Jumaat, 27 Disember 2013

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Kedah longgar syarat beri biasiswa

Posted: 26 Dec 2013 10:34 AM PST

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

Norsabrina Mohd. Noor menyampaikan bantuan beg sekolah kepada salah seorang kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Bandar Baharu, Kedah, kelmarin.

BANDAR BAHARU 26 Dis. - Kerajaan negeri bersetuju memberikan kelonggaran kepada para penduduk sekitar daerah ini yang lahir di negeri Perak atau Pulau Pinang untuk mendapatkan bantuan pendidikan daripada Lembaga Biasiswa dan Pinjaman Negeri Kedah (LBPNK).

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Teknologi Maklumat Komunikasi dan Teknologi Tinggi Kedah, Datin Norsabrina Mohd. Noor berkata, kelonggaran tersebut diberikan ekoran masalah status taraf anak negeri dalam kalangan penduduk kawasan itu yang dilahirkan di luar Kedah.

Beliau berkata, bagaimanapun mereka yang terlibat dikenakan syarat tambahan iaitu kedua-dua ibu bapa pemohon mesti dilahirkan di Kedah dan mendapat pengesahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu.

"Sebelum ini ramai anak negeri Kedah dilahirkan di Perak atau Pulau Pinang akibat ketiadaan kemudahan bersalin di kawasan Bandar Baharu. Berikutan itu, mereka secara automatik tidak layak mendapat biasiswa negeri Kedah meskipun memperoleh keputusan cemerlang.

"Kerajaan negeri amat memahami masalah ini dan kita bersetuju memberikan kelonggaran kepada mereka terlibat selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan beg sekolah sumbangan Pejabat ADUN Bandar Baharu kepada 90 murid di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Taka di sini semalam.

Norsabrina berkata, dengan kelonggaran itu, beliau berharap pelajar cemerlang di daerah Bandar Baharu akan menggunakan kesempatan terbabit untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi.

Tambah beliau, kerajaan negeri dan Pusat turut bekerjasama untuk memastikan pembinaan sebuah hospital di daerah Bandar Baharu disegerakan sekali gus mengatasi masalah status kelahiran dalam kalangan penduduk.

Polis minta saksi kes langgar lari tampil beri maklumat

Posted: 26 Dec 2013 10:34 AM PST

ALOR SETAR 26 Dis. - Saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut melibatkan seorang pembantu gerai makan Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd. Malik Samsudin, 30, di Kilometer 22.5, Lebuh Raya Utara Selatan menghala Changlun dekat sini pagi kelmarin diminta tampil memberikan maklumat.

Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, S. Ragu berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat seorang lelaki di tepi lebuh raya berdekatan kilang Gano Excel dari arah Jitra ke Changlun daripada orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 7.45 pagi.

Menurutnya, sebuah motosikal jenis skuter Yamaha Ego bernombor pendaftaran RK 6913 turut ditemui berdekatan mangsa.

Dalam kes berasingan, Ragu turut meminta bantuan orang ramai menyalurkan maklumat berhubung satu lagi kemalangan maut di Kilometer 23.1 dari arah Changlun ke Jitra pada 4 Disember lalu.

Kemalangan itu melibatkan seorang pekerja sebuah kilang pengeluar makanan, Mohd Iswandi Ishak, 22.

Tambah Ragu, kedua-dua kejadian tersebut adalah kes langgar lari dan sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut diharap dapat menghubungi Bahagian Trafik IPD Kubang Pasu di talian 04-9172222 atau menerusi telefon bimbitnya iaitu 013-5201383.

Cari ah long guna talian tertera

Posted: 26 Dec 2013 10:34 AM PST

IPOH 26 Dis. - Polis Perak akan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan ah long yang terus menawarkan pinjaman kepada orang ramai menerusi iklan-iklan mereka seperti poster, pelekat dan kain rentang di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak, Supritendan Maszely Minhad berkata, kesemua maklumat akan diselidiki bagi mengenal pasti dalang di sebalik aktiviti berkenaan.

"Pasukan risikan akan digerakkan bagi mengenal pasti siapakah dalang-dalang yang mengusahakan kegiatan haram ini. Kesemua nombor telefon yang tertera dalam iklan itu akan dihantar ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut. Jika cukup keterangan, kita akan mengambil tindakan sehingga mendakwa mereka di mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas operasi Ops Vulture bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi menurunkan poster ah long di sekitar daerah ini di sini baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved