Jumaat, 27 Disember 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Himpunan Guling Kerajaan: Penganjur perlu dipertanggungjawab

Posted: 27 Dec 2013 02:06 AM PST

Oleh NURULANUAR MANSOR

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Pihak penganjur Himpunan Guling Kerajaan perlu dipertanggungjawabkan dan dikenakan tindakan keras terhadap sebarang kekaucauan serta kerosakan harta benda yang berlaku semasa perhimpunan tersebut pada 31 Disember ini.

Selain itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Arman Adzha Abu Hanifa, mereka juga perlu dikenakan tindakan keras berdasarkan perlembagaan sekiranya ada individu yang mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang pada perhimpunan tersebut.

Beliau turut menyatakan, penganjur perhimpunan haram itu jelas tidak menghormati sistem demokrasi, perlembagan, undang-undang dan hak rakyat lain dengan menghasut rakyat khususnya golongan muda menyertai demonstrasi haram tersebut.

Justeru, beliau bersama lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap pihak penganjur perhimpunan haram itu di Balai Polis Damansara di sini hari ini agar tindakan tegas dapat segera diambil.

"Kami telah mengumpul bukti hasutan mereka dan telah menyerahkannya kepada pihak polis.

"Ini bukan retorik tetapi kenyataan kerana bukti-bukti tersebut jelas menunjukkan mereka melaku hasutan dan tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang," jelas Arman Adzha.

NGO yang membuat laporan polis berkenaan ialah Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Suara Anak Muda 1Malaysia, Majlis Jalinan Melayu Malaysia dan Briged Kesatria Mahasiswa.

Turut sama membuat laporan ialah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara danPergerakan Pemuda UMNO Cawangan SS9A. - UTUSAN ONLINE

Krim kosmetik Sensual Meiji mengandungi racun - KKM

Posted: 27 Dec 2013 12:53 AM PST

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik Sensual Meiji Skin Renewer Cream yang dikesan mempunyai racun berjadual asid azelaik.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datuk Eisah A. Rahman berkata, produk yang dikilangkan di Taiwan itu diuji serta dikesan mengandungi racun yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Katanya, produk yang mengandungi asid azelaik, perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, yang bertujuan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi merawat masalah jerawat dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

"Penggunaan asid tanpa mendapat nasihat kepakaran daripada profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini seperti bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, kegatalan, kesan kemerahan, kulit mengelupas dan perubahan warna kulit," katanya.

Beliau berkata, syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk itu diarah memberhentikan penjualan atau pembekalan dengan serta-merta dan memanggil balik kesemua stok produk itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam.

"Sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta," katanya.

Eisah berkata, pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah boleh dihukum maksimum tiga tahun penjara dan denda RM25,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, beliau berkata, syarikat yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 dan hukuman bagi kedua-dua individu ataupun syarikat akan meningkat jika didapati mengulangi kesalahan sama.

Pengguna yang mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik, dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, di talian 03-8835532/5533/5537. - BERNAMA

Kerjasama 3 pihak lahirkan graduan penuhi permintaan - PM

Posted: 27 Dec 2013 12:41 AM PST

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerjasama erat antara institusi pengajian tinggi (IPT), bakal majikan serta pelajar mampu melahirkan graduan yang berkeupayaan bagi memenuhi pasaran pekerjaan.

Perdana Menteri berkata, selain meningkatkan kualiti pendidikan, kerjasama itu adalah penting untuk memperkasa graduan, dalam bidang yang bakal diceburi.

"Saya percaya bahawa pemerkasaan modal insan adalah intipati penting dalam agenda pembangunan negara," katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

Dalam usaha melahirkan graduan berkualiti yang memenuhi kehendak pasaran, kerajaan telah melaksanakan beberapa usaha, antaranya membangunkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah dan Modul Asas Pembudayaan Keusahawanan yang diajar di semua IPTA.

Siswazah yang sudah tamat pengajian juga diberikan peluang mengikuti program latihan khusus dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak industri seperti Khazanah Nasional Berhad, Multimedia Development Corporation (MDEC), Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat tempatan lain.

Selain itu, Program Penjodohan Siswazah turut dijalankan dengan industri melalui kerjasama dengan syarikat tempatan yang mencari dan menempatkan siswazah di industri yang bersesuaian. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved