Ahad, 30 Jun 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Jangan salahkan FAM!

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my

keadaan sehari sebelum perlawanan akhir Piala FA kelmarin apabila kira-kira 15,000 penyokong Kelantan dan Johor DT cuba mendapatkan tiket di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil. Kesukaran mendapatkan tiket menyebabkan sesetengah penyokong tertipu dengan tawaran 'pihak ketiga' yang menawarkan jualan tiket secara mudah.

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak harus dipersalahkan dalam kes peminat yang gagal mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala FA di antara Kelantan dan Johor Darul Takzim kelmarin kerana mereka membuat pembelian menerusi pihak ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S. Sivasundram berkata, FAM tidak pernah mewujudkan 'pihak ketiga' dalam urusan penjualan tiket, sebaliknya ia dikendalikan sepenuhnya oleh persatuan bola sepak negeri (FA) dan FAM sendiri.

"Contohnya bagi penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA tempoh hari, FAM menyerahkan 30,000 tiket kepada FA Kelantan dan 30,000 lagi tiket kepada FA Johor.

"Sepatutnya penyokong mendapatkan tiket menerusi FA negeri masing-masing.

"FAM juga membuka lapan kaunter tiket di Stadium Bukit Jalil pada hari perlawanan dan saya sendiri turun memantau penjualan tiket di sana," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai insiden penyokong Johor DT yang mengalami kerugian sebanyak RM162,600 setelah menjadi mangsa penipuan 'pihak ketiga' yang mendakwa boleh membekalkan sebanyak 3,165 tiket perlawanan akhir Piala FA.

Sehubungan itu, Sivasundram menasihatkan penyokong supaya lebih berhati-hati membeli tiket mana-mana perlawanan, khususnya perlawanan utama.

"Kalau boleh jangan minta rakan belikan tiket untuk anda, penipuan mungkin berlaku. Saya nasihatkan penyokong beli sendiri di kaunter yang sah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"FAM tidak boleh dipersalahkan jika ada individu yang ditipu pihak tidak bertanggungjawab dan insiden tersebut perlu dilaporkan kepada pihak berwajib," katanya.

Menurut Sivasundram, FAM akan melakukan kajian secara terperinci bagi memastikan insiden sama yang menimpa penyokong, tidak berulang lagi.

"Kita akan cuba melakukan beberapa penambahbaikan agar insiden sama tidak berulang dan FAM juga akan bertindak tegas bagi mengelak ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba meraih kesempatan dalam kekalutan yang berlaku," tegasnya.

'Atasi masalah penyokong sukar beli tiket'

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

JOHOR BAHRU - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) mahu kaedah penjualan tiket perlawanan tumpuan dikaji semula untuk mengatasi kekecohan seperti yang berlaku pada perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini.

Tengku Abdullah percaya kekalutan peminat untuk mendapatkan tiket dapat diperhalusi oleh Setiausaha Agung FAM yang baharu, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Kata Tengku Abdullah, masalah tiket tidak sepatutnya dialami oleh penyokong untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi seperti pada perlawanan akhir Piala FA yang melibatkan pertembungan Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

"Saya harap masalah penyokong sukar mendapatkan tiket seperti yang berlaku baru-baru ini dapat diselesaikan.

"Kita juga tidak mahu ada penyokong yang tertipu untuk mendapatkan tiket," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) di sini, semalam.

Jualan tiket untuk perlawanan akhir Piala FA musim ini mencetuskan kekecohan dalam kalangan penyokong Kelantan dan Johor DT.

Khamis lalu, kekecohan tercetus di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu selepas penyokong Kelantan berang apabila mengetahui tiket perlawanan habis dijual dalam tempoh lima minit.

Mereka berang kerana setelah ada yang beratur seawal pukul 6.30 pagi untuk mendapatkan tiket, namun hampa.

Situasi sama juga berlaku di sini apabila kira-kira 2,000 penyokong Johor DT kecewa selepas gagal membeli tiket perlawanan akhir Piala FA kerana habis dijual di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Tengku Abdullah turut mengucapkan tahniah buat Kelantan dan Johor DT beraksi pada pentas akhir Piala FA, kelmarin yang dimenangi Red Warriors 1-0.

"Saya harap semua pihak dapat menerima keputusan perlawanan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Mazda CX-5 jimat tenaga, menghiburkan

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

Oleh NORILA DAUD
ekonomi@utusan.com.my

reka bentuk mazda cx-5 yang menarik.

WALAUPUN kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 dibawa masuk oleh syarikat Bermaz Sdn. Bhd. ke negara ini pada penghujung tahun lalu, namun tidak sampai beberapa bulan model itu telah mendapat sambutan hangat daripada pelanggan tempatan.

Berikutan itu, Bermaz dan Mazda Corporation Japan mengambil keputusan untuk melakukan pemasangan CX-5 secara tempatan (CKD) di Kilang Inokom, Kulim, Kedah pada tahun ini.

Terdahulu versi CBU (pemasangan luar negara) telah dipandu uji oleh beberapa wartawan permotoran tempatan. Bagaimanapun, baru-baru ini mereka sekali lagi dijemput untuk memandu uji versi CKD bagi membuat perbandingan daripada segi mutu dan prestasi kenderaan tersebut.

Perjalanan bermula dari Glenmarie, Shah Alam ke Pulau Pinang di mana Mazda CX-5 dilancarkan oleh pengurusan Bermaz dan Mazda Corporation Japan sebelum berkunjung ke kilang pemasangannya di Kulim, Kedah pada keesokannya.

Di kilang Inokom, pihak media diberi penerangan mengenai proses pemasangan SUV versi CKD itu bermula daripada pemasangan pintu, badan dan enjin sehinggalah ke peringkat mengecat dan pemeriksaan kualiti keseluruhannya mengikut piawaian yang ditetapkan.

Walaupun penulis tidak memandu uji versi CBU sebelum ini, namun apa yang dapat dikongsikan bersama ialah Mazda CX-5 adalah sebuah SUV yang berbaloi untuk dimiliki bukan kerana pengendaliannya yang baik ketika dipandu di jalan yang lurus tetapi pada permukaan jalan yang kurang memuaskan, SUV ini terus beraksi cemerlang.

Perjalanan sepanjang lebuh raya dari Ipoh ke Kuala Lumpur dengan kelajuan 130 kilometer (km) hingga 140 kilometer sejam (km/jam) tidak menghampakan penulis bersama-sama tiga rakan lain yang secara bergilir-gilir memandu uji kenderaan itu.

CX-5 varian pacuan empat roda itu terus membuktikan kecemerlangan dengan cengkaman rodanya yang meyakinkan di sepanjang perjalanan.

Yang paling menarik tentang kenderaan ini ialah enjinnya tidak bising walaupun dipandu laju dan keadaan ini menguja penulis untuk melakukan pecutan sehingga 160 km/jam pada sesetengah kawasan yang dirasai selamat.

Sebenarnya memandu SUV tidak digalakkan terlalu laju berikutan ketinggiannya yang mendedahkannya kepada risiko mudah terbalik jika tidak berhati-hati terutama ketika melalui permukaan jalan yang kurang baik.

Penulis yang merasa terhibur memandu SUV itu merasa teruja untuk menguji ketahanan, kelasakan di samping penjimatan tenaga dalam perjalanan jarak jauh itu.

Penulis turut menilai prestasi CX-5 dengan menjadi penumpang yang duduk di belakang dan sebagai pemandu. Dalam kedua-dua keadaan, pengalaman secara keseluruhannya adalah baik dan selesa.

Pemanduan dari kawasan rehat Bukit Gantang, Perak ke Glenmarie, Shah Alam dengan jarak kira-kira 260 km mengambil masa dua jam 20 minit setelah pemanduan diambil alih penulis daripada seorang rakan yang sebelum itu memandu dari Kulim, Kedah.

Bagaimanapun, pemanduan jarak jauh juga tidak membosankan kerana penulis dapat melihat jelas suasana di hadapan berikutan tempat duduknya yang selesa dan agak tinggi. Keadaan ini memudahkan penulis untuk memotong kenderaan lain dengan penuh keyakinan.

Tiga penulis permotoran yang turut berada dalam SUV itu memantapkan perjalanan kerana kenderaan tidak dirasai 'membuang' tatkala melakukan selekoh tajam.

Dalam keseronokan memandu laju, penulis mendapati sedikit kesukaran untuk melepasi tahap 120 km/jam dan tekanan minyak mengambil masa beberapa saat sebelum tahap pecutan naik ke paras lebih tinggi.

Berhubung masalah tersebut, seorang wakil pengurusan tertinggi dari Bermaz memberitahu, keadaan itu adalah antara ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada SUV itu supaya pemandu tidak terus memecut selain penjimatan tenaga dapat dilakukan.

TIV 640,000 sukar dicapai tahun ini

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

Ismet Suki berucap pada pelancaran Lexus IS Sport di Petaling Jaya, baru-baru ini. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid

PETALING JAYA 30 Jun - Sasaran jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) pada tahun ini sebanyak 640,000 seperti yang disasarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sukar dicapai berikutan masalah keyakinan pembeli.

Presiden UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Datuk Ismet Suki berkata, pada separuh pertama, pembeli masih terikat dengan sentimen berhati-hati sempena pilihan raya umum ke-13.

Katanya, hal ini kerana para pembeli kenderaan bertindak tunggu dan lihat sama ada terdapat sebarang keputusan dan pengumuman-pengumuman menarik daripada kerajaan.

"Jualan separuh pertama tahun ini tidak baik untuk semua peserta industri dan hal itu memberi kesan terhadap TIV keseluruhan.

"Namun, penjualan kenderaan pada separuh kedua dijangka lebih menarik,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran Lexus generasi ketiga, Lexus IS di sini baru-baru ini.

Ketika ditanya TIV bagi UMW Toyota, Ismet memberitahu, pihaknya menyasarkan mencapai jualan sebanyak 90,000 unit sepanjang tahun ini.

Jelasnya, Lexus sahaja menyumbang sebanyak 1,200 buah kepada TIV UMW Toyota.

"Model-model paling laris UMW Toyota adalah Vios, Hilux, Camry dan Avanza,'' ujarnya.

Ditanya sama ada UMW Toyota akan mengurangkan harga kenderaannya pada tahun ini, Ismet menambah, perkara itu tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Katanya, ini kerana pihaknya masih terikat dengan kos-kos operasi, logistik dan kos cukai daripada kerajaan seperti duti eksais.

"Apa yang anda perhatikan sekarang adalah kempen promosi kereta daripada peserta-peserta industri. Mereka hanya menawarkan diskaun dan rebat antara RM5,000 hingga RM6,000 sebuah bagi melariskan jualan yang lembap pada separuh pertama tahun ini.

Ditanya sama ada UMW Toyota akan memperkenalkan model baharu pada tahun ini, Ismet Suki berkata, pihaknya mungkin memperkenalkan model sedan serba baharu pada suku ketiga tahun ini.

Jelasnya, pengumuman rasmi mengenai pengenalan model serba baharu itu akan dilakukan dan sasaran pelanggan adalah dalam kalangan pertengahan dan profesional.

"Mungkin kami akan perkenalkan Toyota Vios serba baharu dan mungkin juga daripada model-model yang lain,'' ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


2 penunggang maut, 3 cedera

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI
dan AZIZI MAJID
pengarang@utusan.com.my

Motosikal yang terputus dua dalam kemalangan membabitkan empat buah motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah lori tangki di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing, semalam.

KOTA TINGGI 30 Jun - Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala tiga lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran susur masuk ke Taman Daiman Jaya di sini hari ini.

Nahas berlaku pukul 1 petang ketika kumpulan konvoi melibatkan 16 buah motosikal berkuasa tinggi dan lima kereta dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Terengganu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah lori tangki dari arah Mersing hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas dan melintang di lebuh raya.

Katanya, empat buah motosikal dari konvoi itu gagal mengelak lalu merempuh lori tangki berkenaan menyebabkan salah sebuah daripadanya terbakar dan sebuah lagi terputus dua.

Kemalangan ngeri itu berpunca daripada keadaan permukaan jalan yang licin akibat hujan, namun punca sebenar masih disiasat.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita semasa ditemui di pekarangan bilik mayat hospital di sini.

Mohd. Nor berkata, mangsa yang terbunuh ialah Abdul Rashid Mansor, 48, beralamat di Taman Ibai Indah, Ibai Golf Resort, Kuala Ibai, Kuala Terengganu dan Mohamad Hisham Salleh, 36, dari Kampung Gemuroh, Marang.

Kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Dua mangsa yang cedera parah ialah Saufi Said, 48, dan Anisar Muhammad, 49, dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, manakala seorang lagi mangsa, Muhd. Zulkeri Embong, 45, hanya cedera ringan.

Menurut Mohd. Nor, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori tangki berkenaan yang tidak mengalami kecederaan ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, seorang peserta konvoi, Shahir Zulfyri Muhd. Zulkeri, 24, yang juga anak kepada Muhd. Zulkeri dan Anisar berkata, rombongan konvoi itu bertolak dari Johor Bahru pukul 10.30 pagi.

Saya tidak menunggang motosikal sebaliknya menaiki kereta, bapa saya menunggang motosikal Harley Davidson manakala ibu pula jadi pembonceng.

Kejadian berlaku begitu pantas. Saya bersyukur ibu dan bapa saya selamat walaupun mengalami kecederaan," katanya.

Tiga ahli kelab rugi RM162,600

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 30 Jun - Demi menyokong pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), tiga lelaki mewakili dua kelab peminat pasukan itu berusaha menguruskan pembelian tiket perlawanan dan bas bagi membawa 3,165 penyokong menyaksikan perlawanan akhir Piala FA menentang Kelantan di Stadium Bukit Jalil di sini malam tadi.

Niat murni Mohd. Afis Abd. Salim, 30, dan Rosli Abd. Raman, 30, dari kelab peminat bola sepak Johor Darul Takzim Cyber Fans Club serta Mohd. Rahmat Baseri, 31, dari Darul Takzim Supporters bagaimanapun mengundang masalah apabila mereka menjadi mangsa penipuan ulat tiket perlawanan dan bas.

Akibat percaya kepada individu ketiga untuk mendapatkan tiket perlawanan dan bas membawa penyokong dari Johor ke Bukit Jalil, mereka terpaksa menanggung kerugian RM162,600 setelah diperdayakan oleh ulat tiket berkenaan.

Ketiga-tiga mereka kini hidup dalam ketakutan kerana dimaki-hamun, diugut dicedera dan dibunuh oleh penyokong bola sepak yang berang selepas gagal mendapatkan tiket dan bas untuk menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

Mohd. Afis mendakwa, mereka terpaksa menerima tawaran ulat untuk mendapatkan tiket perlawanan setelah permohonan untuk membeli tiket secara pukal menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor ditolak pada Rabu lalu.

Katanya, melalui seorang rakan, mereka diperkenalkan kepada seorang lelaki dikenali sebagai Izal yang mendakwa dirinya seorang peminat dari sebuah kelab penyokong bola sepak Johor dan menjanjikan boleh mendapatkan tiket perlawanan sebanyak 3,165 keping dengan harga RM48 berbanding RM40 harga asal.

"Dalam pertemuan pertama dengan Izal berhampiran pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi, Johor pada Rabu lalu, kami bersetuju untuk membeli tiket perlawanan daripadanya kerana kata-katanya yang cukup menyakinkan iaitu dia mendakwa mengenali dan bersahabat baik dengan orang penting dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Selepas persetujuan dicapai, saya bersama Rosli dan tiga lagi rakan kemudian bertemu semula dengan Izal di gerai makan Stadium Bukit Jalil untuk menyerahkan wang membayar tiket sebanyak RM63,000 pada keesokan harinya dan Izal berjanji memberi tiket kepada kami pada petang hari yang sama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Afis berkata, Izal bagaimanapun gagal menyerahkan tiket dijanjikan sehinggalah pada malam perlawanan dan terus gagal dihubungi sehingga kini.

Sementara itu, Mohd. Rahmat yang turut menjadi mangsa Izal memberitahu, dia turut ditimpa nasib sama setelah menyerahkan wang RM81,600 untuk membeli tiket perlawanan bagi ahli-ahli kelabnya.

Kata Mohd. Rahmat, dia memilih membeli tiket daripada Izal kerana gagal mendapatkan tiket secara pukal dan tertarik dengan harga ditawarkan memandang harga itu jauh lebih murah berbanding tawaran ulat tiket yang menjual secara dalam talian iaitu RM70.

Rosli pula berkata, selain gagal mendapatkan tiket perlawanan, mereka turut ditimpa masalah apabila 13 bas persiaran yang ditempah bagi membawa penyokong menyaksikan akhir Piala FA dari sebuah syarikat bas di ibu negara melalui orang tengah tidak diterima sepenuhnya.

"Hanya enam bas yang sampai dan lebih mengejutkan lima daripadanya merupakan bas sekolah yang sudah usang dan tidak selesa sedangkan kami dijanjikan bas persiaran.

"Akibatnya, penyokong yang tidak mendapat bas pergi ke Bukit Jalil mengamuk dan cuba menyerang kami tetapi mujur kami sempat diselamatkan oleh polis," katanya.

Rosli berkata, dia sudah membayar wang pendahuluan sebanyak RM18,000 untuk menempah 13 bas berkenaan yang disewa pada harga RM2,300 sebuah dan mujur mempunyai baki duit tempahan untuk membayar ganti rugi kepada penyokong yang gagal mendapatkan bas.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Kajian tindakan merit guru cemerlang

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

Oleh Wahid Hashim
pendidikan@utusan.com.my

Sebahagian daripada peserta dalam majlis penutupan Seminar Kajian Tindakan Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan 2013 di Politeknik Port Dickson, baru-baru ini.

PEMBENTANGAN kertas kajian tindakan yang bermakna dan berkesan kepada pengajaran dan pembelajaran akan dijadikan kriteria asas pemberian merit dalam pemilihan Guru Cemerlang.

Ahli Jawatankuasa Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Negeri Sembilan, Ramli Othman berkata, pembikinan sesuatu kertas kajian tindakan bukan sahaja memerlukan kemahiran akademik dan ketajaman minda saintifik, tetapi juga keterampilan ketika membentangkan kertas kajian mereka.

Beliau memberikan beberapa contoh guru biasa yang kini dimartabatkan sebagai Guru Cemerlang setelah mereka menghasilkan beberapa penyelidikan dan membentangkan kertas kajian di seminar di dalam dan luar negara.

Ramli yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Muhammad Yusof di Linggi, Negeri Sembilan menambah, inisiatif untuk mengadakan kajian tindakan dalam kalangan guru bertujuan melahirkan budaya penyelidikan bilik darjah.

Katanya, ia bermula pada 1995, apabila dia mendapat latihan di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD) dengan tenaga pengajar daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Wollongong, Australia.

Kemudian budaya itu mula diterapkan di Negeri Sembilan sekitar tahun 2000, dan kini beberapa guru mulai menunjukkan inisiatif menjalankan kajian tindakan di sekolah masing-masing dan membentangkannya di seminar-seminar tempatan dan antarabangsa.

Beliau memberikan contoh guru Matematik Cemerlang dari Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER), Noraini Kasim, yang banyak menjalankan kajian tindakan di sekolahnya dan dikongsi dengan semua pendidik.

Noraini yang ditemui berkata, penemuannya terhadap penggunaan simbol swastika dalam subjek pengajarannya itu memudahkan proses pembelajaran pelajarnya.

''Apa yang pasti ia mencapai objektif dan kita dapat memudahkan pelajar untuk belajar dan ia amat efektif kerana prestasi mereka meningkat sejak ia diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya.

''Saya bersyukur dan gembira kerana ia amat memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar saya, malah dapat diperluaskan kepada guru dan pelajar lain melalui perkongsian hasil kajian saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membentangkan hasil kajiannya dalam Seminar Kajian Tindakan JPNS 2013 di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Sebanyak 21 kertas kajian daripada 18 buah sekolah dibentangkan pada seminar Kajian Tindakan baru-baru ini, dan sebahagiannya layak diberi perhatian berdasarkan kesan ketara terhadap pedagogi di sekolah masing-masing.

Sebagai contoh, kertas kajian tindakan bertajuk Paten Nombor Genap (PNG) oleh dua guru prasekolah Sekolah Kebangsaan Tanjung Agas di Port Dickson, Negeri Sembilan, Norhaizan Ismail dan Zainah Kadiman berjaya meningkatkan keupayaan pelajar berumur lima dan enam tahun menghafal sifir dua, empat, enam dan lapan dengan lancar.

Dengan menggunakan sumber tersedia di sekitar murid, seperti jubin lantai bilik darjah bagi menyediakan petak yang selaras dengan kaedah PNG, maka memadai untuk kedua-dua guru kreatif itu memupuk minat kanak-kanak menghafal sifir, yang dikatakan sebagai ibu pengiraan.

Seminar dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik serta Majlis Pengetua Negeri Sembilan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Kalsom Khalid pula berkata, memang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 sehingga 2015 (PPPM 2013-2015) menuntut guru berfikir pada aras tinggi supaya mereka mampu merancang dan melaksanakan kajian tindakan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Beliau berharap seminar itu dapat menggarap pelbagai persoalan dan isu pendidikan di dalam dan luar bilik darjah.

Pelan Pembangunan Pendidikan pastikan sistem kita setaraf negara maju

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

Sistem pendidikan negara wajar menyediakan murid untuk bersaing secara kompetetif bukan hanya di peringkat dalam negara malah berkemampuan menyahut cabaran dalam skop global.

Pegawai Bahagian Pengurusan Projek Kementerian Pendidikan, Dr. Hayati Ismail berkata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang bakal dilancarkan Ogos ini adalah pendekatan terbaik dan mampu mengubah senario pendidikan negara ke tahap antarabangsa setanding dengan negara-negara maju.

"Walau bagaimanapun, pelaksanaan PPPM hanya mencapai matlamat jika dilakukan dengan penglibatan aktif daripada pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti demi membentuk satu ekosistem pembelajaran yang terbaik.

"Kita tidak boleh lagi melihat sekolah sebagai satu institusi tunggal untuk kita membentuk anak-anak kita kerana sistem pendidikan sekarang memerlukan satu ekosistem

''Hal ini demikian kerana, anak-anak kita hanya berada di sekolah 14 peratus daripada masa mereka setahun manakala baki 86 peratus masa mereka digunakan bersama keluarga serta masyarakat," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Konvensyen Pendidikan Melayu dan Bumiputera: Di mana Anak Kita? dalam sesi forum mengenai topik Meritokrasi Dalam Pengambilan Pelajar Melayu dan Bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta Kesannya Kepada Pembangunan Sumber Manusia, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Konvensyen sehari anjuran Yayasan Pelajaran Mara, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu dihadiri kira-kira 1,000 peserta terdiri murid sekolah dan penuntut Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

PPPM yang dirangka secara strategik meliputi 11 Anjakan termasuklah penyediaan akses, penguasaan kemahiran berbahasa dan penghayatan nilai.

Pelan komprehensif itu diiktiraf badan dunia Unesco kerana melakukan 'public engagement' di samping mengandungi pelan strategik perlaksanaannya.

Kementerian Pendidikan telah menjalankan sesi dialog terbuka di setiap negeri, mengadakan persidangan meja bulat, menerima 7,000 syor daripada umum mengenai keperluan dan kesesuaian yang perlu dimuatkan pada pelaksanaan pelan tersebut.

Pelaksanaan PPPM berlangsung mengikut tiga gelombang perubahan bermula gelombang pertama tahun ini sehingga tahun 2015 diikuti lima tahun seterusnya dan gelombang ketiga bermula tahun 2020 hingga 2025.

Menurut Hayati, impak pelaksanaan pelan itu mengambil masa panjang dan memerlukan masa untuk melihat hasil perubahan ke atas senario pendidikan negara yang memerlukan pelbagai pengubahsuaian.

Beliau menambah, PPPM juga dihasratkan untuk memberi impak besar kepada masyarakat Melayu sejajar dengan senario di sekolah kebangsaan ketika ini.

"Perkara ini adalah wajar sejajar dengan senario semasa di sekolah kebangsaan yang menunjukkan majoriti muridnya dan 85 peratus gurunya ialah Melayu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


450 pekerja kilang jatuh sakit akibat air tercemar

Posted: 30 Jun 2013 09:35 AM PDT

DHAKA 1 Julai - Kira-kira 450 pekerja di sini mengadu sakit selepas mendapati air di tempat kerja mereka tercemar, kejadian kedua yang melanda kilang pakaian dalam tempoh beberapa hari ini.

Menurut Ketua Polis tempatan, Badrula Alam, kebanyakkan pekerja yang mengadu sakit adalah terdiri daripada pekerja wanita dan dimasukkan ke hospital selepas mereka mula muntah dan mengadu sakit perut selepas minum air yang dibekalkan oleh kilang di bandar perindustrian Ashulia.

"Kira-kira 450 pekerja telah dibawa ke hospital yang berbeza," kata Alam sambil menambah bahawa kebanyakan mangsa telah pun dilepaskan dari hospital.

Alam berkata pemilik kilang telah menutup operasi kilang mereka manakala polis menghantar sampel air ke makmal untuk ujian. - AFP

Lelaki bunuh 4 individu sebelum bunuh diri di China

Posted: 30 Jun 2013 09:30 AM PDT

BEIJING 1 Julai - Seorang lelaki di utara China membunuh empat ahli keluarga termasuk seorang cucu lelaki berusia 7 tahun sebelum membunuh diri dalam pertelingkahan dengan bekas menantu.

Seorang lelaki yang berusia 60 tahun dan dikenali dengan nama Zhao dikatakan pergi ke rumah bekas menantu yang bernama Zan, petang semalam.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, Zhoa kemudian bertindak membunuh Zan dan isterinya, menantu perempuan bersama cucunya dengan sebilah tukul dan pisau pemotong. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Memantau integriti penjawat awam

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

BERIKUT ialah bahagian akhir wawancara bersama Ketua Setiausaha Negara, TAN SRI ALI HAMSA tentang semangat Merakyatkan Perkhidmatan Awam" bersama wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID.

UTUSAN: Bagaimana penambahbaikan melibatkan pegawai pelaksana?

ALI: Penambahbaikan melibatkan mereka telah dimulakan apabila Perdana Menteri mengumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) di mana mereka yang menjawat Gred 1 hingga Gred 10 akan dibuat penambahbaikan terhadap gred mereka. Tidak ada lagi gred yang lebih rendah dan kelayakan mereka sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan boleh mula pada Gred 11. Contoh skim perkhidmatan yang terlibat antaranya Pembantu Am Pejabat, Pemandu Kenderaan dan Tukang K3.

Proses perbincangan dalam memuktamadkan penambahbaikan skim-skim perkhidmatan tersebut dijangka akan selesai sebelum akhir tahun ini. Dengan penambahbaikan skim-skim perkhidmatan berkenaan, maka daripada segi jangka panjang seramai 166,541 penyandang akan menerima manfaat dari segi laluan kerjaya yang lebih baik dan peningkatan sewajarnya dalam gred gaji mereka.

Bagaimana Tan Sri melihat beberapa persepsi negatif yang ditimbulkan oleh rakyat melibatkan penjawat awam antaranya rasuah, kerenah birokrasi, pegawai kanan berbelanja secara boros dan sebagainya. Apakah cabaran yang perlu dilalui Tan Sri dalam menidakkan dan menjelaskan perkara ini?

ALI: Isu yang selalu dibangkitkan oleh segelintir masyarakat terhadap agensi kerajaan dan penjawat awam adalah berkaitan isu birokrasi dan integriti. Saya berpandangan dalam isu ini, rakyat tidak boleh meletakkan kesalahan semata-mata kepada penjawat awam secara keseluruhan. Sebagai contoh, proses pengeluaran pasport antarabangsa suatu masa dahulu memerlukan tempoh masa sebulan setengah untuk disiapkan, bagaimanapun pada hari ini, penyiapannya hanya memerlukan masa satu jam sahaja. Banyak sektor kerajaan pada hari ini telah menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan mereka. Kemudahan-kemudahan ini adalah antara perkhidmatan yang ditawarkan untuk memberi kemudahan kepada rakyat dan proses penambahbaikan ini sentiasa berterusan.

Antara pembaharuan yang telah laksanakan oleh kerajaan adalah dengan pengenalan Pusat Transformasi Bandar (Urban Tranformation Centre - UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Centre - RTC). Suatu masa dahulu, terdapat anggapan bahawa sektor kerajaan hanya bekerja dalam waktu pejabat iaitu 8 pagi hingga 5 petang. Bagaimanapun pada hari ini, dengan penubuhan UTC dan RTC ini, anggapan tersebut tidak boleh diguna pakai lagi. Penjawat awam kini sedia bekerja luar daripada waktu pejabat, contohnya bagi UTC dan RTC ini yang waktu operasinya 8 hingga 10 malam, pegawai kerajaan sentiasa bersedia berkhidmat. Penjawat awam telah melakukan transformasi minda dengan sedia bekerja dengan waktu kerja yang fleksibel. Penjawat awam hari ini sentiasa sedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan kemudahan terbaik untuk rakyat. Program-program penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam diperkenalkan oleh kerajaan selain UTC dan RTC ini adalah pusat panggilan setempat atau dipanggil Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC-1Malaysia One Call Centre).

Isu integriti dalam kalangan penjawat awam pula sentiasa dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khususnya melalui siasatan kes-kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Malahan SPRM juga sentiasa menyediakan khidmat pemeriksaan dan perundingan dan sedia memberi khidmat nasihat untuk mengkaji sistem dan prosedur mana-mana jabatan kerajaan supaya menutup ruang dan peluang rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan. Manakala Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) pula bertanggungjawab memantau integriti dalam kalangan pegawai agensi penguatkuasaan supaya sistem penyampaian yang disediakan sentiasa memenuhi kehendak dan harapan rakyat. Kedua-dua agensi ini berperanan bagi memastikan penjawat awam sentiasa melaksanakan tugas mengikut peraturan dan bidang kuasa yang diperuntukkan, dan sekiranya mana-mana penjawat awam melakukan apa-apa kesalahan, mereka pasti akan diambil tindakan demi memelihara integriti sektor awam.

Mutakhir ini didapati tahap integriti penjawat awam meningkat apabila statistik menunjukkan terdapat perubahan ketara dari segi jumlah penjawat awam yang menolak rasuah dan kemudian melaporkan kes tersebut kepada SPRM. Pada tahun 2010, sebanyak 414 tangkapan, 2011 pula sebanyak 343 dan pada 2012 pula mencatatkan 252 kes di mana penjawat awam telah menolak rasuah dan kemudian melaporkan kepada SPRM bagi kes-kes yang mana orang awam cuba merasuah mereka. Ini adalah petanda dan kayu ukur kepada peningkatan integriti penjawat awam dan saya percaya, integriti penjawat awam ini semakin hari semakin meningkat kepada tahap lebih baik. SPRM dan SIAP mampu memainkan peranan dalam memastikan mereka bersalah dan menyeleweng serta penjawat awam yang melanggar undang-undang diambil tindakan dan dikenakan hukuman yang sewajarnya.

Apakah Tan Sri melihat Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) masih relevan sebagai jawatan premier dan jika benar apakah yang perlu dilakukan untuk memperkasakan mereka?

ALI: PTD masih relevan dalam memegang jawatan premier perkhidmatan awam. Salah satu skim yang ada dalam perkhidmatan awam ialah skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik. PTD dilatih untuk memainkan pelbagai peranan yang berbeza dalam perkhidmatan awam seperti menggubal dasar dan menjadi pelaksana dasar tersebut, mahupun menjadi penasihat, perunding, penyedia perkhidmatan dan pengurus, pengurusan kewangan dan juga teraju pimpinan dalam perkhidmatan awam. Skim ini juga khusus menjaga pentadbiran kementerian-kementerian, agensi-agensi pusat, di peringkat negeri, daerah, termasuk di luar negeri dan juga kedutaan-kedutaan. Skim PTD sudah ditubuhkan sejak negara merdeka dan peranan mereka sangat khusus dan kemasukan ke PTD juga mempunyai kriteria tertentu.

PTD juga bukan eksklusif untuk hanya graduan baru sahaja tetapi terbuka dan semua boleh memohon termasuk penjawat awam yang sedia ada. Andaian PTD adalah eksklusif adalah hanya tanggapan semata-mata. Mereka (PTD) perlu berubah mengikut keadaan semasa dengan perlu mengamalkan keterbukaan termasuk menggunakan media sosial dan bersedia untuk menjawab persoalan yang dikemukakan dalam saluran terbabit daripada orang awam. Daripada aspek kenaikan pangkat, ia adalah seperti biasa, malahan golongan profesional dilihat mempunyai peluang kenaikan pangkat lebih cepat daripada PTD. Untuk kekal relevan, pegawai PTD diingatkan pegawai PTD supaya meningkatkan diri sendiri dan pengetahuan yang ada, agar sentiasa berupaya dan bersedia untuk menghadapi cabaran baru yang dibawa oleh peredaran masa.

PTD perlu sentiasa think out of the box dan mencari penyelesaian yang inovatif dan kreatif supaya boleh membuat penambahbaikan yang berterusan dan tidak berada di takuk yang lama dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam (atau Search and Assist) yang diperkenalkan, pegawai PTD perlu turun padang" dan mencari" rakyat yang memerlukan bantuan, dan menyelesaikan masalah mereka. Pegawai PTD juga perlu sentiasa ingat bahawa sebagai penjawat awam, mereka perlu bertanggungjawab kepada kepentingan awam, dan memastikan kepentingan awam sentiasa ditegakkan. Saya yakin bahawa pegawai PTD akan dapat terus menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik dan kekal relevan.

Bagaimana dengan kedudukan penjawat awam yang menjadi sasaran politik, serta apa yang wajar dilakukan berikutan landskap politik negara yang telah berubah?

ALI: Terdapat silent majority (majoriti senyap) yang tidak berkata apa-apa dalam soal politik yang mana mereka ini berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan kerajaan, tetapi terdapat juga pihak-pihak tertentu yang selalu juga melemparkan pelbagai persoalan, yang ragu terhadap kebolehan dan integriti penjawat awam. Kita tidak menyalahkan sekiranya persoalan-persoalan ini mempunyai bukti kerana terdapat agensi yang bertanggungjawab menguruskan salah laku penjawat awam seterusnya dan tindakan boleh diambil. Perkara yang kita tidak persetujui, tidak boleh diterima ialah tohmahan-tohmahan yang tidak berasas terhadap penjawat awam kerana tidak ada bukti yang dikemukakan dan ia boleh disifatkan sebagai fitnah semata-mata.

Sekiranya seseorang itu bertanggungjawab, kritikan membina, cadangan dan maklum balas untuk memperbaiki perkhidmatan awam adalah diterima tetapi bukannya fitnah yang mensasarkan agensi atau jabatan tertentu yang sengaja dilakukan untuk menjatuhkan imej penjawat awam. Untuk perkara ini, pesanan saya ialah tindakan untuk melawan semula dengan memberikan fakta dan juga perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Penjawat awam perlu memberi penerangan dengan membenteng dan bersedia menangkis kritikan yang melulu.

Bagaimana Tan Sri melihat cadangan daripada pihak pembangkang untuk mengurangkan saiz penjawat awam?

ALI: Malaysia mempunyai 1.4 juta penjawat awam untuk 29 juta orang penduduk dan sama ada saiz itu besar atau kecil bergantung kepada definisi yang digunakan di negara ini. Menurut Perlembagaan, tentera, polis dan guru adalah termasuk dalam struktur perkhidmatan awam, berbeza dengan sesetengah negara termasuk negara maju di mana ketiga-tiga ini tidak termasuk dalam definisi penjawat awam. Jumlah penjawat awam yang ada pada masa ini adalah saiz yang tepat (right size) untuk negara ini. Sebagai negara yang membangun yang menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020, terdapat pelbagai perkara yang mahu disampaikan kepada rakyat termasuk program-program pembangunan di bandar dan luar bandar.

Oleh yang demikian, negara memerlukan tenaga kerja dalam membantu melicinkan pelaksanaan semua dasar-dasar dan projek kerajaan dan oleh itu saiz yang ada adalah sesuai. Ada juga kemungkinan sekiranya terdapat keperluan yang mendesak jumlah penjawat awam akan ditambah. Permohonan memasuki perkhidmatan awam adalah terbuka kepada semua kaum. Adalah ditegaskan tidak ada dasar untuk menghalang atau menutup peluang mana-mana kaum daripada kalangan rakyat Malaysia untuk memohon menjadi penjawat awam. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dari semasa ke semasa sentiasa mengadakan kempen untuk pelbagai kaum menyertai perkhidmatan awam di mana kerajaan turut memaklumkan dari aspek gaji, kemudahan yang diperolehi sebagai penjawat awam. Kenaikan pangkat berdasarkan sesuatu kaum juga adalah satu tohmahan semata-mata. Kenaikan pangkat adalah berdasarkan beberapa aspek iaitu pengetahuan, kelayakan akademik, pengalaman, sahsiah diri di samping kekosongan jawatan. Ini jelas untuk jawatan Ketua Setiausaha kementerian yang kini mempunyai beberapa orang KSU bukan Melayu.

Nasihat Tan Sri kepada penjawat awam yang masih berpolitik.

ALI: Peraturan mengenai larangan berpolitik memang telah wujud sejak sekian lama dan diperbaharui pada April 2009. Tugas penjawat awam bukannya berpolitik dan apabila baru-baru ini terdapat aduan penjawat awam menghabiskan masa berpolitik, mereka sudah dimaklumkan supaya berhenti berbuat demikian dan meneruskan tugas dan amanah melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Jikalau ada pegawai yang terlibat, tindakan tatatertib akan diambil dan semua ketua jabatan juga diminta mengambil tindakan mengikut pekeliling yang sedia ada. Tindakan akan dikenakan mengikut peraturan yang sedia ada iaitu Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.1.

Kami difahamkan Tan Sri adalah penyokong tegar kelab Liverpool dan apakah ini sebahagian daripada cara mengisi masa lapang dan menghilangkan tekanan kerja?

ALI: Apabila seseorang menyandang jawatan sebegini, kerja serta cabaran yang dihadapi adalah 24-7 iaitu 24 jam seminggu. Tugas sebagai Ketua Setiausaha Negara ini sangat mencabar namun ia juga merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul setelah diberikan kepercayaan oleh kerajaan.

Saya percaya bahawa kita perlu mempunyai keseimbangan antara kerjaya dan keluarga. Jadi, saya cuba meluangkan satu hari setiap minggu bersama keluarga. Selain daripada itu, saya gemar menonton Liga Perdana Inggeris, terutamanya pasukan kegemaran saya Liverpool, sebagai salah satu cara untuk merehatkan diri pada hujung minggu. Saya juga giat mengikuti liga bola sepak tempatan yang semakin hangat persaingannya.

Kalau sudah sedap dan ketagih, lupa mudarat

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

Oleh Hassan Mohd. Noor

BARU-BARU INI, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengenakan larangan terhadap penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau e-rokok, yang tidak mengandungi tembakau. Persatuan itu mendakwa semakin ramai anak muda tertarik menggunakan e-rokok yang pertama kali diperkenalkan di China pada Mei 2004 yang secara langsung memberi kesan negatif alat itu sebagai kaedah menghentikan tabiat merokok.

Para saintis di University of Athens, Greece, mendapati e-rokok boleh menyebabkan kerosakan kepada paru-paru dan nikotin yang merupakan racun toksik serupa dengan racun serangga. Apabila terlalu banyak yang dihisap, ia boleh membawa kepada keracunan nikotin yang menyebabkan muntah, rasa mual dan pening.

Rokok elektronik itu merupakan alat yang menggunakan bateri untuk katrij yang berisi cecair yang mengandungi pelbagai perisa seperti pudina, vanila, ceri dan biji kopi.

Semalam, CAP muncul lagi dengan gesaannya supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penggunaan shisha sama seperti fatwa yang mengharamkan rokok.

Gesaan itu susulan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding rokok.

Seperti e-rokok, shisha juga mempunyai pelbagai perisa. Pada 2012, CAP telah menggesa supaya shisha diharamkan kerana penggunaannya boleh memudaratkan kesihatan. Bagaimanapun gesaan itu tidak mendapat perhatian walaupun penggunaannya semakin berleluasa di seluruh negara terutama dalam kalangan anak muda.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau lain. Penghisap shisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter. Mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.

Perlis muncul dengan fatwanya mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha. Sebelum ini Melaka mengambil tindakan yang sama. Beberapa negeri lain dijangka mengikut jejak ini. Mungkinkah Majlis Fatwa Kebangsaan juga akan mengambil pendekatan yang sama seperti mengharamkan rokok?

Jika ini berlaku, persoalannya sejauh manakah fatwa seumpama ini mampu menyedarkan pengguna terutama dalam kalangan masyarakat Islam yang sudah ketagih? Tidak kiralah sama ada rokok, e-rokok atau shisha.

Apabila sudah sedap dan ketagih, maka soal makruh, mudarat dan haram menjadi perkara kedua. Perkara pertama, ialah mengutamakan sedutan. Biarlah apa orang kata, apa yang penting nikmat sedutan itu. Pedulikan soal fatwa atau segala kajian mengenai kesan terhadap kesihatan, soal poket kering, asalkan dapat menikmati sedutan berkenaan. Walaupun sudah banyak yang memperkatakan mengenai kesan buruk sedutan rokok, e-rokok dan shisha, semuanya itu tidak berkesan. Begitu juga dengan pelbagai kempen yang dilakukan oleh kerajaan. Ruangan Selak ini juga beberapa kali memperkatakan tentang bahaya rokok ini. Pada awal ruangan ini iaitu menjelang fajar 2009, Selak sudah mengajak pembaca terutama perokok meninggalkan tabiat merokok ini melalui tulisan bertajuk Hijrah demi undang-undang dan nyawa manusia (29 Disember 2008) diikuti Apabila perokok ketegar, undang-undang jadi hiasan (22 Jun 2009), Bicara harga kembar si manis dan si racun pembawa diabetis (11 Januari 2010), Kos berubat lebih mahal daripada sekilo gula, sekotak rokok (16 Mei 2011) dan Harga gula, fatwa rokok selepas bentang Bajet 2013 (1 Oktober 2012). Hampir setiap tahun, ada sahaja peruntukan atau undang-undang berkaitan penguatkuasaan mengenai larangan merokok termasuk meluaskan kawasan larangan. Bagaimanapun semuanya itu tinggal peraturan di atas kertas.

Orang ramai masih merokok di kawasan larangan termasuk di kawasan-kawasan yang berhawa dingin sama ada di kompleks membeli-belah, pejabat, lapangan terbang, stesen kereta api, stesen bas dan sebagainya. Peraturan dan hukuman tidak mampu mendidik mereka untuk mematuhi arahan. Tidak ada penguatkuasaan.

Apalah yang ada pada undang-undang dan peraturan kerana operasi penguatkuasaan hanya dilakukan sekali-sekala. Bagi yang beragama Islam, jika fatwa haram boleh ditolak ke tepi, inikan pula penguatkuasaan yang boleh ditebus dengan membayar denda RM. Wang ringgit boleh dicari untuk membeli dan membayar denda kerana kesalahan merokok di tempat awam. Bagi sesetengah orang, istilah haram itu hanyalah melibatkan beberapa perkara yang perlu dipatuhi.

Dalam erti amat sukar untuk menentukan sejauh mana seseorang itu cuba mengelak daripada melakukan perkara yang diharamkan. Saban hari sama ada sedar atau tidak, ada sahaja perbuatan atau tindakan yang menjurus ke arah melanggar perkara yang diharamkan. Samalah seperti menyertai perhimpunan haram. Hakikatnya, kita mudah lupa soal haram, makruh dan mudarat kerana nikmat yang dikecapi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Faradhiya Cinta tak menjadi

Posted: 30 Jun 2013 05:53 AM PDT

Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my
Foto FARIZWAN HASBULLAH
Solekan BOSCO RYZAL (016-6091614)

HAMPIR satu dekad melayari hidup sebagai anak seni bukan satu jangka masa yang pendek buat wanita berkulit cerah ini. Bermacam-macam liku sudah dilalui oleh Faradhiya. Namun kini dia lebih realistik. Berbanding ketika darah muda menguasai diri, dewasa ini dia semakin matang seiring dengan peningkatan usia. Tidak ada apa lagi yang diharapkan oleh gadis kacukan ini selain mahu terus menerus menikmati kebahagiaan - nikmat yang harus dikecapi oleh setiap insan.

Mengakui dirinya bertuah dek kerana perjalanan seninya lancar selama ini, Farahdhiya yakin itu berkat usaha gigih berterusan yang dilakukan sejak rasmi bergelar anak seni. Bagi wanita yang menginjak usia 29 tahun ini bidang seni dan dirinya cukup bersatu apatah lagi cita-citanya untuk bergelar penyanyi sejak di bangku sekolah sudah tercapai.

Dia masih ingat lagi ketika mula-mula merakamkan lagu hampir sepuluh tahun yang lalu.

Meskipun wajahnya masih lagi asing ketika itu, kekuatan lagu Bertakhta Di Hati membawanya bertahan sampai hari ini. Tuah lagu tersebut begitu besar sehingga mempopularkan namanya ke persada muzik tanah air.

Paling tidak lagu itulah yang banyak membukakan pintu rezeki buat pemilik nama sebenar Farahdhiya Mohamed Amin sehingga berjaya menerobos tempat sebagai salah seorang penyanyi berbakat besar.

Namun sejak akhir-akhir ini namanya sedikit tenggelam. Sudah kurang publisiti yang diberikan kepadanya sehingga menimbulkan seribu tanda tanya.

Saya tidak akan keluar cari publisiti jika tak ada benda nak cerita. Kalau ada produk baru atau ada perkara yang baik tak ada masalah," jelasnya memulakan bicara.

Sedia berkahwin

KURANG setahun sebelum usianya genap 30 tahun, dia tahu sudah pasti soal jodoh tidak akan terlepas daripada terus diajukan kepadanya.

Mungkin bagi sesetengah orang yang berstatus bujang, dalam usia begitu mereka tertekan dek kerana belum bertemu jodoh. Berbeza dengan dirinya. Itu bukan masalah besar yang harus diambil pusing untuk terus menyesakkan kepalanya.

Dahulu saya pernah menyasarkan untuk berkahwin sebelum usia 30. Sampai sekarang pun rasanya kurang setahun sahaja masa yang ada untuk saya memenuhkan janji tersebut.

Tapi saya tak terlalu kecoh nak berkahwin macam orang lain sebab saya anggap masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai untuk menjadi suami saya.

Kalau nak ikutkan memang ramai lelaki yang datang menghimpit. Mungkin ada beberapa perkara yang tak kena dan membuatkan pintu hati saya tak terbuka untuk mereka.

Saya memang cerewet dalam bab-bab macam ini. Saya tak mahu menggadaikan masa depan dengan memilih lelaki yang entah apa-apa hanya kerana nak berkahwin macam orang lain.

Ini bukan perkara main-main yang boleh kita cuba-cuba. Semua orang pun kalau boleh nak berkahwin sekali sahaja seumur hidup," jelasnya.

Mengimbau kembali beberapa cerita cinta yang tidak menjadi sebelum ini, Faradhiya tidak pernah meletakkan harapan setinggi gunung setiap kali rapat dengan mana-mana lelaki.

Baginya dalam fasa perkenalan macam-macam perkara boleh berlaku sama ada cinta tidak menjadi atau sebagainya.

Tegasnya, dia tidak ada masalah untuk mencari teman lelaki tetapi untuk mencari calon suami, baginya bukan perkara mudah.

Lebih-lebih lagi keluarganya pun tidak mendesak berhubung isu yang satu itu malah cukup memahami dan tak kisah andai kata jodoh lewat tiba.

Mungkin keluarga lebih suka saya tak kahwin lagi sebab hanya saya anak perempuan di dalam keluarga. Kalau sudah berkahwin nanti mungkin sedikit menjarakkan hubungan kami sebab saya dah berkeluarga," katanya sambil tertawa.

Kecil hati

Sejak muncul di persada seni, nama Farahdhiya lebih terkenal sebagai penyanyi berbanding bidang lakonan. Namun sejak membintangi beberapa buah drama namanya semakin memuncak sebagai pelakon.

Sering kali diberikan dengan pelbagai variasi watak dia tidak pernah mengeluh namun baginya bidang nyanyian tetap diminati.

Saya tahu impak lagu pertama itu melekat sampai hari ini. Pergi ke mana-mana pun orang masih ingat lagu Bertakhta Di Hati. Sebab itu saya enggan meninggalkan bidang nyanyian walaupun rezeki banyak dalam bidang lakonan.

Bukan tak ada niat nak buat lagu baru tapi saya kekurangan masa. Saya pun dah rakam tiga lagu untuk dimuatkan di dalam album akan datang. Tapi sampai sekarang belum berkesempatan nak menghabiskan rakaman baki lagu lain," jelasnya satu persatu.

Menggunakan khidmat komposer Julfekar sebagai penerbit album akan datang, wanita ini berharap agar produknya akan mendapat sambutan seperti sebelum-sebelum ini.

Namun di dalam hati kecilnya dia menyimpan rasa perit apabila lagu Kau Telah Pergi kurang mendapat sambutan peminat. Tidak tahu di mana silapnya, perkara tersebut benar-benar membungkam hati kecilnya.

Saya ada lagu bagus tetapi tak jalan. Tak tahu nak cakap macam mana sebab itu memang produk yang bagus tanpa mendapat ruang sewajarnya.

Lagu tak sedap kalau diputarkan hari-hari pun akan sedap. Sama juga hal dengan lagu-lagu yang bagus tapi tak diputarkan di radio. Bila tak mendapat ruang yang sewajarnya sudah pasti lagu itu akan mati.

Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Walaupun sedikit terasa dengan perkara tersebut tapi saya telan dan belajar sesuatu mengenai bidang nyanyian.

Mungkin bila dah menghasilkan album penuh selepas ini saya kena bekerja dengan lebih keras untuk memastikan kelancaran album akan datang," jelasnya.

Apa yang menarik tentang wanita ini, dia sebenarnya tidak pernah kisah dengan bakat-bakat baru yang muncul di persada seni tanah air. Tidak ada istilah tergugat dalam kamus hidupnya walaupun ramai beranggapan orang baru menenggelamkan muka lama.

Menjelaskan perkara berkenaan, dia yang pernah membintangi drama Spa Q yakin yang rezeki ditentukan oleh Allah dan tidak sesama manusia.

Kalau kita berdisiplin, kerja keras dan ikhlas tak mustahil kita akan diterima sampai bila-bila. Saya tak tergugat dek kehadiran orang baru yang semakin ramai.

Masing-masing ada bahagian rezeki mereka dan saya tak kisah langsung mengenai perkara itu. Kalau orang suka dengan cara kita bekerja tidak mustahil itu akan membuka seluas-luasnya pintu rezeki.

Biarlah orang nak cakap apa pun asalkan saya tahu apa yang saya mahukan di dalam hidup," tegasnya.

Salma dah lupa diri?

Posted: 30 Jun 2013 05:53 AM PDT

BAB artis lupa diri ini Miss J nak bagi tahu awal-awallah yang Miss J memang tak berkenan. Sebab dalam buku senarai rekod artis Miss J ini sudah ramai yang terkena penyakit bila dah popular.

Sudah pastilah si artis dakwa dirinya tak berubah. Yang sedar perubahan sikap si artis itu sudah pastilah orang yang menjaga atau yang pernah bekerja dengan artis tersebut.

Begitu juga dalam kes penyanyi kelahiran Sabah, Salma yang kini sudah cantik bertudung. Miss J dapat tahu yang dia semakin berubah. Jauh berubah daripada Salma yang dahulu, yang dengar kata dan baik hati.

Sekarang ini Miss J dengar Salma kalau ada tawaran persembahan, ikut hati dia nak atau tidak. Malah ada juga Salma lepaskan pada saat-saat akhir kalau dia rasa show itu macam tak best.

Perangai Salma itu telah menyusahkan banyak pihak. Miss J yang mendengar keluh resah ini pun turut sedih. Sebab Miss J tahu bakat besar yang ada pada Salma.

Bukannya apa, nanti asyik buat perangai, orang dah tak peduli. Masa itu siapa yang susah? Fikir-fikirkanlah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Mati berkali-kali

Posted: 30 Jun 2013 05:53 AM PDT

LAMB gemar menyuntik elemen humor pada gambar seperti mati tersepit tingkap sewaktu mengintai jirannya. `kematiannya

GAMBAR Chuck Lamb, 55, ditemui mati dalam keadaan tragis iaitu kepalanya tersepit pada tingkap tersebar di dalam Internet beberapa tahun lalu.

Kemudian, semakin banyak gambar kematian pengaturcara komputer dari Ohio ini terus menular di Internet dengan pelbagai punca kematian yang berlainan.

Antaranya, gambar Lamb ditemui mati digelek lori, terjatuh tangga akibat terpijak mainan anak, mati tergantung akibat tali leher tersangkut pada kipas dan terkelar leher sendiri akibat menggaru leher sambil memegang pisau.

Malah ada juga gambar menunjukkan Lamb mati akibat terkena renjatan elektrik ketika mandi dan mati dalam keadaan muka tersembam pada mangkuk sup ayam akibat selesema burung.

Lamb bukannya menipu kematiannya, tetapi itu adalah hobi peliknya iaitu mengambil gambar aksi kematian yang dilakonkan sendiri dan kebanyakannya berunsurkan komedi.

Hobi bapa kepada enam orang anak ini disokong kuat oleh isterinya, Tonya, yang akan menyediakan darah palsu malah mengambil gambar aksi suaminya lalu memuat-naik gambar tersebut dalam laman web mereka, www.deadbodyguy.com.

Ujar Lamb, perbuatan menayangkan gambar cara kematiannya adalah sebagai satu cara dia mengabadikan dirinya.

Ia juga kerana dia mahu mencari peluang untuk bergelar pelakon walaupun sekadar watak mayat.

Terangnya, dia sedar fizikalnya bukanlah idaman para pengarah dengan kulit yang pucat, kepala botak dan tiada bakat berlakon.

Namun fikirnya, sesiapa sahaja boleh melakonkan watak mayat kerana tidak bergerak lalu timbul idea unik ini.

Dalam tiga minggu sahaja, laman web miliknya ditonton seramai 300,000 pelayar Internet di seluruh dunia dan dia mula dijemput menghadiri temubual radio, televisyen dan surat khabar.

Sekarang, lebih 50 juta telah melayari laman web miliknya itu.

Malah, cita-citanya turut tercapai apabila dia turut dipanggil berlakon sebagai pelakon tambahan pada beberapa buah drama dan filem!

Nampaknya rezeki Lamb lebih kelihatan apabila dia mula `mati.

Diet mentah Lisa

Posted: 30 Jun 2013 05:53 AM PDT

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my

MENDENGAR rutin diet pengacara rancangan bual bicara pagi The Breakfast Show di NTV7, Lisa Wong, pasti membuatkan ramai yang berkerut.

Bolehkah kita bertahan dengan hanya memakan sumber makanan daripada tumbuhan sahaja setiap hari?

Wanita berdarah kacukan Cina di sebelah ibu dan Sri Lanka di sebelah bapanya bukan sahaja vegetarian, dia juga kini mengamalkan pemakanan secara mentah sebanyak 50 peratus daripada hidangannya.

Malah, Lisa mengutamakan bahan mentah yang organik dalam dietnya yang dimulakan sejak tiga tahun lalu.

Bermakna, ia tidak dimasak, dimakan mentah atau sekadar diproses dengan cara seperti diperam atau direndam seharian hingga kembang.

Bagaimana pula rasanya jika tidak dimasak di dapur gas seperti masakan yang lain? Adakah ia pahit dan tidak menyelerakan?

Semua tanggapan negatif berkenaan diet makanan mentah ternyata meleset sebaik saja menikmati hidangan istimewa di dapur Lisa.

Lisa merendam bijian quinoa (disebut kin-wah) semalaman lalu mencampurkannya bersama pelbagai bahan lain seperti cendawan butang, timun, salad serta tempe dan digaul dengan cuka epal, jus lemon, minyak zaitun dan bahan-bahan lain.

Mengejutkan, resipi tanpa perlu memanaskan kuali itu seakan nasi goreng. Ia menyelerakan dan penulis berasa kenyang walaupun sekadar memakan makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan sahaja.

Cabaran untuk pengamal diet vegetarian dan mentah seperti saya ialah bagaimana untuk menyedapkan ia.

Saya gemar bereksperimen dengan menambah perasa seperti cuka dan minyak zaitun selain mencipta minuman daripada kisaran buah-buahan dan sayuran," ujar wanita ceria ini ketika ditemui di kediamannya di Sungai Buloh, baru-baru ini.

Khasiat

Terang Lisa, walaupun vegetarian, dia memperoleh pelbagai khasiat penting lain pengganti makanan lain dalam hidangannya.

Sebagai contoh, quinoa merupakan bijian super kerana mengandungi protein yang diperlukan dalam sistem badan.

Ramai yang tidak tahu makanan mentah sebenarnya amat elok untuk tubuh badan kerana mengandungi enzim iaitu zat makanan.

Jika ia dimasak, makan enzim itu akan mati," ujarnya ringkas.

Terang Lisa, suaminya yang merupakan pascatarian iaitu mengamal makanan laut sahaja turut menyokong pegangan cara pemakanan isterinya itu.

Malah, suaminya turut memilih untuk bergelar vegetarian ketika di rumah.

Masakan isteri, pastilah suami tidak menolak," ujar Lisa disertai gelak kecil.

Selain mengamalkan pemakanan yang sihat, Lisa turut menjaga kesihatan dengan bersenam hampir setiap hari dan gemar menggunakan fitball bagi menguatkan otot ketika menyeimbangkan badan.

Saya menyaksikan ramai yang sering sakit malah di dalam keluarga saya sendiri.

Saya mengambil situasi tersebut sebagai peringatan kepada diri kerana badan kita hanya satu sahaja dan kita kena menghargai kesihatan yang diberi," ujar Lisa yang tidak sabar menyertai lairan Feel Good Run anjuran NTV7 pada 7 Julai ini.

Melukis

Walaupun merupakan bekas pelajar jurusan sains ketika persekolahan dan kemudian menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Lisa seorang yang amat berbakat dalam bidang seni.

Di waktu lapang, dia akan menghabiskan masa di tingkat atas rumahnya dan menzahirkan emosi dengan calitan akrilik pada kanvas.

Dari dulu saya amat meminati bidang seni. saya gemar melukis malah membuat kolaj.

Saya lebih gemar dengan lukisan abstrak dan ilustrasi seperti pelukis terkenal Poh Ling Yeow," ujar Lisa sambil menerangkan teknik lukisan yang dihasilkan di rumahnya.

Selain itu, Lisa juga mereka lapik meja sendiri dengan label Koolz untuk pasaran hotel-hotel dan tempahan rakan-rakan.

Lisa mengupah pekerjanya yang terdiri daripada wanita yang tidak berkemampuan sebagai niat membantu mereka menambah punca pendapatan.

Pengetahuan

Bila diamati rumah Lisa yang menggunakan konsep moden dan warna-warna alam semula-jadi yang menenangkan, kelihatan banyak buku-buku yang tersusun kemas di sudut-sudut rumahnya.

"Menjadi pengacara rancangan The Breakfast Show memerlukan kami berpengetahuan luas berkenaan apa saja topik.

"Topik kegemaran saya semestinya berkaitan dengan perubatan dan kini saya sedang membaca buku tentang genetik," ujarnya yang menggemari buku seperti motivasi dan autobiografi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Jangan pamer perkataan halal

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

BATU PAHAT 29 Jun - Restoran dan hotel yang menawarkan bufet Ramadan di negeri ini diingatkan supaya tidak mempamerkan perkataan halal pada iklan jika mereka tidak mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak yang diiktiraf kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim (gambar) berkata, sekiranya larangan itu tidak dipatuhi, premis terlibat boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan di bawah Perintah Perihal Dagangan Takrif Halal 2011.

Menurutnya, statistik Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) mendapati banyak hotel dan restoran yang tidak memohon status halal baik daripada JAIJ dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Oleh itu, JAIJ ingin memberikan peringatan supaya hotel-hotel yang masih tidak memohon status halal supaya tidak mengaitkan perkataan halal pada iklan bufet Ramadan yang kebiasaannya akan menjadi persaingan di kalangan premis tersebut.

"Jika hotel dan restoran mahu menawarkan bufet Ramadan dengan perkataan halal, mereka masih boleh memohon menerusi dalam talian, e-halal di laman web JAIJ atau terus ke pejabat untuk keterangan lanjut. Semua permohonan perlu dibuat sebelum Ramadan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi merasmikan Karnival Kepenggunaan dan Keusahawanan Halal peringkat negeri di Dataran Penggaram di sini semalam.

Pada majlis perasmian itu yang dihadiri lebih 1,000 pengunjung, Abd. Mutalip turut melancarkan kad pengenalan diri pengesahan halal negeri yang dikeluarkan JAIJ kepada setiap pemegang sijil halal.

Beliau memberitahu, kad itu mula digunakan sepenuhnya pada akhir tahun lalu selaras dengan pelancaran permohonan status halal melalui laman web iaitu e-halal dan setakat ini ia membabitkan permohonan daripada 1,748 premis dengan 748 daripadanya telah memiliki sijil halal.

Katanya, penggunaan kad tersebut memudahkan pemegang sijil halal mempamerkan bukti ketika pemeriksaan dilakukan oleh JAIJ atau Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

"Walaupun kini sijil halal boleh dimohon melalui e-halal, tetapi prosedur pemeriksaan dan kelulusan status halal akan diberikan selepas pemohon melalui saringan daripada 14 agensi kerajaan yang terlibat. Hal ini kerana kerajaan tidak mahu status halal yang diberikan mempunyai unsur meragukan daripada pelanggan atau orang ramai," katanya.

Kerajaan negeri terus bantu IKS

Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT

PAGOH 29 Jun - Peruntukan RM2 juta setahun yang disediakan kerajaan negeri untuk Program Galakan Usahawan (PGU) masih belum mencapai sasaran kerana ramai pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tidak berkelayakan, sekali gus tidak dapat memanfaatkan dana itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, bantuan atau pinjaman di bawah PGU yang terbahagi kepada Projek Industri Kecil (PIK) dan Skim Pinjaman Satu Mukim Satu Industri (SMSI) serta ketua-ketua jabatan berkaitan perlu turun padang membantu pengusaha IKS.

"Saya lihat bajet untuk bidang pertanian di bawah PGU adalah besar tetapi limpahannya tidak sampai kepada golongan sasar. Kalau tidak layak, (jabatan) cuba bantu dan bimbing mereka sehingga layak dan pastikan mereka mengikuti syarat atau peraturan ditetapkan. Johor menyalur peruntukan melalui Jabatan Pertanian negeri.

"PPK memang ada bantu mereka di kawasan dan kita harap usaha ini diteruskan lebih agresif dan proaktif lagi," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pagoh Kali Ke-34 2013 di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Saipolbahri Suib yang juga Pengerusi Ahli Jemaah Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Pagoh, Abu Bakar Mohamad.

Bantuan PIK merupakan pemberian terus geran dalam bentuk bantuan mesin, peralatan, bengkel dan kelengkapan lain bagi pemohon yang menjalankan projek IKS menepati syarat garis panduan ditetapkan dan dipersetujui kerajaan negeri.

Pinjaman SMSI pula adalah dalam bentuk mudah tanpa cagaran (kecuali yang melebihi RM50,000) atau penjamin dan tidak dikenakan faedah, sebaliknya bayaran perkhidmatan sebanyak tiga peratus setahun oleh Agrobank berasaskan baki tahunan.

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, pengusaha IKS harus dibantu keluar daripada kelompoknya sendiri untuk memasuki pasaran lebih besar serta komersial, sekali gus mampu bersaing dengan syarikat atau pengusaha yang sudah berjaya.

Selain itu, beliau mencadangkan pengusaha IKS supaya memasarkan produk mereka melalui internet, misalnya laman sosial seperti Facebook dan mereka akan dibantu sebanyak RM1,000 untuk tujuan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, Johor sebagai negeri pengeluar makanan utama perlu terus menjaga kualiti terutama aspek halal dan ciri-ciri keselamatannya yang memberikan jaminan tinggi, bukan sahaja untuk pasaran dalam negara tetapi eksport.

"Bagi menambah pengeluaran makanan, kita juga sudah mengenal pasti tanah-tanah di daerah Pagoh untuk tanaman kekal dan kontan. Kita boleh libatkan persatuan dan koperasi untuk menjadi penyumbang utama (bagi menjayakan hasrat ini)," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved