Isnin, 12 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


60,119 calon duduki UPSR

Posted:

60,119 calon duduki UPSR

60,119 calon duduki UPSR

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 11 Sept. - Seramai 60,119 murid akan menduduk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini tahun ini.

Pengarah Pelajaran Johor, Mohd. Noh Ghani berkata, jumlah itu bertambah berbanding 59,406 murid tahun lalu dan mereka akan ditempatkan di 958 pusat peperiksaan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 38,868 calon sekolah kebangsaan (SK), 17,866 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 2,415 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

"Pada UPSR yang berlangsung selama tiga hari mulai Selasa ini, jabatan turut mengendalikan seramai 970 calon swasta, " katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, daripada 60,119 murid terlibat, seramai 24,096 orang merupakan murid dari sekolah bandar dan selebihnya dari luar bandar.

Menurutnya, pada tahun ini, pihaknya turut mengendalikan seramai 127 calon pendidikan khas iaitu tujuh orang mengalami terencat akal, empat cacat penglihatan, 56 cacat anggota, 38 menghadapi masalah pendengaran, 16 rabun dan enam murid spastik.

Mohd. Noh berkata, bagi mengendalikan peperiksaan tersebut pihaknya menyediakan 4,682 petugas dan telah membuat persiapan rapi bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Jelajah Esei Kemerdekaan 1Malaysia singgah di UTHM

Posted:

Jelajah Esei Kemerdekaan 1Malaysia singgah di UTHM

Jelajah Esei Kemerdekaan 1Malaysia singgah di UTHM


SYAHRIN Md. Jamaludin (tiga kiri) menyerahkan Utusan Malaysia kepada Mohd. Hafiz Ariffin sebagai simbolik penyertaan warga UTHM untuk Pertandingan Esei Kemerdekaan 1Malaysia di Dewan Besar UTHM, Batu Pahat, Johor, kelmarin.


BATU PAHAT 11 Sept. - Selepas Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, jelajah Pertandingan Esei Kemerdekaan 1Malaysia anjuran Utusan Malaysia dan Gerakan Belia 4B Malaysia Johor menjengah ke kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dekat sini semalam.

Jelajah dan penerangan mengenai pertandingan itu dilakukan Pengerusi Gerakan Belia 4B Johor, Syahrin Md. Jamaludin di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM, di hadapan lebih 2,000 mahasiswa baru universiti tersebut untuk bersama-sama menyertai pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan itu.

Pada majlis tersebut, Syahrin turut menyerahkan 200 naskhah percuma Utusan Malaysia kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM, Mohd. Hafiz Ariffin sambil diperhati Presiden Kelab Sahabat 1Malaysia UTHM, Mohd. Sofiee Awang Basrih.

Syahrin memberitahu, penyertaan golongan mahasiswa akan menjadikan pertandingan tersebut bertambah menarik kerana idea, cadangan, pandangan dan pemikiran baru diketengahkan melalui penulisan.

"Secara tidak langsung peserta yang terlibat akan melakukan kajian menerusi pelbagai sumber sejarah untuk dimasukkan sebagai bahan penulisan esei.

"Usaha dan cara ini akan menangkis persepsi tertentu tentang sejarah kemerdekaan yang cuba dihakis oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Mohd. Hafiz berkata, pertandingan itu menggalakkan peserta mencari sumber yang sahih mengenai sejarah kemerdekaan dan dikarang secara intelektual.

Menurutnya, pertandingan itu tepat pada masanya kerana ketika ini negara sedang menyambut Aidilfitri, ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 dan sambutan Hari Malaysia.

Pertandingan yang mendapat kerjasama syarikat Fargoes Books Sdn. Bhd. itu diadakan sempena bulan kemerdekaan dan penulisan esei merupakan kaedah yang sesuai untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan belia, remaja dan kanak-kanak.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori Belia, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Sekolah Rendah dengan setiap kategori meletakkan dua tajuk esei untuk dihuraikan oleh peserta.

Johan Kategori Belia menawarkan hadiah wang tunai RM1,500 berserta buku dan sijil, tempat kedua (RM1,000) dan tempat ketiga (RM700) manakala juara Kategori Sekolah Menengah mendapat RM1,000 berserta buku dan sijil, kedua (RM500) dan ketiga (RM300).

Juara Kategori Sekolah Rendah pula akan memperoleh wang tunai RM500 berserta buku dan sijil, kedua (RM300) dan tempat ketiga (RM200).

Borang penyertaan boleh diperoleh dalam akhbar Utusan Malaysia dan semua penyertaan perlu disertakan dengan lima keratan 'masthead' Utusan Malaysia antara tarikh 16 Ogos hingga 16 September ini dan dihantar ke alamat Pertandingan Esei Kemerdekaan 1Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., No. 24, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80050 Johor Bahru, Johor.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved