Sabtu, 13 April 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Johor DT perkenal pemain baharu ganti tempat Guiza

Posted: 13 Apr 2013 09:56 PM PDT

JOHOR BAHRU 14 April - Johor Darul Takzim hari ini memperkenalkan pemain import baharu pasukan itu dari Buenos Aires, Argentina, Leonal Jorge Nunez bagi mengharungi baki saingan Liga Super 2013.

Pemain berusia 29 tahun yang pernah bermain untuk Olympiakos, Inpendiente dan Bursaspor itu bakal beraksi sehingga akhir musim ini menggantikan Daniel Guiza - UTUSAN ONLINE

EPL: Arsenal mengamuk pada penghujung perlawanan

Posted: 13 Apr 2013 09:58 AM PDT

LUKAS Podolski (kiri) meraikan jaringannya ketika menentang Norwich City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London semalam. - REUTERS

LONDON 14 April - Arsenal menjaringkan tiga gol dalam masa lima minit terakhir untuk menewaskan Norwich City 3-1 di Stadium Emirates dan melonjak ke tempat ketiga Liga Perdana sebentar tadi.

Tandukan Michael Turner pada awalnya kelihatan cukup untuk menundukkan anak-anak buah Arsene Wenger, tetapi Mikel Arteta menyamakan kedudukan pada minit ke-85 sebelum jaringan sendiri Sebastien Bassong dan percubaan Lukas Podolski pada masa kecederaan menyempurnakan kebangkitan Arsenal.

Kemenangan itu membolehkan Arsenal memintas Chelsea dan Tottenham Hotspur, kedua-duanya tidak beraksi, sekali gus mengekalkan peluang mereka untuk layak ke Liga Juara-juara.

Kemenangan Arsenal itu pastinya mengecewakan Everton, yang mahu merapati mereka selepas menang 2-0 di tempat sendiri ke atas pasukan kedua tercorot, Queens Park Rangers.

Darron Gibson menghasilkan gol pertama perlawanan di Goodison Park sebelum Victor Anichebe mengukuhkan kedudukan Everton menerusi gol 11 minit selepas rehat.

Pasukan tercorot, Reading pula berjaya mengekang serangan berbahaya Liverpool untuk seri 0-0 di Stadium Madejski.

Dalam perlawanan lain Aston Villa seri 1-1 di tempat sendiri dengan Fulham manakala West Ham United juga seri dengan jaringan sama dengan Southampton. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis mulakan siasatan edar VCD seks

Posted: 13 Apr 2013 11:25 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 April - Polis kini memulakan siasatan kes penyebaran VCD aksi seorang lelaki yang menyerupai pemimpin kanan parti pembangkang dengan seorang wanita di Terengganu.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan dimulakan mengenai dalang di sebalik penyebaran VCD itu dan siasatan masih di peringkat awal.

Katanya, kes itu disiasat bersama 74 lagi kertas siasatan yang dibuka sejak pembubaran Dewan Rakyat 3 April lepas.

Kebanyakan kes lebih menjurus kepada kesalahan-kesalahan pilihan raya seperti melakukan provokasi, bergaduh, ugut dan mengoyakkan poster parti lawan.

"Kesemua kertas siasatan yang dibuka membabitkan 406 laporan polis yang dibuat sejak 3 April lepas termasuk siasatan penyebaran VCD itu di Terengganu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Beliau berkata, polis memantau sebanyak 480 aktiviti sempena PRU13 yang dijalankan semalam membabitkan 136 ceramah, 100 perjumpaan parti politik, 13 lawatan dari rumah ke rumah, 38 kempen dan 196 lain-lain aktiviti. - BERNAMA

Pelajar trauma dituduh turut buli rakan sekolah

Posted: 13 Apr 2013 11:25 AM PDT

Luqman Al Hakim menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya di Butterworth, semalam selepas menerima ugutan kerana disangka terlibat dalam kes buli pelajar.

BUTTERWORTH 13 April - Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini kecewa kerana dituduh membuli seorang pelajar lain bulan lalu.

Luqman Al Hakim Ahmad, 15, menafikan bahawa dia terlibat dengan kes itu dan telah membuat laporan polis sebaik mengetahui gambarnya dimuat naik di laman sosial dan dianggap sebagai suspek utama kejadian itu.

Dia turut merasa trauma untuk keluar rumah, katanya.

"Saya pelik apabila ibu bertanya sama ada saya terlibat dengan kejadian buli di sekolah. Ibu beritahu sepupu saya ada datang ke rumah dan maklumkan bahawa gambar saya dimuat naik di blog kerana membuli seorang pelajar.

"Saya terus periksa telefon bimbit saya dan terkejut melihat banyak nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon saya. Kemudian saya semak akaun Facebook, Twitter dan Instagram saya yang semuanya penuh dengan komen-komen dari orang yang saya tak kenal. Mereka tuduh saya macam-macam, saya jadi takut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anak bongsu dari lima beradik itu kemudiannya bertindak menutup sementara akaun laman sosialnya kerana tertekan dengan tohmahan orang ramai yang tidak tahu keadaan sebenar.

"Saya juga tidak boleh tidur lena, susah untuk beri tumpuan ketika belajar dan takut untuk keluar rumah kerana bimbang dicederakan," katanya.

Baru-baru ini tersiar sebuah klip video di Facebook dan Youtube yang memperlihatkan seorang pelajar lelaki dibelasah bertubi-tubi oleh seorang pelajar yang kemudiannya turut disertai dua pelajar lain.

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri berkata, ketiga-tiga pelajar terbabit sudah dikenakan tindakan dibuang sekolah sementara mangsa dilapor tidak mengalami kecederaan serius.

Luqman Al Hakim yang mengenali ketiga-tiga pelajar terbabit berkata, ketika kejadian dia berada di dalam kelas yang berlainan dan hanya mengetahui insiden itu seminggu selepas kejadian.

"Saya hairan kenapa saya dikaitkan dalam kejadian itu, mungkin mereka ingat saya yang terlibat sebab wajah saya mirip salah seorang daripada pelajar berkenaan, kemudian gambar saya disebar di Internet," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Federal Auto rancang bawa semula MG

Posted: 12 Apr 2013 11:36 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 April - Syarikat automotif, Federal Auto Holdings Bhd. (Federal Auto) merancang membawa semula kereta ikonik dari United Kingdom (UK) iaitu MG ke pasaran tempatan.

MG ketika ini dimiliki oleh SAIC Motor Corporation Ltd. (SAIC) iaitu syarikat automotif China sejak tahun 2007.

Federal Auto dalam kenyataannya hari ini menyatakan, syarikat berkenaan telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan SAIC untuk mengadakan perbincangan lanjut berhubung hasrat tersebut.

MoU tersebut turut menyentuh kepada pembangunan kemudahan untuk pemasangan kenderaan MG dalam bentuk komponen terurai (CKD) di Malaysia.

MG atau nama asalnya Morris Garages merupakan kereta warisan UK kerana diperkenalkan pada 1920 dengan berkonsepkan kereta sport dua tempat duduk ketika itu.

Selepas berlaku perang dunia kedua, operasi MG yang dimiliki oleh Morris Motors Ltd. pada awalnya telah bertukar tangan melibatkan beberapa syarikat automotif dunia antaranya British Motor Corporation Ltd., British Leyland, Rover Group, BMW, MG Rover Group, Nanjing Automobile Group dan akhirnya SAIC.

Sementara itu, SAIC terlibat dalam pembangunan, pengeluaran, penjualan dan pelaburan dalam kenderaan penumpang, kenderaan komersial dan komponen serta alat ganti automotif.

Jenama-jenama kenderaan yang dimiliki oleh SAIC termasuk Maxus, MG, Roewe dan Yuejin.

Anak syarikat milik penuh SAIC, MG Motor UK Ltd., yang beribu pejabat di Birmingham, United Kingdom, bertanggungjawab terhadap reka bentuk, pembangunan, pemasangan dan pemasaran kenderaan MG.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


China, AS berkerjasama tingkat keselamatan siber

Posted: 13 Apr 2013 10:43 AM PDT

BEIJING 14 April - China dan Amerika Syarikat (AS) semalam bersetuju untuk berkerjasama untuk meningkatkan keselamatan siber negara masing-masing sebagai usaha mengurangi kes penggodaman oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara itu disampaikan oleh Setiausaha Negara AS, John Kerry yang melakukan lawatan ke China untuk mendapat campur tangan negara itu bagi menangani ketegangan di Semenanjung Korea.

"Semua negara akan berusaha untuk menjaga keselamatan rakyatnya, hak mereka dan infrastruktur.

"Keselamatan siber memberi kesan kepada semua pihak termasuk pengangkutan, kewangan dan sosial, maka kita perlu berkerjasama untuk menangani masalah penggodaman oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Kedua-dua negara itu sebelum ini pernah bertelagah selepas AS menuduh unit tentera China menggodam pelbagai data pelbagai syarikat di AS. - AFP

Perdana Menteri Palestin letak jawatan

Posted: 13 Apr 2013 10:10 AM PDT

RAMALLAH 14 April - Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Mahmoud Abbas, di sini semalam.

Perkara itu didedahkan oleh seorang daripada pegawai kerajaan yang enggan dikenali.

"Salam mengadakan pertemuan dengan Abbas selama setengah jam untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya.

"Salam sebelum ini memberitahu bahawa beliau enggan menjadi ketua kerajaan lagi, biarpun dipujuk untuk kekal sebagai Perdana Menteri," katanya.

Khabar angin tentang hasrat Salam untuk meletak jawatan sudah tercetus sejak beberapa minggu lalu ekoran percanggahan pendapat dengan Abbas mengenai satu portfolio kewangan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


UMNO tanding di Kuantan?

Posted: 13 Apr 2013 11:26 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 13 April - Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak menolak kemungkinan Parlimen Kuantan akan ditandingi calon UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, apa yang penting adalah memastikan kemenangan BN setelah kehilangan kerusi tersebut kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya umum lalu.

Katanya, perkara itu juga perlu jelas kerana isunya bukan soal ditandingi UMNO atau MCA tetapi siapa yang boleh membawa kemenangan kepada BN.

"Kalau UMNO boleh menang, kita akan letakkan calon daripada UMNO. Kerusi Parlimen Kuantan sebelum ini pernah ditandingi dan dimenangi UMNO sebelum ini. Apa pun ini tetap bergantung kepada kebijaksanaan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita juga akan tumpu kepada kekuatan sendiri, sebab itu saya tidak peduli tentang perebutan kerusi antara pembangkang. Saya tak anggap kelemahan mereka kekuatan kita," katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Pahang, di sini semalam.

Beliau mengulas spekulasi media mengenai kerusi Parlimen Kuantan yang dikatakan akan ditandingi semula UMNO dalam pilihan raya umum ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon MCA yang mewakili BN di kerusi itu, Datuk Fu Ah Kiow tewas kepada calon PKR, Fuziah Salleh dengan majoriti 1,826 undi.

RM300,000 naik taraf Medan Selera Triang

Posted: 13 Apr 2013 11:26 AM PDT

Ismail Sabri Yaakob bertanyakan sesuatu kepada peniaga gerai sayur ketika melakukan tinjauan di pekan sehari di pekan Triang, Bera, kelmarin.

BERA 13 April - Kerajaan memperuntukkan RM300,000 bagi menaik taraf medan selera di pekan Triang termasuk membina tandas, menukar atap serta menambah serta menukar meja dan kerusi makan di premis tersebut.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bajet itu adalah sebahagian daripada peruntukan RM7 juta bagi kerja-kerja menambah baik dan menceriakan pusat perniagaan termasuk gerai di seluruh negara tahun ini.

Katanya, bajet tersebut merupakan transformasi kerajaan untuk mewujudkan tempat perniagaan yang selesa dan ceria kepada peniaga dan penjaja dalam usaha meningkatkan pendapatan mereka.

"Kebersihan dan suasana yang ceria di premis makanan mampu menarik lebih ramai pelanggan mengunjungi kawasan gerai berkenaan untuk menjamu selera.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) komited membantu peniaga dan penjaja kerana peranan mereka penting dalam membantu kerajaan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara," kata Ismail Sabri selepas melawat pekan sehari di bandar Triang di sini semalam.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberitahu, kajian juga akan dijalankan ke atas gerai tepi jalan milik individu yang diluluskan pihak berkuasa tempatan untuk dinaik taraf.

Beliau turut mengingatkan peniaga dan penjaja supaya berdaftar dengan persatuan peniaga dan penjaja serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mendapatkan skim perlindungan insurans percuma.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM16 juta bagi skim itu dengan keutamaan diberikan kepada peniaga dan penjaja yang berdaftar dengan persatuan terbabit.

Pas ketandusan calon di Jerantut

Posted: 13 Apr 2013 11:26 AM PDT

KUANTAN 13 April - Pas dilihat ketandusan calon sesuai untuk bertanding di kerusi Parlimen Jerantut apabila meletakkan individu yang pernah tewas di situ untuk bertanding sekali lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, parti itu dilihat tidak berani melakukan transformasi politik apabila meletakkan calon sama yang sebelum ini telah ditolak rakyat.

Menurutnya, langkah itu membuktikan parti berkenaan tidak yakin terhadap muka baharu berbanding UMNO yang dijangka menampilkan calon sesuai dan disenangi rakyat Jerantut.

"Pas tidak berani melakukan transformasi politik dan yakin calon terbabit mampu memenangi kerusi Parlimen tersebut.

"Walaupun telah ditolak rakyat sebanyak dua kali, Pas Pahang masih tidak serik kerana mereka menganggap calon terbabit mampu memenanginya," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Amizan berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengumumkan timbalannya, Dr. Hamzah Jaafar bertanding untuk kali ketiga bagi kerusi Parlimen Jerantut pada pilihan raya umum nanti.

Hamzah sebelum ini pernah tewas dua kali bagi kerusi Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008 kepada penyandang sekarang, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar.

Wan Amizan memberitahu, walaupun Pas meletakkan orang yang sama di situ, UMNO serta Barisan Nasional (BN) tidak gentar dan akan mempertahankan kerusi Parlimen Jerantut pada pilihan raya umum kali ini.

Beliau yakin pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai calon sesuai dan boleh menang dalam memastikan mereka mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sudah kenal baru celik mata

Posted: 13 Apr 2013 11:25 AM PDT

Oleh TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

PERTEMUAN antara Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama orang yang pernah mahu membunuhnya, C.N Afghani serta beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ulama pondok dari Kelantan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya baru-baru ini. C.N Afghani turut meminta maaf kepada Dr Mahathir di atas perlakuannya itu.

SATU fenomena yang kita lihat menjelang PRU 13 ialah pemisahan dari parti Pas, PKR dan DAP begitu ramai dari orang kuat mereka. Ia bermula dengan Chandra Muzaffar, Timbalan Presiden Keadilan dan Zainur Zakaria beberapa tahun dahulu. Sejak itu satu demi satu pemimpin parti-parti ini telah letak jawatan dan menjauhkan diri dari parti. Ada yang dengan lantang mengecam parti dan mendedah keburukan parti yang disertai oleh mereka dahulu.

Di antara yang berpisah dari PKR ialah Zulkifli Noordin, Ruslan Kassim, Zahrain Hashim, Wee Choo Keong, Ezam Mohd Noor, Marina Yusof, Aminah Abdullah, Tan Tee Beng, Nallakarupan, Saidatul Said Keruak dan lain-lain. Dari DAP yang meninggalkannya ialah Tunku Abdul Aziz dan beberapa lagi. Dari Pas, Ismail Mina, C.N Afghani, Dr. Hassan Ali, ulama-ulama pondok di Kelantan dan ramai lagi

Ahli-ahli biasa juga ramai yang telah tinggal parti-parti lawan ini dan ramai pula yang menyertai UMNO atau dari luar menyokong BN.

Pepatah Melayu berkata "Tak kenal maka tak cinta." Tetapi setelah berkenalan dengan dekat pula mungkin berpeluang untuk melihat rupa yang sebenar - ternampak segala bintik-bintik di muka, herotnya hidung, sepetnya mata. Maka yang cantik dari jauh, ternampak tidak begitu cantik dari dekat bahkan terlalu hodoh untuk di cinta.

Mereka yang menyertai parti lawan dan mengenali pemimpin dari dekat akan tahu bagaimana ikhlas atau tidaknya pemimpin -pemimpin ini.

Nampaknya mereka tidak begitu tertarik dengan perjuangan orang-orang ini. Kegilaan pemimpin PKR untuk jadi Perdana Menteri membuat dia sanggup membuat apa sahaja. Perjuangan Anwar ini tidak berprinsip sama sekali. Bila nampak peluang baik untuk jadi Perdana Menteri jika menyertai UMNO dengan muka tebal ia masuk UMNO. Bila dia dikeluar dari UMNO, kecaman dan fitnah yang dilempar kepada UMNO tidak ada batasan. Segala yang diperjuang bersama UMNO dahulu dikatakan buruk belaka. Jika dahulu berlagak sebagai jaguh dalam memperjuangkan nasib orang Melayu, sekarang dengan suara yang tinggi mengecam orang Melayu kerana kononnya tidak adil kepada bukan Melayu.

Apabila ingin mendapat sokongan Amerika, maka perjuangan Yahudi dipertahankan. Amerika anggap Anwar sebagai jaguh yang berani melawan aliran di kalangan orang Islam. Tetapi apabila Anwar sedar akan kemarahan orang Islam terhadap pendiriannya, ia cuba nafi laporan berkenaannya. Katanya kenyataan mempertahankan Israel tidak dilapor dengan betul.

Rakan Anwar juga tidak senang dengan pendiriannya bersetuju dengan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT. Mereka juga tidak bersetuju dengan pendirian Anwar bahawa kalimah Allah boleh diguna oleh siapa sahaja. Mereka tidak pernah senang dengan tuduhan liwat terhadapnya walau apa pun keputusan mahkamah.

PKR pula didapati milik keluarganya walaupun menentang nepotisme. Sebagai penasihat parti, Anwar lebih berkuasa dari Presiden parti atau sesiapa lain dari pemimpin parti. Sikapnya sama dengan sikap pemimpin di Selatan kepada Malaysia.

DAP pula mendakwa yang parti itu adalah parti berbilang kaum. Tetapi majoritinya terdiri daripada kaum Cina dan jelas sekali ia parti rasis yang berusaha supaya orang Cina benci orang Melayu. DAP menentang segala usaha untuk mengimbangi kedudukan antara kaum. DAP berhasrat untuk melihat orang Cina bukan sahaja menguasai ekonomi negara tetapi politik juga. Dalam masa depan Malaysia tidak ada tempat bagi orang Melayu yang dikatakan bukan pemilik Tanah Melayu tetapi orang Melayu juga kaum pendatang seperti orang Cina. Tunku Abdul Aziz yang terpikat dengan multiracial DAP telah menyertainya. Tak lama. Apabila disedari rasisme parti itu dia pun keluar dan mendedahkan niat jahat DAP terhadap masa depan negara dan kaum-kaum lain.

Yang berbangsa Cina pun tentulah terpikat dengan DAP. Tetapi mereka juga tidak senang dengan kongkongan Kit Siang yang anggap DAP adalah milik keluarganya. Mereka ini juga kecewa dan keluar dari DAP.

Syurga

Kemudian Pas - kononnya parti Islam yang dahulu begitu tegas dengan hasrat untuk mendiri Negara Islam di mana hukum hududnya akan dilaksana ke atas orang Islam sahaja. Tanpa usul periksa, tanpa proses pengalihan yang mengikut lunas-lunas Islam, Pas mendakwa sesiapa tidak sokong Pas tidak Islam. Mengundi Pas menentukan syurga apabila mati. Kemudian Pas mendakwa UMNO kafir kerana berkerjasama dengan orang kafir.

Apabila Pas sedar ia tidak mampu meletakkan cukup calon untuk mendirikan kerajaan walaupun menang semua, maka Pas mengadakan kerjasama dengan DAP yang dimiliki oleh orang kafir. Dengan itu kafir telah kembali kepada Pas seperti yang dijanji Allah dalam al-Quran.

Sokongan DAP dan orang bukan Islam hanya boleh didapati jika hasrat Pas untuk mendiri negara Islam di mana hukum hudud dikuatkuasa, digugurkan. Maka dengan serta-merta, negara Islam ditukar menjadi negara kebajikan di mana hukum hududnya tidak akan dilaksanakan. Lebih dari itu kalimah Allah dipersetujui untuk diguna oleh siapa sahaja. Perjanjian bersama DAP dan PKR untuk ini ditandatangani oleh Haji Hadi, Presiden Pas. Dari ini adalah jelas perjuangan Pas hanya untuk undi daripada siapa sahaja.

Pemimpin lama dalam Pas nampaknya kecewa. Mereka tidak dapat terima dolak dalik pemimpin tertinggi Pas sekarang. Walaupun Pas kembali kepada hasrat mendirikan negara Islam, dengan hukum hudud Pas dan kalimah Allah hanya untuk Islam, tetapi ramai pemimpin dan ahli biasa berasa pemimpin mereka tidak ikhlas, tidak berpegang kepada prinsip perjuangan dan terlalu mudah tunduk kepada parti DAP khususnya. Lagi pun mereka sedar bahawa banyak sudah kenyataan pemimpin Pas yang tidak mencerminkan keislaman mereka.

Nik Aziz berkata Tuhan mencarut, Nabi Muhammad orang kampung biasa dan menjadi Nabi hanya setelah meningkat umur 40 tahun. Justeru itu tidak perlu merayakan hari kelahiran Nabi.

Tetapi dia sendiri memotong kek hari jadinya, hadiah daripada Karpal Singh. Kenapa boleh rai hari jadinya tetapi tidak boleh merayakan hari kelahiran Nabi. Apakah Nik Aziz apabila dilahir sahaja sudah menjadi Mursyidul Am Pas?

Sekarang Nik Aziz mendakwa bahawa sembahyang orang UMNO tidak dapat pahala. Di manakah dalam al-Quran atau Hadis yang berkata bahawa seorang orang biasa boleh tentukan siapa dapat pahala, siapa tidak. Ini adalah kuasa Allah SWT. Jelas dari ini dan dari dakwaan undi Pas menentukan syurga apabila mati, bahawa Nik Aziz pemimpin Pas cuba mengambilalih kuasa Allah SWT. Bagi orang yang mengucap Dua Kalimah Syahadat dan tidak menyekutukan Allah, mereka tetap Islam walaupun melakukan dosa. Kerana mereka tetap Islam, ibadat mereka dan solat mereka akan memberi pahala kepada mereka melainkan Allah SWT menolak ibadat mereka.

Dakwaan bahawa hanya orang yang menyertai Pas atau menyokong Pas sahaja yang Islam tidak berasas sama ada dalam surah atau ayat dalam al-Quran atau mana-mana hadis yang sahih. Pas hanya bergerak di Malaysia. Terdapat 1.6 billion lagi orang Islam berada di negara lain dan tetap tidak menyertai Pas. Apakah kerana itu mereka tidak Islam. Jika mereka tidak Islam maka jumlah orang Islam di dunia ini tinggal 800,000 sahaja, semuanya ahli Pas. Orang UMNO seramai 3 juta tentulah tidak Islam kerana tidak menyertai Pas.

Keangkuhan Pas mendakwa parti itu Islam dan Islam itu Pas, menafikan keislaman ibu bapa dan nenek moyang orang Pas sendiri kerana mereka juga tidak menjadi ahli Pas. Jika Pas itu Islam, maka Nabi Muhammad pun bukan Islam. Sesungguhnya keangkuhan Pas tidak ada batasan sama sekali.

Oleh itu, ramailah ahli dan pemimpin Pas yang sudah tinggalkan Pas. Hanya yang taksub dengan Nik Aziz, Haji Hadi dan Pas sahaja yang terus menyokong Pas. Mereka ini adalah dari puak Assabiah yang buta dan tuli.

Saya yakin ramai lagi dari penyokong parti DAP, PKR dan Pas akan celik mata dan terbuka hati untuk menerima kenyataan - iaitu parti-parti lawan ini hanya diperalat oleh pemimpin mereka yang tamak, yang berjuang untuk kepentingan diri, untuk jadi Perdana Menteri, untuk jadi YAB, YB dan mendapat elaun dan kuasa untuk diri mereka.

Masa sudah tiba untuk ahli-ahli parti-parti ini berpisah dari parti mereka dan kembali kepada perjuangan untuk bangsa, agama dan tanah air.

Nasib Mustafa

Posted: 13 Apr 2013 11:25 AM PDT

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

SELEPAS apa yang terjadi kepada beberapa pemimpin PKR berkaitan skandal video seks, ia menimpa pula pemimpin Pas. Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dikaitkan dengan adegan video seks yang tersebar panas dalam Internet.

Ahli-ahli Pas gempar. Berlegar desas-desus yang kuat bahawa ia adalah angkara parti dalam pakatan pembangkang. Mustafa melalui peguamnya menafikan pembabitan beliau tetapi rakyat Malaysia termasuk ahli Pas yang menontonnya, boleh menilai siapa orang dalam video itu.

Awang berpendapat, penjelasan Mustafa berhubung isu itu tidak cukup menyakinkan lalu membuka lebih banyak tanda tanya.

Beliau sepatutnya tampil dengan kenyataan bersama hujah lebih kukuh dalam penafiannya. Atau setidak-tidaknya menyatakan kesanggupan untuk menjalani ujian bercakap bohong, jika pun tidak mahu bersumpah laknat di masjid.

Memandangkan Pas merupakan parti berlabel Islam dan tidak sama dengan PKR maka parti itu perlu mengambil keputusan tepat dan dilihat lebih bertanggungjawab.

Adalah lebih wajar untuk Pas menjalankan siasatan dan mengarahkan Mustafa bercuti sementara daripada tugasnya. Itu salah satu pendekatan bagi meredakan keadaan.

Kini, kepimpinan Pas menghadapi tekanan akar umbi mahu Mustafa meletakkan jawatan demi menjaga maruah parti, lebih-lebih lagi menjelang PRU13 pada 5 Mei ini.

Dalam pada itu, Awang percaya Majlis Syura akan bertindak. Jika badan tertinggi Pas itu menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri kerana isu moral dan biseksual, pertimbangan yang sama juga boleh diguna pakai ke atas Mustafa.

Jika tidak, apa bezanya antara PKR dan Pas. Lagi pun, Awang percaya Mustafa bukan seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Faezah Elai kembali aktif

Posted: 13 Apr 2013 12:32 PM PDT

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto SYEFRY MONIZ
Mekap REEN

Dealova Heyrinna pelengkap hidup Faezah Elai dan suami, Heykal.

TIADA istilah persaingan jika saya kembali aktif berlakon. Itu semua terletak pada rezeki," kata pelakon Faezah Elai selepas menyatakan hasrat untuk berlakon semula pada pertemuan baru-baru ini.

Malah pelakon filem Tanda Putera ini cukup bersemangat untuk menyaingi pendatang baru yang dikatakan menjadi pilihan utama kebanyakan penerbit drama dan filem tempatan.

Baginya, soal pilih kasih sebegitu bukan menjadi masalah besar kerana yang penting kemampuan pelakon itu sendiri yang menjadi pertaruhan.

Begitu juga setelah menjadi ibu selepas melahirkan anak sulongnya Dealova Heyrinna yang tidak dianggap penghalang untuk Faezah menzahirkan impiannya.

Faezah sudah bersedia untuk kembali berlakon kerana tempoh berehat panjang kira-kira lapan bulan sejak Jun tahun lalu itu sudah cukup lama.

Kini adalah masa paling tepat untuk dia bangkit dan menyambung semula kerjayanya sebagai pelakon.

"Memang saya terlalu rindukan dunia lakonan. Sekalipun bercuti panjang, saya tetap menonton drama, filem tempatan dan antarabangsa bagi mengubati kerinduan. Alhamdulillah impian saya itu tercapai. Insya-Allah saya akan kembali berlakon drama pada minggu depan," kata Faezah yang masih merahsiakan judul drama pertama selepas menjadi ibu itu.

Faezah berkata dia juga bertuah kerana mendapat restu suaminya, pengarah drama Mohamad Heykal Mohd. Hanifah untuk kembali berlakon. Bagaimanapun dia perlu bijak membahagikan masa dalam kerjaya dan rumah tangga.

Anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini juga perlu memastikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu diberi keutamaan.

Masih tidak percayaMENGIMBAS kembali detik cemas sebelum melahirkan anak pada 6 Februari lalu di sebuah hospital di ibu kota, Faezah mengakui itu adalah pengalaman berharga untuk dirinya.

Biarpun sudah hampir dua bulan berlalu, Faezah masih merasai debaran tersebut setiap kali memandang wajah anaknya.

"Sebenarnya saya sendiri tidak percaya sudah bergelar ibu sejurus selepas melahirkan Dealova secara normal. Rasa sakit dan penat terus hilang apabila kali pertama menatap wajahnya. Perasaan itu sangat menakjubkan," katanya yang memilih nama Dealova kerana terpikat dengan senikata lagu penulis lirik dari Indonesia, Opick yang mempunyai mesej ketuhanan.

Tetapi dia tidak mahu Dealova mengikut jejak langkah sebagai pelakon sebaliknya mengharapkan buah hatinya itu memilih kerjaya yang lain.

Ini kerana Faezah tidak mahu Dealova turut sama merasai keperitan menjadi pelakon yang penuh dengan ranjau berduri seperti yang dilalui dirinya.

Menafikan kerjaya sebagai pelakon itu tidak ada standard namun apa yang diinginkan Faezah adalah masa depan lebih cerah buat anak kesayangannya itu nanti.

Sedia bergelar isteri

Posted: 13 Apr 2013 12:32 PM PDT

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto SYEFRY MONIZ

SUKAR menyelami hati pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Pekin Ibrahim. Ini kerana wanita yang menggunakan nama pentas Uqasha Senrose itu mengambil pendekatan menutup mulut. Dia tidak mahu melayan cerita itu biarpun kini menjadi topik perbualan peminat industri hiburan.

Lebih-lebih lagi sejak tersebar gambar mereka berpegangan tangan ketika bercuti di Phuket, Thailand baru-baru ini. Bagaimanapun pelakon ini menegaskan bahawa hubungan dengan pelakon Pekin sekadar kawan sahaja. Ini adalah jawapan stereotaip artis kita sejak lama dulu walaupun ke tahap berpegangan tangan.

Uqasha lebih banyak berdiam diri daripada memberi komen tentang hubungannya dengan Pekin kerana mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Menyedari dia baru sahaja bertapak dalam industri hiburan, Uqasha tidak mahu hubungan dengan Pekin menenggelamkan cerita kerjayanya yang sebenarnya tidak banyak untuk diperkatakan. Dia juga tidak mahu masyarakat menuduhnya menggunakan Pekin sebagai batu loncatan untuk menempa populariti dalam dunia hiburan.

Lagi pun hubungan Uqasha dengan Pekin masih baru dan terlalu awal untuk diramal apalagi untuk dikongsikan dengan khalayak. Uqasha tidak mahu masyarakat membuat andaian hubungannya dengan Pekin hanya berdasarkan gambar-gambar berpegangan tangan yang tersebar itu. Barangkali ini membuktikan wujud persepsi bahawa artis berbeza dengan orang biasa dalam bab tata susila hubungan antara lelaki dan wanita.

Sebenarnya hubungan kami ini tidak menjadi buah mulut sehinggalah penyebaran gambar percutian keluarga Sha dengan Pekin di Phuket baru-baru ini.

Ramai orang salah faham apabila melihat seolah-olah kami bercuti bersama. Sebenarnya keluarga Sha yang sampai dahulu di Phuket. Pekin datang kemudian dan sebagai tetamu keluarga Sha. Jadi tidak salah bukan kalau kami jalan-jalan bersama semasa di sana. Malangnya gambaran sebaliknya berlaku seolah-olah Sha bercuti berdua sahaja," tegas wanita yang membahasakan diri Sha ini.

Mengulas tentang alasan yang membuatkan pelakon berusia 21 tahun ini untuk tidak mahu memanjangkan cerita mengenai hubungannya dengan Pekin, Uqasha berkata, soal itu tidak wajar dibincang secara terbuka kerana membabitkan maruah keluarga kedua-dua pihak.

Sebagai wanita bujang yang masih berpegang dengan adat dan norma Timur juga tambahnya, agak kurang manis untuk berbicara secara terbuka tentang kisah cinta dengan seseorang jejaka.

Oleh sebab itu Uqasha senang memilih untuk menutup mulut kerana khuatir kenyataan yang dikeluarkan bakal mengundang rasa kurang senang masyarakat sekeliling.

Bagaimanapun dalam berdiam diri itu, Uqasha tidak keberatan untuk berkongsi sebab mengapa dia selesa berkawan dengan aktor berwajah manis itu.

Menurutnya besar kemungkinan mereka rapat disebabkan mempunyai latar belakang dari satu negeri yang sama iaitu Kelantan.

Sebenarnya Pekin berasal dari Kota Bharu. Sha pula ada ramai sanak saudara dari Pasir Puteh dan beberapa tempat di negeri Cik Siti Wan Kembang," ujarnya lagi.

Terima jodoh

Berbicara soal jodoh, bekas pramugari syarikat penerbangan murah itu tidak menolak kemungkinan sekiranya bakal menamatkan zaman bujangnya pada masa terdekat.

Bahkan Uqasha memberitahu sudah bersedia memikul tanggungjawab isteri seandainya dipertemukan dengan calon suami terbaik dan bersesuaian.

Lebih utama, syarat yang dititikberatkan adalah bakal suaminya perlu pandai mengambil hati ibu dan bapanya yang merupakan tulang belakangnya. Bagi anak kedua dari tujuh beradik ini restu ibu bapa amat diutamakan dalam memastikan ikatan perkahwinannya berpanjangan.

Ciri-ciri lelaki idaman Sha adalah seorang bertanggungjawab, mengambil berat dan penyayang. Sha tidak kisah berkahwin muda.

Cuma masalah sekarang ini Sha kena cari calon suami yang betul-betul sesuai. Kalau boleh Sha mahu hubungan tersebut berpanjangan sehingga ke hujung nyawa.

Ada orang cakap yang Sha masih terlalu muda untuk memikirkan soal kahwin. Takut nanti tidak terkejar mahu bekerja dan menguruskan rumah tangga.

Apa pun sebagai hamba-Nya, Sha berdoa agar dipertemukan dengan calon suami yang terbaik dan mampu membimbing Sha nanti," ujarnya tanpa berselindung.

Ketika diusik sama ada wujud ciri-ciri lelaki idaman pada Pekin, anak kelahiran Kuala Lumpur ini sekadar tersenyum malu tanpa memberi sebarang jawapan pasti.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Dunia Hot Wheels Santonie

Posted: 13 Apr 2013 12:32 PM PDT

SANTONIE sanggup menghabiskan masa seharian bagi memastikan rekaannya berkualiti seperti yang dikehendaki.

SAMA seperti peminat fanatik permainan Hot Wheels yang lain, Santonie Parson mengumpul sehingga beribu-ribu buah kenderaan Hot Wheels sejak dari kecil lagi.

Namun, minatnya terhadap mainan keluaran Mattel itu melangkaui kemampuan kebanyakan penggemar yang lain apabila dia menjadi mekanik dengan mereka kembali Hot Wheels mengikut imaginasinya.

Melihat hasilnya amatlah mengagumkan kerana kehalusan pembuatan semula Hot Wheels oleh Santonie sama seperti yang berada di pasaran malah tidak keterlaluan jika menyatakan rekaannya lebih kreatif.

Masakan tidak, Santonie yang aktif dalam Persatuan Cat Air Malaysia dikenali di kalangan penggemar tegar Hot Wheels di luar negara malah rekaannya pernah dijual sehingga mencecah US$500(RM1,517) kepada seorang pengumpul Hot Wheels di Brazil.

"Jika tiada gangguan, saya boleh menghabiskan membuat kembali Hot Wheels sebanyak tiga biji, bergantung kepada rekaannya.

"Bagi saya, mereka cipta kembali Hot Wheels lagi susah daripada mainan lain kerana saiznya yang terlalu kecil," ujar Santonie yang turut aktif menyertai Hot Wheels Collectors Malaysia (HWCM).

Terang Santonie, proses mereka cipta kembali Hot Wheels bermula dengan menanggalkan bahagian-bahagian yang boleh ditanggal termasuk pelekat.

Rangka badan kenderaan itu kemudian direndam dengan asid penanggal cat dan kemudian dicatkan dengan warna putih atau perak.

Rekaan baru yang dihasilkan menggunakan aplikasi komputer Adobe Illustrator dan AutoCad bagi mendapatkan ukuran yang tepat dicetak pada pelekat khas yang begitu halus lalu dipotong serta ditampal dengan penuh berhati-hati.

Hot Wheels rekaan Santonie yang dijual bermula harga US$50 (RM151) itu turut disembur dengan cat berus angin mengikut rekaan yang dikehendaki.

Santonie turut melakukan penambahan pada rangka Hot Wheels bahagian dalam, roda mahupun pada enjinnya menggunakan bahan seperti 'putty', plastik dan bahagian-bahagian Hot Wheels yang berbeza.

Bahagian-bahagian yang sudah dipotong dan tidak digunakan disimpan rapi oleh Santonie di dalam 'bengkelnya' kerana ia akan digunakan pada rekaan yang lain.

"Bagi saya, hobi mengumpul Hot Wheels bukanlah perkara yang merugikan kerana ia murah dan sentiasa mempunyai rekaan terbaru untuk diburu.

"Bila ada perjumpaan seperti yang dianjurkan HWCM, senang membawa koleksi untuk dibincangkan bersama-sama pengumpul lain kerana saiznya yang kecil," ujarnya yang turut mengumpul pelbagai permainan lain seperti Ghost Buster dan Mask Rider terutamanya yang meninggalkan memori ketika kecil.

Wan Huzairil lali tohmahan

Posted: 13 Apr 2013 12:32 PM PDT

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my
Foto SYEFRY MONIZ
Solekan MEA SUKRI (0163350056)

ANTARA piala-piala yang pernah dimenanginya sepanjang bergelar pereka fesyen.

NAMA pereka fesyen tempatan yang berbakat besar ini, Wan Huzairil Wan Hussein disebut-sebut dua tahun lalu dek kerana rekaannya yang dipakai seorang artis jelita menggegarkan dunia hiburan.

Gaun rona emas yang menyaluti tubuh halus Miera Liyana sememangnya cantik dan eksklusif.

Namun, bukan keindahan dan kehalusan rekaannya yang menjadi sebutan, sebaliknya keseksian potongan gaun tersebut yang mendedahkan sebahagian daripada isi payu daranya pada majlis Malam Gala Rafflesia dan Mandalay di ibu negara ketika itu.

Kemudian, namanya sekali lagi menjadi bualan ramai apabila gaun hitam yang disarung penyanyi Amanda Imani yang terdedah di bahagian belakangnya dikatakan terlalu seksi.

Sedikit sebanyak, namanya tercalar dek kontroversi ini dan ada suara-suara sumbang yang mengatakan Wan Huzairil sengaja berbuat demikian demi publisiti.

Realitinya, Wan Huzairil tidak perlu mencipta kontroversi sedemikian kerana dia sudah berkecimpung secara serius lebih 19 tahun dalam dunia rekaan fesyen.

Malah, graduan pengajian Diplome de Proffesuer in Moulage dan Diplome de Proddesuer in Fashion Design di Esmod Paris, Bangkok ini sendiri sudah menempa namanya di Thailand dan turut menjadi perunding kepada kerabat raja Thailand.

Tidak kisah dan lali dengan tohmahan orang ramai, akui juara sulung Anugerah Fesyen Jarum Berlian Utusan Malaysia (AFJBUM), kebanyakan rekaannya sememangnya berimej seksi terutama bila ditonton masyarakat Malaysia.

"Saya tahu masyarakat susah menerima rekaan saya kerana dikatakan terlalu berani dan saya juga tidak mahu hipokrit, saya mengaku rekaan saya memang seksi.

"Sebelum menghasilkan sesuatu baju, saya akan mendapatkan kebenaran pelanggan di peringkat rekaan dan mereka faham dengan apa yang bakal dihasilkan.

"Saya menghormati agama dan budaya kita tetapi dalam masa yang sama, saya agak terkilan kerana rekaan fesyen wanita menjadi terhad.

"Selepas kontroversi itu, saya pernah mencuba mereka fesyen Islamik selama setahun dan turut menyertai Festival Fesyen Islamik.

"Namun saya tidak mendapat kepuasan dalam berkarya," ujar Wan Huzairil yang kini beralih menumpukan perhatiannya kepada rekaan fesyen lelaki pula.

Jarum Berlian Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pereka fesyen berasal dari Kelantan ini merupakan juara sulung bagi AFJBUM pada tahun 1998 anjuran majalah fesyen terkenal ketika itu, Rias.

Ketika itu, dia yang baru tamat pengajian di Thailand menyertai pertandingan yang julung kali diadakan.

Ilmu dalam teknik potongan 'moulage' iaitu teknik potongan bagi couture Perancis yang dipelajarinya ketika di Bangkok digunakan dalam rekaan gaunnya berserta teknik sulaman baba dan nyonya yang berjaya menangkap mata para juri.

Sejak itu, namanya mula dikenali ramai di samping ramai yang membuka mata kehadirannya lalu mendapatkan perkhidmatan rekaan Wan Huzairil.

Antara artis yang sering bekerjasama dengannya ialah Nasha Aziz, Anita Sarawak, Misha Omar, Fouziah Gous, Zin Saidin, Talha Haris dan Fizz Fairuzz.

"AFJBUM sememangnya platform yang hebat suatu ketika dahulu dan ia banyak memperkenalkan pereka fesyen yang baru bermula.

"Sayangnya ia tidak lagi diadakan kerana bagi saya AFJBUM dapat meningkatkan lagi persaingan dan memantapkan industri fesyen tanah air," ujarnya yang turut mendapat tempat ketiga bagi pertandingan mencipta pakaian pengantin majalah Wanita pada tahun 1994.

Dia juga pernah memenangi anugerah di luar negara seperti Pelajar Luar Negara Terbaik dan Rekaan Korset Terbaik di universitinya pada tahun 1997.

Fesyen lelaki Kini, lebih menumpukan kepada fesyen lelaki, Wan Huzairil bakal memperkenalkan koleksinya iaitu 1H.

Rekaan sedia dipakai itu banyak bermain dengan warna terang serta bercorak kotak-kotak bagi memberi pilihan yang lebih berani kepada lelaki.

Dia sengaja membawa warna-warna ceria menggantikan warna kusam yang sering digayakan lelaki kerana ramai yang masih tidak berani mencuba pelbagai fesyen.

Rekaannya bakal diperagakan oleh The Red Warriors (TRW) malah dia juga ada mereka fesyen sut untuk pasukan bola sepak Kelantan itu.

"Lelaki di Malaysia kurang berani berfesyen seperti di negara-negara lain.

"Maka saya mahu mencipta sesuatu untuk mereka membuktikan tiada apa yang perlu ditakuti dengan fesyen berwarna-warni kerana ia membuatkan seseorang lebih bergaya dan berkeyakinan.

"Kebanyakan gaya 1H diinspirasi daripada fesyen di Thailang kerana mereka di sana sudah lama berani berfesyen," ujarnya yang juga merupakan perunding rekaan Batik Desa Murni, Kuala Terengganu.

Masa untuk rakanSesungguhnya, untuk mendapatkan masa pereka fesyen ini bagi sesi temuramah bukanlah mudah.

Jadual waktunya sentiasa penuh dengan tugasan di dalam dan luar negara sehinggakan dia sendiri sukar mencari masa untuk bersantai.

Boleh dikatakan setiap minggu, hanya dua hari sahaja dia berasa di Kuala Lumpur, sehari di Kelantan dan selebihnya diperuntukkan di negara jiran, Thailand.

Wan Huzairil sering terbang ke Thailand kerana terlibat dengan beberapa perniagaan dan projek dan kebanyakannya melibatkan ibu angkatnya yang menguruskan sekolah fesyen di sana.

"Selalunya pelanggan saya perlu datang ke rumah saya kerana masa yang suntuk.

"Jika adapun masa lapang, saya akan menghabiskannya bersama-sama rakan baik yang menyokong saya dari dulu.

"Selalunya kami akan pergi membeli-belah dan karaoke.

"Jika saya berada di Kuala Lumpur dan perlu bekerja, saya akan mengheret rakan baik saya sekali," ujarnya yang banyak dipengaruhi rekaan Alexander McQueen dan John Galliano.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Syabas lipat ganda usaha

Posted: 12 Apr 2013 11:37 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusan.com.my

Beberapa kakitangan Syabas giat melaksanakan kerja-kerja baik pulih paip besar yang pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, sehingga menjejaskan bekalan air kepada setengah juta pengguna di Lembah Klang.

KUALA LUMPUR 12 April - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) membuka Pusat Khidmat Setempat (PKS) di empat buah lokasi strategik bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat dan bantuan mengenai gangguan bekalan air yang dihadapi.

PKS tersebut termasuklah di Rukun Tetangga Seksyen 2 Desa Setapak, Pasaraya Hero di Taman Dagang Ampang, Pasaraya Giant di Setiawangsa dan tempat letak kereta bersebelahan Plaza Spektrum di Jalan Wawasan 4/7 Bandar Baru Ampang.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, bagaimanapun jumlah PKS tersebut akan ditambah mengikut keperluan ekoran masalah gangguan bekalan air itu dijangka berlarutan sehingga Rabu depan.

"Kerja-kerja pembaikan paip pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, dijangka selesai malam ini walaupun kami menghadapi pelbagai masalah termasuk cuaca hujan sehingga kerja-kerja baik pulih terpaksa ditangguh.

"Apabila siap dijangka bekalan air akan disalurkan secara berperingkat ke kawasan terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi menjelaskan perkembangan terkini berhubung gangguan air di PKS Rukun Tetangga Seksyen 2 Desa Setapak di sini, hari ini.

Kelmarin paip besar berukuran 2,000 milimeter dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, akibat hujan lebat malam.

Berikutan itu kira-kira setengah juta pengguna melibatkan 82 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai terus mengunjungi PKS Rukun Tetangga Seksyen 2, Desa Setapak di sini bagi mengemukakan aduan dan mendapatkan penjelasan berhubung gangguan tersebut.

Abdul Halem menambah, sehingga ke hari ini sebanyak 38,000 panggilan daripada orang ramai yang cuba menghubungi talian bebas tol Syabas.

"Oleh kerana itu, PKS dibuka sebagai alternatif kepada orang ramai bagi mendapatkan status terkini mengenai gangguan tersebut," katanya.

PRU-13: Veteran tentera tangkis hasutan bekas pegawai tinggi

Posted: 12 Apr 2013 11:37 AM PDT

SHAH ALAM 12 April - Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) akan menangkis cubaan beberapa bekas pegawai tinggi tentera yang kini menyertai pakatan pembangkang untuk menghasut 185,000 ahlinya di seluruh negara supaya membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Mohd. Sabri Abd. Malek berkata, pihaknya akan memberikan penerangan kepada semua ahli PVTTB agar tidak terpengaruh dengan hasutan yang dilemparkan oleh bekas-bekas pegawai tinggi tentera terbabit yang boleh dianggap sebagai pembelot.

''Mereka (bekas pegawai tinggi tentera) merupakan golongan yang tidak bersyukur dengan kemudahan dan faedah yang diperoleh daripada kerajaan BN semasa berkhidmat dan mendapat pencen sebagai pegawai berbanding kami yang hanya anggota biasa.

''Jadi PVTTB akan menangkis semua hasutan dan maklumat tidak betul yang mereka canangkan kepada rakyat terutama anggota persatuan termasuk semasa sesi ceramah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelepasan Konvoi Ekspedisi Nostalgia Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang disempurnakan Datuk Paduka Hanafi Sulaiman, mewakili Penaung PVTTB, Datuk Seri Noh Omar di Dataran Shah Alam di sini petang ini.

Sebanyak 40 buah kenderaan menyertai ekspedisi tersebut yang akan menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan acara penutup akan diadakan di Tanjung Karang dekat sini, 4 Mei ini.

Mengenai ekspedisi tersebut, Mohd. Sabri berkata, pihaknya akan memberikan penerangan kepada ahli-ahli PVTTB tentang manfaat yang telah diberikan kerajaan BN kepada veteran tentera selama ini termasuk bantuan RM1,000 yang diterima oleh mereka baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menerangkan rancangan masa depan PVTTB untuk membantu ahli-ahli dan keluarga mereka dari segi kebajikan dan sebagainya termasuk permohonan mendapatkan elaun sara hidup RM500 yang sedang dipertimbangkan kerajaan BN.

''Kita amat menyanjung tinggi dan berterima kasih terhadap sokongan kerajaan BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membela golongan tentera tidak berpencen selama ini.

''Kita mendoakan kerajaan BN akan terus memerintah agar rakyat dan ahli-ahli PVTTB dapat terus menikmati kemudahan dan kemakmuran yang dikecapi selama ini," katanya.

Aplikasi OSC 1Submission mudahkan urusan permohonan permit pembinaan

Posted: 12 Apr 2013 11:37 AM PDT

Ahmad Phesal Talib (tengah) menandatangani plak sebagai simbolik perasmian stesen minyak Petronas yang menggunakan aplikasi OSC 1Submission di KM 2.95 Penchala Link arah Damansara, di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 12 April -Permohonan projek berskala kecil bukan kediaman di ibu negara yang menggunakan aplikasi sistem pusat setempat OSC 1 Submission hanya akan mengambil masa kurang daripada 100 hari untuk diproses.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, proses kerja mengikut garis panduan itu juga hanya meliputi 10 prosedur berbanding 32 sebelum ini.

Menurutnya, inisiatif itu diperkenalkan bukan sahaja memudahkan urusan permohonan permit, bahkan memperlihatkan kecekapan DBKL dan agensi kerajaan terlibat.

"Prosedur yang diperkenalkan itu amat berkesan dan dianggotai beberapa pihak termasuk Indah Water Konsortium Sdn. Bhd (IWK), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Bomba dan Penyelamat selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan stesen minyak Petronas di KM2.95 Penchala Link arah Damansara yang merupakan projek pertama yang menggunakan OSC 1Submission di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi bersama Pasukan Petugas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah), Tan Sri Yong Poh Kon dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Aminul Rashid Mohd. Zamzam.

Tambah Ahmad Phesal, beberapa projek lain juga akan dilaksanakan mengikut prosedur itu selepas ini termasuk pembinaan Perpustakaan 1Malaysia, surau dan beberapa dewan di sekitar Kuala Lumpur.

Sementara itu, Poh Kon berkata, stesen minyak tersebut diluluskan permit pembinaannya dengan lebih cepat , mudah dan menjimatkan kos sehingga RM20,000.

"Malah ia memberi faedah kepada semua pihak pemohon (PSP) yang berurusan kerana ia lebih cepat dan menjimatkan masa," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pas, DAP parti pelampau - MB

Posted: 12 Apr 2013 11:37 AM PDT

ABDUL Ghani Othman (tiga dari kiri) melihat geran tanah yang diterima oleh penduduk dalam majlis Jalinan Mesra Bersama Rakyat Kampung Hang Tuah, Melepang dan Termil serta Penyampaian Hak Milik Geran Tanah Kurnia Jaya Mukim Gersik di Balai Raya Kampung Melepang, di Ledang, Johor semalam.

LEDANG 12 April - Pas dan DAP adalah dua parti pelampau yang harus ditolak kerana perjuangan mereka boleh membawa kehancuran kepada rakyat Johor jika dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelak.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Pas sebagai pelampau Islam dan DAP pelampau Cina ketika ini saling ingin menguasai antara satu sama lain bagi mengukuhkan pendirian dan perjuangan melampau masing-masing.

"Antara perbuatan melampau Pas ialah mengkafirkan dan kata solat orang UMNO (tidak sah) juga jika sokong Barisan Nasional (BN) tidak dapat pahala. Apa yang dia cakap bukan sahaja melampau, tetapi keterlaluan. Ini kita tidak boleh terima sama ada Pas atau DAP.

"Soal pahala, syurga, neraka, Islam atau tidak Islam bukan kita tentukan, hanya Tuhan yang tahu. Pas tuduh kita (tetapi) bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan DAP? Orang Cina juga kena faham, DAP pun melampau tetapi dalam hal lain," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis Jalinan Mesra Bersama Rakyat Kampung Hang Tuah, Melepang dan Termil serta Penyampaian Hak Milik Geran Tanah Kurnia Jaya Mukim Gersik di Balai Raya Kampung Melepang, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ledang, Ir. Hamim Samuri dan Setiausaha Badan Perhubungan MIC Johor, M. Asojan.

Abdul Ghani berkata, rakyat Johor terutamanya Melayu adalah orang yang sederhana dan sama sekali tidak dapat menerima perjuangan melampau dan radikal seperti itu yang bertentangan dengan norma-norma hidup mereka.

"DAP katanya lebih menguasai Pas dan parti itu pula berkata mereka lebih mengusai DAP. Inilah yang mereka nak ubah, kerajaan yang nak diwujudkan antara (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang, Datuk Nik Aziz (Nik Mat), Mohamad Sabu, Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng," katanya.

Beliau berkata, perubahan yang dilaung-laungkan oleh Pas sebenarnya sudah berlaku iaitu parti itu sendiri mengetepikan perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan demi kepentingan politiknya.

Jelas Abdul Ghani, adalah sesuatu yang dangkal apabila Pas menggunakan alasan bahawa penubuhan negara Islam tidak ada dalam al-Quran semata-mata mahu mengeliru dan memujuk penyokong mereka menerima negara kebajikan.

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) katanya, kini sudah tidak relevan lagi dengan arus perkembangan politik negara.

Allianz anjur kempen pemanduan selamat

Posted: 12 Apr 2013 11:37 AM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI
AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

JENS Reisch (empat dari kiri) bersama para pegawai Allianz Malaysia Berhad dan model kereta lumba F1 Petronas dalam Kempen Formula One bertemakan Pemanduan Selamat di kompleks beli-belah City Square dan Danga City Mall, Johor Bahru, Johor semalam.

JOHOR BAHRU 12 April - Syarikat Insurans, Allianz Malaysia Berhad (Allianz) menganjurkan Kempen Formula One bertemakan Pemanduan Selamat bermula hari ini hingga Ahad di kompleks beli-belah City Square dan Danga City Mall di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jens Reisch berkata, kempen bertemakan pemanduan selamat itu bertujuan mendekati orang ramai bagi menyampaikan mesej keselamatan dalam pemanduan Formula One, selain pengurusan risiko serta keselamatan pemandu.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa menyokong secara aktif segala program kesedaran keselamatan jalan raya menerusi kempen advokasi keselamatan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

"Program yang diadakan ini merupakan sebahagian daripada usaha Allianz untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat bagi mengamalkan gaya pemanduan selamat," katanya semasa merasmikan program itu di kompleks beli-belah City Square hari ini.

Reisch berkata, kempen selama tiga hari itu menyediakan pelbagai acara menarik kepada para pengunjung termasuk simulasi pemanduan Formula One bagi membolehkan mereka merasai sendiri bagaimana menjadi salah seorang pemandu sukan permotoran itu.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang mengambil gambar bersama piala di atas podium serta replika kereta Formula One yang disediakan.

"Kami turut menyediakan zon kanak-kanak khusus untuk mereka mempelajari tentang keselamatan jalan raya secara interaktif, selain berpeluang menaiki kereta bersaiz mini dan memandu di kawasan khas yang mempunyai tanda-tanda jalan berbeza.

"Kanak-kanak ini akan dibimbing oleh kakitangan kami dan selesai memandu, mereka akan diberikan lesen memandu khas dan dikenali sebagai duta keselamatan jalan raya," katanya.

Pihaknya bersama JKJR akan mengadakan kempen advokasi keselamatan Ahad ini di kompleks beli-belah Danga City Mall bermula 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pada kempen itu, orang ramai boleh menukar topi keledar lama mereka dengan yang baharu bagi menjamin keselamatan ketika menunggang motosikal.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved