Isnin, 23 Mei 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lagi kejadian simbah cecair

Posted:

Lagi kejadian simbah cecair

Lagi kejadian simbah cecair

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Mei – Sejak beberapa hari lalu, kes simbah cecair dipercayai asid di sekitar Lembah Klang dilihat kian reda namun, ia dikatakan kembali berlaku di ibu negara pada Jumaat lalu.

Modus operandi suspek dalam kejadian terbaru ini adalah sama dengan lelaki bermotosikal yang kini diburu polis kerana terlibat dalam 22 kes menyimbah asid terhadap wanita sebelum ini.

Namun, suspek kali ini tidak menggunakan cecair asid sebaliknya, cecair berwarna merah yang tidak mendatangkan kesan kecederaan kepada mangsa.

Sumber berkata, kejadian terbaru itu dilaporkan berlaku di Jalan Tun Tan Cheng Lock berhampiran Jalan Silang pada pukul 7 pagi Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, katanya, seorang kakitangan wanita sebuah bank berusia 28 tahun telah disimbah cecair berwarna merah oleh seorang lelaki bermotosikal ketika memandu kereta melalui jalan berkenaan.

"Suspek dikatakan menghampiri kereta Proton Persona dipandu mangsa sebelum menyimbah cecair merah ke arah kenderaannya.

"Simbahan cecair itu bagaimanapun tidak terkena mangsa kerana semasa kejadian, dia tidak menurunkan cermin kenderaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut sumber, mangsa yang tinggal di Subang Jaya dekat sini bagaimanapun hanya membuat laporan mengenai insiden tersebut di Balai Polis Subang Jaya kelmarin.

Beliau berkata, kes berkenaan kemudian diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi memandangkan kejadian dilaporkan berlaku di ibu negara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Zulkarnain Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

"Siasatan yang dijalankan mendapati cecair digunakan dalam kejadian itu bukan asid atau bahan kimia tetapi hanya air berwarna merah.

"Motif suspek menyimbah cecair terbabit masih disiasat termasuk jika ia mempunyai kaitan dengan suspek yang sedang dicari kerana terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair sebelum ini atau individu lain yang mahu meniru modus operandi sama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Siapa kena tanggung RM500,000?

Posted:

Siapa kena tanggung RM500,000?

Siapa kena tanggung RM500,000?

Oleh: ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

PUTRAJAYA - Pihak mana yang harus menanggung kos penangguhan kerja-kerja membaiki trek Stadium Nasional sebanyak RM500,000 untuk penganjuran beberapa perlawanan bola sepak, terus menjadi tanda tanya.

Ini ekoran kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) semalam yang berkata, perbincangan lanjut akan diadakan di antara pihak terlibat berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, siapa yang akan menanggung kos penangguhan tersebut akan dibincangkan bersama pihak yang terlibat iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kontraktor dan Perbadanan Stadium.

Tegasnya, beliau tetap berharap beberapa perlawanan penting seperti final Piala FA antara Kelantan dengan Terengganu, perlawanan skuad kebangsaan menentang tiga kelab Liga Perdana England dan beberapa perlawanan antarabangsa yang lain dilangsungkan di venue tersebut.

''Perbadanan stadium terpaksa menghentikan kerja-kerja memperbaiki trek yang giat dijalankan, jadi sudah tentu ia melibatkan kos. Siapa yang akan menanggung kos penangguhan tersebut perlu dirundingkan dengan FAM.

"Kalau boleh kita tidak mahu membebankan duit rakyat untuk menanggung kos tersebut, jika FAM dapat menanggung kos berkenaan, itu sudah cukup baik,'' katanya pada sidang akhbar sempena Hari Belia Negara di pejabat Kementerian Belia dan Sukan, semalam.

Kenyataan Shabery itu menyusul tidak sampai seminggu selepas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan bahawa kos penangguhan membaiki trek di venue tersebut tidak ada kena mengena dengan badan induk bola sepak negara itu, sebaliknya ia adalah antara Perbadanan Stadium dengan kontraktor.

Tambah Ahmad Shabery, beliau mengharapkan rundingan yang akan diadakan kelak berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Stadium Nasional yang sedang menjalani proses pembaikan trek, akan menjadi venue beberapa perlawanan bola sepak penting bermula dengan perlawanan akhir Piala FA di antara Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun ini.

Venue tersebut juga turut menjadi gelanggang bagi perlawanan kelayakan Olimpik 2012 skuad kebangsaan menentang Lebanon dan kelayakan Piala Dunia pusingan pertama di antara skuad kebangsaan dan Taiwan, masing-masing pada 19 Jun dan 3 Julai.

Pada 21 Julai pula, skuad kebangsaan dijadual menentang kelab terkemuka Liga Perdana England, Chelsea, diikuti dua lagi aksi persahabatan menentang Liverpool dan Arsenal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia mampu kalahkan Indonesia - Rexy

Posted:

Malaysia mampu kalahkan Indonesia - Rexy

Malaysia mampu kalahkan Indonesia - Rexy

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Tan Boon Heong (kanan) melakukan smash ketika bergandingan dengan Koo Kien Keat mengalahkan pasangan Rusia, Vladimir Ivanov-Ivan 21-9, 21-17 dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Sudirman di Qingdao, China semalam. - AFP


KUALA LUMPUR - Malaysia dikejutkan dengan kekalahan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dalam perlawanan pembukaan badminton Piala Sudirman, namun masih mampu memulakan cabaran dengan langkah kanan apabila menundukkan Rusia 4-1 pada saingan Kumpulan B di Qingdao, China semalam.

Selepas menonton kemenangan sulung pasukan negara, ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky memasang keyakinan Malaysia mempunyai peluang baik untuk mengutip mata dalam acara perseorangan dan beregu lelaki apabila menentang Indonesia untuk menentukan juara kumpulan, esok.

Sekalipun Peng Soon-Liu Ying gagal menyumbang mata pertama Malaysia apabila kalah 19-21, 18-21 kepada Alexandr Nikolaenko-Valeria Sorokina, namun pasangan itu tetap memiliki kelebihan apabila bertemu beregu Indonesia, Fran Kurniawan-Pia Zebadiah Bernadet kerana menang dalam pertemuan terakhir mereka pada Terbuka Malaysia, awal bulan ini.

Fran-Pia juga gagal memberi aksi meyakinkan di China apabila tunduk 22-24, 19-21 kepada Nikolaenko-Sorokina dalam perlawanan pertama mereka, kelmarin.

Ketinggalan 0-1, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mudah menundukkan Ivan Sozonov 21-9, 21-10, sebelum pemain muda, Tee Jing Yi menghadiahkan mata kedua, menewaskan Anastasia Prokopenko 21-17, 21-13.

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mengesahkan kemenangan dengan menundukkan Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov 21-9, 21-17, sebelum Wong Pei Tty-Chin Eei Hui melengkapkan mata keempat dengan berhempas pulas menumpaskan Valeria Sorokina-Nina Vislova 21-12, 19-21, 21-15.

"Tanpa mengambil kira siapa bakal diturunkan Indonesia dalam saingan perseorangan lelaki - Simon Santoso atau Dionysius Hayom Rumbaka, Malaysia tetap menjadi pilihan untuk mencari kemenangan dalam acara tersebut menerusi Lee Chong Wei,'' ujar Rexy.

Dalam saingan beregu lelaki, jurulatih kelahiran Indonesia itu percaya, tanpa juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan, Kien Keat-Boon Heong memegang kelebihan 55-45, sama ada menentang Bona Septano-Muhammad Ahsan atau Hendra Aprida Gunawan-Alvent Yulianto.

Memandangkan pasangan utama neagra itu masih segar dengan kejayaan menumpaskan Hendra-Alvent pada perlawanan akhir Terbuka Malaysia, terdapat kemungkinan Indonesia akan menurunkan Bona dan Ahsan untuk membawa cabaran beregu lelaki.

"Tiada masalah siapa yang akan diturunkan Indonesia, sama ada Bona Septano-Muhammad Ahsan atau Hendra-Alvent Yulianto. Lainlah kalau lawan yang terpaksa dihadapi Kien Keat dan Boon Heong adalah pasangan utama mereka, Markis Kido-Hendra Setiawan," tambah Rexy.

Rexy mengakui, peluang terbaik Indonesia untuk meraih mata sebenarnya hadir dalam perseorangan wanita selepas persaraan ratu badminton negara, Wong Mew Choo. Malah, dia tidak menolak negara itu memiliki kelebihan dalam beregu wanita sekalipun kita membariskan Pei Tty- Eei Hui.

Malaysia sekadar meletakkan sasaran suku akhir pada kejohanan kali ini biarpun memiliki pencapaian terbaik layak ke separuh akhir di Guangzhou, dua tahun lalu.

Kegagalan Indonesia menurunkan pasukan terkuat termasuk juara Olimpik 2004, Taufik Hidayat, Markis-Hendra dan pakar beregu campuran, Lilyana Natsir memberi harapan cerah buat Malaysia.

Namun, gagal muncul naib juara kumpulan berisiko menemukan pasukan negara dengan gergasi badminton seperti juara tujuh kali, China, Korea Selatan dan Denmark.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Integriti rendah pembangkang

Posted:

Integriti rendah pembangkang

Integriti rendah pembangkang

KUALA LUMPUR 23 Mei – Pembangkang di negara ini patut berasa malu dengan standard integriti serta prinsip yang ditunjukkan oleh parti pembangkang utama Turki, Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) dalam menangani skandal seks membabitkan pemimpin mereka.

Ini kerana berbeza dengan pembangkang di Malaysia, MHP mengambil tanggungjawab sepenuhnya apabila enam pemimpin parti itu meletakkan jawatan berikutan skandal itu.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, senario itu tidak berlaku di negara ini walaupun ada pemimpin pembangkang berhadapan dengan isu yang sama.

Katanya, di Malaysia, seorang isteri pemimpin pembangkang sanggup berbohong kepada rakyat meskipun bukti semakin jelas menunjukkan suaminya terbabit dengan skandal rakaman video aksi seks.

Selain itu, katanya, seorang peguam terkenal yang juga pemimpin kanan sebuah parti pembangkang turut bermati-matian mempertahankan pemimpin terlibat sedangkan sebelum ini beliau yang mendedah masalah moral membabitkan pemimpin itu.

"Pada masa sama, Lim Kit Siang (Penasihat DAP) pula dilanda sindrom 'cakap tidak serupa bikin' apabila berdiam diri terhadap isu rasuah dan penyelewengan kuasa wakil rakyat DAP, Ean Yong Hian Wah (ADUN Seri Serdang)," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pakatan pembangkang yang bermati-matian mempertahankan Anwar, walaupun ketua pembangkang itu berdepan dengan kes liwat selain pendedahan rakaman video seks.

Mengulas lanjut Anuar, berkata, selain mempunyai standard integriti serta prinsip yang rendah, pembangkang di negara ini juga terdiri daripada pemimpin yang rakus dan agresif sehingga sanggup memperjudikan masa depan negara demi kepentingan politik.

"Pakatan pembangkang adalah pakatan yang tiada integriti dan moral. Mereka sentiasa cuba mengaburi mata rakyat demi mengekalkan kuasa," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DAP dicabar bertanding kawasan majoriti Melayu

Posted:

DAP dicabar bertanding kawasan majoriti Melayu

DAP dicabar bertanding kawasan majoriti Melayu

MELAKA 23 Mei - DAP dicabar meletakkan calon Cina untuk bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, selama ini DAP memang terkenal dengan sikapnya yang suka berlagak hero dan tidak pernah mengotakan apa yang dikata.

"Saya tak percaya apa yang DAP cakap. Macam Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dia pernah kata hendak ambil Cina sebagai calon Pas untuk bertanding, tetapi dia hanya meletakkan calon Cina Muslim.

"Pas dan DAP temberang. Kita tengok sandiwara kedua-dua parti ini nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam yang mengingatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya berhati-hati dengan gerakan secara berstruktur dan sistematik yang sedang dilakukan DAP dalam usaha merampas tiga negeri pada pilihan raya umum nanti.

Menurut Ahmad Zahid, seperti yang dilakukan oleh parti pembangkang itu di Perak, gerakan serupa juga sedang diatur di Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, beliau ingin melihat sama ada DAP yang selama ini hanya bertanding di kawasan majoriti Cina, berani untuk bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu pada masa akan datang.

"Tak kisahlah mereka hendak letak calon Melayu, Cina atau India, tetapi saya cabar mereka untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pangkalan tentera udara Pakistan diserang

Posted:

Pangkalan tentera udara Pakistan diserang

Pangkalan tentera udara Pakistan diserang


SEBUAH pesawat terbakar setelah diserang oleh sekumpulan militan Taliban di pangkalan tentera udara Pakistan di Karachi, awal pagi semalam. - AFP


KARACHI 23 Mei - Militan Taliban yang menggunakan senjata api, roket dan bahan letupan menyerang pangkalan tentera udara Pakistan di pusat bandar Karachi semalam, menyebabkan dua pesawat pemantau buatan Amerika Syarikat (AS) musnah dan 12 anggota tentera terbunuh.

Menurut pegawai, serangan yang berlaku tiga minggu selepas tentera elit AS membunuh Osama bin Laden itu berterusan selama 16 jam.

Ia dikatakan tercetus lewat semalam selepas 15 militan menyusup ke kawasan itu pada waktu malam.

Kira-kira 10 orang turut cedera dan anggota bomba bergelut memadamkan kebakaran yang tercetus di pangkalan PNS Mehran itu, ibu pejabat Tentera Udara Pakistan di bandar pelabuhan Karachi.

Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik berkata, pengganas menyerang pangkalan itu dari tiga kawasan kediaman di bandar yang diduduki 16 juta orang itu, laluan utama untuk menyalurkan bekalan kepada tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan.

"Satu bangunan perniagaan yang digunakan oleh militan untuk melepaskan tembakan masih dikuasai mereka.

"Situasi kini semakin terkawal secara beransur-ansur untuk memastikan keselamatan aset, mengurangkan kematian dan mematahkan serangan militan sepenuhnya," katanya kepada wartawan hari ini.

Rehman berkata, serangan itu bukanlah dilancarkan ke atas tentera, tetapi ke atas Pakistan dan menggesa mereka yang sebelum ini bersimpati kepada Taliban dan al-Qaeda supaya 'menyertai mereka menyelamatkan negara ini'.

Taliban Pakistan yang meningkatkan serangan sejak kematian Osama pada 2 Mei lalu mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

"Kami sebelum ini telah memberi amaran bahawa selepas kematian syahid Osama, serangan besar-besaran akan dilancarkan," kata jurucakap Taliban, Ehsanullah Ehsan melalui panggilan telefon.

Menurut jurucakap tentera, Komander Salman Ali, empat anggota tentera dan seorang separa tentera terbunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan militan yang dianggarkan berjumlah 10 hingga 15 orang. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Erdogan nafi dalangi skanda

Posted:

Erdogan nafi dalangi skanda

Erdogan nafi dalangi skanda

BURSA 23 Mei – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menafikan dakwaan parti beliau mendalangi skandal video seks yang memaksa enam anggota kanan sebuah parti pembangkang nasionalis meletakkan jawatan beberapa minggu sebelum pilihan raya umum negara ini.

"Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) tidak mempunyai kaitan dengan skandal video seks itu," katanya ketika berkempen di bandar Bursa menjelang pilihan raya 12 Jun ini.

Enam ahli Parlimen Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) pimpinan Devlet Bahçeli meletakkan jawatan kelmarin, selepas satu laman web memberi amaran akan menyiarkan rakaman video yang menunjukkan mereka melakukan hubungan seks.

Empat lagi anggota kanan MHP sudah pun meletakkan jawatan selepas laman web itu menyiarkan video seks mereka

Sementara itu, Pendakwa Raya Pihak Berkuasa Khas Istanbul, Adnan Cimen meluaskan siasatan melibatkan skandal video seks yang menyebabkan peletakan jawatan 10 ahli politik kanan MHP itu.

Presiden Persekutuan Persatuan Wanita Turki (TKDF) yang beribu pejabat di Ankara, Canan Gullu pula berkata, skandal video seks ini telah menyakiti kaum wanita di negara ini.

"Walaupun wanita tidak terlibat dalam politik Turki sepenuhnya, skandal video seks telah menjadi 'faktor penentu' kepada politik.

"Kaum wanita lebih tersinggung apabila video seks itu dibincangkan ketika berkempen dan ramai kaum hawa akan menjadi teragak-agak sama ada mahu mengundi MHP atau tidak pada 12 Jun ini," katanya kepada akhbar Todays Zaman.

Menurutnya, wanita sering digunakan sebagai 'alat politik' di Turki berbanding dianggap sebagai orang penting dalam politik. – AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Program 1Komuniti 1JPJ

Posted:

Program 1Komuniti 1JPJ

Program 1Komuniti 1JPJ

Oleh ALI MAHMOD
utusanpahang@utusan.com.my


Antara peserta warga emas yang berjaya mendapat lesen motosikal menerusi program 1Komuniti 1JPJ di Benta, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 23 Mei – Program 1Komuniti 1JPJ (SKSJ) adalah pendekatan yang digunakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memberikan perkhidmatan terus kepada masyarakat di kawasan pedalaman.

Selain menyediakan perkhidmatan biasa yang ditawarkan di kaunter-kaunter agensi itu, program tersebut bertujuan mendekati warga JPJ dengan masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti riadah, sukan rakyat dan gotong-royong.

Baru-baru ini program itu diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Garang Abdul Samad, Benta, Lipis.

Antara aktiviti dianjurkan adalah kursus kepada warga emas dan masyarakat Orang Asli mendapatkan lesen motosikal Kelas B2.

Seramai 449 warga emas dan Orang Asli berjaya mendapatkan lesen motosikal itu yang diadakan secara intensif yang berlangsung selama tiga hari itu.

Selain itu, 3,195 warga emas dan Orang Asli dari sembilan daerah di negeri ini berjaya memiliki lesen tersebut sejak diperkenalkan tiga tahun lalu.

Pengarah JPJ Pahang, Datuk Zakaria Man memberitahu, objektif utama program tersebut ialah membawa beberapa aktiviti jabatan ke pedalaman bagi membantu dan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh komuniti terbabit.

Katanya, antara perkhidmatan disediakan ialah menyediakan kaunter pembaharuan lesen memandu, lesen kenderaan motor atau cukai jalan, semakan bayaran kompaun, pemeriksaan khas motosikal yang tamat cukai jalan secara percuma dan khidmat nasihat.

"Kita berharap masyarakat tidak berasa takut berikutan selama ini mereka memandang pegawai dan anggota JPJ dari sudut penguatkuasaan sahaja.

"Saya dapati persepsi komuniti terhadap agensi itu banyak berubah melalui program berkenaan apabila mereka tidak lagi melihat JPJ hanya mahu mencari kesalahan jalan raya," katanya kepada Utusan Malaysia semasa ditemui pada program tersebut baru-baru ini.

Menurut Zakaria, program itu berjaya mengeratkan hubungan warga JPJ dengan masyarakat setempat melalui pelbagai dianjurkan.

Dalam pada itu, kalangan penduduk kampung di sini melahirkan rasa gembira kerana berpeluang mendapat lesen tersebut walaupun usia mereka kini dikategorikan sebagai warga emas.

Seorang penduduk Kampung Sama, Jerkoh, Sarojini Munusamy, 56, mengucapkan terima kasih kepada JPJ kerana mengadakan program itu di sini.

"Kalau mereka tidak adakan program itu, sampai bila-bila saya akan menunggang motosikal dengan tidak memiliki lesen memandu," katanya.

Seorang lagi penduduk kampung tersebut, Musa Teh, 63, berkata, dia gembira kerana pada usia emas masih berpeluang untuk memiliki lesen motosikal.

Seorang penduduk Kampung Orang Asli Batu Balai, Jerantut, Bon Ali, 50, berkata, dengan adanya lesen memandu dia berasa lebih selamat menunggang motosikal tanpa ada perasaan takut apabila terserempak dengan pihak berkuasa.

Sebelum ini ujarnya, dia terpaksa berdepan dengan pihak berkuasa ketika mereka membuat sekatan jalan raya yang membuatkan dirinya risau jika dikenakan tindakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukti kerajaan prihatin masalah rakyat

Posted:

Bukti kerajaan prihatin masalah rakyat

Bukti kerajaan prihatin masalah rakyat


Mohd. Soffi bertanyakan sesuatu mengenai program bersama rakyat kepada kakitangan JPJ di Benta, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 23 Mei – Langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan program 1 Komuniti 1 JPJ (SKSJ) di kawasan pedalaman membuktikan agensi kerajaan itu prihatin dengan masalah rakyat berkaitan urusan pelesenan.

Pengerusi Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, program tersebut adalah penambahbaikan daripada program 'JPJ Bersama Rakyat' yang diadakan pada awal 90-an.

Menurut beliau, kaedah itu dapat meringankan beban penduduk di kawasan terbabit yang sering berulang alik ke bandar bagi menjalankan urusan tersebut.

''Program itu tidak melibatkan mana-mana sekolah memandu di luar bandar memandangkan masih ada penduduk atau pelanggan yang sukar berurusan dengan JPJ kerana faktor jarak serta masalah pengangkutan," kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Jelas beliau, langkah yang dilakukan itu tepat pada masanya kerana selama ini masyarakat pedalaman sering memandang negatif terhadap agensi berkenaan.

Katanya, malah program seumpama itu dapat menerangkan tentang perkhidmatan dan penguatkuasaan jalan raya kepada masyarakat.

''Kita tidak perlu takut apabila JPJ atau polis semasa membuat sekatan jalan raya kerana tindakan itu demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya," katanya.

Beliau berharap supaya penduduk mendapat manfaat daripada program itu selain menjadi seorang pemandu berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rampas kembali Indera Mahkota

Posted:

Rampas kembali Indera Mahkota

Rampas kembali Indera Mahkota

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 23 Mei – Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota perlu memainkan peranan penting bagi merampas kembali Parlimen Indera Mahkota yang kini dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Maznah Mazlan (gambar) berkata, walaupun kubu kuat PKR di Indera Mahkota hampir hancur, Wanita UMNO tidak boleh leka dan perlu berusaha memikat hati pengundi di kawasan itu.

"Bagaimanapun, itu bukan satu alasan untuk kita menarik nafas lega kerana Wanita UMNO mempunyai misi yang jelas supaya dapat merampas semula Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO bahagian itu, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Bahagian UMNO Indera Mahkota, Datuk Hazmi Yusof dan Ketua Wanitanya, Datuk Ramlah Kassim.

Menurut Maznah, pelbagai isu yang mengaitkan parti pembangkang sudah cukup membuktikan bahawa mereka tidak mampu lagi mempertahankan kubu mereka.

Namun katanya, beliau yakin kerjasama dan sokongan padu daripada Wanita UMNO di peringkat akar umbi akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) kembali berjuang di kawasan tersebut.

"Lihat sahaja pergolakan dalam PKR sekarang semakin teruk malah sikap ketuanya yang mementingkan diri selain terjebak dalam kancah moral begitu memalukan," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Jeff Ooi kena bayar RM150,000

Posted:

Jeff Ooi kena bayar RM150,000

Jeff Ooi kena bayar RM150,000

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

PULAU PINANG 23 Mei – Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun (gambar) diperintah membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mohd. Razali Abdullah atas kenyataan fitnah dan berniat jahat yang dilemparkannya terhadap bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan demikian selepas mendapati wujud unsur fitnah dalam perkataan yang diungkapkan Chuan Aun seperti yang terkandung dalam tuntutan saman oleh Mohd. Razali selaku plaintif.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam memerintahkan Chuan Aun membayar ganti rugi am RM100,000 dan RM50,000 lagi bagi ganti rugi teruk serta faedah lapan peratus atas jumlah tersebut bermula dari tarikh penghakiman sehingga selesai bayaran.

''Dalam pembelaannya, defendan mendakwa perkataan-perkataan yang dikeluarkannya terhadap Mohd. Razali bersifat 'fair comment' (komen berpatutan). Bagaimanapun apa yang mahkamah dapati hasil daripada keterangan saksi-saksi adalah sebaliknya.

''Dua saksi bebas yang merupakan wartawan akhbar The Star dan Kwang Wah Jit Poh memberitahu mereka mendengar sendiri perkataan 'mad man' (lelaki gila) diucapkan defendan (Chuan Aun) terhadap plaintif semasa sidang akhbarnya di Pasar Batu Lanchang di sini.

''Justeru, perkataan-perkataan fitnah yang digunakan oleh defendan telah berjaya dibuktikan,'' katanya ketika membacakan keputusan itu kira-kira 10 minit bermula pukul 9.40 pagi ini.

Menurut Vazeer Alam, keterangan pegawai khas kepada Chuan Aun yang mendakwa tidak mendengar perkataan yang diucapkan majikannya itu tidak dapat diterima kerana saksi berkenaan berada di dalam mahkamah sepanjang perbicaraan dan telah mendengar semua keterangan saksi-saksi termasuk oleh dua wartawan berkenaan.

''Macam mana keterangannya boleh diterima sedangkan dia juga ada hubungan dengan defendan dalam kes ini. Justeru dia bukanlah seorang saksi yang bebas,'' kata Vazeer Alam.

Selain, ganti rugi berkenaan, pesuruhjaya kehakiman itu turut melarang Chuan Aun daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan selepas ini.

Beliau memerintahkan demikian selepas selesai mendengar hujahan peguam Abdul Fareed Abdul Gafoor yang mewakili Mohd. Razali manakala Chuan Aun diwakili peguam Jagdeep Singh Deo.

Mohd. Razali yang merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Chuan Aun pada 1 Februari tahun lalu kerana mendakwa Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri itu membuat kenyataan sedemikian secara berulang dan disiarkan dalam surat khabar tempatan, laman web dan portal berita di Internet.

Menurutnya, perkataan yang dikeluarkan adalah tidak berasas dan difahamkan sebagai membawa makna seperti fitnah dan berniat jahat serta dinyatakan secara sindiran.

Kata Mohd. Razali, kenyataan yang dikeluarkan antara lain melabelkannya sebagai seorang pelampau agama, tidak berkemampuan bertindak secara profesional sebagai ahli MPPP walaupun mempunyai kelayakan profesional.

Mohd. Razali tidak hadir bagi mendengar keputusan itu kerana berada di Mesir atas urusan rasminya sebagai Lembaga Pengarah Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Laporan Jenain diputuskan 2 Jun

Posted:

Laporan Jenain diputuskan 2 Jun

Laporan Jenain diputuskan 2 Jun

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 23 Mei - Isu sama ada laporan polis yang dibuat oleh Koperal Jenain Subi selepas kematian remaja, Aminulrasyid Amzah boleh dikemukakan dalam perbicaraan kes terhadap anggota itu akan diputuskan pada 2 Jun ini.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Latifah Mohd. Tahar menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan hari ini.

Pasukan pembelaan diwakili oleh peguam-peguam bela, M. Athimulan dan Salim Bashir manakala pendakwaan diwakili Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar serta Idham Abd. Ghani.

Bantahan mengenai laporan polis itu ditimbulkan sewaktu sesi soal balas pihak pendakwaan ke atas Jenain di peringkat pembelaan apabila Idham memohon agar laporan tersebut ditandakan sebagai bukti.

Athimulan membantah tindakan tersebut atas alasan dokumen terbabit tidak pernah dibekalkan kepada barisan pembelaan sebelum perbicaraan berjalan dan ia melanggar Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Seksyen tersebut memperuntukkan sebarang dokumen yang akan digunakan sepanjang sesuatu perbicaraan dibekalkan kepada pihak pembelaan.

Pada prosiding hari ini, peguam terbabit menyatakan bahawa tindakan pihak pendakwaan 'menyimpan' laporan tersebut sehingga ke peringkat pembelaan adalah satu 'serang hendap'.

''Jika pihak pendakwaan boleh membekalkan kami dengan keterangan bersumpah tertuduh sebelum perbicaraan berjalan, kenapa tidak dibekalkan sekali dengan laporan polis ini,'' katanya.

Beliau turut menyatakan, sekiranya laporan polis tersebut dibekalkan dari awal, pihaknya mungkin akan menyediakan pembelaan yang berbeza atau memberikan nasihat yang berlainan kepada anak guamnya.

Sementara itu, Mohd. Dusuki menyatakan, pihaknya mengemukakan laporan tersebut pada peringkat pembelaan selepas mendapati wujud percanggahan dalam keterangan Jenain selain mengguna pakai keperluan di bawah Seksyen 145 Akta Keterangan.

''Tujuan dokumen ini dikemukakan ialah untuk mencabar keterangan tertuduh yang diberikan semasa pembelaan. Selain itu, bagaimana kami hendak tahu apa yang akan diperkatakan oleh tertuduh pada peringkat pembelaan,'' ujarnya.

Jenain, 49, dari Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Kongsi sasar RM10j

Posted:

Kongsi sasar RM10j

Kongsi sasar RM10j

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar HAFIZ JOHARI


SALAH satu adegan penggambaran Kongsi yang merupakan filem kedua arahan Farid Kamil (bertopi).


SYARIKAT produksi MIG Productions sentiasa berusaha mempertingkatkan jumlah kutipan tiket setiap filem terbitan mereka sekali gus memecahkan rekod kutipan sedia ada.

Jika sebelum ini Ngangkung merupakan filem tempatan yang paling tinggi kutipan tiketnya iaitu RM8.4 juta namun syarikat produksi milik bukan bumiputra itu masih belum berpuas hati.

Ini kerana menerusi filem terbaru MIG berjudul Kongsi, penerbitnya David Teo mensasarkan kutipan sebanyak RM10 juta selepas ia ditayangkan sejak 12 Mei lalu di seluruh negara.

Menurut penerbit yang berasal dari Segamat, Johor itu, dia optimis filem kedua arahan Farid Kamil tersebut mampu mencapai sasaran berdasarkan strategi-strategi yang telah diaturnya.

"Untuk filem Kongsi ia ditayangkan di hampir 100 pawagam besar dan kecil di seluruh negara. Ini merupakan jumlah tayangan yang paling besar dalam sejarah tayangan filem terbitan MIG.

"Selain menjalankan penyelidikan dan pembangunan, kami juga telah menyiarkan sedutan filem ini di YouTube di mana sehingga kini hampir 900,000 orang menontonnya.

"Dengan iklan yang turut disiarkan di akhbar berbahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil saya yakin lebih ramai penonton akan menyaksikannya," ujarnya selepas pratonton Kongsi baru-baru ini.

Pada pratonton di pawagam Cathay, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu, David juga yakin dengan tarikan-tarikan terutama adegan-adegan cemas dalam filem itu.

Jelasnya, antara yang menarik ialah adegan kejar mengejar antara kereta peronda polis dengan pelakon utama Kongsi, Shahiezy Sam yang mana kenderaan yang terbabit, musnah sama sekali.

"Ini adalah filem terbitan MIG yang paling mahal iaitu berjumlah RM2.5 juta. Sebuah kereta jenis Proton Waja juga musnah sewaktu penggambaran filem ini.

"Saya anggap filem ini tarafnya seperti filem Hollywood biarpun menggunakan bajet yang boleh dianggap kecil. Sewaktu proses adunan diadakan di Siam Lab, Bangkok, Thailand, ramai yang terkejut.

"Mereka kata Kongsi sepatutnya mencecah puluhan juta ringgit berdasarkan kualiti dan adegan-adegan yang dipaparkan. Sebab itu sasaran RM10 juta itu realistik," ujarnya.

Sementara itu, selaku pengarah Kongsi, Farid Kamil berpuas hati kerana kebanyakan permintaannya untuk menjayakan filem itu dipenuhi oleh pihak penerbit.

Namun, pada masa sama semua itu belum mampu memuaskan hatinya sebagai pengarah kerana masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam filem tersebut.

"Memang ada kekurangan dalam filem itu tetapi saya tidak mahu sebutkannya di sini. Saya nampak kelemahan itu pun selepas filem itu berjaya disiapkan penggambarannya.

"Ini kerana, saya mahu simpan kelemahan-kelemahan itu untuk saya pelajari sendiri untuk filem-filem arahan saya yang seterusnya kelak," komennya.

Bagaimanapun, Shahiezy Sam yang melakonkan watak utama sebagai Temulak dalam Kongsi pula berasa puas kerana kebanyakan adegan lagak ngeri dalam filem itu dilakukannya sendiri.

Malah, dia begitu teruja melakonkan watak itu yang juga memerlukannya menuturkan dialog dalam dialek Kelantan dan Siam di mana ia yang julung-julung kali dilakonkannya.

"Hampir 80 peratus adegan lasak dalam filem ini saya melakonkan sendiri. Malah, saya juga terpaksa berlatih untuk melakonkan adegan pertarungan.

"Walaupun saya tidak pernah bergaduh tetapi saya puas dapat melakonkan adegan-adegan seperti itu. Cuma saya lebih banyak belajar dialog dalam dialek Kelantan dan Siam," jelasnya.

Kongsi mengisahkan tentang Temulak seorang lelaki dari Selatan Thailand yang dihantar ke Kuala Lumpur bagi mengkucar-kacirkan kumpulan-kumpulan samseng di situ.

Selain Shahiezy Sam, filem itu turut dilakonkan oleh Norliana Samsudin, Putri Mardiana, Shafie Jaafar, Bront Palarae, Chew Kin Wah, Verasingam dan Azad Jazmin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Marcell lelaki bertuah

Posted:

Marcell lelaki bertuah

Marcell lelaki bertuah

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN

KEGEMBIRAAN jelas terpancar di wajah penyanyi dari seberang, Marcell apabila bercerita tentang dua permata hatinya, Keenan Avalokita Kirana, 7, dan Edga Ian Cook, 4.

Keenan adalah anaknya hasil perkahwinannya dahulu dengan pencipta lagu dan penulis, Dewi 'Dee' Lestari.

Manakala Edga ialah anak tirinya kerana isterinya sekarang, Rima Melati Adams, pernah berkahwin sebelum ini.

Marcell dan Rima berkahwin pada 28 Januari 2009 di Kampung Gelam, Singapura.

Penyanyi yang nama sebenarnya Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan, 33, berkata, walaupun kedua-dua anaknya tidak tinggal bersamanya, namun hubungan mereka tetap berjalan lancar.

"Kalau bosan, saya akan mendengar pesanan suara Edga yang cuba menghafal rukun negara Singapura. Sungguh lucu bunyinya dan saya akan ketawa seorang diri.

"Keenan semakin membesar dan banyak kerenah sehingga tidak terlayan kemahuannya. Apa pun, saya seorang lelaki paling bertuah kerana mempunyai dua anak yang keletah dan isteri penyayang," ceritanya ketika berkunjung ke Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur kerana mempromosikan album keempatnya, Marcell...And the story continues.

Perkahwinan Marcell dan Rima masih belum dikurniakan cahaya mata. Justeru, katanya, beliau dan Rima merancang menimang cahaya mata tahun depan kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.

Oleh itu, cerita Marcell, buat masa sekarang, 'anak' yang menemaninya di rumah adalah seekor kucing terbuang yang dibelanya sejak dua tahun lalu.

Menurut penyanyi itu lagi, beliau adalah orang yang tidak suka kucing namun sebaik ternampak kucing itu ketika makan di tepi jalan dengan Rima, hatinya tersentuh dan membawa binatang itu pulang.

"Kucing itu diberi nama John. Kalau di Singapura kucing itu dipanggil Ah Chor dan kadang-kadang, dipanggil Chandro," katanya yang gemar menanam pokok bunga gara-gara terikut dengan minat Rima.

Marcell memberitahu rakan-rakan wartawan yang isterinya sekarang terikat dengan projek drama bersiri (sinetron) Arti Sahabat di TV Indosiar dan sebagai hos rancangan masakan di siaran Trans TV.

"Sekarang ini kami seperti pasangan kekasih, hari-hari bercinta. Malah kami saling meluahkan rasa cinta dalam Twitter.

"Rupa-rupanya tanpa kami sedari, ada seorang sahabat, Mhala dari kumpulan Numata yang tertarik dengan bait-bait cinta kami.

"Mhala terus menghasilkan lagu khas untuk isteri saya iaitu Melati dan liriknya menggambarkan perasaan saya untuknya," akui Marcell jujur.

Jelasnya, walaupun berbeza keyakinan (agama) namun ia bukan penghalang untuk mereka melayari rumah tangga seperti pasangan lain.

Malah, Marcell turut menyuarakan rasa hatinya tentang pengalaman yang dialaminya itu menerusi lagu Peri Cintaku yang menceritakan tentang perbezaan anutan agamanya dengan Rima.

"Lagu itu sengaja dicipta kerana saya ingin memberitahu orang ramai di luar sana bahawa fenomena itu berlaku sekarang ini tanpa ada resolusi.

"Terpulang kepada individu untuk menilainya kerana bagi saya yang terjebak dalam fenomena itu, memang rasa sakit hati. Bagi saya, biar apa

keyakinan, setiap insan memerlukan cinta kerana rasa cinta itu tidak dapat ditolak," katanya.

Menurut penyanyi yang pernah berduet dengan Shanty menerusi lagu Hanya Memuji, apa yang dicari olehnya adalah kebahagiaan dan dalam rumah tangganya dengan Rima, sikap toleransi paling diutamakan.

Pemain drum Konspirasi

Selain muncul solo menerusi album Marcell (2003), Marcell: Repackage (2004), Denganmu (2006), Hidup (2008) dan Marcell...And the stroy continues, penyanyi itu juga mempunyai kumpulan muzik, Konspirasi.

Menurut Marcell, dalam Konspirasi, beliau tidak menjadi penyanyi utama sebaliknya sebagai pemain drum.

"Tidak lama lagi kami akan tampil dengan album pertama yang berkonsep alternatif grunge. Muziknya berbeza sekali dengan penampilan saya ketika solo. Untuk permulaan, Konspirasi akan muncul dengan single pertama, Melawan Rotasi," jelasnya.

Katanya, Konspirasi ditubuh sejak 2009 bersama tiga rakannya, Edwin Syarif, yang juga merupakan gitaris band Cokelat, Candra 'Che' Johan, vokalis dari kumpulan grunge Cupumanik serta Romy Sophiaan, pemain bass kumpulan rock "The Acid" yang merupakan anak kepada allahyarham aktor Sophan Sophiaan dan Widyawati.

Bakal menjadi peguam

Kesibukan melayari kerjaya seni tidak menghalang penyanyi itu untuk meneruskan hasratnya menjadi seorang peguam.

Bekas penuntut undang-undang di Universiti Katolik Parahyangan, Bandung itu juga sibuk membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan seperti Sijil Amalan Guaman (CLP).

"Saya perlu menduduki peperiksaan itu November tahun ini. Kalau lulus, saya layak untuk mempraktik sebagai peguam.

"Walaupun lambat lagi tapi peperiksaan itu amat susah kerana ada rakan-rakan saya menduduki peperiksaan itu sampai tiga kali, tetap gagal," katanya yang kini bukan lagi bernaung di bawah syarikat rakaman Warner Music Indonesia sebaliknya sebagai artis E-motion Entertainment.

Sejak Marcell bergabung dengan syarikat itu tahun lalu, beliau telah mengeluarkan dua single, Takkan Terganti dan Peri Cintaku.

Sisa Semalam merupakan single ketiga dan ia adalah lagu saduran yang pernah dipopularkan oleh Java Jive.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Anwar sudah berubah – Eskay

Posted:

Anwar sudah berubah – Eskay

Anwar sudah berubah – Eskay

Oleh SHARIZA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


Shazryl Eskay Abdullah


SEBELUM Mac lalu, tidak ramai yang mengenali nama Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Di tempat tinggalnya, bekas Konsul Kehormat Diraja Thailand di Langkawi itu dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Siapa sahaja yang berkunjung ke kawasan kediaman beliau di Naka, Kedah yang turut menempatkan pejabat dan kilang baja mineralnya pasti terpegun melihat kejayaan lelaki ini.

Shazryl Eskay yang menjadikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Raja Thailand sebagai idola berikutan keupayaan mereka membangunkan negara masing-masing dengan baik, mempunyai perwatakan yang mesra dengan sesiapa pun.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nasib Lynas bergantung kajian IAEA

Posted:

Nasib Lynas bergantung kajian IAEA

Nasib Lynas bergantung kajian IAEA

Oleh YONG SOO HEONG

MASA depan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang kini nampaknya bergantung pada hasil kajian pakar yang dilantik kerajaan untuk menilai semula aspek keselamatan projek itu.

Pada mulanya, Lynas Corporation Ltd of Australia, pemilik kilang itu, merancang untuk menyiapkan pembinaan loji utamanya menjelang September ini.

Bagaimanapun, tarikh yang disasarkan itu kini menjadi persoalan kerana kerajaan akan membuat keputusan tentang masa depan Lynas hanya selepas menerima hasil kajian dan syor panel pakar berkenaan yang dijangka diserahkan kepadanya pada bulan depan.

Syarikat tersebut bercadang memproses bahan mentah (bijih lanthanide) dari Australia Barat untuk dijadikan lanthanides tulen, yang tergolong dalam kumpulan nadir bumi.

Penggunaan nadir bumi amat penting dalam penghasilan barangan berteknologi tinggi, daripada kabel serat optik hinggalah kepada telefon pintar dan kereta elektrik.

Sementara itu, mereka yang mengkritik pembinaan loji itu kini mengalihkan fokus kepada panel penilai itu pula. Sesetengah pengkritik menyalahkan kerajaan kerana meminta Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melantik satu panel pakar untuk membuat penilaian terhadap isu kesihatan dan keselamatan yang menyelubungi pembinaan kilang Lynas itu.

Mereka mendakwa IAEA bersikap "pro-nuklear" dan oleh itu anggota panelnya mungkin mengambil pendirian yang menyebelahi Lynas.

Pandangan tersebut seolah-olah mempertikaikan integriti dan kebebasan pendirian IAEA serta anggota panelnya dan pandangan ini mungkin tidak adil memandangkan panel berkenaan belum lagi menyelesaikan tugasnya serta mengemukakan penemuannya.

Kritikan golongan itu juga mendedahkan kejahilan mereka tentang peranan dan tugas IAEA.

IAEA adalah sebuah pertubuhan di bawah Pertubuhan Bangsa-angsa Bersatu. Ia bekerjasama dengan 151 negara anggota pertubuhan dunia itu dan 71 pertubuhan antara kerajaan dan badan bukan kerajaan dari seluruh dunia untuk memupuk penggunaan teknologi nuklear secara aman dan selamat.

Peranan utama IAEA ialah membangunkan serta menetapkan standard keselamatan radiasi dan nuklear untuk diamalkan di seluruh dunia.

Badan itu juga merupakan pihak berkuasa antarabangsa yang diterima baik oleh masyarakat antarabangsa mengenai amalan baik berhubung isu keselamatan nuklear, perlindungan daripada radiasi, pengurusan sisa buangan bahan radioaktif, pengangkutan bahan buangan radioaktif dan keselamatan loji bahan api nuklear.

Sebahagian penting daripada tugas IAEA sekarang ialah memberi nasihat yang bersifat objektif dan bebas dalam usaha mencapai tahap keselamatan yang tinggi.

Apabila kemalangan pertama melibatkan loji nuklear berlaku di Three Mile Island, di Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 1979, kumpulan pakar IAEA telah dipanggil untuk membuat penilaian tentang aspek keselamatan kemalangan itu dan memberi nasihat tentang aspek perancangan dan respons kecemasan.

Apabila berlaku kemalangan nuklear paling dahsyat dalam sejarah dunia di Chernobyl, Ukraine, pada 1986, IAEA juga diminta memainkan peranan serupa.

Terbaru, apabila tsunami melanda loji kuasa Fukushima di Jepun, pihak berkuasa negara itu juga meminta bantuan IAEA untuk menanganinya.

Barangkali, pengiktirafan paling tinggi terhadap IAEA kerana peranannya dalam mempromosikan penggunaan tenaga nuklear secara selamat adalah dalam bentuk Hadial Nobel Keamanan 2005 yang diterima badan antarabangsa itu.

Selain itu, pengiktirafan juga diberikan kepada bekas ketua pengarahnya Mohamed ElBaradei "kerana usaha mereka menghalang tenaga nuklear daripada digunakan untuk tujuan ketenteraan serta memastikan tenaga nuklear untuk tujuan aman digunakan dengan cara paling selamat". Kini, misi IAEA terus memberi fokus kepada tiga bidang — keselamatan, sains dan teknologi dan perlindungan dan pengesahan.

Ia mempromosikan penggunaan tenaga nuklear untuk tujuan aman dan bukan penggunaan nuklear atau teknologi radiasi secara sewenang-wenangnya.

Oleh itu, berdasarkan apa jua ukuran, IAEA ternyata merupakan organisasi teknikal paling cekap untuk melaksanakan tugas menilai semula projek Lynas.

Di Gebeng, panel pakar berkenaan akan menentukan sama ada Lynas mematuhi standard dan amalan baik antarabangsa berkaitan nuklear dan radiasi.

Ia juga akan memberi pandangan pakar tentang semua isu keselamatan, khususnya, keselamatan radiasi, kepada kerajaan Malaysia.

Panel ini dianggotai empat profesional daripada IAEA dan lima daripada negara yang menganggotai badan itu.

Kesemua mereka merupakan pakar yang diiktiraf dalam disiplin masing-masing dan memiliki pengetahuan pakar tentang isu berkaitan perlindungan daripada radiasi, penilaian tentang keselamatan, pengurusan sisa buangan, pengangkutan serta tindakan pelucutan dan pemulihan.

Maklumat terperinci tentang latar belakang mereka telah diumumkan kepada orang ramai. Mereka akan melawat Malaysia dari 29 Mei hingga 3 Jun ini dan dalam tempoh itu, anggota panel tersebut bersedia mendengar pandangan daripada orang ramai.

Ini merupakan peluang baik bagi pengkritik projek ini untuk meluahkan pandangan mereka tentang projek berkenaan. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Membongkar tradisi, animisme

Posted:

Membongkar tradisi, animisme

Membongkar tradisi, animisme

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my


Adat perkahwinan Orang Asli turut dipamerkan di Muzium Negara.


SEMEMANGNYA menarik melihat pasangan suami isteri dari Iraq mencuba kaedah sumpitan - antara aktiviti sempena Pameran Orang Asli 2011 yang sedang berlangsung di Muzium Negara.

Ternyata pameran yang bermula pada 20 April lalu menawarkan tarikan tersendiri sehingga menggamit pelancong singgah di Muzium Negara untuk melihat sendiri keunikan cara hidup Orang Asli di negara ini.

Tentunya bukan Sabah Ali dan Amel Ali sahaja yang mahu tahu tentang masyarakat Orang Asli yang membentuk 0.01 peratus daripada penduduk di Malaysia. Kebanyakannya mendiami beberapa kawasan mengikut demografi kumpulan kaum masing-masing.

Kaum Negrito tertumpu di bahagian utara Semenanjung bersempadan Thailand iaitu di Hulu Perak, Baling, Kedah dan Jeli di Kelantan. Orang Senoi pula mudah ditemui di bahagian tengah terutama di kaki banjaran gunung termasuk di Perak, Kelantan, Pahang dan Selangor. Melayu Proto di persisiran pantai di Johor.

Hakikatnya, keunikan Orang Asli yang jumlahnya hanya 180,000 orang itu tidak dapat dikongsi dengan kelompok masyarakat lain lantaran mereka memilih untuk tinggal jauh di pedalaman.

Lantas tidak banyak yang diketahui tentang hasil kerja mereka, apa anutan kepercayaan serta adat resam yang menjadi pegangan kelompok masyarakat itu selain selain tatacara hidup yang begitu tersendiri dan hanya mereka yang mengerti.

Apatah lagi untuk memujuk Orang Asli tampil di khalayak bukan satu kerja yang mudah. Mereka sukar menerima pembangunan selain terlalu terikat dengan kepercayaan roh dan semangat menyebabkan ada keistimewaan masyarakat Orang Asli terkubur begitu saja.

Tidak mahu generasi muda buta tentang kewujudan Orang Asli, maka Jabatan Muzium Malaysia di bawah teraju Datuk Ibrahim Ismail menjalin kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) menganjurkan Pameran Orang Asli 2011.

Matlamat kedua-dua jabatan itu hanya satu - berkongsi dengan dunia perihal keunikan dan keistimewaan Orang Asli di Malaysia.

Ibrahim ketika ditemui begitu bersemangat dan teruja berkongsi cerita tentang pameran yang akan berakhir pada 20 Jun ini. Sebagai Ketua Pengarah Muzium Negara, beliau percaya pameran seumpama itu tidak boleh ditangguh lagi dalam keadaan generasi muda semakin jauh daripada mengenali masyarakat istimewa itu.

''Fokus kita kepada hal-hal berkaitan roh dan semangat sebagai asas kepercayaan Orang Asli. Adat resam serta cara hidup seharian mereka turut mendapat perhatian pihak kami,'' katanya.

Ternyata Ibrahim serius dengan kata-katanya. Semasa sidang akhbar mengenai pameran tersebut diadakan, beliau tampil lengkap berpakaian Orang Asli tanpa ada rasa kekok.

Malah, Ketua Pengarah yang telah menjadi ahli keluarga Jabatan Muzium selama 20 tahun itu penuh bersemangat mencuba peralatan yang dipamerkan termasuk sumpitan - kaedah pemburuan yang sememangnya terkenal di kalangan Orang Asli.

Ibrahim tidak mahu pameran tersebut sekadar membariskan artifak-artifak mengenai kehidupan Orang Asli. Beliau dan JKOA berusaha menggerakkan pameran tersebut supaya hidup dengan aktiviti-aktiviti yang boleh disertai pengunjung.

Tentunya cabaran yang dihadapinya amat pelbagai lantaran pameran hidup menuntut kesabaran dan ketelitian supaya hasilnya benar-benar dapat memaut hati orang ramai untuk berkunjung ke muzium.

Sebanyak 102 artifak mengenai kehidupan Orang Asli berjaya dikumpul untuk dipamerkan. Sebagai nilai tambah aktiviti seperti menganyam, mengukir patung dan topeng, kemahiran menyumpit serta jualan hasil kraf turut diadakan.

Lebih menarik lagi, menurut Ibrahim, adat perkahwinan Orang Asli turut dipamerkan dengan membawa pasangan pengantin kalangan masyarakat itu ke Muzium Negara.

Katanya, ada kalangan Orang Asli kini berani menongkah cabaran, lantas memilih untuk keluar dari kepompong kehidupan asal dengan menyertai arus pemodenan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cabaran 'hidupkan' muzium

Posted:

Cabaran 'hidupkan' muzium

Cabaran 'hidupkan' muzium

Oleh NORAINI ABD. RAZAK

KUNJUNGILAH muziu. Tagline Jabatan Muzium dalam menarik minat orang ramai mengunjungi sekurang-kurangnya satu daripada 22 muzium di seluruh negara.

Budaya mengunjungi muzium di kalangan orang Malaysia masih belum sehangat masyarakat di Eropah dan negara-negara lain.

Malah muzium jarang disenaraikan sebagai tempat kunjungan sekeluarga berbanding destinasi percutian lain dan juga pusat beli-belah. Muzium hanya menjadi tempat rombongan murid sekolah - itupun dalam suasana pembelajaran dan pengajaran tidak dibawa ke dalam muzium sebaliknya sekadar menonton artifak yang dipamerkan.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail mengakui senario itu.

Biar pun ada peningkatan jumlah mereka yang mengunjungi muzium, namun masih belum mencukupi untuk mengukur minat rakyat terutama generasi muda terhadap tempat simpanan warisan dan sejarah itu.

Ibrahim tidak mahu rigid dalam melaksanakan tugasnya menarik minat semua peringkat umur terhadap muzium. Misalnya, jika ada guru yang membawa murid-murid ke muzium, beliau mahu segala ilmu yang ada di situ dimanfaatkan sepenuhnya.

''Guru-guru patut mengambil peluang ke muzium untuk meningkatkan interaksi dengan murid. Mereka bebas duduk bersila atau berdiri sambil berinteraksi tentang artifak-artifak yang dipamerkan.

''Selain itu, peruntukan masa untuk mengunjungi muzium sebagai sebahagian daripada aktiviti pembelajaran,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ibrahim tidak mahu membuat perbandingan antara budaya mengunjungi muzium di Malaysia dan di negara-negara lain.

Ini kerana, katanya, akan menyentuh peranan pelbagai pihak yang akhirnya akan mencetuskan perbalahan tanpa ada kesudahannya. Sebaliknya beliau mahu memandang ke hadapan dengan meningkatkan usaha mengadakan pelbagai pameran sementara untuk menarik minat orang ramai.

Ini kerana, katanya, orang yang pernah mengunjungi muzium tidak akan datang lagi untuk masa terdekat jika tiada tarikan lain ditawarkan.

Sepanjang enam bulan pertama tahun ini misalnya pelbagai pameran telah diadakan di muzium-muzium di seluruh negara. Di Muzium Negara, diadakan Pameran Setem 1Malaysia 1Dunia, Pameran Bola Sepak Piala Suzuki AFF dan sedang berlangsung Pameran Orang Asli 2011.

Muzium Alam Semula jadi di Putrajaya pula menganjurkan pameran batu-batan pelik bermula Disember lalu sehingga pertengahan Februari.

Begitu juga di Galeria Perdana Langkawi, Muzium Perak Taiping, Muzium Labuan dan pelbagai muzium lagi yang bersungguh-sungguh menawarkan kelainan untuk 'menghidupkan' muzium supaya sentiasa dikunjungi.

Ibrahim meletakkan harapan yang tinggi supaya rahsia khazanah yang tersimpan di dalam muzium itu diselongkar oleh para pengunjung.

''Di sini letaknya asal-usul kita, di sini segala-galanya tentang masyarakat kita, banyak yang kita tidak tahu ada di sini. Generasi muda terutamanya mesti mempunyai kesedaran untuk menghayati milik serta budaya kita,'' katanya.

Amat ketara muzium tersenarai dalam tempat-tempat yang mesti dilawat oleh pelancong luar negara, namun bagi Ibrahim jauh lebih penting adalah minat orang tempatan mesti dipupuk dan jika ada minat maka perlu dipertingkatkan.

Ditanya punca kurang minat mengunjungi muzium, beliau percaya, masyarakat terutama generasi muda mempunyai banyak pilihan hiburan dan mengisi masa terluang untuk aktiviti sedemikian.

Jika dibandingkan Jalan Bukit Bintang dengan persekitaran muzium, umpama langit dengan bumi terutama pada hujung minggu.

Selain itu, perkembangan dunia teknologi menawarkan hiburan dalam rumah yang pelbagai selain kemunculan alat permainan digital yang menyebabkan kanak-kanak tidak minat mahu mengetahui apa ada di dalam muzium.

Cuba tanya kanak-kanak tentang muzium, daripada 10 orang mungkin tidak seorang boleh memberi pengertian apa itu muzium dan apa fungsinya.

Sudah tiba masanya muzium didekatkan kepada masyarakat untuk menarik mereka mendekati muzium. Pendedahan tentang apa yang ditawarkan oleh muzium mesti disebar luas supaya mereka tahu apa yang sedang berlangsung di situ.

Edarkan risalah, anjurkan kuiz dan pelbagai kaedah untuk memberi nyawa kepada muzium. Kunjungilah muzium.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved