Selasa, 22 April 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Ujian air kencing pemandu bas bermula

Posted: 22 Apr 2014 09:44 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 April - Operasi pemeriksaan ujian air kencing yang diwajibkan terhadap semua pemandu bas ekspres di seluruh negara seperti diumumkan kerajaan semalam telah dilakukan di empat terminal bas utama sekitar ibu negara hari ini.

Lokasi terbabit ialah Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, terminal bas Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL), Jalan Pudu, Hentian Putra dan Terminal Bas Genting Highlands, Pahang.

Tinjauan Utusan Malaysia di Hentian Putra di sini mendapati beberapa anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melakukan ujian tersebut bermula pukul 8 pagi hingga 10.30 pagi ini.

Turut hadir memantau operasi di lokasi berkenaan ialah Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa JPJ Kuala Lumpur, Shahrul Azhar Mat Dali. - UTUSAN ONLINE

Polis tahan wanita, syabu, heroin dirampas di Simpang Kuala

Posted: 22 Apr 2014 09:43 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pelarian Syria di Turki mencecah satu juta orang

Posted: 22 Apr 2014 10:46 AM PDT

ANKARA 23 April - Perdana Menteri Tukri memberitahu, jumlah pelarian Syria yang berada di negara ini sudah hampir mencecah satu juta orang, sambil berikrar akan sentiasa menerima kehadiran mereka ke negara ini.

"Perlukah saya memberitahu saudara-saudara kita ini supaya tidak datang ke negara ini dan sebaliknya mereka harus mati di Syria," jelas Recep Tayyip Erdogan di Dewan Rakyat.

Awal bulan ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih satu juta pelarian Syria yang berdaftar berada di Lebanon dan jumlah mereka semakin bertambah setiap hari. - AFP

AS sokong tindakan Ukraine tangani kemelut politik

Posted: 22 Apr 2014 10:45 AM PDT

KIEV 23 April - Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberitahu pemimpin Ukraine bahawa, pihaknya akan sentiasa menyokong mereka khususnya dalam menentang 'ancaman yang memalukan', selain mengalakkan Ukraine membasmi gejala rasuah bagi membina semula kerajaan baharu.

Biden berkata, beliau membawa mesej dari Presiden Barack Obama yang akan sentiasa menyokong perjuangan mereka untuk melakukan perubahan.

"Ini merupakan peluang untuk menyatukan semula Ukraine, menuju ke jalan yang benar. Kami mahu menjadi rakan dan sahabat dalam projek ini. Kami sudah bersedia untuk membantu," ujar Biden ketika mengadakan lawatan ke ibu negara ini, hari ini. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bekas ratu cantik gagal henti suami kemuka petisyen cerai

Posted: 22 Apr 2014 11:39 AM PDT

Kiri Khoo Kay Peng, Pauline Chai

PUTRAJAYA 22 April - Seorang bekas ratu cantik Malaysia yang kini menetap di England gagal dalam rayuan untuk menghalang suaminya, seorang jutawan terkemuka daripada membawa petisyen penceraian ke mahkamah sivil negara ini.

Perkara itu berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof yang bersidang bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk David Wong Dak Wah ketika menolak rayuan Pauline Chai Siew Pin, 67.

Kuorum berkenaan berpuas hati Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika memutuskan isu pemastautin pasangan tersebut dan perkara berkaitan bidang kuasa mahkamah mana yang akan mendengar petisyen yang dikemukakan oleh Tan Sri Khoo Kay Peng.

Panel tersebut berpendapat, dapatan fakta oleh hakim bicara yang memihak kepada jutawan berkenaan, mengandungi banyak pertikaian.

Mahkamah Rayuan berpuas hati isu pemastautin yang dibangkitkan kerana jutawan itu mempunyai perniagaan di sini, dokumen-dokumen mengandungi bukti keterangan difailkan di sini manakala saksi-saksi yang akan dipanggil dalam kes itu berada di ibu negara.

Selain itu, mahkamah berpuas hati ahli perniagaan itu memilih untuk menetap di negara ini dan kini tinggal di Ampang, dekat sini.

Kay Peng merupakan Pengerusi Malaysian United Industries dan mempunyai harta di London, Kuala Lumpur dan Sydney selain 40 peratus saham dalam Laura Ashley serta Pengarah Corus Hotels Limited.

Sehubungan itu, panel tersebut memerintahkan isu pemastautin dan bidang kuasa mahkamah mana yang mendengar petisyen itu, dikembalikan ke Mahkamah Tinggi dan didengar oleh seorang hakim lain.

Pauline diwakili oleh peguam K. Shanmuga manakala Y.N. Foo mewakili jutawan tersebut.

Pauline tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Disember tahun lalu yang memutuskan suaminya boleh mengemukakan petisyen penceraian di sini walaupun wanita tersebut kini bermastautin di England.

Mahkamah Tinggi juga mendengar permohonannya untuk menangguhkan keputusan mahkamah lain yang membenarkan suaminya untuk tidak bertemu dengan badan pendamai di London bagi menyelamatkan perkahwinan mereka.

Permohonan ibu kepada lima orang anak itu ditolak.

Dalam permohonan bagi membantah Mahkamah Tinggi daripada mendengar petisyen penceraian itu, Pauline menyatakan bahawa dia bukan lagi pemastautin negara ini dan menetap di England sejak 1980.

Pauline yang merupakan bekas Miss Malaysia/International 1969 menyatakan, mahkamah di sini tidak mempunyai bidang kuasa mendengar petisyen tersebut dan ia hanya boleh didengar oleh mahkamah di sana.

Kes cerai Fiza , Adam 28 April

Posted: 22 Apr 2014 11:39 AM PDT

SHAH ALAM 22 April - Kes permohonan cerai secara baik yang difailkan oleh pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza dan penyanyi, Adam akan didengar buat pertama kali pada 28 April ini di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Sumber memberitahu, Fiza memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan kes akan didengar di hadapan Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 33, didakwa memfailkan permohonan itu pada 16 April lalu.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu mula diperkatakan awal bulan ini selepas Fiza memadam gambar Adam di laman sosial Instagram.

Fiza dan Adam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sebaliknya memberitahu rumah tangga mereka tidak bermasalah.

Semalam, Fiza mengemas kini Instagram dengan sekeping gambarnya bertelekung dengan tulisan dia memohon semua pihak memahami situasinya dan enggan menjawab sebarang persoalan mengenai rumahtangganya.

Adam dan Fiza berkenalan dua bulan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin di Pejabat Jabatan Agama Islam (JAIS) di sini pada 26 September 2013.

Perkahwinan itu merupakan yang kedua bagi Fiza selepas berpisah dengan bekas suami, Ahmed Fariq Zainul Abidin pada 2010.

Bersama bekas suaminya, Fiza mempunyai dua cahaya mata, Ferra Aryana Ahmed Farriq, 6, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 5.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


RM50 jika lapor premis kotor

Posted: 22 Apr 2014 11:40 AM PDT

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanktn@gmail.com

Zulkifli Yaakob (tengah) menyampaikan pelekat penggredan kebersihan gerai kepada seorang pengusaha makanan (kiri) dalam majlis perasmian Gerai Bersih 2014 di UTC Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 22 April - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan beri ganjaran RM50 kepada mereka yang membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan tentang premis makanan yang gagal menjaga kebersihan.

Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, insentif tersebut bagi membantu meningkatkan tahap kebersihan premis terbabit sejajar dengan visi Ke Arah Bandar Bersih sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) tahun ini.

Menurut beliau, langkah itu juga dapat membantu penguatkuasaan yang dibuat MPK bagi memastikan semua pemilik premis terbabit memandang serius tentang soal kebersihan.

"Orang awam yang mendapati terdapat kedai atau premis makanan yang berada dalam keadaan tidak bersih boleh membuat aduan terus kepada kami.

"Sekiranya aduan yang kami terima itu bergambar dan didapati benar, pengadu berkenaan akan diberi ganjaran serta-merta,"katanya ketika ditemui selepas merasmikan Gerai Bersih di Medan Selera Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan, di sini baru-baru ini.

Dalam majlis itu, Zulkifli menyerahkan plat penggredan kelas A kepada tujuh premis makanan yang menepati spesifikasi kebersihan serta pengendalian yang dikeluarkan MPK.

Menurutnya, penyewa dan pemilik premis makanan yang didapati tidak mengutamakan kebersihan akan dikenakan tindakan denda dan sekiranya berulang, mereka boleh diambil tindakan lebih keras seperti penyitaan premis atau gerai.

"Mereka perlu memikirkan untuk bergerak seiring dengan arus pembangunan yang sedang rancak dilakukan di daerah ini.

"Dengan kemajuan pembangunan yang ada kini, tidak sepatutnya masalah remeh sebegini (kebersihan) berulang dan seharusnya melangkah setapak lagi untuk memikirkan bagaimana memajukan lagi perniagaan mereka," ujarnya.

Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan berhubung kebersihan boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran MPK di talian 09-5136177.

Pusat pemindahan terbesar di Pekan, Kuantan

Posted: 22 Apr 2014 11:40 AM PDT

KUANTAN 22 April - Kerajaan negeri bercadang membina sebuah pusat pemindahan terbesar bagi menempatkan mangsa banjir di kawasan yang mudah dilanda bencana alam itu iaitu di Pekan dan daerah ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, cadangan tersebut diutarakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan pihak kerajaan negeri akan memberi pertimbangan yang serius.

"Kita sedang mengenal pasti tapak-tapak tertentu yang sesuai untuk membina pusat pemindahan tersebut, terbesar tetapi pada masa sama, pusat-pusat lain yang sesuai akan terus digunakan.

"Selain itu kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk menambah baik sekolah-sekolah terutama bahagian kantin, dapur dan bilik air untuk menghadapi persediaan banjir," katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-13 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohamed Arifin Ismail (BN-Chenor) yang mahu penjelasan kerajaan negeri mengenai cadangan membina pusat pemindahan banjir yang seragam di seluruh negeri ini.

Menurut Adnan, banjir yang berlaku Disember lalu memberi pengajaran serta pengalaman semua pihak tentang persediaan awal dalam menghadapi bencana tersebut.

"Justeru, kita akan gunakan Strategi Laut Biru iaitu menggembleng tenaga semua jabatan termasuk Jabatan Pendidikan negeri yang akan menyediakan sekolah untuk pusat penempatan banjir," katanya.

Sementara itu, Sidang DUN hari ini turut berhenti kira-kira 10 minit bagi program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2014.

Adnan ketika menyampaikan ucapan sempena majlis itu berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada program seumpama ini.

"Membaca buku perlu dijadikan sebagai budaya setiap rakyat di negeri ini kerana bukan sahaja boleh menambahkan ilmu tetapi juga turut mendisiplinkan diri.

"Kalau boleh bacalah buku 10 minit setiap hari. Buku merupakan sumber ilmu terpenting dalam kehidupan kita," katanya.

Pengurangan pelancong tidak ketara - Mohd. Sharkar

Posted: 22 Apr 2014 11:40 AM PDT

KUANTAN 22 April - Kekurangan jumlah pelancong ke negeri ini dilihat tidak begitu ketara walaupun insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu belum terungkai.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, kekurangan jumlah ini berdasarkan jumlah pelancong asing yang datang ke Genting Highlands dan Club Med di Cherating.

"Memang ada berlaku kebimbangan dalam kalangan pelancong asing yang hendak datang ke negara ini namun kekurangan pelancong yang datang ke Pahang tidak begitu ketara," katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-13 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Fadil Osmad (BN-Kemayan) yang mahu penjelasan kerajaan negeri mengenai jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini selepas insiden kehilangan pesawat tersebut.

Katanya, kerajaan negeri akan mempergiatkan usaha menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Sementara itu, kerajaan negeri akan terus memberi sokongan dan bantuan promosi kepada pengusaha agro pelancongan di seluruh Pahang.

"Konsep pelancongan ini pada asalnya adalah inisiatif pihak swasta atau persendirian dengan melihat percutian berasaskan sosio budaya seperti pertanian dan perikanan adalah sumber baharu yang perlu diketengahkan.

"Justeru kita menerima maklum balas daripada pelancong bahawa produk pelancongan ini mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Selain itu, perkara tersebut juga mampu menjadi sumber baharu sektor pelancongan negeri ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Redzwani Puteri enggan ulas pasal Shahrizal Jaszle

Posted: 22 Apr 2014 08:34 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDIN

KUALA LUMPUR 22 April - Bekas tunang Shahrizal Jaszle Jasmin, Redzwani Puteri Ismail, 26, hari ini enggan mengulas hubungan terkini pelakon itu bersama kekasih baharunya, Hanis Husna.

Redzwani ketika dihubungi menerusi Whatsapp berkata, tatkala ini dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka.

"Apa lagi yang perlu saya katakan, mereka masing-masing telah membuat kenyataan. Semoga mereka bahagia dan berjaya dalam karier masing-masing," katanya yang enggan mengulas lebih lanjut.

Redzwani pernah bertunang dengan Shahrizal pada 8 Disember 2012 dan putus tunang pada 10 Jun 2013 selepas pelakon itu ditahan atas dakwaan berkhalwat dengan pasangannya, Farah Nurizzati Salleh pada 16 Mei tahun lalu.

Jelas Redzwani, setakat ini, dia tidak terasa tertekan dengan apa yang berlaku dan lebih senang bersikap positif dalam menangani semua masalah. - UTUSAN ONLINE

Istiqamah IKIM.fm

Posted: 21 Apr 2014 10:48 PM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AZLAN HADI ABU BAKAR

IKIM.fm merupakan gelanggang bagi empat penyampai muda ini menggunakan kerjaya untuk membantu usaha dakwah.

PEREDARAN masa yang semakin pantas berlalu menyebabkan ramai pendengar radio yang bijak memilih saluran yang bukan sahaja menyiarkan lagu-lagu sebagai bahan hiburan, tetapi turut menyelitkan pelbagai maklumat terutama ilmu tentang agama Islam.

Radio IKM.fm misalnya, antara saluran radio yang sentiasa berusaha bagi memastikan para pendengarnya mendapat hiburan halwa telinga selain ganjaran di sisi Allah kerana menuntut ilmu daripada rancangan-rancangan yang disiarkan di stesen itu.

Justeru, para penyampai saluran radio yang terletak di bawah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu memainkan peranan penting bagi menarik lebih ramai pendengar menerusi bakat, kreativiti dan juga bahan-bahan yang mereka siarkan setiap hari.

Siti Rohani Surani yang merupakan salah seorang juruhebah IKIM.fm berkata, tugasnya bukan setakat ke udara tetapi pada masa sama mempromosikan lagi segmen-segmen di saluran itu dan ia bukan pula terhad kepada ilmu-ilmu keagamaan semata-mata.

Sebaliknya, kata penyampai berusia 30 tahun ini, secara tidak langsung stesen itu cuba mengimbangi keperluan-keperluan duniawi dan ukhrawi agar ia dapat memberi manfaat kepada para pendengar melalui rancangan-rancangan yang dikendalikannya.

Radio IKM.fm bukan setakat bercakap isu-isu agama tetapi juga mencakupi bidang-bidang lain. Sebagai contohnya, tentang kesihatan dalam slot Kompas Kesihatan yang saya kendalikan pada setiap Rabu pukul 3.15 petang hingga 4 petang sejak beberapa tahun lalu.

Malah, saya juga ada segmen yang diberi nama M-Tech yang berkisar tentang dunia automotif pada setiap Isnin juga dari pukul 3.15 hingga 4 petang. Melalui slot-slot itu kami menjemput pakar dalam untuk bercakap dalam bidang masing-masing," katanya kepada Hits.

Jelas Siti yang telah 10 tahun bertugas sepenuh masa di IKIM.fm, pendekatan atas slot-slot seperti itu memberi gambaran bahawa saluran yang berteraskan keislaman itu juga memberi perhatian kepada keperluan-keperluan semasa yang mencakupi pelbagai bidang.

Dia yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 2 petang hingga 6 petang tidak menafikan berdepan dengan pelbagai pandangan sinis yang seolah-olah melabelkan IKIM. fm hanya sesuai untuk para pendengar dewasa dan tua kerana konsep keislaman tersebut.

Memang teras utama konsep siaran radio ini adalah bagi memberi kefahaman kepada para pendengar tentang ajaran Islam. Tetapi cara dan pendekatan kita menyeluruh kerana Islam itu bukan sahaja dalam ibadah malah ia juga adalah kehidupan dunia hingga akhirat," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Perjalanan merakyatkan integriti

Posted: 22 Apr 2014 11:40 AM PDT

Sebahagian kakitangan MARDI melakukan ikrar Integriti MARDI pada majlis menandatangani Ikrar Integriti MARDI bersama SPRM di Serdang, baru-baru ini.

PADA 20 Mei 2013, Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah bahawa integriti dapat diperkasakan jika pentadbiran negara diterasi atas tiang perundangan, dikuatkuasakan tanpa gentar - tanpa pilih kasih; tanpa halangan - tanpa campur tangan politik.

Malah menurut baginda, kesungguhan pemimpin menangani rasuah dan langkah tegas pemimpin berani mengeluarkan sel rasuah dari anatomi pentadbiran sebenarnya akan lebih mengukuhkan kedudukan pemimpin, di samping membina imej positif kerajaan, serta meningkatkan penghormatan dan keyakinan rakyat terhadap pemimpin, sekali gus meningkatkan integriti pemimpin di mata rakyat.

Dalam perkara ini, Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) memikul amanah dan tanggungjawab untuk membudayakan integriti dalam kalangan masyarakat Malaysia secara berterusan. Bulan ini genap 10 tahun kedua-dua inisiatif ini menjadi kenyataan.

Dalam erti kata lain, individu yang maju dan sempurna bermaksud memiliki jasmani, emosi, rohani, intelek yang baik secara konsisten. Menyedari kepentingan perkara ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan usaha melahirkan masyarakat bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi, sebagai salah satu daripada sembilan cabaran Wawasan 2020.

Cabaran keempat Wawasan 2020 dan semangat serta prinsip Perlembagaan Persekutuan dan falsafah Rukun Negara dijadikan ramuan oleh pengganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk melancarkan PIN dan disusuli dengan penubuhan IIM pada 23 April 2004.

Sebelum pelancaran PIN dan penubuhan IIM, kita jarang mendengar penggunaan perkataan integriti, sebaliknya sering mendapat perhatian adalah amalan nilai-nilai murni. Pelancaran PIN dan penubuhan IIM memungkinkan rakyat untuk menyebut dan memahami serta menghayati maksud integriti.

Di peringkat awal penubuhan, IIM dengan amanah yang besar dibatasi dengan bilangan kakitangan bertekad mempromosikan PIN dan kewujudan IIM kepada semua lapisan masyarakat melalui taklimat, ceramah, seminar, bengkel, pembentangan kertas kerja, muncul di kaca televisyen dan radio sebagai tetamu undangan.

Dalam memartabatkan integriti institusi keluarga, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan dan golongan remaja di peringkat akar umbi, Institut Integriti Negeri dilancarkan di peringkat kebangsaan.

Bagi mengembangkan lagi kefahaman tentang kepentingan integriti dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah, buku nilai-nilai integriti sebagai bahan bacaan tambahan diterbitkan dan diedarkan ke semua sekolah.

Untuk membimbing dan meningkatkan kefahaman integriti dalam kalangan pendidik pula, IIM menganjurkan Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP). Dalam proses ini, guru-guru pelatih juga diutamakan. Pertandingan Pidato Integriti dianjurkan setiap tahun sebagai landasan untuk mengembangkan maklumat mengenai pengamalan integriti.

Usaha pemantapan integriti diteruskan dalam kalangan penuntut institut pengajian tinggi. Golongan ini ialah pemangkin pembangunan negara masa hadapan.

Sehubungan itu, Rakan Integriti Mahasiswa (RIM) dibentuk bagi membuka ruang dan peluang yang baik kepada pelajar-pelajar IPTA untuk melaksanakan program dan aktiviti kesedaran dan kepentingan pengamalan integriti di kampus masing-masing.

Gerakan pemantapan integriti yang diterajui IIM terus mendapat sambutan dan kerjasama baik daripada jentera perkhidmatan awam. Rakyat mengharapkan sistem perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan, urus tadbir kerajaan yang baik dapat memerangi pembaziran dana kerajaan.

Untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan integriti dalam kalangan penjawat awam, IIM dengan kerjasama semua kementerian dan jabatan menganjurkan program dan bengkel pemantapan integriti bagi meningkatkan kesedaran integriti penjawat awam.

Bantuan dan bimbingan juga diberikan kepada jabatan dan badan-badan berkanun untuk menggubal Pelan Integriti Organisasi bagi mempertingkatkan tadbir urus yang baik, kompetensi dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.

Hasil usaha bersama, kerajaan bersetuju untuk mewujudkan Unit Integriti dalam semua agensi kerajaan sebagai satu mekanisme kawalan dalaman bagi menilai dan memantau penjawat awam mengamalkan budaya kerja yang unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme.

Usaha pemantapan integriti maju ke hadapan apabila agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, dan Jabatan Pengangkutan Jalan menandatangani memorandum persefahaman dengan IIM bagi memperkukuhkan bidang latihan untuk mempertingkatkan kualiti penguatkuasaan.Dalam perkara ini, bertindak pantas dengan meletak "Integriti Amalan Kita" dalam lencana anggota polis.

IIM dengan kerjasama semua pihak yang berkaitan menganjurkan program peningkatan tadbir urus korporat dan etika perniagaan yang baik bagi membantu mengurangkan kes-kes penipuan korporat.

Kes-kes penipuan dalam organisasi boleh dibendung sekiranya organisasi mempunyai Lembaga Pengarah dan pegawai-pegawai yang berintegriti serta mengamalkan audit dalaman dan pemantauan yang berkesan.

Integriti dalam bidang politik juga diberi fokus utama. Program pengukuhan integriti politik terus dijalankan di semua peringkat tanpa mengira parti, budaya dan agama. Dengan terlaksananya program ini, tahap kefahaman dan pengetahuan mengenai kepentingan pengamalan integriti dalam politik meningkat.

Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mewakili parti-parti politik dan badan bukan kerajaan yang menjadi pemimpin tempatan terpenting juga diutamakan melalui program pengukuhan integriti.

Sebagai langkah menyemak, menilai dan memastikan program pemantapan integriti berdasarkan PIN dijalankan secara berkesan, IIM telah membangunkan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional (IPIN).

IPIN merupakan pengukuran bagi mengenal pasti indeks persepsi masyarakat terhadap gejala rasuah, kualiti penyampaian khidmat awam, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial, kemantapan institusi keluarga dan komuniti, kualiti hidup serta budi bahasa rakyat di negara ini.

Cadangan dan syor-syor dalam kajian tersebut dapat menghasilkan polisi dan tindakan pihak tertentu untuk menuju penambahbaikan serta mempertingkatkan keberkesanan fungsi IIM sebagai penyampai mesej integriti di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pelan Transformasi Kerajaan, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, merupakan agenda terpenting bagi mempertingkatkan integriti rakyat Malaysia supaya dapat mencapai cita-cita wawasan 2020.

Komitmen kerajaan untuk membentuk negara maju mengikut acuan sendiri terbukti apabila Perdana Menteri mewujudkan jawatan menteri tadbir urus dan integriti.

Usaha memperkasa dan membudayakan integriti masyarakat Malaysia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan sempurna untuk melihat impak positif serta progresif secara strategik sekiranya mempunyai kesungguhan politik.

Pengamalan nilai berani berubah dan berani bertindak untuk kepentingan awam khususnya dalam kalangan pemimpin politik di semua peringkat, merupakan cabaran besar ke arah membudayakan integriti rakyat Malaysia.

Kita berharap untuk melihat lebih banyak kemajuan dalam usaha memupuk nilai-nilai integriti dalam kalangan rakyat Malaysia dalam dekad akan datang. Ia hanya dapat dicapai jika setiap anggota masyarakat dan agensi berganding bahu.

Loganathan Veerasamy

Institut Integriti Malaysia (IIM)

Demi kelangsungan institusi pondok

Posted: 22 Apr 2014 11:40 AM PDT

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

JULUNG-JULUNG kali berlangsung satu perhimpunan ulama dan warga pondok bersama cendekiawan agama, tokoh akademik dari dalam dan luar negara melalui program Ijtimak Pondok Malaysia 2014 bagi membincangkan mengenai arah tuju dan masa depan institusi pondok di Malaysia.

Sebagai institusi pengajian tertua di negara ini, pondok yang cukup gemilang suatu ketika dahulu dilihat menghadapi zaman naik turun dan kebimbangan mengenai kemerosotan institusi ini yang berkemungkinan pupus seringkali disuarakan ramai pihak termasuk tokoh agama itu sendiri.

Memetik kata, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad, ''Sekolah pondok ada juga yang 'mati' dahulu sebelum tok guru pondok itu mati.''.

Ia sekali gus membayangkan kerapuhan institusi ini jika tidak dimartabat dan diangkat semula kegemilangannya yang mempunyai kedudukan teristimewa dan tertinggi di kalangan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu.

Sesuatu yang pasti, bila menyentuh tentang institusi pondok ia bukan sekadar tentang pendidikan malah berkait juga tentang perjuangan ulama yang dianggap sebagai benteng mempertahankan tradisi Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk mengekalkan wasatiyyah.

Sejujurnya, tatkala muncul individu-individu yang bukan sahaja semakin celupar memburukkan nama Islam di mata masyarakat dunia tetapi juga akan menyebabkan berlakunya perpecahan dan permusuhan sesama Islam di manakah tokoh-tokoh pondok ini yang boleh memainkan peranan besar untuk menyedar dan menyatukan umat Islam dalam berhadapan dengan ancaman semasa yang tidak pernah putus.

Sedangkan di institusi pondok inilah lahirlah ulama-ulama tersohor dan pemimpin agama yang menjadi sumber rujukan ilmu-ilmu agama.

Kita juga pernah membaca tentang ketokohan tok-tok guru pondok ini seperti Tok Kenali di Kelantan yang kehebatan dan kemasyhurannya menyemarakkan syiar Islam sehingga negeri itu dikenali sebagai "Serambi Mekah".

Di Kedah sendiri ada Tok Guru Haji Idris yang juga ulama hebat termasuk mempunyai sumbangan kemasyarakatan membabitkan pembangunan ekonomi setempat.

Demikian dalam usaha memastikan institusi pondok terus segar dan memberi sumbangan kepada pembangunan komuniti, pendidikan Islam dan kemajuan negara seperti peranan mereka berabad-abad dahulu, program seumpama Ijtimak Pondok Malaysia 2014 ini sangat tepat.

Program ini merupakan inisiatif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia(YPPM), iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang walaupun baru ditubuhkan pada 2012 namun dilihat agresif dalam memperkasa dan memartabatkan institusi pondok ini.

Menurut Pengerusi YPPM, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, ijtimak ini adalah program yang dirancang sebagai usaha untuk memartabat, memperkasa dan mengarus perdanakan institusi pengajian pondok.

''Ijtimak cuba mengupas cabaran terbesar dalam menentukan kelangsungan pondok ini antaranya berada dalam dilema untuk menjadi pondok tradisi atau berubah menjadi pondok moden.

''Apa yang diharapkan dalam ijtimak kita akan memperoleh solusi tertentu bahawa pondok perlu mengekalkan ciri-ciri pondok itu sendiri yang bukan bergantung kepada ciri fizikal tetapi ciri-ciri penting termasuk nilai sufinya kerana asal pondok inilah yang jadi benteng kepada Islam dan Melayu,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Menerangkan lebih lanjut kata beliau, ijtimak pondok ini juga langkah pertama YPPM untuk menghimpunkan semua tok guru pondok, mudir dan pemimpin-pemimpin pondok bagi mencari kata sepakat, walaupun ada dalam kalangan mereka ini yang mempunyai pandangan berbeza dalam politik.

''YPPM adalah NGO, isu-isu agama akan dibincangkan dalam konteks agama, bukan mengikut pendirian politik. Jadi kita mahu mereka semua bersatu sebagai umat Islam demi kelangsungan institusi pondok ini,'' katanya.

Lebih menarik, ijtimak ini juga yang bakal dihadiri lebih 1,200 peserta turut mengundang tokoh agama tersohor dari pondok di Thailand dan pasentren Indonesia.

Kehadiran dua lulusan pondok iaitu seorang ahli akademik di Universiti Oxford dan bekas menteri luar sebuah negara jiran dijangka mengubah prejudis dan persepsi negatif sesetengah pihak terhadap pelajar dan institusi pondok.

Mereka akan berkongsi pandangan dan pengalaman peribadi bersama ulama pondok, tokoh agama dan akademik serta beberapa mufti jemputan dalam majlis itu.

Ucaptama di ijtimak yang bertema "Institusi Pondok di Abad 21: Cabaran dan Masa Depan" akan disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang turut akan merasmikan pembukaannya di Dewan Seri Mentaloon.

Tidak ketinggalan satu forum perdana khas akan diadakan yang membariskan beberapa pendakwah terkenal membincangkan tajuk "Aku Terror Bukan Terroris" dengan panel jemputan Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Badlishah Alauddin.

Seiring dengan iltizam kerajaan yang berazam untuk memelihara dan memartabatkan institusi pondok negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Penaung YPPM akan menyampaikan beberapa anugerah khas semasa merasmikan majlis penutupan esok.

Calon-calon yang telah disenarai pendek akan dipilih oleh Lembaga Mustasyar Yayasan Pondok untuk menerima Anugerah Warga Emas Mithali dan Pelajar Pondok Cemerlang.

Beberapa pondok akan dipilih untuk menerima Anugerah Kasih yang berupa bantuan langsung daripada Perdana Menteri berdasarkan sumbangan, peranan dan keperluan.

Perdana Menteri juga akan melancarkan satu siri televisyen baharu bertajuk "Bicara Pondok" yang dihasilkan oleh YPPM.

Menurut Mashitah, pihaknya berdepan pelbagai cabaran dalam usaha menghimpunkan warga-warga pondok dari seluruh negara antara membabitkan sentimen politik walaupun hakikatnya ia merupakan usaha ikhlas NGO ini untuk mengajak institusi ini bersatu dalam platform pendidikan dan agama.

''Harapan besar YPPM melalui usaha kecil ini adalah pondok akan terus bertahan jadi benteng dan tegar menghadapi pelbagai arus perubahan demi kepentingan syiar Islam negara ini,'' katanya.

Usai perhimpunan dan perbincangan bersejarah ini kelak, apa diharapkan dapat diterjemahkan dalam bentuk pelan mahupun aktiviti yang mampu menjadikan institusi pengajian pondok ini bukan saja relevan malah berwibawa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Siap hujung Februari 2016

Posted: 21 Apr 2014 11:30 AM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

Ahmad Phesal Talib (kanan) bersama Stanley Isaacs melihat pelan projek RoL pada Program Bengkel Makluman Awam RoL Presint 7 di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Halim Khalid

KUALA LUMPUR 21 April - Projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL), bagi projek mengindahkan sungai di bandar raya ini telah dimulakan sejak Mac lalu di lokasi yang dikenali sebagai Presint 7 merangkumi Masjid Jamek hingga Pasar Seni dengan kos sebanyak RM130 juta.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, projek RoL meliputi lima fasa itu dan Presint 7 dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai Fasa 1.

Menurutnya, ini berikutan kawasan berkenaan merupakan pusat tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa.

"Kesemua lokasi itu amat strategik kerana terdapat bangunan-bangunan warisan utama seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Panggung Bandaraya dan Dataran Merdeka.

"Diharapkan supaya pihak pemilik-pemilik premis akan memahami mengenai proses pelaksanaan projek tersebut yang dijangka siap pada penghujung Februari 2016 kerana memberi sedikit sebanyak kesan kepada masyarakat setempat sama ada langsung atau tidak langsung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Bengkel Makluman Awam RoL Presint 7 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur-Lembah Klang di Dewan Megapuri, Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 1 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz; Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan) DBKL, Datuk Mohd. Najib Mohd. dan Naib Presiden Pengarah Pembangunan AECOM, Scott Dunn serta pemilik dan wakil premis di kawasan Presint 7.

Melalui projek tersebut ia dijangka memberi pulangan ekonomi yang tinggi kepada negara serta menawarkan kualiti hidup lebih baik kepada rakyat.

Projek RoL membabitkan tiga kompenan iaitu pembersihan, pengindahan dan pembangunan sungai melibatkan kawasan sepanjang 10.7 kilometer dari Sungai Gombak hingga Sungai Kelang serta terbahagi kepada 11 presint bermula dari Gombak hingga ke Brickfields.

Sementara itu, Mohd. Najib memberitahu, kerja-kerja pembersihan sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah dijalankan sejak tahun lalu dan pemasangan rel dan lampu di tepi sungai bagi tujuan keselamatan.

"Kerja-kerja tersebut akan turut dijalankan di kawasan lain secara serentak iaitu pada bulan Ogos dan Disember ini bagi mempercepatkan lagi perjalanan projek ini," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bangunan dan Alam Sekitar Cathedral St. Mary, Jalan Raja, di sini yang juga wakil penduduk di kawasan itu, Datuk Stanley Isaacs turut menyatakan sokongan terhadap projek itu sambil mencadangkan kawasan tersebut dijadikan sebuah taman rekreasi.

"Di belakang kawasan St. Mary mempunyai banyak gerai makan tetapi persekitarannya agak kotor serta sentiasa gelap dan ini membuatkan orang ramai di situ bimbang akan keselamatan mereka," katanya.

1Razak Mansion: Penduduk terharu, berterima kasih kepada kerajaan

Posted: 21 Apr 2014 11:30 AM PDT

Rahayu Mohamed Sharir (kiri), Haniz Syazana Othman (dua dari kiri) dan Normaizatul Hanim Mansor (kanan) melihat poster perumahan 1Razak Mansion pada Majlis Pelancaran Upacara Pecah Tanah dan Penyampaian Surat Pengesahan Unit Rumah 1 Razak Mansion oleh Najib Tun Razak di Perumahan Awam Razak Mansion, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 21 April - Penghuni Perumahan Awam Razak Mansion di sini melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas keprihatinan beliau dalam menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat.

Malah mereka turut meminta supaya Projek Pembangunan Semula 1Razak Mansion itu dapat dikekalkan namanya sebagai 1Razak Mansion atau digabungkan dengan nama Najib sebagai tanda penghargaan penduduk kepada pemimpin itu.

Seorang penduduk, Zainab Hashim 62, berkata kedua-dua nama tersebut jika digabungkan bakal memberikan makna besar kepada negara kerana projek ini melibatkan dua pemimpin iaitu bapa dan anak yang sangat berjasa kepada negara.

"Anak-anak muda sekarang akan lebih memahami susur galur sejarah projek perumahan ini yang dahulunya dirasmikan bapa kepada Perdana Menteri dan sekarang anaknya pula berusaha untuk membangunkan semula projek yang telah berusia hampir 46 tahun ini," katanya.

Dia ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Semula 1Razak Mansion dan penyampaian Surat Pengesahan tawaran Unit Rumah di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Pengerusi Eksekutif Impianika Development Sendirian Berhad, Datuk Jeff B. K. Lee.

Zainab berkata, dia merupakan antara penduduk lama di projek perumahan ini sejak 35 tahun lalu yang terpaksa membayar sewa dari sebanyak RM36 sebulan, diikuti sebanyak RM72 sebulan dan RM124 sebulan pada hari ini.

"Jadi bayangkan sudah berapa lama saya menyewa di sini dan apabila mendapat tawaran pembelian rumah dengan harga RM42,000 seunit berbanding harga sebenar atau harga semasa iaitu RM250,000 saya sekeluarga berasa sungguh gembira.

"Walaupun usia saya telah lanjut tetapi insya Allah, saya akan merasa juga akhirnya menghuni di rumah sendiri," katanya.

Turut berkongsi kegembiraan, Siti Rubiah Abdul Razak, 59.

Katanya, dia dan ahli keluarganya sangat bersyukur kerana bakal memiliki rumah sendiri setelah sekian lama menyewa di situ.

"Bayangkan lebih dari 20 tahun, kami menyewa di sini dan akhirnya tanpa disangka kami hanya perlu menunggu tiga tahun sahaja dari sekarang untuk memiliki rumah sendiri," katanya.

Dia turut berharap rumah baharu itu nanti lebih memberi keselesaan kepadanya yang turut menjaga seorang anak cacat penglihatan berusia 22 tahun.

Bagi Sharifah Salwa Syed Mohd. Al Jufri, 64, berkata kadar kadar sewa sebanyak RM194 sebulan yang perlu dibayar pada hari ini cukup berpatutan.

"Tetapi tentulah jauh lebih baik lagi apabila dapat memiliki rumah sendiri," katanya.

Selain dibangunkan projek perumahan semula, kawasan projek perumahan 1Razak Mansion ini bakal memiliki pelbagai kemudahan lain yang disediakan oleh pihak pemaju.

Ini termasuklah pembinaan 23 unit kedai bersaiz 600 kaki persegi berbanding 400 kaki persegi sebelum ini, pasar yang mengandungi 110 lot perniagaan bersaiz 20,000 kaki persegi berbanding 11,000 kaki persegi sekarang ini.

Begitu juga dengan pembinaan Dewan Orang Ramai, Surau, Tadika KEMAS, Tadika Islam, Tadika Tengku Budriah, Pejabat Persatuan Penduduk, Pondok Polis dan Bilik Pengurusan Mayat yang kesemuanya akan mempunyai saiz yang lebih besar bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.

Timbang cadangan kerajaan Pusat salur air mentah

Posted: 21 Apr 2014 11:30 AM PDT

SHAH ALAM 21 April - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diingatkan supaya mengetepikan soal politik dengan menerima pelan Kerajaan Pusat untuk menyalurkan air mentah secara terus dari Pahang sebagai usaha menamatkan catuan bekalan sumber itu yang dihadapi rakyat.

Ingatan itu ditegaskan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Abdul Shukor Idrus.

Beliau menyifatkan pelan kerajaan Pusat itu mampu menangani masalah kekurangan air mentah di negeri ini tetapi sekali gus membantu menyelesaikan catuan bekalan sumber berkenaan untuk jangka masa pendek.

Tegasnya, rakyat Selangor termasuk di Kuala Lumpur dan Putrajaya difahamkan tidak lagi sanggup berdepan catuan bekalan yang mana majoriti menuntut kerajaan negeri menyelesaikan segera permasalahan itu serta mengembalikan hak mereka mendapatkan air bersih seperti dijanjikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.

"Setakat ini, difahamkan kerajaan negeri masih belum memberi maklum balas tentang pelan kerajaan Pusat untuk menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor. Sepatutnya langkah itu perlu difikirkan oleh kerajaan negeri sebagaimana tanggungjawabnya kepada rakyat Selangor.

Bagaimanapun, kerajaan negeri sehingga ke hari ini tidak menyatakan apa-apa rancangan jangka masa pendek bagi menamatkan catuan bekalan air yang dihadapi rakyat di kawasan Lembah Klang yang difahamkan telah hampir tiga bulan.

"Sebaliknya, kerajaan negeri seolah-olah meletakkan tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut sepenuhnya atas bahu kerajaan Pusat semata-mata. Kita mahu kerajaan negeri ketepikan soal politik dalam isu air ini, rakyat perlu diutamakan, bukannya perbezaan ideologi," katanya dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan Pusat menerusi Jawatankuasa Krisis Air diketuai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merancang penyaluran air mentah secara terus dari Pahang ke Selangor tanpa melalui loji rawatan air.

Menurutnya, usaha itu demi memastikan bekalan air mentah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencukupi yang mana pelan tersebut akan melibatkan pemindahan air mentah dari Empangan Klau, Raub melalui saluran sepanjang 1.5 kilometer dan air itu akan dipindahkan ke Sungai Langat di Selangor.

Malah, Mahdzir turut menyatakan sekiranya pelan tersebut diluluskan, penyaluran air mentah melalui saluran itu dijangka siap pada Oktober atau November ini.

Dalam pada itu, Abdul Shukor menyatakan, kerajaan negeri tidak lagi boleh bersikap ego dalam soal bekalan air rakyat sebagaimana yang dilakukan dalam isu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang sengaja dihentikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

"Dalam keadaan sekarang ini, segala pelan atau rancangan perlu dan harus diterima oleh kerajaan negeri demi kepentingan rakyat," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Persempadanan semula 16 PBT

Posted: 21 Apr 2014 11:30 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

ABD. Latiff Bandi (kiri) menyerahkan watikah pelantikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Baharu kepada Abdul Rahman Mohamed Dewam di Bangunan Majlis Bandaraya Johor Baharu, semalam. - BERNAMA

JOHOR BAHRU 21 April - Dalam usaha meningkatkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada rakyat, kerajaan akan melakukan persempadanan semula kawasan melibatkan 16 PBT di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, cadangan tersebut kini di peringkat akhir kajian dan dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Menurutnya, hasil kajian tersebut akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang supaya usaha persempadanan semula itu dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada tahun depan.

"Tujuan kita adalah untuk memastikan PBT dapat terus memberi serta meningkatkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, sekali gus mahu masyarakat gembira dengan perkhidmatan itu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Datuk Bandar Kesembilan, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Abdul Rahman Mohamed Dewam, di sini hari ini.

Abd. Latiff berkata, antara PBT yang akan diberi tumpuan dalam cadangan persempadanan semula itu adalah MBJB, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Sementara itu, Abdul Rahman, 58, berharap MBJB akan terus dapat memberikan perkhidmatan terbaik dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat.

Beliau yang mempunyai 34 tahun pengalaman bertugas bersama kerajaan negeri juga berazam untuk memastikan MBJB sentiasa mencapai kejayaan cemerlang dalam memberikan perkhidmatannya kepada warga bandar raya ini.

"Saya berterima kasih atas kepercayaan dilantik sebagai Datuk Bandar dan saya menerima jawatan ini dengan penuh rasa keinsafan, sekali gus menyedari bahawa pelantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab besar," katanya.

Abdul Rahman yang sebelum ini merupakan Pegawai Daerah Muar pernah memegang jawatan Pegawai Daerah Mersing, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang dan Setiausaha Pegawai Tadbir Simpang Renggam.

SK Masai sertai School Attack anjuran Utusan Malaysia

Posted: 21 Apr 2014 11:30 AM PDT

MURID Sekolah Kebangsaan Masai menunjukkan akhbar Utusan Malaysia beramai -ramai selepas menyertai Program School Attack Utusan Malaysia dan Kip Home Mart di sekolah berkenaan di Pasir Gudang, semalam. - UTUSAN/ Baazlan Ibrahim.

JOHOR BAHRU 21 April - Seramai 500 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Masai, Pasir Gudang, dekat sini menyertai siri pertandingan mewarna School Attack anjuran akhbar Utusan Malaysia dengan kerjasama Kip Home Mart hari ini.

Ini merupakan sekolah ketiga selepas SK Seri Alam 2 dan SK Bukit Dahlia menyertai peringkat saringan pertandingan yang akan menyaksikan hanya 40 murid terpilih mewakili sekolah masing-masing yang terletak di Masai pada peringkat akhir di Kip Home Mart, Masai pada 8 Jun ini.

Eksekutif Jualan Utusan Melayu (M) Bhd., Ahmad Hatim Mohd. Said Putra berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan mencapai sasaran yang ditetapkan dalam pertandingan mewarna yang bertemakan 1Malaysia itu.

"Selepas ini siri pertandingan akan tiba ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Masai pada 6 Mei ini dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Masai pada 12 Mei ini. Kedua-dua sekolah tersebut diminta bersedia untuk menerima kunjungan kami.

"Di kesempatan ini juga kami mengucapkan terima kasih atas kesudian dua syarikat yang beroperasi di Kip Home Mart Masai iaitu pembekal komputer, EIT Lifestyle Sdn. Bhd. dan perniagaan telefon mudah alih, Ace Teleshop kerana menaja hadiah bagi peringkat akhir pertandingan," katanya.

Pertandingan yang dimulakan pada pukul 8 pagi itu turut dihadiri Penolong Pengurus Promosi dan Pengiklanan Kip Home Mart, Nor Hazrin Mohamed dan Guru Besar SK Masai, Alias Keling.

Antara syarat pertandingan adalah setiap penyertaan hendaklah disertakan kepala akhbar Utusan Malaysia dan dalam pertandingan tersebut murid tahun satu hingga tiga dikehendaki mewarna di kertas yang telah dilukis manakala murid tahun empat hingga enam dikehendaki melukis.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Jaga kebersihan, keharmonian

Posted: 21 Apr 2014 11:30 AM PDT

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

Mohamad Hasan

SEREMBAN 21 April - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menegaskan kerajaan boleh menarik balik lesen dan mengarahkan keluar dari berniaga di Medan Selera Ampangan yang baharu jika peniaga di situ kelak enggan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Kata beliau, medan selera yang baharu ini hendaklah dijaga keharmoniannya, kebersihan dan kekal menjadi pusat tumpuan keluarga dan orang ramai.

"Saya ingin berikan amaran awal, jika didapati ada peniaga mahupun operator yang tidak mahu bekerjasama dengan MPS, kita tidak akan teragak-agak mengambil balik lesen dan meminta mereka keluar dari berniaga di sini.

"Jangan main ikut suka hati, negara ini ada peraturan dan undang-undang yang perlu dihormati. Orang yang suka mengutuk kerajaan, saya nasihatkan eloklah berhenti dari berbuat demikian.

"Jika tidak sudi dengan kerajaan sedia ada, tidak perlu berniaga di sini (medan selera). Saya bercakap ada asas kerana saya tahu ada individu yang membuka video dan mengutuk kerajaan dan lepas itu hendak berniaga dalam premis kerajaan," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Medan Selera Ampangan di sini hari ini.

Kata Mohamad, bangunan yang menelan belanja RM8.7 juta itu hendaklah diselenggara dengan baik, selain kebersihan menjadi keutamaan.

"Saya mahu semua pihak iaitu peniaga, operator dan orang ramai menjaga kebersihan di medan selera ini. Selepas menjaga kebersihan, peniaga pula jangan naikkan harga. Saya tidak mahu mendengar ada masalah itu selepas pusat ini dibuka kelak," tegas beliau.

Tegasnya, bangunan ini disiapkan oleh kerajaan dan menjadi mercu tanda yang dibanggakan oleh penduduk sekitar Ampangan dan Seremban khususnya.

"Kita mahu juga, kawasan ini dijadikan persinggahan untuk orang ramai makan dan membeli barangan keperluan lain. Ini juga akan menjadi salah satu tarikan kepada pelancong bagi menikmati masakan Negeri Sembilan di sini," ujarnya.

Beliau berkata lagi, dengan berbaki kerja menyiapkan siling serta pemasangan jubin lantai, kerajaan menjangkakan ini boleh dibuka kepada orang ramai dalam waktu terdekat ini.

"Apapun, kerajaan tidak pula berkompromi dalam soal ketelitian kerja. Bagi kita, selagi mana ada kerja yang hendak dilakukan, akan diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum dipastikan semuanya selesai untuk dibuka kepada peniaga dan orang ramai," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Mohamad melahirkan rasa gembira dengan pelaksanaan projek di sini yang sudah 96 peratus siap dan mendapati berjalan seperti yang dijadualkan, biarpun pada awalnya terdapat kelewatan dalam pemasangan cerucuk di situ.

Medan Selera Ampangan ini menempatkan 60 unit gerai makanan dan 10 lagi gerai kering seperti jualan akhbar, majalah, kraftangan dan lain-lain serta telah dibina mengikut spesifikasi ditentukan.

Rakyat mesti peka Sindrom MERS-CoV

Posted: 21 Apr 2014 11:30 AM PDT

MELAKA 21 April - Kerajaan negeri menggesa masyarakat berhati-hati dan peka terhadap tahap kesihatan mereka berikutan penularan jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) kebelakangan ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, langkah berjaga-jaga perlu diambil berat terutamanya bagi yang baharu pulang atau pergi ke negara Timur Tengah.

Katanya, walaupun masih belum ada laporan sindrom tersebut dilaporkan berlaku di negeri ini, namun langkah kesihatan yang ketat tetap dilaksanakan dalam usaha menghindarinya.

"Justeru, Jabatan Kesihatan negeri amat berharap dan merayu orang ramai agar membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami batuk, selesema, sakit tekak dan tanda-tanda lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Marathon Antarabangsa Sungai Melaka 2014 di Dataran Pah-lawan, Banda Hilir di sini semalam.

Yang hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pantai, Sungai dan Pulau-Pulau negeri, Datuk Ghazale Muhammad.

Jelas Idris lagi, beliau juga menasihatkan orang ramai yang bakal ke Mekah untuk mengerjakan umrah agar dapat mengambil langkah pencegahan sepatutnya.

Tegas beliau, agensi pelancongan yang menguruskan pakej umrah juga perlulah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dan pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

"Jika gejala dialami pesakit itu berterusan dan bertambah teruk, mereka hendaklah segera diberikan rawatan perubatan serta maklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat," katanya.

Pada 13 April lalu, sindrom MERS-CoV telah meragut nyawa seorang lelaki berumur 54 tahun dari Batu Pahat, Johor yang baharu pulang dari menunaikan umrah.

Kes kematian itu merupakan yang pertama melibatkan sindrom berkenaan di negara ini.

Ibu tunggal tabah jaga anak OKU

Posted: 21 Apr 2014 11:30 AM PDT

JASIN 21 April - Seorang ibu tunggal, M. Prema, 37, dari Taman Nyalas Baru, Asahan tabah menjaga lima orang anak termasuk seorang yang kurang upaya (OKU) serta seorang anak angkat biarpun hidup dalam serba kekurangan.

Menurut Prema, dia tidak pernah menyesal menguruskan anak istimewa, S. Jeegan, 15, selain bersyukur mendapat suami yang banyak membantu.

Bagaimanapun katanya, pemergian suami tercinta pada Mei tahun lalu akibat penyakit hati menyebabkan hidupnya kini berubah sehingga pernah tidak menjamah nasi akibat kesempitan hidup.

Selain empat anak yang masih bersekolah, Prema juga terpaksa menjaga ayahnya yang menghidap parkinson.

"Kehidupan kami sekeluarga kini semakin terhimpit lebih-lebih lagi bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima anak saya sebanyak RM300 sebulan di atas nama mendiang suami telah dihentikan.

"Ketika suami masih hidup, kami sekeluarga bergantung dengan pendapatan dia sebagai pemandu lori selain bantuan JKM, namun bila suami sudah tiada, hidup kami benar-benar terhimpit, malah bantuan itu juga telah tidak diterima lagi.

"Saya merayu bantuan JKM dapat disambung semula secepat mungkin, kerana kos untuk menyara anak OKU semakin meningkat dan saya juga tidak bekerja kerana menjaga anak OKU dan ayah yang sakit di rumah," katanya.

Keadaan keluarga Prema itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Abdul Ghafaar Atan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Nyalas, Hashim Sood menerusi program Ziarah Kasih baru-baru ini.

Sementara itu, Ghafaar berkata, JKM wajar menyambung semula bantuan di atas nama ibu tunggal berkenaan.

"Saya telah menyarankan JKM segera mengambil tindakan meluluskan kembali bantuan kepada keluarga itu kerana kita dapati mereka layak untuk menerimanya.

"Malah, sebelum ini saya difahamkan mereka telah beberapa kali memohon agar bantuan itu disambung, malangnya masih belum mendapat sebarang maklum balas," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bas dua tingat dihentikan sementara di laluan berbahaya

Posted: 22 Apr 2014 03:14 AM PDT

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN

PUTRAJAYA 22 April - Penggunaan bas dua tingat akan dihentikan buat sementara waktu di laluan tinggi dan berbahaya bermula bulan depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, laluan terlibat adalah Bukit Fraser, Gunung Jerai, Bukit Tinggi, Cameron Highland, Genting Highland, dan Bukit Larut.

Beliau berkata, penangguhan ini akan dibuat sehingga kajian mengenai perkhidmatan bas dua tingkat itu selesai.

"Pada masa sama, semua pemandu bas ekspres dikehendaki menjalani ujian air kencing di setiap terminal bas seluruh negara berkuatkuasa hari ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kadar dividen SSPN-i 4.25 peratus

Posted: 22 Apr 2014 01:49 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bagi tahun lalu adalah sebanyak 4.25 peratus.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemberian tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM36.15 juta.

"Kadar yang diberikan ini adalah lebih tinggi daripada kadar faedah atau keuntungan untuk akaun simpanan yang diberikan oleh kebanyakan institusi kewangan.

"Pemberian kadar dividen yang tinggi ini diharap menjadikan SSPN-i lebih berdaya saing dan menarik lebih banyak pembukaan akaun serta penambahan deposit SSPN-i," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dalam Majlis Pelancaran Sahabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Peringkat Nasional dan Penyampaian Hadiah Simpanan Perdana SSPN-i di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

MH370: Pencarian udara ditangguh kerana taufan Tropika Jack

Posted: 22 Apr 2014 12:27 AM PDT

PERTH 22 April - Aktiviti pencarian udara bagi mengesan pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang terpaksa ditangguhkan pada Selasa berikutan keadaan laut bergelora dan jarak penglihatan yang terhad ekoran angin kencang Taufan Tropika Jack.

Keadaan cuaca itu akan menyebabkan sebarang aktiviti pencarian udara tidak berkesan dan berbahaya, menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang mengawasi operasi pencarian berkenaan.

Operai mencari pesawat malang itu memasuki hari ke-46, hari ini.

Menurut laporan Biro Meteorologi Australia, kelajuan tertinggi angin taufan itu dicatat ialah pada 130 kilometer sejam, pada 20 Feb lepas.

Ia merupakan taufan ketiga musim ini dan boleh berubah menjadi ribut yang sangat ganas.

Bagaimanapun, JACC memaklumkan sepuluh kapal yang terlibat dalam pencarian pada Selasa akan meneruskan aktiviti sebagaimana dirancang. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved