Isnin, 5 Disember 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Mendekati masyarakat

Posted:

Mendekati masyarakat

Mendekati masyarakat

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my


MOHD. Zaidi Mohd Said bersedia untuk menyembur air kepada sebahagian daripada 250 kanak kanak yang berkhatan di Permatang Pauh Pulau Pinang, semalam.


PERMATANG PAUH 4 Dis. - Seramai 250 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun menyertai majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh di sini hari ini.

Upacara itu disempurnakan oleh Ketua Pemuda UMNO bahagian tersebut, Mohd. Zaidi Mohd. Said dan acara perasmian dilakukan secara simbolik dengan kesemua peserta mandi beramai-ramai melalui air siraman jentera Bomba dan Penyelamat Kawasan Permatang Pauh.

Mohd. Zaidi ketika ditemui memberitahu, acara berkhatan itu merupakan acara terbesar yang dikendalikan oleh Pergerakan Pemuda Bahagian Permatang Pauh pada tahun ini dengan melibatkan penyertaan murid-murid dari empat buah sekolah rendah dalam kawasan berkenaan.

Katanya, sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pauh; SK Permatang Pasir; SK Guar Perahu dan SK Tok Kandu.

''Acara ini merupakan satu usaha Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat. Sebelum ini kita hanya melakukannya secara kecil-kecilan dengan penyertaan antara 30 hingga 40 orang.

''Walaupun baru pertama kali dibuat secara besar-besaran, kami tidak sangka penyertaan amat menggalakkan dan setakat petang semalam sahaja 250 kanak-kanak telah mendaftar. Ada juga ibu bapa yang baru mendaftar anak mereka hari ini," katanya.

Menurutnya, seramai 10 doktor dari Hospital Besar Kepala Batas di bawa khas ke SK Permatang Pauh untuk melakukan perkhidmatan berkhatan berkenaan.

Tambahnya, para peserta pada majlis berkhatan itu juga tidak dikenakan sebarang bayaran dan semua kos ditanggung Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang telah memperuntukkan RM30,000 bagi tujuan berkenaan.

''Semua penduduk kawasan ini boleh mendaftar anak mereka untuk berkhatan tidak kira mereka siapa dan dari parti mana. Begitu juga pendapatan keluarga. Tiada had dan kita tidak mengenakan sebarang bayaran.

''Selain dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan dan mempunyai anak yang ramai, program ini juga dapat menghimpunkan anggota masyarakat untuk saling beramah mesra serta mewujudkan semangat kekeluargaan dan perpaduan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk bimbang tokong terbiar tempat lepas gian

Posted:

Penduduk bimbang tokong terbiar tempat lepas gian

Penduduk bimbang tokong terbiar tempat lepas gian

BALING 4 Dis. - Sebuah tokong terbiar di Kampung Tanjung Merbau, Mukim Kupang di sini menjadi tempat penagih dadah melepaskan ketagihan mereka setiap hari sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

Aktiviti itu dikatakan semakin aktif sejak setahun lalu membabitkan 20 penagih yang akan berkampung di tokong itu setiap hari bermula waktu Maghrib sehingga keesokan paginya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati terdapat kepingan straw, batang jarum, lilin, kertas timah dan botol minuman keras bertaburan di dalam kawasan tokong tersebut.

Seorang penduduk, Mohd. Reduan Che Nah,50, berkata, tokong itu dipercayai turut menjadi tumpuan penagih dari luar daerah ini.

"Perkara ini telah lama berlaku dan bertambah aktif sejak setahun lalu. Kami berharap tindakan segera diambil," ujarnya.

Menurutnya, penagih terbabit sudah tidak takut atau berasa malu melakukan kegiatan mereka walaupun tokong terbabit terletak di tengah kampung.

Mohd. Reduan menambah, bimbang kegiatan itu akan membawa kesan kepada penduduk kampung, beliau membina pagar di sekeliling tokong berkenaan.

Bagaimanapun, tindakannya itu menimbulkan kemarahan penagih dadah berkenaan yang kemudiannya meroboh dan membakar pagar tersebut.

Beliau hanya membiarkan tindakan penagih dadah itu kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga.

"Saya sudah tidak ingat berapa banyak harta penduduk kampung yang mereka kebas. Yang pasti ada sahaja barang hilang. Terbaru, buah kelapa pun mereka kebas," katanya.

Justeru penduduk berharap pihak berkuasa bertindak tegas bagi mengelak lebih ramai anak muda terpengaruh kegiatan tidak sihat itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Sasaran ahli Rela 2.5 juta diteruskan

Posted:

Sasaran ahli Rela 2.5 juta diteruskan

Sasaran ahli Rela 2.5 juta diteruskan

KAMPAR 4 Dis. - Usaha secara konsisten perlu dilakukan bagi memastikan sasaran menambah ahli Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) sehingga 2.5 juta pada penghujung tahun depan berjaya dicapai.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, usaha itu bukan sahaja akan memperkasakan pasukan itu tetapi mampu meningkatkan keselamatan negara.

"Jumlah anggota yang ramai menggambarkan sokongan dan minat orang ramai untuk bersama-sama menggerakkan semangat sukarelawan di kalangan masyarakat.

"Justeru itu, semangat ini perlu dimantapkan dari semasa ke semasa supaya ia menjadi aset yang paling bernilai bukan sahaja kepada Rela tetapi negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen penambahan ahli Rela, Satu Rela Satu Rumah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ying Sing, Malim Nawar di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Rela Perak, Khairiri Abu Hasan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh.

Chee Leong berkata, keanggotaan anggota Rela bukanlah sesuatu untuk dimegahkan tetapi menjadi tanggungjawab besar yang dipegang setiap anggotanya.

"Bekerja lah sebagai sebuah keluarga yang mempunyai semangat berpasukan tinggi dan jadikan ia sebagai amanah dalam memartabatkan pasukan ini seperti pasukan keselamatan yang lain," katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kampar berkata, Rela Perak telah mengumpul lebih 250,000 ahli dan jumlah itu disasarkan meningkat seramai 300,000 orang menjelang akhir tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved