Isnin, 24 Mac 2014

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Kes demam denggi meningkat 245%

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

Nolee Ashilin Mohamed Radzi (dua dari kiri) dan Dr. Nordiyanah Hassan (tengah) melihat bekas yang dikumpul peserta program Explorace Perdana Jom Hapus Aedes di Kampung Baru Ampang, Ipoh, kelmarin.

IPOH 23 Mac - Kes demam denggi yang berlaku di negeri ini sejak 1 Januari sehingga 18 Mac lalu semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan sebanyak 245 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, sebanyak 1,584 kes demam denggi dilaporkan iaitu meningkat sebanyak 1,125 kes berbanding hanya 459 kes yang dikesan dalam tempoh sama tahun lalu.

Jelas Nolee Ashilin, lebih teruk sebanyak empat kematian turut dicatatkan dalam tempoh itu berbanding dengan tiada kematian dicatatkan tahun lalu.

Ketika ini juga Perak berhadapan dengan situasi wabak denggi tidak terkawal di enam kawasan iaitu lima di Daerah Kinta (Kampung Baru Ampang, Kampung Baru Pasir Pinji, Kampung Simee, Taman Cempaka dan Taman Ipoh Jaya) manakala satu di Daerah Kerian iaitu di Kampung Tok Ngah.

Antara punca berlaku wabak di kawasan itu adalah terdapat banyak tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam rumah dan sampah dibuang merata-rata di kawasan perumahan," katanya dalam sidang akhbar selepas menutup program Explorace Perdana Jom Hapus Aedes di Kampung Baru Ampang, di sini semalam.

Dalam program tersebut yang disertai kira-kira 300 peserta termasuk pelajar, jabatan kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sebanyak 1,286 bekas terbiar dikumpulkan di kawasan perkampungan tersebut yang mana lapan daripadanya mengandungi nyamuk Aedes.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr. Nordiyanah Hassan; Timbalannya, Datin Ranjit Kaur dan Ketua Kampung Baru Ampang, Fong Pheng Cheong.

Nolee Ashilin berkata, selain enam kawasan wabak denggi tidak terkawal, terdapat 15 lagi kawasan aktif denggi di kesan di sekitar negeri ini sehingga kini.

Menurutnya, kawasan itu ialah 11 di Daerah Kinta (Taman Klebang Jaya, Taman Sri Ampang, Taman Chepor Jaya, Arena Kepayang Putra, Taman Meru Jaya, Taman Jati, Halaman PLKN Sentosa, Taman Melor, Taman Sin Lok, Kampung Baru Bemban dan Taman Pusing Baru), tiga di Daerah Manjung (Taman Seri Maju, Taman Terus Maju dan Rancangan Perumahan Awam 1&2) manakala satu di Daerah Larut Matang dan Selama iaitu di Kampung Baru Kemunting.

Sementara itu, Nolee Ashilin memberitahu, program gotong-royong Explorace yang berkonsepkan pertandingan di mana peserta akan mencari dan mengumpul bekas-bekas yang berpotensi menjadi pembiakan nyamuk Aedes diolah sedemikian oleh Jabatan Kesihatan Negeri setelah melihat kurangnya penglibatan masyarakat dalam aktiviti sedemikian.

Melalui aktiviti itu, jelas beliau, masyarakat secara tidak langsung dapat dilatih mengenalpasti tempat berpontensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes sekaligus mengubah sikap dan amalan mereka terhadap aspek kebersihan persekitaran.

Kampung Baru Ampang dipilih lokasi pertama kerana lokaliti ini telah mengalami kejadian wabak denggi tidak terkawal dengan sembilan kes dan satu kematian dicatatkan. Aktiviti ini akan diteruskan di kawasan-kawasan hotspots dengan kawasan Tambun pada minggu depan," katanya.

Raja Muda Perlis sampai biasiswa YTSP kepada murid miskin

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tengah) bersama murid-murid yang gembira selepas menerima biasiswa sumbangan Yayasan Tuanku Syed Putra di SK Sena, Kangar, Perlis, baru-baru ini.

KANGAR 23 Mac - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan biasiswa sumbangan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) kepada 73 murid sekolah rendah dalam tiga kawasan Parlimen di negeri ini, baru-baru ini.

Baginda yang juga Pengerusi YTSP berangkat ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di sini untuk menyampaikan biasiswa berkenaan kepada 25 murid dari 25 sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dalam Parlimen Kangar.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat sama.

Selepas ini, biasiswa sama diagihkan pula kepada kumpulan sasar di sekolah-sekolah dalam kawasan Parlimen Arau dan sekolah dalam kawasan Parlimen Padang Besar iaitu di SK Kubang Gajah di sini yang masing-masing seramai 24 orang dari 24 buah sekolah.

Biasiswa yang diagihkan itu adalah amalan tahunan YTSP sejak lebih 10 tahun lepas untuk murid-murid Tahun Dua hingga Tahun Enam, iaitu seorang murid bagi setiap sekolah.

Murid-murid yang dipilih adalah daripada keluarga berpendapatan rendah yang setiap seorang diberi RM35 sebulan sehingga mereka tamat belajar peringkat sekolah rendah.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Azlan Man yang juga Timbalan Pengerusi YTSP dan Pengarah Pendidikan Negeri, Dun Kasa. - BERNAMA

Kumpul 10,000 tanda tangan bantahan

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Shabudin Yahya (tengah) bersama sebahagian daripada ahli-ahli UMNO dan orang ramai menunjukkan borang yang ditandatangani oleh mereka di Kepala Batas, Pulau Pinang, kelmarin. - UTUSAN/Sazali Che Din

TASEK GELUGOR 23 Mac - UMNO Bahagian Tasek Gelugor akan mengumpul sebanyak 10,000 tandatangan bagi membantah kelulusan yang diberikan kepada beberapa syarikat swasta bagi membangunkan projek komersial di atas tapak Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, dekat sini.

Ketuanya, Datuk Shabudin Yahya berkata, tandatangan itu bersama memorandum bantahan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha meminta supaya kelulusan yang diberikan sebelum ini dikaji semula.

Saya menjangkakan memorandum dan tandatangan yang dikumpul akan dihantar dalam tempoh antara seminggu hingga dua minggu lagi kepada Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Jimat Belanja Dapur dan Pengedaran Stok Bekalan Makanan Negara, di sini hari ini.

Sebelum ini, UMNO negeri dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan bantahan berhubung kelulusan yang diberikan kerajaan kepada syarikat usahasama membabitkan TSR Capital, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) (30 peratus) dan Pembinaan Bukit Timah Sdn. Bhd. bagi memajukan kawasan berkenaan yang ketika ini merupakan kem TUDM.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved