Khamis, 20 Jun 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis rampas 2.042 kg heroin, 5.5 gram syabu

Posted: 20 Jun 2013 11:31 PM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB

KUANTAN 21 Jun - Polis berjaya merampas sebanyak 2.042 kilogram heroin dan 5.5 gram syabu yang masing-masing bernilai RM408,200 serta RM5,500 di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira di hadapan sebuah rumah di Felda Jengka 4, Maran semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Superintendan Yap Toon Khuan berkata, Dalam serbuan pukul 1.20 pagi itu, polis turut berjaya menahan seorang lelaki berumur 36 tahun dipercayai pengedar dadah. - UTUSAN ONLINE

Kanak-kanak maut, enam lagi parah

Posted: 20 Jun 2013 11:32 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

Kakitangan hospital membawa masuk salah seorang mangsa kemalangan bas terbalik ke unit kecemasan di Hospital Raub, semalam.

RAUB 20 Jun - Seorang budak lelaki maut manakala enam lagi penumpang parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 364, Jalan Raub-Bentong berhampiran sempadan Raub-Bentong dekat sini awal pagi ini.

Nahas berlaku pukul 4.30 pagi ketika bas ekspres itu yang membawa sebanyak 19 penumpang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Wan Samsuddin Wan Osman berkata, kanak-kanak berkenaan, Muhammad Busam Suhaiming, 3, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raub akibat cedera parah di kepala dan badan.

"Enam lagi cedera parah termasuk pemandu kedua bas berkenaan yang berusia 53 tahun," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, tiga mangsa yang cedera parah dihantar untuk mendapat rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh manakala tiga lagi dihantar di Hospital Kuala Lumpur. Enam penumpang lain yang cedera ringan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raub.

Tambahnya, polis percaya kemalangan berlaku apabila pemandu bas berkenaan yang berusia lingkungan 40-an mengantuk sehingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik di laluan bertentangan.

Wan Samsuddin memberitahu, polis telah mengambil ujian air kencing, darah dan ujian alkohol ke atas pemandu terbabit dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Saya sedia jumpa Khairy'

Posted: 20 Jun 2013 11:33 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Tengku Abdullah

KUALA LUMPUR - Siapalah saya, saya boleh berjumpa sesiapa sahaja, itulah reaksi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah membalas hasrat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahu bersemuka dengannya.

"Saya sedia berjumpa dengan sesiapa sekalipun, malah saya bersedia untuk berjumpa dengannya (Khairy) tidak kira atas apa perkara sekalipun," katanya pada sidang akhbar selepas bertemu pemain hoki kebangsaan dalam satu majlis di sini, semalam.

Kelmarin Khairy menegaskan bahawa beliau tidak mahu menjadikan surat khabar sebagai medium perantara antara dirinya dengan FAM.

Malah, beliau menolak pelawaan Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin untuk menjadi orang tengah antara kementerian berkenaan dengan badan induk bola sepak negara itu.

Khairy memberitahu, beliau lebih berminat untuk bertemu dengan pihak yang boleh membuat keputusan iaitu pucuk kepemimpinan tertinggi FAM.

"Itu hak dia, untuk berjumpa dengan sesiapa pun. Jadi dia yang membuat pilihan untuk berjumpa dengan orang tertentu kita tidak menetapkannya," tegas Tengku Abdullah.

Ditanya mengenai penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang mempersoalkan wang berjumlah RM30 juta setahun yang diterima FAM menerusi penjualan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia.

Tengku Abdullah berkata, soal dana tidak melibatkan beliau kerana perkara itu adalah kerja pengurusan kewangan FAM, malah setiap tahun audit akan mengeluarkan laporan kewangan.

"RM30 juta sebenarnya memang tidak cukup, malah Presiden (FAM) Sultan Ahmad Shah, terpaksa mengeluarkan duit sendiri. Harap ada Tan Sri, Datuk yang boleh menderma, sekali lagi saya jelaskan RM30 juta sememangnya tidak mencukupi.

"Soal kononnya skuad Harimau Muda A berlatih di Slovakia yang didakwanya untuk memudahkan pegawai dan isteri masing-masing melancong secara percuma, saya tidak berani membuat spekulasi, saya tidak terlibat. Tuding-menuding jari, tuduh-menuduh bukan cara saya," tegas Tengku Abdullah lagi.

Skuad hoki diingatkan perlu kekal fokus

Posted: 20 Jun 2013 11:33 AM PDT

KUALA LUMPUR - Kekal fokus, adalah kunci kepada kenyataan penuh bersemangat Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika memberi nasihat serta pembakar semangat buat pemain menjelang Liga Hoki Dunia minggu depan.

Menurut beliau, pemain, jurulatih dan dirinya sendiri perlu menanamkan iltizam agar kekal fokus untuk Kejohanan Liga Hoki Dunia yang akan bermula 29 Jun ini.

"Ada tiga benda yang saya ingin tekankan pertama adalah kekal fokus, kedua juga kekal fokus dan ketiga turut sama kekal fokus. Kekal fokus pertama ialah semua pihak perlu menganggap setiap perlawanan yang akan ditempuhi ibarat perlawanan akhir," katanya pada majlis bertemu pemain hoki negara di sini, semalam.

Jelasnya, kekal fokus kedua adalah melibatkan keadaan pemain itu sendiri iaitu perlu makan dan tidur dengan cukup, tidak boleh leka bermain permainan video, tengok Piala Konfederasi 2013 dan bermain telefon hingga lewat malam.

"Tolonglah, semua pemain pastikan mendapat tidur dan rehat yang cukup. Kekal fokus yang ketiga adalah kecederaan. Setakat ini kita tidak ada masalah tentang perkara ini, sedikit sebanyak ia menjadi pembakar semangat dan memberi gerun kepada pasukan lain.

"Pastikan kita beraksi untuk negara dan penyokong. Kita perlu melayakkan diri ke Piala Dunia, semua orang mempunyai peranan masing-masing, biarkan isu yang membelenggu kita sebelum ini lenyap begitu saya," katanya.

Kata Tengku Abdullah, semua pemain baik penjaga gol, pertahanan, penyerang dan tengah harus menyedari tugas masing-masing. Mereka perlu mendengar segala arahan jurulatih untuk mencari keputusan cemerlang.

"Jika berjaya beraksi dengan baik serta melayakkan diri, ada bonus menanti anda, malah pihak penaja juga turut serta akan datang kepada kita. Inilah yang saya harapkan pasukan dapat beraksi baik di sana.

"Kalau hoki kita menurun bermakna tugas saya gagal, tetapi saya tidak boleh melakukannya seorang diri saya perlu sokongan daripada semua pihak. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin banyak membantu kita, semua pihak berdiri di belakang kita sekarang ini.

"Semua harus bersatu, jurulatih, penolong jurulatih, pengurus dan pemain, saya harap lupakan segala desas-desus sejak kebelakangan ini dan fokus kepada Liga Hoki Dunia dan Piala Asia Ogos depan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Chery sasar 2,500 unit jualan

Posted: 20 Jun 2013 11:33 AM PDT

Tan Chee Hau dan Nik Ismail Nik Mohamed bergambar bersama Chery Eastar XT yang dilancarkan di Petaling Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR 20 Jun - Chery Automobile (Malaysia) Sdn. Bhd. (Chery) menyasarkan jualan sebanyak 2,500 unit pada tahun ini bersandarkan varian terbaharu, Eastar XT.

Kini kesemua variannya dilengkapi dengan perkhidmatan waranti selama lima tahun.

Pengarah Kumpulan Chery, Tan Chee Hau berkata, penjualan kenderaan produk MPV (kenderaan pelbagai guna) Eastar semakin rancak terutama dalam kalangan pelanggan yang berkeluarga kerana ia mampu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

"Varian ini menawarkan keluasan dan prestasi yang dinamik di yang mempunyai penambahan bahagian dalaman termasuklah skrin LED di tempat duduk penumpang, DVD bersama GPS dan kamera undur," katanya kepada pemberita selepas penyampaian hadiah kepada pemenang Kempen My Chery, My Condo di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusinya, Jen (B) Tan Sri Datuk Sri Nik Ismail Nik Mohamed.

Harga model kenderaan tersebut di atas jalan (OTR) ialah RM 94,040.70 dengan lima pilihan warna Snow White, Sapphire Silver, Sunbeam Silver, Mystic Black, Brown Silver dan Chilli Red.

Katanya lagi, kenderaan MPV Eastar menyumbang 80 peratus daripada jumlah jualan syarikat.

"50 peratus jualan kenderaan adalah di sekitar Selangor dan kita berharap dapat menembusi di negeri lain dengan lebih lagi di masa depan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Gua batu kapur Merapoh terancam

Posted: 20 Jun 2013 11:33 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

Mohd. Sharkar Shamsuddin (dua dari kiri) bersama-sama menangkap ikan kelah ketika melawat persekitaran Sungai Relau Taman Negara Merapoh, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 20 Jun - Kawasan gua, flora dan fauna di Merapoh dekat sini berkemungkinan akan terjejas jika wujudnya kilang simen seperti yang diuar-uarkan beberapa tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, jika projek itu direalisasikan berkemungkinan gua batu kapur yang dikenali sebagai 'syurga gua' dalam kalangan pelancong barat akan terancam pada masa depan.

"Impaknya juga akan berlaku pencemaran air bersih di aliran sungai berdekatan yang juga menjadi lokasi santuari pemuliharaan ikan kelah merah dan ikan sebarau.

"Bagaimanapun, projek berkenaan masih di peringkat kajian semua pihak termasuk kerajaan negeri dan kita mengambil cakna setiap permohonan rayuan pembatalan projek ini daripada penduduk Merapoh," katanya ketika mendengar taklimat 'Selamatkan Gua Merapoh' dan melawat persekitaran bukit batu kapur di Merapoh, dekat sini baru-baru ini.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long.

Mohd. Sharkar menarik perhatian apabila menerima permohonan bantahan penduduk Merapoh berikutan ada cadangan pembinaan kilang simen oleh pelabur luar yang boleh mengancam sebanyak 85 buah gua batu kapur berusia 300 juta tahun termasuk flora dan fauna di situ.

Rangkaian gua batu kapur di Merapoh, katanya, merupakan kawasan gua terbesar di Asia Tenggara dan berkemungkinan antara yang terbesar di dunia.

"Kita akan mengkaji secara teliti segala tuntutan dan rungutan penduduk di sini untuk memulihara kawasan ini bagi tujuan pembangunan sektor pelancongan dan manfaat penduduk di sini," katanya.

Mohd. Sharkar berkata, Merapoh memang terkenal sebagai pintu masuk bagi pendaki ke Gunung Tahan melalui Taman Negara Sungai Relau selain laluan yang sinonim bermula di Kuala Tahan, Jerantut.

Katanya, sebanyak 415 buah gua batu kapur di sini dikenal pasti oleh penduduk dan pengkaji luar tetapi 85 buah gua sahaja berjaya dieksplorasi bagi tujuan pelancongan menerusi kajian ahli geologi tempatan termasuk dari negara Croatia dan Australia.

"Kita akan mendapat pandangan semua pihak mengenai projek kilang berkenaan termasuk dikemukakan menerusi mesyuarat peringkat Exco kerajaan negeri tidak lama lagi sebelum membuat apa-apa keputusan," tambahnya.

Guru perlu komited capai KPI

Posted: 20 Jun 2013 11:33 AM PDT

MARAN 20 Jun - Guru di daerah ini perlu komited memberi fokus terhadap usaha mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan bagi melahirkan murid cemerlang selaku aset masa depan negara.

Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Baharum Samat berkata, usaha ini selari dengan tema Hari Guru Kebangsaan 2013 '1 Aspirasi 1 Agenda', yang mempunyai impak besar terhadap bidang pendidikan.

Jelasnya, untuk itu, semua guru perlu seiring meletakkan keutamaan untuk mencapai sasaran kualiti pendidikan negara tanpa banyak alasan.

"Pendidikan negara adalah setanding dengan negara maju berdasarkan kepada prasarana dan kemudahan yang disediakan kerajaan.

"Saya optimis pemimpin di sekolah dan guru di daerah Maran sudah siap siaga untuk memainkan peranan penting dalam melaksanakan tanggungjawab merealisasikan aspirasi pendidikan negara," katanya.

Baharum berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian sambutan Hari Guru Daerah Maran 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Jengka di sini baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Menurut Baharum, para guru perlu meneruskan iltizam tanpa jemu untuk memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada anak bangsa walaupun pelbagai cabaran yang tidak kunjung padam menanti warga pendidik.

Tambah beliau, guru harus berusaha keras memberi perkhidmatan yang cemerlang, profesional, amanah, bertanggungjawab dan berintegriri.

''Guru yang bertanggungjawab dan fokus terhadap tugasan mereka berupaya membina situasi proses pembelajaran yang menyeronokkan sekali gus mewujudkan hala tuju pendidikan yang terbilang,'' katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


William mati akibat terjatuh tidak sengaja

Posted: 20 Jun 2013 11:33 AM PDT

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
pengarang@utusan.com.my

PETALING JAYA 20 Jun — Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan kematian William Yau Zheng Zhong, 6, yang mayatnya ditemui terapung di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, 24 Januari lalu dikategorikan sebagai nahas kerana mangsa didapati secara tidak langsung terjatuh ke dalam longkang berhampiran Jalan Putra Mahkota Heights, Subang.

Keputusan itu dibuat oleh Koroner Mohd. Hezri Shaharil yang mendengar inkues bagi menyiasat punca sebenar kematian kanak-kanak itu sejak 11 Mac lalu yang melibatkan 21 saksi.

Beliau memberitahu, ekoran kejadian itu, mangsa dipercayai mengalami kecederaan serius di tengkorak yang kemudiannya mengakibatkan kematian.

Mahkamah juga menolak penglibatan mana-mana pihak secara jenayah termasuk ibu bapa mendiang.

"Namun begitu, mahkamah ini tidak menolak sebarang unsur kecuaian yang membawa kepada bencana kematian mangsa," katanya.

William ditemui mati selepas dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya di sini.

Lapan hari selepas hilang, mayat kanak-kanak lelaki itu yang lengkap berpakaian ditemui terapung di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang dan laporan awal Jabatan Kimia mengesahkan mayat itu adalah William.

Prosiding inkues itu dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt.

Mohd. Hezri berkata, mahkamah mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan lama termasuk di dahi kanan dan tulang rusuk kanan mendiang.

"Bagaimanapun laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan itu sahaja tidak memungkinkan mangsa mati," katanya.

Berdasarkan keterangan saksi-saksi termasuk pakar perubatan forensik, beliau turut menolak kemungkinan mangsa didera kerana tiada laporan mengaitkan pola kecederaan berulang dan berperingkat di tubuh mendiang.

Beliau memberitahu, sepanjang prosiding, terdapat dua longkang yang difokuskan sebagai tempat mangsa dipercayai terjatuh.

Meskipun salah satu daripada longkang itu terletak berhampiran kenderaan yang ditinggalkan oleh bapa mangsa, mahkamah berpendapat terdapat keraguan kerana keadaan longkang tersebut yang mempunyai penutup bergerigi besi.

"Pernyataan saksi-saksi juga bercanggah di mana ada yang menyatakan penutup besi itu terbuka ketika kejadian dan ada pula yang menyatakan ia tertutup.

"Selain itu ada keterangan yang menyatakan dasar longkang itu kering dan paling ketara ketiadaan arus yang memungkinkan mendiang terjatuh dan dihanyutkan dari longkang ini dalam masa singkat," katanya.

Menurutnya, teori yang menyatakan mangsa terjatuh ke dalam longkang yang terletak kira-kira 70 hingga 100 meter dari tempat kenderaan bapa mangsa diletakkan tidak dapat dinafikan kerana keluasan longkang tersebut yang lebar dan terbuka di bahagian sisi selain permukaan sekeliling adalah keras, diperbuat daripada konkrit.

Mohd. Hezri berkata, berdasarkan faktor kematangan mangsa yang baru berusia enam tahun, mahkamah tidak menolak kemungkinan mendiang telah keluar dari kenderaan dan secara tidak langsung menghampiri kawasan longkang tersebut sebelum tergelincir dan kepalanya terhentak pada permukaan keras longkang itu.

Ibu bapa mangsa, Yau Kook Kang, 33, dan Goh Ying Ying, 26, yang turut hadir di mahkamah enggan ditemuramah berhubung keputusan tersebut semasa ditemui pemberita.

Sementara itu, peguam pemerhati keluarga mangsa, Goh Kim Lian berkata, keluarga William berpuas hati dengan keputusan mahkamah hari ini.

Liong Sik tidak pernah minta habuan daripada Kuala Dimensi Sdn. Bhd.

Posted: 20 Jun 2013 11:33 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Jun - Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) Datuk Faizal Abdullah berkata, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik tidak pernah meminta sebarang habuan daripada beliau berhubung urusan perolehan tanah milik syarikat itu di Pulau Indah, Klang bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Faizal memberitahu, beliau juga tidak mempunyai pengetahuan sama ada Liong Sik mempunyai sebarang kepentingan dalam KDSB.

Saksi kelapan pembelaan itu menyatakan demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dalam perbicaraan kes terhadap Liong Sik yang didakwa atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia.

Sebaik sahaja saksi terakhir itu selesai memberikan keterangan, peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Liong Sik, 69, memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya menutup kes pembelaan.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi sehubungan itu menetapkan 22 Julai untuk Kian Kheong memfailkan hujahan bertulis pihak pembelaan dan 22 Ogos bagi Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah membalas hujah tersebut.

Mahkamah juga menetapkan 6 September depan untuk klarifikasi dan Kian Kheong menjawab hujah pihak pendakwaan.

Pada 29 Julai 2010, Liong Sik didakwa pertama kali di Mahkamah Sesyen Putrajaya sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini untuk dibicarakan.

Liong Sik didakwa melakukan penipuan itu dengan cara tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta-fakta berkaitan pembelian tanah membabitkan RM1.08 bilion.

Bekas Presiden MCA itu didakwa melakukan perbuatan tersebut antara 25 September dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Perbicaraan peringkat kes pendakwaan yang bermula pada 1 Ogos 2011 berjalan selama 28 hari dengan pendakwa raya memanggil 25 saksi memberi keterangan dan Liong Sik mula membela diri pada 9 Mac 2012.

Terdahulunya, pada sesi pagi Kian Kheong memohon untuk memanggil semula saksi keenam pihak pendakwaan iaitu bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan, Datuk Zaharah Shaari untuk memberikan sedikit penjelasan berhubung keterangannya sebelum ini.

Penjelasan itu berhubung dua dokumen iaitu satu draf surat sokongan bagi perjanjian jual beli bertarikh 12 November 2012 antara Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan KDSB dan juga surat sokongan daripada Malaysian International Merchant Bankers Bhd.

Menurut Zaharah, beliau telah dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit kepada bekas Menteri Kabinet itu yang Liong Sik mahu menghantar surat tetapi perlu disemak terlebih dahulu olehnya (Zaharah).

Selepas menerima dokumen tersebut, Zaharah berkata, beliau telah membincangkan draf tersebut bersama pegawai-pegawai dan pegawai undang-undang Kementerian Pengangkutan dan membuat pindaan sebelum mengemukakan draf yang baharu.

Ditanya oleh Kian Kheong sama ada Liong Sik ada membuat apa-apa pindaan selain daripada yang dicadangkan, Zaharah berkata, tiada sebarang pindaan dibuat oleh tertuduh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kabinet Kuwait luluskan dekri tetapkan tarikh pilihanraya

Posted: 20 Jun 2013 10:46 AM PDT

KUWAIT CITY 21 Jun - Kabinet Kuwait semalam meluluskan satu dekri bagi menetapkan pilihan raya Parlimen negara ini diadakan pada 25 Julai depan selepas mahkamah perlembagaan membatalkan Parlimen sedia ada dan mengekalkan undang-undang pilihan raya kontroversi.

"Kabinet pada satu sesi luar biasa meluluskan draf dekri menetapkan 25 Julai sebagai tarikh pilihan raya Parlimen," kata Menteri Dalam Negeri bagi Hal Ehwal Kabinet, Sheikh Mohammad Abdullah al-Sabah kepada agensi berita KUNA.

Perintah kemudiannya akan dikeluarkan oleh Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah. - AFP

Tentera India teruskan usaha menyelamat

Posted: 20 Jun 2013 10:44 AM PDT

DEHRADUN, India 21 Jun - Tentera India semalam bergelut untuk menghampiri kampung-kampung dan bandar yang terpisah akibat banjir kilat dan tanah runtuh di utara negara ini ketika pihak berkuasa menyatakan sekurang-kurangnya 1,000 penduduk dikhuatiri terkorban akibat kejadian itu.

Kira-kira 10,000 anggota tentera dengan bantuan helikopter telah dikerahkan bagi membantu menyelamatkan pelancong dan penganut Hindu yang terperangkap selepas banjir yang disebabkan hujan lebat monsun melanda negeri Uttarakhand di Himalaya, hujung minggu lalu.

Lebih daripada 33,100 orang telah diselamatkan setakat ini ketika tentera mengambil kesempatan cuaca baik, namun 50,400 penduduk masih terkandas, kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Cara Erdogan hadapi demonstrasi

Posted: 20 Jun 2013 11:33 AM PDT

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

BERITA terbaharu yang disiarkan oleh agensi berita asing kelmarin menyebut Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan tidak menolak kemungkinan akan mengerahkan pihak tentera bagi menangani tunjuk perasaan di negara itu.

Tindakan tegas itu akan dibuat jika langkah memberi kuasa yang lebih kepada polis antirusuhan untuk menghentikan tunjuk perasaan yang semakin merebak tidak berjaya.

Sebelum ini, pihak berkuasa Turki telah menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan memukul penunjuk perasaan yang enggan bersurai daripada Dataran Taksim dan Taman Gezi di tengah Istanbul.

Bantahan itu dikatakan kerana menentang cadangan pihak pemerintah membina replika sebuah bangunan lama dan bersejarah yang pernah menjadi berek tentera kerajaan Uthmaniah satu masa lalu di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, Erdogan menuduh alasan itu hanyalah helah pihak asing termasuk Amerika Syarikat (AS) dan parti pembangkang negara itu, Cumhuriyet Halk Partisi (CHP) yang berfahaman liberal dan pro-Mustafa Kemal Ataturk untuk mewujudkan Turki Spring bagi menumbangkan kerajaan.

Setakat ini, pihak polis telah menahan lebih 90 orang yang disyaki terlibat dalam bantahan antikerajaan sejak awal bulan ini atas dakwaan memusnahkan harta awam, menghasut dan menyerang polis.

Selain menggunakan kuasa polis, pihak pemerintah mengambil sikap berdiam diri apabila kumpulan prokerajaan menyerang penunjuk perasaan.

Apa yang berlaku di Turki itu mengimbau kita kepada situasi sama yang berlaku dalam negara apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan beberapa siri perhimpunan haram dan menggunakan media sosial bagi berkempen menjatuhkan kerajaan.

Cukup menarik untuk mengaitkan apa yang berlaku di Turki dengan situasi negara ini kerana Erdogan disebut-sebut sebagai kawan baik Anwar.

Dana daripada negara itu dikatakan telah mengalir masuk dengan banyaknya ke Malaysia bagi membiayai kempen pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Anwar sebelum ini juga pernah mendakwa dirinya telah ditawar menjadi penasihat Erdogan dan Presiden Turki, Abdullah Gul.

Ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu daripada kumpulan pro-Erdogan yang merupakan sahabat baiknya telah dilantik menjadi profesor di situ.

Tindakan tegas Erdogan dalam menghadapi penunjuk perasaan jelas membuktikan bahawa beliau tidak bersetuju dengan kempen melalui media sosial dan kaedah menggunakan perhimpunan haram bagi menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih secara sah melalui pilihan raya.

Untuk rekod, parti pro-Islam, Adalet ve Kalkinma Partisi (AKP) yang diterajui Erdogan muncul sebagai pemenang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Turki pada 2002.

AKP juga berjaya mempertahankan kemenangan dalam PRU 2007 dan 2011 dan berkemungkinan besar akan bertanding semula pada PRU 2014/2015.

Bagi penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin (gambar), Anwar sepatutnya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Turki yang jelas memberi isyarat bahawa kempen untuk menjatuhkan kerajaan yang sah melalui media sosial dan perhimpunan jalanan tidak boleh diterima oleh sesiapa pun termasuk Erdogan yang menjadi idola Anwar.

"Saya lihat tindakan yang diambil oleh Erdogan lebih keras berbanding kerajaan Malaysia yang saya lihat masih berlembut termasuk membenarkan perhimpunan diadakan secara aman dalam stadium.

"Ada laporan menyebut Turki menjadi antara negara tertinggi yang memenjarakan para wartawan, malahan Erdogan dilaporkan tidak toleran terhadap media-media yang mengkritiknya.

"Sikap lebih lembut oleh kerajaan Malaysia seharusnya disambut baik oleh Anwar dengan beralih menggunakan saluran sah untuk membentuk kerajaan.

"Beliau boleh tunggu pilihan raya akan datang atau membuat petisyen di mahkamah bagi mencabar keputusan PRU-13," katanya yang juga bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Dalam pada itu, Mohd. Roslan melahirkan kebimbangan jika pihak pembangkang berjaya mengguling kerajaan melalui demonstrasi besar-besaran kerana ia akan mewujudkan suasana politik yang kacau-bilau.

"Tidak mustahil pihak yang telah digulingkan akan menggunakan kaedah sama untuk menjatuhkan kembali kerajaan baharu yang diterajui Anwar dan ini adalah satu trend yang berbahaya.

"Bayangkan apa yang akan berlaku kepada ekonomi negara jika perhimpunan demi perhimpunan diadakan.

"Sudah pasti pihak pelabur akan memilih negara lain yang lebih aman dan stabil politiknya dan adakah ini yang dimahukan oleh Anwar," ujarnya.

Tambah beliau, hujah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bahawa mustahil untuk menukar kerajaan melalui peti undi kerana penipuan oleh Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh diterima.

"Walaupun kerajaan Malaysia masih di bawah BN, kuasa undi rakyat adalah kuat dan penipuan secara besar-besaran seperti didakwa pembangkang sebenarnya sengaja diada-adakan.

"Lihatlah kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor tetap berada di tangan pembangkang. Jadi, jelaslah kuasa rakyat memang kuat," katanya.

Jika Erdogan bertekad mempertahankan kedudukannya, maka rakyat yang percaya kepada keluhuran undang-undang sudah pasti mahukan kerajaan yang dipilih secara sah tidak ditumbangkan melalui kaedah tidak bertamadun.

Kepada penyokong Anwar yang bersungguh-sungguh untuk menghadiri perhimpunan pembangkang pada Sabtu ini, fikirlah secara mendalam adakah anda mahu negara yang akan diwarisi kepada anak cucu kita berada dalam kacau-bilau.

Apa faedah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik kepada usahawan Melayu!

Posted: 20 Jun 2013 11:33 AM PDT

Oleh Dr. Sufian Jusoh
sufianjusoh@gmail.com
PENULIS ialah Perunding Perbadanan Harta Intelek Malaysia berkaitan Penilaian Harta Intelek.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dijelaskan kepada masyarakat umum tentang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang antara lainnya, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) supaya masyarakat dapat memahami sama ada terdapat faedah dan pengajaran yang boleh diperolehi. Apa itu FTA; apakah FTA yang telah ditandatangani dan sedang dirundingkan oleh Malaysia; apa itu TPP; dan peluang serta kesan FTA kepada Malaysia terutamanya kepada usahawan Melayu dan Bumiputera.

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)

FTA merupakan satu perjanjian perdagangan di antara dua buah negara atau beberapa negara yang berkaitan dengan perdagangan. FTA wujud apabila negara-negara terbabit membuat perjanjian bagi pengurangan 'tariff' atau dirujuk sebagai duti import terhadap barang dari negara yang menjadi ahli kepada perjanjian terbabit.

FTA juga selalunya melibatkan pengurangan kuota import dan memberi beberapa kelebihan kepada barangan yang diimport dan memenuhi syarat-syarat FTA yang berkaitan. Bentuk perjanjian FTA ini telah melalui beberapa generasi.

Generasi pertama FTA biasanya cuma merujuk kepada perdagangan barangan dua hala atau serantau, manakala generasi terbaru FTA melibatkan isu-isu lain yang berkaitan seperti import dan eksport perkhidmatan, hal-hal berkaitan harta intelek, pergerakan sementara tenaga kerja terutamanya berkaitan dengan tenaga pakar, pengurusan kanan dan lembaga pengarah, dan yang terbaharu adalah hubung kait di antara perdagangan barangan dan perkhidmatan dengan pelaburan.

Terdapat juga beberapa FTA yang mempunyai peruntukan bukan tariff seperti standard dan peraturan berkaitan dengan keselamatan makanan, perdagangan elektronik dan juga kontrak bekalan kerajaan (government procurement atau GPA).

Semua FTA yang ditandatangani oleh ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) hendaklah didaftarkan dan perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh WTO.

FTA yang telah ditandatangani dan sedang dirundingkan oleh Malaysia

TPP bukanlah satu-satunya FTA yang sedang dirundingkan dan akan ditandatangani oleh Malaysia. Perlu diingatkan bahawa Malaysia adalah ahli kepada beberapa pertubuhan yang menganjurkan perdagangan bebas sama ada secara pelbagai hala atau serantau seperti WTO dan ASEAN.

WTO adalah suatu pertubuhan perdagangan bebas terpenting di dunia dan Malaysia adalah ahli asal sejak penubuhan WTO pada tahun 1995. Selain itu, Malaysia juga adalah pendokong kuat perjanjian-perjanjian di bawah ASEAN yang membentuk sebahagian daripada Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) iaitu Perjanjian ASEAN Berkaitan Perdagangan Barangan (ATIGA), Rangka Perjanjian ASEAN Berkaitan Perkhidmatan (AFAS) dan Perjanjian Komprehensif Pelaburan ASEAN (ACIA).

Selain daripada itu, Malaysia juga merupakan sebahagian daripada APEC yang antara lain, menganjurkan kerjasama perdagangan di antara negara-negara anggota.

Antara lain, Malaysia juga telah menandatangani FTA dengan Jepun, Pakistan, India, Chile, New Zealand, Australia dan melalui ASEAN telah menandatangani FTA dengan Australia, New Zealand, Korea, China, India dan Jepun. Malaysia juga sedang berunding untuk mengadakan FTA dengan Kesatuan Eropah dan Turki.

Apakah TPP?

TPP bukanlah suatu FTA yang baru. TPP dalam bentuk yang dirundingkan sekarang adalah satu kelangsungan daripada rundingan TPP yang bermula dari tahun 2005, yang ditandatangani oleh Brunei Darussalam, Chile, New Zealand dan Singapura. Negara-negara asal perjanjian itu pada ketika itu, telah bersetuju untuk mengembangkan ruang lingkup perjanjian dan juga 'keahlian' kepada beberapa negara jemputan seperti Australia, Malaysia, Peru, Vietnam, Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada.

Terdapat banyak negara yang berminat untuk menyertai rundingan TPP tersebut. Yang menariknya, Jepun telah mengadakan satu pilihan raya untuk menentukan mandat negara tersebut untuk menyertai perjanjian ini dan khabarnya Jepun akan menyertai rundingan TPP ini pada bulan Julai nanti yang akan berunding di Kuala Lumpur.

Perjanjian ini merupakan satu rundingan yang melibatkan pelbagai negara dan bukan merupakan perundingan di antara Malaysia dan AS semata-mata. Rundingan tersebut melibatkan negara-negara yang telah pun mempunyai FTA sesama mereka.

Sebagai contoh, Malaysia telah pun mempunyai FTA dengan Chile, New Zealand, Jepun dan Australia. Manakala Malaysia sebagai salah satu daripada negara ASEAN juga mempunyai perjanjian perdagangan dengan Brunei, Vietnam dan Singapura.

Malaysia dan AS telah cuba berunding untuk mengadakan satu FTA tetapi telah terbantut kerana beberapa isu sensitif yang tidak dapat diselesaikan pada ketika itu, seperti isu harta intelek dan juga kontrak bekalan kerajaan atau GPA.

Secara keseluruhan, TPP sebagai sebuah perjanjian dijangka mencakupi pelbagai isu, seperti perdagangan barangan, perdagangan perkhidmatan, alam sekitar serta kelestarian sejagat, GPA, harta intelek, pelaburan dan bantuan teknikal.

Negara-negara yang menyertai rundingan TPP diberi kebebasan untuk menyenaraikan peraturan dan polisi yang tidak boleh dipatuhi sebagai sebahagian daripada perjanjian. Perlu juga diingat bahawa rundingan masih lagi berjalan dan apa yang nyata, kita perlu yakin bahawa pegawai Malaysia yang menyertai rundingan ini adalah berpengalaman, terlatih dan memahami isu yang berkaitan dengan kepentingan Malaysia.

Peluang dan Kesan FTA dan TPP kepada Usahawan Melayu/Bumiputera

Terdapat beberapa isu yang telah diperkatakan oleh pihak berkenaan dengan kesan FTA dan TPP kepada usahawan Melayu dan Bumiputera di Malaysia. Kebanyakan kenyataan berhubung dengan perkara ini dibuat berdasarkan kepada persepsi semata-mata, tanpa bersandarkan kepada fakta ilmiah dan realiti. Beberapa isu berkaitan akan dibincangkan di bawah.

a. Hakcipta

Antara isu berkaitan harta intelek yang dirundingkan di bawah mandat TPP ialah berkaitan dengan tempoh masa hakcipta dan paten. Terdapat cadangan dari beberapa negara yang menyertai rundingan TPP tersebut untuk melanjutkan tempoh hak cipta 70 tahun selepas kematian pemegang hak cipta tersebut.

Sekiranya kita hanya melihat kepada sebelah pihak, semestinya kita akan berpandangan bahawa hak cipta tidak sepatutnya dilanjutkan tempoh perlindungannya kepada satu tempoh yang lama sehingga 70 tahun selepas kematian pemegang hak cipta asal tersebut.

Ini kerana kadar import harta intelek Malaysia adalah diperkatakan akan melebihi dari kadar harta intelek yang dijana di dalam negara atau yang dieksport keluar.

Bagaimanapun, adalah dasar kerajaan untuk menggalakkan perkembangan industri berasaskan pengetahuan dan inovasi seperti industri kreatif, perisian, penulisan buku dan lain-lain aktiviti yang berkaitan. Hak cipta merupakan sebahagian daripada usaha untuk memberi pengiktirafan kepada bakat di dalam negara.

Justeru, usahawan Melayu dan Bumiputera yang bergiat dalam industri kreatif dan yang berkaitan dengannya, perlu diberi pengiktirafan sewajarnya seperti diberi tempoh hak cipta yang lebih panjang. Sekiranya tempoh masa lebih panjang diberikan di bawah TPP, usahawan Melayu dan Bumiputera akan mendapat perlindungan harta intelek bukan sahaja di Malaysia tetapi juga untuk tempoh masa yang sama, di negara-negara anggota TPP juga.

Pengiktirafan dalam bentuk hak cipta yang lebih lama akan memastikan cerdik pandai Melayu akan kekal bergiat cergas di Malaysia dan tidak perlu berhijrah ke luar negara semata-mata untuk mengembangkan bakat mereka.

Bersambung Esok

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Alternatif sekolah di rumah

Posted: 19 Jun 2013 11:44 PM PDT

BELAJAR di rumah mampu merapatkan hubungan ibu dan anak-anak.

DI luar negara seperti di United Kingdom, Kanada, dan Amerika Syarikat, bersekolah di rumah (homeschool) bukanlah sesuatu yang asing, manakala di Malaysia pula aliran yang semakin digemari ini telah bertapak sejak 20 tahun yang lalu.

Kini dianggarkan lebih dari 1,000 keluarga memilih kaedah tersebut, namun jumlah sebenar dipercayai lebih tinggi memandangkan kebanyakan pengamal homeschool ini tidak mahu dikenali dan menjadi perhatian ramai.

Bagi Nur Baiti Mohd Hanaffiah, 34, seorang bekas jurutera di sebuah syarikat cari gali minyak di Kuala Lumpur, turut bersepakat dengan suaminya, untuk memilih homeschool buat anak-anak.

Keputusan ini biarpun menentang kebiasaan budaya pendidikan di negara ini terutamanya di kalangan masyarakat Melayu, mereka melihat kaedah pembelajaran ini mampu membantu anak-anak mengembangkan bakat, dan minat mengikut personaliti masing-masing.

Tambahan lagi anak-anak dapat fokus pada cita-cita yang dipupuk sejak awal tanpa perlu dibebani dengan subjek yang tidak berkaitan.

"Selain itu, dengan bersekolah di rumah saya sebagai ibu dapat mengawal pengaruh negatif dalam persekitaran harian (termasuk media elektronik) dan bertentangan dengan nilai keluarga Islam.

"Hubungan sesama adik beradik dan ibu bapa juga lebih akrab maka wujud rasa saling bergantung dan mempercayai antara kami. Yang penting, kami juga tidak mahu anak belajar kerana mengejar gred atau kedudukan di mata masyarakat.

"Biar mereka belajar kerana menghargai ilmu itu, menjiwai sebagai tuntutan fardu ain setiap umat Islam dan akhirnya dapat disumbangkan semula kepada masyarakat kelak," jelasnya yang dihubungi baru-baru ini.

Menceritakan tentang pelaksanaan bersekolah di rumah ini, Nur Baiti menjawab, sekolah di rumah bukanlah bermaksud mereplika suasana dan sistem sekolah konvensional di rumah.

Di sinilah katanya, terletak kelebihan homeschool kerana bebas mencorakkan sistem dan persekitaran belajar yang unik dan selesa untuk setiap orang.

"Sebagai contoh, anak berusia tiga tahun ke bawah mungkin lebihkan bermain dan bergurau dengan mereka untuk latihan motor kasar dan kemahiran motor halus seperti cara memegang pensil, gunting kanak-kanak atau berus lukisan.

"Tempoh ini juga anak-anak sedang mengutip perbendaharaan kata pertama mereka. Jadi gunakan ayat yang baik dan penuh.

"Manakala antara usia tiga ke enam tahun, sudah boleh melukis, mewarna, menulis, projek kraf tangan, dan laksanakan eksperimen mudah serta menarik.

"Pastinya konsep 4M iaitu menulis, membaca, mengira dan manipulatif didedahkan secara bertahap kepada mereka. Budayakan juga akhlak dan tuntutan Islam dalam keluarga seperti solat, puasa dan sedekah. Ajarkan juga membaca al- Quran selain hafaz surah dan doa pendek," katanya .

Mengenai ruang belajar pula, Nur Baiti berkata, ia tidak semestinya dihadkan pada satu tempat saja sebagaimana di sekolah biasa.

Di mana-mana saja sesi belajar boleh dilakukan sama ada di katil, meja makan, sofa, lantai rumah, bilik belajar dan halaman rumah.

"Konsep belajar homeschool adalah cukup variasi sehingga kunjungan biasa ke pasar, taman permainan mahupun ke kenduri, anak-anak akan belajar sesuatu.

"Bagaimanapun ibu bapa mesti menyediakan fasiliti belajar di rumah, iaitu sekurang-kurang satu rak buku dan meja belajar walau sekadar meja makan beserta alat tulis yang secukupnya.

"Mendisiplinkan anak-anak untuk belajar ialah dengan membuat jadual belajar pada waktu yang mereka selesa.

"Untuk mengelakkan kebosanan, masukkan sekali ruang masa untuk mereka buat aktiviti yang disukai seperti bercerita, kraf, main lego, main permainan dalam talian (yang sesuai), eksperimen, buat kuih, atau menonton video cakera padat yang ditapis ibu bapa.

"Sekurang-kurangnya dua minggu sekali kena ada sekali kunjungan ke destinasi luar walaupun sekadar ke pantai untuk beriadah," kata Nur Baiti yang juga pernah menjadi guru tuisyen.

Hala tuju pelajar

Ditanya mengenai ujian tahap akademik pelajar homeschool dan proses kemasukan ke pengajian tinggi, Nur Baiti menerangkan bahawa kebanyakan pelajar homeschool di Malaysia merancang untuk mengambil peperiksaan O-Level atau SAT di kolej swasta dan seterusnya menyambung pelajaran sama ada di dalam atau di luar negara.

Bagaimanapun ada juga yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai calon persendirian mahupun sekadar mengikuti kursus pendek tertentu yang selari dengan minat masing-masing.

"Alternatif lain anak-anak homeschool tidak semestinya ke kolej tapi terus ke dunia kerjaya sebenar seperti menceburi bidang perniagaan, sukan dan bidang seni (halus atau muzik)," jelas Nur Baiti yang kini menetap di Brunei kerana mengikut suami yang bekerja di sana.

Nasihat Nur Baiti kepada ibu bapa yang bercita-cita mahu melaksanakan pendidikan di rumah ialah perbanyakkan membaca untuk mendapat gambaran awal, selain mencari seberapa banyak maklumat di Internet dan buku untuk memilih pendekatan dan kurikulum yang sesuai untuk anak-anak.

Bina matlamat homeschool yang jelas dan konkrit antara kedua suami isteri. Tidak menumpukan pada kesempurnaan sama ada pencapaian mahupun fasiliti, kerana tujuan utama homeschool adalah membina hubungan yang lebih baik antara ahli keluarga di sebalik proses pembelajaran yang fleksibel.

"Sejujurnya homeschool juga boleh menemui kegagalan. Tekanan dan cabaran sentiasa menjenguk para pengamal homeschool sama ada berpunca dari konflik dalaman mahupun asakan dari luar," katanya.- NOOR FAZRINA KAMAL

Taman permainan di rumah

Posted: 19 Jun 2013 11:44 PM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar HALIM KHALID

Yusfaliyana Jasmin bersama pelbagai model permainan untuk kanak-kanak.

SALAH satu tip keibubapaan yang pernah dikongsi selebriti, Wardina Safiyyah menerusi laman Facebooknya tidak lama dulu ialah menggalakkan anak bermain buaian sebagai salah satu medium anak melegakan penat selepas balik dari sekolah.

Perkongsian Wardina nyata mendapat maklum balas positif dari begitu ramai ibu bapa hinggakan ia menjadi bualan sepanjang minggu ( talk of the week).

Ramai ibu bapa mula sedar pentingnya membiarkan anak bergerak aktif. Selain manfaat daripada aspek kesihatan ia juga berkait dengan perubahan positif emosi anak-anak.

Menggalakkan kanak-kanak aktif di taman permainan nyata tidak menjadi pilihan segolongan ibu bapa yang begitu risau tahap keselamatan anak mereka.

Nyata pertambahan kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak membuatkan ibu bapa mengambil jalan mudah dengan memberikan anak-anak bermain permainan interaktif video atau tablet di rumah, walaupun menyedari ia bukan sesutu yang sihat untuk anak.

Terpanggil untuk memberikan alternatif kepada ibu bapa, Anzac Consultancy menyediakan lebih 36 model taman permainan kanak-kanak yang boleh dibeli ibu bapa dan diletakkan dalam rumah.

Dengan permainan yang terdiri daripada buaian, gelongsor, rumah permainan, tempat menyorok dan sebagainya, pasti membuatkan kanak-kanak lebih aktif.

"Minda yang cergas lahir dari tubuh yang cergas. Kanak-kanak perlu digalakkan untuk bergerak aktif dan bermain salah satu cara mereka membina kemahiran motor dan kreativiti dengan lebih tinggi," jelas Yusfaliyana Jasmin, Eksekutif Pemasaran Anzac Consultancy.

Yusfaliyana menambah, dengan pertambahan kes jenayah membabitkan kanak-kanak, ibu bapa boleh memilih taman permainan ini untuk dibina di rumah dan anak-anak boleh bermain dalam persekitaran yang lebih selamat.

"Bukan saja ibu bapa, pemilik taska (taman asuhan kanak-kanak) juga boleh membeli alat permainan kanak-kanak ini dan letakkan di premis masing-masing.

"Set permainan kanak-kanak ini juga boleh dimiliki ibu bapa yang tinggal di kawasan apartmen kerana ia terdiri dari pelbagai saiz.

"Malah dia boleh dibuka pasang sendiri oleh ibu bapa, mudah dan murah berbanding alat permainan kanak-kanak yang terdapat di pasaran sebelum ini," ujar Yusfaliyana.

Untuk memudahkan pembeli, Anzac turut menyediakan perkhidmatan penghantaran yang mana untuk satu unit permainan dikenakan bayaran RM30.

"Item yang paling laris di pasaran kami ialah gelongsor hijau. Ia bersaiz kecil namun dari maklum balas ibu bapa ramai yang mengatakan bahawa anak-anak masing-masing gembira dengan adanya alat permainan tersebut.

"Ibu bapa juga gembira kerana dapat memantau pergerakan anak mereka tanpa perlu rasa khuatir akan keselamatan mereka," ujar Yusfaliyana lagi.

Walaupun diperbuat di China, produk ini terbukti berkualiti dan mempunyai ketahanan yang baik setanding jenama-jenama terkenal lain.

Sejak dipasarkan kira-kira tiga bulan lalu, ia mendapat sambutan bukan hanya di kalangan individu, bahkan pemilik klinik dan pengusaha taska.

"Harga jualan bermula serendah RM100. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk boleh ke laman sesawang kami www.pusatborong.com atau emel ke kursusborongonline@gmail.com," katanya.

Bagi ibu bapa yang mahu melihat sendiri model contoh boleh ke pusat pameran dengan menghubungi talian 03-42667515 atau 012-5287515.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Masjid Jamek dibuka awal Julai

Posted: 19 Jun 2013 11:23 AM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusan.com.my

Ahmad Phesal Talib (dua dari kanan) memberi pandangan beliau kepada Azman Zainal Mohd. Nor (kanan) sambil diperhatikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perlaksanaan Projek dan Penyelenggara DBKL, Datuk. Mohd. Najib Mohd. (dua dari kiri) semasa membuat tinjauan ke Masjid Jamek Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR 19 Jun - Masjid Jamek Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan Sungai Klang akan dibuka semula awal bulan depan selepas kerja-kerja menaik taraf selesai dilaksanakan.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, kerja-kerja yang membabitkan pembaikan bahagian dalam termasuk lantai, mimbar, pintu dan kubah itu menelan kos sebanyak RM5.1 juta.

"Kos tersebut juga meliputi penambahan sebuah dewan serbaguna yang dilengkapi penyaman udara untuk kegunaan majlis ilmu, dan membaik pulih sebuah galeri masjid di sini," katanya kepada pemberita ketika meninjau masjid tersebut petang semalam.

Ahmad Phesal meluangkan masa kira-kira sejam meninjau keseluruhan masjid tersebut dan menunaikan solat Asar di situ.

Yang turut hadir, Pengurus Projek Pujangga Kreatif Sdn. Bhd., Mohd. Shukur Naslan dan Prinsipal Arkitek Azman Zainal, Azman Zainal Mohd. Nor.

Menurut Ahmad Phesal, masjid tersebut masih dikekalkan identitinya termasuk jubin asal di ruang solat imam yang kini dilitupi jubin lutsinar bagi membolehkan orang ramai melihat keaslian masjid tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Phesal berkata, Wisma Batik di Jalan Tun Perak berhadapan Masjid Jamek akan diroboh untuk membina medan yang bakal menghubungkannya dengan masjid tersebut.

"Kerajaan telah memutuskan untuk mengambil semula bangunan tersebut dan menjadikannya seperti welcoming gate dan turut akan bersambungan dengan mahkamah lama selepas ini.

"Langkah itu juga sebahagian daripada proses reka bentuk landskap Jejak Warisan 2 atau Heritage Trail Route 2 yang meliputi kawasan-kawasan sekitar masjid ini," ujarnya.

Pembinaan terowong MRT kini 30 peratus siap

Posted: 19 Jun 2013 11:23 AM PDT

Gusztav Klados memberi penerangan kepada wakil akhbar mengenai kerja yang sedang dilaksanakan di tapak Projek MRT yang bakal didirikan Stesen Pasar Rakyat di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 19 Jun - Pembinaan terowong bawah tanah untuk projek Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) telah 30 peratus siap.

Buat masa ini terowong sepanjang 61 meter telah berjaya dikorek bagi menghubungkan Stesen Pasar Rakyat ke Stesen Cochrane, manakala sepanjang 10 meter dikorek pada kedalaman lebih 30 meter di bawah tanah untuk fasa Stesen Semantan ke Stesen KL Sentral.

Pengurus Projek MMC-Gamuda KVMRT (T) Gusztav Klados berkata, penggunaan dua buah mesin pengorek terowong (TBM) seberat 1,100 tan yang mempunyai 33 plat cakera, 54 bilah pisau dan lapan timba telah mula beroperasi.

"Dijangka 10 mesin TBM akan beroperasi sepenuhnya menjelang Februari tahun hadapan bagi membina terowong-terowong untuk landasan berkembar menghubungkan tujuh stesen MRT bawah tanah, iaitu dari Portal Utara di Semantan Damansara sehinggalah ke Portal Selatan iaitu Stesen Maluri di Cheras," katanya.

Beliau berkata demikian dalam taklimat kepada wakil akhbar mengenai kemajuan projek yang melibatkan jarak 51 kilometer iaitu dari Sungai Buloh ke Kajang di Tapak Projek Inai berdekatan dengan Stesen Pasar Rakyat di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Projek Satpal S. Bhogal.

Klados yang sebelum ini terlibat dalam pembinaan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) berkata, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan perkembangan projek MRT ini yang dijangka dapat menepati tarikh siapnya iaitu Julai 2017.

Dari aspek geologi, pembinaan terowong ini terpaksa menempuh dua jenis kandungan tanah dan batuan, iaitu Formasi Bukit Kenny dan Formasi Batu Kapur KL yang memaksa dua jenis pengorek terowong yang berlainan digunakan.

"Portal Utara Semantan yang melibatkan stesen-stesen KL Sentral, Pasar Seni, Merdeka dan Bukit Bintang berada dalam formasi Bukit Kenny yang didapati mempunyai struktur batu pejal dan berpasir.

"Stesen-stesen Bukit Bintang, Pasar Rakyat, Cochrane, Maluri dan Portal Selatan Maluri berada dalam formasi tanah yang lebih kompleks, dengan kandungan air yang banyak dalam tanah, tidak begitu stabil dan semua ini memberikan cabaran dalam kerja-kerja menggali," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati projek pembinaan terowong MRT itu berjalan dengan lancar walaupun telah menimbulkan masalah kesesakan jalan raya dan berada terlalu hampir dengan premis-premis kediaman dan perniagaan.

"Tapak projek untuk Stesen Bukit Bintang yang paling mencabar apabila ia terletak di tengah-tengah kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur namun setiap stesen memberikan cabaran yang tersendiri," kata Klados.

Projek yang menelan belanja sebanyak RM8.28 bilion telah bermula sejak April tahun lalu melibatkan kerja-kerja pembinaan bawah tanah, mengorek terowong sepanjang 9.5 kilometer, laluan-laluan keluar, syaf pengudaraan, kemudahan letak kereta, landskap dan sebagainya.

Jalan sunyi dilonggok sampah

Posted: 19 Jun 2013 11:23 AM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusan.com.my

INDIVIDU tidak bertanggungjawab bukan sahaja tidak menghiraukan papan tanda melarang pembuangan sampah, bahkan membakarnya secara terbuka, dipercayai untuk mendapatkan logam yang boleh dijual. - UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM

KUALA LUMPUR 19 Jun - Keasyikan memerhatikan panorama indah ibu negara yang dihiasi pencakar langit ketika memandu di Lebuhraya Maju (MEX) daripada Putrajaya tiba-tiba terencat selepas membayar tol di Plaza Tol Salak Selatan.

Ini kerana, dalam jarak kira-kira 200 meter selepas plaza tol tersebut, orang ramai akan dihidangkan dengan timbunan sampah di sebatang jalan kecil berdekatan jejantas ke Stesen LRT Cheras.

Timbunan pelbagai jenis sampah-sarap termasuk tilam, tayar, kayu dan sisa makanan itu dipercayai dibawa dari luar kawasan tersebut menggunakan lori pada waktu malam.

Malah, tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati, terdapat juga sisa binaan seperti kampit plastik simen dan juga kaca hadapan kereta dibuang dalam kuantiti yang banyak di situ.

Sampah-sarap tersebut dibiarkan berlonggok dalam kuantiti yang banyak sehingga membentuk bukit kecil di sepanjang jalan terbabit.

Kedudukannya yang agak tersorok daripada pandangan umum menyebabkan kawasan itu strategik untuk pembuangan sampah oleh manusia tidak beretika itu.

Tidak cukup dengan membuang sampah secara haram, pihak tidak bertanggungjawab itu tanpa rasa bersalah turut membakar sampah-sarap tersebut pada waktu malam sehingga menjejaskan udara sekitar.

Difahamkan, setiap kali kebakaran berlaku di situ, pihak bomba sudah mengetahui lokasi yang perlu dituju mereka memandangkan sudah beberapa kali sampah tersebut dibakar secara sesuka hati.

Biarpun terdapat papan tanda Dilarang membuang sampah yang dipasang di kawasan tersebut, ia seolah-olah hanya perhiasan kerana langsung tidak menakutkan pihak yang tiada sivik itu, apatah lagi tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa ke atas mereka.

Asap ekoran pembakaran terbuka itu turut dibawa angin sehingga menyebabkan penduduk kawasan perumahan dalam lingkungan satu kilometer berdekatan dari situ turut terganggu, terutamanya yang tinggal di Perumahan Awam Sri Johor, Taman Ikan Emas dan Apartmen Suria, Cheras yang paling dekat dengannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Mantapkan perkhidmatan MPM

Posted: 19 Jun 2013 11:23 AM PDT

Oleh Zulhisham Isahak
utusanjohor@utusan.com.my

RAMLEE Abd. Rahman (kanan) dan Zulkiflee Abbas bertukar dokumen serah tugas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-12 di Muar, Johor, semalam.

MUAR 19 Jun - Majlis Perbandaran Muar (MPM) kini dalam proses menstruktur semula organisasinya dengan penambahan jawatan baharu dan kenaikan pangkat di beberapa jabatan bagi meningkatkan lagi tahap perkhidmatannya.

Yang Dipertua MPM yang baharu, Ramlee Abd. Rahman berkata, pihaknya kini dalam proses temuduga untuk mengisi jawatan baharu tersebut, manakala 16 jawatan akan dinaikkan pangkat dan 85 peratus jawatan lagi dinaikkan kepada pelbagai gred.

"Dengan adanya penstrukturan jawatan ini, ia akan memberi peluang kepada peningkatan kerjaya seterusnya menghasilkan perkhidmatan yang berteraskan kecemerlangan," katanya dalam majlis Perkhidmatan Cemerlang 2012, Penyerahan Tugas dan Sambutan Ulang Tahun Ke-12 MPM di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menerima watikah serah tugas daripada Zulkiflee Abbas yang kini dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Johor.

Ramlee berkata, selaras dengan penstrukturan semula itu, usaha memantapkan modal insan dalam kalangan warga kerjanya sedang dilakukan supaya mereka menjadi aset MPM yang lebih produktif, berinovasi dan berkeupayaan tinggi.

"Usaha itu perlu dilaksana dalam organisasi MPM untuk meningkatkan faktor seperti kesejahteraan, keharmonian, persefahaman dan perkongsian yang akan mendorong anggota MPM untuk saling memahami dan bekerjasama dalam merealisasikan aspirasi MPM," katanya.

Menurutnya, tugas berat itu perlu didokong dan dilaksana semua ketua jabatan MPM kerana mereka bertanggungjawab dalam mencorak dan mendidik pekerja di bawah mereka dan dalam hal ini budaya kerja kepimpinan menerusi teladan harus dipraktikkan.

Beliau berkata, perisytiharan bandar Muar sebagai Bandar Diraja juga adalah satu cabaran baharu kepada pentadbiran MPM untuk lebih cekap, berkesan dan berintegriti.

"Paradigma sedemikian akan menyumbang kepada jaringan semangat kerja berpasukan yang lebih mantap dan dinamik sekali gus membantu memudahkan pelaksanaan sistem penyampaian MPM kepada golongan sasar dapat dilakukan dengan tepat, cepat, berkualiti, efektif dan berintegriti," katanya.

Seramai 28 kakitangan MPM dari tujuh jabatan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 manakala empat kakitangan menerima Sijil Penghargaan Yang Dipertua 2012.

Bentuk murid jadi usahawan cilik

Posted: 19 Jun 2013 11:23 AM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

ABD. Hamid Abd. Kadir (berdiri, kanan) dan Khairul Annuar Sulaiman (kiri) bersama para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR di SK Taman Kota Kulai, Kulaijaya.

JOHOR BAHRU 19 Jun - Pepatah Melayu ada mengatakan 'melentur buluh biar dari rebungnya' dan selari dengan itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kota Kulai, Kulaijaya, dekat sini berusaha membentuk 15 orang muridnya untuk menjadi usahawan bersempena Hari Keusahawanan yang dianjurkannya baru-baru ini.

Sepanjang dua hari program yang dijalankan serentak dengan Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 itu, murid-murid yang terlibat dapat merasai pahit manis alam perniagaan sebagai 'usahawan cilik'.

Malah, mereka yang menjual barangan seperti pakaian terpakai, peralatan sekolah, alat tulis dan minuman diajar bersaing secara sihat dengan beberapa peniaga luar yang turut membuka gerai jualan.

Guru Besar sekolah berkenaan, Abd. Hamid Abd. Kadir berkata, program tersebut adalah yang kedua dianjurkan pihaknya dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

''Penganjuran Hari Keusahawanan ini selain untuk mengumpul dana bagi tabung PIBG sekolah, ia juga bertujuan untuk mendedahkan murid-murid dengan bidang keusahawanan dan perniagaan.

''Barangan yang dijual adalah pakaian lama yang ditawarkan dengan harga serendah RM1, peralatan persekolahan, alat tulis dan minuman, malah tiga gerai yang dikhasnya untuk murid-murid berniaga mendapat sambutan yang cukup menggalakkan," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi PIBG sekolah berkenaan, Khairul Annuar Sulaiman.

Abd. Hamid berkata, aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah ceramah kekeluargaan, gerai Upin dan Ipin, pameran motosikal berkuasa tinggi, pertandingan mewarna, futsal, mini zoo, rumah hantu dan menunggang kuda padi.

Katanya, kehadiran beberapa pemain Johor Darul Takzim dan penyanyi Tasha Manshahar memeriahkan lagi program berkenaan.

''Kita akan laksanakan program seumpama ini pada masa akan datang agar objektif kita termasuklah bagi mendedahkan para pelajar dalam bidang keusahawanan dan perniagaan dapat diteruskan.

''Bukan itu sahaja, program sebegini juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan di antara PIBG dan warga sekolah dengan masyarakat setempat khususnya ibu bapa," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved