Isnin, 5 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pengguna keliru amaran MDS

Posted:

Pengguna keliru amaran MDS

Pengguna keliru amaran MDS

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my


MUDA Mohd. Lasing menunjukkan papan amaran larangan meletak kenderaan di Jalan Pasar, Segamat, baru-baru ini.


SEGAMAT 5 Dis. - Orang ramai yang ingin meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan dekat Jalan Pasar, berhampiran Pasar Awam Segamat di sini, keliru dengan papan tanda larangan di kawasan berkenaan.

Papan tanda amaran oleh Majlis Daerah Segamat (MDS) itu menyebabkan pengguna keliru sama ada dibenarkan meletakkan kenderaan di kawasan tersebut atau tidak memandangkan ia menyatakan pesalah akan didenda RM250.

Ketua Kampung Gemerih, Muda Mohd. Lasing, 66, berkata, meskipun terdapat sekurang-kurangnya 30 tempat letak kenderaan di kawasan tersebut, namun papan tanda itu menyebabkan orang ramai berbelah-bahagi sama ada mahu meletakkan kenderaan di kawasan berkenaan atau sebaliknya.

"Saya biasa pergi ke Pasar Awam Segamat dan biasalah kalau hujung minggu mesti sekitar kawasan pasar banyak kenderaan.

"Sebab itu apabila hendak letak kereta di Jalan Pasar kami bimbang kerana takut disaman oleh pihak berkuasa kerana ada papan tanda amaran diletakkan di kawasan berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut Muda, seandainya kawasan itu dibenar untuk meletakkan kenderaan, pihak berkuasa perlu membuang papan tanda tersebut bagi mengelakkan kekeliruan pengguna.

Full content generated by Get Full RSS.

Papan tanda tidak sempurna, kecewakan pengguna

Posted:

Papan tanda tidak sempurna, kecewakan pengguna

Papan tanda tidak sempurna, kecewakan pengguna


SALAH satu papan tanda arah jalan yang rosak di Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran simpang masuk ke Tanjung Sedili, Kota Tinggi.


KOTA TINGGI 5 Dis. - Orang ramai khususnya dari luar kawasan ini, kecewa dengan keadaan papan tanda di Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran simpang masuk ke Tanjung Sedili di sini yang 'rongak'.

Papan tanda jalan tersebut yang sepatutnya memudahkan orang ramai, khususnya pengguna untuk ke destinasi yang dituju, bagaimanapun tidak dapat memainkan peranannya sejak beberapa bulan lalu.

Tinjuan Utusan Malaysia mendapati, sebahagian papan tanda jalan tersebut sama ada tertanggal secara sendiri atau ditanggalkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terus terbiar atau tidak dibaiki.

Seorang pengguna jalan raya, Ahmad Bajat Sholihin, 23, berkata, keadaan tersebut dikhuatiri akan menyukarkan orang ramai, terutama pelancong yang mahu ke destinasi pelancongan, khususnya Tanjung Leman.

"Keadaan itu bukan sahaja menyusahkan orang awam, tetapi turut mencacatkan pemandangan, sekali gus memberi pandangan negatif kepada pelancong asing.

"Diharap pihak berkenaan segera mengatasi masalah tersebut bagi memastikan keselesaan kepada orang ramai," katanya.

Ahmad Bajat turut meminta pihak berkuasa agar sentiasa menyelenggara papan tanda jalan, termasuk yang dicemari dengan iklan ceti haram atau ah long.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved