Khamis, 1 September 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Wanita UMNO Johor anggap Mat Sabu dangkal fikiran

Posted:

Wanita UMNO Johor anggap Mat Sabu dangkal fikiran

Wanita UMNO Johor anggap Mat Sabu dangkal fikiran

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Pergerakan Wanita UMNO Johor amat kesal dan kecewa dengan kedangkalan fikiran Mohamad Sabu sehingga menjadi insan yang buta sejarah.

Ketuanya, Senator Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, kenyataan berhubung peristiwa Bukit Kepong jelas menunjukkan Timbalan Presiden Pas itu menjadi keldai tunggangan sekutunya.

''Malah kerana ingin mengekalkan kedudukannya, beliau sanggup mengagungkan kumpulan yang tidak beragama seperti pengganas komunis,'' katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohamad mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila menyifatkan mereka yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 sebagai hero sebenar dan bukannya anggota polis yang terkorban dalam peristiwa itu.

Di KUCHING, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, anggota polis dan tentera di Sarawak, terutamanya bekas anggota keselamatan yang menentang pengganas komunis, berasa marah dan tidak senang hati dengan dakwaan keterlaluan Mohamad Sabu.

Sebagai bekas pegawai polis, Wan Junaidi berkata, beliau pernah berkhidmat dalam hutan untuk menentang pengganas komunis pada 1969 hingga 1973 serta membantu penubuhan ibu pejabat Rascom di Sibu.

"Jadi saya dapati politik Mat Sabu (Mohamad) telah keterlaluan untuk menarik perhatian kepada beliau sendiri dan parti beliau... mungkin dalam keadaan nak menang pilihan raya umum nanti," kata Wan Junaidi, yang juga Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Sarawak ketika ditemui semasa rumah terbuka Hari Raya anjurannya di sini semalam.

Pendakwaan ke atas Mat Sabu ikut kesesuaian undang-undang

Posted:

Pendakwaan ke atas Mat Sabu ikut kesesuaian undang-undang

Pendakwaan ke atas Mat Sabu ikut kesesuaian undang-undang

ALOR GAJAH 1 Sept. – Pendakwaan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berhubung kenyataannya mengenai tragedi Bukit Kepong akan diambil mengikut kesesuaian undang-undang sedia ada.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, polis akan memanggil Mat Sabu dalam masa terdekat berhubung kenyataan beliau itu termasuk pihak berkaitan sebagai saksi.

Menurutnya, laporan polis yang membantah kenyataan Mat Sabu itu juga telah bertambah dengan pelbagai pihak mendesak agar tindakan undang-undang diambil terhadap Timbalan Presiden Pas tersebut.

''Mat Sabu boleh dianggap sebagai buta sejarah kerana buat kenyataan itu dan beliau tidak seharusnya membuat kenyataan sedemikian," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Raya Terbuka Aidilfitri di rumahnya di Masjid Tanah di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan siasatan pihak polis berhubung kenyataan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Mat Sabu mendakwa, pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar.

Menurut Abu Seman, kerajaan harus bertindak tegas berhubung perkara itu memandangkan ia menyentuh sensitiviti perasaan sesetengah pihak khususnya dalam kalangan keluarga anggota keselamatan yang terbunuh dalam tragedi Bukit Kepong.

''Kita bimbang jika perkara ini dibiarkan sahaja, ia akan mendatangkan impak negatif ke atas negara, seolah-olah Malaysia cuba menghidupkan semula ideologi komunis.

''Namun, kita harus lakukan siasatan sepenuhnya berhubung kenyataan yang dibuat terutama untuk mengenal pasti apa matlamat kenyataan tersebut dan apa yang tersirat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kim Swee sedia hadapi Samurai Biru

Posted:

Kim Swee sedia hadapi Samurai Biru

Kim Swee sedia hadapi Samurai Biru

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Tinggal kurang sebulan lagi pertemuan sulung pusingan akhir kelayakan menentang skuad Olimpik Jepun, pengendali pasukan Olimpik negara, Ong Kim Swee semakin sibuk merangka strategi ampuh bagi menghadapi amukan Samurai Biru di bumi matahari terbit itu pada 21 September ini.

Biarpun mengakui masih belum menganalisis sepenuhnya kekuatan dan kelemahan yang ada pada Jepun, dia sama sekali tidak akan gentar dengan reputasi tinggi pasukan gergasi Asia tersebut.

"Sebenarnya saya belum sempat lagi meneliti rakaman aksi Jepun semasa menentang Mesir (pasukan Olimpik), baru-baru ini yang mana mereka menang 2-1.

"Berdasarkan keputusan sahaja, ia tidak mencukupi buat saya mendapatkan gambaran sebenar mengenai Jepun, dalam masa terdekat ini saya mahu mencari rakaman video perlawanan yang membabitkan mereka semasa pusingan kedua kelayakan menentang Kuwait tempoh hari.

"Saya akan ke Rumah AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) bagi mendapatkan rakaman video tersebut supaya mengetahui serba sedikit gaya permainan mereka," katanya yang dihubungi, semalam.

Walaupun begitu, dia secara jujur mengakui Jepun berada satu kelas yang lebih tinggi berbanding Malaysia kerana semua pemainnya mempunyai pengalaman beraksi di Liga-J di samping turut mempunyai beberapa pemain berkelana di liga sekitar Eropah.

"Saya difahamkan Ryo Miyaichi yang sedang bersama dengan Arsenal berkemungkinan besar akan disenaraikan, di samping dua atau tiga pemain lain yang bermain di Eropah.

"Jika mahu dibuat perbandingan, kita memang ketinggalan kepada mereka. Ini bukan bermakna saya takut untuk terima kekalahan, tetapi apa yang cuma saya boleh janjikan, pemain-pemain saya akan cuba memberikan tentangan sengit kepada Jepun," ujarnya.

Berada dalam Kumpulan C bersama Jepun, Malaysia akan bersama Bahrain dan Syria bagi memburu kedudukan juara kumpulan bagi menempah tiket ke Sukan Olimpik 2012, manakala naib juara kumpulan menjanjikan saingan di peringkat play-off antara tiga pasukan dan pemenang akan berdepan wakil dari benua Afrika bagi memburu satu lagi tempat ke London.

Justeru itu, dua perlawanan persahabatan berprofil tinggi dengan kelab Iraq, Al-Arbil yang sedang bersaing di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia 2011 dan skuad Olimpik Oman mampu dijadikan bekalan tambahan bagi menghadapi Jepun selain ilmu yang dibawa pulang dari Slovakia, bulan lalu.

Tidak menafikan pertemuan dengan dua kelab itu mampu membantu menyesuaikan anak-anak buahnya dengan cara permainan pasukan dari Asia Barat kerana mereka akan berdepan Bahrain dan Syria, namun, Kim Swee mahu memberikan fokus pada perlawanan dengan Jepun terlebih dahulu.

"Memang benar perlawanan dengan kelab dari Iraq (Al-Arbil) dan Olimpik Oman amat bersesuaian kepada pemain-pemain saya dapat mengenali cara permainan dari Asia Barat tetapi apa yang lebih mustahak saya mahu memikirkan pertemuan dengan Jepun dahulu.

"Dua perlawanan ini saya harap dapat menyuntik keyakinan tambahan kepada pemain, selain mencari kesebelasan terbaik bagi berdepan Jepun nanti," katanya.

Dalam pada itu, dia berkata, kehadiran beberapa pemain baru seperti Mohd. Izuan Solahuddin, Ahmad Hazwan Bakri dan Mohd. Azrif Nasrulhaq menjanjikan banyak pilihan kepadanya bagi mencongak strategi bersesuaian.

"Mereka layak berada dalam skuad selepas mempamerkan kesungguhan dan memberikan komitmen tinggi sepanjang latihan di Slovakia," katanya.

Anuar 'diburu' pasukan Eropah

Posted:

Anuar 'diburu' pasukan Eropah

Anuar 'diburu' pasukan Eropah

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


Anuar Manan (kiri) ketika beraksi di Le Tour de Langkawi Malaysia 2011 mewakili pasukan Terengganu Pro Asia Cycling Team.


KUALA LUMPUR - Pelumba lebuh raya negara, Anuar Manan terus menjadi buruan pasukan luar negara dan terbaru menerima lima tawaran termasuk dari Eropah.

Bagaimanapun pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu keberatan untuk memberitahu pasukan mana yang menawarkan khidmatnya berikutan dia masih lagi mempunyai kontrak dengan pasukannya sekarang, Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG).

Lebih menarik saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 akan berakhir di negeri kelahirannya, Terengganu dan dia sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk beraksi cemerlang bersama pasukan terbaik.

Menurut Anuar, walaupun tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan untuk beraksi di Sukan SEA Palembang 2011, November ini dia tidak putus asa untuk meneruskan perjuangan, malah bersemangat berlatih setiap hari.

"Saya ada cita-cita tersendiri. Setakat ini saya yakin dengan apa yang saya lakukan. Saya tidak akan berhenti berkayuh selagi saya tidak mengambil bahagian dalam Tour de France," kata Anuar.

Jelasnya, tahun depan dia tidak mahu menghampakan rakyat Malaysia dan juga penyokongnya dengan sekali lagi meletakkan sasaran untuk mencatat satu kemenangan di LTdL seperti yang dilakukannya pada edisi 2010.

Pada masa ini, Anuar masih lagi menjalani latihan bersama pasukan skuad TSG selepas tidak dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat untuk skuad kebangsaan di Chiang Mai, Thailand.

Perjalanan Anuar pada perlumbaan terbesar Asia, LTdL sangat membanggakan apabila menjadi pelumba pertama negara berada di atas podium selepas menamatkan saingan di tempat kedua pada edisi 2008 ketika peringkat ketiga dari Sitiawan ke Banting bersama pasukan Le Tua.

Dia terus mencipta nama selepas dinobatkan sebagai pelumba Asia pertama bergelar Raja Pecut pada LTdL 2010

Prestasi cemerlang itu membolehkan Anuar dilamar pasukan luar negara antaranya Islamic Azad University, Geumsan Ginseng Asia dan terbaru bersama TSG.

Selepas sekian lama menyepikan diri, Anuar akan kembali mempamerkan kehebatannya di Jelajah Brunei pada Hari Raya keempat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


6 rompak kedai pajak gadai dicekup

Posted:

6 rompak kedai pajak gadai dicekup

6 rompak kedai pajak gadai dicekup

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


Inilah kedai pajak gadai yang cuba dimasuki oleh enam perompak di Sungai Way, Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 1 Sept. - Enam perompak yang sedang asyik menebuk dinding sebuah kedai gambar untuk memasuki kedai pajak gadai bersebelahan di Sungai Way di sini awal pagi ini dicekup polis setelah terperangkap apabila alat penggera keselamatan premis itu berbunyi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, suspek yang menaiki tiga buah kereta termasuk sebuah Mercedes Benz merancang memecah masuk kedai pajak gadai yang terletak di hujung bangunan kedai tiga tingkat itu dengan menebuk tiga lubang dari dua premis bersebelahan.

Suspek berjaya memasuki premis pertama iaitu kedai kasut dengan memecah pintu belakang dan membuat dua lubang pada dinding di dalam kedai terbabit untuk membolehkan mereka masuk ke kedai gambar di sebelah.

Setelah memasuki kedai gambar, mereka sekali lagi membuat satu lubang sebagai laluan ke kedai pajak gadai di sebelahnya dan ketika itulah alat penggera keselamatan berbunyi.

Bunyi bising tersebut mengejutkan seorang lelaki yang tidur di sebuah premis terletak di tingkat dua lalu menghubungi polis.

Lelaki terbabit yang enggan dikenali ketika ditemui memberitahu, dia sedang nyenyak tidur apabila tiba-tiba dikejutkan bunyi bising alat penggera keselamatan di kedai gambar yang terletak di bawah kediamannya.

"Mendengar alat penggera itu berbunyi saya berasa curiga lalu menghubungi polis dan sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Way yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian terus datang menjalankan siasatan.

"Semasa polis tiba, semua suspek masih berada dalam kedai gambar dan mereka yang dikepung akhirnya dapat ditangkap," katanya.

Sementara itu, sumber memberitahu, suspek menebuk premis dan menggunakan alat vakum lantai untuk membuang batu-bata bagi mengelakkan ia dikesan.

Katanya, pemeriksaan polis menemui pelbagai peralatan digunakan untuk menebuk dan menggerudi bersama suspek di tempat kejadian.

Tambahnya, lantai kedai kasut dan gambar juga ada kesan basah kerana mesin gerudi terbabit menggunakan air untuk mengurangkan bunyi bising dan memudahkan proses penggerudian.

"Suspek juga bertindak merosak dan mencabut beberapa kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis berkenaan.

"Polis turut menemui beberapa kamera, wang tunai dan telefon bimbit dalam beg dibawa suspek dipercayai dicuri dari kedai gambar tersebut," katanya.

6 motosikal, 2 kereta dibakar di Taman Muda

Posted:

6 motosikal, 2 kereta dibakar di Taman Muda

6 motosikal, 2 kereta dibakar di Taman Muda

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Penduduk yang tinggal di Pangsapuri Rivera, Jalan Bunga Mewah 5A, Taman Muda, Cheras di sini, gempar apabila ada individu tidak bertanggungjawab membakar lapan kenderaan di tempat letak kereta bawah kediaman mereka pada awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.10 pagi semasa penduduk sedang nyenyak tidur menyebabkan mereka tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan enam motosikal dan dua kereta jenis Perodua Kelisa daripada dijilat api.

Seorang penduduk yang ditemui, Eddy Madius, 28, berkata, dia yang tinggal di tingkat dua pangsapuri terbabit, terjaga daripada tidur apabila menyedari asap tebal memasuki rumahnya.

"Saya bergegas turut ke tingkat bawah dan terkejut melihat api sedang marak membakar motosikal dan kereta yang diletak di situ.

"Tanpa berlengah saya berlari naik ke rumah untuk mengambil paip getah dan berusaha memadam api sementara menunggu bomba tiba," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Menurut Eddy, meskipun bukan kenderaannya terlibat dalam kebakaran itu tetapi dia bersimpati dengan seorang rakannya yang kehilangan dua motosikal termasuk jenis Yamaha F2 150i yang baru dibeli awal tahun ini.

Katanya, dia percaya kebakaran itu adalah perbuatan khianat kerana beberapa bulan sebelum ini, insiden sama pernah berlaku di kawasan pangsapuri berkenaan tetapi melibatkan motosikal yang diletakkan di bangunan bersebelahan.

Seorang lagi penduduk, Chew Koay Choy, 39, terpaksa menanggung kerugian apabila rumahnya terletak di tingkat satu mengalami kerosakan akibat kebakaran tersebut.

"Rumah saya yang berada betul-betul di atas tempat letak kereta menempatkan kenderaan dibakar itu, mengalami kerosakan apabila semua barang-barang dalam rumah diselaputi abu, manakala cermin tingkap retak.

"Saya bersama isteri dan anak perempuan berusia lima tahun, kini tidak tahu mahu menumpang di mana sementara menunggu rumah kami dibersih dan dibaiki," katanya.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pandah Indah ketika dihubungi memberitahu, mereka menghantar sebuah jentera bersama enam anggota ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 5.16 pagi dan mengambil masa 10 minit untuk mengawal api.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan tentang kejadian itu dan menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Polis NY intip penduduk Islam

Posted:

Polis NY intip penduduk Islam

Polis NY intip penduduk Islam

NEW YORK 1 Sept. – Beberapa bulan selepas serangan 11 September, 2001, Jabatan Polis New York (NYPD) dengan bimbingan seorang pegawai veteran Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengadakan program perisikan untuk memantau kegiatan penduduk Islam termasuk lokasi mereka membeli-belah, makan dan bersolat.

Kewujudan program yang dikenali sebagai Unit Demografi itu dinafikan oleh NYPD tetapi dokumen yang diperoleh oleh Associated Press (AP) menunjukkan unit itu menyimpan senarai 'keturunan etnik yang diberi perhatian' dan menerima laporan harian mengenai kehidupan penduduk Islam.

Dokumen itu memberikan gambaran yang jarang diperoleh mengenai program perisikan yang dibentuk dan dikemudikan oleh seorang pegawai CIA.

Kerjasama itu dianggap luar biasa kerana CIA diharamkan daripada menjalankan kegiatan perisikan domestik.

Anggota polis yang beroperasi secara sulit, dikenali sebagai 'raker', mengunjungi kedai buku, kafe, perniagaan dan kelab yang diusahakan oleh orang Islam.

Polis mencari perniagaan yang menarik golongan minoriti tertentu seperti syarikat teksi yang mengambil penduduk etnik Pakistan sebagai pemandu.

Mereka diarah supaya memantau perkembangan semasa, meneliti papan kenyataan komuniti di rumah ibadat dan mengenal pasti 'kawasan panas'.

Unit Demografi yang terdiri daripada 16 anggota polis yang boleh bertutur sekurang-kurangnya lima bahasa ialah satu-satunya pasukan seumpamanya yang beroperasi di AS.

NYPD dengan menggunakan maklumat banci dan pangkalan data kerajaan memetakan kawasan kediaman etnik di New York, New Jersey dan Connecticut.

Apabila CIA melancarkan serangan dengan pesawat tanpa juruterbang atau 'drone' di Pakistan, NYPD akan menghantar anggotanya ke kawasan kediaman etnik Pakistan untuk mendengar retorik dan kenyataan yang membidas Amerika, kata pegawai yang terlibat dalam program itu. – Agensi

Aidilfitri penuh makna di empat negara Arab

Posted:

Aidilfitri penuh makna di empat negara Arab

Aidilfitri penuh makna di empat negara Arab

KAHERAH 1 Sept. - Sambutan Aidilfitri yang diraikan sempena berakhirnya sebulan umat Islam berpuasa sepanjang bulan Ramadan tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini bagi negara Syria, Libya, Mesir dan Tunisia.

Pergolakan masih berterusan di Syria, pasukan pemberontak baru mengukuhkan kedudukan di Libya. Mesir dan Tunisia masih melalui kesan dari revolusi yang menggulingkan pemimpin-pemimpin Arab awal tahun ini. Elemen gembira, kecewa dan perubahan bercampur-baur dan menular di negara-negara tersebut.

Libya memulakan sambutan Aidilfitri mereka Rabu lalu dengan berpuluh-puluh ribu penduduk menyempurnakan solat Aidilfitri di Dataran Hijau yang dinamakan Dataran Syahid di Tripoli.

Walaupun rakyat Libya mempunyai sebab kukuh untuk meraikan perayaan itu yang disifatkan imam di sana sebagai 'revolusi terhebat zaman ini' di dalam khutbahnya, mereka tetap bersedih kerana perjuangan mereka selama enam bulan konflik itu berlaku mengorbankan sehingga 50,000 orang.

Tambahan pula, pemburuan terhadap Muammar Gaddafi dan keluarganya masih diteruskan. Pemberontak kini sedang berusaha memantapkan semula tahap keselamatan dan pembekalan bahan asas serta perkhidmatan yang diperlukan di sana.

Sementara itu, banyak komuniti Islam di Syria tidak menyambut Aidilfitri tahun ini bagi menghormati keluarga berpuluh-puluh ribu penduduk yang terbunuh dan ditahan pasukan keselamatan.

Penduduk Syria dikejutkan dengan tindakan keras yang dilakukan ke atas penunjuk perasaan pro-demokrasi pada hari raya kedua dimana sekurang-kurangnya lapan orang awam terbunuh.

Bulan Ramadan kali ini menyaksikan paling ramai yang terkorban iaitu anggaran 470 orang yang terkorban sejak 1 Ogos lalu, dan 2,200 orang terkorban sejak pemberontakan bermula pertengahan Mac lalu.

Namun, negara Arab lain seperti Mesir, penduduk benar-benar meraikan Aidilfitri dengan penuh meriah tahun ini kerana berjaya menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak.

Beribu-ribu umat Islam di sana berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah, lokasi utama pemberontakan menuntut revolusi, Selasa lalu bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Di Yemen, ribuan penduduk meraikan Aidilfitri di tengah-tengah kebuntuan politik yang berterusan apabila Presiden Ali Abdullah Saleh enggan meletakkan jawatan sebaliknya berjanji mempercepatkan pilihan raya presiden.

Sejak pertengahan Februari lalu, berjuta-juta penduduk Yemen mengadakan tunjuk perasaan meminta pemimpin mereka disingkirkan dan beratus-ratus orang yang terkorban oleh tindakan keras kerajaan. - dpa

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Penduduk hampa masjid tak siap

Posted:

Penduduk hampa masjid tak siap

Penduduk hampa masjid tak siap

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanktn@gmail.com


Abdul Manan Ismail (dua dari kiri) bersama beberapa wakil penduduk meninjau projek pembinaan masjid yang belum siap di Bukit Goh, baru-baru ini.


KUANTAN 1 Sept. - Harapan penduduk di sekitar kawasan Bukit Goh dekat sini untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri kelmarin tidak kesampaian apabila masjid baru bernilai RM3.2 juta gagal disiapkan mengikut jadual.

Ketua Kampung Bukit Goh, Mat Zahari Derahman berkata, masjid yang sepatutnya digunakan oleh 2,000 peneroka pada Mei lalu, tertangguh sehingga November depan selepas pemajunya bertukar tangan.

Menurutnya, sehingga kini, kira-kira 80 peratus masjid itu siap dibina manakala selebihnya masih dalam pembinaan.

"Kami terkilan dengan kelewatan tersebut memandangkan sudah sekian lama kami impikan sebuah masjid yang baru kerana masjid lama sudah berusia 30 tahun dan terlalu uzur.

"Nampaknya hajat kami untuk menggunakan masjid baru tidak tercapai walaupun kontraktor tersebut berjanji masjid baru itu akan siap pada Mei lalu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, selepas setahun, kerja-kerja pembinaan projek berkenaan agak perlahan termasuk berlaku beberapa perubahan pada pelan asal serta kemudahan asasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail yang membuat tinjauan projek berkenaan berkata, kelewatan berkenaan disebabkan beberapa faktor termasuk pertukaran kontraktor dan perubahan pelan asal.

Katanya, kelewatan tersebut amat dikesali kerana bukan sahaja mengecewakan penduduk di situ malah turut membabitkan implikasi kewangan kerajaan kerana kenaikan kos buruh dan bahan binaan setiap masa.

"Diharap penduduk dapat bersabar dan tidak terlalu terdesak untuk menggunakan masjid baru itu kerana bimbang jika kontraktor terlalu gopoh menyiapkan dalam masa yang cepat, berkemungkinan akan menjejaskan kualiti binaannya," katanya.

Ibu tunggal tiga anak sambut raya serba kekurangan

Posted:

Ibu tunggal tiga anak sambut raya serba kekurangan

Ibu tunggal tiga anak sambut raya serba kekurangan


Rozlina Ismail (dua dari kanan) menunjuk kain yang dibelikan oleh arwah suaminya sebagai baju raya bersama anak-anak mereka di Perumahan Kampung Mat Kilau, Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 1 Sept. - Sambutan hari raya Aidilfitri bagi seorang ibu tunggal bersama tiga anaknya tahun ini suram kerana orang yang disayangi meninggal dunia awal tahun ini.

Suami kepada Rozlina Ismail, 41, Azmi Jamaluddin, yang meninggal dunia Februari lalu menyebabkan sambutan Syawal kali ini diraikan dalam suasana serba kekurangan dan penuh sayu.

Katanya, segala persiapan Aidilfitri tidak seperti semasa arwah suaminya masih hidup kerana dia terpaksa membeli barang bersendirian dalam keadaan berkerusi roda.

"Hari Raya kali ini seolah-olah tidak diraikan kerana kami sekeluarga masih terbayang-bayang wajah arwah biarpun dia telah tinggalkan kami tujuh bulan lalu," katanya kepada Utusan Malaysia di Perumahan Kampung Mat Kilau, di sini semalam.

Menurutnya, arwah suaminya sempat membeli kain untuk dijadikan baju raya mereka sekeluarga sebelum meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi.

Katanya, arwah suaminya menyimpan hajat untuk bergambar sekeluarga dengan memakai pakaian baru itu nanti.

Di pagi Syawal lalu dia sekeluarga menitiskan air mata setiap kali melihat kain yang dibeli oleh arwah suaminya itu.

Katanya, sebelum arwah meninggal dunia sempat berpesan supaya jangan mudah berputus asa dalam membuat sesuatu perkara dan jangan menamatkan persekolahan anak-anak mereka.

"Arwah nak tiga anak kami iaitu Nurul Ain Zakirah,13, Nurul Syafiqah, 11 dan Nurul Azmina, enam tahun mendapat pendidikan di sekolah agama serta mendidik mereka sehingga berjaya," katanya.

Katanya, ketika ini dia mengambil upah menjahit pakaian serta mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) juga RM300 untuk menguruskan kehidupan mereka sekeluarga.

Klinik Kecemasan Hospital Lipis dinaik taraf

Posted:

Klinik Kecemasan Hospital Lipis dinaik taraf

Klinik Kecemasan Hospital Lipis dinaik taraf

KUALA LIPIS 1 Sept. - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) akan menimbang peruntukan bernilai RM15,000 untuk menaik taraf kemudahan di Klinik Kecemasan Hospital Lipis tahun ini.

Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Suhaimi Ibrahim berkata, usaha yayasan itu bertujuan memudahkan pesakit mendapat rawatan di klinik kecemasan hospital berkenaan dengan lebih selesa.

Menurutnya, peruntukan itu membabitkan pemasangan penghawa dingin, menaiktaraf bilik pegawai perubatan dan tempat menunggu rawatan pesakit dan kaunter pendaftaran.

"Kemudahan di sini kian uzur dan lama terutamanya penghawa dingin dan ruang letak katil yang agak sempit dan kurang selesa untuk rawatan kecemasan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pesakit di hospital tersebut, di sini kelmarin.

Suhaimi yang juga Timbalan Ketua UMNO Lipis berkata, kadar bilangan pesakit yang mendapat rawatan di klinik itu semakin bertambah dan memerlukan ia dinaik taraf supaya kemudahan tersebut dapat digunakan dengan baik.

''Saya simpati mendengar rungutan pesakit dan melihat sendiri beberapa warga emas mendapatkan rawatan kecemasan termasuk bantuan pernafasan sedangkan bilik itu sempit dan penghawa dingin gagal berfungsi dengan baik," katanya.

Suhaimi berkata, perkara itu akan dikemukakan kepada menteri terbabit, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya peruntukan itu dapat disalurkan segera.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sejarah mengikut fahaman Mat Sabu

Posted:

Sejarah mengikut fahaman Mat Sabu

Sejarah mengikut fahaman Mat Sabu

Zainudin Maidin

TIMBALAN Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu bukan tidak memahami sejarah tetapi beliau ialah salah seorang daripada rakyat Malaysia yang mahu sejarah ditulis semula untuk memberikan pengiktirafan kepada sumbangan golongan kiri; nasionalis, sosialis dan komunis dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Saya tidak terkejut apabila membaca kenyataan Mat Sabu yang didedahkan oleh Utusan Malaysia mengatakan beliau menganggap Muhammad Indera, lelaki Melayu yang menyerang bukit Kepong bersama pengganas komunis Cina adalah sebenarnya hero.

Beliau juga mengatakan bahawa Dato' Onn Jaafar pengasas UMNO dan Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan Malaya sebagai alat British.

Saya pernah mendengar kenyataan seumpamanya daripada beliau sebelum ini tetapi saya tidak mempunyai catatan tarikh di mana dan bila. Sebagai seorang wartawan, saya kesal kerana tidak dapat mengemukakannya tetapi saya penuh yakin pernah mendengarnya.

Saya percaya Mat Sabu adalah jujur, menghayati dan percaya kepada apa yang dikatakannya itu.

Saya tidak setuju jika orang mengatakan beliau tidak memahami sejarah tetapi beliau memahami sejarah mengikut fahamannya berasaskan kepada perjuangan asal nasionalis-nasionalis kiri Melayu seperti Dr. Burhanuddin Al Hilmi, Ibrahim Yaacob, A. Samad Ismail dan lain-lain.

Perjuangan ini juga turut didokong oleh Utusan Melayu yang diketuai oleh Pengarangnya, Said Zahari sehinggalah dipatahkan oleh UMNO dengan pengambilan alih Utusan Melayu pada 1961.

Suatu perdebatan kecil antara bekas Penasihat New Straits Times, A. Samad Ismail dengan Said pernah berlaku apabila Said membangkitkan perihal A. Samad menganggap Dato' Onn sebagai alat British.

Bagaimanapun A. Samad akhirnya menerima jalan kemerdekaan yang diambil oleh UMNO sebagai lebih realistik ( Lihat Memoir Samad Ismail di Singapura terbitan UKM). Beliau mengakui terbentuk fahaman dan perjuangan oleh perjuangan revolusi Indonesia yang menyingkirkan feudalisme.

Said, Ketua Pemogok Utusan Melayu 1961 juga mengakui kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan Malaya lebih awal dengan menggunakan faktor ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) yang dikuasai orang Cina sebagai alat tekanan ke atas British semasa beliau merundingkan kemerdekaan Malaya.

Kerana bimbang, Tunku mungkin meletakkan jawatan Ketua Menteri sekiranya tidak dibenarkan menemui Ching Peng, British akhirnya bersetuju dengan memberikan syarat kepada Tunku tidak boleh merundingkan soal lain daripada penyerahan diri Chin Peng dan PKM.

Dalam keadaan yang terikat inilah, Tunku telah memanfaatkan sepenuhnya agenda politik beliau sendiri.( Kemerdekaan Malaya). (Lihat Said Zahari Meniti Lautan Gelora halaman 300 terbitan UKM).

Sesiapapun yang membaca Memoir A. Samad Ismail di Singapura akan dapat memahami bahawa beliau pada akhirnya mengakui kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Tunku, Tun Razak dan lain-lain pemimpin UMNO tetapi malangnya beliau telah ditahan sekali lagi di Malaysia di bawah ISA kerana hasutan dari Perdana Menteri, Singapura Lee Kuan(amat jelas dalam buku Memoir Lee Kuan Yew).

Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman juga memahami bahawa PKM memperjuangkan kemerdekaan tetapi hakikatnya Tunku dapat melihat masa depan sekiranya PKM berjaya, maka pastinya Malaya jatuh ke tangan orang Cina atau kepada Parti Komunis Cina tanpa kedaulatan orang Melayu dan kehormatan kepada agama Islam.

Mengikut sejarah British juga tidak mahu orang Cina menguasai negara ini, maka itu mereka tidak menunaikan janji untuk memberikan Malaya kepada PKM selepas mengalahkan Jepun dengan bantuan gerila MPAJ atau PKM.

Akhir-akhir ini memang terdapat usaha untuk mempengaruhi rakyat supaya memberikan pengiktirafan kepada perjuangan PKM. Buku-buku yang ditulis oleh bekas- bekas pemimpin tertinggi PKM Regimen Ke-10 (sayap Melayu) seperti Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Abu Samah dan lain-lain dijual bebas di negara ini.

Generasi muda yang membaca buku-buku ini mungkin akan terpengaruh tetapi sesiapa yang dapat membaca yang tersirat di sebalik yang tersurat dalam buku My Side Of Story oleh Chin Peng dan juga Memoir Shamsiah Fakeh akan dapat mengetahui bahwa Shamsiah diseksa di Beijing dalam masa revolusi Pengawal Merah tanpa dipedulikan oleh Chin Peng, Setiausaha Agung PKM yang diketahui oleh Shamsiah berada di Beijing.

Memanglah ramai nasionalis-nasionalis Melayu kiri yang masuk ke dalam hutan menyertai perjuangan berdarah PKM dan ada yang berjuang di barisan depan sebagai orang sosialis seperti Ahmad Boestaman, Ishak Haji Mohammad, Dr. Burhanuddin, Syed Hussein Ali, Kassim Ahmad dan lain-lain.

Tetapi hakikatnya jika perjuangan yang didalangi oleh komunis antarabangsa itu menang maka Malaya atau Malaysia tidak akan berada dalam situasi bebas, makmur, moden dan maju sebaliknya akan berada dalam kekuasaan tangan yang kejam yang cuba membahagikan kek kecil tetapi mengambil sebahagian besar kepada diri mereka sendiri.

Saya telah melihat dengan mata kepala saya sendiri keadaan ini ketika melawat negara komunis dan sosialis seperti Romania, China, Russia ( sekarang telah berubah) dan Myanmar.

Yang terakhir beberapa tahun lalu saya berkesempatan melawat Cuba dan melihat keadaan menyedihkan, ramai penganggur, mereka duduk di tepi jalan atau di depan rumah atau merayau-rayau tanpa kerja.

Oleh kerana Singapura dan Malaya keluar dari aliran kekirian dari sejak awal dan percaya untuk merdeka dalam demokrasi Barat dan dibantu pertahanannya oleh Barat di samping pertahanan kita sendiri maka itulah kita terselamat dan mendahului kemajuan dari lain-lain negara di Asia.

Oleh kerana China dan India baru memeluk kapitalisme maka tidaklah hairan mereka begitu ghairah menjalankan dasar ini dengan bergantung kepada pasaran bebas yang dikutuk oleh mereka dahulu.

Amerika Syarikat dan Eropah juga membantu mereka untuk menjamin keselamatan masa depan ekonomi mereka dan penjajahan baru menerusi dasar globalisasi (1 Amerika 1 Dunia).

Maka itu kenyataan Mat Sabu tidak seharusnya dilihat sebagai suatu usaha untuk menghidupkan semula Parti Komunis Malaya.

Fahaman Komunis telah bangkrap, orang- orang komunis dan sosialis telah murtad tetapi apa yang dilakukan oleh Mat Sabu adalah sebahagian daripada perjuangan yang sedang dilakukan oleh segolongan kecil intelektual Melayu dan Cina.

Mereka tidak melalui dan memahami sejarah dengan didepani oleh DAP supaya pengiktirafan diberikan kepada perjuangan PKM yang diketuai oleh seorang Cina bernama Chin Peng yang diperalatkan oleh British untuk menentang Jepun sehingga dikurniakan pingat tertinggi kerajaan British "Sir". Tetapi British tidak menunaikan janjinya.

Jika British boleh menggunakan Chin Peng maka tidak mustahil Mat Sabu dan juga konco-konconya tanpa sedar menjadi alat kepada cita-cita globalisasi itu. Gerakan untuk memulihkan imej komunis juga sedang berlaku di Indonesia sekarang.

Kita dapat melihat betapa DAP memperjuangkan tuntutan keluarga Cina menuntut ganti rugi dari kerajaan British kerana keluarga mereka dibunuh oleh tentera British dalam masa darurat di Batang Kali pada 11 dan 12 Disember 1948. Mereka langsung menutup hakikat bahawa mereka ini telah disyaki memberikan berbagai bantuan kepada pengganas-pengganas komunis.

Tugu Peringatan beberapa pengganas komunis yang terkorban di Malaya telah dibangunkan dengan berselindung dalam bentuk memorial di Nilai dengan belanja berjuta ringgit dan percubaan juga dilakukan untuk membina tugu yang sama di Sarawak. Sebuah akhbar Inggeris telah memperjuangkan supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Saya percaya bahawa Mat Sabu tidak membuat pertimbangan yang waras atau rasional dalam kepercayaannya dan juga dalam kempennya untuk mengiktiraf perjuangan PKM bagi kemerdekaan negara.

Saya percaya orang-orang Pas yang ibu bapa mereka pernah menjadi tentera atau polis atau pun yang terkorban kerana menentang pengganas komunis turut marah kepada Mat Sabu.

Tetapi supaya taraf kemarahan tidak keterlaluan, kita harus bertanya apakah yang dapat kita harapkan daripada pemimpin sebuah parti yang telah meningkat naik dengan cara yang tidak bertamadun sebaliknya populariti dengan memaki hamun dan menjual kemurnian agama.

RTM pernah mendedahkan Mat Sabu mengatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad gila dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Dr. Mahathir barua dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkafirkan orang Islam yang tidak menganggotai Pas.

Setelah pendedahan ini dibuat maka barulah mereka dapat melihat diri sendiri, rupa- rupanya memaki-hamun orang dengan berkopiah puteh dan berserban tidak manis di pandang malah terlihat seperti ulama-ulama ajaran sesat. Maka sejak itu mereka tidak melakukannya sekarang. RTM telah membetulkan akhlak mereka.

Maka itu, orang ramai tidak seharusnya terkejut jika Mat Sabu mengulangi kesilapan lalu kerana itu adalah jati diri mereka. Inilah taraf pemikiran dan kualiti kepimpinan Pas dan mereka inilah yang akan memimpin masa depan Malaysia bersama dengan parti ekstremis dan cauvanis Cina DAP.

ZAINUDDIN MAIDIN ialah Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir,

Universiti Utara Malaysia.

PKR Selangor dan titah sultan

Posted:

PKR Selangor dan titah sultan

PKR Selangor dan titah sultan

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

DALAM kitab Sulalat al-Salatin terdapat petikan kata-kata Bendahara Paduka Raja dengan Sultan 'Alauddin ketika baginda menziarahi bendahara itu yang sedang sakit tenat.

Ketika itu bendahara telah menyembahkan kata-kata berikut kepada sultan;

''Hendaklah jangan Tuanku dengar-dengaran akan sembah orang yang tiada sebenarnya, jikalau Tuanku dengarkan sembah orang yang sedemikian itu akibatnya Tuanku menyesal.

''Yang kehendak nafsu jangan Tuanku turutkan, karena banyak raja-raja yang dibinasakan Allah Taala kerajaannya sebab menurut hawa nafsunya."

Petikan itu memberikan ingatan kepada seluruh rakyat yang masih teguh mempercayai kepentingan memelihara institusi kesultanan Melayu.

Raja-raja Melayu perlu didampingi oleh para pembesar yang jujur ikhlas menasihati baginda dan tidak menyembunyikan segala kebenaran.

Malah di sebalik tembok pagar istana sebenarnya tiada pemisah antara raja dan rakyat kerana setiap perkembangan yang berlaku tetap menerobos ke dalam istana dan sampai ke pengetahuan sultan.

Di tengah-tengah pergolakan dan permasalahan yang sering begitu rumit diselesaikan akibat pertentangan politik kepartian, ternyata kuasa sultan menjadi payung buat rakyat mencari satu titik pertemuan.

Satu kuasa yang berkredibiliti dan dipercayai seluruh rakyat serta berada di atas daripada politik diperlukan bagi meredakan suhu panas politik yang sedang melanda.

Namun, apa yang berlaku di Selangor sejak kebelakangan ini begitu membimbangkan apabila pentadbiran parti pembangkang sering kali mencetus percanggahan dengan sultan.

Terbaru apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dapat menyembunyikan kesilapan. Entah kesilapan beliau sendiri atau disebabkan kebebalan penasihat-penasihatnya yang sebelum ini hanya asyik berkokok, tetapi gagal melaksanakan kerja.

Abdul Khalid mengumumkan penubuhan sebuah Majlis Penasihat Syura bagi menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang didakwa sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya awal bulan ini.

Beliau mendakwa majlis syura itu dicadangkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagaimanapun, ternyata perkara itu bercanggah dengan fakta sebenarnya kerana penubuhan majlis itu tidak pernah diperkenankan oleh baginda.

Apa yang dikesalkan ialah apabila Menteri Besar dilihat mempergunakan kedudukan sultan untuk menyatakan sesuatu keputusan bagi pihaknya.

Namun, apabila menyedari kesilapan itu, tidak sampai dalam tempoh 24 jam, Menteri Besar bertindak mengubah istilah majlis syura kepada Jawatankuasa Pendengaran.

Perubahan sekali lagi berlaku apabila istilah itu ditukar lagi kepada gerak kerja pendengaran.

Untuk apa gerak kerja itu pun tidak diketahui malah tiada sebarang terma rujukan diumumkan dan apakah penyelesaian yang dimahukan.

Banyak pihak melihat gerak kerja itu hanya satu usaha menutup kesilapan Menteri Besar yang dilihat lebih menyebelahi pihak gereja dan tidak mempertahankan JAIS sebagai agensi kerajaan negeri.

Ada pihak menyatakan itu isu kecil kerana hanya membabitkan pertukaran istilah dan mendakwa kenyataan penafian istana berhubung penubuhan majlis syura adalah daripada mulut Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor sahaja dan bukannya baginda sendiri.

Demikianlah sikap pentadbiran pembangkang di negeri ini sejak Mac 2008. Sering berlaku percanggahan dalam dasar-dasar yang diperkenalkan dan mendapat teguran Sultan Selangor melalui titah-titah baginda.

Bagaimanapun, pentadbiran pembangkang hanya bersikap tuli atau buat-buat tidak dengar malah tidak pernah malu dengan teguran berkenaan sebaliknya meletakkan kesalahan kepada orang lain.

Sebenarnya sebelum ini, banyak berlaku percanggahan yang dilakukan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terhadap titah-titah Sultan Selangor.

Masih segar dalam ingatan kita bagaimana pentadbiran Abdul Khalid mencetus polemik pentadbiran awam negeri apabila enggan mengiktiraf pelantikan Datuk Mohammad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Sedangkan pelantikan bekas Pengarah JAIS itu sudah diperkenankan Sultan Selangor.

Klimaks penentangan itu dibawa hingga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dipanggil bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri semata-mata mahu menolak pelantikan Mohammad Khusrin. Namun akhirnya pentadbiran kerajaan negeri akur dengan pelantikan SUK itu.

Isu pertikaian pelantikan SUK berlangsung dengan beberapa kenyataan saling mencanggahi titah Sultan Selangor. Contohnya, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menolak dakwaan Abdul Khalid yang mempertikaikan kenyataan akhbar dikeluarkannya oleh pihak istana mengenai titah Sultan Selangor berhubung pelantikan SUK.

Abdul Khalid mempertikaikan kenyataan istana mengenai isu itu dan menganggap ia adalah penafsiran peribadi Mohamad Munir.

Sehinggalah pada 6 Januari, Sultan Selangor dalam satu titah menegaskan pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK adalah mengikut peraturan serta prosedur yang ditetapkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Perlembagaan Persekutuan selain meminta ia tidak harus dipolitik atau diperbesarkan-besarkan.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan pada hari yang sama tetap dengan pendirian enggan menerima kenyataan itu selain tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Mohammed Khusrin belum muktamad dan perlu penyelesaian.

Tidak reda setakat itu. Pengumuman Exco kerajaan negeri, Dr. Halimah Ali tentang pelantikan Canselor baru Universiti Selangor (Unisel) juga telah mendapat teguran baginda.

Mac lalu, Sultan Selangor menitahkan semua pihak agar mematuhi peruntukan Unisel yang menetapkan pemilihan dan pelantikan Canselor universiti itu di bawah bidang kuasa baginda.

Bagaimanapun, Abdul Khalid menganggap tindakan mendahului bidang kuasa Sultan Selangor adalah perkara yang biasa dan menunjukkan ketelusan kerajaan negeri.

Titah baginda yang melarang Unisel digunakan bagi kepentingan politik juga tidak diendahkan apabila tokoh-tokoh pembangkang dibenar memasuki kampus itu.

Abdul Khalid yang merupakan Lembaga Pengarah Unisel mendapat teguran sekali lagi apabila dalam majlis berbuka puasa di Unisel pada 8 Ogos lalu, Sultan Selangor melarang mana-mana pihak termasuk pentadbiran negeri menjemput ahli-ahli politik untuk mengadakan ceramah atau syarahan politik di universiti itu.

Begitu juga dengan titah Sultan Selangor pada 8 Julai lalu agar rakyat negeri ini tidak menyertai mana-mana perhimpunan termasuk yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) 2.0.

Namun, pentadbiran kerajaan negeri telah bertindak menyalurkan bantuan dan dana kepada Bersih, atas alasan bagi meningkatkan kesedaran tentang keperluan pilihan raya yang bersih dan adil.

Ironinya dalam isu Bersih, parti-parti pembangkang cuba meraih sokongan rakyat dengan menggunakan institusi raja-raja apabila menyatakan mahu menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam isu yang membabitkan kepentingan mereka, pembangkang beria-ia menggunakan sultan dan raja-raja Melayu.

Malangnya, sering kali ingatan dan teguran sultan, tidak diendahkan apabila ia tidak menyebelahi kepentingan parti mereka malah pelbagai kata-kata penghinaan dilemparkan terhadap institusi raja-raja.

Anda lihatlah ulasan-ulasan di dalam portal propembangkang - sultan dan raja-raja Melayu dihina saban hari.

Sewajarnya kata-kata mutiara Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah dalam titah baginda pada satu majlis wacana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini menjadi iktibar;

''Payung kedaulatan negara ini jangan sama sekali dirosakkan - jangan sama sekali ditiriskan, jangan hanya dicari bila panas terlalu terik atau hujan sudah pun turun.

''Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga - lambang kedaulatan negara, memberi teduh di hari panas, menangkis air di hari hujan."

Semoga sultan dan raja kita selamat bertakhta agar dapat memandu sekalian hamba rakyat. Moga negara akan aman sejahtera.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Fatimah tulang belakang Yusof

Posted:

Fatimah tulang belakang Yusof

Fatimah tulang belakang Yusof

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FATAH SULAIMAN


KELUARGA bahagia... Yusof Haslam dan Fatimah Ismail bersama dua putera mereka, Syamsul (berdiri, kiri) dan Syafiq.


BENARLAH kata orang, tulang belakang kepada kejayaan seorang suami adalah berkat sokongan dan kasih sayang daripada seorang isteri.

Bukan juga satu tanggungjawab mudah untuk menjaga kerukunan rumah tangga sehingga perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu kekal untuk satu tempoh yang lama.

Sesungguhnya hidup ini seperti kaca. Jika masing-masing tidak bersabar, ia akan hancur berkecai ibarat gelas-gelas kaca yang jatuh terhempas ke bumi.

"Saya cukup bertuah kerana dapat memiliki seorang suami yang cukup penyabar. Saya juga tidak menafikan suami saya seorang yang panas baran dan garang orangnya.

"Cukup kenal dengan dirinya, dia seorang yang suka cakap lepas dan tidak hipokrit. Memang ada kala hati akan terguris dan terluka dengan kata-katanya itu.

"Tetapi, dia seorang yang pandai memujuk dan tidak terus meletakkan egonya di tangga teratas apabila dia sedar tindakannya itu telah membuatkan saya atau anak-anaknya terasa hati.

"Dia juga seorang yang cepat memaafkan orang walaupun ada segelintir mereka telah melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kepada dia," ungkap Datin Fatimah Ismail sewaktu membicarakan tentang belahan jiwanya, Datuk Yusof Haslam.

Cerita tentang kejayaan Yusof sebagai salah seorang tokoh perfileman paling berjaya memang sudah banyak diceritakan.

Sekadar memberikan kelainan, Hits membawa pembaca menyelami kolam hati seorang wanita yang telah menjadi pendokong utama kepada kerjaya seni Yusof hampir tiga dekad.

Tidak lokek untuk berkongsi cerita, daripada butir bicaranya sahaja, sudah dapat dirumuskan bahawa Fatimah, beliau cukup bertuah bersuamikan seorang figura unggul dunia perfileman tanah air.

Dalam sesi fotografi yang berlangsung di rumah agam mereka, Darul Haslam yang terletak di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini, banyak sungguh cerita yang dikongsi wanita ramah ini.

Malah, apabila direnung kembali masa silamnya sewaktu dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, dia tidak pernah menyangka kehidupan mereka sekeluarga akan mencapai taraf seperti hari ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Yusof dan Fatimah masing-masing adalah duda dan janda sewaktu mereka bertemu.

Cuma, Fatimah sahaja yang memiliki seorang cahaya mata, Mohd. Faizal, 30, manakala Yusof tidak mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu.

"Keluarga saya sendiri bertanya kepada saya apakah saya membuat keputusan yang tepat apabila mahu berkahwin dengan Yusof.

"Apatah lagi dengan sumber kewangan suami saya ketika itu yang tidak menentu sebagai seorang pelakon, sudah pasti kebimbangan itu ada dalam diri ibu bapa saya.

"Tetapi, saya lebih percaya kepada rezeki Allah SWT dan segala ketentuan-Nya. Kehidupan awal kami juga bukanlah senang seperti yang mungkin ramai orang sangka.

"Baik saya mahupun Yusof, kami bersama-sama mencari rezeki dan perlahan-lahan membina hidup kami sendiri sehinggalah sampai ke satu tahap suami saya meminta agar saya berhenti kerja kerana dia sudah mampu untuk menyara kami anak-beranak," jelas Fatimah yang merupakan bekas kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) selama 14 tahun itu panjang lebar.

Hasil perkahwinan mereka pada 3 Mei 1982 telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd. Shamsul, 27, atau lebih dikenali sebagai Syamsul Yusof; Nurshamin, 23, dan Muhamad Syafiq, 19.

Menyambung bicara, Fatimah mengakui di awal perkahwinan dengan Yusof, dugaan dan cabaran yang perlu dilaluinya begitu banyak.

Apatah lagi, dia memiliki sifat cemburu dan cepat panas hati apabila melihat keakraban Yusof dengan artis-artis wanita sewaktu di lokasi penggambaran.

"Isteri mana yang tidak cemburu apabila melihat suami mereka bertepuk-tampar dengan wanita lain di depan mata. Sehinggakan kami pernah bertegang urat kerana perkara itu walaupun Yusof menjelaskan tiada apa yang berlaku.

"Namun, lama-kelamaan, saya boleh menerima tugasnya sebagai seorang pelakon. Sebagai isteri, saya harus menerima kelemahan serta kelebihannya. Begitu juga dengan dirinya.

"Kami cukup menitikberatkan soal itu dan saya percaya itulah punca kasih kami berpanjangan sehingga ke hari ini dan Insya-Allah, sehingga ke nafas terakhir kami," kata Fatimah dalam nada bersungguh-sungguh.

Sudah menjadi asam garam dalam kehidupan suami isteri, pasti akan ada tercuit sana sini dan begitu juga dalam perhubungan Fatimah dan suaminya.

Mengakui hubungannya dengan Yusof pernah dilanda badai sehingga membangkitkan gelora amarah yang membawanya merantau jauh meninggalkan suami serta anak-anak.

Tidak mahu lagi mengungkit kisah silam itu, kata Fatimah, banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehinya daripada insiden tersebut.

"Saya melengkapkan diri saya dengan ilmu agama dan mempelajari banyak perkara untuk mengukuhkan lagi ikatan kebahagiaan kami," ucapnya penuh makna.

Sebagai penyokong dan pengkritik utama dalam hidup Yusof, wanita kelahiran Gelugor, Pulau Pinang itu memberitahu tuah dan rezeki Yusof dalam bidang perfileman tidak datang bergolek.

Semuanya bermula dengan perniagaan restoran yang telah diusahakan oleh arwah bapanya, Ismail Mustafa di mana kemudiannya menjadi Restoran Haslam yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Menyedari minat Yusof bukan dalam bidang perniagaan seperti itu, Fatimah memberitahu Yusof sendiri mencari peluang dan mahu meneroka bidang penerbitan drama.

"Apabila dia mendapat slot di RTM, bermulalah era baru Yusof Haslam apabila dia menerbitkan dan mengarahkan drama bersiri Remang-Remang Kota Raya di bawah Skop Productions.

"Sesungguhnya perkahwinan ini saya ibaratkan untung sabut timbul, untung batu tenggelam," ujarnya sambil memandang suaminya yang sibuk melayan kerenah tiga cucu mereka.

Bertuah miliki Fatimah

Posted:

Bertuah miliki Fatimah

Bertuah miliki Fatimah

SELEPAS gagal dalam perkahwinan pertamanya, Yusof pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa orang wanita namun, akuinya perhubungan itu tidak berjaya membuka hatinya untuk berkahwin semula.

Sehinggalah dia bertemu dengan Fatimah dalam satu majlis yang telah menawan hatinya untuk kembali bergelar seorang suami.

"Fatimah bertanya kepada saya mengapa dia yang menjadi pilihan walhal sebagai seorang artis, saya boleh memilih isteri dari kalangan artis juga.

"Saya berkata kepadanya bahawa saya mencari seorang isteri dan bukannya teman wanita. Keikhlasannya menerima diri saya seadanya membuatkan saya yakin dan percaya bahawa Fatimah sememangnya untuk saya," kata pengarah filem Sembilu sewaktu diminta pandangannya terhadap suri hidupnya itu.

Dalam menjaga kerukunan dan keharmonian rumah tangganya, Yusof menjelaskan tolak ansur memang cukup penting untuk memanjang usia perkahwinan.

Mengakui isteri tercinta itu seorang yang cemburu tetapi dia pantas menukar aura negatif itu dengan memiliki sifat penyabar sama seperti dirinya.

"Selama hampir 30 tahun menjadi seorang isteri, Fatimah telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan cukup baik sekali.

"Segala makan minum dan pakaian juga diatur dan dijaga dengan baik olehnya. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat mengahwininya dan terus berharap ikatan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat," ucap Yusof yang tidak kekok memberikan gaya menarik dan romantis di depan kamera bersama Fatimah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Umrah jadi realiti

Posted:

Umrah jadi realiti

Umrah jadi realiti

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN
(Yang meliputi Jemputan Umrah 2011, Astro Oasis tajaan Tabung Haji Travel and Services Sdn. Bhd. (THTS), baru-baru ini)


TAKLIMAT perjalanan oleh Abdul Rahman Hamzah (paling kanan) kepada para peserta Jemputan Umrah 2011 sebelum berlepas ke Mekah dari KLIA.


HAJAT menunaikan umrah memang telah lama tersimpan dalam hati. Cuma, belum ada kesempatan selain perlukan masa untuk menabung untuk ke Tanah Suci.

Bagaiamanapun, program Jemputan Umrah (JU) 2011 Astro Oasis memberi sinar bahagia kepada enam pasangan bertuah yang dipilih sebagai peserta kali ini.

Ikuti pengalaman tiga daripada enam pasangan peserta yang menjalani ibadat umrah pada 26 Julai hingga 6 Ogos lalu.

Selain mengerjakan umrah, peserta dibawa melawat lokasi bersejarah seperti Bukit Api, Muzium Haramain, Masjid Quba' dan Masjid Qiblatain, Bukit Rahmah dan juga kilang al-Quran.

Para peserta mendapat bimbingan Eksekutif Bimbingan THTS, Abdul Rahman Hamzah. Turut serta, Imam Muda Khairul Azhar Ghazali yang juga pengacara JU 2011.

JU musim II pada 24 Okt.

Posted:

JU musim II pada 24 Okt.

JU musim II pada 24 Okt.

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN


Penggambaran di Bir Ali untuk bermiqat sebelum menunaikan umrah pada 1 Ramadan lalu.


RANCANGAN realiti televisyen Jemputan Umrah (JU) yang dimulakan pada tahun 2008, kini memasuki musim kedua. Sejak diperkenalkan, Astro Oasis menerima puluhan ribu permohonan sebagai tetamu Allah.

Ini diakui oleh Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar kepada Utusan Malaysia semasa mengiringi kumpulan pertama peserta JU musim II menunaikan umrah.

Tahun ini, sebanyak enam pasangan yang bertuah dipilih sebagai penerima JU. Kumpulan pertama terdiri daripada tiga pasangan berlepas ke Mekah pada 26 Julai hingga 7 Ogos manakala kumpulan kedua juga tiga pasangan berlepas pada 6 Ogos sehingga 16 Ogos.

Izelan berkata, disebabkan bilangan permohonan yang banyak, pihaknya terpaksa membuat saringan yang agak ketat.

"Kriteria utama pemilihan adalah mereka yang unik dan yang betul-betul memerlukan JU. Program ini akan ke udara di Astro Oasis pada 24 Oktober 2011 selama tiga bulan," katanya.

Lebih istimewa, kesemua peserta JU dapat merasai Ramadan di Mekah dan Madinah berbanding JU siri pertama sebelum ini.

Izelan memberitahu, pihaknya tidak menghadapi masalah mendapatkan penaja untuk JU.

Katanya, penaja utama adalah Tabung Haji Travel and Services (THTS) yang membiayai tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan di Tanah Suci dan makan-minum peserta.

"Adalah diharap doa para peserta di depan kaabah dimakbulkan Allah terutama bagi yang mahu berhijrah ke arah lebih baik.

"Sebagai penonton, kita juga dapat belajar daripada pengalaman dan perkongsian kisah mereka," jelasnya.

Sementara itu, Cipta Asia Motion Sdn. Bhd. sekali lagi diberi tanggungjawab menerbitkan program Jemputan Umrah (JU) siri II 2011.

Ia berikutan kejayaan syarikat penerbitan milik bumiputera itu menghasilkan 54 episod JU pada tahun 2008.

Kali ini, Cipta Asia diberi tanggungjawab menerbitkan 13 episod JU 2011 yang mana rakamannya diadakan di Malaysia, Madinah dan Mekah.

Ketua Pegawai Eksekutif Cipta Asia, Nik Nasrulddin Ab. Hamid berkata, rakaman terbahagi kepada dua iaitu episod pengenalan diri yang dibuat di Malaysia dan pengembaraan ibadah umrah untuk episod kedua.

Katanya, konsep JU 2011 adalah menceritakan pengalaman penerima umrah semasa di tanah air, Mekah dan Madinah.

"Tujuan utama adalah mengajak lebih ramai umat Islam di Malaysia menunaikan umrah selepas mereka menyaksikan suasana di Tanah Haram Mekah dan Madinah," katanya.

Cipta Asia ditubuhkan pada tahun 2006 di mana ketika itu operasinya tertumpu kepada kerja-kerja penyuntingan pasca penerbitan.

Penglibatan dalam penerbitan bermula pada tahun 2007 apabila menghasilkan dokumentari Anak Gemilang Malaysia untuk Astro.

"Alhamdulillah, krew kami sudah ada pengalaman membuat penggambaran di Mekah dan Madinah jadi tidak banyak masalah.

"Lagipun yang selalu diingatkan adalah kita bekerja sambil beribadah agar rakyat Malaysia dapat mengikuti rancangan ini apabila disiarkan Oktober ini," jelas anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Jalan rosak, simpang bahaya

Posted:

Jalan rosak, simpang bahaya

Jalan rosak, simpang bahaya

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


KEADAAN kelam-kabut di persimpangan antara Pandan Cahaya dan Ampang Mewah berpunca daripada ketiadaan lampu isyarat dan juga permukaan jalan rosak.


AMPANG 1 Sept. - Permukaan jalan yang rosak di persimpangan Jalan Pandan Cahaya 1 hingga Ampang Mewah di sini sangat meresahkan pengguna terutama penunggang motosikal dan pejalan kaki.

Keadaan lebih bahaya pada waktu malam kerana keadaan jalan gelap menyebabkan pengguna tidak nampak kawasan jalan yang rosak, seterusnya mengakibatkan mereka melanggarnya.

Selain masalah jalan rosak, ketiadaan lampu isyarat di persimpangan di situ menambahkan lagi keresahan pengguna yang mendakwa berdepan risiko terlibat dalam kemalangan setiap kali melalui simpang itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, permukaan jalan yang menjadi laluan utama menghubungkan Pandan Cahaya, Ampang Mewah dan Pandan Indah itu bukan sahaja tidak rata tetapi juga terdapat banyak lubang kecil dan sederhana besarnya di sana sini.

Seorang pengguna, Ahmad Sabri Zainuddin, 43, berkata, walaupun sudah biasa dengan keadaan jalan di situ, ada ketikanya dia tidak dapat mengelak daripada memasuki lubang.

Katanya, jika hari hujan, risikonya berganda kerana semua orang mahu cepat sampai ke rumah sehingga mengabaikan keselamatan diri dan orang lain.

"Ketiadaan lampu isyarat di persimpangan ini menambahkan lagi kesesakan di sini," ujarnya yang tinggal di Ampang Mewah dan bekerja di Cheras itu.

Bagi S. Ravidran, 54, pula, keadaan jalan yang rosak di kawasan itu bukan perkara baru dan sudah beberapa kali dibaiki.

Namun, bapa kepada lima anak itu berkata, walaupun sudah beberapa kali dibaiki tetapi jalan yang elok itu hanya bertahan untuk seketika sahaja.

"Dalam masa tidak sampai sebulan, keadaan jalan kembali teruk. Ini kerana mereka hanya menampal bahagian jalan yang berlubang sahaja dan tidak melibatkan keseluruhan jalan di situ," katanya.

Seorang penunggang motosikal, Ahmad Talib Sabi, 23, golongan seperti dia perlu lebih berhati-hati apabila melalui kawasan berbanding mereka yang berkereta.

"Walaupun belum ada kemalangan maut berlaku setakat ini tetapi pihak berkuasa perlu memandang serius perkara yang melibatkan keselamatan di jalan raya," katanya.

Rayu jangan roboh premis

Posted:

Rayu jangan roboh premis

Rayu jangan roboh premis

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


BLOK bangunan rumah kedai ini juga termasuk dalam kawasan yang terpaksa dikorbankan untuk memberi laluan kepada projek laluan bawah tanah MRT.


KUALA LUMPUR 1 Sept. - Pemilik premis di Jalan Sultan, berhampiran Jalan Petaling di sini memohon agar bangunan mereka tidak dirobohkan berikutan projek pembinaan My Rapid Transit (MRT) yang melibatkan 20 lot tanah dan premis di kawasan tersebut.

Pemilik yang ditemui pada dasarnya menentang usaha pengambilan tanah dan premis mereka itu, yang kemudiannya akan dirobohkan atas tujuan keselamatan kerana menganggap kawasan itu merupakan antara warisan penting kaum Cina.

Seorang pemilik hotel, Judy Tan berkata, Jalan Petaling merupakan sebahagian daripada warisan kaum Cina dan membawa banyak makna kepada kaum itu.

Katanya, mereka tidak membantah pembinaan MRT, namun berharap agar lot tanah dan premis mereka tidak diroboh kerana ia merupakan warisan yang sepatutnya dipelihara.

"Saya berharap MRT dapat dibina di tempat lain yang tidak melibatkan lot bangunan di Jalan Petaling dan Jalan Sultan.

"Kami bukan bercakap soal wang. Ini merupakan warisan yang tidak dapat dibeli," katanya ketika ditemui pada majlis taklimat Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pembangunan Projek Prasarana, Zulkifli Mohd. Yusoff, Pengarah MMC-Gamuda JV (PDP), Datuk Azmi Mat Nur dan Pengurus Perhubungan Korporat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Leong Shen Li.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1Malaysia MCA Wilayah Persekutuan, Frankie Gan berkata, peniaga telah menerima surat daripada Unit Perancangan Ekonomi baru-baru ini yang meminta peniaga mendengar taklimat mengenai projek itu pada 7 September nanti.

Beliau berkata, sebanyak 34 rumah kedai akan terlibat dalam pengambilalihan itu sedangkan peniaga berpendapat, ada tapak lain iaitu di belakang premis mereka yang boleh dijadikan tapak projek MRT itu.

"Peniaga mencadangkan supaya projek MRT itu dibina di sebuah kawasan di Jalan Panggung iaitu berdekatan dengan sebuah tempat meletak kereta," jelasnya.

Pada sesi taklimat itu, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun yang turut hadir telah menyerahkan surat bantahan pengambilan tanah dan premis yang terlibat dalam projek MRT kepada Zulkifli.

Kui Lun juga meminta agar kerajaan dapat mempertimbangkan semula pengambilan tanah milik swasta tersebut kerana ia merupakan kawasan warisan.

Beliau turut mengutarakan pandangan supaya pembinaan MRT bawah tanah itu dapat dilakukan tanpa merobohkan bangunan dengan mengambil contoh pembinaan seperti di United Kingdom.

Undang-undang tidak benarkan – Prasarana

Posted:

Undang-undang tidak benarkan – Prasarana

Undang-undang tidak benarkan – Prasarana


Pasukan Petugas 1Malaysia MCA Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan aman terhadap cadangan merobohkan bangunan yang berada dalam laluan projek MRT, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 1 Sept. – Pengambilalihan tanah dan premis di Jalan Sultan di sini harus dilakukan kerana tiada cara lain yang dapat dilakukan bagi melaksanakan projek pembinaan My Rapid Transit (MRT) di kawasan itu.

Pengarah Bahagian Pembangunan Projek Prasarana, Zulkifli Mohd. Yusoff berkata, bukan Jalan Sultan sahaja yang menerima kesan daripada pembinaan MRT itu, malah banyak tempat lain turut menerima nasib yang sama.

Menurutnya, dalam melaksanakan sesebuah pembangunan, ada kalanya pengorbanan harus dibuat dan dalam kes MRT, ia perlu dibina demi memenuhi keperluan pengangkutan awam negara.

Katanya, soal pembinaan terowong bawah tanah di luar negara yang masih mengekalkan bangunan lama di atasnya seperti yang dibangkitkan oleh penduduk terbabit, tidak termaktub di negara ini.

"Ia bergantung pada undang-undang di sesebuah negara. Kami sudah mendapatkan nasihat Jabatan Peguam Negara mengenai perkara ini dan undang-undang di sini tidak membenarkan bangunan di atas projek terowong dikekalkan," katanya.

Zulkifli berkata, pengambilalihan harta awam di Jalan Sultan akan melibatkan sejumlah 20 lot tanah dan premis di atasnya.

Menurutnya, pembinaan MRT sepanjang 51 kilometer yang melibatkan 31 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah itu akan bermula pada November ini.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved