Jumaat, 27 Disember 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Enam pelacur Indonesia ditahan di Johor Bahru

Posted: 27 Dec 2013 10:15 PM PST

JOHOR BAHRU 28 Dis. - Enam wanita warga Indonesia yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran ditahan Jabatan Imigresen di sebuah hotel bajet di Jalan Maju, Taman Pelangi di sini kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Kharulanuar Abu Bakar berkata, kesemua wanita tersebut ditahan pukul 11 malam ketika sedang berkeliaran di luar hotel bajet berkenaan untuk mencari pelanggan.

Beliau berkata, siasatan mendapati wanita berkenaan mengenakan bayaran antara RM70 hingga RM100 bagi setiap kali perkhidmatan, manakala pergerakan mereka turut diawasi oleh seorang lelaki yang bertindak sebagai bapa ayam. - UTUSAN ONLINE

Dua beranak disahkan mati lemas

Posted: 27 Dec 2013 10:14 PM PST

Oleh ROSMAWATI SALIHIN

KOTA KINABALU 28 Dis. - Seorang bapa yang dilaporkan hilang dalam tragedi perkelahan di Pantai Kampung Lok Nunuk, Tuaran di sini pada Jumaat lalu ditemui mati lemas awal pagi semalam.

Mangsa, Mojinis Langkum, 40 dari Kampung Patikang Laut, Keningau ditemui terapung di permukaan air kira-kira pukul 12.10 pagi kira-kira 500 meter dari pos kawalan pasukan keselamatan yang diletakkan di pantai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superitenden Abdul Fuad Abdul Malik berkata, mangsa dikatakan hilang ketika cuba menyelamatkan anaknya, Dicky Mojinis, 15 yang lemas dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari Jumaat lalu. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


RM20,000 bagi lepasan GiatMara

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

Ismail Mohamed Said (duduk, tengah) bergambar bersama sebahagian pelatih GiatMara selepas Majlis Graduasi GiatMara Zon 2 di Dataran Desa Murni, Kerdau, Pahang, Pahang, baru-baru ini.

KUALA KRAU 27 Dis. - Lepasan pelatih Pusat GiatMara di dalam Parlimen Kuala Krau akan ditawarkan geran sebanyak RM20,000 bagi membolehkan golongan tersebut menceburi bidang keusahawanan berdasarkan kursus yang mereka ikuti di pusat itu.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, tawaran itu terbuka kepada pelatih yang berkongsi perniagaan sekurang-kurangnya lima orang sama ada mahu membuka bengkel motosikal, jahitan dan lain-lain.

Menurutnya, tawaran ini bertujuan memperkasakan latihan kemahiran dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan negara.

"Para pelatih boleh berbincang sesama sendiri untuk membentuk kumpulan dan memilih jenis perniagaan sesuai, khususnya bidang yang dipelajari di Pusat GiatMara.

"Kumpulan perniagaan yang berjaya tidak perlu membayar balik pinjaman tetapi hanya memastikan perniagaan terus berkembang maju, sekali gus memberi pulangan pendapatan kepada mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Hari Graduasi Pusat GiatMara Zon 2 membabitkan 240 pelatih dari Kuala Krau, Jengka, Temerloh, Maran dan Bera di Dataran Desa Murni, Kerdau di sini kelmarin.

Menurut Ismail, geran yang ditawarkan itu adalah inisiatif beliau sendiri daripada peruntukan Ahli Parlimen bagi menyokong usaha untuk menarik lebih ramai tenaga mahir diwujudkan di negara ini.

Katanya, mereka juga boleh mengemukakan permohonan pinjaman tambahan dengan agensi kerajaan lain seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional, Agrobank dan lain-lain bagi menambah modal pusingan.

Beliau memberitahu, kerajaan menyasarkan 33 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2015 dan 50 peratus menjelang tahun 2020 yang menentu hala tuju menjadi negara maju.

"Usaha membina keupayaan kendiri pelatih perlu dimantapkan supaya mampu melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan pakar dalam bidang berkaitan," katanya.

RM617,000 bantu mangsa banjir tiga daerah

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

KUANTAN 27 Dis. - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) telah mengeluarkan bantuan RM617,000 kepada lebih 3,000 mangsa banjir di negeri ini melibatkan tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Chenor.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, setiap keluarga mangsa banjir menerima bantuan wang tunai RM200 di samping barangan keperluan seperti makanan dan pakaian.

"Buat masa sekarang, Muip masih mengumpul maklumat mangsa-mangsa banjir untuk dipertimbangkan bantuan yang lebih sesuai.

"Kita (Muip) akan terus memberikan bantuan terutama dari segi barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini," titah baginda selepas majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Korporat di Istana Abdul Aziz di sini hari ini.

Dalam majlis itu, sebanyak tujuh syarikat menyerahkan zakat masing-masing yang keseluruhannya berjumlah RM5,593,491.45.

Syarikat-syarikat terlibat, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) (RM1,778,328.11); Kumpulan DRB-Hicom Berhad (RM2.5 juta); Tanah Makmur Berhad (RM687,203.38) dan Affin Islamic Bank Berhad (RM466,666.67).

Turut menyerahkan zakat, AgroBank Berhad (RM85,461.29); Bank Persatuan Malaysia Berhad (RM50,000) dan Kumpulan Hospital Pakar PRKMUIP Sdn. Bhd. (RM25,832).

Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Muip bertitah, Muip menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM108 juta pada tahun ini dan sehingga kini, jumlah kutipan termasuk bayaran daripada tujuh syarikat tersebut berjumlah RM102.6 juta.

"Bagaimanapun masih terdapat bayaran zakat melalui potongan gaji bulan Disember sebanyak RM3.2 juta serta bayaran di kaunter zakat menjelang 31 Disember ini yang dianggarkan sebanyak RM1.4 juta lagi," titah baginda.

Baginda bertitah, bilangan pembayar zakat sehingga kini adalah sebanyak 69,248 orang sementara sasaran pembayar, 71,000 orang.

Rela Pahang tetapkan KPI anggota

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Mohd. Shah Rizal Zainal (tengah) memeriksa barisan platun Rela pada perasmian premis PKKR Platun di Felda Padang Piol, Jerantut, Pahang, kelmarin.

JERANTUT 27 Dis. - Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Pahang akan dipantau bagi memastikan indeks pencapaian utama (KPI) pasukan dapat ditingkatkan seterusnya memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Pengarahnya, Mohd. Shah Rizal Zainal berkata, walaupun pasukan itu bergerak sebagai sukarelawan namun aspek perkhidmatan serta pengurusan tidak boleh dibuat secara sambil lewa kerana pasukan itu kini telah diiktiraf sebagai salah sebuah jabatan kerajaan.

Menurutnya, Rela negeri ini akan menentukan KPI terhadap ahli dan semua aspek kegiatan pasukan mulai tahun depan menerusi pegawai yang ditempatkan di setiap daerah dan ibu pejabat di Kuantan.

"KPI yang ditentukan terhadap pentadbiran Rela di daerah dan kawasan berdasarkan usaha menambahkan ahli, pentadbiran platun, pengurusan Pusat Khidmat Komuniti Rela (PKKR), mesyuarat, fail pengurusan, kegiatan platun, dokumentasi dan kehadiran tugas anggota berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan premis PKKR Platun di Felda Padang Piol di sini semalam.

Yang turut hadir Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Datuk Shaari Din; Pengurus Felda Padang Piol, Abd. Malek Shaari dan Ketua Platun Rela Padang Piol, Norhisyam Ariffin.

Menurut beliau, sasaran itu bukan untuk memberi tekanan kepada anggota terbabit sebaliknya bagi mewujudkan sebuah pasukan sukarelawan yang bertaraf jabatan kerajaan seperti dilaksanakan oleh agensi kerajaan lain.

Katanya, pegawai Rela di peringkat negeri dan daerah akan memantau kegiatan platun di semua tempat dan memberi tunjuk ajar mengenai pengurusan dan pentadbiran supaya lebih efektif dan bersiap siaga berkhidmat kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Mohd. Shah Rizal meminta pengurusan platun dan anggota Rela menggunakan kemudahan PKKR untuk tujuan pentadbiran, mesyuarat dan merancang kegiatan yang boleh membantu komuniti setempat.

"Kemudahan ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya sebagai pusat transit untuk latihan kawad, latihan ahli baharu, pusat logistik dan dokumentasi kegiatan platun sebagai rujukan umum," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


60 terbunuh akibat serangan hendap tentera Syria

Posted: 27 Dec 2013 09:21 AM PST

BEIRUT 28 Dis. - Kira-kira 60 orang terbunuh dalam serang hendap tentera Syria terhadap sekumpulan pejuang Islam di kawasan pergunungan Qalamoun, utara Damsyik semalam, menurut laporan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria di sini.

Serangan hendap itu berlaku antara bandar Maaloula dan Yabroud apabila tentera pimpinan Presiden Syria, Bashar al-Assad dan penentang kerajaan bertempur dalam perang saudara yang bermula sejak Mac 2011 itu.

Stesen televisyen tempatan melaporkan, berpuluh-puluh mayat bergelimpangan dalam kawasan pergunungan itu.

"Terdapat 400 orang yang terlibat dalam serangan ini termasuk beberapa warganegara Arab Saudi dan Chechnya, kata seorang saksi kejadian tersebut.

Menurut laporan stesen televisyen berkenaan, pihak tentera menjejaki kumpulan penentang kerajaan itu semalaman sebelum melancarkan serangan hendap ketika mereka dalam perjalanan ke bandar Jayrud. - REUTERS

70 cedera digigit ikan piranha

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Seorang lelaki yang cedera akibat digigit ikan piranha, menerima rawatan di bandar Rosario, Santa Fe, tengah Argentina, Rabu lalu. - Agensi

BUENOS AIRES 27 Dis. - Keseronokan menyambut hari Krismas di Argentina bertukar menjadi insiden menakutkan apabila lebih 70 orang pengunjung Sungai Parana, di bandar Rosario, di sini cedera diserang spesies ikan piranha, kelmarin.

Mangsa yang cedera termasuklah lebih 20 orang kanak-kanak yang digigit spesies ikan itu di permukaan sungai tersebut.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, kehilangan sebahagian jarinya selain mengalami beberapa kecederaan lagi di buku lali dan tangan.

Beberapa pengawal menghubungi paramedik bagi membantu mangsa yang cedera sebelum pasukan polis menutup sementara sungai tersebut serta mengarahkan pengunjung keluar dari kawasan itu.

Serangan yang berpunca daripada ikan piranha spesies palometas itu adalah yang paling serius pernah berlaku di bandar ini sejak insiden pada tahun 2008 menyebabkan 40 orang cedera.

Seorang anggota paramedik, Gustavo Centurion, menyifatkan ikan tersebut 'sangat agresif'.

Spesies ikan itu tertarik dengan sisa-sisa ikan yang ditinggalkan oleh nelayan.

Jurucakap kerajaan, Ricardo Biasatti pula menyifatkan, kejadian itu sebagai jarang berlaku.

"Ia berlaku disebabkan dua faktor iaitu kawasan permukaan air yang cetek dan kawasan pantai yang dipenuhi pengunjung," ujarnya. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tiga anggota kastam didakwa

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

ANGGOTA polis mengawal ketat tiga anggota kastam yang didakwa mengedar dadah di Mahkamah Majistret, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 27 Dis. - Tiga anggota Cawangan Narkotik Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret dekat sini hari ini atas pertuduhan mengedar 1.54 kilogram (kg) dadah disyaki heroin.

Mereka ialah Wee Sew Him, 58, Bahara Mansor, 58, dan Syafizal Mahmud, 36, bertugas di Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat KDRM, Kampung Jijan Tengah, Nilai dekat sini.

Majistret Siti Khairiah Abdul Razak tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada kesemua tertuduh yang memahami pertuduhan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama mengedar dadah tersebut kira-kira pukul 12.30 malam, pada 15 Disember lalu di cawangan tersebut di Jalan Ciku, Kampung Jijan Tengah, Nilai dekat sini.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 (234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bahara dan Syafizal diwakili peguam Rosal Azimin Ahmad manakala Sew Him tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli yang mengendalikan pendakwaan, memohon tarikh sebutan baharu ditetapkan sementara menunggu laporan kimia.

Siti Khairiah menetapkan 3 Mac depan bagi tarikh sebutan kes.

Pada 17 Disember lalu, Utusan Malaysia melaporkan empat pegawai penguat kuasa antara 11 individu termasuk pegawai penguat kuasa KDRM dan warga asing ditahan dalam beberapa serbuan di ibu negara dan Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, mereka disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah antarabangsa bernilai RM14 juta melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata, dalam serbuan di sekitar Taman Desa, Jalan Klang Lama, Brickfields dan Jalan Pudu di sini serta Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan, polis menahan empat lelaki warga Nigeria, seorang lelaki warga India dan enam lelaki tempatan berumur antara 22 dan 58 tahun.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 68.68kg, heroin 9.7kg, kafein 25.3kg, sepucuk pistol jenis CZ bersama magazin serta 30 butir peluru, wang tunai RM34,950 dan menyita dua buah kenderaan.

Dadah: Warga Iran ke tali gantung

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

SHAH ALAM 27 Dis. - Seorang juruteknik warga Iran yang menelan 103 kapsul mengandungi dadah methamphetamine dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 581.24 gram dadah tersebut, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman itu terhadap Mahdi Keramatvyarsagh Khodavirdi, 34, selepas mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Hakim tersebut dalam penghakimannya berkata, keterangan pembelaan tertuduh seolah-olah diajar.

''Tertuduh mendakwa dia ditipu oleh lelaki bernama Wahid yang menyuruhnya menelan kapsul itu bertujuan mengelak dikenakan cukai,'' ujar beliau.

Lelaki itu didakwa mengedar 218.5 gram methamphetamine di pejabat Narkotik Aras 3, Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada pukul 3.45 petang, 11 Jun 2010.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Penegasan UMNO memartabatkan Islam

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Oleh AZRIL MOHD AMIN
PENULIS ialah Naib Presiden, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia dan mengetuai delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam di sesi Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober 2013.

PERKARA 3(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan merupakan nadi penting di dalam perjuangan memartabatkan agama suci ini di Malaysia.

Peruntukan itu menegaskan fungsi Islam sebagai agama negara, bukan terhad sekadar 'alat' bagi acara-acara rasmi keagamaan serta hanya ibadah khusus untuk kesejahteraan individu.

Pada hakikatnya, peruntukan ini memperkasa peranan Islam sebagai cara hidup di ruang awam dan mencakupi pentadbiran kesejahteraan masyarakat Muslim dan non-Muslim secara komprehensif. Malah, peranan fasal ini diperkukuhkan dengan Perkara 37, Jadual Keempat berkenaan sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong bagi memelihara Islam pada setiap masa. Dengan wujudnya kedua-dua peruntukan ini, maka terbatal sebarang unsur-unsur yang cuba mengatakan Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Beberapa kes-kes utama yang diputuskan mahkamah tertinggi di negara ini juga mengesahkan peranan Islam dalam konteks ini. Percubaan pihak pembangkang yang berfahaman sekular mendakwa Malaysia sebuah negara sekular dengan menyalahtafsir sebahagian penghakiman Tun Salleh Abas di dalam kes Che Omar Che Soh lawan Pendakwaraya [1988] ternyata tidak berjaya mempengaruhi masyarakat umum tentang sifat Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Sebaliknya, kes-kes mutakhir yang lebih berautoriti seperti Meor Atiqurrahman & Ors vs Fatimah Sihi Abdullah & Yang Lain (2005) dan Azlina Jailani lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Yang Lain [Rayuan Sivil No: 01-2-2006] merupakan penegasan peranan dan ruang lingkup peranan Islam sebagai suatu cara hidup.

Di samping pelbagai pencapaian berkaitan model-model Islam telah banyak diwujudkan, ruang pemerkasaannya untuk memenuhi maksud peruntukan Perlembagaan Persekutuan tersebut adalah sangat luas, malah perlu diperkasakan dengan mengambil kira Malaysia masih dipimpin parti pemerintah yang bercitra Melayu-Islam seperti UMNO.

Ternyata hakikat kedudukan Islam ini tidak disenangi ramai pihak. Malaysia menerima ujian besar apabila wujud beberapa siri percubaan menghakis kedudukan istimewa Islam kebelakangan ini. Sejak lebih dua dekad lalu, strategi parti-parti politik pembangkang melalui NGO-NGO yang berfahaman sekular liberal, serta bertopengkan gerakan Hak Asasi Manusia (HAM) telah mencetuskan pelbagai percubaan mengubah lanskap kesederhanaan amalan beragama.

Mutakhir, pelbagai lapisan masyarakat telah menolak gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) di sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Geneva, yang ghairah memperjuangkan tuntutan-tuntutan batil bagi membuka ruang murtad, amalan gaya hidup LGBT, menidakkan hak istimewa orang Melayu serta tuntutan-tuntutan lain yang tidak munasabah.

Kesemua ancaman ini dimanipulasi dengan menyalahgunakan prinsip-prinsip serta mekanisme HAM sejagat khususnya melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang pada hakikatnya sendiri menjunjung ideologi yang tidak sempurna serta bergelumang dengan sikap hipokrit negara-negara Barat.

UMNO sebagai parti tulang belakang pemerintahan negara, serta memikul amanah menjalankan usaha memartabatkan perjuangan akidah, syariah dan akhlak umat Melayu-Islam, harus memposisikan niat dan tindakannya agar sejajar dengan perkembangan membimbangkan berkenaan usaha menghakis kedudukan istimewa Islam di negara ini.

Selain membangun keadaan sosio-ekonomi bangsa, UMNO perlu lebih ke hadapan di dalam memperjuangkan Islam menurut acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), berpandukan sumber-sumber rujukan keagamaan yang muktabar serta mempunyai kredibiliti.

Hanya dengan inisiatif sedemikian maka perjuangan UMNO akan menzahirkan niat dan tindakan yang dilihat sederhana sekali gus dapat menjuarai usaha menyatupadukan masyarakat Malaysia secara umum, melalui contoh kefahaman dan pengamalan Islam yang baik.

Justeru usaha pemerkasaan asas UMNO berhubung perjuangan memartabatkan Islam ini haruslah dipelbagaikan. Dasarnya harus jelas dan konsisten dengan peruntukan dan semangat Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang tegas menjunjung tinggi kedudukan Islam.

Fasal 3 Perlembagaan UMNO menyatakan bahawa asas dan tujuan UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Pada sub-fasal 3.3 pula menyatakan tujuan UMNO untuk "Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama."

Selari dengan apa yang telah pun difahami dan diterjemahkan UMNO di dalam usaha memartabatkan Islam di negara ini, maka adalah wajar cadangan agar pindaan dilakukan menggantikan frasa asal sub-fasal 3.3 tersebut dengan frasa "Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama persekutuan, serta menjunjung fahaman ASWJ". Istilah 'Islam agama rasmi' dipadamkan bagi menjadikan sub-fasal tersebut konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Penulis ingin menggariskan tiga rasional utama keperluan pindaan fasal 3.3 ini. Pertamanya, memasukkan frasa Islam sebagai agama Persekutuan ini menjadikan asas, aspirasi dan tujuan perjuangan UMNO sebagai parti tulang belakang umat Melayu-Islam selari dengan kehendak dan tujuan Perlembagaan Persekutuan yang telah pun memaktubkan kedudukan istimewa Islam dengan segala keutamaan dan implikasinya terhadap pentadbiran agama Islam di negara ini.

Pindaan ini akan secara sendirinya menzahirkan hakikat peranan besar UMNO selama ini di dalam memperjuangkan Islam sebagai suatu cara hidup dan bukan sekadar 'agama rasmi'. Malah, penambahan frasa "menjunjung fahaman ASWJ" akan memperkukuh idealisme serta iltizam perjuangan Islam UMNO dan menolak sebarang unsur-unsur ajaran sesat, termasuklah agama Syiah yang semakin berleluasa.

Keduanya, pindaan ini sebenarnya menegaskan peranan UMNO sendiri sebagai tulang belakang pemerintahan kerajaan Malaysia yang telah banyak memperkenalkan model dan sistem Islam di dalam pelbagai bidang. Kita boleh menyebut beberapa contoh seperti pindaan pada Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan di dalam tahun 1988 yang telah membuka ruang pemerkasaan sistem pentadbiran undang-undang Islam yang sangat meluas.

Sebagai bukti, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini mengumumkan bahawa Peguam Negara telah memberi lampu hijau untuk meminda Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 yang ketika ini mengehadkan Dewan Undangan Negeri hanya boleh mewujudkan kesalahan melanggar perintah agama Islam yang hukumannya tidak melebihi tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan.

Ini membuka ruang pemerkasaan undang-undang syariah. Selain itu, pengenalan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (Islamic Financial Services Act) 2013 merupakan sumbangan terkini Malaysia mewujudkan model mithali dalam regulasi perkhidmatan kewangan Islam di peringkat sejagat.

Ketiga, para pemimpin UMNO sendiri dapat menzahirkan niat dan tindakan mereka mempertahankan Islam dengan lebih matang, kukuh serta berwibawa dengan adanya pindaan sub-fasal 3.3 ini. Dengan serangan yang dizahirkan melalui NGO-NGO HAM dan parti-parti politik berfahaman liberal sekular, maka kepimpinan UMNO harus terlebih dahulu memantapkan kefahaman Islam sebagai suatu cara hidup dan mengenalpasti fahaman-fahaman berbahaya seperti liberalisme, pluralisme dan sekularisme agama yang mencetuskan bukan sahaja kekalutan pemikiran umat Islam, tetapi juga menghasilkan gaya hidup bebas anti-Tuhan serta mengamalkan gaya hidup songsang seperti LGBT.

Melihat pada cabaran-cabaran mendatang di peringkat sejagat, ketegasan pendirian tersebut hanya dapat terus dilakukan oleh kerana wujud jaminan utuh kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. Maka sewajarnya hal ini diterjemahkan di dalam UMNO sendiri, sebagai mengekalkan peranan relevan memperjuangkan Islam di Malaysia dan menawarkan contoh kepada negara-negara Islam lain.

Siapa yang diperbodohkan?

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Oleh Zulkiflee Bakar

GENERASI muda diperalatkan! Inilah hakikatnya apabila kita bercakap soal Himpunan Guling Kerajaan yang dirancang diadakan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Lebih malang, sudah pasti yang ramai akan terlibat adalah anak muda Melayu yang ada antara mereka masih bergelar pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

Sebelum ini pun dalam perhimpunan haram yang diadakan, ramai anak Melayu bersedia melakukan kerja bodoh dan diperbodohkan dengan menyertainya.

Walaupun mereka tidak mendapat apa-apa faedah tetapi masih ramai antara mereka masih belum insaf. Mereka ini sebenarnya golongan yang boleh dianggap mentah dalam hal ehwal negara tetapi cuba hendak tunjuk pandai, bukan kerana mereka bijak tetapi akibat terhasut dengan ajakan pihak tertentu.

Biarpun di dalam laman sosial, penganjur menguar-uarkan tiada ahli politik terlibat namun sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Namun itu tidak penting kerana kalau ada beberapa pemimpin pembangkang terlibat ia bukanlah satu kejutan tetapi persoalan siapakah yang diperbodohkan dalam gerakan ini?

Kalaupun hendak menjadi pembela rakyat biarlah bertempat dan bukannya melakukan tindakan yang boleh menggadaikan masa depan sendiri. Tidakkah mereka fikir atau kaji, apakah yang berlaku kepada golongan muda yang sebelum ini ditahan ketika menyertai perhimpunan haram?

Apakah nasib mereka dibela oleh mana-mana pemimpin pembangkang apabila mereka dibuang atau digantung pengajian oleh pihak universiti?

Dalam soal ini, kita tidak menyalahkan seratus peratus segelintir golongan muda yang diperbodohkan atau sedia diperbodohkan, tetapi apa yang kita hendak mempersoalkan siapakah yang tergamak memperbodohkan mereka?

Sememangnya kita mengetahui anak muda begitu mudah terpancing apatah lagi apabila mendapat sedikit upah. Ada antara mereka tidak tahu pun apa tujuan perhimpunan itu, tetapi oleh kerana terpengaruh dengan ajakan untuk berseronok maka mereka pun turut serta.

Kita tidak boleh membiarkan golongan muda ini terus menjadi mangsa hasutan mana-mana pihak. Mereka sepatutnya dibimbing untuk menghormati kedaulatan undang-undang dan bukannya turun ke jalanan bagi mencabar undang-undang.

Sebab itulah, kita mahu tindakan tegas diambil kepada dalang perhimpunan ini tanpa mengira siapa pun mereka. Ini memandangkan tindakan mereka memperalatkan golongan muda adalah satu tindakan keterlaluan dan melampau.

Mereka perlu diburu sehingga ke lubang cacing dan dihadapkan ke muka pengadilan supaya ia menjadi pengajaran kepada semua pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di negara ini.

Kalau benar, mereka mahu menjadi pejuang dan bersedia menanggung apa juga akibat maka tampilkan diri, jangan bersikap pengecut dengan hanya menjadi tok dalang yang menghasut anak-anak muda.

Individu seumpama ini tidak layak menjadi pemimpin dan harus ditolak oleh rakyat kerana mereka hanya mengundang kesengsaraan kepada negara ini.

Apatah lagi mengikut perancangan kumpulan yang mahu mengadakan perhimpunan pada 31 Disember ini, mereka akan mula memasuki Dataran Merdeka pada pukul 10 malam dan akan berada di situ selama mungkin.

Malah mereka juga sudah menguar-uarkan bersedia berhadapan dengan tindakan pihak berkuasa dengan seruan, masuk ke Dataran Merdeka walau apa pun halangan.

Keadaan ini sudah jelas membuktikan perhimpunan kali ini mempunyai motif untuk menghuru-harakan negara dan harus dihalang dengan apa juga cara sekali pun.

Mungkin ada pihak khususnya pembangkang akan terpekik terlolong jika pihak berkuasa bertindak dengan menganggap ia pencabulan demokrasi, tetapi bagaimana pula dengan tindakan mereka?

Apakah hasrat untuk mengguling kerajaan melalui demonstrasi jalanan tidak boleh dianggap sebagai pemerkosaan ke atas amalan demokrasi di negara ini?

Justeru bagi mengelak anak muda kita terjebak dengan politik songsang mana-mana juga pihak, maka adalah perlu perhimpunan haram yang dirancang itu perlu dihalang. Jangan biarkan ratusan laporan polis yang dibuat di seluruh negara hanya sekadar menjadi fail polis sahaja sedangkan majoriti rakyat mahu pihak terlibat ditahan dan didakwa.

Semua pihak yang membuat laporan polis itu bimbang kerana ia bukan sahaja melibatkan soal keselamatan dan ketenteraman tetapi bagaimana anak muda dihasut oleh pihak tertentu untuk berdemonstrasi.

Kita sudah saksikan di banyak negara bagaimana apabila golongan muda terhasut dengan gejala seumpama itu negara tersebut menjadi porak-peranda.

Pemikiran mereka diracuni dengan propaganda bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Mungkin bagi kerajaan yang zalim dan kuku besi, ia layak ditumbangkan tetapi apakah kerajaan negara ini benar-benar zalim seperti mana didakwa oleh sesetengah pihak.

Kalau kerajaan Barisan Nasional (BN) zalim, sudah lama puak-puak yang mahu membuat tindakan tidak waras dengan turun ke jalanan ini disumbatkan ke dalam tahanan. Tetapi kerajaan tidak berbuat demikian, sebaliknya pihak berkuasa hanya akan bertindak selepas bukti dimiliki dan siasatan selesai.

Kita memahami kenaikan kos sara hidup akan membebankan rakyat tetapi membuta tuli hendak menuduh kerajaan zalim hanya kerana perkara itu adalah tidak adil tanpa melihat sebab munasabah dan usaha yang sedang dilakukan bagi mengurangkan beban rakyat.

Sepatutnya berilah peluang kepada kerajaan mengendalikan situasi sebelum hendak menggunakan pendekatan jahil turun ke jalanan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah.

Namun begitu kita percaya masih ramai lagi anak muda yang tidak akan terpedaya dengan hasutan pihak tertentu untuk menggadaikan masa depan dengan turun ke jalanan pada 31 Disember ini.

Kita percaya pihak berkuasa berkemampuan mengendalikan keadaan, apa yang perlu dilakukan ialah memberi penerangan dan penjelasan kepada anak-anak muda jangan melibatkan diri dalam perbuatan tidak berfaedah itu.

Mungkin ada pihak yang menganggap tindakan memperbesar-besarkan isu perhimpunan haram tersebut akan memberi kelebihan kepada penganjur.

Tambahan pula menurut sumber, kelompok itu gembira kerana paparan sedemikian akan memberi publisiti percuma kepada mereka dan sekali gus akan menggalakkan lebih ramai orang menyertai perhimpunan itu.

Tetapi mereka terlupa bahawa tidak semua orang bersedia melakukan kerja bodoh, diperbodohkan atau memperbodohkan diri?

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Linda Onn sah isteri kepada Ungku Azhar

Posted: 27 Dec 2013 02:33 AM PST

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Penyampai radio popular, Linda Onn atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, hari ini selamat diijab kabulkan dengan Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 40-an.

Majlis pernikahan tersebut diadakan selepas solat Asar di kediaman Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Acara lawak PICC sambut tahun baru 2014

Posted: 26 Dec 2013 11:47 PM PST

Oleh ABD. AZIZ ITAR

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) buat julung kalinya akan menganjurkan persembahan lawak jenaka sempena menyambut tahun baharu 2014 pada 31 Disember ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PICC, Badlishah Ahmad, persembahan yang diberi nama Geng Lawak @ PICC itu akan diadakan mulai pukul 9 malam hingga 11 malam dengan mengenakan tiket berharga dari RM85 hingga RM205.

"Persembahan yang akan diacarakan oleh pelawak Sabri Yunus itu akan dijayakan oleh kumpulan SYJ yang dianggotai oleh Shuk, Yassin dan Jihan, Kuah Jenhan, Mr. Os, Isma Alif serta Tauke Yus daripada kumpulan Jambu.

"Selepas persembahan yang akan diadakan di Dewan Plenari, PICC itu, pada pukul 11 malam pula diadakan sesi bertemu dengan para peminat sehingga 11.30 malam. Ini kali pertama PICC menganjurkan program sebegini," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Ibu risau teman wanita anak lepak di rumah

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

SETIAP ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya terutama dalam membina kehidupan agar tidak menghadapi masalah di kemudian hari.

Sejak kecil hingga dewasa anak-anak dididik untuk menjadi anak yang baik, mendengar kata dan menjaga hukum hakam agama supaya tidak tersilap langkah.

Namun ada yang bernasib baik dan ada juga yang berdepan dengan masalah berkaitan anak-anak, seperti mana berlaku kepada Puan Zai (bukan nama sebenar).

Kisah Puan Zai sangat menarik, luahan hatinya sebagai ibu yang berdepan dengan sindiran dan gosip jiran-jiran disebabkan perangai anak lelakinya.

Kita ikuti kisah Zai seperti yang dikirimkan kepada saya:

"Nama saya Zai (bukan nama sebenar ), berusia awal 50-an dan ibu kepada tiga orang anak lelaki. Anak saya yang sulung Hakimi (bukan nama sebenar) sudah bekerja dan yang kedua serta ketiga masih belajar.

"Dalam usia yang muda dan masih belajar, anak sulung saya telah mempunyai seorang teman wanita bernama Azura (bukan nama sebenar).

"Puas saya nasihat, tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Akhirnya saya tutup mulut sebab tidak mahu dia terasa hati dan malas belajar.

"Masalah yang saya hadapi adalah kerana Azura selalu datang ke rumah kami, boleh dikatakan setiap hujung minggu dia akan mengikut Hakimi balik ke rumah.

"Suami saya kurang senang dengan kehadirannya tetapi berat mulut untuk menegur, kerana bimbang Hakimi akan terasa hati. Tapi kami tidak mahu membiarkan perkara ini berlarutan.

"Jiran-jiran mula bertanya mengenai kehadiran Azura. Kehadiran Azura menyebabkan keluarga kami menjadi perhatian dan bualan jiran-jiran.

"Saya seorang yang aktif dengan kerja-kerja kebajikan dan setiap kali menyertai kumpulan tersebut, pedih telinga saya dengan sindiran dan kata-kata yang kurang menyenangkan.

"Sesekali bila difikirkan kembali setiap cemuhan yang diterima itu ada betulnya juga. Tidak manis untuk seorang anak gadis tinggal bersama sebuah keluarga yang belum lagi menerimanya secara sah sebagai ahli keluarga melalui pernikahan yang sah.

"Pernah saya menasihati Azura supaya tidak selalu bermalam di rumah kami kerana tidak mahu dijadikan isu oleh jiran-jiran.

"Teguran saya akan bertahan selama sebulan sahaja, selepas itu Azura akan kembali dengan perangai lamanya melepak di rumah kami pada hujung minggu. Saya tidak nafikan Azura seorang gadis yang rajin tetapi tindakannya itu tidak kena pada masanya lagi.

"Saya juga memaklumkan kepada Hakimi mengenai perkara ini, jawab anak bujang saya Azura seorang gadis yang baik dan tahu baik buruk dalam perhubungan. Dia pandai membawa diri, kata Hakimi.

"Yang paling saya risau apabila kami sekeluarga bertandang ke rumah saudara-mara, Azura akan ikut sama. Nak cakap salah, tidak cakap salah, malah jika kami berbohong pun akhirnya akan terbongkar juga siapa Azura dalam keluarga kami.

"Saya mula berdepan dengan isu keluarga tidak suka kehadiran Azura sebab tidak kena tempat dan cara. Kata mereka, patut ke anak dara macam itu tinggal bersama keluarga kawan lelaki macam dah suami isteri.

"Sakit hati saya tetapi saya terpaksa telan, sebab nak jaga hati Hakimi. Pernah saya bertanya kepada Azura mengenai keluarganya yang belum pernah kami kenali atau berjumpa.

"Pandai dia memberi alasan dengan mengatakan keluarganya jauh di Pantai Timur. Nak balik ke sana agak jauh dan memerlukan perbelanjaan yang banyak, jadi dia lebih selesa datang ke rumah kami.

"Puas berfikir untuk menyelesaikan masalah yang datang tanpa diduga dan di undang ini akhirnya saya mengambil keputusan bersemuka dengan Hakimi dan bertanyakan perkara yang sebenar.

"Saya ingin tahu status hubungannya yang sebenar dengan Azura. Dengan bersahaja Hakimi memberitahu bahawa Azura adalah adik angkatnya. Tetapi kata Hakimi, jodoh itu ketentuan takdir dan dia tidak keberatan untuk menyunting Azura sebagai suri hidupnya jika itu jodoh yang Allah tentukan untuknya.

"Sebagai ibu bapa kami meminta Hakimi menasihatkan Azura supaya tidak selalu bertandang dan bermalam lebih dari yang sepatutnya dilakukan oleh tetamu. Tidak manis dan dalam hukum pun tidak boleh kerana masalah mahram yang perlu dijaga.

"Betul telahan kami, hanya Hakimi sahaja yang boleh menasihati Azura kerana selepas itu Azura tidak lagi datang ke rumah kami.

"Tamat pengajian Hakimi meluahkan hasratnya untuk melamar Azura. Kami tidak menghalang kerana itu pilihannya. Cuma terkadang anak-anak sekarang terlebih berani dalam tindakan mereka.

"Semuanya dibuat sendiri. Malah kata Azura tidak payah maklumkan kepada keluarganya. Saya naik angin dengan kata-katanya dan berkeras untuk menemui keluarganya bagi berbincang tentang pernikahan mereka.

"Akhirnya Azura mengalah dan memberitahu ibu bapanya. Rupanya Azura anak gadis yang bermasalah dan sudah lama tidak balik ke kampung kerana berselisih faham dengan ibu bapa dan keluarganya.

"Ibu bapanya merasa lega kerana kami datang untuk merisik dan melamar anak mereka. Kemudian diikuti dengan majlis bertunang. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah.

"Kini Hakimi dan Azura telah bernikah. Sindiran dan kata-kata jiran dan keluarga berhenti di situ. Itu pun masih menjadi bualan orang mengenai Azura kerana dia terlebih dahulu tinggal bersama kami sebelum disatukan sebagai suami isteri dengan Hakimi.

"Saya telah melalui perkara ini dengan rasa sedih, serta menanggung malu yang amat sangat kerana perbuatan Hakimi dan Azura. Tetapi saya terima hakikat, anak saya tidak dididik dengan baik.

"Saya dan suami mengaku kesilapan kami. Kepada ibu bapa di luar sana saya harap jangan jadi seperti saya. Nasihatkan anak-anak supaya jangan sampai melanggar hukum agama dan budaya kita dalam berkawan.

"Sememangnya benar, romantis dalam perhubungan membuatkan ikatan percintaan menjadi bertambah teguh tetapi awas! fitnah itu lebih dahsyat kesannya pada masa yang mendatang.

"Sampai sekarang saya masih terasa akan kesan perbuatan anak menantu kepada saya dahulu. Tapi saya reda dengan apa yang berlaku. Syukur kerana mereka telah disatukan dan kini hidup bahagia.

"Saya doakan anak-anak saya yang lain tidak akan melalui perkara yang sama. Kita sebagai ibu bapa selalu inginkan yang terbaik tetapi Allah perancang yang paling tepat. Saya anggap itu semua sebagai dugaan Allah untuk saya. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan memberkati hidup kami sekeluarga," demikian Zai menamatkan ceritanya.

Saya bersimpati dengan apa yang Zai alami. Alhamdulillah, semuanya telah selamat. Hati ibu hanya ibu sahaja yang faham. Sukar untuk anak menilainya kerana mereka tidak akan faham perasaan seorang ibu.

Sepatutnya Zai dan suami bertegas dengan Hakimi tentang perkara ini sejak awal. Anak-anak tidak boleh dibiarkan membuat keputusan sendiri, mereka perlu dipantau dan diawasi dalam semua perkara termasuk tentang soal mencari teman hidup.

Saya mendoakan agar kehidupan Zai dan keluarganya akan bertambah ceria dan bahagia selepas ini.

Lupakan segala apa yang pernah dikatakan oleh jiran dan tetangga serta saudara mara tentang anak menantu anda. Asalkan kita tahu apa yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kita, lakukanlah. Insya-Allah, Allah akan melindunginya.

Menutup kata, pesanan saya, sesetengah orang tidak menangis kala berdepan dengan kesedihan tetapi air matanya akan menitis bila berdepan dengan kejayaan kerana emosi, hati dan perasaan tidak sekata dalam mencari erti tentang kehidupan.

Salam.

Pengantin moden kontemporari

Posted: 26 Dec 2013 09:37 PM PST

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN

Persalinan songket hijau dengan potongan moden.

JIKA diperhatikan, fesyen pengantin tidak mengalami banyak perubahan antara dahulu dan sekarang.

Dua puluh tahun tahun dahulu mungkin songket menjadi pilihan utama pengantin, tetapi perlahan-lahan ia diganti dengan fabrik yang dilihat lebih moden dan nampak mewah seperti renda Perancis, sutera dan sebagainya.

Bagaimanapun, fesyen pengantin daripada songket tetap menjadi pilihan sesetengah pengantin yang berbangga dengan warisan tradisional Melayu.

Bagi disesuaikan dengan peredaran masa, fabrik tersebut diberi sentuhan lebih moden dan kontemporari terutama dari segi rekaan dan perinciannya.

Sebagai contoh, menggabungkan elemen renda, syifon dan fabrik lain dengan perincian manik, labuci serta batu-batu kristal supaya tampak moden.

Masih ramai yang mahu menggayakan baju songket ketika bersanding di pelamin atau dipakai pada malam berinai. Kemewahan songket yang hanya dipakai pada hari istimewa masih dapat dirasai. Ini kerana songket bukan pakaian biasa yang dipakai pada hari biasa.

Pemilik Seri Mempelai Collection, Nor Azlan Shamsuri dan adiknya, Zairul Kamal Shamsuri berkata, fesyen pengantin daripada songket kembali diminati sekarang.

Generasi kini sudah pandai menilai fabrik tradisional ini yang menampakkan keanggunan dan ketampanan pengantin apabila menggayakannya.

Justeru itu, Nor Azlan menyediakan beberapa pasang fesyen pengantin daripada songket yang terdiri daripada beberapa warna menarik yang biasanya dipakai oleh pasangan pengantin.

"Saya turut menyediakan rekaan moden seperti peplum yang dipakai bersama kain potongan duyung yang dibuat daripada songket. Rekaan seperti ini menonjolkan kemewahan dan pengantin tampil eksklusif dan anggun apatah lagi saya tambahkan dengan jahitan manik dan kristal pada bahagian dada, tangan, bawah baju dan tepi kain.

"Rekaan seperti ini amat sesuai untuk persandingan dan gaya raja sehari pasti terserlah.

"Selain baju songket, saya juga menyediakan baju-baju lain yang sesuai untuk persandingan dan untuk beberapa acara lagi seperti memotong kek, malam berinai dan bertandang.

"Lain orang lain pula permintaannya kerana selain memenuhi permintaan pelanggan yang menyukai baju songket, saya perlu juga menyediakan rekaan lain bagi pelanggan yang tidak mahu memakai songket," kata Nor Azlan.

Mempunyai pelanggan dari seluruh Malaysia termasuk Singapura, tambah Nor Azlan, Seri Mempelai Collection turut menerima tempahan membuat baju pengantin bagi mereka yang ingin memakai baju baru pada hari istimewa mereka itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


MPSJ diminta kaji semula

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Chong Chee Yen (tengah) bersama sebahagian 35 peniaga sekitar Subang Jaya berkumpul sebagai membantah kenaikan kadar baharu lesen perniagaan yang didakwa naik terlalu mendadak di pekarangan MPSJ, Subang Jaya, Selangor, semalam. - UTUSAN/Ghazali Basri

SUBANG JAYA 27 Dis. - Kira-kira 35 peniaga di sini membantah kenaikan kadar baharu lesen perniagaan yang didakwa dinaikkan secara mendadak oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Peniaga mendakwa, kenaikan itu memberi kesan kepada mereka yang terdiri daripada peniaga kecil dan sederhana kerana dibuat tanpa sebarang pemberitahuan notis awal.

Naib Pengerusi Parti Gerakan Selangor, Chong Chee Yen, berkata, kerajaan negeri perlu mengkaji semula kenaikan tersebut kerana kenaikannya terlalu mendadak sehingga mencecah 400 peratus bermula tahun depan.

Menurutnya, kenaikan itu akan sudah tentu memberi kesan kepada kos peniagaan.

"Kami dimaklumkan bahawa kedai runcit dikenakan yuran sehingga RM1,000 setahun berbanding RM180 sebelum ini.

"Tindakan ini amat keterlaluan kerana dilaksanakan tanpa sebarang notis awal," katanya kepada pemberita semasa mengetuai bantahan aman bersama peniaga di pekarangan i MPSJ di sini hari ini.

Semasa bantahan tersebut, Chee Yen turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Setiausaha MPSJ, Mohd. Zulkarnain Che Ali bagi mewakili peniaga terlibat.

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan MPSJ bahawa kenaikan kadar tersebut adalah pindaan baharu Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPSJ 2007.

"Bagaimana pun kami melihat kenaikan yang terlalu mendadak itu hanya akan menyebabkan kesulitan kepada peniaga pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga, Chen Eng Keng, 38, berkata, dia berharap MPSJ dapat menangguhkan kenaikan tersebut dan mengenakan kadar yang lebih munasabah.

"Sudahlah sewa di sini mahal ditambah dengan kadar lesen yang naik secara tiba-tiba pula, perkara tersebut benar-benar memberi tekanan kepada kami.

"Kami juga tidak mendapat maklumat yang jelas mengapa kadar tersebut dinaikkan, sedangkan sebelum ini caj yang dikenakan sangat berpatutan," ujarnya.

Golongan muda diminta lebih matang dan rasional - Johan

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Johan Abdul Aziz (tengah) bersama sebahagian daripada penerima bantuan persekolahan sekitar Hulu Langat selepas merasmikan Program Empat Dalam Satu di Semenyih, Hulu Langat, Selangor, semalam. - UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM

HULU LANGAT 27 Dis. - Anggota masyarakat terutama golongan muda diminta bersikap lebih matang dan rasional dalam melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sebarang isu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, mereka tidak sepatutnya terpedaya dengan pengaruh dan ajakan untuk turun berdemonstrasi yang dikhuatiri boleh memporak perandakan keamanan negara.

Menurutnya, tindakan itu hanya merugikan diri mereka sendiri dan akan merencat semangat golongan muda.

"Lebih baik kita menyertai pelbagai aktiviti yang menyihatkan atau mengambil iktibar dari pelbagai sejarah dan peristiwa yang berlaku di negara lain, dalam erti kata pentingnya kita mempertahankan keamanan negara kita yang tercinta ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penganjuran Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini yang dipercayai cuba memperalatkan golongan belia untuk menentang kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Terdahulu beliau hadir merasmikan Program Empat Dalam Satu di sini.

Selain acara pelepasan empat veteran ahli UMNO berbasikal menjelajah Selangor sejauh 341 kilometer, beliau turut melancarkan Kelab Bola Sepak Peringkat DUN Semenyih.

Turut diadakan majlis penyampaian penghargaan kepada Kelab Bola Sepak Remaja Semenyih Putra United yang menjuarai Divisyen 1 Kejohanan Bola Sepak 1 Malaysia Cardiff Club (1MCC) baru-baru ini dan Penyerahan Bantuan Kembali Ke Sekolah kepada kira-kira 200 pelajar sekolah rendah sekitar Hulu Langat.

Johan menambah, adalah lebih baik melibatkan diri dalam aktiviti sukan kerana ia bukan sahaja meningkatkan kesihatan, sebaliknya usaha untuk mengharumkan nama negara sekiranya terpilih ke peringkat antarabangsa.

"Ini sebagaimana yang kami usahakan di daerah ini, apabila kita mampu untuk melahirkan dua pemain muda kebangsaan bagi mewakili pasukan bola sepak negara," katanya.

Tambahnya, semangat empat ahli veteran UMNO berbasikal menjelajah Selangor itu perlu dijadikan contoh kepada anak-anak muda lain dengan melibatkan diri melalui kegiatan lebih sihat dan tidak merugikan diri mereka sendiri.

Menurutnya, acara berbasikal itu merupakan sebahagian latihan fizikal dan mental mereka sebelum menyertai satu ekspedisi berbasikal untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah pada Mac 2014.

Kerajaan peruntuk RM7 juta untuk PP1M

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Hasan Malek (tengah) mencuba alat membuat laksa kebak selepas merasmikan Program Penjaja 1Malaysia di R&R Bukit Dukong, Kajang, Selangor, semalam - UTUSAN/Aizzul A.Majid

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Kerajaan memperuntukkan RM7 juta untuk melaksanakan transformasi fizikal premis penjaja dan peniaga kecil selaras dengan matlamat Program Penjaja 1Malaysia (PP1M) sejak mula diperkenalkan tahun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, PP1M diperkenalkan bagi menaik taraf kawasan perniagaan melalui premis yang lebih bersih dan teratur serta menekankan penyediaan makanan yang bersih, sihat dan selamat.

"Program ini dimulakan di Kuala Lumpur dan diteruskan secara berperingkat ke kawasan-kawasan lain di seluruh negara.

"Kerajaan juga memperkenalkan satu lagi projek yang dikenali sebagai 'transformasi kios' yang bertujuan memberikan landskap baharu kepada gerai tradisional penjaja yang dibina dengan kayu dan zink," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan PP1M di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Dukung, Kajang dekat sini hari ini.

Menurut Hasan, melalui projek 'transformasi kios', penjaja dan peniaga kecil akan menggunakan gerai keluli tahan karat.

Katanya, sebanyak 13 projek 'transformasi kios' telah dilaksanakan di PP1M Bukit Dukung yang juga merupakan projek perintis sebelum dikembangkan ke seluruh negara.

"Kementerian melalui kerjasama strategik bersama Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) iaitu syarikat konsesi tol Lebuhraya Cheras-Kajang telah bersetuju untuk berkongsi peruntukan menaik taraf pusat penjaja di sini yang menelan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM114,000," jelasnya.

Turut bekerjasama menjayakan program itu adalah Majlis Perbandaran Kajang, Jabatan Kerja Raya (JKR), Syarikat Yaqin Marketing Sdn. Bhd. serta persatuan-persatuan penjaja dan peniaga kecil setempat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Murid mula bersekolah dibantu

Posted: 26 Dec 2013 10:22 AM PST

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
pengarang@utusan.com.my

Suhaimi Salleh (kiri) menunjukkan kemahiran menggunting rambut selepas majlis penyampaian sumbangan beg sekolah di Dewan Serbaguna Tok Moy, Kampung Duku, Pontian, kelmarin.

PONTIAN 26 Dis. - Seramai 200 murid di kawasan Tanjung Piai di sini menerima sumbangan beg sekolah daripada Badan Perhubungan UMNO negeri sebagai persediaan memasuki sesi persekolahan baharu minggu depan.

Pergerakan Puteri UMNO serta Biro Pendidikan UMNO Bahagian Tanjung Piai turut menyumbangkan peralatan sekolah selain perkhidmatan gunting rambut percuma.

Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Suhaimi Salleh berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan membuat persediaan persekolahan anak-anak mereka.

"Kami berharap sesi persekolahan mereka akan lebih bermakna serta bermotivasi dengan sumbangan yang diterima ini," katanya dalam majlis penyampaian sumbangan kepada ibu bapa dan wakil sekolah di Dewan Serbaguna Tok Moy, Kampung Duku di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjung Piai, Rahimah Ithnin; Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Tanjung Piai, Mohd. Mokhtar Abdullah dan Setiausaha UMNO Bahagian Tanjung Piai, Shafie Kadar.

Suhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup berkata, kerajaan sentiasa prihatin dan bersungguh-sungguh memberi pendidikan sempurna kepada semua lapisan masyarakat termasuk anak-anak golongan kurang berkemampuan supaya mereka tidak ketinggalan dalam bidang tersebut.

Beliau berharap semua ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sebaiknya bermula di peringkat prasekolah sehingga ke sekolah menengah dan seterusnya ke institusi pengajian tinggi (IPT).

"Dengan kemudahan bangunan sekolah yang serba lengkap termasuk di luar bandar, tenaga pendidik yang berkualiti serta berkemahiran, tentunya tiada halangan bagi mereka untuk berjaya," katanya sambil menyarankan ibu bapa mewujudkan tabungan khas bagi tujuan pendidikan anak-anak demi masa depan mereka.

Beliau berkata, dengan adanya perancangan awal, beban ibu bapa akan berkurangan kerana mereka telah mempunyai sumber kewangan mencukupi bagi memenuhi keperluan semasa.

"Sekurang-kurangnya mereka boleh menabung sebanyak RM150 sebulan dan pada akhir tahun dapat mengumpul sebanyak RM1,800 yang boleh digunakan pada awal persekolahan," katanya.

Acara menarik ulang tahun Johor Bahru

Posted: 26 Dec 2013 10:22 AM PST

Ismail Karim (tiga dari kiri) menyentuh bebola kristal elektronik bagi melancarkan Perayaan Ulang Tahun Ke-20 MBJB di Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 26 Dis. - Pelbagai acara menarik menanti warga bandar raya ini sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Bandar Raya Johor Bahru mulai 1 Januari ini.

Datuk Bandar Johor Bahru, Ismail Karim berkata, sebanyak 20 acara dianjurkan hingga penghujung Jun depan sempena mengimbau dan meraikan 20 tahun perisytiharan Johor Bahru sebagai bandar raya kelima di negara ini pada 1 Januari 1994.

"Acara yang disusun termasuk aktiviti sosial, kerohanian, cara hidup sihat, sukan, kemasyarakatan, pengindahan dan keilmuan membabitkan semua golongan belia, kanak-kanak, keluarga, pemaju, profesional dan komuniti setempat.

"Tema yang dipilih ialah JB Dihatiku bertujuan mengeratkan kerjasama serta hubungan baik dan harmoni antara staf Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan warga bandar ini," katanya semasa melancarkan Perayaan Ulang Tahun Ke-20 MBJB di sini kelmarin.

Yang turut hadir, bekas Datuk Bandar Johor Bahru, Mohd. Jaffar Awang yang berkhidmat mulai 2009 hingga 2011.

Ismail turut berharap semua warga bandar raya ini menghayati tema yang dipilih dan bersama-sama bertanggungjawab menjadikan Johor Bahru sentiasa bersih, indah dan ceria.

Beliau berkata, Johor Bahru yang kini menjangkau usia 158 tahun mengalami pelbagai proses peralihan dan perubahan iaitu dari sebuah perkampungan kecil petani dan nelayan kepada bandar yang pesat membangun dan kini menuju sebuah bandar raya maju, bersepadu dan bertaraf antarabangsa menjelang 2020.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Johor Bahru mengalami beberapa perubahan yang agak ketara membabitkan pertumbuhan kawasan penempatan baharu, pembangunan infrastruktur, landskap, rekreasi serta projek pembangunan mega yang memberi imej baharu kepada bandar raya ini.

"MBJB menyahut saranan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin supaya bandar raya ini sentiasa kondusif untuk didiami," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Gaya santai 2014

Posted: 26 Dec 2013 09:37 PM PST

Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR

But paras lutut yang cukup bergaya.

Melangkah ke tahun 2014, gedung membeli-belah terkenal Hennes & Mauritz atau lebih popular dengan singkatan H&M muncul dengan himpunan fesyen dengan gaya lebih segar, santai dan urban yang sudah pasti mengujakan para penggemarnya.

Bersedia untuk bebas mengekspresikan keriangan melalui koleksi wanita yang ala tomboi dengan sedikit elemen-elemen nakal tetapi masih ada gaya bohemia.

Begitulah H&M menterjemah tema koleksi pakaian wanita untuk musim bunga 2014 ini.

Pakaian wanita dengan gaya urban menampilkan kelainan pada olahan dan diri wanita tersebut.

Koleksi kali ini didominasi busana dengan perincian tassel (berumbai), blaus longgar yang feminin, dan jaket kulit tampal cantum (patchwork ) yang menggunakan fabrik suede, kulit, bulu tiruan, kapas dan kulit metalik.

Koleksi unik ini didatangkan dalam pelbagai warna ceria seperti hitam, putih, mocha, metalik dan putih gading.

Melalui kombinasi gaya urban dan bohemia , koleksi ini kelihatan berbeza dan bergaya kepada wanita yang memakainya. Setiap ekspresi mereka pasti tampil menarik dan manis.

Selain itu, bagi melengkap dan menambahkan keanggunan gaya H&M juga membawa pelbagai variasi aksesori untuk dipadankan seperti beg tangan, rantai leher dan tangan , cincin, tali pinggang, kasut but, kasut tumit tinggi dan sandal.

Bagi koleksi pakaian untuk jejaka tampil dengan gaya kemas dan licin namu masih kelihatan santai.

Seluar pendek gaya berpotongan kemas, jaket juruterbang, baju panas bertekstur, kameja , dan seluar pendek bercorak flora adalah beberapa koleksi menarik yang ditampilkan sempena musim bunga 2014.

Koleksi yang menggunakan fabrik kapas, kapas melange, campuran linen suede dan kulit didatangkan dalam variasi warna putih, biru laut, khaki dan kelabu, merah jambu dan kuning sitrus.

Harga untuk pakaian adalah bermula dari pada RM59.90 hingga RM999 manakala harga untuk aksesori bermula RM39.90 hingga RM249.

Semua koleksi ini boleh diperoleh di semua casangan H&M di beberapa gedung membeli-belah terkemuka seluruh negara.

Promosi akhir tahun Habib

Posted: 26 Dec 2013 09:37 PM PST

Pilihan barang kemas memukau pandangan

JUALAN cuci gudang Habib yang diadakan setiap hujung tahun memang sesuatu yang dinantikan oleh peminat barang kemas Habib Jewels. Untuk tahun ini Habib telah memilih hanya tiga lokasi untuk 'dicuci' iaitu di cawangan utama di Ampang Point, Selangor, Air Keroh, Melaka dan Plaza Angsana, Johor.

Apa yang lebih menarik, Jualan Cuci Gudang Habib ini memberi potongan hebat sehingga 80 peratus untuk barangan kemas berlian dan permata terpilih. Bukan itu sahaja, potongan ini juga melibatkan barangan kemas emas 916 sehingga RM15 segram dan potongan harga untuk jongkong emas 999 sehingga RM20 segram.

Habib turut menawarkan perkhidmatan tukar beli emas pada nilai sebanyak 18 peratus harga susut dan juga membeli dan menjual Jongkong Emas 999.9 dan Perak 999 yang boleh didapati dengan berat bermula dari 5 gram sehingga 1 kilogram.

Lanjut masa perniagaan

Sepanjang Jualan Cuci Gudang Habib ini, bilik pameran Habib yang terlibat akan memanjangkan waktu perniagaan dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelanggan-pelanggan Habib juga boleh mendapatkan barangan kemas yang dieksport dengan potongan harga sehingga 80 peratus. Bukan itu sahaja, koleksi berlian bersijil antarabangsa pada harga yang sangat rendah dan barangan berlian seperti koleksi Ice Habib yang boleh didapati pada harga serendah RM699 setiap satu.

Satu lagi berita baik untuk pelanggan Habib ialah barangan kemas mutiara iaitu rantai leher dan gelang tangan mutiara yang boleh dimiliki pada harga RM38 setiap satu untuk 100 pelanggan pertama setiap hari. Bukan itu sahaja, hadiah percuma untuk juga akan diberikan untuk pembelian RM2,000 keatas dan peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah seperti barangan kemas berlian dan permata Habib, jongkong emas Emas dan barangan kemas Pandora.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki barangan kemas Habib pada harga yang terendah yang hanya boleh didapati setahun sekali ini di lokasi-lokasi yang terpilih iaitu, Ampang Point, Ayer Keroh, Plaza Angsana dari 25 hingga 29 Disember 2013.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved