Ahad, 13 April 2014

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Tutor Utusan bantu latih tubi pelajar

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

Oleh Sitti Nor Azizah Talata
utusansabah@utusan.com.my

SebahagiaN pelajar SM La Salle menunjukkan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor sebagai gimik melanggan akhbar pendidikan itu di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Sebagai simbolik, Celestina Ubing menyerahkan akhbar itu kepada Pengetua, Julia Willie Jock (empat kanan). Turut kelihatan Aisah Rastim (empat kiri) - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

KOTA KINABALU 13 April - Bagi memastikan pelajarnya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini, Sekolah Menengah (SM) La Salle, Kota Kinabalu bertindak proaktif dengan melanggan akhbar pendidikan Utusan Malaysia iaitu Tutor SPM dan PT3.

Guru Perpustakaan dan Media sekolah itu, Aisah Rastim berkata, akhbar pendidikan tersebut sangat berguna kepada pelajar untuk melakukan latih tubi bersendirian atau secara berkumpulan, sebagai persiapan terbaik mereka untuk menghadapi peperiksaan SPM dan PT3 tahun ini.

Menurutnya, walaupun diberikan banyak latihan oleh guru termasuk melakukan latihan dalam Tutor, pelajar tidak pernah mengeluh, malah amat menyukai kandungan Tutor yang padat dengan soalan-soalan peperiksaan berkualiti.

Sebahagian besar daripada pelajar sekolah ini sebenarnya merupakan pelanggan Tutor secara persendirian. Walau bagaimanpun, sekolah cuba bantu mereka yang belum lagi melanggan akhbar pendidikan ini.

Justeru, kita mengambil pendekatan bekerjasama dengan pihak Utusan Malaysia di Sabah untuk melanggan Tutor SPM dan PT3 buat pelajar SM La Salle," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

SM La Salle melanggan Tutor SPM sebanyak 1,569 naskhah manakala PT3 pula 438 naskhah.

Tambah Aisah, sambutan pelajar terhadap Tutor SPM dan PT3 amat baik, malah ibu bapa mereka juga menggalakkan penggunaan akhbar pendidikan ini bagi membolehkan anak-anak mereka membuat latih tubi.

Katanya, soal terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tidak timbul kerana harga senaskhah akhbar pendidikan Utusan Malaysia itu sangat berpatutan dan murah berbanding buku rujukan atau buku latihan lain.

Mengenai penambahbaikan, beliau berharap pihak pengarang Tutor SPM dapat membuat soalan latihan yang lebih banyak bagi Kertas 3 Sejarah.

Cadangan saya ini diharap dapat dipertimbangkan oleh pihak Utusan kerana kami mahu membantu pelajar menguasai cara menjawab Kertas 3 Sejarah memandangkan ia merupakan subjek wajib lulus mulai tahun lalu," ujarnya.

Bagi sekolah di negeri ini yang berminat melanggan Tutor, boleh menghubungi nombor telefon Eksekutif Pemasaran Sabah, Celestina Ubing, 012 802 0261, untuk keterangan lanjut.

Klinik hoki TNB mampu lahir bintang ternama

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

BEKAS pemain hoki kebangsaan, M. Kaliswaran memberi tunjuk ajar kepada sebahagian daripada peserta Klinik Hoki Program TNB di Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, kelmarin. - UTUSAN/Sazali Che Din.

TASEK GELUGOR 13 April - Usaha Tenaga Nasional Bhd. (TNB), menganjurkan program klinik hoki dilihat sebagai pendekatan terbaik dalam melahirkan bintang-bintang ternama sukan berkenaan pada masa hadapan.

Malah lebih membanggakan, sasaran TNB memilih sekolah-sekolah luar bandar sebagai anak angkat program pembangunan sukan hoki itu juga amat bertepatan dalam usaha menggilap bakat-bakat muda yang terdiri daripada murid sekolah rendah.

Pegawai Penyelaras Klinik Hoki Program Pintar TNB Pulau Pinang, Muhammad Radhi Shariff Hussain berkata, hoki sememangnya merupakan sukan teras TNB dan program yang dijalankan bertujuan mencari bakat-bakat baharu dalam sukan berkenaan.

Katanya di Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi di sini telah dipilih TNB bersama dengan 12 buah sekolah lain di seluruh Semenanjung bagi kelompok kedua program klinik hoki yang dijalankan.

Adalah menjadi misi TNB untuk melahirkan lebih ramai jaguh hoki pada masa depan sebagai pelapis pemain-pemain kebangsaan yang ada ketika ini.

Ramai bakat terpendam dari kawasan luar bandar yang kalau digilap mampu menjadi nama besar suatu hari nanti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semasa program klinik hoki berkenaan di sini semalam.

Tambah beliau, usaha berterusan antara TNB dan pengurusan sekolah perlu dijalinkan supaya matlamat untuk melihat para pemain cilik berkenaan terus menyinar sekali gus mampu mengharumkan nama Malaysia dalam arena hoki.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi, Rosini Ahmad berkata, beliau terharu dan gembira apabila sekolahnya terpilih dalam program kelolaan TNB berkanan.

Katanya, sebagai sekolah luar bandar adalah sukar untuk pihaknya menubuhkan pasukan hoki sendiri memandangkan kos yang tinggi diperlukan terutamanya dalam menyediakan prasarana dan kelengkapan sukan tersebut.

Kos untuk sukan hoki sudah sedia maklum terlalu tinggi dan Alhamdulillah dengan bantuan TNB ini kami mampu untuk menyediakan pasukan hoki sendiri.

Segala apa yang disumbangkan TNB ini amat besar nilainya kepada para murid kami yang ternyata mempunyi minat mendalam dalam sukan hoki," katanya.

Selain itu tambahnya, setakat ini sebanyak 40 pelajar telah terpilih untuk bersama dalam program sukan yang dianjurkan TNB ini dan pihak sekolah akan membuat pemilihan pemain-pemain terbaik untuk mewakili sekolah selepas ini.

Bermula dari penyertaan dalam program klinik hoki ini, kini pihak sekolah telah menubuhkan pasukan hoki sendiri dan adalah menjadi harapan besar kami untuk melihat Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi menjadi pasukan gergasi hoki di kawasan utara.

Biarpun baru berkecimpung dalam sukan hoki ini terdapat beberapa murid yang menunjukkan prestasi membanggakan seolah-olah seperti pemain cilik profesional," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved