Isnin, 5 Disember 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Gara-gara sarang burung walet

Posted:

Gara-gara sarang burung walet

Gara-gara sarang burung walet

oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KUALA KRAI 4 Dis. - Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) mengarahkan sebuah bangunan di Jalan Ah Sang di sini dikosongkan serta-merta kerana keadaan strukturnya yang rosak teruk sehingga menyebabkan ia hampir runtuh.

Bangunan yang menempatkan tiga buah kedai iaitu kedai emas, kedai gunting rambut dan kedai menjahit pakaian terpaksa ditutup disebabkan tanda keretakan yang menjadi-jadi sejak dua minggu lalu sehingga mengancam keselamatan orang ramai.

MDKK melalui satu surat bertarikh 30 November lalu mengarahkan penghuni bangunan tersebut mengosongkan bangunan itu serta-merta kerana terdapat tanda-tanda kegagalan struktur yang amat ketara.

Penyewa kedai emas tersebut, Zikri Awang Lah, 35, berkata, keretakan mula berlaku selepas pemilik bangunan yang asalnya dua setengah tingkat itu mendirikan binaan tambahan di atasnya untuk dijadikan sarang burung walet.

"Selepas bangunan tambahan itu dibina kira-kira empat bulan lalu, bangunan itu menjadi empat tingkat dan dinding kedai mula retak. Mula-mula retak dalam satu inci tetapi sekarang makin lama makin besar sehingga lantai kedai emas saya merekah dan mendap, tiang pintu besi menjadi bengkok manakala pintu jeriji tidak dapat ditutup.

"Kami rasa tidak selamat dan telah mengemukakan masalah itu kepada MDKK Rabu lalu dan mendapat arahan supaya mengosongkan bangunan itu keesokan harinya," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Zikri berkata, dia belum mendapat maklum balas daripada pemilik bangunan itu kerana pemiliknya sedang bercuti.

"Harapan saya supaya kontraktor atau pemilik bangunan ini bertanggungjawab dan memberi pampasan atas kerugian yang terpaksa kami tanggung," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati pita kuning telah dipasang oleh pihak polis di sekitar bangunan berkenaan dan turut menutup jalan tersebut kepada lalu-lintas.

Full content generated by Get Full RSS.

Terengganu sedia hadapi banjir gelombang kedua

Posted:

Terengganu sedia hadapi banjir gelombang kedua

Terengganu sedia hadapi banjir gelombang kedua

KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Penduduk di negeri ini harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir gelombang kedua di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah berkata, langkah tersebut perlu diambil bagi memastikan sekiranya banjir berlaku sekali lagi, ia dapat dihadapi tanpa berlaku kehilangan nyawa.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berkata, pihak berkaitan terutama petugas keselamatan juga perlu bersiap siaga bagi memastikan kerja-kerja menyelamat dan penempatan mangsa banjir dapat dikendalikan dengan cekap dan berkesan.

"Kita tidak tahu bila ia akan berlaku dan tidak boleh ambil mudah kerana ia sering berlaku sebelum ini.

"Justeru, saya berharap penduduk tidak terlalu leka dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini dari bilik gerakan," katanya selepas melepaskan peserta Cabaran Rainforest 2011 di Pulau Warisan dekat sini hari ini.

Mazlan memuji persiapan yang dilakukan oleh petugas keselamatan di semua daerah ketika menghadapi banjir yang melanda negeri itu bulan lalu.

Jelasnya, persiapan yang dilaksanakan cukup proaktif apabila kesemua mangsa banjir selamat dan berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan terdekat.

Justeru katanya, jika negeri dilanda banjir gelombang kedua, beliau meminta penduduk terus memberi kerjasama seperti itu.

"Kita berharap gelombang kedua tidak berlaku, namun jika berlaku saya minta penduduk berpindah dengan segera kerana lazimnya banjir gelombang kedua lebih buruk," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan peruntukan kira-kira RM1 juta untuk bantuan mangsa banjir masih ada dan akan digunakan jika banjir kali kedua melanda.

Banjir yang melanda Terengganu pada 21 November lalu menyebabkan kira-kira 2,560 mangsa daripada 674 keluarga dipindahkan ke 43 pusat pemindahan di seluruh negeri.

Full content generated by Get Full RSS.

Guru juara pertandingan Kucing Comel

Posted:

Guru juara pertandingan Kucing Comel

Guru juara pertandingan Kucing Comel


Faridah Mad Noor bersama Tiger (warna oren) dan Smokey yang memenangi tempat pertama dan ketiga pada Pertandingan Kucing Comel 2011 di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 4 Dis. - Gesaan sepupu membuahkan hasil buat seorang guru apabila kucing-kucingnya menyapu bersih tiga tempat utama Kategori Kacukan Bulu Pendek Jantan pada Pertandingan Kucing Comel 2011 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan di Terminal Agribisnes Negara (Teman), di sini, semalam.

Faridah Mad Noor, 54, yang mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahmud Muhyidin, Pasir Pekan tidak menyangka haiwan kesayangannya akan berjaya memandangkan itu merupakan penyertaan kali pertamanya dalam sebarang pertandingan membabitkan kucing.

"Dalam perjalanan ke sini pagi tadi pun saya hampir berpatah balik ke rumah kerana tidak biasa bertanding, tetapi memikirkan kesungguhan sepupu yang juga kakitangan JPV menggalakkan saya menyertai pertandingan ini, maka saya batalkan niat itu.

"Syukurlah ketiga-tiga kucing saya menang hari ini tanpa diduga sedikit pun," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat pertandingan.

Ketiga-tiga kucingnya daripada jenis British Shorthair - Scottish Fold iaitu 'Tiger', 'Buboy' dan 'Smokey' menang tempat pertama hingga ketiga Kategori Kacukan Bulu Pendek Jantan pada pertandingan yang disertai 35 ekor kucing tersebut.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan termasuklah kategori Kacukan Bulu Pendek Betina; Kacukan Bulu Panjang Jantan; Kacukan Bulu Panjang Betina; Baka Tempatan Jantan dan Baka Tempatan Betina.

Piala kemenangan dan hamper telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Teknologi negeri, Che Abdullah Mat Nawi.

Hadir sama Pengarah JPV negeri, Datuk Dr. Mohd. Zairi Serlan.

Seorang lagi peminat kucing, Azlan Abdullah, 53, pula memenangi kategori Baka Tempatan Jantan dengan kucingnya yang dipanggil 'Mamat'.

Azlan mula memelihara kucing tersebut sejak empat tahun lalu setelah dijumpai dalam keadaan sakit semasa di tempat kerjanya di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.

Dia yang tidak mempunyai cahaya mata turut mempunyai lebih 30 ekor kucing lain termasuk kucing Parsi yang dipelihara bersama isterinya, Normin Nordin, 48, di rumah mereka di Kampung Jambu dekat sini.

"Tidak dinafi, kadang-kadang ada juga rasa serabut sebab bilangan yang banyak tetapi kucing-kucing inilah penghibur hati saya dan isteri, kesemuanya adalah pemberian daripada sahabat dan keluarga selain yang sengaja dibuang orang di hadapan tangga rumah saya," katanya.

Selain pertandingan kucing dan mewarna bagi kanak-kanak, ceramah berkaitan pengurusan kesihatan haiwan kesayangan dan isu kezaliman haiwan turut diadakan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved