Selasa, 28 Januari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Real singkir Espanyol, mara ke separuh akhir Copa del Rey

Posted: 28 Jan 2014 02:31 PM PST

MADRID 29 Jan. - Real Madrid menundukkan Espanyol 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir Copa del Rey dengan agregat 2-0, sebentar tadi.

Selepas menang 1-0 pada suku akhir pertama di Barcelona, Real memastikan langkah mereka tidak mampu disekat selepas menjaringkan gol menerusi Jese Rodriguez pada minit ketujuh.

Real, yang kalah 1-2 kepada Atletico Madrid pada perlawanan akhir tahun lalu, berpeluang menentang pasukan itu sekali lagi pada separuh akhir nanti.

Namun begitu, Atletico perlu terlebih dulu menumpaskan Athletic Bilbao dalam satu lagi perlawanan suku akhir, esok. Atletico menang 1-0 pada suku akhir pertama. - AP

Liverpool belasah Everton 4-0

Posted: 28 Jan 2014 02:29 PM PST

LIVERPOOL 29 Jan. - Daniel Sturridge meledakkan dua gol ketika membantu Liverpool membelasah Everton 4-0 dalam perlawanan ke-222 melibatkan dua musuh ketat itu pada saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield, sebentar tadi.

Ketua pasukan, Steven Gerrard terdahulu membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-21, sebelum Sturridge menokok dua gol pantas pada minit ke-33 dan ke-35.

Luis Suarez mengukuhkan kedudukan sebagai penjaring terbanyak liga dengan meledakkan gol ke-23 musim ini hanya lima minit selepas babak kedua bersambung.

Sturridge bagaimanapun terlepas untuk mencatat hatrik apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas Raheem Sterling dijatuhkan oleh penjaga gol, Tim Howard.

Namun begitu, empat gol yang diraih Liverpool membolehkan mereka kekal di tangga keempat liga, meninggalkan Everton dengan empat mata. - AP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lelaki maut dalam nahas ngeri

Posted: 28 Jan 2014 08:28 PM PST

IPOH 29 Jan. - Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan mengerikan selepas motosikal ditunggangnya dirempuh dan digilis sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Kilometer 274.2 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 2.15 pagi itu, mangsa, Ahmad Mahmud, 24, yang berasal dari Serdang, Kedah dipercayai dilanggar dari belakang sebelum diseret sehingga kira-kira 43 meter dari lokasi kejadian.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Supritendan Wan Sharudddin Wan Omar berkata, mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Proton City di Tanjung Malim meninggal dunia di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE

Pasukan Petugas Khas Bukit Aman dibubarkan

Posted: 28 Jan 2014 05:33 PM PST

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) Bukit Aman akan dibubarkan berkuat kuasa 1 Februari ini dan tugas-tugasnya akan diletakkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Cawangan Khas.

Perkara itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam majlis penyerahan tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Laksana tugas penuh etika, berkesan

Posted: 28 Jan 2014 11:04 AM PST

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

ADNAN Yaakob (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada wakil kontraktor sambil diperhatikan oleh Hasnur Rabi'ain Ismail (kiri) dan Mohd. Soffi Abdul Razak di Yayasan Pahang di Kuantan, semalam.

KUANTAN 28 Jan. - Subkontraktor yang dilantik dalam penyenggaraan jalan raya di Pahang diminta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh etika bagi memastikan projek yang diserahkan itu dijalankan dengan berkesan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ingatan itu diberikan kerana mereka dipilih berdasarkan prestasi dan kemampuan bagi menyelenggara jalan raya sebelum ini.

Menurut beliau, budaya mengalibabakan projek kepada pihak lain perlu dielakkan kerana tanggungjawab menyenggara jalan telah diberikan sepenuhnya kepada subkontraktor terlibat.

"Suka saya ingatkan subkontraktor yang dilantik ini diminta jangan menipu kerana masih ramai lagi di luar sana yang mahu terlibat dalam projek penyelenggaraan ini. Mereka yang dilantik ini diharap dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Lantikan Subkontraktor Penyenggaraan Jalan-Jalan Negeri di Yayasan Pahang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak dan Pengarah YP Maintainance Sdn. Bhd., Datuk Hasnur Rabiain Ismail.

Pada majlis itu, sebanyak 84 subkontraktor dilantik oleh YP Maintainance dalam menyenggara jalan raya di seluruh Pahang.

Dalam pada itu, Adnan memberitahu, kerajaan negeri membuat keputusan menyerahkan projek tersebut kepada anak syarikat di bawah Yayasan Pahang untuk memaksimumkan prestasi penyenggaraan jalan.

"Kita bukan menidakkan kemampuan Jabatan Kerja Raya, tetapi ini merupakan satu cara terbaik dalam memberi ruang kepada subkontraktor lain melibatkan diri dalam projek ini," ujarnya.

Menurutnya, keuntungan yang diperoleh anak syarikat itu dapat digunakan untuk tujuan pembiayaan pelajaran anak-anak Pahang sama ada yang masih bersekolah atau melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Katanya, dengan adanya perkongsian ini diharap jalan raya dapat di senggara dengan baik dan sedikit sebanyak keuntungan diperoleh dipulangkan kepada kepada rakyat.

Denggi di Pahang meningkat 70.8 peratus

Posted: 28 Jan 2014 11:04 AM PST

SEORANG anggota Unit Kesihatan Persekitaran mengambil contoh jentik-jentik dalam bekas minuman ayam di satu kawasan pembinaan sewaktu Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam 'Ops Gempur Aedes' di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 28 Jan - Kes demam denggi di negeri ini bagi tempoh 1 hingga 26 Januari lalu meningkat sebanyak 70.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, ini berikutan 82 kes denggi dicatatkan dalam tempoh berkenaan tahun ini berbanding 48 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Menurut beliau, daerah Kuantan mencatatkan kes demam denggi paling tinggi iaitu 51 kes diikuti Jerantut (tujuh), Temerloh (lima), Pekan (empat), Maran (lima), Raub (tiga), Rompin (dua), Bentong (dua) dan masing-masing satu kes di Bera, Lipis dan Cameron Highlands.

"Pada masa ini sebanyak lima lokasi dikesan sebagai kawasan yang aktif berlaku demam denggi di Kuantan iaitu di Taman Mutiara, Semambu Baru, Taman Balok Baru, Taman Pasdec Makmur, Indera Mahkota dan Taman Balok Makmur.

"Di antara punca berlaku wabak di kawasan itu adalah kerana terdapat banyak tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam rumah dan sampah dibuang merata-rata di kawasan perumahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya lagi, untuk itu, jabatan telah mengambil langkah pencegahan dan kawalan dengan melakukan semburan kabus ke atas 47,679 premis.

"Selain itu, sebanyak 17,834 premis telah dijalankan pemeriksaan dan 4,858 telah diletakkan pemusnah jentik-jentik. Daripada jumlah itu, sebanyak 268 premis telah ditemui terdapat tempat pembiakan aedes," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 87 kompaun dengan nilai RM43,500 telah dikenakan kepada orang ramai di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1957.

"Sebanyak 49 notis Seksyen 8 telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi pembiakan aedes," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat supaya bertanggungjawab memastikan kawasan persekitaran rumah masing-masing dan tempat awam bebas daripada pembiakan nyamuk ini.

"Mereka diminta mendapatkan rawatan segera ke klinik atau hospital berdekatan jika mengalami demam yang kuat secara tiba-tiba disertai sakit kepada dan badan," katanya.

Kesedaran pemandu masih rendah

Posted: 28 Jan 2014 11:04 AM PST

BENTONG 28 Jan. - Kesedaran pemandu terhadap keselamatan jalan raya masih rendah apabila persepsi ditangkap melakukan kesalahan atau Perception of Being Caught (POBC) masih berada pada kadar 35 peratus berbanding negara-negara maju yang melebihi tahap 75 peratus.

Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri, Datuk Zakaria Man berkata, pelbagai perancangan dilakukan secara berterusan bagi meningkatkan lagi kadar POBC kepada 75 peratus menjelang 2020.

Katanya, dua cara utama dikenal pasti bagi meningkatkan kadar berkenaan ialah melalui kempen dan penguatkuasaan yang akan dilaksanakan secara berterusan.

"Mulai hari ini, kita akan melibatkan orang awam dalam setiap kempen seperti yang kita nampak hari ini melalui penglibatan pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Skuad Muda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membantu kerajaan menyedarkan pengguna jalan raya.

"Dari segi penguatkuasaan pula antaranya ialah melalui pelancaran Op Selamat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Op Musim Perayaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Plaza Tol Bentong di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya negeri, Mohd. Zairasyahli Shah Zakaria; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Mohammad Shahid Ismail dan Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohamad Mansor Mohamad Nor.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengarah JPJ negeri memberitahu, antara modus operandi yang akan dilaksanakan JPJ dalam Op Musim Perayaan kali ini adalah dengan menempatkan anggota JPJ di seVtiap 30 kilometer jalan Persekutuan bagi memantau pengguna jalan raya.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akan menempatkan anggota JPJ di setiap hentian rehat dan kawasan rawat dan rehat (R&R) di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Jelas beliau, dengan adanya penguat kuasa di jalan raya, kesedaran untuk takut melanggar undang-undang jalan raya akan meningkat seterusya mampu mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.

Sementara itu, beliau berkata, kadar kemalangan di negara ini berada pada tahap yang tinggi apabila merekodkan jumlah kemalangan maut kira-kira 7,000 kes pada tahun lalu dengan purata 18 kematian sehari.

"Bayangkan kalau ada wabak lain dan 18 orang mati setiap hari, ia akan menjadi perkara yang luar biasa tetapi kematian akibat kemalangan jalan raya seramai 18 orang sehari, masyarakat pandang sebagai perkara biasa sahaja,"ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Ribut musim sejuk landa selatan Amerika

Posted: 28 Jan 2014 10:07 AM PST

WINSTON-SALEM 29 Jan. - Wilayah selatan Amerika Syarikat (AS) semalam dilanda ribut musim sejuk yang membawa salji, hujan beku dan ais sehingga memaksa sekolah-sekolah ditutup dan jadual penerbangan dibatalkan.

Kejadian itu juga menyebabkan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran berikutan jalan licin ekoran cuaca buruk itu.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, suhu dalam kawasan wilayah tersebut mencapai 34 darjah Celcius di bawah paras beku dan ribut musim sejuk itu dijangka mampu menjangkau sehingga utara Florida. - REUTERS

Taiwan, China adakan rundingan rasmi peringkat tertinggi

Posted: 28 Jan 2014 10:05 AM PST

TAIPEI 29 Jan. - Menteri Hal Ehwal Negara Taiwan, Wang Yu Chi dan Timbalan Menteri Luar China, Zhang Zhijun akan mengadakan pertemuan pada Februari ini di China untuk mengadakan rundingan rasmi peringkat tertinggi antara kedua-dua negara buat kali pertama sejak 1949.

Namun, dialog yang akan diadakan pada 11 Februari depan selama empat hari itu tidak akan menyentuh sebarang isu sensitif, sebaliknya menjadikan rundingan itu sebagai langkah proaktif melibatkan isu perdagangan dan ekonomi, menurut satu kenyataan, semalam.

Lawatan rasmi ini tidak akan menyentuh sebarang isu politik yang sensitif," kata Yu Chi pada satu sidang media di sini.

Tambah Yu Chi, kedua-dua wakil itu akan membincangkan untuk membuka pejabat di negara masing-masing, peranan Taiwan dalam badan-badan antarabangsa serta beberapa isu tentang penjagaan perubatan untuk pelajar Taiwan di China.

Yu Chi turut menjelaskan bahawa tujuan rundingan itu bertujuan mewujudkan satu hubungan biasa untuk mengelakkan sebarang salah faham antara kedua-dua negara. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Remaja didakwa bunuh Noor Syafikah Nadia

Posted: 28 Jan 2014 11:03 AM PST

Mohd. Firdaus Mohd. Faridul yang menghadapi pertuduhan membunuh Noor Syafikah Nadia Abdullah di Mahkamah Majistret Alor Setar, semalam. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

ALOR SETAR 28 Jan. - Seorang remaja berusia 19 tahun yang dikaitkan dengan kematian tiga beradik perempuan kini berdepan hukuman di tali gantung setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kakak mereka yang berusia 14 tahun di kawasan sawah di Kampung Alor Senibong dekat sini, November tahun lalu.

Mohd. Firdaus Mohd. Faridul didakwa dengan niat membunuh Noor Syafikah Nadia Abdullah di Kampung Alor Senibong, Mukim Tajar di sini antara pukul 9.30 malam dan 11.30 malam, 29 November 2013.

Dakwaan terhadap remaja yang memakai baju-T warna kuning dan berseluar jeans itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian itu, mayat Noor Syafikah Nadia iaitu Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemukan dalam sebuah terusan di Langgar pada 1 Disember tahun lalu, kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka ditemui.

Pada prosiding hari ini, tertuduh yang tidak bekerja hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Khairul Hafizuddin Ramli.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berasal dari Jalan Datuk Kumbar, Kampung Alor Semela di sini.

Mohd. Khairul Hafizuddin menetapkan sebutan semula kes pada 4 Mac ini sementara menunggu laporan forensik dan kimia siap.

Tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala Mohd. Firdaus tidak diwakili peguam bela.

Difahamkan seorang lagi remaja berusia 19 tahun yang ditahan berhubung siasatan kes berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah tempoh reman tamat hari ini.

Mayat Noor Syafikah Nadia ditemukan tertiarap dalam keadaan separuh bogel di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 November tahun lalu.

Mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma pula ditemukan dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar pada keesokan harinya kira-kira pukul 4.50 petang.

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira pukul 7.30 malam, 29 November tahun lalu untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam, yang berdekatan dengan kampung mereka.

Namun, mereka tidak pulang ke rumah sehinggalah mayat mereka ditemui dalam keadaan menyayat hati.

3 pegawai SPRM bebas tuduhan

Posted: 28 Jan 2014 11:03 AM PST

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
pengarang@utusan.com.my

SEPANG 28 Jan. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga pegawai risik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada sembilan tuduhan termasuk bersubahat melakukan rompakan, penipuan, penyamaran dan menyembunyikan rancangan rompakan terhadap tiga warganegara Singapura melibatkan wang tunai mencecah RM1 juta, tiga tahun lalu.

Hakim Ahmad Fairuz Mohd. Puzi membuat keputusan itu terhadap S. Vijayarao, 36, Wan Elfie Shafizy Wan Ahmad, 34, dan Aziz Jaafar, 51, selepas pendakwa raya gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan ahli perniagaan, T. Sritharan, 35, yang merupakan tertuduh utama dalam kejadian rompakan itu membela diri terhadap tiga pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan pertuduhan pilihan kerana menyamar sebagai pegawai SPRM.

Sementara bagi tiga pertuduhan melakukan penipuan dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai SPRM, kepada ketiga-tiga mangsa, Sritharan dilepas dan dibebaskan.

Keempat-empat tertuduh itu didakwa melakukan perbuatan itu ke atas Hameed Saadik Batcha, Abd. Rahman Maricar dan Mohamed Zakkariya Mohamed Shatik masing-masing melibatkan wang tunai AS$100,000 (RM320,000).

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di tandas lelaki bersebelahan Restoran Deli France, Tingkat 1, Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini antara pukul 11 malam dan 11.25 malam, 15 September 2011.

Tiga pegawai SPRM itu yang pertama kali dihadapkan ke mahkamah tersebut pada 7 Oktober tiga tahun lalu itu, didakwa atas tiga tuduhan bersubahat melakukan rompakan berkumpulan bersama-sama Sritharan, dan seorang lagi yang masih bebas, D. Nagarajan, 37.

Mereka turut didakwa bersubahat dengan Sritharan menipu ketiga-tiga mangsa dengan memperkenalkan lelaki itu sebagai pegawai SPRM.

Pegawai-pegawai berkenaan turut didakwa atas tuduhan pilihan bersubahat dengan Sritharan yang melakukan penyamaran sebagai pegawai agensi berkenaan.

Vijayarao, Wan Elfie Shafizy dan Aziz juga didakwa atas tuduhan menyembunyikan rancangan rompakan yang didakwa dilakukan oleh kedua-dua lelaki berkenaan bertujuan memudahkan mereka melakukan jenayah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan bagi kesalahan melakukan rompakan berkumpulan, Seksyen 419 bagi kesalahan menipu, Seksyen 170 dibaca bersama Seksyen 109 bagi kesalahan bersubahat melakukan penyamaran dan Seksyen 120 bagi kesalahan menyembunyikan rancangan rompakan.

Sementara itu, Sritharan didakwa melakukan rompakan berkumpulan bersama-sama Nagarajan terhadap tiga mangsa terbabit.

Sritharan turut didakwa atas tiga tuduhan melakukan penipuan dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai SPRM dan tiga tuduhan pilihan kerana menyamar sebagai pegawai SPRM.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan bagi kesalahan melakukan rompakan berkumpulan dan Seksyen 419 serta 170 kanun sama, masing-masing bagi kesalahan menipu dan penyamaran.

Mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan pula, tertuduh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, Seksyen 170 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan juga denda sementara Seksyen 120 akta sama membawa hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya, Lailawati Ali dan Muhamad Iskandar Ahmad telah memanggil 36 saksi.

Tertuduh-tertuduh diwakili peguam Afifuddin Ahmad Hafifi dan M.M. Athimulan.

Sementara itu, kesemua tiga pegawai SPRM itu berjaya melarikan diri daripada lensa jurugambar dan jurukamera apabila menggunakan laluan khas mahkamah untuk keluar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Khalid 'korban' wayang politik PKR

Posted: 28 Jan 2014 11:03 AM PST

SEMAKIN jelas kini, apa yang dimaksudkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lim Chin Cheh yang menyatakan keputusannya meletakkan jawatan itu ''untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan pakatan pembangkang berkhidmat untuk rakyat Selangor."

Ia berikutan langkah itu bertujuan memberi laluan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon bertanding di kawasan tersebut sekali gus jika mereka berjaya dalam pilihan raya kecil yang diadakan, calon itu bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ketika ini Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat begitu bercita-cita menjadi Perdana Menteri bersedia 'menurunkan darjat impian itu' dengan menggantikan Abdul Khalid.

Perkara itu disahkan oleh Abdul Khalid, semalam dan sekali gus mengesahkan desakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin dalam satu kenyataan akhbar bahawa "berdasarkan pengalaman dan kewibawaan memimpin negara, AMK percaya Anwar ialah calon terbaik untuk bertanding kerusi DUN Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar".

'' AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

''Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Anwar sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang,'' katanya.

Kenyataan itu sekali gus bermakna rakyat sekali lagi terpaksa menyaksikan satu lagi episod memualkan daripada PKR dalam usaha memenuhi agenda politik mereka. Ia memandangkan sebelum ini sudah berlaku dua pilihan raya kecil yang dicipta dengan sengaja oleh PKR bagi tujuan itu.

Kali pertama apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar menguasai semula kerusi itu.

Begitu juga di DUN Penanti yang menyaksikan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sehingga menyebabkan satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan pada 2009.

Jika benar Anwar hendak bertanding, ia bermakna inilah kali kedua pilihan raya kecil diadakan semata-mata untuk memberi kedudukan kepada beliau.

Namun apa yang menarik untuk diperkatakan berhubung kedudukan Abdul Khalid yang akan meneruskan badi kerusi panas Menteri Besar Selangor, apabila terpaksa meninggalkan jawatan itu dalam keadaan kontroversi.

Sebelum ini nasib yang sama sudah berlaku kepada Datuk Harun Idris, Tan Sri Muhammad Muhd.Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo. Kesemua mereka kehilangan jawatan itu dalam keadaan yang boleh dianggap tidak rela atau terpaksa. Kecuali Dr.Mohamad Khir yang tumpas dalam pilihan raya umum, Harun, Muhammad dan Abu Hassan pula terpaksa berundur kerana isu yang dikaitkan dengan mereka.

Bagaimanapun kes melibatkan Abdul Khalid lebih unik memandangkan ia berlaku berikutan perbalahan politiknya dengan Azmin Ali apabila ADUN Bukit Antarabangsa itu digugurkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Isu itu ditafsirkan kemuncak perbalahan politik antara Azmin dan Abdul Khalid yang berlanjutan sejak 2010. Biarpun Abdul Khalid sudah menegaskan, keputusan pengguguran itu bukan dilakukan oleh beliau, namun politik adalah berkaitan dengan persepsi.

Begitulah juga dalam isu ini, biarpun dokumen sulit mengenai kronologi pengguguran Azmin membuktikan ia bukan arahan kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid tetapi itu tidak bermaksud beliau 'terlepas' daripada persepsi politik.

Apatah lagi sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, hubungan Abdul Khalid dan Azmin sentiasa tegang.

Azmin merupakan pengkritik tegar kepada kepimpinan Abdul Khalid sejak tahun 2010. Isu pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS dianggap bagaikan 'gunung berapi yang memuntahkan laharnya.'

Sejak awal lagi, ramai yang sudah meramalkan Abdul Khalid akan 'terkorban' dalam pertembungan dengan Azmin yang dianggap orang kesayangan Anwar.

Biarpun Abdul Khalid cuba 'bermain wayang politik' dengan menggambarkan seolah-olah beliau sedang berusaha mempertahankan kedudukannya namun sandiwara itu tidak kekal lama. Sebaliknya, beliau akhirnya bersetuju untuk berundur asalkan bukan Azmin menjadi Menteri Besar.

Keadaan itu membuktikan, kepimpinan PKR tidak mahu melihat perbalahan antara Abdul Khalid dan Azmin berlarutan, justeru salah seorang mesti 'berkorban' atau 'terkorban' dan dalam soal ini, Abdul Khalid dilihat berada di kedua-dua posisi itu.

Ia memandangkan cengkaman politik, bekas tokoh korporat itu yang baru menceburi bidang politik kira-kira enam tahun lalu selepas dipilih menjadi calon PKR di DUN Ijok dalam pilihan raya kecil kawasan tersebut pada 2007 semakin longgar.

Abdul Khalid semakin terhimpit, terdesak dan tertekan dengan pelbagai serangan politik yang dilancarkan dengan tujuan menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor. Walaupun pada awalnya ADUN Pelabuhan Klang itu dilihat mahu melawan gelombang yang semakin kuat menghempas perjalanan politiknya, namun akhirnya beliau mengalah.

Sudah menjadi lumrah dalam politik, seseorang pemimpin itu mungkin mampu bertahan dengan tekanan luar tetapi beliau tidak akan mampu bertahan jika tekanan berlaku dari dalam.

Begitu juga Abdul Khalid, perbalahan beliau dengan Azmin yang tercetus sejak sekian lama mampu menamatkan karier politiknya. Kalau pun tidak sekarang, mungkin akan datang.

Justeru Abdul Khalid berada dalam dilema memandang kelompok yang dianggap oleh beliau sebagai tidak bermoral kerana mendesak beliau mengundurkan diri, bukanlah calang-calang kelompok.

Mereka terdiri daripada penyokong-penyokong kuat Azmin yang merupakan antara pemimpin paling berpengaruh dalam PKR dan mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Anwar.

Abdul Khalid boleh sahaja bertahan bagi mengelakkan diri beliau daripada 'terkorban' dalam konflik yang berlaku tetapi persoalannya sampai bila?

Mahu tidak mahu, Abdul Khalid terpaksa menerima hakikat bahawa beliau mempunyai pilihan iaitu berkorban demi mengelakkan daripada dijatuhkan secara tidak terhormat termasuklah kemungkinan menghadapi undi tidak percaya di DUN yang bukannya akan dilakukan oleh pihak lain tetapi oleh PKR sendiri.

Bagaimanapun seperti diramalkan oleh banyak pihak, kedudukan Abdul Khalid tidak akan sampai ke peringkat tersebut kerana PKR tidak akan mengizinkannya. Itulah yang berlaku sekarang. Malangnya, dalam menyelesaikan konflik politik dalaman PKR, rakyat diseret sama apabila satu lagi pilihan raya kecil yang akan menelan kos lebih RM1 juta terpaksa diadakan.

PKR begitu lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menguruskan ekonomi dan kewangan negara tetapi hakikatnya mereka lebih buruk lagi kerana sanggup membenarkan satu pilihan raya kecil diadakan demi memenuhi agenda politik parti tersebut.

Mungkin ramai yang bertanya di manakah moral politik PKR kerana sanggup berbuat demikian tetapi persoalannya sejak bila pula PKR mengambil berat soal moral? Tepuk dada tanyalah hati!

Rasionalisme politik Melayu yang kian hilang

Posted: 28 Jan 2014 11:03 AM PST

DATUK A. AZIZ DERAMAN ialah Presiden Persatuan Peradaban Melayu Malaysia-Kelantan, budayawan dan bekas Profesor Adjung UUM.

DAPATKAH kita buat kesimpulan bahawa rasionalisme dan intelektualisme politik Melayu kian hilang sesudah Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008? Fenomena ini terbawa-bawa sehingga PRU-13.

Aspek kewarasan dan kecendekiawanan politik Melayu terasa sangat merosot. Kepemimpinan dan para pengikut parti politik tertentu dukungan Melayu mengambil sikap anti sesama Melayu. Mereka mengambil pendekatan benci, dendam, fitnah dan ada unsur-unsur khianat. Mereka seperti lebih selesa bersekongkol dengan golongan yang anti-Melayu dan anti-Islam. Teknologi informasi dan komunikasi (ICT) menjadi saluran pemikiran negatif.

Rakyat naif mudah terikut sama dengan rentak gendang dan tari puak-puak tersebut, membalas dengan menolak kecemerlangan khidmat dan jasa kerajaan membangunkan negara sejak kemerdekaan 1957. Undi protes atau undi geram menjadi gambaran hati yang memilih pembangkang.

Sungguhpun pada PRU-13, Barisan Nasional (BN) masih boleh membentuk kerajaan, tetapi BN kehilangan kerusi dan tokoh-tokoh pemimpin yang berwibawa. Jika rasionalisme dan intelektualisme Melayu tidak hilang, masakan pengundi Melayu dan umat Islam merelakan diri memilih kepimpinan yang memusuhi kepimpinan Melayu, mengharubirukan status Islam dan mengamalkan akhlak buruk.

Rakyat khususnya umat Islam perlu membelek satu persatu peristiwa demi peristiwa mutakhir ini. Antaranya perbalahan tentang penggunaan kalimah Allah. Kalimah suci hak eksklusif agama Islam sewenang-wenangnya dipermainkan. Sebagai marhaen di bidang agama, saya fikir penganut agama lain, bukannya tidak tahu. Parti politik pembangkang kononnya bersandarkan kepada Islam banyak berdiam diri. Puak penyokong penggunaan kalimah Allah itu pula seperti sengaja mengusik kesabaran umat Islam di Malaysia.

Saya berpegang bahawa 'Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam' (Innaddinna 'indallahil Islam). Maknanya bagi sesiapa yang mahu bertuhankan Allah SWT, maka dia mestilah seorang Islam atau masuk Islam. Itu mudah sahaja. Allah itu Yang Maha Esa, tiada beranak dan diperanakkan (Al-Quran: Al Ikhlas 112). Justeru dari segi kepercayaan Yahudi dan Nasrani amat berbeza. Islam adalah agama Tauhid tidak berakidahkan konsep triniti, kecuali mereka itu ada agenda tersembunyi, memurtadkan .

Kita hendaklah memahami bahawa "bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku" (Al-Quran Alkafirun: 109:6). Agaknya Malaysia memerlukan seorang Ahmed Deedat untuk dialog Islam-Kristian atau ilmuwan hebat untuk dialog Islam-Barat.

Kini di sana-sini kerasulan Nabi Muhammad SAW dipersendakan, Perlembagaan Negara diperlekeh dan institusi kenegaraan seperti kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menjadi bahan sindirian.

Bagi saya, kerajaan perlu tegas dan bertindak sebelum terlambat. Gunakan undang-undang yang sudah ada seperti Akta Hasutan. Malahan mungkin perlu dikaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), lakukan pembaikan di mana perlu.

Kita tidak boleh menggadaikan negara disebabkan segelintir pengkhianat dan penderhaka. Politik Melayu tanpa mengira parti mesti bersatu, bersama mempertahankan kesucian Islam sebagai agama negara dan meneguhkan instiusi-institusi kenegaraan.

Rasionalisme dan intelektualisme Melayu kian merosot. Kesatuan fikrah dan akal budi mereka dipengaruhi sehingga gagal membezakan yang hak dan keadilan antara tuntutan negara dengan kepentingan kaum dan perkauman. Jika ini berterusan untuk satu dua dekad lagi, maka dibimbangi Malaysia akan hanya ada pada bentuknya tetapi kehilangan isi.

Melayu dan bumiputera yang menerajui pemerintahan dan pentadbiran negara perlu kekal berkuasa dengan konsep perkongsian kuasa yang akur kepada kontrak sosial.

Kenapakah parti-parti politik pembangkang pimpinan Melayu lebih megah mengukuhkan tali ikatan setiakawan dengan parti cauvinistik dan perkauman?

Perpecahan dan kelemahan Melayu mengakibatkan mereka tidak lagi disegani, digeruni dan dihormati sebagaimana 30 tahun pertama sesudah kemerdekaan. Rancangan persekongkolan politik baharu pembangkang tiada lain melainkan memenuhi hasrat mahu merampas kuasa politik yang diterajui orang Melayu dan bumiputera, khususnya UMNO. Fenomena ini sudah diulas puluhan kali oleh pakar dan pemerhati politik, agak basi atau klise bunyinya. Soalnya kenapakah sesetengah pimpinan Melayu masih memejamkan mata dan memekakkan telinga? Melayu lebih gemar berpolitik secara taksub, tidak terasa diperkudakan. Kewarasan berfikir atau kekuatan minda politik dibiarkan hanyut dalam arus hasutan dendam kesumat pembangkang atau puak-puak yang antikerajaan.

Di manakah pula jiwa dan semangat generasi muda? Orang muda perlu berfikir. Siapakah atau golongan manakah yang ribuan jumlahnya sanggup keluar di jalan raya? Atas nama apa pun, itukah cara terbaik atau itukah cara rakyat Malaysia bertindak meniru seperti yang terjadi di beberapa negara lain ? Orang Melayukah atau orang lain yang sanggup merosakkan harta benda awam dan bertindak di luar batas undang-undang? Apa sahaja kebaikan yang dilakukan kerajaan 'ditongsampahkan'. Musuh-musuh luar dan dari dalam sedang memerhatikan di lorong mana mereka boleh masuk, cucuk jarum ketidaktenteraman agar memudahkan mereka campur tangan.

Ya, generasi muda cubalah renungi dan berfikir sebentar secara rasional selaras dengan kedudukan kalian sebagai orang terpelajar. Cuba bayangkan kalau kuasa politik bertukar tangan atau ada campur tangan kuasa luar atas apa sahaja sebab yang mereka ciptakan, apa akan jadi pada rakyat dan negara tercinta ini?

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Wati kembali tagih cinta Awie

Posted: 28 Jan 2014 05:41 AM PST

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
Gambar Zakaria Idris
dan Shah Affendy Md. Sallehudin

AWIE pernah menjadi hero kepada Erra Fazira dan Ziana Zain dalam filem Sembilu dan Merah, kini kembali bersama di pentas teater.

PERCINTAAN watak utama Awie dan Wati, dalam filem Sembilu dan Sembilu 2 pada 1994 dan 1995 pernah mencetuskan fenomena tersendiri. Ternyata percintaan kedua pelakon ini dalam alam realiti telah membantu pencapaian filem terbitan Datuk Yusof Haslam itu sehingga menerima kutipan tiket melebihi RM6 juta. Ia adalah catatan terbaik untuk filem tempatan pada waktu itu.

Tidak dinafikan, Awie dan Erra sendiri merupakan pasangan artis yang pernah melalui detik-detik percintaan hebat. Malah Awie pernah melamar Erra untuk diperisterikan selepas mereka bertunang pada 1996. Pertunangan selama lebih dua tahun itu bagaimanapun terputus sekitar tahun 1998 ekoran tiada jodoh antara mereka.

Selepas 20 tahun berlalu, mereka kini sekali lagi kembali ke atas pentas yang sama. Sungguhpun membawa status berbeza, nampaknya cinta seorang penyanyi popular bernama Awie dan seorang gadis biasa bernama Wati, bakal mengembalikan nostalgia tersendiri bukan sahaja buat mereka tetapi peminat khususnya.

Mengambil keputusan untuk kembali menyatukan cinta yang pernah wujud bukan sesuatu yang mudah buat mereka. Mengakui sendiri sukar sebenarnya mahu memastikan tiada hati yang terluka, akhirnya Konsert Teaterikal Suara Kita bakal membuktikan sikap mereka sebagai artis profesional.

Tentunya, banyak cerita lama yang tersimpan antara Erra dan Awie suatu ketika dahulu. Dan hari ini, setelah kedua-duanya mempunyai perjalanan hidup sendiri, mereka memilih untuk kembali berdansa di pentas karier, melupakan sengketa, membina kerjasama dalam kerjaya.

Rozana minat Erra

Bercakap soal hati, antara mereka yang menjadi perhatian ketika keputusan untuk menghidupkan cinta kontroversi ini tentunya isteri kepada Awie sendiri iaitu Rozana Misbun, 35. Menjelaskan Awie tidak pernah membelakangkan dirinya, Rozana bagaimanapun menolak meletakkan sebarang syarat untuk Awie meneruskan Konsert Teaterikal Suara Kita.

"Suatu hari, ketika kami menonton filem Sembilu, idea ini secara tiba-tiba keluar dari mulut suami saya. Masa itu, memang saya ada bergurau, kononnya memberi amaran jangan ada yang terdetik untuk kembali menggandingkan mereka.

"Bagaimanapun itu gurauan. Saya memang tidak meletakkan sebarang syarat untuk suami saya kembali berlakon di samping Erra," katanya.

Percaya dengan sikap profesional semua pihak, menurut Rozana antara sebab dia menyokong suaminya mengadakan konsert itu adalah kerana ia menjadi sebahagian daripada sumbangan Awie kepada industri itu sendiri.

"Saya fikir semua pihak kena bersikap profesional, ini soal karier. Sebagai isteri saya akan tetap berada di belakang suami. Sewaktu berkahwin dengan Awie juga memang saya tahu dia seorang yang bagaimana. Jadi, tidak timbul soal kepercayaan antara kami berdua," katanya.

Mengakui menjadi peminat Erra, Rozana memberitahu, sebagai isteri dia percaya Awie tidak pernah meletakkan pendapatnya di belakang.

Malah dia juga berasa sangat beruntung untuk mengetahui perasaannya menjadi perkara utama buat Awie.

"Bukan minta izin, ia lebih kepada berbincang. Memang saya sendiri peminat Erra. Walaupun ini kali pertama kami berjumpa rasanya tidak akan timbul masalah. Selain saya, keluarga juga tidak ada masalah. Mungkin bagi mereka dalam soal ini, ia melibatkan kerjaya dan tak perlu dipersoalkan," katanya.

Perasaan orang

Bagi Erra pulam dia tidak menafikan lebih gusar dengan perasaan orang lain.

Katanya, keputusan menerima projek ini berkait rapat dengan keyakinan yang diberikan Awie kepada pihaknya.

Mengakui dia sebenarnya tidak mahu menimbulkan sebarang suasana tidak senang antara mana-mana pihak, Erra bagaimanapun bersyukur apabila mengetahui isteri Awie tidak mempunyai masalah dengan 'pertemuan semula' dirinya dan Awie di pentas perkasihan.

"Memang kegusaran utama saya ialah perasaan orang di sekeliling kami. Takut juga kalau ada yang akan tersentuh. Awie sudah menyakinkan saya soal itu, jadi saya sangat lega.

"Selain itu kegusaran kedua saya adalah untuk kembali menyanyi. Setelah sekian lama, saya fikir ia bukan sesuatu yang mudah untuk saya. Namun dengan latihan yang cukup saya harap ia membantu," katanya yang selama ini tidak pernah terfikir untuk kembali menghidupkan watak Wati.

Erra melihat sejarah silam antara dia dan Awie tentunya ramai beranggapan adalah suatu yang mustahil untuk mereka kembali bersama.

Bagaimanapun melihat kerjasama yang berlangsung kini dia percaya akan ada banyak lagi perkara bakal berlaku untuk masa hadapan.

"Memang saya tidak sangka kami akan kembali bekerjasama. Maklum sajalah, selepas apa yang berlaku (perpisahan) memang ada adegan 'elak mengelak'.

"Melihat apa yang berlaku sekarang saya pasti kami memang profesional dalam soal kerjaya. Ini juga merupakan perjanjian yang Awie juga akan berada dalam projek yang bakal saya kendalikan pada masa hadapan," katanya.

Jika Awie sudah meminta lampu hijau daripada isterinya, Erra juga tidak ketinggalan untuk memastikan kerjasama dengan Awie ini mendapat keizinan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

"Dia ok, tiada masalah rasanya (merujuk kepada suami)," katanya, ringkas.

Tambahnya, dengan latihan yang cukup dia pasti Konsert Teaterikal Suara Kita dapat mengembalikan Wati 20 tahun lalu.

Menyentuh mengenai watak Wati itu sendiri, kata Erra ia yakin mampu membawakannya semula kepada generasi hari ini tanpa sebarang masalah.

"Walaupun Wati lebih muda dari umur saya sekarang, rasanya tidak akan ada masalah untuk menjiwai watak tersebut memandangkan saya sudah kenal siapa Wati.

"Saya harap peminat yang hadir adalah mereka yang pernah melalui zaman tersebut serta peminat baharu yang ingin mengenali kekuatan filem ini," katanya.

Isteri minta cerai

Posted: 28 Jan 2014 05:41 AM PST

JOSH LUCAS

KHABAR perceraian golongan artis memang banyak datangnya dari Hollywood. Contohnya aktor Josh Lucas yang baharu sahaja diminta cerai daripada isterinya, Jessica Ciencin Henriquez minggu lepas.

Menurut sumber, Josh dan isterinya itu sudah berkahwin lebih kurang dua tahun dan hingga kini keduanya mengambil keputusan berdiam diri mengenai alasan perpisahan mereka.

"Josh dan Jessica bertemu pada tahun 2011 dan keduanya mendirikan rumah tangga pada bulan Mac 2012. Pada Jun 2012, keduanya dikurniakan seorang putera yang mereka beri nama Noah.

"Selama ini kehidupan rumah tangga Josh memang jarang disiarkan di media-media massa. Josh sendiri mengaku bahwa dirinya sudah merasa lengkap dengan kehadiran isteri dan anaknya itu. Tetapi mengapa mereka berpisah? Kita tunggu sahaja berita selanjutnya nanti," ujar sumber itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Gedik dalam hubungan

Posted: 28 Jan 2014 05:41 AM PST

alam perkahwinan perlukan elemen lucu, mesra dan saling bergurau antara satu sama lain agar suasana rumah tangga tidak terus hambar. - Gambar hiasan

GEDIK! Itu kata generasi muda hari ini yang menonjolkan perasaan kurang senang sesetengah individu terhadap sikap wanita yang terlalu mengada-mengada apabila berkehendakkan sesuatu atau ketika bersama teman lelaki serta teman-teman lain di khalayak ramai.

Usah terlalu klise. Biarpun sikap seperti ini kurang disenangi, namun kita boleh cari pendekatan sudut positifnya, kerana sikap gedik juga sebenarnya boleh dipraktikkan kepada hubungan suami isteri.

Apabila pasangan mahu memesrakan hubungan yang semakin hambar, 'gedik' mempunyai caranya yang tersendiri.

Menurut Pensyarah Kaunseling Universiti Utara Malaysia, Sabasiah Husin, sikap gedik selalunya dilakukan oleh wanita yang lincah, aktif, senyuman menggoda, nakal dalam manja dan banyak bercakap, namun semua elemen ini boleh disalurkan kepada hubungan suami isteri khususnya apabila pasangan berkenaan sering sibuk.

"Bagusnya bersikap begini adalah dari segi sudut psikologi hubungan pasangan itu kerana setiap alam perkahwinan perlukan elemen lucu, mesra dan saling bergurau antara satu sama lain agar suasana rumah tangga tidak terus hambar.

"Gedik yang dimaksudkan adalah sikap bermanja-manja, liuk-lintuk dengan pasangan agar saling menggoda antara satu sama lain,"jelasnya.

Apabila ditanya sekiranya dari mula hubungan dimulakan dengan cara gedik pasti tidak akan menimbulkan tanda tanya kepada pasangan, bagaimana pula sekiranya pasangan berkenaan 'baru' hendak memulakan sikap berkenaan, sudah tentu akan disalah anggap.

Dalam hal ini Sabasiah menjelaskan, pada mulanya pasangan mungkin terasa agak canggung kerana perlakuan ini di luar daripada kebiasaan, namun apabila kedua-dua pasangan selalu melakukan, pasti mereka sudah mula boleh menerima keadaan ini.

"Di sini pentingnya sikap extrovert, iaitu individu yang akan memulakan dahulu setiap langkah seperti menghulurkan teguran, yang mula-mula memberikan senyuman, memulakan godaan dan sebagainya kepada individu yang introvert.

"Individu yang bersikap introvert adalah mereka yang selalu menunggu sahaja dalam tingkah laku mereka dan hanya akan respons setelah ada orang yang memulakannya terlebih dahulu.

"Jika anda mendapat pasangan introvert, andalah yang perlu menjadi extrovert dengan memulakan setiap langkah awal agar pasangan anda respons kepada anda dan lama-lama tingkah laku saling bermesra akan mula timbul dalam rumah tangga kerana sudah menjadi kebiasaan,"jelasnya.

Jelas Sabasiah, saat yang paling penting untuk pasangan saling menggoda adalah ketika pasangan berkenaan berdua-duaan sahaja kerana mungkin pasangan introvert tidak berapa selesa dengan sikap bermanja-manja di depan anak-anak.

Sabasiah menjelaskan, pentingnya individu extrovert, dia yang akan menjadikan rumah tangganya bahagia dengan elemen-elemen penambahbaikan sambil dibantu oleh pasangannya yang introvert.

Namun Sabasiah menjelaskan, sikap gedik untuk pasangan berlawanan dengan sikap mengada-ngada. Menurutnya, sikap mengada-mengada selalunya hanya hendak menunjuk-nunjukkan 'kebahagiaan' dirinya dan pasangan kepada orang lain.

"Dalam hubungan suami isteri semua sikap mesra suami isteri seelok-eloknya adalah menjadi rahsia kepada rumah tangga berkenaan tidak perlulah orang lain tahu.

"Sebagai contoh kalau suami beri hadiah beg berharga RM10,000 misalnya, janganlah merengek hendakkan yang RM50,000 pula. Itu bukan gedik, tetapi mengada-ngada.

"Lagi satu, gedik yang sihat bersertakan niat bagi mengekalkan hubungan suami isteri, tetapi sewajarnya setiap perlakuan patut dilakukan berpada-pada takut nanti tidak terbawa dek usia, nanti lain pula ceritanya,"katanya.

Dana untuk WAO

Posted: 28 Jan 2014 05:41 AM PST

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

(Dari kiri) Robin Loh, Norine Erica Majaman, Ivy Josiah dan Francis Ng pada majlis penyerahan cek kempen amal Give Hope, Receive Good Health, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Statistik Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan telah meningkat daripada 3,173 kes pada 2011, 3277 kes pada 2012 dan 3,488 kes pada 2013.

Justeru, menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan angka tersebut tidak terus bertambah dengan meningkatkan kesedaran mengenai isu berkenaan dalam kalangan masyarakat.

Menyahut seruan itu, rangkaian penjagaan diri antibakteria, Antabax dengan kerjasama pasar raya besar, Giant, berjaya mengutip dana RM53,672.26 bagi disumbangkan kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menerusi kempen Give Hope, Receive Good Health.

Kempen yang berjalan dari 1 Oktober hingga 30 November tahun lalu itu menyaksikan 10 peratus hasil jualan rangkaian penjagaan diri Antabax di 128 cawangan Giant di seluruh negara disalurkan kepada WAO bagi menyokong Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kanak-kanak kendalian pertubuhan itu.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Produk Rumah dan Penjagaan Diri, Lam Soon Edible Oil, Francis Ng, berkata, dana yang dikutip untuk WAO merupakan yang terbanyak setakat ini menerusi inisiatif tersebut.

"Setiap tahun kami mengenal pasti organisasi dan usaha yang memerlukan bantuan dana. Berdasarkan sambutan yang diberikan terhadap inisiatif kali ini, jelas bahawa membendung keganasan rumah tangga merupakan isu yang dipandang serius dan perlu mendapat sokongan mereka.

"Kami gembira kerana dana ini akan digunakan untuk sesuatu yang amat diperlukan seperti menyokong Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kanak-kanak WAO," kata Francis pada majlis penyerahan cek sumbangan di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

WAO diwakili Pengarah Eksekutifnya Ivy Josiah. Hadir sama Pengurus Besar Pemasaran, GCH Retail (M) Sdn. Bhd., Norine Erica Majaman dan Pengarah Jualan Lam Soon, Robin Loh.

Jelas Francis, Lam Soon juga telah mengambil langkah untuk mendidik tenaga kerjanya tentang cara mengenal pasti tanda-tanda keganasan rumah tangga dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi membantu mangsa.

"Dalam tempoh kerjasama rapat kami dengan WAO, kami mendapati keganasan rumah tangga merupakan masalah serius yang jarang diambil peduli oleh mereka di sekeliling mangsa," katanya.

Sementara itu Norine berkata, para pelanggan Giant telah menyahut seruan ke arah membantu wanita dan kanak-kanak yang dibelenggu keganasan rumah tangga.

Kemurahan hati mereka menyumbang kepada WAO merupakan mesej jelas mengenai sokongan mereka kepada mangsa yang dibelenggu masalah ini.

"Walaupun banyak lagi yang perlu dilakukan dalam perjuangan hak wanita, respons yang diberikan terhadap kempen amal Antabax-Giant itu menunjukkan rakyat Malaysia sedar akan isu tersebut dan bersedia menyokong organisasi yang menyediakan bantuan yang diperlukan" katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


7 terima pampasan Perkeso

Posted: 27 Jan 2014 10:56 AM PST

Oleh Zulhisham Isahak
utusanjohor@utusan.cm.my

Nur Muhammad Bakhtir Mohd. Akhir (empat dari kiri) beramah mesra dengan penerima pampasan Perkeso di Muar, Johor, semalam.

MUAR 27 Jan. - Tujuh penerima dan waris daripada ahli keluarga mereka yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) seakan mendapat durian runtuh apabila menerima pampasan RM57,511 sempena Tahun Baharu Cina.

Tiga daripada tujuh penerima adalah berketurunan Cina dan penyerahan bayaran itu disempurnakan oleh Pengurus Perkeso Muar, Nur Muhammad Bakhtir Mohd. Akhir dalam satu majlis ringkas di Pejabat Perkeso, di sini hari ini.

Nur Muhammad Bakhtir memberitahu, bayaran berkenaan melibatkan faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) dan Hilang Upaya Kekal (HUK) dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM).

"Hampir semua pampasan dibayar kepada penerima hari ini kecuali Lem Lee Yuen yang dibayar FPM sebanyak RM1,500 terlebih dahulu sebelum menerima pencen penakat kerana kematian suaminya baru berlaku pada 12 Januari lalu. Bayaran Pencen Penakat akan bermula 1 Februari ini," katanya.

Sementara itu, So Chern Chiang, 36, yang menerima pampasan tertinggi sebanyak RM14,135 berkata, wang tersebut tidak dapat menggantikan kecacatan kekal yang dialaminya selepas terlibat kemalangan 24 September lalu akibat melanggar seekor anjing semasa dalam perjalanan pulang makan tengah hari ke rumah.

Bapa kepada tiga anak berasal dari Bukit Bakri itu berkata, akibat daripada kemalangan itu tangannya cedera dan tidak lagi boleh melakukan kerja berat.

"Wang ini seperti mendapat ang pau untuk Tahun Baharu Cina dan saya akan gunakannya membeli kelengkapan hari raya selain menyimpannya untuk keperluan masa hadapan," ujarnya.

J. Ramesh, 44, dari Umbai, Jasin, Melaka, yang dibayar RM1,469 untuk HUS setelah lengan kirinya kudung berkata, dia masih dalam proses untuk memohon pampasan untuk HUK dan kini tidak bekerja kerana masih dalam cuti sakit.

Dia yang mempunyai lima anak berumur antara lima hingga 17 tahun tidak mempunyai rancangan selepas ini namun berhasrat kembali ke tempat kerja lamanya kerana selepas putus lengan majikannya ada menawarkannya untuk kerja semula.

"Selepas berlaku kejadian lengan saya tersepit dalam mesin yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi 24 Julai lalu, majikan kata mahu saya supaya bekerja tetapi tidak tahulah sekarang ini majikan akan menerima atau tidak.

"Kecederaan ini dialami semasa bekerja di kilang konkrit Bukit Pasir, di mana tangan saya termasuk ke dalam mesin sehingga kulit koyak manakala tangan, tulang lengan dan anggotanya hancur serta retak," katanya.

Kecederaan yang dialami dari bahu hingga tangan amat serius dan selepas pembedahan dilakukan, pihak hospital mengesahkan lengannya tidak boleh disambung semula dan risikonya amat tinggi kerana boleh dijangkiti kuman atau bakteria.

Mohd. Johan Salim, 40, yang menerima pampasan HUK akibat kemalangan jalan raya pada 25 Februari lalu, bersyukur menerima bayaran sebanyak RM16,547 dan akan menyimpan untuk kegunaan anak-anaknya yang berusia antara enam hingga 13 tahun.

Dia yang merupakan kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Cawangan Muar masih lagi bekerja kerana isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa dan pampasan itu sedikit sebanyak meringankan bebannya.

Pastikan kiub ais bersih - Exco

Posted: 27 Jan 2014 10:56 AM PST

SEGAMAT 27 Jan. - Syarikat pengeluar kiub ais di negeri ini dinasihatkan supaya menitikberatkan aspek kebersihan dan tidak hanya mengutamakan keuntungan semata-mata.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pada musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, terdapat permintaan tinggi terhadap kiub ais terutama peniaga kedai makan, restoran dan medan selera.

"Pengeluar ais ini perlulah peka dan mematuhi peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan kerana kita tidak mahu air digunakan untuk dijadikan kiub ais itu dicemari oleh bakteria dan penyakit.

"Paling membimbangkan jika sumber air dan kawasan membuat kiub ais tersebut terdedah dengan penyakit leptospirosis atau kencing tikus dan ini seterusnya akan membahayakan pengguna, tambahan pula jika air itu tidak dimasak terlebih dahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Ayub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah ditemui selepas melakukan tinjauan dan pemantauan Ops Harga 2.0 bersama pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Segamat di sekitar Segamat Baru yang turut disertai Ketua Cawangan PPDNKK Segamat, Abdul Aziz Siamin dan Ketua Kampung Jawa, Hassan Sitam.

Menurutnya, jika air yang digunakan membuat kiub ais tanpa dimasak, risiko untuk mendapat penyakit berjangkit seperti taun adalah tinggi.

Dalam perkembangan lain, Ayub memberitahu, rakyat negeri ini masih lagi terdedah dengan peningkatan demam denggi dan sehingga kelmarin, sebanyak 417 kes dicatatkan.

Beliau turut menasihatkan peniaga supaya tidak menjual barangan yang tamat tempoh terutama makanan dalam tin.

"Kebanyakan kes seperti ini melibatkan barangan dalam tin, bukannya barangan basah," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bangunan MDJL disimbah cat

Posted: 27 Jan 2014 10:56 AM PST

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

JEMPOL 27 Jan. - Logo Majlis Daerah Jempol (MDJL) di hadapan pejabat penguat kuasa di Bahau dekat sini, menjadi sasaran perbuatan khianat apabila disimbah cat merah awal pagi semalam.

Perbuatan itu disedari oleh orang awam pukul 9.30 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak MDJL.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Tukiman Seriman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

"Seorang kakitangan MDJL membuat laporan mengenai kejadian tersebut dekat Balai Polis Bahau dan pihak kami telah menjalankan siasatan di lokasi berkenaan.

"Bagaimanapun tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian. Lokasi ini agak sunyi dan kita percaya suspek menyimbah cat awal pagi," katanya di sini hari ini.

Beliau berharap orang awam tidak membuat spekulasi berhubung kejadian tersebut atau mengaitkannya dengan mana-mana operasi yang dijalankan oleh penguat kuasa tersebut.

"Kita akan jalankan siasatan daripada pelbagai sudut dan amat memerlukan kerjasama saksi. Orang awam yang melihat kejadian tersebut diharap dapat tampil untuk membantu siasatan.

"Mereka boleh menghubungi pengawai penyiasat, Inspektor Jamilah Mohamad di talian 06-4582222. Kes ini disiasat di bawah seksyen 427 kanun keseksaan kerana khianat," ujarnya.

Dalam kes berasingan, Tukiman memberitahu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 30-an di Pasoh, dekat sini yang dipercayai cuba mencuri lembu kira-kira pukul 1 pagi, Rabu lalu.

"Suspek ditahan di rumahnya ekoran maklumat daripada pengadu yang melihat suspek membawa batang paip plastik dipercayai untuk menyuntik lembu pada 21 Januari, pukul 5 petang dekat sebuah kebun di Pasoh.

"Mangsa segera memeriksa ternakannya dan menemukan seekor lembunya dalam keadaan separuh sedar, disyaki disuntik ubat pelali. Suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Bahau hari ini," katanya.

Taman teknologi hijau ganti tapak pelupusan sisa pepejal Krubong

Posted: 27 Jan 2014 10:56 AM PST

Idris Haron (depan) meninjau tapak pelupusan sisa pepejal di Krubong, Melaka, semalam.

MELAKA 27 Jan. - Tapak pelupusan sisa pepejal seluas 25.49 hektar di Krubong bakal dijadikan taman teknologi hijau bagi memelihara ekosistem serta kelangsungan habitat di kawasan itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, projek yang menelan belanja lebih RM10 juta itu dijangka dibina secara berperingkat antara satu hingga tiga tahun.

"Pembinaan projek ini akan dimulakan setelah projek tapak pelupusan Sungai Udang siap dan segala aktiviti pembuangan sampah di tapak pelupusan Krubong ini akan dihentikan.

"Taman ini akan menjadi kawasan rekreasi bagi kemudahan penduduk di sekitar kawasan ini dan saya yakin projek ini akan mendapat sokongan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Pembangunan taman tersebut adalah subjek kepada penutupan tapak pelupusan ini dan kita tidak mahu ketika taman ini dibangunkan nanti, sampah masih lagi dibuang di sini," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke tapak pelupusan sisa pepejal di Krubong dan Sungai Udang, di sini hari ini.

Turut hadir, Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) negeri, Datuk Ab. Rahim Md. Noor; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman.

Tapak pelupusan sisa pepejal di Sungai Udang yang sedang dibina, kini siap 58 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada September depan.

Tapak pelupusan seluas 12.14 hektar yang dibina dengan kos RM49.9 juta itu akan dilengkapi dengan kemudahan pelupusan sisa pepejal secara sanitari itu dijangka mampu menampung sisa buangan sehingga 900 tan sehari.

Wujud kawasan kediaman berkonsep teknologi hijau

Posted: 27 Jan 2014 10:56 AM PST

MELAKA 27 Jan. - Sebuah kawasan kediaman berkonsepkan teknologi hijau akan dibangunkan di Bandar Hijau Hang Tuah Jaya dekat sini dalam merealisasikan Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, pembangunan kawasan tersebut meliputi kediaman, rumah kedai, pusat perniagaan dan pelbagai infastruktur lain bagi melonjakkan lagi nilai kawasan berkenaan.

"Saya yakin ramai pelabur dalam bidang hartanah berminat untuk melabur memandangkan kawasan ini berdekatan dengan pusat pentadbiran kerajaan, pusat perniagaan, institusi pengajian tinggi (IPT) dan paling hampir pintu masuk ke Melaka (tol Ayer Keroh),

"Ini secara tidak langsung akan mewujudkan koridor ekonomi yang dapat menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di kawasan ini dan seterusnya membantu mempercepatkan lagi pembangunan bandar hijau yang disasarkan," katanya semasa mengadakan lawatan kerja pembangunan projek hijau negeri di tapak Bandar Hijau Hang Tuah Jaya, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Md. Rawi Mahmud dan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri, V. Mohanadas.

Jelas Md. Yunos, kerajaan negeri turut akan memberi perhatian kepada beberapa perkara yang perlu diambil tindakan segera bagi meyakinkan pelabur untuk melabur di kawasan berkenaan.

"Ini termasuklah usaha menyiapkan lebih awal pusat pendingin hawa berpusat, tapak loji kumbahan berpusat serta beberapa kemudahan lain agar pemaju dan pelabur boleh mendapat perkhidmatan dengan keperluan teknologi hijau seperti yang diperlukan," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved