Sabtu, 20 April 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Wendy, Jun Hoong sumbang gangsa

Posted: 20 Apr 2013 12:15 PM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Wendy Ng (atas) dan Cheong Jun Hoong menggegarkan Kolam Renang Diraja Komanwel dengan meraih gangsa pada Siri Terjun Dunia di Edinburgh.

KUALA LUMPUR - Selepas Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee gah menghadiahkan pingat perak kepada negara, awal pagi semalam giliran Wendy Ng Yan Yee, Cheong Jun Hoong menggegarkan Kolam Renang Diraja Komanwel dengan meraih gangsa pada Siri Terjun Dunia, Edinburgh.

Gangsa sudah cukup membuktikan bahawa gandingan Wendy-Jun Hoong harus diberi perhatian kerana ini adalah pencapaian terbaik mereka pada kejohanan ini dalam acara 3 meter papan anjal seirama.

Seperti dijangka, gandingan penerjun China, Wu Minxia-Shi Tingmao menguasai acara tersebut apabila mereka berjaya meraih emas dengan mencatat pungutan mata 332.10 selepas beraksi cemerlang sejak dari pusingan pertama.

Pasangan Britain, Alicia Blagg-Rebecca Gallantree pula menceriakan penyokong tuan rumah selepas beraksi dengan penuh fokus dan yakin untuk memenangi perak dengan catatan mata 305.28.

Sebelum ini, pasangan tuan rumah itu berjaya meraih perak dalam acara yang sama di DWS Beijing, ia sedikit sebanyak membuktikan bahawa penerjun Britain ini mampu pergi jauh mencabar penerjun China.

Wendy dan Jun Hoong berjaya meraih gangsa dan setakat ini ia adalah keputusan paling cemerlang dicatatkan mereka selepas DWS Beijing dan Dubai.

"Prestasi kami sangat baik malam ini (semalam) namun kami masih perlu memperbaiki segala kelemahan yang ada. Kami berasa gementar sebelum turun ke kolam renang.

"Apa pun kami sangat gembira kerana berjaya menghadiahkan pingat buat negara kami di Edinburgh," kata Jun Hoong yang mencipta sejarah tersendiri tahun lalu apabila berjaya melayakkan diri di Sukan Olimpik 2012 London.

Kelmarin Pandelela dan Mun Yee menceriakan kem negara selepas menghadiahkan pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama.

Jangan letak harapan tinggi di bahu Iskandar - Jurulatih

Posted: 20 Apr 2013 12:15 PM PDT

Masih terlalu awal meletakkan harapan pada Iskandar pada Sukan SEA.

KUALA LUMPUR - Tiada harapan tinggi dibebankan ke atas jaguh muda lompat bergalah lelaki negara, Iskandar Alwi pada penyertaan atlet itu pada Sukan SEA, Myanmar Disember ini.

Sungguhpun atlet itu sudah berupaya memperbaharui rekod kebangsaan pada bulan lalu, ketua jurulatih acara lompatan, Mohd. Man Sahar Abdul Jalil menegaskan, masih terlalu awal untuk meletakkan sasaran pingat emas kepada Iskandar pada temasya dwi tahunan itu.

Kata Mohd. Man Sahar, masih ba nyak yang perlu diperkemaskan oleh pemegang rekod kebangsaan berusia 19 tahun itu untuk cemerlang meskipun telah melepasi kelayakan ke Sukan SEA secara merit.

Iskandar melepasi kelayakan Sukan SEA apabila memenangi Kejohanan Olahraga All Comers pada awal bulan lalu dengan catatan 5.01 meter yang memperbaharui rekod kebangsaan milik jurulatihnya sendiri Teh Weng Chang dilakukan pada 2002.

"Jika mahu memenangi emas Sukan SEA, dia (Iskandar) sekurang nya perlu membuat catatan 5.20m.

"Namun, apa yang telah dilakukannya sekarang sudah baik dan hanya perlu meningkatkan lagi tahap prestasi dari semasa ke semasa.

"Saya tidak boleh janji dia boleh memenangi emas tetapi saya yakin dia akan meraih satu pingat pada Sukan SEA nanti tidak kiralah apa warna sekalipun," kata Mohd. Man Sahar.

Selepas ratu lompat bergalah negara, Roslinda Samsu bersara tumpuan terarah kepada Iskandar bagi menyambung kesinambungan emas dalam acara tersebut meski pun berbeza kategori.

Sementara itu, Mansahar turut memberitahu dalam tempoh dua ta hun lagi Iskandar diyakini mampu menghadiahkan emas pada temasya tersebut.

"Jika kita tidak boleh memenangi emas Sukan SEA dalam kategori wanita, kita cuba untuk kategori lelaki pula.

"Untuk edisi tahun ini memang sukar tetapi kita dapat beri jaminan bahawa Iskandar akan memenangi emas edisi berikutnya dua tahun lagi," kata Mansahar.

Ketika ini rekod acara lompat bergalah lelaki Sukan SEA masih lagi milik atlet dari Thailand iaitu Kreeta Sintawacheewa dengan catatan ke tinggian 5.21m pada Sukan SEA Laos 2009.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


5 maut nahas 2 kereta, 4 motosikal di Shah Alam

Posted: 20 Apr 2013 04:36 PM PDT

SHAH ALAM 21 April - Lima lelaki maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta dan empat buah motosikal di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang selepas susur Persiaran Kayangan di sini awal pagi ini.

Menurut jurucakap Polis Trafik Daerah, kemalangan berlaku pukul 3 pagi apabila sebuah kereta jenis Honda City merempuh tiga penunggang motosikal yang berhenti di tepi lebuh raya itu selepas kenderaan mereka mengalami kerosakan.

Katanya, sejurus selepas kemalangan yang meragut nyawa pemandu kereta dan tiga penunggang itu, seorang lagi penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta jenis Proton Wira yang berhenti tidak jauh dari lokasi kemalangan. - UTUSAN

Lelaki mati dipercayai ditikam ketika berjoging di Bukit Gasing

Posted: 20 Apr 2013 09:15 AM PDT

Oleh AZRAI MOHAMMAD

PETALING JAYA 21 April - Seorang lelaki maut dipercayai ditikam ketika berjoging bersama keluarganya di Bukit Gasing di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Ong Ai Sam, 52, mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan, dada dan paha.

Menurut jurucakap polis, mangsa telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tetapi disahkan telah meninggal dunia sebelumnya.

"Mangsa mengalami pendarahan yang banyak serta kecederaan di badan, bahu dan paha. Paru-paru mangsa juga didapati bocor.

"Berdasarkan siasatan awal, kita percaya bahawa mangsa telah ditikam dengan senjata tajam," katanya.

Menurut jurucakap itu, Unit Forensik, Unit Jenayah Berat (D9) dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dihantar ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tahanan Guantanamo mogok lapar terus meningkat

Posted: 20 Apr 2013 11:43 AM PDT

WASHINGTON 21 April - Jumlah tahanan yang mengambil bahagian dalam satu mogok lapar di penjara tentera Guantanamo yang dikendalikan Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 77 orang semalam, peningkatan sebanyak 25 kes dalam tempoh beberapa hari lalu.

Leftenan Kolonel Samuel House dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah tahanan yang enggan menerima makanan itu, sebanyak 17 orang diberikan 'makanan secara paksa menerusi saluran tiub.

Sebanyak lima penghuni penjara telah dimasukkan ke hospital walaupun tidak seorang daripada mereka berada dalam 'keadaan kritikal.

Penjara yang menempatkan seramai 166 tahanan dilanda mogok lapar sejak 6 Februari lalu selepas penghuni itu mendakwa pegawai penjara mencari al-Quran mereka untuk diseludup namun dinafikan pegawai pusat berkenaan. - AFP

Tentera China diri khemah di wilayah bertindih di Himalaya

Posted: 20 Apr 2013 10:35 AM PDT

NEW DELHI 21 April - Berpuluh-puluh tentera China mendirikan khemah di sebuah daerah Himalaya yang dituntut India, tindakan yang mampu membangkitkan semula ketegangan di antara negara kuasa nuklear berjiran, kata sumber kerajaan negara ini, semalam

Menurutnya, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) mula memasuki kawasan yang dituntut oleh India di timur Ladakh dan mendirikan sebuah khemah pada malam 15 April lalu.

Pada masa sama katanya, tentera daripada Polis Sempadan Indo-Tibet juga telah mendirikan sebuah khemah 300 meter bertentangan dengan khemah yang dibina tentera China. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Mahasiswa dan pentadbir universiti perlu terlibat untuk manfaat sejagat

Posted: 20 Apr 2013 12:15 PM PDT

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) dan Daing Nasir Ibrahim (empat dari kanan) bersama penerima anugerah penyelidikan pada Majlis Anugerah Cendekia Bitara Universiti Malaysia Pahang di Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 20 April - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, aktiviti penyelidikan dan inovasi kini tidak semata-mata bersifat eksklusif kepada golongan ahli akademik sahaja tetapi perlu dipelajari oleh pentadbir universiti serta mahasiswa.

Baginda bertitah, langkah itu merupakan sisi baharu dalam cabaran pemerkasaan aktiviti berkenaan iaitu sebahagian daripada pendekatan bukan konvensional.

"Dengan komitmen tersebut dan galakan yang diberikan secara berterusan, lebih banyak hasil penyelidikan dan inovasi berkualiti dapat dihasilkan untuk manfaat sejagat.

"Pada masa sama, iklim positif ini mampu mengekalkan minat warga universiti terhadap aktiviti berkenaan dengan lebih banyak bakat baharu yang mampu dicungkil setiap tahun," titah baginda pada Majlis Anugerah Cendekia Bitara Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini semalam.

Yang turut hadir, Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Seramai 33 penerima iaitu warga akademik universiti itu menerima anugerah kecemerlangan dalam menghasilkan penyelidikan dan inovasi.

Tengku Abdullah bertitah, penyelidikan yang dihasilkan nanti perlu mengambil kira isu, keperluan dan permasalahan setempat bagi memberi nilai tambah terhadap kesejahteraan terhadap masyarakat.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah yang juga Canselor UMP bertitah, universiti tersebut memerlukan para pentadbir berkualiti yang mampu menerapkan elemen penyelidikan, kreativiti dan inovasi bagi meningkatkan keupayaan serta penyampaian perkhidmatan secara konsisten.

"Realiti dunia hari ini menuntut universiti ini untuk lebih merakyat dan bukan lagi memencil sebagai menara gading yang elitis sifatnya.

"Maka cabarannya kini ialah menghasilkan penyelidikan inovatif dan kreatif yang mengambil kira isu, keperluan dan permasalahan masyarakat," titah baginda.

Baginda bertitah, sekiranya perkara itu mampu direalisasikan, baginda percaya kewujudan universiti tersebut dapat dirasai kehadirannya dan didengari oleh rakyat negeri ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


GoPro Hero3 rakam aksi lasak

Posted: 20 Apr 2013 03:19 AM PDT

DENGAN berat hanya 73 gram, Hero 3 menjadi pilihan terbaik untuk kategori kamera lasak di pasaran.

EHIDUPAN remaja dan aktiviti lasak sememangnya tidak dapat dipisahkan, tidak kira sama ada merentas hutan, memanjat gunung, terjunan bebas, meneroka gua dan sebagainya.

Apabila melakukan aktiviti sedemikian, sudah pasti kamu inginkan rakaman kenangan yang boleh disimpan untuk tatapan diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan yang mana mungkin kamu tidak akan melakukannya untuk kali kedua.

Menggunakan kamera besar mungkin sukar dan jika rakaman dibuat oleh orang lain, pasti kamu tidak dapat merasai pengalaman diri yang sebenar.

Bagi peminat sukan lasak, sudah tentu mereka inginkan sebuah gajet yang ringkas, mudah dan senang dibawa untuk merakamkan saat-saat manis mereka.

Ruangan Gajet kali ini menampilkan kamera bersaiz kecil GoPro Hero yang pastinya menjadi pilihan remaja yang gemarkan sukan lasak.

Model GoPro Hero sudah memasuki edisi ketiga dan lebih dikenali sebagai Hero3. Ia menyenaraikan tiga pilihan kamera untuk keperluan pengguna iaitu Edisi Putih, Edisi Perak dan Edisi Hitam.

Kesemua edisi tersebut memiliki ciri-ciri yang berbeza dan fungsi yang boleh disesuaikan untuk kegunaan si pemakai.

Setiap edisi memiliki ciri yang berlainan iaitu bagi Edisi Putih, ia boleh dianggap sebagai model biasa, manakala Edisi Perak pula adalah model pertengahan dan Edisi Hitam merupakan model tertinggi bagi Hero3.

GoPro sememangnya terkenal dengan kestabilan imej yang dirakam dalam kelajuan tinggi dan keadaan tidak stabil serta amat sesuai digunakan bagi merakamkan aktiviti di udara, mahupun di dalam air.

Setiap set dilengkapi dengan bekas kalis air bagi memudahkan pengguna merakamkan video hingga kedalaman 60 meter serta melakukan aktiviti lasak tanpa sebarang masalah.

Jadi, tidak kira kamu menyelam mahupun bermain kayak, motosikal lasak atau payung terjun, semua aksi yang kamu pamerkan itu akan dirakamkan melalui Hero3 ini.

Bukan itu sahaja, Hero3 turut dilengkapi dengan fungsi WiFi yang membolehkan kamu menggunakan kawalan jauh untuk mengakses kamera dengan mudah dan pantas.

Walaupun fungsi utamanya merakamkan video, namun ia turut dilengkapi dengan fungsi rakaman gambar foto sehingga 12 megapiksel bagi Edisi Hitam.

Kamera Hero3 ini boleh diletakkan di pelbagai permukaan dengan aksesori yang telah disediakan sama ada topi keledar, papan luncur, jet ski, motosikal, basikal dan sebagainya yang dirasakan sesuai.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pasukan terbaik untuk rakyat

Posted: 20 Apr 2013 12:15 PM PDT

BAK kata pepatah Melayu, Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Demikianlah dirasai apabila berbicara dengan DATUK MUKHRIZ TUN DR. MAHATHIR yang pemikirannya sarat dengan idea bernas dan segar pembangunan sebagaimana diwarisi daripada sifat kepimpinan bapanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membawa negara ke puncak kegemilangan.

Ketika ditemui oleh wartawan, SAHBULAH DARWI dan jurugambar, KAMAL BASIR di Titi Gajah, Alor Setar baru-baru ini, Mukhriz yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam memberikan sebab mengapa Kedah perlu dipulangkan kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini untuk masa depan yang jauh lebih baik kepada rakyat dan negeri.

MINGGUAN: Daripada Parlimen Jerlun kini berpindah ke DUN Ayer Hitam, bagaimana Datuk melihat cabaran dan peluang BN di Ayer Hitam?

MUKHRIZ: Saya rasa ini satu perubahan yang agak drastik bagi saya sendiri, yang pertamanya kerana kalau dulu saya menjadi wakil rakyat di Parlimen kemudian dilantik pula sebagai Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan. Tetapi kali ini saya bertanding di negeri yang kalah dan kerusi yang kalah. Saya tiada pilihan melainkan memastikan menang kerusi ini sebagai wakil BN dan memenangkan BN di negeri Kedah. Tentu ia satu cabaran yang agak getir, tetapi saya sudah bersedia menghadapi sejak setahun lepas. Dan dari segi persiapan mental itu pun sudah pada tahap yang tinggi dan sekarang ini cuma nak melaksanakan amanah yang diberikan oleh Pengerusi BN.

Dari segi peluang, saya tak lihat bahawa semuanya bergantung kepada kempen selama dua minggu dari 20 April hingga 5 Mei iaitu hari mengundi. Sebaliknya daripada dalam tempoh lima tahun sebelum ini kita gunakan sebaik mungkin untuk memberi khidmat yang terbaik di seluruh Parlimen Jerlun. Dalam tempoh waktu itu, kita tak mengabaikan amanah yang diberikan oleh rakyat, dan kita ambil masa itu untuk benar-benar memahami apa yang dikehendaki oleh rakyat kawasan itu. Daripada kunjungan kita berjumpa dengan segenap lapisan masyarakat di Jerlun, kita memikirkan cara terbaik untuk selesaikan masalah yang dikemukakan itu. Saya akui walaupun tidak semuanya dapat diselesaikan tetapi banyak juga yang sudah kita buat, dan yang penting sekali rakyat dapat lihat keikhlasan kita untuk menggalas tugas itu. Ini amat berbeza dengan prestasi perkhidmatan yang ditunjukkan ADUN Ayer Hitam sebelum ini walaupun bergelar exco kerajaan negeri nampaknya telah mengecewakan rakyat di DUN itu. Jadi yang kita harapkan ialah rakyat dapat menilai prestasi kerja oleh seluruh pihak sama ada BN atau pakatan pembangkang. Kemudian membuat keputusan daripada penilaian itu siapa yang lebih layak untuk memenuhi segala cita-cita dan aspirasi pengundi.

Apakah rumusan Datuk terhadap calon-calon BN Kedah?

MUKHRIZ: Secara keseluruhan ia satu pasukan yang mewakili pelbagai pihak dari segi usia. Dalam kalangan orang lama yang banyak pengalaman dan ini amat penting dalam soal pentadbiran negeri dan perkhidmatan kepada rakyat. Itu pertama. Mereka diganding dengan muka-muka baharu yang mempunyai kelayakan untuk memikirkan soal pendekatan baharu yang boleh kita gunakan untuk membangunkan negeri Kedah. Maksud saya, kita bukan hanya lihat kepada soal penyelesaian masalah tetapi juga merangka perancangan jangka masa panjang untuk mengangkat Kedah ke tahap pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. Itu gandingan yang amat penting sekali.

Yang kedua, kita ada juga wakil daripada masyarakat wanita yang agak ramai kali ini berbanding dahulu, mereka menunjukkan satu kesungguhan dalam menabur bakti kepada rakyat. Ada perkara tertentu yang mereka lebih cekap berbanding kaum lelaki. Ini satu pengiktirafan kepada mereka dan kita lihat mereka perlu terlibat secara langsung dalam soal pentadbiran negeri terutama dalam soal berkaitan wanita.

Selain itu, kita juga ahli-ahli akademik yang perlu didedahkan kepada situasi sebenar. Saya lihat bahawa beberapa orang yang kita pilih bukan orang yang hanya faham mengenai teori tetapi sudah ada pengalaman praktikal. Kalau ditambah dengan pendedahan secara langsung tentang isu-isu semasa di Parlimen, mewakili rakyat di kawasannya sendiri, jadi dari situ dia dapat menggandingkan pemikiran ilmiah dengan sesuatu yang praktikal yang datang dari rakyat dan dibawa ke Parlimen. Ini satu kombinasi yang amat berkesan dan membantu BN untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Dikatakan calon-calon BN di peringkat DUN pula menggambarkan pasukan untuk mentadbir negeri, apa pandangan Datuk?

MUKHRIZ: Kita fikirkan juga mengenai siapa agaknya boleh memikul tanggungjawab dalam beberapa aspek dalam pentadbiran negeri. Walaupun begitu kita nak cuba tarik seramai mungkin untuk bersama dengan kita untuk menubuhkan satu pasukan yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat. Tetapi saya lihat antara yang paling berupaya untuk membantu melonjakkan atau melaksanakan dasar kerajaan negeri itu ialah golongan perkhidmatan awam (KCS) yang tersohor. Mereka golongan yang siang malam tidur dan berjaga semata-mata untuk Kedah. Jadi mereka dipilih daripada kalangan yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Mereka terlibat secara langsung dalam segala perkara mengenai pentadbiran negeri ini. Saya amat perlukan perkhidmatan terbaik daripada mereka. Ini yang saya anggap sangat penting.

Kadang kala kita cepat hendak menggunakan pakar runding luar untuk menasihati kita tentang apa yang boleh kita lakukan di sesuatu negeri. Ya, mungkin mereka mempunyai idea baru tetapi yang saya lihat banyak juga maklumat mereka ambil daripada orang tempatan. Orang yang turun padang akan tahu keadaan sebenar dan faham kehendak rakyat. Saya yakin KSC mempunyai keupayaan itu tanpa kita perlukan harapan daripada luar.

Berbalik soal calon, ada segelintir pihak berpendapat satu atau dua calon tidak menepati kehendak pengundi. Apakah faktor yang dipertimbangkan untuk pemilihan calon di Kedah?

MUKHRIZ: Kita ada 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi DUN. BN negeri telah menghantar tiga nama bagi setiap kerusi, maksudnya 45 nama untuk Parlimen dan 108 nama untuk DUN iaitu tiga kali ganda bilangan kerusi yang ada. Dan kita akan pilih seorang sahaja daripada tiga orang iaitu 36 orang daripada 108 orang, maka ada 72 orang yang tidak terpilih. Jadi sudah tentu kadang-kadang timbul isu ada yang kecewa kalau tak dipilih dan pelbagai reaksi, ada yang agak beremosi dan ada tenang menerima keputusan. Saya anggap setiap seorang daripada mereka itu sebenarnya ikhlas ingin berjuang bersama-sama dalam barisan untuk menjaga kepentingan rakyat. Jadi, dalam keghairahan dia untuk berjuang ini bila dia lihat bahawa pilihan sebagai calon itu sebagai satu pentas untuk dia aktif dalam bidang politik ini, tiba-tiba tak dipilih, jadi dia macam terhilang arah sekejap.

Mesej yang saya nak sampaikan kepada mereka ialah pelbagai cara boleh kita memberi khidmat untuk rakyat dan menjadi wakil rakyat cuma salah satu caranya. Yang keduanya, setiap seorang daripada kita adalah calon BN, yang dipilih itu sekadar wakil kita semua untuk diletakkan nama bertanding dalam pilihan raya, berdepan kepada rakyat dan bersaing dengan lawan kita. Tetapi kemenangan atau kegagalan dalam proses demokrasi ini adalah kemenangan atau kegagalan bagi setiap anggota jentera, ahli dan penyokong BN. Dan dalam laporan terbaharu kita terima, sebahagian besar nama yang sebelum ini dicanang sebagai calon yang akhirnya tidak dipilih sudah menerima hakikat dan telah menunjukkan satu komitmen tinggi untuk memenangkan calon. Apabila mereka tetap setia kepada parti dan bersama dalam pasukan kita, kita semua akan dapat nikmat secara langsung atau tidak langsung, maksud saya perancangan ke depan bagi Kedah sudah tentu bertujuan untuk mereka juga kerana mereka juga adalah rakyat kedah.

Boleh Datuk berikan sebab ringkas kenapa rakyat perlu menyokong BN dalam PRU-13 ini?

MUKHRIZ: Pertamanya untuk membangunkan sebuah negeri ini nampak macam mudah, maksudnya kalau ada satu pelan, daya gerak kita boleh lakukan. Tetapi sebenarnya semua kena sempurna, kalau kita gunakan analogi bawa kereta. Pemandu kena sihat, tahu macam mana nak hidupkan enjin kereta, sebelum berjalan kena pastikan cermin tepi dan belakang sudutnya betul, tahu macam mana nak tekan clutch, tekan brek, gear satu dulu, dan pelan-pelan tekan minyak, selain itu kena tahu nak pergi mana, sekali-sekala menoleh ke belakang tengok cermin maksudnya ingat daripada mana kita datang, kena tengok cermin tepi untuk elak bahaya dan mesti ada daya gerak ke hadapan. Maksudnya selain ada hala tuju mesti ada momentum. Di sini terletak masalah kerana lima tahun di bawah Pas. Kita hilang hala tuju maksudnya penting untuk kita tarik balik Kedah ini ke jalan sepatutnya dan keduanya, kita hilang daya gerak untuk maju ke hadapan. Momentum dah tak ada. kalau dulu kita dah gear empat sekarang kena mula balik dengan gear satu dan dua. Walaupun ada orang bercakap ...alah kalau tak suka kerajaan tukarlah... kalau tak bagus tukar balik... kuasa di tangan rakyat.

Itu kata-kata orang yang tak fikirkan soal bagaimana satu negeri atau negara itu ditadbir, kerana bila dah ada momentum, tiba-tiba tarik brek nak start balik tu dah payah, saya ingat lima tahun cukup untuk menyedarkan kita semua, bahawa orang yang memandu itu iaitu pemimpin mesti tepat orangnya, mesti berlesen, jangan orang yang tak layak mendapat lesen, kenderaannya iaitu kerajaan itu sendiri mesti dalam keadaan yang baik, bukan rosak, kemek, isian minyak cukup untuk lancarkan perjalanan, penumpang iaitu rakyat bersama dengan pemimpin sampai ke destinasi. Ini semuanya penting, bayangkanlah dalam tempoh lima tahun ini walaupun dah masuk pilihan raya, tetapi cabaran nak mula semula itu masih ada, kita kerugian selama lima tahun. kita nak tarik balik negeri ke landasan yang asal dan kena pecut secepat mungkin.

Yang kedua, BN mempunyai harapan yang tinggi untuk membawa pembangunan kepada negeri Kedah, bukan tujuan syok sendiri atau kerana orang pun tahu BN parti pembangunan. Tetapi tujuannya semata-mata untuk mengangkat martabat dan kualiti hidup rakyat. Kedah terkenal dengan negeri jelapang padi, 70 peratus rakyat terlibat dalam pertanian khususnya padi tetapi malangnya ia bukan industri yang mampu melonjakkan pendapatan orang-orang terlibat, lebih-lebih lagi masyarakat petani. Walaupun mungkin sudah ada negara seperti Jepun, Amerika Syarikat yang mempunyai pesawah padi yang kaya raya tetapi tidak di Malaysia, dan kita ada beberapa perkara yang perlu kita buat. Pertama, kita tingkatkan hasil padi agar petani tidak sekadar kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang tetapi ada lebihan untuk simpan dan belanja, jadi naiklah taraf hidup itu.

Tetapi selain itu, kita nak fikirkan apa selain pertanian konvensional yang boleh kita lakukan ialah meningkatkan pendapatan rakyat, yang saya fikir ialah industri, pelaburan domestik dan asing yang boleh kita bawa ke Kedah ini. Bukan setakat memberi peluang pekerjaan untuk anak Kedah tetapi ia mesti berpendapatan tinggi selain dapat bantu pertumbuhan ekonomi. Ada banyak lagi kesan sampingan positif, berkait juga dengan pembangunan modal insan. Kita tak mahu industri canggih, orang luar pula datang ke Kedah, walaupun itu perkara positif. Bila populasi meningkat dan kegiatan ekonomi semakin rancak tetapi seboleh-bolehnya rakyat Kedah itu sendiri mesti mendapat manfaat daripadanya. Maksudnya dalam soal pembangunan modal insan, sistem latihan kini memenuhi keperluan industri itu. Ini pernah kita lakukan di Taman Teknologi Tinggi Kulim jadi boleh kita buat di tempat baru.

Seterusnya ialah keikhlasan. Ini amat penting kita ikhlas berkhidmat dan berjuang untuk rakyat semata-mata kerana Allah. Itu yang saya sentiasa peringatkan diri saya kerana inilah yang menyedarkan kita bahawa hidup kita di muka bumi ini adalah untuk memenuhi satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah. Ia satu amanah yang agak berat untuk dipikul dan ia perlu banyak pengorbanan. Bukan senang nak lakukan tetapi kalau kita faham bahawa pokok perjuangan kita itu ialah untuk Allah, saya percaya kita tidak akan tergamak untuk melakukan perkara-perkara yang tak elok, kita tak berani untuk pecah amanah dan saya fikir apa pun persepsi orang, kalau keikhlasan itu yang kita lakukan maka kita akan maju ke hadapan dan rakyat juga akan mengiktiraf kerja buat kita itu dan sentiasa menyokong kita dalam amalan demokrasi kita itu.

Manifesto Aku Janji BN Kedah amat menarik, boleh jelaskan serba sedikit perancangan BN jika mentadbir semula Kedah?

MUKHRIZ: Dalam manifesto ini, kita betul-betul memikirkan apa yang dianggap penting bagi negeri Kedah sebagai tambahan apa yang dilancarkan oleh Pengerusi BN bagi seluruh Malaysia. Yang ini lebih khusus bagi Kedah mengambil kira keunikan negeri ini, melihat kelebihan yang kita ada, soal pertanian, pelancongan dan modal insan. Selain itu, kita lihat di mana kita terbelakang dan lemah dan bagaimana hendak perbaiki keadaan itu. Bila kita merangkumi semua perkara ini, kita lihat apa yang BN mampu lakukan untuk meletakkan Kedah sama tinggi sama rendah dengan negeri lain. Itu tujuannya.

Selain itu, yang penting ialah soal menepati janji. Manifesto ini bukan satu dokumen yang hanya sekadar menabur janji yang bukan-bukan, yang tidak berpijak di atas bumi yang nyata, tak janjikan langit dan bulan sebaliknya kita cukup berhemah dalam soal apa yang termampu untuk kita lakukan. Kita tak janji lebih daripada kemampuan. Walaupun begitu kita yakin apa yang kita sebut dalam dokumen ini semuanya mampu kita buat. Bukan setakat itu, sudah ada gerakan untuk melaksanakan walaupun dalam keadaan kita belum menang pilihan raya. Ini bertujuan untuk mendahulukan rakyat. Jadi saya idam-idamkan sebuah negeri Kedah yang maju, membangun dan memberi pelbagai keselesaan kepada rakyatnya. Itu semua terkandung dalam dokumen akujanji ini.

Akhir sekali apa harapan dan nasihat datuk kepada pengundi pada hari membuang undi?

MUKHRIZ: Saya yakin mereka rasional dalam membuat pemilihan, mereka tidak terlalu terganggu dengan tohmahan tidak berasas. Mereka kena ingat untuk lihat wajah anak cucu mereka apabila mereka berdepan dengan kertas undi itu sebelum mereka pangkah dan mereka faham bahawa perjuangan BN adalah perjuangan kita bersama. Ini bukan untuk kepentingan mana-mana individu atau kumpulan sahaja tetapi untuk segenap lapisan masyarakat untuk seluruh rakyat Malaysia, untuk seluruh rakyat Kedah.

Ini sangat penting dan bukannya perkara remeh. Kalau pun ada berlegar dalam pemikiran setengah orang kalau tak suka boleh ubah lima tahun lagi, tapi sebenarnya ia tak macam itu. Kita sudah rasa bahawa sejak 2008 kita terhenti dalam arus pembangunan, ini amat merugikan kita semua.

Wahai anak muda, dongaklah dari gajetmu

Posted: 20 Apr 2013 12:15 PM PDT

Semalam telah berlangsung penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13. Maka bermulalah kempen bagi pilihan raya umum yang akan diadakan tepat dua minggu dari sekarang iaitu 5 Mei.

Tahu apakah itu penamaan calon wahai anak-anak muda? Tahukah anak-anakku apa itu pilihan raya? Apakah itu demokrasi? Apakah itu negara?

Kalau tidak tahu, tanya saja Pakcik Google dalam gajet kamu. Amboi mudahnya hidup kamu. Ada iPad, ada Powerbook, ada Tablet, ada broadband, ada Unifi. Untuk mencari maklumat begitu mudah.

Tetapi dalam Internet itu, maklumat yang ada itu pelbagai, bagai, bagai. Tentulah ada kaca, permata dan intan. Tetapi ada juga sampah, malah lebih teruk daripada itu, malah ia perlu dihantar ke loji kumbahan.

Sememangnya di antara kamu, wahai anak muda yang ada minat politik, seperti pakcik masa remaja dulu. Ada anak muda suka sukan. Ada pula yang suka hiburan. Maka adalah perkara yang lumrah, ada anak-anak muda yang minat politik. Segelintir mereka pula jadi ekstrem, radikal dan melampau. Biasalah orang muda, setakat perasaan tidak mengapa, jangan langgar undang-undang atau memalukan emak ayah sudah.

Sebagai anak muda, kecenderungannya dapat difahami akan lebih pada sifat memberontak dan sokongan mereka lebih kepada pihak yang menentang perkara-perkara yang sudah diterima masyarakat umum, atau disebut juga sebagai establishment.

Tetapi perkara itu juga lumrah, bergenerasi manusia sememangnya seperti itu. Anak muda suka memberontak dan mahu mengubah.

Maka dalam keadaan perasaan begini, sudah tentu ketika melayari Internet, kecenderungannya ialah mereka mudah menerima maklumat yang bersifat memberontak atau menentang amalan yang ada. Walaupun maklumat itu tidak betul. Lebih-lebih lagi jika ia berbentuk menghasut.

Itu anak-anak muda yang minat politik. Tetapi lebih banyak lagi anak-anak muda yang tidak langsung ada minat mengenai politik. Perkara biasa. Orang tua pun banyak yang tidak minat politik, Masing-masing mempunyai kecenderungan tersendiri.

Namun semua anak-anak muda yang berwarganegara Malaysia mempunyai tanggungjawab menentukan wakil rakyat mereka dan juga kerajaan. Itu adalah tanggungjawab semua warganegara dalam sebuah demokrasi seperti Malaysia.

Maka antara tanggungjawab warganegara ialah mengundi dalam pilihan raya. Sebagai negara demokrasi, mereka bebas untuk mengundi atau tidak. Tetapi jika tidak mengundi, maka suara mereka tidak tercermin pada wakil rakyat di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

Untuk mengundi mereka mesti mendaftar. Jika tidak mendaftar, tidaklah mengundi. Kalau berdaftar tetapi tidak mengundi, tidak jadi apa-apa juga.

Banyak anak-anak muda sudah tidak membaca akhbar atau menonton televisyen. Mereka hanya menatap gajet masing-masing.

Tetapi mereka juga boleh mendapatkan maklumat yang tersiar dalam akhbar dan televisyen melalui gajet mereka. Akhbar dalam talian sama saja dengan yang cetak. Begitu juga dengan televisyen.

Bagaimanapun, melalui gajet masing-masing, tumpuan mereka boleh teralih ke tempat lain. Media sosial, sama ada facebook, twitter, YouTube dan lain-lain lebih menarik daripada akhbar atau televisyen bagi anak-anak muda.

Menilai

Maka anak-anak muda yang membaca tulisan ini melalui gajet-gajet mereka, cubalah berhenti sejenak dan mendongak untuk melihat keliling mereka.

Apa yang terkandung dalam gajet itu bukannya realiti. Ia adalah gumpalan-gumpalan maklumat yang pelbagai dan memerlukan fikiran lapang untuk menilainya. Dunia maya bukannya nyata.

Cara terbaik untuk menilainya ialah berhenti sejenak dan letakkan gajet itu, berjalan keluar rumah dan lihatlah di keliling tempat tinggal anda.

Realiti bukan saja bangunan, jalan dan landskap yang serba indah. Apa yang nyata dan bukan maya adalah manusia. Hidup bermasyarakat dengan berbual-bual sesama manusia di kedai-kedai makan adalah realiti. Berjumpa manusia secara langsung tidak serupa bersosial melalui Internet.

Walaupun zaman ini adalah era gajet, tetapi sekurang-kurangnya semasa kempen pilihan raya yang bermula semalam dengan penamaan calon adalah masa sesuai bagi anak-anak muda mengenal negara mereka. Lagipun apa yang dibincangkan adalah masa depan mereka.

Keputusan untuk siapa mereka undi akan menentukan bentuk negara ini. Mereka ada kuasa melalui dua undi, satu untuk negeri, dan satu untuk negara. Kecuali bagi mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan.

Tetapi untuk membuat keputusan yang baik, adalah wajar mereka lihat di luar gajet. Berbual dengan jiran, kawan-kawan dan sanak saudara. Fahami masalah kehidupan mereka.

Di sebalik kemeriahan berkempen dengan mendengar ceramah-ceramah, yang ada kalanya merupakan hiburan politik.

Bendera-bendera yang indah ditiup angin, siang dan malam sepanjang kempen pilihan raya bukan semata-mata perhiasan. Ia mewakili aspirasi parti-parti politik yang menawarkan janji-janji dan azam.

Itu kesemuanya adalah untuk membentangkan rancangan bagi masa depan kamu, wahai anak-anak muda. Cara fikir orang tua tentulah berbeza daripada kamu kerana kami melalui pengalaman yang berlainan.

Tiga puluh tahun dahulu di negara ini, kehidupan rakyat jauh lebih susah. Baik dari segi nafkah yang mampu diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya.

Negara sudah banyak mencapai kejayaan dan kemajuan. Sungguhpun begitu ada banyak kelemahan yang menuntut perubahan. Tetapi niat para ibu bapa mengundi untuk memberi sokongan kepada sesuatu pihak adalah atas harapan untuk memberi kesenangan kepada kamu, anak-anak muda.

Ibu bapa kamu sudah tentu sering menceritakan tentang kisah-kisah lama yang sukar. Pergi sekolah naik basikal, jalan lecak, bas mini dan macam-macam yang tentunya berulang-ulang hingga membosankan kamu.

Kami faham kamu bosan dengan cerita-cerita lama. Sebab itulah kamu tidak sabar-sabar menjeling gajet-gajet yang antaranya dibeli dengan duit kami.

Tetapi apa yang orang-orang tua mahukan daripada anak-anak muda dalam masa berkempen ini ialah merasakan denyut nadi warganegara Malaysia.

Denyutan nadi ini tidak dapat dirasakan melalui gajet-gajet kamu itu. Ia hanya dapat dilihat melalui mata hati dengan memandang apa yang berlaku di sekeliling kamu, dinilai dengan fikiran yang tenang dan seimbang.

Cubalah menimbang segala hujah-hujah dikemukakan dalam pilihan raya ini dengan menyaksikan apa yang sedang berlaku pada bangsa, agama dan negara.

Di samping itu, ingatlah bahawa pertimbangan akhir dengan apa yang disebut sebagai bangsa, agama dan negara adalah kesejahteraan setiap manusia itu sendiri.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Tudung bawal kembali digemari

Posted: 20 Apr 2013 03:19 AM PDT

FENOMENA tudung yang pelbagai jenis, daripada yang mudah dipakai sehinggalah selendang panjang, kesemuanya menjadi pilihan muslimah yang meminati fesyen hijab pada hari ini.

Sebelum tercetusnya fenomena itu, tudung bawal merupakan tudung yang menjadi pilihan kerana mudah dipakai dan senang digayakan dalam sebarang majlis.

Dengan kemunculan pelbagai jenis tudung terbaharu, tudung bawal mulai dilanda zaman malap. Ada yang menganggap tudung bawal adalah tudung budak sekolah, selain telah lapuk dan tidak mengikuti gaya serta trend terkini.

Namun sejak akhir-akhir ini, fenomena busana Muslim yang sentiasa berkembang telah menyuntik nafas baru kepada penggemar tudung bawal.

Ini dapat dilihat pada pelbagai rekaan, corak dan warna yang lebih cantik di pasaran.

Dengan menggunakan rona-rona menarik dan terkini, rekaan bunga timbul (3D) dan rekaan eksklusif dengan tambahan lace menjadikan ia kembali diminati para penggemar fesyen masa kini.

Baru-baru ini, krew .com dapat melihat sendiri beberapa rekaan dari Butik De Wanie Scarf dan Shawl yang mengetengahkan beberapa rekaan tudung bawal yang menarik.

Gabungan warna yang ceria serta segar menghidupkan kembali tudung budak sekolah ke arena yang lebih baik, sekali gus mula mendapat tempat dalam kalangan penggemar busana Muslim. - AMIRUL

Kesan selaran matahari

Posted: 20 Apr 2013 03:19 AM PDT

CAHAYA matahari memang bagus untuk kulit. Namun, kita sering terlupa bahawa kesan akibat terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kulit mengalami selaran cahaya atau lebih dikenali sebagai sunburn.

Gejala sunburn ini sering dihadapi oleh mereka yang menggemari aktiviti pantai. Sudah tentulah aktiviti snokerling, melepak dan mandi laut menjadi antara aktiviti wajib bagi mereka yang menjejakkan kaki di pantai-pantai peranginan terkenal.

Dalam percutian itu, tentu ada dalam kalangan kamu yang leka kerana terlalu asyik menikmati keindahan alam semula jadi sehingga membiarkan kulit menjadi mangsa terik mentari.

Justeru, sebelum kamu memulakan sebarang aktiviti yang menyeronokkan di pantai, apa kata kamu baca dahulu informasi dan langkah-langkah yang perlu kamu ambil untuk mengelakkan kulit terbakar akibat selaran mentari. - LAILISUHANA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


41 mangsa ribut terima bantuan JKM

Posted: 19 Apr 2013 01:34 PM PDT

BATU PAHAT 19 April - Sebanyak 41 keluarga mangsa ribut di lima buah kampung di sini, menarik nafas lega apabila menerima bantuan bagi membaik pulih kerosakan kediaman masing-masing daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.

Sumbangan wang tunai itu diberikan kepada penduduk terlibat mengikut jumlah taksiran kerosakan pada kediaman mereka.

Pegawai JKM daerah, Adnan Mohd. Yassin berkata, setiap keluarga yang terlibat dalam kejadian ribut minggu lalu itu menerima bantuan wang tunai antara RM80 dan RM1,500, berdasarkan kerosakan dan penilaian JKM.

"Mangsa yang terlibat boleh menggunakannya untuk membaiki rumah termasuk membeli atap baru selain mengganti alang yang rosak.

"Sumbangan tersebut merupakan bantuan daripada kerajaan Pusat yang prihatin dan bersimpati dengan nasib mereka," katanya.

Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Ab. Wahab Ridwan.

Adnan turut menasihatkan mangsa ribut yang belum mendapat bantuan supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa dalam tempoh terdekat bagi membolehkan pihaknya membuat taksiran jumlah kerosakan dan menyalurkan bantuan secepat mungkin.

Dalam kejadian minggu lalu, hampir 60 rumah penduduk di Parit Sulong dan Parit Yaani rosak selepas dilanda ribut dan hujan lebat berterusan selama beberapa jam.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Air Puteh, Parit Suratman, Parit Awang, Parit Sepakat dan Parit Aton.

Turut mengalami kerosakan ialah balai raya, masjid dan tiga kenderaan di Kampung Air Puteh dan Parit Sepakat.

Mangsa kebakaran gembira terima rumah sumbangan TNB

Posted: 19 Apr 2013 01:34 PM PDT

MOHD. Aminuddin Mohd. Amin (kanan) bersama mangsa kebakaran, Rosmani Sharif (tiga dari kiri) dan Rozita Abd. Samad (empat dari kiri) ketika menziarahi keluarga berkenaan di kediaman baharu mereka di Parit Nipah Darat, Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

BATU PAHAT 19 April - Tiada yang lebih menggembirakan bagi keluarga mangsa kebakaran di Parit Nipah Darat di sini, selain menerima rumah baharu bernilai RM40,000 hasil keprihatinan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pembinaan yang mengambil masa hanya 37 hari itu turut dibantu sebanyak 27 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta melibatkan penduduk setempat.

Rosmani Sharif, 40, mengakui keadaan rumah baharu itu jauh lebih selesa berbanding kediaman lama mereka yang musnah dalam kebakaran pada 2 Mei tahun lalu.

"Pembinaan rumah baharu ini mengubat kesedihan apabila teringat peristiwa yang menyebabkan kami tinggal sehelai sepinggang," katanya yang mempunyai tiga orang anak berusia tiga hingga 12 tahun.

Isterinya, Rozita Abd. Samad, 37, pula bersyukur kerana kediaman itu dilengkapi dengan dua bilik tidur, ruang tamu, bilik air dan dapur yang selesa.

"Saya terharu dan amat bersyukur. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang ditimpa kesusahan selain membuktikan dakwaan sesetengah bantuan hanya diberikan kepada kroni-kroni sahaja memang tidak benar sama sekali.

"Rumah baharu ini memang memberi keselesaan kepada kami sekeluarga terutamanya untuk anak-anak belajar dan mengulang kaji pelajaran dan ibu saya yang sudah uzur," katanya.

Beliau ditemui selepas menerima kunci rumah yang disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengurus Besar TNB Johor, Datuk Mohd. Aminuddin Mohd. Amin.

Sementara itu, Ali berkata, usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendapatkan sumbangan daripada TNB bagi membantu golongan susah akan diperluaskan kepada agensi kerajaan lain.

Menurut beliau, perkara itu bagi membolehkan sebanyak 20 buah rumah dibina tahun ini ekoran keberkesanan dan kejayaan lima projek yang dijalankan pada tahun lalu.

"Setiap projek di bawah pembinaan semula rumah terbakar akan didirikan satu unit rumah kediaman yang selesa dengan anggaran kos setiap unit antara RM40,000 hingga ke RM50,000 berserta dengan kemudahan asas yang sewajarnya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kepulangan Wira Lahad Datu disambut gembira

Posted: 19 Apr 2013 11:14 PM PDT

Oleh FADZLY IZAB

MELAKA 20 April - Kepulangan seramai 160 pegawai dan anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 10 Briged Para yang ditugaskan membantu Ops Daulat di Sabah sejak dua bulan lalu disambut gembira dalam satu majlis yang diadakan di Kem Terendak, di sini malam tadi.

Kesemua mereka terdiri daripada lima pegawai dan 129 anggota lain-lain pangkat dari Kompeni Delta 177 RAMD Para diketuai Mejar Andy Herman Rahimi serta seorang pegawai bersama 25 anggota Kompeni Pandura Para 10 Briged Para diketuai Kapten Amar Ab. Aziz.

Panglima 10 Briged Para, Briged Jeneral Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik berkata, beliau gembira melihat kepulangan semua anggotanya dalam keadaan selamat.

"Kesemua anggota dan pegawai yang ditugaskan di barisan hadapan dalam Ops Daulat ini cukup bersemangat dan pulang ceria disambut ahli keluarga masing-masing," katanya dalam sidang akhbar pada majlis menyambut ketibaan pasukan berkenaan di Batalion Ke-17 RAMD, Kem Terendak, Sungai Udang di sini.

Yang turut hadir Pegawai Memerintah Batalion Ke-17 RAMD Para, Leftenan Kolonel Khairul Anwar Soib.

Menurut Ahmad Noor, kedua-dua pasukan itu merupakan Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) yang pertama diaturgerakkan ke Lahad Datu sejak 13 Februari lalu.

Jelasnya, mereka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor pada pukul 7 malam tadi selepas bertolak dari Lapangan Terbang Tawau, Sabah pada pukul 4 petang menaiki pesawat AirAsia.

"Kesemua anggota dan pegawai berkenaan kemudian dibawa pulang ke Kem Terendak di sini menaiki bas dan tiba pada pukul 10.30 malam," katanya. - UTUSAN ONLINE

Kepulangan Wira Lahad Datu disambut gembira

Posted: 19 Apr 2013 06:01 PM PDT

Oleh FADZLY IZAB

MELAKA 20 April - Kepulangan seramai 160 pegawai dan anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 10 Briged Para yang ditugaskan membantu Ops Daulat di Sabah sejak dua bulan lalu disambut gembira dalam satu majlis yang diadakan di Kem Terendak di sini malam tadi.

Kesemua mereka terdiri daripada lima pegawai dan 129 anggota lain-lain pangkat dari Kompeni Delta 177 RAMD Para diketuai Mejar Andy Herman Rahimi serta seorang pegawai bersama 25 anggota Kompeni Pandura Para 10 Briged Para diketuai Kapten Amar Ab. Aziz.

Panglima 10 Briged Para, Briged Jeneral Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik berkata, beliau gembira melihat kepulangan semua anggotanya dalam keadaan selamat.

"Kesemua anggota dan pegawai yang ditugaskan di barisan hadapan dalam Ops Daulat ini cukup bersemangat dan pulang ceria disambut ahli keluarga masing-masing," katanya dalam sidang akhbar majlis tersebut di Batilion Ke-17 RAMD, Kem Terendak, Sungai Udang di sini.

Yang hadir sama Pegawai Memerintah Batalion Ke-17 RAMD Para, Leftenan Kolonel Khairul Anwar Soib.

Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 1,300 warga 10 Briged Para termasuk ahli keluarga anggota yang dirai.

Menurut Ahmad Noor, kedua-dua pasukan itu merupakan Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) yang pertama diaturgerakkan ke Lahad Datu sejak 13 Februari lalu.

Jelasnya, mereka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor pada pukul 7 malam tadi selepas bertolak dari Lapangan Terbang Tawau, Sabah pada pukul 4 petang menaiki pesawat AirAsia.

"Kesemua anggota dan pegawai berkenaan kemudian dibawa pulang ke Kem Terendak di sini menaiki bas dan tiba pada pukul 10.30 malam," katanya. - UTUSAN ONLINE

Bekas Menteri Kebajikan Masyarakat meninggal dunia

Posted: 19 Apr 2013 01:24 PM PDT

Tan Sri Aishah Ghani

KUALA LUMPUR 19 April - Bekas Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri Aishah Ghani (gambar) meninggal dunia akibat sakit tua, paru-paru berair dan kegagalan buah pinggang di sebuah hospital swasta, di sini kira-kira pukul 12.55 tengah hari ini.

Allahyarham Aishah yang berusia 90 tahun menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya.

Beliau yang juga wanita pertama dilantik sebagai Senator meninggalkan empat anak, 12 cucu dan lima cicit.

Veteran UMNO itu sebelum ini sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan sehingga semakin tenat semalam.

Menurut anak sulungnya, Shairudin Abdul Aziz, 65, sepanjang hayat ibunya, beliau merupakan seorang yang tegas, mementingkan ketelitian dalam pelbagai perkara serta mengamalkan nilai orang lama dalam mendidik anak-anak.

"Malah, arwah mempunyai semangat yang berkobar-kobar dalam pelbagai perkara termasuk dalam arena politik," katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Bukit Ledang, Bangsar, di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di rumahnya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang ini.

Turut memberikan penghormatan terakhir kepada arwah di kediamannya ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz.

Tambah Shairudin, meskipun sedang dirawat di hospital, arwah ibunya tetap bersemangat meneruskan perjuangan politik bersama UMNO.

"Politik memberi makna yang begitu mendalam kepada arwah, malah beliau pernah menyebut untuk pergi mengundi menaiki bas dalam pilihan raya umum akan datang.

"Malah, masih segar dalam ingatan saya beliau pernah menyifatkan politik umpama candu yang tidak dapat dipisahkan sehingga hujung hayatnya," katanya.

Aishah juga merupakan wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dari 1973 hingga 1984.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Peranan warga PBT penting bantu kelangsungan kerajaan BN

Posted: 19 Apr 2013 01:34 PM PDT

MOHD. Ali Rustam (kiri) bersalaman dengan ketua-ketua jabatan, termasuk kakitangan PBT yang menyertai Perhimpunan Bersama PBT Negeri di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.

MELAKA 19 April - Penjawat awam di negeri ini khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) diseru mengukuhkan sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang selama ini banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembangunan serta kemakmuran yang telah dan sedang dinikmati rakyat pada masa ini perlu dikekalkan malah harus dipertingkatkan lagi pada masa hadapan.

"Oleh itu, saya berharap seluruh kakitangan PBT dari seluruh negeri dapat terus memainkan peranan serta mendokong kerajaan BN bagi membolehkan apa yang kita peroleh ini kekal berterusan sampai bila-bila," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perhimpunan Bersama PBT Negeri di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Omar Kaseh dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin.

Perhimpunan itu disertai kira-kira 1,000 warga PBT terdiri daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Menurut Mohd. Ali, kesinambungan usaha penjawat awam perlu selari dengan kesinambungan kerajaan BN malah banyak lagi perkara perlu dilakukan demi menjamin kelangsungan kerajaan dalam Pilihan Raya Ke-13.

"Penjawat awam memainkan peranan penting dalam menentukan kelangsungan kerajaan sedia ada serta keistimewaan yang dikecapi di bawah kepimpinan BN selama ini," ujarnya.

Penduduk Banda Hilir rasa bagai 'terkurung' setiap kali cuti ekoran kesesakan

Posted: 19 Apr 2013 01:34 PM PDT

MELAKA 19 April - Saban kali tibanya hari cuti sama ada cuti umum atau persekolahan, penduduk Banda Hilir merasakan mereka seolah-olah 'terkurung' di rumah sendiri ekoran kesesakan lalu lintas yang melampau.

Namun, masalah kesesakan di bandar tumpuan pelancong yang diadukan oleh penduduk sekitar itu seolah-olah dipandang sepi oleh pembangkang, malah tiada langsung perubahan yang dibawa bagi mengatasi kesulitan mereka.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir, Ronald Gan Yong Hoe (gambar) berkata, masalah itu sepatutnya diatasi oleh pembangkang memandangkan penduduk di kawasan tersebut telah memberi amanah kepada mereka.

"Namun bukan hanya masalah lalu lintas yang semakin teruk, malah penduduk di kawasan ini turut menghadapi masalah banjir.

"Jika BN diberi peluang menerajui kembali Banda Hilir, saya pasti perkara ini akan dapat diatasi dan penduduk di kawasan ini dapat kembali pada kehidupan yang lebih selesa,'' katanya ketika mengadakan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi Lorong Panjang di sini malam tadi yang dihadiri oleh lebih 100 penduduk.

Kesempatan itu turut digunakan oleh muka baharu tersebut untuk memperkenalkan diri serta berbincang dengan lebih dekat terhadap masalah yang dihadapi penduduk.

Dalam masa sama katanya, jika diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat kawasan tersebut, beliau akan memastikan semua masalah cuba diselesaikan sebaik mungkin.

Anak jati Banda Hilir itu juga mempunyai firma guaman sendiri, Gan Rao & Chuah Advocates & Solicitors di Plaza Mahkota.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Karnival Multilateral sokong dasar 1Murid 1Sukan

Posted: 19 Apr 2013 01:34 PM PDT

KOTA BHARU 19 April - Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Karnival Multilateral bagi menyokong dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Shapawi Ismail berkata, karnival itu bertujuan memupuk budaya bersukan serta menarik minat orang ramai terutama kanak-kanak dalam bidang kesukanan.

Menurutnya, kira-kira 10 buah sekolah sekitar daerah ini terlibat dalam karnival tersebut bagi menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan insan seimbangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

"Karnival ini tidak terhad pada aktiviti sukan, namun turut menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak seperti semangat kerjasama, cintakan negara serta mengeratkan lagi hubungan antara kaum.

"Kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti ini telah diperkenal dan didedahkan kepada tujuh elemen asas sukan khususnya bola sepak, bola jaring, sepak takraw, ping pong, dart, karom dan sukan rakyat yang memberi latihan fizikal serta elemen kemahiran multilateral," katanya kepada pemberita pada majlis penutup karnival itu di sini semalam.

Majlis penutup karnival tersebut disempurnakan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan, Datuk Mohamad Noordin Awang.

Mengulas lanjut, Ahmad Shapawi berkata, karnival itu turut melibatkan pakar sains dan perubatan sukan bagi mengaplikasi elemen asas sains sukan dalam usaha pembangunan sukan negara.

"Kami menyediakan jurulatih-jurulatih yang terdiri daripada bekas atlet kebangsaan yang berpengalaman untuk membantu kanak-kanak sepanjang karnival berlangsung.

"Kompenan asas kecergasan seperti ketangkasan, kepantasan, kekuatan fizikal dan kawalan menerusi pelbagai acara sukan turut diselitkan,"katanya.

Tambah beliau, selain penganjuran karnival sebegini, sokongan ibu bapa juga penting dalam melahirkan seorang atlet yang cemerlang.

"Penglibatan mereka bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pembelajaran di sekolah, namun ia dapat memenuhi hasrat untuk membudayakan sukan dalam kalangan rakyat di negara ini," ujar beliau lagi.

100 pelajar SK Fikri bersih masjid

Posted: 19 Apr 2013 01:34 PM PDT

SETIU 19 April - Kira-kira 100 pelajar, guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Fikri (Pantai), Setiu, Terengganu mengadakan gotong-royong membersih kawasan sekitar masjid kampung itu, baru-baru ini.

Program anjuran bersama pihak sekolah itu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Fikri diadakan sempena perkhemahan murid tahun empat hingga enam.

Guru Besarnya, Ibrahim Awang berkata, kerja amal khidmat masyarakat seperti memotong rumput, membersih bangunan masjid dan menanam pokok bunga di sekitarnya bertujuan menyemai rasa tanggungjawab dan kecintaan terhadap masjid.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved