Khamis, 20 Oktober 2011

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Program 'Solat First' tingkat kesedaran murid sekolah

Posted:

Program 'Solat First' tingkat kesedaran murid sekolah

Program 'Solat First' tingkat kesedaran murid sekolah

MELAKA 11 Okt. - Program 'Solat First' anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) mencapai objektif apabila berjaya menimbulkan kesedaran kepentingan solat di kalangan peserta.

Program yang berlangsung selama dua hari di Masjid Al-Ilmi, KUIM, di sini, baru-baru ini disertai 47 murid dari SK Jeram dan dibimbing oleh 17 fasilitator berpengalaman dari KUIM.

Penyelaras Program, Shahidah Zakariah yang juga merupakan guru SK Jeram berkata, program berkenaan bukan sahaja memberikan tumpuan dalam aspek kesempurnaan solat malah turut memberikan pendedahan kepada murid mengenai kehidupan di institusi pengajian tinggi.

Selain itu katanya, objektif program berkenaan juga bagi mengeratkan hubungan di antara siswi dan siswa bersama para pelajar tahun enam.

''Ia juga bertujuan mengubah corak pemikiran murid ke arah yang positif dan mampu berfikir secara rasional dalam membuat keputusan.

"Program ini diharap menyuntik semangat dan motivasi kepada murid-murid terhadap keistimewaan bersolat serta mewujudkan jalinan ukhuwah tarbiyah Islamiah di antara siswi dan siswa bersama para pelajar tahun enam," katanya di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Akademi Pengajian Islam KUIM, Mohd. Azam Yahya berkata, program seumpama itu perlu diperbanyakkan bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja berkualiti solatnya malah mempunyai daya pemikiran yang matang dan dinamik.

Ini kerana katanya, melalui program sedemikian, murid bukan sahaja diajar mengenai solat malah turut didedahkan dengan aktiviti kumpulan, semangat berpasukan dan setia kawan serta aktiviti riadah yang menyeronokkan.

Full content generated by Get Full RSS.

Galak murid terokai sains angkasa

Posted:

Galak murid terokai sains angkasa

Galak murid terokai sains angkasa

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my


PEMENANG Pertandingan NSC 2011 bersama sijil dan hadiah kemenangan masing-masing di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Generasi muda seawal usia sepuluh tahun perlu dipupuk bakat serta minatnya dalam bidang sains dan teknologi bagi melahirkan modal insan yang inovatif dan berpengetahuan.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menganjurkan pertandingan National Space Challange (NSC) 2011 yang disertai oleh seramai 32 pelajar dari 16 buah sekolah rendah yang mewakili 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan seluruh negara.

Ketua Pengarah Angkasa, Dr. Mustafa Din Subari berkata, pertandingan NSC 2011 ini merupakan salah sebuah program yang direka khas bagi memupuk bakat dan minat di kalangan murid sekolah rendah khususnya tahun empat dan tahun lima terhadap bidang astronomi dan sains angkasa.

"Impak penganjurannya adalah untuk menarik minat generasi muda negara ini terhadap sains angkasa, membina kemahiran pelajar dalam penyelidikan saintifik, mempelajari konsep dan teknik berkenaan sains angkasa.

"Ia juga untuk memberi pengalaman mengenai konsep dan proses sains di samping menghargai sains angkasa sebagai kepentingan peribadi serta negara.

"Kreativiti dan inovasi pelajar pada pertandingan ini diuji menerusi skop topik astronomi dan sains angkasa yang berkaitan sistem solar, asteroid, komet, meteorid, buruj dan galaksi serta tokoh-tokoh bidang berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Penutupan NSC 2011 - Piala Perdana Menteri di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri Penolong Pengarah Bahagia Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Dr. Rosman Md. Ajis serta Pengarah Planetarium, Azreena Ahmad.

Menurut Mustafa lagi, seiring dengan arus perubahan dan permintaan, NSC menganjak ke satu tahap di mana cabaran yang diberikan kepada para peserta adalah realiti sebenar dalam bidang astronomi, sains dan teknologi angkasa.

"Keperluan negara terhadap tenaga kerja mahir berasaskan sains dan teknologi yang mencukupi perlulah kekal relevan bagi menjamin kejayaan negara dalam persaingan di peringkat global.

"Oleh yang demikian, negara menyediakan sumber tenaga atau modal insan supaya menjadi inovasi berasaskan pengetahuan sebagai budaya dan cara hidup mereka," ujar beliau.

Pada peringkat akhir pertandingan kali ke-14 yang diadakan dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM itu, Sekolah Kebangsaan (SK) St. Francis berjaya mengekalkan kejuaraan selama dua tahun berturut-turut untuk membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, sebuah teleskop Sky Watcher, pingat emas, DIY Galileoscope dan sijil.

SK St. Francis yang diwakili oleh dua orang murid tahun lima yang juga peserta cabaran sama pada tahun lalu iaitu Mohd. Syahmi Mohd. Shamsul dan Jonathan Aidan Royan bersama guru pengiringnya, Nor Aini Mat Saad.

Tempat kedua dimenangi oleh Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Jit Sin B, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan tempat ketiga menjadi milik SJK (C) Chung Hwa, Kota Kinabalu, Sabah.

Naib johan membawa pulang sebuah teleskop Orion Starblast, pingat perak, DIY Galileoscope dan sijil. Manakala tempat ketiga pula menerima teleskop Sky Watcher, pingat gangsa, DIY Galileoscope dan sijil.

Dua buah sekolah lagi yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan itu ialah SK Petani Jaya, Sungai Petani, Kedah dan SK Puteri, Seremban, Negeri Sembilan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Serangan perlu lebih garang

Posted:

Serangan perlu lebih garang

Serangan perlu lebih garang

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Mohd. Amri Yahyah (kiri) dijangka menajamkan semula jentera serangan Selangor pada separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu di padang lawan, esok.


KUALA LUMPUR - Kekecewaan masih dirasai ketua pasukan Selangor, Mohd. Amri Yahyah apabila melihat rakan sepasukannya dikecewakan 0-2 oleh Terengganu pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selasa lalu.

Analisis Amri mudah, bahagian serangan 'kurang hidup' pada perlawanan tersebut kerana tiada pemain yang benar-benar 'bergelar penyerang'.

Akibatnya, kata Amri Selangor gagal menemui sasaran walaupun beberapa peluang gol berjaya dicipta.

"Ketiadaan saya dalam perlawanan tempoh hari memang memberi kesan kepada rakan sepasukan khususnya pada bahagian serangan.

"Pemain yang menggantikan saya pada perlawanan tersebut, Azidan Sarudin tampak tidak serasi apabila diletakkan pada bahagian hadapan kerana dia lebih gemar bermain di tengah.

"Begitupun Azidan sudah memberikan yang terbaik dan bermain bersungguh-sungguh untuk membantu pasukan mendapatkan gol.

"Saya harap masalah serupa tidak akan berulang pada perlawanan kedua nanti. Kami perlu bermain lebih baik dan perlu lebih bijak dalam mencipta peluang ketika menyerang, " katanya.

Amri yang tidak diturunkan pada perlawanan tempoh hari kerana mengalami kecederaan medial cruciate ligament (MCL) dan melalui imbasan, tahap kecederaannya berada pada tahap satu.

Walaupun jurulatih, P. Maniam menyatakan keyakinan Amri akan turun pada pertemuan separuh akhir kedua esok, Amri berkata peluangnya untuk bermain masih 50-50.

"Masih belum pasti dapat bermain kerana saya masih lutut saya masih sakit ketika latihan.

"Menerusi perbincangan dengan jurulatih, perkembangan saya akan dipantau beberapa hari lagi sebelum membuat keputusan menurunkan saya," katanya.

Amri nyata enggan mengalah walaupun perlu mengatasi defisit dua gol di tempat lawan, sebaliknya tekad mahu membantu rakan sepasukan mencari kemenangan, itu pun jika dia beraksi.

"Lupakan kekalahan di Shah Alam. Saya mahu rakan sepasukan memberikan fokus pada pertemuan separuh akhir kedua nanti.

"Memang rekod kami tidak begitu baik di sana, tetapi kami mesti berjuang sehingga minit terakhir perlawanan. Dalam bola sepak apa-apa sahaja boleh berlaku, " ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Anggap setiap perlawanan ibarat final

Posted:

Anggap setiap perlawanan ibarat final

Anggap setiap perlawanan ibarat final

KUANTAN - Diundi dalam 'kumpulan maut' bukan penghalang untuk Malaysia mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA yang dimenangi dua tahun lalu kerana kejayaan pada temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bergantung kepada kesungguhan pemain.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, biar siapa pun lawan pasukan negara, apa yang mustahak pemain hendaklah mempamerkan aksi terbaik.

"Kita perlu anggap setiap perlawanan (di peringkat kumpulan) adalah final. Walaupun dengan pasukan di bawah kita, jangan sesekali pandang rendah.

"Kita perlu ada strategi yang hebat dalam menyerang dan mantap ketika bertahan. Sekarang terserah kepada pemain. Kalau mereka bersemangat untuk menempa kejayaan, maka kita mampu mempertahankan kejuaraan ini," katanya.

Tengku Abdullah melawat Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di Sungai Soi, semalam.

Mengenai pasukan yang harus diberi perhatian, Tengku Abdullah berkata, Indonesia dan Thailand adalah pasukan yang dilihat mampu memberikan tentangan dalam usaha melepasi peringkat kumpulan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Rakyat kecewa keputusan Pas

Posted:

Rakyat kecewa keputusan Pas

Rakyat kecewa keputusan Pas

Oleh NURUL ANUAR KARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya penyokong kuat Pas kecewa apabila parti itu membuat keputusan untuk tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam Sabtu ini.

Presiden Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, keputusan Pas kelmarin amat memeranjatkan semua lapisan masyarakat terutamanya penduduk kampung dan luar bandar yang selama ini melihat parti itu antara pelindung agama Islam.

"Keputusan yang mengecewakan rakyat itu konsisten dengan dasar bercelaru dan membingungkan oleh Pas sejak akhir-akhir ini, daripada negara Islam kepada negara kebajikan, komunis hero kemerdekaan dan kini keputusan tidak menyertai perhimpunan demi menyelamatkan akidah umat Islam.

"Saya bukan ahli Pas tetapi saya juga dapat merasakan denyut nadi umat Islam di negara ini yang melihat keputusan itu lebih berbaur politik daripada perjuangan agama. Mungkin kerana mereka telah diberi amaran dan takut kepada DAP," katanya.

Beliau mengulas keputusan Pas Pusat untuk tidak menyertai Himpun yang dianjurkan oleh lebih 48 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana majlis tersebut tidak melibatkan parti-parti politik.

Namun, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dilapor menyokong penganjuran acara berkenaan tetapi bukan atas dasar parti politik di samping mengajak semua umat Islam menyokong usaha murni itu.

Rahim dalam pada itu menjangka antara alasan yang akan digunakan oleh sebilangan pemimpin Pas yang tidak menyokong Himpun dalam ceramah mereka kelak adalah dengan menuduh perhimpunan itu ditaja UMNO.

"Tiada alasan kukuh kerana nyata sekali perhimpunan itu ditaja oleh NGO Islam. Tambahan pula, soal agama tidak boleh dipolitikkan tanpa mengira ideologi, fahaman, kedudukan individu atau kumpulan tertentu.

"Tindakan Pas tidak menyokong Himpun akan menjadikan parti itu tidak relevan lagi kepada perjuangan Islam. Saya berharap pemimpin Pas jangan menjadi fanatik, kita perlu rasional dan menggunakan akal yang diberikan Allah dengan sebaik-baiknya," ujarnya.

Sementara itu, Rahim berpendapat, kini sudah jelas terdapat usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak tertentu di Selangor dan rakyat berharap Pas yang berada dalam kerajaan negeri tampil menyekat usaha tersebut.

"Saya difahamkan 37 orang Islam telah dimurtadkan dan kini di bawah kaunseling JAIS tetapi mungkin lebih ramai golongan murtad yang belum dikenal pasti.

"Ramai pemimpin agama menyarankan Pas menggubal sebuah enakmen anti murtad di Selangor sebagai langkah awal agar tindakan berkesan dapat diambil terhadap mereka yang cuba memurtadkan orang Islam. Jika enakmen pun tidak mampu, bagaimana mereka mahu melaksanakan hudud?" katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Desakan Jeff Ooi bermotif politik - Syed Ali Alhabshee

Posted:

Desakan Jeff Ooi bermotif politik - Syed Ali Alhabshee

Desakan Jeff Ooi bermotif politik - Syed Ali Alhabshee

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mendesak Kementerian Dalam Negeri menggantung permit Utusan Malaysia kerana kononnya menerbitkan berita palsu berhubung rancangan menjadikan Kristian agama rasmi, adalah bermotif politik.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini kerana pertemuan sulit antara para paderi dalam satu majlis tertutup di Pulau Pinang pada Mei lalu itu memang berlaku dan beberapa gambar kontroversi ketika ikrar dilafazkan juga telah didedahkan.

Sambil mempertahan pendedahan Utusan Malaysia, beliau berkata, laporan akhbar Melayu paling berpengaruh itu mengenai rancangan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dibuat berdasarkan fakta, bukannya berasaskan dakwaan palsu yang direka untuk kepentingan pihak tertentu.

"Jika DAP yakin laporan Utusan satu fitnah, mengapa parti itu tidak berani menyaman akhbar tersebut, sebagaimana cabaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein," katanya seperti yang dipetik daripada blog, http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan Ooi yang menuntut permit Utusan Malaysia digantung kononnya menerbitkan berita palsu serta tidak berasas sehingga mencetuskan keadaan tegang antara agama, dalam isu rancangan menjadikan Kristian agama rasmi.

Namun kelmarin, bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman yang berada dalam majlis itu sekali lagi meminta mana-mana pihak supaya tidak mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa menyiasat isu tersebut.

Ooi sebelum ini menafikan dakwaan terlibat dalam satu majlis pertemuan paderi yang kemudiannya melafaz ikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Majlis tersebut terlebih dahulu didedahkan oleh bigdogdotcom menerusi entri bertajuk Making Chris tianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


138 warga Afrika ditahan

Posted:

138 warga Afrika ditahan

138 warga Afrika ditahan

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


Warga Afrika berkeliaran di sekitar rumah kedai pada waktu malam di Mantin, Negeri Sembilan, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Okt. - Seramai 138 warga Afrika yang merupakan pelajar di kolej swasta di negara ini telah ditahan sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini kerana terlibat dalam sindiket penipuan antarabangsa yang mengakibatkan kerugian mangsa sebanyak RM940 juta.

Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mendedahkan jumlah kerugian mangsa itu meningkat berbanding RM731 juta pada sepanjang tahun lalu dengan seramai 196 warga Afrika ditahan.

Kesemua mereka merupakan penuntut di 19 buah IPTS di sekitar Lembah Klang.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, kemasukan pelajar itu ke negara ini juga dipercayai telah diatur oleh sindiket warga negara tersebut hasil siasatan yang dijalankan pihaknya.

"Apabila ditahan suspek memberitahu mereka pelajar jurusan diploma dan ijazah namun terdapat dalam kalangan mereka tidak tahu membaca apatah lagi menulis.

"Dalam pemeriksaan lanjut dengan kolej tempat suspek menuntut pula, pusat pengajian tersebut menafikan warga asing terbabit adalah pelajar mereka sedangkan masing-masing mempunyai visa pelajar untuk berada di negara ini.

"Namun siasatan terperinci mendedahkan ada suspek telah memuat pendaftaran sebagai pelajar di kolej swasta dengan menggunakan nama palsu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara jenayah yang dikesan dilakukan oleh warga Afrika ialah penipuan kiriman barang, phishing dan Black Money.

Phishing boleh didefinisikan sebagai proses fraud jenayah dalam cubaan untuk memperoleh maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

Tajuddin memberitahu, dalam penipuan tersebut penjenayah bukan sahaja menjadikan penduduk tempatan sebagai mangsa tetapi rakyat di negara lain.

"Negara ini dijadikan lokasi untuk melakukan penipuan sehingga melibatkan rakyat di negara lain dan akibat perbuatan itu, nama baik dan keselamatan negara terjejas.

"Malah penjenayah itu juga menggunakan nama agensi kerajaan, bank dan rakyat tempatan sebagai alat dalam melakukan penipuan," ujarnya.

Katanya, dalam siasatan JSJK sebelum ini pernah mendedahkan seorang daripada penjenayah warga Afrika berjaya membina sebuah hotel dengan kos jutaan ringgit di negara mereka hasil wang penipuan.

Menurutnya, kebiasaannya penjenayah dapat membina rumah bernilai jutaan ringgit dan hidup mewah selepas melakukan penipuan sepanjang tempoh 'belajar' di negara ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Dadah: Pelajar Afrika catat jumlah tangkapan tertinggi

Posted:

Dadah: Pelajar Afrika catat jumlah tangkapan tertinggi

Dadah: Pelajar Afrika catat jumlah tangkapan tertinggi

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Warga Afrika merekodkan bilangan pelajar negara asing tertinggi yang ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kegiatan dadah iaitu seramai 77 orang sejak Januari lalu sehingga kelmarin.

Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, daripada jumlah itu seramai 66 orang daripadanya, merupakan pengedar, manakala bakinya penagih dadah.

Dalam tempoh sama, statistik turut menunjukkan 11 tangkapan pelajar asing dari pelbagai negara utama termasuk Iran, Bangladesh dan China juga ditahan atas kesalahan sama.

Menurut Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, sindiket pengedaran dadah dari Afrika dikesan menggunakan modus operandi (MO) menawarkan upah yang lumayan kepada pelajar-pelajar asing untuk menyeludup masuk atau mengedar dadah di negara ini.

"Selain menyeludup dadah menggunakan pas pelajar, mereka dikesan sebagai pelancong atau ahli perniagaan yang masuk melalui lapangan terbang utama negara.

"Selain laluan udara, sindiket pengedaran dadah juga menggunakan jalan darat untuk menyeludup dadah terutamanya ganja.

"Dalam tempoh itu, seramai 43 warga Afrika direkodkan ditahan kerana menyeludup dadah di lapangan terbang utama negara ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Noor Rashid memberitahu, mereka yang ditahan menggunakan pelbagai taktik termasuk menyembunyikan dadah di dalam peket tembakau, bekas penyembur rambut dan penyembur badan serta bahagian tiang besi belakang beg.

"Kesemua taktik yang digunakan pengedar dadah ini berjaya dikesan dengan kawalan ketat anggota polis. Hasil tangkapan tersebut menunjukkan polis memandang serius dan komited untuk berusaha membebaskan negara daripada ancaman dadah dan dijadikan sebagai transit dadah di rantau ini," katanya.

Dalam pada itu, Noor Rashid memberitahu, seramai 132,851 rakyat tempatan dan warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dadah bagi tempoh Januari lalu sehingga kelmarin, berbanding 129,225 orang bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Katanya, jumlah rampasan pula dianggarkan bernilai RM201.11 juta dengan rampasan dadah paling popular seperti syabu sebanyak 679.34 kilogram berbanding 621.48 kilogram pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, statistik menunjukkan enam warga Afrika antara 14 warga asing ditahan kerana menyeludup dadah di sempadan negara, hampir setiap hari dalam tempoh 4 Oktober hingga 15 Oktober lalu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tambah, ganti mesin dialisis lama

Posted:

Tambah, ganti mesin dialisis lama

Tambah, ganti mesin dialisis lama

Saudara pengarang,
INSAN PRIHATIN
Jerantut


SEORANG pesakit sedang menjalani rawatan mencuci darah di Pusat Hemodialisis Hospital Jerantut, Jerantut baru-baru ini.


BARU-BARU ini saya mengunjungi Pusat Hemodialisis Hospital Jerantut mengikuti lawatan beberapa pemimpin setempat menziarahi operasi pusat berkenaan.

Mendengar perbualan pemimpin berkenaan, saya terkejut kerana sembilan mesin dialisis berusia lebih 10 tahun masih beroperasi untuk mencuci darah pesakit.

Saya difahamkan seramai 48 pesakit buah pinggang membuat rawatan mingguan di pusat itu dan 150 pesakit yang mengalami komplikasi sama menunggu untuk rawatan dialisis.

Menerusi perbualan itu juga, saya memperoleh maklumat bahawa senario itu semakin kritikal apabila tujuh mesin sahaja berfungsi setelah dua daripadanya rosak dan tidak dapat diselenggarakan.

Bagi meringankan bebanan mesin itu, seramai 30 pesakit buah pinggang terdiri daripada kakitangan kerajaan mendapatkan perkhidmatan dialisis di klinik swasta menerusi surat jaminan yang dikeluarkan hospital berkenaan.

Saya tertanya-tanya adakah peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Kesihatan atau pihak tertentu untuk membantu meringankan beban pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di situ?

Saya difahamkan beberapa mesin dialisis di pusat berkenaan merupakan sumbangan badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin membantu pesakit mereka.

Atas dasar nilai prihatin dan masyarakat penyayang, kerajaan Persekutuan perlu menambah peruntukan membeli mesin tersebut dalam memberi keutamaan kepada pesakit yang berpendapatan rendah dan miskin.

Saya berharap menerusi Rakan Pahang, kerajaan Persekutuan memberi perhatian dengan menambah baik pusat hemodialisis dan menambah bilangan mesin dialisis.

Bagi syarikat korporat dan NGO yang belum beramal jariah, hulurkan sumbangan anda dengan menyumbangkan mesin tersebut kerana di situlah antara tempat yang menjadi tumpuan pesakit golongan asnaf untuk menerima rawatan.

Full content generated by Get Full RSS.

Menanti jalan raya siap di Hulu Tembeling

Posted:

Menanti jalan raya siap di Hulu Tembeling

Menanti jalan raya siap di Hulu Tembeling

Saudara Pengarang,
MAT GAHARU
Hulu Tembeling

SAYA merupakan penduduk di pedalaman Hulu Tembeling di daerah Jerantut sudah melepasi separuh abad kerap berulang alik ke bandar Jerantut untuk berbelanja dan melaksanakan pelbagai urusan menggunakan bot penambang.

Begitu juga dengan penduduk lain yang menjalankan urusan peribadi, perniagaan dan berbelanja keperluan dapur setiap hari menggunakan bot itu untuk ke bandar.

Kos tambang dan menyewa bot penambang termasuk penginapan bermalam di bandar Jerantut melebihi perbelanjaan membeli keperluan harian.

Perjalanan kami menggunakan bot penambang dari jeti Kampung Bantal ke jeti berdekatan Taman Negara Kuala Tahan mengambil masa selama empat hingga lima jam ketika air pasang, manakala mencecah hingga lapan jam jika air surut.

Apa yang ingin saya luahkan ialah pembinaan jalan raya yang dijanjikan sejak dua dekad lalu masih belum direalisasikan untuk kemudahan penduduk berulang-alik ke bandar Jerantut.

Projek berkenaan semakin hebat disuarakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu dan cuma nampak ada sedikit tanda sahaja projek berkenaan bermula apabila kerja jajaran, menarah cerun dan membaiki laluan balak dilaksanakan bermula dari Kampung Tuit (Kuala Tahan) hingga ke Kampung Pagi.

Nampaknya, projek berkenaan yang bermula pada awal 2010 dan dijangka siap 2013 agak perlahan dan saya yakin ia tidak akan dapat direalisasikan.

Penduduk Hulu Tembeling bertambah sukar berbelanja ke bandar Jerantut walaupun sudah sinonim menggunakan bot penambang untuk memunggah barang dan penumpang ke sesebuah destinasi.

Saya simpati melihat warga emas, wanita, kanak-kanak dan orang sakit untuk ke bandar Jerantut bagi tujuan tertentu sedangkan mereka antara penduduk yang sepatutnya sudah menikmati kemudahan jalan raya.

Persoalannya, bila projek jalan raya Kuala Tembeling ke Hulu Tembeling akan direalisasikan untuk kemudahan perhubungan kami.

Full content generated by Get Full RSS.

Baiki segera jalan ke Ulu Pulai

Posted:

Baiki segera jalan ke Ulu Pulai

Baiki segera jalan ke Ulu Pulai

Saudara Pengarang,
ABDUL RAHMAN OMAR
Kampung Penak, Mentakab

SAYA mewakili penduduk di Kampung Penak, Mentakab ingin melahirkan kekecewaan tentang masalah jalan raya yang rosak di kampung itu.

Jalan menuju ke Ulu Pulai di kampung ini sejauh 200 meter perlu dibaiki atau diturap segera kerana merupakan laluan utama penduduk kampung ke pekan berdekatan.

Walaupun penduduk yang tinggal di sekitar kawasan itu tidak ramai, tetapi masalah tersebut mendatangkan kesulitan kepada mereka.

Ia juga mendatangkan risiko kepada anak-anak untuk ke sekolah pada waktu pagi kerana ketika melaluinya mereka tidak perasan bahawa jalan tersebut berlubang.

Keadaan jalan itu berlubang dan berbatu menyebabkan kenderaan yang melaluinya rosak dan kadang-kala tayar kereta pancit.

Keadaan itu menyukarkan penduduk berulang-alik setiap hari terutama pada waktu kecemasan atau musim hujan.

Perkara itu sudah berlarutan selama tiga tahun dan permohonan sudah dibuat untuk membaikinya dan hingga kini belum ada sebarang tindakan diambil untuk berbuat demikian.

Jika dibiarkan saya bimbang masalah kerosakan jalan itu menjadi bertambah serius dan tidak mahu ada kemalangan kecil yang berlaku.

Justeru, saya berharap masalah tersebut mendapat perhatian pihak berwajib supaya membaikinya demi keselamatan penduduk kampung ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tamatnya pemburuan Gaddafi

Posted:

Tamatnya pemburuan Gaddafi

Tamatnya pemburuan Gaddafi


Beberapa orang askar kerajaan sementara Libya memeriksa mayat salah seorang rakan mereka dekat lokasi Gaddafi ditangkap di bandar tepi pantai, Sirte, semalam. - AFP


TRIPOLI, LIbya 20 Okt. - Kematian Muammar Gaddafi dalam serangan anggota tentera kerajaan sementara awal hari ini menamatkan pemburuan ke atasnya selama dua bulan sejak kerajaannya tumbang pada Ogos lalu setelah ibu negara Tripoli jatuh ke tangan pemberontak.

Kematiannya yang tragis itu disambut dengan sorakan kegembiraan oleh rakyat Libya, terutama pemberontak yang berusaha mengulingkannya melalui tunjuk perasaan sejak Februari lalu yang kemudian bertukar menjadi pemberontakan berdarah.

Selepas kejatuhan Tripoli, pemimpin itu cuba mempertahankan kuasanya dengan penyokong dan tentera yang setia dengannya melancarkan serangan balas dari kubu kuatnya di Sirte, bandar kelahirannya dan Bani Walid.

Namun, bandar Sirte tumbang ke tangan tentera pemberontak awal bulan ini dan pertempuran sengit berterusan di bandar itu dan Bani Walid sehingga Gaddafi terbunuh di tangan musuhnya yang dibantu tentera Pertubuhan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) awal hari ini.

Pemberontakan di Libya bermula sejak Februari lalu setelah mendapat inspirasi daripada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan Yemen.

Ia bermula dengan tunjuk perasaan bagi mendesak diadakan reformasi sebelum bertukar menjadi pemberontakan unutk menggulingkan Gaddafi yang telah memimpin Libya selama 42 tahun.

Rakyat Libya menyifatkan Gaddafi sebagai seorang diktator.

Sepanjang pergolakan selama hampir lapan bulan itu, rakyat Libya melancarkan berpuluh-puluh tunjuk perasaan dan beribu-ribu nyawa terkorban apabila tentera yang setia Gaddafi melancarkan serangan ke atas pihak yang anti-rejim.

Namun, pihak anti-Gaddafi tidak mengalah sebaliknya meneruskan pemberontakan dan serangan dengan bantuan NATO, sehingga menawan satu demi satu bandar di Libya termasuk Tripoli sehingga memaksa bekas pemimpin itu melarikan diri dan bersembunyi tanpa diketahui lokasinya.

Kematiannya membawa kejatuhan seorang lagi pemimpin Arab selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali digulingkan dalam kebangkitan rakyat di dunia Arab.

Kematiannya membuktikan Gaddafi adalah seorang pejuang yang sanggup mati demi mempertahankan negaranya. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Turki serang Iraq

Posted:

Turki serang Iraq

Turki serang Iraq

ANKARA 20 Okt. - Tentera Turki termasuk pasukan pengebom tentera udara dan helikopter melancarkan serangan mengejut ke atas utara Iraq, beberapa jam selepas pemberontak Kurdish membunuh 24 askar negara ini dan mencederakan 18 yang lain dalam serangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara, hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan membatalkan lawatan ke Kazakhstan dan mengadakan sidang media bagi mengumumkan Turki melancarkan serangan ke atas Iraq.

"Kami tidak akan tunduk terhadap mana-mana serangan sama ada dari dalam Turki atau dari luar," katanya.

Serangan yang dianggap sebagai terbesar dalam tempoh lebih tiga tahun itu turut mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Televisyen NTV melaporkan, tentera Turki memasuki kira-kira empat kilometer ke sempadan Iraq, manakala agensi berita Dogan melaporkan sekurang-kurangnya 20 pemberontak Kurdish terbunuh dalam serangan itu.

Kesahihan laporan itu masih tidak dapat dipastikan.

Serangan yang dipercayai dilancarkan kira-kira 200 pemberontak Kurdish di dua kawasan berasingan berhampiran sempadan Turki-Iraq itu merupakan serangan terbesar sejak 1990-an.

"Kami bertempur dengan tentera Turki di dua kawasan sejak pukul 3 pagi (waktu tempatan) hari ini," kata jurucakap pemberontak Kurdish, Dostdar Hamo di utara Iraq.

Sementara itu di Baghdad, jurucakap kerajaan tidak dapat dihubungi untuk ulasan berhubung serangan tersebut.

Presiden AS, Barack Obama menerusi kenyataan yang dikeluarkan White House mengutuk serangan ke atas Turki dan menyatakan sokongan kepada negara ini.

"Turki merupakan sekutu kami dan AS akan sentiasa memberikan sokongan padu kepada Turki bagi membendung ancaman keganasan daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan berusaha mewujudkan keamanan terutamanya di tenggara negara itu," katanya. - AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Irawadi kekal ke tali gantung

Posted:

Irawadi kekal ke tali gantung

Irawadi kekal ke tali gantung

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 20 Okt. – Bekas penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Irawadi Mohammad kekal menjalani hukuman gantung atas kesalahan membunuh teman wanitanya, Norzi Ayu Md. Noor tujuh tahun lalu, selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Clement Allan Skinner.

Panel tersebut menolak rayuan Irawadi, 29, selepas tidak bersetuju dengan isu teknikal yang dibangkitkan iaitu wujud kecacatan pada prosiding perbicaraan yang didengar oleh tiga hakim berlainan.

Mahkamah berpendapat bahawa hakim bicara ketiga betul sewaktu memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui tahap keraguan munasabah.

Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 11 November 2009 yang mensabitkan Irawadi atas tuduhan membunuh Pegawai Penyelidik Perubatan di Institut Penyelidikan Malaysia (IMR) Kuala Lumpur itu, dikekalkan.

Irawadi, lulusan jurusan Ekonomi disabitkan membunuh Norzi Ayu, 27, lulusan biologi genetik UKM di rumah sewa mangsa di No 2-1-6 Blok ST12, Pangsapuri Sri Tanjung, Jalan 7/1D, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, dekat sini antara pukul 3.30 petang hingga 5 petang, 26 Julai 2004.

Semalam, peguam Hisyam Teh Poh Teik bersama-sama Imran Hadzalie Abdul Hamid yang mewakili Irawadi memohon agar kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan semula kerana berlaku kecacatan pada prosiding perbicaraan.

Hisyam menghujahkan, tiga hakim berlainan mendengar kes itu pada peringkat yang berbeza-beza iaitu kes pendakwaan, penghujahan pada akhir kes pendakwaan serta kes pembelaan manakala hakim bicara ketiga dalam keputusan pada akhir kes pembelaan, melanggar peruntukan Seksyen 52(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Seksyen itu menyatakan, hakim yang mengambil alih sesuatu perbicaraan tidak boleh menambah baik keputusan hakim terdahulu kerana ia akan menyebabkan berlakunya dua kali penghakiman.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Fatnin Yusof berhujah agar rayuan itu ditolak atas alasan hakim bicara ketiga telah menilai keseluruhan kes dan membuat dapatan yang betul yang tidak memungkinkan berlakunya kecacatan atau kesilapan pada prosiding perbicaraan.

Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Irawadi bahawa dia tidak berniat untuk membunuh mangsa setelah mendakwa tertikam wanita itu secara tidak sengaja selepas terjatuh.

Mahkamah berpendapat, pengakuan Irawadi bahawa dia meletakkan motosikal di bangunan berasingan dari apartmen tempat tinggal Norzi Ayu serta tindakannya memecah masuk rumah mangsa dengan cara menggergaji mangga besi menunjukkan dia mempunyai motif melakukan kesalahan itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiga termasuk wanita dituduh bunuh kontraktor

Posted:

Tiga termasuk wanita dituduh bunuh kontraktor

Tiga termasuk wanita dituduh bunuh kontraktor


Mohd. Azeryee Anuar (tengah) dan Kamarudin SK Abdul Halim (kiri) yang dituduh membunuh seorang kontraktor diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret, Sungai Petani, Kedah, semalam.


SUNGAI PETANI 20 Okt. - Dua lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh seorang kontraktor ladang kelapa sawit yang mayatnya ditemui dengan tangan dan kaki terikat di dalam sebuah bilik hotel di sini, bulan lalu.

Norliana Nor Wahi, 32, dari Seberang Jaya, Pulau Pinang; pengawal keselamatan, Mohd. Azeryee Anuar, 28, dan jurugambar bebas, Kamarudin SK Abdul Halim, 29, didakwa membunuh Mohd. Nasir Isahak @ Ishak, 35, di Bilik 310, Hotel Park Avenue, Taman Sejati Indah, di sini.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut antara pukul 7.04 malam dan 7.48 malam, 19 September lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Khairul Hafiruddin Ramli.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syaiful Akmal Mohd. Razi manakala Mohd. Azeryee dan Kamarudin diwakili peguam bela T. Jayaaraj.

Sementara Norliana tidak diwakili peguam bela.

Mohd. Kahirul Hafiruddin menetapkan sebutan semula kes pada 30 November ini.

Akhbar pada 21 September lalu melaporkan, seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala, selain tangan serta kakinya diikat di sebuah bilik hotel di Taman Sejati Indah, di sini.

Mayat Mohd. Nasir dari Kampung Padang Benggali, Teluk Air Tawar, Butterworth ditemui berlumuran darah di atas katil dalam bilik di tingkat tiga premis oleh kakitangan hotel pukul 1.30 petang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Belum puas dengan kejayaan

Posted:

Belum puas dengan kejayaan

Belum puas dengan kejayaan

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan SONY MUSIC ENTERTAINMENT


MICHAEL Bolton akan terus menyanyi selagi hayatnya dikandung badan.


SEBELUM temuramah dengan penyanyi lelaki yang dikategori sebagai pemilik vokal jantan dan seksi ini, penulis telah diingatkan oleh wakil syarikat rakaman Sony Music Entertainment bahawa Michael Bolton seorang yang cukup peramah.

Kata wakil itu lagi, ada kalanya had perbualan yang ditetapkan boleh terbabas dari 10 minit menjadi satu jam.

Sebaik sahaja mendengar suaranya, sesi temu ramah pun dimulakan dan dengan pantas Bolton ditebak dengan pelbagai soalan.

Ternyata apa yang dikatakan oleh wakil Sony Music sebelum itu benar belaka kerana Bolton sememangnya cukup peramah dan tidak lokek memberikan jawapan untuk setiap soalan yang diajukan.

Barangkali akan ada yang beranggapan bahawa populariti Bolton hari ini tidak lagi sama seperti mana zaman kegemilangan yang pernah dikecapinya pada tahun 1990-an.

Sebagai seorang yang sudah hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia seni, Bolton menegaskan sebagai seorang penghibur, populariti akan datang sendiri seiring dengan hasil kerja yang diberikan.

Dalam usianya yang sudah pun mencecah 58 tahun itu, percaya atau tidak, Bolton memberitahu dia masih belum puas dengan apa yang dikecapinya setakat ini.

Katanya, adalah menjadi tugas seorang penghibur untuk terus menimba ilmu pengetahuan dalam memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.

"Perkataan puas itu bukanlah sesuatu yang gemar saya gunakan dalam kehidupan saya. Setiap kali saya membuat persembahan atau melahirkan album, ia adalah satu proses pembelajaran untuk saya menilai diri saya sendiri.

"Masih banyak yang mahu saya kecapi dan pelajari. Sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang anak seni, saya harus akui saya banyak belajar daripada penyanyi yang berpengalaman," katanya membuka bicara sewaktu dihubungi Hits di Toronto, Kanada, baru-baru ini.

Dalam konteks ini, ujar penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu How Am I Supposed To Live Without You ini menjelaskan penyanyi-penyanyi seperti Bob Dylan, Stevie Wonder, Ray Charles, Marvin Gaye dan Luciano Pavarotti merupakan antara mentornya dalam dunia seni.

Jelas Bolton atau nama sebenarnya Michael Bolotin ini lagi, setiap penyanyi yang disebutkan itu telah mengajarnya banyak aspek dalam dunia nyanyian.

Sebagai contoh, kelebihan Wonder adalah kepada gaya penyampaian yang penuh jiwa manakala Gaye pula lebih kepada teknik nyanyian yang disifatkan Bolton sebagai penyanyi yang bergaya.

"Pernah juga satu ketika di mana saya membuat persembahan bersama Pavarotti yang saya anggap sebagai penghibur yang tiada galang ganti.

"Sehinggakan saya sendiri sanggup untuk mempelajari teknik vokal yang mengubah suara saya menjadi tenor dan soprano. Itu adalah sesuatu yang cukup membanggakan kerana saya dapat mempelajari sesuatu yang baru.

"Bagi saya, kehidupan ini harus dinikmati semaksimum mungkin dan harus berani belajar benda baru agar kita tidak cepat berasa bosan.

"Jika tidak, kita sendiri tidak tahu di manakah kebolehan kita dalam memberikan variasi dalam persembahan kita. Dan, saya percaya ia juga sama seperti dalam mana-mana pekerjaan sekali pun," kata Bolton yang dilahirkan pada 26 Februari 1953 ini panjang lebar.

Begitu juga dengan penjelasan Bolton saat ditanyakan tentang rahsia kejayaannya selama bergelar penghibur apabila penyanyi ini memberitahu dia bahagia dengan segala nikmat yang diberikan.

Kata Bolton lagi, ada kalanya dia tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali segala kepayahan yang pernah dilaluinya dalam mencipta nama sebagai seorang penyanyi.

Dalam erti kata lain, dia tidak pernah berputus asa dan sentiasa bekerja keras bagi memastikan dia mampu menggapai impian dan cita-citanya.

"Seperti mana yang saya katakan tadi, dalam kehidupan terutama karier seperti saya ini, seseorang itu tidak boleh berada dalam keadaan statik.

"Kita harus sentiasa mencari peluang dan mencuba sesuatu yang kita sendiri tidak pernah sangka kita mampu melakukannya.

"Sebagai contoh, saya memulakan karier saya sebagai vokalis kumpulan yang memperjuangkan genre hard rock dan kemudiannya saya beralih kepada balada, pop dan soft rock.

"Tetapi, saya tidak pernah berasa puas dan saya mencuba pula lagu-lagu yang berentak rancak. Menjadi seorang penyanyi dan penghibur itu juga diibaratkan seperti peserta yang bertanding di dalam sukan Olimpik.

"Serba-serbi harus berada dalam keadaan yang baik dan apa yang paling penting adalah disiplin kerana itulah tunjang utama dalam kejayaan seseorang artis itu jika mahu terus bertahan," jelas pemenang anugerah Grammy bagi kategori Persembahan Vokal Pop Lelaki Terbaik sebanyak dua kali ini dengan penuh makna.

Sepanjang bergelar anak seni juga, Bolton sudah menjalinkan kerjasama dengan ramai penerbit, komposer dan penulis lirik sehingga ada yang sudah menjadi teman akrabnya.

Salah seorang daripadanya adalah penerbit dan komposer tersohor dunia, David Foster yang sudah dikenali Bolton lebih daripada 20 tahun.

Saat diminta pandangannya terhadap Foster, Bolton yang juga pernah popular dengan lagu Said I Loved You...But I Lied itu menyifatkan teman baiknya itu sebagai penerbit kegemarannya yang memiliki sentuhan sakti.

Malah, setiap kali jika ada projek yang melibatkan Foster, Bolton pasti tidak akan menolaknya kerana dia tahu kelebihan yang dimiliki oleh Foster dalam mengubah sesuatu itu menjadi luar biasa.

"Foster seorang yang genius dalam bidang muzik dan dia tahu serta dapat mengesan potensi seseorang itu untuk diketengahkan sehingga menjadi bintang mega.

"Lihatlah bagaimana Celine Dion mengecapi kemasyhuran dan semuanya adalah kerana Foster. Begitu juga dengan saya apabila sudah beberapa kali bekerjasama dan menggunakan khidmatnya sebagai penerbit album," jelas Bolton yang pernah menghasilkan empat album iaitu Time, Love & Tenderness, Timeless: The Classics, The One Thing dan This Is the Time: The Christmas Album bersama Foster.

Dalam ribuan lagu yang pernah dihasilkan Foster, Bolton mengakui dia cukup menggemari lagu The Prayer yang dipopularkan oleh Celine Dion dan Andrea Bocelli.

Pada pandangannya, The Prayer merupakan karya agung Foster dan lagu itu sememangnya cukup indah serta sempurna yang barangkali sukar sekali untuk dihasilkan sekali lagi.

Ditambah pula dengan paduan suara dua penyanyi hebat di mata Bolton menjadikan The Prayer sebagai sebuah lagu terbaik yang pernah dihasilkan.

"Saya mengenali Dion sewaktu dia baru hendak menembusi pasaran muzik Amerika Syarikat dan ketika itu, saya juga sudah nampak potensinya untuk menjadi seorang penyanyi hebat.

"Lalu, apabila Foster menggabungkannya dengan Bocelli yang juga memiliki suara yang begitu indah, ia menjadikan The Prayer sebagai sebuah karya yang tiada duanya.

"Malah, saya juga merakamkan kembali lagu itu di dalam album terbaru saya, Gems - The Duets Collection bersama Lara Fabian," jelas Bolton yang pernah menjadi penyanyi lagu tema filem animasi Hercules, Go the Distance.

Kerana hubungan akrabnya dengan Foster jugalah, dia telah menerima tawaran untuk melibatkan diri dalam konsert jelajah David Foster & Friends Live In Asia Tour 2011.

Bakal mengadakan persembahan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam esok (22 Oktober), Bolton sudah tidak sabar lagi untuk memberikan persembahan terbaik.

"Apa yang saya harapkan penonton yang hadir nanti akan terhibur dengan persembahan kami dan saya percaya ia akan menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan," katanya yang akan mempersembahkan lagu-lagu popularnya dalam persembahan itu nanti.

Selain Foster dan Bolton, persembahan itu juga turut disertai oleh penyanyi seperti Charice, Ashanti, Russell Watson dan Philip Bailey.

Tiket-tiket berharga dari RM103 hingga RM583 masih lagi dijual dan sebarang pembelian serta tempahan tiket bolehlah dibuat menerusi www.jagtickets.com.my.

Full content generated by Get Full RSS.

Puncak kejayaan Rashidi Ishak

Posted:

Puncak kejayaan Rashidi Ishak

Puncak kejayaan Rashidi Ishak

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
aida.kamaruddin@utusan.com.my
Gambar MOHD NOOR AMIN


RASHIDI Ishak bersama isterinya, Vanidah Imran setelah menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Komunikasi pada majlis konvokesyen di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, baru-baru ini.


MENGGENGGAM Ijazah Sarjana Muda Komunikasi ketika umur mencecah 39 tahun, pelakon Rashidi Ishak percaya ini merupakan hadiah terbaik buat dirinya dan keluarga.

Mengambil masa sehingga enam tahun sebelum bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), Rashidi mengakui tempoh waktu itu memang lama.

Namun apa yang dilakukannya adalah satu pengorbanan yang harus dilaluinya sebagai anak seni.

"Bukan mudah sebenarnya untuk mengimbangi waktu bekerja dan belajar di mana saya terpaksa menangguhkan waktu pengajian saya untuk memenuhi undangan berlakon.

"Itu juga antara sebab mengapa tempoh pengajian saya agak lama berbanding pelajar lain. Apa pun saya bersyukur kerana usaha saya berhasil," katanya ketika ditemui di majlis konvokesyen ke-35, UPM Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Rashidi, faktor utama mengapa dia memilih jurusan komunikasi adalah untuk memperbaiki skil berkomunikasi dan berhadapan dengan orang ramai.

"Walaupun saya seorang pelakon tetapi saya akui ada sedikit masalah di dalam berkomunikasi.

"Sepanjang saya mengikuti kursus ini, saya bukan sahaja menimba lebih banyak ilmu tetapi juga dapat memperbaiki cara saya berinteraksi dengan orang ramai.

"Lagipun saya menyimpan impian untuk bergelar anak seni yang berilmu dan buktinya, segulung ijazah dalam genggaman memberi saya kepuasan dan satu pencapaian peribadi yang membanggakan," kata Rashidi, ayah kepada dua orang anak, Mikail Aimran,8, dan Mariyam Rashika,7 tahun.

Setia ditemani isterinya, pelakon serta pengacara Nona, Vanidah Imran, Rashidi sebenarnya lewat tiba di UPM pada hari konvokesyennya.

Bagaimanapun, dia kelihatan tenang dan riang sewaktu mengenakan jubah konvokesyen.

Sambil membetulkan jubah yang dipakainya, Rashidi berkata, kunci kejayaannya adalah kerana keluarga.

"Dorongan serta motivasi daripada keluarga terutamanya isteri saya, merupakan penyumbang utama kejayaan saya hari ini.

"Saya amat bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang banyak menyokong saya dari belakang.

"Saya juga berterima kasih kerana mempunyai rakan-rakan yang banyak menyuntik semangat untuk saya memperbaiki diri.

"Terus terang saya katakan, tanpa sokongan mereka semua, belum tentu saya mampu menghabiskan pengajian saya di sini," katanya sambil ketawa.

Menjadikan beberapa tokoh negara sebagai sumber inspirasi, Rashidi turut mengakui bahawa ayahnya turut menjadi pendorong kejayaannya hari ini.

"Ayah adalah contoh terdekat yang membakar semangat saya untuk menggenggam segulung ijazah.

"Dia graduan dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia ketika umurnya dalam lingkungan 40-an.

"Melihat kesungguhan ayah dan berdasarkan pengalaman beliau, saya percaya proses pembelajaran adalah satu proses yang tidak pernah tamat buat kita sebagai manusia," katanya.

Menyimpan impian untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, Rashidi berharap kejayaan itu membuka peluang yang lebih cerah buat dirinya untuk mengikuti pengajian di peringkat sarjana.

"Jika diizinkan saya ingin menyambung pegajian saya ke peringkat yang lebih tinggi.

"Impian saya suatu hari nanti untuk menyambung pengajian dalam bidang Kewangan Islam," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Perpaduan kaum di sebalik kisah Natrah

Posted:

Perpaduan kaum di sebalik kisah Natrah

Perpaduan kaum di sebalik kisah Natrah

DATIN FATINI YAACOB ialah penulis buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata

ESOK hari Sabtu 22 Oktober 2011, akan menjadi hari Himpunan Sejuta Umat (Himpunan) yang aman buat pertama kali bagi orang Islam setelah berlalu 60 tahun sejarah memurtadkan Natrah oleh penjajah. Kecuali isu murtad, banyak bezanya himpunan ini dengan apa yang ada dalam sejarah Natrah.

Apa hebatnya sejarah Natrah? Apa kaitannya sejarah agenda penjajah memurtadkan Natrah dengan perpaduan antara kaum? Sejarah Natrah sebenarnya adalah sejarah yang sangat istimewa - bukti cintakan agama bagi bangsa Melayu dan India Muslim ketika itu.

Sejarah Natrah juga adalah bukti perpaduan orang Melayu yang berbeza fahaman politik, berbeza latar belakang pendidikan dan berbeza status kedudukan - bergabung membela agama yang dihina penjajah sehingga sanggup mengorbankan kepentingan diri tahap tertinggi iaitu nyawa mereka sendiri.

Setelah 60 tahun berlalu, apa jadi kepada perpaduan orang Melayu ini? Nampaknya dalam isu murtad yang begitu aggresif terhadap orang Melayu kini, ia belum berjaya menghimpunkan atau menyatukan pelbagai perbezaan kedudukan orang Melayu hari ini untuk bersatu membela Islam.

Sehingga rencana ini ditulis - Parti Pas terang-terangan menolak untuk bersama Himpunan ini, padahal isu murtad jelas berkepentingan Islam yang dikatakan diperjuangkan oleh Pas.

Sejarah Natrah juga menjadi bukti gabungan semangat kerjasama dan perpaduan luar biasa kepada bangsa-bangsa yang bergabung dengan Melayu atas nilai-nilai murni sejagat dan hak asasi manusia. Ketika itu dengan rela hati, tanpa ada kepentingan diri bangsa-bangsa Cina, India dan Serani ikut berjuang menentang penjajah Inggeris yang menzalimi hak asasi anak kecil bernama Natrah.

Sekiranya kita menyemak kembali isu perpaduan bangsa ini, selepas 60 tahun sejarah itu berlalu, kita hairan melihat betapa biadapnya kini sesetengah bangsa bukan Melayu ini mempersoalkan hak kedudukan Melayu, hak kedudukan raja/sultan mahupun hak Islam sebagai agama rasmi yang ada di dalam Perlembagaan.

Kalau dulu kita pernah berlaku jujur dan bersatu menentang musuh yang satu yakni penjajah dalam sejarah Natrah. Kenapa bangsa Melayu kini diasak pula dan dianggap sebagai musuh? Padahal tiada bangsa sebaik Melayu yang memberikan hak kewarganegaraan semudah itu dan tiada bangsa semulia Melayu dalam hal kompromi dan tolak ansur.

Sebagai imbasan kembali betapa hebatnya penyatuan Melayu dan bangsa-bangsa lain dulu, lihatlah bukti semangat berkorban ketika rusuhan Natrah. Dalam senarai 14 kematian di tempat kejadian pada hari pertama yang dilaporkan oleh akhbar The Straits Times 13 Disember 1950 - lima kematian adalah daripada bangsa Cina dan India, tiga orang bangsa Melayu manakala selebihnya adalah bangsa Eropah. Dalam senarai 138 orang yang cedera dalam kejadian rusuhan itu - 52 orang berbangsa China, 19 Melayu, 14 India, 11 Serani sementara selebihnya seramai 42 orang adalah bangsa Eropah.

Bagi saya sebagai pengkaji sejarah ini, gabungan bangsa-bangsa yang sanggup mati dalam sejarah Natrah ini adalah perpaduan luar biasa dan cukup hebat bagi sebuah negara yang belum lagi merdeka ketika itu.

Unsur perpaduan yang jujur dan kukuh ini telah wujud begitu lama - 60 tahun lalu, lama sebelum kerajaan menjadikan slogan 1Malaysia, empat tahun yang lalu.

Gelombang globalisasi, dunia tanpa sempadan - internet, telefon tangan - telah menukar corak budaya hidup dan pegangan agama generasi kedua bangsa Melayu, Cina, India dan Serani yang tidak kenal hidup susah dan tidak pernah tahu pengorbanan dan perpaduan antara bangsa dalam sejarah Natrah dulu.

Musuh dari luar yang menggunakan media eletronik - tv, pawagam, internet dan komputer, dunia sukan dan hiburan sebagai agenda melunturkan pegangan terhadap akidah agama, termasuk Islam. Oleh itu struktur budaya, pemikiran dan pegangan terhadap agama berubah, kerana perubahan kemewahan hidup dan faham kebendaan yang mengambil tempat.

Hal ini meresap masuk ke segenap aspek dan institusi kehidupan bangsa-bangsa besar Malaysia ini - sama ada politik, ekonomi, sosial mahupun institusi agama. Agenda musuh dari luar yang datang bersama globalisasi dalam mencairkan pegangan agama, mengambil tempat dengan mudah untuk menawarkan hidup mewah dan kaya raya apabila nilai pegangan agama boleh ditukarkan dengan nilai kebendaan.

Jadi pada pandangan saya, inilah isu sebenarnya - sikap melampau dalam agama - sama ada Kristian, Islam, Buddha atau Hindu dan sikap pentingkan diri sendiri di kalangan bangsa-bangsa itu yang akhirnya bertukar menjadi musuh dalam selimut kepada perpaduan kaum - yang menjadi nilai hebat dan utama sejak zaman Natrah itu lagi.

Jadi musuh dalam selimut ini berusaha sehingga berlaku usaha-usaha aggresif memurtadkan orang Melayu sejak zaman Aishah Bukhari, Lina Joy hingga kepada usaha yang melampaui batas - kes gereja Damansara Utama sangat mendatangkan kemarahan orang Melayu.

Kita percaya banyak lagi usaha senyap yang berjalan terus untuk memurtadkan orang Melayu yang tidak dapat dihidu.

Mengapa sejak 20 tahun kebelakangan ini begitu menjadi-jadi agenda memurtadkan bangsa Melayu ini? Mengapa bangsa yang dulunya pernah bersatu dalam isu memurtadkan Natrah oleh penjajah kini beria-ia mahu berusaha memurtadkan sahabat dan saudaranya sendiri bangsa Melayu dengan taruhan wang ringgit dan air suci (holly water)?

Mengapa mahu menggadaikan perpaduan seluruh bangsa dengan nilai kepentingan diri kelompok minoriti daripada bangsa-bangsa tersebut?

Kita harus cermat menilai isu memurtadkan orang Melayu atau orang Islam ini untuk mengelakkan ia menjadi fahaman perkauman yang sempit yang merugikan semua pihak. Kita tidak mahu bangkit satu lagi tragedi seperti rusuhan Natrah yang musuhnya adalah sesama kita sendiri.

Alangkah ruginya rupa bangsa yang telah beratus tahun hidup bersatu padu dan harmoni jika saling menikam diri sendiri, saling bermusuh sesama sendiri atas kepentingan peribadi dan faham agama yang melampau dari kelompok minoriti bangsa-bangsa itu.

Faham kepentingan diri dan faham memperalatkan agama yang melampaui batasan ini juga ada di kalangan orang Melayu/Islam. Demikian juga mereka yang bernafsu besar terhadap wang ringgit, kebendaan dan kelazatan melakukan maksiat.

Teladan buruk peringkat pimpinan atasan membawa kesan buruk kepada rakyat pertengahan dan bawahan yang hidup sempit. Mereka menjadi peniru yang baik terhadap amalan buruk beragama peringkat atasan itu. Kesempitan hidup tidak lagi ditanggapi sebagai ujian Allah untuk memberikan erti redha dan erti ikhtiar hidup.

Kesempitan hidup dengan mudah pula boleh ditukar dengan iman untuk mendapatkan kesenangan dan kemewahan seperti orang lain daripada pendakwah-pendakwah Kristian yang menangguk di air keruh.

Jadi pada pandangan saya, inilah musuh utama semua bangsa di Malaysia hari ini. Oleh itu semua bangsa dan semua penganut agama terutama kelompok pimpinan agama seperti ulama, paderi atau sami mesti menyemak dengan serius unsur faham melampau agama dan faham melampau pentingkan diri sendiri yang ada dalam penganut agama masing-masing.

Kita mesti berusaha membendung fahaman yang melampaui batasan ini sebelum terlambat. Bunga-bunga ke arah kehancuran perpaduan kaum dan perdamaian antara bangsa di Malaysia sudah jelas kelihatan dengan usaha-usaha melampaui batas memurtadkan orang Melayu kini.

Dalam hal seberat ini, kelompok pimpinan tertinggi politik dan pimpinan agama dan pimpinan pertubuhan agama bukan politik harus duduk semeja menangani persoalan murtad yang melampaui batas ini. Ketepikan persoalan percaturan politik dan percaturan kuasa, demi keutuhan agama.

Undang-undang murtad yang baru harus diusahakan agar dengan tegas boleh mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang sengaja mendakwahkan orang Islam kepada Kristian atau kepada agama lain di negara ini.

Sesungguhnya Islam itu wajib dibela oleh semua pihak, terutama kepada pihak yang memegang kuasa. Bagi saya, Islam mesti diletak di atas segala-galanya melebihi kepentingan politik, melebihi kepentingan peribadi. Parti Pas atau UMNO sepatutnya menanggalkan kepentingan politik apabila isu murtad ini diketengahkan. Survival Islam sebenarnya adalah makna survival bangsa bernama Melayu. Hancur bangsa Melayu belum lagi menghancurkan Islam. Tetapi hancur Islam sudah pasti menghancurkan bangsa bernama Melayu ini.

Orang Melayu patut insaf akan nilai perjuangan mengorbankan kepentingan diri demi agama daripada sejarah Natrah. Kalau dulu kita berani dan kuat dalam ketiadaan kuasa, mengapa kini kita lemah setelah merdeka, sedangkan kerajaan dalam pegangan kita?

Semoga matlamat Himpunan Sejuta Umat ini membuka mata bangsa Melayu, terutama para pemimpin politik yang sedang lalai dan masih leka bermain politik dalam isu survival serius agama dan bangsa ini. Salam himpunan dari saya pengkaji sejarah Natrah.

Full content generated by Get Full RSS.

Ke arah minat sains yang mendalam

Posted:

Ke arah minat sains yang mendalam

Ke arah minat sains yang mendalam

PENULIS ialah Felo Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman IslamMalaysia (IKIM)

JIKA membaca akhbar-akhbar utama negara, berita-berita tentang Bajet 2012 dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) merupakan antara topik yang mendapat perhatian.

Manakan tidak, kedua-duanya, secara langsung atau tidak amat berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Namun, mari kita berehat sebentar dan alihkan perhatian terhadap perbincangan lain pula.

Perbincangan yang dimaksudkan adalah tentang dunia sains, yang sebenarnya penting tetapi kelihatan amat terasing dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Perhatikan sekeliling.

Bila bercakap tentang bajet mahupun PRU, semua orang merasakan mereka layak dan boleh berbicara tentang dua isu itu tetapi bila bercakap tentang dunia sains, ramai berasakan biarlah pihak pakar sahaja yang menguruskannya.

Ini satu cara berfikir yang salah kerana peranan ahli masyarakat sebenarnya penting dalam usaha melonjakkan dunia sains negara ke arah kejayaan dan dalam masa sama dapat dipastikan bahawa aktiviti sains berjalan pada landasan yang benar.

Dalam sebuah buku bertajuk Science and Ethics yang ditulis oleh Bernard E. Rollin, seorang profesor dalam bidang veterinar dan kini memberi tumpuan terhadap persoalan nilai dan etika dalam dunia sains, terdapat beberapa perkara menarik yang boleh dikongsikan bersama.

Di dalam buku ini dinyatakan bahawa satu ketika dulu, dunia sains merupakan satu dunia yang hebat dan dikagumi di Barat. Maka, tidak hairanlah, ada kumpulan yang menganggap sains sebagai satu "agama" baru. Namun, kehebatan dunia sains itu semakin terhakis dan tercemar.

Menurut Rollin, hal ini berlaku kerana pengabaian terhadap aspek-aspek nilai dan etika dalam sains. Beliau merujuk contoh permasalahan alam sekitar kini sebagai sebahagian daripada pengabaian terhadap nilai dan etika sains.

Oleh itu, Rollin menyeru ahli sains kembali kepada nilai dan etika kerana dengan cara ini, bukan sahaja dapat mengelakkan salah laku dalam kegiatan sains tetapi dalam masa sama dapat mengembalikan kepercayaan dan minat masyarakat terhadap sains.

Katanya, jika ahli sains tidak cuba membincangkan serta melibatkan nilai dan etika dalam kegiatan sainsnya, maka persoalan itu akan dibincangkan oleh "orang lain" yang bukan pakar dalam sains.

Perbincangan oleh orang lain ini akan hanya memburukkan keadaan, iaitu melemahkan imej sains dan saintis. Antara 'orang lain' yang dimaksudkan Rollin ialah golongan agama.

Dalam masa sama, Rollin melihat bahawa ahli sains perlu bergaul dengan pakar-pakar atau individu dari pelbagai bidang lain. Ini kerana kesepaduan pelbagai pakar atau ahli dalam pelbagai bidang boleh membentuk aspek check and balance dalam kegiatan sains.

Hal ini perlu kerana bagi Rollin, saintis kadang kala gagal melihat sesuatu perkara atau kegiatannya dari sudut etika, maka kumpulan dalam bidang lain itu akan bertindak sebagai 'tukang tegur'.

Berdasarkan penerangan di atas, elok juga kita lihat perbincangan Rollin ini dalam konteks negara Malaysia. Secara umumnya, penulis tidak nampak masyarakat Malaysia hilang keyakinan terhadap sains dan saintis. Ini kerana, pada asalnya pun, masyarakat Malaysia seolah-olah tidak peduli akan sains dan apa yang dilakukan oleh saintis.

Antara masyarakat dan dunia sains di Malaysia seolah-olah ada satu jurang. Malah boleh dikatakan bahawa masyarakat tidak tahu (dan mungkin tidak peduli) apa yang dilakukan saintis. Jika ini diterima maka persoalan hilang keyakinan sebenarnya tidak wujud langsung.

Namun, dari satu sudut lain, banyak perkara yang berlaku di sekeliling memerlukan penjelasan dan penyelesaian dari sudut sains. Malah, jika dilihat dalam konteks masyarakat Muslim di Malaysia, penjelasan dan penyelesaian sains demi kelangsungan dan kelancaran hidup masyarakat Muslim, adalah amat diperlukan.

Pada masa kini, dengan perkembangan sains dan teknologi yang pesat, penjelasan dan penyelesaian sains dalam aspek-aspek pemakanan dan perubatan amat diperlukan. Misalnya, isu makanan ubah suai genetik, biofarmaseutikal, pendermaan organ, kesan merokok, pengklonan, bank genetik, kaedah persenyawaaan tiruan dan yang terbaru Bank Susu Ibu, semuanya memerlukan penjelasan dan penyelesaian sains.

Penjelasan dan penyelesaian sains ini pula tidak seharusnya berdiri sendiri tetapi perlu dibantu dari sudut syariah Islam. Dengan itu, peranan ahli agama amat diperlukan.

Oleh itu, dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, golongan agamawan tidak boleh dianggap sebagai "memburukkan keadaan" seperti mana yang dijelaskan di atas.

Sewajarnya, golongan ini dianggap sebagai pelengkap kepada kegiatan dan dunia sains demi kesejahteraan umat Islam di Malaysia.

Malah, golongan saintis seharusnya melihat golongan agama sebagai salah satu 'rakan pergaulan dari pelbagai bidang' seperti mana yang disarankan Rollin.

Dalam hal ini, kerjasama saintis dan ahli-ahli dalam pelbagai bidang bukan bersifat 'sekali-sekali'. Malah, sewajarnya menjadi budaya dalam masyarakat kita, saintis dan ahli-ahli dalam pelbagai bidang berbincang dan berdebat tentang pelbagai persoalan sains pada setiap masa. Walaupun ini agak sukar dilakukan namun jaringan hubungan seperti ini wajar diusahakan, sama ada dalam keadaan formal mahupun tidak.

Akhirnya, kesepaduan seperti ini akan memberi manfaat besar kepada umat Islam terutamanya dari segi menyelesaikan masalah sains yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat Muslim.

Di Malaysia, terdapat pelbagai isu berkaitan sains yang memerlukan pandangan dan penyelesaian dari sudut syariah Islam, misalnya dalam bentuk fatwa. Pada ketika ini, masyarakat bukan sahaja perlu mematuhi apa-apa fatwa yang dikeluarkan tetapi dalam masa sama memahami sebab-sebab fatwa tersebut dikeluarkan dan kesannya dalam kehidupan mereka.

Bukan itu sahaja, dengan perkembangan pesat dunia sains dan teknologi masa kini, perbincangan, penjelasan dan penyelesaian dari sudut sains dan syariah Islam dapat digerakkan secara bersepadu dan segera jika wujudnya kerjasama yang baik antara saintis, golongan agama dan pakar-pakar dalam bidang lain seperti sosial, ekonomi, budaya dan sebagainya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved