Jumaat, 18 Oktober 2013

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Laluan sunyi perlu lampu jalan

Posted: 17 Oct 2013 10:56 AM PDT

Oleh MOHAMAD AIZIM BAHARON
utusanN9@utusan.com.my

Norzarin Hamzah (kanan) dan Zakaria Taha menunjukkan dahan-dahan pokok yang rimbun menutupi dan menghalang penglihatan pengguna Jalan Kuala Pilah-Tampin di kawasan Kampung Jeram, Air Mawang di Kuala Pilah, baru-baru ini.

KUALA PILAH 17 Okt. - Pengguna jalan raya yang sering melalui Jalan Kuala Pilah-Tampin dekat Kampung Jeram, Air Mawang di sini merayu pihak berkuasa yang terlibat segera memasang lampu jalan bagi kemudahan orang ramai pada waktu malam.

Selain gelap, laluan itu juga sunyi kerana tiada kedai atau rumah kediaman serta keadaan jalan yang bengkang-bengkok dan beberapa selekoh tajam yang sering mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Penduduk Taman Air Mawang, Norzarin Hamzah, 36, berkata, dia yang sering berulang-alik melalui jalan berkenaan dan beberapa kali hampir terbabas akibat keadaan jalan yang terlalu gelap.

Katanya, laluan dari Kampung Jeram hingga ke pekan Air Mawang amat berbahaya kerana sangat gelap.

"Saya bertugas di Tampin dan setiap hari berulang-alik dari rumah di Taman Air Mawang menggunakan jalan itu.

"Saya pernah terbabas ke bahu jalan, mujur sempat mengawal kenderaan dan tidak masuk ke dalam gaung," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Zakaria Taha, 60, dari Tampin pula mengakui berasa takut setiap kali melalui jalan itu kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku, khususnya waktu senja.

"Walaupun senja, jalan di sini cepat gelap kerana keadaan pokok yang rimbun dan menutupi sebahagian jalan, malah ada dahan pokok yang telah merentangi jalan dan berbahaya kepada pengguna jalan raya terutama semasa angin kencang.

"Jarak jalan ini hanya dua kilometer sahaja. Kalau di kawasan pekan, pihak berkenaan boleh sediakan lampu jalan. Mengapa jalan di kampung ini yang memerlukan lampu tidak pula dipasang sedangkan kawasan ini sering berlaku kemalangan?" katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia pada waktu malam di laluan itu mendapati keadaan di sekeliling jalan berkenaan amat gelap dan boleh membahayakan pengguna terutamanya jika terdapat haiwan melintas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Air Mawang, Hamzah Lamin, 65, ketika ditemui berkata, beliau pernah mengajukan masalah itu kepada kerajaan negeri.

"Perkara ini pernah diusulkan ketika mesyuarat Pengerusi JKKK tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan susulan diambil. Saya berharap agar perkara ini segera diatasi demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan di sini," katanya.

Pelajar MSU juara Sayembara Puisi Kemerdekaan

Posted: 17 Oct 2013 10:56 AM PDT

Mohd. Rukaini Zaiton (tengah) diapit oleh Fairuzan Abdul Majid (kiri) dan Shahrul Mubarak Ahmad selepas pertandingan akhir Sayembara Puisi Kemerdekaan di Kompleks Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Melaka, malam kelmarin.

MELAKA 17 Okt. - Pelajar Universiti Sains Pengurusan (MSU) Selangor, Mohd. Rukaini Zaiton, 27, muncul juara Sayembara Puisi Kemerdekaan peringkat negeri sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 di Kompleks Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara di sini malam tadi.

Anak kelahiran Serkam Darat, Jasin itu berjaya menewaskan 16 peserta dan memukau hakim dengan persembahan bertenaga melalui sajak Mantera Anak Warisan.

Pelajar yang mengikuti jurusan pengurusan perniagaan itu menerima RM400 dan Piala Speaker Dewan Undangan Negeri.

Kejayaan tersebut membolehkan Mohd. Rukaini mewakili Melaka ke sayembara puisi peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Perlis dari 25 hingga 26 Oktober ini.

Naib juara yang memenangi hadiah RM300 pula menjadi milik Fairuzan Abdul Majid manakala Shahrul Mubarak Ahmad (tempat ketiga dengan RM200).

Sayembara anjuran Persatuan Penulis Melaka (Pernama) dengan kerjasama Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dan Dewan Bahasa Pusataka (DBP) disertai 17 peserta.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua 1 Penama, Datuk Othman Mohamad.

Mohd. Rukaini ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka penyertaan kali keduanya itu membawa kejayaan paling bermakna buat dirinya.

"Saya sendiri terkejut apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang. Ini adalah kejayaan manis sejak mula menceburi bidang deklamasi puisi sejak 2009," katanya.

Mengenai persiapannya mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan di Perlis, Mohd. Rukaini berkata, dia akan membuat persiapan rapi tetapi tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menang.

Katanya, penyertaan pertama di peringkat kebangsaan akan digunakan untuk menimba pengalaman.

MPHTJ sasar pengiktirafan Bandar Rendah Karbon awal Januari

Posted: 17 Oct 2013 10:56 AM PDT

Md. Yunos Husin (dua dari kiri) menunjukkan tanda bagus bersama tetamu kenamaan lain ketika merasmikan Seminar Program Bandar Rendah Karbon @ Hang Tuah Jaya 2014, di Ayer Keroh, semalam.

MELAKA 17 Okt. - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menyasarkan pengiktirafan sebagai Bandar Rendah Karbon (LCCF) 2014 menjelang awal Januari depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, usaha ke arah menjadikan MPHTJ sebagai bandar LCCF bermula sejak tahun lalu, selaras dengan hasrat kerajaan negeri mewujudkan perbandaran hijau.

Katanya, program dengan usahasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) itu adalah pendekatan baharu teknologi hijau yang digunakan sebagai langkah mengurangkan kadar pembebasan karbon dalam penggunaan tenaga seharian.

"MPHTJ dan Majlis Bandaraya Miri, Sarawak merupakan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dipilih sebagai perintis bagi program LCCF ke arah menjadi kawasan perbandaran mempunyai kualiti alam sekitar lebih baik dan mapan melalui penurunan tahap pembebasan karbon menjelang tahun 2020.

"Sebanyak 14 tempat dikenal pasti untuk pelaksanaan projek itu dengan melibatkan kawasan seluas 791.8 hektar merangkumi Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Taman Tasik Utama dan sebahagian Taman Botanikal," katanya ketika merasmikan Seminar Program Bandar Rendah Karbon @ Hang Tuah Jaya 2014 di Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Asdiraimi Abdul Rasib dan Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Haron.

Md. Yunos berkata, seminar itu bertujuan menerangkan pelan tindakan kepada semua jabatan terlibat dalam usaha merealisasikan MPHTJ sebagai Bandar Rendah Karbon.

"Antara pelan tindakan jangka pendek ialah menjalankan program penjimatan penggunaan tenaga dan air sebanyak 10 peratus penjimatan tanpa kos dan melaraskan suhu persekitaran pendingin hawa di setiap bangunan yang terlibat iaitu 24 darjah Celsius," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved