Jumaat, 28 Jun 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Zulfahmi kemalangan pada latihan bebas GP Assen

Posted: 28 Jun 2013 09:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Jun - Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Kamaruddin mengalami kemalangan semasa sesi latihan bebas terakhir di Grand Prix Assen, Belanda semalam.

Kemalangan itu menyebabkan dia yang berlumba untuk pasukan Red Bull KTM Ajo itu terpaksa dikejarkan hospital untuk menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer kerana mengalami gegaran di kepala dan peluangnya untuk berlumba pada hujung minggu bergantung kepada kebenaran yang diberikan oleh pihak hospital di sana. - UTUSAN ONLINE

Palu gendang 'perang'

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Kapten pasukan Johor DT, Kamarul Afiq Kamaruddin (kanan) bersama Mohd. Badhri memegang Piala FA yang akan menjadi rebutan pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid

KUALA LUMPUR - Perlawanan akhir impian... itulah yang mungkin boleh digambarkan pertemuan buku dengan ruas antara juara bertahan, Kelantan dan Johor Darul Takzim yang dijangka bakal menjadi aksi cukup klasik apabila kedua-dua pasukan bertembung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Sama ada The Red Warriors atau Harimau Selatan, masing-masing ada ramuan tersendiri untuk menjadi juara malahan sukar diramalkan siapakah yang akan keluar dari padang hari ini sebagai pemenang Piala FA 2013.

Merupakan juara treble musim lalu, Kelantan yang berbekalkan pengalaman beraksi di perlawanan akhir tahun lalu masih wajar dihormati walaupun kehilangan beberapa pemain penting seperti Nurul Azwan Roya, Mohammad Ghaddar dan Norshahrul Idlan Talaha, dan prestasi Kelantan agak tempang dalam saingan awal Liga Super sehingga menjejaskan keyakinan para peminat setianya.

Kepulangan pemain sayap lincah, Mohd. Faiz Subri yang baru pulih daripada kecederaan panjang dan kehadiran bintang yang berkelana di Portugal, Ahmad Fakri Saarani telah memberikan penawar kepada jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, yang sebelum ini teraba-raba mencari formula mujarab bagi mengatasi ketumpulan jentera serangan pada awal musim.

Apa yang pasti, kelibat penyerang import Nigeria, Dickson Nwakaeme, yang diberi jolokan kereta kebal kerana kekuatan fizikalnya pasti akan menjadi duri dalam daging kepada barisan pertahanan Johor DT di samping kreativiti Indra Putra Mahayuddin dan ketua pasukan, Mohd. Badhri Mohd Radzi atau lebih popular dengan panggilan Piya mampu merobohkan keegoan Harimau Selatan yang mahu meluaskan kuasanya dalam perlawanan akhir.

Penghijrahan beberapa pemain utama yang saya anggap cukup pantas dalam melakukan serangan sebelum ini pada mulanya memberikan satu kesan besar kepada corak permainan pasukan kami tetapi mujurlah masalah ini dapat diselesaikan pada pertengahan musim.

Adanya Faiz Subri dan Fakri Saarani jelas memberikan satu kelegaan kepada saya, prestasi Kelantan nampak telah meningkat naik dan saya yakin kami tampil tempo permainan pantas ke atas Johor DT pada malam esok (malam ini)," katanya semalam.

Di kem Johor DT, pelaburan besar Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) ternyata tidak sia-sia apabila layak ke perlawanan akhir Piala FA pada musim pertama dan bertambah manis jika trofi berada dalam genggaman sekali gus menjadi hadiah paling bermakna buat Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 esok.

Di bawah perancangan bekas pemain Singapura yang tidak asing lagi di kalangan peminat bola sepak Malaysia, Fandi Ahmad, Johor DT muncul sebagai pasukan yang digeruni dalam kancah Liga Malaysa dan pada aksi akhir hari ini, memori kejayaan Piala FA pada tahun 1998 pasti akan menjadi azimat penting kepada semua pemain.

Gandingan tiga serangkai, Leonel Nunez dari Argentina yang cukup menarik perhatian ekoran fizikalnya yang sedikit gempal bersama-sama dua penyerang kebangsaan, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha pasti menjadi senjata paling ampuh kepada Harimau Selatan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


ATM rampas pil kuda bernilai RM4.8 juta

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

KOTA BHARU 28 Jun - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk pil kuda ke negara ini selepas merampas sebanyak 162,000 biji bahan terlarang itu yang bernilai RM4.8 juta di Pengkalan Haram Gergaji, Rantau Panjang di sini malam kelmarin.

Kejayaan tersebut hasil operasi serang hendap yang dilakukan dua anggota Batalion 3 Rejimen Sempadan selepas mengesan kehadiran seorang lelaki dipercayai warga Thailand yang menggunakan sebuah bot merentasi Sungai Golok bersama kesemua dadah tersebut pada kira-kira pukul 10.30 malam, Rabu lalu.

Panglima 8 Bridged, Datuk Mohd. Zaki Hamzah berkata, serang hendap tersebut berjaya menyekat kemasukan lelaki itu.

Bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri kembali ke Thailand selepas meninggalkan kesemua barang yang dibawanya di tebing sungai.

"Kedua-dua anggota kemudiannya segera melakukan pemeriksaan lalu menemui dua guni ditinggalkan di situ dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 37 paket dadah di dalamnya.

"Kami percaya dadah itu ditinggalkan untuk diambil oleh orang lain namun kepantasan anggota kita berjaya mengekangnya daripada memasuki pasaran negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua dadah itu diserahkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas dan satu laporan polis telah dibuat berhubung rampasan itu.

Mohd. Zaki berkata, rampasan tersebut merupakan yang terbesar tahun ini dan beliau berharap anggotanya dapat melakukan tugas dengan lebih baik selepas ini terutama menghalang kemasukan barangan terlarang.

Mengulas kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok atau kawasan Ops Wawasan, beliau berkata, satu batalion anggota daripada Batalion 3 Rejimen Sempadan sentiasa melakukan rondaan sepanjang 24 jam.

"Kami buat banyak tangkapan dan pengawasan amat ketat, anggota bekerja bertungkus lumus untuk menentukan keselamatan keadaan sempadan.

"Begitu juga semasa Ramadan banyak bunga api diseludup, kami sudah pun dapat sikit, bila datang bulan puasa mungkin banyak lagi, kami nasihatkan jangan cuba seludup kerana kita sentiasa berkawal di kawasan sempadan," tambahnya.

PDRM, SPRM pantau 'bookie'

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memantau aktiviti menjual perlawanan serta rasuah semasa berlangsungnya perlawanan akhir kejohanan bola sepak Piala FA di Stadium Bukit Jalil di sini esok.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pemantauan secara rapi dilakukan kerana menyedari perlawanan akhir membabitkan Johor Darul Takzim (JDT) dan Kelantan itu mendapat perhatian ramai peminat bola sepak.

Beliau berkata, keadaan tersebut dikhuatiri diambil kesempatan oleh 'bookie' untuk mengaut keuntungan melalui kegiatan perjudian bola sepak dengan menawarkan rasuah kepada pemain supaya menjual perlawanan.

"PDRM dan SPRM yang menjadi Ahli Jawatankuasa Tetap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memantau rapi sebarang kegiatan menjual perlawanan dan rasuah menjelang perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan JDT esok.

"Setakat ini, pihak kami belum lagi menerima sebarang maklumat tentang kegiatan mengatur perlawanan atau rasuah namun sentiasa bersedia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang dikesan melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang itu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau ditanya tentang persediaan pihak berkuasa untuk menangani masalah perjudian bola sepak menjelang perlawanan akhir membabitkan Kelantan dan JDT yang dijangka menarik perhatian kaki judi untuk bertaruh.

Menurut Abdul Jalil, PDRM memang memandang serius kegiatan 'bookie' dalam bola sepak dan pertemuan dengan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini turut membincangkan strategi yang berkesan untuk membendung masalah tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh meminta penyokong pasukan yang hadir menyaksikan perlawanan di Stadium Bukit Jalil esok supaya mematuhi arahan keselamatan bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Beliau berkata, pihaknya sudah bersedia dan mempunyai jumlah keanggotaan yang mencukupi untuk mengawal keselamatan bagi memastikan berlawanan berjalan lancar.

"Saya juga memberi amaran kepada penyokong yang datang supaya jangan membawa barang-barang dilarang masuk ke dalam stadium seperti senjata tajam yang boleh mendatangkan kecederaan, mercun dan bunga api," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Semua lokap IPD dilengkapi CCTV

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN 28 Jun - Semua lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri ini telah dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan pemantauan dan membantu siasatan sesuatu kes termasuk insiden tahanan meninggal dunia.

Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani (gambar) berkata, pihaknya turut mengarahkan supaya pegawai dan anggota polis yang bertugas memeriksa keadaan tahanan di dalam lokap sekurang-kurangnya dua kali setiap hari.

"Kita juga akan pastikan setiap tahanan akan dibawa berjumpa pegawai perubatan terlebih dahulu untuk pengesahan kesihatan," katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 22 pegawai dan anggota polis menerima kenaikan pangkat, manakala 11 yang lain yang bertugas di Lahad Datu diberikan surat penghargaan dan tiga orang awam menerima surat penghargaan Ketua Polis Pahang.

Sharifuddin berkata, beliau berharap semua ketua jabatan, ketua polis daerah, dan ketua polis balai dapat mengambil iktibar akan kejadian kematian tahanan ini.

"Saya harapkan semua pihak yang terlibat memastikan pegawai dan anggota terutamanya detektif peka serta patuh kepada undang-undang pasukan dalam menangani situasi ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu semua pegawai dan anggota polis perlu menjadi contoh kepada masyarakat serta perlu bersedia menerima kritikan daripada orang ramai.

"Kita kena akur dengan fenomena semasa, iaitu kita diperhatikan bukan saja oleh kerajaan, tetapi juga oleh pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan.

"Jika kita bekerja dengan jujur, tanpa memikirkan faedah segera yang mementingkan diri sendiri, sudah pasti kita akan dihormati," katanya.

Dua ditahan belasah pemandu lori hingga mati

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

KUANTAN 28 Jun - Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai memukul seorang pemandu lori sehingga mati dekat kawasan lapang tapak perumahan baharu Jalan Kuantan-Pintasan Pelabuhan, dekat Chendering di sini semalam.

Kedua-dua suspek berumur 29 dan 33 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.30 petang di sekitar Jaya Gading di sini selepas polis mendapat maklumat daripada saksi kejadian.

Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, dalam kejadian pukul 12.20 tengah hari semalam, mangsa, Mohd. Zainuddin Mohd. Yusof, 32, ditemui oleh beberapa orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

"Hasil siasatan mendapati motif kejadian adalah akibat perselisihan faham antara suspek dengan mangsa yang juga merupakan rakan mereka.

"Ini menyebabkan berlakunya pergaduhan sehingga salah seorang suspek mencapai sebatang besi dan memukul kepala mangsa sehingga menyebabkan kematian," katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurut beliau, saksi yang melihat kejadian telah menghubungi pihak polis dan pihaknya berjaya menahan suspek tidak jauh dari kawasan tersebut.

"Kes ini dianggap selesai selepas penahanan kedua-dua suspek dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Wanita perlu bersama terlibat aktiviti sukarela cegah jenayah

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

SHAHANIZA Shamsuddin (tiga dari kanan) bergambar bersama sebahagian peserta seminar Wanita Anti Jenayah di UiTM Cawangan Pahang di Kuala Krau, semalam.

KUALA KRAU 28 Jun - Golongan wanita perlu komited menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan indeks jenayah sekali gus dapat mempertingkatkan keselamatan masyarakat awam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kerajaan telah merangka pelbagai program bagi memenuhi sasaran tersebut.

Sehubungan itu tegasnya, penglibatan masyarakat awam termasuk wanita dalam aktiviti sukarela bagi mencegah jenayah adalah penting sekali gus dapat memperbetulkan persepsi mengenai perkara itu.

''Dengan menangani jenayah secara menyeluruh, ia secara langsung akan dapat memberi impak positif iaitu peningkatan rasa selamat dalam kalangan rakyat.

''Selain itu, usaha ini membolehkan Malaysia berada di kalangan negara-negara yang selamat untuk dilawati sekali gus menarik minat pelabur bagi memakmurkan negara ini," katanya.

Shahaniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentol berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Seminar Wanita Anti Jenayah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Jengka dekat sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian jenayah seharusnya memberi kesedaran kepada anggota masyarakat supaya tidak mengabaikan keselamatan mereka.

''Ini termasuk peranan ibu bapa dalam mendidik dan memberi kasih sayang yang merupakan kunci utama bagi membentuk masyarakat sejahtera sekali gus bebas jenayah.

''Setiap rakyat juga wajib berganding bahu dengan agensi yang terlibat dalam membanteras jenayah di setiap peringkat supaya kita semua dapat hidup dalam negara yang aman dan selamat.

''Mengurangkan jenayah merupakan sebahagian penting daripada rancangan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju pada 2020,'' katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Ramadan tidak halang rundingan Filipina dan MILF

Posted: 28 Jun 2013 09:59 AM PDT

MANILA 29 Jun - Rundingan damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan diteruskan pada 8 Julai ini di Kuala Lumpur dengan isu perkongsian kekayaan hasil bumi menjadi topik utama rundingan tersebut.

Timbalan Pengerusi MILF, Ghadzali Jaafar berkata, biarpun tarikh itu hampir dengan tarikh umat Islam menunaikan ibadah puasa, rundingan tetap akan diteruskan.

"Rundingan tersebut amat penting dan kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk meneruskannya," katanya semalam, sambil menjelaskan bahawa ia berkemungkinan berlangsung selama lima hari. - AFP

Gempa bumi 5.5 skala Richter melanda Nepal

Posted: 28 Jun 2013 09:58 AM PDT

KATHMANDU 29 Jun - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 skala Richter menggegarkan barat laut Nepal, semalam.

Jurucakap Rangkaian Seismologi Kebangsaan, Dili Ram Tiwari berkata, pusat gempa dikesan berada di barat daya daerah Rukum, kira-kira 280 kilometer ke barat Kathmandu.

Tiada sebarang kecederaan atau kemusnahan infrastruktur dilaporkan setakat ini. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pembunuh Dirang dihukum mati

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh AZIZI MAJID
pengarang@utusan.com.my

Muidin Maidin tidak dapat mengawal emosi apabila menendang jurufoto Utusan Malaysia ketika dibawa keluar oleh anggota polis dari kamar mahkamah selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 28 Jun - Seorang buruh kontrak dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Muidin Maidin, 27, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Muidin dituduh membunuh kanak-kanak itu di ladang kelapa sawit Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai di sini antara pukul 11.30 pagi, 1 Mac dan 12 tengah malam, 2 Mac 2012.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Halim berkata, tertuduh yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah menerusi kandang saksi itu gagal memberi penjelasan yang munasabah selain pembelaannya itu bersifat penafian semata-mata.

Perbuatan kamu (tertuduh) ini amat kejam, tidak berperikemanusiaan serta tidak bertamadun. Bagaimana kamu tergamak melakukan perbuatan itu terhadap seorang kanak-kanak yang masih kecil.

Bukti ujian asid deoksiribonukleik (DNA) digabungkan dengan bukti cebisan kain pelikat tertuduh yang dijumpai pada mangsa, sampel tanah yang sama pada motosikal tertuduh dengan tanah tempat kejadian dan keterangan saksi menunjukkan tertuduh melakukan kesalahan tersebut.

Profil campuran DNA yang dijumpai dalam kemaluan dan dubur mangsa hanya melibatkan mangsa dan tertuduh. Kebarangkalian DNA itu disumbangkan oleh tertuduh dan si mati adalah 700 trilion, katanya.

Beliau berkata tidak timbul soal konspirasi pihak tertentu meletakkan sampel darah tertuduh pada mangsa kerana kehadiran DNA itu di dalam dubur dan kemaluan si mati hanya dapat diwajarkan dengan perlakuan atau perbuatan yang aktif.

Menurut beliau, pembelaan tertuduh bahawa dia tidak pernah berdendam dengan keluarga si mati hanya penafian semata-mata.

Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac tahun lalu, ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar pada 12 Mac tahun lalu.

Misteri kehilangan Dirang terjawab apabila laporan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan DNA ke atas mayat rentung yang dijumpai di sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 8 Mac tahun lalu adalah milik mangsa.

Sementara itu, beberapa ahli keluarga Dirang termasuk ibu, Roselyn Alan, 27; bapa tiri, Lima Medeng, 27; datuk, Alan Alip, 50, dan nenek, Milnah Jol, 58, yang sentiasa mengikuti prosiding kes sebak dan menitiskan air mata sebaik sahaja keputusan dibacakan.

Muidin yang kelihatan sugul turut dilihat menitiskan air mata.

Dia bagaimanapun bertindak agresif sebaik sahaja dibawa keluar dari mahkamah apabila cuba menendang beberapa jurufoto malah kamera milik jurufoto Utusan Malaysia, Amin Farij Hasan turut menjadi mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Johor, Umar Saifuddin Jaafar dan Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Daud Ismail, Mohamad Abd. Kadir dan Goh Tse Han.

Seramai 35 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan telah dipanggil sepanjang prosiding kes berlangsung.

Ibu bersyukur kematian anak akhirnya terbela

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

Roselyn Alan (kiri) bersama Alan Alip dan Lima Medeng (kanan) menangis di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam, - BERNAMA

JOHOR BAHRU 28 Jun - "Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kematian Dirang yang dibunuh dengan kejam akhirnya terbela."

Demikian luahan Roselyn Alan, 27, ibu kepada Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang yang bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 27, yang didapati bersalah membunuh anaknya itu.

Menurut Roselyn, tiada kata yang mampu diungkapkan untuk menggambarkan kegembiraannya setelah dia sekeluarga menanti selama lebih setahun lalu dan sentiasa mengikuti perkembangan prosiding kes di mahkamah sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah, kematian Dirang tidak sia-sia. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan rakyat negara ini yang sentiasa memberi semangat kepada saya sekeluarga selama ini.

Meskipun masih merasai pemergian Dirang namun saya sekeluarga sudah dapat menerima takdir Ilahi dan menganggap apa yang berlaku ada hikmahnya," katanya yang turut ditemani suami, Lima Medeng, 27; bapa, Alan Alip, 50, dan ibunya, Milnah Jol, 58.

Sementara itu, Alan berkata, dia sekeluarga bercadang untuk mengadakan kenduri doa selamat di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dan menziarahi kubur Dirang selepas sembahyang Asar esok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Gerakan transformasi Yayasan Felda

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

"Setiap individu boleh berjaya dalam hidup, mereka hanya memerlukan peluang yang betul dan Yayasan Felda berupaya menyediakan peluang tersebut."

Itu merupakan petikan wawancara Utusan Malaysia dengan Pengurus Kanan Antarabangsa-Asia Pasifik, City & Guilds (C & G) London, Ralph Adams baru-baru ini yang memberi pujian menggunung terhadap usaha Yayasan Felda membantu masyarakat selama ini.

Pujian itu bukan pujian kosong. Ketika badan vokasional yang diperkanun di bawah keluarga Diraja Britain sejak 1878 pada zaman Ratu Victoria itu, C & G setakat ini hanya melantik kira-kira 600 ahli kehormat di seluruh dunia.

Di sebalik sikap selektif badan itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Pengarah Urusan Yayasan Felda, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar muncul sebagai rakyat Malaysia serta Melayu yang pertama dan kedua dilantik ke jawatan tersebut.

Mereka juga merupakan individu pertama dari rantau Asia Tenggara diberikan penghormatan tersebut dan sebagai ahli, kedua-duanya berhak mengundi dalam pemilihan Lembaga Governor C & G serta menentukan hala tuju badan berkenaan.

Selain penghormatan tersebut, Yayasan Felda turut diperakui oleh C & G apabila badan berpusat di United Kingdom (UK) itu membuat keputusan untuk memuatkan logo yayasan pada setiap sijil kemahiran lepasan pelajar yang dikeluarkan oleh C & G di Asia.

Ralph menjelaskan, setakat ini, tiada yayasan atau pertubuhan di Asia Tenggara menerima pengiktirafan itu sejak C & G ditubuhkan dan kebanyakan daripada institusi lain yang menerima penghormatan serupa kebanyakannya dari UK.

Kejayaan Yayasan Felda itu bertitik-tolak daripada proses menaik taraf kolej di bawahnya apabila Pusat Bahasa Inggeris Yayasan Felda (FELC) di Kelana Jaya menjalin kerjasama strategik dengan institusi antarabangsa, C & G International English Qualifications (IEQs) pada Februari 2012.

Dengan memberi peluang kedua kepada anak-anak peneroka Felda yang gagal mendapat keputusan cemerlang selepas tamat persekolahan, Kolej Yayasan Felda yang secara dasarnya hanya menawarkan kursus latihan vokasional memberikan nilai tambah kepada para pelajar untuk mendalami bahasa Inggeris.

Selain kursus intensif bahasa Inggeris di Kampus Kelana Jaya, Yayasan Felda menawarkan 13 lagi kursus vokasional lain di Kampus Trolak, Kampus Raja Alias di Jempol dan Kampus Mempaga di Karak.

Apabila tamat kursus, lepasan Kolej Yayasan Felda yang terdiri daripada kalangan anak-anak peneroka dilihat tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerjaan berbekal penguasaan bahasa Inggeris yang memadai, jika tidak cemerlang.

Anak-anak Felda yang antaranya akan muncul sebagai ahli kesihatan serta spa, juruteknik multimedia, penjahit, juruteknik sistem komputer dan pendandan rambut diharap tidak akan mempunyai sebarang masalah berkomunikasi dengan bos atau pelanggan mereka dalam bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, Mohd. Isa memberitahu, walau dalam jangka masa singkat, kursus bahasa Inggeris kendalian kolej tersebut berjaya mendapat perakuan C & G dan ini merupakan satu pengiktirafan membanggakan kepada seluruh warga Felda.

"Lebih penting adalah penerimaan C & G terhadap logo kita yang akan dimasukkan dalam sijil City & Guilds. Apabila logo Yayasan Felda dimasukkan ke dalam Sijil keluaran C & G, ini bermakna pelajar lepasan kolej mempunyai nilai tambah dalam kelayakan mereka.

"City & Guilds beroperasi di lebih 80 negara serta mempunyai 8,000 cawangan pusat latihan di seluruh dunia maka ruang lingkup peluang pekerjaan anak-anak kita menjadi lebih besar," katanya.

Menurut Mohd. Isa, pengupayaan terhadap pelajar lepasan Kolej Yayasan Felda itu merupakan bukti golongan generasi peneroka tanah rancangan itu terus mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri selaku Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal Felda.

Kejayaan itu juga membuktikan Felda sebagai organisasi yang menitikberatkan pembangunan masyarakat di luar bandar.

Daripada kejayaan mengeluarkan golongan peneroka dari kepompong kemiskinan kepada meletakkan mereka dalam status sosial berpendapatan sederhana, pengiktirafan sebegini pasti mendorong generasi tersebut muncul sebagai golongan berpendapatan tinggi selari dengan visi Kerajaan dan Wawasan 2020.

Perkembangan usaha sama dengan C & G itu juga secara langsung memperkenalkan sebuah entiti Malaysia berteras Melayu yang terus berevolusi, sesuai dengan tuntutan pemodenan.

Evolusi itu bukan setakat untuk memperbaiki taraf kehidupan generasi peneroka semata-mata, tetapi mereka turut dituntut untuk membantu golongan miskin di luar bandar yang tidak bernaung atau menyertai skim tanah rancangan tersebut.

Menurut Emel Faizal pula, kejayaan itu dirintis oleh Perdana Menteri sendiri melalui program transformasi beliau dan Mohd. Isa yang mula menerajui Felda pada penghujung 2011.

Dengan merendah diri, individu Melayu kedua penerima anugerah kehormat C & G ini tidak mahu kisah kejayaan Yayasan Felda tersebut ditumpukan kepada beliau.

"Ini adalah kejayaan bersama Felda sebagai sebuah pasukan atau organisasi yang menjalankan program selari dengan kemahuan kerajaan demi kepentingan anak bangsa," katanya.

Menyingkap resipi kejayaan itu, Emel menjelaskan, pengiktirafan C & G bukan berdasarkan aspek pendidikan semata-mata.

Jelasnya, sebagai organisasi tidak berteraskan keuntungan, aspirasi itu turut dikongsi oleh C & G.

Selama ini, katanya, Yayasan Felda telah melancarkan pelbagai program membantu masyarakat seperti Program Kasih Felda yang membantu membaiki rumah golongan kurang berkemampuan di luar gugusan tanah rancangan tersebut.

Felda memperuntukkan RM5,000 untuk setiap rumah terpilih bagi tujuan itu dan sejak dilancarkan Perdana Menteri Julai Tahun lalu, bilangan rumah terlibat kini hampir mencecah 6,000 unit.

Dengan belanja RM30 juta, program itu telah melepasi sasaran 4,000 unit rumah untuk dibaiki.

Selain bantuan tersebut, Yayasan Felda turut aktif bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Kanser Nasional (Makna) dalam menarik masyarakat menyertai program kesedaran tentang penyakit tersebut di seluruh negara.

"Ini merupakan usaha kami memberi khidmat kepada masyarakat. Hidup ini bukan hanya untuk dihidupkan (dibantu), tetapi kita juga perlu menghidupkan (membantu).

Penyokong bola sepak yang bertaraf dunia?

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KEHANGATAN perlawanan Piala FA antara Kelantan FC menentang Johor Darul Takzim FC (JDT) malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, begitu dirasakan oleh penyokong-penyokong kedua-dua pasukan ini.

Namun ia bukan disebabkan percaturan strategi mahupun situasi berbalas komen antara jurulatih dan pengurus kedua pasukan. Kehangatan ini boleh disaksikan di tempat penjualan tiket di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu dan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin kelmarin.

Penyokong-penyokong bersesak membeli tiket hingga ada yang hampir pengsan dan ada pula yang mengamuk kerana tiket habis dijual tidak sampai sebatang rokok habis dihisap.

Soalnya berbaloikah semua ini terjadi disebabkan wujudnya masalah di dalam kelambu yang tidak pernah selesai?

Kehangatan isu bola sepak negara bukan sahaja menjurus kepada penjualan tiket malahan isu Artikel 88 yang bukan sahaja menyekat percambahan idea untuk memajukan bola sepak malah menjadikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai sebuah badan yang tidak demokratik.

Tidakkah kepimpinan FAM tidak mahu mengambil berat insiden penjualan tiket sebagai satu masalah FAM dan sistem mereka sendiri?

Kawalan terhadap pembelian pukal perlu diadakan kerana jika ia tidak dikawal maka aktiviti ulat tiket akan menjadikan harga tiket lebih tinggi dan ia sekali gus menjejaskan minat penyokong bola sepak di negara ini.

Sekali pandang sikap fanatik penyokong dalam mendapatkan tiket lebih berskil dari pemain-pemain yang bermain di padang itu sendiri. Mereka boleh datang awal ke lokasi penjualan tiket, boleh berdiri hampir tiga hingga empat jam dan berdisiplin semasa menunggu kaunter tiket dibuka. Mereka tidak pula bersikap pura-pura mendapatkan penalti dengan pura-pura rebah, kerana jika mereka rebah alamat tiket langsung tidak berjaya dibeli.

Namun jika pihak yang menjual tiket tidak menghargai peminat bola sepak maka punahlah hasrat untuk menjadikan bola sepak sukan yang mampu membawa Malaysia ke persada dunia. Isu tiket perlu ditangani secara profesional agar insiden buruk tidak berlaku.

Lupakah kita kepada tragedi Stadium Heysel yang menyebabkan kematian 39 penyokong Juventus 28 tahun lalu yang disebabkan oleh insiden tolak-menolak penyokong Liverpool yang tidak mendapat tiket.

Ini menunjukkan pengawalan kepada penjualan tiket amat penting sekali bagi mengelakkan tragedi dari berulang. Namun di negara kita berlaku sebaliknya. Membeli tiket sahaja sudah berlaku adegan asak-mengasak dan cah mengecah penjual tiket.

Jika masalah tiket tidak diatasi secara lebih profesional maka kita akan mendidik penonton menjadi hooligan jr. Apabila perlawanan sebenar diadakan, sikap bergasak akan menjadi trend sikap mereka dalam mendepani penyokong lawan.

Justeru, pihak kepimpinan FAM perlu merombak sistem pengagihan tiket di kedua-dua negeri yang bertanding agar keadilan dapat ditegakkan.

Kita bukan sahaja mahu jadi pasukan negara yang bertaraf dunia. Tanpa penyokong bertaraf dunia maka usahlah bermimpi untuk ke peringkat Asia sekalipun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Surat pengikat kasih Naim, Rafeah

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh AMRAN MULUP

NAIM Abu Bakar bercuti bersama keluarga di Kundasang, Sabah, baru-baru ini.

KALAU sudah jodoh tak ke mana. Biarpun hanya surat menjadi penghubung selama lebih tujuh tahun, namun akhirnya ia berakhir ke jenjang pelamin.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar, 55, memberitahu perkenalan dengan isterinya, Datin Rafeah Hanim Johari, 55, yang membuahkan detik-detik percintaan tidak seperti pasangan remaja yang lain.

Mereka tidak pernah berjumpa, sebaliknya hanya surat menjadi penghubung sewaktu berada di tingkatan empat persekolahan.

Ketika itu, Naim yang merupakan anak sulung daripada lima beradik belajar di Sekolah Menengah Sains Pahang dan Rafeah pula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dr. Burhanuddin, Taiping, Perak.

Perkenalan kedua-duanya adalah melalui seorang rakan lantas menjadi akrab melalui berpucuk-pucuk surat yang dihantar setiap minggu selama hampir tujuh tahun.

Saban minggu surat yang dihantar bukan meluahkan rasa hati, sebaliknya berkisar mengenai soal pelajaran dan peperiksaan yang akan mereka hadapi.

Hari demi hari berlalu, hanya surat menjadi penghubung menjadikan Naim dan Rafeah semakin rapat serta intim.

Hanya foto wajah masing-masing yang dikirim sebagai pengganti diri menjadi pengubat rindu ketika peluang untuk berjumpa bertentang mata tidak dapat ditunaikan.

Hubungan melalui surat berterusan walaupun Naim berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) mengikuti program pengajian ijazah dalam bidang Geografi pada 1978, manakala Rafeah Hanim pula ke Maktab Perguruan Mohd. Khalid di Johor Bahru.

Bagaimanapun, sewaktu Naim berada di tahun ketiga, hajat kedua-duanya untuk berjumpa buat pertama kali akhirnya menjadi kenyataan.

Pustaka Antara di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur menjadi saksi apabila mereka bertemu buat pertama kali selepas berhubung melalui surat hampir lebih tujuh tahun lamanya.

''Inilah kali pertama saya melihat wajah sebenar isteri saya. Lebih tujuh tahun kami berhubung melalui surat dan bila berjumpa, saya sendiri tak tahu nak cakap apa," kata Naim mengimbas kembali kisah silamnya.

Pertemuan itu katanya, dipenuhi dengan perbualan mengenai soal pelajaran masing khususnya persediaan menghadapi peperiksaan.

Bagaimanapun, pertemuan itu membawa erti paling bermakna apabila masing-masing mula memendam rasa sayang.

Jika sebelum ini, surat-surat yang dihantar berkisar mengenai soal pelajaran tetapi kali ini lebih kepada curahan hati.

''Sejak surat pertama kami mula berkenalan hinggalah saat kami bertunang, saya masih simpan surat tersebut di dalam sebuah fail," kata Rafeah, anak bongsu daripada empat beradik dari Taiping, Perak.

Selepas Naim menamatkan pengajian di UM pada 1981, beliau menjalani latihan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Rafeah pula menamatkan pengajian program ijazah pendidikan di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia).

Ketika itu, hati Naim tidak lagi dapat menafikan rasa sayang dan cinta terhadap Rafeah dan akhirnya mereka mengikat tali pertunangan.

Uniknya, rombongan meminang mewakili Naim terdiri daripada rakan-rakan kadet yang mengikuti kursus di INTAN termasuk ibu bapanya.

Selepas bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Kementerian Tanah dan Pembangunan Wilayah, akhirnya mereka menamatkan zaman bujang dan melangsungkan perkahwinan pada 17 April 1983.

Hasil perkongsian hidup selama lebih 30 tahun, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Hazwani Hanim, 29, Khairul Azwan, 28, Khairul Hakimi, 25, dan Hakimah Hanim, 20.

Mereka turut dikurniakan tiga cucu iaitu Syed Aaron, 3, dan Siti Dalili, 2, hasil perkahwinan anak sulungnya serta seorang lagi, cucu Shafian Naim, 2, hasil perkahwinan anak keduanya.

Sepanjang perjalanan kerjayanya, Rafeah pernah bertugas sebagai guru di sembilan buah sekolah dan SMK Infant Jesus Convent adalah sekolah terakhir beliau menamatkan tugas sebagai pendidik.

Naim yang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri pada 2008 dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang baharu pada 1 Jun lalu.

Beliau menggantikan Datuk Omar Kaseh yang dilantik sebagai Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri.

Naim juga pernah bertugas di beberapa jabatan kerajaan antaranya Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Urusetia Sukan Komanwel 1998, Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Nasi lemak kukus menambat selera

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
Gambar: RAJA JAAFAR ALI

SAID Mohamad menunjukkan set nasi lemak dengan pilihan lauk ayam goreng atau ikan goreng sambal.

GERAI Nasi Lemak Kukus yang terletak di pinggir bandar raya Johor Bahru iaitu sekitar 15 kilometer dari Tanjung Puteri bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk setempat, malah turut dikunjungi masyarakat sekitar bandar raya itu.

Walaupun lokasinya agak terceruk iaitu di Jalan Arong off Jalan Bukit Kempas, namun kewujudan sebuah gerai yang menjual nasi lemak kukus itu masih mampu menarik kedatangan pelanggan yang ramai.

Selain tarikan utama nasi lemak kukus, menu lain yang tidak kurang hebatnya adalah nasi berlauk dengan menawarkan 15 jenis lauk dan sayur.

Pengusaha gerai tersebut, Said Mohamad, 49, memberitahu, antara menu wajib, yang mendapat sambutan adalah pelbagai jenis sambal antaranya sambal udang, sambal sotong, sambal telur puyuh, sambal kerang, sambal kupang, selain ayam masak merah, rendang ayam dan daging, ayam goreng berempah serta sayur goreng kobis, kacang panjang dan peria.

Said yang mengusahakan gerai tersebut sejak empat tahun lalu berkata, antara menu yang menjadi kemestian pelanggan ketika menjamu selera di gerainya adalah ayam goreng berempah.

Disebabkan permintaan yang tinggi, setiap hari saya menyediakan 30 ekor ayam untuk menu tersebut," katanya kepada S2.

Selain ayam goreng berempah, lazimnya pelanggan tidak melepaskan peluang untuk menikmati sambal kosong yang dikatakan istimewa kerana rasanya berbeza daripada apa yang sering dinikmati.

Mengenai sambal, saya memang mempunyai cara tersendiri untuk menyediakannya iaitu selepas cili kering dibuang bijinya, cili tersebut akan dicuci dan dibilas berkali-kali sehingga airnya basuhannya jernih.

Selepas itu, saya akan masak sambal tersebut selama 12 jam yang mana kaedah ini menyebabkan ibu sambal tidak mudah basi dan boleh diletakkan pada suhu biasa sehingga lima hari.

Maknanya ibu sambal tersebut tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk," katanya.

Bapa kepada sembilan anak ini berkata, ibu sambal tersebut lazimnya dibuat seminggu sekali iaitu bagi memenuhi keperluan untuk seminggu berniaga.

Tambah Said, selain mementingkan kaedah memproses cili seperti itu, dia juga menggunakan minyak jagung untuk menumis sambal dan lauk-pauk yang lain.

Selain lauk-pauk, kata Said, dia turut memberikan keutamaan dari segi pemilihan beras dengan menggunakan beras wangi iaitu sebanyak 20 kilogram (kg) untuk nasi lemak dan 10 kg untuk nasi putih setiap hari.

Kalau fikir nak untung lebih, saya boleh guna beras super, tetapi saya mahu pelanggan berpuas hati dan berbaloi dengan apa yang dinikmati, sebab itu saya pilih beras wangi untuk nasi lemak mahupun nasi putih.

Begitu juga dengan pemilihan santan yang mana saya tempah khas daripada pembekal santan yang telah dikenal pasti. Bagi saya, santan merupakan elemen penting untuk menentukan nasi lemak itu enak atau tidak," katanya.

Mengenai harga makanan yang dijual, Said memberitahu, ia bermula serendah RM6 hingga RM10, bergantung jenis lauk yang dipilih.

Bagi mengendalikan gerai yang dibuka mulai pukul 5 petang hingga 10 malam pada hari Isnin hingga Jumaat itu, dia dibantu oleh isterinya, Noraini Lam Abdullah, 47, anaknya Nor Atikah, 18, dan dua pembantu lain bagi kerja-kerja persiapan memasak serta membancuh minuman.

Menurutnya, berikutan sambutan yang amat menggalakkan, beliau berhasrat untuk membuka satu lagi cawangan.

Katanya, cawangan tersebut telah dikenal pasti iaitu satu lokasi di kawasan Taman Sentosa.

Apabila cawangan itu dibuka kelak, ia akan memenuhi keperluan masyarakat dari sekitar Taman Pelangi, Taman Sri Tebrau, Taman Century dan kawasan berhampiran," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tidak serik disaman!

Posted: 27 Jun 2013 12:02 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Penguat kuasa DBKL memeriksa dapur sebuah restoran yang kotor dan berselerak dalam operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL di Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/FARID JANUDIN

KUALA LUMPUR 27 Jun - Bukan tidak pernah dikenakan tindakan, malah telah berkali-kali beberapa kedai makan di sekitar Lebuh Pudu dan Jalan Tun Tan Swee Sin dekat sini dikompaun oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun nampaknya pengusahanya memang jenis 'tak makan saman'.

Hari ini kedai-kedai yang diusahakan oleh warga asing dari Myanmar dan sebuah kedai India yang tidak dapat dipastikan kewarganegaraannya itu diserbu buat ke sekian kalinya, sehingga membawa kepada penutupan premis itu selama dua minggu kerana kotor.

Dalam operasi yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL itu, enam premis diarahkan tutup, termasuk sebuah tidak memiliki lesen. Sebuah lagi dikenakan kompaun kerana lantainya kotor.

Ketika serbuan dijalankan, keadaan dapur di premis terbabit didapati tidak diuruskan dengan baik. Selain itu, longkang kedai itu turut tersumbat dengan sisa makanan.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr. Hayati Abdullah berkata, kedai-kedai itu diarahkan tutup selama 14 hari kerana kotor, Selepas tempoh itu tamat, pihaknya akan memeriksa semula premis itu dan hanya akan dibenarkan beroperasi semula selepas memenuhi standard kebersihan yang ditetapkan oleh DBKL.

"Dalam operasi hari ini, didapati banyak lipas, najis tikus dan lantai yang kotor di dapur premis berkenaan," katanya selepas mengetuai 20 anggota penguat kuasa melaksanakan Operasi Penutupan Premis Makanan Kotor di sini hari ini.

"Bagi notis penutupan akan diletakkan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 iaitu tutup selama 14 hari, mereka perlu membersihkan premis sehingga kami berpuas hati dan daripada segi lesen perlu dirujuk ke Bahagian Perlesenan DBKL.

"Untuk notis penutupan mengikut tindakan UUK21B Undang-Undang Kecil Perlesenan Establisymen Makanan WPKL 1985, tiada tempoh dikenakan iaitu mereka perlu membersihkan premis sehingga kami berpuas hati sebelum dibenarkan beroperasi semula," katanya.

Menurut beliau, sepanjang tahun ini, sebanyak 1,878 pemeriksaan telah dibuat dan 68 premis diarah tutup.

Menurut Hayati, pihaknya kini sedang memberi tumpuan terhadap aspek kebersihan termasuk pengendalian makanan, stor simpanan makanan, lantai, peralatan dapur dan lain-lain ketika pemantauan dijalankan.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan secara berterusan yang dilaksanakan oleh DBKL menyaksikan terdapat peningkatan ketara, kira-kira 80 peratus dari segi kebersihan kedai makan berbanding tahun lalu.

"Pemilik premis mengambil usaha untuk meningkatkan taraf kebersihan daripada segi struktur selepas dikenakan kompaun sebelum ini.

"Kami turut mencadangkan kepada pemilik kedai makan 24 jam ditutup selama satu jam bagi kerja-kerja pembersihan demi memastikan keselesaan dan kesihatan pengunjung diutamakan," jelasnya.

Perlu pengesahan bersih sebelum baharukan lesen

Posted: 27 Jun 2013 12:02 PM PDT

Dr. HAYATI Abdullah menampal notis makluman penutupan premis di salah sebuah restoran yang diperiksa oleh penguat kuasa DBKL, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Jun - Bermula tahun hadapan, semua pemilik premis makanan yang ingin memperbaharui lesen perlu mendapatkan surat pengesahan daripada Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terlebih dahulu.

Pengarahnya, Dr. Hayati Abdullah berkata, pihaknya juga akan melaksanakan tindakan pemantauan terhadap tahap kebersihan premis makanan tiga bulan sebelum tarikh lesen tamat tempoh untuk diperbaharui.

"Surat pengesahan itu bertujuan sebagai tanda sokongan untuk lesen yang ingin diperbaharui. Pemeriksaan kebersihan meliputi daripada segi penyediaan makanan, dapur, lantai, tandas dan sebagainya.

"Jika premis didapati menetapi syarat kebersihan yang ditetapkan, maka pengusahanya tidak mempunyai masalah untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka," katanya.

Katanya, pihaknya juga menetapkan sasaran menjelang 2020 semua premis makanan di ibu kota dapat mencapai tahap kebersihan tertinggi dan mengekalkan standard tersebut.

"Kami menetapkan kategori untuk premis makanan iaitu kategori A, B dan C. Statistik untuk dua tahun lalu hingga sekarang menunjukkan sebanyak 61 hingga 80 peratus berada dalam kategori B iaitu premis yang dalam keadaan kotor manakala untuk C adalah paling teruk," katanya.

Mengikut statistik jabatan itu, sebanyak 4,405 premis makanan berada dalam kategori A manakala 1,093 berada dalam kategori B, sementara tiada kedai makan di dalam kategori C sejak 2011.

Syabas tunggu JMB bayar bil

Posted: 27 Jun 2013 12:02 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 27 Jun - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sehingga kini masih belum menerima sebarang pembayaran bagi bil tertunggak atau maklum balas daripada pihak badan pengurusan bersama (JMB) Pangsapuri Kekwa di Taman Putra Perdana, Puchong seperti mana yang dipersetujui.

Ini menyebabkan bekalan air ke pangsapuri itu terpaksa dipotong.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, akaun bekalan air di pangsapuri tersebut tertunggak selama lima bulan dengan jumlah tunggakan sehingga 20 Jun lalu berjumlah sebanyak RM48,890.75.

"Pemotongan dilakukan berikutan kegagalan pihak JMB menjelaskan ansuran bil semasa mengikut tarikh yang ditetapkan. Syabas meluluskan pembayaran untuk penyelesaian tunggakan secara penjadualan semula.

"Ansuran 20 bulan bermula November lalu tidak dilaksanakan. Hasil perbincangan dengan pihak JMB dan Syabas, penyambungan semula hanya dapat dilakukan sekiranya pembayaran sebanyak RM20,000 dibuat," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai kesukaran yang dihadapi penghuni pangsapuri tersebut akibat ketiadaan bekalan air sejak Sabtu lalu disebabkan pemotongan bekalan air oleh pihak Syabas ekoran bil yang tertunggak.

Menurut Priscilla, pihak JMB ada membuat pembayaran tetapi hanya sebanyak RM5,000 sahaja pada Selasa lalu.

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd. Sharif telah berbincang dengan Syabas untuk bakinya dibayar selewat-lewatnya pada bulan hadapan dan kami menerima cadangan itu," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Tubuh akademi asah bakat muda

Posted: 27 Jun 2013 12:02 PM PDT

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
editor.johor@utusan.com.my

Sheikh Khalid Sheikh Omar (kanan) melihat pemainnya berlatih mengawal bola dan membuat hantaran kepada rakan semasa sesi latihan di Batu Pahat, baru-baru ini.

BATU PAHAT 27 Jun - Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Peribahasa Melayu itu bermaksud jika mendidik anak biarlah sedari mereka kecil lagi kerana mudah diajar dan dibentuk.

Berpegang pada pepatah itu dan semangat kesukanan yang tinggi serta ingin menaikkan martabat sukan bola sepak di daerah ini, seorang ahli perniagaan dan rakan-rakannya mewujudkan sebuah akademi bola sepak secara tidak rasmi.

Dikenali sebagai Footwork Skills, akademi itu ditubuhkan pada awal tahun lalu oleh Norisham Abdullah dengan menjadikan padang berhampiran Dataran Penggaram sebagai lokasi pemilihan dan latihan setelah niat murni mereka direstui Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP).

Bermula dengan pengambilan pemain di bawah umur 12 tahun, lebih 80 kanak-kanak lelaki diberi pendedahan dan diasah bakat mereka dan kini selepas berusia setahun, akademi itu berjaya membentuk sebuah pasukan terdiri daripada murid di bawah 12 tahun.

Norisham yang juga Penasihat Footwork Skills berkata, bagi meneruskan kesinambungan pemain yang menjangkau usia 13 tahun, pihaknya perlu mewujudkan pasukan bawah 14 tahun pada tahun ini.

Bercerita lebih lanjut beliau memberitahu, akademi bola sepak tunggal yang wujud di daerah tersebut tidak dikendalikan beliau seorang tetapi mendapat sokongan rakan-rakan yang berpengetahuan tinggi dalam sukan bola sepak iaitu Khairul Zaman (seorang guru) dan Sheikh Khalid Sheikh Omar.

"Dalam memastikan kelab atau akademi ini terus wujud dan relevan, kami bekerjasama mencari dana selain mengajar, memberi pendedahan dan mencungkil bakat kanak-kanak di sini.

"Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran iaitu dengan tidak mengenakan yuran terhadap pemain, tetapi setakat ini Footwork Skills masih mampu bergerak dengan sokongan dan bantuan pihak yang menyalurkan sumbangan dan tajaan," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurutnya, akademi itu ditubuhkan bukan untuk mengaut keuntungan, sebaliknya ingin melahirkan pemain bola sepak yang mampu mencurah bakti kepada negara suatu hari nanti.

Norisham berkata, selain mencungkil bakat dengan membawa kanak-kanak mengenali bola sepak dengan lebih dekat, fokus penting pihaknya adalah mendisiplinkan pemain, mewujudkan sikap patriotisme dan semangat berpasukan.

"Saya tidak nafikan bahawa dalam setiap akademi, pemain akan didedahkan dengan kemahiran, cara permainan, mengawal bola, stamina dan peraturan bersukan selain menjadikan mereka seorang pemain bola sepak sebenar.

"Tetapi di sebalik semua itu, tiga pembentukan yang akan membawa kejayaan kepada kanak-kanak ini dalam semua bidang termasuk pembelajarannya ialah disiplin diri, patriotisme dan semangat berpasukan atau saling membantu," katanya.

Berikutan itu, ibu bapa dinasihatkan tidak khuatir untuk menghantar anak-anak menyertai akademi bola sepak di mana-mana sahaja kerana ia adalah asas pembentukan disiplin dan hala tuju masa depan.

Selain itu, pembentukan pemain melalui akademi bola sepak merupakan satu anjakan paradigma terhadap sukan itu khususnya di daerah ini yang jauh dari bandar.

Norisham berkata, kedua-dua pasukan yang ditubuhkan dengan diperkuat oleh anak jati Batu Pahat akan didedahkan melalui cabaran Liga 1MCC yang diadakan setiap tahun di Sungai Buloh, Selangor selain perlawanan persahabatan.

"Pada tahun lalu, Footwork Skills telah mengambil bahagian dalam cabaran 1MCC, namun berdepan dengan pasukan mantap dari akademi sekitar Lembah Klang yang dilatih sejak bertahun lalu.

"Bagaimanapun, kekuatan lawan tidak boleh dijadikan halangan berterusan kerana pasukan yang muncul juara juga bertukar setiap tahun dan ia membuktikan pasukan lain mampu tampil sebagai juara atau naib juara," katanya.

Bagaimanapun, pihaknya menyeru masyarakat di daerah ini supaya bersama membantu menyerlahkan bakat anak-anak mereka dalam sukan bola sepak seiring dengan penampilan bergaya pasukan Johor Darul Takzim ketika ini.

"Untuk menjayakan akademi ini, cukuplah jika keluarga yang menghantar anak mereka mampu memberikan sumbangan bagi menyalurkan elaun kepada jurulatih selain membolehkan pasukan mengikuti lebih banyak liga, pertandingan dan perlawanan persahabatan.

"Ia bukan tugas yang berat kepada ibu bapa, sebaliknya bakat yang ada pada kanak-kanak itu akan memberikan kepuasan terhadap penjaganya jika ia dapat diserlahkan ke peringkat lebih tinggi," katanya.

MDS rampas barangan peniaga

Posted: 27 Jun 2013 12:02 PM PDT

Oleh MOHAMED SAARI
pengarang@utusan.com.my

Anggota penguat kuasa Majlis Daerah Segamat memunggah barangan yang dirampas ketika operasi di Pasar Awam Segamat, kelmarin.

SEGAMAT 27 Jun - Majlis Daerah Segamat (MDS) mengeluarkan 12 saman dan merampas sayur-sayuran milik para peniaga dalam operasi bersepadu di sekitar Pasar Awam Segamat semalam.

Setiausaha MDS, Fadhly Suffian Laili berkata, operasi yang disertai 20 pegawai dan anggota dari beberapa jabatan di bawah MDS bertujuan mengambil tindakan terhadap peniaga yang melanggar undang-undang kecil MDS.

"Operasi ini merupakan operasi menyeluruh. Kami akan angkut barang-barang peniaga di sini yang diletakkan di kaki lima seperti bakul dan tong ikan kerana menghalang laluan pelanggan selain mengeluarkan saman kenderaan disebabkan pelbagai kesalahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurutnya, MDS sebelum ini telah memberi amaran kepada peniaga di pasar awam berkenaan supaya mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan, namun masih ramai yang tidak mengendahkannya.

Malah ada segelintir peniaga yang berniaga secara haram dan meletakkan barang perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan seperti di atas suis elektrik utama pasar awam tersebut.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dilakukan peniaga adalah menghalang suis kerana dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya seperti litar pintas dan kebakaran dan ia akan merumitkan pihak keselamatan jika berlaku kejadian tidak diingini.

Selain itu, MDS turut menerima rungutan daripada pekerja SWM Environment Sdn. Bhd. yang mengalami kesukaran untuk membasuh dan membersihkan pasar awam berkenaan kerana terhalang oleh barangan perniagaan peniaga.

Menurutnya, peniaga yang mahukan kembali barangan jualan mereka hendaklah membayar sejumlah denda kepada MDS sebagai pengajaran.

Dalam masa sama, MDS turut mengeluarkan saman kenderaan di sekitar pasar awam tersebut kerana terdapat pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan seperti tidak mempamerkan kupon letak kenderaan, meletakkan kenderaan di kawasan larangan, mengganggu lalu lintas dan meletakkan kenderaan di lorong belakang.

"Kami akan melakukan operasi seperti ini secara berterusan kerana masih ramai pemandu yang meletakkan kenderaan mereka secara sesuka hati dan mengganggu lalu lintas.

"Pada masa sama, kita mengharapkan masyarakat khususnya pengunjung pasar awam ini supaya lebih berdisiplin dan meletakkan kenderaan mengikut petak yang disediakan sebagai alternatif mengelak daripada disaman," katanya.

Kesemua barangan yang dirampas seperti sayur akan disimpan selama dua hari di dalam setor MDS. Jika dalam tempoh tersebut sayur tersebut tidak dituntut, pihak MDS akan melupuskannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Wartawan Utusan protes tidak dibenar buat liputan

Posted: 28 Jun 2013 03:09 AM PDT

WARTAWAN Utusan biro Pulau Pinang, Firdaus Ismail membuat bantahan secara bersendirian selepas dihalang membuat liputan Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di Georgetown hari ini. - UTUSAN

GEORGETOWN 28 Jun - Wartawan Utusan Malaysia tidak dibenar membuat liputan berita majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi apabila wartawan berkenaan Mohd Firdaus Ismail memohon pas lawatan untuk masuk ke perkarangan DUN.

Firdaus berkata pengawal keselamatan enggan memberikan pas lawatan masuk ke DUN dan memberitahunya ia adalah atas arahan pihak atasan.

"Pengawal DUN tersebut telah memberitahu saya bahawa wartawan Utusan tidak dibenarkan masuk ke DUN untuk membuat liputan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan perkara itu kemudiannya membuat protes secara berseorangan dengan memegang kad bertulis Ketelusan telah mati di sini" dan berlegar-legar di hadapan pintu pagar bangunan DUN.

Katanya, beliau berbuat demikian sebagai meluahkan kekecewaan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini sering melaung-laungkan kebebasan akhbar.

Firdaus berkata sebelum ini, wartawan Utusan juga pernah dilarang membuat liputan persidangan DUN selepas satu usul larangan tersebut dibentangkan dan dipersetujui.

"Tetapi, kini telah masuk penggal baharu untuk persidangan DUN, mereka seharusnya membentangkan usul baharu dan usul yang lama telah tamat tempoh," katanya.

Speaker DUN yang baharu Law Choo Kiang ketika diminta mengulas perkara itu berkata kejadian itu berlaku akibat kesilapan pengawal keselamatan bangunan DUN yang telah menguna pakai arahan lama.

"Saya ingin menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku atas kesilapan teknikal pengawal DUN dan saya berjanji perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan," katanya.

Katanya, beliau akan menjemput wartawan tersebut untuk membuat liputan persidangan DUN Selasa depan. - BERNAMA

Jawatankuasa Fatwa Perlis haramkan shisha

Posted: 28 Jun 2013 02:53 AM PDT

KANGAR 28 Jun - Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.

Mufti Perlis Datuk Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.

Dr Juanda berkata amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis juga menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar.

Dr Juanda turut menyelar pihak yang memperdagangkan amalan tahlil arwah dan khatam al-Quran untuk mengaut keuntungan peribadi terutama menjelang Ramadan.

Menurutnya, ada pihak yang cuba mengutip wang kononnya untuk dana tertentu dengan menganjurkan majlis tahlil dan khatam al-Quran dengan memohon sumbangan daripada orang ramai.

Sambil menunjukkan contoh borang penyertaan program tahlil arwah dan khatam al-Quran anjuran sebuah badan tertentu, beliau berharap orang ramai tidak akan terpengaruh.

"Tidak salah bertahlil, berzikir dan khatam al-Quran tetapi bukan meletakkan syarat dengan mengenakan bayaran," katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa menyiasat penganjur program seumpama itu dan meneliti ke mana wang yang dikumpulkan itu dibawa. - BERNAMA

Devamany dipilih sebagai Speaker DUN Perak

Posted: 28 Jun 2013 01:02 AM PDT

IPOH 28 Jun - Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berkuatkuasa hari ini.

Pemilihan Devamany dibuat secara pengundian dengan beliau memperolehi 31 undi berbanding calon pembangkang, V. Sivakumar yang mendapat 28 undi.

Pencalonan Devamany, 56, bagi menggantikan Datuk R. Ganesan dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir manakala pencalonan Sivakumar dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Abu Bakar Hussian. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved