Jumaat, 30 Ogos 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Perompak larikan 3 mesin ATM di Pengkalan Chepa

Posted: 30 Aug 2013 11:03 PM PDT

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA BHARU 31 Ogos - Maybank cawangan Pengkalan Chepa mengalami kerugian dipercayai mencecah ratusan ribu ringgit selepas kesemua wang di dalam tiga mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di situ dilarikan perompak awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE.

Dedah logo kongsi gelap

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Oleh AZRAI MOHAMMAD
pengarang@utusan.com.my

Sebahagian logo, lambang serta tatu digunakan oleh 49 kumpulan kongsi gelap yang diumumkan kerajaan, kelmarin.

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Sehari selepas pendedahan 49 kongsi gelap di seluruh negara semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mendedahkan pula beberapa logo, lambang serta tatu yang digunakan oleh ahli-ahli kumpulan tersebut.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pendedahan itu dilakukan supaya orang ramai dapat mengenali tanda-tanda yang ada pada kongsi gelap terbabit, sekali gus menghindari kumpulan yang diwartakan sebagai haram itu.

"Polis menasihatkan orang ramai yang memiliki atau mempunyai logo-logo kumpulan tersebut sama ada di rumah, kenderaan atau badan mereka agar dapat dihapuskan dengan apa cara sekali pun.

"Buat masa ini, kita juga akan memberi pendedahan kepada mereka yang belum mengetahui mengenai undang-undang ini kerana orang ramai yang cuba menyertai kumpulan terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Tiga pertubuhan kongsi gelap iaitu Geng 36, Geng 04 dan Geng 08 dikesan sebagai kumpulan samseng paling berbahaya daripada 49 kongsi gelap di seluruh negara yang diumumkan kerajaan semalam.

Kumpulan itu didapati menjalankan pelbagai jenis jenayah berat dan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Geng 36 yang majoriti ahlinya daripada kaum Cina mempunyai 8,512 ahli dan bergerak aktif di sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Abdul Jalil dalam pada itu memberitahu, pihaknya tidak menerima sebarang laporan, ugutan atau tangkapan terbaru susulan pengumuman kerajaan itu semalam.

Mengulas mengenai pengunaan logo-logo terbabit dalam majlis-majlis tertentu termasuk upacara pengkebumian, Abdul Jalil berkata, pihaknya boleh mengambil tindakan atas perbuatan itu namun akan menasihati penganjur terlebih dahulu.

"Sebagai contoh dalam upacara pengebumian seseorang yang beragama Hindu, kita perlu berbincang dengan penganjur atau pertubuhan Hindu Sanggam sama ada penggunaan logo perlu dalam majlis tersebut," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai penglibatan pelajar sekolah dalam kumpulan kongsi gelap, beliau berkata, terdapat cubaan kongsi gelap mempengaruhi pelajar di luar kawasan sekolah khususnya pelajar yang bermasalah.

"Bagaimanapun cubaan mempengaruhi pelajar di sekolah dapat dihindari terlebih awal dengan kerjasama polis, sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

"Setakat ini tiada laporan yang diterima menyatakan pelajar sekolah terlibat secara langsung dengan kongsi gelap," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Malaysia kempunan lagi

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Pemain India meraikan kejayaan melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Asia selepas mengecewakan Malaysia 2-0 pada separuh akhir di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari

IPOH - Kecewa gagal membawa Malaysia melangkah ke final Piala Asia pertama dalam tempoh 31 tahun, jurulatih hoki kebangsaan, Paul Revington berjanji akan membantu pasukan negara mengulangi pencapaian terbaik, tempat ketiga esok.

Semalam, impian Malaysia untuk menamatkan penantian 31 tahun tanpa kejuaraan Piala Asia berkubur selepas tewas kepada India 0-2 dalam aksi separuh akhir di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Malah kekalahan tersebut menyebabkan skuad kebangsaan terkilan untuk menghadiahkan gelaran Piala Asia buat penghormatan ke atas mendiang Chua Boon Huat dan hadiah ketika sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 hari ini.

Kekalahan tersebut juga menyebabkan Malaysia terpaksa melupakan impian untuk beraksi di pentas akhir esok menentang Korea Selatan yang meraih kemenangan 2-1 ke atas Pakistan dalam aksi separuh akhir.

"Saya sangat kecewa dengan kegagalan ini, namun saya janji akan membawa pasukan ini untuk cuba menamatkan kempen di tangga ketiga," kata Revington.

Pada perlawanan semalam Malaysia tidak berupaya mengekang asakan India terutama pada separuh masa pertama, selepas lawan mendahului minit kelapan menerusi pukulan sudut penalti yang dimanfaatkan dengan baik oleh pakarnya Volkkaliga Ramachandra Raghunath.

Bermula babak kedua, skuad kebangsaan mula mengatur serangan dengan baik dan hampir memperoleh jaringan pada minit ke-47 menerusi pukulan sudut penalti namun tolakan bola daripada Muhammad Razie Abd. Rahim tersasar sedikit dari gawang India.

Malah pada minit ke-58 Malaysia turut memperoleh peluang mendapatkan jaringan dalam kawasan D menerusi Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin tetapi gagal dimanfaatkan dengan baik.

Kelemahan benteng pertahanan negara membuka peluang buat India menambah jaringan kedua menerusi gol padang daripada Mandeep Singh pada minit ke-60.

Malaysia kini akan menentang Pakistan dalam aksi perebutan tempat ketiga, esok. Pencapaian terbaik kita adalah menghuni tangga ketiga pada 2007.

Sementara itu, kekalahan Pakistan ke atas Korea menjadi sejarah terburuk buat pasukan kedua terbaik Asia itu berikutan gagal untuk melepasi kelayakan ke Piala Dunia 2014 di Belanda.

Sejak Piala Dunia diperkenalkan pada 1971 Pakistan, pasukan paling banyak memenangi gelaran utama dunia itu dengan empat kali gelaran tidak pernah terlepas menyertainya.

Mengikut sistem baharu kelayakan Piala Dunia Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Pakistan kini tidak berpeluang menyertai kejohanan utama dunia itu.

Dalam pada itu, pada aksi klasifikasi tempat kelima hingga kelapan, semalam menyaksikan Jepun berjaya menundukkan Bangladesh dengan keputusan 3-0 .

Turut meraih kemenangan dalam aksi sama Oman yang menewaskan Taiwan menerusi pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 ketika tamat 70 minit perlawanan.

Hari ini, Jepun dijadual menentang Oman pada aksi perebutan tempat kelima dan enam manakala Bangladesh akan menentang Taiwan untuk tempat ketujuh dan lapan.

Saya sanggup bayar pengadil profesional - TMJ

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Presiden Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyuarakan kesanggupan beliau untuk membelanjakan wang sendiri bagi membayar khidmat pengadil profesional yang mengadili perlawanan Liga Malaysia (Liga M) seandainya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mampu membiayai gaji mereka.

Tunku Mahkota Johor itu berkata demikian semata-mata mahu meningkatkan mutu pengadilan perlawanan Liga M yang dilihat terlalu lemah berpunca sama ada daripada aspek pengetahuan pengadil sedia ada ataupun dibelenggu masalah rasuah.

"Isu pengadil berat sebelah ini bukan perkara baru, malah saya sering ulang dan akan sentiasa mengulanginya selagi FAM tidak mengambil langkah-langkah serius mengatasinya.

"Ia bukan satu masalah yang tidak boleh diselesaikan tetapi apabila wujud sifat tidak amanah oleh individu dalaman yang tidak bertanggungjawab, ia sekali gus mampu menghancurkan masa depan arena bola sepak tempatan," katanya dalam satu sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi, di sini semalam.

Tambah beliau, FAM tidak seharusnya cepat melatah dengan menghukum persatuan bola sepak negeri sewenang-wenangnya, sebaliknya 'bersihkan' dahulu masalah yang wujud dari sudut aspek pengurusan dan pentadbiran bola sepak negara.

"Tanda-tanda berlakunya gejala rasuah dan mengatur perlawanan dalam bola sepak di negara ini sudah ada, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil," katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga mempersoalkan dolak-dalih FAM yang sebelum ini mengatakan pernah membalas aduan rasmi yang telah dibuat oleh PBNJ, sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku.

Katanya, PBNJ tidak pernah menerima sebarang maklum balas secara bertulis daripada FAM terhadap laporan yang dihantar kepada mereka video serta gambar.

"Kalau pegawai FAM tidak mahu buat kerja atas laporan yang telah dibuat, sila letak jawatan dan biarkan ia diisi oleh individu lain yang lebih layak.

"Kualiti permainan oleh pemain semakin meningkat tetapi sayangnya ia dicacatkan pula mutu pengadilan yang tidak memuaskan," tambahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai video yang merakamkan tindakannya memarahi seorang pengadil baru-baru ini, beliau berkata ia hanyalah satu tuduhan semata-mata.

Sebaliknya, menurut Tunku Ismail, beliau hanya mahukan penjelasan daripada pengadil terbabit yang pada pandangannya membuat keputusan salah ketika mengadili perlawanan antara Johor Darul Takzim dan Felda United, baru-baru ini.

"Saya bukan memarahi pengadil itu. Cuma saya mahukan jawapan atas beberapa keputusan pengadil itu yang saya yakin ia tidak patut dikenakan terhadap pasukan Harimau Selatan.

"Sampai sekarang saya menunggu jawapan yang sewajarnya dan tiada siapa pun yang boleh menjawabnya," katanya.

Justeru, beliau mahu FAM lebih tegas dalam menyatakan pendirian mereka dan bertindak segera terhadap laporan yang telah dibuat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


NFCorp: Mahkamah tolak permohonan Mohamad Salleh

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail untuk menukar syarat jaminan asal berhubung kes pecah amanah yang dihadapinya membabitkan sejumlah RM49.7 juta empat tahun lalu.

Hakim Norsharidah Awang memutuskan demikian selepas mendengar hujahan yang dikemukakan peguam, Wan Shahrizal Wan Ladin yang mewakili Mohamad Salleh dan Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud mewakili pihak pendakwaan.

Dalam permohonannya, Mohamad Salleh memohon penjamin asal iaitu anak lelakinya, Wan Shahinur Izmir, ditukar kepada isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan wang jaminan RM500,000 dikembalikan dengan diganti cagaran sebuah tanah bernilai RM2.5 juta di Bukit Damansara, di sini.

Dia turut memohon pasport antarabangsanya yang kini dalam simpanan mahkamah dilepaskan secara kekal.

Wan Shahrizal berhujah, nilai tanah yang dicadangkan itu adalah lebih besar berbanding jaminan asal berkenaan malah lebih daripada jumlah tawaran dan memadai untuk mahkamah mengambil kira sebagai jaminan kehadiran Mohamad Salleh ke mahkamah.

Katanya, pemohon tidak mempunyai alasan untuk melarikan diri dari negara ini atas faktor umur yang kini berusia 65 tahun, anak-anaknya yang dibesarkan di Malaysia serta isterinya yang merupakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

''Pemohon adalah pemilik bersama tanah berkenaan justeru wujud alasan munasabah untuk mahkamah mengambil kira permohonan ini,'' katanya.

Walau bagaimanapun, Awang Armadajaya membantah permohonan tersebut dengan alasan nilai cadangan RM2.5 juta yang dikatakan lebih besar berbanding RM500,000 adalah tidak tepat kerana jaminan asal itu berserta pasport yang tidak ternilai.

''Adakah wujud sebab luar biasa mengapa pemohon boleh dan wajar diberi layanan istimewa kerana berdasarkan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak sama rata, dalam kes ini kesamarataan itu terpakai,'' tegas beliau.

Katanya, setelah melihat semua afidavit yang menyokong permohonan itu pihak pendakwaan mendapati tiada sebarang sebab khas bagi membolehkan syarat-syarat jaminan berkenaan dipinda.

Pada 12 Mac 2011, Mohamad Salleh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta untuk membiayai sebahagian daripada harga pembelian dua unit kondominium One Menerung dan memindahkan sebahagian wang tersebut ke akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn. Bhd. bagi kegunaan syarikat itu.

Dia juga mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan mengikut Akta Syarikat 1965 kerana melakukan kedua-dua transaksi tersebut tanpa kebenaran mesyuarat agung NFCorp pada tarikh dan tempat yang sama.

Penganggur dituduh bunuh pengusaha salun

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Toh Kian Peng (depan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam atas tuduhan membunuh seorang pengusaha pusat kecantikan, dua minggu lepas. - BERNAMA

JOHOR BAHRU 30 Ogos - Kematian seorang pengusaha salun kecantikan yang mayatnya ditemui dalam keadaan ditikam dan dikelar berakhir dengan seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh mangsa, hampir dua minggu lalu.

Toh Kian Peng, 37, didakwa membunuh Liew Oi Mei, 39, dengan menggunakan sebilah pisau di Cinderella Beauty Centre di nombor 25, Jalan Indah 1/1, Taman Bukit Indah di sini pada pukul 11.30 pagi, 17 Ogos lalu.

Tertuduh dari Pekan Nanas, Pontian dan mempunyai seorang anak perempuan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa dalam bahasa Mandarin.

Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias memerintahkan tertuduh dirujuk ke Hospital Permai bagi menjalani pemeriksaan psikiatri.

Beliau turut menetapkan sebutan kes pada 30 September ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Ashraff Mohd. Diah.

Memetik laporan akhbar, wanita itu ditemui mati terlentang dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam dan dikelar di premisnya kira-kira pukul 11.30 pagi.

Dalam kejadian itu, mangsa ditikam sebanyak dua kali di perut dan turut dikelar empat kali di leher serta masing-masing satu di belakang badan serta pergelangan tangan kanan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


MPT beri amaran sita premis

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

TEMERLOH 30 Ogos - Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) akan menjalankan operasi mengutip bayaran cukai taksiran mulai esok yang kini tertunggak sebanyak RM7.1 juta terhadap pemilik premis yang masih berdegil dan enggan menjelaskannya.

Yang Dipertuanya, Datuk Zainal Abidin berkata, antara langkah diambil adalah menyita premis pemilik yang terus berdegil dan enggan menjelaskan tunggakan walaupun beberapa kali MPT bertolak ansur serta memberi peluang kepada mereka membayarnya.

Katanya, MPT tidak akan berkompromi sebaliknya menghantar notis kepada pemilik premis terbabit yang gagal membayar tunggakan sebelum ini.

"Kami akan mulakan operasi lebih tegas termasuk menyita premis yang didapati gagal membayar cukai taksiran kepada MPT.

"Kami terpaksa mengambil tindakan tegas kerana sebelum ini mereka telah beberapa kali diberi peluang menjelaskan cukai tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, tindakan berkenaan dilihat adil kerana masih ramai pemilik premis lain yang membayar cukai taksiran.

"Kita akan mulakan tindakan menyita premis terbabit di bawah peruntukan yang disediakan iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 172)," katanya.

Zainal berkata, pemilik premis perlu tahu tanggungjawab masing-masing kerana jika gagal membayar cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan mempunyai dana yang cukup untuk membangunkan kawasan pentadbirannya.

Beliau berharap mereka yang masih belum membayar cukai taksiran supaya berbuat demikian dengan segera bagi mengelakkan harta disita.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Zainal berkata, kempen menangkap tikus yang bermula 24 Ogos lalu akan tamat hari ini.

"Orang ramai yang berjaya menangkap tikus boleh menebus wang RM5 bagi setiap ekor yang ditangkap di kaunter disediakan MPT sekitar bandar Temerloh," katanya.

Cegah jenayah mampu eratkan perpaduan

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

SERAMAI 300 orang pelajar sekolah menengah dari seluruh Kuantan mengikuti seminar mencegah jenayah dan motivasi di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 30 Ogos - Kesedaran mencegah jenayah perlu diterapkan di peringkat sekolah rendah supaya generasi muda dapat memahami tentang bahaya jika terlibat dalam kegiatan tidak sihat itu.

Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) negeri, Datuk Seri Johny Ch'ng Ewe Gee berkata, pendedahan itu mampu mengelak mereka terjebak dalam kegiatan tidak berfaedah, sekali gus melahirkan modal insan berguna dalam pembangunan negara.

"Murid perlu didedahkan dengan pencegahan jenayah kerana mampu membawa satu kesedaran, sekali gus menjauhkan diri daripada gejala yang boleh memudaratkan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan seminar motivasi melibatkan 300 pelajar dari lima sekolah menengah di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Naib Pengerusi MCPF Pahang, Datuk Seri Dr. Erwan Mohd. Tahir dan Komander Briged Tenggara, Datuk Azizan Abu Taat .

Beliau berharap mereka turut bekerjasama dengan membantu polis membanteras jenayah, selain memupuk semangat kejiranan di tempat tinggal mereka.

Dalam pada itu, Ewe Gee berkata, seminar tersebut merupakan kali kedua dianjurkan pihaknya iaitu sebelum ini pernah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar sekolah menengah sekitar daerah ini.

Pada kali ini jelasnya, seorang penuntut orang kurang upaya (OKU) yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan di Universiti Malaya (UM), Faiq Adnan dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar terbabit.

Katanya, pemilihan Faiq dibuat kerana dia mampu membuktikan bahawa kecacatan padanya tidak menghalang untuk melanjutkan pengajian ke universiti.

"Selain memberi ceramah kesedaran, kehadiran penuntut itu mampu menaikkan semangat kepada pelajar sekolah supaya mempunyai keazaman dan cita-cita untuk ke menara gading," ujarnya.

Masyarakat jangan ambil mudah ancaman tikus

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

MARAN 30 Ogos - Masyarakat perlu mengukuhkan budaya menjaga kebersihan premis dan persekitaran sebagai satu gaya hidup bagi menangani pembiakan tikus serta nyamuk yang membawa mudarat kepada masyarakat.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, keprihatinan menjaga kebersihan seperti di rumah dan premis perniagaan dapat mengatasi penularan wabak penyakit tersebut.

Menurutnya, rakyat khususnya di daerah ini tentu mengingati kejadian yang berlaku di kawasan perkelahan Lubuk Yu beberapa tahun lalu sehingga beberapa nyawa terkorban akibat penyakit kencing tikus.

"Ini membuktikan spesies tikus boleh membiak di mana-mana sahaja berikutan tahap kebersihan di lokasi terbabit sangat rendah iaitu banyak sisa-sisa makanan, kotor, sampah-sarap dan sebagainya.

"Sejak tragedi di Lubuk Yu, wabak penyakit tersebut semakin dikenali masyarakat dan banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam kempen kawalan tikus peringkat daerah di Pasar Borong Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini baru-baru ini.

Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, kempen seperti itu yang membabitkan masyarakat akan meningkatkan kesedaran mereka tentang ancaman kesihatan yang dibawa tikus.

"Banyak faktor mengapa makhluk perosak itu membiak seperti sikap sambil lewa masyarakat yang tidak menjaga kebersihan dengan sempurna," ujarnya.

Beliau berharap, mereka perlu komited memastikan tahap kebersihan tidak kira di rumah, premis perniagaan, gerai atau restoran perlu dijaga dengan memastikan peralatan seperti sudu, garpu, pinggan serta cawan dicuci sempurna.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Cabaran meniti masa depan

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Oleh Shahbudin Embun
PENULIS ialah Ahli Majlis Perundingan Melayu Malaysia

Bagi memupuk patriotisme dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, Tabika KEMAS Apartment Lumayan, Bandar Tun Razak mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri, kelmarin. - UTUSAN/Shahril Azman Zain

Beberapa hari lalu sudah kedengaran lagu tema Hari Kebangsaan 2013. Logo Hari kebangsaan 2013 pun sudah banyak terpampang di merata tempat. Apa yang pasti kontroversi tahun lepas tentang lagu dan logo Hari Kebangsaan tidak lagi berulang.

'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' terus menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56. Penulis amat bersetuju dengan tema yang dipilih untuk tahun ini. Tema ini berasaskan kepada semangat patriotik dan kesatuan negara bangsa serta memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya bersatu mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman musuh.

Apabila membincangkan tentang tema kali ini, penulis terus terbayang akan insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna. Banyak yang kita boleh pelajari daripada insiden tersebut dan pastinya yang paling penting ialah kita tidak boleh kompromi dalam soal kedaulatan dan keselamatan negara.

Itu sebabnya tema 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' sememangnya tepat dan amat sesuai sekali untuk Hari kemerdekaan 2013. Sekarang, apa yang lebih penting ialah sejauh mana kita sebagai rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan hari ini.

Penulis ingat ketika kecil dahulu, apabila masuk sahaja bulan Ogos, bahang sambutan menyambut Hari Kemerdekaan sudah mula terasa. Ketika itu tidak sabar rasanya untuk melaungkan Merdeka pada setiap 31 Ogos.

Tetapi agak sukar untuk merasainya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mungkin ini disebabkan oleh peredaran zaman yang menyaksikan kita semua sibuk dengan tugas harian. Tetapi itu bukannya alasan untuk kita tidak menghiraukan langsung akan Hari Kemerdekaan kita.

Penulis yakin masih ramai antara kita yang prihatin akan perkara ini, ketika ini juga, kita akan melihat pelbagai artikel tentang kemerdekaan sudah terpapar di semua akhbar. Dan kita juga akan melihat pelbagai aktiviti yang sudah dirancang dan bakal dilaksanakan pada Hari Merdeka ini dan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September nanti.

Kita juga akan terus ditanya persoalan yang sama. Sejauh manakah cintanya rakyat Malaysia kepada negara berdaulat ini? Adakah hanya ditunjukkan ketika masuknya bulan kemerdekaan dan dilupakan selepas menyambut Hari Malaysia nanti?

Bagaimana pula dengan generasi hari ini. Sekali lagi perbincangan dan persoalan yang sama akan diutarakan. Kenapa generasi hari ini seperti tidak tahu menghargai semangat kemerdekaan dan tidak ambil kisah tentangnya. Adakah generasi hari ini tidak memiliki semangat patriotik yang tinggi?

Sememangnya perbincangan dan persoalan seperti ini memang bagus untuk kita-sama-sama membincangkannya. Namun janganlah hanya diperkatakan semasa hendak menyambut kemerdekaan sahaja.

Perkara seperti ini mesti dilaksanakan dan terus dibincangkan secara konsisten dan berterusan agar generasi hari ini dan pada masa akan datang tahu betapa pentingnya semangat patriotisme yang mesti terdapat di dalam diri kita semua.

Sama juga halnya dengan pengibaran Jalur Gemilang. Baru-baru ini ketika menyempurnakan Majlis Pengibaran Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan di Dataran Zero Kilometer, Jam Besar Sungai Petani, Kedah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik atau hanya sebagai satu keperluan untuk menyambut sambutan Hari Kemerdekaan negara.

Najib menegaskan usaha tersebut mestilah disusuli dengan penghayatan dan pengorbanan untuk mendapatkan kemerdekaan yang dihasratkan.

Rakyat Malaysia mestilah mengibarkan Jalur Gemilang dengan rasa bangga dan megah bahawa bendera ini melambangkan identiti jati diri rakyat Malaysia yang kuat semangat patriotik dan cintakan tanah airnya.

Penulis amat bersetuju dengan saranan Perdana Menteri yang tidak mahu Jalur Gemilang dikibarkan tanpa membawa apa- apa pengertian. Semasa kita mengibarkan Jalur Gemilang, berapa ramai di antara kita yang tahu akan latar belakang bendera yang menjadi kebanggaan kita itu.

Kita marah apabila Jalur Gemilang dikoyak dan dibakar, tetapi berapa ramai antara kita yang betul-betul faham akan falsafah dan pengertian yang terdapat pada setiap warna, jalur, anak bulan dan bintang yang terdapat pada Jalur gemilang. Jika ada di antara kita yang masih tidak tahu, belum terlambat untuk kita menghayati dengan lebih mendalam akan pengertian di sebalik Jalur Gemilang.

Tahun 2013 juga menandakan Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56. Jika umur 56 dijadikan ukuran dan disamakan dengan manusia, maka pada kebiasaannya seseorang yang berumur 56 tahun itu, sudah kaya dengan pengalaman dan lebih matang serta sudah berjaya dalam bidang yang diceburi. Dalam hal ini, negara kita Malaysia, boleh dianggap sebagai sebuah negara yang semakin berjaya dan semakin hari bertambah kemakmurannya.

Contohnya, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan oleh Najib , sedang bergerak dengan lancarnya. Perdana Menteri pernah menjelaskan bahawa Perancangan dan pelaksanaan GTP dan ETP ini bukan sahaja membuktikan iltizam kerajaan untuk membangunkan negara, tetapi juga merupakan satu eksperimen paling berani kerajaan dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat.

Melalui GTP dan ETP ini rakyat boleh menilai prestasi kerajaan menerusi laporan tahunan dan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Ini adalah wawasan dan misi Najib untuk melihat Malaysia terus cemerlang. Pada masa yang sama, kita juga perlu sesekali menoleh ke belakang untuk menghargai jasa yang dicurahkan oleh ramai para pemimpin sebelumnya yang memastikan Malaysia merdeka daripada sebarang bentuk belenggu penjajahan.

Perdana Menteri juga pernah menegaskan yang negara kini digarapi oleh golongan ketiga yang menyaksikan pemimpin dan rakyat sama-sama berjuang untuk membawa makna kepada kemerdekaan, setelah mengambil alih daripada golongan pertama iaitu pengasas yang berjuang untuk kemerdekaan dan golongan kedua yang berjuang untuk mengisi kemerdekaan. Itu sebabnya kita tidak boleh walau sesaat pun melupakan atau leka dengan perjuangan yang sudah lama diasaskan oleh beberapa generasi sebelum ini.

Dan setelah 56 tahun merdeka serta dalam persaingan global hari ini, kita perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai cabaran yang bakal datang. Kita perlu mengingatkan diri kita dan memastikan jati diri yang disemai akan terus bertambah kukuh.

Itu sebabnya kemajuan dari segi ekonomi seperti mana yang sedang diatur oleh kerajaan perlu sentiasa disokong. Dalam hal ini rakyat perlu bersama-sama berganding bahu dengan pucuk kepimpinan negara untuk terus melaksanakan agenda transformasi kerajaan ke arah kemajuan dan kemantapan ekonomi kita semua.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa generasi hari ini memainkan peranan penting dan kita semua perlu memastikan generasi ini memiliki semangat patriotik, kenegaraan dan jati diri yang tinggi untuk terus memelihara dan menjamin kemerdekaan yang berkekalan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Pihak luar tidak berhak mengajar kita - PM

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Najib Tun Razak ketika berucap sempena Hari Kemerdekaan Ke-56 di Angkasapuri, semalam.

SALAM Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang setulusnya, dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran di bawah lembayung rahmat dan keredaan-Nya, kita sebagai rakyat Malaysia, berpeluang meraikan ulang tahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-56 dalam keadaan permai sentosa. Tahun ini juga merupakan tahun ke-50 Sabah dan Sarawak bersama-sama menyambutnya sejak 1963.

Sesungguhnya, bersesuaian dengan situasi semasa, Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku, telah dipilih sebagai tema yang tepat untuk Hari Kebangsaan kali ke-56 ini.

Hakikatnya, telah puluhan tahun rakyat Malaysia menempuhi pelbagai perubahan dan transformasi bersama, baik dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial. Sepanjang tempoh itu juga, Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, bebas dari cengkaman serta belenggu penjajahan asing.

Sesungguhnya, kedaulatan menjadi faktor yang menunjang kita sebagai sebuah negara tidak datang secara bergolek. Telah banyaknya keringat yang mengalir, telah sekian tumpahnya darah pengorbanan. Semua itu hasil perjuangan para pemimpin bersama generasi terdahulu, hatta bersinambungan sampai sekarang.

Maka yang demikian, memiliki kedaulatan bermaksud, kita berhak sepenuhnya dalam segala urusan mentadbir, memerintah dan menentukan sendiri hala tuju negara. Malah, dalam menjiwai kemerdekaan dan kisah-kisah meraihnya, kita juga wajib terus memelihara dan mempertahankan perkara-perkara berkaitan Raja-Raja Melayu, kedudukan Agama Islam, serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera, seperti mana bapa-bapa kita terdahulu telah maktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kita menginsafi, dunia kini sering berdepan dengan pelbagai mehnah dan pancaroba. Justeru, kita terdedah dengan pelbagai ancaman oleh dalang-dalang yang cuba mewujudkan sengketa di serata dunia. Umpamanya, krisis dalaman yang sedang melanda di beberapa buah negara Arab, akhirnya bertukar menjadi kecemperaan politik yang berpanjangan.

Pergolakan yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat tidak berdosa sebegini, wajar dijadikan iktibar kepada kita semua. Konflik yang sedang berlarutan, seperti tiada kesudahannya. Cahaya di hujung terowong yang dinantikan oleh rakyat mereka, tampaknya masih samar dan buntu. Demikianlah jika perubahan yang ditagih hanya sekadar perubahan semberono. Natijahnya, kemusnahan ekonomi dan pertumbuhan negara akan terjejas pabila tiadanya kestabilan dan perpaduan.

Merujuk ehwal negara kita, peristiwa hitam pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini turut mengorbankan nyawa para perajurit tanah air. Sudah tentu, tragedi berdarah ini akan menjadi satu pengajaran kepada kita bahawa, Malaysia tidak terlepas daripada terdedah kepada ancaman musuh dari luar.

Hakikatnya, tragedi walang itu telah menyentap benak sanubari rakyat Malaysia, tentang peri-mustahak untuk kekal bersatu, demi mempertahankan kedaulatan negara. Lantaran, kita tidak boleh kunjung jemu untuk menyemai benih-benih jati diri dan pucuk-pucuk semangat cintakan negara di kalangan rakyat, khususnya golongan muda yakni generasi pewaris.

Pendek kata, sambutan Kemerdekaan bukanlah sekadar laungan membangkitkan semangat. Lebih dari itu, ia perlu disulami dengan penghayatan yang mendalam. Sememangnya lagi, kita tidak mahu kemerdekaan hanya pada nama. Pengisiannyalah yang lebih utama, dan terbukti, kita telah pun melalui episod-episod seperti perselisihan antara kaum, krisis kewangan dan kemelut politik. Syukurlah semua itu kita lalui dengan jayanya.

Sesungguhnya jua, perkara utama untuk direnungkan dalam mencapai maksud ulang tahun kemerdekaan adalah, sejauh manakah kejayaan kita sehingga kini dalam mempersiapkan dan mempersembahkan sebuah Malaysia yang progresif bagi ditinggalkan kepada zuriat hari muka.

Jelasnya, pada hemah saya, pelbagai usaha perlu digembleng dan dibugarkan, demi mencelikkan sejarah kepada generasi muda tanpa mengira latar agama, keturunan mahupun budaya. Anak-anak muda sebagai bunga-bunga bangsa perlu terus dibimbing dan diasuh, dipersiapkan dengan jati diri dan diperteguhkan semangat patriotisme mereka. Barulah Malaysia dengan rakyatnya yang berjiwa besar, akan kekal berdaulat lagi merdeka dalam permaknaan sebenar.

Secara tuntas, Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang unik di dunia. Keunikan inilah menjadikan kita istimewa dan aset bagi mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi beberapa tahun lagi.

Pucuk pangkalnya, kini bukanlah masanya untuk kita berpecah belah. Walau apa dugaan yang merintang, kita tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus mara ke hadapan untuk memajukan negara berasaskan perpaduan nasional. Atas sebab itu, saya yakin dan percaya tiada siapa pun pihak luar yang berhak mengajar kita bagaimana hendak berjalan, kerana kita sudah lama bertatih dan melangkah.

Kesimpulannya, rupa dan wajah Malaysia seperti mana yang kita lihat dewasa ini, telah dibina melalui pelbagai ikhtiar, perancangan teliti, serta strategi yang rapi oleh pihak kerajaan sejak berdekad lalu, mengikut pendekatan serta acuan kita yang tersendiri.

Akhir kalam, saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia, hargailah keamanan, peliharalah keharmonian, pupuklah perpaduan dengan mencintai watan. Ayuh, marilah kita berpadu, dengan obor perjuangan yang jitu, demi Malaysia yang satu.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-56.

Merdeka, Merdeka, Merdeka. Dirgahayu Malaysiaku.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Amanda Seyfried sering panik

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

AMANDA SEYFRIED

LOS ANGELES - Aktres jelita Hollywood, Amanda Seyfried mendedahkan dia sering dilanda serangan panik apabila berada dalam keadaan tertekan.

Seyfried berkata, bergelar selebriti menyebabkan dia bertemu dengan ramai orang dan kadangkala keadaan itu membuatnya sedikit tertekan.

"Seronok apabila anda berpeluang bertemu dengan ramai orang, namun keadaan itu juga boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa, sekali gus mencetuskan serangan panik.

"Saya menghidap penyakit ini sejak beberapa tahun lalu dan sentiasa berusaha untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat,' katanya seperti yang dipetik laman hiburan Femalefirst, di sini baru-baru ini.

Aktres berusia 27 tahun itu menyatakan dia gemar melukis gambar pemandangan bagi mengurangkan tekanan.

"Saya perlu mengamalkan cara hidup yang tenang bagi mengatasi masalah tersebut.

"Melukis menjadi salah satu cara saya melupakan perkara yang membuatkan saya tertekan. Dengan melukis, ia menjadikan pandangan dan pemikiran anda lebih luas," ujarnya. - AGENSI

Pegang amanat arwah ayah

Posted: 29 Aug 2013 10:59 PM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar MOHD. NAIM AZIZ

SHIHA finalis Mentor 5 yang masih belum putus asa dalam mengejar impiannya untuk menjadi penyanyi berjaya di pesada seni suara tanah air.

PERJALANAN seni Shiha sebagai penyanyi bukan baru. Dia mula menonjolkan bakatnya dalam bidang nyanyian dengan menyertai pertandingan seperti Akademi Fantasia 3 (AF3) dan Mentor beberapa tahun lalu.

Sayangnya, dalam kesemua pertandingan itu nasib belum menyebelahinya. Dia antaranya cuma sekadar menjadi peserta dalam Konsert Prelude AF3 dan naib juara dalam Mentor musim kelima hasil didikan biduanita Datuk Sharifah Aini.

Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk mencuba nasib sebagai penyanyi. Malah, selepas menyertai Mentor 5, semangatnya untuk menjadi penyanyi sepenuh masa semakin berkobar-kobar.

Sebab itu, tidak hairanlah Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd. Zikir sanggup meninggalkan bidang pelajaran semata-mata untuk mengejar cita-citanya itu.

Menurut Shiha dia bukan sahaja bercita-cita mahu menjadi penyanyi yang berjaya, tetapi ia turut didorong oleh arwah bapanya yang begitu teringin mahu melihatnya berjaya dalam bidang tersebut.

"Pembabitan saya dalam bidang nyanyian banyak didorong oleh arwah bapa. Dialah yang banyak mengajar saya dalam bidang nyanyian. Arwah banyak mengajar saya teknik menyanyi terutama dalam lagu-lagu asli.

"Saya masuk pertandingan seperti AF3 juga atas dorongan arwah bapa. Sayangnya, arwah tidak sempat melihat kejayaan saya sebagai penyanyi. Dia meninggal dunia pada 2008 kerana serangan sakit jantung.

"Ketika dia meninggal dunia di Pulau Pinang, saya berada di Kuala Lumpur kerana bekerja menjadi penyanyi sepenuh masa," katanya semasa di temui pada majlis rumah terbuka rancangan Bersamamu terbitan TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Jelas Shiha, disebabkan kesungguhannya mahu menjadi penyanyi, dia sanggup menolak tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang tidak lama dulu.

Kata penyanyi bersuara lantang ini, dia tidak menyesal dengan keputusan itu, sebaliknya yakin nasib akan menyebelahi asalkan terus komited dalam bidang yang penuh dengan cabaran tersebut.

"Sewaktu mula menyertai AF3 usia saya baru sahaja 18 tahun dan baru habis belajar. Saya kemudiannya dapat tawaran belajar di USM dalam bidang sukan tetapi menolak kerana mahu menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian.

"Walaupun tidak berjaya ke final AF3 tetapi saya tidak putus asa dan menyertai Mentor 5 dengan mendapat tempat kedua yang mana itu adalah pencapaian terbaik saya setakat ini," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Populariti Amina

Posted: 29 Aug 2013 10:59 PM PDT

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar Abdul Razak Latif

Sajian makanan laut hasil air tangan Amina.

KEMUNCULAN Amina El Shafei, dalam program realiti MasterChef Australia Musim Ke-4 yang ketika ini sedang ditayangkan di kaca televisyen Malaysia, sedikit sebanyak memberi impak yang besar kerana sebelum ini tidak pernah lagi peserta yang beragama Islam dan bertudung menyertai program tersebut.

Bukan sahaja dilihat satu perubahan besar dilakukan pada program realiti tersebut tetapi sekali gus melonjakkan populariti wanita kelahiran Arab Saudi ini.

Berpeluang bertemu dengan personaliti berusia 29 tahun ini, Amina mengakui, program tersebut sememangnya disambut baik pihak penerbit malah kehadirannya amat dialu-alukan.

Tidak pernah berlaku sebarang pilih kasih dengan peserta-peserta yang lain, malah kehadirannya sentiasa disedari dan tidak pernah sesekali dia dipinggirkan.

Ini dapat dibuktikan apabila pihak penerbit program tersebut bertungkus lumus menyediakan juadah halal untuknya apabila setiap kali tiba waktu makan.

Kehadirannya ke Malaysia baru-baru ini dalam siri promosi MasterChef Australia Musim Ke-4, sememangnya dinanti-nantikan peminat setianya di sini.

Amina sememangnya seorang personaliti yang begitu disenangi, mudah didekati, dan mudah mesra.

Tidak lokek dengan senyuman, ternyata bakatnya dalam bidang masakan tidak boleh dipandang sebelah mata kerana masakannya yang dilihat hanya 'mencampakkan' bahan-bahan masakan dilihat begitu mudah dilakukan tetapi hasilnya begitu mengagumkan.

Mengakui mempunyai sikap terbuka dalam bab makanan lantas tidak hairan jika dia gemar mencuba pelbagai jenis masakan, apatah lagi dibesarkan dalam pertembungan dua budaya yang cukup berbeza, Arab dan Asia.

Mula berhijrah ke Australia pada lewat 1980-an, bapa Amina berasal dari utara Mesir manakala ibunya berbangsa Korea.

"Datang dari dua budaya yang cukup berbeza tidak pernah menghalang kami sekeluarga untuk mencuba pelbagai perkara termasuklah memasak.

"Saya bertuah kerana dapat mempelajari masakan sebelah ibu dan bapa malah ia memberi satu kelebihan di mana saya boleh memasak masakan yang cukup berbeza.

"Begitupun, jangan terkejut sekiranya saya memberitahu bahawa ketuhar di rumah pernah meletup gara-gara eksperimen yang dilakukan dan tidak kurang ada juga benda yang terbakar dan berasap," tambahnya sambil ketawa.

Menurut Amina, adik perempuannya, Eman, juga sejak akhir-akhir ini rajin memasak untuk seisi keluarga. Malah kemunculan Amina dalam MasterChef Australia Musim Ke-4 adalah di atas dorongan adiknya itu.

Bercerita lanjut mengenai bidang barunya itu, Amina menjelaskan, sejak awal lagi, ibu dan bapanya banyak mendedahkan dia pada dunia masakan.

Begitu juga nenek, tetapi bagi dirinya, apa yang penting keseronokan berada di dapur.

Menegaskan tidak akan bergelar chef, tetapi Amina memberitahu bahawa dirinya akan terus memasak. Malah bercita-cita untuk membuka sebuah restoran satu hari nanti bersama adiknya.

Untuk itu, dia sama sekali tidak pernah terfikir untuk mengikuti mana-mana kursus atau latihan di sekolah memasak semata-mata mahu menjadi chef.

Katanya lagi, buat masa ini dia banyak mengadakan kelas dan demonstrasi memasak di Sydney.

Perkara itulah yang membuatkan dirinya sibuk. Apa pun memasak hanya kerja sambilan kerana dia masih sayang akan kerjaya tetapnya sebagai seorang jururawat pediatrik.

Berbicara mengenai hasratnya untuk membuka sebuah restoran, Amina ingin membuka restoran Asia Barat yang funky tetapi tradisional.

Bagaimanapun, Amina berkata, hasrat tersebut ditangguhkan dahulu memandangkan untuk memulakan perniagaan bukanlah satu perkara mudah.

"Buat masa ini, saya membantu rakan yang mengusahakan restoran Asia Barat dan saya tidak sangka banyak perkara yang harus dilakukan untuk memulakan perniagaan restoran ini.

"Saya tidak tahu bagaimana keadaannya di Malaysia tetapi di Sydney sekarang banyak perniagaan restoran yang rugi.

"Jadi saya tidak mahu terburu-buru menceburi bidang perniagaan ini dan biarlah saya mengutip pengalaman dalam tempoh beberapa tahun ini terlebih dulu," ujarnya lagi.

Dia yang menetap di Sydney juga memberitahu, mula membantu ibu bapanya di dapur ketika dia masih di sekolah menengah terutama pada hujung minggu.

Walaupun dilihat cukup bertuah kerana mampu menghasilkan makanan yang cukup menarik dari negara Arab dan Korea, apa pun Amina lebih menggemari makanan tradisional.

Mungkin dibesarkan di Australia, Amina lebih menggemari pasta dan ini kerana menurut Amina masakan Arab banyak menggunakan rempah, manakala masakan Korea pula sangat pedas kerana banyak menggunakan cili merah.

Secara jujurnya, Amina menyatakan bahawa dirinya tidak menggemari masakan yang pedas dan bercili.

Baginya, antara masakan Arab dan Korea, kedua-duanya sama enak kerana masakan Korea dianggapnya sesuai untuk musim panas manakala masakan Arab pula lebih sesuai untuk musim sejuk.

Amina juga kini dalam proses menyiapkan buku masakan yang dijangka berada di pasaran pada pertengahan tahun hadapan.

Usaha menyiapkan buku tersebut yang bermula sekitar Oktober tahun lalu, sangat rumit dan memakan masa kerana ia harus bertepatan dengan konsep yang diingininya.

"Cabaran dalam menghasilkan buku resipi ialah menulis resipinya kerana saya harus mencuba resipi tersebut tiga atau empat kali sehingga ia betul-betul menjadi.

"Memandangkan ia berkonsepkan latar belakang budaya saya, jadi buku ini bakal menyediakan pelbagai resipi keluarga serta gambar kenangan keluarga.

"Mungkin sebab itulah ia mengambil masa kerana saya mahu buku ini benar­benar sempurna dan mengikut apa yang dikehendaki," katanya.

Gemar mengembara dan bakal ke London September ini untuk menyertai acara membabitkan makanan halal, Amina juga pernah menjelajah ke Maghribi, Sepanyol, Portugal, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan tidak ketinggalan, Korea. - MARIATUL QATIAH ZAKARIA

Alah buah tembikai

Posted: 29 Aug 2013 10:59 PM PDT

MINGGU lepas saya sempat mencipta beberapa resipi jus untuk dimuatkan bagi projek terbaru saya resipi magnet peti ais (booklet fridge magnet).

Dalam masa yang sama, saya telah memuat naik gambar jus tersebut di Facebook saya. Alhamdulillah ramai yang sukakannya. Ada juga yang masih tidak sabar menunggu hasil akhir projek saya dengan kerjasama Nora Bridal Creation.

Insya-Allah dengan sokongan yang diberi pasti saya akan kongsikan perkembangannya nanti.

Baiklah berbalik kepada cerita saya muat naikkan gambar jus tadi. Sebenarnya bahan utama jus itu saya menggunakan tembikai.

Tiba-tiba ada seorang teman Facebook saya memberi komen yang dia tidak boleh makan atau minum terlalu banyak tembikai kerana akan membuatkan badannya menjadi panas sehingga boleh menyebabkannya lesu, lemah dan demam.

Pelik juga, terus saya berbalas mesej bagi mendapatkan apa sebenarnya yang membuat dia menjadi begitu jika dia menjamah tembikai berlebihan.

Macam-macam telahan yang saya beri seperti mungkin dia minum air tembikai dengan ais atau mungkin dia terkena keracunan makanan dan macam-macam lagilah.

Pening jugalah memikirkan puncanya. Akhirnya apa yang pasti dia kemungkinan berhadapan dengan masalah alahan pada tembikai.

Selama ini saya hanya biasa dengan alahan seperti jika makan ayam, makanan laut dan kacang. Kerana tidak berpuas hati dan bagi memastikan segala keraguan, saya terus merujuk Internet apakah yang membuatkan wanita ini alah pada tembikai.

Tembikai merupakan buah daripada pokok menjalar. Buah yang mengandungi banyak air ini memang enak jika dibuat jus atau makan begitu sahaja.

Airnya boleh melegakan dan menyejukkan badan, terutama jika dinikmati pada waktu panas ditambah pula jika sejuk atau ditambah ais. Memang menyelerakan, namun ada sesetengah orang yang alah pada tembikai.

Alahan terhadap buah tembikai mungkin berkaitan dengan debunga pokok ini yang menjalar. Rupa-rupanya debunga jenis ini yang membuatkan sesetengah orang alah jika memakan buah atau pun sayuran daripada debunga pokok yang menjalar.

Situasi ini mungkin sedikit menyusahkan kepada mereka yang alah.

Melalui pembacaan saya lagi memang ada orang yang alah pada buah-buahan lain selain buah tembikai, antaranya pisang, epal dan oren.

Bentuk alahan memakan buah-buahan ini bergantung kepada individu tersebut tekak menjadi gatal dan kebas, badan menjadi lemah, timbul kemerahan pada kulit dan cirit-birit. Memang susah untuk mengesan apa makanan yang membuatkan kita alah.

Sebaiknya buatlah pemeriksaan atau berjumpa dengan pakar seperti doktor. Anda sendiri juga boleh membuat kajian dengan lebih peka kepada corak pemakanan yang diamalkan. Dengan cara ini anda dapat mengetahuinya.

Pada minggu ini saya kongsikan satu resipi salad epal. Tetapi pada mereka yang ada alahan pada salah satu bahan dalam resipi ini seperti epal atau mayonis bolehlah menggantikannya dengan bahan lain. selamat mencuba.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Nasib malang Jalan Chan Sow Lin

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Sampah yang dibuang di tepi jalan di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur ini bukan sahaja menyakitkan mata memandang tetapi turut menyebabkan kenderaan tidak dapat diletakkan di situ.

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Sampah dan berhabuk adalah keadaan biasa yang dihadapi apabila melalui Jalan Chan Sow Lin, apatah lagi bagi mereka yang bekerja di situ.

Udara yang menyesakkan paru-paru dan pemandangan yang menyakitkan mata itu diburukkan pula dengan perbuatan pengusaha premis barangan lusuh yang meletakkan barangan terpakai di tepi jalan, di hadapan premis masing-masing.

Pengusaha itu turut 'menghiasi' premis mereka dengan tin-tin minuman yang digantung di hadapan premis mereka.

Kemudian, kehadiran 'lori siput' membawa simen konkrit yang ulang-alik dari Jalan Lima ke tapak pembinaan. Sudah beberapa kali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membersihkan simen yang berciciran dan membaiki jalan, namun seperti tindakan sia-sia kerana keadaan akan kembali buruk tidak beberapa hari kemudian.

Lori-lori lain yang membawa muatan besar yang lalu-lalang di situ turut dipandu laju sehingga mengundang bahaya.

Jika pemandangan di Jalan Chan Sow Lin sudah begitu teruk, apatah lagi di jalan-jalan rantingnya seperti Jalan Lima dan Jalan Enam yang kelihatannya terlepas pandang daripada mata pihak berkenaan.

Di dua jalan itu, sampah boleh dilihat di merata tempat, seolah-olah kawasan ditinggalkan lagaknya kerana seperti tidak dipedulikan oleh pihak berkenaan. Daun-daun kering berkumpul di bahu jalan, bercampur aduk dengan sampah plastik, tin minuman dan sebagainya.

Di dalam Sungai Kerayong, boleh dilihat sampah terapung atau tersangkut pada beting pasir manakala tebingnya menjadi mangsa premis barangan lusuh meletakkan 'harta benda' mereka.

Sungai itu, jika dijaga dan diawasi oleh pihak berkuasa, manakala tebingnya diperindahkan sebenarnya boleh menjadi kawasan yang menyenangkan mata memandang kerana terdapat deretan pokok yang ditanam tersusun.

DBKL juga seharusnya tidak membenarkan premis barangan lusuh beroperasi berdekatan sungai itu kerana bukan asing bagi mereka yang bekerja di kawasan berdekatan melihat pekerja-pekerja premis itu membuang sampah ke dalamnya.

Amat menyedihkan apabila sungai yang mengalir dicemari dengan sampah yang dibuang oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Di hujung Jalan Enam pula terdapat tong sampah di bahu jalan, tetapi sentiasa penuh, dan kayu alas bersusun di sebelahnya.

Sebenarnya, kawasan Jalan Chan Sow Lin kini menjadi tumpuan syarikat menjual kereta menempatkan bilik pameran mereka yang cantik di situ, sesuai dengan matlamat menjadikan kawasan itu sebagai 'auto city'.

Beberapa buah bilik pameran kereta berjenama antarabangsa sudah mula menempati kawasan itu sejak beberapa tahun lalu, tetapi sayang kerana kawasan itu sendiri seperti tidak sesuai dengan taraf kenderaan yang dijual oleh mereka.

Baki sembilan lagi setinggan dirobohkan

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

PENDUDUK mengumpul barangan mereka selepas rumah setinggan di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur yang mereka duduki dirobohkan semalam.

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Baki sembilan buah rumah di tapak setinggan Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul akhirnya dirobohkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) pagi tadi.

Operasi roboh yang sepatutnya dijalankan serentak bersama 15 buah rumah yang masih dalam pembinaan pada 1 Ogos lalu mendapat penangguhan sehingga 12 Ogos lepas.

Wakil penduduk tersebut, Norzambri Johari berkata, mereka kini buntu untuk mencari tempat perlindungan selepas satu-satunya tempat berteduh bagi mereka dirobohkan.

"Buat masa sekarang memang kami tidak boleh fikirkan ke mana hendak dituju dan ada antara kami akan terus tinggal di sini tanpa bumbung dan lantai.

"Tambahan pula, barang-barang rumah masih berada di sini kerana tiada tempat untuk diletakkan biarpun buat sementara waktu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui hari ini.

Pada 23 Ogos lalu, Pengarah PPTGWP, Yahaya Mohamad berkata, baki pemilik rumah yang belum dirobohkan itu sudah bersetuju untuk mengosongkan rumah masing-masing sebelum 12 Ogos.

Malah, kerja-kerja meroboh 15 buah rumah lain yang sedang dalam pembinaan dilakukan bagi menghalang projek tersebut diteruskan di tanah milik kerajaan itu.

Tambah Norzambri, penduduk redha dengan tindakan tersebut dan kini hanya mengharapkan agar pihak berkaitan dapat membantu mereka mencari penempatan baharu.

"Kami faham ini bukan tanah kami, tetapi memang tiada pilihan lain buat kami untuk tinggal di sini.

"Bukan kami mahu mengambil kesempatan apabila rumah dirobohkan, minta rumah, tetapi kami memang tiada tempat tinggal lain," katanya.

Sementara itu, tinjauan ke lokasi berkenaan mendapati beberapa penduduk sedang sibuk mengemas barangan rumah yang dikeluarkan sebelum operasi meroboh dijalankan.

Cuaca hujan membuatkan mereka menghadapi kesukaran dalam memastikan harta benda masing-masing dapat dilindungi.

Naik taraf masjid lama siap 2016

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Sebanyak 22 buah masjid lama di sekitar ibu kota sedang dinaik taraf yang prosesnya dijangka siap sepenuhnya menjelang 2016 melibatkan kos bernilai hampir RM300 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkembangan itu diyakini dapat memberikan persepsi positif, sekali gus menjadikan masjid-masjid di ibu negara sebagai lokasi terbaik untuk umat Islam melaksanakan aktiviti di ibu kota.

Jelasnya, kerja-kerja pembinaan mula dilaksanakan tahun lalu dengan setiap masjid mengambil masa selama 30 bulan untuk disiapkan.

"Usaha menaik taraf infrastruktur itu akan turut diperluaskan kepada surau-surau dan sekolah agama di ibu kota termasuk pembinaan semula kemudahan tandas di kedua-dua kawasan tersebut.

"Inisiatif berterusan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ini tidak akan berjaya direalisasikan tanpa sumbangan besar bekas Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali yang selama ini begitu peka dan prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam setempat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Jasamu Dikenang sempena tamat tempoh perkhidmatan Che Mat sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Che Mat yang menjadi Pengarah Jawi merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejak 23 Februari 2005 menamatkan perkhidmatannya pada 6 Ogos lalu.

Jawatan Pengarah Jawi kini dipangku oleh Timbalan Pengarah Operasinya, Ibrahim Deris.

Mengulas mengenai dakwaan sebuah syarikat hiburan di Pulau Pinang dipercayai menggunakan lambang masjid untuk mempromosikan arak, Jamil Khir meminta pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk segera mengenal pasti dan menyiasat perkara itu.

Jelasnya, tindakan sewajarnya perlu bagi membanteras kejadian seumpama itu daripada terus berlaku.

Sementara itu Che Mat berkata, Jawi komited mengkaji keperluan untuk meningkatkan jumlah surau-surau yang berstatus surau Jumaat di pusat-pusat komersial tumpuan ramai selaras ke arah memperkasa institusi tersebut.

Jelasnya, langkah proaktif itu perlu bagi membolehkan umat Islam menunaikan ibadat terutama solat Jumaat dalam keadaan selesa walau di mana sahaja mereka berada.

"Sehubungan itu, Jawi menjangkakan dapat menaik taraf lebih banyak surau di jabatan-jabatan, pusat perbankan, pasar raya besar mahupun hentian bas bagi kemudahan ramai," katanya.

"Setakat ini katanya, antara surau Jumaat yang telah dinaik taraf termasuk di Institut Jantung Negara (IJN), Menara Maybank dan Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL)," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Kasut cinta negara

Posted: 29 Aug 2013 10:59 PM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar WAHIDIN SALIM

Xavier Mah dan alfred hor (empat dan lima dari kanan) bersama para penaja meraikan kemunculan kasut the malaysian yang direka sempena sambutan hari kemerdekaan ke-56.

PELBAGAI gaya atau cara yang ditonjolkan seseorang dalam menzahirkan rasa cinta kepada negara khususnya apabila tiba Hari Kemerdekaan yang disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun.

Setiap orang juga pasti mempunyai kenangan tersendiri berkaitan sambutan hari penuh bersejarah itu terutamanya pada zaman persekolahan yang pasti lebih mempunyai impak semangat cintakan negara berbanding di alam pekerjaan.

Kenangan itulah juga yang menjadikan pereka kasut mewah tempatan, Xavier Mah dan Alfred Hor, bersepakat memberikan penghormatan mereka dengan menampilkan dua koleksi menarik hasil sentuhan mereka semata-mata untuk meraikan hari penuh bersejarah tersebut.

"Saya masih ingat nyanyian lagu Negaraku apabila berada di perhimpunan sekolah. Lirik berbunyi 'tanah tumpahnya darahku...' menguatkan lagi ingatan saya tentang pengorbanan nenek moyang demi kesejahteraan kita pada hari ini.

"Dan warna merah, putih, kuning dan biru ternyata melambangkan unsur perpaduan yang juga diterapkan dalam koleksi kasut Xalf yang diperkenalkan hari ini.

"Koleksi kali ini juga memberi penghargaan khusus kepada kaum wanita yang banyak memainkan peranan dalam pembangunan negara," jelas Xavier yang ditemui pada majlis yang berlangsung di Pusat Pameran Lotus, Jalan Damansara off Jalan Penchala, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Xavier menambah, masyarakat Malaysia sememangnya beruntung kerana mempunyai pelbagai hari untuk disambut setiap tahun.

Atas sebab itu jugalah rakyat seharusnya menyayangi negara ini dan menghasilkan sesuatu yang boleh menambah kecintaan tersebut tidak mengira apa jua cara.

"Kami memperkenalkan, The Malaysian 1957 dan The Malaysian 1963 koleksi kasut Xalf sempena dua hari bersejarah, hari kemerdekaan dan juga hari penubuhan Malaysia. Dan mengambil kira daripada kecantikan bendera Jalur Gemilang, koleksi Xalf tampil mencetus gabungan simbolik baru dalam dunia fesyen.

"Lebih menarik, kami hanya menghasilkan sebanyak 56 pasang kasut bagi setiap koleksi. Angka 56 itu dipilih sebagai simbolik sambutan kemerdekaan negara yang ke-56 tahun ini," jelas Xavier.

Rekaan kasut

Sementara itu bagi lelaki yang menghasilkan rekaan kasut itu pula, Alfred berkata, bukan sesuatu yang mudah untuk menzahirkan satu penghormatan ke atas kasut eksklusif.

"Sebagai rakyat Malaysia, pastinya kita hormat dan menghargai negara tercinta dan mahu membuktikan dengan cara yang tersendiri dan inilah cara saya," jelas Alfred yang ditemui di majlis yang sama.

Sambil mengakui proses menghasilkan rekaan yang begitu menguji dan mencabar kreativitinya, Alfred turut berpuas hati dengan dua rekaan yang begitu sentimental dan bermakna bagi dirinya sepanjang berkecimpung dalam dunia rekaan kasut.

"Pertama, bukan senang menyatukan kesemua warna terang bendera kebangsaan ke dalam silhoute kasut apatah lagi untuk mengekalkan kehalusan seninya.

"Keduanya, perincian yang digunakan juga perlu jelas melambangkan semangat kenegaraan pada setiap langkah wanita yang menyarungkan rekaan ini kelak.

"Bukan sekadar menarik pada mata, saya juga memastikan kasut ini memang selesa dipakai. Kami menggunakan hanya kulit asli dan lapisan dalaman kasut juga daripada material berkualiti tinggi dan sesuai dipakai wanita untuk apa jua majlis," jelas Alfred yang mengambil masa selama dua hingga empat minggu untuk menghasilkan sepasang kasut.

Bercakap tentang jenama Malaysia, Xavier dan Alfred turut mahu rakyat berbangga dengan produk buatan tempatan kerana ternyata ia semakin baik dari segi kualiti serta kreativitinya.

Sebelum koleksi The Malaysian, mereka pernah memperkenalkan Xpression dan Metamorphosis yang mula menaikkan nama Xalf dalam dunia kasut wanita.

Malah Xalf juga dipilih supermodel terkemuka dunia, Ai Tominagu sebagai pilihannya untuk ke majlis eksklusif.

Selain Tominagu, penulis blog selebriti New York, Tia Walker dan beberapa selebriti tempatan dan antarabangsa turut memberikan testimoni yang baik tentang kasut yang dihasilkan Xalf.

Koleksi The Malaysian ini turut dihasilkan bersama sebuah kotak eksklusif dan acara perasmiannya turut disertai empat buah kereta Lotus berwarna merah, biru, kuning dan putih simbolik perpaduan negara.

Setiap kasut mewah rekaan Xalf turut disertai dengan 'kad lahir' yang mencatatkan tarikh pembuatan dan nama pemiliknya secara eksklusif.

Ternyata koleksi ini cukup optimistik menekankan intipati kemasyarakatan sekali gus menyampaikan mesej kemajuan dan keyakinan.

Kasut edisi istimewa The Malaysian ini hanya dijual menerusi laman sesawang xalfdesign.com pada harga RM1,159.

Siti Sa'adiah terus tabur bakti

Posted: 29 Aug 2013 10:59 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar RASHID MAHFOF

Siti Sa'adiah Sheikh Bakir menunjukkan naskah biografi Siti Sa'adiah: Driven By Vision, Mission and Passion pada Rohani Abdul Karim di majlis pelancarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

NAMA Datin Paduka Siti Sa'adiah Sheikh Bakir dalam industri penjagaan kesihatan di Malaysia bukan asing lagi.

Mantan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad selama 19 tahun ini, mula dilantik ke jawatan tersebut pada 1 Mac 1993 sehingga tarikh persaraannya pada 31 Disember 2012.

Bagaimanapun itu tidak bermakna kini beliau hanya menghabiskan masa persaraannya di rumah. Sebaliknya, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Korporat dan Pengarah Bukan Eksekutif KPJ bermula pada 1 Januari lalu.

Selain itu, wanita gigih ini juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn. Bhd. (KPJ) dari tahun 1989 sehingga penyenaraian KPJ pada bulan November 1994.

Kehebatan Siti Sa'adiah dalam industri penjagaan kesihatan tanah air telah memberikan inspirasi kepada ramai wanita di Malaysia untuk mencontohi kejayaannya.

''Saya amat berharap pemimpin korporat di Malaysia terutamanya di kalangan wanita terus berusaha mencapai tahap paling tinggi dalam kerjaya mereka juga menambah nilai kepada perkembangan bangsa dan negara.

''Kami menghadapi pelbagai cabaran, namun akhirnya berjaya menggapai kejayaan cemerlang di mana pada ketika itu tidak ramai wanita yang berjaya.

"Kini kita mempunyai ramai pemimpin untuk masa depan dengan idea-idea bernas dan berharap idea yang inovatif bagi kepimpinan transformasi yang strategik.

"Inilah cara saya untuk memberikan sesuatu kepada bangsa dan negara,'' kata Siti Sa'adiah semasa majlis pelancaran buku biografi beliau yang berjudul Siti Sa'adiah: Driven By Vision, Mission and Passion baru-baru ini.

Pelancaran dilakukan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim mewakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim serta Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Amiruddin Abdul Satar.

Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapan yang dibacakan oleh Rohani berkata, beliau kagum dengan komitmen Siti Sa'adiah semenjak pembabitan awal dalam industri kesihatan pada tahun 1979.

Kata beliau, kesetiaan dan dedikasi sebegini patut dicontohi oleh generasi masa kini bagi memastikan kesinambungan kejayaan sesebuah organisasi.

Penerbitan buku biografi ini tambah Muhyiddin, tepat pada masanya memandangkan Siti Sa'adiah baru sahaja menamatkan tugasnya sebagai Pengarah Urusan di KPJ Healthcare.

Buku biografi, Siti Sa'adiah: Driven By Vision, Mission and Passion, yang mengisahkan perjalanan seorang wanita memimpin transformasi industri penjagaan kesihatan swasta di Malaysia ini, telah ditulis oleh Profesor Rokiah A. Talib dan diterbitkan oleh Percetakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bermula daripada sebuah hospital biasa, Siti Sa'adiah telah memimpin KPJ berkembang hingga kini mempunyai 23 buah hospital di seluruh negara, dua di Indonesia dan satu di Thailand. Kumpulan ini juga mempunyai pusat jagaan warga tua di Australia.

Sebanyak 900 orang konsultan perubatan dan lebih 10,000 profesional penjagaan kesihatan berada di bawah KPJ dengan jumlah pesakit berjumlah 2.8 juta orang setiap tahun.

KPJ turut menyumbang ke arah pendidikan kesihatan dengan menubuhkan kolej kejururawatan yang pertama di Malaysia yang menawarkan Diploma Program Kejururawatan pada 1991.

Sepanjang karier beliau lebih dari tiga dekad, Siti Sa'adiah turut menabur bakti pada beberapa badan korporat termasuk Kumpulan JCorp dan sebagainya.

Beliau adalah wanita pertama yang dilantik sebagai Pengarah Bursa Malaysia dari tahun 2004 hingga April 2012, selain Pengarah Matrade dari 1999 hingga 2010.

Sumbangan Siti Sa'adiah telah mendapat pengiktirafan yang membanggakan apabila pada tahun 2010 beliau dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik (CEO) Bagi Tahun 2009 oleh The New Straits Times Press dan American Express.

Beliau kekal sebagai satu-satunya wanita yang pernah menerima anugerah tersebut dalam sejarah selama 15 tahun.

Mula berminat dengan penulisan, rancangan masa depan Siti Sa'adiah termasuklah menulis buku pengurusan yang disasarkan bagi generasi masa depan negara.

Sementara itu, buku biografi Siti Sa'adiah: Driven by Vision, Mission and Passion boleh diperoleh di semua kedai buku utama.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved