Ahad, 13 April 2014

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Tutor Utusan bantu latih tubi pelajar

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

Oleh Sitti Nor Azizah Talata
utusansabah@utusan.com.my

SebahagiaN pelajar SM La Salle menunjukkan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor sebagai gimik melanggan akhbar pendidikan itu di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Sebagai simbolik, Celestina Ubing menyerahkan akhbar itu kepada Pengetua, Julia Willie Jock (empat kanan). Turut kelihatan Aisah Rastim (empat kiri) - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

KOTA KINABALU 13 April - Bagi memastikan pelajarnya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini, Sekolah Menengah (SM) La Salle, Kota Kinabalu bertindak proaktif dengan melanggan akhbar pendidikan Utusan Malaysia iaitu Tutor SPM dan PT3.

Guru Perpustakaan dan Media sekolah itu, Aisah Rastim berkata, akhbar pendidikan tersebut sangat berguna kepada pelajar untuk melakukan latih tubi bersendirian atau secara berkumpulan, sebagai persiapan terbaik mereka untuk menghadapi peperiksaan SPM dan PT3 tahun ini.

Menurutnya, walaupun diberikan banyak latihan oleh guru termasuk melakukan latihan dalam Tutor, pelajar tidak pernah mengeluh, malah amat menyukai kandungan Tutor yang padat dengan soalan-soalan peperiksaan berkualiti.

Sebahagian besar daripada pelajar sekolah ini sebenarnya merupakan pelanggan Tutor secara persendirian. Walau bagaimanpun, sekolah cuba bantu mereka yang belum lagi melanggan akhbar pendidikan ini.

Justeru, kita mengambil pendekatan bekerjasama dengan pihak Utusan Malaysia di Sabah untuk melanggan Tutor SPM dan PT3 buat pelajar SM La Salle," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

SM La Salle melanggan Tutor SPM sebanyak 1,569 naskhah manakala PT3 pula 438 naskhah.

Tambah Aisah, sambutan pelajar terhadap Tutor SPM dan PT3 amat baik, malah ibu bapa mereka juga menggalakkan penggunaan akhbar pendidikan ini bagi membolehkan anak-anak mereka membuat latih tubi.

Katanya, soal terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tidak timbul kerana harga senaskhah akhbar pendidikan Utusan Malaysia itu sangat berpatutan dan murah berbanding buku rujukan atau buku latihan lain.

Mengenai penambahbaikan, beliau berharap pihak pengarang Tutor SPM dapat membuat soalan latihan yang lebih banyak bagi Kertas 3 Sejarah.

Cadangan saya ini diharap dapat dipertimbangkan oleh pihak Utusan kerana kami mahu membantu pelajar menguasai cara menjawab Kertas 3 Sejarah memandangkan ia merupakan subjek wajib lulus mulai tahun lalu," ujarnya.

Bagi sekolah di negeri ini yang berminat melanggan Tutor, boleh menghubungi nombor telefon Eksekutif Pemasaran Sabah, Celestina Ubing, 012 802 0261, untuk keterangan lanjut.

Klinik hoki TNB mampu lahir bintang ternama

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

BEKAS pemain hoki kebangsaan, M. Kaliswaran memberi tunjuk ajar kepada sebahagian daripada peserta Klinik Hoki Program TNB di Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, kelmarin. - UTUSAN/Sazali Che Din.

TASEK GELUGOR 13 April - Usaha Tenaga Nasional Bhd. (TNB), menganjurkan program klinik hoki dilihat sebagai pendekatan terbaik dalam melahirkan bintang-bintang ternama sukan berkenaan pada masa hadapan.

Malah lebih membanggakan, sasaran TNB memilih sekolah-sekolah luar bandar sebagai anak angkat program pembangunan sukan hoki itu juga amat bertepatan dalam usaha menggilap bakat-bakat muda yang terdiri daripada murid sekolah rendah.

Pegawai Penyelaras Klinik Hoki Program Pintar TNB Pulau Pinang, Muhammad Radhi Shariff Hussain berkata, hoki sememangnya merupakan sukan teras TNB dan program yang dijalankan bertujuan mencari bakat-bakat baharu dalam sukan berkenaan.

Katanya di Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi di sini telah dipilih TNB bersama dengan 12 buah sekolah lain di seluruh Semenanjung bagi kelompok kedua program klinik hoki yang dijalankan.

Adalah menjadi misi TNB untuk melahirkan lebih ramai jaguh hoki pada masa depan sebagai pelapis pemain-pemain kebangsaan yang ada ketika ini.

Ramai bakat terpendam dari kawasan luar bandar yang kalau digilap mampu menjadi nama besar suatu hari nanti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semasa program klinik hoki berkenaan di sini semalam.

Tambah beliau, usaha berterusan antara TNB dan pengurusan sekolah perlu dijalinkan supaya matlamat untuk melihat para pemain cilik berkenaan terus menyinar sekali gus mampu mengharumkan nama Malaysia dalam arena hoki.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi, Rosini Ahmad berkata, beliau terharu dan gembira apabila sekolahnya terpilih dalam program kelolaan TNB berkanan.

Katanya, sebagai sekolah luar bandar adalah sukar untuk pihaknya menubuhkan pasukan hoki sendiri memandangkan kos yang tinggi diperlukan terutamanya dalam menyediakan prasarana dan kelengkapan sukan tersebut.

Kos untuk sukan hoki sudah sedia maklum terlalu tinggi dan Alhamdulillah dengan bantuan TNB ini kami mampu untuk menyediakan pasukan hoki sendiri.

Segala apa yang disumbangkan TNB ini amat besar nilainya kepada para murid kami yang ternyata mempunyi minat mendalam dalam sukan hoki," katanya.

Selain itu tambahnya, setakat ini sebanyak 40 pelajar telah terpilih untuk bersama dalam program sukan yang dianjurkan TNB ini dan pihak sekolah akan membuat pemilihan pemain-pemain terbaik untuk mewakili sekolah selepas ini.

Bermula dari penyertaan dalam program klinik hoki ini, kini pihak sekolah telah menubuhkan pasukan hoki sendiri dan adalah menjadi harapan besar kami untuk melihat Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi menjadi pasukan gergasi hoki di kawasan utara.

Biarpun baru berkecimpung dalam sukan hoki ini terdapat beberapa murid yang menunjukkan prestasi membanggakan seolah-olah seperti pemain cilik profesional," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Chong Wei banyak silap

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Simon Santoso (kiri) dan Lee Chong Wei bergaya untuk jurugambar selepas menerima hadiah masing-masing di kejohanan badminton Terbuka Singapura semalam. - AFP

KUALA LUMPUR - Banyak melakukan kesilapan sendiri dan tidak terlalu fokus adalah punca utama yang menyaksikan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tumbang kepada Simon Santoso dari Indonesia dalam perlawanan akhir Siri Super Terbuka Singapura 2014 semalam.

Chong Wei yang masih segar dengan kejuaraan Siri Super Terbuka India minggu lalu tumpas straight set 15-21, 10-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 48 minit di Stadium Tertutup Singapura.

Menurut jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock, pujian harus diberikan kepada pemain Indonesia tersebut kerana mempamerkan aksi cemerlang untuk menumpaskan Chong Wei yang dianggap tidak terlalu fokus mengenai kejohanan tersebut.

Kami memang menjangkakan Simon akan bermain dengan baik hari ini (semalam), malah Chong Wei melakukan banyak kesilapan untuk membolehkan lawan mengutip mata," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jelasnya, tidak ada apa yang berlaku terhadap juara All England 2014 itu dan selepas ini dia akan pulang ke tanah air untuk membuat persiapan menjelang Piala Thomas di New Delhi, India yang berlangsung bulan depan.

Sementara itu, Simon yang merupakan pemain nombor 52 dunia berkata, dia berasa begitu puas kerana sudah sekian lama tidak dapat menumpaskan Chong Wei di mana kali terakhir ialah di suku akhir Siri Super Terbuka Jepun 2009.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong Indonesia dan penonton yang datang ke stadium hari ini, selepas ini saya harus mengekalkan kestabilan dalam kejohanan akan datang dan cuba untuk bermain lebih bagus," katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Simon membawa pulang wang tunai AS$22,500 (RM72,792) manakala Chong Wei meraih AS$11,400 (RM36,881) selaku naib juara dan setakat ini sudah meraih tiga gelaran musim iaitu Terbuka Malaysia pada Januari, All England (Mac) dan Terbuka India.

Perlawanan akhir wanita pula menyaksikan pemain perseorangan China, Wang Yihan menumpaskan rakan senegara, Li Xuerui 21-11, 21-19, manakala beregu lelaki juga milik negara Tembok Besar itu apabila Cai Yun-Lu Kai menumpaskan pasangan Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia-Hsin 21-19, 21-14.

China turut mengungguli acara beregu wanita apabila Bao Yixin-Tan Jinhua mengejutkan pilihan pertama dari Denmark, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl 21-14, 19-21, 21-15.

Perlawanan akhir beregu campuran pula menyaksikan pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyiana Natsir berjaya menumpaskan rakan senegara, Riky Widianto-Puspita Richi Dili 21-15, 22-20.

Perlu fokus kepada setiap perlawanan - Zainal

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
Nahar.latib@utusan.com.my

Penyerang Pahang, Matias Conti (kanan) menjaringkan gol pertama Pahang dalam perlawanan Liga Super dengan T-Team di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin. Pahang menang 2-0. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN - Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan mahu anak buahnya tidak bermegah dengan kedudukan selaku pendahulu Liga Super bagi mengelak dibuai khayalan yang akhirnya boleh mengganggu fokus mereka di atas padang.

Sebaliknya, bekas tonggak Pahang itu berkata, setiap perlawanan yang menanti dalam baki saingan Liga Super musim ini harus dihadapi dengan komitmen 100 peratus agar mencapai matlamat yang disasarkan.

Alhamdulillah dengan melaksanakan perkara itu, pasukan Pahang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan berturut-turut.

Matlamat saya hanya untuk menyediakan pemain supaya setiap mereka lebih fokus dan bermain secara konsisten sepanjang 90 minit perlawanan," katanya ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super antara Pahang dengan T-Team di Stadium Darul Makmur di sini kelmarin.

Dalam perlawanan itu, Tok Gajah berjaya membenam T-Team 2-0 sekali gus mengukuhkan cengkaman sebagai pendahulu Liga Super.

Kemenangan itu membolehkan Pahang mengumpul 25 mata selepas 12 perlawanan dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan berturut-turut.

Pahang memperoleh gol seawal minit kedua oleh penyerang import, Matias Conti, disusuli jaringan pemain kebangsaan, Azammuddin Mohd. Akil pada minit ke-57.

Zainal berkata, ketika ini moral pemain berada di dalam keadaan terbaik dan mereka optimis untuk mendapatkan keputusan positif dalam setiap perlawanan.

Dalam pada itu, mengenai perlawanan kelmarin, dia berbangga dengan kemenangan itu kerana katanya bukan mudah untuk mengalahkan pasukan yang sama dalam tempoh seminggu.

Tambahan pula, T-Team turut dibarisi dengan pemain import baharu iaitu Leandro Dos Santos yang berasal dari Brazil, tetapi semua pemain menjalankan tugas dengan baik.

Saya lihat Conti dan Fauzi Roslan selaku tonggak serangan turut membantu rakan-rakan di posisi lain ketika menerima asakan T-Team," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bilik asrama lelaki Maktab Mahmud terbakar

Posted: 13 Apr 2014 10:12 PM PDT

ALOR SETAR 14 April - Sebuah bilik asrama pelajar lelaki Maktab Mahmud di sini musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 11 pagi ini.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan mahu pun kemalangan jiwa dilaporkan berikutan kesemua pelajar sedang mengikuti kelas masing-masing ketika kejadian berlaku. - UTUSAN ONLINE

Polis tumpaskan kumpulan samun bersenjata larikan treler

Posted: 13 Apr 2014 09:47 PM PDT

BUKIT MERTAJAM 14 April - Polis menumpaskan satu kumpulan samun bersenjata yang melarikan sebuah lori treler membawa muatan tembaga bernilai RM400,000 di Kawasan Perindustrian Perai, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, 13 suspek ditahan termasuk dua lelaki warga asing dalam beberapa serbuan yang dilakukan oleh polis sejak hari itu. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Suami isteri berhadapan hukuman gantung

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

PASIR MAS 13 April - Sepasang suami isteri berhadapan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah iaitu pil kuda seberat 80 gram, bulan lalu.

Muhamad Hafizuddin Rosli, 21, dari Rantau Panjang dan isterinya yang merupakan warga Thailand, Miss Nor Aswa Cheloh, 26, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Muhamad Hafizuddin turut mengangguk faham terhadap dua lagi tuduhan mengedar dadah jenis pil kuda seberat 60.8 gram dan 3.8 kilogram yang dihadapinya secara bersendirian.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap kesemua pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama mengedar pil kuda seberat 80 gram di dalam sebuah rumah di Kampung Gual Sitok, Rantau Panjang pada pukul 2.45 petang, 30 Mac lalu.

Muhamad Hafizuddin turut didakwa mengedar dadah jenis pil kuda seberat 60.8 gram di dalam kawasan semak di belakang sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pasir Puteh Gual Sitok, Rantau Panjang pada jam 3.15 petang, 30 Mac lalu.

Pada tarikh dan waktu sama, dia didakwa mengedar dadah jenis methampetamine seberat 3.8 kilogram di dalam kawasan hutan di Kampung Pasir Puteh Gual Sitok, Rantau Panjang.

Kesemua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguambela Muhammad Hasif Hassan.

Mahkamah menetapkan 16 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Cadang ubah skim perjawatan Pihak Berkuasa Tempatan

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

MUHAMMAD Safian Ismail (tengah) dan Zulkifli Yaacob (empat dari kiri) memperkatakan sesuatu kepada para penerima semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Setia MPK dan Sambutan Ulang Tahun Pertama Pusat Transformasi Bandar di Kuantan, Pahang, kelmarin. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 13 April - Kerajaan negeri bercadang melakukan perubahan skim perjawatan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya peluang kenaikan pangkat terbuka kepada semua pegawai dan kakitangannya.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, beliau akan mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung perkara tersebut dalam tempoh terdekat atau selewat-lewatnya sebelum 1 Januari tahun depan.

Saya akan mencadangkan kepada JPA untuk mewujudkan peluang kenaikan pangkat bagi semua pegawai dan kakitangan kerana pada masa kini Gred 54 hanya seorang iaitu Setiausaha PBT.

Bagi pengarah-pengarah pula terutama di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) hanya sekadar Gred 48. Saya berharap dengan perubahan ini kemungkinan pengarah akan naik sehingga sekurang-kurangnya Gred 54," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Setia MPK dan sambutan ulang tahun pertama Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini kelmarin.

Yang turut hadir dalam majlis yang dihadiri kira-kira 500 warga MPK ialah Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob.

Menurut Muhammad Safian, sejajar perubahan tersebut, pegawai dan kakitangan PBT juga perlu melakukan perubahan serta bersedia ke arah pembaharuan dengan lebih proaktif dalam melaksanakan tugas.

Mereka perlu lebih bersedia supaya proaktif dan berdaya saing dalam melakukan perubahan lebih baik. Jika tidak kepercayaan yang akan diberikan kerajaan akan terhakis," jelasnya.

Sementara itu, katanya, beliau berbangga MPK dapat mengendalikan UTC dengan baik dan mendapat sambutan yang cukup positif daripada masyarakat.

Sejak setahun UTC beroperasi, seramai 1.4 juta pengunjung berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan," katanya.

Bawa usul hudud ke sidang DUN

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

KUANTAN 13 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri mencadangkan wakil rakyat Pas supaya membuat usul dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang berhubung pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

Yang Dipertua Perkasa negeri, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap (gambar) berkata, usul itu penting bagi menggambarkan pendirian dan seriusnya parti itu untuk melaksanakan hukum berkenaan.

Usul itu mesti dibuat pada sidang DUN akan datang dan kita ingin melihat sama ada rakan pakatan mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan memberikan sokongan atau tidak.

Jika tidak, apa yang dilaungkan Pas selama ini untuk menegakkan hukum Allah hanya angan-angan kosong parti itu sahaja kerana tidak direstui oleh rakan pakatan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob baru-baru ini mengumumkan keputusan kerajaan negeri itu untuk membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Keputusan tersebut susulan kesediaan Kerajaan Pusat memberi laluan kepada mana-mana kerajaan negeri bagi menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.

Abd. Wahid berkata, sekarang adalah masa sesuai untuk Pas membuat usul itu setelah ada keterbukaan daripada Kerajaan Pusat memberi laluan kepada mana-mana kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud di negeri masing-masing.

Menurutnya, perjuangan untuk menegakkan hukum Islam adalah cita-cita parti itu dan usaha berkenaan tidak seharusnya digagalkan hanya kerana tentangan daripada DAP dan PKR.

Projek RM70 juta bermula Jun

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

MARAN 13 April - Sebuah Pusat Perdagangan Berkembar Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini bernilai RM70 juta akan dibangunkan di kawasan Matau bermula Jun ini setelah tertangguh sejak 10 tahun lalu.

Pengurus Konsultan Astana Timur Sdn. Bhd., Nasaruddin Abdullah berkata, berkonsepkan bandar dalam taman, projek itu yang sepatutnya telah bermula tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan keengganan penduduk di situ berpindah ke kawasan baharu yang disediakan kerajaan negeri.

Menurutnya, pemaju projek Mentiga Corporation Berhad (MCB) telah merancang menjadi pusat perdagangan ini sebagai mercu tanda terbaharu di Bandar Tun Abdul Razak Jengka yang membabitkan 250 kedai dua tingkat dan 40 kedai setingkat.

Pelaksanaan projek akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat bumiputera iaitu Astana Timur bagi membangunkan kawasan itu dengan rumah kedai moden, sekali gus menjadi pintu masuk ke Bandar Tun Abdul Razak.

Kerajaan negeri dan Majlis Daerah Maran menyediakan kawasan perumahan dikenali Jengka Impian dan 21 ruang niaga di Jengka Street untuk penduduk asal Matau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, penduduk terbabit telah diberi notis untuk berpindah beberapa kali dan kini kebanyakan daripada mereka telah mengosongkan premis dan kontraktor sedang membersihkan kawasan berkenaan.

Katanya, projek tersebut akan turut terkena tempias terhadap kawasan Sungai Cenderai di pinggir kawasan projek terbabit untuk dijadikan satu destinasi rekreasi utama di Bandar Tun Razak.

Jelasnya, apabila siap kelak, pusat perdagangan berkembar itu akan menjadi pintu masuk ke Bandar Tun Abdul Razak, sekali gus membawa kebanggaan kepada penduduk, khususnya warga peneroka Felda.

Pusat perdagangan tersebut boleh dijadikan pekan kembar bandar terbabit yang terletak di laluan strategik Pekan Awah-Jerantut," ujarnya.

MUHAMMAD Safian Ismail (tengah) dan Zulkifli Yaacob (empat dari kiri) memperkatakan sesuatu kepada para penerima semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Setia MPK dan Sambutan Ulang Tahun Pertama Pusat Transformasi Bandar di Kuantan, Pahang, kelmarin. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


15,000 penduduk Islam dikepung

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

Sebahagian kanak-kanak Islam Republik Afrika Tengah yang kehilangan tempat tinggal ekoran keganasan agama di republik itu mendapatkan perlindungan di sebuah Masjid Utama di bandar Bagui, Republik Afrika Tengah. - Agensi

BANGUI 13 April - Kira-kira 15,000 penduduk Islam di Republik Afrika Tengah (RAT) terperangkap di ibu negara ini dan berdepan ancaman dibunuh atau harta benda mereka dirampas oleh kumpulan militia Kristian yang mengepung bandar ini.

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengulangi amaran penduduk Islam terdedah kepada bahaya di Bangui dan perlu dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat di bahagian utara negara ini atau ke luar negara.

Kehadiran beribu-ribu tentera Perancis dan Afrika di Bangui juga dilihat tidak mampu memberi perlindungan kepada penduduk Islam, walaupun Majlis Keselamatan PBB meluluskan kerahan kira-kira 12,000 askar pengaman ke rantau itu pada Khamis lalu.

Portal berita Presstv melaporkan kebanyakan masyarakat Islam d i RAT terperangkap di pekan Boda dan kira-kira dua ribu orang dilaporkan terbunuh sejak keganasan agama tercetus di pekan itu pada Disember lalu.

Dalam perkembangan sama, pasukan pengaman Afrika mengiringi lebih 1,000 penduduk Islam melarikan diri daripada serangan militia Kristian di Bossangoa, semalam.

Sumber polis melaporkan, kesemua penduduk yang melarikan diri itu dibawa menuju ke negara jiran, Chad dan tiada seorang penduduk Islam yang tinggal di pekan tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyuarakan kebimbangan tentang laporan berlakunya penghapusan etnik di RAT sehingga menyebabkan penduduk minoriti Islam terpaksa menjadi pelarian.

Ki-moon turut menggesa pemimpin negara terbabit mengelakkan berulangnya jenayah pembunuhan beramai-ramai seperti yang berlaku di Rwanda kira-kira 20 tahun lalu.

"Jangan ulangi kesilapan seperti di Rwanda pada 1994 yang menyaksikan 18,000 orang dibunuh secara beramai-ramai.

"Ambil pengajaran tersebut, dan masa depan negara ini terletak di tangan anda (pemimpin RAT)," katanya ketika mengadakan lawatan di Bangui, semalam. - AFP

Calon Pemilu 2014 jalani terapi kejiwaan

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

Kyai Muzakkin memberi rawatan kepada pesakitnya di Pesantren Dzikrusyifa Asma Berojomusti. - Agensi

JAKARTA, 13 April - Empat puluh calon yang gagal memperolehi undi terbanyak pada Pemilihan Umum Indonesia (Pemilu) pada Rabu lepas, menjalani terapi kejiwaan di Pondok Pesantren Dzikrusyifa Asma Berojomusti, Desa Sendangagung di daerah Lamongan, Jawa Timur.

Penjaga Pondok Pesantren Dzikrusyifa Asma Berojomusti, Kyai Muzakkin berkata, calon-calon yang datang ke pondok itu berasal dari Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, Madura, Bali serta daerah sekitarnya.

Mereka datang ke tempat ini sejak Khamis malam secara silih berganti," katanya seperti dipetik agensi berita Antara hari ini.

Beliau berkata, jumlah mereka yang datang ke pondok itu pada tahun ini lebih ramai berbanding 23 orang pada Pemilu 2009.

"Daripada 40 orang yang datang menjalani terapi di Pusat Rehabilitasi dan Dadah Pondok Pesantren Dzikrusyifa Asma Berojomusti itu, seramai 13 adalah perempuan dan 27 lelaki.

Jumlah ini dijangka bertambah kerana perolehan undi adalah berdasarkan kiraan awal dan belum ada keputusan rasmi," katanya.

Beliau berkata, pondok pesantrennya yang terletak di Jalan Raya Sekanor atau lebih dikenali sebagai Ponpes Jin mempunyai pusat rehabilitasi dan pemulihan dadah sejak dahulu, dan menangani beberapa pesakit yang mengalami masalah psikologi seperti stres.

Beberapa pesakit yang datang, kondisinya mengalami tekanan serius kerana gagal memperolehi sokongan rakyat. Beberapa anggota keluarga yang menghantar calon itu juga bercerita saudara mereka itu bersikap aneh dan bercakap sendiri," katanya.

Pihaknya menyediakan ruangan khusus kepada sejumlah pesakit itu kerana mereka sering memberontak dan marah kepada setiap orang yang ditemui. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Langkah-langkah memasyarakatkan mahasiswa

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

Oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Esa

Sebahagian daripada mahasiswa UTHM yang terlibat dalam program khidmat masyarakat sedang bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar Taman Dato Haji Abdul Rahman Mahmud, Pagoh, Muar, di Johor baru-baru ini.

RAMAI individu memperoleh kejayaan cemerlang dalam pendidikan di Malaysia. Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang baru diumumkan memerihalkan di negara ini semakin hari semakin ramai individu yang bijak.

Seramai 497 calon STPM dan seramai 37,970 calon SPM memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Jumlah graduan universiti juga setiap tahun ramai yang berjaya memperoleh kelas kedua tinggi dan pertama.

Selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah diharapkan mereka yang dilahirkan menerusi sistem pendidikan di negara ini, termasuk yang cemerlang mempunyai pengintegrasian jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta dapat menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kepada ahli akademik dan staf sokongan di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk memasyarakatkan mahasiswa. Amanah ini, lazimnya dipikul oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Hubungan Industri dan Masyarakat dan Pusat Kokurikulum di sesebuah IPT. Namun begitu, Bahagian Akademik dan Kolej Kediaman turut menggembleng idea dan tenaga bagi merealisasikan hasrat menjadikan mahasiswa mesra masyarakat.

Mahasiswa kini berada dalam persekitaran yang kondusif sama ada semasa di bilik kuliah mahupun di penginapan. Adalah menjadi cabaran kepada pihak pengurusan universiti untuk membawa mahasiswa mengharungi lumpur pada musim banjir, mengangkut air di musim kemarau, memungut sampah yang kotor, apatah lagi untuk membersihkan kotoran manusia di pusat-pusat kebajikan menjaga orang tua.

Mereka sewajarnya berinteraksi dengan ahli masyarakat sama ada dengan yang lebih muda, sebaya atau tua dengan penuh berbudi bahasa.

Selaras dengan cabaran Wawasan 2020 yang keempat iaitu mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika dan cabaran ketujuh, mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi maka sewajarnya pihak IPT menggembleng inisiatif untuk menangani cabaran tersebut.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan merencana strategi objektif untuk memasyarakatkan mahasiswa menerusi program University Community Transform Centre (UCTC) dan University Community Engagement (UCE). Mahasiswa bukan sahaja dilibatkan dengan aktiviti khidmat komuniti bersifat sementara seperti gotong royong tetapi mereka perlu menjana idea dan mencurah tenaga melaksanakan program yang memberi kesan besar kepada masyarakat.

Antaranya, melaksanakan projek untuk mempercepat proses pengeluaran, pembungkusan dan pemasaran berkesan bagi sesuatu produk di sesebuah kampung. Keusahawanan merupakan kursus dan kokurikulum yang popular diikuti oleh mahasiswa.

Selain bermesra dengan masyarakat, mahasiswa mempelajari bahawa ada nilai, adat dan norma yang perlu mereka hormati dan patuhi. Walaupun bersaing untuk mengaut keuntungan, mereka bersaing secara positif dan bukannya saling menjatuhkan antara satu sama lain.

Mahasiswa turut didedahkan dengan persekitaran 3D (dangerous, dirty dan difficulty) menerusi aktiviti membantu mangsa banjir membersihkan kawasan rumah, menjinakkan mahasiswa dengan elemen bahaya, kotor dan sukar. Malahan terdapat juga program mahasiswa melawat ke rumah kebajikan orang tua yang memerlukan mereka mengurus kebersihan diri para penghuninya. Program sedemikian dapat meruntun ego mahasiswa dan membina perasaan kasih sayang, hormat menghormati dan empati sesama insan.

Beberapa program juga dilaksanakan khususnya oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT untuk mengasimilasikan nilai dan norma masyarakat Malaysia di dalam universiti. Program sedemikian didedahkan kepada mahasiswa bukan bermaksud mereka adalah orang asing yang tidak mengetahui budaya Malaysia.

Adakalanya mereka terlupa untuk mengamalkan nilai luhur yang sebati dalam masyarakat seperti menghulurkan bantuan, memberi senyuman, mengucap salam, bertanya khabar, menyatakan terima kasih dan bertutur dengan bahasa yang sopan apabila bercakap dengan orang lebih dewasa. Oleh itu, program, Amalkan Berbudi bahasa, Kita Orang Timur, dan Cintailah Bahasa Kita dijadikan wahana untuk memasyarakatkan mahasiswa di IPT.

Nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan banyak dipapar dan diterapkan dalam disiplin seni dan sastera. Menyedari hakikat itu, program bersendikan seni dan sastera turut diperkaya untuk mendidik mahasiswa. Kegiatan teater dan tradisi seni yang bertapak di jiwa masyarakat Malaysia seperti tarian zapin. kompang, gamelan, keroncong, gendang Cina, boria, wayang kulit, dikir barat, ghazal dan tarian klasik India secara istiqamah diberi suntikan elemen kreatif dan transformasi diperkenalkan kepada mahasiswa.

Lonjakan paradigma juga dilakukan dengan menukar slogan IPT untuk golongan elit kepada IPT untuk masyarakat. Program mendedahkan budaya IPT kepada masyarakat diperluas daripada menjemput pelajar melalui pengalaman belajar dan menginap di persekitaran IPT kepada memberi peluang kepada belia, wanita, anak-anak yatim, pelajar tadika, pertubuhan bukan kerajaan, pihak industri dan korporat untuk melaksanakan program di IPT.

Kehadiran masyarakat luar ke dalam kampus membolehkan pelajar menjiwai amalan menghormati tetamu, mengawal tingkah laku dan membantu golongan yang memerlukan tunjuk ajar dan bantuan semasa mereka berada dan menginap di IPT.

Bagi memastikan hasil yang efektif dalam memasyarakatkan mahasiswa, Pusat Kokurikulum di IPT turut menerapkan elemen UCE dalam kursus-kursus kokurikulum yang diikuti oleh mahasiswa. Dalam erti kata lain, walaupun kursus kokurikulum yang diikuti oleh mahasiswa adalah sukan, kebudayaan, pengucapan awam, reka cipta dan kemahiran, mereka tetap digalakkan untuk membuat aktiviti yang melibatkan masyarakat.

Contohnya, mahasiswa berkongsi ilmu dan kemahiran pengurusan penganjuran kejohanan badminton dengan belia dan mengajar teknik penghayatan watak dalam teater kepada guru-guru sekolah tadika di sekitar IPT.

Bagi mahasiswa sebaiknya mereka merebut peluang ini dengan kesedaran bahawa usaha IPT untuk memasyarakatkan mereka membawa manfaat yang tidak ternilai dalam pembangunan personaliti mereka. Ilmu dan kemahiran yang mereka peroleh merupakan praktikal sebenar dan bukannya sekadar teori.

Semoga dengan adanya inisiatif untuk memasyarakatkan mahasiswa, generasi yang dihasilkan oleh IPT mempunyai jati diri yang menepati aspirasi masyarakat dan negara. Mereka bukan sahaja bijak tapi tajam daya fikir dalam menyumbang dan menabur bakti demi membangunkan masyarakat Malaysia yang maju dan beridentiti.

PENULIS ialah Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor

Komitmen semua pihak jayakan 55 % FLPR

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

Oleh RAJMAH HASAN
rencana@utusan.com.my

WANITA MERONDA ... Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) wanita dari Balai Polis Wangsamaju ketika memulakan tugas rondaan, baru-baru ini.

RABU lepas, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kadar penyertaan tenaga kerja wanita (FLPR) di Malaysia meningkat kepada 52.4 peratus (%) pada 2013 berbanding 49.5 % pada 2012.

Dari segi angka, peningkatan itu memberi kepuasan kepada Perdana Menteri memandangkan ia menghampiri sasaran FLPR ditetapkan kerajaan iaitu sebanyak 55 % menjelang 2015.

Namun, kejayaan dicatat sehingga tahun lepas itu masih rendah jika dibandingkan kadar FLPR direkod negara-negara maju dan juga beberapa negara sedang memSebagai contoh, kadar FLPR di Sweden adalah melebihi 78.2 %, Denmark (76.4 %), dan United Kingdom (69.8 %).

Sementara itu, negara-negara sedang membangun seperti Thailand adalah pada kadar 71.4 %, Kemboja (78.0 %) dan Laos (56.5 %).

Biarpun terpaksa 'bergelut' menyaingi negara-negara terbabit, namun Najib yakin Malaysia telah mencatat kepelbagaian yang baik dan berada pada landasan betul untuk merealisasikan hasratnya.

Ia termasuk inisiatif dan insentif diperkenalkan kerajaan dalam menyediakan persekitaran pekerja mesra keluarga, integrasi kehidupan bekerja serta menggalakkan kaum wanita sertai pasaran kerja.

Presiden Power Malaysia, Mohana Muniandy tidak menolak bahawa dasar-dasar kerajaan selama bertahun-tahun telah meningkatkan pengupayaan wanita dalam sektor ekonomi, sosial dan politik.

Cuma Malaysia perlu lebih proaktif menyediakan persekitaran kondusif bagi memastikan penyertaan wanita yang lebih berkesan, selain menitik beratkan pencapaian kesaksamaan gender.

Wanita juga harus dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan sesuai bagi menjadikan mereka mampu untuk lebih berdaya saing dan serba boleh untuk menghadapi cabaran globalisasi," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Digubal pada 1989, Dasar Wanita Negara (DWN) mendukung cita-cita untuk mencapai kesaksamaan gender dan pembangunan negara yang seimbang dan lestari.

DWN dilengkapi Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) bagi memperincikan tindakan perlu diambil oleh agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan masyarakat sivil.

Wanita mewakili 14.4 juta orang atau 48.6 % daripada keseluruhan penduduk Malaysia berjumlah 29.7 juta orang, justeru ia memperlihatkan wanita aset penting dan perlu dibangunkan secara optimum bagi membolehkan mereka menyumbang secara aktif dan berkesan kepada pembangunan negara.

Jika dilihat hanya 2.6 % diperlukan bagi mencapai sasaran 55 % FLPR negara, namun ia bukan satu perkara mudah untuk kerajaan merealisasikannya dalam tempoh berbaki kurang dari lapan bulan.

Untuk itu, kata Mohana, pertimbangan menambah baik pendekatan dasar dan strategi perlu dilakukan mengikut kesesuaian dan keperluan.

Kejayaan dasar bergantung kepada komitmen kepimpinan tertinggi serta semua pihak terbabit untuk menerima anjakan paradigma.

Justeru, pihak terbabit perlu mengambil langkah-langkah khas seperti 'affirmative action', 'preferential treatment', atau sistem kuota untuk memajukan wanita dalam semua sektor.

Selain itu, keperluan mewujudkan pangkalan data pusat untuk mengintegrasikan data berlandaskan gender daripada pelbagai sumber menerusi penglibatan semua pihak terbabit harus dipergiatkan.

Semua ini untuk menyediakan serta mempelbagaikan kemudahan peluang pekerjaan yang bersesuaian kepada wanita khususnya ibu tunggal," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls), Low Ngai Yuen berkata, peranan wanita seharusnya digembleng sepenuhnya bagi membantu menjana pendapatan negara sejajar dengan kehebatan dan kecemerlangannya.

Jumlah pelajar wanita di institusi pengajian tinggi (IPT) sentiasa melebihi lelaki, ironinya, penyertaan mereka dalam pasaran tenaga kerja adalah lebih rendah berbanding lelaki.

Wanita berpendidikan tertiari ini sepatutnya menjadi generasi masa depan untuk mengukuhkan pertumbuhan negara dan bukannya berhenti kerja sekerat jalan untuk memenuhi tanggungjawab sebagai isteri, menjaga anak dan pengurus rumah tangga," katanya.

Berdasarkan statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2010, sebanyak 66.9 % wanita meninggalkan sektor pekerjaan atas sebab utama untuk menumpukan perhatian kepada keluarga.

Hakikatnya kata Ngai Yuen, wanita berpendidikan tertiari tidak diberi gambaran jelas tentang pilihan yang boleh mereka lakukan bagi merancang kehidupan berkarier sejurus tamat pengajian.

Pilihan seperti waktu kerja anjal boleh dijadikan ukuran keberkesanan menarik wanita untuk terus berada dalam sektor pekerjaan.

Selain itu, peluang disediakan kepada mereka terbabit untuk menyertai semula ke pasaran tenaga kerja. Adakah Malaysia menyediakan mekanisme itu?" soalnya.

Di sesetengah negara, mekanisme tersebut dibenarkan berikutan terdapat beberapa fasa penyertaan mereka dalam pasaran tenaga kerja yang naik turun secara berperingkat-peringkat.

Fasa pertama memperlihatkan peningkatan mendadak apabila mereka memasuki pasaran kerja, namun mula menurun pada fasa kedua setelah berkahwin dan membina keluarga.

Peningkatan berlaku kembali pada fasa ketiga selepas melahirkan anak," katanya.

Bagi mengatasi masalah itu, katanya, inisiatif perlu dilakukan termasuk menggubal dasar bagi merangka strategi mewujudkan mekanisme yang efisien bagi menyokong kemasukan semula wanita ke dalam pasaran tenaga kerja mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Kahwin tahun depan

Posted: 13 Apr 2014 06:10 AM PDT

Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my

"KALAU mengikut perancangan awal memang saya memilih tahun ini untuk berkahwin. Tapi tak sangka pula apa yang dirancang tak kesampaian. Nampaknya kena tangguh ke tarikh lain."

Demikian kata Anzalna mengenai perancangan perkahwinannya dengan jejaka pilihan, Hanif Zaki.

Bagaimanapun dia reda dengan ketetapan Allah mengatasi segala-galanya. Meskipun masih belum membuat sebarang persiapan untuk hari bahagianya, Anzalna tidak kisah untuk bercerita hal sebenar kepada khalayak.

Tegasnya tidak ada apa yang perlu disorok apatah lagi dia hanya bercakap perkara yang benar tanpa perlu hidup dalam kepura-puraan seperti orang lain yang menyimpan segala kisah peribadi.

Antara sebab dia menangguhkan perkahwinan sudah pasti kerana keluarga. Bapanya yang kini masih bertugas di luar negara menjadi sebab kukuh mengapa perkahwinan tersebut tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Saya sedar keluarga teman lelaki sangat mengharapkan kami akan berkahwin tahun ini. Tapi ayah pula hanya akan pulang pada penghujung tahun. Mahu tak mahu saya terpaksa menunda majlis itu tahun depan," ungkapnya lagi.

Sebenarnya keterbukaan wanita ini berbicara soal kahwin mengundang perhatian. Namun dia langsung tidak kisah berbicara soal itu memandangkan perkahwinan merupakan perkara yang dituntut dalam agama.

Dia sedar peminat selalu bertanya mengapa dirinya terbuka untuk membicarakan soal ini kepada umum. Jawapannya mudah - berkahwin bukan penamat kepada segala-galanya.

"Peminat sekarang bukan lagi macam orang dulu-dulu. Saya faham kalau dulu apabila artis wanita berkahwin sahaja 'saham' mereka jatuh merudum.

"Tapi senario sekarang berbeza dan peminat sudah tak kisah lagi sama ada artis yang mereka suka sudah berkahwin atau tidak. Sokongan tetap diberi kepada mereka yang benar-benar layak.

"Saya sendiri tak pernah meletakkan isu popular di hadapan berbanding dengan hasil kerja saya," katanya kepada Pancaindera.

Misha-Firos pilih New York

Posted: 13 Apr 2014 06:10 AM PDT

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my

MENGAKUI gementar menghitung hari bergelar Raja Sehari, hanya satu yang diingini Misha Omar pada hari persandingannya mahu majlisnya itu berlangsung dengan kegembiraan.

Masakan tidak, beberapa episod duka yang dilalui sebelum ini seperti kehilangan bapa tersayang sehingga dia menangguhkan hari pernikahan selain dituduh pernah berkahwin dan menyandang status janda memberikan duka yang masih terkesan hingga hari ini.

Lantaran itu kata Misha, dia memutuskan untuk lebih bersikap telus berhubung perincian tentang perkahwinannya yang bakal berlangsung dalam tempoh tiga minggu lagi.

Menafikan seorang yang bersikap defensif namun kata Misha, berkongsi butiran tentang hari besarnya itu adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan fitnah di kemudian hari.

Bakal diwalikan oleh abang sulung, Mohd. Rose Omar kata Misha, majlis pernikahannya itu bakal berlangsung pukul 9 pagi manakala resepsi pada sebelah malamnya di Hotel Renaissance Kota Bahru.

"Seseorang itu boleh menjadi berani apabila dia berada di jalan yang benar. Tidak perlu takut kerana kebenaran pasti berpihak kepada dirinya," tegas Misha pada pertemuan baru-baru ini.

Enggan mengambil pusing kata-kata liar yang dilemparkan kepadanya selepas ini kata Misha, dia juga perlu bangkit menyahut cabaran segelintir pihak yang mendakwa lebih 'mengenalinya'.

Mengakui bingung apabila ada pihak luar yang lebih mengetahui kisah peribadinya berbanding diri sendiri kata Misha, itu yang cukup membimbangkan dirinya.

"Kalau perasan pada hari ini ada pihak tertentu yang mendakwa punya hubungan persaudaraan dengan artis yang menjadi bahan gosip dan 'penyakit' sebegini yang merosakkan masyarakat," katanya yang bakal menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan yang juga seorang juruterbang, Firos Ezzwan Rossly pada 2 Mei depan.

Sambil memberitahu bahawa persiapan untuk majlis perkahwinan itu hampir siap sepenuhnya, Misha juga mengakui perasaannya kini sedang bercampur baur.

"Perasaannya memang sedikit berlainan. Ada sedikit emosi," tambahnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Rahsia kebahagiaan nenek

Posted: 13 Apr 2014 06:10 AM PDT

"PELBAGAI pandangan diterima melalui e-mel tentang kelohan Irfan minggu lalu apabila mentua enggan serahkan anaknya. Banyak pandangan salahkan Irfan kerana ambil jalan mudah enggan menjaga anak sendiri. Namun ada yang bersetuju nenek besarkan cucunya demi kebajikan dan keselamatan anak-anak masa depan.

Zuhari di dalam e-melnya berpendapat, pengalaman yang dilalui oleh Irfan patut dijadikan tauladan kepada pasangan yang seangkatan dengannya. Kerana itulah sikap kebanyakan pasangan muda hari ini tak mahu bersusah payah menjaga anak mereka. Sepatutnya mereka berfikir betapa susahnya ibu bapa menjaga mereka dahulu, maka ketika tuanya berilah peluang mereka berehat dan melakukan banyak ibadah.

"Lebih malang ada antara mereka membiarkan mentua membeli susu, pampers dan membawa anaknya ke klinik dengan alasan mereka sibuk bekerja. Sedangkan mereka memang hendak hidup senang tanpa gangguan anak-anak dan mewah berbelanja untuk diri sendiri, kerana anak-anak diuruskan oleh mentua. Adakah itu sikap yang baik?

"Saya setuju pandangan ibu Irfan, bahawa pasangan muda hari ini mahu berkahwin dan berkeluarga, tetapi malas nak jaga anak. Malas bangun tengah malam buat susu kerana mereka tidak mahu tidurnya diganggu dan tak mahu berbelanja untuk anak sendiri.

"Sebenarnya Allah menjanjikan rezeki kepada setiap anak yang lahir. Namun ia tidak datang seperti turunnya hujan dari langit, ia turun dengan pelbagai cara yang penting kita kena berusaha. Tetapi tidak pula bermakna mesti beranak setiap tahun hingga menyusahkan diri dan keluarga. Dan kita mesti ingat Allah tidak melarang kita menjarangkan anak. Tetapi carilah jalan yang terbaik mengikut kemampuan sendiri.

"Lagipun kalaulah mentua besarkan anak anda rasanya sampai bila-bila anda tidak akan rapat dengan anak anda, kerana masa anak bersekolah dan masa kecilnya, nenek yang besarkan bukan anda. Bermakna kerugian pada ibu bapa kerana tiada kemesraan dengan anak sendiri. Apabila mereka dewasa dan berkahwin mereka tidak merasa ikatan kasih dengan anda. Seperti kata orang sekarang tidak ada mesra alam.

"Berbanding kasih anak itu kepada nenek yang membesarnya sejak daripada kecil. Tambah-tambah jika si nenek menjaga cucu seperti menatang minyak yang penuh. Sudah pasti sayang si anak kepada neneknya melebihi ibu bapanya sendiri.

"Lebih ngeri lagi ada kes anak yang telah berkahwin duduk serumah dengan mentua secara percuma, ditambah lagi dengan beban menjaga anak-anak yang masih kecil. Memang mengerikan, dan sudah jadi hobi mereka suka balik kerja lewat dengan alasan banyak kerja, sebenarnya mereka malas mengurus anak-anak dan memasak. Semua terletak di bahu ibu atau mentua menguruskan, itu pandangan Zuhari.

Hazura pula memberikan pandangan yang berbeza katanya, tidak ada salahnya nenek besarkan cucu sendiri. "Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman apabila membaca luahan hati Irfan. Saya adalah anak perempuan tunggal dan anak bongsu daripada dua beradik. Bapa saya meninggal ketika saya berusia 18 tahun. Abang saya telah berkahwin tetapi belum mempunyai zuriat ketika itu. Jadi bila saya berkahwin, ibu saya seolah-olah takut kehilangan saya. Jadi, setiap hujung minggu saya dan suami akan balik ke Alor Setar. Nasib baik saya berkahwin dengan orang Pulau Pinang dan bekerja di sana. Bila saya melahirkan anak sulung, ibu yang jaga tetapi kami balik setiap hujung minggu atau bila ada masa terluang.

serba salah

"Sehinggalah saya melahirkan anak kedua. Keadaan tidak berubah. Bila saya melahirkan anak ketiga, anak perempuan, ibu mentua pulak ambil jaga. Anak yang sulung sudah berusia 5 tahun. Saya cuba ambil semula anak-anak saya tetapi ibu dan mentua saya tidak benarkan, walaupun anak-anak mahu tinggal dengan saya.

"Setiap kali balik, anak-anak menangis kerana ingin ikut kami. Saya merasa cukup serba salah. Tetapi suami dan keluarga mentua cukup berhemah, mereka kata tak apa biarkan dulu anak-anak dengan maktoknya. Insya-Allah semuanya akan baik.

"Suami selalu cakap anak-anak duduk dengan maktok mereka sudah pasti kebajikan mereka terjaga. Kata suami lagi jika ini cara yang dapat membuat ibu bapa kita bahagia, kenapa tidak kita korbankan sedikit kebahagiaan kita untuk mereka.

"Yang penting kita selalu jenguk anak-anak dan ambil berat tentang mereka. Kita juga kena selalu beritahu rasionalnya tindakan kita kepada anak-anak. Mungkin mereka tidak faham ketika itu. Beritahu kita sayangkan mereka dan sayang nenek dan datuk. Beritahu juga mereka, memang istimewa kerana ramai yang mahu jaga mereka.

"Sekarang usia perkahwinan saya mencecah 22 tahun. Anak sulung berusia 21 tahun, yang kedua 19 tahun, masing-masing berada di pusat pengajian tinggi. Disebabkan nilai-nilai kasih sayang yang diterapkan dan sentiasa bersikap terbuka dan bercerita kenapa sesuatu tindakan diambil pada masa itu, insya-Allah mereka jadi insan yang sangat prihatin.

"Pada pandangan saya, saudara dan isteri amat beruntung kerana yang jaga anak-anak ialah ibu bapa sendiri. Daripada pengalaman saya, biarlah kita berkorban sedikit demi mengembirakan kedua-dua ibu bapa. Jika kita ikhlas dan redha, insya-Allah ganjarannya besar.

"Namun saudara jangan putus asa, setiap kali balik kampung berbincang dan pujuk mentua dengan baik. Beritahu mereka anda teringin sangat hendak menjaga anak perempuan anda dan tidak mahu hubungan sesama anak-anak renggang. Dan sentiasa memohon Allah permudahkan usaha anda dan yang penting jangan kecilkan hati kedua-dua mentua anda.

"Saya harap dengan sedikit perkongsian ini dapat merungkai kemelut yang anda rasai. Itu pandangan Zuhari dan Nina untuk anda pertimbangkan.

Selera satu dunia

Posted: 13 Apr 2014 06:10 AM PDT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Pemilik restoran, Rizamudin Mugeni (kiri) dan Norhani Abdul Aziz.

"Di mana 'port' kita malam ini?" Inilah ayat yang sering ditanya kepada rakan-rakan kita untuk mengetahui lokasi berjumpa, lepak dan bersembang. Daripada situ, Rizamudin Mugeni dan isteri, Norhani Abdul Aziz mendapat idea membuka restoran yang diberi nama Port.

Menjejak kaki ke Port, membuat pelanggan berasa gembira dan ceria. Gembira kerana suasananya nyaman dan bersih, ceria sebab kakitangannya mesra.

Menariknya, restoran ini menyediakan semua jenis hidangan hampir mewakili pelbagai negara di seluruh dunia.

Jika anda peminat makanan Barat, Timur Tengah, Asia atau tradisional, di sinilah tempat yang sesuai.

Makanan Barat yang disediakan ialah chicken chop, beef chop, fish & chips, pasta, spageti dan lain-lain.

Sementara itu, Rizamudin turut menghidangkan nasi Arab tetapi mengubah suai mengikut cita rasa masyarakat tempatan.

"Menu nasi Arab ini saya belajar ketika saya bekerja di Qatar dulu. Di sana kami lebih suka memasak sendiri. Peluang itu tidak saya sia-siakan untuk mempelajari cara memasak nasi Arab.

"Saya dan isteri sebenarnya bukan daripada bidang masakan. Sebaliknya, latar belakang pendidikan kami ialah jurutera. Kami sanggup meninggalkan pekerjaan masing-masing untuk membuka perniagaan restoran. Berhenti kerja makan gaji ternyata membawa tuah kepada kami. Port di Bangi ini merupakan cawangan ketiga sementara dua lagi terletak di Perak," ujarnya.

Dalam pada itu, Port menyajikan sajian yang menarik dan sentiasa berusaha mengekalkan kualiti sajian yang akan berubah dari semasa ke semasa mengikut selera pelanggan.

Menariknya, di sini terdapat senarai menu yang panjang.

Kesemua sajian yang disediakan ini disediakan melalui pesanan ala carte bagi memastikan hidangan dalam keadaan segar dan panas.

Rizamudin menambah, ia juga memberi peluang kepada seisi keluarga memilih makanan apa yang paling disukai menunya untuk semua.

Selain itu, hidangan tempatan juga enak-enak belaka. Antara yang menarik ialah nasi ayam penyet, nasi mandy ayam, nasi lemak ayam penyet dan banyak lagi.

Hidangan Port sememangnya digemari ramai memandangkan harganya yang berpatutan di samping keunikan menu yang merupakan ilham pemilik sendiri.

"Saya dan isteri banyak melakukan eksperimen menu dan mencuba pelbagai idea baharu. Misalnya, sos-sos yang digunakan di dalam chicken chop dan beef chop, saya hasilkan sendiri. Begitu juga sos untuk burger bakar," ujarnya.

Selain menikmati hidangan di sini, Port turut menawarkan ruang bagi majlis berskala kecil yang memuatkan 60 orang dan turut menerima tempahan katering untuk pelbagai majlis.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bukan Syabas lanjut catuan

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 April - Keputusan untuk melanjutkan tempoh pelan catuan bekalan air di Selangor bukan dibuat oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sebaliknya oleh kerajaan negeri.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, masih ramai pengguna yang keliru dengan peranan Syabas dalam pelaksanaan pelan catuan air itu.

Pelan catuan bekalan air ini dilaksanakan atas keputusan kerajaan negeri setelah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pihak Syabas hanya diarahkan untuk melaksanakan pelan catuan," katanya dalam kenyataan akhbar di laman web syarikat itu di www.syabas.com.my. semalam.

Dalam kenyataan itu, Priscilla berkata, pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat masih diteruskan oleh Syabas mengikut jadual sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk melaksanakan pelan catuan air ini bagi menghadapi kekurangan bekalan air mentah disebabkan pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ditutup.

Pelan catuan bekalan air ini juga dilaksanakan ekoran paras simpanan air mentah di empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates telah menurun ke paras yang kritikal," katanya.

Beliau juga meminta pengguna supaya mendapatkan maklumat berhubung kawasan terlibat dan jadual catuan menerusi laman web Syabas sekiranya tidak dapat menembusi talian Pusat Pelanggan Syabas (Puspel).

Rais Yatim Tokoh Budaya Terulung Negara

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Dr. Rais Yatim (kanan) menerima memorandum daripada Omardin Mauju pada Himpunan Perjuangan Sosio Budaya Seni Mempertahankan Diri Nasional di Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/Wahidin Salim

KUALA LUMPUR 12 April - Penasihat Sosio Budaya kepada Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim hari ini menerima Anugerah Tokoh Budaya Terulung daripada Majlis Pendekar Malaysia (MPM) atas sumbangannya memperjuangkan budaya dan seni mempertahankan diri negara.

Anugerah yang pertama kali itu disampaikan kepada Rais dalam majlis Himpunan Perjuangan Sosio Budaya Seni Mempertahankan Diri Nasional 500 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bersama Pendekar Negara yang diadakan di sini.

Beliau menerima anugerah tersebut daripada presiden MPM, Tan Sri Omardin Mauju sebagai menghargai sumbangan beliau selama 40 tahun dalam memperjuangkan budaya dan seni mempertahankan diri.

Rais selepas menerima anugerah tersebut menyifatkan beliau berbesar hati dengan pengiktirafan itu dan akan meneruskan perjuangan bagi menaikkan martabat seni mempertahankan diri tempatan.

Saya menerima anugerah ini dan berikrar akan berjuang sebagaimana nenek moyang dahulu," katanya sebelum merasmikan perhimpunan itu di Kompleks Silat Lincah Mahaguru Omardin, Batu Caves di sini.

Wan Fakhrul, Normalina ungguli Tilawah Al-Quran W.P

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Mohd. Fakrul Razi Wan Mohamad dan Normalina Alias bersama piala di Dewan Serbaguna Wilayah Persekutuan, malam tadi. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 12 April - Pensyarah Pendidikan Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) , Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, 40 dan Pensyarah Politik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 32, Normalina Alias muncul johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan yang berakhir malam tadi.

Dengan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, pakej umrah, senaskhah Al-Quran dan hadiah iringan serta sijil penyertaan.

Wan Fakhrul Razi yang pernah menyertai pertandingan tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di Iran sebelum ini mendapat markah sebanyak 87.5 peratus manakala Noramalina yang juga penyandang johan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan tahun lepas mendapat 88.5 peratus.

Hadiah disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Othman Mustafa.

Wan Fakrul Razi ketika ditemui pemberita berkata, beliau berasa amat gembira dan bersyukur dengan kemenangannya.

InsyaAllah untuk peringkat kebangsaan nanti saya akan berikan pembacaan terbaik dengan memperbaiki taranum, tajwid dan kawalan suara, katanya.

Sementara itu, Normalina pula mengharapkan ilmu yang dimiliki dalam bidang pendidikan Al-Quran dapat dimanfaatkan bukan sahaja kepada dirinya malah kepada semua masyarakat.

Mereka berdua mewakili Wilayah Persekutuan ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuantan pada 13 sehingga 17 Mei ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Tingkatkan mutu pengangkutan awam

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin (berdiri tengah) bersama sebahagian pelajar pada Program Kembara Ilmu di Pasir Gudang, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU 12 April - Kerajaan negeri mengarahkan ke semua 14 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor untuk merangka pelan pengangkutan awam bagi meningkatkan sistem pengangkutan di negeri tersebut.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perbadanan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) akan membantu PBT bagi merangka pelan tersebut agar diselaraskan dengan polisi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Bagi merangka pelan tersebut, PBT perlu menyediakan satu unit pengangkutan awam di kawasan mereka dalam kadar yang segera. Buat masa ini, masih terdapat beberapa PBT di Johor masih belum mempunyai unit pengangkutan awam yang bertanggungjawab dalam membangunkan sistem pengangkutan di kawasan berkenaan.

"Pelan pengangkutan awam yang dirangka ini akan dijadikan rujukan oleh kerajaan Pusat bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan efisien," katanya selepas merasmikan penyediaan perkhidmatan kemudahan WiFi di dalam Bas Trans Inskandar dan Program Kembara Ilmu di Pasir Gudang di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Eksekutif PAIM, Mohd. Gadaffied Abd. Aziz.

Pada program tersebut, sebanyak 100 pelajar menerima skim bantuan pengangkutan awam dengan kad tanpa tunai sebanyak RM720 setahun oleh Bas Iskandar Malaysia bagi membantu meringankan beban kos sara hidup yang kian meningkat.

Mohamed Khaled bagaimanapun mengakui perangkaan pelan pengangkutan awam tersebut akan mengambil sedikit masa kerana berlainan bagi setiap kawasan bandar-bandar.

Katanya, PAIM akan mengadakan pertemuan dengan PBT dalam masa terdekat sebagai pemudah cara untuk membantu merangka pelan tersebut yang bakal meringankan beban masyarakat pada masa akan datang.

"Kita mahu setiap PBT merangka pelan itu sendiri kerana mereka lebih arif tentang keperluan di kawasan masing-masing serta potensi sistem pengangkutan awam di tempat sendiri," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khalid memuji usaha dilakukan PAIM yang menyediakan perkhidmatan WiFi di dalam bas Trans Iskandar bagi memudahkan pengguna mengakses Internet tanpa batas.

"Projek perintis dengan usahasama 3i Communications Sdn. Bhd., melibatkan 16 buah bas beroperasi di Iskandar Malaysia merupakan langkah merasionalisasikan pengangkutan awam yang bersifat mesra pengguna," katanya.

Polis tahan 8 lelaki, selesai 24 kes - Ketua Polis Johor

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

JOHOR BAHRU 12 April - Polis percaya dapat menyelesaikan 24 kes melibatkan samun tepi jalan, menyamar polis, pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar daerah ini dengan tertangkapnya lapan lelaki dalam dua serbuan, di sini pada 2 April lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, empat lelaki ditahan di Jalan Petaling Kampung Sri Paya, Larkin pukul 7.30 pagi, manakala bakinya ditangkap di sebuah rumah di Jalan Kebun Teh pada hari yang sama.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kesemua lelaki yang berusia 27 hingga 48 tahun itu dipercayai bergerak aktif dalam kegiatan jenayah samun, menyamar polis, samun jalanan dan pecah rumah.

"Turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah sepasang pakaian seragam polis berpangkat lans koperal, sepucuk pistol tiruan, satu kelopak peluru mengandungi tiga biji bola besi, satu sarung pistol bertulis 'police', sebuah monitor dan sebuah televisyen LCD.

"Barangan lain yang dirampas adalah sebilah pisau lipat, 14 utas jam tangan pelbagai jenama, 22 telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah kamus elektronik jenama Besta, sebuah kamera Kodak dan sebuah perakam kamera litar tertutup (CCTV)," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, semakan rekod jenayah lampau juga mendapati empat daripada suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah dan dadah selain dikehendaki dalam kes pecah rumah.

Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397, Seksyen 457, Seksyen 379A dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, polis berjaya menahan 11 lelaki berusia antara 17 hingga 34 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah dan curi motosikal dalam beberapa siri serbuan di sekitar Tampoi pada 3 April lalu, katanya.

Mohd. Mokhtar memberitahu, turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah lima buah motosikal curi, sebuah kereta, tiga rangka motosikal, 11 telefon bimbit, masing-masing sebuah komputer riba, komputer LCD dan video kamera serta satu gulung kabel.

"Tujuh suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah, manakala dua lagi tersenarai dalam nama dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes dadah dan samun.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved