Isnin, 5 Disember 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Amuk dalam Wad HKL

Posted:

Amuk dalam Wad HKL

Amuk dalam Wad HKL

Oleh ASSIM HASSAN, WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS dan ROZIANAH RISMAN
jenayah@utusan.com.my


DI sinilah tempat seorang suspek pengedar dadah warga Nigeria ditembak mati selepas mengamuk di HKL, Kuala Lumpur, malam kelmarin.


KUALA LUMPUR 4 Dis. - Tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila seorang tahanan yang dipercayai pengedar dadah mengamuk dalam wad hospital, sehingga membahayakan nyawa kakitangan dan pesakit lain yang sedang dirawat.

Detik-detik cemas itu bermula apabila pengedar dadah warga Nigeria mula bertindak agresif setelah beberapa ketulan dadah yang ditelan dipercayai pecah dalam perutnya.

Akibatnya, lelaki bertubuh besar dan sasa itu mampu merentap gari di tangannya sehingga terputus lalu terpelanting dan terkena lampu wad sehingga pecah.

Lebih mencemaskan, lelaki berusia 31 tahun itu bertindak memecahkan tingkap wad untuk melarikan diri ketika dirawat di sebuah wad awam Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dipenuhi pesakit.

Berikutan kejadian di Wad 18 HKL, pukul 9.45 malam tadi itu, polis terpaksa menembak mati lelaki warga Afrika terbabit selepas dia cuba menyerang anggota polis dan kakitangan hospital.

Suspek yang baru tiba di negara ini Khamis lalu, ditahan di sebuah hotel di Bukit Bintang sehari kemudian, kira-kira pukul 11.13 pagi kerana menimbulkan kekecohan selain dipercayai terlibat dalam kes dadah.

Selepas ditahan dan dibawa ke balai polis untuk soal siasat, polis berjaya mengarahkan lelaki itu mengeluarkan sembilan ketulan dadah jenis syabu yang ditelan sebelum memasuki negara ini.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, suspek kemudian dibawa ke HKL untuk menjalani ujian imbasan dan pihak hospital mengesan terdapat beberapa ketulan dadah dalam ususnya.

"Di HKL, suspek mengeluarkan empat ketulan dadah dari tubuhnya dan kita percaya ada lima lagi ketulan dalam tubuh lelaki itu dan ada di antaranya telah pecah.

"Ketika dirawat di HKL, suspek bertindak agresif dan cuba menyerang polis serta kakitangan wad. Situasi bahaya yang dicetuskan oleh suspek itu kita percaya disebabkan ada ketulan dadah yang telah pecah dalam tubuhnya," katanya kepada pemberita sewaktu menghadiri Karnival Jom Heboh di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Mohmad berkata, 13 ketulan dadah jenis syabu yang berjaya dikeluarkan itu dianggarkan seberat 240 gram dan bernilai RM50,000.

Hasil bedah siasat yang dijalankan petang ini pula mendapati, sebanyak 21 ketulan dadah telah dikeluarkan dari perut suspek. Selain itu, polis turut menemui 12 ketulan dadah di dalam hotel didiaminya dan kesemua 46 ketulan dadah seberat 831 gram itu bernilai RM130,000.

Beliau berkata, suspek terpaksa ditembak oleh anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang mengiringinya ketika dirawat setelah dia dilihat tidak dapat mengawal diri selain bertindak ganas.

Katanya, ketika diserang oleh suspek, polis terpaksa melepaskan satu das tembakan yang mengenai bahunya.

Suspek bagaimanapun semakin agresif apabila cuba memukul polis dan kakitangan wad dengan besi katil, menyebabkan polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arahnya menyebabkan dia mati.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Wad 18 HKL hari ini mendapati, katil yang diduduki oleh suspek sudah dibersihkan oleh kakitangan hospital.

Seorang wanita yang menemani suaminya yang dirawat di sebelah katil itu berkata, ketika kejadian malam tadi, dia terkejut apabila lelaki Afrika itu tiba-tiba merentap gari di tangan sehingga tercampak mengenai lampu wad dan pecah.

"Tidak lama kemudian, lelaki itu cuba memecahkan tingkap wad untuk lari. Keadaan kelam kabut ketika itu menyebabkan polis terpaksa menembaknya," kata wanita berusia lingkungan 30-an itu yang enggan namanya didedahkan.

Full content generated by Get Full RSS.

Kufur samakan dengan nabi

Posted:

Kufur samakan dengan nabi

Kufur samakan dengan nabi

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


ABDULLAH SA'AMAH


KOTA BHARU 4 Dis. – Sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Malah mereka turut mendesak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) mengambil tindakan ke atas Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' kerana bimbang ucapan orang fanatik seperti itu akan menjadi wabak dan malapetaka kepada masyarakat.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, punca utama perkara tersebut berlaku adalah disebabkan jahil agama dan sikap terlalu mendewa-dewakan pemimpin.

"Orang Pas sememangnya taksub kepada pemimpin mereka dan tidak pelik perkara ini berlaku kerana sejarah telah membuktikannya, sebagai contoh di India kumpulan Qardiyani menganggap pemimpin mereka sebagai nabi.

"Hadis ulama pewaris nabi yang digunakan oleh Shamsul Zaman untuk merujuk Nik Aziz nabi adalah salah, ahli sunnah memahami ulama pewaris nabi dalam ilmu hukum dan meneruskan misi dakwah dan bukan menjadi nabi, kalau begitu semua ulama dari zaman Rasulullah SAW sehingga sekarang berjuta-jutalah nabi.

"Kecintaan 'Ustaz Budak' itu kepada Nik Abdul Aziz keterlaluan dan melampaui batas sehingga mendewa-dewakannya melebihi segala-galanya sehingga tidak sedar batas-batas perkataan yang boleh membawa kufur atau murtad," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya MAIK menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.

Desakan tersebut dibuat selepas sebuah portal detikaperubahan.com mendedahkan rakaman video yang menunjukkan Shamsul Zaman telah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi berasaskan hadis, 'ulama adalah perwaris nabi'.

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Nik Abdul Aziz juga perlu bertanggungjawab dalam isu tersebut kerana sikapnya yang membentuk penyokong Pas menjadi taksub dan menanam kebencian kepada umat Islam dalam UMNO.

"Pada setiap minggu di hadapan Pejabat Pas Kelantan, Nik Abdul Aziz mengajar orang ramai supaya menganggap orang UMNO tidak Islam kerana mahu orang UMNO dan Pas bermusuh serta menanam benih-benih benci terhadap pemimpin parti itu.

"Dia turut bertanggungjawab dan jangan mendiamkan diri, kerana membenarkan pembohongan dan terlalu suka kalau dia dipuji dan dipuja," katanya yang secara sinis bertanya adakah Ustaz Budak itu sudah mumayiz, dapat membezakan baik dan buruk atau akil baligh sehingga mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Jurucakap sebuah pertubuhan yang menghimpunkan warga institusi pondok tradisional, Minda Pondok, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman pula berkata, Shamsul Zaman wajib bertaubat kerana kenyataan itu amat bertentangan dengan Islam.

"Hadis nabi yang sahih sudah jelas iaitu 'tiada nabi lagi selepas aku'. Jadi bagaimanapun pula kita boleh samakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.

"Dalam Islam mengaku Imam Mahadi pun haram apatah lagi nabi, dahulu al-Arqam dikenakan tindakan kerana pemimpinnya mengaku Imam Mahadi, sebab itu JAIK kena ambil tindakan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pekerja Bangladesh berkas perompak

Posted:

Pekerja Bangladesh berkas perompak

Pekerja Bangladesh berkas perompak

Oleh SAFINA RAMLI
pengarang@utusan.com


LELAKI yang cuba merompak kedai serbaneka diikat tangannya selepas ditangkap di Alor Setar, Kedah, kelmarin.


ALOR SETAR 4 Dis. – Seorang lelaki yang cuba merompak sebuah kedai serbaneka di Jalan Sultanah di sini untuk kali kelima ditangkap oleh dua pekerja warga Bangladesh di kedai itu semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang, perompak berusia 29 tahun itu dipercayai seorang anggota tentera yang lari daripada tugas sejak dua tahun lalu.

Suspek tumpas kepada dua pekerja kedai itu setelah kepalanya dipukul dengan menggunakan kayu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, suspek datang ke kedai itu dengan menaiki sebuah motosikal dan masuk ke kedai sambil mengacukan pistol tiruan kepada seorang pekerja kedai, Md. Shairajul Islam.

"Suspek memaksa mangsa mengeluarkan duit daripada kaunter wang namun mangsa enggan. Suspek kemudian bertindak memukul kepala mangsa dengan menggunakan pistol tiruan.

"Berlaku pergelutan apabila pekerja Bangladesh itu mengambil parang yang diletakkan di bawah kaunter wang untuk menakut-nakutkan penjenayah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Baharom, suspek bertindak menggigit telinga mangsa menyebabkan pekerja itu menjerit memanggil kawannya yang juga pekerja di kedai tersebut.

"Rakan mangsa, Md. Mizan Nur Rahmat, 37, kemudian segera datang dan memukul kepala suspek dengan menggunakan sebatang kayu. Suspek yang cedera kemudian diikat sebelum diserahkan kepada polis.

"Polis kini menahan suspek sehingga Sabtu depan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. Motosikal suspek juga dipercayai motosikal curi," jelasnya.

Sementara itu, Md. Mizan berkata, ketika kejadian dia baru selesai mandi di belakang kedai sebelum terdengar kawannya menjerit meminta tolong.

"Saya terus keluar dan memukul kepada penyamun itu sekuat hati kerana geram disebabkan pada bulan lepas dia sudah empat kali datang merompak kedai ini.

"Kami memang telah bersiap-sedia menunggu dia datang dan akhirnya dia berjaya ditangkap juga," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved