Ahad, 13 April 2014

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Cadang ubah skim perjawatan Pihak Berkuasa Tempatan

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

MUHAMMAD Safian Ismail (tengah) dan Zulkifli Yaacob (empat dari kiri) memperkatakan sesuatu kepada para penerima semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Setia MPK dan Sambutan Ulang Tahun Pertama Pusat Transformasi Bandar di Kuantan, Pahang, kelmarin. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 13 April - Kerajaan negeri bercadang melakukan perubahan skim perjawatan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya peluang kenaikan pangkat terbuka kepada semua pegawai dan kakitangannya.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, beliau akan mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung perkara tersebut dalam tempoh terdekat atau selewat-lewatnya sebelum 1 Januari tahun depan.

Saya akan mencadangkan kepada JPA untuk mewujudkan peluang kenaikan pangkat bagi semua pegawai dan kakitangan kerana pada masa kini Gred 54 hanya seorang iaitu Setiausaha PBT.

Bagi pengarah-pengarah pula terutama di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) hanya sekadar Gred 48. Saya berharap dengan perubahan ini kemungkinan pengarah akan naik sehingga sekurang-kurangnya Gred 54," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Setia MPK dan sambutan ulang tahun pertama Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini kelmarin.

Yang turut hadir dalam majlis yang dihadiri kira-kira 500 warga MPK ialah Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob.

Menurut Muhammad Safian, sejajar perubahan tersebut, pegawai dan kakitangan PBT juga perlu melakukan perubahan serta bersedia ke arah pembaharuan dengan lebih proaktif dalam melaksanakan tugas.

Mereka perlu lebih bersedia supaya proaktif dan berdaya saing dalam melakukan perubahan lebih baik. Jika tidak kepercayaan yang akan diberikan kerajaan akan terhakis," jelasnya.

Sementara itu, katanya, beliau berbangga MPK dapat mengendalikan UTC dengan baik dan mendapat sambutan yang cukup positif daripada masyarakat.

Sejak setahun UTC beroperasi, seramai 1.4 juta pengunjung berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan," katanya.

Bawa usul hudud ke sidang DUN

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

KUANTAN 13 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri mencadangkan wakil rakyat Pas supaya membuat usul dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang berhubung pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

Yang Dipertua Perkasa negeri, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap (gambar) berkata, usul itu penting bagi menggambarkan pendirian dan seriusnya parti itu untuk melaksanakan hukum berkenaan.

Usul itu mesti dibuat pada sidang DUN akan datang dan kita ingin melihat sama ada rakan pakatan mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan memberikan sokongan atau tidak.

Jika tidak, apa yang dilaungkan Pas selama ini untuk menegakkan hukum Allah hanya angan-angan kosong parti itu sahaja kerana tidak direstui oleh rakan pakatan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob baru-baru ini mengumumkan keputusan kerajaan negeri itu untuk membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Keputusan tersebut susulan kesediaan Kerajaan Pusat memberi laluan kepada mana-mana kerajaan negeri bagi menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.

Abd. Wahid berkata, sekarang adalah masa sesuai untuk Pas membuat usul itu setelah ada keterbukaan daripada Kerajaan Pusat memberi laluan kepada mana-mana kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud di negeri masing-masing.

Menurutnya, perjuangan untuk menegakkan hukum Islam adalah cita-cita parti itu dan usaha berkenaan tidak seharusnya digagalkan hanya kerana tentangan daripada DAP dan PKR.

Projek RM70 juta bermula Jun

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

MARAN 13 April - Sebuah Pusat Perdagangan Berkembar Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini bernilai RM70 juta akan dibangunkan di kawasan Matau bermula Jun ini setelah tertangguh sejak 10 tahun lalu.

Pengurus Konsultan Astana Timur Sdn. Bhd., Nasaruddin Abdullah berkata, berkonsepkan bandar dalam taman, projek itu yang sepatutnya telah bermula tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan keengganan penduduk di situ berpindah ke kawasan baharu yang disediakan kerajaan negeri.

Menurutnya, pemaju projek Mentiga Corporation Berhad (MCB) telah merancang menjadi pusat perdagangan ini sebagai mercu tanda terbaharu di Bandar Tun Abdul Razak Jengka yang membabitkan 250 kedai dua tingkat dan 40 kedai setingkat.

Pelaksanaan projek akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat bumiputera iaitu Astana Timur bagi membangunkan kawasan itu dengan rumah kedai moden, sekali gus menjadi pintu masuk ke Bandar Tun Abdul Razak.

Kerajaan negeri dan Majlis Daerah Maran menyediakan kawasan perumahan dikenali Jengka Impian dan 21 ruang niaga di Jengka Street untuk penduduk asal Matau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, penduduk terbabit telah diberi notis untuk berpindah beberapa kali dan kini kebanyakan daripada mereka telah mengosongkan premis dan kontraktor sedang membersihkan kawasan berkenaan.

Katanya, projek tersebut akan turut terkena tempias terhadap kawasan Sungai Cenderai di pinggir kawasan projek terbabit untuk dijadikan satu destinasi rekreasi utama di Bandar Tun Razak.

Jelasnya, apabila siap kelak, pusat perdagangan berkembar itu akan menjadi pintu masuk ke Bandar Tun Abdul Razak, sekali gus membawa kebanggaan kepada penduduk, khususnya warga peneroka Felda.

Pusat perdagangan tersebut boleh dijadikan pekan kembar bandar terbabit yang terletak di laluan strategik Pekan Awah-Jerantut," ujarnya.

MUHAMMAD Safian Ismail (tengah) dan Zulkifli Yaacob (empat dari kiri) memperkatakan sesuatu kepada para penerima semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Setia MPK dan Sambutan Ulang Tahun Pertama Pusat Transformasi Bandar di Kuantan, Pahang, kelmarin. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved