Isnin, 12 September 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tiga 'kasanova' Nigeria dicekup

Posted:

Tiga 'kasanova' Nigeria dicekup

Tiga 'kasanova' Nigeria dicekup

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Tiga 'kasanova' warga Nigeria yang aktif memperdayakan wanita melalui cinta siber berjaya dicekup polis baru-baru ini, setelah mereka termakan 'umpan' yang dipasang oleh seorang penyiasat peribadi wanita dari Australia.

Ketiga-tiga suspek sebelum ini, pernah memperdayakan seorang wanita warga Australia dikenali sebagai Rosalie sehingga mangsa mengalami kerugian apabila sanggup menyerahkan wang kepada 'kekasih' yang dikenali melalui alam siber itu.

Mangsa yang berasa tertipu kemudian mengupah seorang penyiasat peribadi di negaranya untuk menjejaki kumpulan penjenayah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, hasil maklumat diberikan oleh Rosalie, penyiasat peribadi wanita berusia 28 tahun itu mula menjejaki suspek yang akhirnya dikesan berada di Malaysia pada Julai lalu.

Beliau berkata, penyiasat wanita terbabit berpura-pura berkenalan dengan suspek yang menggunakan nama samaran Benjamin Walthal melalui e-mel.

"Sepanjang sebulan tempoh perkenalan, suspek sempat meminta wanita itu memasukkan wang melalui Western Union sebanyak 5,000 Australia dolar (AU$) atau RM15,633.

"Suspek memberi alasan wang itu mahu digunakan bagi membayar cukai pelepasan wang pendapatannya bekerja di Malaysia sebanyak AU$1 juta (RM3.1 juta)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, penyiasat wanita yang menggunakan nama samaran Amber Batlett itu berpura-pura bersetuju membantu suspek dengan mengarahkan seorang detektifnya mengirim wang AU$760 (RM2,430) kepada suspek melalui Western Union di Melbourne, Australia.

Beliau berkata, selepas kiriman wang pertama itu, suspek yang menyangka mangsa sudah terjerat sekali lagi meminta wanita itu memasukkan wang AU$20,000 (RM62,441) dengan alasan mahu membayar hotel dan yuran sebuah bank yang digunakan bagi memasukkan wang di sini.

Katanya, kali ini, penyiasat wanita itu tidak memenuhi permintaan suspek tetapi berjanji akan menyerahkan wang tersebut secara tunai apabila dia datang ke Malaysia pada Jumaat lalu.

"Penyiasat wanita terbabit kemudian datang ke ibu negara dan membuat laporan polis sebelum bekerjasama memerangkap kumpulan sindiket berkenaan.

"Dia seterusnya mengatur pertemuan dengan suspek di KL Sentral di sini dengan membawa bersama sepasukan anggota polis sehingga akhirnya membawa kepada penahanan dua lelaki Nigeria dan seorang remaja tempatan peminta sedekah berusia 17 tahun yang diupah sebagai orang tengah mengambil wang dari wanita tersebut," katanya.

Menurut Izany, hasil siasatan lanjut terhadap dua lelaki Nigeria itu, polis memberkas seorang lagi rakan senegara mereka yang merupakan suspek utama di Pusat Beli-belah Alamanda, Putrajaya, pada hari sama.

Katanya, siasatan mendapati suspek utama berkahwin dengan wanita tempatan dan keempat-empat suspek berusia 17 hingga 41 tahun kini direman di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pasport palsu: 12 lagi warga Indonesia ditahan

Posted:

Pasport palsu: 12 lagi warga Indonesia ditahan

Pasport palsu: 12 lagi warga Indonesia ditahan

JOHOR BAHRU 12 Sept. - Hanya selepas 48 jam 16 warga Indonesia ditahan menggunakan pasport palsu kononnya untuk mengunjungi saudara-mara sempena Aidilfitri, 12 lagi warganegara itu diberkas menggunakan modus operandi sama sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTASI), Senai, dekat sini semalam.

Penahanan terbaru itu dilakukan sebaik sahaja warga asing tersebut tiba di balai ketibaan lapangan terbang berkenaan pada pukul 5.40 petang.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Hassan Silong berkata, kesemua sembilan lelaki dan tiga wanita yang ditahan itu berusia 20 hingga 50 tahun dan berasal dari Surabaya.

Beliau berkata, mereka mendakwa datang ke negara ini untuk melawat saudara-mara sempena Aidilfitri, namun ditahan kerana menggunakan pasport yang mencurigakan dan disyaki palsu.

"Pemeriksaan ke atas pasport warga asing itu mendapati terdapat beberapa ciri yang meragukan, antaranya gambar pemilik asal pasport yang ditukar dengan gambar orang lain.

"Selain itu, cop masuk dan keluar pada pasport tersebut juga disyaki dipadamkan, seolah-olah pemilik pasport tidak pernah masuk ke Malaysia sebelum ini," katanya di sini hari ini.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan kesemua warga asing itu datang ke negara ini untuk bekerja dan mereka kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963.

Dalam kejadian 9 September lalu, seramai 16 warga Indonesia termasuk 11 wanita berusia 20 hingga 50 tahun yang dipercayai menggunakan pasport palsu ditahan Jabatan Imigresen negeri sebaik sahaja tiba di LTASI, dekat sini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Sokong Mat Indera pendirian rasmi Pas

Posted:

Sokong Mat Indera pendirian rasmi Pas

Sokong Mat Indera pendirian rasmi Pas

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Sokongan padu yang diberikan oleh barisan kepimpinan Pas terhadap kenyataan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang mengangkat Mat Indera dan komunis sebagai pejuang, membayangkan pendirian rasmi parti itu.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, sejak kenyataan itu dikeluarkan, para pemimpin Pas seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Naib-Naib Presidennya dilihat menyokong Mohamad atau Mat Sabu.

"Nyatalah kenyataan Mat Sabu mengangkat Mat Indera dan anggota komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira negara menjadi dasar dan pendirian Pas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Timbalan Presiden Pas itu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan Mat Indera dan anggota komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira sebenar tragedi berdarah itu.

Perkara itu disebut dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu dan ekoran daripada itu pelbagai pihak bertindak mengecam kenyataan tersebut malah ada yang membuat laporan polis terhadapnya.

Ketika berucap di Juru, Pulau Pinang malam kelmarin, Mat Sabu terus mempertahankan Mat Indera sebagai hero sebenar dan bukannya 25 anggota polis serta ahli keluarga mereka yang terkorban ketika mempertahankan diri dalam serangan itu.

Mengulas lanjut Farahana berkata, tidak keterlaluan juga pendirian baru Pas berhubung Mat Indera dan komunis kali ini boleh dianggap usaha mereka untuk memutarbelitkan sejarah negara.

"Setelah berjaya menggunakan ayat-ayat al-Quran demi kepentingan politik, Pas cuba memutarbelitkan sejarah negara tetapi malang bagi parti itu apabila ramai pihak yang menentang mereka.

"JMM berpendapat apa yang dilakukan oleh Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin atasan Pas yang lain tidak ubah seperti pelacur sejarah negara," ujarnya.

Mat Sabu enggan komen perbualan berunsur seks

Posted:

Mat Sabu enggan komen perbualan berunsur seks

Mat Sabu enggan komen perbualan berunsur seks

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang komen berhubung rakaman perbualan telefon berunsur seks di laman YouTube yang didakwa suaranya dengan seorang wanita.

"No komen," katanya kepada sekumpulan wartawan yang hadir pada jamuan hari raya anjuran Pas Pusat di Taman Melewar petang semalam seperti dipetik di http://www.agendadaily.com. hari ini.

Menurut portal berita AgendaDaily itu, Mohamad atau Mat Sabu menyebut perkataan tiada komen sebanyak tiga kali apabila wartawan bertanya kepadanya tentang isu tersebut.

Soalan pertama yang ditanya ialah sama ada beliau sudah mendengar rakaman itu dan dijawabnya tiada komen.

Beliau juga menjawab tiada komen apabila ditanya sama ada mahu menafikan suara di dalam rakaman itu atau sebaliknya.

Sekali lagi Mat Sabu berkata tiada komen ketika ditanya mahu menyaman pihak yang menyiarkan rakaman itu.

Portal berita tersebut mendakwa, nadanya agak serius apabila menjawab soalan yang ketiga itu.

Sebelum ini Mohamad dan Normah Abdul Halim pernah ditahan atas tuduhan berkhalwat kerana berdua-duaan di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimana kedua-duanya dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan tersebut kerana kekurangan bukti.

Normah pada masa itu berstatus isteri orang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


MAS, AirAsia taja QPR

Posted:

MAS, AirAsia taja QPR

MAS, AirAsia taja QPR


Mohammed Rashdan Mohd. Yusof (dua dari kanan) dan pengurus QPR, Neil Warnock (tiga dari kanan) pada majlis pengumuman MAS dan AirAsia sebagai penaja kelab Liga Perdana Inggeris itu di Stadium Loftus Road, London semalam.


KUALA LUMPUR - Teka-teki siapa penaja jersi pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) terjawab apabila kelab itu mengumumkan perjanjian penajaan selama dua tahun bersama dua syarikat penerbangan kebanggaan negara, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia.

Uniknya, MAS akan menaja jersi QPR pada aksi di laman sendiri.

Logo AirAsia pula mendapat penghormatan dipaparkan pada jersi untuk aksi tempat lawan dan sebagai jersi ketiga.

Pengumuman dibuat di Stadium Loftus Road, London semalam oleh Pengarah Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Mohd. Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif (QPR), Phillip Beard.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Rantau Komersial AirAsia, Kathleen Tan.

Rashdan berkata: "MAS berbesar hati dikaitkan dengan QPR dalam Liga Perdana Inggeris.

"Penajaan jersi QPR di laman sendiri oleh Mas dan jersi aksi di tempat lawan oleh AirAsia adalah julung kali dalam Liga Perdana. Ia juga sebagai meraikan kerjasama kami dengan AirAsia.

"Penajaan ini meningkatkan lagi kehadiran kami pada peringkat global dan menjadi francais premium untuk peminat bola sepak dari seluruh Eropah, Asia Pasifik, Amerika, Australia serta keempat-empat penjuru dunia,".

Beared pula menyifatkan kerjasama QPR dengan dua syarikat penerbangan itu sebagai unik.

"Mendapat penajaan dua syarikat terkemuka Asia ini membuktikan jenama QPR mempunyai daya tarikan global.

"Kami cukup positif dalam kerjasama ini dengan harapan dapat mengembangkan pengaruh QPR di Asia Tenggara dan sekelilingnya.

"Ini satu urusniaga bersejarah yang menambah kegembiraan kepada kelab ini sejak pengambilalihan baru beberapa minggu lalu," ujarnya

Jersi QPR dengan logo MAS dipakai buat kali pertama dalam perlawanan melayan kunjungan Newcastle semalam.

Saingan Zon Tengah catat rekod

Posted:

Saingan Zon Tengah catat rekod

Saingan Zon Tengah catat rekod

Oleh: ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 Zon Utara di Kompleks Sukan Negeri, Paroi, Seremban, Sabtu hingga Ahad ini, mencatat rekod penyertaan terbesar di antara semua zon sejak tirai aksi edisi kedua dimulakan 18 Jun lalu.

Sebanyak 160 regu sudah mengesahkan penyertaan, mengatasi had 150 regu setiap zon yang ditetapka.

Ini menyebabkan penganjur terpaksa menutup penyertaan hari ini biarpun masih terdapat beberapa pasukan yang mahu melontarkan cabaran pada saat akhir.

Zon Selatan di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor, cuma mampu menyaksikan 68 regu yang meliputi ketiga-tiga kategori, Terbuka, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA-S)/Bawah 19 Tahun dan Bawah 15 Tahun dari 18 hingga 19 Jun lalu dengan PESTANS A muncul juara Terbuka.

Angka itu meningkat kepada 111 regu Zon Utara di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah dari 1 hingga 2 Julai lalu dengan pasukan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menghantar kontinjen terbesar yang meliputi 12 regu ketiga-tiga kategori dan muncul juara Terbuka, menewaskan ATM JLJ C.

Aksi Zon Timur dari 16 hingga 17 Julai lalu pula menggamit kehadiran 109 regu ke Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Pahang namun aksi perlawanan akhir Terbuka dianggap antara terhebat dengan GASTEP B menjuarainya setelah menewaskan PESTANS.

Malah PESTANS yang menjuarai Terbuka Zon Selatan, kali ini ke Zon Tengah dengan menampilkan kontinjen terbesar, 30 regu yang jauh mengatasi rekod GPMS iaitu 10 regu kategori berkenaan, 10 regu IPTA-S/B19 dan 10 regu B15.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tentera Mesir ketat darurat

Posted:

Tentera Mesir ketat darurat

Tentera Mesir ketat darurat

DUBAI 12 Sept. - Majlis Pemerintah Tentera Mesir memperketatkan undang-undang darurat dengan menyenaraikan aktiviti seperti menyekat jalan, menyiarkan maklumat palsu dan memiliki senjata sebagai kesalahan di bawah undang-undang itu.

Menteri Dalam Negeri, Mansour el-Essawy ketika mengumumkan langkah itu di televisyen kerajaan, semalam juga memberi amaran, polis akan menembak sesiapa yang menyerang bangunan Kementerian Dalam Negeri atau balai polis.

Langkah itu diambil, selepas penunjuk perasaan menyerang Kedutaan Israel dan sebuah balai polis pada minggu lalu dan membawa kepada pertempuran dengan polis pencegah rusuhan mengakibatkan tiga orang maut dan lebih 1,000 lagi cedera.

Menurut agensi berita kerajaan, undang-undang darurat yang berkuat kuasa sejak bekas Presiden Hosni Mubarak mengambil alih kuasa pada 1981, akan digunakan untuk memerangi 'ancaman terhadap keselamatan negara dan keselamatan awam di negara ini, serta pemilikan dan perdagangan senjata api dan peluru, dan pengedaran dadah'.

Undang-undang itu juga akan digunakan untuk membanteras 'kegiatan samseng, sekatan terhadap kebebasan bekerja, tindakan mensabotaj kilang dan menahan pengangkutan, menyekat jalan dan sengaja menyiarkan khabar angin, berita atau maklumat palsu'.

Kerajaan, kelmarin mengumumkan akan melanjutkan tempoh undang-undang darurat, yang diperbaharui bagi tempoh enam bulan pada April lalu.

Undang-undang itu memberi kuasa meluas kepada pihak berkuasa untuk menahan suspek dan memindahkan kes ke mahkamah tentera dan mahkamah khas yang lain. - Reuters

Indonesia kerah tentera ke Ambon reda rusuhan

Posted:

Indonesia kerah tentera ke Ambon reda rusuhan

Indonesia kerah tentera ke Ambon reda rusuhan


Rusuhan tercetus di Ambon antara penduduk islam dan Kristian, kelmarin mengakibatkan tiga orang terkorban dan 80 yang lain cedera. – REUTERS


AMBON 12 Sept. – Indonesia mengerahkan 200 anggota keselamatan ke wilayah timur negara ini, selepas berlaku pertempuran antara kumpulan Islam dan Kristian yang mengakibatkan lima orang terbunuh, manakala 80 lagi cedera, hari ini.

Menurut ketua polis trafik, Kapten Marinus Djati, keganasan di kawasan Maluku, wilayah Ambon itu tercetus selepas tersebar khabar angin mengenai seorang pemandu teksi bergama Islam yang terbabit dalam kemalangan, dikatakan didera dan dibunuh oleh penduduk Kristian.

Tambahnya, kumpulan Islam bersemuka dengan kumpulan Kristian selepas mangsa dikebumikan dan kedua-dua kumpulan saling mencaci antara satu sama lain, sebelum mereka mula membaling batu dan bertempur menggunakan parang.

"Mereka turut membakar beberapa rumah, kereta dan motosikal, walaupun polis melepaskan tembakan amaran untuk meleraikan pertempuran tersebut," katanya.

Jurucakap hospital, Ita Sabrina berkata, dua daripada tiga mangsa yang terbunuh merupakan pelajar sekolah tinggi dan 80 lagi yang cedera dirawat di hospital.

Jurucakap Polis Negara, Mejar Jeneral Anton Bachrul Alam berkata, lebih 200 anggota pasukan khas dikerah ke Ambon bagi meredakan ketegangan yang tercetus antara dua kumpulan itu.

Indonesia mempunyai majoriti penduduk Islam, namun Maluku dikuasai majoriti penduduk beragama Kristian.

Lebih 9,000 penduduk terbunuh dalam pertempuran antara penduduk Islam dan Kristian di Ambon dari 1999 hingga 2002 sebelum wilayah itu kembali aman.

– Agensi

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Merakam keindahan alam

Posted:

Merakam keindahan alam

Merakam keindahan alam

Oleh Siti Norizat Shikh Abdul Jalil
utusanktn@gmail.com


AHLI PJK gembira selepas menamatkan kursus fotografi di Air Terjun Sungai Panching, Kuantan, Baru-baru ini.


KUANTAN 12 Sept. – Bidang fotografi semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat bagi merakamkan detik-detik sejarah sama dalam aktiviti kehidupan mahupun keindahan alam semula jadi.

Pelbagai institusi pendidikan swasta menawarkan kursus dalam bidang fotografi, khususnya bagi mereka yang memiliki kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR).

Malah, ia bukan sahaja menarik golongan belia dan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) tetapi juga menarik minat pelajar sekolah bagi mendalami teknik fotografi.

Justeru, Persatuan Jurufoto Kuantan (PJK) menganjurkan kem fotografi kepada ahli-ahli persatuan itu yang diadakan di Air Terjun Sungai Pandan Panching di sini, baru-baru ini.

Program yang dianjurkan tiga hari dua malam itu melibatkan 45 peserta termasuk dari Selangor dan Johor.

Presidennya, Mohd. Azraie Azahari berkata, kem itu dibahagikan kepada beberapa sesi menarik antaranya potret, landskap, light painting dan makro.

Katanya, bagi memastikan apa yang diajar secara teori dalam program itu, para ahli kemudian akan menjalani sesi mengambil gambar di sekitar pusat rekreasi tersebut.

"Nampaknya ia membuahkan hasil dan rata-rata peserta berpuas hati dengan pengetahuan yang mereka perolehi menerusi kem ini," katanya di sini, baru-baru ini.

Beliau memberitahu, jika sesetengah institut mengadakan kursus di dalam kelas, pihaknya mengambil pendekatan melakukannya di kawasan rekreasi.

Katanya, cara itu mendedahkan peserta mempelajari teknik merakamkan gambar secara terus selain menikmati keindahan alam sekitar yang ada di kawasan itu.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Panching, Mohd. Zaili Besar berkata, penganjuran kem foto berkenaan amat dialu-alukan apatah lagi ia melibatkan golongan belia dan diadakan di lokasi pelancongan menarik.

Beliau difahamkan bahawa terdapat teknik-teknik tertentu dalam menangkap gambar yang mana tidak semua boleh mempelajarinya.

"Jika kita melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dan serius mendalami ilmu fotografi, saya nampak bidang itu boleh mendatangkan hasil lumayan buat golongan belia yang meminatinya," kata beliau.

Mohd. Zaili juga memuji persatuan itu kerana memilih Air Terjun Panching untuk menganjurkan program tersebut kerana secara tidak langsung dapat memperkenalkannya kepada pelancong tempatan dan asing.

Belajar kaedah mengambil gambar terbaik

Posted:

Belajar kaedah mengambil gambar terbaik

Belajar kaedah mengambil gambar terbaik


PESERTA kursus fotografi merakam gambar-gambar terbaik di kawasan Air Terjun Sungai Panching, Kuantan.


KUANTAN 12 Sept. - Ahli Persatuan Jurufoto Kuantan (PJK) yang mengikuti kursus fotografi di Air Terjun Sungai Panching di sini, baru-baru ini menyifatkan ia satu pengalaman sukar dilupakan.

Seorang peserta, Raja Faiz Raja Hamka, 14, berkata, dia gembira menjadi peserta termuda mengikuti kem itu kerana ia banyak mendedahkan dirinya kepada pengetahuan fotografi.

Raja Faiz yang bercita-cita menjadi jurugambar profesional menambah, waktu hujung minggu dia mempelajari pengetahuan baharu dalam fotografi bersama ahli-ahli persatuan itu.

"Impian saya ini juga telah mendapat restu ibu bapa dan di atas sokongan mereka saya mendaftar dengan persatuan itu sebelum dihantar ke sini untuk menghadiri kem tersebut," katanya di sini, baru-baru ini.

Seorang peserta dari Skudai, Johor, Zulkifli Said, 30, memberitahu, dia tidak merasa rugi mengikuti kem itu walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk sampai ke sini.

Katanya, dia berminat merakamkan gambar alam sekitar dan apabila mengetahui program itu diadakan di kawasan rekreasi itu, dia tidak melepaskan peluang untuk menyertainya.

"Selain dapat menikmati keindahan flora dan fauna, saya juga dapat menimba ilmu paling berguna iaitu bagaimana untuk merakamkan keindahan itu supaya dapat diabadikan dan ditatap oleh orang lain," katanya.

Seorang peserta wanita, Nor Idayu Husin, 23, menyatakan dia mengetahui tentang kem itu menerusi kawan-kawan yang memaklumkan hal berkenaan di laman sosial Facebook.

"Saya berpuas hati dengan apa yang diajar oleh tenaga pengajar kerana mereka berpengalaman dalam bidang mereka.

"Saya rasa memang berbaloi datang dan menghabiskan waktu untuk belajar tentang foto di air terjun ini," katanya.

RM3j bina penempatan baru

Posted:

RM3j bina penempatan baru

RM3j bina penempatan baru

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


S.K Devamany (kiri) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak semasa menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Lubuk Kulit, Hulu Jelai, Cameron Highlands, kelmarin.


CAMERON HIGHLANDS 12 Sept. – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM3 juta untuk membina penempatan sementara bagi 137 keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands pada 7 Ogos lalu.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S.K. Devamany berkata, peruntukan itu diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membina semula penempatan tersebut di situ.

Menurutnya, rumah sementara itu merupakan kabin yang diubah suai untuk keluarga terlibat akan dibina oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) 4 Briged Mekanisme dan GiatMara di sini.

"Kerajaan prihatin dengan nasib Orang Asli mangsa tragedi tanah runtuh Sungai Ruil dengan melaksanakan pelbagai pendekatan cara untuk membantu memberi keselesaan tempat tinggal mereka khususnya kebajikan dan persekolahan anak-anak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Aidilfitri bersama penduduk Kampung Lubuk Kulit, Hulu Jelai dekat sini, semalam.

Menurut Devamany, pasukan tentera itu bersama GiatMara giat meratakan tapak untuk memasang kabin, menyalurkan bekalan elektrik, air bersih dan kemudahan lain.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, setakat ini keluarga mangsa tanah runtuh itu ditempatkan di Dewan Cina Tengkolok di sini dengan pengawasan pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Jelasnya, bagi anak-anak Orang Asli yang akan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula telah ditempatkan di sekolah asrama berdekatan bagi memudahkan mereka mengulang kaji pelajaran.

Mengenai tapak penempatan asal yang runtuh pula, Devamany menjelaskan, Jabatan Perdana Menteri meminta Jabatan Kerja Raya dan Pusat Geosains melakukan kajian tanah dan cerun sebelum dibentangkan kepada Perdana Menteri November ini.

"Kita akan menunggu laporan itu kerana yang amat penting sama ada penempatan di situ akan dibangunkan semula atau dibina penempatan baru di tempat lain," ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan memberi jaminan untuk membina penempatan baharu Orang Asli Sungai Ruil termasuk kebajikan lain supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tiada pihak ketiga terlibat – SPRM

Posted:

Tiada pihak ketiga terlibat – SPRM

Tiada pihak ketiga terlibat – SPRM

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed bukan sebab dibunuh atau wujud penglibatan pihak ketiga sebaliknya akibat terjatuh dari aras tiga bangunan agensi tersebut secara kemalangan.

Peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dalam hujahan bertulisnya berkata, tiada sebarang bukti keterangan oleh rakan serta isteri Allahyarham Sarbaini, Masiah@Maziah Manap yang dapat membuktikan wujudnya penderaan secara fizikal dan mental oleh SPRM sehingga membawa kepada kematian arwah.

Jelas Muhammad Shafee, terdapat bukti kukuh selaras dengan keterangan saksi pakar patologi forensik bahawa Allahyarham dengan sendiri melompat keluar dari tingkap di pantri Aras 3 ke bumbung bangunan sebelah.

Beliau turut memetik keterangan pakar tersebut bahawa keadaan di pantri tidak menunjukkan sebarang pergaduhan di situ, malah kecederaan yang terdapat pada anggota tubuh Allahyarham konsisten dengan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Beliau berpendapat kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kemalangan ketika si mati cuba keluar dari tingkap pantri Aras 3 untuk pergi ke bumbung gelanggang badminton bersebelahan.

Bagaimanapun, pendapat itu disanggah sekeras-kerasnya oleh keluarga Allahyarham yang menyifatkan kematian lelaki itu adalah satu tipu muslihat oleh SPRM bagi melindungi kecuaian mereka sehingga berlakunya kejadian tersebut.

Peguam Awtar Singh yang mewakili ahli keluarga Allahyarham berhujah, teori ilusi optik yang ditimbulkan SPRM adalah untuk menyembunyikan fakta sebenar kerana Allahyarham bukanlah kanak-kanak sebaliknya orang dewasa yang tenang dan waras.

Menurut Awtar, pihaknya juga tidak dapat menerima alasan SPRM bahawa Ahmad Sarbaini dikatakan cuba keluar atau melompat ke bumbung bangunan sebelah kerana tiada sebab untuk arwah berbuat demikian memandangkan sebagai pelawat dia boleh keluar menggunakan lif atau tangga pada bila-bila masa.

Akhir sekali, Awtar merumuskan bahawa siasatan kematian Allahyarham tidak lengkap dan menyeluruh sehingga meninggalkan banyak persoalan kerana bukti yang dikemukakan jelas menunjukkan arwah tidak cuba bunuh diri, tidak dibunuh dan bukan juga kemalangan.

Terdahulu, ketika prosiding di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani di Mahkamah Koroner di sini hari ini, Aizatul menyatakan, mahkamah akan merujuk kepada hujahan bertulis itu dan pihak-pihak tidak perlu berhujah secara lisan.

Beliau pada sidang lalu telah menetapkan keputusan inkues akan diumumkan pada 26 September ini.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Aras 1 pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini pada 6 April lalu.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai kastam.

Terdapat kekeliruan urusan jual beli tanah KDSB - Saksi

Posted:

Terdapat kekeliruan urusan jual beli tanah KDSB - Saksi

Terdapat kekeliruan urusan jual beli tanah KDSB - Saksi

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa terdapat kekeliruan dalam urusan jual beli tanah milik Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) seluas 404.4 hektar di Pulau Indah, Klang bagi projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

Kekeliruan itu menurut bekas Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Maritim, MOT, P. Chandrasekaran, 56, mengenai dakwaan Kementerian Kewangan (MOF) bahawa terdapat percanggahan serta halangan berhubung pengambilan tanah, selain dakwaan pemalsuan dan salah tafsiran oleh KDSB selaku pemilik tanah.

Saksi kelima pihak pendakwaan itu, dipanggil semula bagi menjawab soalan peguam Wong Kian Kheong yang mewakili bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr. Ling Liong Sik yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini atas satu tuduhan utama pindaan dan dua tuduhan pilihan pindaan iaitu menipu Kerajaan Malaysia.

Menurut Chandrasekaran, perkara tersebut dinyatakan dalam dua nota ringkasan 'Pengambilan Balik Tanah Pulau Indah Untuk projek Mega Distribution Hub oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK)'.

Beliau berkata, tujuan nota ringkasan itu dihantar kepada Kabinet pada 2002, untuk memaklumkan keadaan sebenar dalam urusan jual beli tanah terbabit serta menjelaskan kekeliruan yang timbul.

Katanya kekeliruan itu bagaimanapun bukan berkaitan pembelian tanah pada kadar RM25 untuk keluasan 30.48 sentimeter (sm) persegi.

Menurut pertuduhan, bekas Presiden MCA itu didakwa melakukan perbuatan tersebut dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta-fakta berkaitan pembelian tanah membabitkan RM1.08 bilion.

Perbuatan tersebut didakwa berlaku antara 25 September dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Ahmadi Asnawi yang masuk hari ke-11 hari ini bersambung esok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Syarikat Malaysia mampu

Posted:

Syarikat Malaysia mampu

Syarikat Malaysia mampu

Oleh FAUZI JAAFAR

MALAYSIA masih dalam suasana menyambut Hari Kemerdekaan dan kemuncaknya pada 16 September ini apabila sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut serentak.

Namun dalam meraikannya, adakah kita benar-benar dalam konsep kemerdekaan dari segi prinsip dan pendekatan, dari segi perjuangan ataupun semangat nasionalisme? Ini kerana dalam keadaan tertentu adalah sebaliknya .

Contoh paling utama apabila ExxonMobil mahu menjual kepentingannya dalam Esso Malaysia Bhd., kepada San Miguel Corporation (SMC) yang mencetuskan pelbagai konflik dan kecaman daripada kerajaan, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan.

Walaupun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sehingga kini mengesahkan persetujuan penjualan itu belum dimuktamadkan, tetapi wujudnya gambaran penjualan itu sudah pasti.

Ramai pihak yang mempunyai semangat nasionalisme tinggi mahukan sesuatu dilakukan supaya kepentingan Esso Malaysia Bhd., dikuasai oleh -syarikat tempatan.

Amat memeranjatkan kerana ExxonMobil memilih SMC setelah mengetepikan Boustead Holdings Bhd., yang didakwa membida syarikat tersebut pada harga RM1 bilion, lebih tinggi yang ditawarkan oleh SMC.

Penjualan kepentingan itu dengan nilai RM614.3 juta (AS$206 juta) atau RM3.50 sen sesaham. Perjanjian itu meliputi kepentingan ExxonMobil sebanyak 65 peratus dalam Esso Malaysia Bhd., yang memiliki syarikat penapisan minyak di Port Dickson, Negeri Sembilan serta 560 stesen minyak Esso dan Mobil di seluruh negara.

Boustead Holdings Bhd., pula merupakan anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang turut bergiat dalam sektor petroleum hiliran dan menaruh minat tinggi untuk memiliki Esso Malaysia Bhd., dalam meluaskan perniagaannya. LTAT pula merupakan organisasi yang cemerlang apabila aset terkumpul sehingga 31 Disember 2010 mencecah RM7.547 bilion manakala Boustead Holdings pula bagi tahun kewangan berakhir yang sama mencatatkan keuntungan tertinggi selepas cukai sebanyak RM625 juta berbanding RM418 juta sebelumnya.

Dalam usaha untuk memiliki Esso Malaysia Bhd., Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) menyuarakan impian supaya syarikat tersebut dijual kepada pihak-pihak tempatan kerana ia merupakan aset strategik dan berharga, yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi domestik.

Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, ExxonMobil haruslah mempertimbang langkah itu dengan menjual 65 peratus kepentingannya dalam Esso Malaysia Bhd., kepada pihak tempatan.

Begitu juga dengan NGO serta persatuan-persatuan pengguna yang mendesak supaya Esso Malaysia Bhd., dijual kepada syarikat tempatan di atas kepentingan nasional.

Misalnya Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ExxonMobil perlu memastikan syarikat tempatan diberi keutamaan berbanding syarikat asing.

"Kenapa tidak mahu jual Esso kepada syarikat tempatan, Boustead Holdings Bhd., yang dimiliki oleh LTAT yang turut menyatakan minat membelinya,'' kata beliau.

Ini kerana LTAT juga sudah dalam operasi peruncitan minyak kerana memiliki rangkaian stesen minyak BHPetrol (BHP), katanya lagi.

Dalam hal ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri wajar dipuji kerana peka dengan isu itu apabila bertindak sendiri menghubungi pihak Esso di Amerika Syarikat bagi menyuarakan hasrat LTAT untuk membeli 65 peratus ekuiti dalam Esso Malaysia. Malah menteri itu akan mengadakan pertemuan dengan MITI bagi membincangkan langkah yang boleh diambil dalam isu penjualan 65 peratus pegangan dalam Esso Malaysia Bhd.

Walaupun pihak kementerian tidak boleh terlalu mencampuri urusan tersebut kerana dibimbangi ia akan memberi gambaran buruk kepada pelabur dari luar, namun ia selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat lebih banyak syarikat tempatan dipilih menguasai Esso Malaysia Bhd.

Dalam isu ExxonMobil ini, banyak rasa tidak puas hati timbul disebabkan bukannya tiada syarikat tempatan yang menawarkan pembelian saham tetapi ditolak dengan alasan yang tidak konkrit.

Malah harga yang ditawarkan oleh Boustead Holdings Bhd., adalah tinggi seolah-olah keupayaan syarikat tempatan diragui oleh pemegang saham terbesar iaitu ExxonMobil yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Walaupun difahamkan transaksi yang dilakukan oleh ExxonMobil dan SMC tertakluk kepada Garis Panduan Baharu Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) 2009, namun isu yang harus dijawab oleh ExxonMobil ialah kenapa bukan syarikat tempatan?

Gambaran daripada isu ExxonMobil ini seolah-olah persepsi buruk terhadap keupayaan syarikat tempatan dalam memiliki syarikat multicorporation masih wujud walaupun Malaysia telah merdeka selama 54 tahun.

Janganlah kita lupa syarikat petroleum negara, Petronas telah tersenarai dalam Fortune 500 walaupun hanya ditubuhkan pada tahun 1974 jika mahu dibandingkan usianya dengan syarikat petroleum gergasi seperti Shell.

Dan jangan dinafikan sejarah apabila syarikat automotif negara, Proton menguasai Lotus, satu jenama kenderaan antarabangsa yang telah terkenal di seluruh dunia.

Walaupun telah merdeka selama 54 tahun, erti kemerdekaan secara total sukar dilaksanakan tanpa perjuangan yang gigih dan berterusan oleh semua pihak.

Apa jua tindakan kita pada hari ini, kesannya akan diwarisi oleh generasi 1Malaysia untuk satu tempoh yang panjang pada masa akan datang.

Perjuangan untuk meletakkan kepentingan negara di tahap yang tertinggi sekali bukanlah satu perkara yang mudah dan ia adalah satu proses berterusan yang tidak boleh dipandang ringan.

Jerat dan perdaya Komunis

Posted:

Jerat dan perdaya Komunis

Jerat dan perdaya Komunis

Oleh MOHD. AYOP ABD. RAZID


Kesan kemusnahan yang dilakukan oleh pengganas komunis di sebuah estet di Sungai Siput Perak, pada 16 Jun 1948.


KOMUNIS adalah fahaman yang memiliki beberapa prinsip atau ciri asas utama. Dari sudut perjuangan, ia bersifat revolusioner di mana kaedah kekerasan (revolusi) menjadi pendekatan utamanya. Dari sudut politik, ia bersifat kuku besi (autokratik) dan anti demokrasi.

Dari sudut ekonomi pula, komunis anti pemilikan individu dan menganggap semua kekayaan adalah milik negara sepenuhnya. Manakala, dari sudut akidah, komunis adalah fahaman yang bersifat atheism atau tidak mempercayai Tuhan.

Fahaman yang diasaskan oleh Karl Marx (1818- 1883) ini menganggap realiti kehidupan dan budaya sebagai wujud dialektika. Ia bermaksud sejarah masyarakat adalah manifestasi perjuangan atau pertarungan kelas (class struggle). Asas perjuangan kelas yang tonjolkan dalam teori Marx ini adalah disebabkan beliau mempercayai bahawa kehidupan ditentukan sepenuhnya oleh material (benda).

Bertolak dari premis inilah Marx menyatakan interaksi manusia adalah berasaskan kepada aktiviti ekonomi (benda) semata-mata. Bagi Marx serta pendukungnya menganggap 'kesamaan ekonomi' (economy equality) adalah tujuan utama yang mesti dicapai dalam masyarakat. Ia hanya boleh dicapai sekiranya ditegakkan kerajaan komunis.

Jelaslah bahawa akidah komunisme adalah akidah kebendaan, iaitu sesuatu yang bercanggah dengan akidah Islam yang menekankan aspek tauhid adalah asas kepada hakikat kehidupan sebenar. Doktrin Marx tentang moral dan agama menyebut bahawa nasib manusia sepenuhnya di tangannya sendiri, bukan di tangan Tuhan. Justeru, dalam ajaran komunisme tidak ada konsep 'eskatologi' atau kepercayaan kepada hari kemudian (hari akhirat).

Komunis menganggap mereka yang percaya kepada Tuhan adalah berada dalam khayalan dan ia tidak lebih sebagai satu pelarian dan impian untuk lari daripada penderitaan hidup. Komunis menganggap agama adalah candu bagi rakyat.

Seperti yang disebut awal rencana ini bahawa Marx menggunakan teori 'pertentangan kelas' (dialektika) di mana dalam masyarakat wujud dua kelas utama iaitu 'bourjois' (kaum kapitalis yang berkuasa) dan 'proletar' (golongan buruh) yang tertindas. Untuk mengubahnya maka Marx menyeru kepada revolusi.

Di antara revolusi penting yang mengangkat komunisme sebagai ideologi politik antarabangsa ialah Revolusi Bolsheviks pimpinan Lenin pada 17 Oktober 1917.

Revolusi ini berjaya menumbangkan kekaisaran Russia dan membunuh semua musuhnya termasuk kaum beragama. Pada permulaan kebangkitan Bolshevik mereka mengajak kaum Muslimin di Russia untuk bersama-sama menentang 'Tzar' (raja) yang zalim. Mereka membuat janji manis untuk membela nasib kaum Muslimin.

Untuk menawan hati umat Islam di Russia ketika itu maka mereka turut menggunakan ayat-ayat al-Quran tentang tanggungjawab menegakkan keadilan dan kesamarataan. Namun, setelah kaum sosialis itu berjaya dan menubuhkan negara komunis di Russia maka mereka mula merancang menindas dan menghapuskan umat Islam. Mereka mendesak kaum Muslimin untuk memilih sama ada menjadi komunis atau dibunuh.

Pada Februari 1918, mereka memusnahkan pemerintah Turkistan yang beragama Islam. Tindakan jahat mereka itu mengorbankan 800,000 umat Islam. Apabila bangkit pemberontakan Bamachi di kalangan orang Islam, maka komunis terus memerangi umat Islam selama 13 tahun (1921-1934). Pada 1931 mereka berjaya menangkap dan membunuh pahlawan Islam bernama Ibrahim Beg.

Hakikatnya, mereka ialah satu kaum yang amat suka berdusta dan mengkhianati janji. Mereka juga berdusta dalam soal pengagihan kekayaan.

Perjuangan mereka untuk menegakkan keadilan ekonomi dengan meruntuhkan kapitalisme dan kerajaan bukan komunis adalah pembohongan semata-mata. Benarkah mereka menentang kapitalisme untuk menegakkan keadilan ekonomi?

Jawapannya tidak. Buktinya mereka tidak pernah menentang secara serius konsep dan amalan 'riba' yang ditentang Islam. Malah, dalam realiti sejarahnya pemodal-pemodal dan penguasa bank-bank antarabangsa yang kaya raya telah banyak membantu pergerakan sosialisme yang menjadi asas kepada pembentukan kerajaan komunisme. Perlu difahami bahawa masyarakat sosialis adalah tahap pertama sebelum masyarakat komunis sebenar dibentuk.

Dalam Revolusi Bolshevik, orang-orang kaya telah membiayai gerakan sosialisme yang kononnya untuk merampas harta kekayaan pemodal-pemodal yang menindas tetapi apa yang berlaku ialah mereka akhirnya menjadi orang yang menguasai kekayaan di bawah sistem komunis. Di mana-mana negara komunis, golongan yang hidup mewah dan penuh kesenangan ialah golongan pemimpinnya.

Di tanah air kita, Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditubuhkan pada 1930 atas arahan Komunis Antarabangsa (Comintern) telah melakukan revolusi bersenjata menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (1948). Perjuangan bersenjata mereka itu menyebabkan negara diisytiharkan darurat (1948-1960).

Bentuk penentangan yang dilakukan komunis melalui serangan hendap serta menggunakan kaedah perangkap samar telah mengorbankan banyak nyawa dan kecederaan serta kecacatan kekal di kalangan anggota keselamatan dan orang awam. Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan dan di estet seluruh negara berdepan dengan ancaman nyawa, harta benda dan tanaman mereka dimusnahkan.

Tidak sedikit penderitaan, kesedihan, ketakutan dan trauma yang dialami rakyat akibat kekejaman komunis itu. Seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera. Di kalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 terbunuh , 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Kematian pihak gerila komunis adalah 6,710 dan yang ditawan seramai 3,989 orang (Manja Mohd. Ludin, 1990).

Sebenarnya terlalu banyak kekejaman dan kejahatan yang dilakukan komunis di tanah air kita yang membabitkan anggota keselamatan dan orang awam yang tidak berdosa. Di antaranya ialah:

* Pada 13 Disember 1948 pengganas komunis membakar bangunan anak-anak yatim di Serendah, Selangor membunuh seorang pengawas di rumah kebajikan itu.

* Pada 5 Julai 1949 pengganas komunis melemparkan sebutir bom ke arah orang ramai yang sedang menyaksikan pertunjukan sarkas di Kampar, Perak. Empat orang terbunuh dan 46 orang cedera termasuk kanak-kanak dan wanita sedang mengandung.

* Pada 12 Ogos 1949 pengganas memasuki rumah para buruh di Ladang Jany, Selangor dan merompak wang tunai dan barang-barang kemas. Sebenarnya terlalu banyak tindakan komunis menceroboh, merompak dan membakar rumah pekerja.

* Pada 21 Sept 1949 pengganas komunis di daerah Plentong, Johor Bahru melemparkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ke dalam api yang sedang marak menyala. Komunis turut membunuh kaum keluarga kanak-kanak malang itu.

* Pada 4 Februari 1950 pengganas komunis membakar kampung di Simpang Tiga, Perak mengakibatkan 1,000 orang kehilangan rumah.

* Pada 23 Februari 1950 Komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong, di Hulu Sungai Muar secara serangan hendap menyebabkan 25 jiwa terkorban (19 orang anggota polis, 2 orang isteri dan 2 anak anggota polis serta orang awam).

* Pada 27 Februari 1951 serangan bom tangan di panggung wayang Wah Lok, Sungai Siput mengakibatkan tiga orang mati dan 13 cedera.

* Pada 7 Oktober 1951 Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney mati ditembak dalam serangan hendap oleh pengganas komunis di Batu 56 ½, Jalan Kuala Kubu Bharu (Bukit Fraser).

* Pada 21 Februari 1952, sebuah kenderaan polis diserang hendap di kawasan Taiping, Perak. Lima anggota polis cedera parah.

* Pada 18 Oktober 1954, Balai Polis Chua Seng di Pontian, Johor musnah dibakar komunis. Empat anggota polis terkorban dan tujuh lagi cedera parah.

* Pada 9 Mac 1955, empat orang asli dibunuh oleh pengganas komunis di Sungai Landor, Ipoh.

* Pada 7 Jun 1974 komunis menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim di Kuala Lumpur.

* Pada 26 Ogos 1975 Tugu Negara dibom komunis. Kejadian pada jam 5 pagi itu telah memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung.

* Pada 13 November 1975, Komunis menembak mati Ketua Polis Negeri Perak Tan Sri Khoo Chong Kong di Ipoh.

Daripada kronologi peristiwa kedurjanaan komunis itu menunjukkan bahawa walaupun negara telah diberi kemerdekaan oleh British, tetapi mereka tetap melakukan onar di sekitar 1960an dan 1970an. Jika benar mereka berjuang untuk kemerdekaan, sepatutnya mereka memberhentikan segala kejahatan dan membubarkan perjuangan mereka.

Namun, oleh kerana mereka bercita-cita untuk menubuhkan kerajaan komunis di negara ini maka mereka tetap meneruskan keganasan mereka.

Apa pun kita bersyukur kerana segala rancangan jahat mereka berjaya disekat oleh kerajaan dengan menggunakan Akta Darurat 1948. Komunis meletakkan senjata selepas diadakan Majlis Perjanjian Damai di antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Haadyai, Thailand pada 1 Disember 1989. Namun, Chin Peng (Ong Boon Hwa) dalam bukunya My Side Story tetap menyatakan kebanggaannya terhadap ideologi tersebut.

Yang menyedihkan kita ialah hari ini terdapat di kalangan pemimpin Pas sendiri mula menimbulkan keraguan di kalangan rakyat dengan mengangkat tokoh-tokoh yang berpakat atau menggabungkan perjuangannya dengan komunis sebagai hero. Sepatutnya analisis sejarah kita harus melihat perkara pokok yang lebih besar, iaitu impak perjuangan komunis terhadap tanah air sekiranya PKM berjaya dalam perjuangan bersenjata mereka.

Cuba kita bayang dan fikirkan seandainya perjuangan komunis di Tanah Melayu itu berjaya, maka kita sebenarnya akan dikuasai dan dijajah oleh ideologi komunis yang anti agama dan anti demokrasi. Saya yakin, keadaan yang serupa akan berlaku seperti mana yang berlaku di Russia selepas Revolusi Bolshevik. Aktivis -aktivis kiri Melayu yang mendukung atau berpakat dengan komunis itu pasti akan diperdayakan seperti mana komunis memperdayakan umat Islam di Russia.

Kesimpulan, perjuangan PKM bukanlah satu sumbangan kemerdekaan tanah air kerana tujuan mereka adalah menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. Orang Melayu dan bukan Melayu yang waras harus sedar bahawa ia pada hakikatnya merupakan satu bentuk penjajahan baru yang tidak dapat diterima sama sekali.

PENULIS ialah ketua Unit Penerbitan

di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Michelle umpama jelmaan Suu Kyi

Posted:

Michelle umpama jelmaan Suu Kyi

Michelle umpama jelmaan Suu Kyi

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


KISAH hidup Aung San Suu Kyi akan dapat ditonton menerusi filem The Lady.


UNTUK melakar nama sebagai bintang bertaraf antarabangsa sememangnya memerlukan kerja keras dan usaha yang berlipat-lipat ganda.

Apatah lagi untuk seorang artis kelahiran Asia dan dari sebuah negara kecil seperti Malaysia. Harus diakui pelbagai kerenah perlu dihadapi apabila berhadapan dengan karyawan seni dari Barat khususnya.

Barangkali kejayaan Datuk Michelle Yeoh yang telah memahat namanya dengan begitu kemas di peta dunia membuktikan kesungguhannya membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Semuanya bermula dengan watak Gadis Bond dalam filem Tomorrow Never Dies (1997), nama Michelle terus mekar sehingga dia dianggap sebagai pencetus semangat kepada bintang Asia lain yang mahu berjaya sepertinya.

Deretan filem-filem yang telah dibintangi Michelle membuktikan bahawa bakat yang dimilikinya tidak pernah dipandang enteng walau ada ketikanya Michelle cukup sedar akan watak yang diberikan sudah menjadi terlalu klise.

Hampir tiga dekad bergelar pelakon, kebanyakan filemnya adalah bercorak aksi.

Bukan merungut dengan setiap tawaran yang diberikan kepadanya, tetapi sebagai seorang aktres, Michelle mahu terus mencabar dirinya.

"Percaya atau tidak, menjadi seorang pelakon dari benua Asia, tawaran yang mendatangi saya semakin teruk.

"Bayangkan pada usia saya ketika ini, tiada lagi watak yang benar-benar sesuai untuk saya bawakan. Apakah setiap masa saya perlu berlakon dalam filem aksi sehingga ke akhir hayat saya?

"Apa yang boleh saya katakan, tiada lagi watak yang cukup bagus untuk wanita Asia seperti saya. Mahu atau tidak, kita sendiri harus mencarinya sendiri demi mengecapi kepuasan yang diinginkan," jelas wanita berusia 49 tahun itu panjang lebar membuka bicaranya.

Bernasib baik

Lantaran itu bekas Ratu Cantik Malaysia 1983 menganggap dirinya begitu bertuah dan bernasib baik apabila diberikan skrip yang cukup hebat menerusi filem The Lady.

Bagi Michelle, The Lady bukan sebuah filem biasa kerana watak yang dibawakannya dalam filem itu dianggap telah membuka lembaran hidup dalam kariernya sebagai seorang aktres.

Barangkali ketika ini umum sudah pun mengetahui Michelle membawakan watak Aung San Suu Kyi, seorang pemenang Anugerah Nobel dan pejuang demokrasi Myanmar yang dikagumi dunia.

Aanak kelahiran Ipoh, Perak itu menyifatkan tawaran filem itu yang diarahkan oleh Luc Besson datang tepat pada waktunya dan dihasilkan khusus untuk dirinya.

Kata Michelle, projek filem tentang kisah hidup Suu Kyi sebenarnya bermula sejak tiga tahun lalu apablia skrip dan lakon layarnya ditulis oleh Rebecca Frayn.

Apabila watak itu ditawarkan kepadanya, tanpa berfikir panjang, Michelle menyatakan persetujuan untuk membawakan watak tokoh demokrasi itu lalu menyiapkan dirinya dengan menyelami emosi, jiwa dan kehidupan Suu Kyi.

Untuk membawakan watak biografi atau watak sebenar bukan satu tugas yang mudah.

Begitu juga dengan Michelle. Dia sendiri perlu menjaga diet dengan melebihkan makan sayuran, buah-buahan dan makanan yang dikukus.

Tidak cukup dengan itu, dia juga mendisiplinkan dirinya dengan mengamalkan rejim senaman sehingga dia berjaya mendapat tubuh kurus sama seperti Suu Kyi.

"Saya harus akui untuk menjadi Suu Kyi menuntut kesabaran dan mencabar kredibiliti saya sebagai seorang aktres.

"Semuanya perlu dilakukan secara terperinci. Saya sendiri harus menyelidik dan memahami dunia Suu Kyi yang sebenar. Apatah lagi, saya melakonkan watak seorang pemimpin yang masih hidup.

"Saya tidak mahu hanya melakukan mimik muka dan ia juga tidak mencukupi jika saya hanya mengikut lenggok tubuhnya serta bercakap sepertinya.

"Saya percaya telah melakukan sebaik mungkin dan saya sendiri puas hati dengan komitmen untuk The Lady. Lebih mengharukan saya, apabila rakyat Myanmar yang terlibat sebagai pelakon tambahan dalam filem ini melihat saya sebagai jelmaan Suu Kyi. Sehingga mereka menggelarkan saya sebagai Daw Suu (Makcik Suu)," jelas Michelle yang telah menghabiskan sebahagian daripada waktu lapangnya dengan menonton pelbagai video temu ramah Suu Kyi semata-mata mahu mempelajari karakter wanita berjiwa kental itu.

The Lady memang milik Michelle

Posted:

The Lady memang milik Michelle

The Lady memang milik Michelle

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


LUC Besson (tengah) sewaktu di lokasi penggambaran filem The Lady yang bermula sejak Oktober tahun lalu.


SEWAKTU kali pertama Datuk Michelle Yeoh bertemu dengannya untuk membincangkan tentang filem The Lady, pengarahnya, Luc Besson merasakan ia adalah peluang terbaik untuknya menzahirkan kisah Suu Kyi ke layar perak.

Apatah lagi, kisah tentang pejuang demokrasi Myanmar itu belum pernah diceritakan dalam mana-mana medium sebelum ini.

Lalu, apabila Michelle memberikan skrip tulisan Rebecca Fryn kepadanya, Luc berasa teruja untuk mengarahkan filem tersebut walaupun sebelum ini dia lebih selesa duduk di belakang tabir sebagai seorang penerbit.

Bagi Luc, kisah hidup Suu Kyi cukup menakjubkan sehingga dia menganggap ia hampir menyamai mana-mana karya agung Shakespeare.

"Semakin lama saya membaca skrip itu, saya berasa begitu dekat dengannya lalu membuat keputusan untuk mengarahkannya.

"Subjek tentang kehidupan Suu Kyi memang cukup menarik untuk diceritakan. Saya merasakan tiada pihak yang mahu menghasilkan filem tentang beliau adalah kerana tiada pelakon yang layak untuk menjadi Suu Kyi.

"Bukan senang hendak mencari pelakon yang mampu menzahirkan Suu Kyi dengan sempurna. Malah, watak itu tidak boleh diberikan sewenang-wenangnya kepada mana-mana pelakon.

"Adalah sesuatu yang mustahil jika watak Suu Kyi diberikan kepada Nicole Kidman misalnya. Jadi, sememangnya Michelle cukup layak untuk memainkan watak hebat ini," ujarnya bersungguh-sungguh.

Luc yang sebelum ini cukup terkenal dengan filem-filem aksi seperti Nikita, The Fifth Element dan The Messenger: The Story of Joan of Arc turut menjelaskan proses penggambaran filem The Lady merupakan antara yang paling mencabar baginya.

Apatah lagi, kerajaan Myanmar melarang pihaknya menjalani sebarang penggambaran di negara itu.

Sebagai alternatif, Luc memilih Bangkok, Thailand selain England. Malah, larangan tersebut langsung tidak mematahkan semangatnya untuk memberikan yang terbaik untuk filem berkenaan.

"Mungkin sebahagian daripada kita hanya mengetahui sedikit sahaja tentang kehidupan Suu Kyi. Tetapi jika dikaji sedalam-dalamnya, wanita berjiwa kental ini sebenarnya seorang ikon.

"Dalam masa dia mahu menuntut demokrasi untuk negaranya, dia juga perlu melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu.

"Bayangkan bagaimana kesengsaraan yang perlu dihadapi oleh Suu Kyi selepas dia dikenakan tahanan dalam rumah selama hampir 15 tahun. Sehinggakan dia sendiri tidak dibenarkan melawat suaminya yang nazak dan sebaliknya.

"Menerusi filem ini, semuanya akan diceritakan. Saya percaya The Lady mampu memberi gambaran sebenar tentang kehidupan seorang wanita luar biasa," jelas Luc yang telah membina set yang agak besar terutama untuk babak di rumah dan bilik penjara Suu Kyi.

Seperti mana Michelle yang membuat penyelidikan terperinci tentang Suu Kyi, begitu juga dengan Luc yang telah melakukan banyak rujukan berdasarkan video dan buku.

Bukan itu sahaja, kebanyakan pelakon tambahan dalam filem ini merupakan rakyat Myanmar dan ada sesetengahnya pernah berhadapan dengan situasi sebenar ketika saat-saat genting insiden penangkapan Suu Kyi.

Malah, salah seorang pelakon kelahiran Myanmar, Thein Win yang memegang watak ahli anggota Parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) dalam The Lady pernah menghadiri mesyuarat bersama Suu Kyi pada tahun 1991.

"Sehinggakan dia menitiskan air mata apabila melihat Michelle yang tidak ubah seperti Suu Kyi. Babak Suu Kyi mengucapkan selamat jalan kepada anaknya juga benar-benar menyentuh hatinya seolah-olah situasi itu wujud kembali," kata Luc lagi.

Sempat juga Luc memberitahu pihaknya meminta bantuan Kedutaan Perancis di Yangon untuk menghantar mesej kepada Suu Kyi meminta kebenaran untuk bertemu dengannya secara peribadi.

"Saya menyangka dia tidak pernah ambil tahu tentang filem-filem saya tetapi anak kedua Suu Kyi, Kim memberitahu bahawa ibunya sedar akan kewujudan filem-filem tersebut," cerita Luc sambil ketawa.

Seperkara yang cukup dititikberatkan oleh Luc adalah keaslian jiwa Suu Kyi itu terpelihara agar masyarakat yang menonton filem itu mempunyai pemikiran tersendiri terhadap wanita tersebut.

The Lady yang sudah siap sepenuhnya akan memulakan tayangan perdananya pada Festival Filem Antarabangsa Rome yang berlangsung di Itali pada 27 Oktober hingga 4 November ini.

Bukan itu sahaja, The Lady juga ditayangkan kepada umum di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011 yang kini sedang berlangsung di Kanada sehingga 18 September ini.

Memandangkan musim anugerah kini sudah bermula, The Lady dilihat mampu memberikan saingan hebat kali ini sekali gus berpotensi untuk cemerlang di pentas anugerah.

Apakah keberkesanan watak Suu Kyi yang dilakonkan oleh Michelle Yeoh mampu memberikannya trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam semua festival filem termasuk Oscar nanti? Sama-sama kita nantikan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Penyediaan makanan cara sihat

Posted:

Penyediaan makanan cara sihat

Penyediaan makanan cara sihat


Setiap orang perlu peka tentang proses dalam penyediaan makanan kerana ia turut memberi kesan kepada kesihatan. - Gambar hiasan


APA yang kita makan perlulah daripada sesuatu yang baik. Bukan hanya untuk selera dan cita rasa tetapi juga untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh memudaratkan dalam makanan yang kita ambil antaranya kandungan tinggi gula, lemak serta juga kolesterol.

Tetapi adakah kita peka tentang proses dalam penyediaan makanan? Adakah kita perlu tahu secara terperinci proses itu sebelum memilih apa yang perlu untuk dimakan?

Dan jawapannya adalah "Ya" kerana apa yang kita makan akan mempunyai kesan buruk atau baik terhadap kesihatan dan sistem badan.

Kebanyakan makanan yang telah diproses sudah tentu ditambah 'perisa' dan 'perasa' selain daripada bahan untuk mengekalkan ketahanannya.

Penyakit akut, kronik

Terdapat pelbagai penyakit serius yang berlaku di dunia kini dengan kadar yang begitu menakutkan. Ia dikatakan disebabkan pemakanan lemak yang tidak sihat selain penggunaan minyak masak yang telah ditapis dan diguna semula yang begitu mudah didapati pada masa kini.

"Asid lemak memang perlu dalam diet individu, tetapi ia harus bebas daripada bahan kimia dan campuran. Asid lemak perlu wujud dalam bentuk asal supaya ia tidak kehilangan nilai untuk kesihatan," demikian menurut Udo Erasmus, satu nama yang tidak asing lagi dalam bidang kesihatan pemakanan.

Udo yang merupakan saintis dan pensyarah berasal dari Jerman dikenali sebagai 'Bapa Minyak Flaks'. Beliau ditemui di Kongres Ultimate Life and True Health yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, makanan yang diproses dengan mengambil kira aspek kesihatan akan membawa kebaikan terhadap sesiapa yang memakannya.

"Pengambilan makanan diproses yang mungkin mempunyai molekul toksik boleh menyebabkan terjadinya penyakit kronik yang boleh mengganggu kesejahteraan hidup.

"Makanan diproses akan hilang khasiat mineral dan ini boleh mengakibatkan sistem badan jadi tidak seimbang dan terdedah kepada ancaman penyakit," kata Udo.

Udo telah menghasilkan produk Udo's Oil 3.6.9 Blend daripada bahan seperti minyak biji flaks, bijan dan bunga matahari selain daripada enam bahan lemak yang dicampur bagi menghasilkan kandungan dua kali ganda asid lemak.

Jangan goreng

dalam minyak?

Nasihat Udo ialah makanan jangan digoreng dengan minyak.

"Minyak yang baik memberikan 40 hingga 60 peratus lebih tenaga. Anda mesti tahu cara menggunakan minyak dengan baik agar ia tidak mendatangkan kemudaratan.

"Menggoreng bahan karbohidrat, protein dan minyak boleh menyebabkan pertumbuhan sel kanser," kata beliau.

Badan manusia memerlukan Omega 3 dan 6. Ini merupakan asid lemak yang tidak dikeluarkan badan tetapi terkandung dalam makanan.

Kehilangan khasiat

Makanan yang telah diproses kehilangan khasiat serta mineral semula jadi selain daripada timbul kewujudan molekul toksik, katanya.

Udo menasihati warga pengguna supaya mengambil minyak yang asli dan tidak menggunakan yang telah diproses. Beliau percaya penyebab utama penyakit bahaya masa kini ialah pemakanan minyak yang telah bertapis.

Kedua-dua Omega 3 dan 6 adalah penting dalam kadar yang betul bagi setiap insan di dunia ini. Kurangnya kandungan Omega 3 dalam badan boleh menyebabkan 'kelembapan' dalam tindakan hormon badan.

"Ini boleh menyebabkan individu itu mengalami kemurungan," kata Udo.

Biji flaks mengandungi protein berkualiti tinggi dan ia merupakan sumber terbaik bagi Omega 3 selain daripada menjadi sumber yang tinggi untuk Omega 6.

Biji flaks juga kaya dengan sarat boleh larut dan gandingannya dengan minyak boleh menjadikan bahan itu sebagai satu 'laksatif' yang cukup baik.

Kajian yang dilakukan Udo dalam dua dekad yang lampau menyaksikan beliau mengeluarkan minyak yang kaya dengan asid lemak Omega 3, Omega 6 dan Omega 9.

"Saya gunakan biji flaks dan bahan tumbuhan organik yang lain. Melalui teknik ciptaan saya, minyak ini tidak akan kehilangan asid lemak dan khasiatnya yang asli.

"Minyak ini mempunyai banyak kebaikan antaranya stamina dan kecerdasan mental yang lebih baik selain daripada koordinasi motor dan sistem imun yang lebih efisien," tambah Udo.

Golongan wanita dinasihatkan melihat semula kandungan asid lemak yang mereka ambil kerana pertambahan kandungan ini boleh mengukuhkan kuasa memori mereka.

"Dengan mengambil lebih Omega 3 dan 6, wanita boleh memperbaiki IQ mereka antara 3 hingga 6 mata. Sememangnya ini membantu perkembangan otak," kata Udo.

Selain daripada ikan salmon, sumber yang kaya dengan asid lemak Omega 3 adalah kacang walnut. Hanya dua sudu besar minyak Udo memberi persamaan 14 gram Omega 3 dan 6, lebih daripada apa yang disyorkan di Amerika Syarikat dan Kanada," katanya.

Produk semula jadi

Sementara itu, pengamal perubatan, Dr. Omar Jantan bersetuju dengan apa yang disarankan dan dinyatakan oleh Udo.

Kata Dr. Omar, bahan semula jadi tidak boleh sewenang-wenangnya dicampurkan bahan seperti steroid kerana ini boleh memudaratkan pengguna.

Minyak organik adalah agak mahal, jadi mungkin tidak ramai yang mampu membelinya, kata beliau.

"Saya nasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana kita tidak tahu apa yang dicampurkan ke dalam minyak itu semasa mengitar semula.

"Kalau anda mampu untuk membeli suplemen bagi menambah kandungan asid lemak Omega 3, Omega 6 dan Omega 9, baguslah kerana asid lemak ini baik untuk kesihatan jantung anda," kata Dr. Omar.

— BERNAMA

Derita Azlina tanggung sendiri

Posted:

Derita Azlina tanggung sendiri

Derita Azlina tanggung sendiri

Oleh ROSMAH DAIN
Gambar SARAH FARHANA (Pelatih IKBN)


Gambar rentas keadaan usus Azlina yang dijangkiti barah.


BERWAJAH pucat tidak berdaya, adalah gambaran yang biasa buat Azlina Ong Abdullah setelah dia dikesan menghidap kanser usus sejak dua tahun lalu.

Suatu masa dahulu, wanita ini sesungguhnya sangat gigih dan rajin membantu persatuan dalam persekitaran kawasan kejiranan di tempat tinggalnya dalam aktiviti memasak. Terutama setiap kali adanya majlis kahwin mahupun kenduri-kendara lain.

Namun itu dahulu, kini wanita itu sudah tidak lagi berdaya membantu, apatah lagi hendak memasak.

''Sejak saya disahkan menghidap kanser usus ini, saya langsung tidak boleh berdiri dekat dengan api. Rasa bahang panasnya amat perit.

''Saya telah menjalani pembedahan membuang usus yang rosak. Tetapi kini saya disahkan doktor kanser itu kini 'datang' kembali," jelasnya ketika ditemui di rumahnya di Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Kata Azlina, kini dia terpaksa dirujuk semula ke pakar usus di Hospital Selayang. Sebelum ini dia menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor sehingga dibedah untuk membuang usus yang berkanser.

Kini ususnya yang rosak telah diganti dengan tiub plastik.

Menceritakan mengenai saat-saat kesengsaraan yang dihadapinya setelah pembedahan usus yang dilakukan selama sembilan jam itu ialah dia tidak boleh membuang air besar secara duduk.

''Kini sekiranya hendak membuang air besar perlu dilakukan berdiri. Kalau terasa hendak buang air perlu segera bergegas ke tandas, tidak boleh ditangguh lagi.

''Lagi satu, sebelum disambung usus itu dengan tiub plastik, saya juga perlu memakai beg plastik yang disalur di luar pinggang saya untuk memudahkan saya mengeluarkan najis selama enam bulan. Setiap kali penuh, kena pula ganti yang baru. Satu beg berharga dalam lingkungan RM30," jelasnya yang berasal dari Pulau Pinang.

Azlina yang mempunyai lima anak berkata, kos ulang-alik ke hospital memang amat memeritkan. Sudahlah terpaksa menanggung kesakitan setiap kali ke hospital, rawatan kemoterapi, kos perjalanan dan ubat-ubatan tentulah memerlukan kewangan yang banyak.

''Suami saya, Amiruddin Mohd. Yunan, 54, hanya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan gaji harian sebanyak RM1,500 sebulan. Anak-anak saya hanya seorang sahaja yang sudah bekerja, yang lainnya masih lagi bersekolah dan yang kecil berusia 12 tahun," jelasnya.

Kata Azlina sejak dia dikesan pada tahun 2009 menghidap kanser usus tahap 2 iaitu kanser yang selalunya menyerang lelaki sahaja, kehidupannya mula berubah.

Jelasnya dalam tempoh sebulan sebelum melakukan pemeriksaan doktor najisnya berdarah dan berwarna hitam, selepas itu dia terus melakukan pembedahan.

Jelasnya, dia juga ada melakukan ikhtiar dengan membeli ubat-ubatan luar sebanyak RM300 sebulan.

Setakat ini katanya dia hanya mendapatkan bantuan daripada unit kebajikan hospital-hospital berkenaan untuk melunaskan bayaran setiap kali rawatan atau pembedahan dilakukan.

Ada juga yang dia terpaksa meminjam wang daripada ahli keluarga untuk membiayai rawatan.

Jika ada pihak di luar sana yang prihatin dengan nasib yang menimpa wanita ini boleh menghubungi Azlina di talian 019-6439987.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved