Isnin, 28 Oktober 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kelantan pilihan jurulatih

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Penyerang import Kelantan, Dickson Nwaekame (tengah) akan menjadi senjata utama The Red Warriors menentang Pahang pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

KUALA LUMPUR - Rata-rata jurulatih Liga Malaysia memilih Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2013 pada perlawanan akhir Ahad ini sekali gus memanjangkan penantian 21 tahun Pahang untuk menjulangnya atas faktor pengalaman dan kualiti pemain The Red Warriors.

Hanya jurulatih Sarawak, Robert Alberts yang bersikap berkecuali dengan menyatakan, cuma pasukan yang terbaik akan mampu menjulang trofi berprestij berusia 46 tahun pada edisi 2013 yang menjadi penutup tirai Liga Malaysia musim ini.

Jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan berkata, penentuan juara ibarat bergantung kepada kemahuan Kelantan mahu atau tidak untuk bergelar juara lagi.

Beliau meramalkan perlawanan akhir itu akan berakhir dalam 90 minit masa sebenar yang memihak Kelantan 1-0 atau 2-1.

"Tidak mungkin terheret ke masa tambahan biarpun saya puji Pahang yang memiliki Azamuddin Akil, Matias Conti dan R. Gopinathan. Ramai pemain Kelantan yang boleh dikatakan susah nak dikawal tetapi jika Kelantan main lewa atau ambil mudah, keputusannya boleh berubah," katanya.

Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria berkata, Kelantan ada pengalaman dan ramai pemainnya kerap beraksi pada perlawanan akhir.

Katanya, bahagian tengah dan serangan mereka juga lebih baik dan berkualiti.

''Mungkin keputusannya Kelantan menang 2-0 dalam 90 minit.

"Namun, jangan pandang rendah Pahang kerana jika Kelantan berbuat begitu dan mengambil ringan lawan, boleh berulang seperti ATM mendahului mereka 2-0 pada separuh akhir di Kota Bharu (Jumaat lalu).

"Mungkin ramai meletakkan Dickson Nwakaeme (pemain import Nigeria) yang menjadi perhatian tetapi saya lebih menggemari dua pemain tempatan Kelantan, Nor Farhan Muhammad dan Badhri Radzi sebagai bintang perlawanan akhir itu," katanya.

Menurut Ismail, Pahang hanya mampu mengubah ramalan keputusannya itu dengan bersandarkan keinginan meluap-luap barisan pemain mudanya untuk menjulang Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada 1992 dengan menewaskan Kedah 1-0.

"Setelah sekian lama Pahang tidak memasuki perlawanan akhir, sudah pasti semangat dan keazaman pemain mereka lebih tinggi berbanding Kelantan yang sudah dua kali juara Piala Malaysia (2010 dan 2012).

"Pemain muda ini juga mempunyai motivasi lain iaitu untuk menghadiahkan Sultan Pahang sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-83, Khamis lalu," katanya yang membawa Sime Darby menceburi Liga Super musim depan, bergelar naib juara Liga Perdana dan mara ke suku akhir Piala Malaysia 2013.

Bagi bekas jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah, beliau meramalkan Kelantan menang dengan keputusan 3-1 tanpa memerlukan masa tambahan 30 minit.

''Ramai pemain Kelantan sudah berpengalaman perlawanan akhir Piala Malaysia (2009, 2010 dan 2012) dan barisan yang hampir sama akan bermain lagi.

"Kualiti Kelantan sudah terbukti ketika separuh akhir kedua menentang ATM apabila dalam 10 minit terakhir pemain mereka masih boleh menyengat. Badhri bakal menyerlah lagi kerana dia mampu mengawal dan mencipta rentak permainan malah menjaringkan gol.

"Kelantan terlalu bagus untuk ditewaskan sedangkan Pahang mungkin terlalu bergantung kepada Conti, Alex (Azamuddin) dan Fauzi Roslan (penjaring gol penyamaan separuh akhir kedua menentang Sarawak, Sabtu lalu)," katanya.

FAM perketat pintu masuk

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

PETALING JAYA - Awas! Pembeli dan pemilik tiket palsu perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2013 antara Kelantan dan Pahang, Ahad ini tidak akan terlepas masuk ke Stadium Shah Alam dengan sewenang-wenangnya sehingga menyulitkan mereka yang mempunyai tiket sah.

Tiga lapisan pencegahan bakal menanti mereka dengan yang pertama, setiap penonton diwajib menjalani pemeriksaan badan oleh pihak keselamatan termasuk wanita di lorong khas.

Keduanya, tiket penonton akan diperiksa menerusi sistem ultra ungu bagi menentukan kesahihannya dan yang terakhir, pemeriksaan ke atas sesiapa yang cuba membawa barang-barang larangan ke stadium.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, sesiapa yang cuba masuk dengan tiket palsu selepas dikesan sistem ultra ungu akan berdepan tindakan.

"Pemilik tiket palsu tidak boleh dibenarkan masuk stadium. Nasihat buat mereka, belilah tiket mengikut saluran yang sah. Pemeriksaan badan dan barang juga bertujuan supaya tiada bahan larangan seperti suar terlepas ke stadium," tegasnya.

Beliau yang juga Naib Presiden FAM berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir PIala Malaysia 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Katanya, Kelantan dan Pahang akan menerima peruntukan 30,000 tiket setiap pasukan yang akan mula dijual esok di tempat-tempat yang bakal ditetapkan persatuan bola sepak negeri mereka, hari ini.

"Bakinya, 15,000 tiket akan dijual di Stadium Shah Alam mulai 9 pagi, hari yang sama. Harga tiket semua tempat duduk RM40 dan hanya RM5 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun (1,000 tiket sahaja).

"Kelantan diletakkan sebagai pasukan tuan rumah dan bermain di sebelah kiri dan Pahang selaku pelawat, di kanan. Mesyuarat pengurus pasukan ditetapkan 1 November di stadium mulai 11 pagi yang melibatkan pengurus, jurulatih dan ketua pasukan.

"Keesokannya, sesi latihan di situ dengan Pahang mula berlatih 5.15 petang hingga 6 petang diikuti Kelantan dari 6.15 petang hingga 7 petang," kata Afandi selepas mesyuarat yang turut dihadiri pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang, Akbar VV Abu.

Kata Afandi, FAM menjangkakan kesesakan lalu lintas menjelang hari perlawanan akhir memandangkan kedua-dua penyokong negeri pantai timur itu menggunakan laluan lebuh raya yang sama untuk ke Shah Alam seperti di Karak, Bentong dan Gombak.

"Bagi penyokong Kelantan, mereka tiada pilihan untuk ke Shah Alam kerana mesti melalui Pahang. Jadi kami minta kawalan polis trafik bagi melancarkan perjalanan penyokong di Lebuh Raya Karak, Bentong dan Gombak yang dijangka sesak.

"Kami menasihatkan penyokong menjadualkan perjalanan masing-masing agar dapat mengelak kesesakan itu. Penyokong juga dibenarkan memasuki stadium mulai 3 petang hari perlawanan akhir," katanya.

Jelasnya, keseriusan terhadap langkah keselamatan di stadium juga dibuktikan apabila jawatankuasa bersetuju untuk menempatkan sebanyak 2,155 anggota keselamatan sebelum, semasa dan selepas perlawanan yang hampir sama seperti tahun lalu, 2,200 orang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lelaki lembam rentung dalam kebakaran

Posted: 28 Oct 2013 10:06 PM PDT

PAGOH 29 Okt. - Seorang lelaki yang dipercayai lembam ditemukan rentung dalam satu kebakaran di Kampung Parit Haji Naib Khadir di Bukit Pasir, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira puKul 12.05 pagi, Hafizi Ahmad, 40, dipercayai terperangkap dalam kebakaran semasa tinggal seorang diri. - UTUSAN ONLINE

Op Cantas Khas di perairan 4 negeri

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh SHAFURA ASHIKIN SUFFIAN
pengarang@utusan.com.my

MOHD. Yusof Abdullah memeriksa kad pengenalan seorang penumpang feri dalam Op Cantas Khas di Pelabuhan Klang, Selangor, semalam. - UTUSAN/SHAFURA ASHIKIN SUFFIAN

PELABUHAN KLANG 28 Okt. - Polis Marin menangkap seramai 22 individu dan merampas barangan bernilai RM305,000 sepanjang Op Cantas Khas di perairan empat buah negeri sejak 17 Oktober lalu.

Komander Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Abdullah berkata, operasi melibatkan kawasan perairan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dengan seramai 3,935 individu telah diperiksa termasuk penduduk tempatan dan warga asing.

Selain itu katanya, sebanyak 488 buah jentera air termasuk bot, sampan, perahu dan kelong turut diperiksa.

"Kesemua tangkapan dibuat atas pelbagai kesalahan antaranya mengikut Akta Kastam, Akta Imigresen, Ordinan Perkapalan Saudagar, Akta Dadah Berbahaya, Akta Kawalan Bekalan dan Akta Bahan Letupan.

"Polis Marin telah memainkan peranan penting dalam operasi ini untuk membanteras kegiatan jenayah di perairan Kuala Perlis sehingga ke Selangor," katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Polis Marin Pulau Indah, di sini hari ini.

Mohd. Yusof berkata, antara kejayaan operasi tersebut adalah rampasan 21,600 biji pil kesihatan iaitu Hemaviton Stamina Plus sekali gus menumpaskan sindiket penyeludupan racun terkawal pada 23 Oktober lalu.

"Pada hari yang sama juga Polis Marin menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak diesel sebanyak 800 liter di Pelabuhan Klang dan merampas sejumlah mercun di Kampung Acheh, Sitiawan, Perak yang disimpan dalam stor di sebuah rumah.

"Kegiatan penyeludupan yang dilakukan itu untuk mengelak daripada dikenakan cukai," katanya.

Op Cantas Khas dilancarkan oleh PDRM sejak 17 Ogos lalu, bertujuan membanteras kegiatan kongsi gelap, senjata api, pembunuhan, rompakan dan jenayah lain yang meningkat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


DBKL dibenar rayu keputusan mahkamah

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

PUTRAJAYA 28 Okt. - Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk merayu keputusan terdahulu yang tidak memihak kepadanya berhubung isu pengambilan tanah melibatkan lot-lot kedai Pasar Minggu Kampung Baru di ibu negara.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif memutuskan demikian setelah membenarkan DBKL mengemukakan satu persoalan undang-undang dalam rayuan kelak.

Persoalan itu membabitkan isu sama ada DBKL perlu membayar pampasan kepada responden-responden mengikut Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan) 1969.

Yang turut bersidang, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Abdull Hamid Embong serta Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

DBKL diwakili oleh peguam B. Thangaraj manakala pihak responden oleh M. Kamalam.

Isu itu bermula apabila DBKL pada 2008 mengeluarkan notis yang mengarahkan penduduk-penduduk terdiri daripada sejumlah peniaga lot-lot kedai di Pasar Minggu Jalan Raja Muda, Kampung Baru, agar berpindah.

Mereka yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM) dan peniaga-peniaga lain kemudian memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi bagi memohon injunksi menghalang perpindahan tersebut.

Ahli-ahli PPKPM dinamakan sebagai plaintif pertama hingga plaintif 122 yang merupakan penduduk dari Jalan Perkins, Kampung Baru manakala plaintif 123 hingga 171 adalah golongan peniaga, sementara plaintif 172 hingga 181 adalah penduduk setinggan.

Saman difailkan oleh PPKPM melalui Naib Yang Dipertua persatuan tersebut, Aziz Hamzah.

Tuntutan saman itu menyatakan mereka mempunyai hak dan ekuiti terhadap lot-lot tanah tersebut dan memohon pampasan mengikut nilai tanah atau diganti dengan hartanah lain yang setaraf dengan nilai tanah berkenaan.

Mereka juga memohon agar notis-notis berkenaan ditarik balik manakala DBKL memberi aku janji bahawa pihak plaintif diberi lot-lot kedai apabila projek pembangunan di kawasan itu siap.

Plaintif turut memohon diberi lot-lot kedai sementara yang didirikan di kawasan berdekatan Pasar Minggu Kampung Baru.

Mahkamah Tinggi pada 29 November tahun lalu memutuskan plaintif pertama hingga 171 berhak diberi pampasan bagi maksud perpindahan dan pemulihan seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 16(3).

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid membenarkan tuntutan saman itu selepas berpuas hati pihak plaintif tersebut telah berjaya membuktikan mereka adalah penghuni dan peniaga yang sah di situ.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak tuntutan saman plaintif 172 hingga 181 kerana mereka penduduk setinggan.

Mahkamah turut memerintahkan faedah pada kadar lima peratus setahun bermula dari tarikh penghakiman manakala kos ditaksir oleh Timbalan Pendaftar.

Rayuan DBKL kemudian ditolak oleh Mahkamah Rayuan tanpa kos pada 20 Mei lalu manakala jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada pihak responden dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran.

Konstabel didakwa rogol, rompak warga China

Posted: 28 Oct 2013 05:16 AM PDT

PETALING JAYA 28 Okt. - Seorang konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol seorang wanita warga China dan merompak mangsa serta empat rakannya yang lain, bulan lepas.

Bagi pertuduhan merogol, Mohamad Hafizan Ibrahim, 22, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 30 tahun di sebuah premis rumah urut di Taman Megah di sini pada 1.10 pagi 20 September lepas.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 November untuk sebutan kes.

Pendakwaan bagi kes ini dikendali Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohamad Hafizan turut berdepan pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pistol jenis revolver .38 bersama seorang lagi konstabel iaitu Khairulnizam Dolah Khairi, 32, dan tiga individu lain, Zainulazli Zahari, 30, Mohd Irham Abdul Rahman, 25, dan Normazlina Kamardin, 34, di Mahkamah Sesyen berasingan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa dan rakannya seorang warga tempatan Cher Cheng Peng serta tiga warga China iaitu Li Min, Su Yanfei dan Zhao Chunyu, yang berusia lingkungan 20 hingga 39 tahun di tempat, pada masa dan tarikh sama.

Mengikut pertuduhan, mereka merampas wang tunai berjumlah RM1,000 dan lima telefon bimbit daripada kesemua mangsa yang bekerja sebagai tukang urut.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Abu Bakar Manat membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Nov untuk sebutan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Media asing terpikat Taman Negara

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

PENGAMAL media berkelah di persisiran Sungai Tembeling sambil menikmati juadah tengah hari dalam perahu yang disediakan oleh Chef Zamri Shaari (kiri) dan Chef Asri Mohd. Hassan (dua, kiri) di Kuala Tahan, Jerantut.

JERANTUT 28 Okt. - Pahang mengekalkan keistimewaan yang mempunyai pakej alam semula jadi seperti gunung, sungai, hutan, pantai dan tanah tinggi paling menarik di negara ini.

Taman Negara Kuala Tahan antara destinasi yang masih berstatus hutan tropika tertua di dunia, menyajikan keindahan flora dan fauna menakjubkan dan sesetengahnya tidak pernah diketahui oleh dunia luar.

Atas faktor itu, taman negara ini terus menjadi destinasi popular dalam kalangan pelawat domestik dan pelancong barat untuk melihat lebih dekat khazanah yang ada selain menyedut udara bersih dan pemandangan menghijau.

Waktu yang paling sesuai untuk pelawat mengunjungi taman negara adalah pada April hingga November.

Kebiasaannya pada cuti hujung minggu, lebih ramai pelawat domestik mengambil tempat.

Dianggarkan lebih 100 spesies tumbuh-tumbuhan terdapat di hutan tropika yang berkeluasan 4,343 kilometer persegi itu.

Baru-baru ini sebanyak 50 pengusaha pelancongan dan pengamal media dari Paris, Perancis, Scandinavia dan Asia Oceania mengadakan kunjungan ke Mutiara Taman Negara Resorts (MTNR), Kuala Tahan.

Selepas itu disusuli rombongan wakil media tempatan terdiri daripada wartawan akhbar dan pengarang majalah pelancongan yang ditaja sepenuhnya oleh MTNR dalam promosi pusat pelancongan bertaraf antarabangsa tersebut.

Mereka berada di situ selama dua hari bagi meninjau pengurusan hospitaliti MTNR di samping menikmati keindahan alam sekitar menerusi program 'Le Grand Voyage Eductour Malaisie 2013' dengan kerjasama syarikat penerbangan Air France KLM.

Sepanjang kunjungan itu, mereka berpeluang menyertai kegiatan 'safari malam' untuk melihat haiwan liar termasuk tapir berkeliaran di resort MTNR dengan bantuan pemandu pelancong dan petugas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pada sebelah siang, kumpulan itu diajak mempamerkan kehebatan beriadah iaitu mendaki Bukit Teresek bagi menyaksikan keindahan alam dari puncak bukit tersebut.

Mereka turut menaiki tangga jambatan gantung (Canopy Walkway) sebelum meniti jambatan berkenaan setinggi 400 meter dari paras bumi.

Kegiatan yang paling tidak boleh dilupakan oleh kumpulan tersebut adalah berkelah sambil bermandi-manda di persisiran Sungai Tembeling.

Lebih menarik apabila mereka menikmati hidangan makan tengah hari di sungai itu yang disajikan oleh dua Chef MTNR iaitu Chef Zamri Shaari dan Chef Asri Mohd. Hassan.

Kedua-dua chef tersebut menyediakan juadah tradisional Melayu Pahang dan ala barat di atas sebuah perahu di sungai berkenaan.

Pelawat juga dibawa melawat penempatan Orang Asli suku Batek di Dedari, berjalan malam di hutan, melihat binatang, merasai garam di lima buah jenut dan bumbun termasuk Bumbun Tahan.

Ketua Pegawai Penyelaras Pelancongan Malaysia-Perancis, Christope Dieme ketika ditemui berkata, lawatan pertama kali oleh kumpulan tersebut merupakan usahasama Pejabat Pelancongan Malaysia di Paris bertujuan meninjau pengurusan hospitaliti MTNR dan keindahan alam sekitar di sini.

"Selama ini, kami hanya melihat dan menyelami Taman Negara Kuala Tahan menerusi laman web, laman sosial dan risalah di Pejabat Pelancongan Malaysia di Paris dan kunjungan ini memberi gambaran cukup menarik untuk melebarkan kerjasama dalam kalangan pemain industri ini antara kedua-dua negara," katanya.

Menurut beliau, rombongan itu turut teruja melihat keindahan hutan tropika, selain berpuas hati dengan pengurusan hospitaliti MTNR.

"Makanan tradisional Melayu di Seri Mutiara taman ini amat sedap dan keunikan alam sekitar di sepanjang menyusuri Sungai Tahan serta kegiatan lain cukup menyeronokkan dan mendekatkan hati kami dengan keindahan negara ini,'' ujarnya.

Bagi Pengurus MTNR, Nathan Vaithi, sebagai tuan rumah kepada tetamu dan duta pelancongan negara terbabit termasuk media tempatan, pihaknya menyediakan kemudahan diperlukan.

"Kita bersyukur kerana pengurusan hospitaliti MTNR diiktiraf terbaik sama seperti penginapan di negara-negara barat dan memberi impak besar dalam industri pelancongan negara dan taman negara di sini amnya," kata beliau.

Pahang sasar 100,000 pelancong TMM2014

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

PEMUDA Orang Asli etnik Batek menunjukkan cara menghidupkan api menggunakan kayu kepada pelawat di Taman Negara Kuala Tahan.

JERANTUT 28 Okt. - Taman Negara Kuala Tahan di sini akan terus menjadi pusat pertumbuhan ekopelancongan sekali gus menjadi penyumbang utama kemajuan ekonomi negeri dengan sasaran kehadiran lebih 100,000 pelancong sempena Tahun melawat Malaysia (TMM) 2014.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, tahun lalu pusat pelancongan itu menerima kehadiran 90,000 pelancong dan jumlah itu dijangka meningkat pada tahun ini.

Bagi mencapai matlamat itu, katanya, perancangan pembangunan dilaksanakan lebih teratur termasuk pembinaan chalet dan premis perniagaan untuk kemudahan pelancong di kawasan itu.

"Sesuai dengan imej Taman Negara sebagai destinasi pelancongan seluruh dunia, lokasi itu menjadi perhatian kerajaan negeri serta dapat memacu pertambahan pendapatan penduduk tempatan.

"Usaha promosi yang dibuat oleh Mutiara Taman Negara Resorts (MTNR) dengan menaja pengamal media antarabangsa merupakan kaedah terbaik dan tepat untuk memperkenalkan destinasi ini di serata dunia," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Tahan baru-baru ini.

Kerajaan negeri menurutnya, sentiasa memberi perhatian terhadap penjagaan alam sekitar, ekosistem dan khazanah alam di Taman Negara supaya tidak tercemar ketika melaksanakan projek pembangunan di situ.

"Kita sentiasa memantau pembangunan demi mengekalkan kawasan Taman Negara sentiasa terpelihara," katanya.

Beliau juga meminta semua pihak menjaga kebersihan kawasan itu kerana keindahan alam semulajadinya merupakan tarikan utama pelancong ke Taman Negara.

Katanya, pihak berkuasa tempatan telah menyediakan pelbagai logistik, penjagaan kebersihan dan membuka kawasan tempat meletak kenderaan yang lebih sistematik untuk keselesaan pelawat.

JPS bina benteng 3km Sg. Bertam

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

CAMERON HIGHLANDS 28 Okt. - Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Pahang akan membina benteng setinggi tiga meter di kiri dan kanan Sungai Bertam sepanjang tiga kilometer bermula dari Empangan Sultan Abu Bakar di sini.

Pengarahnya, Datuk Ir. Zulkifli Hassan berkata, sebaik sahaja siap kelak air yang dilepaskan dari empangan milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu jika melepasi paras bahaya dapat mengalir dengan lancar dan tidak melimpah di kiri atau kanan sungai tersebut.

Menurutnya, kerja-kerja membina benteng, mendalam, melebar dan membaik pulih sungai berkenaan menerusi peruntukan RM40 juta yang diluluskan Kerajaan Pusat akan bermula seawal-awalnya tahun depan.

"Banjir kilat dan lumpur yang berlaku Rabu lalu akibat air dari empangan TNB tersebut melimpah ke kiri kanan tebing sungai kerana tidak ada penampan atau benteng menahan pengaliran air tersebut.

"Projek tersebut dijangka siap dalam tempoh dua tahun dan berharap tiada penduduk membuat rumah di tepi tebing sungai ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembersihan dan menyelamat di sini kelmarin.

Dalam kejadian banjir kilat pada pukul 1 pagi Rabu lalu, tiga mangsa terdiri daripada dua pekerja asing maut dihanyutkan arus deras manakala seorang laki penduduk tempatan mati akibat diserang sakit jantung kerana terkejut melihat rumahnya dilanda banjir.

Dalam pada itu, Zulkifli meminta penduduk di negeri ini tidak membina rumah di tebing rizab sungai kerana melanggar peraturan dan tidak diluluskan pihak berkuasa.

"Saya berharap penduduk negeri ini mengambil iktibar daripada kejadian banjir kilat yang berlaku di Lembah Bertam dengan tidak membina rumah pada jarak 200 meter dari tebing sungai," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tiga anggota skuad bom Thailand terbunuh

Posted: 28 Oct 2013 01:23 PM PDT

BANGKOK 29 Okt. - Tiga anggota skuad penghapusan bom Thailand terbunuh semalam, ketika cuba menanggalkan fius bom yang ditanam berhampiran sebatang jalan di selatan negara tersebut.

Mereka bergegas ke tempat kejadian selepas diberitahu bahawa terdapat bom yang tertanam di bawah jalan di daerah Bacho, wilayah Narathiwat.

Seorang pegawai polis berkata, bom berkenaan tiba-tiba meletup dan membunuh mereka serta-merta.

``Kesemua mereka merupakan anggota yang berpengalaman dalam penghapusan bom dan sudah bekerja untuk jangka masa yang lama di sini, kata pegawai tersebut. - AFP

Kesatuan Eropah salur dana kemanusiaan kepada Syria.

Posted: 28 Oct 2013 11:18 AM PDT

BRUSSELS 29 Okt. - Kesatuan Eropah (EU) akan menyalurkan dana sebanyak 85 juta euro (RM369.19 juta) sebagai bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Syria.

Dana tersebut sebahagian daripada peruntukan 400 juta euro (RM1.7 billion) yang diluluskan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat rayuan kepada pertubuhan tersebut pada Jun lalu, di mana dana itu sukar untuk dibiayai ketika EU mengalami masalah kewangan.

Sebahagian daripada dana berkenaan iaitu 40 juta euro (RM173.74 juta) akan diberikan untuk program kesihatan dan pendidikan UNICEF di Syria, selain 40 juta euro (RM173.74 juta) lagi akan diperuntukan untuk membantu kira-kira 500,000 pelarian di Jordan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pas mula main sentimen Azizan

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

SEORANG penunggang motosikal melalui di hadapan bendera parti yang bertanding di Kampung Dulang Besar, Sungai Limau, Yan, Kedah, baru-baru ini. - UTUSAN/ NOORADZRENE MOHD NOOR

PADA 20 Ogos lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta pemimpin pembangkang tidak mengungkit mengenai langkah kerajaan negeri menyelesaikan masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana beliau tidak mahu mengaibkan pemimpin kerajaan Pas Kedah semasa mentadbir negeri sebelum ini.

Malah pada 27 Ogos lalu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah biar pun ada pemimpin Pas iaitu ADUN Pengkalan Kudur,Datuk Phahrolrazi Zawawi menggesa kerajaan negeri mengeluarkan kertas putih sebagai penjelasan isu Kuin tetapi gesaan itu tidak disambut oleh kerajaan negeri.

Ini memandangkan seperti mana kata Mukhriz beliau mengamalkan sikap berhemah dalam pentadbiran dan tidak mahu membuat witch hunting biar pun beliau mempunyai banyak bukti menunjukkan pemimpin Pas melakukan pelbagai masalah hingga menjejaskan kepentingan rakyat secara keseluruhan dalam soal Kuin.

Bagaimanapun apa yang dilakukan oleh Mukhriz tidak dihargai oleh pemimpin-pemimpin Pas malah dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau yang sedang berlangsung, Pas tanpa rasa bersalah mengedar risalah kempen mengecam Mukhriz berhubung isu itu.

Mereka menuduh Mukhriz kononnya tidak melaksanakan amanah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang berpesan kepada beliau untuk memberi perhatian kepada pembangunan Kuin dan Maahad Tahfiz di Pulau Tuba.

Hakikat sebenarnya kerana melaksanakan amanah Azizanlah, salah satu agenda terawal yang dilakukan oleh Mukhriz apabila BN mengambil alih tampuk kepimpinan negeri ialah menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dalam Kuin dan paling utama menamatkan kepincangan pengurusan kolej tersebut.

Kalau Mukhriz tidak berhasrat menunaikan pesanan Allahyarham sudah pasti, Mukhriz akan membiarkan Kuin terus terumbang-ambing sehingga ke hari ini. Tetapi malangnya niat baik dan segala usaha Mukhriz tidak dihargai oleh Pas.

Sebaliknya, dalam usaha Pas untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau, Pas bersedia untuk menjadikan isu KUIN sebagai senjata memfitnah Menteri Besar Kedah tersebut. Mereka mengedar risalah bertajuk 'Sinar Sungai Limau' dengan tujuan memburuk-burukkan anak bekas Perdana Menteri itu.

Inilah wajah sebenar politik Pas, mereka bersedia melakukan apa sahaja dalam usaha menjayakan agenda politik mereka. Soal betul atau salah, benar atau tidak, fitnah atau fakta, ia bukanlah menjadi perhitungan utama, apa yang penting bagi mereka ialah memainkan sentimen simpati kepada Allahyarham Azizan kerana menyedari majoriti pengundi di Sungai Limau menghormati dan menyayangi bekas ADUN mereka itu.

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Pas ini boleh dianggap satu gerakan politik yang tidak bertanggungjawab kerana bersedia memutar belitkan fakta semata-mata mahu meraih kemenangan. Apa yang lebih menyedihkan, segala perkara berkaitan Allahyarham Azizan seolah-olah baru sekarang mahu dihargai oleh sesetengah pemimpin-pemimpin Pas Kedah.

Sudah pastilah ini satu tindakan politik murahan memandangkan ketika Allahyarham menjadi Menteri Besar, sesetengah pemimpin termasuklah mereka yang kini berada dalam jentera pilihan raya Pas di Sungai Limau turut terlibat menyusahkan Allahyarham.

Ini dinyatakan sendiri oleh Allahyarham seperti mana dipetik oleh seorang pembantu kanannya dalam satu tulisan mengenai Allahyarham yang antara lain Allahyarham seolah-olah bersungut apabila berkata,;

"Kadang-kadang aku tak percaya apa yang aku dengar dan apa yang jadi, aku percaya sungguh-sungguh kat dia, bukan aku kata aku ni baik, hebat, tapi kita buat kerja nak bagi lebih kuat ... aku nak tanya, hang pernah dengaq ka aku sebut nama orang lain selain dia nak jadi Menteri Besaq kalau kita ada rezeki menang lagi?"

Malah penulis artikel itu turut menulis, ''Sekalipun dihentam teruk di muktamar, dalam laman sosial mahu pun cakap-cakap di luar, setelah meluahkan rasa terkilannya, dalam nada yang perlahan sering Ustaz ucapkan: "Kalau silap, mai lah tegur aku, kita ada saluran ....tak pa lah hat tu, yang aku sedih tu, hat depa dok kata tu tak betoi, aku pun tak kenai depa pun, jumpa pun tak pernah, macam mana depa lebih tau pasai diri aku, ada hat depa kata tu aku tak tau apa pun.

"Orang panggil aku ni Ustaz, memanglah ... aku pun tau ilmu aku tak seberapa, mungkin depa lebih tinggi mengaji daripada aku, depa tak mau hormat aku sebagai Pesuruhjaya tak pa, tak mau hormat aku ni sebagai MB pun tak pa, tapi hormatlah aku sebagai orang tua."

Demikianlah luahan Allahyarham yang dipercayai ditujukan kepada pemimpin dan kelompok tertentu dalam Pas sendiri.

Oleh itu, tidak payahlah mana-mana pemimpin Pas tertentu cuba menunjukkan mereka kini adalah pembela kepada Allahyarham Azizan sedangkan ketika Allahyarham masih hidup pelbagai gerakan politik dilakukan sehingga Azizan tidak mampu mentadbir Kedah dengan aman.

Justeru adalah tidak keterlaluan jika kita menganggap isu Kuin dan segala perkara berhubung Azizan sengaja dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Pas dalam PRK Sungai Limau semata-mata untuk meraih undi.

Kenapakah ketika hayatnya sesetengah pemimpin Kedah tidak berusaha membantu Allahyarham dalam pentadbiran sebaliknya ada antara mereka sanggup membiarkan kredibiliti Allahyarham tercabar apabila Pas pusat melantik pemantau bagi pentadbiran kerajaan negeri Kedah ketika itu, seolah-olah Azizan tidak lagi berupaya memimpin.

Atas sebab itulah, dalam usaha meraih sokongan dalam PRK Sungai Limau, adalah lebih wajar pemimpin-pemimpin Pas tidak memainkan sentimen Azizan. Ini memandangkan kalau sentimen seumpama itu mahu dimainkan rasanya yang lebih layak ialah BN.

Ini memandangkan biar pun berbeza parti dan fahaman politik, BN lebih menghargai Azizan termasuklah ketika Allahyarham sedang dirawat di hospital. Semua itu dilakukan kerana pemimpin-pemimpin BN memandang tinggi dan menghormati Azizan sebagai seorang pemimpin yang cukup berhemah dalam politik. Tetapi BN tidak seperti Pas yang sanggup menggunakan apa sahaja isu demi meraih kemenangan.

Adalah lebih baik jika Pas menumpukan perhatian kepada apa yang mereka hendak lakukan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat Sungai Limau. Janganlah membangkitkan isu atau perkara jika kerajaan negeri Kedah mendedahkan kedudukan sebenar ia boleh memalukan pemimpin-pemimpin Pas sendiri.

Oleh itu, hormati dan akurlah dengan pendirian Mukhriz yang tidak mahu mendedahkan apa sebenarnya berlaku dalam isu Kuin, biarlah beliau menyelesaikan isu tersebut secara berhemah dan menguntungkan semua pihak.

Pertarungan di Sungai Limau bukan melibatkan seluruh negeri tetapi terhad kepada kawasan itu sahaja dengan matlamat apa yang akan dinikmati oleh penduduk jika mereka menyebelahi BN atau Pas.

Kalau Pas sudah yakin bahawa Sungai Limau kubu kuat mereka, maka berhemahlah dalam berkempen seperti mana berhemahnya Allahyarham Azizan ketika berpolitik dengan kawan mahupun lawan.

Jangan cuba meraih sokongan melalui tindakan yang dilihat sekadar retorik, bersikap hipokrit dan memutar belitkan fakta.

Kalimah Allah dalam pelbagai tulisan

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh Zulkifli Noordin

KENAPA kita larang Kristian gunakan kalimah Allah?

Kita menentang Kristian di Malaysia ini guna kalimah Allah kerana mereka mahu memakainya dalam bentuk uluhiyyah, iaitu dalam bentuk iktiqad atau akidah yang syirik dan kufur! Iaitu mereka mengatakan Allah itu Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga-Dalam-Satu, Allah Bapak, Allah Anak dan Allah Roh Kudus. Mereka telah, sama ada dengan sengaja atau tidak, telah menyalahgunakan kalimah Allah!

Mari kita lihat bagaimana contoh-contoh kalimah Allah yang disalahgunakan untuk membawa maksud yang mensyirikkan, bahawa kalimah Allah itu adalah Allah-Hus-Salis, Allah Triniti - Tuhan Tiga Dalam Satu iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Kudus.

a) Disebut dalam terjemahan Bible Al Kitab (ms 197 ayat 25-27) Akulah yang memberi hidup dan membangkitkan orang mati", kata Yesus kepada Marta. Orang yang percaya kepada Ku akan hidup, walaupun ia sudah mati. Dan orang hidup yang percaya pada Ku, selama-lamanya tidak akan mati. Percayakah engkau akan hal itu. Tuhan," jawab Marta, saya percaya Tuhan Anak Allah, Raja Penyelamat yang akan datang ke dunia ini".

b) Disebut alam terjemahan Al Kitab (ms 379 ayat 9) jika Peti Perjanjian itu dibawa kearah negerinya sendiri, iaitu Bet-Semes, itu bererti bahawa Allah orang Israellah yang telah mendatangkan celaka yang hebat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju ke sana, kita akan tahu bahawa musibah itu bukan dari Allah Israel, melainkan kebetulan saja";

c) Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 246 ayat 13) hormatilah Tuhan, Allahmu, dan berbaktilah kepada Dia sahaja, dan bila kamu bersumpah, lakukanlah demi nama Nya saja";

d) Lafaz dalam upacara baptis berbunyi saya membaptiskan kamu dengan atas nama Allah Bapa, dengan atas nama Allah Putera dan dengan atas nama Allah Ruh Kudus";

e) Risalah menyebut Rencana Allah Untuk Menyelamatkan Kita Dari Dosa Ialah Dengan Mengutus Anaknya Yang Tunggal";

f) Risalah menyebut Yesus Adalah Allah Dalam Bentuk Manusia";

g) Risalah bertajuk Allah Pilih Pemimpin" menceritakan ketuhanan triniti;

h) Risalah bertajuk Firman Allah Hidup" menceritakan tentang bible;

i) Risalah bertajuk Jalan Kepada Allah" menceritakan tentang pengutusan Jesus;

j) Nama sebuah gereja iaitu Gereja Katolik Santa Maria Bonda Allah;

k) Nama sebuah gereja iaitu Gereja Kristus Domba Allah;

l) Nama sebuah gereja iaitu Gereja Sidang Jemaat Allah;

m) Nama sebuah gereja iaitu Gereja Allah Itu Kasih;

n) Tajuk lagu Allah Peduli dengan lirik menyebut Allah mengerti, Allah peduli, Segala persoalan yang kita hadapi, Tak akan pernah dibiarkannya, ku bergumul sendiri, Sebab Allah Yesus ku mengerti" nyanyian Agnes Monica;

o) Tajuk lagu Harapan Bangsa" dengan lirik menyebut Bapa engkaulah harapan negara ini, Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia, Yesus engkaulah harapan segala bangsa, Nyatakanlah kebenaran mu" nyanyian Jaclyn Victor.

Sedangkan Allah telah berfirman dengan cukup jelas didalam al-Quran:

Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata Sesungguhnya Allah ialah Isa Al-Masih ibnu Maryam. Pada Isa Al-Masih sendiri berkata,Wahai Bani Israel, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, bahawa sesiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka Allah pasti mengharamkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka. Sesungguhnya tiada seorang pun penolong bagi kaum yang zalim.

Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata Bahawasanya Allah ialah satu daripada tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang yang kafir antara mereka akan dikenakan azab yang pedih". Surah Al-Maidah:72-73

Jadi bagi kita umat Islam ini adalah soal akidah! Ini soal keimanan! Ini soal kepercayaan! Ini soal perintah Allah! Atas sebab itulah kita menentang! Itu sebabnya kita melarang! Dan kita tidak akan berkompromi walau sebesar habuk pun dalam isu ini!

Adakah kalimah Allah bukan hak milik mutlak orang Islam!

Memang benar kalimah Allah bukan milik umat Islam. Kalimah Allah bukan milik Nabi Muhammad SAW. Kalimah Allah bukan milik UMNO. Kalimah Allah bukan milik Pas. Kalimah bukan milik Perkasa. Kalimah Allah bukan milik mahkamah!

Jadi siapa pemilik kalimah Allah? Jawapannya mudah. Pemilik kalimah Allah ialah Allah SWT sendiri! Dialah pemilik mutlak kalimah itu. Hanya Dia yang berhak mutlak memberi kebenaran siapa yang boleh menggunakannya. Hanya Dia yang berhak mutlak memberi syarat penggunaannya.

Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan cara penggunaaannya. Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan diskripsi kalimah itu! Hanya Dia - Allah SWT - pemilik kalimah Allah. Dan Dia telah menegaskannya dengan cukup jelas tanpa sebarang keraguan sedikit pun di dalam al-Quran:

Katakanlah bahawa (kalimah) Allah itu (bermaksud) Maha Esa (Yang Satu); (Dan sifatnya ialah) kepada Allah tempat segala sesuatu bergantung; Dia Allah tidak beranak, atau diperanakkan; Dan tidak ada sesuatu apa pun yang setara atau sekufu dengan Allah!

Al-Ikhlas: 112:1-4

Jadi pemilik mutlak kalimah Allah telah menegaskan bahawa kalau mahu mengguna kalimah Allah persilakan tetapi mesti merujuk kepada empat syarat iaitu Dia hanya Satu; Dia tempat bergantung segala makhluk; Dia tidak ada anak; Dia tidak ada sekutu! Sebaliknya bila Kristian mahu mengguna kalimah Allah ia berubah menjadi bentuk syirik dan kufur seperti berikut:

Katakanlah bahawa Allah itu TigaDalam-Satu;

Kami bergantung kepada Jesus (untuk penebus dosa dan lain-lain);

Bahawa Allah ada anak bernama Jesus;

Bahawa Roh Suci (malaikat) itu sekutu dan setara dengan Allah";

Maka jelas sejelas-jelasnya bahawa maksud yang dibawa oleh Kristian dalam penggunaan kalimah Allah adalah bercanggah sama sekali dengan maksud yang Pemilik kalimah Allah itu sendiri nyatakan!

Apa pendirian kita?

Pendirian kita umat Islam ialah berpegang semula kepada al-Quran. Dan jelas didalam al-Quran Allah menyebut:

Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama mu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sungguh, Al Masih Isa putra Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimah-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari Nya. Maka berimanlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan (Allah itu) Tiga (triniti)". Berhentilah (dari berkata sedemikian).

Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci dia dari (tohmahan) mempunyai anak. Milik-Nya apa yang ada di langit, dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah Allah sebagai Pelindung." An-Nisaa 4: 171

Tugas dan tanggungjawab kita umat Islam ialah bukan dengan bersekongkol atau bersetuju atau meredai perbuatan mensyirikkan Allah yang boleh membawa kepada kekufuran ini. Jangan kita beria-ia hanya kerana kemaruk sokongan dan undi sampai sanggup menggadai akidah dan keimanan, konon bertaqqiyah untuk mendapatkan kuasa.

Kita bukan syiah yang sanggup dan boleh bertaqqiyyah, walau dalam soal akidah. Kita ahli Sunnah Wal Jamaah patutnya cukup jelas pendirian dan pegangan kita. Tidak perlu kita bersorok-sorok, main aci-aci buka pintu semata-mata kerana gila undi, gila kerusi! Tugas dan tanggungjawab kita pertama ialah dengan mencegah kekufuran, kesyirikan dan kemungkaran besar ini.

Kerja kita ialah memperbetulkan penyalahgunaan kalimah Allah ini. Maknanya kita kena turun padang. Pergi jumpa dengan mereka, terutama penganut Kristian. Malah ini merupakan peluang untuk kita melaksanakan tugas Rasulullah SAW iaitu berdakwah.

Beritahu mereka dengan jelas; kalimah Allah yang kamu gunakan itu sebenarnya dan sepatutnya membawa maksud Allah Tuhan Yang Satu, Allah yang kita bergantung sepenuhnya kepada dia (bukan makhluk atau patung atau haiwan dan lain-lain); bahawa Allah itu tidak ada anak dan tidak ada bapak; dan Allah itu tidak ada yang sama setaraf dan sekufu dengan dia!

Nah, itulah kerja dan tugas kita. Jangan cakap sahaja, keluar dan laksanakannya. Sabda Nabi SAW," baalighul anni walau aayah" - sampaikan daripadaku walau sepotong ayat!

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita, memelihara keimanan dan akidah kita, dan memberikan kita kekuatan istiqomah mengharungi zaman fitan ini insya-Allah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Biak tiram asuhan

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

TIRAM perlu disterilkan untuk mengelakkan pencemaran.

Demikian luahan pengusaha ternakan benih tiram Allan Wong, 51, yang di temui di kolam asuhan tiram di Balik Pulau,Pulau Pinang baru-baru ini.

Memiliki pengalaman 22 tahun dalam penternakan tiram, uniknya, syarikat mereka dikatakan satu-satunya yang memasarkan tiram menggunakan teknik pembenihan asuhan.

Jelasnya, ternakan tiram dilihat berpotensi untuk dikembangkan memandangkan negara seperti Australia, New Zealand dan negara Eropah mempunyai suatu industri yang besar berbanding Malaysia yang baru berada di peringkat permulaan.

"Kami melihat pembenihan tiram secara asuhan ini dapat membantu pengusaha yang berminat untuk mendapatkan benih tiram berkualiti.

"Kenapa kita tidak boleh bersaing dengan pasaran luar sedangkan kita boleh mengeluarkan hasil tiram hanya dalam masa setahun berbanding mereka empat tahun sekali.

"Lebih-lebih lagi kita mempunyai cuaca yang lebih baik untuk mendapatkan hasil tiram yang cepat dan berkualiti," katanya.

Kolam asuhan tiram yang dikendalikan oleh syarikat SeaHarvest Aquamarine Malaysia itu turut mempunyai keluasan kolam sebanyak lima ekar yang mampu mengeluarkan lima juta benih tiram setahun.

Oleh itu, pemantauan terperinci perlu dilakukan pada setiap hari bagi memastikan proses pembesaran berjalan lancar

"Sebelum ini tiram yang hidup berkelompok perlu dikorek isinya untuk dijual secara dalam kiraan berat (isi sahaja) hanya kerana struktur cangkerang yang tidak menarik,"katanya.

Pembenihan secara asuhan berbeza dengan pembenihan semulajadi kerana tiram semulajadi hanya membiak dua kali setahun pada pertengahan dan akhir tahun.

Jelasnya, bagi mengembangkan industri ternakan tiram, proses pembenihan secara asuhan diperlukan bagi mendapatkan pembekalan benih yang lebih teratur dan kualiti yang terjamin.

Selain itu, proses kacukan benih juga perlu dilakukan bagi mendapatkan benih yang tahan lasak di samping proses tumbesaran tiram yang lebih cepat dengan kualiti yang lebih bagus.

Menurutnya lagi, kaedah pembenihan itu diperkenalkan berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang pertanian dimana pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 1989 lagi.

Mengenai rasa tiram, katanya, rasa tiram Malaysia mempunyai rasa yang lebih lemak dan sedap berbeza berbanding tiram di import dari pasaran luar kerana ia lebih lembut dan nipis.

"Rasanya yang lebih lemak dan tebal mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan pelanggan terutamanya chef daripada restoran mewah sekitar kawasan Pulau pinang," katanya.

Wong turut memberitahu, perniagaan yang diusahakan itu juga telah memperoleh status BioNexus daripada Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) sebagai syarikat bioteknologi yang berpotensi di samping mendapat bantuan mesin-mesin berteknologi tinggi.

Ditanya mengenai perancangannya, kita mula mencari syarikat yang mahu bekerjasama di dalam memperkembangkan lagi indutri tiram di Malaysia di samping mahu mencari pasaran untuk menjual hasil ini.

"Setakat ini salah satu syarikat yang akan bekerjasama dengan kami ialah Kejora dan Jcorp.

"Jcorp yang berpangkalan di Johor mempunyai keluasan kawasan sebanyak 1,000 ekar untuk projek pembenihan tiram ini," katanya.

Jelasnya lagi, pihaknya juga mengharapkan kerajaan dapat memberikan lebih banyak lagi benih kepada orang kampung supaya dapat membuka peluang untuk menambah pendapatan mereka.

"Tiram hanya tidak mengunakan kos yang tinggi malah kurang risiko tetapi dapat hasilkan hasil yang lumayan.

"Ramai orang yang berminat tetapi hanya tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan benih sebab itulah kami menjadi pengeluar benih kepada mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Fizo Omar-Mawar nikah 10 November ini

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
pengarang@utusan.com.my

FIZO Omar dan Mawar Abdul Karim menunjukkan cincin pertunangan mereka di e@Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor, semalam. - UTUSAN/RIDUAN RIZAL AHMAD

PETALING JAYA 28 Okt. - Tarikh 10 November ini dipilih oleh pelakon Fizo Omar sebagai detik istimewa untuk menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan, Mawar Abdul Karim, 24.

Berkenalan sejak setahun lalu, Fizo memberitahu tarikh itu telah dipersetujui kedua-dua belah pihak keluarga dan hanya bertunang selama sehari.

Itu adalah permintaan keluarga, kami akan bertunang dahulu, pada 9 November sebelum dinikahkan pada keesokan harinya.

Kedua-dua majlis akan berlangsung di rumah Mawar yang terletak di Kajang, Selangor dan untuk majlis resepsi pula kami masih belum membuat keputusan tetapi yang pasti akan berlangsung di tiga buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kelantan," katanya dalam sidang akhbar di sebuah pawagam di Damansara, di sini hari ini.

Bercakap mengenai persiapan menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, buat masa ini semuanya berjalan dalam keadaan baik, sungguhpun kedua-dua mereka sebenarnya agak sibuk dengan urusan perniagaan masing-masing.

Kami hanya membuat persiapan secara sendiri memandangkan waktu untuk berjumpa itu agak terhad.

Saya hanya akan bercuti minggu hadapan, manakala Mawar pula sedang sibuk dengan rekaan tudung eksklusif keluaran khas sempena majlis pertunangan dan pernikahan kami nanti," katanya.

Ditanya mengenai kejutan melamar Mawar di dalam pawagam, menurut Fizo idea ini datang dalam waktu yang singkat. Mahu menjadikannya lebih bermakna Fizo sempat menyiapkan filem pendek lakonannya yang menunjukkan kisah sebelum lamaran ini dibuat. Tanpa diduga Mawar yang pada mulanya beranggapan dia akan menonton filem lain, langsung terkejut apabila melihat kemunculan Fizo di layar.

Mengapa saya memilih untuk melamar di pawagam adalah kerana saya mahu Mawar tahu ini merupakan dunia saya. Saya memulakan rakaman filem pendek pertama arahan sendiri dan telah disiapkan dua hari lalu," katanya.

Sementara itu Mawar yang nyata terkesima dengan kejutan itu, memberitahu dia sebenarnya tertarik dengan sikap Fizo yang amat komited dalam setiap hal yang dilakukan.

Saya tidak sangka akan ada kejutan sebegini dari Fizo, sampai sekarang saya masih terkejut. Sebenarnya sikap Fizo yang tidak pernah putus asa menambat hati saya untuk menerimanya," katanya.

Fizo-Mawar pilih 10 November tarikh pernikahan

Posted: 28 Oct 2013 12:51 AM PDT

FIZO Omar dan bakal isterinya, Mawar Abdul Karim ketika mengumumkan tarikah pernikahan mereka dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, hari ini. - UTUSAN

PETALING JAYA 28 Okt. - Tanggal 10 November depan dipilih oleh Fizo Omar dan kekasihnya, Mawar Abdul Karim sebagai tarikh pernikahan mereka berdua.

Dalam satu sidang media di Damansara hari ini, Fizo memberitahu, majlis pertunangan mereka akan diadakan sehari sebelum pernikahan tersebut.

"Majlis pertunangan dan pernikahan kami akan disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9. Kami memilih kediaman Mawar yang terletak di Country Heights, Kajang sebagai lokasi pernikahan nanti," katanya.

Sebelum itu Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, membuat kejutan untuk Mawar dengan melamar kekasihnya itu di dalam pawagam yang turut disaksikan para media dan keluarga terdekat. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kamera luar biasa

Posted: 27 Oct 2013 11:04 PM PDT

Nokia baru-baru ini tampil dengan siri baru Rangkaian Lumia yang dinamakan menggunakan nama Lumia 1020, telefon pintar yang menandakan penanda aras dalam pengimejan.

Teknologi PureView menjadikan Lumia 1020 lebih istimewa dengan imej yang lebih jelas seperti kamera digital dengan sensor 41 megapiksel generasi kedua optik Zeiss dan enam lensa serta penstabil imej.

Teknologi tersebut membantu pengguna merakamkan, menyunting dan berkongsi gambar serta video berkualiti tinggi.

Menggunakan antara aplikasi istimewa model ini, Nokia Pro Camera, dengan kaedah zum semula pengguna boleh merakamkan gambar dan kemudian baharulah melakukan pemfokusan semula atau zum,

Antara mukanya juga agak istimewa yang menampakkan bagaimana kualiti hasil gambar atau video yang dirakam

Menjelaskan lebih lanjut Ketua Pemasaran Pan Asia Nokia, Gary Chan berkata, pengguna sepatutnya menggunakan kecanggihan telefon pintar ini untuk merasai pengalaman merakam dan berkongsi gambar

''Kami mahu mereka merasai sendiri pengalaman merakam dan berkongsi gambar ini. Nokia Lumia 1020 memberi seribu makna kepada mereka dan mengukuhkan lagi keunggulannya dalam teknolgi pengimejan,'' ujarnya.

Keunikan teknologi kamera Nokia Lumia 1020 boleh dianggap paling versatil dalam pasaran hari ini

Ciri-ciri dwirakaman serentak dengan resolusi imej 38 megapiksel dan suntingan akhir imej tanpa had serta janaan gambar lima piksel memudahkan perkongsian dalam media sosial dengan Windows Phone 8.

Dengan hasilan gambar jelas dalam suasana gelap Lumia 1020 juga mampu merakam video bebas kabur dengan bunyi stereo dalam suasana konsert sekalipun dengan sokongan Nokia Rich Recording yang berkeupayaan mengendalikan tekanan bunyi sehingga tahap enam kali ganda lebih kuat berbanding mikrofon pada telefon pintar lain.

Dengan lebih 175,000 aplikasi, Windows Phone menjadikan Lumia 1020 platform sempurna.

Imej hidup pada skrin Start dengan kemampuan berkongsi gambar media sosial serta mudah akses fail menerusi SkyDrive.

Lumia 1020 juga mempunyai ciri-ciri perkhidmatan Nokia seperti HERE yang yang menyokong kemudahan perkhidmatan lokasi bersepadu HERE Maps dan ciri ciri LiveSight, unutk pencarian tempat untuk rakaman gambar dengan mudah dan pantas

Nokia Camera Grip binaan dalam pula memastikan rakaman lebih mudah dengan bateri pengecasan semula berkemampuan untuk rakaman tidak kurang 285 gambar

Mereka yang belum memilikinya boleh berkunjung ke kedai Nokia bermula September lalu di kawasan Lembah Klang manakala kawasan lain pada Oktober dengan harga RM2,499.

Rangkaian tablet Galaxy

Posted: 27 Oct 2013 11:04 PM PDT

Oleh MASZUREEN HADZMAN

GalAxy Tab 10.1 menawarkan spesifikasi diperlukan dan mampu menambat pengguna.

SAMSUNG Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenal barisan Galaxy Tab 3 terbarunya dalam tiga saiz iaitu 7.0 inci, 8.0 inci dan 10.1 inci untuk pasaran tempatan.

Siri Galaxy tab 3 itu menawarkan kepada pelanggan pelbagai bentuk untuk melihat, mendengar, mencipta dan berkongsi acara yang bermakna dan kandungan istimewa dengan insan penting dalam hidup mereka.

Sementara itu, pengguna sama ada boleh melayari laman web di rumah atau membaca sewaktu mengembara, setiap peranti dilengkapi dengan kandungan bermutu tinggi.

Reka bentuk ini sangat sesuai digunakan bagi menonton atau berkongsi kandungan dengan kawan dan keluarga serta merakamkan detik spontan dalam kehidupan.

Bagi model Galaxy Tab 3 7.0 inci dan 8.0 inci, kedua-duanya kini boleh didapati di rangkaian kedai runcit elektronik seluruh negara termasuk , model 10.1 inci.

Galaxy Tab 3 7.0 inci ditawarkan pada harga RM1,099, sementara bagi saiz 8.0 untuk model WiFi dan LTE masing-masing ditawarkan pada harga RM1,099 dan RM1,499 seunit.

Model ini didatangkan dengan reka bentuk senipis 9.9 milimeter dan seberat 306 gram sekali gus menjadikannya mudah dan selesa untuk dipegang.

Ia turut dijana dengan prosesor Dwi Teras 1.2 GHz yang menawarkan pengalaman penggunaan lancar kepada pengguna, berserta akses kepada kandungan premium di Samsung Hub dan WatchON, ia menjanjikan hab hiburan mudah alih yang berkuasa.

Sementara itu, bagi Galaxy Tab 8.0 inci pula, ia direka supaya selesa dipegang menggunakan satu tangan dan sesuai untuk digunakan bagi menonton video, bermain permainan dan membaca e-buku di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Peranti itu juga sesuai untuk kegunaan pelancong menerusi aplikasi S Translator yang membolehkan terjemahan segera menerusi pengenalan suara dan juga teks sama ada di e-mel, mesej teks dan ChatON.

Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai Samsung Galaxy Tab 3 sila layari www.samsung.com/my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Manfaatkan peniaga di Gelang Patah

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin memandu jengkaut sebagai gimik Majlis Pecah Tanah Medan Selera Taman Perintis 1 di Gelang Patah, Johor, semalam.

NUSAJAYA 27 Okt. - Projek Medan Selera Iskandar Malaysia diperkenalkan hari ini dalam usaha memastikan setiap lapisan masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah menikmati limpahan hasil pembangunan di kawasan Iskandar Malaysia.

Projek kedua digerakkan di bawah Program Kawan Iskandar Malaysia (KIM) selepas projek Ekopelancongan Kampung Sungai Melayu itu merupakan salah satu strategi pembangunan sosial Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Medan Selera Iskandar Malaysia itu dibina dengan tujuan menyediakan tempat berniaga lebih teratur dan selesa kepada penjaja serta peniaga kecil di sekitar kawasan Gelang Patah.

Menurutnya, projek membina bangunan dua tingkat yang akan dibangunkan di kawasan Taman Nusa Perintis 1, Pekan Gelang Patah di sini, boleh menempatkan sebanyak 30 penjaja makanan dan peniaga kecil apabila siap pada Disember tahun depan.

"Apa yang menarik mengenai projek ini ialah kerajaan negeri dan IRDA menyediakan tempat dan memberi sokongan diperlukan manakala Koperasi Peniaga dan Usahawan Melayu Gelang Patah akan diberi tanggungjawab menguruskannya.

"Jika projek ini berjaya kelak, kita harap koperasi terlibat dapat meneruskan usaha yang sama dengan cuba membuka medan selera seumpama itu di tempat lain sekali gus mampu membuka peluang kepada orang lain pula," katanya selepas majlis pecah tanah projek itu di sini hari ini.

Beliau berkata, apabila mula beroperasi kelak tempat tersebut yang bakal menempatkan gerai menjual pelbagai masakan tempatan di tingkat bawah dan produk tempatan di tingkat atas diharap mampu menjadi tarikan pelancong.

Sementara itu, Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim berkata, projek tersebut adalah contoh terbaik usaha kerjasama antara masyarakat setempat dengan semua agensi pelaksana termasuk pihak swasta dalam merebut peluang di Iskandar Malaysia.

"Pembinaan Medan Selera Iskandar ini diharap dapat memenuhi permintaan pelancong dari dalam dan luar negara dalam menawarkan perkhidmatan makanan dan menjadi pusat pengedaran produk tempatan," katanya.

Kurangkan gula, bukan naikkan harga - Siew Kiong

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Tee Siew Kiong menyampaikan sumbangan sempena perayaan Deepavali kepada kaum India di Pontian, Johor, semalam.

PONTIAN 27 Okt. - Para peniaga makanan dan minuman diminta menggunakan pendekatan 'kurang manis' dalam makanan mereka supaya harga tidak perlu dinaikkan berikutan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen dalam Bajet 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pelancongan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, sebarang kenaikan harga adalah tidak wajar memandangkan peningkatan harga masih di bawah 10 peratus malah perlu dilihat secara positif terutama dalam aspek pengambilan makanan rakyat negara ini.

"Peniaga perlu sama-sama membantu kerajaan bagi mendidik masyarakat dalam soal pengambilan gula yang berlebihan sebagai punca meningkatnya bilangan pesakit diabetes.

"Kerajaan negeri berharap pengurangan subsidi gula itu tidak dijadikan alasan bagi menaikkan harga makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali untuk masyarakat India di pejabat PPP Bahagian Pontian di sini semalam.

Seramai 20 keluarga kaum India yang akan meraikan Deepavali minggu hadapan menerima sumbangan barangan keperluan dan wang tunai, sementara 30 keluarga lagi mendapat bantuan serupa dalam satu majlis berasingan di Taman Megah di sini.

Kata Siew Kiong, pemborong, peniaga, pengeluar makanan dan pengusaha restoran diharap dapat memahami rasional pengurangan subsidi gula apatah lagi pengambilan gula yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan.

"Saya akan menggerakkan pasukan pemantau harga di seluruh negeri bagi memantau sekiranya ada peniaga yang menaikkan harga makanan dan minum kesan daripada pengurangan subsidi gula," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Siew Kiong menyifatkan Bajet 2014 yang dibentangkan banyak memberi faedah kepada orang ramai dalam mengurangkan kos sara hidup pada hari ini melalui kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M) daripada RM500 kepada RM650 bagi keluarga serta bantuan persekolahan sebanyak RM100.

Selain menepati Akujanji Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, belanjawan tersebut memperlihatkan perhatian kerajaan dalam cukai, peluang perniagaan, pinjaman dan pendidikan, sejajar dengan usaha untuk mentransformasikan kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved