Rabu, 20 November 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Nasib Rajagobal Ahad ini

Posted: 20 Nov 2013 10:27 AM PST

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Hamidin Mohd. Amin

KUALA LUMPUR - Tanda tanya mengenai kedudukan Datuk K. Rajagobal sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya selepas kekalahan 0-1 pasukannya kepada Qatar kelmarin, kemungkinan besar bakal terlerai pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ahad ini.

Sekalipun tampak kecenderungan khidmatnya tidak dilanjutkan selepas 31 Disember ini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menganggap, terlalu awal untuk membuat kesimpulan sebelum mesyuarat itu.

Biarlah Tuanku Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) yang akan mempengerusikan mesyuarat Exco itu, memutuskan sama ada hendak melanjutkan khidmatnya atau sebaliknya.

Namun pada dasarnya, kontrak Datuk Rajagobal dengan FAM memang berakhir 31 Disember, malah satu klausa untuk beliau merundingkan semula khidmatnya sebulan sebelum tarikh itu, masih terpakai," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Hamidin turut menolak untuk mengulas walaupun hanya mengenai kekalahan perlawanan Kumpulan D di Stadium Shah Alam itu yang semakin memalapkan peluang Malaysia untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia, buat kali pertama sejak 1980.

Namun, beliau mengakui peluang Safiq Rahim dan rakan-rakan ke Australia begitu tipis dengan baki satu perlawanan yang wajib dimenangi di Yemen pada 5 Mac 2014 sambil berharapkan keputusan empat pasukan tempat ketiga Kumpulan A, B, C dan E, lebih rendah daripada mereka.

Ada baki satu perlawanan tahun depan, namun apa-apa kemungkinan pun (berhubung kedudukan ketua jurulatih negara) masih perlu diperhalusi dalam mesyuarat Exco," katanya.

Jelasnya, kedudukan Rajagobal dan KPI (Indeks Utama Prestasi) pasukannya iaitu layak ke Piala Asia telah dibincangkan sejak awal tahun ini lagi oleh Jawatankuasa Teknikal FAM yang dipengerusikan Timbalan Presiden persatuan, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Justeru Hamidin menolak sebarang keperluan untuk menyaring kedudukan jurulatih itu secara berperingkat-peringkat menerusi jawatankuasa itu mahupun Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM sebelum diketengahkan kepada Exco.

Ada kemajuan tapi tak cukup

Posted: 20 Nov 2013 10:27 AM PST

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong (gambar) mengakui masih ada kemajuan daripada segi persembahan skuad Harimau Malaya kelmarin, namun sesebuah perlawanan bola sepak tidak boleh dimenangi selagi tanpa jaringan gol.

Katanya, sehebat atau segah mana pun barisan bimbingan Datuk K. Rajagobal menguasai perlawanan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 dengan Qatar itu, hakikatnya mereka telah gagal mencapai misi meraih tiga mata berharga di gelanggang sendiri, Stadium Shah Alam.

''Dalam bola sepak, jika anda tidak menjaringkan gol, maka pasukan itu tidak akan menang.

"Saya rasa ramai yang sudah menonton perlawanan itu dan telah maklum. Kalau boleh saya pun tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi kerana MSN masih mahu bekerjasama dengan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dalam pembangunan sukan itu.

"Walaupun ada banyak perubahan (prestasi skuad negara) dan beberapa kali mereka mencemaskan pintu gol Qatar, kesemuanya masih tidak menjamin kemenangan.

"Kadangkala anda juga perlukan tuah walaupun kita tidak boleh terlalu bergantung kepadanya," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Menurut Zolkples, tuah terbukti memainkan peranan ketika skuad bawah 23 tahun juga bimbingan Rajagobal dan memiliki beberapa tonggak Harimau Malaya sekarang, mengakhiri kemarau pingat emas Sukan SEA selama 20 tahun di Laos 2009.

"Anda tentu ingat bagaimana kita dikalahkan Vietnam (3-1) malah kita diserang Thailand bertubi-tubi sebelum masih menang emas Sukan SEA dengan gol sendiri Vietnam (1-0)," katanya tanpa menjelaskan keinginannya untuk melihat sama ada tuah mampu kembali mengiringi Harimau Malaya ke pusingan akhir Piala Asia di Australia 2015.

Tuah juga dikatakan banyak mempengaruhi Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertamanya biarpun ramai pemerhati tanah air mulai meragui kemampuan skuad Rajagobal sebaik sahaja dibelasah Indonesia 5-1 pada peringkat Kumpulan A.

Jika masih ingin ke Australia, Harimau Malaya perlu memenangi perlawanan terakhir dengan Yemen di tempat lawan, 5 Mac tahun depan sambil berharapkan tuah daripada pencapaian empat pasukan tempat ketiga A, B, C dan E agar lebih rendah daripadanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Ketua kumpulan Tuhan Harun direman 7 hari

Posted: 20 Nov 2013 09:09 PM PST

KUANTAN 21 Nov. - Polis mendapatkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap Ketua kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saat, 47, bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik yang ditembak mati pada 10 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, turut direman iaitu isteri ketiga Harun, Azida Mohd. Zol, 30, dan pemandunya, Nor Hairi Harun, 41.- UTUSAN

Tuhan Harun akhirnya diberkas

Posted: 20 Nov 2013 10:27 AM PST

Oleh NORAZRIN MARZUKI
pengarang@utusan.com.my

Harun Mat Saat

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Selepas 10 hari diburu, polis akhirnya memberkas ketua Tuhan Harun iaitu Harun Mat Saat dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor, hari ini.

Lelaki berusia 47 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 3.30 petang oleh sepasukan polis yang memburunya bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmaf Rafli Abdul Malik pada 10 November lalu.

Menurut sumber, turut diberkas dalam serbuan itu ialah seorang pengikut Tuhan Harun iaitu Nor Hairi Harun, 41, dan isteri ketiga Harun iaitu Azida Mohd. Zol, 30.

Katanya, Nor Hairi ditahan di Jalan Hospital Tangkak pada pukul 3.20 petang oleh sepasukan polis.

"Susulan tangkapan itu polis menyerbu sebuah rumah di Taman Bandar Baru Tangkak dan menahan Harun bersama isteri ketiganya, Azida.

"Tuhan Harun diberkas sepasukan polis yang berjaya menjejakinya selepas waran tangkap dikeluarkan ke atasnya setelah gagal menghadirkan diri ke mahkamah atas tuduhan mengamalkan ajaran sesat dan menghina Islam dengan mengaku sebagai tuhan.

"Selain itu, dia juga telah diminta menyerah diri bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ahmad Rafli baru-baru ini," kata sumber itu ketika dihubungi hari ini.

Ketiga-tiga suspek yang ditahan hari ini termasuk dalam senarai 27 ahli kumpulan Tuhan Harun yang dikesan oleh polis dan gambar mereka diedarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 15 November lalu.

Sumber itu berkata, suspek juga akan diserahkan kepada pihak polis di Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti sejauh mana penglibatan suspek dalam kes pembunuhan tersebut.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang 10 November lalu, Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak seorang daripada tiga lelaki berjubah hitam dan berkopiah di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan.

Mangsa mati selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh suspek dari jarak dekat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Amalan masak bubur asyura

Posted: 20 Nov 2013 10:27 AM PST

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

Kumpulan De'Safa johan memasak bubur asyura mempamerkan kreativiti hiasan dan pakaian sempena pertandingan tersebut di Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini.

KUALA LIPIS 20 Nov. - Bersempena dengan kemuliaan bulan Muharam, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Relong menerusi kerjasama pihak pengurusan masjid serta Rukun Tetangga mengadakan Karnival Bubur Asyura baru-baru ini.

Meneruskan tradisi itu, pertandingan memasak bubur tersebut berjaya menarik penglibatan 160 peserta dan dibahagikan kepada 16 kumpulan terdiri daripada ahli UMNO cawangan, perkumpulan wanita, pertubuhan belia, maahad tahfiz, Sekolah Kebangsaan (SK) Relong, koperasi dan penduduk kampung berdekatan.

Usaha itu juga menjadi tumpuan 1,500 penduduk dan pengunjung luar untuk menyaksikan pertandingan berkenaan yang bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir 12.30 tengah hari.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad yang bersama-sama memasak bubur asyura serta menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang.

Suasana itu bagaikan satu pesta dan dimeriahkan dengan nilai-nilai pemuafakatan.

Hakikatnya memasak bubur tersebut menuntut semangat gotong-royong kerana tidak cukup tenaga seorang individu untuk melakukannya.

Karnival itu memaparkan suasana kemeriahan dan keriangan penduduk kembali berkumpul dengan menyediakan ramuan, bergilir-gilir mengacau bubur sebelum bersama-sama menjamu selera selain turut dibawa pulang sebagai juadah istimewa masing-masing.

Ketua Kampung Desa Cemerlang Relong, Ishak Mohamad berkata, JKKK, masjid dan Rukun Tetangga terpanggil mengadakan program itu bagi mengeratkan hubungan sesama penduduk.

"Mesej kita iaitu memupuk semangat dan kerjasama antara pasukan yang bertanding serta meneruskan kesinambungan budaya memasak bubur Asyura secara berkumpulan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, karnival itu memaparkan komitmen peserta dalam menampilkan gaya kreatif menghiasi bubur itu seperti membuat bentuk kek cawan, kek lapis termasuk pakaian dan lain-lain.

Bubur yang sudah siap turut diagih-agihkan kepada 200 rumah sekitar kampung sebagai tanda ukhuwah dan memuliakan bulan Muharam.

Sementara itu, ketua panel hakim, Baharuddin Saaid berkata, setiap peserta bertanding mempunyai kemahiran tersendiri dalam menyediakan ramuan bubur hingga menyukarkan para hakim menentukan pemenangnya.

"Bagaimanapun kreativiti, disiplin dan kerja berpasukan tetap diambil kira untuk menjarakkan keputusan, sekali gus memilih kumpulan yang terbaik bagi pertandingan ini," katanya.

Tambahnya, pertandingan itu juga untuk mendidik para belia mempelajari cara memasak bubur asyura bagi mengambil alih daripada golongan berusia selain merapatkan hubungan sesama sanak saudara dari jauh dan dekat.

Dalam pertandingan itu, pasukan De'Safa muncul pemenang dan membawa pulang wang tunai RM100 manakala pasukan Maahad Tahfiz Relong kedua (RM80) dan Cucu Saaid, ketiga (RM70).

Dijadikan antara produk pelancongan di Lipis

Posted: 20 Nov 2013 10:27 AM PST

KUALA LIPIS 20 Nov. - Kalangan pemimpin setempat menyambut baik penganjuran program Karnival Bubur Asyura di Kampung Relong di sini dan berharap menjadi salah satu aktiviti pelancongan di daerah ini.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, karnival itu boleh diperluaskan menerusi penyertaan agensi kerajaan dan Jawatankuasa Biro Agama dan Kebajikan UMNO Bahagian Lipis serta pentadbir mukim.

"Saya yakin penyertaan lebih ramai tentu lebih meriah dan memaparkan penyatuan umat Islam menerusi kegiatan di bulan Muharam setiap tahun," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis turut mencadangkan supaya karnival itu boleh dianjurkan dengan lebih meriah seperti diadakan di dataran bandar Kuala Lipis dengan membabitkan penyertaan agensi-agensi kerajaan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang boleh menjadi platform tarikan pelancong.

Pemangku Penghulu Mukim Telang, Abdullah Zawawi Kamaludin berkata, karnival berkenaan juga memupuk amalan penduduk saling bekerjasama dan semangat kerja berpasukan.

"Program ini menyemai semangat bergotong-royong dan menghayati budaya masyarakat Melayu dalam memasak bubur asyura sempena Maal Hijrah setiap tahun.

"Majlis ini juga menjadi pendedahan kepada anak-anak muda menyediakan masakan tersebut dengan dipantau golongan berusia selain mewujudkan suasana gembira menerusi pertandingan diadakan," katanya.

Bagi seorang warga emas, Jamiah Abdul Aziz, 59, beliau teruja melihat kesungguhan semua peserta yang memasak bubur itu kerana selama ini hanya dilakukan secara kecil-kecilan di masjid.

"Sebagai peserta, saya mementingkan ramuan memasak Asyura kerana diwarisi sejak sekian lama oleh orang tua mengikut tradisi masyarakat Melayu di sini," katanya.

Seorang belia Kampung Relong, Azmi Rais Akil, 30, pula menyifatkan pertandingan itu amat bertepatan untuk memupuk persaudaraan sekampung menerusi acara membabitkan ramai penyertaan dan pengunjung luar.

Paip perlukan RM4 bilion

Posted: 20 Nov 2013 10:27 AM PST

KUANTAN 20 Nov. - Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) memerlukan peruntukan sebanyak RM4 bilion bagi tempoh 30 tahun untuk menyelesaikan segala masalah berkaitan bekalan air bersih di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abd. Razak berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM557.85 juta diperlukan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) iaitu sehingga 2015, manakala sehingga 2020 pula memerlukan sebanyak RM1.3 bilion dan RM2.1 bilion bagi tempoh 10 tahun berikutnya.

"Peruntukan tersebut melibatkan program antaranya meningkatkan 'reserve capacity', pembaikan sistem agihan, penggantian paip, penggantian paip komunikasi, mengadakan 'bundle storage', penggantian dan pembinaan tangki," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-13 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff (BN-Bebar) yang mahu kerajaan negeri menjelaskan jumlah peruntukan yang masih diperlukan Paip untuk mengatasi segala masalah berkaitan bekalan air bersih di Pahang.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Mohammad Fakhruddin mengenai tindakan kerajaan negeri dalam mengatasi masalah kualiti air yang dibekalkan penduduk di Nenasi, Pekan, Mohd. Soffi berkata, Paip telah mengambil tindakan jangka pendek bagi perkara itu.

Tambahnya, agensi itu telah melakukan pemulihan sistem rawatan air bagi menghilangkan masalah bau melalui sistem pengudaraan di Loji Air Nenasi.

"Bagaimanapun, masalah rasa dan mineral masih berlaku kerana air bawah tanah berada di paras yang rendah.

"Untuk jangka panjang, semua bekalan air di Nenasi akan diperoleh daripada sistem Loji Air Sepayang bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM48 juta," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Melambung bayi majikan: Mahkamah ketepi hukuman wanita Indonesia

Posted: 20 Nov 2013 10:27 AM PST

Yuliana

KUANTAN 20 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan hukuman penjara 15 tahun terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mengaku bersalah melambung dan menghempas bayi majikannya pada awal tahun ini.

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya memutuskan demikian setelah mendapati wanita itu yang hanya dikenali sebagai Yuliana, 24, tidak memahami sepenuhnya pertuduhan yang dibacakan terhadapnya semasa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Februari lalu.

Sehubungan itu, beliau memerintahkan kes terhadap wanita itu dihadapkan semula ke Mahkamah Sesyen tetapi di hadapan hakim yang lain.

Dalam penghakimannya, Hakim Mariana memberikan lima alasan terhadap keputusannya itu dengan yang pertama, hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf daripada segi undang-undang apabila gagal menimbangkan sama ada perayu faham pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Alasan kedua, katanya, perayu tidak diwakili peguam ketika prosiding mahkamah berjalan sedangkan dia perlu dijelaskan akan maksud undang-undang terhadap kesalahan-kesalahan yang dibacakan kepadanya.

''Ketiga, gagal mengambil kira rayuan yang dikemukakan oleh perayu dan permohonan tidak dinyatakan dalam penghakiman sebelum ini.

''Keempat, menjatuhkan hukuman yang terlalu berat iaitu penjara 15 tahun untuk pertuduhan pertama dan penjara lima tahun bagi pertuduhan kedua (kedua-dua hukuman berjalan serentak).

''Alasan kelima, hakim gagal menyatakan niat perbuatan perayu dalam fakta kes ini,'' kata beliau.

Sementara itu, peguam T. Vijayandran yang dilantik oleh Kedutaan Indonesia mewakili Yuliana berkata, anak guamnya itu telah dibenarkan bebas dengan bon jaminan Kedutaan Indonesia tanpa sebarang amaun.

Kata Vijayandran lagi, pembantu rumah tersebut akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 6 Januari tahun depan.

Dalam pada itu, wakil Kedutaan Indonesia yang turut hadir, Dino Nur Wahuddin berkata, wanita itu akan ditempatkan di tempat perlindungan khas di kedutaan tersebut di ibu negara sehingga tarikh prosiding akan datang.

Pada 12 Mac lalu, Hakim Mariana memerintahkan Yuliana dihantar ke Hospital Permai, Johor menjalani pemeriksaan psikiatri selama tiga bulan bagi menentukan tahap kewarasannya setelah pembantu rumah tersebut memohon menggantung pelaksanaan hukuman yang dihadapinya.

Permohonan tersebut dikemukakannya pada 8 Mac lalu melalui Vijayandran.

Yuliana dari Acheh, Indonesia dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera Mohamed Hareez Mohamed Zamri dengan melambung dan menghempas bayi berusia empat bulan itu sebanyak sembilan kali.

Perbuatan yang boleh mendatangkan kematian itu dilakukan di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini pada 15 Februari lalu.

Jurujual telefon bimbit didenda RM15,000 hina Sultan Perak

Posted: 20 Nov 2013 10:27 AM PST

KOTA KINABALU 20 Nov. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM15,000 atau penjara lapan bulan terhadap seorang jurujual telefon bimbit selepas didapati bersalah menghina Sultan Perak pada 2009.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ummu Kalthom Abdul Samad memutuskan Rutinin Suhaimin (gambar), 40, bersalah melakukan perbuatan itu di Blok A, Lot 4, Kedai Sedco, Kundasang, Ranau, pukul 6.33 petang, 13 Februari 2009.

Rutinin dituduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik itu di laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak http://www.sultanperak.gov.my.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(9) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh membawa hukuman didenda sehingga RM50,000 atau dihukum penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Peguam Kanan Persekutuan Jamil Aripin.

Rutinin yang diwakili peguam Muammar Julkarnain membayar denda itu. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Angin puting beliung Helen kini bergerak ke India

Posted: 20 Nov 2013 09:36 AM PST

NEW DELHI 21 Nov. - Taufan kuat kini sedang bergerak ke negeri tenggara India, Andhra Pradesh hari ini, selepas sebulan berlakunya ribut pemusnah yang telah mengakibatkan kira-kira satu juta penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) menasihati kerajaan negeri supaya memindahkan penduduk bagi mengelakkan mereka daripada dibadai angin puting beliung Helen, selepas ramalan menyatakan bahawa ia akan bergerak ke beberapa daerah di Andhra Pradesh esok.

"Angin puting beliung itu akan mengakibatkan berlakunya hujan lebat di selatan Andhra Pradesh pada 21 November, kata agensi tersebut. - AFP

33 terkorban serangan pengebom berani mati di Baghdad

Posted: 20 Nov 2013 09:35 AM PST

BAGHDAD 21 Nov. - Serangan pengebom berani mati menggunakan kereta di beberapa buah kawasan perumahan penganut Syiah di sini hari ini, telah mengakibatkan 33 orang terkorban.

Kejadian itu juga turut mencederakan 70 yang lain, sebulan sebelum berlangsungnya pilihan raya umum negara tersebut.

Sekurang-kurangnya lapan letupan melibatkan tujuh buah kereta berlaku di kawasan perumahan yang terletak di tengah Baghdad kira-kira pukul 7.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia). - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Konsert Destini kumpul dana bantu pelajar kurang mampu

Posted: 20 Nov 2013 02:42 AM PST

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

SHAH ALAM 20 Nov. - Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAP) dengan kerjasama Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan konsert amal pada 20 dan 21 Disember depan.

Konsert Destini yang julung kali diadakan ini bakal berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM, Shah Alam.

Objektif utama konsert ini adalah mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa, untuk membantu pelajar kurang berkemampuan dari luar bandar untuk melanjutkan pengajian.

Antara barisan artis yang akan menjayakan konsert tersebut adalah Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Datuk Rossa dan Pasha Ungu.

Tiket sudah mula dijual dengan harga bermula RM30 sehingga RM1,000. - UTUSAN ONLINE

Gentar status artis

Posted: 19 Nov 2013 10:13 PM PST

Sissy berguru dengan Syafinaz Selamat semasa di Koir Kebangsaan Malaysia

Kali pertama mendengar suara Sissy Imann, 18, vokalnya seakan sama dengan penyanyi yang kini sudah bergelar artis antarabangsa, Yuna.

Namun, membuka laman YouTube gadis periang ini dan mendengar satu persatu lagu yang hasil ciptaannya, nyata Sissy mempunyai lontaran vokal tersendiri.

Nampaknya, laluan menjadi artis terutamanya penyanyi semakin mudah. Sama ada mengikuti laluan program realiti televisyen atau laluan laman YouTube.

Bagi Sissy, dia pada mulanya tidak berniat langsung untuk menonjolkan bakatnya di YouTube, sebaliknya hanya sekadar mahu berkongsi karya-karya lagu diciptanya.

"Masa saya umur 16 tahun, saya buat akaun di YouTube untuk mengucapkan tahniah kerana baharu sahaja memenangi salah satu anugerah ketika itu.

"Kebetulan dalam video itu saya ada menyanyikan sedikit petikan lagu Yuna iaitu Terukir Di Bintang dan kemudian ramai yang mula meminta saya menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain," katanya yang begitu meninati Yuna.

Sissy yang boleh bermain alat muzik antaranya gitar, biola, bes dan piano juga pernah mendapat tunjuk ajar daripada penyanyi bersuara soprano, Syafinaz Selamat.

"Ketika berumur 16 tahun, saya telah dipilih untuk manjadi salah seorang anggota Koir Kebangsaan di bawah pimpinan Syafinaz.

"Antara majlis yang paling besar saya pernah sertai adalah Konsert Agung yang turut melibatkan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah," katanya.

Mengulas mengenai lagu Mungkin Kamu yang diciptanya sendiri, itu turut mendapat sentuhan penggubah muzik, Ag Coco, Sissy berkata, idea untuk lagu itu sebenarnya datang secara mengejut pada satu malam dan dia terus menulis lirik dan mencipta melodinya.

"Setelah siap, saya perdengarkan kepada keluarga dan beri kepada Ag Coco untuk dengar dan dia beritahu ada yang tidak cukup dengan lagu yang saya cipta.

"Bermula daripada situ saya mula bekerjasama dengan Ag Coco untuk lagu itu sehinggalah siap dan kini sudah boleh didengar di YouTube," katanya.

Tambah Sissy, dia begitu teruja dengan kelahiran lagu sulungnya apatah lagi ia mendapat sentuhan Ag Coco.

"Saya kenal Ag Coco ketika menyertai bengkel muzik anjuran Yuna. Dia banyak memberi nasihat cara bagaimana untuk menulis lagi dan ia sangat membantu saya," jelasnya.

Minat muzik

Walaupun minat muzik Sissy sangat tinggi, tetapi ia tidak sedikit pun mengganggu tumpuan dalam bidang akademik.

Masakan tidak, dia telah ditawar untuk menyambung pelajaran di peringkat Matrikulasi. Malah, dia juga menerima tawaran untuk menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Disebabkan minatnya yang begitu mendalam dalam bidang muzik, dia menolak kedua-dua tawaran tersebut sebelum menyambung pelajarannya kini di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas dalam jurusan Pendidikan Muzik.

"Saya sebenarnya sudah menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang di UiTM selama dua minggu.

"Semasa berada di UiTM saya menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di IPG dalam bidang yang saya minat.

"Minat saya sebenarnya sangat mendalam bidang muzik yang menyebabkan saya terpaksa menolak kedua-dua tawaran tersebut.

"Lagipun, ketika ini saya mahu lakukan apa yang saya minat dan bukannya apa yang saya hendak lakukan," katanya yang berbincang selama seminggu bersama keluarganya tentang niat untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati.

Ketika ditanya adakah dia yakin dengan keputusannya untuk lebih fokus dalam bidang muzik, jelasnya, keputusan itu sudah difikirkan masak-masak.

"Bagi saya, bila kita melakukan apa yang kita minat, kita pastinya akan melakukan yang sehabis baik untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan hati.

"Sebab itu saya yakin dengan keputusan saya untuk menyambung pelajaran dalam lingkungan muzik juga," jelasnya.

Tambahnya lagi, dia mencipta lagu adalah untuk berkongsi dengan peminat muzik mengenai ekspresinya dalam bentuk karya muzik.

"Saya sambung pelajaran juga adalah supaya nanti selepas saya habis belajar, saya dapat kongsikan sesuatu dalam bidang muzik kepada orang lain," ujarnya.

Hendak menjadi seorang artis mesti sedia membiarkan kehidupan peribadi diintai terutamanya oleh peminat.

Bagi Sissy, tipulah kalau dia mengatakan tidak takut dengan risiko yang bakal di hadapi, tetapi dia akan memastikan dirinya tidak terlibat dengan kontroversi.

"Saya bersedia untuk berkongsi mengenai kehidupan saya tetapi risau juga jika apa yang saya lakukan dianggap keterlaluan oleh pihak lain.

"Apa yang penting bagi saya adalah untuk sentiasa menjaga diri dan tidak melakukan sesuatu yang memalukan diri dan keluarga.

"Tambahan, buat masa ini, saya bertuah kerana mempunyai sebuah keluarga dengan hubungan yang sangat rapat antara kami," jelasnya.

Tambahnya, buat masa ini, keluarganya akan menjadi penasihat untuk setiap apa yang ingin dilakukannya.

Dengan statusnya yang masih bergelar pelajar, jelas Sissy, dia mengakui perlu bijak dan berdisiplin dalam mengatur masa untuk kedua-duanya.

"Saya cuba untuk memberikan yang terbaik dalam kedua-dua bidang kerana muzik adalah minat saya, tetapi pelajaran juga penting untuk kehidupan saya.

"Apa yang saya buat ialah memberi fokus sepenuhnya ketika saya belajar mahupun ketika saya sedang menghasilkan karya saya," jelasnya.

Menjadi penaung untuk band The Mailbox yang pernah dianggotainya ketika di sekolah menengah

Pernah melakukan konsert amal bagi mengumpul dana untuk diserahkan kepada sekolah tahfiz

Suka menjerit ketika berumur lima tahun sehingga terpaksa dikawal oleh guru vokal

Seorang yang sangat geli dengan cicak

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Melahirkan pereka muda

Posted: 19 Nov 2013 10:13 PM PST

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar Nasirruddin Yazid

Bidang rekaan fesyen menjadi pilihan mereka yang gemar kepada aktiviti kreatif.

KEMUNCULAN ramai pereka muda tanah air hari ini membuktikan bahawa aliran dunia fesyen bergerak begitu pantas.

Senario positif ini merupakan satu petanda bahawa bidang fesyen bukan lagi dipandang sebelah mata malah rekaan-rekaan fesyen tempatan semakin mendapat tempat baik di dalam mahupun luar negara.

Maka tidak hairanlah sekiranya hari ini banyak institut pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun swasta menawarkan pengajian dalam bidang tersebut khususnya untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kenyataan ini turut diakui oleh Pensyarah Kanan Kursus Reka Fesyen Kolej Saito, Sharifah Mazwari Syed Bakar.

Beliau berpendapat, bidang fesyen tempatan dilihat semakin berkembang sejak tahun 2000 berikutan minat yang semakin subur terhadap dunia fesyen tempatan.

"Sejajar dengan situasi ini, cara berpakaian juga akan berubah mengikut trend semasa malah tidak dinafikan semua orang ingin kelihatan cantik apabila berpakaian.

"Sebab itulah dunia fesyen di Malaysia semakin berkembang, malah sejak tahun 2000 ia dilihat bergerak semakin pantas untuk selari dengan fesyen antarabangsa. Kemunculan Internet menjadikan segala-galanya kini tidak mustahil.

"Apa yang pasti, hari ini sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang fesyen tidak perlu khuatir akan masa depan, malah dunia fesyen dilihat akan terus berkembang kerana permintaan terhadap pakaian dan aksesori seperti kasut, beg, barangan kemas, dan sebagainya sentiasa ada," ujarnya ketika ditemui di Kolej Saito, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Sharifah Mazwari lagi, hari ini berfesyen tidak hanya terhadap kepada satu-satu golongan sahaja malah meliputi semua peringkat usia kerana masing-masing tidak kira lelaki mahupun wanita sentiasa ingin kelihatan cantik.

Baginya, sesiapa sahaja yang mengambil kursus dalam bidang fesyen, sebenarnya seorang yang kreatif tidak kira sama ada dalam berpakaian ataupun rekaan.

Bercerita mengenai kursus dalam bidang fesyen, Sharifah Mazwari memberitahu, di Kolej Saito, mereka menawarkan kursus Diploma Rekaan Fesyen kepada mana-mana individu yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut.

Melalui pengajian selama dua setengah tahun, para pelajar perlu menempuh lapan semester sebelum layak menerima diploma.

Katanya, pelajar yang diterima masuk tidak semestinya hanya mereka yang berkemahiran dalam bidang jahitan mahupun lukisan.

Individu yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang rekaan fesyen turut dialu-alukan kerana mereka akan diajar bagaimana untuk menjahit dan tidak ketinggalan mata pelajaran asas dalam bidang jahitan.

"Ini kerana sepanjang pengajian selama dua setengah tahun kami telah menyusun modul-modul yang berkaitan dan sudah pasti mata pelajaran asas seperti jahitan dan lukisan tidak ketinggalan.

"Jadi di sini tiada istilah mereka yang tidak berkemahiran dalam bidang jahitan dan tidak tahu melukis tidak boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang ini. Apa yang pasti sekiranya bersemangat, berkeyakinan, dan mempunyai kesungguhan untuk belajar mereka akan berjaya," ulasnya lanjut.

Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar, menurut Sharifah Mazwari, bagi para pelajar yang tidak fasih berbahasa Inggeris akan diberikan kelas asas bahasa Inggeris.

Sharifah Mazwari turut berkata, untuk Diploma dalam Rekaan Fesyen ini, pelajar akan diberi tumpuan kepada bahagian rekaan dan potongan pola.

Ini kerana, penting bagi para pelajar mahir dan dapat menguasai mata pelajaran rekaan.

Walaupun kursus tersebut baru sahaja diwujudkan sejak setahun lalu, ia kini sudah mempunyai 30 orang pelajar.

Setiap tahun sesi pengambilan yang diadakan pada Jun/Julai hanya akan mengambil seramai 10 pelajar.

Jumlah sedikit ini bagi memudahkan para pelajar diberi perhatian oleh tenaga pengajar kerana kursus ini melibatkan bidang kemahiran yang begitu tinggi.

"Dalam kursus ini, kami mempunyai empat pensyarah sepenuh masa yang berkemahiran dalam bidang masing-masing seperti teknikal, potongan, teori, dan rekaan.

"Yang penting, setiap kelas para pelajar dapat memberi tumpuan apa yang diajar selain akan diajar secara individu," tuturnya lanjut.

Pada masa yang sama, Sharifah Mazwari turut menegaskan kursus rekaan fesyen yang ditawarkan di kolej tersebut mengamalkan konsep terbuka di mana para pelajar digalakkan untuk lebih banyak berbincang dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Para pelajar turut didedahkan dengan dunia sebenar dalam bidang fesyen agar mereka tahu dan mampu mengendalikan apa jua situasi apabila keluar bekerja kelak.

Kepercayaan dikhianati

Posted: 19 Nov 2013 10:13 PM PST

"PERIBAHASA 'musuh dalam selimut', memang tepat bagi menggambarkan apa yang terjadi pada saya. Tidak perlu mencari makna tersirat, ayat tersebut sahaja sudah cukup membuatkan saya sendiri gerun memikirkan apa yang telah berlaku.

"Bayangkan selama lebih 10 tahun saya tidur bersama musuh saya sendiri. Pembaca mungkin tidak akan faham apa yang saya lalui tetapi itulah hakikatnya apabila suami saya yang boleh saya anggap di sini sebagai musuh telah menjadi insan yang sekatil dengan saya setiap hari,"getus Jamilah Basar (bukan nama sebenar), 44.

Wanita bertubuh kecil molek itu telah mendirikan rumah tangga dengan seorang kakitangan kerajaan yang mana pertemuan mereka telah diaturkan oleh ahli keluarga masing-masing.

Tanpa melalui fasa bercinta, Jamilah dan Johan (juga bukan nama sebenar), 47, telah bersetuju untuk menjadi pasangan suami isteri. Takdir menentukan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata walau telah puas berusaha.

"Perubatan moden, alternatif dan apa saja yang disarankan ahli keluarga serta kenalan, kami tidak berputus asa mencubanya. Selama lebih tiga tahun usaha dibuat, akhirnya kami berdua mengambil keputusan reda dengan ketentuan-Nya.

"Tapi saya memang dapat rasakan rumah tangga kami tidaklah semesra seperti di awal perkahwinan. Suami semakin kurang menghabiskan masa di rumah. Malah kerap pula mendapat tugasan luar daerah.

"Saya memujuk hati sendiri yang mula mengesyaki perkara negatif, maklumlah perempuan yang tidak boleh mengandungkan zuriat suaminya pasti akan sentiasa dalam keadaan risau dan susah hati,"cerita Jamilah yang merupakan seorang pegawai di sebuah syarikat swasta di ibu kota.

Mengambil kira faktor usia yang semakin meningkat, Jamilah mempunyai perancangan kehidupannnya sendiri.

Dia tidak mahu makan gaji sehingga umurnya cukup untuk bersara. Lalu dengan modal yang dikumpul, Jamilah telah memulakan perniagaan restoran yang bermula sebagai pendapatan sampingan.

"Kebetulan saya mendapat sebuah tempat berniaga di medan selera di sebuah pusat membeli belah yang baharu dibuka di ibu kota.

"Sangka saya dengan kesibukan ini sedikit sebanyak boleh mengalih tumpuan kami suami isteri daripada memikirkan soal zuriat.

"Pada awal perniagaan memang saya masih bekerja. Tetapi setelah masuk bulan kedua saya rasa tidak menang tangan dan saya perlu berhenti serta menambah lagi kakitangan yang sedia ada.

"Saya mengambil keputusan ke negara seberang bersama suami bagi mencari sendiri pembantu perniagaan untuk restoran kami. Kami tidak mahu tersalah pilih jadi temu bual yang kami buat begitu teliti mengambil kira faktor kecekapan, kepandaian berfikir dan membuat keputusan.

"Tidak sampai dua hari di negara seberang, suami telah membawa saya ke sebuah rumah sahabatnya yang mempunyai pengaruh di sana.

"Kami juga telah diperkenalkan dengan beberapa calon yang dikatakan boleh berkhidmat dengan kami dan segala urusan seperti pembuatan pasport, pemeriksaan kesihatan semuanya diuruskan oleh sahabat suami, yang juga mempunyai kelayakan menguruskan pembekalan pembantu rumah.

"Saya bersyukur segala urusan dipermudahkan. Tiga calon yang ditawarkan, semuanya menepati kriteria yang saya cari lalu semuanya kami ambil dan bawa ke Malaysia,"cerita Jamilah.

Oleh kerana kediaman yang dimiliki Jamilah dan Johan memang besar dan mempunyai lima bilik, maka ketiga-tiga pembantu tersebut ditempatkan di bilik masing-masing.

Entah kenapa hati Jamilah begitu senang dengan mereka kerana Jamilah mahu menganggap pembantunya sebagai adik angkat sendiri.

"Cuma yang membuatkan saya musykil, suami langsung tidak berbual dengan ketiga-tiga mereka. Dia tidak pernah mengarahkan sesuatu mahupun berinteraksi. Tetapi di sudut hati saya rasa lega juga kerana manalah tahu suami jatuh hati pada mereka yang lebih muda,"imbas Jamilah.

Pembantu demam

Dijadikan cerita, satu hari salah seorang pembantu Jamilah, tidak begitu sihat untuk melakukan tugasan di restoran dan diberi rehat saja di rumah.

Risau keadaan pembantunya, Jamilah mengambil keputusan pulang awal tetapi sebenarnya hatinya telah mula berdebar dari restoran lagi.

"Setibanya saya di rumah, saya memperlahankan langkah dan terdetik pula hati untuk mengintai apa yang sedang dilakukan Susanti (bukan nama sebenar) ketika itu. Bukan menaruh syak tapi kenapa hati memang berdebar tidak sedap. Saya terus ke biliknya tapi dia tidak berada di situ.

"Saya terdengar bunyi desiran air di bilik mandi dan lega hati ini mendapati dia sedang mandi. Cuma peliknya mengapa bunyi air itu datang dari bilik air yang terletak dalam bilik tidur saya?

"Jantung saya berdebar lagi dan saya lantas ternampak pakaian dalam yang bukan milik saya di atas lantai bilik tidur saya. Serentak dengan itu bunyi ketawa kecil lelaki dan wanita bermesra di bilik mandi.

"Mula berteka-teki tapi saya mengambil keputusan tidak mahu melihat adegan seterusnya. Saya terus ke tingkat bawah dan bersedia menghadapi kedua mereka dengan sewaras yang mungkin,"tutur Jamilah lagi.

Seperti sangkaannya, Johan dan Susanti dengan hanya bertuala menuruni anak tangga dengan penuh mesra. Jamilah memang tersentap seakan mahu pengsan melihat kemesraan bagai pasangan suami isteri yang telah lama mengenali satu sama lain.

Jamilah mahu penjelasan, dan tanpa rasa takut, Johan menjelaskan dia memang telah lama mengenali Susanti.

"Rupanya yang dahulu dia kerap ke luar daerah memang dia ke seberang menemui kekasihnya, Susanti. Patutlah urusan membawa masuk Susanti ke Malaysia begitu mudah, semuanya telah diatur dengan teliti oleh suami dengan bantuan sahabatnya di sana.

"Yang lebih membuatkan saya terduduk ialah suami langsung tidak takut atas perbuatannya malah berbangga kerana dia tidak perlu susah-susah membawa 'madu' saya ke rumah lagi.

"Langsung tiada kesal di hatinya. Dia turut menuturkan kata-kata kesat pada saya bahawa dia langsung tidak cintakan saya dan memang menunggu masa menceraikan saya. Selama ini hubungan kami hanyalah lakonan semata pada dia,"ujar Jamilah penuh emosi.

Jamilah terbayang, selama lebih 10 tahun dia sebenarnya menghambakan diri pada suami yang sebenarnya memusuhi dirinya sendiri.

Lebih menyedihkan Jamilah, suami memang mahu menggunakan segala wang simpanannya yang dilaburkan dalam pemilikan perniagaan bersama.

Walau pasrah dengan apa yang berlaku, Jamilah sebenarnya sangat bersyukur kerana diperlihatkan kejahatan suami sebelum sesuatu yang lebih mudarat menimpa.

Jamilah kini telahpun bercerai dengan Johan dan dalam proses menuntut kembali haknya, di samping menemui pakar kaunseling untuk memulihkan kembali keyakinan diri serta tanggapannya terhadap lelaki bergelar suami.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Peniaga tempatan takut berniaga

Posted: 20 Nov 2013 10:27 AM PST

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

DUA pekerja warga asing menjalankan urus niaga di Pasar Borong Selangor.

SERI KEMBANGAN 20 Nov. - Kewujudan Pasar Borong Selangor, dekat sini yang mula dibuka kira-kira 12 tahun lalu ternyata memudahkan orang ramai sekitar kawasan itu untuk membeli bahan mentah.

Selain menyenangkan orang ramai untuk berbelanja, kepelbagaian barangan di situ terutamanya ikan, ayam, sayur dan daging yang segar turut membolehkan peniaga tempatan memasarkan hasil pertanian masing-masing.

Bagaimanapun, situasi yang berlaku hari ini jelas berbeza dengan matlamat asal penubuhan pasar borong berkenaan.

Kebanjiran warga asing sejak beberapa tahun lalu di pasar borong berkenaan menyebabkan pasar tersebut seolah-olah terletak di sebuah negara lain.

Tinjauan Utusan Malaysia ke pasar borong berkenaan baru-baru ini mendapati, sebahagian besar daripada kira-kira 300 lot perniagaan yang terdapat di situ dikuasai warga asing.

Difahamkan, mereka bukan sahaja menjadi pembantu gerai tetapi turut menjadi pengurus lot niaga yang disewa daripada pemilik sebenar.

SEORANG pekerja warga asing mengambil peluang untuk tidur ketika gerainya tidak mempunyai pelanggan.

Malah, kewujudan peniaga tempatan sama ada Melayu, Cina atau India boleh dibilang dengan jari di pasar itu sehinggakan mereka sendiri bimbang untuk berniaga kerana dikelilingi pesaing antarabangsa itu.

Kebimbangan peniaga tempatan bukan sekadar faktor itu, tetapi yang lebih merisaukan mereka adalah tahap keselamatan berikutan peniaga asing di situ disifatkan terlalu berani dan berlagak seperti samseng.

Dakwa peniaga tempatan, pergaduhan antara sekumpulan peniaga warga asing dengan kumpulan warga asing lain juga pernah berlaku di situ yang dikatakan berpunca daripada berebut pelanggan.

Berdasarkan pemerhatian, wajah-wajah peniaga asing yang menjalankan perniagaan di pasar itu didapati berasal dari Myanmar, Vietnam dan Bangladesh.

Difahamkan, pembantu gerai warga asing di situ sudah diajar untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai majikan mereka.

Seorang pekerja asing dari Myanmar yang ditemui menafikan majikannya adalah rakan senegaranya dan mendakwa dia bekerja dengan peniaga tempatan. Bagaimanapun apabila ditanya lebih lanjut dia memberikan jawapan yang tidak masuk akal.

Gerai ini milik orang Melayu tetapi disewakan kepada boss saya peniaga Cina," katanya yang mengakui tidak pernah berjumpa dengan majikannya sejak bekerja di situ kira-kira tiga bulan lalu.

Sementara itu, tinjauan juga mendapati bukan sahaja lot dalam pasar berkenaan dimonopoli warga asing, tetapi kewujudan gerai-gerai makanan di sebelah pasar berkenaan turut menimbulkan tanda tanya.

Sebuah kedai misalnya, tertera kain pemidang yang menamakan premisnya sebagai Kedai Makanan Anh Tik yang bunyinya seperti nama orang Vietnam.

DBKL jumpa Ahli Parlimen

Posted: 20 Nov 2013 10:27 AM PST

Oleh Muhamad Aimy Ahmad
kota@utusan.com.my

Ahmad Phesal Talib (dua dari kiri) bertukar-tukar dokumen dengan Dr. Zainal Abidin Mohd. Yusof dalam majlis menandatangani MoA di antara DBKL dengan Sirim Qas International sambil disaksikan oleh Salleh Yusup di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Wahidin Salim

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meminta 11 Ahli Parlimen di ibu negara menjelaskan kepada penduduk di kawasan masing-masing mengenai pelarasan cukai taksiran yang dijangka bermula 1 Januari depan.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, usaha itu bagi membolehkan orang ramai memahami faktor kenaikan yang tidak dapat dielak oleh DBKL.

"DBKL akan bertemu dengan kesemua Ahli Parlimen tersebut esok dan berharap mereka dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai mengapa kadar baharu perlu dikenakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Sirim QAS International Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Difahamkan, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga akan menyertai perjumpaan tersebut yang akan bermula pukul 12.30 tengah hari.

Mengulas lanjut, kata Ahmad Phesal, pelarasan cukai tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan DBKL tidak lagi mampu menyerap kos penyenggaraan dan pengurusan yang bertambah setiap tahun.

"DBKL juga tidak perlu terlalu bergantung kepada peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Pusat dan kadar baharu yang akan ditentukan kelak akan mengambil kira kepentingan penduduk dan keadaan ekonomi semasa," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, 16 saluran talian khusus telah disediakan untuk memudahkan pemilik membuat semakan nilai hartanah dan sistem itu berjalan lancar.

"Talian tersebut beroperasi dengan sempurna dan kami menerima pelbagai pertanyaan mengenai perkara tersebut daripada pemilik hartanah di ibu negara," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai semakan nilai hartanah di kawasan masing-masing boleh menghubungi talian 1-800-220-833 pada waktu pejabat.

Kenaikan kadar cukai DBKL untuk kebaikan rakyat

Posted: 20 Nov 2013 10:27 AM PST

PUTRAJAYA 20 Nov. - Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan kadar cukai taksiran pintu mulai tahun depan bertujuan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, rakyat perlu melihat dari aspek yang positif iaitu kenaikan cukai tersebut akan dilaburkan semula kepada mereka.

Katanya lagi, rakyat perlu faham tugas untuk menguruskan bandar-bandar besar bukanlah suatu perkara mudah kerana memerlukan peruntukan kewangan yang besar.

"Penglibatan dan komitmen daripada rakyat turut diperlukan untuk bersama-sama dengan kerajaan merealisasikan impian dalam menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya mapan.

"Oleh itu, kerajaan tidak boleh dipertanggungjawabkan 100 peratus dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Cabaran Memperluas Kawasan Bandar Mega di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai rungutan pelbagai pihak yang tidak berpuas hati mengenai cadangan kadar taksiran baharu DBKL yang didakwa bakal membebankan warga kota, terutama pemilik hartanah dan para penyewa.

Yang hadir sama dalam persidangan itu ialah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, kerajaan dilihat begitu prihatin mengenai nasib rakyat biarpun terpaksa bertahan selama 21 tahun dengan harga hartanah semasa yang tidak selaras dengan taksiran cukai selama ini.

"Rakyat mesti faham kerajaan tidak mampu untuk memberikan semua perkhidmatan dalam bentuk subsidi atau percuma, kos telah meningkat berkali ganda.

"Ini merupakan tindakan mampan sebenarnya kerana tiada kerajaan yang mahu menaikkan cukai hanya untuk menyakitkan hati rakyat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Cantik luar dalam

Posted: 19 Nov 2013 10:13 PM PST

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar MOHD NAIM AZIZ

Sharifah Razlin Syed Razlan bersama sebahagian produk Manjadiri.

PELBAGAI tumbuh-tumbuhan yang terdapat di muka bumi ini mempunyai kegunaan dan kelebihannya untuk manusia.

Ramai yang kini sudah semakin peka akan khasiat tumbuh-tumbuhan dan pentingnya menggunakan bahan-bahan yang tidak mengandungi kimia dalam kehidupan seharian.

Menyedari hakikat ini, Sharifah Razlin Syed Razlan, 39 , kini berbangga kerana dapat menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan yang menggunakan bahan-bahan semulajadi yang dinamakannya sebagai Manjadiri Treasures.

Bercerita bagaimana wujudnya Manjadiri, Sharifah Razlin atau mesra dipanggil Razlin sahaja yang ditemui di rumahnya di Taman Sri Ukay. Ulu Kelang, Selangor, baru-baru ini berkata, produk tersebut menggunakan seratus peratus bahan organik dan tiada langsung bahan kimia.

Setakat ini katanya, terdapat tiga produk di bawah jenama Manjadiri, iaitu Kuntum yang merupakan pembersih feminin, Belaian iaitu minyak urut dan Pakej Quick Slim yang terdiri daripada Ramping dan Langsing.

Sharifah Razlin menambah, Manjadiri memudahkan pengguna yang peka dengan kesihatan dan kecantikan serta mementingkan produk tanpa bahan kimia mendapatkan produk tersebut tanpa ragu-ragu.

"Saya ingin menjadikan Manjadiri sebagai pusat sehenti bagi mereka yang masih mencari-cari bahan yang selamat untuk digunakan setiap hari, bebas kimia dan tidak was-was daripada segi kebersihan atau untuk ibadat.

"Sebenarnya saya sendiri tergerak hati untuk membuat produk ini dan cuba mengelakkan produk yang mengandungi bahan kimia.

"

Sejak bertahun dahulu, walau sakit macam mana pun saya cuba mengelakkan daripada mengambil ubat-ubatan sebaliknya mengamalkan bahan-bahan semulajadi.

"Antara bahan-bahan yang terdapat dalam Manjadiri ialah minyak pati, bunga-bungaan seperti mawar dan herba seperti rosemary, thyme, sage dan banyak lagi."

Bunga berkesan untuk merawat hormon sementara herba untuk merangsang peredaran darah dan liang roma. Kesemua bahan ini akan diproses di kilang di Taman Tun Dr. Ismail," katanya.

Menurut Sharifah Razlin lagi, produknya adalah untuk luaran dan dalaman seperti rambut, muka, badan dan penjagaan wanita.

Selain itu, Manjadiri juga boleh digunakan untuk lelaki dan kanak-kanak namun dos untuk kanak-kanak dicairkan.

"Bahan-bahan semulajadi walaupun bertindak perlahan namun bila ia sudah bertapak di dalam badan, ia akan melawan penyakit sehingga sembuh," katanya yang merancang untuk membuka rangkaian Manjadiri dan memberi peluang kepada sesiapa yang ingin berniaga.

Razlin menambah, pada masa ini, mereka yang ingin mendapatkan produk Manjadiri boleh membeli secara dalam talian dengan melayari laman sesawang www.manjadiri.com.

Langsing revolusi 360 darjah

Posted: 19 Nov 2013 10:13 PM PST

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar RIDUAN RIZAL AHMAD

Natasha hudson (kiri) menandatangani poster sebagai tanda menjadi duta mary chia shape up sambildiperhati simon ooi (kanan); pengurus latian dan pembangunan mary chia malaysia, adelyne tan (dua kanan) dan mary chia (dua kiri) ketika majlis shape up transformasi lengkap 360 darjah di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

SEPERTI wanita lain yang baru melahirkan bayi pelakon, Natasha Hudson mengalami masalah yang sama, iaitu mendapatkan kembali tubuh yang langsing dan pinggang ramping seperti semasa sebelum hamil. Sembilan bulan hamil, mereka teringin memakai semula pakaian mereka yang dahulu. Lega jika pakaian tersebut masih boleh disarung ke badan.

Natasha yang baharu melahirkan anak keduanya, Naeema Khaleela, lima bulan lalu berkata, amat sukar baginya melupuskan lemak berlebihan di sekitar abdomen dan pinggul.

Natasha berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi membuang lemak berlebihan pada bahagian tersebut, namun ia agak kurang berjaya dan dia pula bukan seorang yang rajin hendak mengamalkan senaman atau berulang-alik ke gimnasium.

Sehinggalah suatu hari seorang kawannya bercerita mengenai Mary Chia dan dia tertarik untuk program berat badan yang disediakan kerana agak berbeza serta lebih mudah hendak diikuti

"Pada satu peringkat berat badan naik sehingga 65 kilogram. Saya telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan namun belum ada yang berjaya.

"Sebab itu saya teruja hendak mencuba cabaran Shape Up bersama Mary Chia dan sekarang berat badan saya cuma 51 kilogram. Selama tiga minggu bersama Mary Chia, saya telah kehilangan enam kilogram,"kata Natasha yang berkongsi pengalaman pada program Shape Up bersama Mary Chia di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Program melalui revolusi Transformasi Lengkap 360 darjah itu, merupakan pendekatan revolusi ke arah pengurusan berat badan yang menjanjikan kehilangan dua kilogram dalam tempoh dua minggu sahaja.

Bermula di Singapura, Mary Chia yang berpengalaman selama 30 tahun dalam industri ini merupakan pelopor dalam bidang kecantikan, pelangsingan dan perkhidmatan spa untuk lelaki dan wanita

Sementara itu, Pengarah Urusan Mary Chia Malaysia, Simon Ooi berkata, pada ketika ini terdapat enam buah spa muka dan badan Mary Chia di seluruh negara.

Selain itu, jenama tersebut juga memiliki sebuah klinik estatik, MCU Beautitudes yang menggabungkan teknologi terbaru dengan kepakaran perubatan bagi mendapatkan kesan yang menggembirakan.

"Memahami kehendak wanita yang mahukan program pengurusan berat badan yang holistik yang relevan dengan gaya hidup wanita moden, kami bangga memperkenalkan Transformasi Lengkap 360 darjah. Setiap wanita adalah berbeza dan kaedah yang digunakan untuk setiap orang juga berbeza.

"Program Transformasi Lengkap 360 darjah menyediakan lima cara berbeza yang dapat membantu seseorang itu kembali langsing tanpa perlu menelan pil atau seksa menahan lapar,"kata Ooi.

Menurutnya, pakej langsing tersebut mengenakan bayaran sebanyak RM499 meliputi tujuh kali rawatan termasuk detoksifikasi, stimulasi kardio, bentuk yang diingini, menyingkir selulit dan pengurangan air dalam badan.

Turut diberikan ialah enam program sokongan yang dibantu oleh konsultan profesional.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


UTHM perkenal 1Penghuni 1Sukan

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
utusan.johor@gmail.com

SEBAHAGIAN daripada warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia menyertai pelancaran program 1Penghuni 1Sukan di Batu Pahat, Johor, baru-baru ini.

BATU PAHAT 19 Nov. - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melancarkan program 1Penghuni 1Sukan dalam kalangan warganya bagi mewujudkan persekitaran dan penuntut yang sihat baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat UTHM, Shafry Salim berkata, program itu diperkenalkan oleh Kolej Kediaman Perwira bagi mengiringi polisi 1Murid 1Sukan yang dilancarkan kerajaan khusus untuk para pelajar di peringkat sekolah.

"Majlis pelancaran program itu disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM, Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal Madar di Dataran Blok A, Kolej Kediaman Perwira di sini.

"Polisi 1Penghuni 1Sukan juga disemarakkan dengan konsep rumah sukan yang turut mula dikembangkan pada September lalu dengan semua penghuni di Kolej Kediaman Perwira menganggotai rumah sukan sama ada Scarlet (merah), Azure (biru), Harlequin (hijau) atau Aureolin (kuning)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pelancaran polisi itu dimulakan dengan aktiviti senamrobik, larian obor oleh penyelaras program sebelum diikuti ketua rumah-rumah sukan serta gimik perasmian dengan kemunculan skuad 'all-terrain vehicle' (ATV).

Tambahnya, majlis itu diteruskan dengan Kejohanan Merentas Desa Piala Pengetua Kolej yang diwakili oleh rumah sukan masing-masing.

"Iltizam utama polisi 1Penghuni 1Sukan adalah ke arah meningkatkan gaya hidup sihat dalam kalangan penghuni kolej kediaman.

"Program ini juga secara langsung dapat menjayakan Pelan Transformasi Mahasiswa Holistik Perwira dengan wawasan untuk melahirkan penghuni yang bukan sahaja cergas fizikal, malah cerdas minda," katanya.

78 pelajar Pontian sertai Kem Pendidikan 1Malaysia

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

SEBAHAGIAN daripada 78 pelajar bersama fasilitator menyertai program Kem Pendidikan anjuran Kolej Perdana UTM, dan YPJ di Kem Dayang, Pekan Nanas, Pontian, Johor, baru-baru ini.

PONTIAN 19 Nov. - Seramai 78 pelajar tingkatan 2, 3 dan 4 dari sekolah di daerah Johor Bahru menyertai Kem Pendidikan 1Malaysia peringkat negeri di Kem Dayang, Pekan Nanas, di sini baru-baru ini.

Program tahunan selama tiga hari anjuran Kelab Kem Pendidikan, Kolej Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai itu dibantu oleh 27 pemudah cara dari UTM.

Pengarah Projek, Muhammad Syafi Supa'at berkata, program tersebut turut mendapat kerjasama kerajaan negeri, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Awesome Minds dan 1Malaysia Fouth Youth (IMFU).

Beliau berkata, antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nusajaya, SMK Selesa Jaya 2, SMK Skudai, SMK Taman Universiti 1 dan 2, SMK Kangkar Pulai, SMK Taman Pelangi dan Sekolah Tun Fatimah (STF).

"Selain aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK), turut disediakan aktiviti lasak seperti merentas hutan, 'flying fox' dan aktiviti yang menguji kekuatan mental dan fizikal setiap peserta semasa melakukan tugasan tersebut.

"Kami berharap pembaharuan yang dilakukan mampu meningkatkan keyakinan diri pelajar serta daya saing mereka dalam mengharungi cabaran dalam dunia pendidikan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Muhamad Syafi berkata, program tersebut juga melibatkan modul motivasi seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan serta kemahiran menjalankan LDK di bawah kendalian penuntut UTM.

"Penganjur berharap setiap aktiviti yang dilaksanakan mampu membina jati diri selain memupuk silaturahim dan kerjasama berpasukan antara peserta yang datang dari sekolah berlainan," katanya.

Menurutnya, program itu mampu menyedarkan peserta tentang pentingnya pendidikan pada masa depan serta meningkatkan pengetahuan dalam bidang komunikasi, kepimpinan dan interaksi bersama rakan sebaya.

Majlis penutupan program itu disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar YPJ, Mohd. Shukri Mohd. Masbah.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved