Ahad, 13 April 2014

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Rakyat perlu sumbang idea

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
utusanN9@utusan.com.my

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah sesuatu kepada Mohamad Hasan sewaktu baginda memeriksa Kawalan Kehormatan pada Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua DUN Negeri Sembilan di Seremban, kelmarin. Turut berangkat bersama baginda ialah Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud. - MINGGUAN/ASWAD YAHYA

SEREMBAN 12 April - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, semua wakil rakyat harus menyumbangkan buah fikiran serta membentuk kesepakatan masyarakat dalam usaha menjadikan negeri ini sebuah negeri maju.

Titah baginda, kepelbagaian adat dan budaya merupakan kunci utama ke arah menjayakan agenda pembangunan secara keseluruhannya.

Tambah baginda, agenda transformasi negara akan lebih mudah membuahkan hasil sekiranya mendapat sokongan dan kerjasama erat antara pemimpin dan rakyat.

Beta yakin, dengan kesungguhan semua pihak, usaha-usaha untuk terus memajukan negeri, mensejahterakan rakyat akan dapat direalisasikan," titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah demikian ketika merasmikan sidang Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 semalam.

Berangkat sama, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua DUN, Datuk Dr. Awaludin Said.

Tuanku Muhriz pada awal titahnya menzahirkan rasa simpati terhadap insiden pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Beta dan Tunku Ampuan Besar berserta seluruh rakyat negeri ini amat prihatin dan menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden yang berlaku ke atas pesawat MH370 ke Beijing pada Sabtu, 8 Mac yang lalu.

Beta berharap ahli-ahli keluarga penumpang serta anak-anak kapal yang terlibat agar tabah menerima dugaan dan ketentuan tersebut," titah baginda.

Tuanku Muhriz turut menyentuh beberapa strategi bagi membangunkan negeri ini se-

perti dasar jaringan keselamatan sosial, prestasi ekonomi negeri, pembangunan belia dan keusahawanan, keseimbangan pembangunan bandar dan luar bandar termasuk pembangunan teknologi maklumat.

Fokus kerajaan beta untuk melahirkan golongan cerdik pandai dalam kalangan anak Negeri Sembilan di bawah program Lembah Ilmu mula menampakkan hasil yang menggalakkan.

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, Negeri Sembilan berada dalam kelompok lima teratas bagi beberapa peperiksaan utama, malah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Mac lalu menunjukkan negeri ini mengekalkan kedudukan ketiga terbaik pada peringkat kebangsaan," titah ba-

ginda.

Terdahulu, keberangkatan baginda di pekarangan DUN disambut Menteri Besar sebelum memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 106 anggota Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang diketuai oleh Mejar Mohd. Azmadi Md. Aznan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved