popular di spa itu ialah program pelangsingan Marissa Scientific yang diformulakan oleh pakar estetika Dr. Rushmini Maris Ismail. Program itu amat berkesan untuk melangsingkan tubuh yang berisi.

Tempoh rawatan mengambil masa tiga bulan dan sempena Hari Raya Aidilfitri ini, pelanggan mendapat tawaran istimewa pada harga RM4,788..

Program itu akan memudakan metabolisma yang ada pada seseorang dan hasilnya pelanggan tidak akan berasa letih dan lesu.

Menurutnya, sempena raya juga beliau menyediakan rawatan peremajaan bagi menegang, mencerah dan merawat sel kulit muka.

Pelanggan yang membeli produk Rejuvenist di Spa Red Kebaya akan mendapat harga promosi untuk facial pada harga RM158 sahaja.

Antara cara rawatan yang diberikan ialah membersihkan muka, skrub, wap, mengeluarkan noda hitam dan putih dan meratakan serum ke seluruh wajah.

Rawatan ini amat sesuai kepada mereka yang berusia 23 tahun ke atas dan mengalami masalah kulit kering.

Jelas Norain, selain mendapatkan rawatan di spa, pelanggan boleh membeli serum rejuvenist ini untuk kegunaan di rumah.

Ia merupakan cara semulajadi bagi memiliki wajah yang lembap, anjal, cerah, muda dan cantik berseri.

Mempunyai enam bilik rawatan, empat untuk muka dan tiga untuk badan, Spa Red Kebaya turut menyediakan spa ikan dengan bayaran sebanyak RM15 untuk 20 minit.

Norain boleh dihubungi di 016-3350352.

Elak pembaziran di rumah terbuka

Posted:

Elak pembaziran di rumah terbuka

Elak pembaziran di rumah terbuka

Oleh SHOLINA OSMAN


Mengadakan rumah terbuka memerlukan belanja besar dalam menyediakan makanan. - Gambar hiasan


SEJAK berzaman budaya kunjung-mengunjung sudah menjadi amalan dalam masyarakat Melayu untuk memeriahkan sambutan hari raya sepanjang bulan Syawal.

Ini bertepatan dengan konsep rumah terbuka yang sudah lama menjadi tradisi di mana tuan rumah akan menerima kunjungan tetamu tanpa batasan masa dan waktu.

Sekalipun tuan rumah akan menyediakan juadah dan duit raya untuk kanak-kanak tetapi amalan ini sebenarnya lebih kepada ruang yang digunakan untuk saling bermaafan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini budaya rumah terbuka semakin mengambil-alih amalan tradisi ini.

Kini ia bukan sahaja menjadi trend kepada masyarakat di kota malah semakin menular di bandar-bandar kecil khususnya kepada mereka yang mendiami taman-taman perumahan.

Konsep rumah terbuka berbeza dengan amalan kunjung-mengunjung secara tradisi kerana ia lebih kepada mengadakan jamuan besar seperti kenduri di mana tetamu terhad kepada jemputan sahaja.

Juadah yang dihidangkan juga lebih menyerupai lauk-pauk kenduri termasuk makanan tradisi hari raya iaitu ketupat, rendang, lontong dan sebagainya.

Apa yang pasti konsep rumah terbuka ini memerlukan perbelanjaan yang lebih besar berbanding amalan tradisi lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi negara sekarang.

Harga barang yang semakin naik sekali gus akan meningkatkan lagi perbelanjaan terutama kepada yang mula merancang untuk menganjurkan rumah terbuka pada musim Syawal ini.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) juga menggalakkan rakyat di negara ini supaya kembali mengamalkan rumah terbuka secara tradisi.

''Rumah terbuka secara tradisi ini walaupun berlangsung selama sebulan tetapi tuan rumah tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar memandangkan kunjungan tetamu hanya untuk saling bermaafan dengan disediakan dengan sedikit hidangan ringan,'' kata Pengarah Komunikasinya, Mohd. Yusof Abdul Rahman baru-baru ini.

Tambahan pula katanya, tetamu yang datang biasanya tidak akan mengambil masa lama ketika bertandang memandangkan akan berkunjung ke rumah orang lain pula.

Selain itu katanya, rumah terbuka secara tradisi ini juga lebih menjimatkan perbelanjaan.

''Ini kerana kunjungan tetamu biasanya bukan untuk makan sahaja tetapi lebih ke arah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim,'' katanya.

Berbanding dengan majlis rumah terbuka yang menjadi trend masa kini kata Mohd. Yusof, pastinya tuan rumah tidak dapat mengelak daripada mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

''Tambahan pula sekarang sudah ada yang mengedarkan kad jemputan seperti kenduri kahwin serta mengupah katering untuk menyediakan juadah kepada tetamu,'' katanya.

Katanya, selain menyediakan juadah yang banyak untuk tetamu yang dijangka akan datang tetapi akan berlaku pembaziran apabila makanan tidak habis dimakan dan sebagainya.

''Selain itu kedatangan tetamu yang datang beramai-ramai dengan serentak ini juga akan membuatkan tuan rumah tidak dapat memberikan layanan sebaik mengadakan rumah terbuka secara tradisi,'' katanya.

Bagaimanapun kata Mohd Yusof , tuan rumah sebenarnya masih boleh menjimatkan perbelanjaan jika ingin menganjurkan rumah terbuka.

Katanya tuan rumah harus memastikan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya dapat menyediakan makanan yang secukupnya.

Katanya, ini penting bagi tuan rumah membuat perbelanjaan yang tepat supaya sekali gus tidak melakukan pembaziran.

Mohd. Yusof memberitahu, untuk lebih menjimatkan lebih baik jika tuan rumah memasak sendiri juadah yang akan disediakan untuk tetamu.

Selain itu, katanya, apa salahnya jika mengadakan gotong-royong untuk menyediakan masakan untuk rumah terbuka ini yang sememangnya berkonsep ala majlis kenduri.

Jelas Mohd. Yusof sekali gus ini akan menggalakkan hubungan yang lebih akrab sesama jiran tetangga, rakan dan sanak-saudara.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved