Jumaat, 16 Mei 2014

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Sekolah terbakar, sambutan ditangguh

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
utusansabah@utusan.com.my

KEBAKARAN yang memusnahkan dua blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Penimbawan di Tuaran, Sabah, kelmarin.

TUARAN 16 Mei - Kemeriahan sambutan Hari Guru di seluruh negara pada hari ini bagaimanapun tidak dapat diraikan oleh warga Sekolah Kebangsaan (SK) Penimbawan, Tuaran dekat sini ekoran kejadian kebakaran yang berlaku petang semalam.

Guru Besarnya, Rahman Awang berkata, kebakaran yang memusnahkan dua blok di SK Penimbawan itu memaksa pihaknya membatalkan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah tersebut hari ini.

Katanya, pihak sekolah bercadang meraikan sambutan Hari Guru tersebut pada masa akan datang apabila kerja-kerja menyusun atur tempat pembelajaran di sebuah dewan orang ramai di kampung itu selesai.

"Penduduk kampung dan pihak sekolah sedang menyusun atur tempat bagi sesi pembelajaran di dewan orang ramai ini.

"Ekoran kemusnahan kerusi dan meja dalam kejadian kebakaran tersebut semalam, buat sementara waktu terdapat sebilangan murid yang akan belajar dalam keadaan bersila bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan," katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rahman berkata, segala perancangan dan persiapan bagi menyambut Hari Guru di sekolah tersebut telah dilakukan sebelum ini.

Namun begitu katanya, kejadian yang tidak diingini itu semalam telah memaksa pihak sekolah untuk menunda sambutan Hari Guru tersebut ke satu tarikh lain.

Menurutnya, bukan sekadar bangunan bilik darjah musnah, bilik pentadbiran juga terbakar, sekali gus memusnahkan fail-fail penting dan peralatan sokongan lain seperti mesin faks dan telefon pejabat.

"Saya juga agak trauma dengan kejadian yang berlaku semalam kerana terjadi di depan mata, tetapi tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana api merebak dengan cepat," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, Datuk Jame Alip berkata, pihaknya akan menghantar peralatan sekolah seperti kerusi dan meja serta keperluan lain yang diperlukan dalam masa terdekat.

Katanya, dia juga memohon kerjasama daripada pihak sekolah tersebut dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membuat laporan segera berhubung kejadian itu kepada pihak JPN Sabah.

Jelasnya, laporan daripada pihak polis serta bomba terhadap kejadian kebakaran itu bertujuan memudahkan JPN Sabah memohon peruntukan segera daripada Kementerian Pendidikan di Putrajaya.

Guru Sekolah Kebangsaan Si Rusa buat kejutan pakai seragam pelajar

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

KERIANGAN terpancar di raut wajah para guru yang memakai pakaian seragam di Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

TELOK KEMANG 16 Mei - Guru Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson dekat sini mencipta kelainan apabila berpakaian seragam murid sekolah sempena sambutan Hari Guru hari ini.

Kesemua 51 guru di sekolah itu yang berusia antara 23 dan 56 tahun itu sepakat untuk membuat kejutan kepada murid sempena sambutan tersebut.

Pengerusi Kelab Guru sekolah tersebut, Nor Azlina Abdul Hamid berkata, idea berpakaian uniform sekolah tercetus selepas satu pertemuan diadakan demi memberikan kelainan semasa sambutan Hari Guru.

"Ternyata sambutan yang diterima daripada para guru amat memberangsangkan dan ada di antara mereka sanggup membeli pakaian tersebut bagi sama-sama menjayakan sambutan berkenaan.

"Ini secara tidak langsung membuatkan para guru di sekolah tersebut mengimbas kembali nostalgia silam kerana setiap guru juga pernah bergelar murid suatu masa dahulu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sekolah tersebut.

Jelasnya, apa yang menarik, murid sekolah itu amat terkejut kerana sebelum para guru memakai pakaian itu, pihak sekolah mengadakan acara sukan antara guru dengan pelajar.

"Sebaik selesai, guru-guru membuat persalinan sebelum bertemu dengan murid yang dikumpulkan di dalam dewan.

"Ini memang satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan dan gelak ketawa serta keceriaan jelas terpancar buat semua warga sekolah tersebut," ujarnya.

Tambahnya lagi, pihaknya merancang untuk mengisi program yang lebih menarik dalam mendekatkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar untuk tahun hadapan, sekali gus menjadi kenangan tidak boleh dilupakan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tiga sahabat maut dalam kemalangan

Posted: 16 May 2014 10:45 PM PDT

JEMPOL 17 Mei - Gurauan tiga sahabat menempah tanah perkuburan dan ingin dikebumikan dalam satu liang lahad menjadi realiti apabila mereka akan dikebumikan bersama setelah maut dalam satu kemalangan di Jalan Besar Felda Palong 9, 10 dan 11, di sini, malam semalam.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, semua mangsa yang menaiki motosikal terjatuh setelah bertembung dengan seorang daripada rakan mereka yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Syahreedzwan Mohmad Abdullah, 17; Mohamad Aflin Norirfan Md. Jani, 15, dan Muhammad Faizal Jamalludin, 13, yang kesemuanya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Palong 9.

Rakan mereka, Mohd. Mois Ikmal Mohd. Nasir, 16, yang cedera parah dalam kemalangan itu kini dirawat di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah. -UTUSAN ONLINE

Pelumba MSS maut semasa latihan di SIC

Posted: 16 May 2014 09:44 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Mei - Seorang pelumba motosikal amatur Malaysian Super Series (MSS) 2014 maut setelah terlibat dalam kemalangan pada sesi latihan pusingan pertama kejuaraan itu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa, Amaludin Abd. Rahman, 42, dipercayai gagal mengawal motosikalnya di selekoh 15 litar tersebut sebelum terbabas dan melanggar penghadang tayar.

Menurut kenyataan SIC, pasukan perubatan telah dihantar ke lokasi kejadian untuk memberi rawatan awal sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Aprilia RSV4 meninggal dunia di hospital berkenaan.

"SIC merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan Amaludin yang meninggal dunia akibat kemalangan itu," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa beraksi dalam kategori Super Stock B pada perlumbaan tahunan itu. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


On Jabbar digantung 20 tahun

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

On Jabbar

PETALING JAYA - On Jabbar digantung daripada melibatkan diri dengan aktiviti bola sepak selama 20 tahun dan didenda RM50,000 gara-gara menumbuk pengadil, Sukri Abd. Rahman pada 19 April lalu di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Taufek Abd. Razak, berkata, hukuman itu adalah setimpal dengan apa yang dilakukan oleh On, yang ketika itu merupakan pengurus Johor Darul Ta'zim.

"Bekas pengurus JDT II, On Jabbar, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikemukakan. Kami mengambil kira rayuan yang dikemukakan namun kami di Jawatankuasa Tatatertib melihat kes ini sebagai sangat serius.

"Kami mengambil keputusan menjatuhkan hukuman gantung 20 tahun daripada sebarang aktiviti bola sepak dan denda RM50,000. Memandangkan On Jabbar juga adalah exco PBNJ maka PBNJ didenda RM40,000.

"Hukuman ini tertakluk kepada Perkara 3.4 iaitu jika didapati bersalah, hukuman minimum adalah digantung dua tahun dan maksimum dikenakan penggantungan seumur hidup.

"Bagaimanapun On dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh tujuh hari selepas surat rasmi hukuman dikeluarkan.

"Ini satu peringatan kepada beliau bahawa tiada jalan pintas untuk mencipta sejarah dalam dunia bola sepak dan semuanya mengikut peraturan," katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

On menumbuk Sukri ketika pemain kedua-dua pasukan meninggalkan padang ekoran beberapa keputusan yang dianggap tidak adil semasa perlawanan JDT II berdepan UiTM FC sebelum disuraikan oleh pihak polis.

Insiden itu membuatkan ratusan penyokong JDT II berkumpul di perkarangan pintu masuk stadium dan memaksa pengadil keluar dan memohon maaf kepada mereka.

Taufek berkata, On tidak dikenakan penggantungan seumur hidup kerana mengambil kira beberapa hukuman yang telah diterima daripada PBNJ.

"Kami bukannya berlembut apabila menjatuhkan hukuman sebegini. Kami turut mengambil kira rayuan yang dikemukakan oleh On iaitu dia telah diberhentikan daripada jawatan pengurus JDT II dan dikenakan denda sebanyak RM25,00 oleh PBNJ.

"Selain itu, dia juga bertukar menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang ke jawatan lain atas kehendak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) setelah mengambil kira insiden yang berlaku namun dalam masa sama dia masih lagi berminat menguruskan bola sepak pada masa akan datang," katanya.

PBNJ turut dikenakan denda tambahan atas dua tuduhan berasingan berkaitan perlawanan yang sama, iaitu sebanyak RM10,000 kerana para penyokong JDT II membaling botol air kepada pegawai perlawanan dan pemain pasukan UiTM FC serta RM20,000 lagi kerana kegagalan keselamatan semasa kejadian berlangsung.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBNST) pula dikenakan hukuman RM5,000 kerana tindakan para penyokong membakar suar.

Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia juga didenda RM5,000 ekoran tindakan peminat Sarawak yang merupakan penyokong lawan membakar suar pada perlawanan di Stadium Selayang 18 Januari lalu.

JDT lepas peluang selepas dua kali mendahului

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

Pemain JDT Luciano Gabriel Figueroa meraikan jaringannya bersama Jorge Pereyra Diaz dan Mohd Amri Yahyah pada perlawanan Liga Super JDT menentang Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunus Larkin di sini hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR - Kesilapan penjaga gol Johor Darul Ta'zim, Mohd. Izham Tarmizi pada minit terakhir membantutkan hasrat Harimau Selatan untuk mendapatkan tiga mata penuh ketika melayan kunjungan Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam, apabila kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2-2.

Keputusan itu juga menyebabkan kedua-dua pasukan mampu tercicir semakin jauh daripada pendahulu, Selangor yang akan menentang Sime Darby malam ini.

Walaupun mendahului 2-1 hingga minit ke-88, pemain sayap kiri Tok Gajah, R. Gopinathan mengecewakan JDT apabila percubaannya dari sebelah kiri gagal ditampan kemas oleh Izham yang menyaksikan bola melantun ke dalam gawang.

Sebelum itu, Luciano Figueroa meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-26 namun berjaya disamakan oleh Azamuddin Akil sepuluh minit kemudian sebelum tuan rumah sekali memimpin permainan menerusi Safiq Rahim, minit ke-48.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati dalam mengatur serangan sebaik perlawanan bermula.

Usaha berterusan anak buah Bojan Hodak akhirnya berhasil selepas penyerang dari Argentina, Figueroa menyambut umpanan pemain senegara, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-26.

Namun kelebihan yang dimiliki JDT tidak bertahan lama apabila gerakan solo Gopinathan dari garisan tengah berjaya menewaskan pemain pertahanan lawan, Mahali Jasuli sebelum disudahkan oleh Azamuddin.

Masuk babak kedua perlawanan, JDT sekali lagi mendahului menerusi Safiq Rahim pada minit ke-48 yang menyempurnakan hantaran Diaz dari kiri.

Pahang menggandakan asakan dan kerja keras mereka membuahkan hasil apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-88 setelah rembatan Gopinathan ditampan masuk oleh Izham ke gawang sendiri.

Di Stadium Negeri, Sarawak meraih kemenangan 2-1 ke atas PKNS FC melalui jaringan Joseph Kalang Tie pada minit ke-57 dan percubaan solo Muamer Salibasic, minit ke-83 sementara gol pelawat terhasil menerusi gol Mohd. Fauzan Dzulkifli pada minit ke-77 dalam perlawanan yang menyaksikan pergaduhan sesama penonton.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


10 terbunuh akibat dua letupan

Posted: 16 May 2014 09:32 AM PDT

NAIROBI 16 Mei - Dua kejadian letupan hari ini menyebabkan 10 orang terbunuh manakala lebih 70 orang yang lain tercedera yang berlaku dalam satu siri serangan ganas di sini.

Ketua Polis Nairobi, Benson Kibue berkata, dua bahan letupan buatan sendiri meletup di sebuah kawasan pasar, manakala sebuah bom meletupkan sebuah van mini yang digunakan sebagai pengangkutan awam.

Kejadian letupan itu berlaku tidak lama selepas kedutaan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran kepada warganegaranya tentang ancaman serangan ganas yang berterusan di Kenya. - AP

Algeria bawa pulang diplomatnya dari Libya

Posted: 16 May 2014 09:31 AM PDT

ALGIERS 16 Mei - Algeria telah memindahkan dutanya serta kakitangan keluar dari Libya ekoran ancaman militan, menurut sumber keselamatan hari ini.

Kerajaan negara berkenaan turut membawa pulang para diplomat menggunakan pesawat tentera dengan perlindungan daripada tentera khas Algeria.

Sekurang-kurangnya lapan diplomat luar, termasuk dari Tunisia, Jordan dan Mesir telah keluar dari Libya tahun ini berikutan kes penculikan kakitangan kedutaan di negara itu. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Paip serbu tapak pembinaan

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

Oleh M. RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com

Mohd. Rahimi Ramli (kanan) dan Jaafar Abdullah (dua kanan) melihat punca penyambungan tidak sah yang dilakukan oleh kontraktor binaan di Felda Lepar Utara 4 dekat Jerantut, semalam. - UTUSAN/M. RIZAL NOR

JERANTUT 16 Mei - Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) menyerbu sebuah tapak pembinaan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan mencuri air di Felda Lepar Utara 4 dekat sini baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Datuk Jaafar Abdullah berkata, dalam serbuan pukul 3.15 petang itu mendapati kontraktor projek berkenaan telah melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip High Density Polyethylene (HDPE) bersaiz 25 milimeter ke saluran air yang dibekalkan oleh pihak Paip.

"Siasatan mendapati bekalan air dari penyambungan tersebut digunakan untuk kerja-kerja pembinaan seperti proses membancuh simen dan kerja-kerja lain ditapak projek berkenaan.

"Pegawai penguat kuasa juga telah menjalankan ujian klorin di lokasi dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik Paip," katanya selepas menyertai operasi bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang diketuai oleh Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Pengaduan dan Penguatkuasaan merangkap Penolong Pengurus Korporat Paip, Mohd. Rahimi Ramli.

Jaafar berkata, SPAN telah menyita paip HDPE dan peralatan lain sebagai bahan bukti serta mengeluarkan notis mengenai kesalahan yang telah dilakukan kepada kontraktor berkenaan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (AIPA) 2006 yang memperuntukkan denda sebanyak RM100,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, Paip akan terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kegiatan mencuri air di seluruh negeri ini tanpa mengira kes melibatkan pengguna komersial mahupun domestik.

"Tindakan tegas ini adalah salah satu langkah berterusan dalam mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil iaitu kini mencapai kepada 52 peratus dan kita yakin masalah itu dapat dikurangkan kepada 47 peratus," katanya.

Menurutnya, Paip mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk setempat yang melaporkan kegiatan tersebut dalam usaha mengurangkan kes curi air di negeri ini.

Katanya, pengguna yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes mencuri air atau aduan kerosakan paip boleh menghubungi Pusat Aduan Pelanggan Paip di talian 09-573 9999.

Kembara berakit mampu tarik pelancong luar

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

BERA 16 Mei - Para peserta Kembara Berakit Sungai Pahang menyifatkan aktiviti itu sebagai unik dan sesuai dijadikan sebagai acara tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Menurut mereka, aktiviti berakit bukan sahaja memperkenalkan keindahan alam semula jadi di negeri ini, malah mendedahkan peserta kepada kehidupan masyarakat yang tinggal di pesisir Sungai Pahang.

Seorang peserta dari kumpulan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Tarmizi Ujang, 27, sangat teruja mengikuti kembara tersebut kerana belum pernah menyertai aktiviti seumpamanya.

"Saya dapat menyelami bagaimana susah senang masyarakat dahulu menggunakan pengangkutan air seperti rakit untuk ke sesuatu lokasi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kembara berakit yang disertai 210 peserta melibatkan 27 pasukan itu bermula di Dataran Esplanade, Temerloh semalam dan berakhir esok di Jeti Lama Chenor.

Para peserta meneruskan perjalanan hari ini dari Sekolah Kebangsaan (SK) Guai di sini ke Kampung Batu Bor sejauh 21 kilometer.

Seorang peserta dari kumpulan ibu pejabat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Fairuz Selamat, 29, berkata, dia bertuah kerana dapat menyertai ekspedisi berakit Sungai Pahang yang penuh sejarah itu.

"Sebelum ini saya hanya mengetahui mengenai Sungai Pahang melalui pembacaan tetapi kini dapat merasainya sendiri.

"Aktiviti berakit Sungai Pahang sangat menyeronokkan walaupun penuh cabaran tetapi semuanya adalah asam garam untuk mencapai kejayaan," katanya.

Bagi seorang lagi peserta dari kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Aziz Mohd. Hassan, Kembara Berakit Sungai Pahang mempunyai kelainan tersendiri berbanding ekspedisi di sungai lain.

"Ketika inilah wujudnya semangat berpasukan dan saling berganding bahu bagi mengelakkan rakit terbalik atau dihalang oleh kayu hanyut atau tersangkut di beting pasir," jelasnya.

RM2.5j baik pulih tanah runtuh di IM2

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

KUANTAN 16 Mei - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta bagi membaik pulih tanah runtuh akibat hujan lebat akhir tahun lalu di persimpangan Jalan Indera Mahkota 2 (IM2) di sini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, tanah runtuh sepanjang 400 meter itu kini dalam proses pembinaan semula dan dijangka siap empat bulan lagi.

"Selain itu, kedudukan jalan yang berdekatan dengan Sungai Talam itu turut menyebabkan benteng di Lorong IM2/44 mengalami masalah sama dan membahayakan penghuni rumah berkenaan.

"Banjir paling buruk dan hujan yang berterusan akhir tahun lalu turut mengakibatkan beberapa kawasan lain di sekitar bandar ini mengalami mendapan tanah yang serius," katanya di sini baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Ibu bapa Ming You direman bantu siasatan

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

Oleh ROSMAWATI SALIHIN
utusansabah@utusan.com.my

Low Ming You

KOTA KINABALU 16 Mei - Polis menahan ibu bapa kepada Low Ming You, 3, yang dipercayai diculik sejak 9 Mei lalu, bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, pasangan itu ditahan ketika diminta datang ke ibu pejabat polis daerah di sini Rabu lalu.

"Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Jauteh bagaimanapun menafikan khabar angin yang mengaitkan bapa kepada Ming You menjadi dalang kejadian tersebut yang kononnya dirancang bagi mendapat wang tebusan daripada bapa mertuanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar tidak terpengaruh dengan khabar angin tersebut yang dimuat naik di laman sosial, sebaliknya menantikan kenyataan sahih daripada polis berhubung insiden penculikan tersebut.

"Saya juga meminta orang yang bertanggungjawab menyebar maklumat seperti itu untuk tidak berbuat andaian sesuka hati kerana tindakan undang-undang boleh dikenakan sekiranya ia mampu menimbulkan keadaan kucar kacir dalam kalangan masyarakat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Jauteh lagi, kenyataan yang tidak mempunyai kesahihan dan sengaja dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab itu mampu menimbulkan persepsi negatif, malah boleh mengganggu siasatan kes.

"Setakat ini, polis masih giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti segala kemungkinan berkaitan kes penculikan kanak-kanak terbabit dan operasi mengesan lokasi mangsa.

"Kita meminta kerjasama orang ramai untuk tidak menyebarkan atau mempercayai sebarang maklumat palsu kerana ia akan mengganggu siasatan polis," katanya.

Mahkamah tolak permohonan Chegubard

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

PETALING JAYA 16 Mei - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard untuk membebaskannya daripada pertuduhan menganjurkan program penghargaan kepada pengundi negeri Selangor pada 25 Mei tahun lalu.

Hakim Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim bagi pihak pendakwaan dan peguam Eric Paulsen yang mewakili Badrul Hisham.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan kes itu sementara menunggu rayuan pendakwa raya di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pertuduhan terhadap Ahli Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa berhubung penganjuran perhimpunan di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei tahun lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 5 Jun ini.

Badrul Hisham membuat permohonan itu atas alasan pertuduhan tersebut adalah tidak berasas berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Badrul Hisham, 36, dituduh gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, 10 hari sebelum Program Penghargaan kepada Pengundi Negeri Selangor diadakan di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur di sini antara pukul 5 petang dan 12 tengah malam, 25 Mei tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Hari-hari elak 'jerangkap samar'

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Jalan berlubang di persimpangan Jalan Jelatek, Kuala Lumpur yang menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya.

KUALA LUMPUR 15 Mei - Jalan berlubang, retak, mendap, beralun, tampalan tidak sempurna dan tumpahan sisa konkrit bukan lagi keadaan luar biasa kepada pengguna jalan raya di Jalan Ampang di sini.

Ini terutamanya di susur keluar persimpangan Jelatek menghala ke Ampang dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Rata-rata menyifatkan perjalanan mereka pada setiap hari di kawasan itu seperti cuba mengelak jerangkap samar.

Keadaan jalan di situ bukan sahaja mengundang bahaya, bahkan menyebabkan kerosakan kepada kenderaan.

Melalui pemerhatian penulis, Jalan Ampang merupakan antara jalan utama di ibu kota yang menjadi tumpuan ramai dan sewajarnya ia berada dalam keadaan baik dan sempurna.

Malangnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila kira-kira 100 meter jalan di laluan itu rosak teruk.

Selain kesan tampalan yang tidak sempurna, terdapat juga lubang yang mengundang risiko kemalangan.

Berdasarkan pemerhatian, jumlah kenderaan yang menggunakan laluan di situ amat tinggi.

Pengguna bukan sahaja datang dari arah Taman Setiawangsa dan Keramat bahkan ia menjadi laluan utama kepada mereka yang tinggal di kawasan Ampang untuk ke pusat bandar raya.

Selama lebih satu jam di lokasi itu, penulis berkeyakinan punca kerosakan jalan di situ disebabkan beberapa faktor.

Faktor utama ialah kegagalan pihak berkuasa tempatan memantau kegiatan keluar masuk kenderaan berat secara bebas dari tapak pembinaan berhampiran yang menggunakan jalan utama di situ.

Tindakan pemandu kenderaan itu bukan sahaja menyakitkan mata tetapi juga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Turut menjadi punca ialah kegagalan syarikat-syarikat utiliti menjalankan kerja-kerja menampal jalan dengan sempurna.

Akibat kurang pemantauan pihak berkuasa, syarikat berkenaan seolah-olah bersikap lepas tangan selepas kerja-kerja pengorekan dilakukan.

Sebagai pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab di ibu kota, Dewan Bandaraya (DBKL) perlu lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati menjadi punca kerosakan jalan.

Tindakan dan pemantauan berterusan perlu dilakukan demi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya di sekitar Jalan Ampang.

Pengguna gesa pemantauan, tindakan tegas

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

KUALA LUMPUR 15 Mei - Pengguna jalan raya mengesa pihak berkuasa tempatan terus memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi punca kerosakan jalan di Jalan Ampang di sini.

Ia bagi mengelakkan keadaan jalan menjadi lebih teruk dan mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut.

Seorang pemandu teksi, Meerasa Mohamad, 55, berkata, sepanjang lebih dua tahun menjadi pemandu teksi di ibu kota, hampir setiap hari dia terpaksa mengelak daripada melanggar lubang kerana bimbang tayar kenderaannya rosak.

Sebagai rakyat Malaysia juga saya malu kerana rata-rata pelanggan saya adalah pelancong asing. Saya pasti mereka tidak menyangka keadaan jalan di sini begitu teruk sekali.

Sempena tahun Melawat Malaysia 2014, saya harap pihak bertanggungjawab ambil tindakan sewajarnya kerana sampai bila jalan di ibu kota berada dalam keadaan yang teruk dan menyakitkan mata," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Bantuan Umum Malaysia (Pembantu), Muhammad Azfar Muhd. Ali berkata, pihaknya menerima banyak aduan berhubung perkara tersebut dan sebagai pengguna di Jalan Ampang, dia kesal kerana ia merupakan antara laluan utama ke ibu kota yang seharusnya berada dalam keadaan yang baik.

Keadaan jalan yang teruk bukan sahaja mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya malah turut menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk membaiki kenderaan yang rosak.

Saya berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melihat perkara ini dengan lebih serius.

Sewajarnya tindakan lebih tegas diambil terhadap mereka yang menjadi punca jalan rosak," katanya.

Premis curi air hampir 2 tahun

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

KAKITANGAN Syabas memotong sambungan paip bekalan air haram di sebuah premis di Sentul, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ shiidiequiin zon

KUALA LUMPUR 15 Mei - Kegiatan mencuri air sejak hampir dua tahun lalu oleh pemilik sebuah rumah tumpangan di Jalan Taman Dato Senu, Sentul di sini akhirnya terbongkar apabila Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) bersama pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyerbu premis tersebut hari ini.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis itu menggunakan air terawat yang diperoleh secara haram.

Semakan oleh Syabas menunjukkan premis tersebut tidak mempunyai meter air sah yang berdaftar dengan kami, sekali gus menyebabkan kerugian air terawat kira-kira 68,300 meter padu atau lebih RM156,000.

Sambungan air secara haram ini dilakukan sejak awal Julai 2012 iaitu semasa bermulanya perniagaan mereka dengan paip jenis High Density Poly Ethylene berukuran 2.5 sentimeter," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerbu premis berkenaan di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak Syabas telah mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan Tindakan Penguatkuasaan bagi menuntut ganti rugi kehilangan air daripada pihak tersebut.

Mana-mana individu atau pihak yang didapati membuat sebarang sambungan haram adalah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Operasi membanteras kegiatan mencuri air ter awat dari paip Syabas merupakan salah satu usaha untuk mengekang kadar kehilangan air tanpa hasil dan tindakan tersebut memerlukan kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat" jelasnya.

Sementara itu, beliau menyatakan sebanyak 1,271 aduan kes curi air telah diterima oleh Syabas sejak 1 Januari hingga 9 Mei lalu dan daripada jumlah tersebut, 96 kes diklasifikasikan sebagai sahih.

Syabas sudahpun mengambil tindakan lanjut terhadap perkara berkenaan dan anggaran kehilangan air daripada kes-kes terbabit ialah sebanyak 2.18 juta meter padu dengan nilai anggaran kira-kira RM5 juta," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Johor lancar kempen Anti Sampah

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 15 Mei - Usaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan akan dibuat secara berterusan oleh kerajaan negeri memandangkan kapasiti sampah yang terhasil bertambah setiap hari dan dijangka meningkat kepada 30,000 tan sisa pepejal menjelang 2020 di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, program kempen Anti Sampah 2014 merupakan antara usaha tersebut dengan harapan masyarakat mengambil berat terhadap kebersihan alam sekeliling khususnya sisa pepejal.

Kita harap akan dapat mendidik masyarakat menjaga kebersihan khususnya di persekitaran tempat tinggal mereka dan juga kawasan awam. Kita juga mahu mendidik mereka mengenai amalan kitar semula."

Kesedaran masyarakat mengenai amalan ini masih berada pada tahap sederhana berikutan mereka masih mencampur-aduk semua jenis sampah tanpa mengasingkan benda yang boleh dikitar semula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Anti Sampah 2014 di Jalan Wong Ah Fook di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Datuk Bandar Johor Bahru, Abd Rahman Mohamed Dewam dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) negeri, Asri Amat.

Sempena majlis itu, Abd. Latiff melancarkan pasukan penguatkuasa PPSPPA yang akan memantau kawasan yang disyaki menjadi tempat pembuangan sampah longgok yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Abd Latiff berkata, sampah yang tidak diasingkan akan menyebabkan berlaku kelewatan jadual kutipan sampah kerana kerja pengasingan sampah perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum diangkut ke dalam lori.

Walaupun pihak PPSPPA sudah melaksanakan penjadualan sampah menerusi sistem 2+1, namun masyarakat masih gagal memanfaatkan sistem terbabit kerana tidak mengasingkan antara sampah boleh kitar semula, sampah biasa dan sampah pukal," katanya.

Menyentuh mengenai sampah longgok, Abd Latiff berkata, perkara tersebut sering berlaku di kawasan taman perumahan dan industri namun kini merebak ke kawasan kampung khususnya di luar kawasan operasi dan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Penerbangan terus Pontianak-JB

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Heny Kurniawan (duduk kiri) dan Safuan Basir (duduk kanan) menandatangani perjanjian kerjasama dan disaksikan oleh Tee Siew Kiong (tengah) dalam Majlis Pengumuman Penerbangan Sulung Xpress Air dari Pontianak, Indonesia ke Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/NURUL HUDA HASSAN

JOHOR BAHRU 15 Mei - Usaha memperkenalkan laluan baharu dari Pontianak, Indonesia ke negeri ini menerusi syarikat Xpress Air Indonesia (Xpress Air) diyakini mampu merancakkan kemasukan pelancong asing terutama dari Indonesia ke Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, pemilihan Johor oleh syarikat penerbangan dari Indonesia itu mampu memberi impak hebat dalam memperkenalkan negeri ini sebagai destinasi pelancongan.

Menurutnya, pelbagai tawaran yang mampu diberikan negeri ini seperti pelancongan menerusi Legoland Malaysia, pemilihan institusi pendidikan selain pelan-

congan perubatan menjadi daya tarikan pelancong asing ke negeri ini.

Dianggarkan sebanyak 2.1 juta pelancong Indonesia berkunjung ke Johor tahun lepas dan kita sasarkan peningkatan sebanyak 10 hingga 20 peratus tahun ini sejajar dengan adanya penerbangan terus Pon-

tianak-Johor Bahru.

Kita akan terus memperhebatkan usaha mempromosi negeri ini dengan pelbagai tawaran menarik," kepada pemberita pada majlis pe-

ngumuman penerbangan sulung Xpress Air dari Pontianak, Indonesia ke Johor Bahru di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Xpress Air, Heny Kurniawan; Pengarah Jabatan Pelancongan Johor, Dr. Badrul Hisham Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif Senai

Airport Terminal Services Sdn. Bhd., Safuan Basir.

Siew Kiong berkata, kemasukan rakyat Indonesia ke negara ini kini bukan sahaja untuk mencari pekerjaan, malah mereka ada di kalangan mereka juga yang datang sebagai pelancong, ahli perniagaan dan juga penuntut di kolej-kolej swasta.

Sehubungan itu katanya, pasaran Indonesia bakal menjadi antara tumpuan penting industri pelancongan negeri ini dengan kewujudan permintaan serta pengenalan penerbangan baharu dari semasa ke semasa ke Johor kebelakangan ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


MAS diminta terus beri perhatian terhadap ahli keluarga penumpang MH370

Posted: 16 May 2014 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Mei - Malaysia Airlines (MAS) diminta agar terus memberi perhatian terhadap kebajikan ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang sudah memasuki hari ke-70 kehilangannya.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, syarikat penerbangan itu juga diharap dapat menunaikan janjinya berhubung kait dengan pampasan kepada ahli keluarga terlibat secepat mungkin.

Sambil mengakui, usaha menenangkan ahli keluarga ekoran insiden MH370 adalah yang paling sukar untuk dilakukan kerajaan dan MAS, Hishammuddin berkata, kedua-dua pihak itu bagaimanapun perlu memastikan usaha mendekati keluarga penumpang berterusan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar khas bersama wakil media tempatan berhubung MH370 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kad ucapan Hari Guru terbesar pecah rekod MBR

Posted: 16 May 2014 01:12 AM PDT

KOTA TINGGI 16 Mei - Seramai 1,750 murid prasekolah dan sekolah rendah dari 48 sekolah sekitar Kota Tinggi berjaya menghasilkan kad ucapan Hari Guru terbesar di Malaysia dalam satu program yang diadakan di padang Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Kad ucapan berukuran 41.5 meter x 20 meter itu turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) sebagai yang terbesar di negara ini, mengatasi rekod lama berukuran 32.5 meter x 15 meter yang dihasilkan pada tahun 2010. - UTUSAN ONLINE

Pelan transformasi PBT akan dilaksanakan - Abdul Rahman

Posted: 16 May 2014 01:01 AM PDT

SEREMBAN 16 Mei - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan melaksanakan pelan transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya majlis daerah untuk melaksanakan penyampaian perkhidmatan melalui pendekatan baharu berasaskan idea, sistem dan prosedur yang lebih dinamik.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pelan transformasi itu akan memberi penekanan kepada urus tadbir baik, yang mementingkan ketelusan dalam proses membuat dasar, merancang dan melaksanakan program pembangunan untuk rakyat di peringkat akar umbi.

"Menerusi pelan ini, orang awam akan berpeluang untuk bersama-sama menyumbang idea dan pandangan dalam proses membuat keputusan dan pelaksanaan bagi projek pembangunan di kawasan PBT.

"Pelan transformasi PBT ini juga dijangka meningkatkan penyertaan rakyat daripada kumpulan masyarakat termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO), golongan profesional dan sebagainya untuk memberi pandangan terhadap rancangan pembangunan yang diperkenalkan oleh majlis," katanya pada sidang media selepas merasmikan Dewan Orang Ramai Taman Perwira, Sikamat di sini hari ini. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Ilmu, petua dan langkah sederap

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

Dr. Mahathir Mohamad dan Mohamad Hasan (dua dari kanan) bersama penuntut kolej selepas beliau berucap dalam Seminar 'Tanah Tumpahnya Darahku' di Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA

SEREMBAN 15 Mei - Jika seseorang itu ada ilmu tetapi tidak dipakai bersama petua dan langkah betul, ia akan menyaksikan hasil yang pincang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebaliknya jika ilmu, petua dan langkah itu betul, maka dapat dilihat ketrampilan yang bijaksana, minda yang konsisten dan paling utama dapat menyumbang dengan baik pembangunan rakyat dan negara.

Atas sebab itulah jika kita berilmu tetapi gagal, jangan cepat mengalah. Ini kerana, kadangkala langkah kita sumbang dan petua yang ada tidak digunakan dengan sebaik mungkin.

Jadi menuntut ilmu ini, bukan hanya di institusi pengajian tinggi semata-mata tetapi ilmu ini datangnya dari persekitaran yang ada, umpamanya ilmu masyarakat, ilmu memimpin atau ilmu menjaga kedaulatan negara," katanya sewaktu berucap pada Seminar Tanah Tumpahnya Darahku di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, dekat sini hari ini.

Yang hadir menyampaikan ucaptama pada seminar berkenaan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Namun begitu, Mohamad memberitahu, dalam urusan mendapatkan ilmu itu jangan pula tersilap menuntut kerana ia juga boleh merosakkan agama, bangsa dan tanah air.

Jika kita ambil ilmu tetapi hendak hancurkan negara atau negeri dan mahu melelong negara, itu tidak betullah. Benci macam mana negara ini sekali pun, janganlah burukkan negara ini kerana di sinilah kita lahir, dibesarkan. Inilah tanah tumpahnya darahku," katanya.

Mengenai seminar yang berlangsung ini yang dihadiri lebih 1,500 belia, Mohamad berkata, mesej yang dibawa oleh penceramah hendaklah dijiwai sepenuhnya.

Semangat sayangkan tanah air ini hendaklah terus dibiar membara dalam kalangan belia.

Perkukuhkan langkah biar ia sederap dan dapat bersama-sama menyumbang tenaga, pemikiran dan usaha membangunkan negara, apatah lagi baki enam tahun menjelang negara maju 2020, kian dirasai," katanya.

Beliau turut mengingatkan belia supaya mengenang keamanan dan kesenangan yang ada pada hari ini serta mensyukurinya.

Jangan kelak nikmat yang ada ini ditarik balik oleh Allah SWT kerana sifat kita yang tidak tahu bersyukur," katanya.

Caklempong bertakhta di hati

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh AINAA MARDHIAH MOHD. GHAZALI
utusanN9@utusan.com.my

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim bersama Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz (kiri) menyaksikan Konsert Caklempong Ekstravaganza di Auditorium DSury Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - UTUSAN/Abd. Razak Aid

SEREMBAN 15 Mei - Caklempong adalah alat muzik tradisional dari keluarga idiofon yang menggunakan skel diatonik.

Muzik Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat dalam kalangan masyarakat Minangkabau.

Caklempong dibawa masuk ke Tanah Melayu (Negeri Sembilan) antara abad ke-14 dan ke-19 oleh orang Minangkabau dari Sumatera Barat yang datang berniaga dan terus bermaustatin di Tanah Melayu ini.

Oleh kerana ramai orang Minangkabau bermastautin di Negeri Sembilan, maka permainan muzik caklempong dianggap sebagai muzik tradisional negeri ini selain daripada Bongai.

Sehubungan itu, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Negeri Sembilan bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan kerajaan Negeri Sembilan melalui Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan mengambil inisiatif menganjurkan Konsert Caklempong Ekstravaganza bagi memartabatkan muzik tradisional yang menjadi identiti negeri ini.

Pengarah JKKN, Mohd. Radzi Omar berkata, ia selaras dengan usaha pihaknya untuk mengembangkan tradisi muzik agar terus terpelihara serta kesinambungan pemuzik daripada generasi muda hingga generasi berpengalaman selama dua hari berturut-turut.

Idea asal untuk pelaksanaan ini sebenarnya bagi melihat bagaimana caklempong diangkat sebagai salah satu alat muzik tradisional lebih universal dan global sekali gus menyaksikan muziknya diadun dalam satu melodi," katanya ketika ditemui di Auditorium D'Sury Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, ia juga memberi ruang kepada masyarakat, khususnya rakyat di Negeri Sembilan untuk mengetahui lebih mendalam mengenai muzik caklempong yang semakin menghilang dalam pemikiran masyarakat dewasa ini.

Kesenian muzik tradisional caklempong ini amat unik tetapi masyarakat di negeri ini khususnya generasi muda kurang meminati apatah lagi mendalaminya kerana mereka lebih gemarkan muzik yang rancak dan terkini.

Dengan adanya konsert ini, muzik tradisi ini dapat didedahkan dan dikembangkan dengan lebih meluas, sekali gus dapat terus terpelihara agar tidak terus hilang dek arus zaman," katanya.

Katanya, Konsert Caklempong Ekstravaganza menggabungkan lagu-lagu moden dan tradisional persembahan antaranya lagu Khayalan, Rindu Bayangan, I Will Survive, Battle, Tak Mengapa dan Apo Kono Eh Jang.

Selain itu, antara lagu lain adalah Pa'Cik, Mahsuri, Toccata, Malam Bulan Di Pagar Bintang, Piring Lambung, Pop Corn, My Way, Sealed With A Kiss, Hurricane, Final Countdown, Night Bird, Bumble Bee, Gadis Jolobu dan Visit Malaysia Year.

Tambahnya, pemuzik tradisional tersebut berumur dalam lingkungan 8 hingga 60 tahun. Konsert tersebut turut melibatkan beberapa artis terkenal seperti Datuk Hattan, Musli Ramlee, Yantzen, Mus May, Waris dan Asmidar yang mendendangkan lagu seiring dengan muzik caklempong.

Menurut Mohd. Radzi, bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, penganjuran konsert ini juga menjadi salah satu usaha dalam membantu kerajaan mempromosikan Negeri Sembilan kepada pelancong terutama dari luar negara.

Selain konsert, JKKN turut mengadakan Fiesta Bazar Industri Kreatif yang merangkumi pameran, jualan, bengkel muzik caklempong, bengkel tarian, pertandingan dan senam seni.

Pulau Undan bakal diwarta kawasan larangan

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Hasan Rahman (lima dari kanan) dan Rosmawati Ghazali (empat dari kanan) bersama media serta pegawai perikanan dalam sesi lawatan ke pulau-pulau pelancongan di Melaka, semalam. - UTUSAN/Azli Ahad

MELAKA 15 Mei - Pulau Undan berdekatan Pulau Besar di sini bakal diwartakan bagi mengekalkan ekosistem termasuk kepelbagaian hampir 30 jenis batu karang di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, usaha mewartakan pulau itu dicadangkan oleh Jabatan Perikanan negeri hasil kajian yang telah dijalankan ke atas kawasan tersebut.

Menurutnya, hasil kajian yang dijalankan kira-kira sebulan lalu mendapati perairan Pulau Undan mempunyai ekosistem yang sesuai serta menarik dengan kewujudan lebih 200 jenis ikan terumbu karang serta hampir 30 jenis batu karang.

Justeru, melihat kepada potensi tersebut, kita bercadang untuk mewartakan kawasan seluas satu batu nautika (1.85 kilometer) di perairan pulau ini sebagai kawasan larangan tangkapan ikan bagi memastikan ia terus terpelihara dan tidak dicerobohi," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ke pulau tersebut hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali dan Ketua Unit Perlesenan dan Pengurusan Sumber Jabatan Perikanan negeri, Robert Leung Fook.

Menurut Hasan, batu karang yang terdapat di sekitar pulau itu penting untuk pembiakan ikan kerana ia merupakan tempat terbaik di kawasan perairan di negeri ini lokasi lain seperti Tanjung Tuan dan sebagainya.

Kawasan ini juga dilihat paling sesuai memandangkan ia merupakan kawasan pembiakan ikan yang masih asli serta tidak diganggu dengan projek-projek pembangunan ketara seperti tambak laut dan sebagainya," katanya.

Katanya, apabila sudah diwartakan tidak lama lagi, kesemua 1,760 nelayan di negeri ini akan dimaklumkan dan diharap akan mematuhi larangan kawasan tersebut bagi tangkapan ikan kerana hasilnya akan terganggu jika dicerobohi.

Tambah beliau, terumbu karang itu merupakan sumber tidak ternilai yang perlu dijaga sebaiknya kerana menjadi sumber makanan semulajadi kepada ikan.

Jika makanan semulajadi ikan tersebut tidak terjejas, maka pembiakannya akan menjadi lebih baik seterusnya akan memberi hasil lebih tangkapan lebih baik kepada nelayan apabila ikan itu sudah dewasa dan keluar dari kawasan berkenaan," jelasnya.

Tambah Hasan, pelancong juga boleh berkunjung ke pulau berkenaan selepas diwartakan untuk menjalankan aktiviti seperti menyelam dan snorkeling dengan syarat tidak boleh menangkap ikan-ikan serta merosakkan batu karang di kawasan tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Petani digalak guna bioteknologi

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

KULIM 15 Mei - Kerajaan negeri menggalakkan para petani mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini dan bioteknologi sebagai usaha meningkatkan pendapatan mereka.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, langkah tersebut diyakini dapat meningkatkan pengeluaran dan mutu hasil pertanian.

Malah, katanya, usaha berkenaan juga mampu memberikan impak besar kepada peningkatan bioekonomi serta peningkatan taraf hidup rakyat Kedah pada masa akan datang.

Kekuatan negeri Kedah adalah pertanian, khususnya padi, di samping kekayaan alam semulajadi yang indah dan berpotensi untuk dibangunkan. Cabaran dihadapi adalah pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan yang boleh mengurangkan kos pengeluaran, kepantasan operasi serta kecekapan dalam produktiviti.

Dengan adanya aplikasi bioteknologi, hasil daripada sektor pertanian di negeri ini boleh dipertingkatkan lagi. Saya sendiri ingin melihat Kedah terus membangun menjadi salah sebuah negeri yang mengamalkan kaedah pertanian dan perindustrian moden dengan hasil tuaian yang tinggi serta berkualiti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Biopatnering Peringkat Utara anjuran bersama Kedah Bioresources Corporation Sdn. Bhd. (KBiocorp), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di sini hari ini.

Yang hadir bersama ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd.(BiotechCorp), Datuk Dr. Mohd. Nazlee Kamal; Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Maklumat, Inovasi dan Teknologi Tinggi Kedah, Datin Norsabrina Mohd. Noor.

Mukhriz berkata, kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan para petani meningkatkan hasil keluaran dan pada masa sama membantu dari segi kepakaran serta teknologi moden.

Katanya, kerajaan misalnya telah menubuhkan makmal kultur tisu di KHTP untuk membantu komuniti pertanian di negeri Kedah.

Ini adalah bukti bahawa kerajaan amat peka dengan perkembangan teknologi pertanian dan bioteknologi. Makmal ini di bawah kelolaan KBioCrop telah berupaya menghasilkan benih bermutu tinggi iaitu hanya memerlukan masa yang singkat untuk ditanam melalui kaedah bioteknologi dan kultur tisu.

Usaha ini bukan sahaja dapat mempertingkatkan mutu dan hasil tuaian tetapi juga dapat mempertingkatkan taraf kehidupan masyarakat petani," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau melahirkan penghargaan terhadap sektor industri dan institusi pengajian tinggi awam atas inisiatif memajukan bidang bioteknologi di negeri Kedah.

Katanya, usaha itu turut melonjakkan potensi Kedah sebagai penyumbang utama kepada pembangunan pembangunan sosio ekonomi di wilayah utara ini.

Perpustakaan i-play

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

Aluj Hamdan tekun mengajar kanak-kanak Orang Asli mengenal huruf di Perpustakaan Permainan i-play. - BERNAMA

GERIK 15 Mei - Mengharungi laluan gajah dalam keadaan berlopak serta tidak rata sejauh enam kilometer untuk ke jalan besar, sememangnya cukup mencabar buat anak-anak di perkampungan Orang Asli Kampung Semelor di sini untuk menimba ilmu.

Apatah lagi jalan berkenaan hanya boleh dilalui sama ada menaiki kereta pacuan empat roda atau menunggang motosikal.

Kedudukannya terletak lebih 45 kilometer dari pekan Gerik pula memerlukan penduduk di sini mempunyai bekalan minyak yang mencukupi sekiranya ingin keluar berbelanja.

Itulah hakikat kehidupan yang ditempuh oleh kira-kira 100 penduduk Kampung Semelor di mana rata-ratanya terdiri daripada suku Temiar, meliputi 32 buah keluarga.

Namun, alah bisa tegal biasa. Penduduk Kampung Semelor sememangnya sudah cukup sebati dengan kehidupan mereka di Pulau Banding di sini yang suatu pada masa dahulu pernah berdepan ancaman komunis secara berleluasa.

Apapun, jika pertama kali jika anda menjejakkan kaki ke sini, anda mungkin mengagumi tahap kebersihan di Kampung Semelor yang banyak ditekankan oleh tok batinnya, Samad Jeranggong, 52, kepada anak buahnya.

Maka, tidak hairanlah sekiranya kampung tersebut pernah dinobatkan sebagai kampung paling bersih di Perak, untuk dua tahun berturut-turut pada 2005 dan 2006 selain diangkat menjadi kampung pelancongan pada November 2011.

Namun, jauh di sudut hati Samad, dia ingin melihat generasi muda di sini menerima pendidikan yang secukupnya serta mengecapi kehidupan yang lebih baik, suatu hari nanti.

Saya tidak menyalahkan ibu bapa kerana ketika itu mereka melarikan diri ke hutan untuk menyelamatkan saya daripada serangan komunis.

Pada tahun sekitar 1960-an, kehidupan di Hulu Perak ini amatlah susah. Kami langsung tidak kenal sekolah ketika itu," katanya kepada ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sehubungan itu, Samad berkata, dia amat berbesar hati menerima jasa baik Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal yang sedia membuka sebuah Perpustakaan Permainan i-play pertama dalam kawasan Hutan Hujan Tropika Belum-Temengor itu.

Konsep perpustakaan permainan i-play yang dibangunkan oleh syarikat Educate to Learn Sdn. Bhd., memberi peluang kepada anak-anak Orang Asli untuk meneroka, memanipulasi serta berinteraksi secara aktif dengan persekitaran dan bahan pembelajaran.

Kini, anak-anak Orang Asli Kampung Semelor seawal umur dua tahun boleh mengikuti pembelajaran di perpustakaan tersebut yang turut dikendalikan oleh dua guru daripada kaum pribumi itu sendiri.

Seorang gurunya, Aluj Hamdan, 29, dari Pos Kemar yang memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak berkata, sudah menjadi impiannya untuk menolong bangsanya sendiri bagi meningkatkan kualiti taraf hidup mereka.

Kanak-kanak di sini akan mengikuti pembelajaran setiap hari dari pukul 9.30 pagi ke 12.30 tengah hari. Mereka diajar menggunakan kotak permainan bertema dalam suasana pembelajaran menyeronokkan yang diselitkan bersama iringan muzik.

Memang ada cabaran mendidik mereka kerana hari ini ajar, esok sudah lupa. Namun, itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berbakti kepada anak bangsa," katanya.

Sementara itu, golongan wanita dan kaum ibu di Kampung Semelor juga telah mengikuti program Azam Kerja di bawah kelolaan Jabaan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Perak.

Mereka mengambil upah menghasilkan barangan cenderamata seperti rantai kunci serta menjahit beg kertas dengan menggunakan bahan-bahan terpakai di bawah kendalian syarikat latihan, Mostwell Sdn. Bhd.

Penolong Pengarah JTK Perak, Joanna Inbarani Thawamany berkata, sebanyak 28 peserta dari kampung tersebut mengikuti program itu untuk projek kraf tangan dan sembilan lagi bagi kursus jahitan.

Program ini merupakan projek perintis yang kita lakukan di sini selain di Kampung Sungai Tiang, Kampung Desa Damai, Pos Kemar dan Rancangan Penempatan Semula (RPS) Jenang di Sungkai.

Mereka akan diberi upah sepertiga daripada hasil kraf tangan yang mereka siapkan dalam tempoh tertentu misalnya sebulan," katanya.

Sementara itu, golongan lelaki di Kampung Semelor juga mula bertatih-tatih dalam menjalankan perniagaan mengumpul madu kelulut di setiap halaman rumah sendiri.

Hasil yang dapat dikumpul dalam tempoh kira-kira tiga minggu itu kemudiannya akan dijual kepada Syamille Agro Farm & Resort di Kati, Kuala Kangsar.

Perpustakaan Awam Perak perlu anjakan drastik

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Shahrul Zaman Yahya (tiga dari kanan) melihat pameran belia pada Majlis Pelancaran Program Belia @ Perpustakaan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak di Ipoh, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS

IPOH 15 Mei - Kerajaan negeri menyarankan Perbadanan Perpustakaan awam negeri segera mencari pendekatan strategik bagi memupuk minat membaca dalam kalangan golongan belia.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, langkah drastik itu perlu dilaksanakan bagi memastikan perpustakaan sebagai gedung ilmu terus relevan dari semasa ke semasa.

Beliau turut mencadangkan agar Perbadanan Perpustakaan Awam negeri mewujudkan perkhidmatan pembacaan buku secara dalam talian bagi menarik minat golongan belia.

Saya difahamkan bahawa Perbadanan Perpustakaan Awam negeri sedang dalam rangka perbincangan dengan KPERAK Implemention and Coordination Corporation (KPerak) untuk melaksanakan perkhidmatan ini.

Saya harap strategi ini dilaksanakan dengan kadar segera. Saya diberitahu Perpustakaan Negara juga telah melaksanakannya," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Program Belia @ Perpustakaan di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Perbadanan Perpustakan Awam negeri, Nor Aini Mohd. Nordin.

Mengulas lanjut, Shahrul Zaman yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup memberitahu, perkembangan teknologi hari ini yang membolehkan banyak perkara diakses menggunakan pelbagai gajet memaksa perpustakaan untuk turut berubah sama.

Katanya, rata-rata golongan belia hari ini lebih memberi tumpuan terhadap pembacaan secara dalam talian.

Belia hari ini tidak boleh lari daripada media baru. Jadi, sudah tiba masanya perpustakaan mengambil pendekatan serupa dan melakukan anjakan drastik.

Perpustakaan tidak boleh lagi mengekalkan format sedia ada memandangkan belia lebih sinonim dengan akses dalam talian. Perpustakaan perlu seiring dengan perubahan masa untuk memastikannya terus relevan," jelas beliau.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved