Sabtu, 6 Ogos 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Mengharap tuah Wembley

Posted:

Mengharap tuah Wembley

Mengharap tuah Wembley


SKUAD Malaysia diketuai Lee Chong Wei bersiap sedia untuk berlepas ke sesi latihan ketika di London, semalam. - THE STAR


KUALA LUMPUR - Malaysia mungkin tidak pernah memiliki juara dunia, namun Arena Wembley merupakan gelanggang bersejarah yang telah menghadiahkan lapan kejuaraan All England buat negara sepanjang ia berlangsung di stadium bersejarah itu dari 1957 hingga 1993.

Dan semalam, pemain-pemain generasi baru Malaysia yang diketuai Datuk Lee Chong Wei akhirnya dapat merasai suasana beraksi di arena yang digelar 'rumah badminton' itu apabila menjalani latihan pertama di gelanggang Kejohanan Dunia, yang bermula esok.

Selepas hanya dibenarkan beraksi di dewan latihan kelmarin, Chong Wei dan rakan-rakan akhirnya menjejakkan kaki ke gelanggang pertandingan Arena Wembley semalam, untuk melihat persekitaran, menguji keadaan angin serta cahaya, dan yang paling penting merasai bahang kejohanan.

Pada tahun pertama All England berlangsung di Wembley, Malaysia meraih dua kejuaraan menerusi legendanya, Datuk Eddy Choong dalam perseorangan lelaki.

Bekas pemain Malaysia, Johnny Heah pula berganding dengan pemain Amerika Syarikat, Joseph Alston untuk mengalahkan pasangan negara, David Ewe Choong-Eddy untuk menjuarai beregu lelaki.

Malaysia juga pernah memiliki juara All England di Wembley menerusi Tan Aik Huang pada 1966, manakala Lim Say Hup-Teh Kew San memenangi beregu lelaki (1959), diikuti Ng Boon Bee-Tan Yee Khan (1965, 1966), Ng Boon Bee-Punch Gunalan (1971) dan yang terakhir, Razif Sidek-Jalani Sidek pada 1982.

"Saya tahu Arena Wembley mempunyai makna yang istimewa buat badminton, dan di sinilah ramai legenda kita pernah memenangi kejuaraan. Gembira kerana akhirnya saya dapat rasa suasana beraksi di gelanggang yang bersejarah ini.

"England sentiasa menjadi gelanggang bertuah saya akhir-akhir ini, tahun lalu saya muncul juara All England pada ulang tahun ke-100, dan tahun ini saya mempertahankan gelaran. Biarpun ia berlangsung di Birmingham tetapi saya rasa suasananya tidak banyak berbeza,'' kata jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Selain Chong Wei, cabaran Malaysia di Wembley turut dipikul pemain veteran dan naib juara dunia 2003, Wong Choong Hann, beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Mohd. Zakry Latif-Hoon Thien How, Lim Khim Wah-Chan Peng Soon, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui, Ng Hui Lin-Ng Hui Ern dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta Ong Jien Guo-Sabrina Chong

Bagi Choong Hann, England sentiasa mempunyai tempat yang istimewa kerana di situlah dia melangkah ke final Kejohanan Dunia 2003 dan kekal sebagai perseorangan terbaik Malaysia sehingga kini.

Biarpun kejohanan ketika itu berlangsung di Birmingham, namun Choong Hann menegaskan, persekitaran tidak jauh berbeza, kecuali Wembley lebih prestij, sedikit kecil dan mendebarkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kelayakan Piala Dunia: Hajat tak kesampaian

Posted:

Kelayakan Piala Dunia: Hajat tak kesampaian

Kelayakan Piala Dunia: Hajat tak kesampaian


AKSI pasangan Malaysia, Shaaban Hussin (kiri) dan Iain Steel pada pusingan kelayakan Piala Dunia Asia di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara.- AFP


KUALA LUMPUR - Impian Malaysia untuk melayakkan diri ke kejohanan golf Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun berkecai selepas pasangannya, Iain Steel dan Shaaban Hussin gagal melepasi aksi kelayakan di Kelab Golf Seri Kembangan, Kota Damansara semalam.

Iain dan Shaaban, yang digandingkan buat kali pertama sekadar berkongsi kedudukan kelima selepas tamat empat hari kelayakan dengan mengumpul 278 pukulan, tujuh di belakang dua pasukan teratas, New Zealand dan Singapura.

Hanya tiga pasukan terbaikmelayakkan diri ke Piala Dunia Omega Mission Hills yang bakal berlangsung di China, 24-27 November ini, dengan tiket terakhir disambar oleh pasangan dari Korea Selatan, Kim Hyung-Sung-Park Sung Joo yang mengumpul 275 pukulan.

Bagi Iain, ini adalah kegagalan kelimanya untuk membawa Malaysia melayakkan diri buat kali pertama sejak Danny Chia dan P. Gunasegaran melakukannya pada 2001, malah Danny dan Rashid Ismail turut layak ke kejohanan berprestij itu pada 2000.

Semalam, pasangan negara itu menutup kempen dengan catatan buruk, tiga atas par 74, sekali gus melengkapkan empat hari kejohanan dengan catatan enam bawah par 278, berkongsi kedudukan bersama pasangan berpengalaman Filipina, Mars Pucay dan Antonio Lascuna.

"Kami bermain baik tetapi melakukan beberapa kesilapan yang memang sudah dijangkakan apabila bermain dalam format foursomes. Bagaimanapun, kami sudah melakukan yang terbaik dan ini menjadi pengalaman berguna buat saya.

"Ini kali pertama saya beraksi dalam format begini dan memang sukar hendak menyesuaikan diri dengannya. Secara keseluruhan, ia adalah pengalaman yang baik dan saya banyak belajar dari Iain,'' ujar Shaaban.

Kejohanan kelayakan Piala Dunia Asia menggunakan format yang sama dengan Piala Dunia sebenar, di mana format four-ball (better ball) digunakan di pusingan pertama dan kedua, manakala foursomes (pukulan alternatif) di pusingan kedua dan terakhir.

Dalam saingan semalam, pasangan New Zealand, Michael Hendry dan Gareth Paddison mengikat pendahulu sejak hari pertama, Lam Chih Bing dan Mardan Mamat dari Singapura di tangga teratas dengan 13 bawah par 271, sebelum Hendry-Paddison memenangi saingan menerusi playoff.

Bagaimanapun, kejayaan Chih Bing dan Mardan melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali kelima mencuri tumpuan di Seri Selangor. Pasangan itu turut melayakkan diri ke Piala Dunia 2002, 2005, 2006 dan 2009.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Wanita parah ditetak dua lelaki

Posted:

Wanita parah ditetak dua lelaki

Wanita parah ditetak dua lelaki

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Entah apa puncanya, dua lelaki bertindak menyerang dan menetak seorang pekerja kilang wanita di kediamannya di sebuah flat di Taman Taming Jaya, Balakong, Kajang dekat sini, semalam.

Mangsa yang cedera berlumuran darah dan tidak sedarkan diri bagaimanapun bernasib baik apabila ditemui oleh jiran yang kemudian segera menghantarnya ke hospital.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd. Rashid Ab. Wahab berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, jiran yang terdengar bunyi bising pergi melihat apa yang berlaku dan terkejut apabila menemui mangsa berlumuran darah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, mangsa segera dikejarkan ke Hospital Serdang dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi kerana cedera parah.

"Polis yang menyiasat kes tersebut dimaklumkan mangsa diserang menggunakan senjata tajam oleh dua lelaki semasa bersendirian di rumah.

"Mangsa berusia lingkungan 30-an merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang bekerja di kilang berhampiran kawasan kediamannya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, wanita terbabit diserang semasa baru tiba di rumah selepas selesai bertugas syif malam dan penyerang mungkin dikenali oleh mangsa.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah akibat ditetak di leher dan sehingga kini masih tidak sedarkan diri.

Tambahnya, motif mangsa diserang belum diketahui dan polis akan menyiasat dari semua sudut termasuk mempunyai kaitan dengan hutang atau cemburu.

"Mangsa tidak disamun kerana tiada barang-barang berharga miliknya dilarikan dan polis sedang berusaha mengesan rakan serumahnya juga dipercayai PATI yang menghilangkan diri selepas kejadian bagi membantu siasatan," katanya.

Ab. Rashid meminta orang ramai atau rakan serumah mangsa supaya tampil membantu polis dalam siasatan kes tersebut dan sesiapa mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Komuniti Taming Jaya di talian 03-89622222.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tinggalkan ular sawa depan rumah jiran

Posted:

Tinggalkan ular sawa depan rumah jiran

Tinggalkan ular sawa depan rumah jiran

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Seorang pemuda yang ditangkap kerana meninggalkan seekor ular sawa batik sepanjang 2.4 meter di hadapan rumah jirannya di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bandar Tun Razak semalam, menimbulkan tanda tanya berhubung motif tindakannya itu.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam, suspek yang berusia 22 tahun dilihat meletakkan satu bungkusan guni gula yang berikat dengan dawai di hadapan rumah jirannya sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, perbuatannya itu dilihat oleh salah seorang ahli keluarga mangsa yang kemudian mengejar dan dapat menangkap suspek.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pemeriksaan mendapati, seekor ular sawa batik seberat lebih lima kilogram ditemui dalam guni itu.

Katanya, mangsa yang bekerja sebagai penyelia pembersihan mengenali suspek yang juga tinggal di kawasan flat itu.

"Setakat ini kami percaya, tindakan pemuda itu berniat untuk mengugut, namun motif sebenar masih disiasat dan kami belum mengetahui sama ada wujud permusuhan atau sengketa di antara mereka sebelum ini.

"Hasil pemeriksaan, suspek negatif dadah dan kami juga masih tidak mengetahui dari mana suspek mendapat ular berbahaya itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini, hari ini.

Kata beliau, kes ini disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana kecuaian berkenaan haiwan, yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Wilayah Persekutuan, Mohamad Hafid Rohani ketika ditemui memberitahu, mereka yang ingin memelihara ular sawa batik itu perlu memiliki lesen.

"Berdasarkan saiz, ular ini mampu menelan seekor anak kambing dan mendatangkan bahaya kepada manusia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


NGO bidas Anwar burukkan negara

Posted:

NGO bidas Anwar burukkan negara

NGO bidas Anwar burukkan negara

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berterusan cuba memburukkan imej Malaysia di luar negara termasuk kenyataannya kepada sebuah akhbar di Filipina baru-baru ini bahawa demokrasi di negara ini kian terhakis.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Anwar seperti orang yang sudah hilang pedoman dan mempunyai masalah apabila bertindak sedemikian.

"Anwar sendiri bebas di dalam dan luar negara, jadi apa alasannya mengatakan demokrasi di Malaysia kian terhakis? Kes liwatnya dibawa ke ceramah-ceramah. Semua ini menghina mahkamah tetapi tiada tindakan diambil.

"Malah pembangkang sendiri menang beberapa negeri ketika pilihan raya umum. Apakah itu tanda demokrasi terhakis? Mungkin pada Anwar demokrasi akan wujud hanya bila kes liwatnya itu digugurkan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan terbaru Anwar itu yang turut mendakwa rakyat Malaysia tidak mendapat pilihan raya yang bebas ketika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berada di Filipina baru-baru ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee yang turut mengecam tindakan Anwar itu berkata, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan pengkhianatan kepada negara.

"Beliau sendiri menikmati kedudukan tinggi di dalam politik hasil sistem demokrasi yang diamalkan Malaysia. Amat tidak wajar seorang pemimpin sepertinya berkata demikian," katanya.

Katanya, tindakan Anwar itu telah menyebabkan rakyat Malaysia di luar negara mungkin sukar mencari rezeki kerana imej Malaysia yang telah buruk.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, tindakan Anwar itu menunjukkan beliau semakin terdesak kerana menyedari kedudukannya di dalam pakatan pembangkang yang sudah tidak selamat.

"Anwar cuba mengalih pandangan umum terhadap isu-isu peribadi yang dihadapinya. Namun rakyat Malaysia sedar bahawa apa yang dicapainya pada hari ini adalah kerana demokrasi yang diamalkan Malaysia," katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu bertegas terhadap sesiapa juga yang memburukkan atau menjatuhkan imej Malaysia di luar negara termasuk menyiasat sumber kewangan yang digunakan untuk melakukan aktiviti di luar negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ketua Pembangkang dinasihat lupakan impian jadi PM

Posted:

Ketua Pembangkang dinasihat lupakan impian jadi PM

Ketua Pembangkang dinasihat lupakan impian jadi PM

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihat supaya melupakan sahaja impian untuk menjadi Perdana Menteri kerana rakyat sudah bosan dengan tingkah laku beliau.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, rakyat sememangnya sudah menolak Anwar dan semakin meluat dengan cerita dongeng yang dijaja oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terutama dalam usahanya 'membersihkan diri' daripada pelbagai isu.

Menurutnya, adalah terlalu hina bagi sebuah negara bertamadun apatah lagi Malaysia, sebuah negara Islam memilih seorang pemimpin yang pernah dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan berdepan dengan kes liwat.

"Anwar sewajarnya memberikan perhatian kepada keluarganya setelah beliau selama ini bergelumang dengan masalah moral yang menjijikkan.

"Anwar juga patut rasa malu untuk berdepan dengan masyarakat yang sudah tidak dapat lagi menerima beberapa siri pembohongan dan sandiwara politiknya,'' kata Syed Ali menerusi blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Syed Ali berkata, Anwar perlu insaf bahawa orang Melayu menolak kehadiran beliau dalam politik setelah bertanggungjawab memecah belah perpaduan rakyat.

Anwar juga, ujar beliau, adalah orang yang bertanggungjawab mempelopori budaya politik kebencian dan dendam sebaik sahaja disingkirkan daripada UMNO dan kerajaan.

"Bermula daripada itu, Anwar mula membuat percaturan supaya orang Melayu berpecah dan menyokong bukan Melayu bersikap biadab mempertikaikan hak ketuanan Melayu dan institusi raja-raja Melayu,'' katanya.

Lagipun, kata Syed Ali, Anwar merupakan petualang yang tergamak memburuk-burukkan imej Malaysia di luar terutama di Barat dalam usaha beliau mengemis simpati masyarakat antarabangsa.

"Di luar negara, beliau berkomplot dengan media asing termasuk dalam kalangan Yahudi untuk merosakkan kestabilan ekonomi, budaya dan politik negara ini.

"Seorang pemimpin yang mempunyai harga diri dan sayangkan bangsanya tidak akan sanggup menghina bangsa dan tanah air sendiri.

"Namun, perbuatan khianat dan memburuk-burukkan Malaysia di luar sudah menjadi darah daging Anwar sehinggalah cita-cita 'Mat Jenin' beliau untuk menjadi Perdana Menteri tercapai," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


RM22j baiki jalan

Posted:

RM22j baiki jalan

RM22j baiki jalan

Oleh M.RIZAL NOR
utusanpahang@utusan.com.my

JERANTUT 6 Ogos - Kerajaan memperuntukkan RM22 juta untuk membaiki dan menyelenggara jalan utama yang menghubungkan bandar ini dengan Benta, Lipis, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, peruntukan tersebut hanya digunakan untuk membaiki dan menyelenggara jalan dan bukannya membina jalan baru.

"Jalan Jerantut-Benta rosak teruk dan saya dihujani dengan pelbagai aduan serta tohmahan terutama dalam laman sosial Facebook.

"Penduduk menuduh saya tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat sedangkan kerja untuk membaiki dan membina jalan baru menggunakan peruntukan banyak dan wang tersebut datangnya dari kerajaan Pusat," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Lau Lee berkata, beliau kesal dan kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang sentiasa membuat tuduhan tidak berasas terhadap wakil rakyat apabila kehendak mereka tidak ditunaikan terutama masalah jalan raya.

"Saya mengakui bahawa kerosakan jalan tersebut agak teruk namun, berharap penduduk bersabar kerana peruntukkan untuk membina jalan baru masih belum diterima," katanya.

Menurutnya, peruntukan RM5 juta yang diterima sebelum ini digunakan untuk membina dua jambatan baru di Kampung Baharu dan Damak dekat sini.

Beliau memberitahu, kerosakan di jalan tersebut disebabkan takungan air setiap kali hujan dan sering dijadikan laluan kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan.

Katanya, masalah hujan tidak boleh dielak tetapi kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan boleh diatasi dengan adanya pemantauan daripada pihak berkuasa.

"Saya menyeru pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat pemantauan kerana kenderaan berat sering menggunakan laluan tersebut dengan membawa muatan yang tidak sepatutnya dan turut mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Waspada kes pecah rumah - Polis

Posted:

Waspada kes pecah rumah - Polis

Waspada kes pecah rumah - Polis


Zakaria Kassim (tengah) beramah mesra dengan pengunjung bazar Ramadan di Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 6 Ogos - Polis meminta penduduk daerah ini agar sentiasa berwaspada dengan jenayah membabitkan kes pecah rumah terutamanya ketika pulang bercuti pada musim perayaan di kampung halaman masing-masing.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zakaria Kassim, kes pecah rumah dan kecurian antara jenayah yang kerap berlaku setiap kali musim perayaan, khususnya ketika penduduk pulang ke kampung atau bercuti.

"Rumah yang ditinggalkan terdedah dengan kejadian jenayah dan untuk itu, polis akan kerap turun padang mendekati masyarakat sambil menyebarkan risalah untuk orang ramai mengambil langkah berwaspada," katanya selepas mengedarkan risalah Bersama Memerangi Jenayah Bersama Polis dan Komuniti kepada pengunjung di Bazar Ramadan di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Setiausaha Majlis Daerah Jerantut, Wan Norizan Wan Badaruzzaman.

Menurut Zakaria, mereka yang ingin bercuti digalakkan melaporkan ketiadaan mereka pada jiran dan balai polis berdekatan supaya kediaman itu dapat diawasi.

"Kegembiraan pulang ke kampung untuk memeriahkan sambutan hari raya tidak bermakna jika seseorang itu cuai dan mengambil mudah risiko keselamatan kediamannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Peniaga jangan ambil kesempatan

Posted:

Peniaga jangan ambil kesempatan

Peniaga jangan ambil kesempatan

TEMERLOH 6 Ogos - Peniaga bazar Ramadan dinasihatkan tidak mengaut keuntungan berlebihan sepanjang bulan ini kerana perbuatan itu bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, mereka perlu bertimbang rasa dengan menjual harga berpatutan kepada pengguna.

"Selain itu, peniaga perlu menyediakan makanan berkualiti dan bersih, bukannya dimasak sambil lewa semata-mata mendapat keuntungan kerana ia boleh mengancam kesihatan pengguna.

"Perbuatan seperti itu tidak baik kerana salah dari segi niat berniaga pada bulan puasa untuk membantu umat Islam membeli juadah berbuka puasa," katanya kepada pemberita selepas melawat bazar Ramadan bandar Temerloh di sini, semalam.

Beliau juga meminta peniaga mempamerkan tanda harga pada barangan jualan masing-masing kerana didapati masih terdapat kalangan mereka tidak berbuat demikian.

Selain itu, beliau menerima banyak rungutan daripada pengguna berikutan terdapat makanan yang dijual oleh peniaga, basi dan tidak sempat dimakan pada waktu sahur.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, terdapat 321 peniaga berniaga di bazar itu sepanjang bulan Ramadan ini dan meminta mereka menjaga kebersihan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Rasuah tetap berleluasa di bulan Ramadan

Posted:

Rasuah tetap berleluasa di bulan Ramadan

Rasuah tetap berleluasa di bulan Ramadan

JAKARTA 6 Ogos - Bagi umat Islam, bulan Ramadan merupakan penuh barakah di mana umat Islam mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan ibadah dan amalan kebaikan.

Namun, berlainan pula yang berlaku di Indonesia, apabila bulan suci ini tidak membawa sebarang makna, kerana gejala rasuah tetap berlaku sepanjang masa, termasuk pada bulan Ramadan ini.

Rita, seorang pelanggan di pejabat Jabatan Pengangkutan di Jakarta Selatan yang mahu membuat lesen memandu buat kali pertama terpaksa menggunakan 'orang tengah' untuk memudahkannya mendapatkan lesen memandu dalam tempoh sehari.

"Saya memberikan wang kira-kira 500,000 rupiah (RM176) kepada 'orang tengah'," katanya kepada Jakarta Post.

Jika mengikut peraturan dia perlu menjalani beberapa prosedur seperti memandu dan ujian psikologi, yang akan memgambil masa yang panjang.

Rochim yang merupakan antara orang tengah di pejabat itu memberitahu beliau mengenakan bayaran 550,000 rupiah (RM194) untuk membantu mendapatkan lesen memandu dengan mudah dalam tempoh sehari.

Sementara itu, seorang pengunjung terkejutnya dengan aktiviti rasuah yang berleluasa di pejabat itu, walaupun ketika bulan Ramadan, sambil tersenyum dia hanya menjawab, bulan puasa tidak akan mengubah apa-apa di sini. - AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pelantikan Yingluck disah Isnin

Posted:

Pelantikan Yingluck disah Isnin

Pelantikan Yingluck disah Isnin

BANGKOK 6 Ogos - Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej dijangka memberi perkenan kepada Yingluck Shinawatra (gambar) dan mengesahkan pelantikannya sebagai Perdana Menteri baru negara ini, petang Isnin ini.

Sekretariat Parlimen dimaklumkan oleh Pejabat Setiausaha Sulit Raja Bhumibol Adulyadej akan membenarkan Speaker Dewan, Somsak Kiatsuranont untuk menerima perkenan raja pada pukul 5.30 petang waktu tempatan Isnin ini di Bangunan Chalerm Phrakiat di hospital Siriraj.

Yingluck hari ini berehat di kediamannya di Bangkok bagi menunggu perkenan itu selepas memperolehi 296 undi daripada ahli Parlimen, semalam untuk dipilih sebagai Perdana Menteri wanita pertama Thailand.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Abihisit Vejjajiva, hari ini dilantik semula mengetuai Parti Demokrat, parti yang kini menjadi parti pembangkang.

Sehari selepas Yingluck memperolehi kelulusan Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri baru, Parti Demokrat melantik semula Abhisit menjadi pemimpin mereka dalam pemilihan yang tidak berhadapan dengan sebarang tentangan.

"Beliau adalah orang yang paling layak," kata ahli veteran, Marut Bunnag kepada anggota parti lain dalam mesyuarat di Bangkok, sebelum Abhisit memenangi 96 undi dalam pengundian.

Abhisit yang menjadi Perdana Menteri pada Disember 2008 meletak jawatan bulan lalu sebagai ketua Parti Demokrat selepas parti pimpinannya itu tewas dalam pilihan raya umum Thailand pada 3 Julai lalu. - AFP/AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Nikah di Thailand, cerai melalui SMS

Posted:

Nikah di Thailand, cerai melalui SMS

Nikah di Thailand, cerai melalui SMS


AISHAH dan Faizal Sazali dilaporkan telah berpisah.


DULU masa bernikah memang tak bagi tahu orang langsung, tak mengapa, Joyah tak kisah. Ingatkan rumah tangga yang dibina di Selatan Thailand itu akan berkekalan sampai akhir hayat, rupa-rupanya terhenti di tengah jalan juga.

Itulah nasib yang menimpa penyanyi Janji Manismu ini. Kalau ada yang masih ingat Aishah pernah menggegarkan peminatnya dengan isu perkahwinan di Siam tu. Dan dalam kenyataannya, Aishah sangat bahagia kerana bernikah dengan suami barunya yang banyak memberi bimbingan ke arah keagamaan.

Tup-tup, dua tiga hari lepas timbul cerita Aishah telahpun berpisah dengan Faizal Sazali Zulkifli, pada 19 Mei lalu. Apa yang membuatkan Joyah terkejut bila Aishah dilepaskan hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS ). Kenapa masa nak berpisah pakai SMS saja? Hmm, macam-macam.

Joyah tak pasti apa kemelut yang melanda mereka tetapi apa yang Joyah faham pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung sejak tiga bulan yang lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Perginya Hasnah Haron

Posted:

Perginya Hasnah Haron

Perginya Hasnah Haron

KETIKA umat Islam di seluruh negara bergembira menyambut kehadiran bulan Ramadan, sebahagian besar peminat irama pop yeh-yeh 60-an pula dikejutkan dengan pemergian penyanyi veteran, Hasnah Haron yang menderita penyakit kanser pangkal rahim.

Allahyarham meninggal dunia pada 1 Ogos yang lalu dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor .

Joyah tak pasti generasi muda hari ini kenal atau tidak dengan penyanyi ini tetapi bagi orang dulu-dulu nama Hasnah cukup mekar. Banyak lagu-lagu dendangan Hasnah yang Joyah hafal termasuklah Bersedih, Sabar Menanti dan Mengharap Kasih.

Joyah pasti anak-anak Hasnah cukup bersedih dengan pemergian ibu mereka ini. Tambahan pula lebaran makin dekat, hilang pula tempat bermanja. Kepada mereka, bersabarlah. Allah lebih menyayangi allahyarham. Al-Fatihah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tindakan berani untuk negara

Posted:

Tindakan berani untuk negara

Tindakan berani untuk negara

MELIHAT kepada jumlah penduduk Malaysia yang mencecah 28 juta adalah menakutkan jika benar jumlah warga asing mungkin mencecah sehingga enam juta sekarang.

Atas alasan ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen telah melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P dan sebelumnya Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sah.

Ini menurut Menterinya DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN adalah satu keperluan yang amat penting bukan saja untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara tetapi pada masa yang sama mengekang jenayah antarabangsa yang serius seperti pemerdagangan manusia dan ancaman keganasan.

Dalam pertemuan bersama wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID yang berlangsung di pejabatnya di Putrajaya, Hishammuddin turut sama menceritakan pengalamannya dalam menangani perhimpunan Bersih 2 dan isu-isu berkaitannya, persoalan mengenai KDN tidak tegas serta usaha kerajaan untuk lebih rasional dan cerdik dalam bagaimana mahu berkomunikasi dengan rakyat.

MINGGUAN: Bagaimana sambutan pihak majikan terhadap penggunaan program 6P?

HISHAMMUDDIN: Bagi saya secara ikhlas ia adalah lebih baik dari yang saya sangka. Ini kerana saya tidak menyangka bahawa pihak majikan akan menyambut baik proses pendaftaran ini kerana ia sebenarnya menyusahkan mereka. Keduanya, mereka selalu beranggapan bahawa jika tidak ada pekerja asing, mereka boleh dapat yang baru dan ia lebih mudah. Ketiganya rekod pekerja-pekerja ini akan direkodkan oleh pihak kami maka segala perkara negatif seperti penyelewengan, penderaan oleh majikan dan pelbagai lagi akan lebih mudah dikenalpasti.

Maka bila kita dapat jumlah sebenar pekerja yang sah semasa pendaftaran melalui majikan yang tampil ke hadapan, jumlahnya agak besar. Malah saya banyak menerima aduan dari pihak majikan mengenai masalah mereka dan tidak semestinya aduan mereka itu negatif. Malah saya lebih bimbang jika mereka tidak peduli. Oleh itu jika terdapat aduan dari mereka bermakna mereka berminat untuk mendaftar secara sah. Jadi secara peribadi ia lebih baik dari yang saya sangka namun kita akan terus perhatikan dalam tempoh terdekat apakah mereka ini akan terus menunjukkan komitmen yang sama.

Tidakkah bila kita membuka pendaftaran kepada pendatang tanpa izin ini bermakna kita terlalu berlembut?

HISHAMMUDDIN: Bagi saya dunia sudah semakin terbuka. Masalah globalisasi dan dunia tanpa sempadan sekarang memberi makna manusia, wang ringgit dan barangan bergerak di seluruh dunia tanpa sempadan. Dan perkara ini dari segi keselamatannya membawa kesan kepada jenayah antarabangsa yang begitu serius. Ini termasuklah penyeludupan dan pemerdagangan manusia, dadah, pelacuran, senjata, isu-isu berkaitan dengan keganasan dan terorisme, penggubahan wang haram, isu berkaitan dengan jenayah siber, dan pelbagai lagi. Ini antara jenayah yang datang bersama dengan globalisasi. Sebagai contoh seorang anggota pengganas yang baru diusir berasal dari Indonesia. Dia ditangkap di sini dengan pasport bernama Agus dan sudah di usir balik.

Dia melaporkan pasportnya hilang dan ia disahkan oleh ketua kampung dan kemudian dapat pasport baru dengan nama Halim. Bila dia masuk ke sempadan negara ini melalui Medan kemudian ke Bangkok dan datang ke Malaysia, pegawai Imigresen mendapati pasport tulen, gambar sama. Tetapi dengan adanya sistem biometrik, sudah pasti jenayah sebegini tidak akan berterusan. Satu lagi sekarang ini ramai majikan yang memegang pasport pembantu rumah untuk mengelak mereka lari. Ini kerana mereka boleh dapatkan pasport baru dan ini bukan hanya di Indonesia sahaja tetapi di mana-mana negara sekalipun. Bagi pendatang tanpa izin sebab itu kita laksanakan sistem 6P ini yang prosedurnya adalah pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran. Mereka ini perlu datang sendiri dan kemudian mendaftar dan kemudian akan disalurkan di sektor tertentu yang memerlukan khidmat mereka. Kalau tidak mereka akan terus berada di negara ini secara haram dan kemudian akan terus dieksploitasikan oleh majikan mereka. Seterusnya mereka tidak akan kembali ke negara asal atas pelbagai alasan seperti gaji yang lumayan atau mungkin sudah berkahwin.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tidak tegas, Bersih 2 dan belajar dari pengalaman

Posted:

Tidak tegas, Bersih 2 dan belajar dari pengalaman

Tidak tegas, Bersih 2 dan belajar dari pengalaman

TAPI Datuk Seri, masyarakat melihat bila tempoh dilanjutkan ia seolah-olah KDN tidak berlaku tegas?

HISHAMMUDDIN: Bagi saya ia adalah soal strategi. Saya belajar dari pengalaman sebelum ini kerana masyarakat kita ini selalu bertindak di saat-saat akhir. Nanti kita juga akan disalahkan. Tapi bila kita lanjutkan saya rasa kita tidak mampu selesaikan permohonan dua juta ini dalam masa yang singkat. Tetapi bila dilanjutkan kita akan pantau komitmen majikan dan pekerja tanpa izin ini. Bila kita tetapkan tarikh penamat nanti, mereka tidak akan ada alasan lagi. Bagi saya realitinya saya mahukan hasil dan penyelesaian, tetapi bukan melalui menetapkan tarikh tertentu. Masyarakat akan beri berbagai alasan dan selalunya mereka lakukan di saat-saat akhir. Bila sampai masa yang sesuai nanti saya akan tetapkan tarikh dan tidak akan ada sebarang alasan lagi untuk diterima. Langsung tidak timbul isu pihak kami mendapat tekanan dari pihak tertentu.

Perkara ini sudah timbul sejak sekian lama dan ia berlaku lama sebelum saya memegang kementerian ini. Saya sudah buat groundwork lebih setahun lalu dan berbincang dengan beberapa kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Sumber Manusia dan beberapa lagi. Oleh kerana itu saya beri ruang untuk pihak seperti majikan untuk berlaku adil kepada mereka dan mereka juga perlu berlaku adil kepada pihak kami. Jika saya tidak buat tindakan ini kesannya nanti akan lebih banyak permintaan untuk pekerja asing yang kemudian boleh mengancam keselamatan negara jika kita tidak kawal dari sekarang. Selama ini pun seolah-olah tidak ada sistem khusus kerana ada antara pekerja asing ini yang permit mereka adalah bekerja di sektor perladangan tetapi kemudian lari bekerja sebagai tukang masak dan macam-macam lagi. Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan lagi berlanjutan.

Selepas perhimpunan haram Bersih, ada pihak seolah-olah cuba meneruskan momentum tersebut. Bagaimana Datuk Seri melihat perkara ini?

HISHAMMUDDIN: Sebenarnya memang itu tujuan mereka. Bagi saya sebagai menteri yang bertanggungjawab, perjalanan sebelum 9 Julai itu keadaan sebenar adalah lebih tertekan berbanding sebelumnya. Ini kerana majoriti rakyat faham kerana mereka sudah tahu apa yang cuba diperjuangkan tidak ada kena mengena dengan sistem pilihan raya yang adil. Pelbagai alasan yang diberikan walaupun pihak kerajaan sudah menawarkan stadium tetapi mereka menolak.

Rakyat juga faham bahawa mereka ini sanggup melakukan apa saja untuk mencemarkan nama baik polis, kerajaan dan negara dengan menggunakan pelbagai kaedah baru seperti facebook, twitter dan lain-lain. Rakyat juga sudah faham bahawa tujuan mereka adalah untuk mencemarkan nama baik negara dengan menganjurkan protes dan demonstrasi di dalam dan luar negara selain menggunakan media Barat sebagai medium mereka.

Mereka juga berlakon dengan pelbagai cara seperti menggunakan kerusi roda dan membalut leher hanya untuk memburukkan negara. Oleh itu rakyat perlu faham apa yang dilakukan selepas kejadian 9 Julai itu hanya untuk meneruskan momentum dan agenda politik mereka oleh itu saya pohon rakyat jangan terperangkap dan pihak kerajaan akan terus memberi penjelasan berterusan. Namun begitu saya akui bahawa cara kita menggunakan media baru ini masih lagi lemah. Kalau nak dibandingkan dengan apa yang berlaku di luar negara seperti di Belfast ketika saya berada di Britain bersama Perdana Menteri, cara pihak berkuasa mereka menangani kejadian itu lebih teruk lagi. Dan saya pelik kenapa pihak pembangkang tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku di sana dan membandingkan dengan kejadian perhimpunan Bersih tempoh hari.

Apakah yang menjadi pertimbangan kerajaan dalam berhadapan dengan perhimpunan haram Bersih tempoh hari?

HISHAMMUDDIN: Sebenarnya niat mereka adalah mahu memburuk-burukkan imej negara dan tidak bersikap adil terhadap kerajaan. Namun Perdana Menteri telah begitu komited dalam melakukan perubahan. Mereka hanya memutar belit apa yang cuba kita lakukan. Bila kita beri stadium mereka tak nak dan kemudian nak buat di Stadium Merdeka tetapi nak juga berarak untuk ke Stadium Merdeka. Hasilnya sama juga. Bila kita nak laksanakan sistem biometrik mereka kata tak sesuai pula dan nak penggunaan dakwat kekal. Kalau rakyat fikir dengan sedalamnya mereka boleh melihat apakah benar pihak ini ikhlas dalam memperjuangkan pilihan raya lebih bersih. Hakikatnya dibelakang isu itu ia melibatkan kepentingan dan pakatan politik. Tapi bagi saya keadaan sebelum 9 Julai itu lebih menekan kerana mereka mahu bina imej buruk terhadap kerajaan dengan mahu mereka ditangkap di bawah ISA. Mereka sebenarnya mahu kerajaan ambil tindakan keras terhadap mereka supaya mereka boleh jaja kerajaan dan undang-undang negara zalim ke seluruh dunia. Namun semua perlu faham bahawa dunia sudah berubah dan pihak pembangkang cuba membina politic of deception dengan cuba melakukan pelbagai persepsi dan cerita buruk dan tidak benar dan menyebarkannya melalui media baru. Tapi yang lebih membimbangkan terdapat pihak-pihak tertentu yang berkemungkinan menggunakan demonstrasi ini untuk memporak-perandakan negara ini. Ini adalah satu risiko yang kita tidak boleh ambil mudah.

Perkara sebegini boleh dijadikan isu besar oleh Barat yang tidak faham kehidupan di negara majmuk seperti Malaysia dan mereka akan memperbesar-besarkan isu ini. Perkara sebegini yang cuba dielakkan oleh kepimpinan Perdana Menteri malah Yang Dipertuan Agong sendiri cuba berbuat yang terbaik untuk memastikan keselamatan, harta benda dan nyawa rakyat pelbagai kaum tidak menjadi pertaruhan. Perkara inilah yang menjadi pertimbangan utama Perdana Menteri dan soal keselamatan adalah bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan.

Datuk Seri ada bercakap mengenai dunia sudah berubah. Boleh jelaskan?

HISHAMMUDDIN: Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kerajaan tidak akan membiarkan perkara buruk berlaku namun pada masa yang sama kita juga perlu mencari kaedah-kaedah lain yang tidak akan menjejaskan kehidupan masyarakat. Kita akur dengan keadaan baru dunia sekarang dan akan mencari jalan untuk memberi ruang kepada masyarakat. Mungkin untuk menangkap mereka ini dengan menggunakan ISA tidak lagi sesuai dan sudah berlalu dan ia hanya boleh digunakan terhadap kes-kes yang boleh mengancam negara seperti keganasan dan pemerdagangan manusia. Ia bukan dilakukan atas dasar perkauman, politik dan sebagainya malah saya tangkap sendiri pegawai imigresen yang melakukan kesalahan seperti ini. Oleh itu kerajaan Barisan Nasional perlu lebih rasional dan cerdik dalam bagaimana mahu berkomunikasi dengan rakyat. Jika perhimpunan Bersih 3 mahu dianjurkan sekurang-kurangnya kita sudah belajar dari pengalaman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Si Doraemon 'Izzati'

Posted:

Si Doraemon 'Izzati'

Si Doraemon 'Izzati'

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto RASHID MAHFOF


Cukup menyayangi setiap barangan yang dimilikinya.


WATAK manga Jepun popular yang satu ini memang memikat hatinya. Bersifat bulat dan berwarna biru terasa seperti mahu mencubit saja pipinya. Keletah bijak sewaktu menyelesaikan masalah bersama rakan sebaya juga membuatkan dirinya cukup teruja.

Mata Nur Izzati Zainal Kefli sentiasa galak melihat kebolehan robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22 itu.

Natijah daripada itu, watak animasi dan komik kini rasmi menjadi kegemaran utamanya. Sekali gus meluputkan minat lamanya terhadap watak dari manga Pikachu seketika dahulu.

Bagi membuktikan kesetiaan sebagai peminat tegar Doraemon, pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Selangor ini mula mengumpul barangan dari karakter berkenaan.

Bermula dengan botol air, beg sekolah, alat tulis, bantal kepala Doraemon, kipas, cadar atau apa saja yang berkaitan watak berkenaan terus dikumpul.

"Kalau ibu, Noormala Othman dan bapa, Zainalkefli Hussin ke luar negara, saya minta mereka hadiahkan saya barangan dari jenama Doraemon. Itu pilihan utama saya," katanya ketika ditemui di kediamannya di Bukit Jelutong, Shah Alam Selangor.

Gadis berusia 17 tahun ini juga memberitahu bahawa setiap barangan dari Doraemon yang dikumpul itu adalah asli. Kebanyakan barangan yang diperbuat dari Jepun, Hong Kong, China dan Thailand.

Nur Izzati juga dapat membezakannya menerusi jenis material yang digunakan. Selalunya yang bersifat cetak rompak itu menggunakan pewarna yang murah dan mudah luntur.

Bagaimanapun, adik kepada Zur Azureen, 20, tak pernah menolak andai ada di kalangan rakan-rakan memberi barangan jenis itu.

Semua koleksinya disimpan rapi di biliknya yang juga dicat warna biru watak Doraemon. Ruangan kecil itu juga digunakan sebagai tempat lepak kawan-kawan Nur Izzati setiap kali bertandang ke rumah.

Ditanya bilakah Nur Izzati akan berhenti dari terus meminati Doraemon, gadis ini dilihat tersenyum lawa. Katanya, dia tak ada berhenti walaupun diminta oleh sesiapa pun.

Apa yang diminatinya itu sekadar minat saja. Tiada unsur obses mendalam terhadap karakter berkenaan.

Pada perkembangan yang sama, Nur Izzati juga tidak kisah andai gelaran Doraemon kekal kepadanya sehingga dia berpeluang ke menara gading satu hari nanti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dekorasi ala Inggeris menawan

Posted:

Dekorasi ala Inggeris menawan

Dekorasi ala Inggeris menawan

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto WAHIDAH ZAINAL ARIPIN


PERABOT dan hiasan dapur Inggeris juga terdapat di Souvenir Shoppe.


MENJEJAK kaki ke Souvenir Shoppe, pastinya membuatkan sesiapa jua rambang mata untuk memilih barang yang diingini. Manakan tidak, daripada sekecil hiasan seperti magnet peti sejuk, alas cawan, koleh, bunga plastik sehingga perabot, lampu, lukisan dan langsir berkonsep Inggeris, semuanya boleh anda temui di situ pada harga berpatutan.

Seorang pengunjung berbangsa India yang sempat penulis temui berkata, setiap minggu apabila dia ke hospital berdekatan untuk menjalani rawatan fisioterapi, pasti ada sahaja barang yang dibelinya. Sedar tak sedar kini rumahnya penuh dengan perhiasan ala Inggeris yang comel-comel dan menawan.

Menurut pemiliknya, Mazni Abu Bakar, beliau dan suaminya menjalankan perniagaan tersebut sejak 10 tahun lalu.

"Asalnya saya berkerja dengan agensi pelancongan. Bila dah kerap melancong dan berpeluang melihat pelbagai barangan murah buatan luar negara, saya terfikir untuk berniaga pula," katanya.

Dari situ, dia mula meninjau pasaran barangan hiasan rumah di Thailand dan juga China. Kebetulan Mazni sendiri memang berminat dengan hiasan dalaman dan mempunyai kebolehan menghasilkan langsir, ia lebih memudahkan urusan.

Perniagaan yang bermula dengan kedai satu lot di Taman Melawati itu mendapat perhatian cukup memberangsangkan. Dari satu lot satu tingkat, ia kemudian menjadi dua tingkat berikutan permintaan dan peningkatan jualan. Seterusnya ia bertambah cawangan menjadi lima kini termasuk di luar Lembah Kelang iaitu di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan di Ipoh, Perak.

Eksklusif

Bukan mudah untuk memuaskan cita rasa pelanggan, kata Mazni. Seperti fesyen, gaya penataan kediaman juga datang dan pergi. Suatu ketika dulu hiasan Inggeris cukup diminati namun kini pelanggan lebih suka kepada perabot ringkas yang berteras minimalis.

"Sekarang kami tumpukan pula pada perabot berwarna putih dengan hiasan ringkas. Sebenarnya bukan semua barangan dan perabot di Souvenir Shoppe kami beli terus dari kilang. Malah ada antaranya, kami reka dan tempah mengikut permintaan pelanggan," katanya.

Mazni sentiasa memastikan barangan di kedainya bertukar ganti kerana kebanyakan pelanggan merupakan pelanggan setia yang sering berkunjung untuk mendapatkan hiasan terkini.

"Pelanggan selalu bertanya, ada tak barang baru? Sekarang ini pun, sudah ada satu kontena stok baru yang sedang dihantar khas untuk Hari Raya nanti," katanya.

Selain itu kata Mazni, persaingan daripada kedai perhiasan yang lain juga membuatkan pihaknya perlu sentiasa peka dengan trend semasa agar Souvenir Shoppe terus menjadi pilihan penggemar hiasan ala Inggeris.

Bukan setakat menjual barangan hiasan dan perabot, Souvenir Shoppe turut menawarkan khidmat rundingan hiasan dalaman termasuk berkunjung ke kediaman pelanggan bagi mendapatkan ukuran yang bersesuaian.

Kata Mazni, ia lebih mudah kerana pelanggan boleh menempah sendiri jenis hiasan yang mereka mahukan untuk disesuai dengan bentuk dan saiz kediaman.

Promosi

Sempena Hari Raya Aidilfitri, Souvenir Shoppe mengadakan jualan istimewa potongan diskaun sehingga 50 peratus bagi setiap hiasan.

Tawaran itu kata Mazni berterusan sehingga dua minggu selepas raya sebagai memenuhi keperluan pelanggan yang ingin menghias rumah tatkala mengadakan majlis rumah terbuka.

"Pelanggan yang berbelanja lebih RM200 secara automatik akan menjadi ahli Souvenir Shoppe yang mana melayakkan mereka menikmati tambahan diskaun sebanyak lima peratus ketika jualan diadakan. Namun, seandainya tiada promosi jualan, mereka tetap menikmati diskaun sebanyak 10 peratus," katanya.

Mazni berkata, selain menjual kepada pelanggan yang bertandang ke kedai, dia turut menyediakan belian secara pukal kerana beliau sendiri merupakan pemborong barangan hiasan dari luar negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pindahkan ke AU2 Keramat

Posted:

Pindahkan ke AU2 Keramat

Pindahkan ke AU2 Keramat


BAZAR Ramadan di Jalan Taman Setiawangsa yang dikatakan punca kesesakan lalu-lintas di situ sejak awal Ramadan lalu.


KUALA LUMPUR 5 Ogos - Penduduk dan peniaga di Taman Setiawangsa di sini menggesa agar bazar Ramadan yang dibuka di kawasan tersebut dipindahkan ke AU2 Keramat yang dianggap sebagai kawasan yang lebih sesuai.

Mereka mendakwa, kewujudan pasar tersebut telah menyebabkan kawasan itu mengalami kesesakan lalu-lintas yang teruk sehingga menyusahkan penduduk setiap hari.

Pengerusi Persatuan-Persatuan Penduduk dan Pengusaha Taman Setiawangsa, Mohaizi Mohamad berkata, penduduk dan pengusaha di sini telah sepakat tidak mahu sebarang bazar Ramadan di sini.

Katanya, kawasan Taman Setiawangsa sudah terlalu padat dan kewujudan pasar itu walaupun untuk sementara waktu telah menyebabkan kesesakan sehingga mengganggu penduduk kawasan itu.

"Kesesakan akan bertambah teruk terutama pada waktu petang iaitu ketika pelajar pulang dari sekolah dan orang ramai yang pulang daripada bekerja melalui kawasan ini.

"Di sini hanya ada satu jalan sahaja untuk keluar dan apabila pasar itu dibuka, kesesakan yang berlaku sememangnya sangat sukar diterima penduduk," katanya.

Katanya, penduduk juga menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak meluluskan pembukaan bazar Ramadan di situ mulai tahun ini dan pada tahun-tahun mendatang.

"DBKL telah meluluskan pasar Ramadan di sini tanpa membuat kajian dan mendapat persetujuan penduduk dan kita minta DBKL memindahkan peniaga terbabit dengan segera," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Peniaga rayu teruskan hingga akhir Ramadan

Posted:

Peniaga rayu teruskan hingga akhir Ramadan

Peniaga rayu teruskan hingga akhir Ramadan

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu merayu supaya bazar Ramadan di Setiawangsa diteruskan sehingga akhir bulan ini.

Pengerusinya, Jinjong Jinardi berkata, sebahagian besar peniaga di situ saban tahun berniaga di pasar Ramadan tetapi pada kali ini, persatuan itu memohon berniaga di situ buat kali pertama.

"Bagaimanapun, kami mendapat tentangan daripada penduduk dengan alasan kami tidak menjaga kebersihan sedangkan sejak tiga hari perniagaan dimulakan, kami sentiasa memastikan peniaga menjaga kebersihan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Jinjong berkata, pihaknya juga ada menempatkan beberapa orang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk memastikan lalu-lintas lancar.

Katanya, berdasarkan dialog dengan pihak polis Setiawangsa dan persatuan penduduk yang diadakan sebelum ini, mereka dibenarkan berniaga di kawasan ini.

"Bagaimanapun, kami masih menunggu jawapan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) tentang status permohonan kami untuk mendapatkan lesen," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved