Rabu, 11 September 2013

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


SMK Pandan Jaya paling banyak langgan Tutor

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

SRI Rahayu Mohd. Yusop (kanan) bersama pelajar tingkatan tiga menunjukkan sisipan Tutor Utusan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan Jaya, kelmarin.

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan Jaya di sini, menjadi sekolah melanggan akhbar pendidikan terbaharu Utusan Malaysia, Tutor paling banyak iaitu 840 naskhah bagi kedua-dua edisi Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pengetuanya, Fazilah Ibrahim berkata, keyakinan melanggan akhbar tersebut berdasarkan kandungan Tutor yang padat dengan soalan latih tubi berkualiti dan menepati piawaian Kementerian Pendidikan.

Menurutnya, sekolah turut merancang menjadikan Tutor sebagai bahan tambahan program Gerak Gempur untuk pelajar membuat persediaan menghadapi PMR tidak lama lagi.

''Dalam program Gerak Gempur ini, sekolah hanya memfokuskan kepada membiasakan pelajar menjawab soalan PMR dan penggunaan Tutor ini sangat baik untuk menambah jumlah soalan sebagai melengkapkan persiapan mereka," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sekolah tersebut di sini semalam.

Akhbar pendidikan Tutor bersaiz tabloid diterbitkan dua kali sebulan pada setiap Isnin.

Fokus kandungan Tutor adalah kepada set soalan peperiksaan percubaan UPSR, PMR dan SPM yang merangkumi semua kertas peperiksaan, set 1 dan set 2.

Tutor dibahagikan kepada tiga fasa iaitu awal, pertengahan dan hujung tahun diaplikasikan berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KEBAT) dan berasaskan kalendar akademik persekolahan selari dengan keperluan semasa guru di sekolah.

Sementara itu, beberapa guru sekolah terbabit turut melahirkan keyakinan mereka terhadap penggunaan Tutor yang dilihat mampu membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran tertentu.

Ketua Panitia Bahasa Melayunya, Md. Hasri Mohd. Rafee berkata, Tutor bukan sekadar bahan rujukan baharu dalam kalangan guru dan pelajar memandangkan sebelum ini mereka banyak menggunakan laman web Tutor.com.my sebagai rujukan pembelajaran di sekolahnya.

Ujar beliau, pihak sekolah terus berminat melanggan akhbar Tutor sebaik sahaja mendapat maklumat tentang penerbitannya yang eksklusif.

Selain itu, guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Normanisah Osman berkata, usaha Utusan Malaysia menghasilkan akhbar pendidikan Tutor amat dihargai kerana secara tidak langsung membantu mempelbagaikan bahan rujukan pembelajaran para guru.

''Set soalan latih tubi Tutor juga pelbagai dan agak mencabar serta sambutannya baik dalam kalangan pelajar. Mereka nampak berminat dengan ilustrasi Tutor yang berwarna-warni dan tidak membosankan," katanya.

Menurut Sri Rahayu Mohd. Yusop, dia berpuas hati dengan set soalan latih tubi Tutor yang agak baharu dan sedikit mencabar berbanding buku rujukan lain sedia ada.

Kata guru Bahasa Inggeris itu, pihak sekolah juga meyakini keupayaan Tutor memandangkan set soalan latih tubi akhbar itu disediakan oleh guru pakar soalan peperiksaan dan diiktiraf kementerian.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lima maut, sembilan cedera kemalangan di Bintulu

Posted: 11 Sep 2013 07:47 PM PDT

BINTULU 12 Sept. - Lima pekerja kontrak pembinaan Taman Perindustrian Samalaju di sini maut manakala enam orang cedera parah selepas van yang dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori rosak di KM52, Jalan Pesisir Bintulu-Miri kira-kira pukul 8.00 malam tadi.

Tiga daripada mangsa termasuk pemandu van berkenaan pula hanya cedera ringan.

Kesemua mangsa adalah warganegara Indonesia.

Difahamkan, lori berkenaan ditinggalkan di tepi jalan selepas enjinnya terbakar petang semalam.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Bintulu. - UTUSAN

Bayi enam bulan koma

Posted: 11 Sep 2013 11:12 AM PDT

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

Pemberita menemu bual Umi (kiri) nenek kepada Nur Sofea Insyirah yang menerima rawatan di unit rawatan rapi pediatrik kerana dipercayai didera pengasuh ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, semalam.

KLANG 11 Sept. - Seorang bayi perempuan berusia enam bulan kini koma akibat kecederaan parah di bahagian kepala dipercayai akibat didera pengasuhnya.

Mangsa yang merupakan anak tunggal sepasang suami isteri berusia lingkungan 20-an kini kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Berdasarkan pemeriksaan awal doktor, mangsa dipercayai mengalami kecederaan pada tengkorak kiri, pendarahan di tengah otak, lebam di dahi dan kedua-dua lutut.

Polis yang menjalankan siasatan selepas bapa mangsa membuat laporan telah menahan seorang wanita berusia 28 tahun yang merupakan pengasuh bayi itu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 di rumahnya di Telok Gadong Kecil di sini pukul 2.30 petang ini.

"Siasatan mendapati suspek tidak menjaga bayi atau kanak-kanak lain selain mangsa," katanya.

Difahamkan, suspek mempunyai dua anak perempuan berusia dua dan enam tahun.

Mengulas laporan yang dibuat oleh bapa mangsa, Mohamad berkata, lelaki itu telah dihubungi oleh suspek pada pukul 4.30 petang semalam dan diberitahu yang bayinya telah dihantar ke sebuah hospital swasta selepas mengalami sesak nafas.

Beliau berkata, pengadu kemudian menghubungi isterinya dan memintanya menjenguk anak mereka terlebih dahulu kerana dia sedang bertugas di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Pengadu kemudian menyusul ke hospital.

"Doktor yang membuat pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kesan retak di tengkorak kiri, pendarahan di tengah otak serta lebam di dahi dan terpaksa dipindahkan ke HTAR kerana tidak sedarkan diri.

"Pengadu kemudian membuat laporan polis pada pukul 10 malam tadi," kata beliau.

Tambah Mohamad, berdasarkan rakaman percakapan pengadu, bayinya itu telah dihantar ke rumah suspek sejak berusia dua bulan dengan bayaran bulanan RM300.

Kata beliau, pengadu memberitahu sepanjang empat bulan dijaga oleh pengasuh itu, anaknya pernah luka melecet di dahi sebelah kiri akibat bergesel dengan karpet semasa cuba meniarap dan lebam pada Khamis lepas dengan alasan botol susu terjatuh di atas dahi.

Sementara itu, cubaan pemberita untuk mendapatkan kenyataan ibu bapa mangsa di HTAR tidak berjaya.

Bagaimanapun, nenek mangsa yang hanya dikenali sebagai Umi, 61 tahun berkata, dia mendapat berita kejadian yang menimpa cucunya semalam dan bergegas ke HTAR dari rumahnya di Kuala Kangsar, Perak.

"Ketika saya melihat keadaan cucu saya, badannya sudah sejuk dan tidak bermaya. Saya harap pihak berkuasa dapat jalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas agar kejadian sama tidak berulang," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Amukan Harimau Muda

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan ALI MAHMOOD
dayne.ghazali@utusan.com.my

Nasir (dua kanan) diserbu rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pembukaan Malaysia menentang Thailand dalam aksi Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur, malam tadi. Malaysia menang 3-0. - UTUSAN/ MAHATHIR ALI

KUANTAN - Harimau Muda bagaikan masih lapar meskipun telah menempah tempat pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 apabila penuh bergaya membenam Thailand 3-0 dalam aksi penutup peringkat kumpulan di hadapan 5,000 penonton di Stadium Darul Makmur, semalam.

Penjaring terbanyak pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun, Rozaimi Abdul Rahman membuktikan bisanya perlu diberi perhatian oleh Ong Kim Swee apabila meledak dua jaringan pada minit ke-27 dan 80 dengan gol pertama Malaysia disumbangkan Mohd. Nasir Basharuddin pada minit ke-11.

Keputusan itu turut membantu Myanmar bertemu Malaysia di perlawanan akhir selepas menang 2-0 di Stadium Temerloh dan mengatasi Thailand dengan perbezaan jaringan selepas kedua-dua pasukan terikat empat mata.

Harimau Muda mudah merobek gawang Thailand pada minit ke-11 lagi melalui rembatan leret pemain tengah Perak, Nasir Basharuddin dari dalam kotak penalti.

Melalui sepakan percuma yang diambil oleh pemain FC Ryukyu, Nazirul Naim dari sebelah kiri, penjaga gol Thailand, Abeefaesan Ya sekadar menumbuk lemah sebelum bola sampai singgah di kaki Nasir yang melepaskan rembatan leret bagi gol pembukaan Malaysia.

Kehilangan ketua pasukan, Mahamasabri Awaebuesa di bahagian pertahanan jelas amat dirasai oleh Thailand apabila 16 minit kemudian, gawang skuad Gajah Putih bocor lagi, kali ini giliran pemain yang berasal dari Sabah, Rozaimi.

Tindakan bijak Sivanesan yang melepasi perangkap ofsaid di sebelah kanan memberikan ruang kepada Rozaimi yang berlari pantas ke dalam kotak penalti tanpa dikawal oleh mana-mana pemain sebelum memperdayakan Abeefaesan dan menolak masuk bagi jaringan kedua tuan rumah.

Rozaimi terus mengganas lagi pada minit ke-80 hasil gerakan skil individu yang menarik dengan mengatasi tiga pertahanan lawan dan menjaringkan gol yang cantik menerusi rembatan kencang di luar kotak penalti.

Kim Swee mengakui kemenangan yang dicapai oleh Harimau Muda hari ini ekoran sikap positif yang dipamerkan oleh barisan pemain mudanya di samping keletihan pihak lawan yang menggunakan sebahagian besar pemain yang sama pada tiga perlawanan dalam tempoh enam hari.

''Kemenangan itu membuktikan sesiapa sahaja dalam pasukan ini boleh berada dalam kesebelasan utama dan situasi itu pasti akan terus membuatkan saya pening kepala memilih siapa yang akan digunakan pada aksi akhir nanti," katanya.

Rombakan berani BAM

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Barisan jurulatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka mengalami perubahan apabila Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG), Tan Aik Mong sudah bersedia mendedahkan senarai baharu rombakan jurulatih termasuk yang diturunkan pangkat.

Aik Mong mengambil masa selama tiga hari untuk melakukan rombakan kecil selepas berbincang dengan beberapa individu yang berpengaruh dalam sukan badminton seperti penilai bebas BAM, Razif Sidek serta barisan jurulatih terdahulu termasuk ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her.

Aik Mong difahamkan sudah memiliki senarai tersebut, namun belum mahu mendedahkannya kepada pihak media semalam dengan memberi alasan bahawa dia terlalu sibuk dan mengadakan perbincangan bersama Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Datuk Marina Chin.

"Saya baru keluar dari SSBJ, saya agak penat untuk bertemu media dan menjelaskan tentang perubahan barisan jurulatih BAM, esok (hari ini) saya akan memberitahu semua," katanya.

Aik Mong yang merupakan bekas pemain badminton negara era 60-an dan 70-an dijangka membuat perubahan termasuk jurulatih perseorangan, beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran serta mereka yang diturunkan pangkat melatih pemain akademi di SSBJ.

Terdapat juga spekulasi bahawa jurulatih di SSBJ akan diberi ruang untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan selepas tempat mereka digantikan jurulatih yang diturunkan pangkat.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan bahawa jawatan yang dipegang Kim Her sekarang menjadi tanda tanya selepas kontraknya yang berakhir pada Februari 2014 masih belum disambung, malah bekas pemain beregu negara itu juga tidak mahu memberi sebarang komen lanjut semalam mengenai kedudukannya dengan hanya memberi jawapan 'semua tanya kepada Aik Mong'.

Kim Her dijangka diberikan peranan baharu iaitu menjadi pembantu kepada Aik Mong, manakala jurulatih yang akan melatih pemain beregu lelaki bakal diberikan kepada pembantunya, Paulus Firma sambil dibantu oleh Chang Kim Wai yang sebelum ini menjadi jurulatih di SSBJ.

Tidak banyak perubahan bagi jurulatih perseorangan lelaki dengan Rashid Sidek dan Tey Seu Bock masih diberi kepercayaan untuk meneruskan tugas mereka cuma mereka akan dibantu oleh jurulatih dari China, Zhou Kejian. Ini bermakna Kejian dinaikkan pangkat selepas beberapa tahun mencungkil bakat baru di SSBJ.

Pemain perseorangan dan beregu wanita dijangka mendapat sentuhan jurulatih baharu dari SSBJ, Ronny Agustinus dan Ng Mee Fen dinaikkan pangkat bersama-sama bekas pemain beregu wanita negara, Wong Pei Tty.

Sementara tugas jurulatih beregu campuran masih kekal di bawah tanggungjawab Jeremy Gan.

Ini bermakna mereka yang melatih skuad utama seperti Hendrawan, Mohd. Hazwan Jamaluddin, Rosman Abd. Razak, Woon Sze Mei, Chong Kien Ling, Wong Tat Meng dan Chin Eei Hui dijangka melatih pemain remaja di SSBJ.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


12 maut minum bahan tercemar di Pakistan

Posted: 11 Sep 2013 12:06 PM PDT

MULTAN 12 Sept. - Sekurang-kurangnya 12 orang maut akibat meminum minuman keras yang dicemari bahan toksik di tengah Pakistan, kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku di pekan Rahim Yar Khan, di mana sekumpulan lelaki mengadakan parti dan meminum minuman keras terbabit.

Menurut ketua polis tempatan, Mohammad Yasin Gujjar, kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat tidak mendapatkan rawatan di hospital dengan segera.

Pihak polis telah menyerbu beberapa kilang haram minuman keras dan menahan dua suspek berhubung kes tersebut," katanya. - AFP

Laporan serangan kimia Syria Isnin depan

Posted: 11 Sep 2013 12:05 PM PDT

KAHERAH 12 Sept. - Satu laporan pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung serangan kimia di Syria, mungkin diperolehi pada awal minggu depan.

Menteri Luar Luxembourg, Jean Asselborn semalam berkata, menurut maklumat yang diperolehi, laporan siasatan kejadian tersebut akan disiarkan pada Isnin depan.

Asselborn sebelum ini mengemukan rayuan terhadap lima kuasa veto Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai kata sepakat dalam menangani konflik di Syria yang berlanjutan hampir tiga tahun.

Luxembourg merupakan ahli bukan tetap Majlis Keselamatan PBB. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Beriadah sambil tenangkan fikiran

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanpahang@utusan.com.my

JETI Taman Jubli Perak Sultan Ahmad Shah (TJPSAS) menjadi perhatian pengunjung memberi makanan kepada ikan yang terdapat di dalam tasik tersebut.

KUANTAN 11 Sept. - Beriadah bersama keluarga atau rakan di tempat menarik sudah tentu menjadi kemestian bagi mereka untuk menghabiskan masa, selain menenangkan fikiran selepas penat bekerja.

Bagi penduduk bandar pula, kawasan riadah menjadi pilihan utama untuk bersantai atau mengadakan aktiviti sukan yang akan mengeratkan hubungan sesama mereka.

Taman Jubli Perak Sultan Ahmad Shah (TJPSAS) yang terletak di Indera Mahkota dekat sini menjadi pilihan masyarakat daerah ini mengadakan pelbagai aktiviti riadah di situ.

Terletak berhampiran Jalan Sungai Lembing-Kuantan, lokasi itu menjadi tumpuan popular warga Kuantan dan mewujudkan suasana ceria di kawasan itu.

Taman itu yang terletak di tengah bandar Kuantan sentiasa menjadi tumpuan masyarakat setempat yang inginkan suasana berbeza dari laut dan pantai.

Kawasan tersebut mempunyai perbezaan dengan taman rekreasi lain di bandar ini iaitu tasik buatan yang cantik serta dipenuhi dengan pelbagai spesies ikan.

Dilengkapi dengan trek joging sepanjang dua kilometer, pelbagai jenis alatan senaman turut disediakan di sepanjang laluan tersebut bagi pengunjung yang mementingkan kesihatan serta ingin melakukan senaman ringan.

Ibu bapa yang membawa anak kecil tidak perlu bimbang kerana taman itu turut menyediakan taman permainan yang sudah pasti menjadi pilihan mereka untuk bermain.

Selain itu, pengunjung berpeluang melakukan aktiviti berkayak, berbasikal dan memancing serta bermain woodball.

Bagi aktiviti berkayak, caj sebanyak RM8 dikenakan untuk kayak solo manakala RM12 pula bagi kayak yang mempunyai dua tempat duduk.

Setelah penat beriadah, pengunjung boleh berehat sambil menikmati makanan dan minuman di gerai yang menyediakan pelbagai jenis masakan panas di tepi tasik.

Mereka juga tidak perlu bimbang kerana taman itu juga menyediakan kawasan letak kereta yang luas.

Antara kemudahan lain disediakan di situ adalah tandas awam, surau, beberapa wakaf dan kawalan keselamatan sekitar taman berkenaan.

Seorang pengunjung, Ungku Siti Nurhumairah Ungku Salleh, 18, berkata, taman itu menjadi tumpuan ramai terutama pada hujung minggu.

"Saya datang ke sini untuk berjoging dan menemani adik untuk berkayak. Bagaimanapun kami datang ke sini pada hujung minggu sahaja sebab saya tinggal di asrama sebuah sekolah di sini dan kalau ada masa lapang, pasti datang sini," katanya.

Ungku Siti berkata, dia memilih lokasi itu kerana pemandangannya cantik, selain kawasannya luas serta mempunyai peralatan senaman yang disediakan.

Bagi seorang lagi pengunjung, Mohd. Adzwan Shah Mohd. Aini @ Ariffin, 28, pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga, sekali gus taman tersebut menjadi pilihan warga bandar untuk berkunjung ke situ.

"Kadang-kadang ada dianjurkan pertandingan memancing dan mereka yang berminat bermain woodball pun boleh datang ke sini. Memang sesuai bawa keluarga meluangkan masa bersama sambil beriadah di sini," ujarnya.

Sarang penagih dadah digempur

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

ANTARA barang milik penagih dadah yang dirampas dalam Ops Tapis Sepadu di ladang sawit Felda Jengka 8 dan Jengka 12, Maran, kelmarin.

MARAN 11 Sept. - Polis Pahang akan menggempur secara agresif sarang penagihan dadah di bawah Ops Tapis Sepadu di tanah rancangan Felda khususnya di Jengka bagi mengurangkan indeks kes berkaitan dadah di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Yap Toon Khuan berkata, laporan mendapati beberapa tanah rancangan Felda menjadi lokasi penagih dadah untuk melepaskan gian masing-masing di kawasan ladang kelapa sawit.

Beliau berkata, antara sarang penagih dadah yang dikenal pasti di Felda Wilayah Jengka seperti di Felda Jengka 8 dan Jengka 12 yang menjadi tumpuan pihak berkuasa untuk menanganinya secara tegas.

"Dalam Ops Tapis di Felda Jengka 8 dan Felda Jengka 12 semalam yang membabitkan lima pegawai dan 58 anggota dari IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Pahang serta IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Maran, Temerloh, Kuantan dan Kuala Lipis itu, kami berjaya menahan 65 orang penagih.

"Mereka yang ditangkap merupakan buruh ladang, peniaga dan penganggur yang menjadikan kawasan berkenaan sebagai sarang untuk melepaskan gian. Turut membantu dalam Ops Tapis bersepadu ini adalah anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPK dan Pasukan Gerakan Am (PGA)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai Ops Tapis bersepadu yang bermula pukul 4 pagi hingga 6 petang di ladang sawit Felda Jengka 8 dan Jengka 12 semalam.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Sulaiman A Hamid.

Menurutnya, menerusi Ops Tapis ini, seorang wanita berusia lewat 20-an ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki 23 gram dadah jenis heroin manakala seorang lagi ditahan di bawah Seksyen 39A akta yang sama.

Tambah beliau, turut dirampas adalah senjata tajam seperti parang sebanyak lima bilah, pisau, gunting, alat menghisap dadah, picagari, telefon bimbit dan pemutar skru.

Ahmad Tajuddin Panglima 4 Briged Mekanize baharu

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Abdul Rahim Abdul Mutalib (duduk kanan) dan Ahmad Tajudin Abdul Ghani (duduk kiri) menandatangani nota serah terima tugas sambil disaksikan oleh Razali Ahmad (tengah) di Kem Batu 10, Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 11 Sept. - Brigedier Jeneral Ahmad Tajuddin Abdul Ghani dilantik sebagai Panglima 4 Briged Mekanise baharu berkuat kuasa semalam.

Beliau yang sebelum ini merupakan Pengarah Rancang, Cawangan Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan mengambil alih tugas tersebut daripada Brigedier Jeneral Datuk Abdul Rahim Abdul Mutalib.

Abdul Rahim yang mula berkhidmat di Markas 4 Briged Mekanise pada 3 Februari tahun lalu bertukar ke jawatan baharu sebagai Ketua Pengarah Perancang Pembangunan, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kementerian tersebut.

Perbarisan majlis serah terima tugas dilakukan di Padang Kawad 1, Rejimen Kor Armor Diraja, Kem Batu 10 di sini hari ini yang turut dihadiri Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad.

Dalam majlis tersebut, turut diadakan upacara menandatangani nota serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa serta penyerahan tombak 4 Briged Mekanise kepada Panglima 4 Briged Mekanize baharu.

Berucap dalam majlis itu, Abdul Rahim menyeru setiap anggota 4 Briged Mekanise melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komited demi memastikan briged berkenaan dapat mencapai tahap optimum dalam segala aspek.

Beliau berkata, seluruh warga briged itu juga perlu bersama-sama dengan Panglima baharu merealisasikan matlamat menjadikan 4 Briged Mekanize sebagai satu ketumbukan yang mendapat sepenuh kepercayaan Tentera Darat dalam sebuah pasukan teras yang jitu dan mampan.

"Bersama-samalah menggembleng tenaga dan bakti perjuangan ke arah kecemerlangan supaya menjadi ketumbukan Mekanize yang kental dan jitu serta kekal mendukung arahan dan mandat dengan penuh tanggungjawab," katanya.

Menurutnya, beliau percaya sesiapa sahaja yang menggantikannya sebagai Panglima 4 Briged Mekanise pasti akan memberikan nasihat serta penekanan yang sama kerana objektif yang ingin dicapai tidak berubah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Dr. Mahathir nafi terlibat projek IC

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

DR. MAHATHIR Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam bagi memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah.

KOTA KINABALU 11 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menafikan terlibat dalam mana-mana projek IC termasuk Projek IC Mahathir seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau yang merupakan saksi ke-209 dalam prosiding Suruhanjaya Diraja (RCI) tentang pendatang asing tanpa izin (PATI) turut menegaskan bahawa tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bagi melaksanakan projek IC berkenaan.

''Saya hanya baru mendengar tentang 'projek IC'. Saya tidak tahu tentang perkara ini, ada orang kata projek Mahathir.

''Nama saya telah digunakan di mana-mana, malah digelar ultra rasis tetapi saya tidak ambil peduli,'' katanya ketika menjawab soalan pegawai pengendali, Manoj Kurup dalam prosiding yang dijalankan di Mahkamah Tinggi di sini.

Dr. Mahathir yang berkot kelabu dilihat tenang dan lancar menjawab semua soalan yang dikemukakan. Beliau hadir dengan ditemani isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak pernah memberi arahan kepada sesiapa untuk melakukan perkara yang menyalahi undang-undang negara.

''Sebaliknya, segala arahan yang diberi sepanjang menjadi Perdana Menteri adalah berlandaskan kepada undang-undang dan Perlembagaan negara,'' katanya yang menjadi Perdana Menteri keempat Malaysia dari 1981 hingga 2003.

Tegasnya, beliau tidak pernah memberi arahan kepada mana-mana pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Mohd. Salleh; bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob; dan bekas setiausaha politiknya, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada rakyat asing yang tidak berkelayakan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Berkaitan dengan pemberian kewarganegaraan yang didakwa sesetengah pihak amat mudah dikeluarkan di negeri ini, beliau berkata, perkara itu ditentukan oleh pihak berkuasa selepas mengambil kira pelbagai aspek dalam perundangan negara seperti tempoh bermastautin dan sebagainya.

Ujar Dr.Mahathir, sesiapa sahaja yang menjadi warganegara akan mempunyai hak untuk mendaftar sebagai pemilih di negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi.

Tambah beliau, jika terdapat penyalahgunaan dalam pemberian kewarganegaraan adalah disebabkan individu tertentu yang gagal melaksanakan amanah dengan baik tetapi tidak melibatkan polisi dan dasar kerajaan.

Ditanya tentang individu yang pernah ditahan kerana mengeluarkan kad pengenalan dengan cara salah termasuk pegawai dari Majlis Keselamatan Negara, beliau menegaskan, ia dilakukan melalui justifikasi sewajarnya.

''Mereka mungkin melakukan sesuatu yang salah. Saya tidak tahu, itu jelas berkaitan isu kad pengenalan. Kita tidak semudahnya menahan orang tanpa alasan,'' katanya.

Mengulas tentang persepsi sesetengah pihak yang mengaitkan isu kad pengenalan palsu dan kemasukan UMNO ke Sabah, Dr. Mahathir berkata, isu kad pengenalan dan kewarganegaraan ini telah timbul sejak Parti Bersatu Sabah (PBS) berkuasa lagi.

''UMNO datang kerana dalam pilihan raya 1999, PBS keluar daripada BN, jadi UMNO perlu datang bagi menguruskan kempen,'' katanya.

Sementara itu, ketika ditanya Pengerusi RCI, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong sama ada beliau bersetuju tentang persepsi dalam kalangan rakyat Sabah bahawa masalah PATI di Sabah berada pada tahap yang serius, Dr. Mahathir mengakui perkara itu perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh.

''Kerajaan telah pun melakukan pelbagai tindakan bagi mengatasi masalah itu termasuk menghantar mereka kembali ke negara asal.

''Masalahnya mereka datang kembali dalam beberapa hari dan menyusup ke kampung air di mana tiada pihak berkuasa seperti Imigresen dan polis,'' ujarnya.

Mahkamah tolak bedah siasat semula mayat anak tersepit

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

IPOH 11 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan seorang bapa supaya mayat anak lelakinya yang ditemui mati tersepit pada palang besi tingkap dapur ketika cuba menceroboh masuk rumah jirannya pada Julai lalu dibedah siasat buat kali kedua.

Perkembangan terbaru itu sekali gus menyebabkan urusan pengebumian Sherol Aizam, 27, kekal tertangguh sehingga hari ini meskipun telah 54 hari disimpan dalam Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainon (HRPB) di sini.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abd. Ghani memutuskan demikian setelah mendapati permohonan Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat, 50, yang diwakili peguam, Mohd. Fitri Asmuni tidak mempunyai asas yang kukuh untuk dipertimbangkan.

Kata beliau, ini kerana Mohd. Damanhuri berbuat demikian hanya kerana ingin mengetahui punca kesam lebam yang terdapat pada badan anaknya sedangkan perkara itu telah direkodkan dalam laporan bedah siasat pertama yang dibuat pakar perubatan HRPB.

''Dalam laporan tersebut juga telah dinyatakan kematian mangsa bukan sahaja berpunca kerana sesak nafas akibat tersepit malahan kesan daripada tiga jenis dadah yang ditemui dalam badan dan air kencingnya.

''Oleh itu, persoalannya jika dilakukan bedah siasat kedua atau ketiga sekalipun adakah doktor dapat mengetahui punca dan siapa yang telah menyebabkan kesan lebam berkenaan?

''Kalau tidak boleh, kenapa perlu buat. Oleh itu permohonan ini tidak boleh dibenarkan kerana kalau dibuat ia hanya urusan sia-sia,'' kata Hakim Zainal Adzam.

Beliau sebelum itu turut menegur tindakan Mohd. Fitri yang berkali-kali dalam hujahannya menyebut mengenai 'cakap-cakap' yang didengarnya serta keluarga mangsa yang mendakwa punca kematian Sherol Aizam berunsur jenayah.

Sambil membidas tindakan tersebut, Hakim Zainal Adzam berkata, 'hearsay' (dengar cakap) tidak boleh diterima di mahkamah sebagai bukti kerana mereka terikat dengan undang-undang mengikut Akta Keterangan.

''Sebagai peguam kamu harus bagi nasihat yang tepat kepada anak guam. Jangan ikut emosi sahaja dan buat permohonan sesuka hati hanya kerana dengar-dengar cakap orang. Ini mahkamah, bukannya kedai kopi.

''Jangan terus melatah. Sepatutnya bagi penerangan jelas bahawa hanya melalui siasatan polis dan inkues sahaja punca lebam itu dapat diketahui dan bukannya melalui permohonan ini,'' tegas Hakim Zainal Adzam.

Pada 27 Julai lalu, Mohd. Damanhuri membuat laporan polis di Balai Polis Manjoi di sini kerana tidak berpuas hati dengan siasatan kematian anaknya dan menuntut supaya siasatan dan bedah siasat kedua dilakukan.

Menurutnya, keraguan itu berpunca selepas dia melihat keadaan mayat Sherol Aizam yang terdapat beberapa kesan kecederaan pada badan.

Dalam kejadian 20 Julai lalu, tindakan Sherol Aizam yang cuba menceroboh masuk sebuah rumah jiran berakhir apabila dia ditemui mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur kediaman itu di Taman Saz di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Mangsa yang merupakan anak sulung dipercayai masuk dengan membuka tingkap di bahagian sinki dapur rumah jenis teres setingkat itu yang terletak selang beberapa buah dari kediaman keluarganya.

Sementara itu, Mohd. Damanhuri ketika ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau akan berbincang dengan Mohd. Fitri berkenaan tindakan lanjut yang akan dilakukan dalam kes anaknya itu.

Mohd. Fitri pula memberitahu, beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada untuk merayu atau membuat permohonan supaya satu inkues dibuat bagi mengetahui punca kesan lebam tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Keajaiban Zikir Terapi Diri

Posted: 10 Sep 2013 10:26 PM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF

GAYA Hafiz yang berjubah sewaktu menghiburkan para hadirin.

PERCAYA atau tidak zikir terapi yang diadun bersama dengan alunan muzik boleh membantu dalam menjayakan sesuatu kaedah rawatan menerusi perubatan alternatif.

Hafiz Hamidun yang mempopularkan irama zikir yang berteraskan ayat-ayat al-Quran turut merasai kesannya sewaktu dia menjalani pembedahan mata baru-baru ini.

Menurut penyanyi berusia 29 tahun ini, dia mengakui irama zikir terapi banyak membantunya meringankan tekanannya sewaktu proses pembedahan itu dijalankan.

"Pembedahan itu dilakukan oleh Prof. Dr. Muhaya Muhammad pada Mei tahun lepas. Masa pembedahan itu lagu-lagu zikir terapi telah dipasang dan saya telah menghayatinya.

"Walaupun pembedahan secara lasik bagi membetulkan selaput mata itu dilakukan dalam keadaan saya sedar tanpa menggunakan ubat bius tetapi saya tidak berasa sakit.

"Lima belas minit daripada rakaman pembedahan mata saya itu telah disiarkan di laman video YouTube di Internet dan sehingga kini ia ditonton oleh lebih 45,000 penonton," katanya kepada Hits.

Hafiz mendedahkan tentang keberkesanan zikir terapi bukan sahaja untuk tujuan hiburan tetapi juga membantu dalam kaedah perubatan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Pada majlis itu dia yang juga seorang pengacara melancarkan album Zikir Terapi keduanya terbitan syarikatnya, Arteffects Sdn. Bhd. yang diedarkan oleh Warner Music sejak bulan lalu.

Selepas pembedahan itu yang turut dibantu dengan alunan irama lagu-lagu zikir terapi nyanyiannya matanya yang rabun kini telahpun pulih seperti sediakala.

"Kebetulan selepas pembedahan itu, pada sebelah malamnya saya ada persembahan nyanyian. Sebelum persembahan itu saya sempat menunaikan solat fardhu Maghrib.

"Alangkah terkejutnya saya apabila saya buat pertama kalinya dapat melihat gambar di sejadah saya dengan jelas tanpa menggunakan cermin mata sejak 15 tahun lamanya.

"Ketika solat Maghrib itu hati saya sebak kerana Allah telah memberikan semula nikmat penglihatan kepada saya. Saya menelefon Dr. Muhaya dan ucapkan terima kasih kepadanya.

"Saya anggap tidak sia-sia album Zikir Terapi 1 yang saya terbitkan sebelum ini kerana ia membantu pesakit yang sedang menjalani rawatan termasuk saya sendiri," ujarnya.

Tambah penyanyi berusia 29 tahun ini, dia yakin lagu-lagu berkonsepkan irama zikir terapi yang berteraskan ayat-ayat al-Quran semakin menjadi perhatian dalam masyarakat.

Kata Hafiz, banyak pusat-pusat perubatan termasuklah juga pusat-pusat spa yang menyiarkan lagu-lagu seperti itu dalam premis-premis mereka.

"Kalau dulu orang gunakan lagu-lagu zikir terapi ini untuk menghafal ayat-ayat yang baik-baik terutama ayat-ayat al-Quran tetapi sekarang ia menjadi peneman orang sakit pula," katanya.

Suka gadis Indonesia

Dalam pada sibuk menguruskan syarikat rakamannya, Arteffect Sdn. Bhd. dan mempromosikan album Zikir Terapi 2, Hafiz juga tidak lupa tentang masa depannya.

Sama seperti lelaki lain, dia juga mengimpikan untuk hidup berumahtangga bersama-sama dengan gadis idamannya yang dikatakan baru muncul dalam hidupnya baru-baru ini.

Hafiz tidak menafikan dia kini sedang menjalin hubungan intim dengan seorang gadis berasal dari Indonesia yang dikenalinya sejak kira-kira setahun yang lalu di Mekah.

"Saya mengenali gadis berasal dari Indonesia ini semasa mengerjakan umrah di Mekah pada tahun lepas. Saya tidak mahu mendedahkan identiti gadis ini kerana kami hanya berkawan.

"Apa yang saya boleh cakap umur gadis ini baru 23 tahun. Dia tinggal di Mekah tetapi hubungan kami terhalang kerana ibu bapanya menghalang perhubungan kami kerana sebab-sebab tertentu.

"Mungkin kerana kami berbeza negara dan sebab-sebab lain. Apa pun saya redha dengan ketentuan Allah. Mungkin ada hikmahnya kalau saya ditakdirkan lambat kahwin," jelasnya.

Malah, bagi melupakan seketika kesibukan kerja dan bagi menghiburkan hatinya itu, Hafiz pada hari raya Aidilfitri yang ketiga baru-baru ini telah pergi bercuti ke Istanbul, Turki.

Katanya, dia pergi ke sana bukan kerana membawa hati yang kecewa tetapi kerana mahu bercuti sambil melawat ke tempat-tempat menarik di negara tersebut.

"Saya pergi ke sana seorang diri. Ini adalah masa yang sesuai untuk saya bercuti. Apatah lagi, Turki adalah antara negara yang saya hendak lawati sejak dari dulu lagi," jelasnya.

Tambah Hafiz lagi buat masa ini dia mahu mempromosikan album Zikir Terapinya itu termasuklah bagi dipasarkan di negara luar terutamanya Indonesia tidak lama lagi.

Ekspresi Zeta Jones selepas cerai

Posted: 10 Sep 2013 10:26 PM PDT

cATHERINE Zeta jones bersama dengan suaminya, micheal douglas sewaktu mereka masih berstatus sebagai suami isteri.

DI KALA pasangan lain sedang asyik dengan berita gembira melibatkan perkahwinan dan pertunangan, berbeza pula ceritanya dengan aktress jelita ini, Catherine Zeta Jones.

Ramai yang sudah mengetahui pasangan Zeta Jones dan Micheal Douglas dikhabarkan telah berpisah.

Namun, selepas berita itu keluar, Zeta Jones dikatakan telah menyendiri di rumah.

Baru-baru ini, setelah puas menyembunyi daripada masyarakat, Zeta Jones akhirnya muncul namun daripada riak mukanya, nampak riak kesedihan di wajahnya.

Menurut laporan Daily Mail, wanita berusia 43 tahun itu muncul di Greenwich, Connecticut pada Rabu lalu.

"Wajahnya memang tidak mempamerkan sebarang senyuman. Malah, penampilannya juga nampak muram dengan pakaian serba hitam," kata sumber.

Tambahnya lagi, Catherine berjalan dengan hanya ditemani sepuntung rokok yang dihisap sepanjang jalan.

"Walaupun dia kelihatan masih berduka dengan perpisahan itu, di jarinya masih ternampak dia memakai cincin pernikahannya," ujarnya.

Zeta Jones berpisah dengan suaminya pada akhir Ogos lalu.

Setelah membina rumah tangga selama 13 tahun, pasangan ini dilanda masalah dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah dan menjalani kehidupan masing-masing.

Sebelum ini, Douglas mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan berpisah dengan isterinya dan menegaskan dia hanya berpisah untuk sementara waktu sahaja.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Agenda bantu usahawan Mara

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Oleh FAUZIAH AROF
rencana@utusan.com.my

APABILA menyentuh mengenai usahawan-usahawan Majlis Amanah Rakyat (Mara), maka ramai yang mengaitkannya dengan kegiatan perniagaan yang diusahakan oleh pemain-pemain industri kecil dan sederhana (IKS) yang berada di kawasan-kawasan luar bandar atau di kampung-kampung.

Usahawan-usahawan ini dikaitkan dengan kegiatan 3K iaitu mengusahakan keropok, kerepek dan kicap. Dan pengusahanya terdiri daripada golongan bukan profesional, tidak berpendidikan tinggi, golongan tua, suri rumah dan ibu-ibu tunggal.

Dan dalam pada itu, usahawan-usahawan Mara juga tidak dapat lari daripada 'persepsi semasa' bahawa mereka ini sering bergelumang dengan kegagalan, berskala kecil, hasil yang ala kadar, mudah gulung tikar dan akibatnya tidak dapat membayar semula pinjaman.

Maka disebabkan persepsi-persepsi sebegitulah, mungkin Mara yang ditubuhkan pada 1 Mac 1996 yang bertujuan membangun dan meningkatkan tahap sosioekonomi orang Melayu dilihat bukan lagi menjadi badan perdana untuk membantu usahawan-usahawan kecil Melayu.

Justeru wujudlah agensi-agensi lain seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Teraju, Amanah Ikhtiar, Tekun dan beberapa lagi yang matlamatnya untuk melakukan lonjakan baru bagi membantu orang Melayu dalam bidang keusahawanan di negara ini.

Cerita tentang 3K itu sebenarnya cerita 15 atau 20 tahun lalu. Walaupun pemain IKS kategori ini masih ramai dan bilangannya terus bertambah, namun banyak pihak juga yang tidak menyedari bahawa telah lama wujud ramai usahawan Melayu teknokrat yang berpengetahuan luas dalam pelbagai industri, profesional, berlatar belakang korporat yang terlibat dalam banyak industri kritikal dan berdaya maju.

Dan tidak semua usahawan Mara gagal. Ada yang berjaya tetapi mereka ini selepas mengikuti program Mara keluar daripada program-program keusahawanan agensi itu, 'duduk diam' atau istilah mudah lain yang sering digunakan adalah 'makan seorang' dan ada yang meletakkan bahawa kejayaan mereka itu dibantu oleh pihak bank. Ini menggandakan lagi pelbagai persepsi mengenai usahawan Mara dan agensi itu sendiri.

Menurut, Presiden Persatuan Pengilang dan Usahawan Mara Malaysia (UsahawanMara) Halim Mohamad, ramai ahli UsahawanMara yang terlibat dalam bidang-bidang baru diteroka seperti perabot perkapalan, perkilangan alat ganti polyurethane untuk industri minyak dan gas, pembuatan plastik mesra alam dari ubi kayu, perkilangan ubat-ubatan farmaseutikal, pembuatan implan ortopedik, perkilangan kertas pasir, perusahaan ekstrak minyak sawit dan banyak lagi.

Untuk bidang-bidang baru teroka ini, beliau memberitahu, ada antaranya merupakan rakyat Malaysia yang pertama yang menceburi bidang-bidang tersebut dan kebetulannya mereka ini ialah usahawan Melayu.

"Dulu orang Melayu menjadi usahawan dan membuka perniagaan kerana terpaksa, tiada pilihan, kerana tiada kerja. Zaman sekarang ini teknorat Melayu memilih untuk menjadikan bidang keusahawanan itu sebagai satu kerjaya dan serius dengan kerja mereka" katanya.

Jelasnya, kebanyakan yang terlibat dalam bidang-bidang yang baru diteroka ini mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam sesuatu bidang itu.

Walau bagaimanapun, katanya, modal atau untuk mendapat pembiayaan adalah kekangan utamanya kerana bidang-bidang baru berkenaan berkehendakkan modal yang besar untuk beroperasi.

"Pinjaman ini pun bukan untuk pemilik. Ia lebih kepada menjalankan operasi dan membayar gaji-gaji pekerja yang kebanyakannya profesional. Usahawan Mara ini bukan macam dulu lagi mendapat kontrak dan bila habis kontrak semuanya habis. Yang meneroka bidang baru ini kita beroperasi secara berterusan dan pekerja-pekerja ini perlu dibayar gaji setiap bulan," katanya.

UsahawanMara merupakan persatuan yang didaftarkan pada 4 Ogos 2011 yang diilhamkan oleh Datuk Ibrahim Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa beliau menjadi Ketua Pengarah Mara.

Menurut Halim, persatuan itu mendukung hasrat dan harapan tinggi orang Melayu terhadap pernyataan Misi Nasional, Teras 3 iaitu "menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif," melalui KRA 4 iaitu "Pembangunan pesat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPBB) dan penyertaan berkesan profesional dalam sektor korporat'' seperti yang tercatat dalam RMK-10.

"Di bawah Teras 3 dalam Misi Nasional ini, pihak UsahawanMara berpendapat tiga perkara penting diperlukan untuk mencapai hasrat tersebut iaitu pelaburan, industri dan permodalan. Ketiga-tiga perkara ini ialah alat mencipta kekayaan, peluang pekerjaan dan menguasai pemilikan," katanya dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia di Cyberjaya baru-baru ini.

Dan katanya, melihat kepada matlamat penubuhan Mara di bawah perkara-perkara Fasal 6, Akta Mara yang memberi mandat yang jelas dan menyeluruh kepada Mara untuk membangun dan meningkatkan tahap sosioekonomi orang Melayu, maka agensi yang paling tepat untuk usahawan Melayu bergantung harap tidak lain dan tidak bukan adalah Mara.

"Ini kerana aktanya memberikan ruang agenda itu untuk diterjemahkan khususnya kepada golongan Melayu. Mara mempunyai Permodalan Mara Berhad untuk pengurusan dana modal, Mara ada Bahagian Pelaburan untuk membuat pelaburan dan ada Bahagian Industri untuk memajukan industri Melayu," katanya.

Walau bagaimanapun, katanya, isunya sejauh mana ketiga-tiga sumber ini berjaya digerakkan secara berkesan untuk benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan sasar.

"Perkara inilah yang persatuan boleh berbincang dengan dengan kepimpinan Mara kerana kita mempunyai idea daripada perspektif kami untuk membantu jentera dan instrumen Mara. Mara sudah mempunyai infrastrukturnya," jelas beliau.

Dalam pada itu, katanya, Mara perlu diberikan peruntukan yang lebih oleh pembuat dasar untuk membantu usahawanusahawan Melayu ini berdasarkan tujuan penubuhannya dan juga kuasa-kuasa yang termaktub dalam Fasal 6 Akta Mara (Akta 489).

Halim berkata, sebagai contohnya, kebanyakan agensi-agensi lain tidak berminat dengan usahawan yang pernah gagal dalam memberikan pembiayaan.

"Usahawan yang gagal ini dilihat seperti mendapat penyakit kusta, jadi mereka akhirnya terpaksa cari ah long. Di negara ini rata-rata usahawan yang gagal kali pertama disisihkan sedangkan di negara-negara maju tidak begitu. Kekuatan mereka yang pernah gagal ialah jati diri lebih mantap,'' katanya.

Jadi, katanya, persatuan itu dan Mara perlu duduk berbincang dan boleh mencari jalan penyelesaian membantu mereka ini.

Katanya, persatuan itu ditubuhkan bukan untuk meminta diberikan kadar sewa premis yang rendah kepada ahli-ahli tetapi sebagai golongan pendesak kepada pembuat dasar untuk memberi sokongan kepada program-program keusahawanan Mara, bekerjasama dengan Mara untuk menunjukkan kepada kerajaan bahawa Mara tidak gagal dalam pembangunan keusahawan Melayu.

"Jika sewa dah tinggi gunakan keuntungan untuk menarik ramai pelanggan di premis berkenaan atau melakukan promosi-promosi,'' katanya.

Halim berkata, peranan Mara dalam membantu orang Melayu dalam pelbagai bidang terutamanya pendidikan tidak boleh dinafikan. Mara mendahului zaman sebagai sebuah agensi perubahan bertujuan mensejahterakan rakyat pribumi melalui tindakan afirmatif. Mara berjaya merubah umat Melayu dari belenggu kemunduran pasca 50 tahun merdeka.

Justeru, kini orang Melayu mempunyai kelas menengah berbanding awal kemerdekaan. Namun, peratusan kelas menengah orang Melayu masih lagi tertinggal berbanding dengan kaum lain. Malah kualiti golongan menengah orang Melayu dari segi pendapatan isi rumah dan pemilikan harta juga jauh lebih rendah.

Dan pemilikan harta dan ekuiti itu, kata Halim, tidak boleh diperoleh dengan sekadar bekerja tetap kerana kadarnya keberhasilannya tidak secepat melalui penglibatan dalam bidang keusahawanan.

Beliau mengakhiri pertemuan dengan menyatakan harapan UsahawanMara agar di bawah kepimpinan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara yang baru, usaha pembangunan keusahawan oleh Mara dapat disegarkan dan pencapaian kelas dunia dapat dicapai, selaras dengan visi dan misi korporat Mara yang dizahirkan melalui moto Mara iaitu "Keusahawan dan Pendidikan Global".

PPPM: Persiapan hadapi alaf 21

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

PROF. DATUK DR. SIDEK BABA
Prof. Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 6 September lalu adalah persiapan untuk menyediakan generasi penerus dan negara menghadapi cabaran alaf 21.

Antara cabaran alaf 21 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan yang dinamik. Perkembangan teknologi terutama teknologi maya dan media baru adalah cabaran yang perlu dihadapi dengan perancangan yang rapi dan strategik.

Faktor globalisasi adalah faktor paling utama mendepani cabaran perubahan hari depan. Faktor hak asasi manusia mengikut ukuran Barat, budaya popular dan hedonistik yang sedang menular, hegemoni pihak luar terhadap faktor teknologi, ekonomi dan budaya memberikan Malaysia pilihan mencabar untuk terus maju dan berubah.

Oleh itu generasi muda harus dipersiapkan untuk respons kepada cabaran globalisasi di samping mengukuhkan asas-asas fundamental dan relevan dengan iklim Malaysia yang ingin maju dalam acuan kita sendiri.

Perubahan dalam ilmu dan pendidikan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Tradisi penyelidikan dan pengembangan menyebabkan ilmu berkembang dinamik. Ia menuntut kebijaksanaan bagaimana perkembangan ilmu khususnya dalam bidang sains dan teknologi dapat disantuni dan dimanfaatkan dengan bijaksana.

PPPM melibatkan kajian terhadap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid dan orang ramai di seluruh negara. Ia telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa.

Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Kualiti kurikulum dan guru, pengurusan sekolah dan masyarakat, kaedah penyampaian dan cara pengukuran mempunyai kaitan rapat membangun pelan ini.

Terdapat enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing di peringkat global. Ciri-ciri itu ialah ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.

Ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang amat penting bagi mendepani perubahan. Integrasi ilmu dan nilai adalah sesuatu yang amat penting supaya ilmu tidak hanya dipelajari secara mekanistik tetapi sekali gus membentuk sahsiah dan jati diri pelajar.

Kemahiran berfikir merupakan faktor penting perubahan berlaku. Ilmu tidak hanya dihafaz semata-mata untuk keperluan peperiksaan. Dalam tradisi umat Islam yang membawa kepada tamadun proses pengajaran dan pembelajaran melalui lima tahap yang sifatnya saling mengukuh. Di samping hafazan, kefahaman adalah perlu.

Selepas faham, berfikir adalah amat utama. Berfikir melahirkan pemikiran (fikrah). Daripada nya proses internalisasi (penyerapan) harus berlaku. Akhirnya manifestasi ilmu itu terlihat pada amal.

Kemahiran memimpin memerlukan latihan. Kokurikulum dan ekstra kurikulum yang harus disusun semula supaya potensi pelajar dapat dingilap secara praktis dan bersifat lapangan. Kepimpinan dan pengikutan adalah asas penting lahirnya sistem dan masyarakat yang baik.

Kemahiran dwi bahasa dan beberapa bahasa dalam konteks Malaysia amat mustahak. Penguasaan bahasa Melayu yang berstatus ilmu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa harus dijadikan fokus. Dalam tradisi tamadun Islam terdahulu penguasaan banyak bahasa menjadi resam amalan dalam kalangan ilmuwannya dan bahasa Arab dijadikan bahasa utama.

Etika dan kerohanian adalah sesuatu yang paling utama dalam mana-mana proses transformasi pendidikan. Agama yang mendukung Nilai Paling Utama (Supreme Values) dan Nilai-nilai Interaktif (sejagat) adalah penting membentuk watak dan sahsiah.

Barat suatu ketika menjadikan agama sebagai latar penting pembinaan etika dan nilai.

Mendepani Barat dan Timur, warga Malaysia harus memanfaatkan faedah berbanding yang sifatnya menyumbang ke arah pembangunan tamadun. Tradisi Islam silam menjadikan ini sebagai resam tradisi yang sifatnya menyumbang terhadap kemajuan tamadun Islam itu sendiri.

Dalam konteks Islam faktor berbanding ini perlu melalui penyesuaian epistemologi (falsafah ilmu) supaya ia terbina dengan kekuatan etika dan nilai. Inilah yang dikatakan integrasi dan islamisasi ilmu yang giat dilaksanakan di Malaysia supaya tasawwur mengenai ilmu sifatnya merangkumi.

Malaysia ada perjalanan sejarah dan budayanya sendiri. Kemajmukan adalah ciri penting masyarakatnya. Amat penting sistem pendidikannya mendidik warga pelajarnya dengan rasa kecintaan yang tinggi terhadap negaranya dan bersikap patriotik terhadapnya.

Patriotisme di Amerika Syarikat umpamanya boleh dipelajari bagaimana konsep melting-pot menghasilkan warga yang patriotik walaupun wujud perbezaan kaum dan kelainan faham politik.

Enam ciri di atas ditunjangi dengan 11 anjakan utama supaya proses transformasi berlaku.

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan memperlajari bahasa tambahan.

3. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

4. Mentransformasi misi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.

5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasakan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.

8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian.

9. Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.

Sekiranya anjakan tersebut dapat dijadikan proses utama dalam menyediakan ejen perubahan dalam pendidikan Wawasan 2020 akan menjadi suatu kenyataan. Malah PPPM melampaui sehingga tahun 2025 supaya kemajuan itu menuju kepada suatu peradaban.

Malaysia memilih pendekatan transformatif yang sifatnya gradual tetapi konsisten. Ia menginsafi proses membentuk manusia tidak boleh berlaku dengan sekelip mata apalagi untuk merubah sistem ke arah etika tinggi dan berasaskan nilai menuntut perancangan yang rapi dalam meraikan agenda yang strategik supaya yang dikejar dapat dan yang dikendung tidak berciciran.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Susahnya bersuamikan gay

Posted: 10 Sep 2013 10:26 PM PDT

BAGI Maisara (bukan nama sebenar) sudah tiga tahun dia cuba menahan diri dan bersabar untuk menyelamatkan perkahwinannya daripada runtuh kerana cinta yang terlalu mendalam terhadap Hafiz (juga bukan nama sebenar).

Sepanjang tiga tahun itu jugalah dia melalui pelbagai cabaran dalam perkahwinan. Selain sentiasa ditinggalkan suami, dia juga terpaksa menjadi insan yang pandai berbohong kepada ibu dan ayahnya dengan memberi pelbagai alasan demi menyelamatkan air muka dan maruah Hafiz, yang kini bekas suaminya.

Apa yang paling mengejutkan, sepanjang perkahwinan tersebut dia tidak pernah 'disentuh' oleh Hafiz menyebabkan dia kekal dengan statusnya sebagai anak dara sejak berkahwin sehinggalah dia diceraikan baru-baru ini.

Perkenalannya dengan Hafiz, yang ketika itu bergelar duda, hanya berlangsung selama enam bulan sebelum lelaki itu bertindak menghantar pinangan.

Ternyata Maisara yang sedang kemaruk cinta dan asyik mahsyuk dengan Hafiz yang bertubuh sasa dan agak tampan, cepat sahaja melontar persetujuan biarpun mengetahui perkenalan mereka cukup singkat.

"Hafiz cinta pertama saya. Walaupun dia pernah berkahwin dan bercerai kerana dakwanya sudah tiada persefahaman, semuanya tidak menjadi hal bagi saya.

"Rombongan peminangan pun dihantar di kampung saya di Johor. Peliknya dari sebelah pihak lelaki dia hanya mewakilkan dua orang sahabat tanpa ada saudara-mara yang rapat.

"Dia menyatakan ibu dan bapanya tidak boleh hadir kerana mereka tidak sihat. Alasan itu tetap saya terima seadanya kerana ingin bersama dengan dia sehidup dan semati," ujar Maisara lembut.

Tiba hari perkahwinan, sekali lagi hanya Hafiz dan dua tiga orang rakan rapatnya menghantar pengantin.

Apabila ditanya baharu dia mengaku perkahwinan itu tidak mendapat restu daripada orang tuanya.

Namun dia meyakinkan Maisara, semua itu hanya sementara kerana selepas ini mereka akan cuba berbaik dengan orang tuanya.

"Pernikahan dan persandingan pun diteruskan dan saya telah sah menjadi isterinya. Pada malam pertama kami, Hafiz tidak tidur bersama saya tetapi memberi alasan terpaksa balik ke Kuala Lumpur petang itu juga kerana ada hal penting berlaku di pejabat.

"Memandangkan enggan berprasangka buruk terhadap suami sendiri saya bersetuju apatah lagi masa kami sebagai suami isteri masih panjang, biarpun ibu, ayah dan adik-beradik mempersoalkan tindakan Hafiz.

"Sehari selepas majlis pernikahan dia mengarahkan saya balik ke Kuala Lumpur dengan segera dan dia hanya menunggu di stesen bas di Puduraya," jelasnya.

Bulan pertama perkahwinan, rumah tangganya berjalan seperti biasa. Hafiz melayannya dengan baik dan segala keperluan rumah semua disediakan.

Cuma seperkara yang menjadi kemusykilan Maisara iaitu Hafiz masih enggan mendekatinya secara intim.

Ada sahaja alasan yang diberi. Paling tidak pun dia akan balik kerja lewat malam selepas Maisara tidur.

Pada hujung minggu pula dia sering ditinggalkan kerana Hafiz sering memberi alasan perlu balik ke kampung untuk mengambil hati ibunya yang masih menentang perkahwinan mereka.

"Apabila saya memohon izin untuk ikut balik kampung bertemu dengan keluarganya dia melarang dengan alasan ibunya tidak boleh menerima saya sebagai menantunya.

""Selepas bercerai baru saya tahu bukan itu sebabnya. Memang dia balik kampung tetapi bukan bertemu ibubapanya tetapi melepak bersama rakan-rakan lelakinya," jelas Maisara panjang lebar.

Bulan membawa ke tahun, kehidupan Maisara begitu juga tanpa ada tanda-tanda perubahan. Begitu pun dia cuba mengawal kesabaran dan kerap kalijuga berbohong kepada keluarganya di Johor apabila Hafiz seringkali tidak balik ke kampung mertuanya.

Puas Maisara berfikir apa sebenarnya yang menjadi masalah bekas suaminya dan apa punca kepada keadaan rumah tangganya yang tidak menentu.

Hendak mengadu kepada rakan atau ibu bapa, Maisara terasa malu kerana rumah tangganya tidak sampai setahun sudah mempunyai masalah sedangkan majlis persandingan tempoh hari dibuat secara besar-besaran.

"Saya pernah cuba bertanya pada suami kemungkinan dia ada masalah kesihatan dan menyarankan berjumpa doktor. Tapi akhirnya saya pula dimarahi dan dituduh cuba mereka-reka cerita.

"Selepas daripada itu, hubungan kami makin dingin. Dia semakin jarang menegur saya dan tabiatnya balik lambat semakin menjadi-jadi hingga kadang kala langsung tidak pulang ke rumah.

"Apabila ditanya, seperti biasa dia akan memberi alasan, lepak di rumah kawan-kawan bujangnya."

Buntu dengan keadaan tersebut, Maisara akhirnya nekad untuk mencari jawapan sendiri.

Dia berusaha menjejaki bekas isteri Hafiz, Ila (bukan nama sebenar) dan berjaya memperoleh nombor telefon wanita tersebut.

" Akhirnya kami bersetuju berjumpa di satu tempat yang telah dirancangkan. Saya cerita segala masalah yang saya lalui dan apa yang mengejutkan saya, dia juga melalui pengalaman yang sama," jelasnya.

Menurut Ila, , mereka hanya sempat menjalani kehidupan berumahtangga selama setahun dan setelah dirisik pada rakan-rakan Hafiz barulah diketahui lelaki itu merupakan seorang gay.

"Berita yang disampaikan Ila amat mengejutkan saya. Saya pulang ke rumah dan berdepan dengan Hafiz tentang perkara yang sebenarnya. Pada mulanya dia cuba menafikan, namun akhirnya dia mengaku.

"Dia mengamuk dan mula memarahi saya dengan melemparkan kata-kata nista dan penghinaan. Dia cuba halau saya dari rumah tetapi saya tidak berganjak sehingga akhirnya dia sendiri yang keluar," kata Maisara.

Biarpun sudah mengetahui kecenderungan Hafiz, Maisara tetap setia menunggu dan berdoa agar sikap suaminya itu berubah serta kembali ke pangkal jalan dengan meninggalkan rakan-rakan lelakinya.

Kesabaran Maisara akhirnya menemui titik noktah. Biarpun rasa cintanya masih menebal, akhirnya dia nekad memohon fasakh daripada mahkamah.

"Sebelum Ramadan tahun ini saya dengan rasminya telah dijatuhi talak hidup bersendirian tanpa lelaki bergelar suami di sisi," kata Maisara.

Persoalannya sekarang kata Maisara, mengapa Hafiz terdesak menikahi dirinya sedangkan dia tahu nafsunya terarah kepada lelaki.

"Untuk apa pernikahan demi pernikahan kalau sekadar untuk melukakan hati dan perasaan seorang wanita yang juga isterinya yang sah," kata Maisara bungkam.

Rawatan tungku herba

Posted: 10 Sep 2013 10:26 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

Siti Nurbazilah Hasan (tengah) bersama dua orang ahli terapi yang bertauliah.

KESUKARAN mendapatkan tukang urut tradisional membuatkan ramai yang beralih ke spa bagi mendapatkan rawatan tersebut.

Suasana tenang, damai dengan dibuai oleh alunan muzik lembut menjadikan mereka yang menerima rawatan ini berasa amat puas dan segar setelah selesai rawatan.

Rawatan urutan badan di spa lazimnya dilakukan oleh tukang urut yang berpengalaman dan mengetahui mengenai masalah yang dialami oleh seseorang seperti ketegangan, angin dan sebagainya.

Rawatan pelbagai jenis urutan badan yang disediakan di Jari Spa memberikan kepuasan kepada mereka yang pernah mengalaminya. Di antara jenis urutan badan yang disediakan di sini ialah urutan badan Bali, urutan aroma terapi, melegakan ketegangan badan, urutan badan istimewa Jari, urutan menggunakan batu, selepas bersalin dan terbaru ialah Herbal Ball Thai Pack.

Menurut Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan Jari Spa, Siti Nurbazilah Hasan, urutan badan Herbal Ball Thai Pack sebenarnya telah popular di Thailand sejak 400 tahun lalu. Ia menggunakan bahan utamanya, iaitu bungkusan yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis herba.

''Bungkusan ini menyerupai tungku yang biasanya digunakan oleh wanita yang baru sahaja bersalin bagi menekan bahagian perut untuk mengeluarkan darah kotor.

''Herbal Ball Thai Pack di Jari Spa menggabungkan urutan Bali dan tungku. Rawatan ini mengambil masa selama 90 minit di mana keseluruhan tubuh akan diurut dahulu menggunakan minyak urut.

''Setelah selesai, badan akan diurut semula dengan menggunakan tungku herba ini yang dipanaskan terlebih dahulu,'' kata Siti Nurbazilah yang ditemui di Jari Spa baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, tungku herba tersebut mengandungi beberapa jenis herba seperti halia, asam jawa, serai, limau purut dan banyak lagi yang telah dikeringkan.

Sebelum digunakan, ia akan dipanaskan dengan cara mengewap selama setengah jam sebelum dituam dan diurut perlahan pada badan pelanggan.

Jelas Siti Nurbazilah lagi, rawatan urutan badan Herbal Ball Thai Pack ini berkesan bagi menghilangkan sakit-sakit sendi, urat kembang dan sakit otot.

Selesai rawatan, pelanggan akan diberikan secawan teh halia yang berfungsi membuang angin.

Katanya lagi, pelanggan tidak digalakkan mandi sehingga dua jam selepas rawatan bagi mengelakkan badan daripada dimasuki angin semula.

Rawatan yang telah tiga tahun dilakukan di spa ini mendapat sambutan yang paling menggalakkan daripada pelanggan termasuk Melayu dan Cina.

Mengambil masa selama satu jam setengah dengan bayaran RM179 dan harga istimewa RM129 untuk pembaca Utusan Malaysia, pelanggan sebaiknya membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang ke Jari Spa.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved