Jumaat, 25 November 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Fakri janji robek gawang Bahrain

Posted:

Fakri janji robek gawang Bahrain

Fakri janji robek gawang Bahrain

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


Ahmad Fakri Saarani menjalani latihan bersama skuad Harimau Muda di padang MSN, Bukit Jalil, semalam. Beliau memikul tanggungjawab besar menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.


KUALA LUMPUR - Kritikan 'pedas' peminat dalam laman sosial Facebook sedikit pun tidak menjejaskan azam penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saarani untuk merobek gawang Bahrain pada aksi Kelayakan Olimpik 2012 zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok .

Malah, Fakri menegaskan, semangat dan keyakinannya berada pada tahap terbaik meskipun dihujani pelbagai tohmahan terutama selepas aksi menentang Syria, Rabu lalu.

Tambah Ahmad Fakri, perlawanan menentang Bahrain lebih penting buat dirinya dan negara berbanding melayan semua kritikan tersebut.

"Saya memang tak kisah apa yang mereka mahu kata, mulut orang lambat laun akan penat dan berhenti tapi kalau tak mahu berhenti juga saya akan ambil semua itu sebagai sesuatu yang positif buat saya.

"Apa yang mereka katakan pada saya itu tidak langsung menjejaskan diri saya malah semangat saya berada pada tahap yang terbaik kini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia sebelum menjalani latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, semalam.

Meskipun skuad Harimau Muda memperoleh kemenangan menjinakkan Indonesia melalui penentuan sepakan penalti, namun Ahmad Fakri tetap dikritik oleh peminat selepas mempamerkan persembahan kurang memberansangkan apabila kerap terlepas peluang menjaringkan gol.

Malah, pada perlawanan menentang Syria, Rabu lalu, pemain berusia 22 tahun itu juga seakan sukar menemui sentuhan terbaiknya.

Bagi mengubati kekecewaan peminat, Ahmad Fakri berjanji untuk memberikan 100 peratus komitmennya pada perlawanan menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Pemain itu juga tidak mahu episod duka buat dirinya ketika menentang Indonesia Isnin lalu berulang kembali.

"Memang setiap perlawanan saya akan memberikan sepenuhnya apa yang ada dan kawan-kawan yang lain juga mampu berikan persembahan terbaik nanti.

"Sasaran utama saya pada perlawanan Ahad ini adalah untuk mendapatkan gol dan itu semua bergantung kepada rezeki dan usaha saya," kata Ahmad Fakri.

Full content generated by Get Full RSS.

Muslim pula cedera

Posted:

Muslim pula cedera

Muslim pula cedera


Mohd. Muslim Ahmad menerima rawatan daripada jurulatih kecergasan, Rastislav Bozik pada sesi latihan skuad Harimau Muda di padang MSN, Bukit Jalil, semalam. Beliau belum tentu diturunkan menentang Bahrain pada kelayakan Olimpik 2012, esok.


KUALA LUMPUR - Ketika semakin ramai pemain utama skuad Olimpik pulih daripada masalah kepenatan dan kecederaan, menjelang pertemuan ketiga kelayakan Olimpik London 2012 Kumpulan C menentang Bahrain pada esok, tonggak pertahanan, Mohd. Muslim Ahmad memberikan perkhabaran kurang menggembirakan.

Tanpa disangka, pemain yang memikul antara watak penting membantu Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta itu menjadi antara nama terbaru yang diletakkan dalam senarai kecederaan.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh pengendali pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee yang berkata, Muslim mendapat kecederaan urat pelipat lutut atau hamstring semasa perlawanan dengan Syria pada Rabu lalu.

''Muslim masih belum pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan (urat pelipat lutut) yang dialami pada perlawanan terakhir (Syria).

''Kita tengok akan memantau tahap perkembangannya sebelum hari perlawanan, namun saya harap ia tidak terlalu serius.

''Jika dia (Muslim) tidak dapat diturunkan, kita masih mempunyai Amer Saidin yang bermain dengan baik semasa menentang Syria baru-baru ini," kata Kim Swee yang ditemui pada sesi latihan skuad Olimpik di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Muslim yang ditemui pula mengakui dia cukup terkilan jika tidak dapat bermain, namun dia percaya kepada sesiapa yang menggantikan tempatnya mampu menggalas peranan untuk menghadapi serangan Bahrain.

''Saya akan mendapatkan pandangan fisioterapi dan doktor dalam masa beberapa hari ini yang masih memantau kecederaan hamstring saya.

''Kalau boleh saya memang hendak bermain namun kalau cedera, apa boleh buat, saya cuma harapkan rakan-rakan tidak kira siapa yang akan diturunkan mampu bermain cemerlang dalam perlawanan itu nanti dan meraih kemenangan tambahan kita beraksi di tempat sendiri," katanya.

Dua lagi pemain yang sudah pasti digugurkan ialah Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria ekoran kecederaan yang sama seperti Muslim manakala Izzaq Faris Ramlan disahkan berdepan kecederaan 'anterior cruciate ligament' (ACL) dan perlu berehat sekurang-kurangnya enam bulan di samping akan menjalani pembedahan pada Selasa ini.

Sementara itu, Kim Swee mengakui seri atau satu lagi kekalahan bukan lagi satu keputusan yang boleh diterima pada perlawanan esok.

''Ini perlawanan hidup mati kita, tga mata sahaja sasaran saya, jika kita kalah, peluang kita boleh dikatakan sudah terpadam bagi mendapat meraih kedudukan sekurang-kurangnya di tempat kedua kumpulan.

''Walaupun Bahrain juga telah tewas dua kali seperti kita, mereka adalah lawan yang bagus dan perlawanan ini nanti pasti sukar.

''Strategi menyerang antara pilihan utama saya pada perlawanan itu nanti tetapi saya akan pastikan kita tidak terlalu ghairah mendapatkan gol sehingga membuka ruang kepada lawan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Anwar dibidas khianati negara

Posted:

Anwar dibidas khianati negara

Anwar dibidas khianati negara

PONTIAN 25 Nov. - Perbuatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk-burukkan negara dalam siri ceramahnya di Indonesia baru-baru ini disifatkan sebagai mengkhianati negara dan langsung tidak patriotik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, kelakuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jelas menjatuhkan imej negara tanpa memikirkan kesannya termasuk perasaan rakyat Malaysia.

"Jarang kita dengar ada pemimpin pembangkang di negara lain yang sanggup memburuk-burukkan negara sendiri walaupun mereka pembangkang," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Anugerah Usahawan Cemerlang (ANC) Parlimen Pontian 2011 di Kompleks Usahawan Pontian, Kampung Kayu Ara Pasong, hari ini.

Ahmad mengulas ucapan Anwar yang memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong pihak kerajaan.

Anwar turut mendakwa hakim-hakim yang menjalankan tugas tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, rakyat Indonesia sendiri tidak perlu mudah terpedaya dengan tipu daya Anwar yang menceritakan keburukan Malaysia di negara itu.

"Anwar adalah 'bapa pembohongan' di negaranya sendiri. Beliau pernah menipu rakyat Malaysia untuk menubuhkan kerajaan pada tarikh 16 September, jadi tidak mustahil dia menipu rakyat Indonesia untuk kepentingannya," katanya.

Mohd. Zahid berkata, tingkah laku Anwar yang mencari publisiti murahan dengan memburukkan Malaysia di luar negara itu menunjukkan bahawa Ketua Pembangkang itu sudah benar-benar terdesak untuk menyelamatkan diri kerana beliau sudah menyedari bahawa perbicaraan kes liwat keduanya sudah sampai di penghujung jalan.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, Anwar disifatkan seperti gunting dalam lipatan dan duri dalam daging apabila bertindak memburuk-burukkan Malaysia ketika berada di Indonesia.

Nordin yang juga Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia berkata, Anwar tidak layak menjadi pemimpin mahupun rakyat Malaysia apabila bertindak sedemikian.

"Rakyat Malaysia sendiri perlu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Anwar itu. Kita rasa terhina apabila dia berbuat demikian," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pembangkang hina MB Perak

Posted:

Pembangkang hina MB Perak

Pembangkang hina MB Perak

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my



IPOH 25 Nov. - Gelaran 'Zambry Hitam Metalik' menggamatkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini apabila Datuk Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) mendakwa Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) mencaci peribadi Menteri Besar, Zambry Abd. Kadir dalam ceramah-ceramah beliau.

Insiden itu berlaku apabila Khusairi yang mencelah semasa Zambry menggulung perbahasan, mendakwa beliau mengikut ceramah ADUN Sitiawan itu dan mendapati Koo Ham menghina peribadi pemimpin-pemimpin BN termasuk Zambry.

Beliau turut mendakwa mempunyai bukti rakaman video untuk menyokong tuduhan itu dan akan menyerahkannya di luar DUN.

Ekoran itu, Koo Ham bangkit mencabar Khusairi supaya menyatakan ceramah yang mana satu atau menarik balik kenyataan tersebut.

"Ini merupakan tuduhan melulu dan satu fitnah. Pangkor (Zambry) pun tahu saya tidak pernah mencaci peribadi seseorang," tegasnya.

Speaker DUN, Datuk R. Ganesan kemudian meminta Khusairi menarik balik tuduhan terhadap ADUN Sitiawan itu selepas beliau gagal memberikan jawapan kepada Koo Ham.

Zambry turut meminta Khusairi menarik balik kenyataan itu kerana katanya, Koo Ham tidak pernah mencaci secara peribadi tetapi cuma dari segi dasar.

"Saya tidak ambil berat sangat cacian terhadap saya termasuk warna kulit. Bayangkan kalau saya sebagai Menteri Besar memanggil ADUN Pantai Remis dengan warna kulit serta bentuk matanya, sudah tentu akan dicanang satu Malaysia yang saya rasis.

"Tidak baik mempersoalkan warna kulit seseorang kerana ia dijadikan oleh Tuhan. Apakah kita sanggup menghina Aulong dengan gelaran capik? Kita hormat dia," katanya.

Selepas namanya disebut, Yew Tian Hoe (DAP-Aulong) bangkit mencelah memberitahu, terdapat dua jenis orang kurang upaya (OKU) iaitu yang baik dan tidak baik sehingga membuatkan semua ahli dewan ketawa.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


6 ditahan, makmal dadah dibongkar

Posted:

6 ditahan, makmal dadah dibongkar

6 ditahan, makmal dadah dibongkar

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Polis menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah di sekitar Lembah Klang dengan tertangkapnya enam orang termasuk pasangan suami isteri dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Ampang, pada Sabtu dan Ahad lalu.

Dalam serbuan itu, polis turut membongkar sebuah makmal mini yang dijalankan pasangan suami isteri terbabit di sebuah rumah teres dua tingkat, Taman Melor, Ampang, dekat sini.

Suspek lelaki berusia 45 tahun tersebut didapati memiliki dua rekod lampau berkaitan kes penipuan manakala isterinya berusia 44 tahun tiada rekod.

Dalam serbuan di rumah berkenaan, pihak polis turut merampas pil-pil Eramin 5, ganja, ekstasi dan peralatan memproses dadah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejayaan itu bermula dengan penahanan dua lelaki dan seorang wanita di sebuah rumah di Taman Ampang Hilir pada Sabtu lalu.

Katanya, kesemuanya berusia 24 hingga 28 tahun diberkas pukul 12 tengah hari kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah dan samun.

"Polis turut merampas lapan walkie-talkie, komputer riba, dua pucuk pistol tiruan, pistol renjatan elektrik daripada mereka.

"Susulan tangkapan tersebut, polis menahan seorang lagi pengedar berusia 26 tahun dan merampas kira-kira 80 gram pil Eramin 5. Suspek bekerja sebagai penjual cakera padat.

"Bertindak atas maklumat, polis menyerbu makmal mini itu pada keesokannya. Polis siasat sama ada semua suspek memperoleh dadah daripada pasangan suami isteri itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dekat sini hari ini.

Kata Amiruddin, dalam kesemua serbuan itu, dua buah kereta dan wang tunai bernilai RM70,000 dirampas nilai keseluruhan berjumlah RM564,452.

Katanya, kesemua tangkapan tersebut disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 direman dari 20 November hingga 27 November ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Kumpulan samun treler ditumpaskan

Posted:

Kumpulan samun treler ditumpaskan

Kumpulan samun treler ditumpaskan

JOHOR BAHRU 25 Nov. - Kurang 24 jam melarikan dua buah treler berisi muatan biji plastik bernilai RM167,400, polis berjaya menahan lapan suspek terlibat termasuk dua wanita di Kulaijaya di sini, pada 11 November lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff, kesemua suspek yang berusia 27 hingga 56 tahun itu ditahan di kawasan perindustrian Senai di sini, hasil maklumat seorang mangsa samun.

Menurutnya, mangsa yang merupakan warga Indonesia itu disamun dan diikat tiga lelaki di sebuah bengkel di Jalan Gunung Pulai, Kulaijaya, sebelum suspek melarikan dua treler berisi biji plastik.

"Polis yang menerima laporan menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejaki kumpulan berkenaan dan dalam tempoh 24 jam berjaya ditumpaskan.

"Hasilnya, polis menemui satu kepala lori, dua treler dan 77 guni berisi biji plastik yang digunakan dalam pembuatan barangan plastik, serta wang tunai RM6,800," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kesemua suspek yang direman sehingga 30 November ini tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, polis memburu tiga lagi ahli kumpulan tersebut yang masih bebas bagi siasatan kes mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Katanya lagi, mereka yang dicari ialah A. Devendran atau Jagen, 27, beralamat di 55, Jalan Nilam 10, Taman Datuk Yahya Saban, Ulu Tiram; Teo Lee Bak yang juga dikenali sebagai Uncle atau Allen, 51, beralamat di 81, Jalan Riang 4, Taman Gembira, di sini dan Pang Young Woei yang juga dikenali sebagai John atau Awei, 33, beralamat di 10-M Kampung Paya Pulai, Segamat.

Dalam perkembangan lain, katanya, polis menahan empat lelaki rakyat Myanmar yang disyaki terlibat dalam satu kes pembunuhan membabitkan lelaki senegaranya di Taman Senai Baru, Senai di sini 22 November lalu.

"Semua mereka ditahan kerana dipercayai terbabit dalam pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki Myanmar dan Nepal. Mangsa cedera parah dan meninggal dunia di hospital.

"Keempat-empat lelaki yang berusia 21 hingga 30 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian pukul 11.45 malam itu direman sehingga 30 November ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Mugabe gelar PM Britain 'syaitan'

Posted:

Mugabe gelar PM Britain 'syaitan'

Mugabe gelar PM Britain 'syaitan'

HARARE 25 Nov. - Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menggelar Perdana Menteri Britain, David Cameron sebagai 'syaitan' selepas bantuan dari Britain mungkin disekat ekoran negara Afrika itu tidak menghormati hak golongan gay.

Mugabe dalam ucapannya berkata, tindakan Cameron sangat teruk dan tidak ubah seperti syaitan kerana mahu negara lain menerima golongan gay jika ingin mendapatkan bantuan dari Britain.

"Ia merupakan tawaran yang bodoh dengan syarat-syarat yang tidak masuk akal," katanya ketika berucap di sebuah pekan perlombongan di Shurugwi, 300 kilometer di selatan Harare, kelmarin.

Pada sidang kemuncak Komanwel pada Oktober lalu, Cameron berkata, negara-negara yang menerima bantuan dari Britain perlu menghormati hak asasi manusia termasuk golongan gay.

Isu tersebut timbul ketika Zimbabwe merangka Perlembagaan baru, yang menimbulkan perdebatan, sama ada mengikut model negara jirannya Afrika Selatan dan termasuk hak golongan gay.

Mugabe menentang kegiatan homoseksual sejak berpuluh-puluh tahun lalu dan dalam ucapan terbarunya, beliau turut memberi amaran untuk menghukum golongan gay di Zimbabwe.

"Jangan terjerumus dengan golongan tersebut (homoseksual). Anda semua merupakan golongan muda dan jika didapati terlibat, kami akan menghukum kamu.

"Ia merupakan perbuatan terkutuk. Malah ia lebih teruk daripada khinzir dan anjing," katanya. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Masyarakat Indonesia jangan cepat melenting

Posted:

Masyarakat Indonesia jangan cepat melenting

Masyarakat Indonesia jangan cepat melenting

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA 25 Nov. - Masyarakat Indonesia tidak seharusnya berasa gusar dan bimbang seandainya budaya kesenian negara itu berkembang ke luar negara termasuk di Malaysia.

Menurut Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Marzuki Alie, dalam konteks globalisasi hari ini, tiada mana-mana individu yang dapat menyekat perkembangan budaya.

Lebih penting lagi, kata beliau, jangan sesekali ada pihak dengan mudah melenting dan mencari salah pihak lain sebelum terlebih dahulu mengkaji sejarah bagaimana budaya itu berkembang.

"Pertukaran budaya adalah hal biasa di seluruh dunia. Budaya barat juga memasuki negara Indonesia.

"Sementara di Malaysia pula terdapat ramai masyarakat Indonesia di sana. Sudah tentu bila berlaku migrasi penduduk, budaya juga tentunya ikut berkembang," katanya kepada wartawan selepas menerima rombongan Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dari Parlimen Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Marzuki berkata demikian sebagai menjelaskan sikap segelintir pihak di Indonesia yang sering menuding jari ke arah Malaysia sehingga dilabel sebagai Maling (pencuri) khazanah negara itu.

Pada pertemuan dengan rombongan BNBBC yang diketuai Timbalan Pengerusi majlis itu, Datuk Bung Moktar Radin, beliau turut menjelaskan pelbagai isu yang selama ini mencetuskan salah faham kepada rakyat Malaysia.

Ini termasuk penganjuran demonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang hampir setiap tahun diadakan khususnya bila tercetus isu antara dua negara jiran itu.

Menurut beliau, budaya demonstrasi yang sering dianjurkan sebagai menyatakan rasa tidak senang dengan Malaysia bukanlah pendirian rasmi kerajaan Indonesia.

Sebaliknya, penganjuran demonstrasi itu hanya mewakili segelintir rakyat Indonesia yang kurang jelas hubungan akrab antara dua negara itu.

Pemerintah Indonesia katanya, sering tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pertubuhan bukan kerajaan di negara ini yang menganjurkan demonstrasi secara berlebih-lebihan seperti membaling najis ke bangunan Kedutaan Besar Malaysia di sini pada tahun lalu.

Menurut Marzuki, Indonesia sedang menyuburkan amalan demokrasi dan sekali gus membenarkan amalan kebebasan bersuara.

"Sebagai negara demokrasi kita tidak boleh menghalang sesiapa untuk berdemonstrasi. Bahkan Presiden (Indonesia) juga sering berdepan dengan demonstrasi.

"Namun, jangan sesekali terpengaruh dengan 'suara-suara kecil' yang mengadakan demonstrasi kerana ia bukan mewakili pemerintah," kata Marzuki.

Bung Moktar pula merumuskan pertemuan dengan Ketua DPR itu memberi manfaat yang cukup besar pada rombongan BNBBC.

Menurut Bung Moktar, Marzuki banyak menjelaskan kepada anggota rombongan mengenai dasar dan pendirian kerajaan Indonesia berhubung isu-isu yang sering mencabar hubungan baik dua negara.

"Justeru, saya dan anggota rombongan menyampaikan mesej untuk merapatkan lagi hubungan ahli Parlimen dari kedua-dua negara menerusi penganjuran pelbagai aktiviti pada masa depan," kata Bung Moktar. - Utusan

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


ASP dipenjara, denda RM105,000

Posted:

ASP dipenjara, denda RM105,000

ASP dipenjara, denda RM105,000

KUALA LUMPUR 25 Nov. - ''Ini pengadilan di dunia, saya membuat keputusan berdasarkan keterangan saksi dan bukti-bukti, jika keputusan saya ini betul terimalah ia sebagai kafarah (pelebur dosa) kepada kamu di akhirat nanti.''

Demikian kata-kata seorang hakim Mahkamah Sesyen di sini hari ini sebelum menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM105,000 ke atas seorang pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) yang didapati bersalah atas dua tuduhan rasuah melibatkan RM21,000, tiga tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh memutuskan demikian terhadap Abd. Jalil Johari yang bertugas sebagai pegawai pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada waktu kejadian, selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau juga menyatakan bahawa keterangan pembelaan tertuduh tiada merit dan tidak berasas.

Bagi tuduhan pertama, Abd. Jalil didakwa bersetuju menerima suapan RM6,000 daripada Rio Kamal sebagai dorongan untuk membantu menarik balik ketiga-tiga tuduhan melibatkan kesalahan dadah yang dihadapi oleh anak ahli perniagaan tersebut, Rio Elani.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 11.30 malam, 1 April 2008 di Tingkat 1, Gallery Lounge Hotel Dynasty, Jalan Ipoh, di sini.

Dia juga menghadapi tuduhan kedua iaitu cuba memperoleh wang suapan RM15,000 daripada Rio Kamal bagi tujuan sama pada pukul 9.30 malam, 21 Mac 2008 melalui perbualan telefon antara talian nombor 012-3770890 ke talian nombor 012-6832233.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Penyewa PAKR liat bayar sewa

Posted:

Penyewa PAKR liat bayar sewa

Penyewa PAKR liat bayar sewa

Oleh ZAMZURINA AHMADzamzurina.ahmad@utusan.com.my


Adnan Yaakob bertanya sesuatu kepada salah seorang penerima geran rumah pada Majlis Pelancaran e-Perumahan, e-Pelaburan dan Penyerahan Hak Milik PAKR Tanah Putih Baru 1 dan 2 serta PAKR Kempadang Soi di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 25 Nov. - Sikap segelintir penyewa Projek Perumahan Kos Rendah (PAKR) di negeri ini yang liat menjelaskan bayaran bulanan menyebabkan berlaku tunggakan sebanyak RM10.42 juta sehingga Oktober tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, jumlah tunggakan yang membabitkan 4,239 penyewa rumah murah itu jauh lebih tinggi berbanding kutipan sewa iaitu hanya RM7.26 juta.

"Kerajaan negeri sentiasa bertimbang rasa dan bertolak-ansur kepada golongan berkenaan walaupun terpaksa menanggung beban tunggakan yang tinggi.

"Bagaimanapun, kita tidak akan halau mereka kerana kita merupakan kerajaan yang prihatin. Malah, kita sediakan beberapa pilihan supaya mereka dapat menjelaskan hutang masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran e-Perumahan, e-Pelaburan dan Penyerahan Hak Milik PAKR Tanah Putih Baru 1 dan 2 serta PAKR Kempadang Soi di sini semalam.

Hadir sama pada majlis yang dihadiri kira-kira 400 penerima hak milik rumah ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Unit Perumahan), Zaeidah Mohamed Isa.

Menurut Adnan, penyewa yang ingkar menjelaskan sewa boleh membuat penjadualan semula perjanjian sewa beli supaya bayaran bulanan dapat diselaraskan dengan kemampuan mereka.

"Mereka juga boleh memilih mengeluarkan wang dalam akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat bayaran penuh harga rumah berkenaan.

"Pelbagai cara boleh dilakukan bagi menjelaskan bayaran termasuk meminta bantuan daripada anak-anak yang telah bekerja jika mereka tidak berkemampuan," jelasnya.

Tambahnya, kerajaan sentiasa prihatin kepada keperluan rumah oleh rakyat terutama golongan miskin namun jika masalah pembayaran balik berlaku, usaha untuk membina lebih banyak PAKR akan terganggu.

"Sekiranya RM10 juta itu berjaya dikutip, kerajaan berupaya membina 250 unit rumah kos rendah lagi untuk rakyat miskin di negeri ini," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan supaya pemilik PAKR yang mendapat surat hak milik atau geran tidak menjual rumah mereka sebaliknya menghargai hasil titik peluh mereka selama ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Skuad Banjir Pemuda Indera Mahkota sedia hulur bantuan

Posted:

Skuad Banjir Pemuda Indera Mahkota sedia hulur bantuan

Skuad Banjir Pemuda Indera Mahkota sedia hulur bantuan

KUANTAN 25 Nov. - Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota sentiasa bersiap sedia bagi membantu mangsa banjir di sekitar kawasan Parlimen itu sekiranya berlaku bencana alam itu.

Ketuanya, Mohd. Suhaimi Sulong berkata, satu pasukan khas yang dikenali sebagai Skuad Banjir dibentuk bagi memudahkan pihaknya menghulurkan bantuan segera di kawasan yang dinaiki air.

"Kita sentiasa peka terhadap perkembangan banjir di kawasan Indera Mahkota dan akan menghulurkan bantuan segera sekiranya mendapat maklumat.

"Skuad Banjir akan segera ke pusat-pusat pemindahan banjir yang dibuka bagi menyampaikan bantuan seperti wang tunai dan keperluan asas," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Chendor di sini semalam.

Menurutnya, Skuad Banjir akan tampil menghulurkan bantuan termasuk membekalkan pegawai perubatan sekiranya diperlukan.

"Selain agensi kerajaan berkaitan, badan khas yang ditubuhkan ini juga akan bertindak sebagai pemantau dan seterusnya menghulurkan bantuan dalam usaha membantu mangsa banjir," ujarnya.

Tambahnya, masalah yang berkaitan dengan mangsa banjir adalah perkara biasa dan Skuad Banjir bersedia menghadapinya dalam usaha memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik.

"Kita akan turun padang dan mengisi segala kekurangan yang mereka hadapi semasa berada di pusat pemindahan," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Awasi anak-anak ketika musim tengkujuh

Posted:

Awasi anak-anak ketika musim tengkujuh

Awasi anak-anak ketika musim tengkujuh

PEKAN 25 Nov. - Ibu bapa perlu memastikan anak-anak tidak menjadikan musim tengkujuh yang mula melanda negeri ini sebagai pesta bermain air bagi mengelakkan berlaku kemalangan jiwa.

Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, dengan cuaca tidak menentu kebelakangan ini, soal keselamatan tidak seharusnya diambil mudah kerana kemalangan boleh berlaku jika tiada pengawasan diberikan kepada anak-anak.

"Perhatian yang penuh perlu diberikan kepada anak-anak kerana mereka suka bermain air dan menganggap musim tengkujuh adalah pesta.

"Oleh itu, ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap anak-anak dan tidak membiarkan mereka bermain air bah," katanya selepas menyaksikan Eksesais Menyelamat Persediaan Bagi Menghadapi Banjir Peringkat Pekan di Pekan River Front di sini semalam.

Seramai 203 orang terlibat dalam eksesais itu yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah Pekan (MDP), Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pada eksesais itu juga sebanyak 19 bot, dua jet ski dan sebuah helikopter turut terlibat dalam operasi yang diadakan di Sungai Pahang.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman.

Tambah Sharifuddin, masyarakat setempat juga perlu memainkan peranan mereka iaitu dengan menegur dan melarang kanak-kanak daripada bermain air bah.

"Saya rasa jika semua pihak memainkan peranan mereka, perkara tidak diingini seperti lemas dan sebagainya boleh dielakkan," katanya.

Sementara itu katanya, polis Pahang sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi banjir yang boleh berlaku pada-pada bila masa sahaja.

"Dengan kekuatan anggota menyelamat seramai 990 orang termasuk 287 anggota polis, saya yakin kita dapat menjalankan tugas dengan berkesan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Tidak lengkap nyanyi tanpa labuci

Posted:

Tidak lengkap nyanyi tanpa labuci

Tidak lengkap nyanyi tanpa labuci

aziz.itar@utusan.com.my
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB


BIARPUN mencecah usia 73 tahun tetapi penyanyi veteran ini tetap bergaya.


PENYANYI yang terkenal dengan gelaran Raja Gelek ini sentiasa memastikan pakaian yang dipakainya sewaktu menyanyi mampu menarik perhatian ramai.

Daud misalnya, akan muncul di atas pentas persembahan dengan pakaian berkelip-kelip dan berwarna-warni. Ia sesuai khususnya menerusi konsep lagu-lagu pop dan dangdut yang dibawakannya sejak lebih 30 tahun terbabit dalam bidang seni suara tanah air.

Menurut pemilik nama sebenar, Muhammad Daud Kilau ini, labuci dengan pelbagai bentuk dan warna adalah elemen penting dalam pakaiannya. Kata penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Cek Mek Molek ini, tanpa labuci pakaiannya seakan-akan menjadi kurang tarikan.

"Sejak dari dulu lagi, saya tidak boleh menyanyi di atas pentas tanpa mengenakan pakaian yang berlabuci berwarna-warni. Itu adalah imej dan identiti saya di atas pentas. Biasanya, dalam satu-satu persembahan saya membawa sehingga lima pasang pakaian pelbagai warna.

"Setiap satu lagu saya akan bertukar baju, bermakna kalau menyanyi lima lagu maka saya akan membawa lima pasang pakaian. Saya mahu persembahan saya kelihatan meriah dengan imej yang berwarna-warni dan penuh dengan kilauan cahaya," katanya kepada S3 ketika ditemui pada rakaman Konsert Emas terbitan Astro di Putrajaya, baru-baru ini.

Bagi menyediakan pelbagai jenis fesyen dan warna baju yang penuh dengan labuci, penyanyi yang berusia 73 tahun ini sanggup mengeluarkan belanja yang besar. Ia semata-mata bagi memastikan persembahannya bukan sahaja kelihatan berbeza tetapi juga menjadi tumpuan ramai.

Untuk itu, penyanyi berasal dari Kampung Sungai Ular, Bagan Datoh, Perak ini banyak menempah dan mereka sendiri pakaian untuk digunakan pada persembahan-persembahan pentasnya.

Sehingga kini Daud mempunyai koleksi tidak kurang 50 pasang pakaian berlabuci.

"Saya pernah mengeluarkan belanja sehingga RM1,000 untuk menempah dan menyiapkan sepasang pakaian yang khas digunakan pada persembahan saya.

"Pakaian itu termasuklah baju dan seluar yang dipenuhi dengan labuci pelbagai warna dan corak yang berbeza-beza.

"Bagi saya semua elemen itu amat penting sebagai daya penarik pada persembahan saya.

"Selain menyanyikan lagu-lagu yang sedap didengar dan diselang-selikan dengan gelek tarian saya, pakaian yang bercahaya kesan daripada labuci itu juga adalah suatu daya penarik," ujarnya.

Disebabkan imej dan identitinya itulah maka, bapa kepada dua anak dan sembilan cucu ini telah diundang melakonkan karakternya dalam filem Man Laksa arahan Mamat Khalid beberapa tahun lalu.

Dalam adegan itu, dia tampil dengan watak dirinya sendiri dengan pakaian penuh labuci.

Malah, lebih menggamatkan apabila watak M. Daud Kilau itu digambarkan terlalu hebat dan penuh glamor melalui satu adegan beliau sedang turun dari langit dengan berpakaian seperti jubah labuh.

Jelas sekali, watak itu membuktikan imej pakaian berlabuci cukup sinonim dengannya.

"Saya rasa sekarang ini cuma saya seorang sahaja penyanyi lelaki di negara ini yang akan tampil di atas pentas dengan pakaian penuh labuci.

"Walaupun saya tahu fesyen pakaian itu menjadi trend dalam dunia hiburan pada tahun-tahun 1970-an dan 1980-an tetapi ia masih relevan hingga kini.

"Sebagai penghibur saya mesti tampil berbeza dan lebih glamor barulah orang akan tengok persembahan saya.

"Contohnya, pada 19 November lalu saya mengadakan persembahan di Menara Condong, Teluk Intan, Perak dengan imej sebegini tetapi sambutannya hebat.

"Nampaknya para peminat masih boleh menerima gaya penampilan seperti ini. Malah, saya telah menampilkan imej sebegini sejak saya mula menjadi penyanyi selepas bergelar johan Bintang Radio tahun 1968.

"Imej dengan pakaian penuh labuci, saya tidak boleh buang," jelasnya.

Dia yang pernah meraih gelaran johan pada Pesta Dendang Rakyat 1985 (Nyanyian Asli) sehingga kini masih aktif menerima tawaran menyanyi di merata-rata tempat. Dengan kadar bayaran RM5,000 dan ke atas, ia adalah punca pendapatannya sejak 43 tahun lalu.

Bagaimanapun, Daud yang turut popular dengan lagu Hutang Minta Hutang, Gila Judi, Anak Derhaka dan Sireh Pinang tidak mahu mencampur adukkan bidang nyanyian dengan lakonan. Baginya, bakatnya lebih ke arah nyanyian dan bukannya seni lakonan.

"Saya berlakon dalam filem Man Laksa pun kerana wataknya yang tidak banyak dialog.

"Saya pun bukannya pandai berlakon. Sebab itu, saya tidak menonjol dalam bidang lakonan walaupun ramai pengarah menawarkan saya berlakon tetapi kebanyakannya saya tolak.

"Baru-baru ini contohnya, Astro telah menawarkan saya berlakon dalam drama bertajuk Kau Dan Aku dengan menawarkan bayaran RM7,500 tetapi selepas meneliti balik skrip dan dialognya, saya tolak tawaran itu. Saya tidak biasa berlakon dengan banyak dialog," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Lirik Kak Chah cinta kepada Tuhan

Posted:

Lirik Kak Chah cinta kepada Tuhan

Lirik Kak Chah cinta kepada Tuhan

aziz.itar@utusan.com.my

ANAK seni berdarah kacukan Melayu, Jawa dan Cina ini telah menulis tidak kurang daripada 500 lirik. Kebanyakan karyanya menjadi lagu popular di mana ia terus diminati termasuklah oleh para pendengar generasi baru.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Kak Chah menjadi sebutan ramai kerana lirik-lirik nukilannya bukan sahaja puitis. Malah, elemen-elemen cinta dalam bait-bait liriknya menjadi perhatian ramai.

Sayangnya, kata Pengerusi Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) ini, ramai peminat kurang menyedari nilai-nilai cinta yang digarap menerusi lirik-lirik tulisannya yang bukan setakat kisah cinta pasangan kekasih.

Sebaliknya kata Kak Chah, lirik-lirik tulisannya juga berkisar tentang cinta seorang hamba kepada Allah. Namun, tidak ramai menyedari elemen-elemen ketuhanan di sebalik lirik-lirik tulisannya itu.

"Setiap kali mahu menulis lirik, saya harus faham siapakah audiens yang akan menghayatinya. Mereka kebanyakannya adalah golongan remaja dan masyarakat kebanyakan dan bukannya golongan alim ulama.

"Apatah lagi, saya bukannya seorang ustazah yang bercakap tentang agama Islam secara terus dalam karya-karya dan tulisan saya. Sebab itu, saya gunakan kapasiti sebagai penulis lirik lagu dengan kaedah yang santai.

"Saya gunakan bahasa Melayu yang ringkas dan mudah difahami dan bukannya bahasa Arab. Tujuannya supaya ia mudah difahami oleh pendengar," katanya bercerita kepada S3 tentang kisah di sebalik karya-karyanya itu.

Namun, semua itu tidak menghalangnya menyelitkan jalan cerita dan mesej yang mengandungi elemen-elemen ketuhanan. Dia memang menulis tentang cinta tetapi ia tentang cinta manusia kepada Tuhan.

Anak kelahiran Singapura ini berkata, boleh dikatakan semua liriknya sebenarnya sarat dengan elemen ketuhanan iaitu antara makhluk dan penciptanya.

"Contohnya, lagu Mawar Terpinggir nyanyian Francissca Peter penuh dengan elemen ketuhanan di sebaliknya. Ia tentang kehadiran orang ketiga yang hadir dalam sesebuah hubungan kasih sayang.

"Dalam lirik itu saya mahu ketengahkan bagaimana perasaan menjadi orang kedua atau ketiga di mana ia menagih rasa reda atas sesuatu ketentuan-Nya. Ia bukan kisah cinta sesama manusia sahaja.

"Begitu juga dengan lirik lagu Menaruh Harapan nyanyian Zaiton Sameon yang mengisahkan pengharapan seseorang terhadap takdir hidupnya di mana akhirnya pergantungan terhadap Yang Maha Esa adalah klimaknya," ujarnya.

Sebagai penulis lirik yang berpengalaman dan mempunyai wawasan sendiri, niat sebelum menyelitkan sesuatu mesej di sebalik lirik-lirik tulisannya cukup penting.

Kak Chah yang juga penulis skrip filem Qaisy & Laila yang diterbitkannya pada tahun 2005 misalnya, menggunakan bakat menulis yang dianugerahkan Allah sebagai jalan bagi mencari keredhaan-Nya.

"Saya sedar Allah berikan kita sesuatu kelebihan itu ada sebab musababnya. Sebab itu, bakat yang saya ada ini tidak seharusnya dipersia-siakan. Kalau ustazah berdakwah melalui ceramah agama, maka dakwah saya melalui lirik.

"Dalam lirik tulisan saya, yang paling ditekankan adalah rasa cinta kepada Allah, itu adalah yang paling hakiki. Cinta kepada Tuhan itu paling hampir dan ia tidak pernah sia-sia, cuma hamba-Nya itu sahaja yang tidak mencari serta memahaminya.

"Cinta sesama manusia biasanya selalu berakhir dengan kekecewaan. Sedangkan cinta Allah terhadap hamba-Nya sentiasa terbuka dan ia kekal abadi," jelasnya.

Dalam usaha untuk meningkatkan ilham dan mutu penulisan lirik, Kak Chah banyak membaca buku-buku yang mengandungi elemen-elemen falsafah, selain sering mengikuti kelas pengajian agama di merata-rata tempat.

Semua itu, kata penulis lirik lagu Merisik Khabar dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dan Dialah Di Hati (Datuk Siti Nurhaliza) banyak membantunya dalam menghasilkan lirik-lirik yang mengandungi tema yang sarat dengan elemen ketuhanan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


‘Siap-siaga ibu segala pilihan raya’

Posted:

'Siap-siaga ibu segala pilihan raya'

'Siap-siaga ibu segala pilihan raya'

BAGI Tan Sri Muhyiddin Yassin, siri pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sebelum ini tidak akan sama rentak tarinya dengan pilihan raya umum akan datang.

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah 'ibu segala pilihan raya', tegas Timbalan Presiden UMNO itu di Putrajaya, semalam.

Analogi itu ditekankan berulang kali oleh beliau untuk diberi perhatian serius oleh seluruh perwakilan UMNO yang akan bersidang pada perhimpunan terbesar orang Melayu

di Kuala Lumpur minggu depan.

Dalam temubual dengan pihak media yang turut disertai wartawan Utusan, ZULKIFLI JALIL, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL, THOMAS CHONG dan SHARAIMEI SHAIK ABDULLAH menukil pandangan Muhyiddin mengapa orang Melayu dan bukan Melayu masih boleh mengharapkan UMNO yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN) untuk terus memimpin negara ini. Berikut adalah sedutan wawancara itu.

UTUSAN: Ada yang melihat Perhimpunan Agung UMNO kali ini sangat penting kerana dikatakan yang terakhir sebelum PRU13. Apa pandangan Tan Sri?

MUHYIDDIN: Pertamanya, ini merupakan perhimpunan yang amat penting dan kita pun tidak tahu bila PRU13 akan diadakan. Tapi biasa saya sebutkan ia tidak mungkin lebih lama. Sebab itu perhimpunan agung UMNO yang merupakan perhimpunan terbesar orang Melayu ini merupakan perhimpunan yang tentunya bukan hanya akan menarik perhatian orang Melayu tapi masyarakat lain termasuk di peringkat antarabangsa.

Yang keduanya disebabkan ini mungkin perhimpunan yang dikatakan paling dekat dengan PRU13. Maka apa sahaja perkara yang kita akan bincangkan akan diberikan perhatian. Ini terutamanya dalam konteks UMNO sendiri iaitu apakah kita dilihat sebagai parti yang berwibawa serta masih relevan dengan perjuangan semasa orang melayu dan rakyat Malaysia. Ia juga akan menjadi tumpuan dan perhatian orang Melayu sendiri sama ada UMNO ini yang dikatakan parti sejak awal lagi membela nasib orang Melayu masih lagi meletakkan asas yang paling utama dalam perjuangannya untuk membela masyarakat Melayu. Serta apakah parti ini sudah menjalani proses perubahan atau transformasi yang diharapkan selepas kita melalui PRU 2008.

Pendek kata apa jua hasil perbincangan pada perhimpunan agung itu nanti akan diteliti oleh segenap lapisan masyarakat Melayu dan bukan Melayu.

Dan yang paling penting apakah selepas perhimpunan ini akan timbul satu kesedaran di kalangan orang Melayu tentang pentingnya keputusan UMNO mempertahankan kedaulatan dan kedudukan orang Melayu di samping peranan yang boleh kita mainkan untuk sama-sama membantu masyarakat lain dalam soal pembinaan negara bangsa.

Bagaimana perbahasan di kalangan perwakilan nanti dapat dipastikan tidak dijadikan isu oleh pihak tertentu di luar dewan?

Walaupun dikatakan perhimpunan ini tertutup dalam erti kata mereka yang menyertai perbahasan itu adalah perwakilan yang terpilih sahaja, tetapi format yang kita amalkan sejak dulu yang mana peserta yang tidak menjadi perwakilan juga boleh hadir untuk mengikuti perbahasan menerusi skrin besar yang kita sediakan. Kita bersikap terbuka dalam soal apa yang kita bahaskan dan tidak ada apa yang mahu kita selindungkan walaupun ia akan menyentuh banyak soal kepentingan dan masa depan orang Melayu. Dalam soal ini kita perlu faham bahawa peranan UMNO khususnya dalam kerajaan itu adalah yang utama sebab kita adalah parti teras dalam UMNO. Sebab itu perwakilan akan menyuarakan apa jua pandangan yang bukan sahaja mengambil kira kepentingan orang Melayu tapi juga kepentingan kaum lain.

Ada pandangan perjuangan agenda Melayu akan tersekat dalam Gagasan 1Malaysia. Benarkah tanggapan ini Tan Sri?

Saya tidak fikir begitu kerana gagasan 1Malaysia itu selari dengan tuntutan semasa untuk menjamin kelangsungan perjuangan negara. Dalam konteks ini, kita tidak boleh pisahkan perjuangan orang Melayu dengan perjuangan memartabatkan bangsa dan negara kita. Gagasan 1Malaysia itu juga secara terangkumnya mengambil kira kepentingan perpaduan antara kaum serta mewujudkan kesatuan dari segi pemikiran dalam soal bagaimana kita boleh membangunkan negara dalam semua bidang. Ia juga mengambil kira ketelusan sikap yang adil dan saksama yang kita telah amal sebelum ini dan akan kita teruskan untuk masa depan. Ini tidak bermakna kita mengabaikan perkara yang menjadi asas terbentuknya UMNO iaitu untuk membela nasib bangsa dan kaum Melayu dan bumiputera yang menjadi pendokong utama dalam negara.

Begitupun selaras dengan perlembagaan UMNO dan dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan, soal hak bangsa dan agama lain itu masih terpelihara. Bagi saya tidak timbul soal orang bukan Melayu rasa seolah-olah terabai. Apa yang mungkin timbul adalah persepsi yang mana kita dalam tempoh mutakhir ini dianggap lari sedikit dari landasan asal. Untuk menangani tsunami politik pasca 2008 kita harus mengambil kira mengenai perubahan minda bukan sahaja masyarakat Melayu tapi juga rakyat Malaysia. Jadi, UMNO menyesuaikan keadaan itu supaya tidak terlihat kita terkebelakang atau tidak selari dengan perkembangan semasa.

Orang Melayu menerusi gagasan 1Malaysia ini dilihat rasis dan Tan Sri juga dikatakan antara yang rasis. Benarkah begitu?

Itu tanggapan sahaja dan saya tidak pernah berubah dari segi sikap dan pendirian dalam soal ini, baik dari segi perjuangan orang Melayu dan rakyat Malaysia. Seperti juga dengan Presiden kita Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau tidak lebih Melayu atau kurang Melayu. Kerana kita masih lagi mempunyai pendirian yang sama. Kita juga mempunyai pandangan yang jelas soal kedudukan kita baik dalam parti atau kerajaan. Sebab itu bagi saya kalau timbul pun soal begitu kerana ada pihak terutamanya pembangkang yang mahu menconteng kita dengan satu gambaran seolah-olah kita lebih cauvanis. Sedangkan parti seperti DAP lebih cauvanis. Siapa yang tidak tahu sikap pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang; Karpal Singh dan Lim Guan Eng yang lebih membicarakan tentang satu kaum sahaja. UMNO tidak membicarakan mengenai satu kaum sahaja. Tapi kita mengambil kira mengenai agenda Melayu yang masih panjang dan belum kita selesaikan. Jadi apabila kita membicarakan soal kepentingan orang Melayu, itu tidak bermakna kita bersikap rasis. Sebab kelompok terbesar dalam masyarakat Malaysia sama ada mahu diiktiraf atau tidak oleh pembangkang adalah masyarakat Melayu, bumiputera dan penganut Islam.

Kalau kelompok terbesar seperti ini terabai dan rasa tidak terbela, apa lagi kalau pemimpin UMNO sendiri yang tidak mahu menyuarakan kepentingan mereka itu sebab takut dilabel bersikap cauvanis dan perkauman, maka itu sudah lari dari asas perjuangan kita. Jadi, ini adalah permainan pembangkang supaya kita dilihat terlalu perkauman. Sedangkan mereka lebih perkauman daripada kita.

Kita sudah menunjukkan menerusi sejarah 54 tahun negara yang mana kita mengambil kira semua kaum sehingga kaum bukan Melayu pun mendapat tempat yang dikatakan adil, ada kekuatan ekonomi dan pendidikan. Dalam masa sama kaum Melayu pun sudah maju berbanding dulu namun belum mencapai kepada tahap yang kita kehendaki. Dari segi ekonomi sebagai contoh kita masih belum menguasai 30 peratus seperti yang kita sasarkan.

Sebab itu apabila kita menyuarakan perkara ini, UMNO sebenarnya memanifestasikan kehendak dan jiwa orang Melayu. Kalau itu kita gagal lakukan itu, maka gagal lah UMNO. Tapi pihak di sebelah sana berasakan kita bersikap perkauman. Sedangkan selama mana saya dalam parti serta pemimpin terdahulu pun menyuarakan perkara yang sama.

Apa isunya dalam soal media alternatif yang dikatakan tidak mendapat ruang pada perhimpunan agung kali ini?

Dalam konteks perkembangan semasa, media sosial juga sangat berpengaruh seperti media biasa yang sudah lama. Tetapi mereka ini ada tujuan tertentu. Saya tidak nafikan ada mereka ini yang tidak selari dengan pandangan kita. Apa sahaja yang kita katakan akan diolah sehingga yang elok menjadi tidak elok. Dalam situasi ketika tiada perhimpunan sekali pun perkara ini banyak berlaku, apatah lagi ketika perhimpunan yang mana wakil kita akan membahaskan pelbagai perkara.

Dari situ mereka akan tengok UMNO ini bersikap rasis, terlalu ekstrem dan tidak bertanggungjawab dan mereka akan putar belitkan. Tapi bagi saya kita boleh membuat penjelasan sebab kita juga ada kumpulan media sosial yang sehaluan dengan kita dan faham dengan perjuangan kita.

Kenapa pembangkang dilihat lebih agresif dalam memainkan sesuatu isu sedangkan UMNO pula dilihat bersikap defensif?

UMNO mungkin dilihat lebih defensif kerana banyak serangan dibuat kepada kita. Jadi bila kita mempertahankan diri dengan jawapan yang mereka putar belitkan, maka kita dilihat defensif. Tapi dalam keadaan sama, UMNO juga mengambil peranan untuk menjelaskan apa sebenarnya asas perjuangan kita. Sebab kita ada tanggungjawab dan mereka mungkin tidak bertanggungjawab. Jadi bila kita menyuarakan sesuatu, ia mengambil kira kepentingan semua. Cuma mungkin benar dalam satu peringkat kita tidak begitu pakar dalam media sosial terutamanya dari sudut mahu membuat serangan sebab kita lebih bersifat menjelaskan sesuatu yang baik. Ini satu kelemahan yang saya akui dan kita cuba perbaiki. Mungkin ia belum cukup berjaya tapi kita dapat membalas dan menjelaskan apa yang diputarbelitkan oleh pembangkang sebab sesuatu dasar atau program yang kita lakukan itu mempunyai asas kukuh yang kita boleh pertahankan.

Ahli-ahli UMNO sering diingatkan supaya tidak mensabotaj parti. Adakah ingatan itu diberikan kerana perbuatan tersebut begitu berleluasa dalam UMNO?

Ini mungkin kita melihat pada pengalaman lepas terutama pada PRU 2008 yang mana disebabkan rasa tidak puas hati dengan calon tertentu, maka ada bukti perbuatan sabotaj itu dilakukan. Sebahagiannya juga kita kenalpasti dalam 'post mortem' selepas PRU itu yang kesannya membawa kepada kekalahan kita. Kekalahan itu pula bukan kerana kuatnya pembangkang tetapi kerana masalah dalaman parti kita di beberapa kawasan tertentu.

Jadi apabila acap kali disuarakan supaya jangan sabotaj, itu bermakna pengalaman lepas itu janganlah berulang lagi. Lebih-lebih lagi apabila kita menganggap PRU13 adalah ibu segala pilihan raya. Sebab semua tahu situasi sekarang berbeza dengan situasi yang lalu. Tapi itu tidak bermakna dalam situasi baru ini kita akan berdepan dengan tentangan yang kita akan kalah. Sebab itu satu faktor yang kita ambil kira adalah faktor dalaman parti termasuk kepimpinan dalam UMNO khususnya di peringkat Bahagian. Ini supaya mereka faham gentingnya kedudukan kita ini yang ibaratnya berada di puncak yang salju. Kalau tidak dijaga kita akan tergelincir ke bawah dan sukar bangun balik sebab kita sudah hilang kuasa. Negeri yang kita kalah misalnya harus menjadi menyedarkan orang Melayu untuk tidak sesekali bermain dalam situasi seperti hari ini.

Apa yang diharapkan daripada suara Pemuda dan Puteri UMNO pada persidangan agung kali ini?

Mereka ada peluang lebih awal dalam perhimpunan ini dan saya harap Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO mengambil kesempatan ini untuk berbahas berdasarkan kepada aspirasi generasi baru. Sebab kita tahu hampir 40 peratus pengundi kita adalah daripada kelompok generasi muda. Mereka ini mahu melihat sama ada Pemuda dan Puteri UMNO serta generasi baru dalam parti kita sebenarnya mewakili mereka. Dan itu hanya boleh dilihat daripada suara yang akan mereka kemukakan. Pada saya, biar mereka ada kebebasan. Mereka boleh menyuarakan kelemahan yang mereka lihat tapi biarlah dengan cara berhemah di samping memberikan nasihat dan pandangan supaya dengan cara itu tidak dilihat bertentangan dengan semangat parti. Sebab kita tahu ini akan diukur dalam PRU akan datang dan sebab itu peranan Pemuda dan Puteri UMNO dalam situasi hari ini lebih kritikal jika dibandingkan dengan dulu.

Bercakap tentang sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO, nampaknya mereka tidak seligat dan seaktif seperti beberapa tahun lepas. Apa pandangan Tan Sri?

Ya, itu saya akui dan saya percaya ramai juga berpandangan begitu dan Presiden sendiri telah menyatakan dalam perhimpunan khas yang diadakan tentang kenapa perhimpunan begitu diadakan dalam taklimat Pemuda dan Puteri baru-baru ini. Kita mahu mereka sedar bahawa ada peranan lebih utama perlu dimainkan tetapi pandangan masyarakat luar tentang pergerakan ini tidaklah seperti diharapkan.

Kita akui mereka belum lagi berupaya secara berkesan mengikut cita rasa generasi muda, bukan saja untuk membantu UMNO tetapi lebih daripada itu. Mereka berperanan untuk memberi pandangan, mewakili suara pemuda dan sebagainya. Ini kita sudah bagi tahu kepada pimpinan Puteri, cuma masalahnya sama ada perkara itu sampai ke bawah atau ke akar umbi kerana tidak harus pimpinan sahaja mendapat gambaran tetapi bagaimana pula dengan Ketua Puteri di peringkat bahagian. Saya tidak nafikan memang banyak program mereka buat dan kita dapat laporan itu tetapi adakah ia dapat menyentuh perasaan dan jiwa generasi muda. Sebab itu bagi saya memberitahu bahawa tanggungjawab dan peranan Pemuda dan Puteri masih penting.

Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menyebut bahawa masih awal untuk mengadakan pilihan raya umum manakala Menteri Besar Selangor pula berkata tidak akan bubarkan DUN negeri sebelum Jun. Apa pandangan Tan Sri?

Kalau hendak kata kita belum bersedia, saya tidak boleh kata begitu kerana kami dalam parti seperti UMNO dan BN mesti harus bersedia sepanjang masa. Sebab itu di semua peringkat saya yang bertanggungjawab selaku Pengerusi Pengurusan Parti sudah pun menubuhkan jentera pilihan raya dan saya juga telah selesai mengadakan pertemuan dengan 13 komponen parti dalam BN.

Daripada laporan-laporan itu saya tahu persiapan-persiapan yang bukan saja perlu dibuat di peringkat nasional dan negeri tetapi juga di peringkat akar umbi sampai peringkat ke peti undi di peringkat bawah pun kita sudah sediakan.

Tetapi apa pun keputusan sama ada sedia atau tidak sedia ditetapkan oleh Presiden, Datuk Seri Najib yang sudah tentunya bagaimana saya biasa tahu akan menilai daripada aspek persiapan parti, situasi paling sesuai, ekonominya bagaimana dan penerimaan masyarakat. Semua ini akan dinilai, bukan soal parti sahaja tetapi keseluruhannya sebelum sesuatu keputusan itu dibuat soal sama ada negeri-negeri di bawah pembangkang mahu buat pilihan raya bersama atau tidak, itu terserah pada mereka.

Saya sudah mendengar pandangan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan kalau ada pilihan raya tahun depan beliau akan adakan bersama tetapi di Selangor dan Pulau Pinang pula berbeza di mana mereka tidak sepakat dan tidak tahu bagaimana nak buat keputusan sama ada ia memberi keuntungan jika dibuat bersama atau pun ianya satu kerugian. Mereka masih belum tahu menilai tetapi bagi kita dalam BN dari dulu sudah buat bersama. Saya tidak ambil kira soal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kata kena tanggung kos lebih kalau tak dibubar Dewan Negeri dan Parlimen, suka atau tidak dia kena hadapi sebab dia adalah suruhanjaya untuk pilihan raya. Bagi kami nak bubar sama atau tidak kami tetap akan hadapi. Bagaimanapun, mungkin ada baik juga dia tidak bubar sekali kerana kita sudah ada pengalaman dan dia takut untuk bubar sekali itu kerana setidak-tidaknya mereka kalah di Parlimen tetapi di negeri masih ada lagi pasal kononnya DUN tidak dibubar lagi. Tetapi bagi kita pula kalau tak bubar lagi, Insya-Allah tumpuan akan diberi pada mana-mana negeri yang lambat.

Isu dibentangkan oleh pembahas dalam Perhimpunan Agung UMNO hampir sama setiap tahun seperti isu dalaman dan agenda UMNO. Bagaimanakah Tan Sri melihat cara untuk mengubah persepsi itu?

Saya tidak boleh ramalkan dan saya bukan ahli nujum untuk ramalkan apa yang mereka mahu bicarakan tetapi saya percaya akan ada kelainan kerana perkara ini sudah ditanamkan dalam pemikiran mereka bahawa pilihan raya akan datang tidak serupa. Ia berbeza dan persiapan kita juga bukan lagi biasa kerana kita kena lebih daripada biasa seperti cara nak tangani masalah rakyat tidak harus dilihat seperti persidangan lepas-lepas. Misalnya kenapa tidak sokong kita, dah lama beri macam-macam kemudahan, negara maju kerana BN dan sebagainya.

Hujah begitu tidak boleh lekat macam masa-masa lepas. Kita kena tunjukkan satu peningkatan yang agak berbeza. Contohnya bagaimana soal hendak tangani masalah ekonomi rakyat. Memang program transformasi yang dimulakan oleh Perdana Menteri itu melanjutkan agenda pembangunan ekonomi yang sudah kita laksanakan sebelum ini tetapi lebih daripada biasa, fokusnya lebih ada perbezaan cara hendak uruskan ekonomi. Walaupun tajuknya ekonomi tetapi urusan ekonomi dulu dengan sekarang berbeza. Sekarang perlu lebih terfokus dan boleh dinilai dengan berapakah nilai pendapatan negara kasar (GNI), boleh nilai berapa pelaburan yang diperlukan, apakah projek dalam rancangan projek permulaan (EPP) yang hendak dilaksanakan. Jadi, itu satu contoh, maknanya jika kita hendak meyakinkan rakyat kita tidak boleh lagi kata kita akan tolong, kita akan bantu, kita akan selesaikan masalah mereka. Kita tak nak dengar itu lagi.

Pihak pembangkang memberi reaksi seolah-olah pilihan raya umum akan datang sebagai yang terakhir untuk BN. Bagaimana Tan Sri melihat isu ini?

Itu sengaja dilakukan walaupun mereka tidak laung lagi slogan jalan ke Putrajaya sebab semakin hari semakin kabur jalan itu. Mereka tahu ada perubahan sikap di bawah. Contohnya, masa saya dan Perdana Menteri turun padang, respons secara spontan dan tidak diasak itu menggambarkan satu perubahan baru sama ada di kalangan Melayu dan bukan Melayu. Mereka sedar apa berlaku di bawah, sebab itu dalam mereka bercita-cita hendak tumbangkan BN, mereka tahu tentangan yang hebat akan diberi oleh kami. Kita tidak akan baring di atas jalan tanpa berbuat apa-apa, kita akan berlawan dan kita akan berhadapan dengan mereka dengan kekuatan apa saja yang ada pada kita. Ia bukan setakat bertentang dengan mereka tetapi juga menjelaskan pada rakyat kerana akhirnya penentunya bukan mereka tetapi rakyat.

Nampak seperti orang atas (pucuk pimpinan UMNO) sahaja yang kerja bermatian-matian sedangkan orang bawah melihat sahaja.

Saya tidak berkata begitu kerana kerana kerja-kerja yang dilakukan di peringkat bawah tidak mendapat laporan media yang banyak. Kalau peringkat negeri dan bahagian melakukan program turun padang, mungkin ia tidak dilapor begitu meluas. Keadaan ini menampakkan seakan-akan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sahaja yang buat kerja.

Dalam situasi seperti ini, tanggungjawab setiap pemimpin bertambah besar.

Saya memberitahu menteri-menteri Kabinet bahawa mereka harus kurangkan masa dalam pejabat walaupun kerja tidak akan habis sampai kiamat. Tugas saya di Kementerian Pelajaran dan sebagai Timbalan Perdana Menteri juga tidak akan selesai tetapi tumpuan saya adalah terhadap rakyat. Saya turun padang ke Kelantan, Terengganu dan tempat lain sebab ini perlu diutamakan. Aktiviti ini memberi impak yang begitu besar. Sejam untuk bersama 10,000 rakyat dan bersalaman dengan 3,000 hingga 4,000 orang serta beri ucapan adalah lebih berkesan berbanding dua jam duduk di pejabat.

Tiada pendekatan yang lebih baik daripada berinteraksi, berhadapan, bertemu dan mendengar suara rakyat. Mendekati rakyat (engagement) telah diutamakan dalam apa pun. Kita mungkin berjumpa dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara sehaluan pada masa dahulu, tetapi kini saya beri masa setengah jam atau sejam untuk soal jawab. Saya bertemu dengan guru-guru agama yang menyokong Pas dan UMNO di Kelantan, mungkin tiga suku Pas dan satu suku UMNO. Saya memberi penjelasan tentang pemberian bantuan pendidikan dijalankan tanpa soal politik di mana yang pentingnya ialah Pendidikan Islam. Tidak ada soalan yang tidak boleh dijawab, soal pokoknya ialah kita tak mahu jawab kerana kita anggap semua orang tahu. Tetapi dalam keadaan orang tahu, mereka juga dengar hujah daripada sebelah sana dan mula membuat persoalan.

Generasi muda dan profesional dilihat 'apologetic' terutamanya dalam soal agenda Melayu yang dilihat terlampau Melayu dan terlampau rasis?

Kita tidak boleh elakkan bahawa mungkin di kalangan generasi muda yang terdidik dan profesional, mereka tidak terikat dengan masa lampau dan sejarah lalu. Golongan ini lahir selepas merdeka dan Malaysia sudah terbangun sebegini jadi mereka tidak rujuk sejarah lampau tetapi melihat masa kini dan masa ke depan.

Kita kena terima perbezaan ini. Kalau kita nafikan mereka, maka ia akan nahas untuk kita. Kumpulan pemuda dan profesional Melayu terdidik dengan ilmu baru dan ada kebebasan untuk suarakan sesuatu. Kita perlu mendekati mereka, kita kena jelaskan rasional kenapa kita kena ada kuota dan polisi yang menjurus kepada pembangunan umat melayu yang belum lagi maju. Terdapat juga kumpulan liberal Melayu yang kata tidak perlu ini dan itu kerana mereka rasa mampu bersaing. Kelompok ini tidak besar tetapi suara mereka besar. Mereka beri pandangan yang agak berbeza. Perbezaan ini harus diterima dan tidak anggap ia sebagai sesuatu yang tidak baik kerana akhirnya trend akan ke situ. Kita harus mendekati mereka dalam pelbagai forum dan tidak berjauhan dengan mereka, menghormati pandangan mereka serta memberi penjelasan sekiranya ada peluang.

Mungkinkah Majlis Tertinggi UMNO akan buat kejutan pada perhimpunan agung parti minggu depan, antaranya seperti pengumuman pilihan raya umum?

Tidak ada yang lebih besar dibincang, saya tidak tahu sama ada presiden parti akan beritahu mengenai bila tarikh pilihan raya. Tidak ada sesuatu yang mengejutkan kerana semua pemimpin tahu bahawa soal pokoknya ialah menghadapi pilihan raya.

Full content generated by Get Full RSS.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted:

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

OPERASI berterusan kebelakangan ini terhadap warga asing terutama golongan yang memegang pas pelajar antarabangsa adalah reaksi jelas pihak berkuasa terhadap kegelisahan rakyat berhubung kemasukan orang luar yang menyalahgunakan permit masuk.

Ramai yang menyalahgunakan pas pelajar dipercayai cenderung untuk terbabit jenayah. Lantaran itu, Ops Tiong dilancarkan di Lembah Klang awal minggu ini bagi membanteras kegiatan jenayah tipu menerusi Internet yang banyak melibatkan warga asing termasuk dari Afrika.

Semalam pula, satu operasi khas dilakukan di Nilai, Negeri Sembilan yang antara lain bertujuan mengesan mereka yang menyalahgunakan pas pelajar antarabangsa.

Awang cukup yakin rakyat terbanyak menyokong penuh langkah membersihkan negara kita dari segala bentuk jenayah yang membabitkan warga asing sama ada mereka masuk secara sah atau pun tidak.

Awang melihat isu pelajar asing menyalahgunakan pas pelajar cukup serius. Sebab itulah Kementerian Dalam Negeri membentuk Kumpulan Kerja Pemantauan Pelajar Antarabangsa. Ia bagi menangani isu-su berkaitan pelajar luar negara yang berada di negara kita.

Awang yakin semua usaha tersebut akhirnya akan dapat meredakan masalah yang berbangkit terutama dalam membendung penyalahgunaan pas pelajar oleh pelajar antarabangsa, tanpa menjejaskan usaha menarik pelajar asing belajar di negara kita.

Awang – Turut teropong.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved