Jumaat, 18 Oktober 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Red Warriors bedil Gladiators

Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan FERZALFIE FAUZI
sukan@utusan.com.my

PENYERANG Kelantan, Mohd. Nor Farhan Muhammad diasak pemain ATM, Nor Fazly Alias pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

SELAYANG - Pentas akhir Piala Malaysia semakin menggamit juara bertahan, Kelantan, apabila meraih bekalan yang cukup berharga untuk dibawa ke Kota Bharu melalui kemenangan 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dua watak penting yang membawa kemenangan The Red Warriors adalah Mohd. Badhri Mohd. Radzi yang menjaringkan gol pertama pada minit ke-12 sebelum jaringan kemenangan dicipta Mohd. Nor Farhan Muhammad pada minit ke-78.

Christie Jayaseelan menjaringkan gol sagu hati buat ATM pada minit ke-19 yang sekadar gol penyamaan sementara namun itu masih belum cukup untuk memberikan Kelantan satu kelebihan selesa dengan dua gol di tempat lawan.

Jika tidak kerana kecekapan penjaga gol ATM, Farizal Harun, skuad kendalian B. Sathianathan pasti kalah dengan keputusan yang lebih teruk ketika barisan pertahanan yang diketuai Shukor Adan begitu sukar mengawal kekuatan fizikal yang ada pada penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme.

Selain itu, faktor keletihan dialami oleh kebanyakan pemain ATM yang berusia 30an ke atas bijak diambil kesempatan oleh pasukan pelawat pada 20 minit terakhir permainan dengan melancarkan serangan pantas bertali arus selain kecederaan yang menimpa Norfazly Alias.

Kelantan menggamatkan suasana di Selayang terlebih dahulu apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-12 melalui pemain pujaan The Red Warriors, Badhri Radzi. Badhri atau lebih popular dengan nama jolokan Piya meledak melalui rembatan jarak jauh dari luar kotak selepas melakukan tindakan susulan percubaan Nor Farhan Muhammad.

The Gladiators tidak menunggu masa terlalu lama memadamkan kelebihan pelawat apabila Christie dalam situasi yang tidak diduga bijak menghukum kealpaan pertahanan Kelantan, enam minit kemudian.

Fitri Omar yang sebelum itu gagal melunaskan peluang keemasan pada minit kesembilan, sekali lagi menghampakan rakan-rakan sepasukan apabila bola sepakannya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Kelantan pada minit ke-51.

Pada minit ke-71, Kelantan seharusnya boleh kembali berada di hadapan namun K. Reuben menjadi penyelamat ATM apabila dapat mengeluarkan bola di atas garisan gol hasil percubaan Nor Farhan.

Bagaimanapun, Nor Farhan menebus kembali kehampaannya pada minit ke-78 selepas berseorangan di dalam kotak penalti dan mudah menewaskan Farizal yang tidak dapat berbuat apa-apa.

Kemenangan tak cukup besar - Farhan

Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT

SELAYANG - Kejayaan 2-1 di tempat lawan belum cukup melegakan penjaring gol kemenangan Kelantan, Mohd. Nor Farhan Muhammad, yang menganggap mereka sepatutnya menang dengan keputusan lebih besar.

Sekurang-kurangnya 3-1, itulah keputusan yang diinginkan oleh pemain berusia 28 tahun berkenaan berdasarkan banyak peluang tercipta sepanjang perlawanan namun disia-siakan ekoran penyudah yang tumpul.

''Ini adalah satu keputusan yang kurang selesa sebenarnya untuk dibawa ke Kota Bharu kerana berdasarkan apa yang kami tunjukkan malam ini, kami sepatutnya dapat jaringkan lebih banyak gol lagi.

''Jika dapat lebih daripada dua jaringan melalui kemenangan 3-1, baru saya anggap itu sebagai satu bekalan yang selesa.

''Walaupun begitu, saya tetap berasa sedikit gembira kerana kita masih mampu mengakhir perlawanan ini dengan kemenangan selepas melakukan serangan bertubi ke arah pintu gol lawan," katanya yang ditemui sejurus perlawanan ATM dan Kelantan berakhir, semalam.

Nor Farhan dalam masa yang sama mengingatkan ATM bukan sebuah pasukan yang cepat mengaku kalah dan merasakan mereka pasti akan cuba bangkit di Stadium Sultan Muhammad IV, minggu hadapan.

Kemenangan 3-1 pada saingan Liga Super yang berpihak kepada ATM menjadi bukti paling nyata yang saingan antara kedua-dua pasukan bagi memburu tike ke pentas akhir masih terbuka.

''Dalam dua tahun ini, rekod ATM tiap kali bertandang ke Kota Bharu cukup baik dan itu tidak boleh membuatkan kita berasa cukup selesa pada saingan separuh akhir kedua.

''Perjuangan masih belum selesai dan kita mesti mensasarkan satu lagi kemenangan bagi membawa Kelantan mara ke perlawanan akhir dan seterusnya mempertahankan kejuaraan yang kita miliki tahun lalu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


BMW Group catat kenaikan jualan 12 peratus sehingga September

Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT

DR. GERHARD Pils bersama BMW 4 Series Coupe terbaharu yang dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Okt. - BMW Group Malaysia telah menjual sebanyak 5,616 buah kenderaan sehingga September 2013, iaitu kenaikan 12 peratus berbanding 5,013 buah pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils berkata, walaupun berhadapan dengan keadaan ekonomi Malaysia yang mencabar, tetapi jenama mewah dari Jerman itu mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan.

Kami adalah pemain utama kenderaan premium di negara ini dan pengenalan produk baharu hari ini merupakan satu langkah kehadapan dalam pasaran, kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pelancaran BMW 4 Series Coupe di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Produk BMW Group Malaysia, Kidd Yam.

Didatangkan dalam dua varian, BMW 428i Coupe Sport Line dan BMW 435i Coupe M Sport merupakan segmen terbaharu untuk BMW.

BMW 428i Coupe yang dilengkapi enjin berkuasa dua liter empat silinder berkuasa 245hp mampu memecut 0 hingga 100 kilometer dalam masa 5.8 saat.

Model tersebut dijual pada harga RM358,800 sebuah tanpa insurans tetapi ditambah dengan pakej penyelengaraan BMW.

Manakala model BMW 435i Coupe dilengkapi dengan enjin tiga liter enam silinder yang menghasilkan kuasa 306hp dan memecut 0 hingga 100 km dalam masa 5.1 saat.

Model tersebut dijual pada harga RM525,800 sebuah tanpa insurans.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bandar baharu RM100 juta

Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

ABU Bakar Harun (tengah) bergambar bersama ketua-ketua kampung selepas Majlis Penyampaian Sistem Audio Kepada JKKK Parlimen Pekan di Pekan, Pahang, kelmarin.

PEKAN 18 Okt. - Felda memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi mewujudkan sebuah bandar baharu di persimpangan gugusan Felda Chini di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Abu Bakar Harun berkata, bandar baharu yang berkeluasan kira-kira 20 hektar itu kini masih di peringkat kajian oleh pentadbiran daerah Pekan.

"Kita sedang kenal pasti kawasan tanah sesuai di kawasan tersebut sebab kita bina bandar ini bukan di dalam Felda Chini tetapi di luar.

"Kalau dalam Gugusan Felda Chini memang mudah sebab kita mempunyai banyak tanah, tetapi ini di luar menyebabkan kita perlu cari tanah yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Penyampaian Sistem Audio Kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Pekan di Dewan UMNO Pekan di sini semalam.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali; ADUN Bebar, Mohamad Fakhruddin Mohd. Ariff dan ADUN Pulau Manis, Khairudin Mahmud.

Sebanyak 75 JKKK dari Parlimen Pekan masing-masing menerima satu set sistem audio sumbangan Yayasan Felda yang boleh digunakan dalam program atau majlis peringkat kampung.

Abu Bakar berkata, projek itu membabitkan pembinaan bercampur seperti perumahan generasi kedua dan bangunan industri serta perniagaan.

Menurutnya, pemilihan kawasan di luar gugusan itu kerana tidak mahu bandar baharu itu menjadi bandar mati.

"Kawasan projek bandar baharu ini terletak di jalan Kuantan-Muadzam Shah. Peneroka juga dapat memasarkan produk mereka di bandar ini dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan," katanya.

IAM sasar 177,520 pekerja mahir automotif

Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT

M. MADANI SAHARI (duduk baju merah) bergambar dengan pekerja bengkel kenderaan di Mentakab dan Temerloh yang menghadiri Program Peneraju Utama IAM dan Sistem Latihan Dual Nasional bagi zon pantai timur di Temerloh, baru-baru ini.

TEMERLOH 18 Okt. - Institut Automotif Malaysia (IAM) mahu melahirkan sebanyak 177,520 tenaga kerja mahir dalam bidang automotif menjelang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, M. Madani Sahari berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, pihaknya akan menyediakan latihan kemahiran meliputi pekerja tidak terlatih yang kini bekerja di bengkel-bengkel kenderaan di seluruh negara.

"Bidang automotif merupakan satu industri berteknologi tinggi dan sentiasa berkembang pesat. Kemajuan industri ini memasuki era baharu iaitu berasaskan teknologi kenderaan yang menggunakan tenaga efisien.

"Walaupun teknologi ini masih baharu dan sedang diterokai banyak pihak, tetapi negara yang berjaya menguasai teknologi tersebut akan menjadi peneraju dalam industri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Peneraju Utama IAM dan Sistem Latihan Dual Nasional bagi zon pantai timur yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin baru-baru ini.

Menurutnya, IAM merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang ditubuhkan sebagai pusat tumpuan dan koordinasi bagi pembangunan industri automotif tempatan.

Tambahnya, agensi itu yang terletak di Cyberjaya berperanan dalam industri automotif seperti cadangan dasar automotif, menguruskan pembangunan tenaga kerja, teknologi dan rantaian bekalan serta menyelaraskan aktiviti selepas jualan.

Buat masa ini katanya, industri itu menyumbang tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bernilai RM25 bilion setahun.

Pakej perkelahan sambil bermain ikan kelah merah

Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT

PENJAGA santuari Kelah Taman Negara Sungai Relai, Roslan Abdullah menunjukkan ikan Kelah yang jinak kepada keluarga yang berkelah di Sungai Relau, Merapoh, Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 18 Okt. - Hutan Lipur Sungai Relau, Merapoh di sini merupakan antara lokasi pelancongan menarik kerana menawarkan pakej perkelahan keluarga sambil bermain bersama ikan kelah yang jarang diperoleh di tempat lain.

Destinasi itu yang terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar Kuala Lipis dan tujuh kilometer dari pekan Merapoh, sememangnya tidak menjadi masalah untuk dikunjungi.

Hutan Lipur Sungai Relau mula dibuka kepada pelawat pada Ogos 1993 dan merupakan sebahagian dari Taman Negara Pahang (TNP).

Lokasi itu menjadi habitat kepada kira-kira 14,000 spesies tumbuhan, 200 spesies mamalia, 480 spesies burung serta 80 spesies kelawar.

Penguasa TNP Sungai Relau, Mohd. Zulfadli Zainor berkata, pihaknya melaksanakan program konservasi dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ke atas lima spesies hidupan liar utama iaitu gajah, harimau, tapir, badak dan seladang.

Katanya, antara destinasi yang perlu dikunjungi adalah Santuari Ikan Kelah, terletak di Sungai Juram sejauh 14 kilometer dari resort TNP Sungai Relau dengan menaiki pacuan empat roda.

Ikan kelah merah atau juga dikenali kelah bara akan muncul apabila loceng dibunyikan untuk menangkap makanan yang ditabur penjaga santuari ke permukaan air.

"Ikan kelah merah dan spesies lain yang dianggarkan berjumlah 3,000 ekor akan muncul dan membuatkan pelawat teruja serta mudah bermain dan menangkapnya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mereka yang ingin mengunjungi kawasan itu boleh menghubungi Mohd. Zulfadli Zainor di talian 013-3002503 atau Roslan Abdullah (019-2532582).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Setiausaha Akhbar Pentagon letak jawatan 15 November

Posted: 18 Oct 2013 11:05 AM PDT

WASHINGTON 19 Okt. - Setiausaha Akhbar Pentagon, George Little hari ini memutuskan untuk meletakkan jawatan berkuatkuasa 15 November.

Little berkata, beliau mengambil keputusan berkenaan supaya boleh menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga.

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan Chuck Hagel telah menerima keputusan itu selepas mereka berbincang pada bulan lepas. Beliau berkata usaha mencari penggantinya sedang dibincangkan. - REUTERS

Dua terbunuh dalam serangan bom berani mati

Posted: 18 Oct 2013 11:04 AM PDT

KABUL 19 Okt. - Sekurang-kurangnya dua orang awam terbunuh apabila seorang pengebom berani mati Taliban meletupkan sebuah kereta yang penuh dengan bahan letupan di sebuah kawasan di timur Kabul.

Insiden letupan diikuti dengan beberapa das tembakan sebagai oleh pihak keselamatan yang bergegas ke tempat kejadian yang terletak di Green Village, tidak jauh dari Lapangan Terbang Kabul.

Jurucakap polis melaporkan, sekurang-kurangnya empat orang awam lain turut cedera dalam kejadian terbabit. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Dera anak: Pasangan terlepas hukuman mati

Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT

Jasmine Lee Siew Hui Tan Peng Tong

PUTRAJAYA 18 Okt. - Seorang ibu tunggal dan teman lelakinya terlepas hukuman mati setelah mereka hari ini mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan menyebabkan kematian anak perempuan wanita itu yang berumur tiga tahun, pada tahun 2010.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, memerintahkan Wong Mei Ting, 26, dan Tan Peng Tong, 30, menjalani hukuman penjara 10 tahun dari tarikh mereka ditangkap pada 14 April 2010.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim Datuk Mohtaruddin Baki dan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Hakim Balia sebelum menjatuhkan hukuman itu, berkata, mereka patut amat berterima kasih kepada pihak pendakwaan yang menawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

"Selepas mempertimbang rayuan dikemukakan peguam bela masing-masing dan hujahan timbalan pendakwa raya yang bijaksana, kami sebulat suara menjatuhkan hukuman maksimum yang diperuntukkan di bawah seksyen ini," katanya.

Pada 19 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Mei Ting dan Peng Tong selepas mereka didapati bersalah membunuh Jasmine Lee Siew Hui di No. D-3-15, Blok D, Tingkat Tiga, Apartmen Bayu, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan antara tengah malam 1 Mac 2010 dan 14 Mac 2010.

Dalam perbicaraan, mahkamah diberitahu, kanak-kanak perempuan itu mati akibat 'red hepatisation' (radang paru-paru), kerana berulang-kali disepak, dicubit dan dipukul dengan penyangkut baju.

Mahkamah juga diberitahu, pasangan itu malah meninggalkan kanak-kanak itu seorang diri di rumah selepas mengikat tangan dan kakinya dengan tuala semasa mereka pergi makan angin ke Melaka.

Menurut laporan bedah siasat, terdapat sekurang-kurangnya 60 kesan luka di seluruh badan Siew Hui.

Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling mewakili pihak pendakwaan manakala Mei Ting diwakili peguam Eric T. S. Lai dan Peng Tong oleh peguam Andrew Lourdes. - BERNAMA

Empat didakwa bunuh warga emas di Banting

Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT

BANTING 18 Okt. - Isteri dan menantu lelaki seorang warga emas bersama dua lelaki lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok hari ini atas tuduhan membunuh warga emas itu secara bersama awal bulan ini.

R. Yagavali, 50 (wanita) dan P. Gunalan, 28, (lelaki) dituduh bersama-sama P. Keeshor Kumaar, 19, dan R. Dhasarathi Naidu, 19, membunuh P.Sukumaran, 62, secara bersama di sebuah rumah di Kampung Sungai Sedu Banting antara pukul 7 malam 4 Oktober sehingga pukul 6 pagi 5 Oktober tahun ini.

Kesemua tertuduh mengangguk faham mengenai pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama oleh jurubahasa dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Tiada pengakuan direkodkan semasa pertuduhan dibacakan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 25 November ini.

Yagavali dan Gunalan hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam sementara Keeshor Kumaar diwakili oleh peguam V. Ayasamy dan Dhasarathi Naidu diwakili oleh Ratchel Suppiah manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Ridhuan Abdullah. — BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Fahami keputusan kalimah Allah

Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT

Oleh Salleh Buang
PENULIS ialah penganalisis undang-undang.

Barisan peguam bela mengadakan sujud syukur selepas Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan di dalam The Catholic Weekly. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan kerajaan. - UTUSAN/Zaki Amiruddin

Dalam kes Menteri Dalam Negeri & 8 yang lain lwn Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur (Rayuan Sivil No. W-01-1-2010), Mahkamah Rayuan telah menyatakan, dalam satu dokumen 4 muka surat bertajuk "Ringkasan Keputusan" (Summary of Decision) bertarikh 14 Oktober 2013, ditandatangani oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, bahawa kes ini adalah satu rayuan daripada keputusan Mahkamah Tinggi ekoran satu permohonan semakan kehakiman mengenai satu syarat yang telah dikenakan oleh Menteri Dalam Negeri dalam permit penerbitan The Catholic Weekly.

Syarat yang telah dipertikai oleh Roman Catholic Archbishop itu adalah larangan menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitan itu. Dalam keputusan Mahkamah Tinggi di akhir pendengaran semakan kehakiman itu, Hakim telah membenarkan permohonan Archbishop.

Intipatinya, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Menteri Dalam Negeri tidak boleh mengenakan syarat yang dipertikai itu. Ini bermakna penerbitan The Catholic Weekly itu boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Terkilan dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Menteri Dalam Negeri dan lapan pihak lain (termasuk Kerajaan Malaysia, Majlis Agama Islam beberapa negeri dan Persatuan Muslim Cina Malaysia) telah merayu ke Mahkamah Rayuan. Di akhir pendengaran rayuan ini, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan perayu.

Intipatinya, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa syarat yang dikenakan oleh Menteri Dalam Negeri itu adalah sah, dan oleh itu kalimah "Allah" tidak boleh digunakan dalam penerbitan The Catholic Weekly.

Di bawah sistem kehakiman negara, pihak yang masih terkilan di peringkat rayuan kali pertama masih boleh lagi membuat rayuan kali kedua ke mahkamah yang lebih atas, tetapi ini bergantung kepada "izin" (leave) diperolehi daripada mahkamah yang di atas itu (iaitu dalam kes ini, izin atau kebenaran Mahkamah Persekutuan).

Andainya Mahkamah Perekutuan memberi izin dan bersedia mendengar rayuan daripada Archbishop, kes ini akan sekali lagi didengar di mahkamah. Tidak siapa boleh meramalkan bagaimana Mahkamah Persekutuan akan memutuskan kes ini nanti.

Jika izin untuk merayu kali kedua tidak diberi, kes ini berakhir di sini sahaja.

Hakim Mohamad Apandi menyatakan, dalam Ringkasan Keputusan tersebut, bahawa undang-undang semakan kehakiman di negara ini sudah jelas. Katanya lagi ada tiga kategori kes di mana satu keputusan pentadbiran (administrative decision) itu boleh disemak oleh mahkamah iaitu bila berlaku illegality, irrationality and procedural impropriety.

Maksudnya satu keputusan yang dibuat oleh seorang Menteri itu boleh disemak oleh mahkamah sekiranya ia didapati menyalahi undang-undang, tidak rasional (dalam bahasa mudah, tidak masuk akal), dan sekiranya ia menyalahi prosedur yang ditetapkan.

Setelah meneliti fakta kes dan mendengar hujah pihak-pihak berkenaan, Hakim Apandi menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan mendapati Menteri telah bertindak dengan betul, dan tidak ada asas atau sebab mahkamah perlu menggugat atau campur tangan dengan keputusan yang dibuat olehnya ("It is our considered finding that the Minister has not acted in any manner or way that merit judicial interference on his impugned decision.")

Hakim Mohamad Apandi juga menyatakan bahawa kalimah "Allah" bukan satu bahagian dalaman yang penting bagi kepercayaan dan amalan orang Kristian" (not an integral part of the faith and practice of Christianity.")

Berasaskan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa Menteri Dalam Negeri telah menjalankan tugasnya dan melaksanakan kuasa statutorinya di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 dengan betul, dan oleh itu tidak ada sebab yang munasabah bagi Mahkamah Tinggi menggugat atau campur tangan dengan keputusan Menteri itu ("Thus, there is no plausible reason for the High Court to interfere with the Minister's decision").

Hakim Mohamad Apandi seterusnya menyatakan "penjelasan dan alasan yang lebih terperinci" keputusan Mahkamah Rayuan ini boleh dibaca dalam penghakiman bertulis berasingan yang telah disediakan oleh ketiga-tiga ahli panel mahkamah, iaitu oleh Hakim Datuk Apandi sendiri, Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim serta Hakim Mohd Zawai Salleh.

Penghakiman bertulis Hakim Mohamad Apandi adalah setebal 43 muka surat, manakala penghakiman bertulis Hakim Abdul Aziz adalah setebal 34 muka surat, dan penghakiman bertulis Hakim Mohd Zawawi adalah setebal 25 muka surat.

Untuk berlaku adil kepada tiga orang ahli panel Mahkamah Rayuan ini, siapa sahaja yang ingin membuat komen atau memberi pandangan mengenai keputusan mahkamah aras kedua di negara ini hendaklah terlebih dahulu membaca sepenuhnya dengan teliti, sambil berlapang lada dan dengan minda terbuka.

Pendek kata, bersedialah terlebih dahulu membaca dan menilai penghakiman bertulis setebal 100 muka surat semuanya sebelum cuba memberi sebarang komen anda.

Sahabat sering bertanya kepada saya kenapa saya berkeras sangat menentang kalimah "Allah" digunakan dalam Bible bahasa Melayu. Saya jawab bahawa bagi umat Islam, kita tak perlu pergi jauh; cukup dengan mengingatkan semula Surah al-Ikhlas, ayat pertama yang jelas mengingatkan kita bahawa "Allah itu satu".

Berbeza dengan penganut Agama Kristian - yang mempercayai ada Tuhan, ada anak, dan ada ruhul kuddus (Father, Son, Holy Ghost).

Saya berasa lega bahawa pendekatan yang sama diambil oleh Hakim Mohd Zawawi dalam penghakimannya.

Nampaknya ramai yang masih terus menerus mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan ini, termasuklah seorang bekas Menteri. Tak tahulah sama ada pengkritik dan pengulas ini telah pun membaca sepenuhnya teks penghakiman tiga orang Hakim ini ataupun sebaliknya.

Kali ini perubahan mesti berlaku

Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT

Oleh Azman Anuar

Hari ini, akan tercipta satu lagi sejarah di bahagian-bahagian UMNO. Sebab, hari ini pemilihan kepimpinan UMNO Bahagian dan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan ditentukan.

Semalam dan kelmarin barangkali ada cawangan mengadakan solat sunat Istikharah untuk mendapat petunjuk Allah SWT sebelum mereka memilih barisan kepimpinan Bahagian dan MT hari ini.

Mereka akan memilih saf kepimpinan untuk tempoh tiga tahun, tetapi lazimnya ia berlarutan hingga lima tahun.

Pemilihan UMNO 2013 bersejarah kerana sejak penubuhannya pada 1946, UMNO membuat satu perubahan paling 'bermakna', paling radikal dan paling besar sekali dalam sejarah perjuangan parti keramat ini.

UMNO perlu membuat pindaan perlembagaan ikut kesesuaian semasa. Selepas UMNO diharamkan pada 2 April 1988, diperketatkan proses pemilihan dalam parti itu. UMNO menetapkan sistem bonus, dan menentukan sistem kuota.

Perkara itu dibuat kerana UMNO tidak begitu yakin terhadap kestabilan dalam parti yang didaftar semula ketika itu. Tetapi pada kali ini UMNO ambil keputusan untuk menghapuskan terus sistem kuota bukan sahaja untuk jawatan ketua bahagian tetapi juga jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden, dan ahli majlis tertinggi.

Pemilihan kali ini menyerahkan kepada ahli-ahli UMNO untuk menentukan pilihan masing-masing.

UMNO dilihat serius untuk kembali kepada UMNO asal. UMNO kuat pada awal penubuhannya kerana ia menjadi parti gerakan massa. UMNO bukan parti elit, bukan milik mana-mana golongan bangsawan atau mana-mana kumpulan. UMNO menghimpunkan semua latar belakang golongan Melayu dan bumiputera.

Sejak 12 Oktober lalu dan hari ini, UMNO mahukan pembaharuan dalam memilih pemimpin. Tetapi janganlah pembaharuan itu hanya mengikut perlembagaan baharu sahaja. UMNO juga kena menukar sifat dari segi budaya dan sikap.

Banyak pemerhati politik dan ahli UMNO sendiri sedar, parti ini tidak prihatin pada generasi baru. Inilah yang menyebabkan golongan muda menjauhi parti itu.

Mereka jauh daripada UMNO bukan sebab tidak menyokong parti ini tapi UMNO sendiri tidak memberi tempat kepada mereka.

Antara perubahan perlembagaan UMNO pada 2009 dan baharu dilaksanakan sekarang cuba membina pemikiran baru dan membuka peluang kepada golongan muda.

Sistem pemilihan UMNO kini menjadi lebih demokratik. Ruang dan peluang diberikan kepada akar umbi untuk melahirkan barisan kepimpinan yang lebih mantap.

Pemimpin yang terpilih menerusi sistem baharu ini bukan sahaja dipilih secara demokratik malah pemimpinnya lebih berwibawa.

Oleh itu, jangan sekali-kali ahli UMNO cuba merosakkannya, mengeksploitasi sistem pemilihan baharu ini. UMNO tahu akan akibatnya.

Pilihlah pemimpin bahagian dan MT yang berketerampilan, punya imej bersih, berintegriti dan disenangi masyarakat.

Sudah lama kita mendengar kesediaan UMNO untuk berubah. Proses perubahan ini mesti dilakukan oleh para perwakilan di bahagian yang menjadi pemilih. Proses perubahan yang diharapkan ini mesti berlaku dalam pemilihan kali ini sebagai bekalan bagi menghadapi PRU-14.

Gunalah kuasa undi untuk membuat perubahan dalam barisan kepimpinan sekiranya ada pemimpin tidak lagi relevan untuk memimpin.

Sekiranya perwakilan mahukan perubahan dalam UMNO, pencenkan calon-calon yang korup, tidak amanah, tidak bermoral dan tidak berakhlak.

Bukan sahaja ahli UMNO, rakyat juga menunggu untuk melihat perubahan berlaku dalam kepimpinan UMNO. Sekiranya tidak ada perubahan, maka UMNO akan kehilangan sokongan rakyat dalam PRU-14 nanti.

Perkembangan itu sekali gus bermakna tidak ada lagi parti keramat yang sekian lama menunjangi politik negara ini. Kuasa berada dalam tangan 146,500 perwakilan hari ini dan merekalah yang akan menentukan nasib UMNO dalam PRU-14 nanti.

Orang Melayu/ bumiputera serta rakyat tidak akan jemu-jemu memerhati apa yang UMNO katakan dan lakukan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Kangna Ranaut tidak mahu mengalah

Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT

Kangna Ranaut

MUMBAI - Aktres Bollywood Kangna Ranaut mendedahkan, dia pernah beberapa kali berputus asa untuk terus bertahan dalam industri lakonan berikutan pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapinya.

Aktres filem Krrish 3 itu berkata, bagaimanapun dia terus mencuba dan tidak mengalah.

Saya akui, saya pernah bosan berlakon. Ketika itu, saya merasakan bidang ini tidak sesuai dengan saya.

Namun, saya cepat sedar dan sejak itu tidak mahu menoleh ke belakang lagi," katanya dalam satu rancangan temu bual The Front Row bersama pengkritik filem, Anupama Chopra.

Ranaut dalam pada itu berkata, dia kini berada pada tahap terbaik kariernya memandangkan sedang menunggu enam buah filem lakonannya ditayangkan.

Jelasnya, dia berterima kasih kepada para pengarah yang menawarkan watak berbeza dan mempercayai bakat lakonannya.

Apabila saya mengimbas kembali susah payah yang pernah saya lalui, saya tahu kini saya berjaya mencapai sesuatu. Saya sangat gembira," katanya. - AGENSI

Kat Torres mengaku kekasih Leonardo DiCaprio

Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT

LOS ANGELES - Seorang model jelita dari Brazil, Kat Torres mengakui dia sedang bercinta dengan aktor Leonardo DiCaprio.

Torres berkata, dia dan DiCaprio bersepakat untuk merahsiakan percintaan mereka daripada pengetahuan media.

Malah, pasangan itu akan berpura-pura saling tidak mengenali antara satu sama lain jika ada pihak menyedari kehadiran mereka.

"Saya rasa saya perlu memberitahu semua pihak bahawa saya dan DiCaprio sedang bercinta.

"Walaupun kami sudah berjanji untuk merahsiakan percintaan ini, namun lambat-laun hal percintaan kami akan terbongkar juga," katanya.

Torres menyatakan bahawa dia mula jatuh cinta dengan DiCaprio ketika menghadiri Festival Filem Cannes, baru-baru ini.

"DiCaprio merupakan lelaki yang luar biasa dan kami serasi bersama.

"Namun, hubungan kami mula dihidu media apabila gambar kami tersebar dalam majalah," ujarnya.

Pihak pengurusan DiCaprio, bagaimanapun menafikan dakwaan Torres dan menegaskan bahawa aktor berusia 38 tahun itu masih solo. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Rakan sekerja jadi teman hidup

Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT

Oleh Shahrinnahar Latib
nahar.latib@utusan.com.my

PASANGAN Md. Sharif Shamsuddin dan Sharifah Syed Omar dikurniakan empat orang dan turut mempunyai dua orang cucu.

SIAPA sangka pada mulanya berkenalan hanya sebagai rakan sekerja tetapi akhirnya bertukar menjadi pasangan suami isteri yang bahagia sehingga kini.

Malah bagaikan satu suratan, hanya pada mulanya makan dan tengok wayang bersama, akhirnya lama kelamaan berputik cinta antara satu sama lain.

Begitu permulaan percintaan usahawan terkemuka di Pahang iaitu Pengarah Urusan Asturi Metal Builders Sdn. Bhd., Datuk Md. Sharif Shamsuddin, 62, dan isteri, Datin Sharifah Syed Omar, 62, yang kini telah berumah tangga lebih 36 tahun.

Mengimbas kembali kenangan itu, Md. Sharif mengakui mereka lebih fokus terhadap urusan kerja daripada sibuk memikirkan kisah cinta.

Kisah bermula pada 1973 iaitu ketika saya dan dia baru bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Sangkut di sebuah pejabat kerajaan di Kuala Lumpur.

Masa mula-mula dulu, kami hanya pergi makan-makan, tengok wayang dan keluar jalan. Pada masa itu, saya hanya pakai motosikal jenis Vespa, balik kerja..., dia pasti akan tumpang untuk pulang ke rumahnya.

Pada mulanya, kami hanyalah rakan sepejabat tetapi lama kelamaan cinta mula berputik. Kini, saya sudah lebih 36 tahun berkahwin dengannya," katanya ketika ditemui S2.

Beliau yang berasal dari Jerantut, Pahang, berkata, kira-kira empat tahun bercinta dengan Sharifah, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan.

Keputusan bernikah diambil selepas melihat keserasian antara kami dalam pelbagai aspek terutama komunikasi," katanya.

Md. Sharif yang pernah menyandang jawatan Pengurus Besar Yayasan Pahang itu berkata, semasa beliau membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai penjawat awam untuk membuka perniagaan, isterinya tidak bersetuju.

Masa itu memang sukar bagi dia memberikan persetujuan, namun lama kelamaan dia merestui saya menjalankan perniagaan," katanya.

Akuinya, sebab utama beliau menyukai isterinya adalah kerana dia merupakan seorang yang berterus terang dan tidak kedekut.

Ini yang menyebabkan perkahwinan kami kekal sehingga kini. Isteri saya juga suka memasak. Dulu, saya tidaklah sebesar ini tetapi selepas kahwin tengoklah badan saya," katanya sambil ketawa.

Bekerja sebagai ahli perniagaan ini banyak dugaan dan cabaran namun isterinya sentiasa memberi galakan serta sokongan untuknya berjaya.

Saya bersyukur kerana perniagaan saya semakin maju dan alhamdulilah, saya mampu membawa isteri saya melancong ke seluruh dunia," katanya.

Pasangan yang dikurniakan empat orang anak iaitu Fatiha, 35; Suraya, 34; Haidar,28; dan Alia, 25, turut mempunyai dua orang cucu.

Kita perlu bijak meletakkan sempadan antara urusan kerja dan rumah tangga. Saya bersyukur kerana isteri amat memahami pekerjaan saya," katanya.

Justeru beliau menasihati pasangan yang baharu berkahwin supaya mengambil berat hal isteri dan rumah tangga.

Apa sahaja membabitkan rumah tangga, kita perlu tunjukkan kesungguhan. Yang penting, jangan mencampuri urusan kerja isteri. Itulah yang terbaik.

Satu lagi adalah apabila kita buat sesuatu, ingat isteri kita. Contohnya, apabila saya mendapat untung, saya akan kongsi bersama isteri, jangan kedekut dengan isteri.

Isterilah yang bersama kita dalam susah atau senang. Kalau boleh luangkan masa bersama keluarga dan berada di rumah sekurang-kurangnya untuk makan bersama," katanya.

'Kata dua buat suami, mentua berubah'

Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT

RAMAI yang akan bersungut dan marah-marah bila bersuamikan anak emak, label yang sering kali mengundang pelbagai masalah dalam sesebuah rumah tangga.

Yang menjadi mangsa sudah tentu isteri dan tempiasnya akan terkena pada anak-anak juga.

Lelaki yang terlebih manja dengan emaknya sebenarnya boleh mengawal diri jika sudah berkeluarga, sesuai dengan fitrahnya sebagai ketua yang dianugerahkan oleh Allah dengan pelbagai kelebihan.

Tetapi kenapa kebanyakan anak emak ini tidak boleh mengubah perangai mereka apabila menjadi suami dan bapa?

Apa yang tidak kena? Adakah mereka takut menjadi anak derhaka atau memang mereka tidak boleh hidup tanpa emak?

Inilah topik yang ingin saya kongsi dengan pembaca minggu ini. Kisah yang diceritakan sendiri oleh Maria ( bukan nama sebenar ) mengenai rumah tangganya dengan Suhaimi (bukan nama sebenar ) yang menghadapi masalah kerana Suhaimi terlalu bergantung pada emaknya.

Ini kisah Maria.

"Seluruh keluarga merestui pernikahan saya dan Suhaimi kerana suami saya seorang yang mempunyai ciri-ciri menantu idaman ibu dan ayah.

"Apabila saya sudah sah menjadi isteri Suhaimi, semua keluarga memuji saya kerana bertuah. Sebabnya, semua sudah tersedia, saya hanya cuci kaki masuk rumah, itu kata orang.

"Beruntung sungguh engkau Maria, mendapat suami yang bertanggung jawab," ibu memuji kehebatan menantunya, dan saya juga amat bersyukur dengan jodoh yang ditentukan Allah.

"Selepas sebulan bernikah, terdapat sedikit perubahan dari segi sikapnya. Jika dahulu Suhaimi makan tengah hari di rumah, kini tidak lagi dan akan pulang lewat malam.

"Saya tidak pernah bersungut atau bertanya kerana tidak mahu berlaku sesuatu yang tidak diingini.

"Selepas setahun, kami dikurniakan seorang anak dan dengan kehadiran si kecil, suami saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Syukur dengan perubahan itu dan saya terasa amat bahagia sekali.

"Pada suatu hari, ibu mentua saya datang ke rumah dan minta kebenaran untuk menjaga cucunya. Oleh kerana saya seorang suri rumah sepenuh masa adalah tidak logik untuk saya menyerahkan si kecil yang baru berusia dua tahun kepada mentua.

"Pelbagai alasan yang mentua saya berikan dengan maksud untuk mendapat hak penjagaan ke atas cucunya itu.

"Pulang dari kerja, suami meminta saya berkemas dan berpindah ke rumah emaknya. Saya menjadi keliru dengan tindakannya tanpa terlebih dahulu berbincang.

"Ikut saja apa yang saya cakap," itu perintah yang terucap dengan nada suaranya yang agak tegas. Saya mengadu kepada ibu dan bapa dan mereka menasihatkan saya supaya mengikut kehendak suami walaupun tindakan tersebut kurang disenangi mereka.

"Dalam keadaan terpaksa kami berpindah, rumah kami tidak disewakan atau dijual tetapi dijadikan sebagai rumah rehat pada hujung minggu. Setelah beberapa bulan tinggal bersama, mentua saya nampak sikapnya yang suka melebihkan suami saya dalam semua perkara.

"Tidak perlu saya jelaskan kerana semua sedia maklum apa yang dimaksudkan sehingga saya bosan tinggal sebumbung dengan mereka.

"Akhirnya, saya tidak ada pilihan dan menyerahkan anak saya kepada mentua. Sesekali mereka akan menyerahkan kepada saya jika perlu.

"Tidak molek untuk bermasam muka dengan mentua, bimbang tercetus pergaduhan yang boleh meruntuhkan rumah tangga kami, saya akur dengan keadaan.

"Saya sentiasa berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah agar saya dapat lakukan sesuatu demi untuk menyelamatkan sebuah kehidupan yang amat saya hargai dan sayangi ini.

"Setelah mendapat nasihat daripada mereka yang berpengalaman dalam kes-kes seperti ini, saya perlu banyak berdoa dan bersabar jika ingin menyelamatkan segala yang saya sayangi.

"Saya juga perlu mengikut rentak mentua dalam semua perkara walaupun terdapat juga beberapa hal yang tidak menyenangkan hati saya.

"Banyak bersabar, itu pesanan ibu dan ayah setiap kali saya mengadu mengenai masalah rumah tangga kami yang sering diganggu sehingga saya tidak berpeluang langsung menguruskan perbelanjaan, sebab semuanya di bawah bidang kuasa mentua.

"Suatu hari jiran yang bersebelahan rumah kami bertandang ke rumah dan meminta kami untuk menjaga anaknya yang berusia tiga tahun ketika mereka keluar bekerja.

"Oleh kerana mereka terlalu mengharapkan pertolongan maka kami bersetuju menjaga pada waktu pejabat sahaja dengan upah yang munasabah.

"Kehadiran kanak-kanak tersebut telah menceriakan suasana kehidupan saya dan berpeluang untuk mengasuh kerana anak saya 'dikawal' oleh ibu mentua.

"Manja dan keletah si kecil itu dengan saya menjadikan saya menyifatkan kanak-kanak itu seperti anak kandung saya. Ada hikmah yang Allah beri kepada saya di sebalik kejadian ini.

"Walaupun anak saya di bawah kawalan ibu mertua, sebagai ibu kandung, saya mempunyai hak sehingga ada ketikanya berlaku pertengkaran kecil gara-gara tidak berpeluang langsung untuk menguruskan anak yang memerlukan perhatian sewajarnya.

"Harapkan suami, dia langsung tidak mampu bersuara kerana menyebelahi ibunya yang asyik mengongkong hidup kami sehinggakan saya sudah mula rasa meluat dengan perangai mereka.

"Pada suatu hari, anak saya terbiar keseorangan di dalam bilik, neneknya keluar tanpa memberitahu saya. Terdengar tangisan kuat dan saya meluru untuk melihat apa yang terjadi!..

"Saya menjerit sekuat hati apabila melihat anak saya terjatuh ke lantai. Sambil memangku si kecil, saya menangis kesal dengan apa yang terjadi dan terus membawa anak saya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan, bimbang terdapat kecederaan.

"Sekali lagi terjadi pertengkaran antara saya dan ibu mentua sehingga saya mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibu dan ayah di kampung. Suami menghalang tindakan saya dan berjanji akan menyelesaikan masalah rumah tangga kami. Tapi saya kenakan syarat, kami perlu pindah dan tinggal sendiri di rumah yang telah ditinggalkan.

"Saya beritahu suami, jika tidak saya tidak teragak-agak untuk minta cerai, itu muktamad. Setelah berbincang akhirnya tercapailah muafakat dan mentua minta maaf dengan perbuatannya yang melampau dan insaf dengan apa yang telah berlaku.

"Sejak peristiwa itu, mentua tidak lagi mengongkong kami suami isteri dan anak saya kembali ke pangkuan saya seperti anak-anak lain. Yang penting, mentua sudah tidak lagi mengongkong kehidupan kami suami isteri.

Syukur alhamdulillah.

"Walaupun saya tahu perbuatan saya terhadap mentua agak keras tetapi saya buat semua untuk kebaikan rumah tangga kami dan untuk menyedarkan suami. Moga kebahagiaan yang saya nikmati ini berkekalan hingga ke akhir hayat."

Begitu doa Maria menamatkan ceritanya.

Alhamdulillah, itu yang mampu diucapkan apabila cerita Maria berakhir dengan bahagia.

Kebanyakan cerita yang pernah saya tulis dan dengar semuanya berakhir dengan kesedihan.

Syabas dan tahniah kepada Maria yang bertindak bijak menyelamatkan rumah tangga dan menyedarkan suami dan mentuanya.

Ada kalanya, kita harus bertindak tegas untuk kebaikan daripada memendam rasa dan menderita hingga ke penghujung hayat.

Saya berharap para mentua di luar sana akan lebih berhati-hati dalam tindak tanduk terhadap anak menantu. Biarkan mereka menjalani hidup mereka sendiri.

Peranan kita sebagai orang tua adalah untuk menasihati dan memantau hidup mereka, tegur mana yang perlu demi kebaikan dan kebahagiaan mereka.

Menutup kata sepatah kata buat renungan, "Alam rumah tangga berbeza dengan alam bercinta, ia lebih manis jika kena aturan hidupnya dan akan menjadi pahit bila tidak ada toleransi, komunikasi dan sikap sayang serta mengambil berat antara satu sama lain sebagai pelengkap hidup berumah tangga."

Salam

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Program jaga kesihatan jantung

Posted: 17 Oct 2013 10:56 AM PDT

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusan.johor@yahoo.com

Ayub Rahmat (dua dari kiri) melepaskan peserta cyclethon sempena Hari Jantung Sedunia di Hospital Pakar Regency, Bandar Seri Alam, Johor, baru-baru ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 17 Okt. - Sejak 13 tahun lalu, penduduk dunia akan menyambut Hari Jantung Sedunia pada hari Ahad terakhir setiap September dalam meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan jantung.

Tarikh itu kemudiannya ditukar pada 29 September bermula 2011.

Bersama dengan ahli-ahlinya, yayasan tersebut menegaskan ke seluruh dunia bahawa sekurang-kurangnya 80 peratus daripada kematian pramatang akibat penyakit jantung dan strok boleh dielakkan sekiranya tiga faktor risiko utamanya dielakkan iaitu tembakau, diet tidak seimbang dan amalan hidup tidak sihat.

Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa penyakit jantung dan strok adalah punca utama kematian di dunia dan meragut 17.3 juta nyawa setiap tahun dengan kadar kematian semasa memungkinkan angka tersebut meningkat kepada 23 juta menjelang 2030.

Hospital Pakar Regency adalah antara hospital yang menyahut seruan itu supaya orang ramai sedar bahawa angka-angka terbabit adalah membimbangkan dan memerlukan tumpuan dan tindakan segera.

Hospital swasta yang terletak di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang itu memulakan sambutan Hari Jantung Sedunia sehari lebih awal iaitu 28 September lalu dengan pelbagai aktiviti menarik kepada orang ramai.

Dimulakan dengan sesi memanaskan badan melalui senamrobik pada sebelah pagi, sambutan Hari Jantung Sedunia dirasmikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat bersama Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad.

Yang turut hadir, Pesuruhjaya Persekutuan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA), Datuk Benjamin Hasbie; Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Ruslan Zainuddin; Ketua Lembaga Pelawat hospital berkenaan yang juga Pengurus Besar Seri Alam Properties, Frankie Tan Kiat How dan Ketua Pegawai Eksekutif hospital, Chin Wei Jia.

Dua acara utama dalam sambutan oleh Hospital Pakar Regency itu ialah cyclethon dan walkathon yang masing-masing dilepaskan oleh Ayub dan Normala.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak hospital tersebut pada hari itu ialah pemeriksaan kesihatan percuma dan sesi pertanyaan dengan doktor pakar iaitu Dr. Paul Ling Kah Hing dalam bidang kardiologi dan perubatan dalaman serta Dr. Patrick Cheah Wei Chen yang mahir dalam perubatan kecemasan.

Daya tarikan lain adalah tiga sesi cabutan bertuah yang disusuli dengan cabutan bertuah utama selain acara mewarna untuk kanak-kanak dan demonstrasi pembuatan sushi.

Terdahulu Ayub dalam ucapannya menyeru rakyat di seluruh negeri menjaga kesihatan seiring dengan kempen Cara Hidup Sihat yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan rakyat dan seterusnya akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai amalan cara hidup yang tidak sihat dalam kalangan pemuda-pemudi yang ramai menghisap rokok, meminum arak dan lebih teruk segelintir yang terlibat dengan najis dadah.

Menurutnya, masyarakat dinasihatkan sentiasa melakukan senaman 'setimpal' dengan pengambilan makanan terutamanya mengandungi kolesterol tinggi yang menjadi punca penyakit kardiovaskular dan jantung.

"Pengambilan makanan berserat tinggi, rendah lemak, kurang garam dan berhenti merokok mampu membantu mengelakkan penyakit jantung yang menjadi pembunuh nombor satu di negara ini. Ada yang mengambil makanan berat dan tinggi kolesterol, tetapi kurang bersenam.

"Sepatutnya mereka perlu ambil tahu tahap kolesterol yang ada dalam makanan dan melakukan senaman yang boleh membakar kolesterol itu untuk mendapatkan gaya hidup sihat," katanya ketika ditemui.

Pengunjung, peserta akui manfaat program kesihatan

Posted: 17 Oct 2013 10:56 AM PDT

Senamrobik adalah antara acara yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung sempena Hari Jantung Sedunia di Bandar Seri Alam, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 17 Okt. - Sambutan Hari Jantung Sedunia oleh Regency Specialist Hospital tahun ini lebih meriah berbanding tahun lalu dengan kehadiran dan penyertaan 1,000 pengunjung.

Antara yang turut memeriahkan acara ialah pelajar dari sekolah berhampiran dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar hospital tersebut serta beberapa kumpulan berbasikal yang aktif di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang.

Penyelaras bagi Happy Riders Connect, Albert Chia, 49, berkata, kumpulan peminat aktiviti berbasikal itu melibatkan ahli dari pelbagai kaum dan menyertai cyclethon yang dianjurkan dalam sambutan tersebut.

"Kami juga bekerjasama dengan polis dan kawasan perniagaan dalam program Ronda Riadah seiring usaha meningkatkan pencegahan jenayah. Malah, saya difahamkan Hospital Pakar Regency akan mewujudkan kawasan khas untuk menggalakkan aktiviti berbasikal," katanya.

Seorang peserta walkathon, Bahrin Amran, 42, pula memberitahu yang dia menyertai sebagai salah seorang penduduk Bandar Seri Alam dan menyambut baik penganjuran sambutan ini kerana elok untuk kesihatan.

Kesempatan itu juga, katanya, membolehkan orang ramai saling kenal-mengenal dan beramah mesra sambil menimba pengetahuan dan tip penjagaan kesihatan daripada doktor-doktor pakar.

Antara yang turut hadir ialah seorang penuntut Asia Metropolitan University, Hemaroopini Varatharaju, 20, yang datang bersama sekumpulan rakan sekuliahnya.

"Program walkathon dan cyclethon ini baik untuk jantung. Saya ikut serta berjalan kaki sejauh enam kilometer dan ini merupakan kali kedua saya mengikuti sambutan di Hospital Pakar Regency selepas julung kali diadakan tahun lalu," katanya.

Anggota Women JB Rider, Ariffah Ariffin pula bersama 15 rakan lain turut serta dalam cyclethon sejauh 20 kilometer dan merasa gembira kerana selain aktiviti sihat, dia juga berkesempatan untuk mengadakan perjumpaan bersama ahli lain dan menjalankan aktiviti bersama.

Lebih menarik, Pesuruhjaya Persekutuan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA), Datuk Benjamin Hasbie turut serta dalam acara berbasikal tersebut bersama Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Ruslan Zainuddin.

Menyifatkan program tersebut sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan pencemaran karbon, beliau menyambut baik usaha diambil hospital berkenaan dan pihaknya dalam usaha mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya tentang keselamatan penunggang basikal.

"Sasaran kita jelas, kita akan wujudkan lorong berbasikal bukan sahaja di Nusajaya tetapi di semua flagship dalam Iskandar Malaysia. Dalam usaha ini, kita akan berusaha untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya, selain menerapkan berbasikal sebagai satu budaya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia-Vietnam kerjasama permudah perdagangan, pelaburan - TPM

Posted: 18 Oct 2013 01:17 AM PDT

HANOI 18 Okt. - Malaysia dan Vietnam perlu bekerjasama untuk memudahkan perdagangan dan pelaburan dua hala, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mencadangkan kedua-dua negara menggunakan dengan strategik Jawatankuasa Perdagangan Bersama Malaysia-Vietnam yang bukan sahaja menangani halangan semasa untuk berdagang tetapi juga memainkan peranan proaktif dalam mengenal pasti bahagian strategik untuk bekerjasama.

Bercakap pada mesyuarat meja bulat dengan ketua-ketua industri, di sini, hari ini, Muhyiddin berkata, jawatankuasa itu juga harus menggalakkan kedua-dua negara mengukuhkan kerjasama perindustrian dan menjadi sebahagian daripada rantaian nilai global di Asia, terutamanya antara Asean dan rakan-rakan perjanjian perdagangan bebasnya (FTA).

Beliau juga berkata komuniti perniagaan kedua-dua negara harus bekerjasama dalam perkongsian strategik kerana ini akan menjadikan rantau Asean lebih dinamik.

"Hubungan dua hala Malaysia dan Vietnam turut disokong oleh komitmen dalam ASEAN yang mana, dalam tempoh dua tahun akan datang, akan menjadi satu pasaran bersepadu tunggal dengan pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN," kata beliau. - BERNAMA

Keluarga Angelin ke Laos, tunggu mayat ditemui

Posted: 18 Oct 2013 01:12 AM PDT

GEORGE TOWN 18 Okt. - Keluarga Angelin Teh yang disahkan maut dalam nahas pesawat di selatan Laos kelmarin, akan terbang ke negara itu lewat hari ini bagi urusan pengecaman dan membawa balik mayat.

Jurucakap keluarga yang enggan namanya disiarkan, berkata mereka akan berada di Laos sehingga mayat Angelin dan suaminya Joel Babcock ditemui untuk dibawa pulang ke Pulau Pinang.

"Kami dalam keadaan sedih dan saya mewakili keluarga Angelin tidak ada apa-apa untuk dikatakan kerana sehingga kini mayat beliau dan suami masih belum ditemui," kata wanita itu yang mengaku ibu saudara Angelin, ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan Angelin satu-satunya rakyat Malaysia yang terbunuh dalam nahas pesawat di Pakse, selatan Laos dua hari lepas.

Angelin, 24, dan suaminya yang berkerakyatan Amerika Syarikat, dalam perjalanan dari Vientiane ke Pakse apabila pesawat itu terhempas ke dalam Sungai Mekong ketika cuaca buruk. Pasangan itu antara 49 yang terkorban.

Menurut jurucakap itu lagi, Angelin mengikut suaminya yang bekerja sebagai guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah antarabangsa Laos sejak tiga tahun lepas.

Babcock sebelum ini mengajar bahasa Inggeris di sebuah sekolah antarabangsa di sini, katanya menambah anak saudaranya itu kerap pulang ke Pulau Pinang terutama ketika sambutan tahun baharu Cina.

"Beliau seorang yang baik dan kehilangannya sangat dirasai, ibunya juga masih terkejut dengan berita mengenai nahas pesawat itu," katanya.

Sementara itu abang sulung mangsa, Adrian Teh, ketika ditemui di rumah keluarga mereka di Gelugor, berkata mereka mengikuti perkembangan kejadian nahas pesawat itu menerusi media dan laman sesawang. - BERNAMA

GST mungkin tidak dilaksana pada Bajet 2014 - Ahmad

Posted: 17 Oct 2013 10:30 PM PDT

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan membayangkan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksanakan pada Bajet 2014.

Ahmad berkata, kerajaan pada dasarnya bersetuju melaksanakan GST, namun masih belum memutuskan bila dan berapa kadar peratusan cukai yang akan dikenakan pada peringkat awal pelaksanaannya.

"Bila nak dibuat, berapa peratus kita tak tahu, tapi sudah nyatakan dalam jawapan-jawapan rasmi bahawa kita akan laksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran awal 'Mengumpul Dana Membina Madrasah Integrasi Islam Malaysia' di sini hari ini. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Sasar 10 jutawan setahun

Posted: 17 Oct 2013 10:56 AM PDT

Oleh HASHIM P. MAMAT
utusanperak@utusan.com.my

KUALA KANGSAR 17 Okt. - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Perak yakin mampu melahirkan sekurang-kurangnya 10 orang usahawan Melayu di negeri ini yang bergelar jutawan setiap tahun.

Pengerusinya, Sabri Ahmad Tah berkata, sasaran itu bukan mustahil sekiranya usahawan Melayu mempunyai keazaman untuk memajukan perniagaan mereka.

Bagi mencapai sasaran itu, katanya, DPMM akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam mengenal pasti syarikat-syarikat bumiputera yang berdaya saing untuk diketengahkan dan diberikan peluang mendapatkan projek yang lebih besar.

''Sebagai contoh, syarikat yang cergas dalam hartanah, wajar diberikan lebih banyak kontrak untuk membangunkan kawasan perumahan," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama Jawatankuasa DPMM Negeri Perak di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama, Naib Persiden DPMM, Datuk Ab. Rahim Abu Bakar dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari.

Sabri yang baru mengambil alih jawatan Pengerusi DPMM Negeri Perak memberitahu, DPMM akan bekerjasama dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir bagi memantapkan lagi hubungan dan memajukan usahawan bumiputera.

Beliau berkata, DPMM masih dalam proses memperkemaskan pengurusan dan pentadbiran serta akan mengadakan mesyuarat agung pertama.

"Selepas itu DPMM akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar bagi mengukuhkan lagi kerjasama," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, memandangkan DPMM baru digerakkan semula, keahliannya cuma 100 orang namun yakin jumlah itu mampu mencapai 1,000 orang tidak lama lagi.

"DPMM Perak digantung sebelum ini sehingga menyebabkan 500 orang ahlinya hilang arah tujuan.

"Namun kepemimpinan baharu DPMM akan berusaha menarik lebih ramai usahawan Melayu untuk menjadi ahli,'' katanya.

Kakak pulang dari Australia

Posted: 17 Oct 2013 10:56 AM PDT

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada ahli keluarga Mohd. Amar Mohd. Azizi menunggu di luar Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh, Perak, semalam.

IPOH 17 Okt. - Kerana terlalu kasih kepada adik bongsunya, seorang kakak sanggup menempuh perjalanan lebih lapan jam dari Australia semata-mata mahu memberi semangat dan dorongan kepada kanak-kanak itu yang parah terkena tembakan oleh seorang anggota polis secara tidak sengaja, Isnin lalu.

Sejurus sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam, Nur Aqila Mohd. Azizi, 22, yang sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di University of Newcastle bergegas bertemu Mohd. Amar, 10, yang sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

"Mula-mula memeluknya (Mohd. Amar), saya tengok dia tak banyak bercakap dan keadaannya agak sedih. Tapi apabila saya ajak dia berbual, lama-lama dia nampak okay.

"Dia (Mohd. Amar) kena kuat (semangat) untuk hadapi semua ini dan jadi tanggungjawab saya dan ahli keluarga yang lain untuk berada bersamanya serta memberi semangat dan dorongan," katanya ketika ditemui di luar Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), HRPB di sini hari ini.

Selain Nor Aqila, bapanya, Mohd. Azizi Abdullah Halim, 48, dan ibunya, Salina Mohd. Nor, 48, serta beberapa ahli keluarganya yang lain turut dilihat berada di ruang menunggu tersebut sejak awal pagi.

Dalam kejadian Isnin lalu, Mohd. Amar yang juga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Belanja, cedera parah terkena satu das tembakan dilepaskan secara tidak sengaja oleh seorang anggota polis.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika anggota berpangkat sarjan yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Taiping itu sedang mengosongkan senjata di tangga rumah mertuanya.

Dalam pada itu, menceritakan perasaannya sebaik sahaja mengetahui kejadian menimpa adiknya, Nor Aqila yang kini berada di tahun kedua di universiti tersebut berkata, hatinya tidak tenteram selagi tidak dapat bertemu Mohd. Amar.

"Beberapa minit selepas kejadian itu berlaku, sepupu telah memaklumkan perkara tersebut kepada saya. Ketika itu, hati saya tidak risau sangat kerana dia dikatakan hanya cedera di hidung.

"Bagaimanapun, apabila ayah beritahu ada peluru di kerongkong Mohd. Amar dan keadaannya parah, saya terus mengemas apa yang patut dan pulang," katanya yang amat rapat dengan adiknya itu.

Luah Nor Aqila yang masih tidak tahu bila akan pulang semula ke Australia, apa yang diharapkan kini hanyalah adiknya itu selamat menjalani pembedahan dan pulih seperti sedia kala.

Sementara itu, Mohd. Azizi berkata, dia sekeluarga belum memikirkan tindakan susulan berhubung kejadian menimpa anaknya sebaliknya hanya menumpukan pembedahan yang mungkin akan dilakukan terhadap Mohd. Amar, esok.

"Pagi tadi dia (Mohd. Amar) minta nak makan ayam goreng KFC (Kentucky Fried Chicken) dan bubur nasi. Alhamdulillah, dia makan dengan berselera sambil bermain permainan video di telefon bimbit.

"Cuma malam tadi tidurnya tidak lena dan sering terkejut. Mungkin kerana tidak selesa kerana ada benda (peluru) di kerongkong serta susah nak menelan air liur.

"Saya hanya golongan sederhana, tetapi saya dah cuba lakukan apa termampu untuknya (Mohd. Amar). Selebihnya saya serah kepada Allah," katanya sayu.

Polis tahan 3 lelaki, rampas pistol buatan sendiri

Posted: 17 Oct 2013 10:56 AM PDT

AHMAD Ibrahim (tengah) melihat wang tunai RM62,030 dan empat peket plastik mengandungi dadah semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kedah di Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 17 Okt. - Polis menahan tiga lelaki yang memiliki rekod jenayah dan merampas sepucuk pistol buatan sendiri bersama tujuh butir peluru di Air Hitam, Kubang Pasu Isnin lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, serbuan dibuat di sebuah rumah kira-kira pukul 2 petang oleh sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

"Ketiga-tiga mereka yang ditahan berusia antara 19 hingga 41 tahun. Seorang daripada mereka memiliki rekod lampau membabitkan dadah manakala dua lagi melibatkan kes dadah serta jenayah.

"Kesemua suspek ditahan sehingga 21 Oktober ini untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ahmad, pada hari yang sama kira-kira pukul 2.40 petang, sepasukan polis dari jabatan itu turut menahan seorang lelaki dan seorang perempuan yang terlibat dalam pengedaran dadah di sebuah hotel, Jalan Putra di sini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis merampas empat peket plastik mengandungi dadah jenis syabu seberat 23.8 gram, 150 biji pil disyaki dadah dan sebuah kereta jenis Honda Accord.

"Nilai keseluruhan barangan yang dirampas adalah RM168,000 termasuk wang tunai berjumlah RM62,030. Pemeriksaan polis juga mendapati pasangan itu mempunyai rekod jenayah membabitkan kes dadah dan jenayah," katanya.

Ahmad berkata, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 21 Oktober ini dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambah Ahmad, pihaknya turut menerima 19 kes berhubung pemberi pinjaman wang tanpa lesen yang berurusan menggunakan internet sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, kes itu melibatkan kerugian hampir RM164,000 apabila peminjam perlu memasukkan wang kepada pemberi pinjaman sebagai deposit.

Katanya, walau bagaimanapun pemberi pinjaman tersebut gagal dihubungi setelah wang pendahuluan dimasukkan ke dalam akaun mereka.

"Saya sarankan orang ramai yang tinggal di negeri ini berhati-hati apabila ternampak poster berkaitan pinjaman wang tanpa lesen agar tidak terpengaruh bagi mengelak daripada tertipu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved