Ahad, 18 Ogos 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pengawal maut, anak kritikal nahas motosikal-Myvi

Posted: 18 Aug 2013 11:21 PM PDT

KUANTAN 19 Ogos - Seorang pengawal keselamatan maut manakala anaknya kritikal selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam kejadian di Sungai Baging di sini.

Mangsa, Mat Tazam Mamat, 39, meninggal dunia di tempat kejadian ketika dalam perjalanan menghantar anak sulungnya, Siti Nur Fazkriah, 13, ke sekolah kira-kira pukul 7 pagi. - UTUSAN ONLINE

Pusat refleksologi tawar urut, seks diserbu

Posted: 18 Aug 2013 11:16 PM PDT

Oleh AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Seorang lelaki yang sedang diurut dalam keadaan bogel adalah antara empat pelanggan yang ditahan dalam operasi di sebuah pusat urut refleksologi di Jalan PJS 8/6 Bandar Sunway di sini malam tadi.

Serbuan dilakukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 9.45 malam itu turut menahan seorang penjaga premis tersebut selain enam wanita warga asing.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Fadil Marsus berkata, kesemua wanita itu terdiri daripada empat rakyat Vietnam dan bakinya Thailand yang berusia antara 23 dan 35 tahun.

Premis tersebut memiliki lesen pusat kecantikan dan kesihatan yang sah namun dikesan menawarkan perkhidmatan tambahan iaitu urut dan seks dengan harga RM168 serta urutan badan ke badan sebanyak RM138. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Wajib lulus Sejarah tepati keperluan

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pendidikan@utusan.com.my

Masnah Ali Muda

Subjek Sejarah sememangnya penting dalam mana-sama sistem pendidikan di seluruh dunia kerana selain bersifat pembelajaran, mata pelajaran itu berupaya mendidik murid untuk menerima hakikat jati diri mereka terhadap negara.

Sikap tidak menghormati perlembagaan negara yang ditimbulkan oleh sesetengah rakyat sejak kebelakangan ini mendorong Kementerian Pendidikan mengkaji 'kekuatan' mata pelajaran Sejarah sekali gus memperkasakannya di kalangan murid dan generasi muda hari ini.

Faktor ini sekali gus mendorong kementerian mewajibkan mata pelajaran Sejarah lulus di peringkat sekolah iaitu wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun ini.

Pengarah Bahagian Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Masnah Ali Muda berkata, usaha memperkasakan mata pelajaran Sejarah di semua aliran sekolah menengah mencakupi sejarah kuno, pra moden dan moden dalam skop dasar, politik dan kenegaraan.

Malah, menurutnya, sistem pendidikan negara bermula tahun 1989 menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di semua sekolah kerajaan.

''Yang mana subjek Sejarah wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan bertujuan meningkatkan pengetahuan sejarah negara.

''Di samping itu, usaha tersebut adalah bagi pemupukan nilai patriotisme untuk membentuk keperibadian yang tinggi dan menanamkan semangat cinta kepada negara,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

Pada masa yang sama, ujar Masnah, Kurikulum Sejarah KBSM disusun secara bersepadu merangkumi unsur-unsur ilmu (kandungan), kemahiran (kemahiran Pemikiran Sejarah) dan penerapan nilai patriotisme.

Kata Masnah, Hal ini demikian supaya selari dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat pendidikan iaitu ke arah membangunkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

''Kita juga sedang dalam usaha melakukan transformasi kurikulum Sejarah yang akan dilaksanakan mulai 2014 di sekolah rendah melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) untuk sekolah menengah mulai 2017.

''Mata pelajaran Sejarah diajar sebagai mata pelajaran teras kepada murid sekolah rendah pada Tahap II bermula di Tahun 4.

"Sejarah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dengan menekankan kepada pembangunan sahsiah murid, pemupukan nilai-nilai keperibadian mulia dan semangat kewarganegaraan,'' jelas beliau.

Beliau memberitahu, kandungan kurikulum di peringkat sekolah rendah juga mencakupi sejarah awal negara sehingga kini, bertujuan menanam minat murid terhadap sejarah dan menyediakan murid menghadapi cabaran masa depan.

"Fokus utama kurikulum Sejarah dalam KSSM adalah pengetahuan dan pemahaman Sejarah Malaysia, Pembinaan Negara Bangsa dan Sejarah Negara Luar," ujarnya.

Tambah Masnah, pengkajian sejarah bermula dari zaman prasejarah sehingga masa kini yang disusun berdasar rentetan peristiwa mengikut pendekatan kronologi manakala aspek sejarah negara luar pula dikaji supaya murid mendapat gambaran besar tentang peristiwa sejarah negara berdasarkan garis masa.

''Aspek ini dimasukkan dengan tujuan supaya murid mempunyai perspektif yang lebih luas tentang proses perkembangan masyarakat dan negara serta melihat secara perbandingan akan sejarah dalam dan luar negara.

"Seterusnya memupuk rasa bangga tentang warisan dan kejayaan negara ke arah pemantapan semangat perpaduan dan patriotisme,'' katanya.

Melalui pendidikan Sejarah, beliau berharap, murid-murid dapat menjadikan elemen sejarah sebagai pengajaran dan iktibar untuk membina kesedaran kebangsaan di samping semangat cinta akan negara.

Kesedaran alam sekitar

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

Sebahagian daripada murid yang menyertai program Perintis Hijau 2013 memberikan tumpuan kepada penerangan mengenai penjagaan tumbuhan sempena program itu di Shah Alam baru-baru ini.

SERAMAI 64 murid mewakili 16 sekolah rendah di Shah Alam berpeluang mengikuti program Perintis Hijau 2013 anjuran syarikat pengeluar baja tempatan, Chemical Company Of Malaysia Berhad (CCM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini.

Antara sekolah rendah terbabit seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan U3, SK Setia Alam, SK Merbau Sempak, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C) Sungai Buloh, SK Padang Jawa, SK Raja Muda (Intergrasi), SK Seksyen 17, SK Seksyen 19 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK (T) Sungai Renggam.

Pada program itu yang disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Tuan Mokhtar Hani, murid diberi penerangan mengenai tata cara berkebun, menyemai benih, membaja dan seni taman dan mengenali pokok berbahaya dan kaedah yang betul menjaga pokok hiasan.

Pengarah Bahagian CCM Fertilizers, Mohd. Raflee Abdullah berkata, penganjuran kali kelima tahun itu diadakan untuk memperkasakan pengetahuan murid mengenai penjagaan alam sekitar melalui aktiviti penjagaan flora, berkebun dan penjagaan persekitaran tumbuhan hijau.

Menurutnya, program itu perlu diketengahkan kepada generasi muda memberi pelbagai manfaat dan meningkatkan kesedaran alam sekitar selain menyalurkan kemahiran seperti pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, komunikasi dan permuafakatan.

''Ini kerana, golongan kanak-kanak merupakan pewaris negara pada masa depan dan kita percaya, mereka harus dididik ketika masih muda kerana mudah dilentur dan berminat untuk belajar.

''Pada masa sama, kerjasama dengan MBSA dalam menjayakan program alam sekitar seperti ini dapat diteruskan seterusnya mendidik lebih ramai murid tentang amalan lestari dan penjagaan alam sekitar,'' kata beliau.

Menurut beliau, pada program itu, murid dibawa melawat kilang CCM Fertilizers di Padang Jawa, Klang dan diberi taklimat mengenai operasi pengeluaran baja dan produk itu dihasilkan selain menganjurkan 'Mini Explorace Golden Growth'.

Jelasnya, di bawah program 'Mini Explorace Golden Growth', murid dikehendaki melalui empat pusat pemeriksaan berlainan bagi menguji pengetahuan mengenai alam sekitar dan kemahiran berkebun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Silap hantar Rayzam?

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Rayzam Shah

KUALA LUMPUR - Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia, Datuk Zainal Abidin Ahmad tidak berpuas hati dengan prestasi atlet tunggal negara, Rayzam Shah Wan Sofian yang mengambil bahagian dalam acara 110 meter lari berpagar Kejohanan Dunia 2013 Moscow, minggu lalu.

Menurutnya, kegagalan Rayzam memperbaiki catatan peribadi terbaik disebabkan kurang kekuatan psikologi.

Kenapa dia tidak mampu melakukan catatan peribadi terbaik selepas diberi peluang, perkara ini amat penting. Dia seharusnya memberikan persembahan terbaik dan meraih sesuatu di kejohanan besar," katanya dalam sidang media pada Program Nestle Healthy Kids oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dengan kerjasama Nestle, semalam.

Rayzam menduduki tempat kelapan dalam saringan keempat acara 110 meter lari berpagar 11 Ogos lalu dengan mencatat 14.45 saat.

Ia jauh daripada catatan terbaiknya untuk melepasi syarat kelayakan ke Sukan SEA 2013 Myanmar. Catatan terbaiknya musim ini 13.96s dilakarkan pada Grand Prix Asia di Sri Lanka.

Saya sudah menemuinya di Moscow dan dia memberitahu sudah memberikan aksi terbaik, tetapi bagi saya aksi terbaik harus dikuatkan lagi dengan keghairahan berlumba, kemampuan dan juga kerja keras," katanya.

Ditanya sama ada KOM tersilap memilih atlet untuk menggunakan tiket wildcard ke kejohanan tersebut, Zainal Abidin berkata, dia tidak berpendapat sedemikian cuma KOM sudah memberikannya peluang yang tidak semua atlet mampu memperolehinya dengan mudah.

Saya tidak kecewa kerana dia sudah mengaku sudah melakukannya dengan bersungguh-sungguh, cuma dia perlu memberikan aksi terbaik pada kejohanan seperti itu. Dia memang perlu melakukannya. Kita sudah memberikan peluang ini kepadanya.

Dia perlu melakukannya untuk negara, tidak boleh melakukannya untuk diri sendiri. Kita mahu melahirkan seorang juara, jadi mereka harus sedar bagaimana untuk merealisasikan impian tersebut. Mereka perlu fikir bagaimana untuk menjadi juara. Itu paling penting," katanya.

Bagaimanapun, setidak-tidaknya Rayzam mencatat masa lebih baik berbanding pemenang pingat emas Sukan SEA 2011 Indonesia, Lac Jamras Rittidet, yang berlari dalam saringan yang sama tetapi menduduki tempat terakhir dengan masa 14.71s.

Hafizh naik podiumaksi di Indianapolis

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

HAFIZH Syahrin Abdullah meraikan kejayaannya menaiki podium dalam perlumbaan sokongan MotoGP di Indianapolis, kelmarin.

KUALA LUMPUR - Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah mencatat kejayaan podium dalam perlumbaan sokongan sempena MotoGP Grand Prix Indianapolis, Amerika Syarikat, kelmarin.

Penyertaan Hafizh pada perlumbaan tersebut pada awalnya cuma bertujuan untuk dia memahami selok belok Litar Indianapolis Motor Speedway namun ia bertukar kepada detik menggembirakan apabila pelumba berusia 19 tahun itu menghadiahkan penamat podium dalam Perlumbaan 1 Siri AMA Pro Vance & Hines Harley Davidson.

Dengan hanya menjalani dua sesi latihan bebas sebelum perlumbaan sebenar, pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia itu yang mencatat masa kelima terpantas, bijak mengendalikan jentera Harley XR1200 dan menduduki tempat ketiga di belakang Jeremy Mc Williams, bekas pelumba GP500 Dunia manakala tempat ketiga milik Tyler O'Hara.

"Saya sangat gembira kerana dapat menaiki podium di Indianapolis. Saya tidak terfikir mampu melakukannya kerana saya menunggang motosikal yang begitu asing bagi saya, motosikal yang jauh lebih besar berbanding jentera Moto2, tambahan pula ini adalah penyertaan pertama saya di Amerika Syarikat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


10,000 sertai bantahan tindakan tentera Mesir di Maghribi

Posted: 18 Aug 2013 10:34 AM PDT

RABAT 19 Ogos - Hampir 10,000 orang menyertai demonstrasi di ibu negara Maghribi ini sebagai membantah tindakan kejam pihak keselamatan Mesir.

Orang ramai berarak di samping membawa sepanduk mengutuk operasi ketenteraan yang meragut beratus-ratus nyawa penunjuk perasaan serta menuntut supaya dikembalikan semula kuasa pemerintahan kepada bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi.

Selain itu, mereka turut melaungkan hasrat untuk pengusiran Duta Mesir ke Maghribi.

Askar sepatutnya melaksanakan tanggungjawab mereka mempertahankan keselamatan negara dan bukannya membunuh rakyat sendiri," kata ahli akademik, Driss Leghroudi. - AFP

108 angka korban hujan monsun di Pakistan

Posted: 18 Aug 2013 10:34 AM PDT

ISLAMABAD 19 Ogos - Seramai 108 orang terkorban, manakala lebih 300,000 yang lain terjejas sepanjang minggu lalu kesan daripada hujan monsun yang melanda seluruh Pakistan.

Pegawai Kanan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) berkata, hujan lebat turun di 770 buah kampung dan memusnahkan 2,427 buah rumah.

Hujan menjejaskan 334,764 orang, membunuh sekurang-kurangnya 108 orang dan 104 cedera," katanya semalam.

Ujarnya lagi, NDMA turut membuka 44 buah kem bantuan di kawasan yang dilanda banjir untuk membantu mangsa yang terjejas. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Parlimen Bachok, DUN Jelawat kekal milik Pas

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

KOTA BHARU 18 Ogos - Pas mengekalkan kerusi Parlimen Bachok dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menerima bantahan awal kedua yang dikemukakan oleh parti itu dan menolak petisyen yang difailkan Barisan Nasional (BN).

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim turut mengarahkan kedua-dua pempetisyen supaya membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Pas yang juga responden pertama dan masing-masing RM15,000 kepada responden kedua iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya serta responden ketiga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya mendapati pempetisyen gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

"Antara kegagalan itu adalah pihak pempetisyen telah gagal mematuhi kaedah pelantikan peguam dan kecacatan dalam penyerahan petisyen kepada responden.

"Bagi pihak tidak berpuas hati dengan keputusan ini, boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan," katanya ketika membacakan keputusan selama hampir sejam.

BN diwakili peguam Mohd. Ilias Mohd. Noor manakala Pas oleh peguam Hisham Fauzi.

Responden kedua dan pula diwakili barisan peguam yang diketuai Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad.

Pada Isnin lalu, Pas menfailkan bantahan awal buat kali kedua terhadap petisyen yang difailkan BN bagi membatalkan keputusan PRU13 Parlimen Bachok dan DUN Jelawat yang dimenangi parti itu.

Bantahan tersebut dikemukakan Pas kerana mendakwa terdapat isu baharu yang tidak dibangkitkan pada bantahan awal pada 10 Julai lepas.

Antara isu tersebut ialah barisan peguam bela tidak mempunyai locus standi untuk mewakili pempetisyen kerana gagal mematuhi peruntukan keperluan mandatori Kaedah 9 dibaca bersama Kaedah 34 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Peguam bela tersebut ialah Datuk Mohd. Hafarizam Harun, Abu Bakar As-sidek Mohd Sidek, Raihanah Ashriqin Ariffin, Nor Azli Ahamed, Syed Faisal Syed Abdullah dan Badrul Hisham Abd Wahap.

Pada masa yang sama, pempetisyen gagal menyampaikan afidavit mengikut kaedah 15(4) Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Calon BN Parlimen Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin tewas kepada calon Pas, Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi.

Manakala bagi kerusi DUN Jelawat, calon BN, Datuk Dr. Ilias Husain kalah kepada calon Pas, Abdul Aziz Kadir dengan majoriti 102 undi.

Awang Adek memfailkan petisyen bagi Parlimen Bachok manakala Ilias memfailkan petisyen untuk DUN Jelawat.

Parlimen Bachok, DUN Jelawat kekal milik Pas

Posted: 17 Aug 2013 08:21 PM PDT

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU 18 Ogos - Kerusi Parlimen Bachok dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat kekal di bawah Pas selepas Mahkmah Pilihan Raya menerima bantahan awal kedua yang dibuat oleh parti itu dan menolak petisyen yang difailkan Barisan Nasional (BN) bagi kedua-dua kerusi tersebut dalam prosiding di sini hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh Datuk Zamani Abdul Rahim selepas mendengar hujah dari peguam bela pempetisyen dan responden.

Serentak dengan itu, beliau mengarahkan kedua-dua pempetisyen supaya membayar kos sebanyak RM30,000 kepada responden pertama, kedua dan ketiga.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, calon BN Parlimen Bachok Datuk Dr. Awang Adek Hussin tewas kepada calon Pas, Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi.

Bagi kerusi DUN Jelawat, calon BN, Datuk Ilias Husain kalah kepada calon Pas Abdul Aziz Kadir dengan majoriti 102 undi.

Awang Adek memfailkan petisyen bagi Parlimen Bachok manakala Ilias memfailkan petisyen untuk DUN Jelawat. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Manfaatkan rumah terbuka

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan) memberi duit raya sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera di Dataran Kerayong, Bera, Pahang, kelmarin. - UTUSAN/Ali Mahmood

BERA 18 Ogos - Kemeriahan Rumah terbuka Aidilfitri perlu dimanfaatkan supaya menjadi wadah dalam memupuk semangat perpaduan sesama umat Islam serta rakyat daripada pelbagai kaum dan agama.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sambutan itu perlu dimanfaatkan supaya perpaduan yang dibina sejak negara mencapai kemerdekaan tidak dimusnahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab semata-mata untuk meraih kepentingan politik.

Menurutnya, perpaduan dalam kalangan rakyat hampir tergugat apabila pihak terlibat menyebarkan pelbagai fitnah menerusi media sosial sepanjang masa sebelum pilihan raya umum lalu.

''Fitnah yang disebarkan pihak terbabit telah mempengaruhi segelintir rakyat dengan memberikan gambaran kononnya kerajaan sedia ada iaitu Barisan Nasional (BN) berlaku tidak adil, zalim, menindas rakyat dan rasuah.

''Bagaimanapun, BN masih berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum lalu apabila sebahagian besar rakyat masih menaruh kepercayaan dan memilih kerajaan sedia ada kerana yakin pembangunan serta perpaduan dapat diteruskan bagi meneruskan kesinambungan ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera di Dataran Kerayong semalam dan dihadiri lebih 20,000 penduduk pelbagai kaum di daerah ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Padil Osman dan ADUN Guai, Nurol Azali Sulaiman.

Pada majlis itu, Ismail yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mengedarkan Jalur Gemilang.

Menurut Ismail Sabri, penduduk daerah ini perlu mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan kenderaan sebagai tanda bersyukur serta bangga menjadi rakyat negara ini.

''Pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada Mac lalu perlu dijadikan pengajaran supaya kita sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara dengan cara mengeratkan perpaduan.

''Menerusi perpaduan kukuh adalah sukar bagi penceroboh selain kekuatan pasukan keselamatan yang sedia berkorban dan menggadai nyawa bagi melaksanakan tanggungjawab mereka melindungi negara ini," katanya.

Persatuan berusaha pindahkan makam Tok Gajah ke Jerantut

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

Zulkifli Mohamad (duduk, lima dari kanan) bersama waris keturunan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau selepas mesyuarat persatuan tersebut di Jerantut, Pahang, baru-baru ini. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT 18 Ogos - Persatuan Waris dan Keturunan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau berusaha untuk memindahkan makam Tok Gajah di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Terengganu ke Kampung Kedondong, Pulau Tawar di sini tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, usaha itu dilaksanakan bagi menempatkan semula makam tersebut di kampung asalnya berdekatan dengan makam anaknya, Mat Kilau di Kampung Kedondong yang kini digazetkan sebagai Kota Warisan.

Menurutnya, Tok Gajah yang dikenali sebagai Imam Perang Rasu Shahrum merupakan Orang Besar Raja Pahang meninggal dunia pada 1901 dan dikebumikan di Pasir Nering, Kuala Berang.

"Usaha kami memindahkan makam berkenaan dibuat sejak awal penubuhan persatuan ini pada 2008, tetapi masih belum kesampaian kerana masalah kewangan dan pengurusan tertentu.

"Kini, ahli persatuan sudah bersedia melaksanakan pemindahan makam berkenaan membabitkan kos pengurusan bernilai RM100,000 di samping mengharapkan bantuan kerajaan negeri untuk mempercepatkan usaha ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan ahli jawatankuasa persatuan itu di Rumah Persinggahan Jerantut di sini kelmarin.

Menurut Zulkifli, kerja itu bukan mudah kerana pihaknya perlu berunding dengan kerajaan Terengganu, Muzium Terengganu, Jawatankuasa Pelancongan Negeri dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan (JKKK) Kampung Pasir Nering kerana makam berkenaan telah diselenggarakan oleh mereka sebagai aset sejarah serta pelancongan di sana.

Katanya, persatuan itu akan mendapatkan bantuan dan kerjasama kerajaan negeri, pakar sejarah universiti tempatan dan pakar forensik sebelum kerja tersebut dijalankan nanti.

"Waris Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau di sini berharap kerajaan Terengganu bersetuju merealisasikan pemindahan ini dan perundingan akan diatur oleh saya dan ahli persatuan dalam masa terdekat," ujarnya.

Katanya, pemindahan itu bertujuan mengembalikan kegemilangan sejarah perjuangan ketiga-tiga pahlawan tersebut untuk tatapan generasi akan datang selain merancakkan sektor pelancongan di sini.

"Usaha ini antara lain juga bagi meletakkan status ketokohan Tok Gajah yang diburu penjajah British pada 1892 sehingga membawa diri ke Hulu Kelantan dan meninggal dunia di Hulu Terengganu sebagai pahlawan yang berasal dari Pahang," katanya.

Merdeka Dive tarik minat pelancong

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

KUANTAN 18 Ogos - Bulan Kemerdekaan bukan sahaja boleh dihayati oleh masyarakat tempatan, malah mampu menjadi serampang dua mata bagi menarik pelancong luar ke dalam negara.

Bagi tujuan itu, Pejabat Pelancongan Malaysia Pahang mengambil inisiatif mengadakan program Merdeka Dive di Pulau Tioman, Rompin.

Pengarahnya, Idris Yahya berkata, selain menerapkan erti kemerdekaan dalam kalangan rakyat tempatan, masyarakat luar turut di didik untuk lebih mengenali sejarah negara ini.

"Pihak pelancongan juga akan memperkenalkan Tioman Merdeka Dive iaitu selaman sempena dengan sambutan kemerdekaan yang kita akan adakan pada 23 hingga 25 Ogos ini di Pulau Tioman.

"Sebenarnya program ini dibuat bersama dengan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan iaitu kita masukkan aktiviti berkenaan untuk menarik pelancong ke Pulau Tioman," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Jelasnya, program itu bakal disertai penyelam dari seluruh dunia untuk membersihkan dasar laut daripada landak laut ataupun mahkota berduri yang boleh merosakkan batu karang.

Katanya, penganjuran yang masuk tahun kedua itu secara tidak langsung menyuntik elemen cintakan negara sempena Bulan Kemerdekaan ini.

"Apa yang menarik, Jalur Gemilang akan dibawa ke dasar laut bersama para penyelam sambil pembersihan dilakukan," katanya.

Bagi mereka yang berminat menyertai program ini boleh menghubungi Pejabat Pelancongan Pahang di talian 09-5171111 sebelum 22 Ogos ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Tembikai hibrid pertama Malaysia

Posted: 18 Aug 2013 05:40 AM PDT

Penggunaan varieti baharu tembikai hibrid akan meningkatkan pendapatan petani sebanyak tujuh peratus.

SEMASA musim perayaan antara buah-buahan yang biasa dihidangkan di meja makan adalah tembikai. Tembikai adalah tanaman jangka pendek yang popular di negara tetapi pengusaha tembikai perlu bergantung kepada benih yang diimport dari Taiwan atau China bagi tanaman komersial.

Keluasan tanaman ketika ini melebihi 9,000 hektar dengan pengeluaran melebihi 154,000 tan.

Bagaimanapun kajian mendapati kebanyakan varieti import tidak sesuai ditanam di negara ini kerana masalah penyakit dan kesesuaian persekitaran yang menyebabkan hasil rendah dan merugikan petani.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menjalankan kajian bagi membangunkan varieti baru tembikai hibrid tempatan yang sesuai ditanam di sini.

Kajian yang dijalankan oleh Pegawai Penyelidik Pembiakbaik Tanaman, Stesen MARDI Bukit Tangga, Kedah, Bahari Mohd Masaruddin menghasilkan varieti baru tembikai hibrid yang diberikan nama H25.

Hasil keputusan ujian di ladang mendapati varieti ini lebih baik berbanding varieti komersial seperti Black Sweet.

Hasilnya setinggi 30 tan sehektar, tempoh matang seawal 70 hari, tahan terhadap penyakit dan kurang biji," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Kedah.

Lebih istimewa, varieti baru H25 tiada beza kemanisannya dengan Black Sweet.

Dengan varieti tembikai baru ini, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bergantungan negara terhadap biji benih tembikai import bagi merancakkan lagi industri tanaman tembikai.

Kajian yang bermula pada tahun 2006 menggunakan tujuh titisan tulen tembikai dengan induk dihasilkan menerusi pembiakan pedigree di mana titisan tulen dihasilkan daripada varieti hibrid yang berasal dari China.

Kesemua titisan tulen telah dikacukkan di antara satu sama lain dan menghasilkan 21 varieti baru tembikai hibrid.

Kesemua 21 varieti baru tembikai hibrid yang dihasilkan telah ditanam di ladang bersama-sama induk dan varieti bandingan iaitu Black Sweet untuk tujuan penilaian prestasi.

Hasil kajian mendapati varieti H25 lebih baik berbanding Black Sweet dari segi hasil, tempoh matang, ketahanan penyakit dan kurang biji tetapi tiada perbezaan dari segi kemanisan.

Bahari berkata penggunaan varieti baharu tembikai hibrid akan meningkatkan pendapatan petani sebanyak tujuh peratus iaitu dari RM11,400 ke Rm12,198 sehektar.

Dianggarkan potensi hasil varieti baharu tembikai adalah 30 tan sehektar berbanding 28 tahn sehektar.

Dengan adanya tembikai hibrid tempatan, penanaman tembikai tempatan tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada biji benih tembikai import di mana harganya jauh lebih mahal RM55 bagi 20 gram berbanding varieti tempatan RM30 bagi 20 gram.

Penghasilan varieti baru tembikai hibrid memberikan peluang kepada pengguna tempatan menikmati tembikai yang lebih berkualiti dengan rasa lebih enak.

Varieti baru ini berpotensi untuk ditanam secara komersial oleh petani kerana ia memberikan pulangan hasil yang tinggi dan buah berkualiti.

Selain itu biji benihnya mudah didapati dengan harga lebih murah berbanding biji benih import.

Varieti baru ini diharap akan dapat mengurangkan penggantungan petani terhadap biji benih tembikai import.

Di samping itu pendapatan petani dijangka akan meningkat dan pengguna akan dapat menikmati tembikai hibrid yang berkualiti.

Hasil kajian tembikai hibrid amat menarik apabila berjaya memikat para juri apabila mendapat pingat emas semasa Pameran Sains Teknologi MARDI 2012, pingat perak semasa Ekspo Teknologi Malaysia 2013 dan Pingat Emas semasa Pameran Ekspo Teknologi Antarabangsa 2013.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Leven Rambin rasa bersalah

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

LOS ANGELES 18 Ogos - Bintang filem Percy Jackson: Sea of Monsters, Leven Rambin mengakui dia berasa 'bersalah' apabila melakonkan babak sombong dan kasar dalam filem tersebut.

Rambin yang memegang watak sebagai Clarrise iaitu anak dewa perang dalam filem itu berkata, dia perlu menjadi seorang wanita yang tegas, sombong serta bongkak.

"Ada kalanya sikap Clarrise menimbulkan rasa bersalah dalam diri saya, lebih-lebih lagi saya berlakon di samping aktor Logan Lerman yang memegang watak Percy.

"Saya pernah meminta maaf pada Lerman kerana sikap Clarrise, namun Lerman seorang pelakon yang hebat, dia boleh berdepan dengan situasi itu," katanya.

Aktres berusia 23 tahun itu sebelum ini membintangi filem The Hunger Games.

Percy Jackson: Sea of Monster kini ditayangkan di seluruh dunia. - AGENSI

Bradley Cooper belajar masak

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

LOS ANGELES 18 Ogos - Aktor Hollywood, Bradley Cooper dilaporkan belajar memasak dengan chef popular, Gordon Ramsay bagi meningkatkan keghairahan hubungan cintanya.

Pelakon itu yang kini bercinta dengan model Britain, Suki Waterhouse turut dilaporkan mengambil tindakan tersebut sebagai persediaan untuk filem terbaharu lakonannya.

"Cooper kini sudah pandai masak. Setahun lalu dia tidak tahu merebus telur, tetapi selepas belajar secara intensif termasuk teknik masakan klasik Perancis dengan Ramsay, dia sudah mahir.

"Malah, Cooper mampu menghasilkan hidangan sukar dimasak seperti coq au vin dan beef bourguignon," kata seorang rakan baiknya.

Sumber tersebut berkata, pelakon itu kini merancang menggunakan kemahiran memasaknya itu untuk memeriahkan lagi temu janjinya dengan Waterhouse.

"Waterhouse suka makan pelbagai makanan dan apabila Cooper masak, sudah tentu dia akan menyukainya," kata sumber itu. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Surau jadi tokong: Jahil atau sengaja?

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

Oleh Mohd. Ridhuan Tee Abdullah

APA sudah jadi dengan Malaysia sejak akhir-akhir ini. Penghinaan ke atas Islam semakin menjadi-jadi. Surau menjadi tokong. Pihak pengurusan sebuah resort di Kota Tinggi mendakwa ia dibenarkan dan bukan satu kesalahan, sebagai menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi. Siapa yang ajar mereka?

Ya, saya tidak nafikan Islam itu adalah sejagat, tetapi kesejagatannya tidak bermakna kita boleh berkongsi Tuhan atau rumah ibadat, seperti agama lain. Jangan kerana terlalu ghairah dengan gagasan 1Malaysia, sehingga semuanya boleh dikongsi. Dalam Islam, perkara berkaitan dengan akidah dan tauhid, tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam.

Alasan pengurusan resort tersebut amat tidak logik. Walaupun ia dibina menggunakan wang sendiri. Itu bukan bermakna, sesiapa sahaja boleh mempergunakan surau tersebut? Apatah lagi sudah terpampang tulisan bahasa Arab berbunyi Nur Muhammad di atas surau tersebut.

Saya tidak mempertikaikan jika ia berlaku di negara bukan Islam. Tetapi di Malaysia sebagai negara Islam, sudah tentu saya tidak dapat menerimanya.

Saya pernah bersolat di surau Lapangan Terbang Changi Singapura. Di sana tidak ada surau, tetapi ada meditation room atau multi-faith prayer room untuk semua agama. Di situlah saya bersolat, kerana ia adalah bilik kosong dan lapang, guna sama bagi penganut yang ingin menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan masing-masing.

Ditakdirkan jika ada patung di bilik tersebut, saya tetap akan bersolat, kerana saya berada di negara bukan Islam. Saya perlu menunaikan tanggungjawab kepada Allah Yang Maha Esa, meskipun ada patung-patung bertaburan sana sini. Apa pun saya tidak bersetuju dengan idea menempatkan semua rumah ibadat di satu kawasan atas alasan 1Malaysia, seperti yang sedia wujud di Seremban, di situ terdapat masjid, kuil dan tokong.

Insiden ini mengingatkan saya kepada peristiwa yang dialami oleh Khalifah Omar Al-Khattab. Dalam lawatan kerjanya, termasuk mengunjungi gereja. Tiba-tiba masuk waktu solat. Paderi gereja tersebut menawarkan Omar untuk bersolat di ruang gereja. Tetapi Omar menolak penuh hikmah. Ditakuti ada orang berpersepsi bahawa Omar mahu menukar gereja menjadi masjid. Maka Omar menolak pelawaan paderi tersebut. Begitulah berhikmahnya agama Islam meraikan orang (agama) lain. Perlukah kita berhikmah dalam isu ini?

Konsep dan prinsip tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah dalam Islam amat jelas. Begitu juga konsep keesaan Tuhan seperti yang dinukilkan dalam Surah Ahad. Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Allah adalah satu-satunya. Syahadah kita adalah Tiada Tuhan selain Allah, bukannya tiada Tuhan melain Tuhan.

Di sinilah kegagalan dan kekeliruan (kesengajaan) bukan Islam memahami Islam. Mereka menganggap kita menyembah Tuhan yang sama. Allah @ Tuhan bukan terjemahan yang tepat bagi Allah. Tetapi dalam bahasa Melayu, Tuhan orang Islam merujuk kepada Allah. Sedangkan Allah itu adalah Allah. Tidak ada terjemahan tepat untuk menyamakan Allah dengan Tuhan.

Orang bukan Islam tidak ada masalah untuk menggunakan nama menggunakan Tuhan. Terkadang kita dengar juga mereka menyebut Tuhan Allah. Timbul kekeliruan, mana satu Tuhan, mana satu Allah.

Justeru, saya menyeru umat Islam, gunakan nama Allah tanpa diterjemahkan kepada makna Tuhan. Begitu juga isu perebutan nama kalimah Allah, kita perlu muktamadkan dengan tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah yang mulia ini kerana makna dan konteksnya berbeza. Begitu juga soal pemahaman kita dengan mereka.

Majlis Perundingan Malaysia bagi agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoism (MCCBCHST) tidak setuju dengan tindakan kerajaan Kedah mengharamkan penggunaan kalimah kalangan bukan Islam. Katanya, ia bertentangan dengan Perlembagaan dan kes tersebut masih belum diputuskan oleh mahkamah. Kerajaan Kedah dituduh tidak hormati undang-undang.

NGO jahil ini masih tidak faham bahawa perkara berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab dan hak negeri masing-masing di bawah raja-raja Melayu. Bacalah sejarah kenapa ada nama negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu? Kuasa di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu lebih kuat mengikat berbanding yang bersekutu dan negeri-negeri Selat, terutama kedudukan Islam dan raja-raja Melayu.

Untuk makluman, bukan sahaja soal kalimah Allah, malah kalimah-kalimah suci lain, termasuk perkataan surau pun mereka tidak boleh guna. Bacalah undang-undang setiap negeri. Misalnya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004, fatwa di bawah subseksyen 48(3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, Mufti Negeri Pulau Pinang atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Kalimah-kalimah yang tidak boleh digunakan adalah Firman, Allah, Ulama, Hadis, Ibadah, Kaabah, Qadhi, Ilahi, Wahyu, Mubaligh, Syariah, Qiblat, Haji, Mufti, Rasul, Iman, Dakwah, Solat, Wali, Fatwa, Imam, Nabi, Sheikh, Khutbah, Tabligh, Akhirat, Azan, Al-Quran, As Sunnah, Auliya, Karamah, Syahadah, Masjid, Baitullah, Surau, Musolla, Zakat Fitrah, Hajjab, Taqwa, Soleh.

Terang lagi bersuluh, perkataan surau turut terpelihara. Bagaimana mungkin mereka boleh menggunakan surau sebagai tokong atas dasar guna sama. Nampak pelik, tetapi inilah uniknya Malaysia.

Peliknya, dengan isu-isu yang berlegar kebelakangan ini, apakah selama ini mereka tidak tahu bahawa perkara sebegini adalah sensitif? Saya fikir, mereka sengaja melakukannya. Bila jadi isu dan kontroversi, kemudian minta maaf, tutup fail. Maklum sahajalah BN dan UMNO dalam keadaan tersepit. Dengan sebab itu mereka begitu berani.

Terbaharu, NGO hak asasi dan reformasi undang-undang, Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa pihak berkuasa agama Johor bersikap seperti Taliban" kerana merancang untuk merobohkan satu surau kontroversi itu. NGO itu juga mempertikaikan tempoh tahanan reman selama empat hari ke atas pemilik resort itu.

Ternyata NGO ini amat kurang ajar kerana mencampuri urusan agama Islam di bawah kuasa raja-raja Melayu. Isu ini bukan isu Taliban atau tidak, tetapi mempertahankan kesucian agama.

Dalam isu ini, kenapa surau yang menjadi sasaran? Tidakkah sudah begitu banyak rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara berkali-kali ganda berbanding surau masjid? Lagipun, tanpa bangunan pun mereka boleh menunaikan tanggungjawabnya. Patung-patung mereka boleh diletak di mana-mana kawasan lapang yang difikirkan sesuai.

Apa pun, saya kurang bersetuju dengan tindakan merobohkan surau tersebut. Jika kiblat tidak betul, betulkan sahaja arahnya. Pastikan selepas ini hanya akan digunakan oleh orang Islam sahaja. Jika dirobohkan, sudah tentu tidak ada lagi tempat untuk solat berjemaah bila mengunjungi resort tersebut. Siapa yang rugi. Sama seperti rumah kita sendiri. Tidak semestinya rumah dibina mengadap kiblat. Yang penting bila solat mengadap kiblat, tanpa merobohkan rumah.

PENULIS ialah penganalisis sosio politik.

Cabaran UMNO salur maklumat

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PERGOLAKAN politik terbaharu di Mesir yang mengorbankan ribuan nyawa selain Syria yang telah pun bermandi darah, menjadi iktibar betapa kestabilan dan keharmonian negara sejak sekian lama ini perlu dihargai.

Di satu sudut, kita tidak dapat menolak akan kaitan peristiwa berdarah ini dengan arus mendesak globalisasi yang terus bergerak cepat dan kian kukuh. Sama ada kesan globalisasi itu negatif atau positif, berhubung kait dengan sempadan teknologi maklumat yang sukar dikekang lagi, kita perlu terima hakikatnya.

Bagi UMNO, sesetengah pihak mungkin melihat perubahan tarikh pemilihan kepimpinan tertingginya dan Majlis Tertinggi (MT) dari 5 Oktober ke 19 Oktober ini selain pelanjutan tarikh mesyuarat cawangannya dari 31 Ogos ke 15 September, suatu perkara biasa.

Namun dari satu segi ia ada kaitan dengan tuntutan globalisasi itu sendiri. Antaranya, perubahan tarikh ini untuk disesuaikan dengan kunjungan Presiden China dan Presiden Amerika Syarikat pada awal Oktober, yang mana persediaan untuk menerima kedatangan tetamu dua negara kuasa ekonomi global ini perlu dibuat. Pada masa sama, pembentangan Bajet 2014 juga dijadualkan Oktober.

Bagi 3.3 juta ahli UMNO, pemilihan parti yang dibuat dalam pasca selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 ini mempunyai makna yang cukup besar untuk survival parti.

Ini perlu direnung dan diambil iktibar oleh semua peringkat parti - cawangan, bahagian, MT dan kepimpinan tertinggi - bahawa dengan asakan globalisasi, menyebabkan sama ada UMNO survive atau tidak, bergantung kepada budaya dan sifat berhati-hati ahli dan pemimpinnya terhadap sesuatu yang baru diperkenalkan.

Dalam hal ini, ahli-ahli UMNO jangan sesekali membenarkan keuntungan jangka pendek 'menutup mata kita' kepada kerugian jangka panjang. Tiada apa yang kekal di dunia ini termasuk UMNO tetapi riwayat parti tidak perlu dipendekkan kerana sikap tidak berhati-hati, tidak cekap dan gila dengan keuntungan yang cepat.

Perjuangan UMNO masih belum selesai. Banyak lagi yang perlu dibuat oleh UMNO. Orang Melayu dan bumiputera lain belum cukup kuat untuk dibiarkan mereka mempertahankan diri tanpa pimpinan dan lindungan UMNO.

Krisis berdarah di Mesir dan Syria serta kegawatan ekonomi di beberapa negara Eropah berkait rapat dengan politik dan masa depan negara terbabit, yang menuntut semua pihak memahami dengan baik keadaan sebenar.

Inilah cabaran yang dihadapi oleh cawangan-cawangan dan bahagian UMNO yang sedang dan akan bersidang, sekali gus menentukan kepimpinan pelbagai peringkat yang baharu.

Jika diambil kira pergerakan sebilangan bahagian setelah tiga bulan PRU-13 berlangsung, dikesan masih ada bahagian parti yang tidak peka dan seolah-olah tidak mahu berubah. Atau enggan menongkah arus globalisasi.

Misalnya, ada satu bahagian di utara tanah air kalah 0-4 (tiga kerusi DUN dan satu Parlimen) dalam PRU 5 Mei lalu tetapi sampai 'la ni' apa pun tak buat? 'Tidur' sahaja. Mesyuarat bahagiannya pun baru sekali diadakan, itu pun kira-kira empat minggu lepas. Tetapi dalam laman sosial facebook (fb), wah! bukan main sekali lagak ketua bahagiannya. Dimuatkan secara terang-terangan aktivitinya. Sekejap percutian keluarga ke Hong Kong, sekejap lagi 'rombongan' ke seberang sana. Lepas kalah teruk pilihan raya, ditunjukkan dalam fb, asyik sahaja makan angin.

Dalam bulan puasa baru-baru ini pun, langsung tidak kelihatan program-program anjuran bahagian itu. Peruntukan untuk cawangan, yang sepatutnya ada, tidak turun. Ahli parti dalam bahagian yang dianggarkan mencapai 14,500 orang pun terus tertunggu-tunggulah apa bentuk post mortem kekalahan teruk daripada ketua bahagian.

Cuma, UMNO bahagian itu bernasib baik kerana masih ada sentuhan-sentuhan daripada sayap-sayap parti, iaitu Pemuda, Wanita dan Puterinya.

Pergerakan Pemuda dan Puterinya terus menjalankan tanggungjawab mendekati rakyat. Baru-baru ini, Pemudanya mengambil peranan menyalurkan bantuan kepada kira-kira 800 penduduk miskin dengan anggaran peruntukan sekitar RM40,000. Wanita pula tidak kurang hebatnya dengan program tadarusnya dan bantuan hari raya.

Kepimpinan UMNO bahagian pula buat apa? Jika dalam keadaan macam ini, wajarkah ahli parti nak pertahankan jawatan ketua bahagian pada pemilihan 19 Oktober ini?

Paling terbaharu, khabar yang hinggap di telinga penulis ialah soal penyaluran peruntukan untuk penduduk setempat. Selain tak mampu menguruskan peruntukan dengan baik, didakwa pula ada ketirisan dalam soal penyalurannya. Bukan itu sahaja. Tak tahu pula macam mana nak dapatkan sumber dari luar - tak ada inisiatif - jadi, bagaimana mahu bantu ahli parti dan rakyat di kawasan itu?

Sebab itu dalam keadaan macam ini, bukan suatu yang luar biasa apabila UMNO bahagian itu kalah 0-4 kepada pembangkang. Sebelum ini pada 2008, ada lah juga satu kerusi. Tidak pula pulang dengan tangan kosong, 1-3.

Menurut orang UMNO yang berani meluahkan isi hatinya kepada penulis, ini bukan pertama kali peruntukan tidak turun ke bawah. Dengan 'hati kering' yang dibawa ketua bahagian terbabit, insiden itu berulang setiap tahun.

Apa pun, seluruh 191 bahagian dan ribuan cawangan UMNO perlu mengambil iktibar bahawa dalam perkara tertentu kita perlu berubah dan menjadi global untuk capaian terkini. Dalam teknologi komunikasi maklumat misalnya, ia banyak membantu kepada perkembangan serta kestabilan parti, ekonomi dan tidak semestinya membunuh identiti parti dan negara.

Dalam usaha menjadi warga global ini, pemimpin bahagian dan cawangan UMNO perlu berbangga terhadap sejarah, perbezaan budaya dan tradisi, justeru globalisasi bukan pemusnahnya.

Sebaliknya identiti parti mampu kekal sehingga 100 ke 200 tahun sekali pun.

Seluruh pimpinan bahagian perlu menyalurkan maklumat kepada masyarakat setempat agar penduduk mendapat maklumat yang tepat dan benar mengenai parti dan kepemimpinan negara.

Mereka boleh mengagihkan maklumat berkenaan di mana-mana sahaja. Tidak kiralah di kedai kopi atau tempat-tempat lain. Yang penting maklumat itu sampai kepada kumpulan sasaran.

Dan mereka juga boleh melangkau lebih jauh dengan penggunaan kaedah yang sama. Cumanya, isi serta bahan kandungan itu disesuaikan dan diberi nilai tambah dengan keadaan dan senario setempat serta segala impak globalisasi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Keluarga Rapunzel sebenar

Posted: 18 Aug 2013 05:40 AM PDT

ANAK-ANAK perempuan Terelynn yang menyukai gayanya turut membuat keputusan untuk menyimpan rambut panjang.

SEPERTI keluarga kisah dongeng Puteri Rapunzel yang sebenar, Terelynn Svetlecich Russel, 43, dan tiga orang anak perempuannya memilik rambut yang panjang lebih daripada orang biasa.

Rambut wanita dari Illinois, Amerika Syarikat (AS), kini hampir enam kaki dan gabungan rambutnya bersama anak-anak daranya dianggarkan sepanjang empat meter!

Rambut anak perempuan Terelynn, Callan, 11, dan Cendalyn, 9, sepanjang 36 inci manakala Chesney, 6, sepanjang 26 inci.

Menurut Terelynn, dia memiliki rambut panjang sejak kecil lagi dan kini anak-anaknya turut mengikut tradisi peliknya itu.

Paling pendek rambut Terelynn pernah dipotong ialah di bawah paras pinggang iaitu sewaktu dia berusia 4 tahun.

Cerita Terelynn, rambutnya yang panjang dan sihat itulah yang menarik perhatian suaminya, Chip ketika mereka masih muda.

Disebabkan itu juga membuatkan dia tidak sanggup memotongnya walaupun berdepan dengan pelbagai masalah dalam menjaga rambutnya itu.

Walaupun kelihatan megah dan menawan, Terelynn sering berdepan dengan situasi merbahaya seperti tersepit pada pintu kereta, tersedut mesin vakum dan anak-anak sering terpijak rambutnya.

Sekurang-kurangnya suku botol syampu dan perapi rambut digunakan setiap kali mandi dan tuala pasti basah kuyup apabila digunakan untuk mengeringkan rambut. Malah, dia terpaksa melutut di dalam bilik air ketika mencuci rambut kerana rambutnya menjadi terlalu berat apabila basah.

Walaupun pelbagai kesusahan, rambut Rapunzel mereka sering membawa tuah kerana memenangi pelbagai pertandingan rambut terpanjang di kawasan mereka. Hubungan kekeluargaan juga begitu kuat kerana setiap hari masing-masing akan menyikat dan menocang rambut antara satu sama lain.

Pentingnya cara berfikir

Posted: 18 Aug 2013 05:40 AM PDT

DALAM hidup ini, ucapan dan kata-kata menunjukkan cara fikir. Cara fikir membentuk sikap dan tingkah laku seseorang. Seseorang itu membuat pilihan, keputusan dan seterusnya bertindak mengikut apa yang ada dalam fikirannya. Sesetengah ucapan dan kata-kata begitu dipegang dan dipercayai hingga tanpa disedari, menjadi falsafah hidup seseorang. Falsafah hidup ini banyak mempengaruhi sikap dan tingkah laku kita.

Bagi seorang pelajar pula kita sering mendengar kata-kata seperti:

* 'Belajar rajin-rajin pun bukan boleh dapat nombor satu.'

* 'Dah tahu gagal buat apa belajar bersungguh-sungguh.'

* 'Susahlah subjek matematik ini.'

Kesannya, pelajar menjadi malas untuk berusaha lebih. Dia nampak masa depan yang gelap dan tiada harapan. Akhirnya, pelajar ini menyerahkan sahaja segala apa yang berlaku kepada takdir. Apabila gagal dalam peperiksaan, katanya semua itu sudah nasib dan takdir. Takdir juga yang dipersalahkan. Menyalahkan takdir bermakna menyalahkan Tuhan.

Dari mana datangnya semua falsafah-falsafah ini? Falsafah dan kepercayaan ini datangnya daripada ibu bapa, guru-guru, pergaulan, pembacaan, media, orang sekeliling dan pengalaman. Apabila kita mendengar sesuatu itu diungkapkan oleh seseorang yang kita percaya atau kagum, maka kita terima ia sebagai betul lalu berpegang dengan ungkapan tersebut. Kita sendiri tidak sedar bila masanya ungkapan itu menjadi rujukan dalam membuat keputusan dan tindakan. Tetapi itulah sebenarnya yang terjadi.

Langkah terbaik untuk berubah dan memperbaiki diri ialah dengan melakukan muhasabah terhadap diri sendiri. Ambil masa dan senaraikan mana-mana ungkapan atau falsafah yang negatif dan perlu dibuang atau diperbetulkan agar tidak merugikan diri sendiri. Seterusnya, fikirkan pula ungkapan atau kata-kata positif yang mahu disebut berulang kali kepada diri sendiri bagi membentuk falsafah diri yang baru. Kata-kata yang positif, apabila diulang berkali-kali akan membentuk fikiran yang juga positif. Hubungan antara cara fikir dan kata-kata ialah hubungan dua hala, iaitu kata-kata menunjukkan cara fikir seseorang dan dalam masa yang sama kata-kata juga membentuk fikiran seseorang.

Cuba fikirkan bagaimana agaknya kata-kata berikut mempengaruhi sikap dan tingkah laku kita:

* 'Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya.'

* 'Kalau orang lain boleh, aku juga boleh.'

Bagi memastikan kata-kata yang positif mula menjadi pegangan dan kepercayaan maka kita perlu menulis dan menampalnya pada tempat yang mudah dibaca, sering mengungkapkan dalam situasi-situasi yang genting dan penting serta selalu pula disebut dan diucap kepada orang lain. Dengan menjadikannya amalan maka akan terbentuklah kepercayaan.

Selain itu usah kita lupa bahawa kata-kata dan ucapan juga merupakan satu doa. Apa yang kita ucapkan pada diri sendiri atau pada orang lain itu adalah doa.

Bersama Dr. Tengku

Asmadi T. Mohamad

Pakar motivasi

drasmadi@maptraining.com.my

www.facebook.com/drasmadi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Misteri barang hilang terjawab

Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

Azman Ayob (tengah) menunjukkan peralatan yang dirampas daripada suspek kes curi dalam sidang akhbar di Muar, Johor, semalam.

MUAR 17 Ogos - Misteri kehilangan barang-barang, perkakas rumah dan peralatan elektrik dalam rumah milik seorang wanita tua sejak sekian lama terjawab apabila anaknya ditangkap di sebuah rumah di Taman Cempaka Selatan, Parit Perupok, di sini kelmarin.

Anak lelaki wanita terbabit, berusia 33, dan rakannya, 18, ditahan dalam satu serbuan di rumah milik rakannya itu kira-kira pukul 2 pagi kelmarin iaitu hanya selang beberapa rumah dari rumah ibunya di taman yang sama.

Selain barang-barang milik wanita berusia 50-an itu ditemui, polis turut menemui beberapa barangan lain diletakkan di kediaman tersebut termasuk peralatan untuk pecah rumah.

Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kegiatan anak wanita terbabit kerap mencuri di rumah sendiri itu terbongkar apabila ibunya menyedari rumahnya yang berkunci dipecah masuk pukul 10.30 pagi, Selasa lalu.

"Sebelum ini wanita itu yang tinggal sendirian setelah kematian suaminya beberapa tahun lalu sering mengadu barangan dalam rumahnya selalu hilang. Namun persoalan itu terjawab apabila anaknya bersama rakan ditahan tidak jauh dari rumah wanita berkenaan.

"Antara barangan curi yang dirampas ialah sebuah motosikal Honda EX-5, satu mesin rumput, satu peti televisyen Panasonic, dua lampu tembaga, dua penembak paku, dapur dan tong gas," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Muar di sini hari ini.

Katanya, anak wanita berkenaan dikatakan jarang-jarang pulang ke rumah ibunya dan kerap tinggal di rumah rakannya itu dipercayai sejak aktif melakukan kegiatan curi tersebut.

Suspek itu juga, katanya, mempunyai dua rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Sesyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan dadah.

Beliau memberitahu, kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis heroin dan direman sehingga Ahad ini. Kes tersebut disiasat di bawah 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1957.

Pemandu bas dakwa ditipu

Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT

Ismail Ramli (kanan) menunjukkan laporan polis berkaitan kes ditipu oleh sebuah koperasi berhubung pinjaman bagi membantu menyelesaikan hutangnya di pejabat Utusan Malaysia Biro Johor, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 17 Ogos - Seorang pemandu bas sekolah mendakwa mengalami kerugian RM2,200 setelah ditipu oleh sebuah koperasi di negeri ini yang berjanji boleh membantunya menyelesaikan hutang.

Menurut Ismail Ramli, 55, dia telah pergi ke pejabat koperasi itu di sini pada Januari lalu selepas mengetahui koperasi tersebut menawarkan khidmat penyelesaian hutang menerusi Tabung Dana Ehsan Johor Berhad.

Katanya, mengikut perkhidmatan yang ditawarkan, dia akan menerima bayaran bulanan RM150 bagi tiga bulan pertama sebelum jumlah itu naik kepada RM600 bagi sembilan bulan berikutnya untuk menyelesaikan hutang miliknya.

"Dalam pertemuan itu, saya berjumpa dengan seorang lelaki dikenali sebagai Mohd. Ali Hakam bagi menguruskan segala urusan berkaitan termasuk menandatangani beberapa dokumen berkaitan.

"Selepas itu, saya diminta menyerahkan wang berjumlah RM2,200 sebagai bayaran proses dokumen," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Ismail, Mohd. Ali meminta tempoh tiga bulan untuk menyelesaikan segala urusan berkaitan dana tersebut sebelum memberikan wang kepadanya.

Walau bagaimanapun, katanya, dia masih gagal memperoleh wang yang dijanjikan dan belum mendapat sebarang maklum balas mengenai status wang tersebut daripada pihak koperasi berkenaan sehingga kini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Skim perjawatan lebih 18,000 kakitangan Kemas dikaji

Posted: 18 Aug 2013 02:25 AM PDT

KOTA BHARU 18 Ogos - Hanya kira-kira 900 daripada lebih 18,000

kakitangan Kemas yang berkhidmat di seluruh negara berjawatan tetap manakala selebihnya adalah kakitangan kontrak.

Malah, Ketua Pengarahnya, Datuk Hassan Mohd. Amin berkata,

meskipun jabatan itu telah terbukti banyak berjasa membangunkan modal

insan negara sejak 1961, kakitangannya yang bertaraf tetap di peringkat

negeri dan daerah mempunyai gred gaji yang rendah berbanding pegawai kerajaan jabatan lain.

Sehubungan itu katanya, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah mengarahkan usaha segera

dilakukan bagi memastikan kepentingan dan kebajikan kakitangan Kemas ditingkatkan ke arah yang lebih baik.

Beliau berkata, rundingan telah dimulakan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kini memasuki fasa akhir untuk menstruktur semula pentadbiran dan skim perjawatan Kemas yang kali terakhir dilakukan lebih 10 tahun lalu.

"Kakitangan kontrak kita ada yang telah berkhimat lebih 20 hingga 30 tahun dengan beban tugas pelbagai tetapi mereka tidak ada kemudahan pencen, pinjaman, perubatan dan sebagainya yang seharusnya dinikmati sedangkan mereka juga penjawat awam.

"Dalam masa sama, kita juga mahu JPA melihat semula skim gaji untuk

pegawai kita di peringkat daerah yang walaupun bertaraf tetap tetapi

berada dalam gred rendah, kalau boleh gaji pegawai yang mengetuai

jabatan di daerah yang besar dan berkompleksiti tinggi dinaik taraf

sampai peringkat kumpulan A," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kemas Kelantan 2012 kepada 115 kakitangan Kemas negeri di Dewan Besar, Bahagian Teknologi Pendidikan di sini hari ini. - UTUSAN

Mesti komited bersihkan imej UMNO

Posted: 18 Aug 2013 01:25 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Para pemimpin UMNO mesti komited membersihkan imej parti daripada tuduhan penyelewengan dan amalan 'cantas' sekiranya ingin menarik sokongan golongan muda serta profesional.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, segelintir individu menyertai UMNO semata-mata untuk kepentingan peribadi dan sikap itu memberi imej kurang baik kepada parti.

Menurut beliau, amalan 'cantas' juga sering berlaku apabila pihak yang tidak dicalonkan untuk jawatan yang diingini berusaha menjatuhkan lawan mereka.

"Pada pandangan saya, bukan UMNO yang bermasalah tetapi mereka yang menguruskannya," katanya dalam sidang akhbar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di The Mines, Seri Kembangan dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tembakan pistol disangka bunyi letupan

Posted: 18 Aug 2013 12:13 AM PDT

KOTA TINGGI 18 Ogos - Sepasang suami isteri tidak menyangka bunyi letupan kuat di belakang bahagian dapur rumah mereka datang daripada tembakan pistol.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi tadi, pasangan yang enggan dikenali itu sedang memasak di luar bahagian tepi rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat berdekatan pintu jeriji belakang rumah yang pada awalnya disangka bunyi mercun.

Mereka hanya sedar kejadian itu berpunca daripada pistol selepas mendapati terdapat kerosakan pada pintu berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid yang ditemui di tempat kejadian mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan awal polis mendapati kedua-dua suami isteri itu bukan sasaran tembakan berkenaan.

"Kami percaya kejadian itu berpunca daripada peluru sesat dan kami telah menemui sebutir peluru dioercayai dilepaskan daripada pistol bersaiz 9mm di lokasi kejadian.

``Selain mempertingkatkan rondaan di kawasan berhampiran lokasi, saya minta kerjasama orang ramai tampil membantu sekiranya mempunyai maklumat mengenai kejadian itu," katanya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved