Sabtu, 25 Januari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Azraai Khor lega T-Team pamer peningkatan

Posted: 25 Jan 2014 11:49 PM PST

KUALA TERENGGANU 26 Jan. - Pengendali pasukan T-Team, Mohd. Azraai Khor Abdullah merasa lega pasukannya bangkit untuk menewaskan Johor DT 1-0 dalam saingan Liga Super di laman sendiri malam tadi.

Mereka sebelum ini kalah kepada Selangor dalam perlawanan pertama.

"Syukur, ini satu kemenangan yang begitu bererti buat musim baharu Piala Liga Super bagi T-Team setelah tewas ditangan Selangor dalam perlawanan awal,"

katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Kegembiraan itu lebih bermakna apabila T-Team rata-rata diwakili pemain muda berbanding Johor DT yang dibarisi pemain bertaraf bintang.

"Sekalung tahniah kepada pemain-pemain yang telah mnjelmakan satu kemenangan yang bergitu bermakna dan cemerlang malam ini (malam tadi)," katanya.

Mohd. Azraai berkata, kemenangan itu akan menjadi penyuntik semangat Kepada pemain-pemainnya untuk menghadapi pasukan abang mereka (Terengganu) pada perlawanan seterusnya. - BERNAMA

Rangkuman keputusan liga bola sepak Eropah

Posted: 25 Jan 2014 12:13 PM PST

SERIE A

Napoli 1 Chievo 1

BUNDESLIGA

Borussia Dortmund 2 Augsburg 2

VfB Stuttgart 1 Mainz 05 2

VfL Wolfsburg 1 Hanover 96 3

Nuremberg 4 Hoffenheim 0

Freiburg 3 Bayer Leverkusen 2

Eintracht Frankfurt 1 Hertha Berlin 0

LIGUE 1

Guingamp 1 Paris Saint-Germain 1

EREDIVSIE

ADO Den Haag 3 Feyenoord 2

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lelaki tembak pasar raya

Posted: 25 Jan 2014 10:23 AM PST

PELABUHAN KLANG 25 Jan. - Akibat berang dengan isterinya, seorang anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah sebuah pasar raya di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku selepas suspek berusia 45 tahun bertengkar dengan isterinya yang berumur 30 tahun di pasar raya tersebut.

Suspek kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin pasar raya tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, setelah melepaskan tembakan, suspek beredar dan menyerah diri di balai polis berhampiran.

"Tembakan suspek bagaimanapun tidak mencederakan isterinya dan hanya mengenai cermin pasar raya," katanya di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, polis akan menyiasat punca sebenar kejadian itu.

"Pihak polis juga akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bagi membolehkan siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh," katanya.

Dua murid dakwa dipaksa makan rumput

Posted: 25 Jan 2014 12:35 AM PST

Oleh ASLIZA MUSA

SUNGKAI 25 Jan. - Seorang guru lelaki bertindak keterlaluan dengan 'melayan' dua murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng di sini seperti lembu dengan menggantung loceng di leher dan memaksa mereka memakan rumput pada Khamis lalu.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku selepas Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing berusia 10 tahun gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberi.

Kedua-dua kanak-kanak berkenaan dihukum oleh guru berusia 26 tahun yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris di sebuah kelas yang mempunyai 11 orang murid di sekolah tersebut. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Rundingan damai Syria bermula

Posted: 25 Jan 2014 10:23 AM PST

GENEVA 25 Jan. - Perbincangan secara bersemuka antara wakil kerajaan Syria dan kumpulan pembangkang dijadualkan bermula hari ini, selepas hampir tiga tahun perang saudara di negara itu meragut lebih 130,000 nyawa.

Pertemuan kedua-dua pihak bertelagah itu akan diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini, dengan diketuai pegawai PBB, Lakhdar Brahimi (gambar) sebagai orang tengah.

Menurut Brahimi, sesi pembukaan rundingan itu akan tertumpu kepada perkara-perkara prosedur, sebelum kedua-dua pihak membincangkan beberapa isu besar termasuk pembebasan tahanan perang dan memberi laluan kepada konvoi bantuan kemanusiaan memasuki kawasan yang terjejas atau ditawan.

Rundingan yang disokong oleh Rusia dan Amerika Syarikat (AS) itu dikatakan menjadi peluang terakhir untuk mengakhiri konflik berdarah di Syria.

Walaupun pada mulanya, perbincangan itu hampir gagal selepas Damysik mengugut untuk menarik diri kerana tidak bersetuju dengan agenda rundingan, namun Brahimi berjaya membawa kedua-dua pihak untuk bersemuka pada hari ini.

Kerajaan Syria bertegas mahu menumpukan perbincangan tentang cara menangani keganasan dan enggan membicarakan isu peralihan politik di negara itu, yang menjadi isu utama selepas kedua-dua pihak bersetuju dalam pra syarat perjanjian yang dicapai pada Jun 2012. - AFP

Pejabat Presiden Taiwan dirempuh

Posted: 25 Jan 2014 10:23 AM PST

TAIPEI 25 Jan. - Pihak berkuasa Taiwan meningkatkan tahap keselamatan di bangunan Pejabat Presiden selepas seorang pemandu dipercayai sengaja merempuh pintu kebal pejabat Presiden menggunakan sebuah trak besar di sini, hari ini.

Jurucakap polis, Fang Yang-ning berkata, lelaki yang dikenali sebagai Chang itu memandu trak seberat 35 tan, bertindak merempuh pintu pagar dan menaiki tangga, sebelum trak itu tersangkut di hadapan pintu gerbang yang menghubungkan bangunan utama dengan pejabat Presiden.

Jelasnya, pemandu terbabit pengsan akibat rempuhan kuat itu dan dia dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

"Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan trak tersebut telah ditunda dari lokasi kejadian.

"Chan mempunyai rekod jenayah lampau dan buat masa ini dia enggan menjawab sebarang pertanyaan walaupun kami mengesyaki dia sengaja berbuat demikian," katanya.

Presiden Ma Ying-jeou telah dimaklumkan tentang insiden itu.

Beliau tidak berada di pejabatnya ketika kejadian kerana mengadakan lawatan rasmi ke Sao Tome dan Principe di Afrika.

Jurucakap presiden berkata, langkah keselamatan yang lebih ketat akan diambil ekoran kejadian tersebut dan pihak polis masih menyiasat punca dan motif lelaki berkenaan bertindak demikian. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


30 kawasan 'panas' dikenal pasti

Posted: 25 Jan 2014 10:24 AM PST

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
utusanpahang@utusan.com.my

Sharifuddin

TEMERLOH 25 Jan. - Polis mengenal pasti sebanyak 30 kawasan 'panas' di negeri ini yang sering berlaku kemalangan untuk diberi tumpuan dalam pelaksanaan Op Selamat 4/2014 sempena Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, daripada jumlah berkenaan Lebuh Raya Pantai Timur merekodkan jumlah kawasan 'panas' tertinggi iaitu sebanyak tujuh lokasi.

"Selain itu Kuantan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut masing-masing mempunyai tiga lokasi panas manakala masing-masing dua di Pekan, Bentong serta Bera dan satu masing-masing di Lipis dan Raub.

"Kita akan meningkatkan lagi kehadiran dan pemantauan di kawasan terbabit dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kadar kemalangan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 4, 2014 sempena Tahun Baharu Cina di Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Temerloh di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan negeri, Zakaria Man; Ketua Cawangan Khas Pahang, Datuk Riduan Hashim; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad dan ketua-ketua polis daerah.

Menurutnya, bagi memastikan keberkesanan Op Selamat bermula hari ini hingga 7 Februari depan, pihak polis akan turut menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan pasukan tentera.

"Dalam Op kali ini kita akan memberi fokus kepada enam kesalahan utama yang dikenal pasti iaitu kemalangan jalan raya, had laju, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memotong garisan berkembar, memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Op Selamat pada kali ini diperluaskan kepada usaha pencegahan dan mengurangkan kadar jenayah.

Katanya, untuk tujuan itu pihak polis berharap orang ramai termasuk penduduk setempat turut memberi kerjasama kepada polis bagi mencegah dan menangani kes-kes jenayah.

PPKB bantu basmi kemiskinan penduduk di bandar

Posted: 25 Jan 2014 10:24 AM PST

KUALA LIPIS 25 Jan. - Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai program kebajikan dan sosial di bandar bagi membantu segelintir penduduk miskin di kawasan tersebut mendapat pembelaan sewajarnya.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) merupakan salah satu kaedah pelaksanaan kerajaan sejak beberapa tahun lalu dengan peruntukan membina kediaman dan bantuan bulanan menyewa rumah kepada golongan terbabit.

Menurutnya, PPKB merupakan satu program bantuan sosial di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan di seluruh negara termasuk Majlis Daerah Lipis (MDL).

"Bantuan PPKB disalurkan kepada pemohon yang layak di daerah ini dengan objektif pelaksanaannya adalah menghapuskan golongan miskin tegar menjelang 2020 menerusi kemudahan pembinaan rumah, sewa kediaman dan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan replika kunci rumah baharu kepada empat ketua keluarga miskin di bandar ini semalam.

Penduduk berkenaan menerima kediaman baharu bernilai RM40,000 di Jalan Kelab Pahang di sini yang dibina oleh MDL dilengkapi dengan tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur, tandas dan bilik air.

Yang turut hadir, Yang Dipertua MDL, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani; wakil Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Badariah Idris; Setiausaha MDL, Mohd. Pauzi Abu Hussaini dan Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan.

Menurut Abdul Rahman, bantuan tersebut antara usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan penduduk bandar menerusi peruntukan projek kediaman sederhana, sewa rumah dan perniagaan.

"Kita yakin menerusi program berkenaan golongan kurang berkemampuan bebas daripada kemelut kesusahan demi memastikan kejayaan negara menerusi transformasi yang seimbang dan inklusif sejajar dengan pelan sebuah negara moden pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata, langkah kerajaan negeri melaksanakan kaedah itu merupakan satu pendekatan relevan untuk membantu golongan terbabit merealisasikan impian memiliki kediaman selesa seiring dengan transformasi sosial serta pelengkap bagi proses perbandaran.

"Dana PPKB disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan pada setiap tahun oleh kerajaan Pusat untuk kebajikan penduduk yang diklasifikasikan miskin di bandar dan boleh menikmati faedah menerusi bantuan berkenaan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pemimpin mesti berani

Posted: 25 Jan 2014 10:23 AM PST

WALAUPUN usianya akan menjangkau ke angka 92 tahun pada 28 Januari ini tapi PROF. DIRAJA UNGKU ABDUL AZIZ UNGKU ABDUL HAMID masih sihat bukan saja secara fizikal tetapi masih lagi berupaya menulis dan mengeluarkan idea-idea bernas. Kehidupannya kini juga lebih ceria dengan kehadiran isteri baharu di sisi yang dikahwininya hampir setahun lalu.

Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Ungku bertemu jodoh dengan Rahaiah Baheran yang merupakan bekas Senator Parlimen selama dua penggal mulai tahun 1991.

Saya sudah mengenali dia hampir 20 tahun. Kami berdua sudah solo. Mungkin inilah dikatakan jodohnya," kata Pak Ungku sambil tersenyum.

Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, AZMAN ANUAR, MARHAINI KAMARUDDIN, RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH dan jurugambar, ZAINI HUSIN di kediamannya, Astana Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Pak Engku turut berkongsi pelbagai isu mengenai bahasa Melayu, perpaduan kaum dan ekonomi.

Pak Ungku Aziz menjelaskan sesuatu kepada sidang pengarang Mingguan Malaysia.

MINGGUAN: Apakah pandangan Pak Ungku tentang perpaduan negara sekarang?

UNGKU AZIZ: Bahasa ialah penyatuan bangsa. Kita ada bahasa Melayu yang boleh menyatukan semua bangsa di negara kita. Dalam hal ini, pemimpin memainkan peranan penting. Mereka harus jelas tentang peranan dan apa yang dipimpin. Jangan terlalu mengutamakan pangkat dan duit. Kita harus hidup bersederhana, barulah kita boleh melaksanakan segala yang dirancang demi perpaduan.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mempertahankan apa yang kita ada sekarang termasuk Perlembagaan negara?

UNGKU AZIZ: Apa yang kita ada sekarang menunjukkan bahawa sistem yang kita ada itu betul. Tetapi apa yang kita mahu ialah keadaan sekarang ini jadi semakin baik. Bagi saya, Perlembagaan tidak perlu dicuit. Apa yang sedia ada cukup baik untuk perpaduan dan masa depan negara.

Bagaimana Pak Ungku melihat perpaduan dan perpecahan dalam kalangan orang Melayu sekarang?

UNGKU AZIZ: Pada pandangan saya, perpecahan bukan sahaja berlaku antara Melayu dengan Melayu, ini termasuklah Melayu kota dengan Melayu luar kota. Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam Pas dan PKR. Antara orang Melayu yang muda dengan tua.

Hal ini sama kalau dibuat perbandingan dengan Arab Spring yang tak akan terjadi sebab orang Melayu sendiri banyak masalah yang tidak diatasi.

Bukan saya nak komen tapi dalam kalangan pemimpin Melayu, siapa tokoh yang boleh kita ikut. Tokoh itu mesti garang dan bersemangat.

Pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini - tiada pendirian yang teguh.

Pemimpin macam Winston Churchill, dia tak suka kompromi. Pemimpin macam dia berpendirian tetap dan berani. Soalnya siapa berani korbankan diri?

Kalau pemimpin itu tegas, kalau dia kata jangan buang sampah di tepi jalan, orang suka atau tidak dia tidak peduli. Itu pendiriannya.

Orang Melayu kita sejak beratus tahun lalu ada yang suka tikam dari belakang. Ini diajarkan oleh penjajah kepada orang Melayu dan diamalkan sampai sekarang.

Bagaimana Pak Ungku melihat isu kenaikan harga barang ketika ini?

UNGKU AZIZ: Harga barang naik kerana kuasa pasaran. Kita tidak boleh menghalang keadaan ini. Tetapi apa yang lebih penting ialah sikap orang Melayu berhadapan dengan situasi ini.

Orang Melayu merupakan golongan yang paling banyak berhutang. Mengikut statistik Bank Negara, ada yang memiliki 15 kad kredit dan mereka dibelenggu hutang.

Saya dilatih oleh arwah bapa saya supaya tidak berhutang sejak usia saya tujuh tahun lagi.

Saya masih ingat ketika saya berusia 17 tahun, saya mahu membeli kamera tetapi duit saya tidak cukup. Apa yang saya lakukan ialah menyimpan duit dan akhirnya saya berjaya membeli kamera tersebut. Malah kereta pertama yang saya beli tunai ialah kereta terpakai jenis Ford lama.

Saya juga telah melakukan penyelidikan sendiri untuk melihat dan memahami gaya hidup masyarakat Melayu yang tinggal di desa yang dibelenggu kemiskinan.

Saya lihat orang kampung akan menjual kambing, kerbau atau tanah mereka untuk menunaikan haji. Sekembalinya mereka dari sana, mereka tiada ternakan dan sumber rezeki lagi. Sebab itu, saya cetuskan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH).

LUTH sebenarnya membantu ekonomi orang Melayu untuk jangka masa yang panjang

Bagaimana Pak Ungku melihat penggunaan bahasa Melayu sekarang?

UNGKU AZIZ: Bahasa rasmi negara ialah bahasa Melayu. Sayang sekali bahasa Melayu ketika ini dikira bahasa rojak. Seolah-olah tidak mempunyai keperibadian sendiri sama seperti budaya kita.

Ada perkataan bahasa Melayu yang ditokok tambah dan lebih menyedihkan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa Melayu.

Saya tahu bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan tidak dapat disangkal. Itu tidak bermakna masyarakat perlu mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Saya tidak nafikan bahasa Cina (Mandarin) bakal menguasai global dalam masa 10 hingga 15 tahun akan datang.

Apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa kebangsaan? Ini kerana ada kaum yang langsung tidak mahu mempelajari bahasa Melayu.

UNGKU AZIZ: DI Amerika Syarikat kaum imigran berlumba-lumba belajar bahasa Inggeris untuk berkomunikasi atau mencari pekerjaan. Yang dimaksudkan dengan bahasa Inggeris ialah bahasa Inggeris Amerika.

Bukan bahasa Inggeris England. Para pelajar baik muda atau tua termasuk kanak-kanak meskipun yang sememangnya boleh berbahasa Inggeris (England) diadun dan dilentur supaya bertutur dan menulis dalam loghat bahasa Inggeris Amerika.

Berbagai kemudahan disediakan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, termasuk institusi-institusi pelajaran untuk orang dewasa.

Namun tidak ada kaum imigran yang protes. Tidak ada yang mendesak supaya bahasa etnik mereka diterima sebagai bahasa rasmi.

Sebaliknya rakyat Amerika amat bangga dengan bahasa Inggeris Amerika.

Keadaan berbeza dengan Malaysia, kita tidak ada kelas khas untuk mereka yang tidak tahu menggunakan bahasa Melayu.

Apa salahnya kita wujudkan kelas atau kursus bagi orang dewasa yang berumur 20-an ke atas khususnya orang luar yang mendapat status kewarganegaraan tetapi tidak tahu berbahasa Melayu. Kita juga boleh mengadakan kelas melalui internet dan lama-kelamaan bahasa Melayu akan terus kekal sebagai Bahasa Kebangsaan.

Kita mesti ada satu bahasa untuk semua orang sebagai simbol perpaduan.

Bagaimana Pak Ungku melihat peranan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu?

UNGKU AZIZ: Masalah paling utama ialah kita tiada penguasaan. Lama-kelamaan semangat cintakan bahasa Melayu akan hilang. Kita ada banyak rancangan tetapi pelaksanaan kurang. Itulah yang patut dilakukan oleh pihak berkuasa. Mereka harus melaksanakan kuasa, kalau tidak, semuanya akan terlepas.

PATI: Jangan tolak ansur lagi...

Posted: 25 Jan 2014 10:23 AM PST

Azman Anuar
azman.anuar@utusan.com.my

MENJELANG Tahun Baharu Cina pada 31 Januari ini, operasi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) mengundang rasa tidak senang hati dalam kalangan tauke restoran dan kilang.

Mereka mendakwa operasi itu menjejaskan urusan perniagaan. Lalu mereka meminta operasi itu ditangguhkan sehingga selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Permohonan itu sama ada dilayan atau tidak oleh kerajaan belum pasti. Tetapi, mungkin kita boleh nampak kesannya selepas dua hari operasi besar-besaran baru-baru ini.

Pada awal pagi 21 Januari lalu operasi memburu PATI dijalankan di seluruh negara.

Banyak pekerja warga asing yang lintang pukang lari dan ada yang terperangkap dalam serbuan bersepadu yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ada operasi yang berjaya menahan beribu dan beratus PATI, ada juga sekadar berpuluh orang sahaja yang melibatkan warganegara terutama Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, China, Nigeria dan Thailand.

Tetapi sejak dua, tiga hari ini, semakin berkurang laporan tentang operasi memburu PATI. Kenapa agaknya? Jawapannya ada pada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Elok urusan pemburuan itu diserahkan kepada pihak berkuasa sahaja. Mungkin pihak berkuasa sedang menguruskan tentang penghantaran pulang semua pendatang tanpa izin yang ditahan dalam Operasi Bersepadu (6P) Fasa 2 di seluruh negara baru-baru ini ke negara asal dalam tempoh tujuh hari bagi mengelak kesesakan di pusat tahanan serta mengurangkan kos perbelanjaan.

Sehingga 20 Januari lalu, kira-kira 420,000 PATI masih berada di seluruh negara selepas program khas pengurusan PATI (PKPP).

Pengarang Berita Utusan Malaysia, Ramli Abdul Karim menulis tentang isu pekerja asing dan PATI ini, sejak sekian lama, pengumuman 'melancarkan operasi besar-besaran', 'melipatgandakan operasi', 'memberi amaran keras', 'akan memburu PATI' dan 'meningkatkan penguatkuasaan' sudah sebati dan sinonim dengan KDN serta agensi di bawahnya.

Namun sejauh mana pengumuman itu benar-benar dilaksanakan. Setakat mana kemampuan Jabatan Imigresen, polis dan Rela memikul tanggungjawab 'besar-besaran' itu, adakah mereka cukup penguat kuasa berbanding bilangan PATI yang melibatkan jutaan orang?

Dalam tempoh empat bulan lalu (21 Oktober 2013 -20 Januari 2014), 68,000 PATI berada dalam pusat tahanan dan perbelanjaan mereka termasuk makan minum ialah RM29 juta.

Walaupun kerajaan berjaya mengutip levi sebanyak RM39 juta, ia masih membebankan untuk menanggung tahanan PATI yang akan ditahan sepanjang operasi ini.

Bukankah dengan menangkap lebih ramai PATI, akan meningkatkan lagi beban dan kos yang ditanggung kerajaan? Jaminan untuk menghantar pulang segera PATI bukan semudah yang kita jangka.

Imigran

Hakikatnya perbahasan isu kehadiran imigran sama ada secara sah mahupun haram di sisi undang-undang bukanlah hanya berlaku di Malaysia malahan turut mengundang polemik di banyak negara maju dan makmur termasuk Amerika Syarikat dan negara di Eropah.

Di London misalnya, cadangan paling radikal yang dikemukakan oleh Menteri Imigresen, Damian Green ialah pekerja asing bakal disingkirkan selepas lima tahun sekiranya pendapatan mereka dalam setahun kurang daripada £31,000.

Beliau berkata, pendatang dari negara bukan Kesatuan Eropah (EU) perlu membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik dan cerdik, jika ingin menetap di Britain.

Di bawah peraturan sedia ada, pekerja berkemahiran seperti jururawat dan chef yang dibenarkan bekerja di bawah visa pekerja, berpeluang memohon menjadi penduduk tetap selepas lima tahun. Setiap tahun, 60,000 pekerja mahir diberikan taraf penduduk tetap.

Menurut Green, tujuan beliau mengemukakan cadangan itu adalah bagi membolehkan hanya mereka yang terbaik sahaja datang ke Britain.

Perkara yang hampir sama iaitu mencari warga baharu daripada kalangan profesional dan cerdik sudah pun berlaku di Australia.

Tetapi Malaysia jauh berbeza.

Kalau kita 'lepak' di kedai mamak, pasti kita akan memesan makanan daripada pendatang asing. Begitu juga, di medan selera, kita akan berjumpa dengan pendatang asing (izin atau haram) yang mengambil pesanan dan memasak makanan.

Jika kita menaiki pengangkutan awam, kita pasti akan bersesak-sesak dengan pendatang asing. Pendek kata, keluar rumah sahaja, kita akan berselisih dengan warganegara asing.

Rakyat Malaysia kini dikelilingi oleh pekerja asing sehingga memeningkan kepala. Malah pembantu rumah juga, terdiri daripada pekerja asing.

Hari ini kita boleh lihat pendatang asing dari Pakistan bebas berniaga kain, tikar, permaidani dan pelbagai keperluan hiasan rumah dari satu taman perumahan ke perumahan lain dan dari kampung ke kampung.

Ada beribu-ribu warga asing dari Thailand berniaga restoran tomyam, kaum Rohingya berniaga sayur di pasar, warga India bekerja di kedai gunting rambut dan restoran mamak, warga Indonesia berniaga runcit, pasar malam dan menjadi kontraktor binaan.

Fenomena warga asing berniaga di negara kita mungkin bukan menjadi isu kepada sesetengah pihak berkuasa tetapi tidak kepada rakyat. Namun ramai warga tempatan tanpa sedar turut menyokong dari segi menggunakan khidmat atau membeli barangan jualan peniaga asing tersebut.

Bumi Malaysia memang subur dan bertuah kepada sesiapa yang rajin berusaha termasuk pendatang asing. Kalau tak kaya pun tapi boleh hidup senang.

Adakah wujud undang-undang atau peraturan yang mengatakan rakyat asing dibenarkan menjalankan perniagaan di negara ini sebagaimana layaknya pelabur atau pedagang yang berdaftar.

Pekerja asing yang ada permit sepatutnya bekerja dan bukannya menjalankan perniagaan. Mereka hanya layak bekerja dalam lima sektor yang dibenarkan oleh kerajaan Malaysia iaitu perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan. Tak ada pun disebutkan mereka dibenarkan berniaga.

Rakyat kita sudah rimas menunggu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas pendatang asing yang berniaga.

Empayar perniagaan mereka pula berkembang daripada kecil kian membesar dan menambah cawangan baru di kawasan lain.

Perkara warga asing berniaga di kawasan pentadbiran PBT bukan baharu dan tidak nampak di mata pegawai penguat kuasa. Tapi apa yang mereka buat hingga bertambah ramai warga asing berniaga?

Kalau dilihat di sekeliling kita, perniagaan rakyat asing ada di mana-mana. Fenomena ini patut diperbetulkan segera dengan tindakan tegas lagi berani daripada kerajaan melalui KDN dan PBT.

Tidak patut ada lagi alasan itu dan ini daripada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap warga asing yang berniaga di negara ini. Minggu lalu pun Perdana Menteri sudah menegur perihal premis yang disewakan kepada warga asing. Bila pihak berkuasa hendak bertindak?

Pendatang asing sudah pun membanjiri bandar-bandar besar di seluruh negara. Impak daripada kebanjiran pendatang asing ini jelas semakin membimbangkan terutama dari segi konflik sosial dan keselamatan negara. Contohnya kes jenayah seperti rogol, bunuh, rompak, samun dan ragut. Ini belum mengambil kira pencemaran bandar, pelacuran serta masalah setinggan.

Dasar liberal pelancongan memburukkan lagi permasalahan pendatang asing terutama yang memanipulasi dokumen dan tinggal lebih masa sebelum menyerap dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita.

Pendatang asing melimpah ruah di bumi Malaysia kerana kemakmuran ekonomi kita yang menjanjikan kehidupan lebih selesa berbanding dengan negara asal mereka. Mereka sanggup meredah ombak dan bergadai nyawa untuk memasuki Malaysia secara haram semata-mata untuk hidup senang.

Isu sempadan kita mudah dibolosi keluar masuk pendatang haram telah lama diperkatakan. Buktinya bagaimana lelaki Lombok boleh melarikan anak gadis Malaysia dengan begitu mudah. Jangan jadikan undang-undang kita hanyalah simbol dokumentasi, sedangkan pelaksanaannya belum tentu mampu menyelesaikan masalah.

Kenapa isu PATI tidak sudah-sudah dibicarakan? Jawapan yang dipersetujui banyak pihak adalah kerana pihak berkuasa tidak bertindak berani, tegas dan berterusan ke atas majikan-majikan yang menggajikan PATI. Kalau melancarkan 'operasi besar-besaran' pun hanya bermusim dan 'hangat-hangat tahi ayam'.

Ingatlah kehadiran terlalu ramai pendatang asing ini jika dibiarkan satu hari kelak menjadi bom jangka yang bakal mencetuskan bencana besar kepada negara kta.

Kerajaan mesti bersungguh-sungguh menghantar mesej kepada pendatang asing termasuk PATI bahawa kita amat bertegas dalam perkara ini. Tiada tolak ansur lagi. Datanglah secara sah.

Walaupun kita memerlukan pendatang asing untuk bekerja tapi kita tidak sesekali akan berkompromi dengan PATI.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Gaya dan kualiti Fonepad Note 6

Posted: 25 Jan 2014 05:20 AM PST

KEPESATAN teknologi bukan sekadar menjadi penentu kemajuan sesebuah negara, sebaliknya menjadi tanda aras dalam gaya hidup masyarakat.

Menjejak kaki ke tahun baharu 2014, banyak syarikat-syarikat pengeluar teknologi telefon pintar meramalkan harga pasaran bagi sesebuah telefon pintar ataupun tablet akan menjadi murah ekoran lambakan pengeluaran kombinasi dari kedua-dua peranti itu yang dinamakan sebagai phablet!.

Kejayaan pengeluar telefon pintar terkemuka, Samsung Electronics Co Ltd mengeluarkan versi Samsung Galaxy Note yang merupakan antara peneraju phablet di seluruh dunia menjadi ikutan syarikat-syarikat gergasi lain seperti Apple, HTC, Sony, Huawei, ZTE, LG dan Lenovo.

Tidak mahu ketinggalan, ASUSTek Computer Inc tampil dengan memperkenalkan phablet terbaharu syarikat itu, Asus Fonepad Note 6 dengan paparan saiz skrin lebih besar berukuran enam inci, selain dilengkapi skrin berdefinisi tinggi penuh 1080p. Selain itu, phablet ini juga menerima sokongan 'stylus' dengan ciri-cirinya yang menarik.

Sokongan 'stylus' ini sangat mudah. Pengguna tidak perlu menyentuh permukaan skrin untuk mula menggunakannya yang seakan-akan mirip dengan ciri-ciri 'stylus' yang terdapat pada Samsung Galaxy Note 3 atau Note 2 yang mempunyai sedikit kelebihan apabila turut boleh mengesan melalui tulisan tangan.

Melihat aspek perkakasan yang terdapat pada peranti terbaharu Asus ini pula, ia tidak boleh dipandang sebelah mata apabila Fonepad 6 ini mempunyai perkakasan mantap melalui sokongan Cip Intel CloverTrail+ yang berkuasa tinggi dengan pemproses 1.6GHz dual core Intel Atom Z2560 dengan memori 2GB RAM.

Tambahan pula, kameranya juga disuntik dengan resolusi lapan megapiksel yang mampu memberi kualiti rakaman gambar termasuk video yang memuaskan.

Jika dilihat dari segi pembinaan dan pembuatannya, Asus Fonepad 6 ini mempunyai gaya dan kualiti yang memuaskan apabila peranti ini tidak sedikitpun kelihatan sebagai peranti 'murah'.

Dengan harga yang ditawarkan cuma sekitar RM1,300 berbanding versi terdekat Samsung Note iaitu Samsung Galaxy Note 2 yang berharga sekitar RM1,700, phablet ini dipercayai mudah mendapat sambutan orang ramai kerana golongan muda terutamanya hari ini melihat kepada kelebihan dan kualiti yang ditawarkan sesuatu peranti berbanding jenamanya.

Pastinya, Asus Fonepad 6 ini juga mampu memberikan impak sama seperti phablet lain seperti kerja-kerja catatan nota dan membantu menyiapkan tugasan yang cukup bersesuaian dengan golongan elit, ahli perniagaan ataupun pengamal media. - DHIYA'ZULHILMI DAUD

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Minat sukan pemotoran

Posted: 25 Jan 2014 05:20 AM PST

Gambar JEFFRI IRAN

Bagi yang sudah biasa, sudah pasti ia meningkatkan adrenalin keterujaan untuk terus melakukan aksi drift yang lebih hebat.

Tetapi, bagi yang baharu mencuba, rasa kerisauan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini itu lebih tinggi daripada keseronokan melakukan aksi drift.

Itulah yang dialami oleh pelawak, Mamat. Pertama kali melakukan aksi drift, dia mengakui perasaan risau memuncak walaupun pernah terlibat dalam perlumbaan kereta sebelum ini.

"Berlumba dan 'main' drift memang lain. Saya sendiri dalam kereta drift tadi berpusing-pusing. Masa itu dah tunggu masa sahaja bila kereta ini nak terbalik," seloroh Mamat sambil ketawa.

Menurut Mamat, keberaniannya sebelum ini untuk terlibat dengan sukan drift belum lagi tiba walaupun rakan-rakannya sudah ramai yang terlibat dengan sukan ini.

Tambahnya, melakukan drift sebenarnya bukan sesuatu yang sukar, sebaliknya memerlukan ilmu khusus sebelum dapat mempraktikkannya di litar khas.

"Nak buat aksi drift bukan boleh dilakukan secara sembarangan. Kena ada teknik yang khusus supaya kita boleh mengawal kereta supaya tidak terbabas.

"Walaupun saya tidak pernah buat drift, tapi ketika berada di sebelah pemandu tadi, saya nampak mereka ada aturan tertentu bagaimana untuk melakukan drift dan bukan sekadar tarik brek tangan sahaja," ujarnya.

Teruja menceritakan pengalaman baharunya, jelas Mamat, rakan-rakannya yang gemar memandu laju pun mengakui bahawa aksi drift bukan senang untuk dilakukan.

"Pernah saya nampak, seorang pemandu Singapura melakukan aksi drift di Johor Bahru. Ketika itu, dia buat aksi drift dan hilang kawalan. Habis semua kereta di jalan bertentangan dilanggar," kongsi Mamat.

Tambah Mamat, sebab itu aksi drift tidak boleh dilakukan sebarangan dan perlukan teknik-teknik tertentu untuk dikuasai. Selain itu, jelasnya, keselamatan juga penting.

"Nak buat drift perlukan jalan yang besar. Kalau buat kat jalan raya, memang bahaya. Lagipun ada pengguna jalan raya lain dan risiko untuk kemalangan sangat tinggi.

"Kalau betul-betul nak main, rasanya lebih baik pergi ke lokasi yang disediakan seperti di Speed City Kuala Lumpur. Di sini, trek yang disediakan selamat.

"Kereta-kereta yang main di sini pun perlu mematuhi syarat-syarat keselamatan yang ditetapkan. Di luar, ciri-ciri keselamatan tidak diutamakan dan ini yang membahayakan," jelasnya.

Tambah Mamat, pengalamannya memandu sebelum ini pernah menyaksikan ramai rakan-rakannya meninggal duniadalam kemalangan jalan raya membuatkan dirinya mengambil berat soal keselamatan.

Sanggup gadai nyawa

Mengimbau kembali kenangan lamanya, Mamat mengakui dia memang seorang yang gilakan aktiviti permotoran sehingga sanggup menggadaikan nyawa.

Ditanya tidakkah dia berasa takut sekiranya terlibat dengan kemalangan, jelasnya, rasa itu memang ada, tapi ia memberi kepuasan.

"Takut memang ada. Bukan kemalangan sahaja, tapi risau jika pihak polis buat sekatan dan sebagainya.

"Tapi itu cerita lama, sekitar tiga empat tahun lalu," ujarnya.

"Sekarang saya serik dan tidak mahu terlibat lagi dalam aktiviti pemanduan yang tidak berhemah, jelasnya yang kini sudah bebas daripada aktiviti berkenaan.

Tambah Mamat, beliau menyokong undang-undang jalan raya yang ketat terutama melibatkan perlumbaan haram.

"Lumba haram ini sangat bahaya. Kalau ditangkap, kita boleh disumbat ke dalam penjara. Bukan itu sahaja, keselamatan juga tidak diutamakan.

"Selalunya, apa yang kita fikir ialah tentang enjin sahaja. Bagaimana nak menjadikan kereta lebih laju. Tetapi, kelajuan kereta itu tidak seimbang dengan keselamatan pemandunya. Itu yang bahaya.

"Kalau dah gian sangat, pergi berlumba di litar. Di situ, aspek keselamatan diutamakan. Kalau belanja pada kereta boleh, masakan belanja untuk keselamatan diri tidak boleh," ujarnya.

Hanis, Nadia & Zul muncul dalam filem aksi

Posted: 25 Jan 2014 05:20 AM PST

Dua dari kiri, Tunku Hanis, Zul Ariffin dan Nadia Nisaa sempat bergambar bersama peminatnya.

PENGALAMAN terlibat dalam kemalangan ngeri pastinya akan meninggalkan kenangan yang boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami fobia.

Bagi yang pernah menghadapi situasi sedemikian, sudah tentu ia bukan mudah untuk mereka melupakan kisah tersebut.

Baru-baru ini, .com sempat mendengar pengalaman selebriti tempatan, Tunku Hanis yang terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri.

Biarpun kemalangan itu hanya dirasainya ketika berlakon dalam filem televisyen berdefinisi tinggi bercorak thriller bertajuk Qadr. Namun pengalaman melakonkan watak itu tetap dianggap ngeri.

Bagi yang tertanya-tanya, Qadr mengisahkan tentang enam watak utama yang ditakdirkan bertemu apabila keenam-enam mereka terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri.

Kesemua mereka terikat dengan takdir yang akhirnya secara tidak langsung menyatukan mereka di tengah-tengah kesibukan kota Kuala Lumpur.

Kehidupan watak-watak itu dikupas dan diterokai dari detik sewaktu kemalangan yang mengorbankan sebilangan nyawa.

Filem ini dibintangi oleh Beto Khusyairi sebagai Mamat, Zahiril Adzim sebagai Fareed Abidin, Shera Aiyob sebagai Ameera, Kismah Johar sebagai Mak Jah, Tunku Hanis sebagai Geena dan Zain Hamid sebagai Rahmat. Ia mendapat mendapat sentuhan pengarah, Faizal Ishak.

Menurut Tunku Hanis, adegan kemalangan yang dilakonkannya itu bakal membawa penonton menyelami kisah mereka sebelum kemalangan berlaku dan bagaimana mereka menjalani proses pemulihan selepas tragedi tersebut.

Selain cerita Tunku Hanis, kisah Nadia Nisaa dan Zul Ariffin dalam filem berjudul Panik pula tak kurang hebatnya.

Jika kisah Qadr mengenai kemalangan, Panik pula menceritakan tentang seorang ibu bernama Ida yang dibintangi oleh Nadia Nisaa yang panik apabila anak perempuannya berusia lapan tahun iaitu Fasha, lakonan Naomi Ivana hilang di pusat membeli-belah di tengah kota Jakarta, Indonesia.

Meskipun sedaya upaya meminta pertolongan daripada orang ramai, tiada seorang pun yang membantu.

Jelas Nadia Nisaa, watak seorang ibu dalam lakonannya itu cukup mencabar kerana dalam kisah itu juga diselitkan konflik yang sangat mendebarkan.

Memandangkan masa semakin suntuk kerana penyakit asma yang dihidapi Fasha boleh menyerang pada bila-bila masa dan dikhuatiri membawa maut, Ida hampir hilang akal mencari anaknya itu.

Dalam pada itu, Anton, watak seorang bekas anggota polis yang dilakonkan oleh Dony Alamsyah muncul untuk membantu.

Dalam suasana tegang, Ida mula membayangkan pelbagai perkara apatah lagi dengan konflik yang sedang dihadapinya bersama suami, Rashid lakonan Zul Ariffin.

Khabar angin tentang penculikan kanak-kanak di sekitar Jakarta turut membuatkan keadaan tidak menentu.

Penggambaran Panik dilakukan sepenuhnya di Jakarta dan filem itu diarahkan oleh Hanung Bramantyo, pengarah terkenal melalui filem Ayat-Ayat Cinta.

Buat mereka yang ingin mengetahui aksi mendebarkan dalam Panik, ia boleh dilihat secara eksklusif di Astro First pada 20 Mac 2014. - SYAHRIL/JEFFRI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Nusantara setanding antarabangsa

Posted: 24 Jan 2014 10:42 AM PST

KENAPA perlu mengeluarkan belanja lebih jika barangan yang menjadi trend boleh didapati di dalam negara dengan harga yang lebih berpatutan dan juga berkualiti.

Boleh dikatakan juga, pakaian yang dihasilkan ini lebih berkualiti berbanding pakaian yang diimport kerana mereka kebanyakannya hanya menjual jenama, bukan kualiti yang disangka.

Jika sebut pasal jean atau denim, jenama terkenal seperti Levis, Lee, Wrangler dan sebagainya menjadi pilihan kerana ramai tidak tahu terdapat jenama-jenama lain di pasaran.

Namun sejak akhir-akhir ini, peminat denim boleh mendapatkan koleksi seluar, jaket dan aksesori lain yang dibuat oleh pereka dan pengeluar tempatan serta dari sekitar nusantara.

Antara jenama yang kian popular adalah Tarik Jeans yang dihasilkan oleh anak tempatan yang menggunakan kain berkualiti bagi memenuhi kehendak peminat-peminat denim.

Koleksi ini boleh didapati di Nusantara Denims dengan pelbagai pilihan yang menarik untuk kepuasan peminat terutamanya golongan muda yang menjadikan pakaian seperti itu fesyen harian mereka.

Denim dan remaja tidak dapat dipisahkan, selain tahan lasak, ia juga memberikan gaya yang ranggi dan ringkas bagi pelbagai tujuan termasuk ke acara rasmi mahupun santai.

Lebih menguntungkan, denim yang dihasilkan ini adalah daripada kain denim mentah (raw denim) iaitu kain yang tidak lagi diproses seperti denim lain yang berjenama.

Jadi, ia tidak mudah koyak atau cepat lusuh dan ia lebih tahan lama berbanding dengan denim lain di pasaran.

Semakin lama ia dipakai, semakin cantik dan lusuh kain tersebut, sekali gus memberikan perspektif baru kepada gaya si pemakai denim jenis itu.

Selain denim, kemeja dan kasut jenis but antara pelengkap gaya ini. Kombinasi ini memberikan satu cetusan idea trendy yang ranggi, maskulin dan santai kepada si pemakai. - AMIRUL

Fanatik tidak bertempat

Posted: 24 Jan 2014 10:42 AM PST

Ubah sikap fanatik terlampau terutamanya pengikut kelab peminat artis kerana sikap sedemikian dikhuatiri menjengkelkan ramai pengguna laman sosial yang lain. - Gambar hiasan

Tidak kira siapa anda, kemahsyuran atau untuk menjadi terkenal itu bukan sesuatu yang susah dikecapi di zaman serba canggih ini dengan bantuan jaringan internet.

Pelbagai aplikasi yang menyediakan ruang untuk anda ketengahkan bakat ataupun sesuatu yang unik, anda akan menjadi terkenal dalam masa yang singkat apabila mendapat perhatian ramai dan perkongsian sesama pengguna internet.

Malah ada juga perkara yang agak sukar untuk diterima akal tetapi masih mendapat perhatian ramai terutamanya mereka yang mahukan perhatian dengan tujuan terdesak untuk dikenali.

Apa yang didapati melalui pemerhatian yang dibuat, kelab peminat merupakan tempat berlakunya perselisihan pendapat walaupun perkara yang dibincangkan boleh dikatakan sebagai picisan.

Peminat-peminat fanatik akan sentiasa mempertahankan artis idola mereka dan sanggup memalukan diri sendiri dengan hujah-hujah yang tidak masuk akal yang boleh diibaratkan sebagai cakap-cakap kosong.

Ada juga diantara mereka yang sanggup membuat akaun palsu dengan menggunakan nama yang agak pelik untuk menutup identiti diri dengan tujuan tidak mahu dikenali ketika melemparkan tohmahan di laman sosial.

Perkara pokok yang boleh dijadikan iktibar adalah tidak perlu untuk merajakan mereka yang diminati sehingga hilang jati diri sebagai seorang individu waras apabila merasakan artis kesayangan tidak pernah berbuat salah.

Pertimbangkan segala permasalahan tanpa berat sebelah sebelum memuatnaik pendapat anda kerana dikhuatiri anda kelihatan dungu di antara mereka yang lebih berkredibiliti untuk bersuara.

Masih ramai lagi golongan sebegini yang dikategorikan sebagai 'troopers' sanggup mengabdikan diri semata-mata mahukan perhatian dan menjadi insan berjasa di mata artis kesayangan mereka itu.

Fanatik biarlah berpada-pada, sekiranya sudah melampaui batas, sudah tentu menjengkelkan ramai pengguna laman sosial yang lain.

HASBULLAH ABD. KARIM

Kuala Lumpur

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Keselamatan diutamakan

Posted: 24 Jan 2014 10:42 AM PST

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my

Hasni Mohammad (tiga dari kiri) diberi penerangan oleh pihak JKR Segamat ketika melihat tapak Lebuh Raya Segamat-Tangkak sambil diperhatikan Mohd. Azahar Ibrahim (kanan sekali) dan Ayob Rahmat (kiri sekali ) di Segamat, Johor, kelmarin.

SEGAMAT 24 Jan. - Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah ini akan melakukan kajian terperinci bagi mengenal pasti langkah terbaik mengatasi masalah yang dihadapi beberapa keluarga ekoran rumah mereka terletak berhampiran dengan tapak projek pembinaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, kerajaan memandang serius aspek keselamatan mereka walaupun kediaman tersebut terletak di luar kawasan rizab jalan di sepanjang projek berkenaan.

"Seperti yang dimaklumkan kepada saya, terdapat beberapa rumah terletak di bahagian yang curam selepas kerja-kerja penambakan tanah semasa pembinaan projek tersebut dijalankan dan faktor keselamatan mereka mesti diambil kira," katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan kerja ke daerah ini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri; ADUN Buloh Kasap, Norshida Ibrahim; ADUN Pemanis, Lau Chin Hoon; ADUN Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim dan jurutera daerah, Mohd. Isa Sulaiman.

Selepas meninjau perkembangan projek itu, Hasni mendapati terdapat kelewatan dalam kemajuan dari jadual asal yang melibatkan pakej 1B sejauh 8.5 kilometer dan pakej dua sepanjang 17.5 kilometer yang dijangka mampu disiapkan selewat-lewatnya April depan, sekiranya projek berjalan dengan lancar.

Beliau berkata, pakej 1A projek berkenaan masih belum dimulakan dan di peringkat perancangan serta penelitian untuk mengenal pasti beberapa alternatif jajaran yang ada dan pengalaman sewaktu membina pakej 1B dan pakej dua yang perlu diambil kira supaya tidak timbul sebarang masalah nanti.

Dalam pada itu beliau memberitahu, kerajaan negeri turut mempunyai perancangan untuk menambah baik permukaan jalan dari Yong Peng ke Gemas yang mengalami kerosakan di beberapa kawasan dan berbahaya kepada pengguna.

Menurutnya, kerja-kerja menaik taraf jalan berkenaan dijadual dilaksanakan pada tahun ini.

Gerai makan, buah mungkin dipindahkan

Posted: 24 Jan 2014 10:42 AM PST

Rasman Ithnain (tiga dari kiri) mengatakan sesuatu kepada Abd. Mutalip Abd. Rahim (dua dari kiri) ketika meninjau tanah wakaf perkuburan Islam Mukim Ulu Sungai Sedili Besar ketika mengiringi Abd. Mutalip melawat kawasan Sedili, Kota Tinggi, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 24 Jan. - Deretan gerai makanan dan buah-buahan di Batu 6 Jalan Kota Tinggi-Mersing, di sini yang terlalu hampir dengan jalan utama mungkin dipindahkan jika cadangan pembinaan 15 unit premis baharu diluluskan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain berkata, kira-kira 0.4 hektar tanah wakaf di Mukim Ulu Sungai Sedili Besar dikenal pasti untuk tujuan pembinaan gerai berkenaan.

"Lokasi gerai sedia ada amat tidak sesuai kerana terletak terlalu hampir dari bahu jalan. Banyak laporan serta kerap berlaku kemalangan di situ sehingga menimbulkan pelbagai persepsi selain mengganggu kelancaran dan keselamatan pengguna di laluan tersebut.

"Dengan cadangan pembinaan gerai baharu yang akan dilengkapi dengan kemudahan asas air dan elektrik akan menjadikan kawasan tersebut lebih selamat dan selesa," katanya ketika ditemui selepas menyertai lawatan kerja Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim dan agensi kerajaan ke kawasan Dewan Undangan Negeri Sedili dekat sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd. Noorazam Osman.

Rasman berkata, selain keselesaan kepada orang ramai, kewujudan gerai baharu yang tersusun itu dijangka mampu menarik lebih ramai pengunjung datang ke daerah ini.

"Jika dibangunkan dengan baik, kawasan ini akan menjadi lebih cantik yang mampu menarik pengunjung seperti pusat seramik di Air Hitam,'' katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Tammy tenang di spa

Posted: 24 Jan 2014 10:42 AM PST

DENGAN rupa yang agak serius dan tampak garang, siapa sangka insan bernama Tammy Lim sebenarnya mempunyai karakter yang sangat bersahaja dan agak kelakar selepas mengenalinya dengan lebih dekat.

Menjadikan spa sebagai tempat menghabiskan masa, dia mengakui ketenangan sukar untuk dikecapi tambahan pula kini sibuk dengan perancangan aktiviti untuk program awal tahun.

Katanya, setiap dua minggu dia akan ke spa kegemarannya iaitu Posh! Nail Spa di Taman Tun Dr. Ismail. Dengan bantuan artis solekan kuku kegemarannya yang dikenali sebagai Rachel, dia memanjakan diri di spa itu selepas banyak menghabiskan masa di hadapan komputer untuk menyiapkan kerja.

Pada usia awal 30-an, Tammy dilihat lebih matang berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Kematangan itu dapat dilihat apabila dia menubuhkan sebuah komuniti dikenali sebagai Butterfly Project yang mengumpulkan ramai blogger dari seluruh negara.

Mula aktif sebagai blogger pada awal tahun 2008 ketika bekerja sebagai pembantu di sebuah firma guaman di ibu negara selama dua tahun, Tammy sentiasa memuatnaik pendapat atau ulasannya berkenaan lokasi menarik dan juga produk.

Gadis yang berasal dari Klang, Selangor ini merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Convent Klang, Tammy menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Klang.

Dia kemudiannya meneruskan pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan pengiklanan selama tiga tahun sebelum terbang ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda.

Bagi yang berminat untuk mengenali lebih lanjut blogger ini, jangan lupa berkunjung ke http://www.plusizekitten.com/. - AZRIN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

Kulit licin, berseri

Posted: 24 Jan 2014 10:42 AM PST

JENAMA produk penjagaan kulit dari Jepun, Hada Labo, kini memperkenalkan losen terbaharu yang dirumus khas untuk kulit jenis berminyak, kombinasi dan cenderung berjerawat, Hada Labo Mild Peeling Lotion.

Produk terbaharu itu mempunyai satu formula unik yang bukan sahaja menanggalkan kulit kusam dan kekotoran, tetapi ia juga merangsang pembaharuan sel.

Ia membantu mengetatkan liang pori, mengelakkannya tersumbat dan mencegah kulit daripada masalah jerawat.

Ia juga berkesan untuk mengurangkan garis-garis halus dan meningkatkan keanjalan kulit, selain memberikan kelembapan kepada kulit agar kekal lembut dan sihat.

Asid Gluconik yang merupakan ramuan utama dalam formula losen ini diperolehi secara semula jadi daripada sumber buah-buahan dan madu lebah.

Ia berfungsi untuk melembut dan menghilangkan sel-sel kulit mati dan meningkatkan kemampuan kulit untuk menyerap nutrien dari produk perawatan seperti serum dan pelembap.

Ia juga membantu menambah kelembapan kulit agar kekal licin dan lembut.

Hada Labo Mild Peeling Lotion tidak berminyak dengan pH seimbang dan bebas daripada alkohol, pewarna, pewangi, pengawet, sumber haiwan dan minyak mineral. Ia kini boleh didapati di semua farmasi terkemuka pada harga RM49.90.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Jangan guna khidmat ulat tiket

Posted: 24 Jan 2014 10:42 AM PST

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my

Saiful Azzri Hamzah (kanan) memeriksa lesen memandu pemandu bas ekspres selepas mengadakan dialog bersama pengusaha bas di Terminal One, Seremban, semalam.

SEREMBAN 24 Jan. - Semua pengusaha bas di negeri ini diingatkan supaya tidak memperdayakan penumpang dengan menggunakan khidmat 'ulat' tiket menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, pengusaha bas yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

"Saya meminta semua pengusaha bas di negeri ini tidak menggaji ulat tiket kerana mereka yang didapati berbuat demikian akan diambil tindakan. Biar penumpang membuat pilihan sendiri.

"JPJ dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melakukan pemantauan secara berterusan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan sesi dialog bersama 32 pengusaha bas di stesen bas Terminal One di sini semalam.

Saiful berkata, seramai 175 anggota JPJ negeri ini akan terlibat dalam Operasi Tahun Baharu Cina 2014 di semua jalan raya, lebuh raya serta kawasan yang biasa berlaku kemalangan di negeri ini.

Tambahnya, tempoh penguatkuasaan operasi berkenaan berlangsung selama dua minggu bermula hari ini sehingga 9 Februari depan.

"Tarikh larangan penggunaan kenderaan barangan masing-masing berkuat kuasa 29 dan 30 Januari ini serta 8 dan 9 Februari depan.

"Bagaimanapun, terdapat pengecualian terhadap kenderaan yang membawa bekalan keperluan harian serta kenderaan bagi tujuan kecemasan," jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa kenderaan barangan yang enggan mematuhi peraturan berhadapan tindakan disita sehingga perintah larangan tamat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Keengganan pemandu memberi kerjasama akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," tegasnya.

Adat: Kerajaan negeri tidak campur tangan

Posted: 24 Jan 2014 10:42 AM PST

MELAKA 24 Jan. - Kerajaan negeri tidak akan mencampuri urusan institusi dan kepimpinan Adat Perpatih Naning namun, tetap menghormati dan menerimanya sebagai warisan adat Melayu di negeri ini.

Pengerusi Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar (gambar) berkata, segala urusan kepimpinan adat itu perlu diuruskan sendiri oleh pengamalnya mengikut tatacara yang telah ditetapkan tanpa melibatkan kerajaan negeri.

Menurutnya, ISMMA telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri untuk memberi penjelasan dan membantu memberi nasihat berkaitan isu adat di negeri ini termasuk kemelut yang dihadapi oleh Institusi Lembaga Adat Naning.

"Kerajaan negeri mengharapkan segala persengketaan dan perbalahan hendaklah diselesaikan sendiri oleh institusi itu secara bermuafakat.

"Institusi dan kepimpinan adat ini hendaklah menghormati pendirian kerajaan negeri dan segala tindakan institusi adat ini mestilah tidak bercanggah dengan perlembagaan dan peraturan pentadbiran negeri Melaka.

"Bagi menjaga dan menghormati warisan adat ini, kerajaan negeri bercadang untuk menjadikan Rumah Penghulu Naning sebagai Muzium Adat Perpatih Naning tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar di ISMMA, Bukit Peringgit di sini semalam.

Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 15 Januari lalu telah bersetuju agar kerajaan negeri tidak mencampuri urusan, kepimpinan dan melayan sebarang surat daripada institusi itu dan mewartakan Rumah Penghulu Naning sebagai Muzium Adat Perpatih Naning.

Keputusan itu turut disokong oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Penulis Negeri Melaka (Penama), Lembaga Bahasa Melayu Melaka, Ikatan Persuratan Melayu (IPM), Persatuan Ketua-ketua Kampung (Sidang) negeri dan Persatuan Sejarah Malaysia cawangan negeri pada 17 Januari lalu.

Abdul Latiff berkata, kemelut berkaitan empat kepimpinan sebagai Datuk Penghulu Naning antara Abdul Latiff Hashim, Abdul Azis Mulud, Mohd. Salleh Md. Som dan Nordin Jalil perlu diselesaikan segera tanpa campur tangan daripada kerajaan negeri.

Katanya lagi, kerajaan negeri hanya mengiktiraf anugerah dan gelaran yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob selaras Perkara 34 Perlembagaan Negeri Melaka manakala anugerah yang diberikan oleh Datuk Penghulu Naning atau mana-mana pihak lain tidak sah dan diiktiraf kecuali dalam kalangan pengamal adat itu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Latiff berkata, kerajaan negeri juga tidak akan melayan dan mengiktiraf segala tuntutan yang berkaitan dengan Kesultanan Melaka serta pihak lain seperti Bonda Ratu yang tidak selari dengan Perlembagaan negara serta Enakmen Negeri Melaka.

Tambahnya, kerajaan negeri telah menyerahkan hal tuntutan itu kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

UMNO Bahagian Masjid Tanah lancar KPI hari ini

Posted: 24 Jan 2014 10:42 AM PST

MELAKA 24 Jan. - UMNO Bahagian Masjid Tanah akan mewujudkan petunjuk prestasi utama (KPI) membabitkan semua peringkat kepemimpinannya sebagai mekanisme pemantauan serta penilaian dalam usaha memastikan setiap tanggungjawab, amanat dan mandat dapat memenuhi keperluan rakyat di daerah itu.

Ketuanya, Datuk Ab. Rauf Yusoh (gambar) berkata, pelaksanaan KPI itu sejajar dengan saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin melihat parti itu diterima oleh semua lapisan masyarakat hingga ke peringkat akar umbi.

''KPI ini adalah untuk semua ahli jawatankuasa, biro-biro hingga kepada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri melaksanakan pelbagai program untuk merakyatkan UMNO.

''Kita merancang untuk turun padang mendekati rakyat bagi mengetahui masalah mereka dan menyelesaikannya yang sekali gus dapat membantu setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Parlimen Masjid Tanah.

''Kita ingin mendengar suara hati akar umbi yang sebelum ini mereka merasakan disisih dan kali ini KPI yang akan dilancarkan ini menjadi penentu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ab. Rauf berkata, program KPI UMNO bahagian itu akan dilancarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sempena Karnival UMNO Masjid Tanah di Pusat Transformasi Luar Bandar, Kuala Linggi esok.

Menurutnya, usaha tersebut bertujuan memastikan setiap program dilaksanakan oleh biro dapat berperanan mendekatkan masyarakat dengan parti itu hingga ke akar umbi.

Jelas beliau, KPI yang akan dilancarkan itu juga bakal menjadi pendorong agar semua kepemimpinan peringkat bahagian hingga cawangan dapat menjalankan amanah khususnya menyelesaikan sebarang masalah rakyat.

''Ini adalah sebagai langkah awal persiapan UMNO Masjid Tanah menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di samping menambah keahlian parti dan mendaftar 12,288 pengundi baharu dalam tempoh empat tahun," katanya.

Menurut beliau, Karnival UMNO Bahagian Masjid Tanah yang bermula esok di RTC Kuala Linggi adalah langkah awal merakyatkan UMNO dalam kalangan masyarakat di Parlimen Masjid Tanah.

Pelbagai acara menarik diatur sempena karnival tersebut antaranya ialah pameran oleh Biro Latihan dengan kerjasama Biro Tata Negara, pameran kerjaya Akademi Laut Malaysia (ALAM), permohonan Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (TEKUN) dan pemeriksaan kesihatan.

Di samping itu, turut diadakan adalah gerai-gerai menjualkan produk usahawan bumiputra, pertandingan karaoke, street soccer, pameran antidadah, pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM), seminar teknologi maklumat dan komunikasi dan sebagainya.

Ab. Rauf berharap seluruh masyarakat di Masjid Tanah dapat datang beramai-ramai ke RTC Kuala Linggi bagi memeriahkan karnival tersebut yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 8.30 malam.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved