Isnin, 5 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mayat bayi ditemui bawah katil

Posted:

Mayat bayi ditemui bawah katil

Mayat bayi ditemui bawah katil

Oleh MOHAMED SAARI
pengarang@utusan.com

SEGAMAT 5 Dis. - Helah seorang pelajar mengadu sakit perut kepada keluarganya untuk mendapatkan rawatan di klinik terbongkar apabila dia sebenarnya baru melahirkan seorang bayi di rumahnya di Palong Timur 4 di sini pada 30 November lalu.

Pelajar berusia 15 tahun dan sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tersebut dipercayai melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 11.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali, pelajar itu kemudian mengadu sakit perut dan dihantar oleh keluarganya ke Klinik Palong Timur 4.

Katanya, pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan mendapati pelajar itu baru melahirkan anak.

"Pegawai itu lalu mengarahkan jururawat menyiasat rumah pelajar tersebut dan menemui mayat seorang bayi perempuan di bawah katil. Kes itu dirujuk ke Hospital Kuala Pilah.

"Jururawat kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Anam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Segamat, di sini hari ini.

Jelas Abdul Majid, bayi berkenaan dipercayai masih hidup ketika dilahirkan.

Katanya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk dibedah siasat dan pelajar tersebut pula ditahan di Hospital Kuala Pilah pada 2 Disember lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan boleh dikenakan hukuman maksimum dua tahun penjara jika sabit kesalahan.

Berikutan itu kata Abdul Majid, pihaknya mencari seorang buruh, Shairol Jahari@Merong, 24, dengan kad pengenalan bernombor 870731-01-5847 dan alamat terakhir di No. 44, Kampung Mensudut Lama, Buloh Kasap, di sini untuk membantu siasatan.

Full content generated by Get Full RSS.

UPP Kedah tahan lori tangki cuba seludup diesel

Posted:

UPP Kedah tahan lori tangki cuba seludup diesel

UPP Kedah tahan lori tangki cuba seludup diesel

KUBANG PASU 5 Dis. - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah menahan sebuah lori tangki dan merampas 19,000 liter diesel bernilai RM34,200 yang cuba diseludup ke negara jiran, awal pagi semalam.

Komander UPP Kedah, Abd. Latiff Abd. Rahman berkata, pihaknya turut menahan pemandu lori tersebut iaitu lelaki tempatan berusia 53 tahun dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Katanya, lori tangki tersebut dalam perjalanan menghala sempadan di Bukit Kayu Hitam.

"Dalam rondaan rutin itu anggota UPP menahan sebuah lori tangki di susur masuk ke Lebuh Raya Utara-Selatan dari Jalan Kamunting, Jitra, dekat sini kira-kira pukul 3 pagi.

"Lori itu ditahan kerana menyerupai lori milik sebuah syarikat minyak dengan logo syarikat pada tangki agak kabur," katanya pada sidang akhbar di Kompleks UPP Bukit Kayu Hitam, dekat sini semalam.

Kata beliau, pihaknya menahan lori tersebut setelah hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang dokumen untuk mengangkut bahan api itu.

Tambahnya, lori itu dipercayai beroperasi di Jitra berdasarkan nama dan alamat syarikat yang tertera pada badan kenderaan.

"Kita serahkan siasatan lanjut kes itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," ujarnya.

Kata beliau, modus operandi penyeludup adalah menggunakan lori tangki yang menyerupai lori milik sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Nazmi janji 'tidak hanyut'

Posted:

Nazmi janji 'tidak hanyut'

Nazmi janji 'tidak hanyut'

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


Nazmi Faiz Mansor menjalani latihan di padang Wisma FAM Kelana Jaya semalam, sebagai persediaan untuk latihan dan aksi persahabatan di Australia. - UTUSAN/Shahril Azman Zain


PETALING JAYA - Pemain muda berbakat, Nazmi Faiz Mansor tidak mahu tenggelam dalam populariti sekelip mata yang dikecapinya selepas membantu skuad bola sepak negara mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA XXVI baru-baru ini.

Populariti pemain kelahiran Kuala Lumpur itu semakin memuncak selepas menjaringkan gol cantik menentang Bahrain dalam perlawanan kelayakan Olimpik baru-baru ini, sehingga disenaraikan oleh laman web www.101greatgoals.com antara 10 gol tercantik pada minggu tersebut.

Apa yang pasti, biarpun berstatus 'superstar muda', Nazmi, 23, tidak mahu hanyut dalam populariti sebaliknya hanya fokus untuk mengembangkan bakatnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Nazmi juga tidak mempedulikan soal remeh yang lain termasuk gosip dengan artis tempatan walaupun mengakui terkejut dengan sambutan menggila peminat bola sepak negara terutamanya peminat wanita.

"Pada mulanya saya terkejut dengan perkara ini tetapi saya sudah tanamkan diri agar tidak cepat berpuas hati sebaliknya terus fokus kepada prestasi saya di atas padang.

"Jurulatih Ong Kim Swee juga memberikan nasihat supaya seboleh-bolehnya saya tidak melayan perkara yang tiada kaitan dengan bola sepak," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad bawah 23 negara di Wisma FAM semalam.

Populariti Nazmi menyebabkan pemain itu digosip dengan pelakon muda baru-baru ini.

Nazmi mempunyai dua akaun laman sosial facebook yang dibuka oleh peminatnya.

Selepas perlawanan menentang Bahrain yang menyaksikan Malaysia tewas 2-3 baru-baru ini, kedua-dua akaun facebook pemain tersebut menjangkau lebih 60,000 pengunjung.

Mengenai cita-cita besar dalam kariernya, Nazmi berkata dia mahu beraksi di luar negara.

Dia yang dikatakan mempunyai iras pemain antarabangsa Brazil, Kaka berkata, dia tidak kisah beraksi luar negara termasuk di Indonesia, seperti mana yang dilakukan oleh penyerang skuad senior, Safee Sali.

"Sekarang saya perlu mempersiapkan diri dan mencari jalan penyelesaian agar kekejangan otot yang sering dialaminya sejak di tingkatan dua lagi mampu sembuh secepat mungkin," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Nicol wajar dijulang tokoh sukan

Posted:

Nicol wajar dijulang tokoh sukan

Nicol wajar dijulang tokoh sukan


Nicol David bersama dengan ibu bapanya, Ann Marie dan Desmond David memegang trofi Kejohanan Skuasy Piala Dunia yang mana tercatat nama beliau sebanyak enam kali sebagai pemenang selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA - Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David wajar dijulang sebagai tokoh sukan paling berjaya dalam sejarah negara apabila mampu mempertahankan gelaran Pemain Terbaik Dunia sebanyak enam kali berturut-turut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kejayaan yang dicapai Nicol itu adalah satu pencapaian yang belum pernah dicapai oleh sesiapa dalam sejarah negara.

"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nicol," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan pemain No. 1 dunia itu di pejabat beliau di sini, semalam.

Turut hadir ayah dan ibu Nicol, Desmond David dan Anne Marie David serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak.

Najib berkata, diharapkan kejayaan Nicol itu, akan menjadi pendorong serta penguat semangat kepada atlet sukan bukan sahaja dalam arena skuasy tetapi juga sukan lain.

"Nicol juga patut dijadikan contoh ikutan, beliau merupakan seorang ikon sukan yang paling berjaya dalam sejarah negara kita," katanya.

"Diharapkan Nicol akan terus mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang, seterusnya meletakkan satu penanda aras yang tinggi untuk sukan negara terutamanya skuasy, kata beliau.

Sementara Nicol berkata, pertemuan dengan Perdana Menteri hari ini, merupakan satu peluang yang amat bermakna buat diri dan kedua-dua ibu bapanya.

"Ia adalah satu penghormatan untuk saya dan keluarga untuk mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan dan rakyat Malaysia, terima kasih atas segala sokongan," katanya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


UMNO perlu beri peluang generasi muda

Posted:

UMNO perlu beri peluang generasi muda

UMNO perlu beri peluang generasi muda

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my


Dr. Mahathir Mohamad beramah mesra dengan orang ramai yang menghadiri Bicara Negarawan Bersama Tun Dr. Mahathir anjuran Majlis Bandaraya Ipoh di Ipoh, Perak, semalam. - Utusan/ Roy Azis Abd Aziz


IPOH 5 Dis. - Pemimpin UMNO yang sudah terlalu lama memegang jawatan di dalam parti perlu mengundurkan diri secara sukarela bagi memberi peluang kepada generasi muda dan mereka yang berkebolehan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, golongan muda lebih cenderung menyertai dan menyokong parti lawan kerana mereka tidak mendapat peluang di dalam UMNO berikutan seseorang pemimpin memegang jawatan terlalu lama.

''Kalau kita tengok dalam UMNO, kalau nampak orang itu ada kelulusan tinggi sedikit, jangan bagi dia masuk (UMNO).

''Kalau masuk, nanti dia ambil jawatan ketua cawangan atau ketua bahagian atau jadi calon. Lama-lama, hendak cari calon jadi Menteri Besar Selangor pun tidak ada sebab orang ada kebolehan tidak boleh jadi ahli UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Bicara Negarawan Bersama Tun Dr. Mahathir anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, hari ini.

Dr. Mahathir turut menasihatkan golongan muda supaya tidak mengharapkan jawatan apabila memasuki UMNO tetapi berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

''Asalkan perjuangan itu diteruskan oleh parti cukuplah. Apa yang penting parti menang, bukan individu," katanya.

Sementara itu, menurut Dr. Mahathir, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dikaitkan dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) harus meletakkan jawatan jika tindakan itu memberi faedah kepada parti.

Bagaimanapun, katanya, terserah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu untuk membuat keputusan sama ada mahu mengundur diri atau sebaliknya.

''Itu terpulang kepada beliau (Shahrizat). Kalau dia berasa patut undur, dia undur," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan ghairah kempen peroleh dua pertiga

Posted:

Jangan ghairah kempen peroleh dua pertiga

Jangan ghairah kempen peroleh dua pertiga

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Pemimpin UMNO digesa tidak terlalu ghairah berkempen soal mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga, sebaliknya bertawaduk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, mereka termasuk pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu memikirkan 'selera' pengundi dan meminta mereka menyokong supaya kerajaan memperoleh mandat selesa.

''Ini pesanan saya kepada rakan-rakan BN. Kita harus bertawaduk dalam berkempen. Janganlah ghairah berkempen soal dua pertiga tetapi minta pengundi sokong supaya kerajaan dapat mandat selesa.

''Mereka juga jangan rasa angkuh dan sombong apabila berdepan dengan rakyat. Persepsi rakyat sebelum ini melihat pemimpin BN angkuh dan mengamalkan rasuah. Ini harus diperbetulkan.

''UMNO dan BN perlu berubah. Isu-isu kontroversi harus diselesaikan secepat mungkin,'' katanya pada sidang akhbar di Bandar Utama dekat sini, hari ini.

Zahrain berkata, Malaysia sedang menuju negara maju dan pemikiran serta perspektif rakyat kini berbeza berbanding dahulu.

''Dahulu mereka memikirkan soal perkara asas seperti kemudahan jalan raya. Tetapi kini mereka ketengahkan soal kebebasan dan kritikan terbuka.

''Oleh itu, UMNO dan BN yang menunjangi kerajaan ketika ini perlu menentukan masalah serta permintaan rakyat diambil kira,'' katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya, Konsensus Ahli Parlimen Bebas sedia berbincang dengan Barisan Nasional (BN) berhubung PRU13 termasuk soal pembahagian kerusi.

Bagaimanapun, ujarnya, perbincangan itu tidak akan melibatkan pembangkang kerana pembawaan politik mereka yang tidak dapat diterima kalangan ahli konsensus berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Cadang wujud litar di Jenderak

Posted:

Cadang wujud litar di Jenderak

Cadang wujud litar di Jenderak


AHLI Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed (kanan) bersalaman dengan para pelumba cilik yang menyertai Mini Karnival Rakyat DUN Jenderak di Kuala Krau, baru-baru ini.


KUALA KRAU 5 Dis. - Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak, bercadang mewujudkan satu litar motosikal di kawasan ini bagi memudahkan kanak-kanak dan remaja aktif dalam sukan itu secara berjadual.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar berkata, cadangan pembinaan litar itu dilihat mampu menangani gejala lumba haram yang membimbangkan masyarakat ketika ini.

"Kegiatan itu dilihat mendatangkan banyak faedah kepada anak muda, kerana dapat menghindarkan mereka terjebak dalam melakukan kegiatan tidak berfaedah," katanya di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelumba kanak-kanak, Umi Kalsum Md. Jusoh, 12, berkata, dia meminati sukan mini motorbike sebelum memasuki darjah enam lagi dan kini telah menyertai banyak pertandingan berkenaan.

"Sukan ini sangat menyeronokkan dan banyak perkara baharu yang dapat saya pelajari.

"Tambahan pula, ibu bapa sangat menggalakkan dan memberikan sokongan padu kepada saya untuk terus aktif dalam sukan ini," katanya.

Ibunya, Hasnah Mohd. Arif, 51, berkata, dia tidak kisah anaknya menyertai sukan lasak kerana sukan berkenaan mengajarnya untuk menjadi lebih matang dan aktif dalam sukan secara berdisiplin.

Katanya, dia mahu anaknya meneruskan apa yang diminati dan tidak akan menghalangnya kerana sukan tersebut terbukti boleh memberikan manfaat kepada para peserta.

Seorang lagi peserta, Amninol Hafiz Muhamad, 12, berkata, dia baharu seminggu menyertai pertandingan itu dan berpeluang bertanding dengan rakan-rakan yang banyak pengalaman.

Katanya, sukan itu mendidik dirinya menjadi lebih berdisiplin dan memupuk jati diri.

Full content generated by Get Full RSS.

Selesai segala aduan rakyat

Posted:

Selesai segala aduan rakyat

Selesai segala aduan rakyat

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISAutusanktn@gmail.com

KUANTAN 5 Dis. - Masalah setempat seperti sampah-sarap, longkang tersumbat dan kekurangan serta kerosakan kemudahan asas yang sering berlaku patut diselesaikan terlebih dahulu sekiranya status bandar raya ingin dicapai oleh Kuantan.

Menteri Besar, Datuk Seri berkata, setiap wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan di daerah ini perlu menangani masalah itu sebaik mungkin memandangkan ia sentiasa mendapat aduan daripada rakyat.

"Selesaikan dahulu masalah-masalah rakyat, baharu jadi bandar raya dan biarlah Kuantan bersih serta selesa didiami oleh rakyat walaupun tidak bergelar bandar raya," katanya.

Beliau menjawab soalan Chang Hong Seong (BN-Teruntum) mengenai perancangan kerajaan bagi memastikan bandar Kuantan mencapai status bandar raya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-12 di sini, hari ini.

Adnan berkata, Kuantan belum bersedia untuk bergelar bandar raya walaupun kriteria untuk menukar statusnya daripada peringkat perbandaran sudah dipenuhi sejak 2008.

Ini kerana katanya, orang ramai khususnya penduduk sendiri belum bersedia menerima status itu selain beberapa masalah lain.

"Kita tidak ghairah untuk naik taraf menjadi bandar raya dan orang ramai belum bersedia menerima sesuatu yang baharu seperti itu walaupun kriterianya sudah lama kita capai untuk Kuantan bergelar bandar raya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pahang bentang bajet berimbang dengan lebihan RM1.1 juta

Posted:

Pahang bentang bajet berimbang dengan lebihan RM1.1 juta

Pahang bentang bajet berimbang dengan lebihan RM1.1 juta

KUANTAN 5 Dis. - Bajet 2012 untuk negeri ini yang dibentangkan hari ini, mencapai bajet berimbang dengan terdapat lebihan RM1.1 juta dibandingkan dengan Bajet 2011 yang mencatatkan bajet defisit RM68.25 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, untuk Bajet 2012, perbelanjaan mengurus berjumlah RM489.74 juta dan hasil kerajaan negeri dianggarkan RM509.93 juta.

"Ini bererti, terdapat lebihan RM1.1 juta jika dibandingkan dengan Bajet 2011 yang mencatatkan defisit RM68.25 juta," katanya ketika membentangkan Bajet 2012 kerajaan negeri Pahang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang yang ke-12 di sini, hari ini.

Adnan berkata, kerajaan negeri akan menguruskan sumber secara bijaksana, di samping memperkemas penguatkuasaan undang-undang dan peraturan serta melaksanakan penjimatan melalui perbelanjaan yang ketat.

"Tetapi kita tidak akan mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan, ia selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.

Beliau berkata, Bajet 2012 menyediakan peruntukan RM632.9 juta bagi melaksanakan semua program dan rancangan pembangunan kerajaan negeri.

Katanya, peruntukan RM489.74 juta adalah untuk perbelanjaan mengurus, RM69.74 juta perbelanjaan pembangunan dari sumber negeri dan RM54.43 juta dari pinjaman Kerajaan Persekutuan.

"Ini bermakna, kerajaan negeri Pahang sebagai mana biasa tidak meminjam daripada mana-mana pihak untuk membiayai perbelanjaan mengurus, tetapi kerajaan negeri meminjam (dari kerajaan Persekutuan) bagi membiayai perbelanjaan pembangunan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga komited untuk melaksanakan perbelanjaan yang lebih mapan di samping memastikan aktiviti ekonomi terus berkembang.

"Kerajaan negeri tidak bercadang menaikkan cukai tanah dan cukai lain yang membebankan rakyat. Kerajaan negeri akan terus menguruskan perbelanjaan dengan matlamat mengutamakan kepentingan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, katanya, pendekatan Bajet 2012 akan memberi tumpuan kepada empat perkara, iaitu mengutamakan kesejahteraan rakyat, meningkatkan daya saing negeri, memperkasa pembangunan modal insan dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bekas CEO PUNB dipenjara 5 tahun

Posted:

Bekas CEO PUNB dipenjara 5 tahun

Bekas CEO PUNB dipenjara 5 tahun

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Dua pegawai kanan Permodalan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada kesalahan memalsukan sijil-sijil bon bernilai AS$5 bilion (RM18 bilion) 11 tahun lalu, masing-masing hari ini dihukum penjara lima dan empat tahun.

Hakim Datuk Su Geok Yiam memutuskan demikian terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PUNB, Ahmadi @ Ahmad Zukni Johari, 70, dan bekas Setiausaha PUNB, Mohamad Aminuddin Mohamed Zain, 54, selepas menerima rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembebasan kedua-dua tertuduh.

Dalam penghakimannya, Hakim Geok Yiam berkata, Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy Suppiah telah terkhilaf semasa memutuskan pembebasan tertuduh pada 28 Januari 2010.

Komathy dalam keputusannya membebaskan kedua-dua tertuduh berdasarkan surat yang dihantar oleh Ahmadi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertarikh 11 Disember 2000 menjelaskan tindakannya mengeluar bon tersebut.

Menurut Geok Yiam, wujud ketidakjujuran oleh tertuduh-tertuduh yang telah melakukan kesalahan serius meskipun pihak pembelaan berhujah, kedua-duanya tidak berniat serong serta tidak mengakibatkan kerugian yang besar terhadap PUNB.

Menurut beliau, tertuduh jelas bersalah apabila tidak mendapat kebenaran Lembaga Pengarah PUNB walaupun sebenarnya ia diperlukan untuk mengeluarkan bon.

"Kedudukan kamu tidak boleh disamakan dengan kedudukan Perdana Menteri yang ketika itu menerima nasihat peguam," kata beliau lagi.

Ahmadi dihukum penjara lima tahun manakala Mohamad Aminuddin pula penjara empat tahun.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap kedua-dua lelaki itu sehingga selesai rayuan di Mahkamah Rayuan.

Geok Yiam menetapkan jaminan RM300,000 untuk setiap seorang serta mengarahkan kedua-dua tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Ahmadi dan Mohamad Aminuddin didakwa bersama memalsukan dokumen pada 13 Oktober 2000 di Wisma UOA 11, No. 21, Jalan Pinang di sini.

Terdahulu, peguam Datuk Taqiyudin Yahya yang mewakili Mohamad Aminuddin dalam rayuannya berkata, anak guam dan Ahmadi tidak berniat jahat malah telah meminta nasihat daripada peguam PUNB sebelum mengeluarkan bon tersebut.

Dakwanya, mereka hanya mencari dana bagi kewangan PUNB namun telah dilakukan dengan cara yang salah.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Vietnam diancam bahan letupan

Posted:

Vietnam diancam bahan letupan

Vietnam diancam bahan letupan

HANOI 5 Dis. - Lebih 100,000 rakyat Vietnam terbunuh atau cedera dalam letupan periuk api atau bom jenis lain sejak Perang Vietnam berakhir hampir 40 tahun lalu, dan tempoh berdekad-dekad lagi diperlukan bagi membersihkan seluruh negara ini daripada ancaman tersebut.

"Peninggalan perang yang termasuk ratusan ribu tan bom dan bahan letupan lain terus menyebabkan kemalangan jiwa setiap hari," kata Perdana Menteri, Nguyen Tan Dung hari ini pada persidangan tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mencari jalan untuk menangani masalah tersebut.

Dung berkata, 42,132 orang terbunuh dan 62,163 lagi cedera akibat letupan periuk api, bom dan bahan letupan lain sejak perang tamat pada 1975.

Amerika Syarikat (AS) menggunakan kira-kira 16 juta tan bom dan peluru untuk membantu sekutunya, bekas kerajaan Vietnam Selatan memerangi pejuang komunis Vietnam Utara yang akhirnya memenangi perang itu dan menyatukan semula negara ini.

Kata Duta AS ke Vietnam, David Shear pada persidangan itu, Washington menyediakan peruntukan AS$62 juta (RM186 juta) untuk membantu Vietnam menangani 'peninggalan perang yang membawa penderitaan itu'.

"Usaha kami untuk membantu Vietnam mengatasi masalah sukar ini telah memupuk sikap saling mempercayai dan persefahaman antara AS dan Vietnam sehingga membolehkan hubungan dua hala antara kita berkembang maju," kata Shear.

Timbalan Menteri Vietnam bagi buruh, mangsa perang dan hal-ehwal masyarakat, Bui Hong Linh berkata, bahan letupan masih didapati di kira-kira 6.6 juta hektar tanah atau lebih satu per lima daripada keluasan negara ini.

Katanya, hanya 300,000 hektar atau lima peratus daripada kawasan dicemari bahan letupan sudah dibersihkan dan pelan yang diluluskan oleh kerajaan baru-baru ini memperuntukkan pembersihan 500,000 hektar lagi yang akan melibatkan kos AS$595 juta (RM1.79 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Jerebu: Beijing batal ratusan penerbangan, tutup lebuh raya

Posted:

Jerebu: Beijing batal ratusan penerbangan, tutup lebuh raya

Jerebu: Beijing batal ratusan penerbangan, tutup lebuh raya


Kenderaan terpaksa menggunakan laluan alternatif selepas jerebu tebal menyelubungi bandar raya Beijing - AFP


BEIJING 5 Dis. - Pihak berkuasa Beijing hari ini terpaksa membatalkan beratus-ratus penerbangan dan menutup lebuh raya apabila bandar raya ini diselubungi jerebu tebal bermula semalam sehingga mengehadkan jarak penglihatan.

Menurut Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini, kualiti udara di Beijing sudah mencapai tahap berbahaya, manakala agensi berita Xinhua menyifatkan ia hampir kepada paras tersebut.

Rangkaian televisyen CCTV melaporkan, hampir 400 penerbangan terpaksa dibatalkan semalam.

Menjelang tengah hari ini, lapangan terbang utama Beijing menerusi laman webnya melaporkan, sebanyak 132 penerbangan domestik dan lima penerbangan antarabangsa terpaksa dibatalkan.

Dalam pada itu, siaran televisyen memaparkan beribu-ribu penumpang terkandas berkumpul di kawasan lapangan terbang untuk menunggu atau menempah penerbangan yang berikutnya jika jerebu semakin pulih.

Hampir kebanyakan lebuh raya utama yang menghubungkan Beijing dengan daerah lain di utara China ditutup awal pagi ini, namun beberapa seksyen jalan telah dibuka apabila tahap penglihatan semakin pulih.

Sementara itu, beberapa organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan Beijing sebagai satu daripada bandar paling tercemar di dunia berhubung penggunaan tenaga yang dijana lombong arang batu.

Ketika berlangsungnya temasya sukan Olimpik pada 2008, Beijing berusaha meningkatkan kualiti udara dengan menutup stesen jana kuasa arang batu dan mengurangkan penggunaan kereta, namun pencemaran tetap tidak dapat dikurangkan. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Usaha tingkatkan industri kreatif

Posted:

Usaha tingkatkan industri kreatif

Usaha tingkatkan industri kreatif


FILEM Hikayat Merong Mahawangsa antara filem yang banyak mendapat sokongan dan bantuan kewangan daripada agensi yang terletak di bawah KPKK.


APABILA bercakap soal industri kreatif, orang selalunya akan mengaitkan dengan muzik, filem, lakonan dan pementasan. Ia hanya akan dirujuk sebagai hiburan semata-mata. Ada pula akan mengaitkannya sebagai sesuatu yang melalaikan dan boleh menyumbang kepada gejala sosial.

Tetapi realitinya, dunia kreatif sebenarnya adalah satu industri.

Di negara-negara maju ia turut menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Di Amerika Syarikat misalnya, industri kreatif menyumbang AS$3 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Di Malaysia pula, ramai yang tidak sedar bahawa ia telah menyumbangkan sebanyak RM9.4 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2008.

Sebab itu industri yang dikaitkan dengan hiburan dan melalaikan oleh sesetengah pihak itu sebenarnya amat penting untuk dibangunkan secara bersepadu dan terancang melalui

satu dasar dan hala tuju yang komprehensif.

Menyedari kepentingan industri itu, Kementerian Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi telah mengadakan Persidangan Industri Kreatif pada 2009.

Dari situ lahirkan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang berfungsi menyelaras segala dasar secara jelas yang membabitkan pembangunan industri kreatif di negara ini.

Ia merupakan dasar induk dalam menetapkan prinsip-prinsip asas pembangunan industri kreatif.

Dasar ini akan menjurus dan memacu segala kegiatan kreatif secara lebih produktif dan ekonomik melalui sinergi sektor awam dan swasta.

Seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2010 bahawa industri kreatif wajar dimajukan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, ia meliputi seni persembahan dan muzik,reka bentuk, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan.

Kata Najib, DIKN berupaya membuka lebih banyak peluang kepada pelbagai kumpulan karyawan sedia ada, generasi akan datang dan industri-industri sampingan untuk mencetus lebih banyak idea, kreativiti dan inovasi yang boleh dikomersialkan.

DIKN yang dilancarkan pada 21 Oktober lalu juga bakal mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa dengan dasar itu sumbangan industri kreatif kepada KDNK akan melonjak.

Tetapi yang paling penting, DIKN bakal memberi manfaat kepada para penggiat seni di negara ini tanpa mengira apa bidang yang mereka ceburi.

Full content generated by Get Full RSS.

Filem lebih banyak pembelaan?

Posted:

Filem lebih banyak pembelaan?

Filem lebih banyak pembelaan?

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


FILEM KL Gangster merupakan filem tempatan yang mencatat kutipan tiket paling tinggi berjumlah RM11.7 juta adalah bukti peningkatan dalam industri tersebut.


INDUSTRI perfileman di negara ini boleh dikatakan paling bertuah berbanding bidang-bidang seni yang lain. Ini kerana, filem mendapat perhatian yang paling banyak daripada pihak kerajaan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) terutamanya menerusi bantuan kewangan.

Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta yang disediakan kerajaan baru-baru ini bukan sahaja turut dinikmati oleh para penggiat seni lain, malah bidang perfileman antara yang banyak mendapat manfaat daripadanya.

Menurut Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Mohd. Naguib Razak, 43, bantuan seperti Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC) berjumlah RM50 juta beberapa tahun lalu yang disediakan melalui perbadanan itu juga banyak membangunkan bidang tersebut.

"Ini adalah bukti kesungguhan kerajaan melalui usaha Finas yang ditubuhkan 30 tahun lalu dalam bidang perfileman di negara ini. Namun, itu bukan bermakna kerajaan mengetepikan bidang-bidang seni yang lain kerana dalam peruntukan Dana Industri Kreatif, ia juga membantu bidang-bidang seni yang lain.

"Cuma dalam dana-dana tertentu seperti SPFC ia lebih mengkhususkan kepada bidang perfileman. Tidak dinafikan bidang perfileman mempunyai prospek untuk menjana pendapatan lumayan dan menyumbang kepada ekonomi negara selain faktor penerimaan meluas masyarakat terhadap medium ini," katanya kepada Mega.

Sehubungan itu katanya, Finas yang berperanan membantu memperkembangkan bidang perfileman tanah air diberi tanggungjawab bagi menjayakan hasrat tersebut.

Ia termasuklah dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti Studio Mix Stage Finas di Hulu Klang, Selangor dengan kos RM53 juta demi manfaat para pembikin di negara ini.

Jelas Mohd. Naguib, selain filem cereka, Finas juga tidak terlepas pandang industri filem animasi yang semakin berkembang pesat di mana agensi kerajaan itu turut memberi banyak kemudahan termasuklah dengan mewujudkan Dana CGI (Imej Janaan Komputer) berjumlah RM8.8 juta baru-baru ini.

"Setakat ini sebanyak RM5 juta daripada Dana CGI itu telah pun disalurkan kepada penerbit-penerbit yang layak menerima kemudahan itu. Antara filem yang menerima dana itu ialah filem Between Two Sky terbitan Line Clear dan filem 29 Februari (KRU Studios).

"Dana itu disalurkan kerana dua penerbit itu bukan sahaja layak dengan latarbelakang dalam bidang penerbitan yang cemerlang tetapi filem-filem itu juga mengandungi aspirasi yang disokong oleh Finas.

"Filem Between Two Sky contohnya, mengisahkan tentang hubungan antara Malaysia dan Australia, manakala 29 Februari sarat dengan elemen-elemen sejarah masyarakat di negara ini sewaktu era sebelum negara mencapai kemerdekaan daripada British," jelasnya.

Tambah Mohd. Naguib yang sebelum menjadi Ketua Pengarah Finas merupakan pembikin filem dokumentari berkata, usaha agensi di bawahnya itu bukti pihak kerajaan bersungguh-sungguh dalam membantu mempertingkatkan bidang seni terutamanya filem, drama, animasi dan dokumentari tempatan.

Kesan daripada bantuan berupa dana, sokongan moral dan insentif Finas itu berjaya merancakkan industri perfileman berdasarkan bilangan filem-filem cereka yang diterbitkan sejak kebelakangan ini.

"Kalau 10 tahun dulu dalam setahun cuma ada sekitar 25 filem cereka diterbitkan tetapi sekarang ini bilangannya mencecah 60 filem cereka setahun. Malah, saya anggarkan sehingga hujung tahun ini sahaja kutipan tiket kasar filem-filem cereka tempatan mampu mencapai RM100 juta.

"Pada Festival Filem Malaysia ke-24 pada 20 November lalu sahaja sebanyak 41 filem cereka bertanding dalam pelbagai anugerah. Jumlah itu tidak termasuk filem-filem animasi, dokumentari dan filem pendek. Semua itu menggambarkan yang industri ini semakin berkembang pesat," ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, kejayaan filem KL Gangster terbitan Skop Production yang mengaut kutipan tiket RM11.7 juta sebagai filem tempatan yang paling tinggi setakat ini bukti perkembangan pesat dalam bidang tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


‘‘Jangan sekali-kali tikam belakang’’

Posted:

''Jangan sekali-kali tikam belakang''

''Jangan sekali-kali tikam belakang''

Oleh ZULKIFLI JALIL dan HAMDEN RAMLI
pengarang@utusan.com.my


Musa Aman


PENAMPILAN Datuk Seri Musa Aman agak 'low profile' sepanjang tiga hari 'berkampung' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) minggu lepas. Jarang dilihat beliau menemui atau pun ditemui pihak media.

Memasuki bangunan yang meletakkan Ibu Pejabat UMNO dari arah selatan pun, fokus langkah kakinya sambil diiringi beberapa pegawai hanyalah untuk segera menuju ke Dewan Merdeka.

Low profile dan berfokus adalah dua sifat yang dipegang oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang juga Ketua Menteri Sabah itu. Dan taklah canggung kiranya jika gambaran perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang menetapkan empat sasaran oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya dicapai dengan tempias sebahagian besarnya bertitik tolak daripada prestasi UMNO Sabah.

Buktinya terang lagi bersuluh. Daripada 25 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sabah dalam pilihan raya umum 2008 (PRU12), UMNO menyapu bersih kesemua 13 kerusi yang ditandingi, PBS (tiga), UPKO (empat), PBRS (satu), LDP (satu) dan SAPP (dua). Pembangkang yang diketuai DAP cuma satu kerusi.

Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, daripada 60 kerusi yang dipertandingkan, UMNO berjaya menguasai 32 kerusi, MCA (satu), PBS (12), UPKO (enam), SAPP (empat), LDP (tiga) dan PBRS (satu). DAP sekali lagi hanya satu kerusi.

Dari segi keanggotaan UMNO di seluruh negara sehingga 30 November lalu, Sabahmerekodkan jumlah anggota tertinggi iaitu 487,447 orang daripada keseluruhan 3,297,358 orang.

Kesemua rekod baik pada PRU12 itu sekali gus menggambarkan UMNO Sabah cukup bersatu dan ampuh serta bersedia mengembalikan kedudukannya sebagai parti bermaruah. Malahan bukti pengiktirafan turut diterima daripada Perdana Menteri atas faktor kebolehan wakilrakyat Sabah.

Antara wakil rakyat Sabah yang dilantik di peringkat persekutuan ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis), Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Papar) dan Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort).

Bagi parti komponen BN pula, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (Kota Marudu) daripada PBS dilantik menjadi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tan Sri Bernard Dompok (UPKO-Penampang) dilantik Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi, Tan Sri Joseph Kurup (PBRS-Pensiangan) Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Datuk Liew Vui Keong (LDP-Sandakan) Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Diajukan sedikit pujian daripada penulis mengenai pencapaian serta prestasi UMNO Sabah itu, Musa yang bercakap dari bilik penginapannya di sebuah hotel selepas penggulungan Presiden UMNO Sabtu lepas memberitahu, UMNO negeri akur dengan komitmen untuk terus bekerja keras bagi menjamin kemenangan besar BN Sabah pada PRU13 nanti.

Ditanya sekali lagi tentang Sabah yang acap kali 'dinobatkan' sebagai kononnya deposit tetap BN oleh pembangkang, Musa menegaskan: "UMNO Sabah menerima ini sebagai tanggungjawab cukup besar tentang bagaimana kaedahnya untuk mempertahankan kesemua kerusi Parlimen dan DUN selain merampas dua kerusi daripada pembangkang.

"Ini bukan suatu keangkuhan atau privillege tetapi sebagai tanggungjawab besar."

Di negeri di bawah bayu itu, UMNO ditubuhkan pada 1990 oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba berikutan pergolakan politik di negeri itu yang menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan keluar daripada BN. PBS kemudiannya kembali menyertai BN selepas Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan sistem giliran Ketua Menteri. Komponen BN Sabah terdiri daripada PBS, Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) serta MCA termasuklah Parti Maju Sabah (SAPP). SAPP bagaimanapun keluar daripada campuran BN pada 17 Sept 2008 dengan alasan BN telah hilang "semangat BN".

Ditanya formula yang dipraktikkan oleh UMNO negeri sehingga berjaya mencapai kejayaan seperti hari ini, Musa dengan nada rendah diri berkata: "Turun padanglah dan beri perkhidmatan kepada rakyat. Apabila Ahli Parlimen dan ADUN dipilih oleh rakyat, maka kita janganlah alpa. Periksalah dan selesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat. Bukan sekali turun tapi berkali-kali.

"Seperti mana yang saya selalu tekankan kepada wakil-wakil rakyat Sabah ialah YB itu bukan semata-mata Yang Berhormat tapi Yang Berkhidmat untuk rakyat," kata beliau.

Meskipun tidak disebut oleh Musa, namun ramai termasuk penganalisis politik beranggapan bahawa sikap bersederhana, toleransi dan sanggup berkongsi kuasa bersama parti komponen BN selama ini, menjadi kunci utama kejayaan UMNO bertapak kukuh di Sabah. Meskipun begitu, UMNO tidak pernah sesekali mengorbankan kepentingan orang Melayu serta menafikan hak mana-mana kaum di negeri itu. UMNO dilihat boleh bertahan di Sabah adalah kerana parti itu bersifat sederhana tanpa mengorbankan kepentingan orang Melayu.

Komitmen UMNO inilah menyebabkan pembangkang 'naik gerun' dan mengalami kesukaran untuk melebarkan sayap ke negeri di bawah bayu itu berikutan sokongan padu yang diterima parti daripada rakyat.

Ditanya mengenai isu-isu yang dijangka dimainkan pembangkang pada PRU13, Musa berkata, antaranya mungkin soal royalti minyak di Sabah dan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Pernah pegawai negeri di Sabah didakwa kononnya terbabit dalam perebutan tanah adat di Kampung Rampayan Ulu, Kota Belud. Dikatakan ada pihak tidak bertanggungjawab telah menuduh pihak kerajaan 'menggadai' 480 hektar tanah NCR kepada syarikat swasta bagi perancangan membina hotel bertaraf lima bintang. Yang jelas mereka (pembangkang) mahu menipu.

Begitupun, kata Musa, semua itu berjaya ditangani dengan baik. Ini terbukti menerusi pelbagai usaha pembasmian kemiskinan secara agresif dan skim bantuan kepada rakyat. Program yang dilaksanakan merangkumi pelbagai aspek sosio ekonomi antaranya projek di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC), Agropolitan dan projek Mini Estet Sejahtera (Mesej). Ia bertujuan meningkatkan pendapatan rakyat miskin dan memperbaiki taraf hidup mereka.

Musa menaruh keyakinan tinggi DAP serta sekutu-sekutunya dalam pembangkang tidak akan mendapat tempat di Sabah.

"Ini bukan kerana kita (UMNO dan BN) terlalu kuat atau kerana kita bongkak, tetapi kerana kita dapati pembangkang di Sabah tak mempunyai kekuatan," katanya.

Ditanya kemungkinan ada calon di luar bahagian akan diletakkan sebagai calon winnable candidate oleh Presiden parti, Musa sambil tersenyum berkata, sama ada keperluannya daripada bahagian berkenaan atau tidak, yang penting sekali dia hendaklah diterima oleh pengundi.

"Dalam konteks ini, saya memberi amaran kepada kepemimpinan UMNO Sabah baik di cawangan dan bahagian agar jangan sekali-kali tikam belakang . Kita mesti terus berikhtiar untuk pastikan kemenangan parti," kata Musa.

Full content generated by Get Full RSS.

LIMA rangsang industri tempatan

Posted:

LIMA rangsang industri tempatan

LIMA rangsang industri tempatan

Oleh ZABRY MOHAMAD MADZLAN
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my


PESAWAT Sukhoi SU-30 semasa melakukan demonstrasi aerobatik dan persiapan juruterbang sempena LIMA 2011 di Pangkalan Udara Butterworth Pulau Pinang, baru-baru ini.


SEPANJANG lima hari, ruang udara Pulau Langkawi khususnya di sekitar Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bakal digegarkan dengan pesawat-pesawat canggih yang membuat pertunjukan.

Tidak kurang hebatnya di kawasan perairan sekitar Awana Porto Malai, iaitu lokasi bagi segmen air yang akan menempatkan serta memperlihatkan kecanggihan kapal dan bot moden termasuk kapal selam.

Itulah daya tarikan utama untuk orang ramai setiap kali berlangsungnya pameran dwi tahunan LIMA.

Di Malaysia, meskipun terdapat pameran pertahanan lain tetapi ia tidak sehebat apa yang ada LIMA.

Keseronokan dan keghairahan yang dinikmati di LIMA tidak sama seperti pameran-pameran lain.

Begitulah hebatnya LIMA.

Namun, LIMA bukan sekadar 'hiburan' atau santapan mata kepada pengunjungnya.

Penganalisis pertahanan, M. Ghazemy Mahmud berkata, LIMA sebenarnya berjaya merangsang selain menerap teknologi canggih ke dalam industri tempatan.

Katanya, meskipun bukan mudah serta memakan masa lama untuk menerap teknologi dari luar masuk ke dalam industri tempatan, kesannya sudah ada dan dapat dilihat sekarang.

Sebagai contoh, kini sudah ada universiti tempatan menawarkan kursus-kursus ijazah dalam bidang aeroangkasa dan maritim.

Begitu juga dengan industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pertahanan serta pembuatan kapal, peralatan atau aset tentera.

"Ini semua hasil penganjuran LIMA sejak 20 tahun dulu.

"LIMA merangsang industri tempatan dan penerapan teknologi mula mendatangkan kesan," katanya yang juga Pengarang majalah pertahanan, Asian Defence Journal.

M. Ghazemy menambah, pengusaha tempatan sepatutnya mengambil peluang itu dengan menjalin kerjasama dengan syarikat- syarikat gergasi dari luar.

"Bukan bermakna mereka (syarikat tempatan) perlu bekerjasama dalam skala besar atau berkos tinggi.

"Syarikat-syarikat gergasi ini ada anak- anak syarikat di bawahnya yang boleh dijalin kerjasama. Jangan terus cari projek besar. Mulakan secara kecil dulu," ujarnya.

Bagaimanapun, peluang itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Itu yang membuatkan beliau sedikit terkilan kerana syarikat-syarikat tempatan masih terlalu bergantung kepada projek kerajaan.

Mereka tidak berusaha atau tiada keyakinan untuk melabur di luar menggunakan duit kocek sendiri.

"Sudah masuk kali ke-11 LIMA dianjurkan. Sepatutnya syarikat-syarikat tempatan sudah lebih matang.

"Jika orang luar boleh membawa masuk teknologi mereka ke mari, kenapa kita tidak boleh bawa teknologi kita ke luar?" tegasnya.

Seharusnya syarikat-syarikat pertahanan tempatan tidak sekadar menjadi jaguh kampung.

Gunakanlah sepenuhnya peluang yang ada di LIMA untuk membantu negara menjadi peneraju utama industri pertahanan.

Pameran LIMA 2011 berlangsung dari 6 hingga 10 Disember ini merupakan yang terbesar sejak pameran dwi tahunan itu diperkenalkan pada 1991.

Sebanyak 403 syarikat dari 35 buah negara menyertai pameran kali ini yang menyaksikan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding edisi lalu.

Kehadiran pesawat dari luar negara pula meningkat lebih dua kali ganda berbanding penganjuran dua tahun lalu dari 11 kepada 26 buah manakala lawatan kapal perang tentera laut luar negara bertambah dari 10 kepada 12 buah kapal.

Antara pesawat tempur yang bakal dipamerkan adalah F-18 Super Hornet, Eurofighter Typhoon, Rafale dan Sukhoi SU-30 MKM.

Sepanjang LIMA 2011, pameran di MIEC dibuka kepada tetamu kerajaan dan pelawat perdagangan dari 6 hingga 8 Disember manakala bagi pengunjung awam, pameran akan dibuka pada 9 dan 10 Disember dengan caj masuk sebanyak RM10.

Sementara pameran statik, demonstrasi kapal dan bot di Awana Porto Malai dibuka kepada semua pelawat sepanjang LIMA 2011 berlangsung.

Kapal-kapal yang bakal dipamerkan termasuk kapal pemusnah USS Curtis Wilbur dari Amerika Syarikat serta ROKS Gang GamChan dari Korea dan kapal selam kedua negara, KD Tun Razak.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Pergi berbulan madu semula

Posted:

Pergi berbulan madu semula

Pergi berbulan madu semula

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my

BULAN madu antara agenda penting bagi pasangan yang baru berkahwin dan ia lazimnya dirancang selepas selesai semua majlis yang diadakan.

Ini kerana bulan madu sering dikaitkan dengan keindahan, kebahagiaan dan keseronokan kepada setiap pasangan pengantin baru memulakan fasa baru dalam kehidupan masing-masing.

Tetapi bagi pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan ingin berbulan madu buat kali kedua, ia merupakan satu perkara yang dialu-alukan malah hari ini ia seakan-akan sudah menjadi trend bagi pasangan suami isteri bercuti bersama dalam usaha membantu mengukuhkan perkahwinan dan institusi keluarga serta menyegarkan kembali keintiman dan komitmen perkahwinan mereka selama ini.

Dalam masa yang sama, inilah masanya mencari waktu yang lebih privasi untuk mereka bersama setelah masing-masing penat menguruskan kerjaya dan keluarga.

Kiranya, percutian bulan madu adalah 'hadiah'untuk merehatkan minda dan tekanan, selain dapat mengulit kemesraan selepas bergelar suami isteri.

Begitupun, adakah setiap pasangan itu membuat persediaan untuk pergi berbulan madu? Dan perlukah anda pergi berbulan madu untuk kali kedua?

Jawapannya sudah pasti ya, meskipun tidak sama keterujaannya seperti awal perkahwinan dahulu, tetapi ia dapat menyegarkan kembali hubungan bersama.

Bagaimanapun, untuk berbulan madu kali kedua ini, pasangan dinasihatkan agar tidak membawa anak bersama-sama dalam percutian ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Roboh rumah penduduk ditangguh

Posted:

Roboh rumah penduduk ditangguh

Roboh rumah penduduk ditangguh

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


Abdul Halim Idris (tengah) berbincang dengan sebahagian penduduk ketika suasana tegang membantah pemaju memasuki Kampung Tengah 2 di Gombak, baru-baru ini.


GOMBAK 5 Dis. - Penduduk Kampung Tengah 2, Batu 6 di sini boleh menarik nafas lega walaupun untuk seketika apabila pihak pemaju bersetuju untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan rumah penduduk kampung itu.

Namun, persetujuan itu bukan dicapai dengan mudah, sebaliknya setelah penduduk bertegas untuk menghalang apa sahaja usaha pemaju untuk memasuki kampung mereka baru-baru ini.

Persetujuan itu juga dicapai di Balai Polis Gombak setelah kedua-dua pihak yang bertegang leher ditenangkan oleh pihak polis, yang kemudiannya mencadangkan supaya perbincangan diadakan di balai polis tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tengah, Abdul Halim Idris berkata, selain penangguhan sementara itu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengadakan satu lagi perbincangan untuk menentukan tindakan selanjutnya.

"Dalam perbincangan lanjut itu nanti, penduduk melalui peguam yang dilantik akan mendapatkan nasihat mengenai ganti rugi dan pampasan yang setimpal," katanya ketika ditemui di balai polis Gombak baru-baru ini.

Katanya, memandangkan rayuan penduduk telah ditolak oleh mahkamah, tiada cara lain yang boleh penduduk lakukan selain daripada menuntut ganti rugi bagi meringankan beban mereka.

Sebelum itu, kira-kira 100 penduduk kampung berkenaan telah berkumpul sejak awal pagi bagi menghalang pemaju merobohkan rumah mereka dengan menghalang pemaju daripada memasuki kampung itu.

Ketegangan mula berlaku apabila penduduk bertegas untuk tidak membenarkan wakil pemaju masuk walaupun sudah diberi peringatan bahawa tindakan mereka itu adalah salah dan melanggar perintah mahkamah.

Bagaimanapun, kecekapan anggota polis yang hadir berjaya meredakan keadaan dan seterusnya membawa kedua-dua pihak ke meja perundingan.

Walaupun penduduk menyambut baik keputusan menangguhkan kerja-kerja merobohkan tetapi mereka tetap risau memikirkan tentang masa depan yang masih tidak menentu.

Full content generated by Get Full RSS.

Pampasan ditentu dalam perbincangan

Posted:

Pampasan ditentu dalam perbincangan

Pampasan ditentu dalam perbincangan

GOMBAK 5 Dis. - Tuntutan ganti rumah dan pampasan yang dimahukan oleh penduduk Kampung Tengah 2 di sini akan ditentukan dalam perbincangan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Peguam pemaju yang memiliki hak milik tanah di situ, Nava Ananda Jiva berkata, pihak pemaju bersedia untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah itu sebelum kerja-kerja meroboh dilakukan.

"Kerja-kerja meroboh tidak akan dilakukan sehingga satu perbincangan lanjut diadakan bersama penduduk nanti," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perbincangan awal dengan wakil penduduk di balai polis Gombak baru-baru ini

Beliau berkata, usaha untuk merobohkan 10 buah rumah penduduk itu sepatutnya sudah dilakukan selepas mereka diberikan notis sebulan tetapi telah ditangguhkan berikutan wujud situasi yang tidak mengizinkan.

Beliau berkata, seboleh-bolehnya pihak pemaju tanah itu mahu segala urusan dengan penduduk di situ diselesaikan dengan cara yang baik.

"Sebab itu kita tidak robohkan rumah penduduk baru-baru ini, sebaliknya memberikan mereka ruang dan peluang untuk berbincang dan mengemukakan tuntutan," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk kampung tersebut, Basri Basir, 51, berkata, apa yang penduduk tuntut adalah ganti rugi yang setimpal seperti rumah baru untuk 10 keluarga yang terlibat.

Katanya, mereka bukan menceroboh tanah itu tetapi dipindahkan ke situ oleh pemaju lain yang juga pemilik tanah itu sebelum ini.

"Selepas dipindahkan pada 1983, kami bangunkan kampung ini dengan tenaga dan kudrat penduduk sendiri. Sekarang, tiba-tiba sahaja kami mahu diusir. Langsung tidak ada tolak ansur," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

3 juta pengguna bakal terjejas

Posted:

3 juta pengguna bakal terjejas

3 juta pengguna bakal terjejas

Oleh AHMAD FADZLY ESA
kota@utusan.com.my


PENGARAH eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som (dua dari kanan) mendengar penjelasan berhubung keadaan Sungai Selangor yang tercemar di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 di Bukit Badong, Bestari Jaya, semalam.


KUALA SELANGOR 5 Dis. - Seramai tiga juta pengguna atau 60 peratus penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur dikhuatiri akan mengalami gangguan bekalan air berikutan langkah empat buah loji rawatan air mengurangkan pengeluaran hari ini.

Loji-loji berkenaan, yang menggunakan sumber air Sungai Selangor di sini terpaksa mengurangkan kapasiti pengeluaran setelah sungai berkenaan didapati mengalami kekeruhan luar biasa mulai pukul 10.30 pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan memaklumkan, loji-loji terlibat ialah Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang.

"Keempat-empat loji ini membekalkan air bersih sebanyak 2,460 juta liter sehari (JLH) kepada 60 peratus penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Syabas telah dimaklumkan oleh operator loji bahawa jumlah pengeluaran air terawat di keempat-empat loji telah dikurangkan kepada 1,000 JLH setelah kekeruhan luar biasa yang mencatatkan lebih 6,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit) berbanding 300 NTU pada waktu biasa dikesan di muka sauk loji rawatan air pada pagi ini," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah di lapan buah wilayah Syabas iaitu di Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sabak Bernam pada pukul 4 petang ini.

Syabas juga telah menyediakan sebanyak 42 buah lori tangki dan 230 tangki statik dalam keadaan tunggu sedia untuk dihantar ke kawasan-kawasan yang kritikal mengikut keutamaan.

Bagaimanapun, bantuan bekalan air yang disediakan itu tidak mampu untuk menampung keperluan bagi semua pengguna yang terlibat.

"Sekiranya gangguan bekalan air berskala besar ini berterusan melebihi lapan jam, Syabas akan memaklumkan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri agar bersiap sedia untuk tindakan kecemasan," tegasnya.

Tambah beliau, pihaknya begitu bimbang jika kejadian pencemaran air mentah ini berpanjangan sehingga melepasi pukul 8 malam hari ini.

"(Ini kerana) ia akan mengakibatkan gangguan bekalan air bersih kepada kira-kira 700,000 akaun bekalan air atau kira-kira tiga juta pengguna di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, selain daripada pengguna komersial dan industri," jelas beliau.

Setakat ini, katanya, pihak operator loji masih belum mengetahui punca pencemaran itu dan pihak berkuasa termasuk Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih menjalankan siasatan.

Pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar berjimat menggunakan air sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved