Rabu, 14 Ogos 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Raja, Kim Swee elak curi pemain

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Junior Eldstal dibenarkan beraksi untuk skuad K. Rajagobal.

KUALA LUMPUR - Demi mengelak 'pisang berbuah dua kali', jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal dan jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee mencapai kata sepakat mengenai pengambilan pemain untuk perlawanan yang bakal dilalui kedua-dua pasukan September ini bagi mengelak berlaku insiden 'curi pemain'.

Hanya dua pemain Bawah 23 tahun, Nik Shahrul Azim Abdul Halim dan Junior Eldstal bakal disenaraikan oleh Rajagobal sempena dua perlawanan persahabatan berkelas A pada 6 dan 10 September.

Perlawanan itu bertindih dengan kejohanan Pestabola Merdeka 2013 yang bakal berlangsung dari 7 hingga 14 September ini di Kuantan, Pahang.

Menurut Kim Swee, dia dan Rajagobal duduk semeja semalam dan jurulatih kebangsaan itu bersetuju mengambil dua pemain sahaja sementara pemain-pemain lain seperti Wan Zack Haikal, Mohd, Fahdli Shas akan membantu Malaysia dalam saingan Pestabola.

"Saya dan Rajagobal berbincang awal pagi tadi (semalam) bagi mengelak pertindihan pemain seperti mana sebelum kerana, kami sama-sama faham digalaskan tugas yang penting.

"Jika kami terlalu berkeras, saya percaya kedua-dua pihak akan rugi memandangkan beliau (Rajagobal) dalam misi cukup penting dalam Kelayakan Piala Asia 2015, begitu juga dengan saya yang akan menghadapi Sukan SEA 2013 tidak lama lagi.

"Jadi, kami mencapai kata putus apabila Rajagobal mahu menyenaraikan dua pemain sahaja, Nik Shahrul Azim dan Junior manakala pemain lain boleh bersama saya bagi menyertai kejohanan Pestabola Merdeka, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Perebutan pemain antara kedua-dua jurulatih tersebut berlaku Oktober tahun lalu apabila Rajagobal menyenaraikan lima pemain Harimau Muda A tanpa restu Kim Swee.

Ketika itu, Kim Swee memerlukan pemain berkenaan bagi menghadapi kejohanan jemputan Bawah 21 tahun Piala Thanh Gien di Vietnam.

Ia mencetuskan sedikit ketegangan antara kedua-dua jurulatih namun FAM bertindak sebagai orang tengah dengan memberikan keutamaan kepada skuad Harimau Malaya yang dalam rangka persiapan beraksi Piala Suzuki AFF 2012 dan Kim Swee terpaksa beralah.

Stadium Nasional ditutup awal?

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Perlawanan Kelayakan Piala Asia melibatkan Malaysia-Bahrain dan final Piala Malaysia masing-masing pada 15 Oktober dan 3 November ini mungkin bertukar gelanggang ke Stadium Shah Alam, bagi membolehkan Stadium Nasional ditutup lebih awal untuk kerja-kerja baik pulih padang di Bukit Jalil sepenuhnya.

Walaupun Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin belum memberi pengesahan mengenai pertukaran gelanggang untuk kedua- dua perlawanan tersebut, beliau menjelaskan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) yang akan dipengerusikan oleh Datuk Afandi Hamzah esok akan membincangkan perkara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Ahmad Halmi Harun dijangka hadir pada mesyuarat tersebut.

Jelas beliau, pertukaran gelanggang atau tidak hanya akan diputuskan selepas mesyuarat tersebut dan beliau tidak mahu membuat sebarang pengesahan awal namun tidak menafikan perkara itu (ditukar ke Stadium Shah Alam) antara salah satu pilihan.

"Saya rasa lebih baik kita tunggu keputusan secara rasmi daripada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) yang akan bermesyuarat pada Jumaat (esok) bagi membincangkan perkara ini.

"Cadangan menukar gelanggang dua perlawanan tersebut akan menjadi agenda utama dan selepas mesyuarat sidang akhbar akan diadakan bagi memaklumkan keputusannya.

"Dalam mesyuarat berkenaan, mereka akan membincangkan pelbagai pilihan yang sedia ada iaitu sama ada meneruskan penggunaan Stadium Nasional sebagai gelanggang perlawanan atau menukar ke stadium lain bagi memudahkan kerja pembaikan di Stadium Nasional.

"Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia(PSM) dan semua mereka yang terlibat dari PSM untuk duduk semeja dengan FAM bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi padang Stadium Nasional.

"Sama-sama kita tunggu apa jua keputusannya sama ada kedua-dua perlawanan itu kekal diadakan di Stadium Nasional atau diubah ke tempat lain (Stadium Shah Alam), " katanya ketika dihubungi, semalam.

PSM menyatakan kesediaan untuk menutup Stadium Nasional lebih awal jika itu diminta oleh FAM dengan menukar salah satu atau kedua-dua perlawanan yang dijangka berlangsung pada 15 Oktober dan 3 November ke gelanggang berlainan supaya proses pembaikan dapat dimulakan.

Selain kedua-dua perlawanan bola sepak tersebut, konsert Linkin Park juga bakal diadakan pada 19 Ogos ini dan selepas itu, PSM berkata, pihaknya tidak akan lagi menerima sebarang program untuk dijalankan di gelanggang itu selama enam bulan sehingga selesai kerja-kerja pembaikan.

Kekalutan mengenai kualiti padang Stadium Nasional tercetus semula selepas Barcelona enggan beraksi di gelanggang berkenaan dalam aksi persahabatan menentang Malaysia Sabtu lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lelaki belasah isteri dalam lif diburu

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
pengarang@utusan.com.my

Kejadian seorang isteri dibelasah teruk oleh suaminya di hadapan dua anak mereka di dalam lif di sebuah hospital swasta boleh dilihat melalui laman YouTube dalam kejadian di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Isnin lalu.

PULAU PINANG 14 Ogos - Polis sedang memburu seorang lelaki yang membelasah isterinya dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Isnin lalu yang rakaman video perbuatan itu tersebar dalam Facebook dan YouTube

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pihaknya telah mengenal pasti identiti lelaki berkenaan yang merupakan seorang penjawat awam dan bertugas di Jerantut, Pahang.

"Kita telah pergi ke pejabatnya di Pahang dan mendapati lelaki berkenaan tidak masuk ke pejabat.

"Oleh itu, kita harap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berusia 36 tahun ini supaya dapat memberi kerjasama dalam usaha mengesannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam satu video berdurasi 2.20 minit telah menggemparkan pengguna internet di negara ini apabila video yang memaparkan kejadian seorang isteri dibelasah teruk oleh suaminya di hadapan dua anak mereka yang masing-masing berusia empat dan lima tahun di dalam sebuah lif dikongsi melalui akaun Facebook.

Lebih malang lagi dalam video bertajuk Suami dayus pukul isteri depan anak yang sehingga pukul 3 petang tadi telah ditonton oleh 532 pelayar laman YouTube turut menunjukkan aksi lelaki berkenaan menendang isterinya, seorang pekerja kilang berusia 36 tahun sehingga tersungkur sebaik pintu lif terbuka.

Mazlan dalam pada itu menambah, ekoran kejadian berkenaan, mangsa mengalami bengkak di bahagian kepala dan sakit di pergelangan tangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sekiranya disabitkan kesalahan, lelaki tersebut boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"Kita percaya apa yang berlaku berpunca daripada salah faham keluarga dan kejadian ini terjadi ketika lelaki terbabit bersama isteri dan dua anaknya mahu melawat anak sulung mereka yang sedang dirawat di hospital tersebut," ujarnya.

Sementara itu, beliau mengecam tindakan pihak tertentu yang menuduh polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap insiden berkenaan.

Katanya, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4 petang, Isnin lalu manakala laporan polis diterima pada pukul 4.40 petang hari sama.

Mazlan berkata, pihaknya menjalankan soal siasat dan mengambil keterangan daripada mangsa.

"Tidak betul apabila ada pihak yang mengatakan polis tidak menyiasat perkara ini kerana siasatan terus dijalankan selepas polis menerima laporan dan kita juga sedang berusaha mendapatkan perintah bagi mengasingkan mangsa daripada suaminya," katanya.

Bom: Anggota tentera direman

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB dan RODELIO JUNJUN TAUCAN
utusankelantan@utusan.com

Suspek kes letupan bom di Taman Sri Periuk (kiri) diiringi anggota polis dibawa masuk ke dalam van polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman dari Mahkamah Majistret di Tumpat, semalam. - UTUSAN/Irwan Majid

TUMPAT 14 Ogos - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes letupan bom di Taman Sri Periuk di sini, Ahad lalu yang mengakibatkan seorang kerani sekolah terbunuh.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Adha Yasser Amri mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Peguam yang mewakili tertuduh, Wan Abd. Razak Wan Dollah ketika ditemui pemberita berkata, perintah tahanan reman tersebut bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengenai kejadian berkenaan.

Suspek yang berusia 29 tahun itu tiba pada kira-kira pukul 10 pagi ini dan meninggalkan mahkamah dalam keadaan tenang selepas dikenakan perintah tahanan tersebut pada pukul 10.45 pagi.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu, pihaknya telah menahan seorang suspek kes berkenaan kira-kira pukul 5 petang semalam.

Suspek berkenaan ditahan di Tumpat, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian Ahad lalu, seorang kerani maut dengan kedua-dua tangannya putus setelah mengambil satu bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya di Taman Sri Periuk dekat sini.

Mangsa, Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Krai meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, Panglima Lapan Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd. Zaki Hamzah ketika mengulas kejadian tersebut memberitahu, beliau tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai pembabitan anggota terbabit dalam kes berkenaan.

"Saya tak tahu, saya tidak diberikan apa-apa maklumat. Kita serahkan sepenuhnya kepada pihak polis," katanya ketika di Markas Lapan Briged Kem Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pegawai polis tolak rasuah RM500,000

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Zulkifli Ali (tengah) dibawa anggota polis keluar dari kamar mahkamah selepas didakwa atas tuduhan memberi rasuah kerana memiliki dadah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 14 Ogos - Kecekalan Asisten Supritendan (ASP) Abdul Ghani Talib yang tidak berganjak daripada tugasnya walaupun ditawarkan imbuhan RM500,000 bukan sahaja dapat membongkar sindiket dadah di Muar tetapi juga menyebabkan penjenayah dadah yang cuba merasuah beliau itu dihadapkan ke muka pengadilan hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar itu ditawarkan rasuah RM300,000 selepas serbuan pertama ke sebuah rumah yang kemudiannya dinaikkan kepada RM500,000 selelah pasukan polis yang diketuainya menyerbu sebuah lagi rumah milik suspek.

Suapan lumayan itu gagal menggugat kejujuran Abdul Ghani dan hari ini, tertuduh yang juga seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menawarkan rasuah RM500,000 bagi melepaskannya daripada ditahan kerana disyaki memiliki dadah April lalu.

Zulkifli Ali, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Norhidayah Abdul Manaf.

Dia didakwa menawarkan wang itu kepada Abdul Ghani di sebuah rumah beralamat nombor 2C, Blok C, Pangsapuri Indah, Jalan Salleh, Muar kira-kira pukul 2.45 petang, 12 April lalu.

Wang suapan itu didakwa diberikan sebagai dorongan supaya Abdul Ghani melepaskan tertuduh yang telah ditangkap kerana disyaki memiliki dadah yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Zulkifli didakwa di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ridzuan Abdul Malik manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Norhidayah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 18 September ini.

Zulkifli walau bagaimanapun gagal membayar wang jaminan tersebut.

Akhbar pada awal bulan ini melaporkan tindakan seorang pegawai polis berpangkat ASP dari IPD Muar yang menolak tawaran rasuah sebanyak RM500,000 telah berjaya membongkar kegiatan sindiket pengedaran dadah di daerah itu.

Suapan lumayan itu ditawarkan selepas pegawai tersebut menyerbu sebuah rumah di Jalan Salleh pada 12 April lalu.

Dalam serbuan itu, sepasukan anggota polis yang diketuai oleh pegawai terbabit menemukan 21 kilogram dadah jenis heroin yang dipercayai milik seorang suspek itu.

Berikutan penemuan awal itu, suspek telah menawarkan wang tunai sebanyak RM300,000 kepada pegawai tersebut tetapi tidak dilayan.

Serbuan susulan di sebuah lagi rumah milik suspek kemudian menemukan pula hasil kekayaan yang dikumpul seperti kereta mewah dan barangan lain serta wang tunai yang kesemuanya berjumlah RM1.3 juta.

Terdesak untuk melindungi harta dan melepaskan diri, suspek membuat tawaran kedua dan jumlahnya dinaikkan kepada RM500,000, namun wang tersebut gagal mengugat kejujuran pegawai polis berkenaan.

Hukuman gantung lima termasuk tiga beradik warganegara Mexico kekal

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

PUTRAJAYA 14 Ogos - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan serta hukuman gantung lima lelaki, termasuk tiga beradik warga Mexico, kerana mengedar lebih 29.4 kilogram dadah jenis methampetamine yang dianggar bernilai hampir RM44 juta pada 2008.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azahar Mohamed membuat keputusan itu sebulat suara selepas menolak rayuan pemandu kren yang juga rakyat Malaysia, Lee Boon Siah, 49, tukang cat warga Singapura, Lim Hung Wang, 56, serta tiga beradik berkenaan iaitu Jose Regino Gonzales Villarreal, 34, Simon Gonzales, 37, dan Luis Alfonso Gonzales, 45.

Dalam penghakimannya, Hakim Azahar berkata, Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf apabila memutuskan kesemua perayu mengedar dadah berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan hujah kedua-dua pihak, keputusan hakim Mahkamah Tinggi berhubung pembabitan kesemua perayu dalam pengedaran dadah berkenaan adalah betul dan konsisten dengan bukti yang dikemuka.

''Kami mendapati rayuan ini tiada merit. Oleh itu, kami mengekalkan sabitan dan hukuman mati kelima-lima perayu,'' katanya.

Selain Hakim Azhar, panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer.

Pada Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi Johor Baharu mendapati kesemua tertuduh bersalah melakukan perbuatan itu di kilang IPL Packaging Industries Sdn Bhd, Jalan Idaman 1/5, Taman Perindustrian Senai pada 3.15 petang, 4 Mac 2008.

Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan bahawa berdasarkan bukti, adalah jelas kilang berkenaan digunakan untuk memproses dadah jenis methamphetamine.

Keputusan itu juga menyaksikan Mahkamah Tinggi buat pertama kalinya meneroka bidang baharu dalam perundangan berkaitan definisi pemprosesan dadah bagi tujuan pengedaran.

Peguam Kitson Foong mewakili Boon Siah dan tiga beradik warga Mexico, Hung Wang oleh Rosal Azimin Ahmad manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pembunuhan beramai-ramai

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Mayat penyokong Mohammed Mursi yang terbunuh selepas digempur pasukan tentera Mesir, semalam.

KAHERAH 14 Ogos - Kira-kira 2,200 maut, sementara lebih 10,000 yang lain cedera selepas pasukan keselamatan Mesir bertindak melancarkan operasi pembersihan di dua buah kem utama penunjuk perasaan pro-bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi di sini, hari ini.

Angka tersebut dikeluarkan pergerakan Ikhwanul Muslimin oleh jurucakapnya, Gehad El-Haddad menerusi akaun Twitter beliau.

Al-Jazeera menyatakan, seramai 94 maut akibat operasi tersebut, sementara Reuters pula meletakkan angka korban sebanyak 95 orang.

Dalam tindakan kekerasan terbaharu hari ini, pasukan keselamatan yang disokong dengan kereta perisai, helikopter, penembak tepat serta jentolak bertindak menggempur kem penyokong Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al- Nahda di Kaherah.

Mereka menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan dan bunyi tembakan turut kedengaran, lapor televisyen dan pegawai keselamatan.

Seorang koresponden AFP di bilik mayat di kem Rabaa al-Adawiya berkata, kebanyakan mangsa maut akibat terkena tembakan.

Ikhwanul Muslimin dalam pada itu menggesa rakyat Mesir beramai- ramai turun ke jalan raya bagi mengecam pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Ini bukanlah cubaan untuk menyuraikan penunjuk perasaan, tetapi cubaan berdarah untuk menghapuskan semua suara yang menentang rampasan kuasa oleh tentera," tulis Haddad dalam Twitternya.

Di kem penunjuk perasaan di Rabaa al-Adawiya, tempat beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin berkumpul, pertempuran sengit berlaku dengan bunyi tembakan kedengaran.

Pasukan keselamatan mengelilingi kem tersebut sejak awal pagi tadi sebelum melepaskan gas pemedih mata dan menggempur beribu- ribu penunjuk perasan pro-Mursi.

Ini adalah permulaan kepada operasi untuk menyuraikan penunjuk perasaan," kata seorang pegawai keselamatan sambil mengesahkan langkah sama turut diambil di Dataran al-Nahda. - AFP

Tindakan pihak keselamatan dikutuk

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Dua orang anggota polis antirusuhan melepaskan tembakan peluru hidup ke arah penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi dalam operasi ketenteraan di sekitar Universiti Kaherah dan Dataran al-Nahda di Giza, semalam. - REUTERS

ANKARA 14 Ogos - Presiden Turki, Abdullah Gul hari ini menyifatkan, operasi pihak keselamatan Mesir menggempur orang awam merupakan tindakan yang tidak boleh diterima.

Beliau dalam kenyataannya turut memberi amaran tentang konflik di Mesir mungkin boleh berlarutan dan menjadi huru-hara seperti yang berlaku di negara jiran, Syria.

"Saya bimbang situasi politik di Mesir akan bertambah buruk dan sukar lagi dibendung.

"Kerajaan sementara perlu membebaskan bekas Presiden Mohammed Mursi dengan segera dan mengadakan pilihan raya yang baharu," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan turut menggesa masyarakat dunia bertindak menghentikan tindakan ganas pihak keselamatan yang melakukan 'pembunuhan beramai-ramai'.

"Masyarakat dunia terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab perlu campur tangan untuk menghentikan konflik tersebut," katanya.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon turut mengutuk keganasan di Mesir dan menggesa satu penyelesaian dilakukan secara aman.

"Ki-moon menyeru semua pihak di Mesir mencari penyelesaian secara aman terhadap konflik ini.

"Beliau turut kesal kerana Mesir memilih untuk menggunakan kekerasan bagi berdepan bantahan," katanya menerusi jurucakap, Martin Nesirky

Sementara itu, Britain, Qatar, PBB dan Iran turut mengutuk pihak keselamatan Mesir yang menggunakan kekerasan untuk meleraikan perhimpunan kumpulan pro- Mursi di kedua-dua kem terbabit sehingga menyebabkan ramai nyawa orang awam terkorban. - AFP/REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


JPJ bantu penduduk desa miliki lesen

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

Arifin Che Mat (kiri) menyerahkan replika lesen 'P' kepada seorang penduduk Orang Asli, Aging a/l Kemek sempena program SKSPJ di Kampung Damak, Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

JERANTUT 14 Ogos - Golongan belia, warga emas dan Orang Asli di kawasan luar bandar dan pedalaman akan dibantu memiliki lesen memandu di bawah program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (SKSJPJ) menerusi sesi latihan dan pengujian yang sistematik.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Arifin Che Mat berkata, sejak dilancarkan 2009 lalu, mereka yang buta huruf diberi peluang mengikuti ujian dengan dibimbing oleh pegawai JPJ.

"Sehingga kini sebanyak enam juta orang berusia 18 tahun ke atas terdiri daripada belia, warga emas dan Orang Asli yang layak memiliki lesen, tetapi masih belum berbuat demikian berikutan kebanyakan mereka menggunakan motosikal di jalan raya tanpa mempunyai lesen memandu.

"Kita memberi keselesaan untuk mereka mendapatkan lesen, tetapi perlu menjalani ujian lebih mudah mengenai peraturan jalan raya dan pemanduan sekali gus mengurangkan kecelakaan membabitkan golongan berkenaan di jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada selepas merasmikan penutupan program SKSJPJ anjuran JPJ negeri di Kampung Damak di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Pengarah JPJ Pahang, Datuk Zakaria Man; Ketua Bahagian Penguat kuasa JPJ Pahang, Mohamat Johari Mat Nor dan Ketua Penguat kuasa Cawangan JPJ Raub, Dasiman Mat Zain.

Menurut Arifin, penduduk dalam kalangan usia berkenaan termasuk Orang Asli yang buta huruf tidak perlu merasa rendah diri mendapatkan lesen tersebut kerana JPJ mempunyai mekanisme pengujian dan latihan yang lebih selesa.

"Program itu membuktikan keprihatinan pengurusan JPJ membantu penduduk tersebut memiliki lesen P yang sah di samping menerapkan pengetahuan tentang peraturan jalan raya dalam mengurangkan kemalangan membabitkan pemilik kenderaan tidak berlesen," ujarnya.

Katanya, sejak dilancarkan sebanyak 128 program itu dijalankan di seluruh negara melibatkan 54,329 calon berjaya memiliki lesen P.

Abdullah sedih anak maut dalam kebakaran menjelang Aidilfitri

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Abu Bakar Harun (tiga kanan) dan Johari Hussain (kiri) melawat rumah Abdullah Osman (dua kiri) yang musnah terbakar di Felda Selendang Satu, Rompin, Pahang, kelmarin.

ROMPIN 14 Ogos - Ketibaan Syawal kali ini bagi seorang peneroka di Felda Selendang 1 di sini dan keluarga cukup menghibakan kerana mereka bukan sahaja kehilangan rumah, malah anak yang dikasihi turut rentung dalam kejadian dua hari menjelang hari lebaran.

Abdullah Osman, 58, tidak menyangka kejadian menyayat hati itu menimpa keluarganya pada saat segala persiapan menyambut hari raya siap sepenuhnya.

"Selama ini hanya terbaca di akhbar dan menonton berita di televisyen mengenai kejadian sama menimpa orang lain, tetapi bila saya sendiri menghadapinya, saya terasa amat perit dan sukar untuk digambarkan.

"Sesiapapun akan bersedih terutama apabila kehilangan anak yang merupakan orang kurang upaya (OKU). Namun, saya reda dengan ketentuan-Nya dan takdir yang tertulis ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan daripada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Abu Bakar Harun dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang, Datuk Johari Hussain di rumahnya yang terbakar di sini, semalam.

Terdahulu, pada 6 Ogos lalu, seorang remaja OKU, Mohd. Faizzudin Abdullah, 14, rentung selepas gagal diselamatkan selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu di Felda Selendang 1 di sini.

Menurut Abdullah, anak kelima daripada lapan beradik itu tidak boleh berjalan tetapi mampu bergerak dengan cara mengesot menggunakan kedua belah tangannya.

"Ketika kejadian saya dan isteri, Zaimah Abdul Majid, 45, baru sahaja keluar dari rumah ke Mersing, Johor untuk servis kereta dan sempat berpesan kepada anak-anaknya supaya menjaga diri masing-masing.

"Kebiasaannya arwah akan berada di bahagian depan rumah tetapi entah bagaimana ketika kejadian arwah berada di biliknya," jelasnya sambil memberitahu dua anaknya turut berada di rumah ketika kejadian namun sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, menurut Abu Bakar, Abdullah sekeluarga kini ditempatkan di sebuah inap desa berhampiran tapak rumah mereka buat sementara waktu sehingga kediaman mereka siap sepenuhnya.

"Kerajaan negeri dan Felda akan berusaha membantu bagi meringankan beban mangsa termasuk menghulurkan sumbangan tokensebanyak RM5,000 dan RM10,000 bantuan bencana.

"Pihak Felda juga bersetuju mempercepatkan pinjaman berjumlah RM35,000 bagi membina rumah dengan segera di atas tapak asal," jelasnya.

Paya terbiar di Lanchang sesuai dimaju ternakan ikan

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

TEMERLOH 14 Ogos - Jabatan Pertanian Pahang diminta membuat kajian menyeluruh terhadap 165 hektar sawah dan paya terbiar di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang untuk dimajukan dengan projek ternakan ikan sebagai salah satu produk tarikan pelancong di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, terdapat banyak paya dan sawah terbiar di dalam DUN Lanchang dipercayai sesuai untuk projek ternakan ikan air tawar atau sebagainya.

Menurutnya, projek tersebut jika dimajukan secara terancang akan menjadi satu lagi daya tarikan pelancong ke Pahang khususnya di daerah ini selain Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (PKGKKG) dan Taman Deerland di Bukit Rengit, Lanchang.

"Saya yakin jika usaha itu direalisasikan, sudah tentu akan memberi manfaat besar kepada industri pelancongan selain meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

"PKGKKG dan Taman Deerland yang terdapat di Lanchang berjaya menarik lebih 10,000 hingga 15,000 pelancong dalam dan luar negeri setiap minggu.

"Jika projek ternakan ikan itu diwujudkan, bilangan pelancong akan bertambah seperti temasya menangkap ikan air tawar di Paya Lanar, Lanchang yang berjaya menarik 2,000 pelancong tempatan mengambil bahagian dalam temasya tersebut yang diadakan setiap tahun," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di rumahnya di Taman Bahagia Permai di sini baru-baru ini.

Mohd. Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata, kedua-dua kawasan terbabit amat sesuai dimajukan dengan projek ternakan ikan kerana mempunyai bekalan air yang mencukupi dan berhampiran dengan jalan raya serta mudah bagi pelancong untuk melawat.

Tambahnya, kerajaan negeri bersedia memberi kerjasama serta bantuan supaya paya dan sawah itu dimajukan dengan projek tersebut sebagai salah satu daya tarikan baharu pelancong ke negeri ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kebiadaban, keceluparan LFL

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

Seorang Pegawai Agama Jabatan Agama Islam Johor, memeriksa arah kiblat sebuah surau yang menjadi tempat penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor sambil diperhatikan oleh penduduk setempat, Isnin lalu. - Utusan/AMIN FARIJ HASAN

Kebiadaban dan keceluparan pihak tertentu dalam mengulas kejadian berkaitan dengan umat Islam dan orang Melayu semakin ketara.

Ia terbukti apabila sebuah lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperlekehkan tindakan tegas polis dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) berhubung isu surau di sebuah resort di Sedili, Kota Tinggi yang digunakan oleh bukan Islam untuk upacara keagamaan mereka baru-baru ini.

Dalam Twitter yang disiarkan oleh portal berita propembangkang, Malaysiakini kelmarin, NGO yang mendakwa memperjuangkan hak asasi manusia dan reformasi undang-undang, Lawyers for Liberty (LFL) mengatakan pihak berkuasa agama Johor bersikap seperti 'Taliban' kerana merancang untuk merobohkan surau tersebut dengan alasan dibina tidak menepati arah kiblat.

LFL juga secara biadab mempersoalkan arah kiblat tersebut perlu dipatuhi oleh manusia dan bukan oleh surau. Antaranya mereka menulis;

"Surau 'meditasi' Buddha tidak menghadap kiblat, kata Mufti Johor... Dah gila - surau kena hadap kiblat, bukan manusia?"

Malah tidak cukup dengan itu, mereka juga mempersoalkan tindakan polis mengenakan reman selama empat hari ke atas pemilik resort tersebut dengan menyatakan: "Taliban dah bertapak di Malaysia - syabas BN. MAIJ (Majlis Agama Islam Johor) macam Taliban, @PDRMsia (polis) salah guna kuasa tangkap/reman pemilik resort, majistret (pula) bersekongkol benarkan empat hari reman.

"Agaknya @PDRMsia dah jadi penguat kuasa Taliban Msia lupa kerja sebenar - sibuk tangkap 'penghina' Islam bila hari-hari orang kena tembak/letupan."

Demikianlah biadabnya kelompok yang kononnya memperjuangkan hak asasi dan reformasi undang-undang ini. Mereka bercakap ikut sedap mulut tanpa mempedulikan sensitiviti umat Islam.

Ketika pelbagai pihak termasuk Ketua Sami Buddha Malaysia, Datuk K. Sri Dhammaratana memohon maaf kepada umat Islam di negara ini berikutan kejadian berkenaan, LFL yang kononnya dianggotai oleh kelompok bijak pandai cuba memperlekehkan tindakan tegas yang dilakukan.

Sememangnya penulis tidak berhasrat untuk menulis lebih lanjut latar belakang LFL kerana perbuatan itu hanya membuang masa namun yang paling pasti, perbuatan NGO ini mencampuri urusan kes surau itu sudah melampaui batas dan menunjukkan bagaimana mereka memperjuangkan hak asasi manusia yang songsang.

Apa yang berlaku di Sedili itu tiada kaitan dengan hak asasi manusia atau reformasi undang-undang tetapi ia berkaitan dengan kejadian yang boleh menyinggung perasaan umat Islam.

Oleh itu LFL tidak sepatutnya campur tangan atau 'gatal-gatal mulut' untuk membuat ulasan. Apa yang berlaku di resort itu adalah satu perbuatan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama kerana ia menunjukkan bagaimana kurang sensitif pemilik resort dalam perkara tersebut.

Justeru tidak ada asas LFL hendak melihat ia dari sudut hak asasi manusia semata-mata sehinggakan perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam hendak dibiarkan.

Polis bertindak ikut undang-undang manakala MAIJ bertindak berdasarkan kepada hukum-hakam agama, oleh itu adalah lebih baik LFL jangan cuba hendak tunjuk pandai dan memperjuangkan hak asasi manusia serta reformasi undang-undang secara membuta tuli.

Apa yang malang LFL mungkin melihat perjuangan hak asasi manusia itu daripada sudut sempit atau atas landasan pemikiran liberal apabila memandang remeh soal penghinaan ke atas agama Islam.

Soalnya, apakah LFL akan berdiam diri jika penghinaan itu berlaku ke atas agama lain, apakah kerana ia berlaku ke atas orang Melayu dan umat Islam maka soal ini harus dipandang remeh?

Selain itu, apakah motif LFL apabila mempersoalkan ketegasan polis dalam kes penghinaan ke atas Islam dan pada masa yang sama cuba mengaitkan dengan isu tembak yang semakin meningkat.

Sebelum memperkatakan perkara itu, LFL sepatutnya bertanya kembali siapakah yang bersalah atau bertanggungjawab memungkinkan semua itu berlaku. Bukannya ia akibat daripada perjuangan kononnya mahu melakukan reformasi dalam undang-undang.

Apakah LFL tidak terlibat sama dalam langkah penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad.

Tidakkah anggota-anggota LFL memahami ketiadaan undang-undang itu telah memungkinkan penghinaan ke atas Islam semakin menjadi-jadi, sentimen perkauman semakin meningkat dan kejadian tembak semakin berleluasa?

Kalaulah LFL menganggap keempat-empat undang-undang berkenaan melanggar hak asasi manusia, kenapakah sebahagian undang-undang itu khususnya seumpama ISA masih wujud di sesetengah negara?

Janganlah hanya pandai bercakap soal hak asasi manusia dan reformasi undang-undang sehingga terlupa batasnya! Apa yang berlaku sekarang kerana sebahagian besar kita sudah melampaui batas itu. Penghapusan empat akta berkenaan memungkinkan semua itu berlaku.

Berikutan itu tidak payahlah LFL hendak mengkritik pihak berkuasa dalam apa juga isu kerana mereka tidak berhak dan tidak layak berbuat demikian.

Tidak apalah jika LFL ingin berpolitik kerana dari satu segi pun bukanlah sesuatu yang mengejutkan kalau ramai peguam menyokong pembangkang, tetapi biarlah menjadi kelompok peguam yang bijaksana, bertindak berdasarkan rasional bukannya emosional.

LFL boleh meneruskan perjuangan sempitnya itu jika ia merasakan itu hak asasi mereka tetapi janganlah melampau sehingga mahu mengajar pihak berkuasa agama Islam bagaimana mahu menangani sesuatu isu.

Memang benar semua pihak mahu memperjuang dan mempertahankan hak asasi manusia serta melakukan reformasi dalam undang-undang demi kebaikan rakyat tetapi dalam soal menyentuh sensitiviti mana-mana agama, kedua-dua perkara itu tidak terpakai sama sekali.

Justeru kepada LFL, carilah isu lain kalau pun hendak popular setaraf Majlis Peguam kerana jika tersilap langkah sudah pasti umat Islam akan menggunakan hak asasi manusia untuk mempertahankan agama mereka.

Ketika itu janganlah pula LFL hendak memarahi umat Islam, sebaliknya salahkan diri sendiri dan kelompok-kelompok tertentu yang dari semasa ke semasa semakin berani mencabar kesabaran umat Islam dan orang Melayu.

Semoga LFL memahami keadaan ini dan tidak bersikap membuta tuli dan 'membabi buta' untuk mengulas apa-apa isu sesuka hati.

Biarlah isu surau itu yang diuruskan oleh polis dan MAIJ, kalau rasa hendak menjadi 'wira' juga tunggulah apabila kes tersebut dibawa ke mahkamah. Janganlah menjadi 'batu api' sehingga memungkinkan perjuangan atas nama hak asasi mengundang kepada tragedi, semoga LFL memahami bahaya ini!

Bantu bendung peningkatan jenayah

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Dr. Ahmad Zaki Ismail
PENULIS ialah Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Orang ramai melihat lokasi di mana penjenayah yang menggunakan motosikal menembak seorang pengusaha kedai emas di Pandan Indah, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

Apa diharap padi seberang entah berisi entahkan tidak, apa diharap kasihnya orang entahkan sudi entahkan tidak.' Begitu mudah analogi puitis gurindam lama menggambarkan senario sesuatu situasi dengan perkara yang bakal berlaku berdasarkan sebab dan musabab.

Dengan perkataan lain, bolehkah kita mengharapkan perkara yang baik boleh berlaku sekiranya kita tidak berusaha untuk membina dan mendapatkannya secara bersungguh-sungguh dan bukannya sekadar menaruh harapan semata-mata.

Inilah sebenarnya yang sedang berlaku dan digusarkan oleh rakyat negara ini akibat pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri baru-baru ini. Sebaik-baik sahaja kedua-duanya dimansuhkan maka ratusan tahanan dibebaskan demi memenuhi permintaan khalayak terutamanya daripada pihak pembangkang dan masyarakat antarabangsa yang menuduh bahawa pihak berkuasa dan pemerintah negara ini mengamalkan undang-undang rimba.

Memanglah mudah untuk menuding jari dan mencerca jika tidak kena batang hidung sendiri. Malangnya, apabila orang lain memukul gendang yang sumbang kita pula turut menari bersama mereka hingga akhirnya percaya bahawa kita tidak pandai menjaga keselamatan negara sendiri dan percaya bahawa apa yang kita lakukan itu salah. Akhirnya kita membatalkan peruntukan berkaitan dengan harapan akan mendapat pujian daripada masyarakat antarabangsa dan memperolehi sokongan daripada parti pembangkang.

Namun begitulah adat dunia, lain yang diharap lain pula yang menimpa. Bukan sekadar tidak menghargai usaha negara bagi memenuhi permintaan dan desakan berkenaan, sebaliknya semakin didesak dan dituduh dengan pelbagai macam cercaan sehingga negara jiran turun mengambil kesempatan menggambarkan situasi di negara kita umpama neraka dunia apabila nyawa sudah lagi tidak berharga dan keganasan bermaharajalela.

Kes tembak, bunuh, rompakan, letupan penculikan dan pertelingkahan menggunakan senjata api dan pelbagai senjata berbahaya lain seolah-olah menggambarkan keamanan negara tidak lagi terkawal. Malah pasukan keselamatan dan penguat kuasa menjadi mangsa belasahan pelbagai pihak seolah-olah mereka gagal melaksanakan tugas dengan efektif.

Kononnya sempadan negara bolos, penyeludup berleluasa dan pelbagai telahan dan teori yang diketengahkan bagi menggambarkan situasi semasa dan menjejaskan malah mensabitkan situasi kepada kelemahan-kelemahan jentera negara dalam melaksanakan tugas mereka.

Dengan cara tidak langsung strategi 'kambing hitamkan' kerajaan dan pihak berkuasa berjalan sangat lancar dan begitu meyakinkan. Tambahan pula kerajaan sekarang sedang bertungkus lumus memulihkan pelbagai perkara selepas berlalunya PRU-13 yang menjejaskan banyak aktiviti terutama yang berkaitan ekonomi dan keputusan-keputusan penting yang tertangguh sebelum ini.

Lantas apabila negara dikucar-kacirkan dengan insiden-insiden jenayah, banyak yang mungkin mudah terpengaruh sehingga percaya terus dengan pelbagai andaian tidak munasabah yang diketengahkan oleh mereka yang kononnya pakar keselamatan, badan NGO, aktivis dan sebagainya.

Walhal, apa yang berlaku sebenarnya tidak susah dan sulit benar untuk difahami sekiranya kita meneliti dan bermuhasabah seketika melihat rentetan-rentetan peristiwa sebelum ini dengan sedikit analisis biasa yang boleh dilakukan oleh semua pihak.

Kita memang tahu, faham dan mengerti bahawa dengan pemansuhan Ordinan Darurat dan ISA maka kesemua mereka yang ditahan sebelum ini dibebaskan serta-merta. Mereka ini bukanlah orang biasa, mereka sebenarnya dalam senarai 'Dikehendaki' (Wanted). Cuma disebabkan prosedur perundangan tidak mampu dikenakan kepada mereka disebabkan kelemahan-kelemahan teknikal maka mereka di kenakan tahanan khusus mengikut peruntukan yang sudah dimansuhkan itu.

Kini, individu berkaitan sudah terlepas daripada kepungan kandang yang mengekang mereka daripada terus melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang. Mereka yang diketahui terlibat dalam pelbagai aktiviti ini sebelumnya sudah membentuk empayar tersendiri sebelum ditahan. Maka, apabila mereka ditahan sudah tentu generasi berikut akan mengambil alih tempat mereka dan mengisi ruang kosong yang mereka tinggalkan. Lantas, apabila mereka dibebaskan sudah tentu akan berlaku proses pengambil alihan kuasa sama ada secara aman ataupun dengan pertumpahan darah. Dalam situasi sekarang, nampaknya ia lebih kepada kekerasan dan pertumpahan darah.

Ke mana lagi anjing kalau tidak mencari bangkai, maka begitulah mereka ini. Kalau dahulu mereka terkurung kini mereka sudah berada di luar. Tentu perkara yang sama yang akan mereka lakukan kerana proses pembebasan mereka dahulu tidak diikuti dengan agenda pemulihan, pemantauan dan pemutihan yang tersusun dan berkesan. Ia dibuat secara tergesa-gesa dan tanpa perancangan yang cukup bagi membina sahsiah mereka yang terlibat.

Lantas, bukan kebolosan sebenarnya yang menjadi isu utama, bukan juga penguatkuasaan yang tidak sempurna tetapi desakan yang membabi buta kononnya untuk memuaskan hati segelintir manusia yang sebenarnya tidak pernah puas hati pun selama ini. Inilah yang dikatakan bercakap memang senang, berkata memang percuma tetapi akibat daripada idea gila mereka itu, kita semua menderita dan ekonomi negara menerima bencana. Akhirnya harimau dan singa sudah dilepaskan berkeliaran di dalam kandangan kambing, tentunya pada bila-bila masa mereka akan mengganas semula jika situasi mengizinkannya.

Kita percaya bahawa pihak berkuasa terutama polis mempunyai maklumat dan kredibiliti yang tidak dapat dinafikan dalam menangani situasi ini. Namun pada masa sama kita sepatutnya memberikan kerjasama dan membantu setakat termampu dalam pelbagai aspek termasuk menyokong bahawa kerajaan patut menyegerakan pengenalan undang-undang baru yang lebih kukuh, utuh dan berkesan untuk menampung ruang kosong yang ditinggalkan oleh ordinan dan akta yang sudah dimansuhkan itu.

Dengannya, proses penguatkuasaan dan pencegahan akan berjalan serentak dan tentu lebih mudah pihak berkuasa bertindak mengekang, selanjutnya menghapuskan segala macam huru-hara yang berlaku sekarang hingga ke akar umbinya.

Kita semua jangan hilang fokus dan agenda kerana kadang kala asyik lompat sini sana sampai terlupa mana satu kaca dan mana satu permata. Semua sirna mata, sirna otak dan sirna batu jemala menyebabkan yang buruk dikata baik dan begitulah sebaliknya.

Pada masa yang sama, pihak Kementerian Dalam Negeri perlu memperluaskan pelaksanaan Strategi Lautan Biru secara lebih agresif lagi termasuk memperkasakan Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pelbagai agensi di bawah kementerian berkenaan supaya dapat menjadi serampang pelbagai fungsi dan mata dalam melaksanakan tugasan.

Mereka perlu keluar daripada kepompong lama dan menggunakan interpretasi yang serupa terhadap keamanan, keselamatan dan kesejahteraan kawasan bagi membendung, mencegah dan memperbaiki situasi yang ada kini.Malahan pelbagai pengalaman lalu yang pernah dilalui dengan pelbagai unit keselamatan yang pernah ditubuhkan seperti Unit Kawalan Keselamatan, Unit Pencegah Penyeludupan, Jungle Squad, Home Guard, Special Constable, Polis Bantuan dan seumpamanya perlu diteliti peranan mereka bagi diubah suai dan diperkenal semula mengikut kesesuaian semasa tanpa melibatkan kos yang berlipat ganda. Setiap apa yang berlaku kini sebenarnya memberikan kita banyak pelajaran dan pengajaran.

Dengan itu, marilah kita saling bekerjasama mengukuhkan jaringan dan memperteguhkan usaha membantu pihak berkuasa dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Syida tidak sangka dijual

Posted: 13 Aug 2013 08:28 PM PDT

PERJALANAN hidup wanita ini sepanjang usia remajanya agak rencam. Namun nasib baik masih ada pegangan yang diikutkan menyedarkannya agar tidak terus terkandas di tengah jalan.

Mempunyai rupa yang agak menawan dan dibesarkan dalam keluarga yang agak berada, wanita kelahiran Perak ini dalam usia remajanya memang mudah untuk didekati, sementelah dia juga agak bebas pergaulannya.

"Usia belasan tahun lagi aku memang sudah macam ini. Waktu itu tahun 80-an, aku sudah mewarnai rambutku, pakaian ku pun dari jenis yang berjenama dan aku sudah pandai berpeleseran di kelab-kelab malam.

"Jika diikutkan, keluargaku terutamanya ibu dan ayah memang tidak pernah serik menasihati. Akhirnya mereka tidak tertahan lagi dengan perangai burukku. Sehinggakan mereka bertindak mendiamkan diri biarpun aku duduk serumah," katanya.

Peluang itu Syida (bukan nama sebenar), 45, gunakan sepenuhnya untuk menikmati kehidupan sebebas-bebasnya. Sehinggalah dia diterima bekerja di sebuah syarikat di Ipoh dengan bantuan rakan lelaki sekampungnya.

"Jiwa sedang muda bergelora. Rakan-rakan pun ramai. Keluarga pula buat tidak tahu saja denganku kerana terlampau marah. Aku mencari kehidupan sendiri.

"Memandangkan sudah biasa memegang duit gaji, aku juga sebenarnya mudah mendapat kerja sehinggakan aku suka bertukar-tukar kerja mungkin sebab sifatku yang menawan. Di tempat kerja baru, entah bagaimana majikanku dalam diam mula menyukaiku," jelasnya.

Dalam pada itu Syida menambah, majikannya yang telah beristeri amat 'prihatin' dengan dirinya sehingga menukarkan jawatan asalnya daripada kerani menjadi pembantu peribadi.

Pada waktu itu Syida berasa amat senang hati. Ada orang yang 'menjaganya' dan memanjainya dengan pelbagai barangan mewah dan berjenama.

"Kerjaku senang saja, ikut dia ke mana sahaja dia pergi untuk berpeleseran, menghiburkan hatinya dan menjaga dirinya.

"Ke mana tempat yang aku tidak tuju. Semuanya aku pergi berdua dengannya, atas alasan urusan kerja. Ke kelab malam, menemankan dirinya makan dan minum serta berpoya-poya," katanya.

Namun begitu Syida masih bersyukur kerana dia tidak terus hanyut sehingga sanggup menggadai maruah dirinya dan tidak pernah menyentuh minuman keras.

Apa yang Syida tidak tahu, selama ini rupa-rupanya dia telah 'dijual' oleh rakan sekampungnya kepada majikannya itu.

"Itu rupanya perancangan yang dilakukan oleh rakanku. Dia berpura-pura mencarikanku kerja dan kemudian menyerahkanku kepada majikannya dengan satu bayaran yang hanya dia sahaja yang tahu.

"Pada mulanya aku tidak tahu. Ingatkan majikanku betul-betul ikhlas mengambilku bekerja dan menaikkan pangkatku menjadi pembantu peribadinya.

"Rupa-rupanya ada muslihat di sebaliknya. Aku hanya mengetahui yang diriku ini dijual oleh rakanku itu apabila pada suatu hari majikanku memberanikan diri untuk meminta hubungan kami lebih jauh daripada itu," kata Syida.

Apabila permintaan itu ditolak oleh Syida kerana enggan melukakan hati isteri majikannya, dia mula berang dan menyatakan sebenarnya dia boleh berbuat apa sahaja terhadap Syida kerana dirinya telah dibeli dengan satu harga tertentu.

Perkataan itu amat memeranjatkan Syida kerana dia tidak menyangka selama ini kebaikan majikannya terhadapnya mempunyai agenda sebaliknya.

Beritahu Syida, isteri majikan juga pernah menghubungi untuk bertanyakan mengenai hubungannya dengan sang suami. Namun Syida menerangkan dia hanya menganggapnya atas urusan kerja.

"Ya, biarpun aku dilihat sebagai orang yang mudah keluar dengan lelaki, namun dari satu sudut aku masih mahu menjaga kesucian diriku.

"Seterusnya aku mula menjarakkan diriku daripada majikanku dan akhirnya meletakkan jawatan dan kemudian mencari kerja di daerah lain.

"Pada mulanya majikanku ada juga mencari, namun lama-kelamaan dia putus asa," katanya.

Syida akhirnya bertekad untuk melakukan kerja yang sebati dengan dirinya iaitu berniaga dan akhirnya berumahtangga dengan seorang lelaki yang baik budi pekertinya sehingga merubah keseluruhan hidupnya kini.

Bingkisan Aidilfitri

Posted: 13 Aug 2013 08:28 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar RASHID MAHFOF

Untuk kanak-kanak, turut dimasukkan patung mainan lembut.

MASIH belum terlambat untuk memberikan bingkisan hamper kepada rakan-taulan atau saudara terdekat biarpun Syawal sudah beberapa hari berlalu.

Hamper tidak semestinya diberikan menjelang hari raya sahaja. Bagi mereka yang tidak berkesempatan atau terlupa kerana terlalu sibuk, masih boleh memberikan bingkisan hamper selepas hari raya contohnya semasa berkunjung ke rumah rakan taulan yang mengadakan majlis rumah terbuka sebagai buah tangan.

Hamper yang disediakan oleh Bib's Florist adalah untuk sepanjang masa, sebarang perayaan dan sesuai untuk semua, sama ada dewasa, kanak-kanak, yang sihat atau sedang dirawat di hospital.

Disediakan dalam bakul atau kotak, hamper hasil gubahan Puan Seri Habibah Hamid ini diisi dengan beberapa jenis item seperti biskut, jus, kurma, coklat, buah atau patung lembut beruang mengikut permintaan pelanggan kepada siapa hendak diberikan hamper tersebut.

Antara jenis biskut yang terdapat di dalam hamper rekaan Habibah ialah tat, dahlia, biskut arab, coklat chips dan kuih tradisional.

Biskut dan kuih-kuih tradisional tersebut dibeli daripada kawan-kawan yang telah lama berniaga biskut yang rasanya menepati selera ramai.

Terdapat juga pelanggan yang mahu memasukkan buah-buahan dan bunga-bungaan segar kerana ingin diberikan kepada kawan atau saudara yang sedang berada di hospital.

''Saya mengikut kehendak pelanggan. Jika pelanggan mahu menukar jenis biskut atau menambah jenis lain, saya akan buat seperti yang dikehendaki.

''Jika hendak diberikan kepada kanak-kanak, saya akan turut memasukkan mainan seperti patung beruang dan coklat.

''Kanak-kanak yang mendapat hamper sebegini pasti seronok kerana kebiasaannya hanya orang dewasa sahaja yang menerima hamper,'' ujarnya.

Menurut Habibah, ramai juga doktor yang bertugas di hospital di mana terletaknya Bib's Florist ini membuat pesanan dan membeli hamper daripadanya.

''Harga untuk setiap hamper juga berbeza mengikut pengisiannya, iaitu serendah RM100 hingga RM300,'' kata Habibah yang telah membuat hamper sejak 15 tahun lalu dan mempunyai ramai pelanggan tetap sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Peniaga tak peduli orang lain

Posted: 13 Aug 2013 11:47 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

SEBUAH restoran meletakkan kerusi dan meja makan di petak letak kereta di Taman Muda Ampang di Ampang, Selangor sehingga mengganggu lalu-lintas.- utusan/ZAINI HUSIN

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Mencari petak letak kereta yang kosong di kawasan komersial di Taman Muda Ampang bukanlah satu kerja mudah.

Selain terpaksa berebut dengan pemandu kereta lain, beberapa petak letak kereta di kawasan itu pula telah dijadikan sebahagian daripada restoran apabila pemilik premis itu meletakkan kerusi dan meja makan di atas jalan.

Perbuatan tidak berhemah pengusaha kedai makan berkenaan, yang hanya memikirkan untuk mengaut untung lebih, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia selepas mendapat aduan baru-baru ini, mendapati terdapat dua buah restoran yang kerusi dan meja makannya diletakkan di petak letak kereta dan ini dilakukan di siang hari.

Salah sebuah restoran itu terletak di Jalan Bunga Tanjung 6 manakala sebuah lagi beroperasi di Jalan Bunga Tanjung 8.

Ketika tinjauan, pelanggan restoran berkenaan sedang asyik menikmati hidangan di luar premis tersebut tanpa menghiraukan kesesakan.

Mereka juga mengambil jalan mudah dengan meletakkan kenderaan sesuka hati berdekatan restoran itu tanpa menghiraukan kesusahan yang dialami orang lain sehingga menimbulkan kesesakan jalan.

Seorang pengadu yang enggan namanya disiarkan berkata, masalah tersebut telah lama berlaku di situ dan dia tidak nampak ada tindakan penguatkuasaan diambil oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ke atas pengusaha restoran itu.

Keadaan ini menimbulkan masalah kepada orang ramai yang terpaksa mengharungi jalan sempit dan sesak. Oleh itu, saya berharap pihak MPAJ datang untuk menyelesaikan isu ini dengan segera," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, masalah kebersihan turut menjadi isu di kawasan itu selain banyak gerai dibuka di atas jalan.

Sementara itu, terdapat beberapa gerai makan dan kedai runcit di Jalan Bunga Tanjung 18, Taman Seraya dekat sini menghadapi masalah sistem saliran yang tidak sempurna.

Seorang peniaga, Soon Chin Lam, 49, berkata, longkang di situ tersumbat sejak setahun lalu sehingga mengeluarkan bau busuk.

Setiap hari kawasan ini berbau sehingga menyebabkan pelanggan tidak selera makan. Disebabkan masalah itu, tikus pula semakin banyak di sini," jelasnya.

Peniaga barangan runcit yang hanya mahu dikenali sebagai, Mahdan pula berharap supaya pihak MPAJ segera menaik taraf sistem saliran tersebut demi keselesaan peniaga dan orang ramai.

Air tidak boleh mengalir kerana longkang dipenuhi sampah-sarap. Pernah juga berlaku banjir kilat yang berpunca daripada masalah ini," dakwanya.

Kebakaran: Pekerja klinik, pesakit cemas

Posted: 13 Aug 2013 11:47 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Kakitangan sebuah klinik di Taman Sri Rampai, Setapak di sini cemas apabila sebuah bilik sewa yang terletak di tingkat tiga bangunan rumah kedai itu musnah dalam kebakaran malam ini.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 8.15 malam disedari salah seorang pekerja klinik itu yang terletak di tingkat bawah bangunan rumah kedai tersebut di Jalan 46A/26.

Seorang jururawat di klinik, Jerine Jane, 21, memberitahu, ketika kejadian dia bersama empat kakitangan lain termasuk seorang doktor sedang bertugas.

Beliau berkata, pada masa yang sama sebanyak 12 pesakit sedang menunggu untuk menjalani pemeriksaan doktor.

"Seorang jururawat pergi ke bahagian belakang klinik untuk mengambil peralatan ujian imbasan namun dia terkejut apabila ternampak api dari tingkat tiga bangunan ini.

"Dia kemudian menjerit memaklumkan mengenai kebakaran itu. Saya serta pekerja klinik lain segera mengarahkan pesakit keluar dari klinik bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Jerine, dia segera menghubungi bomba kerana tidak berani bertindak sendiri memadamkan kebakaran itu.

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Penguasa Bomba Hafni Tamin berkata, kebakaran berpunca dari bilik tidur dan dapur bilik sewa yang terletak di tingkat tiga bangunan itu.

"Kami menerima panggilan pada pukul 8.17 malam dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian. Api berjaya dipadamkan kira-kira pukul 9 malam.

"Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini dan pihak kami masih menyiasat punca sebenar kebakaran ini," katanya.

MBSA lanjut tempoh pengurangan kompaun

Posted: 13 Aug 2013 11:47 AM PDT

SHAH ALAM 13 Ogos - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melanjutkan tempoh pengurangan kompaun sebanyak 80 peratus bagi beberapa kesalahan yang dilakukan di kawasan pentadbirannya sehingga 6 September ini.

Antara kesalahan yang layak mendapat pengurangan tersebut ialah kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Taman 2005, Undang-undang Kecil Iklan 2007, Undang-undang Kecil Penjaja 2007, Undang-undang Kecil Pengendalian Makanan 2007 dan Undang-undang Kecil Pasar 2007.

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, sebelum ini MBSA menawarkan pengurangan tersebut melalui Program Pengurangan Kompaun MBSA yang diadakan sepanjang bulan Ramadan.

"Bagaimanapun bagi memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai tunggakan tetapi tidak sempat membayarnya pada bulan Ramadan lalu, kami melanjutkan tempoh pengurangan kompaun tersebut sehingga 6 September.

"Kami berharap kesempatan yang diberi akan dimanfaatkan orang ramai bagi mengelak tindakan tegas diambil, termasuk nama disenaraihitamkan oleh MBSA," katanya dalam kenyataan di sini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pulut periuk kera juadah raya

Posted: 13 Aug 2013 11:47 AM PDT

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my

Periuk kera yang baharu diambil dari hutan dan belum dibersihkan.

LABIS 13 Ogos - Masyarakat hari ini mungkin hanya mengetahui periuk kera merupakan tumbuhan meliar di hutan yang kini turut dikembangkan sebagai tanaman hiasan. Namun tidak ramai daripada kita yang merasai pulut periuk kera, juadah Aidilfitri yang menjadi kemestian di beberapa kawasan sekitar Johor dan Pahang.

Bagi pasangan Abdullah Kayan, 46, dan Norashikin Salimin, 41, pulut periuk kera menjadi sumber rezeki lumayan terutama setiap kali menjelang Syawal sebagai salah satu pilihan hidangan.

Menurut Abdullah, rasa pulut periuk kera tidak banyak beza dengan lemang kerana kedua-dua makanan tradisi masyarakat Melayu itu mempunyai banyak persamaan dengan pulut dan santan kelapa sebagai bahan utama.

Bezanya, lemang dimasak di dalam buluh dan dibakar berjam-jam lamanya sementara pulut periuk kera pula dikukus yang hanya memerlukan masa sekitar 15 hingga 20 minit untuk dimasak.

"Ini membuka peluang kepada kepada kami membekalkan sama ada periuk kera mahu pun pulut periuk kera yang sudah siap dimasak kepada mana-mana pihak yang berminat menjadikannya sebagai hidangan. Biasanya tempahan diterima untuk majlis berbuka puasa di pertengahan Ramadan lagi.

"Tetapi paling banyak tempahan diterima adalah sehari sebelum sambutan hari raya kerana ramai yang mahu menghidangkan pulut periuk kera sebagai juadah istimewa pada pagi raya," katanya kepada Utusan Malaysia semasa ditemui di rumahnya di Kampung Tenang, Labis, di sini baru-baru ini.

Menurut Abdullah, dia bersama isteri pernah bersengkang mata pada malam raya tahun lalu untuk menyiapkan 1,500 biji pulut periuk kera yang ditempah pelanggan yang dijual dengan harga RM1 sebiji.

Anggaran 10,000 periuk kera yang dibersihkan dijual setiap tahun pada harga 30 sen dengan sebahagian besar daripadanya adalah permintaan yang melonjak pada setiap kali Ramadan dan Syawal sejak 13 tahun perusahaan itu dimulakan mereka.

Malah, kata Abdullah, periuk kera kini semakin sukar diperolehi sehingga dia terpaksa mengupah Orang Asli untuk mendapatkan bekalan dari Hutan Bekok dengan upah RM50 sehari walhal ia tumbuhan yang melata di sekitar kampung berdekad lamanya.

Sementara itu, Norashikin yang mempelajari cara membuat pulut periuk kera daripada arwah neneknya berpendapat, kesukaran itulah yang membawa rahmat kerana memberi peluang perniagaan kepadanya dan suami.

Tentang cara membuat pulut periuk kera, beliau sendiri menunjukkan cara membersihkan periuk kera yang dijadikan acuan sebelum dikeringkan.

"Kemudian bolehlah masukkan beras pulut yang sudah siap dibasuh, diikuti santan kelapa yang sudah dibubuh garam secukup rasa sehingga tenggelam beras pulut tersebut.

"Selepas proses tersebut selesai, periuk kera yang telah diisi pulut dan santan perlu dikukus selama 15 hingga 20 minit dan selepas itu ia sedia untuk dihidangkan," katanya.

Syawal tidak lengkap tanpa pulut periuk kera

Posted: 13 Aug 2013 11:47 AM PDT

LABIS 13 Ogos - Masyarakat Melayu memang terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisi yang unik dan enak terutama sebagai juadah istimewa yang dihidangkan di pagi raya seperti lemang, dodol, ketupat dan wajik namun ada juga yang tidak lupa menyertakan 'menu wajib' masing-masing seperti pulut periuk kera.

Bagi Sarimah Rahmat, 47, pulut periuk kera dengan rendang daging adalah satu kemestian kerana merupakan hidangan istimewa dan ketiadaannya membuatkan sarapan pagi bersama keluarga di pagi raya tidak lengkap.

"Sebenarnya sejak kecil lagi pulut periuk kera sudah dijadikan sebagai juadah istimewa di pagi raya keluarga saya dan apabila mempunyai keluarga sendiri saya meneruskan tradisi itu.

"Saya tidak pernah membeli pulut periuk yang sudah siap dimasak tetapi hanya membeli periuk kera yang belum dimasak kerana saya lebih suka memasak mengikut citarasa sendiri," katanya ketika ditemui semasa membeli periuk kera di rumah Abdullah Kayan.

Mardiah Ismail, 44, yang berasal dari Selangor pula mengakui tidak pernah menjamah pulut periuk kera sebelum ini dan mula menggemari keenakan rasanya walaupun pernah tersalah sangka tentang juadah tersebut.

Menurutnya, jika sebelum ini dia menyangka periuk kera itu yang dimakan, kali ini dia sendiri melihat dan belajar proses menyediakan pulut periuk kera sehingga keluarganya turut menjadikan hidangan tersebut menu pada hari biasa apabila berkesempatan mendapatkannya.

"Saya rasa dengan permintaan tinggi terhadap periuk kera terutama menjelang musim perayaan, adalah baik sekiranya penduduk di sini mengambil langkah untuk menanam spesies tumbuhan tersebut di kebun masing-masing," ujarnya.

Seorang lagi penggemar juadah tersebut, Zainuddin Kambali, 60, menyifatkan ia tidak jauh bezanya dengan lemang tetapi lebih lembut dan tidak mempunyai kerak kerana menggunakan proses memasak yang berbeza.

Kerap memasak sendiri pulut periuk kera untuk keluarga, dia lebih gemarkan juadah itu kerana proses penyediaan yang mudah malah lemang kini mudah didapati kerana semakin ramai yang menjualnya di tepi jalan.

"Bagi saya harga periuk kera 30 sen sebiji tidaklah begitu mahal berbanding kesukaran untuk memperolehinya yang terpaksa berdepan bahaya mengharungi paya berair di hutan tebal selain terpaksa berjalan kaki.

"Lebih senang membeli sahaja daripada terpaksa bersusah payah mencari di hutan jika mahu menggunakan setakat 100 atau 200 biji selain memberi peluang kepada mereka yang melakukan kerja mencari periuk kera menambah pendapatan pada musim raya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved