Khamis, 5 Januari 2012

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Persatuan mesti jawab - Shabery

Posted:

Persatuan mesti jawab - Shabery

Persatuan mesti jawab - Shabery

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan dua atlet yang positif ujian doping pada Sukan SEA XXVI Indonesia amat memalukan negara.

Beliau menegaskan, sekiranya perkara tersebut terbukti bersalah ia memberi tanggapan negatif terhadap sukan negara tambahan pula melibatkan atlet yang sebelum ini diberi pujian dan menerima pelbagai anugerah.

"Malah atlet tersebut juga sebelum ini adalah salah seorang yang menerima kalungan pingat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini, jadi kita amat memandang serius perkara ini," katanya pada sidang media tergempar di sini, semalam.

Jelasnya, pihak yang terbabit iaitu persatuan sukan tersebut perlu memberi jawapan dan gambaran sebenar tentang apa yang berlaku kerana perkara itu adalah di bawah tanggungjawab mereka dan mereka tidak boleh mendiamkan diri.

"Mereka (persatuan) tidak boleh mendiamkan diri dan tidak mempedulikan atlet yang terlibat kerana perkara ini amat memalukan negara, serta sekali lagi melibatkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

"Jika mereka mendiamkan diri sekali lagi sama seperti isu atlet lari ujian doping maknanya mereka melindungi sesuatu yang tidak elok, malah saya tidak teragak-agak menggunakan kuasa menteri untuk ambil tindakan," katanya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan dua atlet negara masing-masing seorang daripada olahraga dan angkat berat yang menang pingat pada Sukan SEA XXVI Indonesia lalu positif ujian doping sampel A.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi ketika mengesahkan perkara itu berkata, surat mengenainya diterima daripada Jawatan kuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc) 21 Disember lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua atlet tersebut perlu menunggu keputusan sampel B bagi mengetahui sama ada mereka betul-betul sah menggunakan bahan terlarang ketika menyertai temasya tersebut.

Dalam perkembangan sama, Shabery berkata, jika atlet tersebut didapati bersalah, mereka bukan sahaja akan dikenakan tindakan oleh persatuan masing-masing, malah pingat yang dimenangi serta Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) turut akan ditarik balik.

"Jika acara tersebut melibatkan berpasukan maka kesemua pingat dan wang Shakam mereka akan ditarik balik. Sehingga ujian sampel B belum diketahui perkara ini masih lagi bersifat spekulasi serta ia adalah maklumat sulit yang tidak boleh diumumkan.

"Hukuman yang bakal dikenakan oleh kedua-dua atlet tersebut jika didapati positif juga boleh diminimumkan, dengan syarat dia dapat buktikan dia tidak bersalah dan mendedahkan siapa yang terlibat dalam menyuruh mereka mengambil bahan terlarang," katanya.

Kontinjen negara berjaya meraih 59 pingat emas, 50 perak dan 81 gangsa di temasya dwi tahunan yang diadakan di Palembang dan Jakarta November tahun lepas.

Full content generated by Get Full RSS.

Suplemen daripada ISN selamat - Dr. Ramlan

Posted:

Suplemen daripada ISN selamat - Dr. Ramlan

Suplemen daripada ISN selamat - Dr. Ramlan

PUTRAJAYA - Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Aziz menolak sama sekali bahawa suplemen yang diberikan kepada atlet negara mengandungi bahan terlarang.

Menurut Dr. Ramlan, jika seseorang atlet itu mengambil suplemen yang diberikan oleh ISN sudah pasti mereka tidak akan diuji positif seperti dua atlet olahraga dan angkat berat yang diuji positif dalam ujian doping selepas temasya Sukan SEA XXVI Indonesia.

"Tidak ada masalah jika mereka mengambil suplemen daripada ISN, cuma apa yang merisaukan kita sekarang ini ialah mereka menggunakan suplemen luar dan tidak memaklumkan kepada kami untuk melakukan pemeriksaan," katanya kepada media semalam.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengesahkan dua atlet negara masing-masing seorang daripada olahraga dan angkat berat yang menang pingat pada Sukan SEA XXVI Indonesia lalu positif ujian doping sampel A.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi ketika mengesahkan perkara itu berkata, surat mengenainya diterima daripada Jawatan kuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc) 21 Disember lalu.

"Ini adalah tanggungjawab kami bagi memastikan atlet mengambil suplemen yang tidak mengandungi bahan terlarang, jika mereka mengambil suplemen luar dan tidak boleh digunakan kami akan menasihatkan mereka untuk tidak mengambil suplemen tersebut.

"Sekarang ini kita perlu menunggu sampel B selepas itu barulah saya boleh menjelaskan secara lanjut tentang apa bahan yang digunakan dan siapakah atlet tersebut setakat ini semuanya masih lagi sulit.

"Sampel A dan B adalah dari ujian air kencing yang sama cuma ia dipisahkan diletakkan dalam bekas yang berasingan namun jika sampel A positif, sampel B kemungkinan besar juga akan didapati positif," katanya.

Dr. Ramlan berkata, ISN tidak akan bertoleransi mengenai anti doping, namun perkara ini tidak boleh dielakkan tanpa sokongan padu jurulatih dan pegawai di setiap persatuan sukan di seluruh negara.

"Atlet pula mempunyai hak untuk berkata 'tidak' jika mereka merasakan suplemen yang diberikan oleh jurulatih serta pegawai tidak diketahui kandungannya, bagaimanapun jika terbukti bersalah semuanya termasuk siasatan akan dilalukan oleh persatuan sesebuah sukan. Bentuk hukuman perlulah mengikut kod dan etika Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

"Bagaimanapun perkara ini melibatkan maruah negara, kerana martabat negara dinaikkan melalui sukan dan dalam masa yang sama ia tercalar juga disebabkan oleh sukan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Rabu, 4 Januari 2012

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


mohon maaf kepada Taib Mahmud

Posted:

<i>Malaysiakini</i> mohon maaf kepada Taib Mahmud

Malaysiakini mohon maaf kepada Taib Mahmud

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini memohon maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung penyiaran 12 artikel berunsur fitnah terhadap beliau, lima tahun lalu.

Permohonan maaf oleh pengendali portal itu, Mkini Dotcom Sdn. Bhd. dan Ketua Pengarangnya, Steven Gan Diong Keng, 49, yang dinamakan sebagai defendan dalam saman fitnah oleh Abdul Taib itu, dinyatakan dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh peguam mereka, Fahri Azzat di hadapan Hakim Rosilah Yop.

Berikutan permohonan maaf tersebut dan persetujuan defendan untuk menahan diri daripada terus menerbitkan perkataan-perkataan fitnah itu atau yang serupa kesannya, Abdul Taib bersetuju menarik balik tuntutan saman berkenaan.

Abdul Taib selaku plaintif memfailkan tuntutan saman itu pada 2007 setelah portal berita secara dalam talian di Internet itu menyiarkan 12 artikel dari 6 April dan 3 Mei 2007, yang didakwa mengandungi perkataan yang memfitnah beliau.

Plaintif mendakwa, artikel-artikel itu mengaitkan beliau dengan pengumpulan wang secara tidak sah berjumlah RM32 juta daripada syarikat-syarikat perkapalan Jepun melalui kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang berhubung perniagaan balak di Sarawak.

Sementara pernyataan pembelaan pihak defendan terhadap tuntutan saman itu sebelum ini menyatakan bahawa perkataan yang terkandung dalam artikel-artikel berkenaan disiarkan berdasarkan perlindungan bersyarat.

Dalam kenyataan pihak defendan hari ini, mereka mengakui menyiarkan artikel-artikel itu hanya berdasarkan kepada laporan berita oleh beberapa media Jepun tanpa mengesahkan kebenaran laporan berita itu dengan plaintif atau pihak berkuasa yang lain.

Menurut defendan, mereka difahamkan bahawa Biro Pencukaian Serantau Tokyo (TRTB) telah mengubah keputusannya berhubung dakwaan isu wang sogokan itu setelah mendapati tuduhan itu sama sekali tidak berasas.

"Kami dengan ini mengakui bahawa artikel-artikel berhubung wang sogokan yang melibatkan syarikat perkapalan Jepun telah diterbitkan secara salah," kata defendan.

Mereka juga melahirkan rasa kesal terhadap sebarang sindiran yang tidak diingini dan bersetuju serta berjanji tidak akan menyiarkan sebarang laporan berita atau kenyataan terhadap plaintif berhubung isu sogokan membabitkan syarikat perkapalan Jepun kepada syarikat luar pesisir Hong Kong dikenali sebagai Regent Star.

''Kami mengakui artikel-artikel tersebut telah menyebabkan plaintif merasa malu, mengalami kesusahan dan menjejaskan reputasi beliau dan memohon maaf terhadap sebarang kesulitan yang dihadapinya,'' ujar pihak defendan.

Ekoran permohonan maaf itu, pihak defendan juga akan menyiarkan berita daripada TRTB yang memutuskan bahawa jumlah yang dibayar oleh syarikat perkapalan Jepun adalah bayaran yang sah.

Terdahulu, peguam Robert Lazar yang mewakili Abdul Taib menyatakan, pihak defendan telah menerima kesilapan serius mereka apabila menerbitkan artikel-artikel yang mengaitkan mereka dengan plaintif secara peribadi dan mengakui telah menjejaskan, memalukan dan menyusahkan plaintif.

Menurutnya, plaintif membawa kes itu ke mahkamah demi keadilan untuk memperbetulkan artikel-artikel palsu dan berniat jahat yang diterbitkan oleh pihak defendan.

Beliau menambah, tindakan saman itu dilakukan dalam keadaan plaintif dengan tegasnya menafikan terlibat dalam sebarang salah laku seperti yang didakwa dalam artikel-artikel berkenaan.

Persetujuan kedua-dua pihak bagi tujuan penyelesaian tersebut kemudian direkodkan oleh Hakim Rosilah tanpa sebarang perintah kos.

Full content generated by Get Full RSS.

Bapa mengaku tidak bersalah

Posted:

Bapa mengaku tidak bersalah

Bapa mengaku tidak bersalah

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

BUTTERWORTH 4 Jan. – Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan mengurung dan merantai kaki dua anaknya dengan rantai besi di dalam bilik air yang boleh mendedahkan mereka kepada kecederaan fizikal dan emosi pada hujung tahun lalu.

Tan Hooi Keong, 43, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak perempuannya, Tan Ming Zhi, 6, dan anak lelakinya, Tan Ming Han, 2, di dalam bilik air rumah bernombor 21, Jalan Mawar, Taman Dahlia dekat sini antara pukul 3 petang dan 8 malam, 28 Disember lalu.

Ketika pertuduhan dibacakan, Hooi Keong yang memakai kemeja-T berwarna merah dilihat mengangguk kepala tanda faham sebelum membuat pengakuan tidak bersalah.

Bagi kedua-dua tuduhan itu, tertuduh yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Masnuraznim Abdul Malik yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun Hooi Keong yang tidak diwakili peguam bela memohon agar jumlah jaminan tersebut dikurangkan.

Majistret Mohd. Zamir Suhaimee kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 Februari ini.

Semalam, Mahkamah Majistret di sini memerintahkan bahawa hak penjagaan sementara terhadap dua kanak-kanak malang itu diserahkan kepada bapa saudara mereka, Munawar Tan Abdullah selama sebulan sementara menunggu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjalankan siasatan.

Dua beradik itu diselamatkan oleh pihak polis dan pegawai JKM Seberang Perai Utara dalam keadaan separuh bogel dan kaki mereka dirantai di dalam tandas di rumah mereka selepas menerima laporan daripada jiran mereka yang terdengar suara kanak-kanak menangis di rumah berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Singapura potong gaji Kabinet

Posted:

Singapura potong gaji Kabinet

Singapura potong gaji Kabinet

SINGAPURA 4 Jan. - Singapura akan mengurangkan kira-kira satu pertiga dari gaji pemimpin utamanya yang berjumlah berjuta-juta dolar, berdasarkan laporan tangga gaji yang didedahkan hari ini.

Pengumuman pengurangan gaji menteri-menteri Kabinet merupakan antara janji yang dibuat oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong untuk mengurangkan kemarahan rakyat selepas kemenangannya dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Bagaimanapun, pengurangan tersebut masih menjadikan menteri-menteri Kabinet negara itu menerima gaji paling tinggi di dunia.

Laporan itu diumumkan oleh Gerard Ee, pemimpin badan bukan kerajaan yang mengetuai penilaian tangga gaji tersebut.

''Laporan itu mewakili ketetapan rangka gaji baru menggunakan satu formula dengan komponen tetap dan pelbagai, dihubung kaitkan dengan persembahan dan hasil negara,'' katanya pada satu sidang media.

Ahli-ahli Parlimen dijangka membahaskan laporan tersebut apabila bersidang pada 16 Januari ini.

Hsien Loong sendiri akan menerima gaji S$2.2 juta (RM5.37 juta) selepas dikurangkan sebanyak 36 peratus, dipercayai pendapatan paling tinggi ketua kerajaan di dunia, empat kali ganda daripada gaji Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang menerima AS$400,000 (RM1.2 juta) setahun sebagai pemimpin negara itu.

Presiden Singapura, Tony Tan juga akan menyaksikan potongan gaji sebanyak 51 peratus kepada S$1.54 juta (RM3.76 juta).

Potongan itu akan berkuatkuasa dari permulaan penggal lima tahun kerajaan baru iaitu 21 Mei lalu dan garis panduan baru menyaksikan ia disalurkan kepada rakyat biasa Singapura.

Sejak pertengahan 1990-an, gaji anggota Kabinet Singapura berdasarkan kepada dua pertiga pendapatan daripada empat daripada enam bidang iaitu perbankan, akaun, kejuruteraan, undang-undang, pembuatan dan syarikat multinasional.

Ini bermakna gaji menteri-menteri tetap meningkat walaupun mengalami kemelesetan ekonomi, keadaan yang menimbulkan kemarahan rakyat ekoran jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin yang semakin besar. - AFP/AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.

Zulkifli Hir bersembunyi di Mindanao

Posted:

Zulkifli Hir bersembunyi di Mindanao

Zulkifli Hir bersembunyi di Mindanao

MANILA 4 Jan. – Sekurang-kurangnya lima suspek pengganas termasuk dari Malaysia kini bersembunyi di kawasan hutan di pulau Jolo, selatan negara ini, dipercayai membantu kumpulan radikal tempatan dan pelatih tempur seperti rangkaian al-Qaeda mendapatkan bantuan kewangan asing.

Komander tentera wilayah, Leftenan Jeneral Raymundo Ferrer semalam berkata, semua suspek itu kini berada di hutan tropika di wilayah Sulu, diketuai jurutera Malaysia yang dilatih Amerika Syarikat (AS), Zulkifli Hir (gambar) yang juga seorang daripada suspek pengganas utama di Asia Tenggara.

"Mereka dilihat aktif menjalankan operasi di sekitar Sulu," katanya kepada pemberita.

Ferrer berkata, empat suspek pengganas yang lain dikenal pasti sebagai warga negara Singapura, Abdullah Ali yang menggunakan nama panggilan Muawiyah, dua rakyat Indonesia bernama Qayim dan Sa'ad, serta seorang lagi berkemungkinan rakyat Malaysia dikenali sebagai Amin Baco atau Abu Jihad.

Jelas beliau, pihak tentera juga telah memperoleh gambar Zulkifli dan Muawiyah.

Ferrer yang mengetuai pemerintahan tentera di Mindanao Barat bagaimanapun berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat tentang militan asing lain di luar kawasannya.

Satu laporan penilaian oleh kerajaan yang dikeluarkan tahun lalu menyenaraikan nama 12 suspek militan asing termasuk Zulkifli yang juga dikenali sebagai Marwan.

Rakyat Malaysia itu didakwa terlibat dalam pelbagai kejadian pengeboman dan membantu mendapatkan pembiayaan serta senjata untuk Abu Sayyaf dari penderma asing.

Pegawai tentera menuduh komander-komander dari Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) melindungi militan Jemaah Islamiyah (JI) di wilayah Mindanao.

MILF, pergerakan yang kini mengadakan rundingan damai dengan kerajaan dan mempunyai 11,000 anggota bagaimanapun menafikan sebarang hubungan dengan kumpulan pengganas asing. – AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Bahaya fahaman Liberalisme-Pluralisme

Posted:

Bahaya fahaman Liberalisme-Pluralisme

Bahaya fahaman Liberalisme-Pluralisme




ISU pluralisme agama atau menyamaratakan semua agama hangat dibincangkan setelah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menyatakan sokongan terhadap fahaman itu.

Menyedari pemikiran Anwar telah terpesong, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) yang kebanyakannya dianggotai bekas ahli dan pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan beberapa siri wacana sebagai teguran kepada bekas Presiden ABIM yang kedua itu untuk menghentikan fahaman tersebut.

Dalam satu wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, NIZAM YATIM di Kuala Lumpur, semalam, Ahli Jawatankuasa Muafakat, ISMAIL MINA AHMAD (gambar) menjelaskan mengenai bahaya fahaman liberalisme-pluralisme berkenaan.

Ismail pernah bersama Anwar Ibrahim dalam membangunkan Yayasan Anda dan bersama-sama dalam ABIM suatu ketika dulu.

UTUSAN: Pada hemat Tuan Haji, mengapa isu akidah ini sesuatu yang penting.

ISMAIL: Isu akidah teramat penting kerana ia adalah pembeza di antara seorang Islam dengan bukan Islam. Justeru, semua Rasul dan Nabi yang diutuskan Allah SWT membawa tema akidah, seawal Nabi Adam as. Apabila kita berkata akidah sebagai pembeza status agama seseorang, maka kita sampai kepada satu doktrin lagi iaitu doktrin salvation atau keselamatan atau dalam istilah akidah disebut najiyah yakni kumpulan yang selamat.

Dalam epistemologi Islam, keselamatan bermakna selamat di dunia daripada syirik dan selamat di akhirat. Yakni selamat daripada api neraka dan berjaya masuk ke syurga. Akidah teramat penting kerana salah akidah akan menyebabkan salah laku dalam semua perkara. Betapa jika seseorang itu beriktikad yang Zat yang disembah itu berbagai-bagai maka implikasinya ialah ia akan menyembah Zat itu menurut kefahaman akidahnya, yang mana ini tidak dibenarkan oleh Islam.

Akidah Islam mengajar cara untuk menyembah Tuhan dan cara beribadat yang tercetus daripada akidah. Yang di luar akidah Islam tidak diiktifaf dan tidak diterima oleh Allah SWT dan justeru tidak akan membawa keselamatan di akhirat. Seperti Fritjh Schuon, yang mewajarkan cara beribadat yang berbagai-bagai kerana bagi beliau setiap agama memiliki cara pandangan yang berbeza dalam menyembah tuhan, tetapi mempercayai tuhan yang satu, tuhan yang sama. Doktrin ini juga sudah mula bercambah di Malaysia.

Yang membezakan 'tempat kembali' iaitu sama ada di syurga atau neraka adalah akidah. Suatu perkara yang wajar difahami dengan baik ialah seseorang yang akidahnya benar tetapi membuat maksiat hatta dosa besar sekalipun, dia cuma akan dihukum berdasarkan perlakuannya membuat maksiat sahaja, tetapi selepas dihukum, dia masih berpeluang masuk syurga dengan rahmat Allah SWT.

Tetapi seseorang yang akidahnya salah tetapi masih puasa dan berhaji, dia akan dihukum dengan neraka dan kekal selama-lama di dalamnya berdasarkan firman Allah SWT dalam surah an-Nasa' ayat 116: Allah SWT tidak mengampuni syirik (yakni akidah yang bercanggah dengan akidah Islam) dan Dia mengampuni dosa kecuali dari dosa syirik itu... Ya, akidah yang teramat penting.

Saya perhatikan dewasa ini, persoalan akidah tidak begitu diperhalusi oleh sebahagian umat Islam hatta orang yang mendakwa memperjuangkan Islam. Ini terbukti apabila sebahagian yang mendakwa memperjuangkan Islam tetapi menganut akidah yang berfahaman liberalisme-Pluralisme yang menyamakan Allah SWT, yang orang Islam sembah sama dengan tuhan yang orang bukan Islam sembah sehingga mereka mewajarkan orang bukan Islam berkongsi menggunakan kalimah Allah SWT Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi itu dengan orang yang bukan Islam.

Berlaku perlanggaran akidah dalam pelbagai bentuk. Apakah isu "Kalimah Allah" itu juga sesuatu yang dikaitkan dengan pelanggaran akidah.

Ya, oleh kerana kita sudah menyentuh perihal kalimah Allah SWT, maka saya bersetuju dengan pendapat saudara bahawa kalimah Allah SWT ada kaitan dengan akidah kerana jika tasawur atau konsepsi seseorang itu kepada Allah SWT bercanggah dengan apa yang Allah sendiri nyatakan mengenai Zat dan Sifat-Nya, maka seseorang itu sudah tergolong ke dalam golongan melanggar akidah.

Saya sendiri pernah mendengar seorang Liberalis-Plurais Malaysia berkata kepada satu audiens bukan Islam dalam satu rapat politik tidak lama dahulu bahawa Allah SWT yang disembah oleh orang Islam sama dengan yang disembah oleh orang bukan Islam.

Dia memetik ayat Allah SWT yang berbunyi kalimatun sawa dengan salah, untuk mewajarkan pegangannya itu. Ahli politik diabolik murahan ini telah menjual Tuhannya kepada orang bukan Islam dengan harga sebuah neraka, kerana sesiapa yang memberi makna kepada sesebuah ayat Allah SWT dengan salah, maka tempatnya adalah dalam neraka. Sebab itu seperti saudara katakan ia adalah pelanggaran kepada akidah, amat benar dan tepat sekali.

Kita katakan penggunaan Allah SWT yang dianuti golongan liberalis-pluralis tadi salah adalah kerana Allah SWT yang orang Islam sembah adalah berbeza dengan fahaman Allah yang difahami dan disembah oleh orang bukan Islam seperti Yahudi dan Nasrani – Kristian. Kerana kualiti Allah yang sebenar telah terhakis oleh fahaman dekonstruksionisme tajaan Yahudi-Kristian itu.

Kenapa tidak, dengan menyamakan Allah SWT sembahan kita dengan Allah sembahan orang bukan Islam bermakna seseorang itu menerima epistemologi bukan Islam itu sebagai benar. Walhal Allah SWT memberitahu kita bahawa Allah SWT adalah Zat yang tidak beranak dan diperanakan tetapi orang Yahudi beriktikad yang Nabi Uzaiyr anak Allah dan Isa anak Allah dan Allah. Inilah yang dikatakan ia melanggar akidah.

Wacana mengenai kewajaran penggunaan kalimah Allah SWT telah banyak dibuat, baik oleh badan kerajaan mahupun NGO Islam yang semuanya sepakat menolak penggunaan kalimah Allah itu termasuk Dr. Harun Din aktivis penting Pas dan ulama intelektual terkenal Ustaz Uthman Muhammady.

Saya fikir tak payah saya panjangkan hal ini dan elok kita rujuk kepada resolusi perbincangan mereka itu. Dan yang menariknya Anwar Ibrahim pernah mengadakan perbincangan bersama intelektual dan NGO Islam mengenai hal ini di rumahnya pada suatu waktu tetapi gagal membuat resolusi untuk mewajarkannya kerana disanggah kuat oleh peserta. Tapi kemudian mereka menerbitkan buku mewajarkan penggunaan kalimah itu.

Apakah aliran ini ada kaitannya dengan isu Islam liberal dan pluralisme beragama?

Oh, ya memang benar. Aliran ini adalah produk daripada fahaman Liberalisme-Pluralisme agama. Kalau dah semua agama sama, maka tuhan pun samalah, satu prinsip fahaman liberal Islam ini ialah sapere aude atau bebas sebebasnya yang dianuti seorang pemimpin dalam menginterprestasi dan memahami Islam.

Fahaman ini juga menyamakan semua agama sama taraf dan sama benar, pada hal jelas dalam al-Quran agama yang diterima oleh Allah SWT hanyalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bukan seperti yang dibawa oleh Kahar atau Ghulam Ahmad dan sebagainya.

Saya bukan tuduh, tetapi saudara boleh lihat sendiri dalam buku-buku yang diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) sebuah badan pemikir yang dinisbahkan kepada Anwar. Buku-buku terbitan IKD ini semuanya, saya ulangi, semuanya adalah berfahaman Liberal-Pluralisme.

Dalam buku mereka bertajuk Pergolakan Pemikiran Islam dan banyak lagi, menjurus kepada membebaskan umat Islam daripada autoriti yang diijmakan dan berpegang kepada autoriti mereka yang diabolik itu, pada hal mereka sebenarnya berpegang kepada Kant dan sebagainya. Mereka menerima huraian orang bukan Islam mengenai agama kita tetapi menolak ulama Islam sendiri.

Memang kalimah Allah SWT ini amat terkait dengan fahaman liberal. Saya cuba melihat satu perspektif lain daripada fahaman ini yang merupakan fenomena baru di Malaysia. Saya melihat di Malaysia, kelompok ini sungguh-sungguh mempromosikan fahaman ini.

Usaha ini mempunyai dua motif. Pertama untuk memusnahkan akidah ummah Islam dengan menjadikan orang Islam sebagai agentur. Kedua untuk menjayakan agenda politik kerana dengan menurunkan taraf agama Islam sama taraf dengan agama bukan Islam, maka cita-cita orang bukan Islam untuk menolak Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, terhasil.

Pembohongan kelompok ini berterusan tanpa rasa bersalah. Mereka hanya berani di kalangan audiens bukan Islam atau yang kurang maklumat mengenai perkara ini.

Apa bezanya pluralisme dan pluraliti dalam konteks beragama dan bermasyarakat?

Memang terdapat perbezaan. Bukan sahaja perbezaan epistemologi bahkan dari etimologi. Saya tidak begitu hirau sangat jika orang awam tidak memahami perbezaan kedua-duanya, tetapi agak pelik jika kekeliruan timbul dari kalangan cerdik pandai. Perbezaan amat nyata.

Pluraliti adalah kepelbagaian, seperti kepelbagaian pakaian, budaya, bahasa, makanan bahkan agama juga, tetapi, pluralismemerujuk kepada konsep, fahaman dan doktrin yang dinaungi dalam satu entiti, baik secara eksoterik mahu pun eksoterik.

Menurut fahaman ini, bagi kelompok seperti John Hicks berusaha supaya wujud satu agama baru yang menyatukan semua agama dalam satu entiti secara fizikal. Pelbagai golongan menamakannya sebagai World Religion atau Global Faith atau Abrahamic Faiths, yang amat aktif membuat promosi tentang idea ini dan amat kerap menghadiri program-program tajaan kelompok ini bersama-sama dengan pendita Yahudi dan rahib-rahib Kristian.

Ada lagi satu versi pluralisme agama ini yang disebut sebagai kelompok Transcendentalist atau Pure Metaphysic tajaan Frithjof Schoun. Fahaman Pluralisme agama versi ini ialah semua agama secara rohaniah akan bertemu Allah dan akan selamat dari api neraka jika mereka mengamalkan ajaran agama itu, tidak kira apa agama sekali pun, sama ada Buddha atau Yahudi atau Hindu dan sebagainya.

Kelompok pluralis ini keliru bahkan salah apabila mereka merujuk kepada Perlembagaan Madinah yang didakwa sebagai pluralisme agama. Perlembagaan Madinah dengan jelas menyebut entiti Yahudi berbeza daripada orang Islam. Islam menolak Pluralisme agama, akan tetapi Islam tidak menolak pluraliti agama dan menerima hakikat kewujudan berbagai agama, bangsa, puak, budaya, bahasa dan sebagainya di muka bumi Allah ini.

Islam mengiktiraf hak-hak mereka, yakni hak orang bukan Islam untuk hidup dan beramal dengan ajaran dan kepercayaan keagamaan mereka. Hal ini jelas dalam sejarah negara Islam Madinah al-Munawwarah dengan Sahifah Madinah yang terkenal itu, yang mana orang yang berlainan agama dari agama Islam, diberi perlindungan dan kebebasan yang optimum dalam kegiatan keagamaan mereka.

Pengusung pluralisme agama menuduh penentang tidak memahami secara benar gagasan atau konsep Pluralisme Agama mereka. Pada hakikatnya, merekalah yang naif, tidak memahami dan tidak dapat membezakan antara pluraliti dengan pluralisme dan salah dalam memahami kewujudan pelbagai agama dan bangsa di Madinah al-Munawwarah itu.

Penentang pluralisme agama dari awal-awal, sudah menerima hakikat kewujudan pelbagai agama di dunia ini, hatta sejak zaman Nabi SAW lagi. Golongan Pluralis ini telah jatuh ke dalam gaung kesesatan yang dalam apabila mendakwa dan berpendirian bahawa pelbagai agama yang wujud di zaman Nabi SAW itulah pluralisme Agama.

Kalau semua agama itu sama, tidak perlu lagi Nabi dan sahabat-sahabat berdakwah dan berjihad, mengajak orang bukan Islam menganut Islam bahkan memerangi orang murtad. Demikian juga dalam masyarakat yang berbagai bangsa, agama dan budaya yang bersifat kosmopolitan di zaman Damsyik dan Baghdad, tidak terdapat catatan yang ulama menyamakan agama Islam dengan agama lain.

Kosmopolitan bukan baru bagi masyarakat Islam. Maka diversiti dan pluraliti agama serta kosmopolitan bangsa dan budaya dalam negara Islam itu tidak menukar "akidah dan syariat mereka.

Pluralislah sebenarnya yang tidak dapat membezakan antara pluraliti agama dan pluralisme agama, bukan penentangnya. Mereka menulis dengan jelas menyatakan bahawa pluraliti agama adalah pluralisme agama. Mereka sangat keliru.

Seorang tokoh dari Malaysia pernah bercakap mengenai isu pluralisme di London School of Economics. Apakah pandangan Tuan Haji mengenai perkara itu?

Tokoh atau ditokohkan? Ya, selepas kami mendapat maklumat dan mendapat teks ucapannya itu, kira-kira sebulan kemudian, kami dari Muafakat mengadakan satu wacana di UIAM, menolak dan sekali gus menjawab pendirian Pluralisme beliau. Atas permintaan, kami ulang lagi wacana tersebut. Untuk maklumat, audiensnya semua bukan Islam.

Ya, jelas dalam ucapannya itu ia memang berfahaman semua agama sama sahaja, bukan Islam sahaja yang paling benar; semua agama memberi keselamatan di akhirat; agama itu bukan hanya amalan sahaja dan sebagainya yang semua ini menjejaskan akidah sebagai seorang Islam. Sebagai seorang Islam beliau tidak sepatutnya mengucapkan perkataan tersebut.

Kalau beliau berniat untuk berdakwah, isi dakwah ialah menerangkan Islam sebenar, bukan mendiskreditkan Islam atau memberi maklumat palsu mengenai ajaran Islam. Tetapi apa boleh buat, itulah kualiti kefahaman agamanya dan jangan lupa ia ada agenda-agenda besar, menjadikan semua agama berada dalam satu entiti pluralisme agama.

Sebagai orang yang pernah terlibat dengan ABIM apakah pada pemerhatian Tuan Haji, kepimpinan ABIM-WADAH- PKPIM kini menyedari tentang kecenderungan baru yang berlaku.

Kepimpinan gerakan Islam menyedari fahaman Pluralisme agama Anwar ini kerana mereka hadir dalam perjumpaan pada malam itu. Ada pemimpin tertinggi WADAH dan ABIM dan tersesat seorang AJK Pas. Tak tahu siapa yang ajak. Agak menggelikan hati, ada pemimpin WADAH hanya menceritakan hubungannya dengan Anwar sepanjang percakapannya itu, pada hal orang bincang pasal Pluralisme agama. Pelik.

Bab akidah tak penting agaknya bagi mereka. Saya rasa kalaulah fahaman ini keluar daripada mulut lawan politik mereka, saya tak tahulah apa akan terjadi. Selepas perjumpaan pada malam itu, ada seseorang berkata kepada saya: Kita ada agenda yang lebih besar. Saya jawab: tidak ada agenda yang lebih besar daripada agenda akidah, akidah yang benar.

Tengok, kalau dulu kami dalam ABIM, tolak Arqam kerana mereka merosakkan akidah, tapi bila Anwar yang terang-terang tulis dan ucap perkara yang bercanggah dengan akidah, mereka masih mahu mempertahankannya. Adakah perjuangan mereka mahu membela akidah atau membela orang yang rosak akidah?

ABIM perlu muhasabah. Dalam perlembagaan ABIM, perjuangan adalah untuk menegakkan ajaran al-Quran dan sunnah. Tidak ada seorang awam pun yang menerima semua agama sama. Nabi bukan Pluralis.

Apa jalan yang terbaik supaya faham pluralisme ini tidak mengakar dan berkembang menggugat akidah umat Islam di Malaysia.

Untuk membendung supaya fahaman Liberalisme-Pluralisme tidak berkembang saya fikir antara caranya ialah kembali kepada wacana ilmu-ilmu Islam arus perdana yang sering ditekankan sangat oleh Dr. Uthman Muhammady dan ulama-ulama Islam. Badan-badan dakwah Islam perlu membuat manifesto yang jelas mengenai agenda dakwah mereka, bukan mengikut agenda peribadi orang tertentu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tegas terhadap peserta 901

Posted:

Tegas terhadap peserta 901

Tegas terhadap peserta 901

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

AMARAN keras, peringatan dan 'nasihat' pasukan keselamatan kepada golongan yang gila mengadakan perhimpunan haram di jalanan nyata sekali umpama mencurah air ke daun keladi.

Bukan sahaja tiada kesan akibat ketaksuban golongan itu yang umpama dirasuk sehingga mengikut sahaja segala arahan 'penulis skrip', rakyat jelata juga semakin marah dengan sikap berlembut pihak berkuasa tanpa sebarang tindakan nyata dari sudut perundangan.

Negara ini mempunyai pasukan keselamatan dengan kelengkapan terkini, pasukan pendakwaraya terbaik, undang-undang yang jelas dan Perlembagaan yang utuh. Maka, di manakah silapnya perlakuan 'songsang' di jalanan ini masih berterusan dan tiada yang dikenakan tindakan sehinggakan mula merebak di kalangan mahasiswa semula?

Dari perhimpunan pertubuhan haram perkauman, parti politik menyorok di sebalik tuntutan pilihan raya, golongan mengamalkan seks songsang, warga Majlis Peguam sehinggakan pelajar universiti, tiada yang diambil tindakan nyata dan rakyat semakin hari semakin hilang kepercayaan kepada pihak-pihak diamanahkan jawatan yang mampu dan sepatutnya bertindak.

Bagi pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz, perkembangan mutakhir ini secara umumnya kerana keadaan masyarakat yang memberi lebih ruang untuk 'kebebasan'.

Menurut beliau, tindakan kerajaan kini juga umpama mahu melonggarkan lagi undang-undang melalui pindaan Seksyen 27 Akta Polis serta Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang darurat serta pengenalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

"Undang-undang membolehkan kita mengambil tindakan tetapi kerajaan sendiri seperti menyokong tindakan kumpulan tersebut apabila tidak mengambil tindakan tegas. Bukannya pendakwa raya tidak mahu mengambil tindakan tetapi mereka yang tidak menyokong demonstrasi jalanan hampir tiada cara lagi untuk bertindak dari sudut perundangan," katanya.

Tambahnya, Akta Ketenteraman Awam yang pernah dibangkitkan sebelum ini mungkin dapat digunakan tetapi malangnya ia tidak menjelaskan sejauh mana kuasa polis untuk bertindak dengan tegas dan berkesan.

Akta Ketenteraman Awam juga jelasnya, hanya meliputi kawasan yang ditetapkan Menteri Dalam Negeri sebagai kawasan berbahaya kepada ketenteraman awam dan lebih sesuai untuk menentang aktiviti komunis atau gengster di kawasan hitam.

Beliau mendakwa, polis kini tidak boleh membuat apa-apa kerana tiada lagi platform sesuai untuk melindungi tugas mereka dalam sistem perundangan negara yang semakin liberal.

"Sistem yang semakin liberal umpama kita terlalu memberi muka kepada pihak terbabit tetapi di negara luar juga ada peringkat-peringkat perubahan pendekatan perundangan serupa. Dahulu dunia banyak menggunakan cara konfrontasi, kini lebih kepada perbincangan dan toleransi sejajar dengan menjaga hak 'kebebasan'," jelasnya.

Shamrahayu berpendapat transformasi kepada sistem perundangan lebih liberal amat memerlukan pemahaman masyarakat umum dan kematangan orang awam yang akan turut serta secara aktif kelak.

"Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman merupakan contoh proses negara memahami kehendak rakyat dan mengimbangi perkembangan semasa. Namun, bila Majlis Peguam sendiri bertindak ke jalan raya menunjukkan seolah-olah rakyat yang mahu cara terlalu liberal, mahu bebas sepenuhnya dan polis hanya boleh 'tunggu dan lihat'," ujarnya.

Tegas beliau, langkah 'cuba dahulu' dalam menetapkan sistem perundangan baru juga tidak sesuai dan berbahaya kerana perlu melihat kepada tahap pemahaman dan kematangan rakyat terlebih dahulu.

Selain itu, beliau juga tidak menyokong campur tangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menentukan sesuatu perhimpunan boleh diadakan atau tidak.

"Biarlah pasukan keselamatan menentukannya berdasarkan budi bicara polis terhadap ancaman ketenteraman awam tanpa campur tangan parti politik.

"Perhimpunan haram yang dijangka akan diadakan pada 9 Januari ini, jika hanya demi kepentingan individu adalah tidak adil kepada rakyat tetapi jika KDN campur tangan, rakyat akan melihatnya sebagai polis bertindak di bawah arahan parti politik pula," tegasnya.

Bagaimanapun, Shamrahayu memahami walau setegas mana sekalipun polis bertindak dan menggunakan apa jua sudut perundangan, mungkin akan memakan diri hasil implikasi pembangkang cuba mengheret tindakan pasukan keselamatan ke sudut negatif.

Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Mohd. Jamil Mohd. Hassan pula menolak pandangan pihak polis telah hilang kuasa untuk bertindak akibat pemasuhan dan pindaan perundangan sedia ada.

"Polis bukannya hilang kuasa tetapi menunggu kelulusan undang-undang baru di Parlimen yang lebih selesa kepada semua pihak dan dapat menentang dakyah 'penjenayah-penjenayah yang sedang bermaharajalela' kerana kelemahan undang-undang sedia ada.

"Polis telah menguatkuasakan undang-undang sedia ada dengan cemerlang dan banyak kes dapat diselesaikan dengan pantas tetapi tindakan susulan perlu digalas dan dikendali pihak pendakwaan pula.

"Sesiapa pun tidak diberi keistimewaan tetapi memang tidak pernah berlaku ada orang berani berkumpul menentang undang-undang. Perhimpunan haram umpama yang cuba diadakan pada 9 Januari ini tidak seimbang dengan sebuah negara demokratik tetapi malangnya masih ada rakyat tidak dapat berfikir secara mendalam," ujarnya.

Mohd. Jamil mempersoalkan tujuan demonstrasi tersebut dan meminta pihak yang mahu menyertainya berfikir sama ada tindakan mereka mampu mengubah keputusan di mahkamah.

"Keputusan mahkamah mengikut undang-undang sedia ada dan kita pun belum tahu apakah yang bakal diputuskan hakim. Dengan kedegilan untuk tetap menganjurkan perhimpunan haram itu menggambarkan pihak berkenaan merasakan dirinya rasa bersalah sebelum keputusan diumumkan lagi," katanya.

Walau apa pun cara dipilih pihak terbabit, beliau mewakili anggota Respa merayu pihak polis bertindak dengan penuh ketegasan kali ini.

Tegasnya, polis tidak terikat dalam mengambil tindakan dan tidak perlu memberi muka kepada sesiapa pun dalam melaksanakan peruntukan undang-undang kerana tidak mahu perkara sama berulang lagi.

"Menjadi tugas polis menjaga keharmonian dan ketenteraman awam, tapi kalau tidak bertegas, tidak tahulah. Selain itu, pihak pendakwaan juga perlu selaraskan tindakan dengan ketegasan serupa ke mahkamah," ujarnya.

Jika perbuatan melanggar undang-undang dan mengganggu ketenteraman awam terus dibiarkan tanpa hukuman, rakyat yang berkecuali akan berasa semakin kecewa terhadap mereka yang memegang amanah dan hak untuk bertindak.

Sememangnya sudah dijangka pihak terbabit sudah mempunyai skrip dan pelan sokongan jika pihak berkuasa cuba mematahkan taktik mereka. Namun, janganlah dibiarkan kumpulan minoriti pengacau terus membuat onar dan berlagak lebih dominan daripada majoriti yang memberi amanah dan kuasa kepada pemerintah dan pihak berkuasa.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Selasa, 3 Januari 2012

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Keluarga mainkan peranan banteras jenayah

Posted:

Keluarga mainkan peranan banteras jenayah

Keluarga mainkan peranan banteras jenayah

Oleh ZUHAYATI YAZID
Gambar Wan Naqiuddin Wan Yaacob


Aminah Abdul Rahman beramah mesra dengan para penerima cek di majlis penyampaian cek peruntukan bantuan bagi melaksanakan Program Pencegahan Jenayah: Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (SEKATA) di dewan LPPKN, di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Apabila bercerita tentang jenayah pasti yang membayangkan ialah perkara yang membahayakan dan menakutkan.

Malah lebih teruk ia melibatkan perkara-perkara yang menentang adat dan budaya termasuklah melanggar undang-undang Islam.

Jenayah itu, jika dibiarkan pastinya membawa kemudaratan, sebab itu adalah menjadi satu kepentingan bersama untuk membanteras kegiatan jenayah daripada terus berleluasa.

Menyedari kepentingan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini telah melancar Program Pencegahan Jenayah: Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (SEKATA) bagi mempertingkatkan kualiti hidup di samping mengekalkan ketenteraman, keselamatan dan kebajikan rakyat selaras dengan kemajuan ekonomi.

Malah melalui program SEKATA , pihaknya telah melantik beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama berjuang membanteras jenayah yang sedang meningkat naik.

Ketua Pengarah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman memberitahu, keluarga dan masyarakat setempat memainkan peranan penting untuk bersama-sama kerajaan dan pihak polis mencegah kegiatan jenayah seperti sumbang mahram, rogol, seks luar nikah, pembuangan bayi dan lain-lain.

Justeru, ahli keluarga perlu prihatin dan mengambil berat atas langkah-langkah pencegahan bagi mengelak ahli keluarga terlibat dengan kegiatan jenayah atau menjadi mangsa akibat kegiatan jenayah.

"Pada peringkat permulaan, sebanyak 24 latihan untuk jurulatih telah dikendalikan kepada NGO bagi persediaan perlaksanaan program tersebut yang akan bermula pada Januari ini,'' ujarnya pada majlis penyerahan peruntukkan kepada NGO, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya lagi, antara program yang akan dilaksanakan oleh bersama NGO yang terpilih adalah program teras seperti kemahiran keibubapaan, pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dan juga program kesedaran keselamatan keluarga.

"Melalui program ini, ia bertujuan untuk menggembelingkan ahli keluarga, komuniti dan NGO setempat dalam usaha pencegahan jenayah di kawasan setempat tetapi juga membangun dan memperkukuhkan sistem-sistem sokongan sosial termasuklah yang sedia ada di dalam komuniti," ujarnya lagi.

Dengan ada program seumpama itu, ia bukan sekadar mampu mengeratkan lagi kekeluargaan sesama masyarakat tetapi juga mampu memperkukuhkan lagi hubungan.

Malah lebih penting, ia dapat mempertingkatkan kualiti hidup dengan mengekalkan ketenteraman , keselamatan dan kebajikan rakyat selaras dengan kemajuan ekonomi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Isnin, 2 Januari 2012

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Yayasan Pahang sasar pendapatan RM345j

Posted:

Yayasan Pahang sasar pendapatan RM345j

Yayasan Pahang sasar pendapatan RM345j


Adnan Yaakob (tiga dari kiri) bertanya sesuatu kepada kakitangan cemerlang Yayasan Pahang pada majlis penyampaian Hadiah Kecemerlangan Yayasan Pahang dan Anak-Anak Syarikat 2011 di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 2 Jan. - Kumpulan Yayasan Pahang (KYP) mensasarkan pendapatannya mencecah RM345 juta dengan keuntungan sebanyak RM95 juta pada tahun ini.

Pengurus Besarnya, Datuk Saariah Saad berkata, kedudukan ini akan menggerakkan keseluruhan aset KYP kepada RM633 juta walaupun nilai sebenar ketika ini mencecah lebih RM1 bilion.

"Sumbangan terbesar kepada bajet ini datangnya daripada anak syarikat kumpulan yang menguruskan sektor peladangan kelapa sawit iaitu Yayasan Pahang Plantation Holding.

"Justeru, saya berbangga dengan pencapaian pegawai dan kakitangan KYP yang tidak jemu-jemu berusaha meningkatkan prestasi dan profesionalisme sejak ia ditubuhkan pada 1983," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Hadiah Kecemerlangan Yayasan Pahang dan Anak-Anak Syarikat 2011 di Hotel Zenith di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohamad Safian Ismail.

Dalam pada itu, menurut Saariah, sebanyak RM600 juta dibelanjakan dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti melalui bantuan pendidikan kepada anak-anak Pahang.

Katanya, lebih 600,000 penerima terdiri daripada pelajar peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi termasuk masyarakat Orang Asli menikmati kesan daripada bantuan dan program pendidikan itu.

"Saya berharap dengan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi oleh KYP, ia akan menjadi sebuah organisasi rujukan suatu masa nanti," jelasnya.

Tambahnya, KYP merupakan agensi pertama menerima persijilan TQM Fast Track daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Bhd., dan organisasi kedua di Malaysia menerima pengiktirafan antarabangsa Asian Pasific Business Excellence Standard Award yang berpangkalan di Hong Kong.

Jelasnya, anak-anak syarikat turut menunjukkan prestasi membanggakan seperti Kolej Antarabangsa Ikip yang diletakkan sebagai lima peratus terbaik daripada 400 kolej swasta di negara ini.

"Malah, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) berada di kedudukan teratas sebagai maahad terbaik berbanding maahad lain di seluruh negara termasuk Darul Quran," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan sertai Bebaskan Anwar 901

Posted:

Jangan sertai Bebaskan Anwar 901

Jangan sertai Bebaskan Anwar 901

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

BERA 2 Jan. - Rakyat di negeri ini dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 kerana boleh mencetuskan huru-hara dan menggugat keselamatan orang ramai.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menghormati mahkamah kerana setiap keputusan yang dibuat oleh hakim adalah berdasarkan perbicaraan dan bahan bukti yang melampaui keraguan munasabah.

"Kalau kita adakan demonstrasi, jika mempertikaikan keputusan mahkamah kerana tidak memihak kepada kita, bila masalah akan selesai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis tandatangan Peserta Felcra Projek Tanah Kelompok (RTK) Tembangau kepada 204 pekerjaan ladang Felda Plantation Gugusan Tembagau dekat sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Padil Osman; ADUN Guai, Nurol Azali Sulaiman dan Ketua Pengarah Eksekutif Felcra, Juzilman Basir.

Menurut Adnan, Anwar tidak boleh mengheret rakyat bagi mengadakan demonstrasi jalanan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Sebaliknya kata beliau, hak masyarakat juga perlu dihormati selain mempertahankan hak individu.

Beliau menambah, kempen berkenaan adalah tindakan yang boleh memberikan kesan buruk dan menggugat kestabilan baik dari segi keamanan, politik, sosial dan ekonomi negara.

"Anwar boleh membuat rayuan jika keputusan hakim itu nanti tidak memihak kepada beliau" jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

MPWK sasar 70 usahawan wanita menerusi program 1Azam Niaga

Posted:

MPWK sasar 70 usahawan wanita menerusi program 1Azam Niaga

MPWK sasar 70 usahawan wanita menerusi program 1Azam Niaga


NORHELAN Mahmud (berdiri, 11 dari kanan) bersama usahawan kecil wanita yang menerima sumbangan peralatan di bawah program Teman 1Azam di Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 2 Jan. - Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Jerantut mensasarkan seramai 70 usahawan wanita di daerah ini dapat menjana pendapatan menerusi program 1Azam Niaga tahun ini.

Pengerusinya, Norhelan Mahmud berkata, mereka antara penerima bantuan peralatan perniagaan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bertujuan membantu golongan itu keluar daripada kepompong kemiskinan.

''Program yang berteraskan konsep keusahawanan sosial itu menawarkan bantuan barangan perniagaan dengan kadar maksimum RM3,000 seorang selain dipertimbangkan bagi memohon pinjaman kewangan melalui skim pinjaman mikro di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyerahkan peralatan perniagaan kepada usahawan wanita di bawah program Teman 1Azam bagi kawasan Parlimen Jerantut di sini, semalam.

Norhelan yang juga Ketua Wanita UMNO Jerantut berkata, bantuan peralatan antara manifestasi kerajaan untuk membela kebajikan peniaga khususnya wanita di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.

Beliau berharap semua penerima bantuan itu dapat memanfaatkan setiap peralatan terbabit dengan menjadikan bidang perniagaan sebagai cabang ekonomi dan sumber pendapatan pada masa akan datang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Lupakan perjuangan personaliti

Posted:

Lupakan perjuangan personaliti

Lupakan perjuangan personaliti

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

BARU-BARU ini dalam satu pertemuan dengan media Malaysia di Singapura, Raja Petra Kamarudin, individu yang pernah dikaitkan sebagai penyokong kuat gerakan reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Ketua Pembangkang itu kini bukan lagi pilihan bagi rakyat Malaysia.

Raja Petra yang sejak tiga tahun lalu tinggal dalam 'buangan' di Manchester, England menegaskan, pihak pembangkang patut mengurangkan perjuangan untuk Anwar atau 'Anwarista' kerana agenda untuk perubahan tidak harus berteraskan kepada personaliti.

''Kita belum tamat, kita kena teruskan. Bukan sebab Anwar. Bagaimana jika sesuatu berlaku kepada Anwar. Dia bukan muda lagi. Dia lebih tua daripada saya.

''Cakap tentang struktur dan penambahbaikan negara, kita akan bergerak ke depan. Walaupun Mandela (di Afrika Selatan) dipenjarakan selama 27 tahun, tak ada kempen pembebasan untuknya.

''Walaupun ada Kumpulan Free Mandela, tetapi ia merupakan kempen untuk menamatkan aparteid, bukan untuk bebaskan Mandela. Mandela hanyalah pencetusnya. Saya pasti Mandela adalah figura yang jauh lebih besar berbanding Anwar terutamanya dalam kepentingan sejarah," ujarnya.

Apa yang ditegaskan oleh Raja Petra itu telah mendedahkan akan hakikat bahawa pihak pembangkang bukanlah alternatif terbaik untuk memimpin negara ini kerana dasar yang diperjuangkan mereka berbeza-beza dan hanya menjadikan Ketua Pembangkang itu sebagai 'ikon' penyatu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mengulas hakikat itu berkata, penyatuan pihak pembangkang itu boleh dianggap sebagai 'persekongkolan luar tabii' kerana masing-masing mempunyai agenda perjuangan berlainan termasuk DAP yang bersifat cauvinis dan rasis.

Menurut beliau, pada masa depan tidak mustahil parti-parti yang menganggotai pakatan itu akan kembali kepada perjuangan asal setelah mendapat kuasa atau setelah merasakan sudah menjadi parti paling dominan dalam pakatan itu.

''Misalnya, Pas telah melancarkan dokumen negara berkebajikan yang turut disokong pimpinan pembangkang lain. Ia sarat dengan pelbagai janji manis dan madah berhelah bagi mencapai nafsu serakah untuk menawan Putrajaya.

''Sekiranya Pas sanggup melancarkan dokumen baru ini bagi menggantikan dokumen negara Islam yang diperkenalkan pada 12 November 2003, tidak mustahil mereka akan membuat pusingan 'U' untuk membuang dokumen negara berkebajikan dan menggantikannya dengan dokumen entah apa lagi!

''Tidak mustahil juga bila DAP berkuasa, mereka akan melancarkan pula dokumen negara cauvinis dan jika sosialis berjaya, mereka akan lancarkan pula dokumen negara komunis,'' ujarnya.

Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar tidak mempunyai falsafah perjuangan terbaik bagi membangunkan negara dan rakyat sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan mendapatkan kuasa bagi diri dan kroni-kroninya.

''Saya tidak fikir rakyat Malaysia sedia menerima pemimpin pembohong macam Anwar. Bagi saya, dia tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak mampu memimpin dirinya sendiri," katanya.

Mohd. Zahid berkata, pendedahan Raja Petra seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak-pihak yang baru mahu berjinak-jinak dengan Anwar bahawa Ketua Pembangkang itu sanggup memperalatkan sesiapa sahaja bagi menjaja pembohongannya.

''Beliau sanggup memburukkan negara malah bangsanya sendiri demi memperjuangkan kepentingan peribadi dan kroni-kroninya," ujar beliau.

Apa yang diperkatakan oleh Mohd. Zahid seharusnya dapat mengingatkan rakyat supaya tidak terus menyokong Anwar dan gerakan terbaru untuk mendewa-dewakannya. Kita tidak boleh alpa akan hakikat perjuangan berasaskan personaliti tidak penting sebaliknya yang lebih utama adalah idea yang dibawa seseorang itu.

Rakyat seharusnya bimbang dengan trend mendewa-dewakan Ketua Pembangkang itu yang dapat dilihat apabila 'ulama' PKR yang juga bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr. Badrul Amin menggelar Anwar sebagai pemimpin dari sebelah Timur yang ditunggu-tunggu.

Ungkapan sama pernah digunakan pelbagai pihak bagi merujuk kepada penyelamat umat manusia iaitu Imam Mahdi. Turut menggunakan ungkapan itu ialah pengikut Al-Arqam yang menyifatkan pemimpin mereka, Allahyarham Ashaari Muhammad sebagai Pemuda Bani Tamim yang bakal muncul datang dari Timur.

Kita bimbang apabila rakyat terlalu taksub dengan seseorang pemimpin itu mereka akan mengikut segala arahan dan apa yang diperkatanya secara membuta-tuli.

Menyentuh perkara itu, penganalisis politik, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata, rakyat harus berfikiran terbuka dan menilai seseorang pemimpin berdasarkan keupayaan mereka memimpin dan tidak menyokong secara membuta-tuli.

''Rakyat perlu bijak menilai sejauh mana individu tersebut mampu untuk memimpin negara dan bukan semata-mata disebabkan simpati mahu pun populariti.

''Anwar ternyata tidak mampu mentadbir negara kerana beliau tidak mempunyai ciri-ciri integriti, kredibiliti, bertanggungjawab dan sanggup memperjuangkan nasib dan kesejahteraan rakyat," katanya yang juga Pensyarah Kanan Sosiologi Politik, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Mansor Mohd. Noor turut sependapat dengan Noor Sulastry bahawa perjuangan berasaskan personaliti yang dibawa oleh Anwar hanya akan merosakkan negara.

''Kita lihat apabila sesuatu isu timbul, pasti Anwar akan mengeluarkan kenyataan yang memburuk-burukkan pemimpin serta negara.

''Kita perlukan memimpin yang cekap mengurus dan mengambil kira kepentingan rakyat dan bukannya hanya pandai bersandiwara," jelasnya.

Sehubungan itu, semua rakyat perlu menolak pemimpin yang pandai bersandiwara dengan pelbagai imej baik semata-mata supaya dia terus dipuja.

Ingatlah, masa depan sebuah negara bukan ditentukan oleh seorang pemimpin walau sehebat mana pun beliau, sebaliknya ia ditentukan oleh ideologi dan arah perjuangan yang dibawa.

Full content generated by Get Full RSS.

Apa pendirian Pas?

Posted:

Apa pendirian Pas?

Apa pendirian Pas?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

PADA 9 Julai lalu, apabila berlakunya perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur, Pas merupakan kelompok terbesar menghantar penyokongnya. Malahan beberapa pemimpin utama parti turut serta biar pun ia adalah satu perhimpunan yang dianggap melanggar undang-undang.

Bagaimanapun apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengadakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) baru-baru ini bagi membanteras gejala murtad, Pas 'senyap dan sunyi', yang hadir hanyalah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr.Hasan Ali.

Beliau pergi atas kapasiti peribadi sebagai pemimpin Islam bukan mewakili Pas.

Kini Pas menjadi tumpuan lagi apabila kesetiaan mereka sebagai sekutu pembangkang akan dituntut pada 9 Januari ini dalam kempen 'Bebaskan Anwar 901'.

Kita tidak pasti apakah pendirian Pas dalam kempen tersebut? Apakah Pas akan mengerahkan penyokongnya atau menyerahkan kepada mereka untuk membuat keputusan sendiri.

Tetapi hakikatnya golongan pro-Anwar di dalam Pas tidak akan duduk diam, mereka pasti akan mendesak supaya pucuk pimpinan parti membuat kenyataan agar penyokong parti itu turun menyokong Anwar. Sememangnya semua orang tahu siapa lebih berpengaruh di dalam Pas sejak parti itu dikatakan dikuasai oleh puak Anwarinas.

Bagaimanapun Pas perlu berhati-hati dalam tindakannya, ini kerana himpunan haram yang dicadangkan pada 9 Januari ini bukanlah sebarangan.

Tersilap langkah Pas boleh dituduh 'bersubahat' menghina institusi kehakiman negara. Tak apalah jika sebelum ini Pas hendak menjadi 'pak turut' apabila bersedia mengerahkan 'bala tenteranya' turun ke jalanan.

Tetapi isu 9 Januari ini melibatkan keputusan mahkamah. Oleh itu, pemimpin Pas tidak harus terpengaruh dengan ketidakmatangan sesetengah pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melancarkan kempen Bebas Anwar 901.

Pas sendiri sudah menyaksikan bagaimana perjalanan perbicaraan berlangsung dan di kalangan pemimpin Pas sendiri dikatakan bosan apabila Anwar berpuluh-puluh kali memohon penangguhan.

Namun mahkamah tetap membenarkannya, kalau mahkamah tidak adil sudah lama permohonan Anwar akan ditolak.

Bagaimanapun semua itu tidak berlaku, mahkamah memberi peluang seadil-adilnya untuk membela diri. Beliau bukan sahaja dibantu oleh barisan peguam yang hebat belaka, malahan Anwar juga dibenarkan membawa saksi dan pakar daripada luar negara bagi memberi keterangan.

Oleh itu, Anwar telah menjalani perbicaraan yang adil dan Pas tentu mengakui perkara, justeru kalau Pas terlibat dalam kempen Bebas Anwar 901 maknanya mereka tidak menghormati institusi kehakiman.

Pas perlu ingat kempen yang dilancarkan menggunakan istilah 'Bebas Anwar' dan bukannya 'Sokong Anwar', kalau sekadar 'sokong' tidak mengapa kerana Pas sememangnya kawan baik PKR dan DAP tetapi kenapakah awal-awal lagi lancar kempen 'bebas Anwar' sedangkan keputusan masih belum diketahui?

Penggunaan istilah 'bebas Anwar' ini boleh ditafsirkan seolah-olah bagi penyokong Anwar terutamanya daripada PKR, tidak kira apa pun hujahnya pada 9 Januari ini harus ada satu sahaja keputusan iaitu Anwar mesti dibebaskan!

Soalnya apakah Pas begitu yakin bahawa Anwar tidak bersalah sehingga bersedia untuk turun ke jalanan bagi 'membebaskan' beliau. Sepatutnya Pas menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Anwar bukannya sedang berada di penjara tetapi berada di luar penjara, beliau bebas ke mana sahaja hatta ke luar negara sekali pun biar pun sedang berhadapan dengan kes serius di mahkamah, pasport beliau tidak ditahan.

Justeru Pas janganlah mudah diperbodohkan dengan mainan politik PKR yang pada masa ini bermati-matian mahu memperjuangkan Anwar kerana itulah matlamat sebenar penubuhan parti itu.

Percayalah PKR amat bergantung kepada Pas untuk turun ke jalanan, mereka tidak boleh berharap kepada DAP yang sudah pasti tidak akan membiarkan penyokongnya dikejar oleh polis atau terkena semburan air.

Cuba lihat apa yang berlaku pada himpunan haram Bersih yang lalu, demonstrasi tersebut tidak akan berlaku jika penyokong Pas tidak turun tetapi apa yang Pas dapat?

Pas hanya dimaki-hamun oleh warga kota kerana telah menyusahkan mereka, mengaku parti memperjuangkan Islam tetapi perangai tidak melambangkan peribadi Islam sebenar.

Oleh itu Pas perlu berhati-hati dalam penglibatannya dalam kempen 'Bebas Anwar 901', janganlah mengikut nafsu politik dan janganlah terlalu yakin bahawa isu Anwar ini akan membantu pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Percayalah senario sudah berubah, Anwar kini dilihat bukan sahaja liabiliti kepada pembangkang tetapi juga negara kerana beliau sanggup memburuk-burukkan tanah air sendiri demi dendam politiknya. Jadi adakah Pas akan bersekongkol dengan orang seumpama ini?

Tidakkah kerana adanya Anwar, pemimpin-pemimpin Pas yang jauh lebih baik budi pekerti dan akhlaknya dipinggirkan serta seolah-olah tidak dihormati hatta oleh sesetengah pengikut Pas sendiri.

Apakah Anwar begitu hebat sehingga DAP berkata, kalau Anwar dipenjara sekali pun, beliau tetap dilantik sebagai Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya.

Semua keadaan ini jelaslah menunjukkan Pas dan pemimpinnya hanya menjadi alat kepada PKR dan DAP untuk menang dalam pilihan raya, tidak lebih daripada itu.

Kalau mereka menghormati Pas sudah pasti, mereka akan berhati-hati dalam membuat kenyataan seumpama itu.

Sebab itulah Pas janganlah terus membiarkan diri diperalatkan semata-mata untuk memperjuangkan nasib Anwar. Apa yang lebih penting memikirkan sejauh manakah perjuangan mereka dalam soal berkenaan akan menguntungkan Pas.

Rakyat sekarang sudah bijak, mereka sudah tahu hendak menilai apakah dalam kes Anwar ini satu konspirasi atau sememangnya ia realiti, apa pun mereka menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Berdasarkan kepada keadaan itu, Pas janganlah teruja sangat hendak membela Anwar sehingga sanggup bersedia mengerahkan penyokongnya menyertai kempen Bebas Anwar 901.

Sebenarnya kempen itu tidak ada apa-apa pun kesan politik kepada negara kerana satu kaji selidik menunjukkan bahawa isu Anwar bukanlah lagi satu isu politik bertaraf nasional yang perlu diberi perhatian.

Sebaliknya, ia dianggap isu peribadi yang perlu diselesaikan oleh Anwar sendirian dan bukannya cuba menyeret rakyat apatah lagi mencetus huru-hara.

''Kita jangan layan kempen tu kerana memang itulah tujuan Anwar hendak mengembar-gemburkan situasi seolah-olah akan berlaku sesuatu yang buruk pada 9 Januari ini,'' kata seorang pemimpin muda Pas kepada penulis.

Menulis penyokong Pas berkenaan, di dalam parti itu sendiri sudah wujud sentimen agar usah dilayan kempen bebas Anwar tersebut.

Jadi Pas kenalah berhati-hati apatah lagi dalam keadaan parti itu dilihat semakin tidak konsisten dalam perjuangan dan dilihat hanya menjadi 'pak turut' semata-mata.

Dalam keadaan apa sekali pun sama ada Anwar dipenjara atau dibebaskan pada 9 Januari, Pas tetap rugi kerana PKR dan DAP tidak akan memberi apa-apa keistimewaan kepada Pas apatah lagi untuk menjadi parti dan pemimpin utama dalam pakatan pembangkang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Khidmat bas diberhentikan

Posted:

Khidmat bas diberhentikan

Khidmat bas diberhentikan

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
kota@utusan.com.my


Penduduk mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan negeri mewujudkan semula perkhidmatan bas henti-henti di Taman Sentosa, Klang yang diberhentikan perkhidmatannya sejak dua bulan lalu. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah


KLANG 2 Jan. - Kira-kira 100 penduduk Taman Sentosa di sini berhimpun secara aman bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemberhentian perkhidmatan bas henti-henti di tempat mereka sejak dua bulan lalu.

Mereka yang berhimpun kira-kira setengah jam bermula pukul 10.30 pagi turut menyatakan kekecewaan terhadap Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang mereka dakwa lepas tangan terhadap masalah yang dihadapi penduduk.

Utusan Malaysia difahamkan, syarikat pengendali bas tersebut menghentikan perkhidmatan mereka di kawasan itu selepas kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor gagal berbincang mengenai beberapa perkara berbangkit termasuk isu kadar tambang.

Seorang penduduk, Mohd. Khir Johari, 51, berkata, apabila perkhidmatan bas diberhentikan, ia menyukarkan penduduk untuk menjalankan urusan harian terutama pelajar sekolah dan mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri serta hanya bergantung kepada pengangkutan awam.

"Ini menyukarkan anak-anak kami untuk ke sekolah terutama sekali apabila musim persekolahan baharu akan dibuka hanya beberapa hari saja lagi.

"Satu-satunya pilihan pengangkutan awam yang ada untuk kami buat masa ini adalah perkhidmatan teksi yang kadar tambangnya jauh lebih mahal berbanding perkhidmatan bas sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perhimpunan aman itu di Jalan Datuk Dagang 6, Taman Sentosa di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk Hassan Mat Isa, 59, pula mengeluh kerana terpaksa membayar kadar tambang teksi yang jauh lebih mahal setiap kali hendak ke pusat bandar iaitu RM30 untuk pergi dan balik berbanding hanya RM1.40 sahaja untuk bayaran tambang bas sebelum ini.

"Dengan pemberhentian perkhidmatan bas ini, perbelanjaan harian penduduk di sini juga meningkat berkali ganda dan ia sangat membebankan. Kami desak kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah perkhidmatan bas di kawasan kami ini sekiranya mereka benar-benar prihatin terhadap rakyat," tegasnya.

G. Sivananthan, 65, pula kecewa dengan Dr. Siti Mariah dan Dr. Xavier yang langsung tidak menghiraukan keluhan penduduk walaupun pemberhentian perkhidmatan bas itu membebankan mereka.

"Kedua-dua wakil rakyat ini sehingga hari ini gagal menyelesaikan masalah ini walaupun mereka tahu yang ia membebankan penduduk di sini. Apakah ini cara layanan kerajaan berkebajikan kepada rakyatnya?," dia menyindir.

Selain itu, Albert Khaw, 57, pula berkata, dia hairan kerana sejak kerajaan negeri diambil alih oleh PKR pada 2008, pelbagai masalah penduduk timbul dan mereka dilihat gagal menyelesaikannya walaupun penduduk beberapa kali menyuarakan keluhan mereka.

"Semasa berkempen pada pilihan raya umum yang lalu, mereka menabur pelbagai janji kepada rakyat, tetapi selepas memenanginya mereka ternyata gagal mentadbir negeri dengan baik, malah keputusan yang dibuat mereka kebanyakannya sering membebankan rakyat," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Peniaga bantah DBKL roboh Pasar Besar TTDI

Posted:

Peniaga bantah DBKL roboh Pasar Besar TTDI

Peniaga bantah DBKL roboh Pasar Besar TTDI

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Sebanyak 250 peniaga Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI ) di sini membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bercadang merobohkan pasar itu untuk digantikan dengan kondominium.

Mereka yang menyuarakan bantahan menerusi perhimpunan aman di pasar itu Sabtu lalu menyelar tindakan DBKL itu, yang dilihat bakal menjejaskan periuk nasi mereka setelah 25 tahun mencari rezeki di situ.

Presiden Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, tindakan DBKL yang ingin membangunkan pusat komersial di situ dilihat sangat tidak wajar dan zalim kepada para peniaga.

Katanya, sudahlah mereka tidak diajak berbincang mengenai isu ini, malah peniaga juga langsung tidak menerima notis ataupun surat yang memaklumkan tapak pasar itu bakal dirobohkan.

Ujarnya lagi, semua maklumat cadangan merobohkan pasar berkenaan hanya diketahui peniaga melalui kenyataan dalam sebuah akhbar tempatan awal bulan Disember lalu.

"Kami akan berada di belakang peniaga untuk menghalang sebarang pembangunan di kawasan ini.

"Ke mana peniaga harus pergi kalau pasar ini dirobohkan. Selama 25 tahun mereka berniaga di sini dan adalah amat tidak adil jika pasar ini dirobohkan," katanya pada media selepas mengetuai bantahan aman itu.

Katanya lagi, peniaga telah berjaya mengumpulkan sebanyak 5,000 tandatangan daripada

pengunjung dan penduduk sekitar yang membantah cadangan DBKL itu.

Jumlah tandatangan tersebut, katanya, jelas membuktikan yang masyarakat masih mahu pasar tersebut dikekalkan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar tersebut, Jenny Loo berkata, tiada sebab mengapa pasar itu perlu dirobohkan kerana selama 25 tahun ia beroperasi telah menjadi tumpuan orang ramai.

Katanya, ada banyak lagi tempat yang boleh dibangunkan.

"Pasar tradisi ini sudah tidak banyak lagi di ibu kota, sangat sayang kalau ia dirobohkan begitu sahaja.

"Kami juga sangat kesal dengan sikap segelintir pihak yang terlalu mementingkan diri sehingga kebajikan peniaga tidak diendahkan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

2 restoran di Tasik Titiwangsa diroboh

Posted:

2 restoran di Tasik Titiwangsa diroboh

2 restoran di Tasik Titiwangsa diroboh


Pekerja DBKL sedang membuka kanopi restoran di bekas tapak Eye On Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur kelmarin ekoran kegagalan pemiliknya mematuhi peraturan.


KUALA LUMPUR 2 Jan. - Dua buah restoran di Taman Tasik Titiwangsa ditutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam setelah diberi notis tutup sejak enam bulan lalu kerana menerima aduan kacau ganggu daripada penduduk setempat.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Peniaga Kecil, Saiful Mazli Ahmad berkata, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak lapan notis henti operasi sejak Julai 2011 kepada restoran tersebut, yang beroperasi di bekas tapak Eye On Malaysia.

Katanya, notis terakhir yang diberikan adalah pada 28 Disember dan pihaknya sudah memberikan tempoh yang cukup bagi pemilik restoran terbabit untuk mengosongkan premis mereka.

"Tindakan ini diambil kerana pemilik restoran telah melanggar beberapa syarat yang ditetapkan di samping kami mendapat aduan daripada penduduk setempat.

"Antara kesalahan yang dilakukan adalah membuat penyambungan struktur kekal pada restoran mereka, beroperasi lebih waktu, mencuri bekalan elektrik dan terdapat aktiviti yang mencemarkan tasik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai operasi pengosongan tapak restoran terbabit semalam.

Semasa operasi dijalankan, salah satu daripada restoran terbabit sedang beroperasi dan mereka terpaksa menghentikannya. Bagaimanapun, tiada kekecohan berlaku semasa penguatkuasaan itu dilaksanakan.

Saiful Mazli berkata, selain dua buah restoran terbabit, empat restoran berhampiran Istana Budaya yang terletak berdekatan turut diberi notis pengosongan.

"Empat buah restoran ini akan dikosongkan dalam masa terdekat kerana kami mendapat aduan daripada penduduk ia menyebabkan kesesakan lalu lintas.

"Penduduk turut merungut kerana perniagaan yang dibuka sehingga larut malam menyebabkan bunyi bising," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved