Isnin, 24 Mac 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Guna hak untuk ubah FAM'

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI
dan FIKRI AJLAN
sukan@utusan.com.my

Annuar Musa (tengah) memperkenalkan tiga pemain baharu Kelantan, Wan Zack Haikal Wan Noor (dua kanan), Brendan Gan (tiga kiri) dan Mohd. Fitri Omar (kanan) di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI

KUALA LUMPUR - Ahli gabungan Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) perlu menggunakan hak mereka sebaik mungkin untuk melakukan perubahan pada mesyuarat pemilihan badan induk bola sepak itu yang dijadual berlangsung 25 Mei ini.

Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, FAM merupakan milik badan gabungan dan mereka perlu menentukan siapa yang berhak untuk menerajui badan induk itu.

Katanya, kebanyakan ahli badan gabungan hanya bercakap tetapi tidak mengambil tindakan dan sekarang mereka mempunyai peluang untuk melakukan perubahan barisan kepimpinan.

"Sebagai bekas ahli badan gabungan, saya berpendapat FAM mesti diubah. Peluang untuk melakukan perubahan sudah ada, jadi gunakan hak anda.

"Badan gabungan seharusnya mencorakkan FAM kerana badan induk itu adalah milik mereka dan kalau hanya salahkan FAM semata-mata pun tidak kena," katanya pada majlis memperkenalkan pemain baharu Kelantan di sini, semalam.

Annuar juga percaya, badan induk bola sepak negara itu perlu dipimpin oleh mereka yang komited dan sanggup melakukan apa sahaja demi pembangunan bola sepak.

Katanya, kebanyakan ahli badan gabungan yang memimpin persatuan negeri mempunyai pengetahuan dan minat yang mendalam.

"Saya melihat Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) antara yang komited, sanggup mengeluarkan perbelanjaan dan menghabiskan masa selain terlibat secara langsung dalam bola sepak.

"Presiden PBNJ memenuhi kriteria yang diperlukan untuk membawa perubahan kepada bola sepak Malaysia," katanya.

Pantai Timur mahu kekal dominasi

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

JUAN Arostegui (kanan) semakin menunjukkan ketajaman bersama Bruno Martelotto, sekali gus mampu menjadi ancaman utama Terengganu, malam ini.

KUALA LUMPUR - Terengganu, Pahang dan Kelantan mempunyai misi penting dalam perlawanan Liga Super hari ini apabila masing-masing sudah pasti tidak mahu terlepas perluang meraih mata penuh dan mahu terus berada di antara tiga slot terbaik serta berlumba memburu kejuaraan liga musim ini.

Jika ketiga-tiga pasukan, yang berkongsi 13 mata itu berjaya mencatat kemenangan maka penguasaan pasukan Pantai Timur di kelompok teratas liga akan berterusan tetapi ia bukannya tugas yang mudah, terutama buat Terengganu dan Kelantan.

Terengganu yang unggul di tangga teratas hasil kelebihan jaringan perlu berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pasukan yang belum tewas selepas dua perlawanan berturut-turut.

ATM sebelum ini berjaya mengikat Johor Darul Ta'azim (JDT) 1-1 di gelanggang lawan, Sabtu lalu dan pada 15 Mac lalu mereka mencatat keputusan yang sama ketika berdepan Selangor di Selayang.

Jadi Terengganu perlu berhati-hati berdepan skuad bimbingan B. Sathianathan itu yang mula menunjukkan peningkatan dan ketajaman menerusi sentuhan penyerang import dari Argentina, Juan Arostegui.

Mereka perlu melupakan kekalahan 3-2 kepada Sime Darby, Sabtu lalu dan membuktikan menduduki tangga liga bukan kerana nasib.

Bagi Kelantan, kekalahan 1-0 kepada Selangor perlu dilupakan segera. Berita kehadiran tiga pemain baharu, Wan Zack Haikal Wan Noor, Brendan Gan dan Mohd. Fitri Omar bakal menjadi pembakar semangat kepada juara Piala FA musim lalu.

Bagaimanapun lawan mereka, JDT ibarat harimau terluka selepas dua perlawanan sebelum ini mereka kecundang kepada Terengganu 0-1 dan sekadar seri menentang ATM.

Kali terakhir Kelantan tumpas di Stadium Sultan Muhammad IV adalah pada 28 Januari lalu ketika bertemu PKNS, namun anak buah Steve Darby dijangka sudah belajar daripada kesilapan.

Prestasi tidak menentu PKNS dan rekod tanpa kalah tiga perlawanan berturut-turut mungkin memberi kelebihan kepada Pahang, yang dirasakan tidak mahu ketinggalan serta melepaskan peluang untuk kekal di kelompok teratas liga.

Sarawak pula mampu menyekat kebangkitan Selangor kerana Stadium Negeri dilihat sebagai gelanggang yang menggerunkan buat mana-mana pasukan lawan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Penagih dadah larikan jentera bomba 30 minit

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

Oleh AINSAFRE BIDIN
utusanperak@utusan.com.my

BAHAGIAN hadapan jentera bomba dan penyelamat rosak teruk selepas dilarikan seorang penagih dadah di Teluk Intan, Perak, semalam.

BAGAN DATOH 24 Mac - Seorang penagih dadah nekad menceroboh Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang sebelum menghidup dan melarikan sebuah jentera pasukan itu sejauh 14 kilometer, di sini hari ini.

Dalam kejadian mencemaskan kira-kira pukul 11 pagi itu, suspek bertindak memandu secara melulu menghala ke Teluk Intan dekat sini, malah turut melanggar beberapa kenderaan, tiang lampu dan pembahagi jalan.

Berikutan itu, seorang penunggang motosikal cedera ringan akibat terjatuh setelah nyaris dilanggar jentera berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis mengejar jentera itu selama setengah jam sebelum kenderaan berkenaan terbabas di persimpangan lampu isyarat di kawasan Batak Rabit, menghala ke Teluk Intan.

Katanya, suspek berusia 30 tahun itu kemudian berjaya ditahan.

Menurut beliau, insiden itu bermula semasa anggota bomba yang bertugas bertukar syif di balai berkenaan.

"Suspek yang menunggang motosikal tiba-tiba menceroboh masuk ke dalam bilik jentera sebelum menghidupkan enjin dan melarikan kenderaan berkenaan dengan merempuh pagar balai.

"Sepasukan anggota dari Balai Polis Hutan Melintang dan Hilir Perak mengejar jentera itu dan cuba menahannya namun tidak diendahkan suspek, sebaliknya lelaki itu terus memecut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Kok Liang, hasil pemeriksaan mendapati jentera itu mengalami kerosakan termasuk cermin hadapan dan lampu hadapan sebelah kirinya pecah manakala bahagian badan kenderaan remuk.

"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek adalah penagih dadah dan berasal dari Kampung Selabak dekat sini. Sehingga kini siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk motif dia melarikan jentera tersebut.

"Suspek kini ditahan reman selama sehari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta tidak lebih RM15,000," katanya.

Penunggang motosikal terlibat, Hanis Shahfinas Ismail, 26, yang ditemui di Hospital Teluk Intan berkata, dia terkejut apabila sebuah jentera bomba mengekorinya terlalu rapat sehingga hampir melanggar motosikalnya.

"Bila terdengar bunyi siren bomba, saya menunggang motosikal ke tepi bagi membolehkannya lalu. Bagaimanapun saya pelik apabila jentera itu tidak mengikuti jalan yang telah dikosongkan sebaliknya berada betul-betul di belakang motosikal saya.

"Akibat ketakutan, saya terlanggar batu dan terjatuh. Nasib baik saya tidak masuk di bawah kenderaan tersebut," katanya.

Remaja 13 tahun dirogol dua lelaki

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

TEMERLOH 24 Mac - Polis menahan dua remaja lelaki bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar tingkatan di kawasan sebuah kedai makan di Kerayong, Bera dekat sini, pada 18 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Supritendan Zakaria Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa terlebih dahulu minum dengan kedua-dua suspek berusia 17 dan 19 tahun di kedai berkenaan.

"Namun setelah kedai itu ditutup, kedua-dua suspek memaksa mangsa melakukan seks di kawasan berdekatan sebelum dihantar pulang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zakaria berkata, ibunya yang menyedari perubahan sikap anaknya itu, mendesak mangsa menceritakan perkara sebenar sebelum membuat laporan polis, kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

"Susulan laporan itu, polis menahan dua suspek terbabit dan direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Turki lokasi latihan senjata?

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

SEBAHAGIAN pendatang asing tanpa izin dipercayai etnik Uighur dari China, duduk di sebuah pusat perlindungan sementara selepas ditahan pegawai imigresen berhampiran sempadan Thailand-Malaysia di Hatyai, Songkhla pada 14 Mac lalu. - REUTERS

BANGKOK 24 Mac - Pihak berkuasa Thailand mendakwa dua kumpulan pendatang asing tanpa izin yang ditahan kerana memasuki negara ini dan Malaysia sebagai pusat transit, mahu mendapatkan latihan menggunakan senjata di Turki.

Ketua Biro Immigresen, Leftenan Jeneral Panu Kerdlarppol berkata, perkara tersebut didedahkan berdasarkan siasatan polis terhadap dua kumpulan berbeza iaitu 112 dan 296 pendatang haram yang memasuki Thailand.

Panu berkata, kumpulan pertama ditahan pada hujung tahun lalu di Suan Phlu, Bangkok, manakala kumpulan kedua ditangkap di sebuah ladang getah di Songkhla, baru-baru ini.

Bagaimanapun jelasnya, kerakyatan kesemua pendatang haram yang ditahan itu masih belum dikenal pasti, walaupun pihak berkuasa China mengenal pasti 30 suspek daripada kumpulan 112 orang itu sebagai etnik Uighur yang menetap di wilayah Xinjiang.

"Kumpulan pendatang yang ditahan baru-baru ini mendakwa mereka datang dari Turki dan siasatan lanjut mendapati kedua-dua kumpulan itu saling mengenali antara satu sama lain.

"Mereka terutamanya rakyat China dipercayai mahu ke Turki untuk menjalani latihan menggunakan senjata dan kembali ke negara asal mereka bagi menyokong gerakan pemisah serta melancarkan serangan pengganas," katanya dalam wawancara bersama portal berita Bangkok Post, baru-baru ini.

Dalam pada itu, sumber siasatan berkata, kedua-dua kumpulan berkenaan mahu menuju ke ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur bagi mendapatkan pasport.

Namun, jelas sumber tersebut, hasrat mereka ke Turki melalui Malaysia terbantut selepas ditahan di Thailand kerana memasuki negara ini secara haram.

"Pihak berkuasa Thailand mengendalikan kes ini dengan berhati-hati kerana ia turut melibatkan kerajaan Turki dan China," kata sumber itu.

Penyokong Mursi dihukum mati

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

KAHERAH 24 Mac - Mahkamah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 penyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi selepas satu perbicaraan secara besar-besaran.

Keputusan tersebut diputuskan pada hari kedua perbicaraan di Minya, selatan ibu negara ini yang bermula kelmarin.

Daripada 529 defendan tersebut, hanya 153 orang telah ditahan manakala selebihnya masih bebas dan telah melarikan diri.

Selain itu, 17 defendan lagi didapati tidak bersalah dalam perbicaraan tersebut.

Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1,200 penyokong Mursi yang dibicarakan di Minya.

Kumpulan kedua defendan sebanyak 700 orang akan dibicarakan esok.

Mereka dituduh menyerang orang ramai dan memusnahkan harta awam di selatan Mesir pada Ogos lalu selepas pasukan keselamatan menggunakan tindakan kekerasan ketika menyuraikan dua kem demonstrasi iaitu Dataran an-Nahda dan Dataran Rabaa al-adawiya pada 14 Ogos lalu.

Penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin tersebut turut didakwa melakukan keganasan yang menyebabkan dua orang anggota polis maut di Minya.

Beratus-ratus orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian di dua kem tersebut dan pertempuran lain pada tarikh sama.

Mursi yang merupakan Presiden pertama dilantik oleh rakyat, digulingkan oleh tentera pada 3 Julai lalu dalam tindakan yang mencetuskan keganasan di seluruh negara ini. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Aktiviti pam pasir jejas penduduk

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

Oleh Abdul Rashid Abdul Rahman
pengarang@utusan.com.my

AKTIVITI pam pasir di tebing Sungai Pahang di kawasan Temerloh didakwa menyebabkan pelbagai masalah kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan.

TEMERLOH 24 Mac - Penduduk kampung di sekitar Sungai Pahang termasuk Kampung Bangau Tanjung dan Bangau Parit di sini membantah aktiviti menyedut pasir yang dilakukan di sungai berkenaan kerana didakwa memberi kesan negatif serta menjejaskan aktiviti seharian penduduk di kawasan itu.

Mereka mendakwa aktiviti menyedut pasir yang beroperasi semula sejak bulan ini setelah diberhentikan pada dua tahun lalu memberi kesan apabila menjejaskan mata pencarian khususnya kepada penternak ikan sangkar di sepanjang sungai berkenaan.

Kegiatan berkenaan turut menyebabkan pencemaran udara akibat debu di sepanjang jalan malah berikutan kehadiran lori pasir yang dipandu laju juga menjejaskan keselamatan penduduk.

Seorang penternak ikan sangkar, Badarudin Hussin, 41, berkata, kerja menyedut pasir telah menjejaskan penternakan ikan sangkarnya apabila banyak buih terkumpul di dalam sangkar.

"Setiap kali pam pasir beroperasi, buih-buih putih dan kelabu akan memenuhi sangkar menyebabkan ikan-ikan mati.

"Keadaan ini menyebabkan kami tidak dapat memberi makanan ikan. Malah ikan-ikan yang memakan buih ini juga dikhuatiri akan mati dan pembesarannya terbantut," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bangau, Ahmad Zailani Junoh berkata, aktiviti itu telah menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan sekitar serta mengancam keselamatan khususnya pelajar sekolah.

Tambahnya, kehadiran lori pasir di situ juga menyebabkan banyak jalan rosak dan kawasan tersebut dicemari dengan debu pasir berterbangan setiap kali lori pasir keluar masuk.

"Kenderaan itu biasanya dipandu laju mengancam nyawa penduduk khususnya pelajar sekolah. Malah pernah berlaku kemalangan melibatkan penduduk kampung sebelum ini.

"Jadi saya minta pihak berkuasa berkaitan dapat mengambil tindakan segera sebelum lebih banyak masalah akan berlaku kepada penduduk kampung," ujarnya.

Sementara itu, pengusaha pam pasir berkenaan, Usaizan Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengikut garis panduan ditetapkan dan operasi tersebut tidak akan merugikan penduduk kampung.

Beliau meminta diberi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan untuk membuktikan tidak memberi kesan negatif kepada penduduk kampung.

Menurutnya, operasi itu akan ditutup sekiranya terbukti menjejaskan kehidupan penduduk di situ.

2 loji rawatan air di Jengka perlu dinaik taraf

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

KUALA KRAU 24 Mac - Sebanyak RM51 juta diperlukan bagi kos menaik taraf loji Jengka Utama dan Loji Batu Sawar di sini untuk meningkatkan keupayaan kapasiti bekalan keperluan air bersih kepada lebih 60,000 pengguna di Felda Wilayah Jengka di sini.

Timbalan Presiden Gabungan Wawasan Generasi Felda ( GWGF), Datuk Abdullah Abu Bakar (gambar) berkata, loji berkenaan perlu segera dilakukan kerana projek penanaman paip di wilayah Felda Jengka hampir siap dilaksanakan oleh kontraktor terbabit.

Menurutnya, GWGF yang diberi kepercayaan oleh Felda menggantikan saluran paip lama sejauh 450 kilometer kepada jenis baharu dalam tempoh setahun membabitkan Gugusan Bera dan Wilayah Jengka.

"Loji Jengka Utama mempunyai lebih 7,000 akaun pengguna manakala Loji Batu Sawar pula 3,300 akaun pengguna sangat memerlukan loji baharu yang dapat membekalkan kapasiti air menepati keperluan pengguna.

"Sekiranya kedua-dua loji masih pada tahap sekarang sudah tentu keupayaannya tidak mampu membekalkan jumlah air yang diperlukan pengguna.

"Jika saluran baharu mula berfungsi sepenuhnya tidak lama lagi bermakna akan wujud ketidakseimbangan yang boleh menyebabkan loji terbabit gagal berfungsi dengan baik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan warga Felda Jengka di Felda Jengka 19 di sini baru-baru ini.

Abdullah berkata, pihaknya berbangga kerana 15 pakej projek penanaman saluran paip hampir 100 peratus siap sepenuhnya.

Tambahnya, hanya dua pakej sahaja lagi sedang giat dilaksanakan dan dijangka dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan Felda.

Menurutnya, matlamat GWGF adalah untuk memastikan projek bekalan air di Felda Gugusan Bera dan Wilayah Jengka dapat disiapkan sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

"Fokus kami kini adalah untuk mendapatkan surat kebenaran kelulusan untuk memulakan kerja daripada Felda bagi membolehkan GWGF memulakan projek menaik taraf Loji Jengka Utama dan Loji Batu Sawar," katanya.

Hati-hati menangkap ikan di sungai

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

KUALA LIPIS 24 Mac - Penduduk yang tinggal di pesisir Sungai Jelai di sini diminta mengutamakan keselamatan ketika menangkap ikan dan tidak melakukannya secara berseorangan bagi mengelak tragedi yang tidak diingini.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, walaupun keadaan cuaca bertambah baik sejak kebelakangan ini, penduduk perlu sentiasa berhati-hati menangkap ikan di sungai tersebut.

"Saya ingin menasihati penduduk yang mempunyai komplikasi penyakit supaya jangan turun bersendirian ke sungai untuk menangkap ikan.

"Sebaik-baiknya kegiatan berkenaan ditemani rakan atau secara berkumpulan supaya sesuatu kejadian itu boleh dielakkan atau sekurang-kurangnya segera mendapat bantuan pihak berkuasa," katanya di sini semalam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bicara kes pelanggaran tuntutan RM4.4j, 29 April

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

ROSMAN Ridzwan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi mendengar sebutan kes tuntutan nafkah oleh bekas isterinya di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 24 Mac - Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 29 April ini untuk mendengar permohonan tunjuk sebab pelanggaran perintah bayaran tuntutan RM4.404 juta yang difailkan oleh bekas isteri ahli perniagaan, Datuk Rosman Ridzwan.

Peguam syarie, Siti Nor Aira Mat Johar yang mewakili Hayati Mohammad, 55, selaku pemohon memaklumkan demikian selepas kes itu disebut di hadapan Pendaftar, Halimatun Sa'adiah Mohd. Mahdee.

Rosman, 57, selaku responden yang tidak pernah hadir sepanjang sebutan kes sebelum ini, bagaimanapun hadir hari ini selepas waran tangkap dikeluarkan ke atasnya.

Menurut Siti Nor Aira, Rosman yang diwakili oleh peguam syarie, Yusmawati Ab. Ilah memfailkan pernyataan pembelaannya hari ini dan menafikan dakwaan bekas isterinya berhubung pelanggaran perintah pembayaran tersebut.

Menurut Siti Nor Aira, menerusi pernyataan pembelaannya, Rosman turut menafikan menerima sebarang saman daripada pemohon selain mendakwa, tidak menerima sebarang perintah mahkamah.

Menurutnya, dia hanya mengetahui mengenai tuntutan yang dibuat oleh Hayati melalui laporan akhbar.

Pada 22 Mac 2013, mahkamah mengeluarkan perintah supaya pengarah syarikat telekomunikasi itu membayar RM4.404 juta kepada Hayati merangkumi bayaran mutaah (RM2.826 juta), nafkah tertunggak (RM1.52 juta), edah (RM30,000) dan hutang membaiki rumah berjumlah RM28,393.

Bagaimanapun, Rosman gagal membayar jumlah itu dan Hayati memfailkan permohonan pada 9 Disember tahun lalu untuk mendapatkan kebenaran mengeluarkan notis tunjuk sebab secara ex-parte (sebelah pihak) terhadap Rosman.

Pasangan berkenaan berkahwin pada 27 Disember 1980, dikurniakan lima anak dan berpisah secara taklik pada 1 Mac 2007.

Rosman juga pernah berkahwin dengan dramatis Noniswara atau nama sebenarnya Monis Wara Baharuddin, 45, pada 31 Julai 2009 dan mereka bercerai secara taklik pada 18 Julai 2013.

Pada 28 September 2009, Rosman didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah memukul bekas isterinya, Azura Ibrahim pada 2005.

Karpal fail rayuan, ketepi hukuman

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

PUTRAJAYA 24 Mac - Pengerusi DAP, Karpal Singh yang didenda RM4,000 setelah didapati bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut, hari ini memfailkan rayuan bagi mengetepikan hukuman tersebut.

Menurut peguam Zaleha Sikkander Hayat, notis rayuan tersebut difailkan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta dekat sini pagi ini dan salinannya turut diserahkan ke Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pada pukul 3.30 petang ini.

Pada 11 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Paduka Azman Abdullah menjatuhkan hukuman denda itu ke atas Karpal atas kesalahan mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, lima tahun lalu.

Karpal, 73, didakwa menyebut kata-kata hasutan membabitkan Sultan Perak pada satu sidang akhbar antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009 di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co, No.67, Jalan Pudu Lama, Dang Wangi di ibu negara.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Karpal yang juga peguam dan Majlis Peguam telah mengemukakan surat dakwaan salah laku ke Jabatan Peguam Negara berhubung cara Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin mengendalikan kes itu.

Melalui surat bertarikh 23 Mac lalu, Karpal dan Majlis Peguam memohon agar satu tindakan diambil ke atas Noorin yang dikatakan telah mengugut mahkamah agar menjatuhkan hukuman berat ke atas Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Yang turut disertakan ialah nota ringkas yang dipersetujui sebulat suara oleh Badan Peguam dalam satu mesyuarat baru-baru ini.

Menurut nota terbabit, Noorin juga didakwa gagal bertindak secara adil dan mendokong integriti jabatan perundangan itu apabila memohon hukuman penjara dikenakan ke atas Karpal walaupun menerima laporan perubatan tertuduh dan mengetahui tertuduh menggunakan kerusi roda dalam kegiatan seharian.

Salinan surat itu turut diserahkan kepada Noorin dan beliau mengesahkan telah menerima surat tersebut.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika dihubungi menyatakan, hakim yang mengendalikan kes tersebut telah mengambil pertimbangan yang sewajarnya atas segala dakwaan yang dibuat.

Dakwaan salah laku itu, ujar beliau, berlaku sewaktu prosiding terbuka dan sudah ditangani pada waktu yang sama oleh hakim berkenaan.

"Hakim telah menangani perkara (dakwaan salah laku). Beberapa bahagian dalam hujahan kedua-dua pihak telah dipadamkan oleh mahkamah. Saya difahamkan, pihak pembelaan juga ada membuat beberapa komen yang kemudiannya diketepikan oleh hakim.

"Bagi saya, tiada salah laku atau kesalahan dilakukan oleh kedua-dua pihak. Dan bagi saya, tidak salah bagi seorang timbalan pendakwa raya untuk memohon hukuman berat," katanya ketika diminta mengulas mengenai surat dakwaan salah laku itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Ternak ikan lebih lumayan

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Ikan yang mencapai saiz pasaran perlu digredkan dan dijual segar melalui kedai rangkaian My Fish Aquaculture Sdn. Bhd.

Kepakaran asalnya adalah untuk mengenali kayu dan pernah berkhidmat dalam industri perkayuan agak lama. Namun atas dasar minat yang mendalam terhadap hobi memancing akhirnya Mohd. Khari Latif menceburi penternakan ikan air tawar. Segalanya bermula empat tahun lalu apabila, dia dan beberapa lagi rakan kongsinya sering bertukar-tukar pandangan serta maklumat berkenaan industri akuakultur ketika sedang memancing.

Minat yang mendalam dalam aktiviti tersebut mendorongnya mengumpulkan maklumat serta menyertai pelbagai kursus penternakan ikan air tawar sebelum memutuskan untuk menceburi bidang tersebut.

Apa yang pasti, keputusan itu bukan mudah apatah lagi dia dan beberapa lagi rakan kongsinya tidak memiliki pengetahuan dalam industri akuakultur.

Namun, kekurangan tersebut bukan penghalang, malah dijadikan sebagai pembakar semangat untuk mendalami pelbagai ilmu berkenaan industri akuakultur.

Industri akuakultur mampu menjana pendapatan yang lumayan kerana terdapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat negara ini.

Apatah lagi sumber ikan di habitat semulajadi terutamanya laut kini semakin berkurangan dan pengguna kini beralih arah kepada ikan tawar yang memiliki nilai protein yang lebih tinggi," katanya ketika ditemui di Semenyih, Selangor baru-baru ini.

Industri penternakan ikan air tawar bukanlah sesuatu yang baharu, namun My Fish Aquaculture Sdn. Bhd. yang memperkenalkan jenama iKANnFish sedang mengorak langkah ke arah konsep baharu iaitu penjagaan kualiti dari kolam ke meja makan.

Kebanyakan penternakan ikan air tawar kurang mementingkan aspek kualiti ikan yang diternak kerana permintaan pengguna yang amat tinggi untuk sumber protein ini.

Malah, sesetengah daripada kita juga tidak mengambil endah keadaan ikan air tawar yang berbau lumpur serta hanyir yang terlalu kuat dengan alasan itu adalah sifat semulajadi ikan air tawar.

Sebenarnya ikan air tawar tidak begitu hanyir dan tidak berbau jika dipelihara dengan sistem serta persekitaran yang betul," katanya.

Tambah Mohd. Khari, terdapat banyak faktor mempengaruhi kualiti ikan yang diternak antaranya adalah air serta produk makanan.

Untuk menghasilkan ikan yang berkualiti, sihat dan tidak berbau sumber air yang digunakan perlulah benar-benar bersih dan tidak tercemar.

Ini kerana, rasa serta bau yang terdapat dalam isi ikan berkait rapat dengan persekitarannya," katanya.

Jelasnya lagi, kandungan oksigen di dalam kolam ternakan juga memainkan peranan penting kerana ikan yang cukup oksigen akan lebih cergas dan cepat membesar.

Ujar Mohd. Khari, usaha mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan kolam ternakan turut memakan masa yang panjang, malah mencecah bertahun lamanya.

Pemilihan kawasan adalah berdasarkan keadaan muka bumi yang sesuai selain sumber air bersih daripada hulu Sungai Batangsi yang bersih.

Di sana, antara ikan utama yang dipelihara adalah tilapia merah yang telah dijenamakan semula sebagai red Pearl.

Lima kolam dengan keluasan hampir satu hingga satu setengah ekar dengan kedalaman hampir 10 kaki tersebut mampu menempatkan hampir 20 tan ikan tilapia merah dalam satu-satu masa.

Selain menggunakan sumber air bersih dari hulu Sungai Batangsi, Mohd. Khari turut menggunakan empat alat pengudaraan (paddle wheel) bagi setiap kolam untuk memastikan kandungan oksigen sentiasa berada pada tahap yang tertinggi.

Kami turut bekerjasama dengan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), untuk melakukan beberapa analisis berkaitan air serta kesihatan ikan yang dipelihara.

Proses ini (analisis air) amat penting bagi memastikan ikan yang dipelihara sentiasa berada di dalam keadaan baik agar tumbesarannya tidak terbantut, berkualiti tinggi sekali gus memberikan pulangan yang lebih lumayan," katanya.

Bagi mendapatkan benih ikan yang berkualiti, pihaknya mengambil inisiatif menghasilkannya sendiri bagi mengurangkan kos.

Bagi menghasilkan benih ikan yang berkualiti, lasak serta memiliki kadar survival yang tinggi beberapa proses asuhan perlu dilaksanakan sebelum dilepaskan ke dalam kolam utama.

Di sini kami menghasilkan anak benih ikan secara semulajadi di kolam kedua iaitu di Taman Tasik, Semenyih di mana kami ada dua buah kolam simen untuk penetasan dan pembesaran anak ikan dan satu kolam simen untuk asuhan khas sebelum anak ikan dilepaskan ke kolam utama.

Sehingga kini, hampir 300,000 hingga 500,000 anak ikan dihasilkan dan diasuh selama sebulan sehinggalah saiznya mencecah satu inci panjang.

Pihak kami ada juga menerima permintaan anak ikan daripada pihak luar namun keperluan di kolam sendiri masih tidak mencukupi menyebabkan kami terpaksa menolak," katanya.

Untuk memastikan kadar pengeluaran ikan sentiasa berjalan, proses pembenihan anak ikan juga turut dilakukan secara berterusan.

Mohd. Khari menambah, ikan tilapia merah merupakan antara ikan yang mampu membiak sepanjang tahun menjadikannya mudah untuk diternak.

Setiap ikan yang diternak mengambil masa selama empat hingga empat bulan setengah untuk membesar pada saiz gred A, dan pengeluaran dilakukan setiap minggu secara berperingkat-peringkat.

Untuk memenuhi kriteria gred A, seekor ikan tilapia merah perlu memiliki berat sekitar 700 gram (g) ke atas dengan bentuk tubuh yang agak gempal dan berisi.

Bagi ikan gred B, beratnya adalah sekitar 500 hingga 650g dan gred C sekitar 350 hingga 450g, namun pihaknya menumpukan pengeluaran ikan pada skala gred A, manakala gred B dan C hanya akan dijual apabila kolam dituai sepenuhnya.- ASHRIQ FAHMY AHMAD.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Benarkah undi Cina meningkat?

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

Oleh Zulkifli Jalil

APA benarkah telahan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa berlaku peningkatan sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) di Kajang kelmarin? Kata Tiong Lai, ia naik daripada 16 peratus kepada 25 peratus.

Sememangnya sukar untuk mengesahkan berlakunya peningkatan peratusan ini.

Mengikut rekod sahih yang diperoleh penulis, di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Sg. Chua 1 dan 2 sendiri, sentimen pengundian kaum Cina tampak padu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Daripada 55 saluran, PKR meraih 4,021 undi manakala BN cuma 1,318 undi.

Demikian juga di pusat mengundi Balai Raya JKKK Kampung Baru Sg. Chua Kajang yang meliputi daerah mengundi Sg. Chua 3 menunjukkan perbezaan ketara dengan BN di saluran 1 hanya memperoleh 63 undi manakala PKR, 172. Di saluran 2 pula, BN, 61 dan PKR, 238.

Di daerah mengundi Sg. Chua 4 Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan, BN di saluran 1 meraih 72 undi sementara PKR, 184. Di saluran 2 daerah mengundi sama, BN cuma terdaya mendapat 85 undi dengan PKR jauh ke depan, 284 undi.

Di daerah mengundi Dewan Orang Ramai Sg. Chua 5 senarionya serupa dengan saluran 1 menyaksikan BN cuma meraih 90 undi dan PKR pula, 166; saluran 2 (BN, 82 dan PKR, 211), saluran 3 (BN, 113 dan PKR, 370) dan saluran 4 (BN, 81 dan PKR, 352). Semua daerah mengundi dari Sg. Chua 1 hingga Sg. Chua 5, BN kalah teruk.

Dalam waktu beberapa jam atau 24 jam, kita maklum agak sukar untuk sesiapa mengetahui trend pengundian mengikut kaum di setiap saluran. Melainkan, ia dianalisis daripada buku daftar pemilih ejen-ejen parti.

Namun, kalau berdasarkan keputusan daripada keseluruhan 87 saluran, ia tidak mencerminkan apa-apa yang positif kepada BN. Yang ketara hanyalah status-quo seperti 5 Mei 2013 semasa pilihan raya umum ke-13. Tidak ada peningkatan buat MCA meskipun jumlah keseluruhan keluar mengundi rendah daripada PRU-13, malahan Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail mendapat lebih lagi.

Justeru, dari segi sokongan mengikut kaum, kita belum pasti lagi bacaannya.

Dari segi pendirian pengundi Cina di Kajang pula, nampaknya mereka bukan mengundi calon mengikut kaum (dalam konteks ini, Datin Paduka Chew Mei Fun daripada BN). Tetapi terarah mengundi untuk memprotes kerajaan.

Jadi, MCA tidak boleh 'mendabik dada' dengan merumuskan trend sokongan mengikut kaum tanpa berlandaskan fakta. Jika bercakap semata-mata nak menyedapkan hati, parti tidak akan ke mana.

Berdasarkan trend pengundi semasa di Kajang sebelum 23 Mac pun, BN dilihat tidak mendapat tempat dalam kalangan pengundi kaum Cina. Komposisi pengundi di Kajang adalah sebanyak 39,278 pengundi di mana pengundi Melayu seramai 48 peratus, pengundi Cina seramai 41 peratus, pengundi India 10 peratus dan 1 peratus pengundi kaum lain.

Kalau dilihat pada peratusan kaum Cina di Kajang, BN memang dilihat tiada peluang untuk menambat hati mereka. Pada pilihan raya kecil DUN Sungai Limau, Kedah tempoh hari pun, kaum Cina telah sebulat suara menolak calon BN.

Tidak kira bantuan apa sekalipun diberi, mereka tetap tidak memberi undi pada BN. Ditambah pula dengan reputasi dan 'ayat-ayat manis' Anwar Ibrahim, peluang PKR di Kajang dengan bantuan pengundi Cina dilihat memang cerah dan ini dibuktikan apabila Mei Fun tewas.

Cuma yang bagusnya kempen BN dalam bab PRK Kajang ini, parti pemerintah tidak memberi apa-apa. Berjanji ada, tetapi tidak seperti pilihan raya-pilihan raya sebelum ini yang memberi bermacam-macam peruntukan terutama dana untuk sekolah-sekolah Cina.

Apa pun, kalau dilihat daripada sentimen pengundian di Kajang Ahad lalu, faktor kaum bukan alasan untuk pengundi Cina memilih BN. Demikian juga isu peribadi. Yang penting kepada pengundi Cina adalah rasa tidak puas hati menebal atau mungkin yang tidak berpenghujung terhadap kerajaan.

Dari segi jentera BN yang terlibat dalam PRK Kajang kelmarin, sesuatu mungkin juga boleh dipelajari. Meskipun majoriti penggerak kempen terbabit ialah Melayu, pada masa depan dalam mendepani cabaran pilihan raya terutama PRK, mereka perlu bijak atau bahasa betulnya, licik dalam mempelbagaikan taktik kempen. Gunakanlah kebijaksanaan intelek untuk berdepan dengan permainan psiko pakatan pembangkang. Sepatutnya sebahagian jentera yang berada di saluran-saluran mengundi kelmarin tidak terikut-ikut dengan gaya kempen pembangkang pada era 90-an.

Malangnya apa yang berlaku di Kajang, terlihat kembalinya gaya lama berkenaan - dengan cercaan peribadi bertali arus terhadap seorang individu berkumandang di sana sini. Apabila baldi bertemu kangkung dan buah kelapa, hanya kelicikan boleh memenangkan sesuatu pihak.

Dari satu segi lain, penulis dimaklumkan ketiadaan penyertaan daripada pengundi atas pagar dalam PRK berkenaan juga menjadi faktor utama keputusan menjadi status-quo. Trend pengundian rancak antara pukul 8 hingga 11 pagi, kemudian berkurangan dan semakin menyusut apabila memasuki 2 petang, sekali gus menyukarkan pencapaian 80 peratus keluar mengundi.

Di sebalik rezeki yang tidak berpihak kepada Mei Fun, jika benarlah telahan Tiong Lai yang sokongan pengundi Cina kepada BN telah bertambah kepada 25 peratus di Kajang, maka MCA kena mengambilnya sebagai satu pengajaran berguna. Iaitu untuk bergerak lebih agresif mendekati dan menyelami hati pengundi Cina. Jangan harapkan kepada Perdana Menteri sahaja.

Mungkin kepada kaum Cina, isu peribadi adalah hak peribadi seseorang individu. Ia barangkali bukan satu kesalahan seperti mana yang pernah diharungi bekas Presiden MCA sebelum ini.

Kepada pengundi Cina, isu utama sebahagian besar mereka adalah tidak suka kepada kerajaan. Di sinilah cabaran terbesar MCA untuk merungkaikannya.

PRK Kajang barangkali satu formula terbaik di mana MCA mengetuai jentera BN dengan hanya memberi fokus khusus kepada pengundi Cina, dan UMNO pula menyokong dari belakang.

Cuma selepas ini Tiong Lai perlu lebih agresif dan licik dengan memperhebatkan latihan dalam kalangan ejen-ejen parti daripada kaum Cina, andai kata mahu MCA terus berlayar di samudera raya.

Dan seandainya berlaku lagi PRK, apatah lagi di Pulau Pinang atau kerusi-kerusi yang membabitkan majoriti pengundi Cina, Tiong Lai barangkali tidak lagi akan cuak.

Tentu ada cara atau kaedahnya untuk melakukan pengubahsuaian trend dan sentimen pengundian kaum Cina.

Buang penyakit hati, tunjukkanlah sedikit simpati

Posted: 24 Mar 2014 12:25 PM PDT

Coretan Marhaen

Gelagat jelik penyokong pembangkang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Persekutuan Kajang pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil N25 Kajang, kelmarin.

"Salam sejahtera. #prayforMH370.

Laut China Selatan kami kirimkan doa

Selat Melaka kami telah mencuba

Laut Andaman kami tak putus asa

Lautan Hindi kami terus berusaha

Koridor Utara dan Selatan kami panjangkan doa

Moga akan ada perkhabaran gembira"

Kata-kata itu dikirimkan oleh seorang pembaca Utusan Malaysia, Chin Jun Kui dari Miri, Sarawak.

Tidak perlu huraian. Tidak perlu penjelasan. Apa yang dinukilkan itu cukup jelas merangkumkan doa kita semua, rakyat Malaysia yang prihatin, yang masih ada sifat-sifat kemanusiaan terhadap insiden kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Perasaan sebak cepat sahaja menguasai apabila membaca kisah hiba waris penumpang dan anak kapal pesawat yang merindui insan kesayangan mereka.

Ketika mengikuti kesungguhan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan oleh pasukan keselamatan dari pelbagai negara pun penulis terasa sebak juga.

Apatah lagi apabila membaca mesej-mesej yang diluahkan oleh pelbagai lapisan rakyat dari dalam negara kita mahupun warga asing yang tidak ada kena-mengena pun dengan 239 nyawa yang masih belum diketahui nasibnya.

Apa yang pasti, setiap daripada kita yang masih mempunyai sifat belas, simpati dan empati sedikit-sebanyak mampu merasai kepedihan hati waris-waris mereka yang menaruh sepenuh harapan untuk mendapat perkhabaran baik tentang orang tersayang.

Hanya mereka yang `hatinya berpenyakit' sahaja gagal menyelami perasaan itu. Lantas tanpa perasaan belas sanggup memomok-momok dan mempersenda perasaan dan emosi orang lain.

Malang sungguh apabila ramai dalam kalangan masyarakat kita kini mempunyai penyakit hati sebegini.

Buktinya dapat dilihat di dada-dada media sosial bahkan ternampak jelas melalui aksi kurang siuman yang ditunjukkan semasa hari pembuangan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kelmarin.

Memang ramai termasuk penulis yang tidak bersetuju dengan tindakan seorang bomoh bersama pengikutnya mengaibkan negara dan agama Islam di KLIA baru-baru ini, bahkan banyak pihak termasuk alim ulama sudah membuat teguran.

Namun perlukah tindak-tanduk si bomoh diulang lakon dan dipergunakan untuk mempersenda usaha kerajaan menjalankan operasi menjejaki pesawat MAS yang hilang secara misteri itu?

Perbuatan tahyul dan khurafat memang mengarut, namun lebih mengarut apabila ada pihak khususnya bertaraf pemimpin sampai sanggup meminta penjelasan kerajaan berhubung kehadiran si bomoh.

Dalam pada banyak persoalan berhubung kehilangan misteri MH370 belum terjawab, tindak-tanduk yang didorong oleh kepentingan politik murahan ini langsung tidak membantu bahkan hanya menyerabutkan keadaan.

Kempen PRK DUN Kajang sudah berakhir. PKR sudah pun menang.

Cukup-cukuplah mempolitikkan insiden malang ini dan tunjukkan kewarasan bahawasanya masih ada sedikit ruang ihsan yang tertinggal di hati kita sebagai manusia kerdil di bumi Allah ini.

Takziah buat keluarga anak kapal dan penumpang MH370. Semoga mereka tabah menghadapi perkhabaran yang cukup perit untuk diterima ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Serah cinta pada takdir

Posted: 23 Mar 2014 11:53 PM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar AZLAN HADI ABU BAKAR

SARIMAH bersikap terbuka membicara soal cintanya untuk elak fitnah.

Desperately Seeking Sarimah (DSS) adalah salah satu program yang dibawakan oleh stesen radio Mix FM untuk mencari jodoh buat penyampainya, Sarimah Ibrahim.

Hampir 60 orang menyertai kempen itu dan setelah berjaya membuat tapisan hingga kepada tiga peserta yang terbaik, tiba-tiba Sarimah memberitahu yang dia sedang mengenali seseorang yang bernama Tunku Nadzimuddin atau lebih dikenali sebagai Jamie.

Malah, kisah cinta baharu Sarimah itu siap dibawa pula masuk ke Mix FM sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada ia kisah benar atau sekadar gimik.

Ini bukan gimik dan saya tidak akan bermain dengan sesuatu yang serius begini," jelas Sarimah.

Tambah Sarimah, dia punya sebab yang tersendiri mengapa merahsiakan hubungan mereka daripada rakan sekerjanya, Dj Rod dan kempen DSS yang membuatkannya berasa takut.

Hubungan saya dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, ketika itu baharu sahaja memasuki tempoh tiga bulan. Jadi saya merasakan waktu itu terlalu awal.

Tetapi, bila Rod tampil dengan kempen DSS yang dibuat tanpa pengetahuan saya sebenarnya, sebab ketika itu saya bercuti.

Tapi di sepanjang DSS itu dilakukan, saya sebenarnya takut. Takut kerana dalam masa kempen itu dilakukan, saya sedang mengenali hati budi Jamie," kata wanita ini.

Menurut Sarimah lagi, dia banyak berbincang dengan Jamie sama ada mendedahkan hubungan mereka di khalayak umum atau tidak, sebelum mengambil keputusan untuk menceritakan perkara sebenar.

Ini adalah perkara yang paling berisiko untuk saya lakukan dan ia bukanlah sesuatu yang dibuat-buat.

Ini adalah kehidupan sebenar dan dalam masa tiga bulan mengenalinya, saya sudah bersedia menghadapi sebarang risiko.

Kita adalah manusia biasa. Kita hanya mampu melakukan yang terbaik. Ini adalah soal cinta dan sama ada hubungan ini berjaya atau tidak sekalipun, ia adalah ketentuan kerana ini soal jodoh," ujarnya.

Tambah Sarimah lagi, mungkin tanpa kempen DSS, hubungan mereka akan dirahsiakan ke satu tahap yang lebih lama lagi.

DSS secara tidak langsung menjadi batu loncatan untuk saya dan Jamie mendedahkan hubungan kami. Kalau tidak ada DSS, mungkin hubungan kami akan dirahsiakan ke peringkat beberapa bulan lagi," ujarnya.

Elak kontroversi

Mengulas lanjut tentang tempoh tiga bulan yang singkat untuk mereka mendedahkan hubungan, jelas Sarimah, dia punya sebab tersendiri mengapa mereka berbuat demikian.

Kalau tanpa DSS sekalipun, saya tetap akan dedahkan sebab saya tidak mahu perkara ini menjadi kontroversi atau menjadi buah mulut orang, baru saya nak cerita.

Lagipun, sejak tahun 1997 lagi, saya sangat jujur dengan pihak media jadi tidak ada sebab untuk saya merahsiakan hubungan kali ini," jelasnya.

Tambahnya lagi, dia juga tidak mahu orang keliru dengan status mereka berdua kerana kedua-duanya sudah pernah berkahwin sebelum ini.

Sebenarnya masih ada yang tidak tahu yang saya sudah bercerai, begitu juga dengan Jamie.

Jadi, saya tidak mahu, kalau saya merahsiakan hubungan kami, dan sekiranya orang nampak kami keluar bersama, nanti akan timbul pelbagai spekulasi.

Jadi, untuk elak perkara-perkara sebegini terjadi, lebih baik saya terus terang," ujarnya.

Rahsia muda Aamir Khan

Posted: 23 Mar 2014 11:53 PM PDT

Umurnya sudah menjangkau 49 tahun, bagaimanapun tiada siapa yang dapat menafikan Aamir Khan masih nampak muda daripada usia sebenarnya itu. Malah ada yang mengatakan dengan wajah dan tubuh Aamir, dia sepatutnya baharu berumur 30-an.

Bagaimanapun berkongsi rahsia awet mudanya itu, Aamir mengakui bukan mudah sebenarnya. Selain sangat berhati-hati dengan makanan yang diambil, Aamir juga tidak menolak faktor keluarga juga sebagai penyumbang kepada penampilannya kini.

Apa yang boleh saya kata, semua ini bergantung kepada genetik keluarga saya.

Bagaimanapun saya juga sangat pentingkan pemakanan," katanya.

Terkenal sebagai pelakon yang sangat komited dengan watak yang diambil, Aamir memberitahu dalam memastikan penyampaian di dalam setiap filem sampai, dia akan pastikan penampilannya disesuaikan dengan watak dalam filem tersebut.

Sehingga kini saya ambil tahu setiap makanan yang diambil," katanya yang sudah berada dalam industri lakonan selama 25 tahun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Dua taruhan baharu HTC

Posted: 23 Mar 2014 11:53 PM PDT

HTC yang terkenal sebagai pengeluar telefon lasak kini kembali memperkenalkan produk baharu mereka iaitu telefon pintar HTC Desire 816 yang menawarkan sesuatu yang lebih segar buat peminat gajet tersebut.

HTC Desire 816 dilengkapi bersama peningkatan kualiti bahan, warna yang lebih menyerlah dan moden serta lebih bertenaga.

Menurut Ketua Eksekutif HTC, Peter Chou, HTC Desire 816 merupakan penanda aras kepada era baharu yang lebih menyeronokkan bagi golongan pertengahan.

Cantik untuk dilihat, kemas digenggaman serta teknologi dan perisian yang setara dengan gayanya menjadikan HTC Desire 816 bakal merubah pandangan sesetengah peminat gajet pintar kos sederhana," katanya.

Malah, katanya, produk baharu HTC tersebut menawarkan pilihan yang terbaik bagi golongan sederhana bersama rekaan yang menarik, prestasi terbaharu dan nilai yang terbaik.

Di samping rekaan yang menarik, HTC turut mempertingkatkan prestasi yang mana mereka menambah pembesar suara ikonik dual- frontal bersama perisian BoomSound bagi memberikan kesan bunyi yang berkualiti tinggi.

HTC BlinkFeed pula membolehkan pengguna sentiasa mengemaskini sebarang berita dan status-status di laman sosial pada skrin seluas 5.5 inci.

Dilengkapi kamera 13 mega piksel pada bahagian belakang dan lima mega piksel di hadapan bersama HTC Zoe serta lampu denyar pastinya gajet tersebut amat ideal buat mereka yang menggemari seni fotografi santai.

Namun, antara komponen terpenting pada HTC Desire 816 adalah enjin pemproses quad-core 1.6 GHz dengan sambungan 4G LTE menjadikannya bertaraf dunia sesuai dengan gaya hidup masa kini yang sentiasa aktif.

Untuk maklumat lanjut, peminat HTC boleh melayari laman web HTC di www.htc.com.

Pencetak Pixma terbaharu

Posted: 23 Mar 2014 11:53 PM PDT

Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (Canon) terus menggembirakan pelanggannya dengan meluaskan lagi rangkaian penyelesaian pencetakannya yang dilancarkan baru-baru ini.

Canon sebagai pembekal pencetak inkjet di Malaysia sejak 18 tahun lalu, dengan bangganya mengumumkan pelancaran pencetak Pixma terbaharunya iaitu iP2870, iP8770, iX6770 dan iX6870 yang direka khas untuk memenuhi setiap keperluan mencetak, dari rumah, pejabat atau pusat perniagaan.

Pengguna bagi pejabat di rumah yang memerlukan kemudahan pencetakan asas untuk kegunaan harian akan lebih berpuas hati dengan Pixma iP2870.

Biarpun sebagai pencetak asas, model tersebut memiliki kecekapan bagi semua penyelesaian pencetakan yang sememangnya menjadi identiti Canon.

Selain itu, iP2870 yang didatangkan dengan dakwat katrij standard, juga sesuai dengan dakwat katrij berkeupayaan tinggi yang membantu pengguna membuat penjimatan dari segi kos serta mengurangkan masa menunggu disebabkan oleh pertukaran katrij berulang kali.

Pengguna akan mendapati model mampu milik ini memiliki kelajuan cetakan lapan imej seminit (ipm) untuk dokumen hitam putih dan empat ipm bagi dokumen warna dalam saiz A4 yang sama.

Kualiti cetakan iP2870 juga boleh dilihat pada 4800 x 600 dpi dengan titisan dakwat pada 2pl.

Bagi pengguna pejabat kecil atau pejabat rumah (SOHO), model pencetak iX6770 dan iX6870 menawarkan produktiviti tinggi dengan keupayaan mencetak sehingga dokumen bersaiz A3.

Pixma iX6870 mempunyai sambungan Wi-Fi, menjadikannya pilihan yang ideal untuk SOHO yang mempunyai pengguna antara satu hingga lima orang yang mana mereka boleh berkongsi sumber secara mudah dalam rangkaian tanpa wayar di pejabat.

Kedua-dua Pixma iX6770 dan iX6870 juga direka untuk membantu pengguna mengurangkan kos mencetak.

Kedua-dua pencetak itu juga sesuai dengan katrij dakwat PGI-755 PGBK XXL yang membolehkan pengguna mencetak sehingga 800 muka surat dokumen hitam putih bagi setiap katrij.

Pengguna SOHO juga akan berasa kagum dengan kelajuan cetakan iaitu 14.5 ipm bagi dokumen hitam putih dan 10.4 ipm bagi dokumen warna dalam saiz A4.

Ia juga hanya memerlukan 36 saat untuk mencetak foto tanpa sempadan bersaiz 4 x 6".

Sementara itu, agensi rekaan, profesional SOHO dan studio dan pengguna di rumah sudah pasti akan terpesona dengan pencetak enam dakwat yang terbaru.

Selain set dakwat standard cyan, magenta, kuning, dan hitam foto, iP8770 juga dilengkapkan dengan dakwat kelabu, bagi memastikan kualiti cetakan monokrom kekal konsisten dengan menghasilkan keseimbangan warna kelabu yang stabil, serta mengurangkan kekaburan di kawasan yang berwarna lebih cerah pada imej.

iP8770, dengan ciri Direct Disc Print, juga menawarkan aplikasi Pixma Printing Solutions dan perkhidmatan Cloud Print.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pelan catuan air berjalan lancar

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Seorang penduduk di Jalan 23/108, Taman Salak Jaya, Salak Selatan, Kuala Lumpur menadah air bagi tujuan simpanan berikutan catuan air di kawasan berkenaan sehingga 31 Mac ini. - UTUSAN/QAMARUL RIZAL

KUALA LUMPUR 23 Mac - Pelan catuan bekalan air peringkat pertama dan ketiga di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mula dilaksanakan sejak 27 Februari dan 10 Mac lalu berjalan lancar.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, kira-kira 3.13 juta pengguna melibatkan 782,609 buah rumah di 664 kawasan sekitar ibu negara, Gombak, Petaling, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terlibat dalam catuan air peringkat ketiga itu.

Menurutnya, walaupun lima loji rawatan air (LRA) iaitu LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2, LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Sungai Rasa dan LRA Rantau Panjang yang menggunakan sumber air mentah dari Sungai Selangor telah menambah pengeluaran air terawat masing-masing, namun pelan catuan masih diteruskan seperti biasa sehingga satu tarikh diputuskan oleh kerajaan Negeri Selangor.

Sungai tersebut mendapat peningkatan sedikit aliran air sungai ekoran dari hujan di kawasan terbabit beberapa hari yang lalu. Bagaimanapun, pengeluaran air terawat masih dikawal dengan mengurangkan pelepasan air daripada Empangan Sungai Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, tambahan bekalan air terawat itu sudah pun disalurkan ke sebahagian kawasan yang terlibat dalam pelan catuan peringkat ketiga.

Sementara itu katanya, LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi yang beroperasi semula sejak 17 dan 19 Mac lalu masih dalam pemantauan oleh syarikat operator loji berkenaan berikutan paras amnonia masih belum dapat dipastikan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan para pengguna supaya sentiasa memberi kerjasama penuh untuk bertindak menjimatkan air bagi membolehkan bekalan air sedia ada dapat bertahan lebih lama.

Kerjasama pengguna amat diperlukan berikutan kedua-dua pelan catuan tersebut masih lagi diteruskan ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.

Selain itu, para pengguna diingatkan supaya tidak melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab terhadap fasiliti dan infrastruktur bekalan air yang diuruskan oleh Syabas kerana akan merumitkan lagi keadaan serta boleh dikenakan penalti yang tinggi di bawah Ak-ta Industri Pembekalan Air 2006," jelasnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lengkap berhubung pelan catuan air yang dilaksanakan boleh melayari laman web Syabas (www.syabas.com.my) dari semasa ke semasa.

Persatuan sukan di Wilayah Persekutuan terima bajet RM579,000

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

PUTRAJAYA 23 Mac - Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM579,000 kepada persatuan-persatuan sukan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, objektif pemberian peruntukan tersebut bertujuan menyalurkan geran bantuan untuk aktiviti tahunan dan keperluan pengurusan persatuan.

Peruntukan yang disediakan untuk persatuan-persatuan sukan di Kuala Lumpur sebanyak RM351,000 sementara itu, persatuan-persatuan sukan di Putrajaya pula menerima peruntukan sebanyak RM126,000 dan Labuan menerima peruntukan sebanyak RM102,000," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyerahan geran bantuan kepada persatuan-persatuan sukan di Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Loga Balan Mohan Jaganathan.

Tengku Adnan berkata, peruntukan itu memudahkan pihak pengurusan untuk mentadbir persatuan dengan lebih berkesan dan secara tidak langsung dapat memartabatkan kecemerlangan sukan Wilayah Persekutuan.

Ingin saya mengingatkan pihak persatuan bahawa geran bantuan ini hendaklah diuruskan dengan berhemah dan sistematik bagi mengelakkan pembaziran yang boleh merugikan perkembangan sukan.

Jadi, setiap persatuan perlulah mempunyai perancangan yang sistematik dalam menguruskan geran bantuan yang diberikan," katanya.

Pembeli lega rumah siap dibina

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Pangsapuri kos rendah Saga Suria, Taman Saga, Ampang, Selangor yang siap dibina menamatkan penantian pembeli sejak tahun 2005.

AMPANG JAYA 23 Mac - Pembeli pangsapuri kos rendah Saga Suria, Taman Saga dekat sini lega apabila rumah mereka yang terbengkalai sejak 2005 akhirnya siap dibina dan boleh diduduki pada bila-bila masa.

Tinjauan Utusan Malaysia ke pangsapuri 12 tingkat yang mempunyai kira-kira 468 unit itu hari ini mendapati kawasan perumahan itu turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kedai, dewan, surau dan taman permainan kanak-kanak.

Berdasarkan pemerhatian hanya lapan buah keluarga sudah berpindah ke rumah masing-masing, sebaik memperoleh Sijil Layak Menduduki (CF) pada 3 Disember tahun lalu.

Sebelum ini pada 31 Oktober tahun lalu, Utusan Malaysia menyiarkan mengenai pangsapuri kos rendah berkenaan yang menimbulkan tanda tanya penduduk sekitar mengenai status pembinaannya. Penduduk sekitar mendakwa pangsapuri tersebut masih tidak dimasuki sedangkan pembinaannya telah terlalu lama iaitu sejak 2005.

Ini menyebabkan penduduk tertanya-tanya apakah projek itu terbengkalai sedangkan dari pandangan mata kasar projek perumahan Pangsapuri Saga Suria itu telah siap.

Seorang pembeli, Tan Ah Kaw, 45, berkata, disebabkan menunggu terlalu lama pangsapuri itu disiapkan dia sudah membeli rumah lain.

Saya mengambil keputusan menyewakan pangsapuri ini kepada adik saya sendiri. Apapun saya gembira kerana rumah ini siap juga akhirnya.

Saya amat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan selain lokasi yang strategik," katanya.

Rumah tersebut mempunyai keluasan 700 kaki persegi dan mempunyai tiga buah bilik serta dua bilik air.

Dalam pada itu, Hu Liang, 70, berkata, dia dan keluarga tidak sabar untuk berpindah ke kediaman baharu mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Tiada unsur rasuah dua warga Iran guna pasport curi MH370 - SPRM

Posted: 24 Mar 2014 03:13 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah berhubung pelepasan dua warga Iran yang menggunakan pasport curi negara Itali dan Austria menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati tiada elemen rasuah berlaku semasa pemeriksaan dua penumpang warga Iran itu dengan agensi kerajaan Malaysia, iaitu Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Bagaimanapun kita mendapati kedua-dua mereka (dapat menaiki pesawat) disebabkan dasar negara yang lebih menumpukan kepada perkhidmatan yang cepat dalam pemeriksaan pelawat luar negara.

"Justeru kita menyarankan agar pihak kerajaan turut menitikberatkan aspek keselamatan juga untuk mengelak kejadian itu berulang dan tidak mengutamakan aspek perkhidmatan berorientasikan pelanggan," katanya dalam sesi taklimat Berwibawakah SPRM di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga berkata agak mustahil bagi pihak imigresen memeriksa pasport di dalam rangkaian Interpol yang mempunyai data 40 juta pasport hilang dalam tempoh yang singkat.

Pesawat MH370, yang hilang sejak tiga minggu lalu, telah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Sehingga kini nasib penumpang dan anak kapal pesawat itu tidak diketahui kerana pesawat berkenaan belum ditemui biarpun operasi mencari dan menyelamat telah diperluaskan ke koridor Utara dan Selatan meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika.

Pihak polis dan Interpol mengenal pasti rakyat Iran itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Syed Mohammad Reza, 29, masing-masing menggunakan pasport warga Austria dan Itali, yang dilaporkan hilang di Thailand, beberapa tahun lepas.

Pouria Nour dan Delavar Syed dipercayai dalam perjalanan ke Jerman untuk mendapatkan perlindungan dan tidak ada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

Ditanya sama ada SPRM boleh mengambil tindakan atau memulakan siasatan dalam kes kebocoran maklumat mengenai perbualan juruterbang dengan pengawal trafik udara (ATC) seperti yang dilaporkan akhbar luar negara, Daily Telegraf, United Kingdom, beliau berkata siasatan hanya boleh dilakukan SPRM selepas siasatan dalaman dijalankan oleh pihak atasan ATC.

"Jadi biar mereka buat siasatan dalaman terlebih dahulu, jika ada elemen rasuah mereka boleh rujuk dengan kami (SPRM), jika tidak mereka hanya ambil tindakan dalam lingkungan pertubuhan itu sahaja," katanya.

Menurutnya, kesalahan membocor maklumat kerajaan adalah di bawah kesalahan Akta Rahsia Rasmi dan tertakluk dalam bidang kuasa polis.

- BERNAMA

Kadar sabitan kes SPRM pada 2012 lepasi piawaian antarabangsa

Posted: 24 Mar 2014 03:07 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 Mac - Kadar sabitan kes yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2012 mencapai 85 peratus, iaitu melepasi piawaian antarabangsa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata ini sekali gus meletakkan suruhanjaya itu setara agensi penguat kuasa pencegahan rasuah lain di peringkat antarabangsa.

"Kadar sabitan SPRM adalah setara dengan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong dan badan penguatkuasa di Singapura dan Indonesia.

"Prestasi kita terus bertambah baik dari semasa ke semasa berbanding 2009, apabila kadar sabitan itu hanya 54 peratus," katanya ketika memberi taklimat bertajuk Berwibawakah SPRM anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(Bernama) di sini hari ini.

Abu Kassim berkata berdasarkan statistik, sejumlah 509 orang ditahan berkaitan gejala rasuah dan penyelewengan pada 2013 berbanding 701 tahun sebelumnya.

Beliau berkata, orang awam merupakan tangkapan tertinggi iaitu 261 orang diikuti penjawat awam (176 orang), swasta (71) dan satu Ahli Majlis.

Mengulas persepsi terhadap SPRM, Abu Kassim berkata sejak 2009, keyakinan masyarakat semakin meningkat iaitu 66 peratus pada 2013 berbanding 64 tahun sebelumnya.

Bagi memastikan tahap integriti tinggi, SPRM ketika ini dipantau lima jawatankuasa semasa menjalankan siasatan bagi menjadikan suruhanjaya itu telus dan profesional, antaranya Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah di Parlimen.

Abu Kassim berkata, beliau perlu melapor perjalanan kerja SPRM sepanjang tahun kepada jawatankuasa berkenaan dan anggota panelnya berhak bertanya sebarang soalan yang berkaitan.

"Oleh itu, mana-mana pihak, kerajaan atau pembangkang, tidak mempunyai halangan dalam mendapatkan maklumat lebih dalam mengenai cara, gaya atau penerangan sesuatu isu yang disoal dalam Parlimen," katanya.

Beliau berkata oleh itu, tiada istilah berat sebelah atau memilih bulu di pihak SPRM ketika melaksanakan tugasnya. - BERNAMA

Pengundian awal PRK Balingian esok

Posted: 24 Mar 2014 03:05 AM PDT

MUKAH 24 Mac - Pengundian awal pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Balingian melibatkan 133 pengundi berdaftar akan dilaksanakan esok di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Mukah.

Ketua Polis Mukah DSP Omar Bakthiar Yaacob berkata, proses pengundian awal akan bermula pada 8 pagi hingga 5 petang.

"Segalanya sudah siap untuk membolehkan 133 pengundi awal mengundi esok," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kerusi DUN Balingian yang disandang Tan Sri Abdul Taib Mahmud kosong selepas beliau secara rasmi melepaskan jawatan Ketua Menteri dan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, pada 28 Feb lepas.

Bekas Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak Tan Sri Adenan Satem kini menjadi Ketua Menteri Sarawak kelima. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved