Isnin, 3 Jun 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tiga beranak maut kemalangan

Posted: 03 Jun 2013 10:41 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

16 GRO warga asing ditahan di Sunway Mentari

Posted: 03 Jun 2013 10:23 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 Jun - Polis menahan 16 wanita warga asing yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dalam operasi di sebuah pub di Dataran Mentari, Bandar Sunway di sini malam tadi.

Dalam serbuan Ops Noda tersebut, seorang penjaga premis warga tempatan berusia 54 tahun turut ditahan.

Seramai dua pegawai dan 10 anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat ( D7 ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta tiga anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menjalankan operasi bermula pukul 11 malam.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) IPK Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 15 wanita Vietnam dan seorang warga Indonesia. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


‘Kita perlu menteri berani bersuara’

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

Annuar Musa

KUALA LUMPUR - Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, bidang sukan negara memerlukan menteri yang berani bersuara dan tegas seperti ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin.

Katanya, tindakan Menteri Belia dan Sukan yang baharu dilantik itu mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) baru-baru ini juga selari dengan tanggungjawabnya.

Saya yakin pandangan yang dilontarkan oleh Menteri Belia dan Sukan itu dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima tanpa ditujukan secara langsung kepada mana-mana pihak mahupun individu," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam.

Pada masa yang sama Annuar yakin FAM bertindak mengikut peraturan dalam menangani isu berkenaan.

Khairy sebelum ini mempersoalkan tindakan FAM memberikan hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PNBP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA membabitkan pasukan Johor DT dan Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu lalu, selepas PNBP gagal menangani aspek keselamatan ketika perlawanan asal di Stadium Darul Makmur, Kuantan empat hari sebelum itu.

Khairy juga mempersoalkan keputusan FAM memperuntukkan 60,000 tiket kepada Pahang dan 20,000 kepada Johor pada perlawanan ulangan itu.

Kenyataan Khairy menimbulkan rasa terkilan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM yang bertitah keputusan FAM itu dibuat berlandaskan peraturan. - BERNAMA

'Ke Australia bukan makan angin'

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

PETALING JAYA - Tidak perlu ditimbulkan isu mengenai suhu yang terlalu sejuk di Australia ketika ini kerana semua pemain Harimau Malaya sentiasa mampu bersedia beraksi dalam apa jua keadaan.

Malah pemergian skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan di negara berkenaan bukan bertujuan 'malan angin'.

Demikian penegasan jurulatih Datuk K. Rajagobal, yang berharap cuaca sejuk di Australia tidak perlu diperbesar-besarkan memandangkan para pemain telah melalui pengalaman yang sama sebelum ini ketika menentang Qatar dalam perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Asia 2015.

"Tiada apa bezanya kerana kita akan berada di Canberra selama tiga hari (sebelum ke Sydney). Adakah itu (cuaca sejuk) bakal memberi masalah kepada pemain?

"Ketika kita di Qatar sebelum ini cuaca di sana sejuk juga tetapi kita masih boleh beraksi.

"Kita tidak boleh kata bahawa cuaca sejuk merupakan satu masalah, kita kena bersedia untuk bermain dalam keadaan sebegini, " katanya ketika ditemui di Wisma FAM sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memulakan sesi latihan dan perlawanan persahabatan di Australia sehingga 15 Jun ini.

Pemilihan Australia sebagai pusat latihan bagi menghadapi persiapan kelayakan Piala Asia bagaikan tidak kena pada masanya kerana suhu di Canberra kini berada -3 Celsius di waktu malam dan pada waktu siang berada di sekitar 16 Celsius, sementara di Sydney, suhu berada di antara 10 hingga 19 Celsius.

Harimau Malaya bakal bertemu pasukan dari Asia Barat, Bahrain dalam dua perlawanan akan datang, yang mana salah satu daripadanya dijadualkan berlangsung di Manama.

Di Canberra dan Sydney, skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Canberra All-Stars pada 6 Jun diikuti Marconi Stallions (11 Jun) dan Sydney United (13 Jun).

Menyenaraikan enam muka baru antaranya Nazmi Faiz Mansor, Nizad Ayub(PKNS), Mohd. Nazrin Nawi (Negeri Sembilan), Saiful Nizam Miswan (Pahang), Faiz Subri (Kelantan) dan Nurul Azwan Roya (Johor DT), Rajagobal terpaksa menggugurkan Khyril Muhymeen Zambri, Mohd. Badhri Radzi dan Bunyamin Umar kerana faktor kecederaan.

Menyentuh mengenai pemain yang dibawa ke Australia, Rajagobal berkata, dia mahu melihat sejauh mana kemampuan pemain-pemain baharu menyesuaikan diri bersama pasukan negara dan prestasi terkini beberapa pemain utama.

"Kita sekarang sudah ada Nazmi, Nizad dan saya mahu lihat pemain ini beraksi sebagaimana mereka beraksi dengan pasukan kelab masing-masing.

"Kita juga mahu lihat pemain ini (Safiq Rahim dan Safee Sali), macam mana dia bermain selepas tidak beraksi dalam banyak perlawanan dengan pasukan sendiri (saingan Liga Malaysia).

"Terpulang kepada jurulatih masing-masing yang mungkin ada cara permainan tersendiri (tidak menggunakan Safiq dan Safee dalam kesebelasan utama).

"Perlu diingat Safee pernah mengalami kecederaan sementara Safiq bermain dengan baik ketika menentang Yemen setelah diberi peluang berada dalam kesebelasan utama, " katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


119 maut kebakaran di China

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

Seorang mangsa menerima rawatan di sebuah hospital selepas pusat penyembelihan ayam dan itik Baoyuan terbakar di Dehui, wilayah Jilin, timur laut China, semalam. - REUTERS

BEIJING 3 Jun - Sekurang-kurangnya 119 orang terbunuh dan 54 lagi cedera apabila satu kebakaran berlaku di pusat penyembelihan ayam dan itik Baoyuan di timur laut China, hari ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan, kebakaran terburuk dalam tempoh 12 tahun itu berlaku awal pagi hari ini di Dehui, wilayah Jilin ketika lebih 300 orang sedang bekerja dalam pusat penyembelihan berkenaan.

Jelas laporan itu, beberapa pekerja terdengar bunyi letupan kuat sebelum melihat asap tebal keluar dari kilang tersebut.

"Kira-kira 100 pekerja berjaya menyelamatkan diri walaupun pintu pusat penyembelihan tersebut berkunci ketika kebakaran tercetus.

"Operasi menyelamatkan sejumlah mangsa yang masih terperangkap sukar dijalankan ekoran struktur bangunan yang rumit dan pintu keluar yang sempit," jelas laporan tersebut.

Bagaimanapun, jumlah sebenar mangsa yang terperangkap dan punca kebakaran masih belum diketahui.

Stesen televisyen tempatan CCTV yang memetik kenyataan saksi melaporkan, punca kebakaran itu dipercayai akibat kebocoran cecair ammonia.

China mempunyai rekod buruk dalam isu keselamatan apabila berlakunya kebakaran berdasarkan kejadian-kejadian sebelum ini.

Pada 2008, seramai 44 orang maut selepas sebuah kelab malam terbakar di Shenzen dan seorang pegawai polis dipenjarakan selepas didapati menerima rasuah kerana membenarkan kelab itu beroperasi tanpa lesen.

Insiden kebakaran paling buruk dalam sejarah moden China berlaku pada akhir tahun 2000 apabila 309 pekerja rentung dalam kebakaran di sebuah pusat beli-belah di bandar Luoyang.

Kebiasaannya, pintu kecemasan dikunci atau dihalang disebabkan pegawai yang bertanggungjawab mengambil rasuah untuk mengabaikan peraturan yang telah ditetapkan dalam soal keselamatan pekerja. - REUTERS

Kekuatan nuklear negara Asia meningkat

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

STOCKHOLM 3 Jun - China, India dan Pakistan didakwa meningkatkan kekuatan senjata nuklear mereka sejak tahun lalu, lapor Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) hari ini.

Institusi itu dalam laporan tahunannya menyatakan, China kini memiliki 250 unit peluru berpandu nuklear berbanding 240 unit pada 2013, Pakistan pula meningkatkan senjata nuklearnya daripada kira-kira 10 unit kepada antara 100 dan 120 unit, manakala India dari 10 unit kepada kira-kira 90 hingga 110 unit.

'Perlumbaan' senjata itu disifatkan SIPRI sebagai sangat membimbangkan ekoran kedamaian yang 'goyah' di Asia, berdasarkan peningkatan ketegangan sejak 2008 antara India dan Pakistan, China dan Jepun selain dua negara Korea dan negara-negara lain di rantau itu.

"Ketika negara-negara ini mengelak menimbulkan konflik antara satu sama lain secara langsung dan berhenti menyokong pergerakan pemisah di kawasan jajahan antara satu sama lain, perasaan sangsi sejak dahulu masih ada dan integrasi ekonomi tidak diikuti dengan integrasi politik,'' kata SIPRI.

Hanya dua kuasa dunia mengurangkan senjata nuklear mereka iaitu Rusia mengurangkan daripada 10,000 unit kepada 8,500 unit, manakala Amerika Syarikat (AS) pula daripada 8,000 unit kepada 7,700 unit.

Senjata nuklear Perancis kekal sebanyak 300 unit, Britain (225 unit) dan Israel (80 unit).

SIPRI mengakui jumlah tersebut hanyalah jangkaan ketika negara berkuasa nuklear itu tidak telus dalam pendedahan, apabila China kini semakin sukar difahami dan Rusia yang tidak lagi bersifat terbuka.

Institut tersebut tidak menganggap Korea Utara dan Iran sebagai negara berkuasa nuklear lagi kerana program nuklear mereka masih dianggap berada pada peringkat awal. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Semarakkan perpaduan, ukhuwah

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

ISMAIL Abdul Muttalib (tiga dari kanan) mendengar masalah rakyat sempena majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional dalam PRU-13 di Kampung Sungai Ling, Paya Pasir, Maran, Pahang, baru-baru ini.

MARAN 3 Jun - Usaha meningkatkan perpaduan perlu disemarakkan dan diperkukuhkan supaya keakraban antara rakyat pelbagai kaum akan lebih mantap serta sukar digugat pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, memperkasakan perpaduan dan ikatan ukhuwah penting kerana ia dapat menjamin kesinambungan kemajuan serta kemakmuran negara.

"Keakraban rakyat pelbagai kaum sangat istimewa bagi negara ini yang dijadikan model dan diiktiraf oleh negara luar berikutan kejayaan menjuarai keamanan serta kemakmuran," katanya ketika berucap dalam majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) di kediamannya di Kampung Sungai Ling, Paya Pasir di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin; ADUN Luit, Nor Hidayah Mohd. Shahaimi dan ADUN Chenor, Mohd. Ariffin Awang Ismail.

Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, perpaduan kaum harus bergerak bagaikan aur dengan tebing kerana ia satu tenaga yang membawa kepada pencapaian matlamat Wawasan 2020.

Tambahnya, keakraban pelbagai kaum merupakan elemen paling baik bagi memastikan agenda pembangunan dirancang dalam Bajet 2013 dijayakan dengan sempurna.

Jelasnya, perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui program kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam aktiviti dijalankan.

Jelasnya, pendekatan itu dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain sekali gus menghapuskan sikap mementingkan diri sendiri.

"Aktiviti memperteguhkan jalinan kemesraan perlu dilakukan secara berterusan seperti aktiviti gotong-royong, sambutan perayaan dan undangan ke majlis perkahwinan supaya wujud perpaduan secara maksimum," ujarnya.

Semangat Alisa di Cafe De Kuala

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

NOR Alisa Azam (dua dari kiri) melayani Najib Tun Razak dan tetamu kenamaan lain ketika menjamu selera selepas perasmian premis itu di Kuala Pahang, Pekan, Pahang, baru-baru ini. Turut kelihatan, Mohd. Shafie Apdal (kiri).

PEKAN 3 Jun - 'Di mana ada kemahuan, di situlah ada jalannya'. Begitulah ungkapan yang boleh diterjemahkan terhadap seorang peserta latihan usahawan program Empower Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kuala Pahang di sini, Nor Alisa Azam, 28.

Nor Alisa yang mengikuti program Empower Mahkota Kuala Pahang berjaya membuka kafe dikenali sebagai Cafe De Kuala yang terletak di dalam Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang.

Katanya, sebelum membuka kafe tersebut dia terlebih dahulu mengikuti kursus keusahawanan Masakan 1Malaysia pada Julai tahun lalu.

"Pembukaan kafe ini amat bermakna kerana saya merupakan usahawan wanita tempatan yang merintis perniagaan hasil kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari menerusi Empower," katanya di sini baru-baru ini.

Pada pelancaran RTC Kuala Pahang Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ketinggalan mengunjungi kedai Nor Alisa sambil menikmati hidangan yang dijual di situ.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Menurut Nor Alisa, kafe tersebut menawarkan pelbagai jenis makanan dengan harga berpatutan kepada para pelanggannya terdiri daripada kalangan penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan penduduk tempatan sekitar Kuala Pahang.

Katanya, perniagaan itu dijangka menjana perolehan antara RM400 dan RM500 sehari dan bulanan sebanyak RM10,000.

"Pada mulanya saya tidak yakin menceburi bidang ini, tetapi setelah disuntik semangat dan panduan oleh rakan dan tenaga pengajar Empower, baharulah kekuatan serta semangat untuk meneruskannya.

"Saya berharap dalam kalangan belia dan suri rumahtangga perlu menceburi bidang ini dengan menjalani pelbagai kursus anjuran ECERDC yang boleh menambah pendapatan," ujarnya.

Kerajaan tingkatkan taraf hidup penduduk Lipis

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

KUALA LIPIS 3 Jun - Daerah ini bakal mengalami proses pembangunan lebih rancak sekali gus matlamat kerajaan negeri meningkat taraf hidup dan kesejahteraan penduduk di sini akan tercapai menjelang 2020.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, proses pembangunan infrastruktur yang pesat selain jalinan jalan raya lebih tersusun, hab perniagaan, pendidikan dan peluang keusahawanan sedang dibangunkan bagi menjana modal insan, sosial dan ekonomi penduduk setempat.

Menurutnya, kerajaan juga akan memberi tumpuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka dan Benta khususnya membabitkan kemudahan asas di kampung tradisional bagi merancakkan sektor pertanian dan pelancongan.

"Kita amat peka dengan masalah dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan iaitu kemudahan jalan yang kerap rosak dan bekalan air bersih di Cheka serta Benta antara pembangunan diberi tumpuan mulai sekarang.

"Saya akan membawa perkara ini ke peringkat kementerian terbabit untuk menerima peruntukan bagi penyelenggaraan supaya isu ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran Barisan Nasional (BN) di Kampung Mela, dekat sini kelmarin.

Yang turut hadir Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Abu Jimi Samat dan Ketua Cawangan UMNO Mela, Ilias Saaid.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Riduan mengaku tidak bersalah

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
utusansabah@utusan.com.my

RIDUAN Masmud (kiri) diiringi oleh Loretto S. Padua keluar dari Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

KOTA KINABALU 3 Jun - Seorang pengurus sebuah restoran yang dituduh merogol seorang gadis bawah umur, Februari lalu dan kemudian mengahwini mangsa semasa kes sedang berjalan, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di sini atas tiga tuduhan merasuah bapa mangsa untuk menarik balik laporan rogol itu.

Riduan Masmud, 40, yang mempunyai dua isteri, termasuk mangsa dan empat anak itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Caroline Bee Majamil.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa menawarkan wang RM5,000 kepada bapa mangsa untuk menarik balik aduan mangsa bahawa dia telah dirogol olehnya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 9 malam dan 10 malam, 18 April lalu di luar Pondok Pengawal Institut Sinaran, Jalan Tuaran By Pass di sini.

Pertuduhan kedua pula menyatakan pada masa, tarikh dan tempat sama, Riduan didakwa memberikan bapa mangsa wang sebanyak RM2,000 sebagai dorongan untuk berbuat demikian.

Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu pada hari yang sama, antara pukul 11 malam dan 12 tengah malam di Kantin Naga Emas, Jalan Tuaran Lama, secara rasuah sekali lagi memberikan bapa mangsa wang tunai sebanyak RM3,000.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, bagi setiap pertuduhan, Riduan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Loretto S. Padua Jr.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes itu pada 21 Jun ini.

Riduan dituduh merogol mangsa yang berusia 12 tahun enam bulan di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Inanam pada pukul 10 pagi, 18 Februari lalu sebelum mengahwini gadis tersebut semasa perbicaraan kes berkenaan sedang berjalan di mahkamah.

Liputan kes itu kemudian mendapat perhatian meluas pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sehingga menyebabkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan bahawa kes rogol itu masih berjalan dan Jabatan Peguam Negara tidak pernah menggugurkannya.

Sirul Azhar kemuka alasan rayuan tambahan dakwa terima publisiti negatif

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

PUTRAJAYA 3 Jun - Koperal Sirul Azhar Umar memfailkan permohonan untuk memasukkan alasan rayuan tambahan bagi mendapat perisytiharan bahawa perbicaraan terhadapnya kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu merupakan satu perbicaraan yang salah serta sabitan dan hukuman mati terhadapnya wajar diketepikan.

Sirul Azhar, 38, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan hari ini melalui peguam-peguam yang mewakilinya, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican.

Kamarul Hisham ketika ditemui pemberita memberitahu, pihaknya masih menunggu arahan daripada Timbalan Pendaftar untuk mendapat tarikh yang sesuai sama ada mahkamah mendengar permohonan itu terlebih dahulu sebelum rayuan utama yang telah ditetapkan pada 10, 11 dan 12 Jun ini.

Menurut beliau, pihak peguam bela turut menunggu arahan mahkamah untuk perkembangan selanjutnya kerana beliau mendapat petunjuk bahawa pihak pendakwaan mungkin membantah permohonan itu.

Ujar Kamarul Hisham, notis usul tersebut difailkan tanpa memasukkan seorang lagi perayu, Cif Inspektor Azilah Hadri, 34.

Afidavit bagi menyokong permohonan itu yang diikrarkan hari ini oleh peguam, Lim Kon Keen menyatakan, Sirul Azhar telah menerima publisiti negatif (adverse publicity), tidak tepat dan mengelirukan.

Menurut afidavit itu, selepas pihak pendakwaan menutup kesnya pada 23 Jun 2008, saksi pendakwa pertama (SP1), P. Balasubramaniam yang juga seorang penyiasat persendirian telah membuat akuan bersumpah dan dimuat naik dalam pelbagai laman sesawang.

Akuan bersumpah itu mengandungi perkara-perkara yang tidak terkandung dalam keterangannya di mahkamah ketika perbicaraan berlangsung dan telah menyebabkan prejudis terhadap Sirul Azhar.

Selain itu, afidavit tersebut menyatakan, penulis blog, Raja Petra Kamarudin turut memuat naik akuan bersumpah beliau ke laman sesawang dengan mendakwa tiga lagi pihak turut hadir ketika pembunuhan Altantuya.

Menurut afidavit itu, Raja Petra selanjutnya memuat naik satu salinan dokumen pada 5 Mac 2009 yang didakwa sebagai percakapan beramaran Sirul Azhar yang kandungannya menyatakan kononnya anggota polis itu mengaku membunuh mangsa.

Sehubungan itu, afidavit tersebut menyatakan, publisiti meluas dan negatif itu mungkin mengakibatkan hakim bicara tidak berlaku adil kepada Sirul Azhar dan menyebabkan dia tidak mendapat perbicaraan yang saksama.

Publisiti itu telah menyebabkan prejudis terhadapnya apabila hakim bicara mungkin telah dipengaruhi dan mengakibatkan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009 tidak selamat dan harus diketepikan.

Sirul Azhar turut memohon perintah mahkamah agar dia dilepas dan dibebaskan daripada sabitan dan hukuman membunuh model berkenaan manakala perbicaraan baharu tidak perlu didengar.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin dalam keputusannya mendapati Azilah dan Sirul Azhar bersalah setelah berpuas hati bahawa pembelaan mereka merupakan penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai serta bertujuan menyalahkan di antara satu sama lain.

Kedua-duanya didapati bersalah membunuh wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun itu di antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang dekat sini.

Altantuya menemui ajal setelah jasadnya berkecai diletupkan di kawasan belukar berhampiran Empangan Tasik Subang. Perbicaraan terhadap kedua-duanya berlangsung selama 160 hari.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Posted: 03 Jun 2013 01:21 AM PDT

POLEMIK yang melanda Tanda Putra menyebabkan filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu yang sepatutnya ditayangkan sejak tahun lalu tetapi beberapa kali ditangguh tayangannya.

KUALA LUMPUR 3 Jun - Filem Tanda Putera yang menimbulkan polemik dalam industri perfileman negara ekoran dibantah oleh pihak-pihak tertentu bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sudah tiba masanya untuk filem yang menimbulkan kontroversi walaupun belum ditayangkan itu menemui penonton.

"Sebelum ini ditangguhkan kerana ada dakwaan beberapa adegan kontroversi dalam filem itu. Selepas itu ditangguhkan pula kerana pilihan raya umum.

"Kini selepas perbincangan dilakukan semua pihak bersetuju untuk filem itu ditayangkan pada 29 Ogos depan. Bagi saya, lebih cepat tayang lebih bagus," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan pertamanya ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Aaron Aziz lakukan larian amal Rabu ini

Posted: 03 Jun 2013 01:15 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 3 Jun - Pelakon popular Aaron Aziz akan melakukan larian amal bagi mengisi tabung Yayasan AIDS Malaysia dengan mengelilingi Stadium Nasional Bukit Jalil, bermula pukul 8 pagi Rabu ini.

Larian amal tersebut bertujuan mengumpul dana bagi mengisi keperluan yayasan itu untuk membantu golongan wanita dan kanak-kanak yang disisihkan akibat menghidap AIDS.

Selain itu, larian yang turut disiarkan secarakan lintas langsung menerusi radio ERA.Fm selaku penyiar rasmi itu juga bagi mempromosi filem terbaharu lakonan Aaron, Lari.

Turut serta memeriahkan Larian Amal Aaron Era itu adalah pengarah filem Lari, Ahmad Idham dan beberapa artis lain. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Hasilkan rayon daripada kenaf

Posted: 03 Jun 2013 12:03 AM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Penghasilan bahan yang dikenali sebagai rayon daripada tumbuhan untuk menghasilkan pakaian kini dilihat mampu mengimbangi permintaan terhadap pengeluaran kapas.

Tambahan pula jika bahan untuk membuat pakaian tersebut dihasilkan menerusi tumbuhan lain seperti kenaf (hibiscus cannabinus).

Kenaf yang sebelum ini digunakan untuk menghasilkan produk berasaskan fiber kini boleh diolah untuk menghasilkan rayon sebagai bahan untuk menghasilkan pakaian.

Pegawai penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Rushdan Ibrahim berkata, kajian yang dilakukan oleh kumpulan beliau mendapati rayon boleh dihasilkan daripada kenaf.

Jelasnya, tujuan kajian tersebut untuk mempelbagaikan produk berasaskan kenaf.

"Menerusi penemuan terbaru ini, industri kenaf dapat dijana dengan lebih baik di samping pelbagai produk sampingan juga dapat dihasilkan.

"Antara industri yang turut mendapat kelebihan daripada kajian ini adalah industri tekstil negara," ujarnya.

Penghasilan rayon kenaf bermula daripada batang kenaf yang dihancurkan menjadi cip seterusnya kepada partikel yang lebih kecil sebelum dihancurkan sehingga halus.

Dalam proses penghasilan seterusnya adalah pempulpaan-bio dan pemutihan-bio (bio-pulping and bio-bleaching), kemudian pelarutan pulpa, kemudian pengakalian sehingga menjadi rayon.

Menurut Dr. Rushdan, dalam proses pengalkalian, pulpa akan menyerap soda (alkali) dan akan berlaku penerapan (penetration) uniform alkali dalam selulosa.

Kemudian proses shreeding yang mana permukaan pulpa menjadi lebih luas dan seterusnya melaksanakan proses pemeraman (aging) selama 20 jam pada kadar suhu 30 darjah.

Seterusnya proses mencairkan pulpa mengunakan sebatian carbon disulfate (NaOH) kepada fiber berbentuk cecair dan ditapis sebelum melalui proses putaran (spinning bath).

Menerusi proses itu, filamen rayon bersaiz 0.07 milimeter akan terhasil dan boleh dipintal untuk dijadikan benang.

Menerusi benang yang dipintal daripada filamen rayon tersebut pelbagai produk berasaskan fabrik dapat dihasilkan.

Antaranya adalah kain rayon atau dicampurkan bersama benang yang berasaskan kapas, produk karbon fiber untuk kegunaan komponen kapal terbang atau kereta yang berasaskan fiber.

Antara produk lain yang memerlukan fiber rayon adalah tayar, alatan pembedahan, pihak industri serta sutera tiruan.

Jelas Dr. Rushdan, sutera tiruan yang dihasilkan menerusi rayon tersebut mampu mengurangkan kos namun memiliki kualiti yang baik.

Telah dikomersialkan menerusi syarikat Rain Tree Index Sdn. Bhd., kos untuk tujuan tersebut adalah sekitar RM1.53 juta yang mana dana dikeluarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai salah sebuah komponen kolaborasi teknikal kepada FRIM.

Ciptaan rayon daripada kenaf tersebut berjaya merangkul tiga anugerah. Antaranya adalah pingat emas bagi Pertandingan Inovasi FRIM 2010 kategori produk, pingat perak bagi Pertandingan Reka cipta 2011 katogeri proses dan juga pingat perak di pameran Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2012.

Ditanya sasaran industri bagi mengkomersialkan produk rayon tersebut, Dr. Rushdan berpendapat produk tersebut sesuai dibangunkan oleh pihak industri tekstil negara.

Petik kopi lebih mudah

Posted: 03 Jun 2013 12:03 AM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.amad@utusan.com.my

Mohd. Zainal Abidin Johari menunjukkan alat pemetik kopi yang dihasilkan.

Bagi peminat teh atau kopi, pastinya mahukan produk yang bernilai tinggi dan sedap dengan harga yang berpatutan.

Namun, terfikirkah anda tentang penat lelah pekerja yang bertungkus lumus mengumpul kopi mahupun teh di ladang-ladang?

Masihkah anda ingat akan iklan beras yang mahu menyedarkan kita rakyat Malaysia agar menghargai beras biar pun hanya sebutir menerusi slogan Sebutir beras ibarat setitis peluh petani.

Jika menyusuri kaedah pemetik kopi mahupun teh di ladang-ladang, pekerja menggunakan tangan yang mana kaedah tersebut amat perlahan menjadikan produksi juga lambat.

Oleh yang demikian, seorang pegawai penyelidik, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Giat MARA, Mohd. Zainal Abidin Johari mencipta sebuah peralatan khas untuk memudahkan proses memetik kopi.

Katanya, secara kebiasaan, pekerja mengutip menggunakan tangan kosong dan biji kopi dimasukan ke dalam bekas secara manual.

"Kaedah ini amat perlahan kerana tapak tangan manusia hanya boleh menggenggam beberapa biji kopi sahaja.

"Mereka perlu melakukannya dengan pantas bagi mengejar masa dan hal demikian menjadikan pilihan buah yang baik dilakukan secara rawak dan juga pantas.

"Menerusi pemetik kopi khas, pekerja tidak perlu tergesa-gesa menyimpan biji-biji kopi ke dalam bekas kerana alatan khas tersebut mampu menampung sehingga setengah kilogram (kg) biji kopi dalam satu-satu masa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pameran Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2013 di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujar Mohd. Zainal Abidin, penyelidikan sebelum ini dilakukan untuk tujuan kajian semata-mata. Namun, kini pihaknya melakukan sedikit perubahan dengan mengeluarkan produk sendiri.

Pemetik serbaguna tersebut diletakkan pada tangan yang digunakan untuk memetik kopi, persis seperti sarungan tangan robotik.

Biji-biji kopi yang telah dipetik akan dimasukan terus ke dalam kantung khas yang terdapat pada pemetik tersebut.

Malah, pemetik tersebut juga memiliki injap mekanikal untuk memastikan biji-biji kopi tidak terkeluar daripada kantung apabila tangan direndahkan.

Namun, apabila bekas pemetik kopi diterbalikkan, injap mekanikal tersebut akan terbuka secara automatik.

Selain biji kopi dan daun teh, alat tersebut juga boleh digunakan sebagai pemetik cili padi mahupun buah-buahan yang bersaiz kecil.

Kajian yang dijalankan selama tiga bulan tersebut berjaya menghasilkan prototaip dan keberkesanannya juga telah diuji.

Jelas Mohd. Zainal Abidin, selain mempercepatkan proses memetik biji kopi, kualiti biji kopi juga turut terjamin berikutan bahan tersebut lebih cepat dapat diproses.

Malah, kajian yang dilakukan juga mendapati, penggunaan pemetik kopi tersebut mampu mempercepatkan proses mengumpul biji kopi sebanyak 30 peratus berbanding kaedah konvensional.

Apa yang lebih istimewa, pemetik kopi tersebut juga boleh digunakan di kedua-dua belah tangan pengguna.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Janji Nikon

Posted: 03 Jun 2013 12:03 AM PDT

Menyaksikan proses pembuatan lensa kamera dan pemasangannya secara manual ketika berpeluang melawat kilang lensa Nikkor bagi kamera berjenama terkemuka dunia, Nikon, adalah satu pengalaman yang mengasyikkan.

Sekali pandang dari luar kilang lensa Nikkor di Tochigi, yang terletak kira-kira 140 km ke utara Tokyo tidak ubah seperti bangunan kilang biasa yang dapat dilihat di negara ini.

Baru-baru ini, kilang tersebut buat pertama kalinya dibuka untuk lawatan pengenalan bagi sekumpulan wartawan dari Asia sempena ulang tahunnya yang ke-80 tahun ini yang juga menandakan pengeluaran 75 juta lensanya setakat Disember 2012.

Namun di dalam gedung-gedungnya terkandung pelbagai teknologi canggih dan para pakar yang mengeluarkan lensa interchangeable dan kanta optik kamera yang memberi hasil fotografi bernilai tinggi dan kepuasan kepada peminat serta pengguna biasa mahupun pengguna profesional kamera Nikon.

Proses menghasilkan setiap keping lensa di Tochigi ternyata dibuat secara manual oleh manusia selain kerja kasarnya oleh mesin atau komputer.

Kebanyakan kita mungkin menyangka bahawa keseluruhan sesebuah kamera itu dipasang oleh mesin, robot atau komputer.

Dalam kilang berkenaan, pengunjung berpeluang melihat sendiri bagaimana tekunnya setiap pekerja di kilang Tochigi ini bekerja menyiapkan bahagian-bahagian yang sudah ditugaskan kepada mereka.

Mereka bekerja dalamsambil berdiri dan tidak seorang pun berkata-kata bagi mengelak kemungkinan lalai atau alpa yang boleh menjejaskan kualiti.

Penjelasan oleh jurucakap-jurucakap di pelbagai bahagian kilang itu menunjukkan bahawa Nikon, yang tertubuh sejak 1917, sangat mengutamakan ketelitian dan ketepatan berdasarkan piawaian yang tinggi.

Bermula daripada menerima bekalan, memilih dan menimbang 'batu', memotong, mencanai dan mengasah bentuk kasarnya, mengisar hingga menjadi lensa.

Kemudian ke proses melapisinya dengan teknologi nano beberapa lapis dengan bahan istimewa untuk mencapai dan menepati tahap terbaik anti gurisan dan refleksi cahaya, semuanya dilakukan penuh teliti.

Setiap keping lensa itu akan diperiksa oleh para pakar selain pemeriksaan standard oleh komputer.

Demi menjamin kualiti terbaik untuk kepuasan pengguna, Nikkor tidak melakukan pemeriksaan secara persampelan rambang tetapi memeriksa lensanya, satu per satu.

Dalam hal ini Nikon sentiasa komited memastikan falsafahnya Kebolehpercayaan dan Kreativiti dan aspirasinya Menepati keperluan. Melebihi jangkaan ditepati dan dipenuhi.

Jumlah itu tidak banyak untuk menjamin kualitinya yang tinggi. Ini kerana pemasangan setiap lensa ke dalam kamera yang melibatkan proses rumit seperti melekatkan gam dan memasang skru yang kecil dibuat secara manual.

Beberapa peringkat proses pembuatan melibatkan air dan bahan pencuci bagi memastikan tiada sebutir pun debu melekat di lensa.

Untuk itu Nikkor di Tochigi telah mengambil pelbagai langkah memastikan air kumbahan dirawat sebaik-baiknya sebelum dialirkan semula ke sungai.

Seorang pegawainya berkata, air dari kilang itu tidak mencemarkan sungai bahkan ikan dan hidupan lain tidak terjejas sedikitpun.

Sering kali kewujudan kilang di kawasan kediaman, apatah lagi di sebuah kampung, menimbulkan bantahan daripada penduduk setempat kerana pelbagai masalah yang timbul terutama pencemaran.

Namun bagi Nikkor, bukan sahaja tiada bantahan pernah dialami malah penduduk berinteraksi sangat baik dengan kilang itu. Lebih 450 pekerjanya di situ juga tinggal dan menjadi sebahagian masyarakat di situ dan membantu merancakkan kitaran ekonomi setempat.

"Kalau ada aduan yang kami terima pun hanya satu atau dua saja setahun. Itu pun berkaitan cara memandu satu atau dua pekerja kami dan tiada kaitan dengan pencemaran alam sekitar atau bantahan," kata seorang pegawainya.

Sesuai falsafah Nikon, kilang lensa di Tochigi itu juga melibatkan diri dalam banyak kegiatan kemasyarakatan termasuk pendidikan di luar kurikulum kepada murid sekolah dan perkhemahan selain sumbangan tahunan bagi menambah baik keperluan peralatan sekolah-sekolah di sekitar.

Sepanjang lawatan itu, sebarang rakaman sama ada rakaman gambar, visual mahu pun suara di dalam kilang-kilang yang dilawati tidak sekali-kali dibenarkan.

Hanya penjelasan yang diberikan oleh para jurutera dan pegawainya melalui jurubahasa yang boleh dicatat. Itu pun sebahagiannya juga tidak dibenar disiarkan. Ini mungkin kerana persaingan teknologi dalam bidang ini terlalu sengit yang menuntut kerahsiaan yang ketat. - Bernama

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Hina raja bukan jenayah biasa

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

DR. AHMAD ZAKI ISMAIL
Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Majlis Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang di-Pertuan Agong tahun ini dicemari dengan tindakan individu yang menghina institusi Raja Melayu itu di laman sosial Sabtu lalu. - Gambar hiasan.

Isu paling banyak diperkatakan selepas musim PRU-13 oleh pihak media dan orang ramai kini adalah perbuatan menghina Institusi Raja dan status kaum bumiputera di negara ini. Polemik yang dibicarakan seolah-oleh seperti sudah dirangka lama sebelum kemenangan semula Barisan Nasional (BN) dalam pertarungan sengit tersebut.

Ini bukan komentar biasa, ia di perkatakan dengan wewenangnya oleh kumpulan yang sama dan daripada bangsa yang serupa. Kita hampir tidak mendengarnya daripada kaum India yang nampaknya akur bahawa mereka lebih banyak memperolehi manfaat bila sanggup berkongsi dengan rasa rendah hati dan melihat kemolekan budi bumiputera selama ini. Meskipun mereka pernah cuba mencabar kesabaran dan kesetiaan BN sebelumnya melalui Hindraf.

Hebat sungguh orang Melayu ini, bukan membalas dendam tetapi diberikan hadiah pula bila Hindraf mendapat anugerah hasil sikap kurang ajar mereka dahulu itu dengan kerusi Timbalan Menteri. Agaknya inilah strategi yang cuba dimainkan oleh orang Cina dengan mempersoal, mempermain, menghina, menuding jari dan sebagainya kepada Sistem Raja Berperlembagaan dan keistimewaan bumiputera dalam negara ini. Mereka pun inginkan perhatian istimewa juga dan menerima anugerah tertinggi negara, kalau boleh agaknya kerusi Timbalan Perdana Menteri Kedua mahu diminta.

Bagaimanapun, adakah semua rakyat negara ini menyedari bahawa perbuatan mempersoal, mengungkit, menghina dan sebagainya yang sedang berleluasa kini sebenarnya menjerumuskan negara dan diri mereka sendiri dalam satu kancah yang sangat berbahaya.

Bukan sahaja dari segi keamanan tetapi kedudukan diri mereka sendiri yang dilindungi undang-undang dan Perlembagaan negara yang telah juga memberikan keistimewaan khusus kepada nenek moyang mereka menjadi warga negara secara automatik melalui Jus Soli.

Ini tidak pernah berlaku di mana-mana sahaja dalam negara di dunia ini kecuali di Malaysia yang diterajui oleh orang Melayu dan bumiputera yang mereka panggil bodoh, lembu, babi dan sebagainya itu.

Memang agaknya orang Melayu dan bumiputera ini bodoh, bangang, lembu dan babi kerana bermurah hati dan bertolak ansur selama ini. Jadi khusus kepada orang Melayu dan bumiputera, janganlah terus menerus jadi bodoh, bangang dan babi lagi.

Pepatah ada mengatakan beri betis hendakkan peha, inilah jadinya sekarang. Bukan tidak tahu berterima kasih, malah dihina nista dan dicaci maki macam pecacai pula kita dibuatnya.

Pengalaman berniaga ke negara China bersama rakan kongsi yang berbangsa Cina telah membuka matanya sebenarnya beliau lebih bertuah lahir di Malaysia daripada di negara asal nenek moyang mereka. Puluhan malah ratusan kali beliau mengucap dan mengungkapkannya kepada penulis. Banyak yang boleh dihayati kalau kita semua mahu bermuhasabah dan tidak mengikut hasutan perasaan dan nafsu semata-mata.

Kepada kumpulan ini mudah sahaja, kita kenal pasti mereka, tangkap, ambil tindakan dan buang negara atau lucut kerakyatan sebab memang ia berasas. Kerakyatan mereka tertakluk kepada syarat-syarat asas yang dipersetujui dahulu dan selagi mereka mematuhinya tidak akan timbul sebarang isu. Kalau tidak setuju, jalan dan arah sudah sentiasa terbuka. Keluar sahajalah memang ini kalilah mereka kena diajar.

Soal menghina bukan budaya kita, kalau tidak berbudaya Malaysia mereka juga bukan rakyat kita. Dalam bahasa kasar kita katakan pada mereka boleh belah. Tunggak negara yang berstatus 'kebal' dari segi perundangan boleh dihina begitu rupa apatah lagi kita semua.

Hairan juga, tidak pernah pula bangsa ini yang tinggal di negara Eropah menghina Queen dan King di sana yang juga dilindungi Perlembagaan. Mahu dikatakan tidak pernah pergi ke sana tentu mustahil sebab mereka memang kaya raya dan kebanyakan belajar di luar negara tidak seperti Melayu/Bumiputera yang bodoh, bangang dan babi ini.

Menghina Raja, menghina Jata Negara, menterbalikkan bendera, berdemonstrasi seluruh negara, mempersoal pelbagai hak yang sudah diterima bukan perbuatan biasa-biasa atau remeh sahaja. Tentu ada yang tidak kena dan tentu ada dalang di sebaliknya sehingga ia amat ketara dan mempunyai keberanian yang luar biasa diluahkan secara ganas dan tidak berbudaya.

Lihat sahaja negara Singapura, meskipun berdemonstrasi bukan untuk mengkritik mereka tetapi bila berlaku di dalam negaranya, lihatlah begitu keras tindakan dan hukuman yang dikenakan terhadap mereka.

Sudah tiba masanya, kerajaan dan pihak berkuasa mengenakan tindakan menurut sistem perundangan yang sedia ada kepada kumpulan ini bagi menghantar mesej yang jelas kepada semua bahawa kami tidak akan luak tanpa kamu semua. Jangan fikir ekonomi dan kekayaan negara ini hanya boleh dijana oleh mereka sahaja. Buka kembali buku sejarah dan baca bagaimana Maharaja mereka sanggup menghantar puteri kepada Sultan Mansur Shah walhal berapa ramai lagi raja-raja hebat ketika itu termasuk Rom, India, Parsi dan sebagainya. Tentu ada sebab musababnya yang tidak cukup kolum ini untuk dihuraikan.

Kumpulan ini juga sudah lama menyerang usahawan bumiputera temasuk Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang dicanangkan sebagai orang yang menjadi kroni dan menyebabkan subsidi disalah guna. Malah kononnya usahawan Melayu ini menganiaya usahawan bangsa lain kerana hubungan istimewa beliau dengan kepimpinan politik negara.

Walhal selama ini perkara sebaliknya berlaku tanpa sebarang aduan daripada para peniaga Melayu. Mahukan bukti? Kita sudah bersedia untuk mengetengahkannya untuk diadili oleh semua pihak.

Kononnya di Indonesia kaum ini merasa lebih terpelihara kerana di sana tidak mempunyai status bumiputera. Tolonglah kaji fakta sebelum membuat tuduhan membuta tuli, meskipun tiada status bumiputera bolehkah kaum Cina mengamalkan budaya, bahasa malah nama keluarga sendiri pun tidak boleh diguna. Ini belum termasuk kelayakan mengundi, berpolitik dan menjadi menteri dalam pemerintahan.

Kalau institusi Raja yang kebal boleh dicaci maki, ditertawa, apa lagi yang belum dibuat kumpulan ini untuk mengundang tindakan keras dikenakan kepada mereka. Tentu mereka faham bahawa selaku Raja negara ini, mereka bukan hanya Raja untuk orang Melayu bodoh, bangang dan babi ini sahaja tetapi Raja kepada seluruh rakyat jelata.

Lihat sahajalah senarai penerima darjah anugerah kebesaran waktu hari keputeraan Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, berapa ramai bangsa mereka menerimanya. Kenapa tidak ditolak sahaja seperti mana MCA dan Gerakan menolak jawatan menteri tempoh hari.

Cukuplah, jangan sampai orang Melayu bangun menunjukkan amarah mereka. Sudah cukup kesabaran mereka dicabar, sudah cukup penghinaan dilemparkan. Melayu tidak pinta emas permata, tidak pohon harta berjuta. Apa yang kita mahu teruskan usaha menuju ke hadapan meletakkan negara dalam keadaan aman. Mudah bagi semua orang mencari makan dan mengekalkan kemakmuran.

Ada masa kita mengalah tetapi itu bukan bererti kita takut atau lemah. Ada pula masa kita memberi bukan bermaksud kita sudah melebihi tetapi kita sangat mengasehi dan berbudi tinggi. Kenanglah semua ini kalaupun tidak membalasnya dengan ucapan dan nilaian yang tinggi tetapi jangan pula diumpat keji.

Eloklah dibangunkan mereka dari mimpi besar yang bakal membakar bukan sahaja diri mereka sendiri tetapi negara yang kita cintai ini.

Ingatlah bukan ini caranya untuk menarik perhatian atau simpati daripada rakyat semua. Mungkin selama ini signal yang salah dihantar kepimpinan negara kepada rakyat iaitu 'buat bising', kita akan bagi pangkat.

Rasanya, ini bukan satu tindakan dan keputusan yang elok diikuti kerana mungkin pemimpin boleh bersabar, tetapi rakyat Melayu dan bumiputera tidak boleh menerimanya lagi. Cukuplah kita dihina begitu rupa dan kita bukanlah bangsa yang boleh ditindas sebegitu rupa.

SOSMA banteras anarkis

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

PROF. SALLEH BUANG ialah penganalisis undang-undang.

Sesetengah orang ramai masih menghadiri perhimpunan anjuran penyokong pembangkang kerana tindakan benar-benar tegas belum dikenakan ke atas mereka yang terlibat. - Gambar hiasan

Negara kita sekarang merasa bahang keceluparan sekumpulan manusia yang kecewa. Cita-cita besar mereka menawan Putrajaya bukan baharu. Lima tahun lalu, sewaktu kita semua bersiap sedia menghadapi PRU-12 (pada 8 Mac 2008), pemimpin kumpulan ini sejak awal lagi sudah mendakwa mereka pasti berjaya.

Malang bagi mereka, yang dimpikan itu tidak menjadi kenyataan. Pun begitu, mereka telah menawan tiga negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kedah, sambil sekutunya kekal memerintah di Kelantan. Tapi kejayaan yang terhad ini nampaknya masih tidak mampu memuaskan nafsu besar mereka.

Lalu gendang perang terus dipalu. Macam dulu, mereka terus mendakwa pada PRU-13, mereka akan menang. Ceramah dan kempen disusun dan dilakukan pada setiap masa dan banyak tempat. Askar dan hulubalang maya mereka (kini dipanggil Askar Kacang Merah) digerakkan menguasai ruang siber, menyebarkan fitnah dan dakyah. Pembohongan diadun bersama fakta terpilih, hingga rakyat sukar mengenal pasti mana yang betul dan mana yang palsu.

Begitu berkesan sekali serangan mereka di ruang maya, hingga slogan 'Ubah' serta slogan lain menjadi ucapan biasa segolongan remaja yang sudah terpesona dengan janji ketua mereka - bahawa mereka akan menang pada kali ini.

Ramai sekali pakar pembuat cerita (digelar Spin Doctors) muncul, meyakinkan rakyat bahawa parti mereka pasti menang. Andainya mereka kalah (pada mereka mustahil akan berlaku), pastinya itu disebabkan "penipuan SPR dan kerja jahat BN".

Mereka ditakdirkan kalah lagi pada PRU-13. Lalu satu 'sebab' yang baru mesti dicari dan dijelmakan sebagai fakta sebenar, yang tidak boleh ditolak lagi. Maka timbullah konsep 'undi popular,' serta dakwaan yang amat menarik bahawa "Mereka sebenarnya telah mendapat undi majoriti daripada pemilih - justeru merekalah yang berhak menguasai Putrajaya".

Mereka sengaja lupa (atau buat-buat lupa) bahawa semenjak belum merdeka lagi (kali pertama pilihan raya diadakan adalah pada tahun 1955, sewaktu saya berada di Tingkatan 3, Sekolah Tinggi Muar) kita tidak pernah mengamalkan sistem undi popular, tetapi majoriti kerusi yang dimenangi oleh parti yang bertanding.

Anehnya mereka tidak pula menolak sistem kerusi majorit ini bagi keputusan pilihan raya di tiga negeri yang mereka kekal memerintah - Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, tapi tetap menolak keputusan BN menang 133 kerusi Parlimen.

Manusia jenis apa macam ini? Tolak keputusan peringkat pusat, tetapi terima keputusan di peringkat negeri, pada hal undi itu datang daripada pengundi (pemilih) yang sama.

Untuk mengekalkan momentum, agar mereka tidak dilupakan oleh penyokong serta pengundi yang telah tertipu dengan janji-janji kemenangan mereka, perlu dicari pelan baru bagaimana matlamat mereka merampas Putrajaya masih boleh dicapai. Lalu timbullah pula slogan baru "Daripada pilihan raya ke jalan raya".

Sementara rakyat jelata dihasut dan dipujuk untuk turun ke jalan raya (barangkali ala Bersih 1, 2 dan 3 yang lalu) yang pastinya akan mengambil masa, perlu diadakan program selingan untuk terus menarik minat dan perhatian penyokong.

Lalu diatur dan dilakonkan Silent Walk remaja berbaju hitam, disusuli perhimpunan besar-besaran di merata tempat dengan jenama baru Black 505, di mana cerita karut-marut yang lama itu dikitar semula dan didendangkan.

Setakat mereka berhimpun dan berucap sahaja, rasanya pihak PDRM boleh menanganinya dengan baik dan adil di bawah Akta Perhimpunan Awam 2012. Pada masa ini, pertuduhan telah pun dibuat di bawah Akta ini terhadap beberapa individu tertentu yang menganjurkan perhimpunan Black 505 itu.

Tetapi bagaimana halnya jika protes jalan raya yang mereka hendak jalankan itu mencetuskan huru-hara? Pada masa ini pun sudah kedengaran individu tertentu menyatakan secara lantang "Kerajaan BN mesti digulingkan dengan menggunakan 'kuasa rakyat' (people power)."

Pada hemat saya, orang yang mengeluarkan kata-kata sedemikian itu bukan lagi aktivis. Mereka sudah menjadi anarkis.

Akta 747 atau nama penuhnya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (dalam bahasa Inggeris bernama Security Offences (Special Measures) Act atau ringkasnya SOSMA) perlu kita lihat semula untuk mengetahui sama ada ia mampu membanteras kemunculan anasir anarkis di negara ini.

SOSMA adalah undang-undang Parlimen yang diluluskan di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, bertujuan menangani "kesalahan keselamatan". Ia menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act, ringkasnya ISA) 1960.

SOSMA perlu dibaca bersama dengan Kanun Keseksaan (Penal Code), khususnya Bab VI (seksyen 121 hingga 130A) dan Bab VIA (seksyen 130B hingga 130T). Ringkasnya Bab VI Kanun Keseksaan menghuraikan kesalahan terhadap negara (offences against the State), manakala Bab VIA menghuraikan kesalahan berhubung keganasan (offences relating to terrorism).

Dalam bahasa mudah, boleh kita simpulkan bahawa perbuatan menggulingkan kerajaan yang sah menerusi protes jalanan atau 'kuasa rakyat', bukan menerusi proses pilihan raya adalah termasuk dalam erti kata 'kesalahan keselamatan' yang termaktub dalam SOSMA.

Andainya seorang individu itu disyaki terlibat melakukan atau cuba melakukan kesalahan keselamatan yang dimaksudkan dalam SOSMA (dibaca bersama Kanun Keseksaan) ini, dia boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai polis - seksyen 4(1).

Sebaik-baik sahaja dia ditangkap, individu itu mesti dimaklumkan kenapa dia ditangkap - seksyen 4(2). Orang itu tidak boleh ditangkap disebabkan kepercayaan atau aktiviti politiknya - seksyen 4(3). Selepas ditangkap orang itu boleh ditahan bagi maksud siasatan, tetapi tidak melebihi 28 hari, dengan syarat penahanan bagi tempoh hampir sebulan itu hanya boleh diberi oleh pegawai berpangkat Superintendent Polis atau lebih tinggi daripada itu - seksyen 4(5).

Jika pihak polis berpendapat orang itu tidak perlu ditahan selama tempoh 28 hari itu, polis boleh melepaskan orang itu pada bila-bila masa tetapi dia akan dikenakan peranti pemantauan letronik bagi memastikan pergerakannya - seksyen 4(6).

Untuk mendapatkan alat letronik dipasang pada tubuh badan orang itu, pihak polis terpaksa terlebih dahulu menghantar laporan siasatan mereka kepada Pendakwa Raya - seksyen 4(7). Sebaik-baik sahaja menerima laporan siasatan polis itu, Pendakwa Raya boleh memohon perintah Mahkamah supaya peranti letronik itu dipakai oleh individu tersebut bagi satu tempoh tidak melebihi 28 hari - seksyen 4(8).

Prosedur pemasangan peranti letronik itu dihuraikan dalam seksyen 7. Mahkamah dikehendaki menjelaskan kepada individu berkenaan terma dan syarat pemakaian peranti itu. Andainya orang itu gagal atau ingkar mematuhi terma dan syarat yang dikenakan, dia melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun - seksyen 7(6).

Andainya individu berkenaan merosakkan atau menjahanamkan alat letronik berkenaan, itu juga adalah satu kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun, selain terpaksa membayar ganti rugi kerana kerosakan atau kemusnahan alat berkenaan - seksyen 7(7).

Di akhir tempoh pemasangan alat itu, orang itu hendaklah menghadirkan dirinya di balai polis yang terdekat supaya alat itu boleh dilucutkan daripadanya - seksyen 7(8).

Semua kes kesalahan keselamatan hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi - seksyen 12. Apabila seorang itu dituduh melakukan kesalahan keselamatan, dia tidak boleh dilepaskan dengan jamin (bail), kecuali dalam kes-kes tertentu andainya dia berusia kurang daripada 18 tahun, seorang wanita atau seorang yang uzur - seksyen 13. Dalam keadaan sedemikian, alat letronik akan dipasang padanya sekiranya ada permohonan daripada Pendakwa Raya.

Setakat yang diketahui pada masa ini, prosedur di atas belum lagi dilaksanakan pada mana-mana orang tertuduh. Keberkesanan SOSMA juga belum diuji sepenuhnya pada masa ini.

Sama-sama kita tunggu dan lihat sama ada protes jalanan yang disebut-sebutkan oleh elemen anarkis itu akan berlaku. Andainya apa yang kita khuatiri ini benar berlaku, kita tunggulah pula apa tindakan yang akan dijalankan oleh pihak polis.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang baru telah pun menyatakan beliau serahkan semua tindakan membanteras elemen anarkis ini kepada kebijaksanaan PDRM.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Rumah terbiar jadi 'port' dadah

Posted: 02 Jun 2013 11:23 AM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusan.com.my

Omar Awang menunjukan kesan terbakar yang dipercayai akibat perbuatan penagih dadah yang menjadikan rumah ini sebagai tempat melepaskan ketagihan.

AMPANG JAYA 2 Jun - Sebuah rumah yang terbiar dan dipenuhi semak-samun di Taman Permai Jaya dekat sini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kawasan itu kerana menjadi tempat penagih dadah melepaskan gian.

Rumah teres dua tingkat yang bagaikan terletak di dalam hutan rimba itu dipercayai ditinggalkan pemiliknya lebih 10 tahun lalu dan turut menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, terdapat kesan terbakar di tingkat atas rumah tersebut yang didakwa penduduk akibat perbuatan 'mat gian'.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Permai Jaya Fasa 2, Basri Yahaya berkata, penagih dadah kebiasaannya mengunjungi rumah tersebut bermula pada waktu petang sehingga lewat malam.

"Kami tidak dapat mengenal pasti pemilik rumah tersebut yang sudah lama membiarkan rumah terbabit sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk," katanya di sini hari ini.

Tambah Basri, faktor keselamatan menjadi keutamaan kepada mereka kerana bimbang sesuatu yang buruk akan menimpa penduduk rumah berdekatan.

"Malah, kecurian turut berlaku sejak akhir-akhir ini dan terbaharu saya menjadi mangsa apabila tong gas yang memang diletak di luar rumah hilang ketika saya pulang ke kampung minggu lalu," ujarnya.

Penduduk, Datuk Omar Awang berkata, mereka pernah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebelum ini dan pihak berkuasa tempatan itu hanya datang untuk menebas semak-samun.

"Tindakan itupun sudah lama dilakukan dan kami pasti MPAJ memiliki rekod pemilik rumah ini dan mungkin boleh mengambil tindakan selanjutnya demi keselesaan penduduk.

"Penduduk yang membayar cukai pintu berhak mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripada MPAJ termasuk faktor keselamatan kawasan kejiranan," katanya.

Seorang lagi penduduk, S. Mariamuthu, 49, berkata, dia pernah mengejar dua lelaki yang melarikan pintu pagar rumahnya yang sedang diubah suai.

Akibat kejadian itu, Mariamuthu yang merupakan jiran paling hampir dengan rumah terbiar itu risau akan menjadi mangsa kecurian yang lebih besar selepas ini.

"Kalau boleh MPAJ lakukan sesuatu kerana saya bimbang, apatah lagi apabila jika terpaksa meninggalkan isteri dan tiga orang anak di rumah," katanya.

Kencing tikus: MBSA hentikan operasi peniaga pengotor

Posted: 02 Jun 2013 11:23 AM PDT

SHAH ALAM 2 Jun - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak akan teragak-agak menutup mana-mana restoran dan gerai makanan MBSA yang mengendalikan makanan dalam suasana persekitaran yang kotor.

Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd.Jaafar Mohd.Atan, pihaknya bertindak sedemikian bagi menghalang penularan penyakit seperti penyakit kencing tikus atau leptospirosis di kawasan pentadbiran MBSA.

"Baru-baru ini, kami mendapat laporan kes leptospirosis di negeri ini daripada Jabatan Kesihatan dan kami tidak mahu penyakit sedemikian yang jarang berlaku di Shah Alam menjadi satu wabak.

"Oleh sebab itu, dalam Kempen Zon Bersih Mega MBSA hari ini, saya telah menasihatkan operator-operator makanan di Seksyen 2, Seksyen 3 dan Seksyen 4 untuk beroperasi dalam keadaan bersih, agar tikus tidak membiak dan berkeliaran di dalam longkang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Program Zon Bersih Mega 2013 di Dewan MBSA Seksyen 4, di sini hari ini.

Mohd. Jaafar berkata, beliau turut memberi sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) kepada Jabatan Perkhidmatan Bandar (JPB) untuk menutup dua restoran mahu pun gerai makan setiap minggu jika peniaga-peniaga tersebut masih bersikap pengotor.

"Tiada alasan untuk pengusaha makanan tidak mahu beroperasi secara bersih, kerana di negara berpenduduk padat seperti Indonesia, restorannya bersih, bilik airnya amat bersih dan ada ruang untuk menunaikan solat pula.

"Malah di negara Vietnam yang baru beberapa tahun membangun pengendali makanannya mengamalkan nilai-nilai kebersihan dalam penyediaan makanan hingga kita tidak risau untuk makan di restoran di negara terbabit," jelasnya.

Mengulas mengenai program tersebut, Mohd. Jaafar berkata, sambutan amat menggalakkan daripada penduduk di ketiga-tiga seksyen dan program sama akan diadakan pada 7 Julai depan di kawasan sama dengan kehadiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penduduk Shah Alam merungut MBSA naikkan caj letak kereta

Posted: 02 Jun 2013 11:23 AM PDT

SHAH ALAM 2 Jun - Kenaikan kadar caj letak kereta di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) daripada 40 sen sejam kepada 60 sen sejam mengundang kritikan masyarakat bandar raya ini.

Ini kerana kebanyakan mereka merasakan kenaikan caj letak kereta itu sebagaimana yang diumumkan oleh Datuk Bandar, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan minggu lalu, membebankan rakyat.

Seorang pekerja swasta di Seksyen 9 di sini, Jamaluddin Hussain, 38, berkata, sebaiknya kerajaan negeri amnya dan MBSA khususnya meneliti cadangan tersebut kerana kenaikan tersebut membebankan pengguna sepertinya yang bekerja dari 8 pagi hingga 6 petang.

"Walaupun caj letak kereta naik hanya 20 sen, tetap membebankan. MBSA sepatutnya memperbaiki infrastruktur di kawasan ini sebelum membuat keputusan menaikkan caj tersebut.

"Jalan-jalan di sini perlu diperbaiki atau dinaik taraf, kerana turapan jalan yang dibuat oleh kontraktor MBSA sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dibuat secara sambil lewa dan menyebabkan bahu jalan menjadi tinggi," katanya.

Kata-kata Jamaluddin senada dengan seorang peniaga dari Setia Alam, Saiful Ahmad, 28, yang menganggap kenaikan caj tersebut dibuat tergesa-gesa tanpa mengambil kira pandangan rakyat.

Katanya, kerajaan negeri perlu mengutamakan kebajikan rakyat dan tidak menjadikan caj letak kereta sebagai sumber pendapatan utama pihak MBSA.

"Bukan semua tempat di bandar raya ini mempunyai masalah letak kereta hingga perlu dikenakan caj yang tinggi bagi mengurangkan masa penggunaannya.

"Shah Alam bukan seperti Subang Jaya mahupun Ampang, yang mana apabila kita dapat letak kereta seperti mendapat harta karun.

"Di Seksyen 7 ini pun petak letak kereta banyak, 40 sen sejam sudah memadai," tegasnya.

Seorang guru dari Seksyen 18, Khairunisa Md.Yunos, 26, berpandangan, walaupun kadar 60 sen dianggap berpatutan namun rakyat berhak dimaklumkan sebab-sebab khusus kenaikan tersebut terpaksa dilakukan.

"Kenapa caj letak kereta 60 sen ingin dilaksanakan secara mendadak selepas PRU-13, MBSA perlu telus dalam memberi justifikasi kepada kenaikan tersebut.

"Jika MBSA tetap mahu menaikkan caj tersebut, bandar raya ini perlu mempunyai jalan yang berkualiti dan perlu disenggara lebih kerap. Apa guna petak letak kereta cantik tetapi jalan raya ke petak tersebut berlubang di sana sini," ujarnya.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari mengucapkan 'tahniah' kepada kerajaan negeri kerana mereka berjaya membuktikan betapa 'berkebajikannya' mereka.

"Semasa berkempen dalam PRU-13, mereka mahu menghapuskan tol dan memberi pendidikan tinggi percuma, tetapi apabila diberi kuasa kembali terus menaikkan caj letak kereta daripada 40 sen kepada 60 sen. Memang cakap tidak serupa bikin," katanya ketika dihubungi.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved