Khamis, 22 Mei 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


PPDNKK rampas 25,000 jersi tiruan

Posted: 22 May 2014 11:36 AM PDT

PETALING JAYA 22 Mei - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor hari ini merampas sebanyak 25,000 helai jersi tiruan termasuk jersi pasukan bola sepak Piala Dunia 2014 dalam serbuan di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan PJS 3/34, di sini hari ini.

Kesemua jersi yang dirampas dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 pagi itu dianggarkan bernilai RM750,000.

Turut ditahan ialah seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik premis bersama empat pekerja wanita warga asing untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK negeri, Othman Nawang berkata, serbuan tersebut dijalankan hasil maklumat dan risikan pihaknya selama sebulan.

Katanya, premis tersebut telah ber-operasi sebagai tempat penyimpanan stok pakaian tiruan sejak tiga tahun lalu.

"Siasatan mendapati bahawa ke-semua pakaian tiruan tersebut telah diimport daripada negara jiran sebelum dibungkus semula dan disimpan di premis ini," katanya ketika ditemui dalam serbuan tersebut di sini.

Othman seterusnya memberitahu, pihaknya akan menjejaki pihak yang menjual jersi tiruan apatah lagi ketika demam Piala Dunia 2014 semakin dirasai.

"Dijangkakan jersi tiruan akan dibawa masuk dengan kuantiti lebih banyak kerana permintaan terhadap produk itu pasti akan meningkat.

"Kita memandang serius kegiatan ini dan usaha berterusan akan dijalankan bagi mengesan pihak yang terlibat. Jus-teru, saya menyeru kepada para peniaga agar bersikap telus dan tidak menjual barangan tiruan," katanya.

Tambah Othman, PPDNKK telah melakukan siasatan terhadap kira-kira 60 kes melibatkan penjualan barangan tiruan dengan nilai rampasan kira-kira RM2.75 juta.

131 juta rokok tidak sah dirampas

Posted: 22 May 2014 11:36 AM PDT

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@uusan.com.my

PUTRAJAYA 22 Mei - Sebanyak 131 juta batang rokok tidak sah bernilai RM7.07 juta dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sepanjang lima bulan Operasi Outlet yang bermula pada bulan Januari lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, dalam operasi tersebut sebanyak 2,618 outlet di seluruh negara telah diperiksa dan 999 daripadanya dikesan memiliki rokok tidak sah.

Beliau berkata, hasil daripada serbuan itu, sebanyak 686 orang peruncit telah berjaya ditangkap dan direman.

"Jumlah peruncit yang didapati bersalah sehingga kini sebanyak 227 kes manakala peruncit yang dikenakan denda dan dijatuhi hukuman penjara pula masing-masing sebanyak 159 kes dan 68 kes.

"Maksimum hukuman penjara dan denda dikenakan terhadap pesalah ini yang menjual rokok tidak sah masing-masing sebanyak RM6,000 dan enam bulan penjara," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kastam di sini hari ini.

Menurut Khazali lagi, hasil daripada tangkapan itu berjaya menggagalkan jumlah nilai cukai yang dielak sebanyak RM66.57 juta.

Ujar beliau, negeri yang mencatatkan penjualan rokok tidak sah paling banyak adalah Johor, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Katanya, pihaknya serius menjalankan operasi tersebut dan akan meneruskan sehingga tiada lagi dalang yang menjual rokok tidak sah itu di pasaran.

"Operasi ini akan terus berjalan dan kita berharap jumlah tangkapan akan lebih tinggi daripada tempoh lima bulan pertama ini. Daripada maklum balas yang diterima banyak peruncit sudah tidak berani menjual rokok tidak sah ini.

"Selain ini, kita juga akan mempertingkatkan operasi di kedai-kedai yang terletak di kawasan tersorok kerana mereka beranggapan selamat dan tidak akan diserbu oleh pasukan penguatkuasa," katanya.

Sementara itu, Khazali turut meminta semua peruncit dan orang ramai agar terus memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada JKDM di talian 1-800-88-8855 bagi melapor tentang peruncit yang ingkar serta masih menjual rokok tidak sah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Malaysia penuhi misi separuh akhir

Posted: 22 May 2014 11:37 AM PDT

Goh V Shem (kiri) bersiap sedia sambil memerhatikan Tan Wee Keong membalas pukulan beregu Denmark, Mogensen Carsten-Fischer Nielsen Joachim pada perlawanan beregu kedua kejohanan Piala Thomas di New Delhi malam tadi. Pasangan Malaysia menang 21-19, 21-13. - Ihsan The Star

NEW DELHI - Malaysia mengharungi malam yang penuh drama dan mendebarkan sebelum menyingkirkan Denmark 3-1 untuk melangkah ke separuh akhir Piala Thomas buat kali pertama dalam tempoh empat tahun malam tadi.

Percaturan Pang Cheh Chang menggandingkan Goh V Shem-Tan Wee Kiong sekali lagi membuahkan hasil apabila pasangan muda itu muncul wira dengan menghadiahkan mata kemenangan.

Aksi cemas pasukan negara bermula sejak perseorangan pertama apabila jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tewas set pembukaan dan kelihatan beraksi dengan menahan kesakitan kaki kiri akibat terjatuh pada set ketiga.

Selepas tumpas 20-22, Chong Wei bagaimanapun bangkit dalam dua set berikutnya untuk menundukkan pemain yang cukup liat, Jan O Jorgensen 21-14, 21-17.

Debaran Malaysia bagaimanapun tidak berakhir apabila pasangan harapan mereka, Tan Boon Heong-Hoon Thien How gagal memberi kelebihan apabila tewas 14-21, 18-21 kepada Mads Pieler Kolding-Mads Conrad-Petersen untuk kedudukan terikat 1-1.

Kekalahan 19-21 yang dialami Chong Wei Feng di tangan Hans-Kristian Vittinghus di set pertama menyebabkan penyokong Malaysia di Stadium Tertutup Siri Fort terdiam seketika, namun pemain kelahiran Kedah itu mempamer kebangkitan hebat dengan permainan lebih mantap untuk menang 21-14, 21-8, sekali gus kembali meletakkan Malaysia mendahului 2-1.

Ketika pasukan negara sudah bersiap sedia secara mental dan fizikal untuk menjangkakan permainan diheret ke penentuan perseorangan ketiga kerana Denmark memiliki beregu kedua yang mantap, namun V Shem-Wee Kiong sekali lagi menjadi wira dengan memastikan kemenangan milik Malaysia selepas mengejutkan pasangan berpengalaman, Carsten Mogensen-Joachim Fischer Nielsen 21-19, 21-13.

"Ketika terjatuh, saya memang sedikit risau dan apa yang berlaku di Wuhan tiba-tiba menghantui saya. Saya cuba menahan kesakitan dan meneruskan permainan, mujur tiada masalah besar dan saya berjaya menamatkan perlawanan dengan mencatat kemenangan.

"Kesakitan ini sudah menganggu saya sebelum tiba di sini lagi, tetapi ia hanya kecederaan kecil dan saya yakin dapat meneruskan permainan. Ia bukan masalah yang sama seperti yang saya alami dua tahun lalu," kata Chong Wei, yang mengakui tidak menunjukkan prestasi terbaiknya dalam pertarungan yang berlarutan selama 61 minit.

Pada Piala Thomas di China, dua tahun lalu, juara All England itu terkehel kaki kanan menyebabkan buku lalinya bengkak ketika menentang perseorangan utama Denmark, Peter Hoeg Gade di peringkat kumpulan. Kecederaan itu nyaris menyebabkan dia tidak dapat beraksi di Sukan Olimpik London.

Sementara itu, Weng Feng menganggap Piala Thomas kali ini pasti yang paling istimewa buat dirinya kerana berjaya memenangi semua empat perlawanan setakat ini biarpun hanya membuat penampilan sulung.

Dua tahun lalu, Daren turut disenarai dalam skuad ke Wuhan, namun sekadar sebagai pemain simpanan dan dia langsung tidak diturunkan dalam sebarang perlawanan.

"Saya sendiri tidak percaya saya mampu bermain baik setakat ini. Memenangi semua empat perlawanan Piala Thomas pertama saya suatu pencapaian yang hebat.

"Saya sudah cuba membantu pasukan sebaik yang mungkin, sekarang terpulang kepada rakan-rakan untuk membawa kami pergi sejauh yang mungkin," ujar Wei Feng.

Menanti Malaysia pada separuh akhir hari ini adalah pemenang di antara juara 13 kali, Indonesia dengan pasukan yang telah ditewaskan di peringkat kumpulan, Korea Selatan.

Berdepan Korea Selatan dianggap memberi kelebihan kepada Malaysia kerana telah menewaskan pasukan itu 3-2 dalam saingan kumpulan, selain memegang rekod pertemuan lebih baik, manakala bertemu Indonesia, kita kalah dalam empat perlawanan terakhir pada pusingan akhir Piala Thomas.

Kali terakhir Malaysia menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Piala Thomas adalah di Guangzhou 2002, di mana kita tewas 2-3 di tangan Indonesia. - UTUSAN

Wanita tak cukup pendedahan

Posted: 22 May 2014 11:37 AM PDT

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
sukan@utusan.com.my

NEW DELHI - Malaysia memiliki ramai bakat untuk melahirkan seorang lagi Wong Mew Choo, namun masalahnya pemain-pemain perseorangan wanita tidak diberi pendedahan mencukupi.

Jika dibandingkan dengan negara utama lain, rekod kejohanan yang disertai perseorangan wanita Malaysia adalah yang paling sedikit dan ini membantutkan perkembangan mereka.

Biarpun skuad Piala Uber tersingkir di peringkat kumpulan kelmarin, namun acara perseorangan menunjukkan prestasi baik dan pemain seperti Tee Jing Yi, Yang Li Lian, Lim Chiew Sien serta Lim Yin Fun menjanjikan masa depan yang cerah.

Jing Yi, 23, memenangi semua perlawanan ke atas pemain yang memiliki ranking lebih baik seperti pemain No. 13 dunia, Takahashi dari Jepun, Line Kjaersfeldt dari Denmark dan Karin Schnaase dari Jerman.

Yin Fun pula mengejutkan Sandra-Maria Jensen dari Denmark 21-15, 14-21, 21-19 tetapi tewas di tangan pemain berpengalaman Jepun, Eriko Hirose 21-23, 8-21.

"Saya percaya kita ada sekumpulan pemain berbakat untuk melahirkan seorang lagi Wong Mew Choo. Pemain-pemain muda ini menjanjikan masa depan yang cerah.

"Bagaimanapun mereka kurang pendedahan, tidak mendapat kejohanan yang mencukupi kalau kita hendak bandingkan pemain-pemain wanita negara lain terutama dari Thailand dan Korea Selatan.

"Kalau kita tengok dalam Piala Uber, pemain ini mampu memberi cabaran kepada pemain ranking lebih baik daripada mereka, namun disebabkan kurang pengalaman, permainan mereka sangat mentah. Bila tiba pada situasi genting, mereka tak tahu apa yang hendak dilakukan, tiada idea dan tiada keyakinan," ujar jurulatih perseorangan wanita, Wong Tat Meng.

Tat Meng, jurulatih yang bertanggungjawab membawa Mew Choo muncul juara Terbuka China 2007 turut menambah, dia akan mencadangkan kepada pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mempertimbangkan semula jumlah kejohanan yang diberikan kepada perseorangan wanita.

Dia percaya, prestasi memberangsangkan pemain-pemain muda negara, terutama Jing Yi akan membuka mata BAM bahawa perseorangan wanita juga mampu menjanjikan masa depan cerah andai diberi lebih tumpuan.

Malah selain Jing Yi, Li Lian, CHiew Sien dan Yin Fun yang masih muda, Tat Meng juga sedang menunggu kepulangan semula Sonia Cheah daripada kecederaan. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bertindak tegas ke atas bot pukat ganding

Posted: 22 May 2014 11:37 AM PDT

Oleh Shahrinnahar Latib
nahar.latib@utusan.com.my

Shafik Fauzan Sharif (tengah) bersama Adnan Hussien (tiga dari kiri) melihat enjin sangkut semasa Majlis Perasmian Penutup Program Peningkatan Asas Penyelenggaraan Enjin Sangkut di Kuantan, Pahang, kelmarin. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 22 Mei - Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan pukat ganding bagi menangkap ikan oleh bot kargo asing di sekitar perairan negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, perkara ini telah dikesan oleh nelayan di Kuala Pahang, Pekan yang bimbang mengenai kegiatan itu.

"Mereka melihat bot kargo ini kembali aktif menjalankan kegiatan tersebut di sekitar perairan Pahang dan mengganggu nelayan kita untuk menangkap ikan.

"Justeru, saya meminta pihak berkuasa terutamanya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap bot kargo ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menutup Program Peningkatan Asas Penyelenggaraan Enjin Sangkut dan Peningkatan Kemahiran Asas Teknologi Pelayaran Bersama Komuniti Nelayan Kampung Chempaka di sini semalam.

Yang hadir sama Pengarah Perikanan negeri, Adnan Hussien.

Dalam pada itu, beliau meminta nelayan di sekitar negeri ini bersedia menghadapi fenomena El Nino yang dijangka melanda negara awal bulan depan.

Katanya, fenomena itu akan menyebabkan tangkapan ikan di laut terjejas sehingga menyebabkan pendapatan nelayan berkurangan.

"Justeru, nelayan boleh membuat pekerjaan lain atau berniaga. Saya harap para nelayan dapat memikir cara yang terbaik menambah pendapatan mereka," katanya.

Dalam pada itu katanya, program yang diadakan selama sehari ini melibatkan seramai 55 nelayan dari sekitar Kampung Chempaka.

"Melalui program ini para nelayan dapat meningkatkan kemahiran mereka dan akhirnya berjaya menambahkan pendapatan kepada yang lebih baik," katanya.

Tegar di Konsert Rakyat Lipis malam ini

Posted: 22 May 2014 11:37 AM PDT

KUALA LIPIS 22 Mei - Penduduk di daerah ini berpeluang melihat persembahan penyanyi cilik terkenal Indonesia, Tegar dalam Konsert Rakyat Parlimen Lipis yang akan diadakan di Dataran Lipis di sini malam esok.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis, Mohd. Farid Mohd. Noor berkata, konsert ini dijayakan bersama oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Lipis bersama Kelab Rakan Muda daerah yang merupakan penganjuran buat kali pertama.

"Konsert ini bagi memberi peluang kepada masyarakat di daerah ini berhibur bersama keluarga sambil mengenali lebih dekat penyanyi cilik Indonesia itu.

"Tiada tiket dikenakan. Selain bersua muka, peminat penyanyi itu juga berpeluang mendapatkan album baharu Tegar secara percuma," ujarnya di sini hari ini.

Posted: 22 May 2014 11:37 AM PDT

BENTONG 22 Mei - Program Jerayawara Rio To Malaysia anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal berlangsung di Felda Mempaga 1, Karak dekat sini, Ahad ini.

Menurut kenyataan RTM, program yang berkonsepkan rekreasi dan riadah bersama keluarga itu diadakan sempena penganjuran Piala Dunia 2014 di Brazil bulan depan.

"Program ini diharap menjadi platform terbaik untuk RTM mendekatkan diri dengan penonton setia kami dan Pahang merupakan destinasi terakhir daripada tiga lokasi sebelum ini bagi mempromosikan Piala Dunia 2014.

"Kemuncak program ini diadakan di Dataran Felda Jaya, Wilayah Mempaga pada pukul 12 tengah hari melibatkan penyertaan beberapa artis terkenal termasuk daripada Skop Productions," kata kenyataan itu di sini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Hanez Suraya, kekasih saman MAS

Posted: 22 May 2014 11:36 AM PDT

HANEZ Suraya (kiri) diiringi peguamnya hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, semalam.

SHAH ALAM 22 Mei - Pelakon Hanez Suraya dan kekasihnya hari ini memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines (MAS) kerana didakwa melakukan 'pencerobohan peribadi' dengan mendedahkan maklumat tiket penerbangan mereka dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Thailand ke laman sosial di internet, bulan lalu.

Hanez Suraya, 29, atau nama penuhnya, Hanez Suraya Abdul Aziz dan Romie Razin Adilha Abd. Jais, 34, selaku pihak plaintif memfailkan saman tersebut menerusi firma guaman Tetuan Harjit Sandhu di Mahkamah Tinggi di sini.

Mereka menamakan Malaysian Airline System Bhd. sebagai defendan.

Hanez Suraya yang popular dengan drama Love You Mr. Arrogant hadir di mahkamah bersama-sama peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman dan Harjit Singh Sandhu namun Romie Razin tidak kelihatan.

Menurut pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa, pada 20 April lalu lebih kurang pukul 12.20 tengah hari, mereka menaiki penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Bangkok dan berlepas dari pintu G8 untuk penyerahan tiket penerbangan.

Pihak plaintif mendakwa, beberapa jam kemudian, mereka dimaklumkan oleh rakan-rakan yang keratan tiket penerbangan itu telah dimuat naik ke dalam laman facebook akaun 'Kami Sokong Liyana Manan'.

(Liyana atau Nurliyana Manan ialah isteri Romie Razin dan mereka kini dalam proses perceraian)

Dakwa plaintif, setelah menyemak akaun berkenaan, mereka mendapati terdapat lebih 1,000 komen cacian dan cemuhan dilemparkan kepada kedua-dua mereka.

Mereka mendakwa, defendan atau petugas-petugas defendan yang mendedahkan keratan tiket tersebut ke laman sosial itu dan perbuatan itu disifatkan tidak beretika dan telah melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010.

Pada 21 April lalu, pihak plaintif melalui peguamnya menyatakan telah menghantar sepucuk surat kepada defendan bagi meminta penjelasan dan ganti rugi berhubung pelanggaran akta berkenaan.

Defendan pada 29 April menjawab surat berkenaan dengan meminta salinan keratan tiket penerbangan bagi menjalankan siasatan lanjut dan pihak plaintif menyerahkan salinan itu keesokan harinya.

Pada 8 Mei lalu, pihak plaintif mendakwa ada menghantar sepucuk surat lagi namun tiada sebarang maklum balas diberikan oleh defendan sehingga hari ini.

Pihak plaintif mendakwa, akibat penyebaran gambar tersebut secara meluas di laman sosial, blog dan akhbar tempatan, mereka berdua telah mengalami gangguan dan tekanan emosi.

Sehubungan itu, pihak plaintif memohon ganti rugi am pada kadar faedah lima peratus setahun, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, kos dan perintah-perintah lain serta relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Hanez Suraya ketika ditemui pihak media menyatakan, saman ini difailkan untuk melindungi hak privasi dirinya serta mengelakkan pergerakannya terganggu.

Sementara itu, Harjit menyatakan, saman itu akan diserahkan kepada pihak defendan dalam masa dua atau tiga hari lagi.

Pendakwa mohon mahkamah tolak permohonan Tian Chua

Posted: 22 May 2014 11:36 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa permohonan Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; aktivis propembangkang, Hishamuddin Md. Rais; dan bekas pelajar, Adam Adli Abdul Halim untuk membatalkan pertuduhan mereka di bawah Akta Hasutan 1948 perlu ditolak berdasarkan doktrin res judicata.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas berkata, ini adalah permohonan yang kedua setelah pada 18 Februari lalu mahkamah yang sama menolak permohonan mereka untuk membatalkan pertuduhan itu selepas mendapati permohonan itu pramatang dan tidak bermerit.

Beliau berhujah, berdasarkan doktrin undang-undang itu, sesuatu perkara yang telah diputuskan oleh mahkamah adalah muktamad dan dianggap benar.

Permohonan yang sama sebelum ini dibuat di hadapan Hakim Mohd. Azman Husin yang kemudiannya membatalkannya pada 18 Februari lalu.

"Tiada apa yang beza, cuma kali ini pemohon cuba membatalkan pertuduhan secara ansuran. Isu undang-undang yang dibangkitkan pada permohonan ini seharusnya disentuh dalam permohonan mereka sebelum ini lagi, memandangkan mereka mempunyai peluang yang banyak pada permohonan pertama itu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tentera Thailand arah gantung program televisyen

Posted: 22 May 2014 11:50 AM PDT

BANGKOK 23 Mei - Tentera Thailand hari ini mengarahkan kesemua stesen televisyen dan radio untuk menggantung program-program biasa mereka dan memaparkan siaran tentera sahaja ekoran rampasan kuasa yang berlangsung.

Tindakan itu dilakukan bagi memastikan berita yang tepat disiarkan kepada orang ramai, kata seorang jurucakap tentera di dalam satu pengumuman di televisyen.

Ketua Tentera Thailand, Prayut Chan-O-Cha melakukan satu rampasan kuasa tentera semalam, menggulingkan kerajaan yang dipilih dan meletakkan negara ke dalam keadaan yang tidak menentu selepas beberapa bulan persengketaan politik buntu. - Agensi

Perlembagaan Thailand digantung selepas rampasan

Posted: 22 May 2014 11:48 AM PDT

BANGKOK 23 Mei - Pemimpin tentera Thailand menyatakan hari ini bahawa perlembagaan negara digantung, selepas rampasan kuasa dilakukan.

Mereka menyatakan, ia dilakukan bagi menamatkan persengketaan politik yang berlangsung beberapa bulan lalu.

"Dalam usaha untuk mentadbir negara ini dengan lancar, pemimpin tentera telah menggantung perlembagaan 2007, kecuali bab di bawah pentadbiran Diraja," kata satu kenyataan yang keluarkan dalam televisyen tempatan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Aliran ahli sunnah asas perpaduan

Posted: 22 May 2014 11:37 AM PDT

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

Sebahagian peserta Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah Keenam Pencerahan Tasawwur Ahli Sunnah Wal Jamaah tekun mengikuti perbincangan di Masjid Kuala Lumpur, kelmarin - UTUSAN/Halim Khalid

APAKAH rahsia rakyat berbilang kaum dapat hidup dengan aman dan damai di Malaysia? Jawapannya kerana kaum Melayu beragama Islam yang merupakan penduduk majoriti di negara ini berpegang kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Ketika membuat pendedahan itu semasa merasmikan Wacana Pencerahan Tasawwur ASWJ, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, aliran itu yang telah sebati dengan masyarakat Islam di Malaysia merupakan faktor utama yang mendidik orang Melayu supaya mengamalkan nilai-nilai wasatiyyah atau kesederhanaan.

Katanya, nilai-nilai kesederhanaan telah dapat mengelakkan umat Islam daripada melakukan tindakan yang melampau dalam hubungan antara kaum dan agama.

"Secara tidak langsung, ajaran ASWJ yang dipegang oleh umat Islam di Malaysia merupakan asas penting yang membawa kepada keamanan, kestabilan dan keharmonian di negara kita.

"Oleh yang demikian, sudah pastilah ajaran ASWJ perlu terus diperkukuhkan dan diperkasakan di Malaysia," katanya pada wacana dua hari anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang berakhir Rabu lalu.

Sejajar dengan saranan Muhyiddin itu, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr. Mohamad Zaidi Abdul Rahman mencadangkan supaya kerajaan dan ilmuwan Islam saling bekerjasama bagi mengekang fahaman asing seperti Syiah, Islam liberal, pluralisme agama dan sekularisme yang dilihat boleh melemahkan aliran ASWJ di negara ini.

"Ini termasuk juga aliran Salafi-Wahabi yang dibawa oleh Muhammad Abdul Wahab serta fahaman akidah yang dibawa oleh Ibnu Taymiyyah, Ibnu Qayyim, Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha.

"Fahaman terbabit jelas sekali bertentangan dengan ASWJ yang berpegang kepada ajaran Imam Abu Hasan al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi dari segi akidah; Imam Syafie dari segi fikah manakala aspek akhlak dan kerohanian pula berpandukan kepada pendekatan yang dibawa Imam al-Ghazali," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Malaysia Sebagai Benteng ASWJ Alam Melayu: Strategi untuk Memperkasakannya.

Menurutnya lagi, Panel Kajian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula memberi definisi ASWJ sebagai golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW menerusi para sahabat, tabii dan tabi tabiin serta setia bersama mereka dalam prinsip-prinsip akidah, syariah dan akhlak.

"Antara ciri-ciri umum aliran ASWJ yang digariskan oleh Jakim ialah sikap mengutamakan perpaduan, persaudaraan Islam dan perdamaian; berpegang kepada prinsip tidak memuja pemimpin serta tidak taksub hingga mengkafirkan atau menyesatkan sesama Islam," katanya.

Jelas beliau, penolakan terhadap fahaman asing seperti Syiah, aliran liberal dan sekular mudah dilakukan kerana mereka sendiri tidak mahu dikaitkan dengan identiti ASWJ.

"Tetapi wujud polemik yang boleh mewujudkan perpecahan antara Salafi-Wahabi dan ASWJ kerana sistem rujukan sumber hukum yang sama, malahan masing-masing dengan tegar mendakwa merekalah kelompok ASWJ yang murni," jelas Mohamad Zaidi.

Aliran Salafi-Wahabi adalah bersifat radikal berbanding ASWJ yang sederhana, malahan pengikutnya dikatakan cenderung kepada tindak tanduk bengis dan suka mengkafirkan umat Islam lain selain diri mereka.

Golongan berkenaan mengkafirkan pengikut jemaah tabligh dan menganggap ahli tasawuf Islam sama seperti Yahudi yang perlu diperangi.

Mereka juga menganggap bidaah amalan seperti bacaan qunut ketika solat Subuh, sambutan maulidur rasul, bacaan yasin berjemaah, mengangkat tangan semasa berdoa, bacaan talkin dan majlis tahlil.

Dalam pada itu, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Zakaria Stapa berkata, pegangan terhadap aliran ASWJ telah berjaya menyumbang kepada kedamaian dan keharmonian dalam kehidupan beragama di Malaysia.

"Dalam lain perkataan, aliran ASWJ sebagaimana yang dipegang, diamal dan dihayati di negara ini telah menjadi paksi perpaduan ummah, sehingga sejarah kita tidak pernah mencatatkan berlakunya pertumpahan darah dan huru-hara atas nama agama.

"Dengan itu, ASWJ merupakan satu aset amat bernilai yang mesti dijaga dan dipertahan sebaik mungkin walaupun terpaksa melibatkan harga yang amat tinggi demi perpaduan dan kemajuan ummah," katanya.

Bagaimanapun, ujarnya, akhir-akhir ini aliran ASWJ cuba digugat oleh pihak-pihak tertentu yang muncul dalam satu gelombang, dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan peralatan, bertujuan untuk mengkaburkan identiti ASWJ yang sudah meresap pada asas-asas akidah, fikah, tasawuf dan sistem perundangan di Malaysia.

Katanya, tanpa disedari kurikulum Pengajian Islam di sekolah-sekolah juga sudah diresapi dengan fahaman yang bertentangan dengan ASWJ.

Beliau berkata, dalam kurikulum berkenaan terdapat fahaman Salafi-Wahabi berasaskan ajaran Ibnu Taymiyyah tentang akidah yang membahagikan konsep tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid al-Asma Wal Sifat.

"Keyakinan terhadap tiga jenis tauhid ini adalah bertentangan dengan ayat al-Quran dan hadis yang tidak pernah membezakan makna Rabb dengan makna Ilah.

"Terdapat beberapa implikasi yang menakutkan dari perspektif pegangan akidah hasil daripada kenyakinan terhadap tiga jenis tauhid ini termasuk kecenderungan untuk mengkafirkan sesama Islam.

"Dalam konteks semasa, umat Islam sudah tiada masa untuk berpecah dan berperang sesama sendiri atas sebab apa sekalipun, lebih-lebih lagi atas nama agama, seperti yang sedang terjadi di beberapa negara orang Islam masa kini," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ASWJ: Satu Kerangka Umum.

Tambahnya, umat Islam di negara ini tidak wajar membiarkan diri mereka dipengaruhi dengan fahaman-fahaman lain sebaliknya perlu terus berpegang kepada aliran ASWJ yang telah terbukti berjaya membawa kesejahteraan.

"Pengikut aliran ASWJ meliputi 90 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia masa kini dan hakikat berkenaan menunjukkan ia merupakan golongan arus perdana umat Islam sejak zaman berzaman.

"Dari sudut ini sahaja pun sudah boleh menunjukkan betapa ASWJ merupakan satu aliran atau mazhab yang ortodoks dan autentik mewakili keseluruhan ummah dengan membawa bendera kebenaran dan ketulenan ajaran Islam yang maha suci.

"Ini kerana, menjadi amat sukar diterima akal majoriti, sebegitu besar umat Islam akan bersekongkol memperakui perkara yang sesat dan tidak benar," ujar beliau.

Sanggahan berasas humanrightisme

Posted: 22 May 2014 11:37 AM PDT

POLEMIK Hak Asasi Manusia (HAM) memang menarik minat ramai. Ada yang mengatakan ia Islamik, tidak Islamik, anti-Islamik atau tiada kena-mengena dengan Islam.

Justeru apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyanggah agenda HAM versi sekular barat yang digelar sebagai humanrightisme itu baru-baru ini, ada pelbagai respons masyarakat termasuk ada yang 'kepanasan dan kecewa.

Mereka mengatakan Malaysia hipokrit apabila menjuarai perjuangan kesederhanaan Islam di peringkat antarabangsa sementara hakikat di negara sendiri menindas sekelompok minoriti berlainan kefahaman. Sejauhmana kebenaran dakwaan ini?

Ikuti temu bual wartawan Utusan Malaysia, MOHD. RADZI MOHD. ZIN dengan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), DATUK OTHMAN MUSTAPHA bagi mengupas isu ini.

UTUSAN: Apakah perspektif Islam terhadap agenda HAM ?

OTHMAN: Dalam mendepani polemik HAM ini terdapat sekurang-kurangnya tiga tanggapan berbeza terhadapnya. Yang pertama, golongan yang saya istilahkan sebagai ultras HAM yang merasakan bahawa HAM ini tidak ada kena-mengena dengan tradisi Islam. Ia merupakan produk eksklusif tradisi sekular barat (barat bukan hanya merujuk kepada geografi dan bangsa tetapi cara berfikir dan menanggap sesuatu) yang haram dikaitkan dengan peradaban selain barat terutamanya Islam.

Jika ada cubaan untuk menyerap tradisi Islam ke dalam wacana HAM ini, agama (Islam) dan syariah itu harus disesuaikan dengan tradisi barat terlebih dahulu.

Pendapat kedua menyatakan bahawa Islam telah lama beragenda dalam membela HAM ini. Bukti terbesarnya adalah kedatangan Islam itu sendiri yang membebaskan manusia daripada belenggu kejahilan yang mengakibatkan bermacam-macam kezaliman dan penindasan.

Sementara ketiga ialah golongan anti-HAM yang menolak secara total fenomena HAM yang dirasakan sebagai sebuah agenda sekular yang mahu menjauhkan Islam daripada hati penganutnya dengan menerapkan pandangan alam barat secara menyeluruh. Nyata daripada tiga kelompok ini, kelompok kedua adalah yang mewakili pandangan yang menepati.

Jika begitu, kenapa ramai pendokong HAM versi liberal/sekular ini merasakan Islam sebagai bermusuhan dengan agenda HAM?

Islam memang bertentangan dengan agenda HAM versi yang mereka bawa. Agenda hak manusia sekular yang meletakkan manusia pada posisi paling sentral berbanding ketuhanan ini adalah tempias humanisme peradaban barat moden yang bertentangan dengan Islam.

Hakikatnya apabila bercerita mengenai HAM yang sebenar, Islamlah yang paling memelihara hak manusia itu.

Perjuangan Islam yang mengangkat darjat persamaan, kebebasan dan penghormatan ini terzahir melalui idea persamaan manusia tanpa mengira bangsa, kaum dan agama, hak kepada keadilan, kebebasan individu, tanggapan tidak bersalah sehingga disabitkan, hak asasi golongan tertentu seperti wanita, kanak-kanak, pelarian, tawanan perang dan lain-lain termaktub secara jelas di dalam al-Quran dan juga hadis.

Melalui asas ini generasi ulama dan para pemikir Islam beransur-ansur dan sistematik membina struktur hak asasi yang menyeluruh berkaitan dengan Tuhan, alam dan manusia itu sendiri.

Persepsi bahawa HAM itu melampaui batas agama Islam nyata satu kekeliruan. Jika ada yang menjustifikasi kenyataan tersebut berdasarkan kurangnya penekanan terhadap perbahasan hak asasi oleh agama Islam, nyata ia adalah sejauh-jauh kefahaman. Kurang perbahasan khusus HAM tidak bermakna hal ini dikesampingkan.

Hakikatnya penekanan terhadap HAM itu tertuang secara transcendent di dalam syariah melalui prinsip maqasid syariah (menerusi ad-dharuriyatul khamsah atau juga disebut al huququl insan fil Islam) yang meletakkan hak insan sebagai salah satu syarat pentingnya. Ini bermakna perbahasan mengenai HAM ini tidak dapat lari dari agama malah ia adalah semangat yang ditekankan di dalam syariat itu sendiri.

Sebahagian pendokong liberal dan HAM ini sebenarnya menyedari HAM adalah tidak mutlak dan adanya batasan dalam kebebasan namun mahu agar diri mereka sendiri yang menentukan batasan tersebut, apa komen Datuk?

Perjuangan menentang adanya apa yang diistilahkan sebagai autoriti agama sudah sekian lama berkembang sejak lahirnya liberalisasi agama itu di barat. Hakikatnya mereka mahukan sebuah agama yang private.

Bagaimanapun Islam bukan agama persendirian. Konsep amar-maruf nahi munkar itu sangat rapat dengan prinsip membela kemaslahatan umum. Sebenarnya merekalah yang mahu menjadi autoriti itu.

Saya juga ingin tekankan dalam konteks perbahasan HAM ini, adakah seorang hamba mempunyai hak melangkaui apa yang ditentukan Tuannya? Namun seringkali tatkala membahaskan hubungan antara insan dan Tuhan seakan-akan konteks hamba dan tuan ini diabaikan. Tanpa mengerti kedudukan manusia, mana mungkin kita mampu menentukan apa yang menjadi hak bagi sesebuah jiwa itu.

Pengertian agama itu sendiri berkait rapat dengan konsep keberhutangan makhluk kepada Tuhan yakni hutang kewujudannya itu sepatutnya telah meletakkan manusia pada posisi yang sangat hina di hadapan Tuhannya. Justeru mempertikaikan atau menuntut hak yang tidak diberi Tuhannya adalah satu kejanggalan.

Golongan pendokong HAM ini sering menempelak golongan agamawan ataupun autoriti agama sebagai terlalu prejudis dan bersikap konservatif. Apa komen Datuk ?

Prejudis kita berasas. Trend HAM ini dengan sengaja didoktrinkan secara manis sarjana di barat kononnya ia tiada kaitan dengan agama ataupun wacana pandangan alam barat yang komprehensif. HAM kononnya tidak menjejaskan mana-mana agama. Namun hakikat yang berlaku adalah agama itu ditundukkan di hadapan HAM.

Memanglah Islam tidaklah ditumbangkan secara zahir, namun syariat-syariat yang ditundukkan apabila bertentangan dengan teori HAM sekular itulah yang meruntuhkan Islam.

Sejauh mana Datuk melihat ancaman akidah yang boleh memberi kesan kepada masyarakat melalui perjuangan HAM ini ?

Umat Islam sudah berpecah disebabkan parti politik dan kini berpecah disebabkan berbeza kefahaman akidah sama ada di dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) ataupun di luar ASWJ itu sendiri. Justeru perpecahan ini sangat merugikan bangsa dan agama. Kita bimbang umat Islam bergaduh di tengah lebuh orang lain sedang makan di dapur.

Perselisihan ini kini dirumitkan dengan serangan pemikiran berbentuk perjuangan HAM sekular ini. Kita boleh melihat trend golongan HAM sekularis dan juga liberalis masa kini yang memperjuangkan isu-isu HAM ini melalui apa yang mereka katakan sebagai wacana Ilmiah.

Natijahnya hak-hak penganut fahaman Syiah kini bukan didokong oleh mereka yang mengaku Syiah sahaja, malah turut didokong oleh pro-HAM ini. Begitu juga hak-hak kumpulan-kumpulan Qadiani, LGBT dan seumpamanya.

Pendek kata perjuangan HAM ini memangkin pelbagai penyelewengan akidah yang dihalalkan atas dasar kebebasan beriktikad dan berkeyakinan yang mereka anggap teras dalam perjuangan HAM. Mungkin mereka hanya akan percaya bahawa perpecahan ini akan memberi kesan kepada keselamatan dan keharmonian apabila keharmonian itu telah lenyap.

Saya juga ingin tekankan jika pun penyelewengan-penyelewengan akidah ini tidak membawa kepada perpecahan sekali pun, tidakkah menganut atau menyokong kefahaman yang menyimpang itu adalah sebesar-besar kesilapan. Sungguh wacana mereka ini begitu jauh daripada ilmu.

Jika begitu serius agenda HAM ini, bagaimana pendekatan pihak berkuasa menanganinya?

Kita amat menyedari bahawa serangan berbentuk pemikiran sebegini harus dibentengi dengan ilmu jua. Justeru pihak berkuasa agama dengan kerjasama agensi-agensi lain serta badan-badan bukan kerajaan sentiasa bekerjasama mengadakan program-program pencerahan melalui seminar, ceramah dan lain-lain bagi memberi penjelasan kepada masyarakat bukan sahaja berkenaan isu HAM malah isu-isu pemikiran dan akidah yang lain.

Program-program jangka panjang berbentuk pendidikan sentiasa diperhalusi dengan menyemak semula modul-modul pendidikan supaya ia selaras dengan cabaran semasa.

Selain itu, sebagai sebuah negara Islam yang memelihara kesucian agama negara ini, tindakan berbentuk sekatan dan penguatkuasaan terhadap mana-mana usaha untuk menggugat kesucian agama Islam di negara ini harus diambil bagi menutup ruang yang boleh membawa kepada kemudaratan tersebut. Seterusnya kita menyerahkan segala usaha tersebut kepada Allah SWT jua untuk mengadilinya.

Golongan yang merasakan tindakan penguatkuasaan sebagai satu kekerasan sebenarnya sedang mempertikaikan Islam dari segenap sudut. Mereka mempertikaikan tradisi keilmuan Islam sepanjang zaman, mereka mempertikaikan undang-undang dan penggubal dasar-dasar tersebut dan mereka juga sedang mempertikaikan agama itu sendiri.

Permasalahan ini akan lebih diinsafi seandainya kita mengenali siapa seteru atau tandingan kita, apakah helah dan tipu daya serta apakah kekuatan dan kelemahan yang perlu kita baiki.

Semoga kita sentiasa digolongkan dalam kalangan yang melihat kebenaran sebagai kebenaran dan melihat kebatilan sebagai kebatilan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Hoult bergandingan dengan Clarke

Posted: 22 May 2014 11:36 AM PDT

LOS ANGELES 22 Mei - Aktor, Nicholas Hoult, akan bergandingan dengan aktres, Emilia Clarke dalam filem terbaharu berjudul Go Down Together tidak lama lagi, yang diadaptasi daripada sebuah buku tulisan Jeff Guinn.

Menurut laman web moviepilot.com, filem arahan Michael Sucsy itu mengisahkan mengenai pasangan penjenayah muda, Clyde Barrow dan Bonnie Parker yang popular di Amerika Syarikat (AS) selepas Perang Dunia Kedua.

Barrow dan Parker bersama tujuh anggota kumpulan mereka biasanya akan membunuh orang awam sebelum menyamun sesebuah bank.

Walaupun Sucsy bukan seorang pengarah yang terkenal di Hollywood, tetapi dia berjaya mencipta nama menerusi filem Grey Garden yang diarahkan sebelum ini.

Hoult kini sedang mempromosikan filem terbaharu X-Men: Days of Future Past, manakala Clarke pula sedang menjalani penggambaran filem Terminator 5.

Peminat berpeluang berlakon dalam Star Wars

Posted: 22 May 2014 11:36 AM PDT

LOS ANGELES 22 Mei - Pengarah filem Star Wars Episode VII, J.J. Abrams semalam mengumumkan, peminat bertuah berpeluang untuk berlakon dalam filem arahannya itu menerusi kempen derma Star Wars: Force for Change yang dilancarkan bagi membantu penyelidikan Makmal Inovasi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Abrams dalam satu rakaman video berkata, para peminat boleh menderma menerusi laman web, Omaze.com/starwars bagi membantu kempen yang dianjurkan syarikat perfileman Walt Disney, Lucasfilm dan Bad Robot itu, seterusnya memenangi peluang tersebut.

"Melalui derma yang diberikan, anda mungkin berpeluang untuk datang ke London dan bertemu dengan krew penggambaran di belakang tabir. Malah, anda juga akan berlakon dalam filem Star Wars.

"Selain itu, anda juga berpeluang untuk membantu kami melancarkan kempen Star Wars: Force For Change yang merupakan satu usaha bagi membantu program UNICEF terhadap kanak-kanak di seluruh dunia," katanya yang dipetik laman web, cnet.com.

Tambah Abrams, filem francais Star Wars mempunyai peminat yang paling komited dan pihaknya teruja untuk memberi peluang seumur hidup kepada mereka dan menjadi tetamu di set penggambaran filem berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Dilema anak warga emas

Posted: 21 May 2014 11:35 PM PDT

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
Gambar Wahidah Zainal

RUMAH warga emas bertaraf profesional dilihat kian banyak ditubuhkan untuk menempatkan golongan warga tua mendalami ilmu agama.

BAGAIKAN lautan dosa. Itulah yang diungkapkan oleh Saodah Osman, 55, berkongsi kisah silamnya yang kurang menitikberatkan soal agama ketika menjalani usia muda.

Apatah lagi ujarnya, dalam keadaan serta persekitaran sekeliling membuatkan bekas pekerja swasta di pusat bandar itu hidup dengan hanya memikirkan keseronokan semata-mata tanpa mengira hala tuju apabila tua.

Lebih menyedihkan, ibu kepada empat orang anak itu juga tidak tahu mengaji al-Quran kerana sibuk dengan urusan harian, di samping tidak merasakan ia adalah keperluan yang penting sebagai seorang yang bergelar Muslim.

Namun, Saodah akhirnya menemui petunjuk apabila diperkenalkan kepada Pondok Warga Emas Darul Hasanah oleh adiknya selepas pencen.

Ini adalah kemahuan dan kerelaan makcik sendiri, bukan atas arahan sesiapa, lebih-lebih lagi anak makcik. Tujuan makcik ke sini adalah untuk memuhasabah diri, mengenang kembali dosa-dosa silam yang telah makcik lalui dahulu.

Alhamdulillah, hidayah yang Allah SWT kurniakan kepada makcik ini berhasil apabila makcik menemui apa dicari dan makcik juga sangat bersyukur kerana merasai kebahagiaan tersendiri yang belum pernah dirasai sebelum ini," katanya yang hampir setahun berada di penempatan warga emas tersebut.

Bergaul dengan rakan sebaya dan melakukan pelbagai pengisian rohani, Saodah menganggap, Pondok Warga Emas Darul Hasanah seperti rumah kedua buatnya untuk menghabiskan usia dan sisa hidup.

Kalau boleh makcik nak tinggal di sini sampai bila-bila. Apabila balik rumah, makcik asyik fikir nak balik ke sini. Bukan kerana ingin mengasingkan diri daripada anak-anak tetapi ke arah ini yang makcik perlu usahakan.

Lagi pun, selepas pencen, makcik tidak buat apa-apa di rumah, berbeza di sini makcik dapat belajar agama, kitab-kitab, solat berjemaah pada setiap waktu dan boleh dikatakan 24 jam waktu di sini dipenuhi dengan amal ibadah.

Malah, daripada tidak berapa pandai mengaji, kini makcik sudah boleh menguasai bacaan al-Quran dengan baik. Makcik tidak merasa malu untuk belajar kerana semua penghuni di sini lebih kurang sebaya," jelasnya.

Saodah berkata, bukan ingin menjadikan anak-anaknya sebagai derhaka, tetapi dengan bayaran yuran serta perbelanjaan keperluan harian memadai sebagai tanda sokongan dan keikhlasan anak-anak.

Ditentang keluarga

Sementara itu, bagi Halimah Mohd. 71, berkata, keputusan yang diambil untuk tinggal di penempatan warga emas mendapat kritikan daripada keluarga terdekat sambil menyifatkan anak-anaknya sebagai tidak mengenang budi.

Namun bagi wanita yang berasal daripada Terengganu itu menganggap, usaha itu merupakan satu jihad demi memfokuskan seluruh saki baki hidupnya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Pada mulanya, apabila makcik membuat keputusan untuk tinggal di sini, boleh dikatakan semua adik-beradik makcik tidak bersetuju. Pelbagai kritikan dilemparkan dan mangsanya anak-anak makciklah yang digelar tidak bertanggungjawab, melepaskan tugas dan sebagainya.

Tetapi bagi makcik, daripada tinggal di rumah keseorangan apabila anak dan cucu-cucu bekerja atau bersekolah lebih baik makcik di sini, sekurang-kurangnya makcik ada ramai kawan dan jika berlaku apa-apa ada yang boleh membantu makcik," katanya yang mempunyai empat orang anak.

Halimah atau lebih selesa dengan panggilan Mak Long berkata, mengambil tempoh sebulan sebagai percubaan untuk membiasakan diri di Pondok Warga Emas Darul Hasanah, dia akhirnya tertarik dengan kehidupan harian di pusat penempatan warga emas tersebut.

Pada mulanya Mak Long merasa berat untuk masuk di sini. Oleh itu Mak Long menetapkan tempoh selama sebulan sebagai percubaan untuk merasai kehidupan bersama warga emas lain.

Tertanya, Mak Long suka malah bersyukur dapat ke sini. Selain itu, kita tidak akan merasa bersendiri di sini kerana pelbagai masalah dan aktiviti boleh dikongsi dan dilakukan bersama rakan-rakan sebaya yang memahami," ujarnya.

Diberikan rumah khas bagi setiap penghuni, Halimah turut membuka kedai runcit mini di dalam pondok tersebut yang menyediakan barang keperluan asas kepada penghuni lain.

Tidak mengehadkan aktiviti kami, Mak Long masih boleh meneruskan hobi Mak Long iaitu berniaga. Sejak dahulu lagi Mak Long sudah berjinak-jinak dalam berniaga seperti mengusahakan perkhidmatan ketering.

Selain itu, di sini juga Mak Long dapat bercucuk tanam buah-buahan dan sayur. Hasilnya kami akan kongsikan bersama dengan penghuni lain untuk dimakan beramai-ramai," katanya yang baru lima bulan berada di rumah itu.

Temui yang dicari

Dalam pada itu, Rohani Untak, 52, berkata, pencariannya lebih 30 tahun bagi mendalami ilmu agama tidak tercapai sebelum menemui Pondok Warga Emas Darul Hasanah.

Beliau yang aktif menyertai pelbagai kursus, kelas dan seminar agama masih belum berpuas hati dengan pengajian yang diperoleh kerana tidak dapat mendalami ilmu tersebut dengan selanjutnya.

Sebelum ini makcik banyak belajar agama, sama ada yang dianjurkan secara rasmi ataupun tidak. Antaranya seperti pengajian Syariah dan juga Usuluddin dengan menyertai kelas yang dianjurkan oleh pihak masjid.

Walaupun menerima apa yang disampaikan, tetapi bagi makcik ia masih belum mencukupi kerana kita tidak berpeluang untuk bersoal jawab dengan guru di kelas tersebut. Ini membuatkan rasa tidak berpuas hati dengan ilmu yang diperoleh.

Selepas menuntut di pondok ini barulah makcik merasai ilmu yang diinginkan terjawab, sebarang kekosongan berjaya dipenuhi dengan pelbagai kuliah berkala yang diadakan di pondok ini pada setiap hari," katanya

Menceritakan sejarah memasuki pondok warga emas tersebut, Rohani berkata, ia apabila dia ditimpa musibah dengan kematian suami dan disusuli pemergian anaknya dalam tempoh empat bulan.

Perasaan sedih dan kecewa itu makcik bawa dengan mengembara ke seluruh negara. Makcik pergi ke seluruh pusat pengajian agama dan madrasah untuk mendapatkan nasihat daripada ustaz di pusat tersebut.

Kesimpulan yang makcik temui adalah menuntut ilmu. Makcik akhirnya meluangkan masa di sini dan alhamdulillah, secara perlahan-lahan kesedihan mula beransur hilang," katanya.

Menurutnya, bukan gelaran derhaka sebaliknya anak-anak yang menghantar ibu bapa ke penempatan warga emas kerana kerelaan ibu bapa untuk mendalami ilmu adalah mulia malah boleh beroleh ganjaran pahala.

Anak-anak yang menghantar ibu ke rumah warga tua dengan niat bukan untuk melepaskan tanggungjawab atau terasa membebankan adalah mulia. Ini kerana mereka yang menanggung perbelanjaan ibu bapa melakukan amal ibadah adalah salah satu daripada pengorbanan.

Kaedah ini hakikatnya, dapat mendidik anak-anak untuk berbakti kepada ibu bapa dengan cara tersendiri. Menggalakkan ibu bapa beribadat, menuntut ilmu dan memfokuskan hidupnya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, ini secara langsung membolehkan anak-anak mendapat pahala," katanya.

Hikmah ‘anak syurga’

Posted: 21 May 2014 11:35 PM PDT

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD

KEHADIRAN Muhammad Habib Azfar (dua dari kiri) tidak pernah menjadi beban bagi pasangan suami isteri Mohd. Hasbullah Mohd. Hassim (kiri) dan Nor Azura Othman (kanan).

IBU bapa mana menginginkan anak yang dilahirkan dalam keadaan tidak normal. Apatah lagi menghidap penyakit yang membabitkan perkembangan mental, namun itulah yang terpaksa dilalui oleh pasangan suami isteri Mohd. Hasbullah Mohd. Hassim dan Nor Azura Othman.

Enam tahun lalu, saat mendapat tahu cahaya mata pertama yang dilahirkan menghidap penyakit cerebral palsy (CP), pasangan tersebut sama sekali tidak menyangka akan diuji dengan permulaan hidup berkeluarga yang berat.

Walaupun dirasakan agak pilu menerima takdir tersebut, namun bagi mereka itulah keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan menganugerahkan anak syurga sebagai amanah untuk dibesarkan.

Biarpun terpaksa berkorban masa, tenaga dan wang ringgit, sekali pun tidak pernah mematahkan semangat pasangan tersebut dalam memberi didikan terbaik bagi proses perkembangan anak istimewa mereka, Muhammad Habib Azfar, 6.

Bagi Hasbullah, anak merupakan anugerah Allah SWT kepada setiap ibu bapa dan turut menyakini pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

Pada awal kelahirannya, Muhammad Habib kelihatan normal seperti bayi lain, dia tidak menunjukkan sebarang keganjilan, fizikalnya juga sempurna. Tetapi, tidak disangka selepas 7 bulan kami mendapati perkembangan fizikalnya lemah.

Tidak seperti bayi lain yang boleh meniarap dan merangkak pada usia tersebut, Muhammad Habib hanya terlantar dan tidak boleh meniarap mahupun mengangkat kepalanya.

Melihat keadaan tersebut, kami menghantar Muhammad Habib berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan. Sejurus itu, doktor mengesahkan bahawa Habib menghidap penyakit CP yang membabitkan perkembangan mental," katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Amal - Ibu Ratu Hatiku anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama IKIMfm di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Baru-baru ini.

Acara yang dimeriahkan dengan persembahan artis terkemuka tanah air Hafiz Hamidun dan Pencetus Ummah Rahmat dan juga penampilan istimewa penyanyi nasyid antarabangsa, Saif Adam itu bertujuan mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada keluarga yang mempunyai anak CP yang telah dikenalpasti.

Penyakit CP merupakan gangguan pergerakan, otot, atau postur yang disebabkan oleh kecederaan atau perkembangan abnormal pada bahagian otak. Secara umum, CP menyebabkan gangguan gerakan yang berkait dengan refleks berlebihan atau kekakuan, postur tubuh yang abnormal serta pergerakan tidak terkawal.

Penghidap CP adalah berlainan daripada masyarakat normal lain iaitu perbezaan perkembangan otak, seperti cacat intelektual, masalah penglihatan dan pendengaran, atau kejang.

Tidak membandingkan dengan kanak-kanak normal lain, Hasbullah sentiasa berusaha untuk memberikan rawatan kepada anaknya agar mampu menjalani hidup normal.

Sejak mendapat tahu anak menghidap penyakit ini, kami tidak pernah berhenti berusaha memberikan rawatan dan terapi di hospital kerajaan dan juga pusat rawatan swasta lain.

Apa yang saya titikberatkan adalah masa depan dia apabila dewasa nanti, biarpun tidak seperti rakan sebaya normal yang lain, sekurang-kurangnya dia dapat berdikari sendiri. Oleh itu, saya memfokuskan untuk mengajarnya berjalan, bercakap dan melakukan serba sedikit aktiviti seperti orang lain," ujarnya.

Lebih lincah

Berkongsi cabaran mempunyai anak CP, Azura berkata, membesarkan anak yang menghidap CP bukan mudah kerana perbuatannya yang agak lincah dan mempunyai perasaan tidak menentu.

Berbanding kanak-kanak normal, anak CP agak lincah dan sukar untuk diuruskan. Cabaran yang dihadapi adalah untuk menguruskan dirinya. Mujur saya tidak bekerja, jadi boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada Muhammad Habib.

Walaupun melihat anggota fizikalnya seperti kanak-kanak normal, tetapi perkembangan otaknya lemah yang seakan-akan kanak-kanak dan tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling," katanya.

Disebabkan itu tambahnya, Azura sekeluarga memberi perhatian lebih kepada Muhammad Habib dan banyak bermuhasabah diri supaya sentiasa bersabar menghadapi kerenahnya.

Namun bagaimanapun bagi saya, tidak susah membesarkan anak CP ini, kerana dia juga seperti kanak-kanak lain. Saya juga tidak pernah terbeban ataupun sedih mempunyai anak istimewa seperti ini.

Sebaliknya saya bersyukur kerana Allah SWT memilih kami untuk diuji dengan dikurniakan anak ini. Bagi saya ini amanah yang selagi mampu, saya akan cuba membesarkan dia sebaik mungkin sehingga ke akhir hayat saya," luahnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Zalim jika rampas tanpa ganti rugi

Posted: 21 May 2014 12:55 PM PDT

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

NOH Omar (kiri) menyampaikan sijil pelantikan kepada salah seorang wakil sekolah pada program Gabungan Sarana Pendidikan Parlimen Tanjung Karang, Selangor, semalam - UTUSAN/Fadzrul Afif Ashraf

TANJUNG KARANG 21 Mei - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dianggap zalim sekiranya tidak memberi sebarang pampasan atau ganti rugi kepada mana-mana pihak yang diambil tanah mereka.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, meskipun dari segi perundangan kerajaan negeri berhak mengambil semula tanah miliknya daripada rakyat, mereka sepatutnya mempunyai sikap perikemanusiaan.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak wajar sewenang-wenangnya menindas rakyat.

"Ini bezanya antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan PKR Selangor. BN turun padang berbincang dengan rakyat untuk menangani sebarang masalah.

"Sebaliknya, PKR ambil tindakan mudah, tampal notis arah rakyat keluar dari tanah mereka. Ini namanya kerajaan pokok," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Gabungan Sarana Pendidikan Parlimen Tanjung Karang di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas nasib 341 pekebun kecil yang mengusahakan tanaman kelapa sawit di Kampung Seri Makmur, Bestari Jaya di sini sejak lebih 40 tahun lalu apabila kerajaan PKR Selangor mahu mengambil-alih tanah mereka pada bila-bila masa.

Notis arahan pengosongan ladang masing-masing daripada Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan) Kuala Selangor bertarikh 10 April 2014 telah diterima dan mereka diminta berbuat demikian dalam masa 30 hari dan tempoh itu telah berakhir 10 hari lalu.

Lebih mengecewakan para pekebun tersebut yang kebanyakannya pesara, notis berkenaan tidak diserahkan kepada mereka dengan sempurna sebaliknya hanya ditampal pada pokok kelapa sawit.

Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor menambah, pihaknya akan menyediakan khidmat guaman kepada pekebun kecil terbabit bagi menuntut ganti rugi daripada kerajaan negeri.

"Kita juga mahu pastikan adakah tindakan kerajaan negeri sedemikian telah menyalahgunakan kuasa," ujarnya.

Ambil alih tiga konsesi air dalam tiga bulan - MB

Posted: 21 May 2014 12:55 PM PDT

SHAH ALAM 21 Mei - Selangor menjangkakan dapat menyelesaikan proses pengambilalihan tiga syarikat konsesi perkhidmatan air di negeri ini dalam tempoh enam bulan berkuat kuasa hari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu, jangkaan itu dibuat susulan langkah pihaknya menyediakan pelan tindakan bagi memastikan proses penstrukturan dapat diselesaikan secepat mungkin selepas tiga syarikat konsesi di negeri ini bersetuju dengan rancangan pengambilalihan berkenaan.

Menurutnya, tiga syarikat konsesi terbabit yang telah bersetuju dengan usaha pengambilalihan itu ialah Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd. (ABASS).

"Pelan tindakan pengambilalihan telah dikemukakan kerajaan negeri kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili menerusi satu surat bertarikh pada 21 Mei 2014.

"Mengikut pelan itu, kita menyasarkan proses tersebut akan dapat diselesaikan dalam tempoh tiga atau enam bulan.

"Kerajaan negeri yakin sasaran penyelesaian itu akan dicapai berdasarkan perbincangan intensif yang sedang giat diadakan oleh pihak-pihak yang terlibat iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad, PNHB dan Syabas.

"Perbincangan itu termasuklah melibatkan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Pengurusan Aset Air Berhad serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air selaku pemudah cara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Abdul Khalid sebelum ini mengesahkan tiga syarikat konsesi berkenaan telah bersetuju dengan tawaran kerajaan negeri untuk mengambil-alih ekuiti, aset dan liabiliti bagi tujuan penstrukturan semula industri air Selangor daripada jumlah keseluruhan tawaran sebanyak RM9.65 bilion.

Menurut Abdul Khalid, berdasarkan persetujuan itu, PNHB menerusi anak syarikatnya Puncak Niaga Sdn. Bhd. akan menerima tawaran kerajaan negeri sebanyak RM2.47 bilion diikuti Syabas sebanyak RM3.11 bilion manakala ABASS menerima tawaran sebanyak RM990 juta.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kedudukan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) yang menolak tawaran kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam peringkat kedua pengambilalihan yang akan melibatkan kementerian, kerajaan negeri dan syarikat konsesi berkenaan.

"Bagaimanapun, kita tetap mengekalkan tawaran pengambilalihan Splash (RM2.975 bilion). Kalau tidak, ia tidak adil kepada syarikat-syarikat konsesi lain yang telah bersetuju sebelum ini.

"Bagaimanapun, pengambilalihan syarikat konsesi itu tetap akan dilakukan termasuk menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) sama ada di bawah Seksyen 114 atau Seksyen 191.

"Mengikut Seksyen 191 WSIA, ia melibatkan pengambilalihan aset oleh kerajaan negeri, tetapi mereka (Splash) masih terus beroperasi," ujarnya.

Lif rosak hampir setiap minggu

Posted: 21 May 2014 12:55 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
pengarang@utusan.com.my

PENDUDUK terpaksa menggunakan hanya satu lif ekoran dua lagi lif mengalami kerosakan di PPR Raya Permai, Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/JEFFRI IRAN

KUALA LUMPUR 21 Mei - Bayangkan anda yang kepenatan selepas seharian bekerja terpaksa menaiki tangga untuk ke kediaman yang terletak di tingkat atas. Semuanya gara-gara kemudahan lif di perumahan yang didiami kerap rosak.

Masalah akan menjadi lebih parah apabila berlaku kes kecemasan melibatkan penghuni uzur, kematian, kebakaran, gangguan bekalan air dan sebagainya.

Bagaimanapun, itulah senario yang kerap menghimpit penduduk di Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai di Sungai Besi dekat sini.

Tinjauan Utusan Malaysia ke perumahan itu mendapati, hanya sebuah daripada tiga lif di PPR tersebut yang berfungsi dan boleh digunakan oleh penduduk.

Penduduk mendakwa, masalah itu berlaku pada setiap minggu dan ia bukan lagi sesuatu yang baharu dan luar biasa.

Umpama pepatah alah bisa, tegal biasa. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa berasak-asak untuk menaiki lif dan bimbang sekiranya ketinggalan untuk naik ke rumah masing-masing.

Berdasarkan pengalaman penulis yang menggunakan lif tersebut, ternyata masalah kerosakan disebabkan kegiatan vandaslisme serta sikap lepas tangan pengurusan bangunan dan pihak berwajib.

Lebih parah, penduduk mendakwa, terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab membawa masuk motosikal mereka ke dalam lif untuk naik ke tingkat atas.

Dakwa penduduk, pelbagai aduan telah dibuat kepada pihak berwajib namun masalah tersebut berulang semula, seolah-olah tiada penyelesaiannya.

Bagi mereka senario, lif rosak dan dibaik pulih sebelum rosak semula sudah kerap menjadi tontonan.

Lebih menggusarkan penduduk, selain masalah lif rosak, kejadian jenayah turut menghantui mereka. Selain masalah pecah rumah, kecurian motosikal kerap berlaku di perumahan 17 tingkat ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Saluran khas banteras jenayah

Posted: 21 May 2014 12:55 PM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota polis yang cemerlang sempena Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Sijl Penghargaan di Johor Bahru, kelmarin. - UTUSAN/RAJA JAAFAR AL

JOHOR BAHRU 21 Mei - Polis negeri ini mewujudkan saluran khas dalam laman webnya bagi membolehkan setiap pegawai dan anggotanya berkongsi idea berkaitan langkah pencegahan dan memerangi jenayah secara lebih mudah dan berkesan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, saluran khas yang telah beroperasi sejak dua minggu lalu itu turut digunakan untuk menyalurkan segala maklumat tentang kes jenayah.

"Kita percaya setiap pegawai dan anggota kontinjen Johor terutamanya yang masih muda mempunyai banyak idea tentang cara untuk memerangi jenayah, khususnya di negeri ini.

"Oleh itu, kita menyediakan saluran khas dalam laman web polis Johor bagi membolehkan setiap pegawai dan anggota berkongsi idea, pendapat dan maklumat masing-masing agar usaha memerangi jenayah dapat dilakukan secara lebih berkesan," katanya selepas Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada 35 pegawai dan anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini semalam.

Mohd. Mokhtar berkata, maklum balas yang diterima setakat ini amat memuaskan dan pihaknya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyelaras dan mengumpul maklumat yang diterima.

Dalam pada itu, beliau meminta semua ketua polis daerah di negeri ini mengadakan lebih banyak operasi bagi membanteras penagih dadah yang turut menyumbang kepada peningkatan kes jenayah, terutamanya melibatkan kes ragut.

"Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini kita berjaya mengurangkan sebanyak 747 kes jenayah dan saya berharap agar usaha itu dapat dipertingkatkan lagi pada masa depan.

"Saya juga mahu semua pihak memperbaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat dan salah satu caranya dengan meningkatkan kadar penyelesaian kes," katanya.

Pelan Induk Pelancongan Johor dilancar 6 Jun ini

Posted: 21 May 2014 12:55 PM PDT

MUAR 21 Mei - Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor 2014-2023 akan dilancar di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Johor Bahru pada 6 Jun ini bertujuan membangunkan industri pelancongan di negeri ini secara menyeluruh.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, pelan tersebut akan dilancarkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada pukul 3 petang.

Menurutnya, pelancaran itu dilakukan serentak dengan Program Explore Johor Fest 2014 dan mempelawa semua pihak terutama pengusaha industri pelancongan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta untuk menjayakannya.

"Sebanyak 10 daerah terlibat dalam pelan ini iaitu Johor Bahru, Pontian, Muar, Ledang, Batu Pahat, Mersing, Kluang, Segamat, Kota Tinggi dan Kulaijaya. Daerah terbabit dibahagi kepada 11 Pembangunan Pelancongan Berkelompok (TDC) untuk dimajukan.

"Matlamat pelan ini adalah meningkatkan peranan dan potensi negeri Johor sebagai destinasi pelancongan utama yang bernilai tinggi," katanya di sini, kelmarin.

Pelan induk itu dipengerusikan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Johor yang melibatkan seluruh agensi kerajaan dan pihak industri pelancongan negeri manakala syarikat Tourism Planning Research Group (TPRG) iaitu anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula melakukan kajian mengenainya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved