Selasa, 14 Mei 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kitchee lebur harapan Kelantan

Posted: 14 May 2013 11:48 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB dan YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Pemain Kelantan, Dimitri Petratos (kiri) dikasari pertahanan Kitchee SC dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/Rosni Masri

KOTA BHARU - Kelantan gagal ke suku akhir Piala AFC selepas tumpas 0-2 kepada kelab Hong Kong, Kitchee Sport Club (SC) dalam aksi pusingan kedua di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Beraksi di tempat sendiri tidak memberi kelebihan buat tuan rumah apabila pelawat melakukan asakan awal dan meraih percubaan menarik menerusi ketua pasukan, Chui Siu Kei pada minit keempat namun dinafikan Khairul Fahmi Che Mat.

Tersentak dengan asakan pelawat, Kelantan pantas mengatur gerak dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-12, bagaimanapun rembatan Dimitrios Petratos sekadar menggegar bahagian tepi jaring gol Kicthee SC.

Tiga minit kemudian, tuan rumah dikejutkan dengan gol pembukaan pelawat selepas pertahan The Red Warriors, Lek Kcira tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang rembatan pemain Kicthee SC, Pablo Gonzalez Counago.

Pelawat terus bersemangat dan hampir menggandakan jaringan pada minit ke-20, namun rembatan pemain pertahanan Cheung Kin Fung ditepis Khairul Fahmi.

Kelantan terus diasak hebat oleh pelawat menerusi serangan bertali arus sehingga memaksa barisan pertahanan tuan rumah yang diketuai oleh Obinna Nwaneri bekerja keras untuk mengelak gawang daripada dibolosi.

Peledak berbisa Kitchee SC, Josep menambah derita tuan rumah dengan menjaringkan gol kedua pasukannya pada masa tambahan babak pertama.

Bersambung babak kedua, tuan rumah yang terdesak memburu jaringan, membuat pertukaran dengan membawa masuk penggempur berbisa, Dickson Nwakaeme bagi menggantikan Mohd. Faiz Subri.

Percaturan Bojan Hodak membawa masuk pemain berkenaan membuahkan hasil apabila barisan serangan Kelantan berjaya mencipta gerak menarik di depan gawang lawan.

Pada minit ke-63, Kelantan berjaya meletakkan bola ke dalam gawang lawan menerusi Mohd Nor Farhan Mohamad, bagaimanapun jaringan tersebut dibatalkan oleh pengadil dari Korea, Lee Min Hu selepas Nor Farhan dikesan berada dalam kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan.

Tuan rumah terus kempunan untuk merapatkan kedudukan apabila gol Nwakaeme kemudiannya dibatalkan Min Hu, selepas penyerang Kelantan itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Selangor mahu amuk di Maldives

Posted: 14 May 2013 11:48 AM PDT

Oleh Dayne Azmin

Irfan Bakti dan ketua pasukan Selangor, Asraruddin Putra Omar pada sidang akhbar Piala AFC menentang kelab Maldives, New Radiant SC di Maldives, semalam.

MALE, Maldives - Semangat Selangor membara untuk menumbangkan kelab Maldives, New Radiant SC dalam perlawanan pusingan kedua Piala AFC, di sini hari ini.

Jurulatih Irfan Bakti berkata, walaupun Selangor mengalami sedikit kemerosotan prestasi dalam saingan Liga Super, dia tetap meletakkan harapan untuk mara sejauh yang mungkin dalam saingan kali ini.

Untuk itu, Irfan mahu menurunkan barisan terbaik di samping kehadiran dua pemain import, Michal Kubala dan Peter Chrappan.

Apa yang pasti, Irfan mahu mengulangi pencapaian Selangor layak ke suku akhir Piala AFC pada 2006.

Kami datang sejauh 3,000 kilometer untuk sampai ke sini dan membawa nama negara, jadi sudah tentu kami mahu menang dalam apa cara sekali pun kerana ini sahaja satu perlawanan yang akan menentukan nasib Selangor, semua pemain perlu mengambil peluang ini.

Walaupun kempen kami dalam saingan domestik tidak begitu baik dan layak ke pusingan seterusnya melalui perbezaan gol, itu tidak mematahkan semangat dan keyakinan pasukan.

Ini adalah perlawanan yang berbeza, jangan lupa sebelum kami bertemu Tampines Rovers pada perlawanan terakhir kumpulan, kami berada dalam situasi lebih kurang sama namun pemain dapat bangkit dan memenangi aksi berkenaan.

Kami akan terus menyerang semenjak permainan bermula bagi mendapatkan gol dan tidak mahu tunggu sehingga tambahan masa atau penentuan sepakan penalti," katanya pada pada sidang akhbar pengurus kedua-dua pasukan di Stadium Rasmee Dhandu, semalam.

Dibimbing oleh jurulatih dari Bulgaria, Velizar Popov, New Radiant pernah mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC 2005 dan dianggap antara pasukan yang mampu memberi cabaran kepada Red Giants apabila menang lima daripada enam perlawanan pada peringkat kumpulan.

Atas hakikat itu, Irfan mengakui mereka tidak boleh memandang rendah akan kemampuan juara enam kali Liga Maldives itu di samping mengetahui ada tujuh pemain kebangsaan negara itu beraksi bersama New Radiant.

New Radiant adalah lawan yang kuat dan setahu saya mereka pernah kalahkan Persibo Bojonegoro (kelab Indonesia) 7-0 di peringkat kumpulan berbanding kami yang bernasib baik layak.

Lawan memiliki ramai pemain tempatan yang bagus dan kekuatan mereka terletak di bahagian sayap yang mungkin boleh memberikan masalah kepada kami, jadi pergerakan mereka perlu dibataskan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Seorang lagi suspek kes tembak pegawai kastam ditahan

Posted: 14 May 2013 11:14 PM PDT

Oleh SITI NURAZIAH ZAINAL ALAM

KUALA LUMPUR 15 Mei - Polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya pada 26 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara kira-kira pukul 2 petang semalam.

"Suspek berasal dari Kedah dan bekerja sebagai penjual alat ganti kereta," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Polis tubuh pasukan khas

Posted: 14 May 2013 11:48 AM PDT

KUALA LUMPUR 14 Mei - Polis melancarkan gerakan besar-besaran memburu kumpulan penjenayah yang membunuh sasaran dengan senjata api menerusi penubuhan pasukan khas di setiap kontinjen negeri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin memberitahu Bernama langkah segera itu yang dibuat susulan banyak kes bunuh menggunakan senjata api mutakhir ini, menunjukkan keseriusan polis menangani kejadian tersebut.

Menurut beliau, pasukan khas itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Polis akan pantau pergerakan serta fokus kepada siasatan dalam kes tembak yang telah berlaku," katanya.

Insiden menembak mati individu termasuk berprofil tinggi menimbulkan kegusaran umum seperti kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April lalu.

Semalam, seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato Suleiman, Johor Baharu, Johor.

Kelmarin, dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, Pulau Pinang, dipercayai berkaitan perniagaan.

Mohd. Bakri yakin pasukan khas yang ditubuhkan itu dapat menyelesaikan beberapa kes sedemikian dalam masa terdekat.

Menurut rekod Bukit Aman, sepanjang 2012 Selangor merekodkan peningkatan tertinggi kes membabitkan penggunaan senjata api diikuti Pulau Pinang, Kedah, ibu negara dan Kelantan.

Beberapa faktor seperti kepadatan penduduk menyumbang kepada peningkatan jenayah senjata api di negeri terbabit selain kedudukannya bersempadan dengan negara jiran yang menyebabkan senjata api lebih mudah diperoleh.

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim melihat pemansuhan beberapa undang-undang seperti Akta Tahanan Rumah dan Akta Keselamatan Dalam Negeri menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan kes kerana polis tidak boleh menahan penjenayah tanpa pembuktian yang cukup.

Justeru, beliau mencadangkan penjenayah yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan senjata api harus dibaca bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Kamal Affendi turut menganggap sikap masyarakat yang kurang berfungsi sebagai mata dan telinga polis, terutamanya masyarakat di sempadan, menjadi penyumbang utama gejala penyeludupan senjata api sukar dibendung dan bukan faktor kelemahan kawalan sempadan.

Selain tiga kes tembak mati yang disebut di atas, terdapat 12 kes tembakan dilapor bagi bulan April dan Mei setakat ini. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Jangan bimbang bahan sianida

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

Mohd. Soffi Abdul Razak (tengah) bersama Ahmad Zamzamin Hashim (kiri) melepaskan benih anak ikan patin dalam kolam yang dialiri kesan bahan sianida di lombong emas Kampung Penjom, Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 14 Mei - Penduduk di sekitar daerah ini termasuk Kampung Penjom diminta tidak bimbang tentang penggunaan sianida oleh syarikat perlombongan emas, J Resources Penjom Gold Mine (JPRGM) kerana bahan kimia itu digunakan secara terkawal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, syarikat itu yang beroperasi di daerah ini menggunakan bahan tersebut mengikut kadar terendah bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.

Menurut beliau, mereka mempunyai kepakaran ahli kimia berpengalaman selama 15 tahun dalam menyelenggara bahan sianida untuk pemprosesan galian emas di kawasan itu.

Tambahnya, Jabatan Kesihatan negeri juga melakukan pemantauan berterusan di makmal pemprosesan sianida dan kawasan perlombongan secara berterusan untuk memastikan persekitaran di situ tidak tercemar.

"Penduduk jangan termakan hasutan pihak tertentu yang cuba mengeksploitasi operasi cari gali emas di Penjom hanya semata-mata bagi tujuan tertentu dan kepentingan sendiri.

"Sejak JPRGM beroperasi dua tahun lalu, penggunaan bahan berkenaan dalam kerja memproses emas membawa peluang ekonomi kepada penduduk tempatan malah tidak ada penduduk di kawasan itu dilaporkan mengalami komplikasi penyakit tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi lombong dan melepaskan benih anak ikan patin di kolam yang dialiri kumbahan bahan tersebut di tapak perlombongan berkenaan di Kampung Penjom, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Penasihat Eksekutif JRPGM, Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim; Timbalan Pengurus Besar JRPGM, Aldrin Alambono dan Setiausaha Jawatankuasa Induk J Resources, Mohd. Shaifuddin Hamzah.

Menurut Mohd. Soffi, pihak pengurusan syarikat itu telah membina beberapa kolam yang dialiri bahan tersebut daripada makmal yang memproses galian emas dengan menternak sebanyak 10,000 ikan patin dan talapia.

Jelasnya, kesungguhan JPRGM itu membuktikan penyelenggaraan bahan kimia sianida terkawal sehinggakan ikan air tawar yang diternak membesar dan boleh dimakan tanpa pencemaran.

Katanya, sejak beroperasi di Penjom, JPRGM menyumbang peluang pekerjaan terhadap penduduk tempatan termasuk menggunakan kepakaran anak tempatan selain beramal menerusi kerja sosial untuk pendidikan serta membantu penduduk miskin.

Kerajaan negeri teliti bangun ladang rakyat - MB

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

BENTONG 14 Mei - Kerajaan negeri akan meneliti jika masih terdapat tanah yang sesuai untuk dibangunkan sebagai ladang rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) berkata, ramai penduduk keliru dan menganggap negeri ini masih mempunyai tanah yang luas dan boleh diagihkan kepada rakyat menerusi program tanah berkelompok seperti Felcra dan RISDA.

"Tanah di Pahang meliputi kawasan seluas 3.6 juta hektar dan sebahagian besarnya dimajukan dengan tanaman getah dan kelapa sawit.

"Baki yang tinggal kini tidak lagi sesuai untuk dimajukan kerana digazetkan sebagai kawasan hidupan liar, hutan simpan, rizab sungai dan kawasan tadahan air," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dividen Akhir Peserta Felcra peringkat negeri di Simpang Pelangai, di sini baru-baru ini.

Dalam majlis itu, Felcra mengagihkan dividen sebanyak RM22 juta kepada 20,000 peserta dari seluruh negeri ini membabitkan kawasan tanah seluas 50,000 hektar.

Jelasnya, kawasan terbabit tidak boleh dimajukan kerana boleh mengganggu sistem ekologi dan jika mahu dibangunkan akan mendatangkan masalah seperti hakisan tanah serta gangguan sumber bekalan air.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri bersetuju meluluskan kawasan seluas 1,000 hektar tanah kepada Felcra Berhad untuk dibangunkan dengan projek komoditi pertanian seperti kelapa sawit dan getah.

Hari Tapir Sedunia di Taman Negara Kuala Tahan dapat sambutan

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

Mohd. Ali Mohamad (kanan) bersama Abd. Rasid Samsudin (dua dari kanan) melihat salah satu aktiviti yang diadakan sempena Sambutan Hari Tapir Sedunia di Mutiara Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 14 Mei - Sambutan Hari Tapir Sedunia yang diadakan di Taman Negara, Kuala Tahan di sini menunjukkan komitmen rakyat untuk memulihara spesies hidupan liar itu supaya tidak pupus.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Mohd. Ali Mohamad berkata, sambutan yang julung kali diadakan secara besar-besaran itu mendapat reaksi positif dalam kalangan masyarakat.

"Ini adalah kali pertama kita adakan secara besar-besaran melibatkan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), agensi swasta, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah.

"Program itu diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ancaman dihadapi oleh tapir dan kepentingan pemuliharaannya," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Sambutan Hari Tapir Sedunia di Mutiara Taman Negara di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abd. Rasid Samsudin dan Presiden Malaysian Nature Society (MNS), Prof. Dr. Maketab Mohamed.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program tersebut seperti pameran tapir dan hidupan liar serta alam sekitar, pertandingan mewarna, forum tapir dan sesi bersama tapir di Mutiara Taman Negara.

Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama Perhilitan, MNS, Universiti Putra Malaysia (UPM), Mutiara Taman Negara serta Tapir Specialist Group and Copenhagen Zoo.

Katanya, tapir merupakan spesies terancam ekoran penerokaan hutan tanpa kawalan menyebabkan habitat asal haiwan liar itu semakin berkurangan.

"Kita semua perlu sedar dengan kepentingan penjagaan hutan supaya habitat haiwan tersebut tidak terancam, sekali gus memulihara spesies terbabit tidak pupus akibat kerakusan manusia," ujarnya.

Mohd. Ali berkata, pihaknya dengan kerjasama beberapa pihak terlibat dan masyarakat sekitar akan meneruskan usaha pemuliharaan berkenaan sebagai sumber biodiversiti dan menyelamatkan spesies haiwan yang jarang ditemui dan terancam.

Beliau memberitahu, pemilihan Taman Negara Kuala Tahan sebagai lokasi sambutan Hari Tapir Sedunia kali ini kerana kawasan ini adalah ekopelancongan terkenal dan tempat pelindungan penting sebagai habitat mamalia ikonik itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


100 terperangkap bangunan runtuh di Rwanda

Posted: 14 May 2013 09:25 AM PDT

KIGALI 15 Mei - Sekurang-kurangnya 100 orang dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan sebuah bangunan empat tingkat yang masih dalam pembinaan, di sini semalam.

Menteri Pengurusan Bencana Rwanda, Seraphine Mukantabana berkata, jumlah tersebut bagaimanapun masih belum disahkan dan operasi menyelamat sedang dilakukan.

Jurucakap polis, Theos Badege berkata, tiga orang disahkan terbunuh, manakala 21 yang lain cedera.

Punca runtuhan masih belum dikenal pasti. - AFP

Dua pelombong ditemui maut

Posted: 14 May 2013 09:24 AM PDT

TIMIKA 15 Mei - Dua pelombong ditemui maut selepas terperangkap di bawah runtuhan terowong di lombong emas dan tembaga di wilayah Papua, semalam.

Menurut PT Freeport Indonesia, tujuh pelombong berjaya diselamatkan setakat ini, manakala operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Kira-kira 37 pelombong sedang bekerja ketika runtuhan itu berlaku. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


10 pengganas Kiram didakwa

Posted: 14 May 2013 11:48 AM PDT

Abdul Gani Patail

TAWAU 14 Mei - Seorang wanita warga tempatan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup setelah didakwa melindungi pengganas.

Norhaida Ibnahi, 46, didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi yang bersidang khas secara tertutup di Penjara Tawau hari ini.

Norhaida, tertuduh wanita pertama dalam kes itu, didakwa melindungi sekumpulan pengganas di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Melor, Bugaya, Semporna dari 9 Februari hingga 22 Mac lalu.

Dalam prosiding itu juga, seorang lagi warga tempatan, Abdul Majil Jubin, 41, didakwa atas dua pertuduhan iaitu melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Lihak-Lihak, Semporna dari 9 Februari hingga 13 Mac.

Seramai lapan warga Filipina turut didakwa hari ini atas dua pertuduhan melibatkan keganasan. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan dibuat oleh kesemua tertuduh.

Datu Amirbahar Hushin Kiram, anak saudara kepada ketua pengganas Jamalul Kiram, didakwa bersama tujuh warga Filipina lain setelah kes terhadap mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Datu Amirbahar, Rijmal Salleh, Saidili Jaharul, Dani Ismail, Pabblo Alie, Mohamad Ali Ahmad, Basil Samiul dan Rizman Gulan didakwa melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 9 Februari dan 10 April lalu di beberapa lokasi berasingan iaitu Kampung Tanduo, Lahad Datu; Kampung Muanad, Beluran dan di Jalan Lihak-Lihak, Semporna.

Bagi pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup manakala pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas menurut Seksyen 130KA kanun sama, membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda.

Bagi kesalahan melindungi pengganas, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130K Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda atau penjara sehingga 20 tahun atau denda.

Selepas selesai prosiding, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu pemberita, kes terhadap 14 warga Filipina dan seorang warga tempatan, Abd. Hadi Mawan, 49, turut didengar hari ini di hadapan Hakim P. Ravinthran.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Hakim Ravinthran menetapkan 7 Jun ini untuk sebutan semula.

Abdul Gani berkata, pada tarikh sama juga, pengakuan kesemua tertuduh akan diambil (sekiranya diwakili peguam) dan hakim akan memutuskan sama ada kes tersebut perlu dibicara bersama atau sebaliknya.

Peguam pemerhati bagi warga Filipina, Datuk John Sikayun memberitahu pemberita, ketika prosiding, pihak pendakwaan telah mengemukakan permohonan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Katanya, pada 7 Jun ini juga, peguam bagi pihak tertuduh akan hadir ke mahkamah, sama ada peguam yang dilantik oleh tertuduh sendiri atau oleh pihak kedutaan Filipina.

Mereka yang dituduh sebelum ini bagi kesalahan memerangi Yang di-Pertuan Agong ialah Atik Hussin Abu Bakar, Basad Manuel, Masir Aidin, Ismail Yasin, Anwar Salib Akhmad, Binhar Salib Akhmad, Virgilio Nemar Patulada @ Mohammad Alam Patulada, Salib Akhmad Emali, Wazir Osman @ Abdul, Abd. Hadi Mawan, Tani Lahad Dahi dan Julham Rashid.

Kesemua mereka turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas bersama Aiman Radie, Lin Mad Salleh, Holland Kalbi, Habil Suhaili dan Timhar Hadir.

Selain itu, Kadir Uyung dan Lating Tiong didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas dan Salib Akhmad (juga didakwa memerangi Yang di-Pertuan Agong) turut didakwa merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas dan melindungi pengganas.

Sehingga kini, 29 tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut pelbagai kesalahan keganasan dan 26 daripadanya adalah warga Filipina, selebihnya termasuk seorang wanita adalah warga tempatan.

Kesemua mereka sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Lahad Datu, Semporna dan Beluran.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan memberitahu Bernama bahawa prosiding yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Tinggi Tawau itu terpaksa ditukar ke Penjara Tawau atas faktor keselamatan.

Sekitar kawasan penjara dikawal ketat oleh unit kawalan udara serta anggota keselamatan bersenjata. - BERNAMA

Tiada bukti mangsa berada di Ladang Gadong

Posted: 14 May 2013 11:48 AM PDT

SHAH ALAM 14 Mei - Pihak pembelaan dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi hari ini menghujahkan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan kesemua mangsa itu berada di Ladang Gadong, Banting, dekat sini pada 30 Ogos, tiga tahun lalu.

Kesemua mereka turut menghujahkan fakta dalam kes pembuangan abu mayat kesemua mangsa tidak boleh dijadikan sebagai bukti menyokong perbicaraan kes bunuh kerana terdapat unsur yang menunjukkan dua tertuduh, K. Sarawanan dan U. Suresh (dalam kes pelupusan mayat) kononnya telah diperdaya untuk membuat pengakuan salah.

Sementara itu, berdasarkan keterangan tertuduh keempat, R. Kathavarayan, 33, pembunuhan hanya berlaku pada 31 Ogos 2010 dan bukannya pada hari yang dinyatakan dalam pertuduhan.

Barisan pembelaan turut menghujahkan, syak wasangka tidak boleh dijadikan asas kepada sabitan kesalahan.

Itu merupakan antara isu utama yang dibangkitkan oleh peguam-peguam bela, Manjeet Singh Dhillon, Amer Hamzah Arshad dan Hasshahari Johari Mawi dalam penggulungan hujah di akhir kes pembelaan di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Peguam bela, Gurbachan Singh yang mewakili tertuduh kedua, R. Matan, 22, bagaimanapun masih belum berhujah ekoran peguam terbabit sedang bercuti sakit.

Selain daripada alasan-alasan tersebut, Manjeet turut menyatakan wujud unsur prejudis dalam perbicaraan kes itu apabila kesemua tertuduh seolah-oleh telah dibicarakan dan dihukum oleh pihak media.

Amer Hamzah pula menyatakan, terdapat percanggahan keterangan yang ketara di antara saksi-saksi seperti saksi pendakwaan ke-33, Siti Hamidah Karnas, 20, yang memberitahu ada terdengar suara perempuan menjerit pada malam kejadian.

Hujah beliau, perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh seorang saksi pembelaan yang berada di rumah yang sama dengan pembantu rumah terbabit.

Oleh itu, peguam-peguam bela terbabit sebulat suara menghujahkan bahawa kesemua tertuduh wajar dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Selain Kathavarayan dan Matan, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 43, dan pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 21, turut didakwa atas tuduhan membunuh Sosilawati dan rakan-rakannya.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara pukul 8.30 malam dan pukul 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd. Ghani.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok dengan hujah pihak pendakwaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Protes remaja baju hitam

Posted: 14 May 2013 11:48 AM PDT

PROF. SALLEH BUANG ialah penganalisis undang-undang.

Protes remaja berbaju hitam kini nampaknya menjadi-jadi. Ia mula dengan aktiviti silent walk pada 6 Mei 2013 (antara jam 3-6 petang) di beberapa kompleks perniagaan di ibu kota Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Di Kota Kinabalu 150 remaja berbaju hitam ini bukan sekadar mengadakan protes mereka dalam bangunan (iaitu di Suria Sabah Shopping Mall) sahaja, bahkan sudah berani keluar ke jalan raya dan berarak secara berkumpulan menuju destinasi yang telah mereka tetapkan (bangunan pejabat UMNO).

Bila ditanya kenapa mereka melancarkan protes jalanan ini, Sabrina Aripen (dari NGO Borneo Youth Revolution) menjawab "Apa lagi yang boleh kita lakukan selain meratapi kematian demokrasi di Malaysia".

Apakah remaja berbaju hitam ini yakin demokrasi telah mati? Apa buktinya?

Soalan penting yang kita mesti tanya, apakah remaja-remaja ini membuat protes secara spontan, sama macam budak motor merempit di jalan raya apabila senja tiba, sehinggalah larut malam?

Atau apakah ada satu dua dalang atau puppet master di belakang mereka?

Seorang sahabat berbisik kepada saya bahawa protes ini memang telah dirancang rapi sejak dari awal lagi. Notis mengenainya sudah diedarkan dalam media sosial lama sebelum tarikh itu.

Menerusi media sosial seperti facebook atau twitter, mudah bagi dalang atau puppet master merancang mengumpulkan dan menggerakkan kumpulan remaja ini.

Mereka digerakkan seolah-olah anak patung, robot atau puppet. Suruh datang mereka datang, suruh pakai baju hitam mereka pakai baju hitam, suruh berhimpun di suatu tempat mereka berhimpun, suruh berteriak menghina kerajaan, SPR atau siapa sahaja yang disebutkan, mereka akan berteriak sama.

Mereka diberitahu inilah masa mereka. Sekaranglah mereka ada kuasa. Kuasa untuk membuat perubahan. Perubahan macam mana? Apa sahaja pun boleh, asalkan perubahan dari apa yang ada pada masa kini.

Mereka diberitahu kerajaan BN telah 'mencuri' kemenangan pakatan pembangkang. Mereka diberitahu pakatan telah mendapat lebih daripada majoriti mudah undi popular. Lebih daripada separuh pengundi di negara ini telah memilih parti mereka, jadi kenapa mereka tidak boleh memerintah negara?

Kumpulan remaja berbaju hitam ini tidak pula diberi maklum oleh orang yang lebih tahu bahawa selama-lamanya sejak kita belum merdeka lagi, kita tidak mengamalkan popular voting, sebaliknya majoriti kerusi yang dimenangi parti.

Tidak mustahil sebahagian daripada remaja berbaju hitam ini tahu fakta ini. Tetapi demi keseronokan menyertai gelombang puluhan ribu remaja berbaju hitam lain yang seakan-akan berpesta di Stadium Kelana Jaya dan baru-baru ini di Batu Kawan, mereka turut menyertainya tanpa berfikir dua kali.

Apakah tindakan boleh diambil ke atas remaja ini yang jelas sekali melanggar undang-undang? Jika boleh, apakah wajar tindakan tegas diambil terhadap mereka? Jika tidak wajar, apakah langkah alternatif yang boleh diambil?

Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, apabila satu perhimpunan awam hendak diadakan, penganjurnya mesti memberi notis paling minimum 10 hari kepada pihak polis - Seksyen 9(1).

Pemberitahuan ini hendaklah diberi kepada Pegawai polis di daerah berkenaan secara pos berdaftar Akuan Terima atau kiriman cepat atau dengan serahan tangan - Seksyen 9(4).

Jika penganjur enggan atau gagal mematuhi subseksyen (1), ini adalah satu kesalahan; jika sabit kesalahan, penganjur boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM10,000).

Melihat situasi semasa, jelas sekali Akta ini dipandang remeh oleh pihak-pihak berkenaan, barangkali kerajaan perlu menyemak semula Akta ini dan memikirkan sama ada pindaan perlu dibuat.

Sekiranya penganjur gagal mematuhi kehendak Akta ini, perhimpunan yang diadakan itu nyata menyalahi undang-undang. Jika ia diteruskan juga, pihak polis ada kuasa memerintahkan siapa sahaja yang berhimpun di tempat itu bersurai.

Sesiapa sahaja yang enggan mematuhi perintah bersurai ini boleh diheret ke mahkamah, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000. Tidak ada hukuman penjara di bawah Akta ini.

Dalam apa jua perhimpunan (yang sah, yang mematuhi kehendak Akta ini), penganjur tidak boleh membenarkan (membawa hadir) kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Jika ada pihak membawa kanak-kanak ke perhimpunan, orang itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000.

Seksyen 6 Akta ini mengandungi senarai panjang tanggungjawab setiap penganjur perhimpunan awam. Antaranya mereka perlu pastikan peserta tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat sebarang ucapan yang berkecenderungan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan dalam kalangan orang awam atau melakukan apa sahaja yang boleh menggugat ketenangan orang awam.

Nampaknya remaja berbaju hitam yang hadir di "Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat" di Stadium Kelana Jaya pada malam 8 Mei 2013 itu telah tertipu bulat-bulat.

Pada malam itu mereka dimaklumkan oleh penceramah yang bercakap berapi-api bahawa pakatan pembangkang telah ditipu oleh kerajaan BN dan SPR. Anehnya pada malam berikutnya, pihak yang sama mengadakan majlis kesyukuran kerana "telah berjaya" di Selangor.

Remaja berbaju hitam hendaknya sedar bahawa hak berhimpun (yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan, bersama dengan hak bersuara) bukan sesuatu yang mutlak tetapi ada had dan batasannya.

Satu had dan batasannya adalah Akta Perhimpunan Awam, yang menggantikan peruntukan berkaitan dalam Akta Polis. Selain itu, ada undang-undang lain, misalnya Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, dan sebagainya.

Remaja berbaju hitam ini hendaklah juga sedar bahawa mereka telah digunakan sebagai "buah catur" (pawn) dan diperalatkan dalam permainan politik oleh seorang dua grandmaster yang sungguh bijak bermain catur politik.

Jangan terikut-ikut atau terpengaruh dengan apa yang diucapkan oleh mereka. Kita dimaklumkan bahawa dalam satu perhimpunan baru-baru ini, seorang pemimpin sebuah parti dalam komponen pakatan pembangkang itu ada berucap menggelarkan Perdana Menteri Malaysia sebagai "syaitan", dan ucapan ini telah disambut dengan sorakan besar oleh remaja berbaju hitam.

Sedarlah bahawa PRU-13 yang baru berlalu ini telah pun diperakui sah oleh pasukan pemerhati. Keputusan pilihan raya melibatkan kerusi negeri (di semua negeri) sudah pun diterima oleh ahli dan pemimpin pakatan pembangkang.

Yang masih dipertikai oleh puppet master remaja berbaju hitam ini adalah keputusan PRU-13 di peringkat Persekutuan. Sedarlah bahawa tuduhan itu sungguh tidak logik, tidak masuk akal dan tidak berasas sama sekali.

Kalau pun masih lagi ada calon-calon yang terkilan, saluran undang-undangnya terbuka luas. Failkan petisyen pilihan raya sebaik-baik sahaja keputusan PRU-13 diwartakan oleh SPR.

Lebih banyak pembohongan dibangkitkan

Posted: 14 May 2013 11:48 AM PDT

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-13 jelas menunjukkan sebahagian besar pengundi Melayu setia kepada Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO. Dan pembangkang gagal menghasut orang Melayu membenci kerajaan.

Kejayaan UMNO memenangi 88 kerusi Parlimen berbanding 79 kerusi pada pilihan raya umum lalu memperlihatkan sokongan orang Melayu terhadap parti yang menjadi tonggak orang Melayu itu semakin meningkat.

Meskipun diasak dengan fitnah dan dakyah pembangkang yang disebarkan secara meluas terutama melalui media sosial, ternyata majoriti orang Melayu tidak mempercayai pembohongan pembangkang itu. Bagi sebahagian besar daripada mereka, semua itu putar belit pembangkang untuk meraih undi.

Isu inilah antara perkara yang dibincang dalam Persidangan Meja Bulat Mengenai Politik dan Kerajaan Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 'Ke mana Arah Tuju Kita' anjuran Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Sabtu lalu.

Ia turut dihadiri Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Abdul Rahman Sulaiman; bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Mohd. Shahrir Samad.

Presiden Mubarak, Tan Sri Aziz Abdul Rahman Aziz mengakui sememangnya sukar untuk berperang dengan kumpulan cyber troopers pembangkang semasa kempen pilihan raya umum lalu.

Ini kerana pakatan pembangkang telah lama mempersiapkan tentera sibernya bagi mewujudkan sentimen politik kebencian terhadap BN dan UMNO. Dan sentimen itu berjaya ditanam dalam jiwa penyokong-penyokong mereka khususnya golongan muda.

Pengaruh media sosial yang begitu kuat itu kini telah mewujudkan 'perang persepsi' dalam kalangan masyarakat terutama apabila ia telah berjaya membentuk pemikiran baharu sehingga memberikan impak besar kepada keputusan pilihan raya umum lalu.

"Bahaya perang di media baru ini ialah apabila sebegitu banyak maklumat disebarkan pembangkang dengan kebanyakannya tidak benar dan tanpa fakta sahih, tetapi masih ramai yang memilih untuk mempercayainya," katanya pada persidangan tersebut.

Pemikiran masyarakat khususnya generasi muda jelas beliau, telah dimanipulasi melalui media sosial itu. Lantaran mudah mendapat akses Internet, terdapat kecenderungan untuk mempercayainya walaupun tanpa bukti yang sahih.

Dalam hal ini, menurut Abdul Aziz, generasi muda perlu dididik supaya memahami sejarah agar mereka mempunyai jati diri yang kuat, sekali gus dapat menangkis segala pembohongan dan provokasi pembangkang itu.

BN juga jelas beliau, harus mengambil perhatian serius terhadap perkara itu dengan mewujudkan satu pasukan yang benar-benar profesional dan pakar untuk menyertai perang siber pembangkang itu sekali gus menangkis segala dakyah yang disebarkan dengan cara yang berhemah.

Perkara ini turut dibimbangi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang merasakan provokasi pembangkang khususnya yang melibatkan isu perkauman di laman sosial kini boleh menggugat perpaduan negara.

Katanya, provokasi sedemikian boleh memecahkan perpaduan kaum jika tidak ditangani dengan berhati-hati selain boleh menimbulkan masalah dari segi keselamatan.

Selain itu, ahli panel juga mencadangkan supaya kerajaan melantik seorang jurucakap umpamanya dalam kalangan menteri untuk memberi reaksi kepada isu-isu jalanan yang pada hakikatnya merupakan perkara remeh yang sengaja diperbesar-besarkan oleh pembangkang yang kecewa dengan keputusan pilihan raya .

Isu-isu remeh itu dibangkitkan pembangkang atas rasa tidak puas hati terhadap kerajaan, tidak wajar dilayan kerana ia ditimbulkan hanya sebagai propaganda untuk menarik sokongan dan simpati rakyat.

Tindakan pembangkang mengadakan perhimpunan dan demonstrasi kononnya sebagai membantah keputusan pilihan raya yang tidak adil dan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menipu, hanya mainan politik pembangkang untuk menimbulkan kekacauan. Memadai perkara itu dijawab oleh seorang jurucakap kerajaan sahaja.

Hakikatnya, banyak yang perlu dipelajari dan diteliti daripada pilihan raya umum lalu. Bagi Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim, pilihan raya lalu menunjukkan peningkatan ketara sokongan bukan Melayu terutama Cina kepada parti pembangkang.

Menurutnya, situasi itu sebenarnya membimbangkan kerana jika DAP berjaya mendapat lebih banyak sokongan daripada masyarakat Tionghua pada masa depan, pakatan pembangkang berkemungkinan boleh merampas lebih banyak negeri.

"Tetapi jika Pas bersedia bergabung dengan BN maka hasrat pembangkang untuk mengangkat salah seorang pemimpinnya sebagai Perdana Menteri tidak akan tercapai.'' katanya.

Beliau berpendapat usaha tersebut adalah jalan terbaik bagi mengembalikan kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara.

Apa pun, bagi ahli panel persidangan meja bulat itu, BN mahupun UMNO perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi serangan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana lebih banyak pembohongan dijangka dibangkitkan oleh mereka.

Selain itu, para pemimpin BN terutama wakil rakyat yang bakal mendapat tempat dalam Kabinet yang akan dibentuk beberapa hari lagi bersikap tegas dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

Mereka perlu tegas dalam membuat keputusan, tidak teragak-agak dan dalam masa sama jangan takut untuk kehilangan sokongan jika keputusan yang dibuat dianggap tidak popular.

Bagi mereka, yang penting keputusan dibuat adalah untuk kepentingan rakyat terutama orang Melayu. Keputusan yang dibuat pada hari ini akan menentukan bentuk sokongan yang bakal diterima kelak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Saya bukan anak derhaka - Afiq Muiz

Posted: 14 May 2013 02:53 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 14 Mei - "Saya tidak derhaka tetapi dihalau keluar dari rumah oleh ibu."

Itulah ungkapan bela diri daripada pelakon yang sedang meningkat naik, Afiq Muiz atau nama sebenarnya Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 21, terhadap dakwaan ibu kandungnya, Hasliza Mohd.

Hari ini, ibu kandung kepada pelakon drama Mimpi Cinderella itu dalam sebuah portal berita menyatakan rasa terkilan akan perubahan sikap anak bujangnya setelah bergelar pelakon dan menjalin hubungan dengan seorang pelakon wanita, Ainur Syakina Azman atau Eyna.

Menurut Afiq, dia tidak meninggalkan rumah tetapi dihalau keluar setelah berlaku salah faham antara mereka berdua.

"Antara saya dan ibu ada berlaku sedikit salah faham apabila ibu menganggap rakan baik saya, Eyna cuba mengikis harta saya. Sesungguhnya saya sedih dengan sikap ibu yang langsung tidak memikirkan kesan perkara ini terhadap saya.

"Saya percaya ibu melakukan itu semua sebab tidak puas hati dengan saya yang enggan menanggung perbelanjaan keluarga dan sekali gus menyalahkan Eyna. Sedangkan Eyna tidak terbabit langsung," katanya sedih.

Afiq yang mengadakan sidang akhbar tergempar untuk menjelaskan kedudukan sebenar hubungannya dengan keluarga di Subang, Selangor hari ini, turut ditemani oleh Eyna. - UTUSAN ONLINE

Anuar Zain memilih gandingan dalam persembahan

Posted: 13 May 2013 10:32 PM PDT

Oleh GARRET DAWUM

KUALA LUMPUR 14 Mei - Penyanyi hebat, Anuar Zain mengakui dirinya lebih memilih jika ingin digandingkan dalam setiap persembahan.

"Saya lebih suka bekerjasama dengan orang yang saya kenal terutama kawan-kawan. Dengan itu, keserasian akan lebih nampak jelas apabila berada di atas pentas.

"Memang tidak dapat saya nafikan, setiap penyanyi ada keistimewaannya. Ramai yang bagus tetapi saya tidak akan menyanyi dengan orang yang sebarangan.

"Jadi bila berkolaborasi bersama kawan saya akan lebih selesa dan seronok. Tidak mungkin kita nak bekerjasama dengan orang yang kita tidak kenal?" katanya ketika ditemui di Studio Utusan sempena sesi fotografi album terbarunya, semalam.

Album terbaru Anuar Zain itu berjudul Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas yang memuatkan 14 buah lagu solo dan gandingan bersama Dayang Nurfaizah.

Dalam pada itu, Anuar memberitahu, bahawa dia sangat menginginkan persembahan duet bersama penyanyi tersohor, Adibah Noor.

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Indonesia, Rossa pernah menyatakan hasrat untuk menyanyi bersama Anuar Zain. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Berkahwin atau menunjuk?

Posted: 13 May 2013 11:51 PM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MUHAMMAD RADI

Pelakon Umie Aida memilih untuk melangsungkan majlis pernikahan dengan Khairuddin Abu Hassan di Mekah.

Bermula dengan pandangan pertama, hatinya terus tertaut untuk mengenali si wanita itu. Lalu dihulurkan salam perkenalan oleh sang lelaki sebagai pembuka bicara.

Bicara demi bicara diteruskan, oleh hati si wanita akhirnya terbuka untuk menerima pelawaan sang lelaki untuk menempatkan si wanita di hatinya.

Bibit percintaan bermula. Proses mengenali hati budi masing-masing diteruskan. Setelah sekian lama, sang lelaki yakin dialah wanita yang dicari sebagai suri hidupnya.

Sang lelaki beranikan dirinya untuk melamar si wanita. Dicampur perasaan teruja dan terharu, si wanita menerima lamaran si jejaka.

Perancangan dilakukan. Si wanita mahukan perkahwinan gaya selebriti pujaannya. Sang lelaki tidak bersetuju. Si wanita mengalihkan mukanya lalu mencebik.

Dek kerana cinta, sang lelaki membuat hutang. Hasilnya, perkahwinan yang cukup gah dan membuai imaginasi setiap hadirin.

Usai majlis perkahwinan, surat bank memunculkan diri. Si suami tidak punya kemampuan hendak membayar. Rasa cinta mula bertukar masam.

Ungkit mengungkit tentang siapa yang mahukan perkahwinan yang gah dimulakan. Akhirnya, cinta kalah, nafsu mengangkat tangan tanda kemenangan.

Perkahwinan umpama sebuah bahtera indah melayari lautan cinta. Namun, dek kerana nafsu untuk memiliki perkahwinan persis artis, akhirnya memakan diri.

Siapa yang sepatutnya disalahkan dalam hal ini. Adakah artis? Masyarakat? Penaja? Atau perancang Perkahwinan?.

Perkahwinan artis memang gah dan cukup untuk mengkhayalkan sesiapa sahaja terutama mereka yang bakal menempuh alam perkahwinan.

Namun, bagi mereka yang mampu, tidak mengapa. Bagi yang tidak, ini hanya sebutir gula-gula racun.

Yang terbaik

Setiap pasangan yang bakal berkahwin pasti punya perancangan yang terbaik untuk majlis perkahwinan mereka.

Memberi pendapat yang sama, pelakon yang bakal melangsungkan perkahwinannya tahun ini, Fouziah Gous menyatakan tidak salah untuk meniru perkahwinan gah artis.

"Tidak salah untuk meniru gaya perkahwinan artis.

"Malah, saya sendiri bila melihat perkahwinan rakan-rakan artis, saya cukup teruja dan mahukan majlis seperti mereka.

"Namun, berbalik kepada kemampuan juga sebenarnya. Kalau mampu, boleh lakukan majlis yang sama, tetapi jika tidak, lakukan dengan bajet yang ada sahaja," jelasnya.

Perkahwinan hanya berlangsung sekali seumur hidup dan tambah Fouziah, ketika itu, mata tetamu semuanya tertumpu ke arah pengantin.

"Penampilan pengantin pada majlis perkahwinan mestilah sesuatu yang menonjolkan diri mereka. Jika, mereka menjadikan artis sebagai idea untuk majlis mereka, apa salahnya," katanya.

Jelas Fouziah lagi, dia teruja untuk memakai gaun labuh pada hari bersejarahnya kelak.

Pastinya, pada majlis perkahwinan, dia akan tampil dengan gaun labuh yang lebih menyerlah dan lain daripada apa yang dipakainya sebelum ini.

"Perkahwinan hanya sekali dan kita perlu meraikannya. Tetapi jika sudah membabitkan pembaziran dan membawa kemudaratan kepada rumah tangga, ia perlu dielakkan," jelasnya.

Katanya, artis perlu untuk tampil cantik pada majlis perkahwinan kerana ia bukan sahaja melibatkan dirinya, tetapi turut melibatkan penggiat kreatif yang lain.

"Jurugambar pasti mahukan sesuatu yang indah untuk dipotretkan. Sebab itu artis melakukan perkahwinan yang dipandang agak gah.

"Namun, tidak salah untuk meniru atau menjadikan perkahwinan artis sebagai landasan idea untuk majlis perkahwinan mereka, asalkan bajet kewangan yang diperuntukkan mencukupi," jelasnya.

Landasan idea

Bercakap mengenai landasan idea, seorang lagi pelakon yang sudah dua kali mengadakan majlis perkahwinan, Norman Hakim mempunyai pandangannya yang tersendiri.

Majlis pernikahan Siti Nurhaliza dan Khalid Mohamad Jiwa mendapat liputan meluas daripada pihak media tempatan dan luar negara.

Bagi dirinya, apa yang perlu dinilaikan sebelum menempuh alam perkahwinan adalah cabaran dan dugaan serta keperluan dan kehendak.

"Sebelum merancang untuk majlis perkahwinan, kita harus fikir yang mana satu keperluan dan kehendak.

"Hendak tiru artis, boleh saja. Tiada masalah. Tapi haruslah faham dengan bajet yang ada. Lagipun majlis perkahwinan artis yang gah ini juga sebenarnya mendapatkan tajaan yang cukup banyak dan tinggi.

"Masyarakat perlu faham mengenai erti tajaan itu sebenarnya kerana penaja memikirkan apa yang terbaik untuk diri mereka dan artis juga mahukan yang terbaik. Ia adalah situasi menang-menang melibatkan dua pihak," jelasnya.

Tambah Norman lagi, apa yang penting bagi masyarakat ialah bukan untuk meniru perkahwinan gah seorang artis, tetapi mendahulukan mana yang perlu.

"Tidak salah untuk berfantasi dengan majlis perkahwinan artis. Malah, perkahwinan artis kebanyakannya membawa kita kepada dunia fantasi dengan majlis yang cukup indah.

"Tetapi janganlah kita sampai hendak lakukan semua yang kita fantasikan. Sebaliknya, jadikan majlis perkahwinan artis sebagai idea untuk mendapatkan sesuatu yang indah," jelasnya.

Tambah Norman, jadikan perkahwinan artis sebagai ilham tetapi mengikut kemampuan yang ada.

"Pokok pangkalnya kena tanya pada diri sendiri juga. Tidak salah untuk mengadakan majlis perkahwinan yang gah tetapi harus selari dengan kemampuan.

"Jangan kerana terlampau hendak menunjuk lagak, akhirnya ia merosakkan rumah tangga yang sepatutnya harmoni, bertukar menjadi ungkit dan saling memfitnah," ujarnya.

Memang benar, perkahwinan artis yang cukup gah mampu menarik mata-mata bakal pengantin untuk melakukan majlis yang sama.

Tetapi, banyak juga mulut-mulut yang berkata, majlis kahwin bagai nak rak, tetapi kahwinnya hanya sementara dan tidak kekal lama.

Sederhana

Turut terlibat dengan cakap-cakap ini ialah pelakon yang kini sudah bergelar duda dan bergelut dengan krisis hak penjagaan anak, Jimmy Shanley.

Imbas kembali detik perkahwinan Jimmy, majlis yang diraikan cukup meriah dengan suasana dan kehadiran tetamu.

Namun, kemeriahan majlis itu tidak selari dengan kemeriahan rumah tangganya dan akhirnya pasangan ini memilih untuk membuat haluan masing-masing.

Bagi Jimmy , majlis perkahwinan sepatutnya dilakukan untuk meraikan pengantin dan keluarga yang terdekat.

"Kita nak meraikan majlis perkahwinan, biarlah bersama dengan orang yang kita kenali dan bukannya hanya main jemput sahaja.

"Apa yang penting dalam majlis perkahwinan ialah jemputan keluarga terdekat. Itu sahaja. Kalau jemput ramai-ramai, akhirnya pengantin pun tidak kenal dengan siapa yang dijemput.

"Orang yang datang pun tidak sempat bermesra dengan pengantin. Cukup sekadar datang melihat majlis, makan dan kemudian balik. Bagi saya itu tidak betul," jelasnya.

Tambahnya lagi, perkahwinan sepatutnya dilakukan secara sederhana dan tidak secara terlampau kerana apa yang penting ialah ikatan sebagai suami dan isteri.

"Kahwin gah ataupun tidak, itu tidak penting. Apa yang penting ialah ikatan. Saya sendiri cuba sedaya upaya untuk mengekalkan ikatan suami isteri tetapi gagal berbuat demikian," jelasnya.

Ditanya pilihan corak perkahwinannya sekiranya dia ingin berumah tangga lagi selepas ini, jelasnya, dia lebih selesa untuk memilih sesuatu yang sederhana sahaja.

Ukur baju di badan sendiri

Posted: 13 May 2013 11:51 PM PDT

Pelakon Jehan Miskin pilih majlis pernikahan yang sederhana bersama isteri Julie Camelia Rhee, baru-baru ini.

MENURUT pakar, kebanyakan pasangan yang mengalami perceraian adalah kerana faktor kewangan selepas mereka berkahwin.

Oleh itu, ada baiknya setiap pasangan pengantin bermuhasabah dan memilih untuk melaksanakan perkahwinan yang betul-betul mengikut kemampuan.

Jangan kerana hendak menunjuk lagak, maka mengikut nafsu dan akhirnya diri sendiri terbeban dengan hutang yang terpaksa ditanggung seumur hidup.

Apa sahaja yang dilakukan oleh artis, pasti masyarakat akan tertarik dan cuba untuk melakukan perkara yang sama.

Hal ini dipersetujui oleh pakar motivasi dan kaunselor berdaftar, Hushim Salleh yang berkata, artis sebenarnya bukan sahaja menjadi ikutan masyarakat, tetapi juga sebagai idola buat mereka.

"Menjadi seorang artis bermakna kita telah menjadi perhatian awam. Setiap yang artis lakukan sebenarnya mampu mempengaruhi masyarakat untuk melakukan perkara yang sama.

"Jika ditanya, semua orang hendak jadi artis. Sebut sahaja, baju, kasut, gaya, semuanya berlandaskan kepada artis yang diminati," jelasnya.

Tambah Hushim, masyarakat tidak seharusnya memilih untuk meniru apa yang dilakukan oleh artis terutamanya bila menyentuh mengenai alam perkahwinan.

"Alam perkahwinan adalah satu perkara yang bukan boleh dibuat main-main. Boleh hendak bergaya seperti artis, tetapi kenalah tengok poket dahulu.

"Artis mempunyai tujuan mengapa mereka mengadakan majlis yang cukup gah. Tetapi, peminat ini janganlah sampai berhutang semata-mata mahukan perkahwinan seperti yang diadakan oleh artis itu.

"Bila dah masuk bab hutang piutang selepas berkahwin memang sesuatu yang parah apatah lagi kerana hutang ia mampu memecah belahkan keharmonian rumah tangga," ujarnya.

Peranan yang sama juga perlu dilakukan bukan sahaja melibatkan masyarakat, tetapi juga melibatkan artis.

"Kalau artis ini buat majlis yang sederhana sahaja, pasti akan menjadi ikutan kepada masyarakat kerana artis juga salah seorang daripada pencetus gaya," jelasnya.

Tetapi, ada juga yang mengatakan bahawa artis harus melakukan perkahwinan yang gah kerana mereka ditaja.

Jelas Hushim, tiada masalah sama ada perkahwinan itu ditaja ataupun tidak.

Apa yang penting menurutnya ialah memberi penjelasan kepada peminat sekiranya perkahwinan itu mempunyai penaja dan sebagainya.

"Artis ini banyak memberi kesan kepada masyarakat. Sebab itu penaja datang kepada mereka bila melibatkan hari istimewa artis itu.

"Penaja mempunyai matlamat sendiri dan artis perlu bersikap jujur. Bukan apa, kerana ada peminat yang taksub dan sanggup mengikut apa yang dilakukan artis yang diminatinya sehingga memakan diri mereka sendiri," jelasnya.

Tambah Hushim, tidak salah untuk mengikut apa yang dilakukan artis, tetapi ikutlah perkara yang baik sahaja.

"Perkahwinan ini bukan perkara main-main. Ini sesuatu yang serius dan jika kita tidak mampu, jangan lakukan dengan tujuan untuk meniru atau bermegah-megah.

"Masyarakat harus berfikiran secara rasional. Bila kita berfikir secara tidak rasional, itu yang membuatkan kita mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh artis tanpa mengetahui buruk baiknya pada diri kita," katanya.

Beri kesan

Perkahwinan gah artis sebenarnya bukan bermakna itu perkara negatif, tetapi ada juga positifnya.

Menurut Pakar Psikologi Perkembangan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor, terdapat dua kesan melibatkan perkahwinan gah artis iaitu secara positif dan negatif.

"Secara positifnya, perkahwinan artis sering mendapat liputan yang meluas menunjukkan kepada pihak luar tentang budaya tempatan bila mengadakan majlis perkahwinan.

"Malah, bukan sahaja budaya, kemeriahan sewaktu majlis perkahwinan juga dapat ditunjukkan kepada pihak luar.

"Jenis makanan yang dihidangkan juga diperlihatkan. Ini sekali gus memperkenalkan kepada orang luar tentang budaya perkahwinan di Malaysia," jelasnya.

Selain itu, tambahnya, perkahwinan secara gah itu juga dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

"Artis mempunyai banyak pengaruh. Bila dibuat secara gah, ramai yang dapat hadir sekali gus merapatkan lagi hubungan ukhuwah antara sesama saudara mara mahupun artis itu bersama peminatnya," ujarnya.

Namun, perkahwinan gah itu juga dilihat memberi kesan negatif berbanding positif apatah lagi artis sebagai ikon model untuk masyarakat.

"Artis kalau bernikah semuanya dipamerkan. Dahulu, semasa bernikah, wanita sepatutnya berada di dalam bilik dan selepas selesai upacara akad barulah boleh keluar.

"Tetapi sekarang dah lain. Artis juga duduk di pelamin akad nikah dengan perhiasan bunga dan bantal sebagainya dan ia menjadi ikutan masyarakat.

"Bila mereka tengok pelamin mini akad nikah, mereka juga mahu lakukan perkara yang sama.

"Apatah lagi bila artis yang buat, pastinya nampak indah di mata peminatnya," jelasnya.

Malah, tambah Dr. Mariani, perkara seperti ini yang membawa kepada pembaziran dan Islam sama sekali menolak perkara-perkara yang melibatkan pembaziran.

"Bila dah masuk unsur pembaziran, itu yang membawa kepada hutang keliling pinggang. Akhirnya pasangan ini ungkit-mengungkit dan seterusnya berlaku perkara yang tidak kita ingini, iaitu penceraian.

"Bila seorang dah mula melakukan perkahwinan megah, pastinya yang lain cuba menampilkan kelainan dan mahu yang lebih gah. Timbul pula isu riak. Perkara seperti ini yang harus dielak. Apa yang penting, ukur baju di badan sendiri," ujarnya.

Menurutnya lagi, isu kahwin gah itu melibatkan semua pihak termasuk perancang perkahwinan, kerana perancang melakukan yang terbaik untuk artis.

"Kita tidak boleh menyalah artis semata-mata, kerana perancang perkahwinan juga memainkan peranan untuk memberi nasihat dan sebagainya.

"Kesimpulannya mudah, jika mampu, lakukanlah. Tetapi janganlah sampai ia membawa kepada pembaziran, " jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Sisa pokok tumbang tidak dibersihkan

Posted: 13 May 2013 12:22 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusan.com.my

Zaidi Zainal menunjukkan sampah sarap, termasuk serpihan pokok yang dipotong ditinggalkan di dalam longkang oleh kontraktor pembersihan.

KUALA LUMPUR 13 Mei - Penghuni empat buah rumah di Jalan Melur 7, Taman Melur, Ampang dekat sini boleh diibaratkan menanggung malang bertimpa-timpa.

Mulanya kediaman mereka terjejas akibat kejadian pokok tumbang pada hujung bulan lalu dan kini sisa pokok itu pula yang menjadi masalah mereka.

Ini gara-gara kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjalankan kerja pembersihan pokok tumbang itu secara sambil lewa. Masih banyak sisa pokok yang menyakitkan mata dan hati penduduk terlibat terdapat di kawasan itu.

Ini menimbulkan persoalan di kalangan penduduk, adakah MPAJ menganggap tugasnya telah selesai dengan hanya melantik kontraktor pembersihan pokok-pokok itu tanpa mengawasi kerja-kerja mereka.

Dalam kejadian yang berlaku pada 27 April lalu, pokok yang tumbang telah merosakkan empat buah rumah di taman itu.

Ada rumah yang mengalami kerosakan di bahagian dapur, bumbung dan bilik selain bekalan air serta elektrik turut terputus selama 12 jam.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi terbabit mendapati, serpihan pokok, zink, pagar rosak, bumbung dan sampah memenuhi kawasan itu selain longkang turut tersumbat dengan sisa pokok.

Salah seorang pemilik rumah yang terlibat, Zaidi Zainal, 47, berkata, rumahnya yang paling terjejas akibat kejadian tersebut.

"Walaupun pokok tumbang itu telah dialihkan, masih ada sampah yang tidak dibersihkan.

"Kami bersama-sama penduduk mengambil inisiatif untuk membersihkannya sendiri.

"Pokok yang berusia 40 tahun itu tumbang ketika hujan lebat disertai ribut. Pokok tumbang menghempap dapur rumah saya, menyebabkan bahagian bilik dan siling rumah saya rosak sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM2,200," katanya ketika ditemui.

Menurut Zaidi, laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat dua hari selepas kejadian dan siasatan sedang dilakukan.

"Kami telah membuat aduan mengenai perkara ini kepada MPAJ tetapi pihak berkenaan hanya datang ke sini mengambil gambar sahaja dan membuat sedikit kerja-kerja pembersihan," jelasnya.

Jirannya, Azizah Mohammad Zin, 56, bimbang dengan kejadian tersebut kerana terdapat dua lagi pokok tua berisiko untuk tumbang dan boleh mengancam keselamatan mereka bila-bila masa sahaja.

"Kami terpaksa membaiki sendiri kerosakan yang dialami mana yang termampu. Pihak MPAJ memberitahu, mereka sedang menyiasat adakah pokok terbabit adalah milik mereka," katanya.

Mar Quee Lian, 52, pula berkata, mereka berharap pihak MPAJ menyelesaikan perkara tersebut dengan segera.

"Kami bimbang jika kejadian ini berulang lagi. Pokok tua dan berisiko untuk tumbang ini betul-betul terletak di sebelah rumah saya, kenapa MPAJ perlu siasat adakah pokok ini milik mereka pula?" soalnya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengarahkan kontraktor pembersihan yang dilantik itu menyempurnakan kerja mereka dengan segera.

Persatuan teksi sambut baik

Posted: 13 May 2013 12:22 PM PDT

Oleh NURUL AZWA HARIS dan NUR HANANI AZMAN
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Mei - Perkhidmatan teksi bandar yang akan memulakan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lusa mampu memenuhi permintaan tinggi penumpang terutama pada waktu puncak.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah (gambar) berkata, perkara itu memandangkan bilangan penumpang di KLIA mampu mencecah sehingga 500 orang sehari pada waktu berkenaan.

Menurut beliau, perkhidmatan limousin KLIA ketika ini juga tidak mampu menampung jumlah penumpang yang banyak dalam satu-satu masa.

"Inisiatif ini amat bertepatan dengan kehendak penumpang serta pemandu teksi kerana perkhidmatan ini dapat membantu meringankan beban pengangkutan awam di sana.

"Malah, para penumpang tidak perlu risau ditipu pemandu teksi yang cuba mengambil kesempatan kerana pihak berkuasa sentiasa memantau perkhidmatan mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini yang membenarkan perkhidmatan teksi bandar beroperasi di aras satu bangunan Terminal Utama KLIA manakala teksi limousin kekal beroperasi di aras tiga.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma), Mohd. Shahril Abd. Aziz berkata, inisiatif tersebut boleh membantu pemandu teksi bandar menjana pendapatan tambahan.

"Kebenaran ini juga akan memudahkan penumpang kerana tidak lagi perlu berbaris panjang bagi mendapatkan perkhidmatan awam selain memberi lebih banyak pilihan kepada mereka," katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan agar SPAD mengadakan sistem bersepadu dan selaras demi kebajikan pemandu teksi bandar dan limousin di negara ini secara keseluruhan.

27,000 pengguna terjejas akibat paip air pecah di Klang

Posted: 13 May 2013 12:22 PM PDT

KUALA LUMPUR 13 Mei - Kira-kira 27,000 pengguna di Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini akibat paip pecah di bawah jejambat berhampiran persimpangan lampu isyarat Pangsapuri Bandar Sultan Sulaiman.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Prisilla Alfred berkata, paip yang pecah ialah dari jenis keluli lembut (mild steel) berukuran 450mm dan kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan.

"Bagaimanapun, kerja-kerja pembaikan ini mengalami kelewatan kerana lokasi kejadian dilitupi lapisan konkrit yang terlalu tebal, yang perlu dipecahkan.

"Keadaan lalu lintas yang sibuk di kawasan berkenaan juga telah menyukarkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan dengan segera," katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Prisilla berkata, Syabas menjangkakan kerja-kerja pembaikan paip pecah itu dapat disiapkan sepenuhnya pada pukul 10 malam ini dan bekalan air ke kawasan terlibat dijangka akan pulih secara berperingkat-peringkat sehingga esok

Syabas juga, katanya, telah menggerakkan tiga buah lori tangki, selain meletakkan dua buah tangki air statik di kawasan Flat Sri Perantau untuk kegunaan para pengguna di kawasan berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved