Selasa, 29 April 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


KBS sedia pelan alternatif

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

Oleh AIZAWATI AHMAD
aizawati.ahmad@utusan.com.my

Khairy Jamaluddin menurunkan tandatangan ke atas plak sebagai gimik pelancaran kejohanan badminton Malaysia Purple League dan perasmian gelanggang badminton Datuk Lee Chong Wei (tengah) sambil diperhatikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria di Kuala Lumpur semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR - Jika kompleks renang untuk Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Perlis gagal disiapkan mengikut jadual, acara akuatik berkemungkinan dipindahkan ke Pusat Akuatik Negeri Kedah.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kementeriannya telah pun menyediakan pelan alternatif dengan menaik taraf pusat akuatik tersebut yang melibatkan kos sebanyak RM300,000 sebagai venue gantian sekiranya kompleks renang di Kangar masih gagal disiapkan.

Kami dah baik pulih pusat akuatik di Kedah, sebenarnya saya tak nak sebut nanti orang Perlis marah, tetapi kami telah belanjakan sebanyak RM300,000 bagi menaik taraf kolam renang di Kedah. Saya dah melawat Perlis, ada kemungkinan kolam renang tak siap, jadi saya pergi naik taraf kolam renang di Kedah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League di sini, semalam.

Berdasarkan laporan media, kompleks renang yang merupakan sebahagian daripada kemudahan terdapat di dalam Kompleks Sukan Negeri di Kangar kini hanya 70 peratus siap walaupun mengikut jadual asal sepatutnya disiapkan sebelum 31 Mei.

Menurut Khairy, beliau telah pun mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perlis, Azlan Man baru-baru ini dan diberi jaminan bahawa kompleks renang tersebut akan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau telah bagi jaminan semua venue akan siap seperti yang diharapkan jadi saya anggap itu sebagai jaminan daripada Menteri Besar. Masalah venue yang tak siap ini bukan sahaja membabitkan kompleks renang, tetapi turut melibatkan pembinaan gelanggang badminton," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, pihaknya tetap yakin Kerajaan Negeri Perlis mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan baik dan berharap kedua-dua venue itu dapat digunakan oleh peserta Sukma yang berlangsung pada 24 Mei hingga 4 Jun ini.

Fritz Schmid pengarah teknikal baharu FAM

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

PETALING JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melantik bekas pembantu jurulatih Austria, Fritz Markus Schmid sebagai pengarah teknikal baharu untuk tempoh tiga tahun.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, Schmid akan tiba di Malaysia Jumaat ini bagi memulakan tugasnya.

Selaku pengarah teknikal, dia bertanggungjawab memantau persembahan kesemua jurulatih termasuk jurulatih kebangsaan, Harimau Muda A, B dan C selain akan melihat prestasi para pemain serta pembangunan bola sepak remaja.

"Dia juga akan turut terlibat dalam memberikan pandangan dalam pemilihan jurulatih kebangsaan," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM di sini semalam.

Schmid, 54, dari Switzerland pernah berkhidmat sebagai penolong jurulatih Tottenham Hotspur, FC Basel 1893 dan FC Aarau selain pernah menjadi pengurus untuk beberapa pasukan termasuk SC Kriens, Team Aargau U21, Grasshopper Club Zurich II dan Racing Club Zurich.

Hamidin turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai pengurus skuad ASEAN All-Star untuk aksi perlawanan amal menentang pasukan Indonesia di Stadium Bung Karno pada 11 Mei ini.

Bersama Hamidin adalah lima wakil negara yang berada dalam skuad ASEAN All-Star iaitu Mahali Jasuli, Mohd. Amri Yahyah, Safee Sali, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abd. Radzak.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) kini dalam fasa terakhir untuk melaksanakan kejohanan Liga Super ASEAN (ASL).

Saya difahamkan AFF dalam fasa terakhir untuk memberikan tawaran rasmi kepada semua pasukan dalam ASEAN dan mereka juga sedang menunggu persetujuan daripada FIFA," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kastam gagalkan penyeludupan dadah RM20.3 juta

Posted: 29 Apr 2014 09:59 PM PDT

SEPANG 30 April - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya menggagalkan tiga cubaan penyeludupan dadah terbesar jenis methamphetamine seberat 107.2 kilogram yang dianggarkan bernilai RM20.3 juta.

Pengarahnya, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, kejayaan ketiga-tiga kes itu adalah berdasarkan maklumat risikan dan pemantauan terhadap barangan kargo yang tiba di gudang MAS Kargo KLIA dari Lagos, Nigeria.

``Kkesemua dadah itu disorokkan dalam bungkusan makanan bagi mengaburi mata pihak berkuasa,'' katanya dalam sidang akhbar di pejabat JKDM KLIA di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

SPRM tahan pemilik bot karam di Belaga

Posted: 29 Apr 2014 07:36 PM PDT

KUCHING 30 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemilik syarikat bot ekspres penumpang yang karam menyebabkan tiga mati di Sungai Rajang, Belaga, Sibu pada 28 Mei tahun lalu kerana disyaki menjalankan aktiviti penyelewangan diesel bersubsidi.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Bahri Mohamad Zin berkata, lelaki berusia 44 tahun itu mempunyai enam bot untuk membawa penumpang tetapi hanya dua digunakan bagi membolehkan diesel subsidi diperoleh dijual kepada syarikat industri termasuk kem pembalakan di sekitar Sibu, Kapit dan Belaga.

"Disebabkan mahu mengaut keuntungan, syarikat bot ekspres milik lelaki terbabit hanya beroperasi menggunakan dua bot dan sanggup membawa penumpang melebihi muatan mengakibatkan berlaku tragedi pada tahun lalu," katanya dalam sidang akhbar di pejabat SPRM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Pelajar cemerlang SMA ikuti Score A meningkat

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

KLUANG 29 April - Pelajar cemerlang Sekolah Menengah Agama (SMA) di negeri ini yang mengikuti Program Score A kelolaan Perbadanan Islam Johor (PIJ) terus mencatatkan peningkatan mendadak sejak diperkenalkan tiga tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahman berkata, jumlah pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat A dalam semua subjek yang diambil tahun lalu seramai 431 orang.

Beliau berkata, jumlah itu me-nunjukkan peningkatan sebanyak 287 pelajar berbanding 144 pada 2012, manakala hanya 87 pelajar mendapat semua A dalam subjek yang diambil bagi kedua-dua pe-periksaan utama itu ketika program tersebut mula diperkenal pada 2011.

Kita mengharapkan Program Score A yang melibatkan 21 sekolah menengah pada tahun ini dapat meningkatkan lagi pencapaian cemerlang mereka yang secara tidak langsung dapat menguasai kemahiran teknologi maklumat menerusi program itu.

Kejayaan ini membuktikan tujuan asal pelaksanaan program itu untuk melahirkan pelajar cemerlang akademik dalam kalangan umat Islam di negeri ini dan mereka perlu mengambil merebut peluang menyertai program yang telah dirancang dengan sistematik itu agar me-nempa kejayaan demi kejayaan pada masa depan," katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian, Pelancaran dan Penganugerahan Program Score A SMA Johor di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pe-ngurus Besar PIJ, Borhan Amin dan Pegawai Daerah Kluang, Abdul Karim Abu Bakar.

Abd. Mutalip berkata, kerajaan negeri menerusi PIJ akan terus komited me-laksanakan program yang melibatkan peruntukan sebanyak RM350,000 itu kerana menyedari kepen-tingan aspek pendidikan kepada umat Islam.

Menurutnya, program tersebut diiktiraf Kementerian Pendidikan bagi membantu pelajar meningkatkan mutu pendidikan secara berkesan menerusi kaedah pembelajaran dan menjawab soalan secara dalam talian di dalam internet.

Sementara itu, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang diumumkan sebagai pemenang keseluruhan sekolah terbaik pencapaian PMR dan SPM 2013.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


ETCM lancar Nissan Sylphy generasi ketiga

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

Nissan Sylphy

KUALA LUMPUR 29 April - Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan Sylphy generasi ketiga yang didatangkan dalam dua varian iaitu 1.8 E berharga RM111,900 dan 1.8 VL (RM121,900) tanpa insurans.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, Sylphy ini dijana oleh enjin baru 1.8 liter empat silinder yang mengeluarkan kuasa 131 PS pada 6,000 rpm.

Katanya, enjin serba baharu ini kemudian dipadankan dengan kotak gear XCVT (Xtronic Continuously Variable Transmission) generasi baharu bersama satu gear sub-planetari untuk penukaran gear yang lancar dan kehilangan kuasa dapat diminimumkan.

Sylphy ini adalah antara model global utama Nissan yang dipasarkan di kira-kira 120 buah negara termasuk Jepun, China, Thailand, Australia (dikenali sebagai Pulsar) dan Amerika Syarikat (dikenali sebagai Sentra).

Kami percaya Sylphy serba baharu ini akan menarik perhatian pengguna di negara ini kerana ciri keselamatan optimum yang memberi keutamaan kepada pemandu dan para penumpang seperti dilengkapi beg udara SRS dan sejumlah sistem kawalan keselamatan," katanya pada majlis pelancaran kereta itu di sini hari ini.

Beliau berkata, keselesaan ruang dalaman model terbaru itu ditingkatkan dengan menambah 30 milimeter untuk ruang bahu dan sebanyak 680mm pada ruang kaki selain memiliki kapasiti ruang kargo sehingga 510 liter yang terbaik dalam kelasnya.

Ciri-ciri lain termasuklah sistem Kawalan Suhu Dua Zon Automatik yang menghasilkan persekitaran selesa untuk semua penumpang dengan darjah penglihatan pemandu juga ditingkatkan melalui tingkap yang besar,'' ujarnya.

Nissan Sylphy serba baharu ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu merah (Cayenne Red), hitam (Premium Black), emas (Bronze Gold), putih Diamond White) dan perak (Brilliant Silver).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pendengaran alasan langgar perintah tuntutan RM4.4 juta, 19 Jun ini

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

Kiri Rosman Ridzwan, Hayati Mohammad

KUALA LUMPUR 29 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 19 Jun ini untuk mendengar alasan tunjuk sebab oleh tokoh korporat, Datuk Rosman Ridzwan berhubung permohonan bekas isterinya yang mendakwa beliau gagal membayar tuntutan nafkah RM4.404 juta.

Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab turut memerintahkan pihak-pihak yang terlibat agar memfailkan afidavit sekiranya ada sebarang isu baharu yang berbangkit sebelum tarikh pendengaran tersebut.

Isu baharu yang dibangkitkan perlu disentuh oleh pihak-pihak di sesi soal balas pada tarikh yang ditetapkan," ujar hakim tersebut yang turut membatalkan waran tangkap terhadap Rosman kerana gagal hadir pada beberapa prosiding kes itu sebelum ini.

Terdahulu, peguam syarie, Siti Nor Aira Mat Johar yang mewakili plaintif, Hayati Mohammad, 55, membantah permohonan Rosman, 57, memfailkan afidavit terbaharu atas alasan terdapat perkara berbangkit kerana ia hanya akan menyebabkan kes itu terus berlanjutan tanpa penyelesaian.

Responden telah diberi peluang yang mencukupi sebelum ini untuk membuat pembelaan. Saya percaya ini hanya helah daripada mematuhi perintah mahkamah untuk membayar nafkah," katanya.

Peguam syarie, Yusmawati Ab. Ilah yang mewakili Rosman sebelum itu memberitahu, anak guamnya tidak bersedia untuk memberikan alasan tunjuk sebab pada prosiding hari ini kerana masih belum meneliti jawapan balas Hayati terhadap pembelaannya kerana baru menerimanya Jumaat lalu.

Yusmawati turut memaklumkan terdapat isu baharu yang timbul namun tidak dapat memberitahunya secara terbuka di mahkamah hari ini.

Hayati memfailkan permohonan tunjuk sebab terhadap bekas suaminya itu pada 9 Disember 2013 selepas pengarah syarikat telekomunikasi itu gagal mematuhi perintah mahkamah berhubung pembayaran nafkah selepas pasangan itu bercerai secara taklik pada 1 Mac 2007.

Pada 22 Mac 2013, mahkamah mengeluarkan perintah supaya Rosman membayar sejumlah RM4.404 juta kepada Hayati merangkumi bayaran mutaah (RM2.82 juta), nafkah tertunggak (RM1.52 juta), edah (RM30,000) dan hutang membaiki rumah berjumlah RM28,393.

Pasangan berkenaan berkahwin pada 27 Disember 1980 dan dikurniakan lima anak.

Rosman juga pernah berkahwin dengan dramatis Noniswara atau nama sebenarnya Monis Wara Baharuddin, 45, pada 31 Julai 2009 dan mereka bercerai secara taklik pada 18 Julai 2013.

Pada 28 September 2009, Rosman didenda sebanyak RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas beliau mengaku bersalah memukul bekas isterinya, Azura Ibrahim pada 2005.

Sesiapa berhak lontar pendapat

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 April - Dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sesiapa juga berhak melontarkan pendapat mahupun kritikan terhadap mana-mana institusi pentadbiran.

Malahan di Dewan Rakyat, pemimpin parti pembangkang bebas memberikan pendapat mereka bagi penambahbaikan sistem pentadbiran negara.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, bekas wartawan Utusan Malaysia, Raja Syahrir Abu Bakar turut menyatakan, artikel yang ditulis oleh beliau bertajuk Manjeet selalu burukkan kerajaan, Ikut rentak pembangkang, fitnah terhadap polis, mahkamah bertarikh 16 Ogos 2011, bukannya artikel memfitnah.

Katanya ketika disoal dalam pemeriksaan balas oleh peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan, artikel itu ditulis berdasarkan temu bual dengan bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu menerusi telefon.

Raja Syahrir memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin pada perbicaraan kes saman fitnah Manjeet selaku plaintif terhadap Gobalakrishnan, beliau, Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB), dan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3).

Menurut Raja Syahrir, kenyataan-kenyataan yang didakwa oleh Manjeet sebagai memfitnah peguam bela tertuduh pertama, N. Pathmanabhan itu dalam kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada pendapatnya, bukan suatu kenyataan yang memfitnah plaintif.

Saksi itu berkata, ini bukan kali pertama Manjeet menjadikan sesuatu perkara sebagai satu isu, misalnya pada tahun 1989, semasa memegang jawatan Setiausaha Majlis Peguam, ketika itu Badan Peguam Malaysia telah mendapatkan perintah menghina mahkamah terhadap beliau ekoran afidavitnya bertarikh 25 April 1989 berhubung dakwaan berbentuk skandal ke atas seorang hakim.

Raja Syahrir menyatakan, Mahkamah Agung (kini Mahkamah Persekutuan) memutuskan, kali pertama Manjeet menghina mahkamah dan didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan.

Beliau menambah, Manjeet juga telah membuat akuan berkanun (SD) mendakwa Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara ketika itu, Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah dan hukuman mati di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alat tawar menawar bagi mendapatkan keterangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setelah kesemua contoh tersebut diambil kira, Hasnal Rezua bertanya, adakah saksi itu boleh mengatakan, sebenarnya tiada satu pun kenyataan fitnah dibuat terhadap Manjeet.

Raja Syahrir bersetuju dengan kenyataan Hasnal Rezua itu.

Saman yang difailkan pada 26 September 2011 itu menyentuh kenyataan Gobalakrishnan yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia dan TV3 yang dikatakan mengkritik peribadi Manjeet, 72.

Manjeet mendakwa, Utusan Malaysia pada 17 Ogos 2011 menyiarkan artikel bertajuk `Manjeet selalu burukkan kerajaan' dengan memetik kritikan Gobalakrishnan terhadap Manjeet, manakala TV3 turut menyiarkan komen yang sama pada malam 16 Ogos 2011.

Mahkamah turut mendengar keterangan daripada Pengarang Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Datuk Mohd. Ashraf Abdullah yang menganggap, kenyataan Gobalakrishnan hanyalah suatu komen atau pendapat dan tiada sebarang agenda politik.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan kenyataan peguam Americk Sidhu yang mewakili Manjeet, cara penyampaian berita dan penggunaan perkataan 'diselar' dengan meletakkan gambar Manjeet, mana-mana pihak yang menonton siaran tersebut akan menganggap, peguam terbabit melakukan kesalahan.

Menurut Mohd. Ashraf, beliau tidak bersetuju dengan cadangan Americk yang mengatakan pihaknya sepatutnya mendapatkan pandangan daripada peguam yang lebih sesuai membuat kenyataan berhubung kes bunuh Sosilawati.

Namun begitu, ujar beliau, selepas berita tersebut disiarkan oleh TV3, Manjeet tidak membuat sebarang kenyataan untuk membidas kembali kenyataan itu.

Saksi itu ketika disoal oleh Hasnal Rezua, bersetuju dengan kenyataan peguam itu yang mengatakan, apabila seseorang itu `menyerang' dan mengkritik kerajaan, itu tidak bermakna pihak terbabit telah melakukan kesalahan memfitnah.

Perbicaraan bersambung 5 Mei ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bina 10,000 rumah mampu milik

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

Adnan Yaakob

KUANTAN 29 April - Kerajaan negeri sedang membina lebih 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negeri ini bermula Mei tahun lalu bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, rumah mampu milik ini dibina selepas tidak sampai setahun Barisan Nasional (BN) negeri mengemukakan janji untuk membina 15,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun.

Ini sesuatu yang amat menggembirakan saya. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kita telah berjanji untuk membina 15,000 unit rumah tetapi tidak sampai setahun kita telah memulakan pembinaan 10,000 buah.

Saya rasa jika berterusan begini, dalam tempoh lima tahun lagi kita mampu membina hampir 50,000 unit rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-13 di sini hari ini.

Menurut beliau, pemilikan rumah mampu milik ini hanya akan diberikan keutamaan kepada mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Saya dapati sebab utama kita berjaya membina banyak rumah mampu milik ini adalah kerana kerajaan negeri mempunyai polisi yang baik.

Contohnya, projek perumahan mampu milik di Cameron Highlands yang mana kita telah luluskan dalam tempoh tidak sampai satu minggu berdasarkan syarat-syarat tertentu yang ditetapkan kepada pemaju," katanya.

Kata Adnan, antara syarat itu, 40 peratus daripada rumah tersebut mestilah dijual pada harga RM120,000 ke bawah manakala 30 peratus lagi tidak melebihi RM200,000.

Selebihnya iaitu 30 peratus terpulang kepada pemaju untuk menjual dengan harga yang mahal sekali pun. Ini secara tidak langsung dapat memberi keuntungan kepada mereka," katanya.

Katanya lagi, pihak yang ingin melibatkan diri dalam projek perumahan mampu milik ini boleh terus berjumpa dengannya atau Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Kita juga mungkin hanya mengenakan premium tanah yang paling rendah kepada pemaju yang ingin membina rumah mampu milik ini, namun jika kawasan itu berpaya, premium mungkin tidak dikenakan," katanya.

Dalam pada itu, mengenai penerokaan tanah haram yang dibangkitkan pada Sidang DUN kali ini, beliau berkata, satu mesyuarat khas akan dibuat bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.

Selain itu, kita juga akan adakan bengkel dengan pelbagai pihak termasuk wakil pembangkang supaya mereka dapat memberi pandangan bagaimana cara membantu kerajaan negeri menyelesaikan masalah ini," katanya.

19,735 usahawan dapat pinjaman TEKUN

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

KUANTAN 29 April - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyalurkan pinjaman sebanyak RM201.97 juta kepada 19,735 usahawan kecil di seluruh negeri ini sejak penubuhannya 16 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM80.12 juta adalah pinjaman ulangan yang melibatkan 6,231 peminjam.

Selain itu, TEKUN Nasional juga bertanggungjawab menyediakan khidmat bimbingan dan sokongan kepada usahawan yang meminjam dengan agensi itu.

Malahan sejak penubuhan TEKUN Nasional, seramai 16,488 usahawan telah mengikuti program keusahawanan," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Aziz Mat Kiram (BN-Batu Talam) yang ingin tahu jumlah program bimbingan keusahawanan dan bilangan usahawan yang telah dilatih dari awal penubuhan hingga terkini.

Katanya, di samping itu, TEKUN Nasional turut menjalankan kerjasama untuk melaksanakan program keusahawanan bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Melalui usahasama itu telah memberi peluang kepada 880 peserta untuk terlibat dalam program keusahawanan yang dilaksanakan," katanya.

Menurut beliau, pinjaman TEKUN Nasional merangkumi semua sektor perniagaan dan dirangkumkan di bawah lima sektor utama iaitu pertanian dan perusahaan asas tani, peruncitan, perkhidmatan, pembuatan dan kontraktor kecil.

Bina rumah ibadat perlu kelulusan

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

KUANTAN 29 April - Pemilik premis bangunan atau tanah yang melanggar syarat dengan membina tempat penyebaran agama dan rumah ibadat boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan dengan merujuk kes seumpama itu kepada Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Pahang bagi mendapat perintah tindakan penguatkuasaan.

Bagi pengawalan rumah ibadat Islam pula adalah di bawah kawalan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) manakala bagi bukan Islam adalah di bawah Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Pahang," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Khairuddin Mahmud (BN-Pulau Manis) berhubung tindakan yang boleh diambil kerajaan bagi membendung pertumbuhan pusat penyebaran agama di kawasan perumahan dan tanah persendirian.

Menurut beliau, masalah ini berpunca daripada sikap pemilik atau penyewa itu sendiri yang melanggar syarat ditetapkan dan apabila PBT mahu mengambil tindakan ada pula pihak yang merumitkan keadaan dengan menjadikan perkara itu sebagai isu sensitif.

Sebenarnya tindakan boleh diambil terhadap pihak yang melanggar syarat ditetapkan mengikut peruntukan Seksyen 128 dan Seksyen 129 Kanun Tanah Negara 1962 (Akta 56), Seksyen 20 dan Seksyen 26 Akta Jabatan Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Seksyen 70(12) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1975 (Akta 133)," katanya.

Syed Ibrahim berkata, tindakan diambil kerajaan itu tidak bermakna penganut agama lain tidak boleh membina rumah ibadat cuma mereka perlu melakukan permohonan melalui Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam terlebih dulu untuk mendapatkan kelulusan.

Katanya, permohonan itu akan dinilai oleh Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri.

Setiap permohonan yang diluluskan itu akan dikemukakan kepada bahagian Pentadbir Tanah daerah yang berkenaan untuk penilaian tapak cadangan pembinaan rumah ibadat itu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Gudang FedEx diserang lelaki tidak dikenali

Posted: 29 Apr 2014 10:52 AM PDT

ATLANTA 30 April - Seramai enam orang dilaporkan cedera, selepas seorang lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan di gudang FedEx, Georgia pagi semalam.

Menurut stesen televisyen CBS4 Atlanta, pihak polis tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan ( 6 petang waktu Malaysia), sebelum mereka menemui mayat suspek yang dipercayai menembak dirinya sendiri.

"Mangsa yang tercedera sudah dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan dan menurut doktor tiga daripada mereka cedera parah,"kata seorang pegawai polis, Mike Bowman. - AFP

Parlimen Libya diserang

Posted: 29 Apr 2014 10:05 AM PDT

TRIPOLI 30 April - Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk bangunan Parlimen Libya semalam serta melepaskan tembakan bagi memaksa ahli-ahli Parlimen membuang undi untuk memilih Perdana Menteri baharu.

Jurucakap Parlimen, Omar Hmeidan berkata, beberapa orang mengalami kecederaan dalam kejadian itu, selepas kumpulan lelaki bersenjata yang dikaitkan dengan calon yang tewas dalam pemilihan jawatan Perdana Menteri negara berkenaan melepaskan tembakan.

Menurut saksi, ahli-ahli Parlimen berlari meninggalkan bangunan tersebut, sejurus sahaja kejadian itu berlaku. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Berkat kesabaran Almy

Posted: 28 Apr 2014 11:54 PM PDT

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengaranghiburan@utusan.com.my
Gambar AZMAN ASMAYATIM

LAPAN tahun bercinta, pasangan ini akhirnya berjodohan.

DERAI air mata pelakon jelita, Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, sebaik sahaja sah bergelar isteri kepada Fizz Fairuz seolah-olah meluah sejuta rasa. Kisah percintaan mereka yang penuh ranjau dan duri akhirnya tersimpul rapi di puncak bahagia.

Banyak kesabaran yang perlu ditanggung Almy Nadia dalam membuktikan cinta agungnya kepada Fizz Fairuz. Dia terpaksa berkorban jiwa dan raga untuk bertahan sehingga bergelar isteri kepada lelaki dengan nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 35.

Bukan bermaksud mahu menyimpulkan sesuatu yang tidak molek tentang Fizz Fairuz. Pasti ada yang ingat kembali kisah pelakon yang terkenal dengan filem Bisikan Syaitan itu yang secara tiba-tiba bertunang dengan wanita lain. Semua itu pula berlaku ketika mereka masih lagi bergelar pasangan kekasih dan sudah pun merancang untuk membina mahligai bersama.

Hati wanita mana yang tidak luluh berkecai dicurangi sebegitu rupa dan Almy Nadia mempunyai alasan munasabah untuk meleraikan ikatan cinta mereka. Namun, pelakon yang semakin laris dalam dunia seni tempatan ini memilih untuk berlapang dada.

Apa yang berlaku diterima sebagai kekhilafan Fizz Fairuz sebagai satu-satunya lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Lapan tahun cinta mereka telah diuji dengan pelbagai onak serta duri dan dia tidak bersedia untuk mengalah walau sehebat mana sekali pun cabaran yang melanda.

Berkat kesabarannya, selepas solat asar pada 26 April lalu, Almy Nadia akhirnya menjadi suri hati Fizz Fairuz dengan hanya sekali lafaz akad nikah. Hari penuh bersejarah itu hadir lebih awal ketika mereka sebenarnya merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada 30 Mei ini.

Dia menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 manakala mas kahwin pula sebanyak RM1,001. Sembilan dulang hantaran yang diterimanya dibalas sebanyak 11 dulang kepada pihak lelaki.

Menariknya, antara hantaran yang diberikan Almy Nadia adalah sebiji kek berbentuk adiwira `Ironman yang hanya Fizz Fairuz sahaja mengerti maksud pemberian itu. Hantaran lain termasuk senaskah al- Quran, kasut dan minyak wangi Gucci, Ipad mini, telefon bimbit BlackBery, dompet Louis Vuitton, jam tangan Chronomaster, tepak sireh dan buah-buahan. Dulang hantaran Fizz Fairuz turut mencuri tumpuan dengan pemberian antaranya rantai mutiara yang dimenanginya ketika meraih salah satu anugerah popular beberapa tahun lalu. Hantaran lain termasuk senaskah al-Quran, tas dan beg tangan jenama Channel, minyak wangi Gucci, set alat solek Elizabeth Arden serta set minyak wangi Gucci.

Majlis pernikahan serba sederhana mereka berlangsung di Masjid Balik Pulau, Kampung Pondok Upeh, Pulau Pinang iaitu di kampung kelahiran Almy Nadia. Hari penuh bersejarah itu diraikan kira-kira 150 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan-rakan artis.

Memilih busana berwarna biru firus, keayuan Almy Nadia terserlah di sebalik senyuman bahagia yang tidak putus menguntum. Fizz Fairuz pula yang turut tidak lekang dengan senyuman di bibir bertambah kacak dalam persalinan baju Melayu rona serupa.

Pasangan ini seperti tidak mampu lagi menyembunyikan rasa bahagia di jiwa selepas saling bergurau senda ketika diusik kenalan rapat serta rakan-rakan media sebaik sahaja selesai majlis pernikahan. Pasangan ini kelak akan diraikan dalam majlis resepsi di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei ini manakala majlis menyambut tetamu di rumah keluarga Fizz Fairuz dijangka berlangsung di Raub, Pahang pada Jun ini.

Anugerah kesabaran

Didekati wartawan sebaik sahaja selesai majlis pernikahan, Almy Nadia tidak dapat mengelak daripada ditebak dengan soalan tentang kisah silam Fizz Fairuz.

Episod hitam yang hampir menyaksikan dia kehilangan kekasih hatinya itu buat selama-lamanya tidak mungkin boleh dipadam begitu sahaja. Bagaimana dia masih sanggup bertahan dan memilih menerima Fizz Fairuz kembali dalam hidupnya mengundang tanda tanya kepada banyak orang.

Saat diajukan persoalan itu, Almy Nadia mengakui dia sendiri tidak pernah terbayang akan kuat menempuh detik-detik pahit berkenaan. Apatah lagi, dia berseorangan dalam berdepan ujian cukup menggetirkan itu ketika orang di sekeliling mahu supaya kejadian tersebut menoktahkan hubungan mereka.

Namun, dia bersyukur kerana keluarganya tetap berdiri teguh di sebalik keputusannya untuk bertahan. Bagi Almy Nadia juga, kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya ketika ini jika dia tidak mampu bersabar dengan apa yang berlaku.

Kesabaran itu memberi kekuatan yang cukup besar kepada saya sebab bukan mudah untuk saya berdepan dengan orang yang sukar untuk diramal.

Alhamdulillah, berkat kesabaran itu juga, kami kini disatukan dan saya berharap doa yang terbaik daripada semua peminat untuk kebahagiaan kami," katanya.

Artis berpesta di PD

Posted: 28 Apr 2014 11:54 PM PDT

SABAN tahun, penganjuran Pesta Air Malaysia Port Dickson tidak pernah mengecewakan terutama dalam menyediakan pelbagai acara hiburan yang mampu menarik minat khalayak untuk bertandang ke lokasi pelancongan terbaik dalam negara itu.

Sebagai salah satu acara pelancongan tahunan di Negeri Sembilan, penganjuran kali kelapan ini dijangka lebih meriah kerana menampilkan variasi artis yang mempunyai pengaruh masing-masing. Sasaran pada kali ini, pesta yang sama akan menerima kunjungan kira-kira 100,000 pengunjung.

Antara nama hebat pada hari pertama pesta tersebut berlangsung, 2 Mei ini ialah kumpulan underground terkenal, Bunkface yang akan muncul menghangatkan acara persembahan, bersama dengan nama-nama seperti Elly Mazlin, Aliff Aziz, Awi Rafael dan Roslan Shah selaku pengacara.

Selain mengadakan persembahan pentas dengan lagu-lagu popular masing-masing, mereka turut dijadualkan menjayakan sesi ramah mesra bersama peminat yang bertuah agar menjadi kenangan yang tidak mungkin dilupakan.

Saban tahun, Pesta Air di Port Dickson adalah persembahan yang ditunggu-tunggu oleh semua. Jadi, untuk tahun ini, Elly merasa bertuah kerana menjadi pilihan penganjur untuk menghiburkan pengunjung di sana. Ini adalah masa yang terbaik untuk bertemu dengan peminat di Port Dickson dan juga dari seluruh negara yang datang.

Memandangkan Elly semakin sibuk dengan dunia lakonan sekarang ini, kemunculan di Port Dickson adalah peluang untuk terus membuktikan bahawa Elly masih lagi aktif menyanyi," kata Elly yang akan menyampaikan lagu-lagu popularnya dalam acara tersebut.

Bukan itu sahaja, keesokannya pula iaitu pada 3 Mei, terdapat beberapa orang lagi selebriti yang hadir memeriahkan acara seperti Adira, Azhael, Leez Rosli dan Azrol. Turut membuat penampilan istimewa ialah kumpulan jejaka-jejaka kacak, Forteen.

Pelbagai agenda telah disusun penganjur bagi memastikan intipati pesta tersebut mampu meninggalkan seribu satu memori buat pengunjung yang setia memenuhi tapak pesta pada setiap tahun.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Daing Muhamad Rahimi Abdul Hamid berkata, selaku Bandar Pantai Peranginan Negara, jumlah pengunjung akan bertambah pada setiap tahun ke pesta yang dinanti saban tahun ini.

Jumlah pengunjung yang besar itu mampu dicapai dengan pengiktirafan yang telah diberikan ke atas Port Dickson sebagai Bandar Pantai Peranginan Negara.

Malah sebanyak lebih 20 acara telah disediakan untuk orang ramai melalui kombinasi acara telah disatukan bagaikan pesta meliputi bangsa, umur dan keluarga. Saya yakin kita dapat mencapai sasaran itu memandangkan 1 Mei yang juga merupakan cuti umum (Hari Pekerja) akan memberikan kesempatan kepada orang ramai untuk bercuti panjang bersama keluarga di pantai peranginan ini," katanya.

Orang ramai yang berminat menyertai aktiviti yang dianjurkan dan gerai jualan boleh menghubungi 012-2846811 (Aley) atau 019-6609862. Untuk keterangan lanjut juga boleh melayari facebook : Pesta Air Malaysia Port Dickson.- IFQDAR RAHMAN.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


CeIO jadi pakar rujuk subjek integriti

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

Oleh MOHD. REZAIDI MOHD. ISHAK

Kakitangan Institut Integriti Malaysia (IIM), (dari kiri) Nor Faizah Aziz dan Sherina Salahuddin melihat buku laporan selepas majlis Pembentangan dan Penyerahan Laporan Tekad Integriti 2009-2013 di Kuala Lumpur, baru-baru ini - BERNAMA

SATU perkembangan menarik dapat disaksikan sejak program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) diperkenalkan. Semakin ramai pegawai sama ada kerajaan atau swasta menunjukkan minat untuk mengikuti Program CeIO ini.

Sejak tiga tahun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melahirkan 248 pegawai CeIO. Berdasarkan trend ini, penulis pasti angka ini akan meningkat secara ketara dalam beberapa tahun lagi.

Ia akan meningkat memandangkan kerajaan telah pun mewajibkan setiap agensi awam memiliki pegawai yang bertanggungjawab ke atas pengurusan integriti, begitu juga dengan syarikat berkepentingan kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan ataupun negeri.

Trend positif bilangan peserta yang meningkat juga menunjukkan kesedaran menjadikan integriti sebahagian daripada komponen dalam pengurusan sesebuah organisasi turut semakin penting.

Permintaan yang begitu mendesak untuk penempatan pegawai-pegawai integriti bertauliah di agensi-agensi awam dan swasta juga mendorong SPRM mengambil langkah menyediakan program CeIO Eksekutif bagi pegawai pegawai berkenaan.

Justeru, penulis yakin program CeIO, yang kini dijalankan dalam tempoh empat bulan, sedang bergerak di laluan yang betul bagi melahirkan persekitaran berintegriti dalam jangka panjang.

Kita tidak boleh memerangi rasuah atau elemen salah guna kuasa di tempat kerja dengan serta-merta, dalam jangka pendek atau dalam sehari. Sebaliknya, kita perlu mengambil pendekatan jangka panjang ke arah itu.

Penyediaan program CeIO, menerusi Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, merupakan sebahagian daripada inisiatif yang dimaksudkan.

Diyakini CeIO akan melaksanakan tugas dan amanah yang berat ini dengan berkesan. Ini cabaran penting perlu dilalui oleh CeIO. Program CeIO juga merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran jangka panjang bagi mewujudkan nilai-nilai positif pengurusan dan pentadbiran.

Malah, ia juga perlu seiring dengan adanya pengetahuan yang lengkap dan perlu ada penyelarasan semula melalui peranan alumni supaya perkongsian pengetahuan dan pengalaman antara pegawai kerajaan dan pegawai dari sektor swasta harus dikongsi bersama.

Penulis juga yakin barisan CeIO akan menjadi satu kumpulan profesional yang eksklusif sebagaimana persatuan-persatuan profesional lain sebagai sebuah entiti yang dikenali sebagai Persatuan CeIO yang didaftarkan secara rasmi bagi membantu pelaksanaan agenda integriti nasional dan SPRM memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan dengan integriti.

Juga terdapat cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh CeIO untuk menjadikannya terus relevan. Cabaran utamanya ialah sebagai agen untuk membudayakan dan merakyatkan integriti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Untuk itu Persatuan CeIO perlu mengalas cabaran membantu Unit Pembangunan Integriti Korporat membangunkan rekabentuk latihan yang komprehensif yang sesuai dan menepati objektif latihan.

Bagi mencapai impak maksimum, diharap ketua-ketua jabatan meletakkan pegawai yang telah menyertai kursus CeIO menjalankan tugas-tugas berkaitan integriti.

Satu kerugian yang amat besar apabila kepakaran dan kemahiran berkaitan CeIO yang diperolehi ini tidak dimanfaatkan organisasi. Ini kerana pegawai-pegawai yang menyertai program CeIO didedahkan dengan peraturan dan undang-undang yang boleh digunakan di kementerian masing-masing.

Saya percaya sekiranya CeIO diberi peluang memberi nasihat dalam mesyuarat yang melibat pengurusan tadbir urus, nescaya ia boleh menghelakan banyak perlakuan dalam perolehan dan pengurusan.

Lebih-lebih lagi ia penting di agensi awam yang seringkali mendapat perhatian apabila Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan di Parlimen.

Program CeiO dirangka khusus untuk melahirkan Pegawai Integriti Bertauliah bagi menjalankan tugas berkaitan integriti dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan awam dan swasta. CeIO yang dilantik dalam sesebuah jabatan dapat meningkatkan integriti bagi memerangi rasuah di dalam agensi atau jabatan masing-masing.

CeIO berperanan untuk merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program integriti dan pihaknya berharap ia dapat memantapkan lagi amalan integriti di jabatan dan agensi CeIO berkenaan.

Difahamkan SPRM menerima banyak permohonan kementerian, agensi, badan berkanun, GLC dan swasta untuk menghantar pegawai menyertai program itu. Ia merupakan perubahan yang positif di mana ketua-ketua jabatan integriti sebagai suatu perkara yang penting dalam organisasi masing-masing.

Sebagaimana diharapkan oleh SPRM, penempatan CeIO sudah pasti akan menjadi benteng kawalan dalaman organisasi. Ia akan menjadi pelengkap kepada usaha memperkasakan integriti dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

PENULIS lebih gemar melihat program CeIO akan mampu mewujudkan nilai-nilai positif ke arah mewujudkan pengurusan dan pentadbiran berintegriti.

Pada 23 April lalu genap 10 tahun kerajaan memperkenalkan Pelan Integriti Nasional (PIN). Justeru, kita perlu mengambil langkah susulan bagi memastikan kerajaan meneruskan komitmen untuk menjayakan agenda Pelan Integriti Nasional dan program CeIO ini secara berkesan dan menyeluruh bagi menwujudkan masyarakat Malaysia yang berintegriti, selaras dengan aspirasi antarabangsa.

Program CeIO menumpukan kepada soal integriti dan pematuhan kepada prinsip-prinsip moral dan etika yang bernilai tinggi dan merupakan satu program baharu di Malaysia.

Seperti diketahui umum program CelO bertujuan melatih pegawai-pegawai kerajaan dan sektor swasta untuk mempelajari integriti organisasi yang merangkumi bidang tadbir urus, etika pengurusan, undang-undang dalam memerangi rasuah, penyelewengan dana dan penyalahgunaan kuasa.

Kewujudan CeIO seperti mana yang dirancang dan dicatatkan dalam buku PIN perlu diintegrasikan dengan kesepaduan nilai, roh dan semangat integriti agar pembudayaan integriti dapat difahami, dihayati dan dipraktikkan oleh seluruh rakyat Malaysia dalam kehidupan.

CeIO sebenarnya merupakan ejen perubahan dan pakar rujuk subjek integriti bagi setiap organisasi dan harapan besar kami dalam pengungkap kata hati rakyat bagi menjadikan Malaysia mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

PENULIS ialah Presiden Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah

Pok Me,

Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT

Oleh Zaini Hassan

SAYA mengenali wartawan hebat Kamaruzaman Mohamad atau dikenali sebagai Pok Me atau Kam ini lebih 26 tahun lalu.

Semasa itu saya pelajar ITM dan menjalani latihan amali di Utusan Malaysia pada 1987 dan kemudian menyertai akhbar itu sepenuh masa pada 1989.

Seorang yang cukup ceria, happy-go-lucky dan peramah.

Jarang orang Kelantan yang kita kenali, tidak menunjukkan ciri-ciri kekelantanannya, namun Kamaruzaman yang berasal dari Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan, cukup universal.

Kita mengenalinya sebagai wartawan jenayah Utusan Malaysia yang hebat, sekitar 80-an dan pertengahan 90-an.

Dia bergandingan dengan rakan-rakan seangkatannya di Utusan menghidu, menjejak dan memburu berita-berita jenayah.

Meja jenayah Utusan Malaysia masa itu cukup terkenal. Pemberita-pemberita yang mengendalikan meja itu juga cukup dedikasi. Malah, mempunyai gelaran masing-masing.

Yang senior sedikit daripada Pok Me di meja jenayah Utusan pada ketika itu dikenali sebagai Chico (Hassim Sharudin), Sheriff Lobo (Ahmad Tarmizi) dan Dirty Harry atau Mike (Mohd. Nor Samad).

Pok Me sendiri mempunyai gelaran sebagai Stingray.

Masing-masing mempunyai perwatakan tersendiri.

Karakter dia paling aku tak dapat lupakan. Sambil tersenyum, dia akan usap lembut misai kontot ala Hitler itu," kata Mike dalam mesejnya kepada saya.

Mungkin mereka terlalu obses dengan watak-watak siri detektif di televisyen pada zaman retro itu, seperti watak Tony Baretta, Starsky and Hutch dan lain-lain.

Chico, yang mencipta sendiri gelaran itu untuk dirinya, akan datang ke pejabat memakai bush jacket, atau tie besar, seluar bell bottom serta kasut tapak tebal.

Sheriff Lobo pula berperwatakan ultra-tenang walaupun kes jenayah sedang berlaku, dia masih di pejabat menghembus rokoknya. Namun, beritanya tetap mantap.

Pada zaman mereka itu, ada banyak kepala gangster besar bertaraf nasional seperti Botak Chin, Batang Kali dan juga watak-watak polis yang brutal seperti (Tan Sri) Zaman Khan dan Tuan Bahadon dari D9 - yang masing-masing seperti tikus dan kucing antara satu sama lain.

Setiap malam semasa meja jenayah bekerja ada sahaja operasi polis membabitkan kes tembak mati penjenayah dan kongsi gelap.

Maka aktiviti meja jenayah di media juga turut hebat dan memberi kesan kepada pembaca akhbar. Siapa alpa akan kena scoop dengan akhbar lain.

Chico dan Sheriff Lobo sudah lama bersara. Difahamkan Sheriff Lobo kini juga tidak sihat kerana diabetes dan kakinya terpaksa diamputasi.

Kontemporari wartawan jenayah mereka yang hebat semasa itu adalah Tony Emmanuel (NST), Lourdes Charles (The Star) dan Eddie Chua (The Malay Mail).

Pada masa itu, bukan macam sekarang. Mereka perlu mendengar radio gelombang pendek polis bagi mengetahui aktiviti setiap hari polis atau bomba.

Mereka memerlukan sumber atau orang hubungan yang rapat untuk mendapatkan maklumat. Maklumat yang tepat membolehkan wartawan berada di crime scene, pada detik-detik sebelum sesuatu insiden tembak-menembak berlaku.

Walaupun Pok Me pernah berkhidmat sebagai Ketua Biro Utusan di Negeri Sembilan dan Selangor, beliau cukup dikenali sebagai wartawan jenayah yang hebat.

Beliau juga amat dikenali di kalangan pegawai tinggi polis dan juga menteri-menteri besar di mana-mana sahaja dia berkhidmat. Pok Me mempunyai PR yang hebat.

Pencapaian terbesar Pok Me ialah apabila dihantar oleh Ketua Pengarang Utusan ketika itu, (Datuk) Khalid Mohd. membuat liputan peristiwa penculikan oleh puak Abu Sayyaf di Pulau Sipadan pada Mei 2000. Penculik melarikan diri bersama tebusan ke selatan Filipina. Ketika itu Pok Me memegang jawatan Penolong Pengarang Berita.

Pok Me dan jurugambar Zulazhar Shebley @ Apai, kini jurugambar The Star, pergi ke kepulauan Jolo (sebutan Holo) di selatan Filipina.

Saya semasa itu sebagai Pengarang Berita, sementara Pengarang Tugasan pula ialah Mike.

Kami berhubungan dengan beliau dari semasa ke semasa melalui telefon.

Detik-detik kecemerlangan Pok Me ialah apabila dia - satu-satunya wartawan dunia - berjaya menembusi Kem Abu Sayaf dan menemui dengan Komander Robot, ketua penculik.

Di kem itu, dia juga berjaya menemui mangsa-mangsa penculikan itu.

Satu hari saya menerima panggilan daripada Pok Me menyatakan kejayaannya itu. Kami di Utusan cukup gembira dan teruja. Melalui telefon ganggang, tiada lagi telefon secanggih sekarang, kami berhubungan.

Dia memberi butir-butir pertemuan bersejarah itu. Sambil telefon didakapkan ke bahu, kedua-dua tangan saya menaip. Maklumat yang dihantar bukan dalam bentuk berita.

Pok Me kau bagi fakta saja, nanti aku goreng..., kata saya kepadanya. Goreng bermaksud ditulis semula dalam bentuk yang menarik.

Pok Me berjaya menempuh perjalanan ke kem itu dengan menyamar sebagai orang awam, menaiki sebuah kenderaan setelah membuat sedikit pembayaran dalam dolar Amerika (yang dirahsiakan jumlahnya sehingga sekarang) dan berjaya menemui Komander Robot.

Komander Robot, yang kemudian terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina bersama anggotanya, dikenali sebagai pemberontak yang cukup ganas.

Jurugambar Apai menghantar gambar mereka bergambar dengan Komander Robot.

Apa ni Pok Me sangkut tuala good morning di leher dia. Macam lepas basuh pinggan kendurilah..." jerkah Khalid Mohd. dalam loghat Penangnya, sebaik sahaja melihat gambar itu. Kami semua ketawa terbahak-bahak.

Cari gambar lain...!" katanya. Namun tiada gambar lain, yang tiada tuala! Gambar itu disiarkan di muka depan Utusan Malaysia pada 26 Mei 2000.

Tuala good morning itu kemudian menjadi gurauan yang tidak akan dilupakan.

Dengan kejayaan itu, Kamaruzaman dijulang menjadi wartawan terbaik negara pada Anugerah Hadiah Kajai anjuran Institut Akhbar Malaysia pada tahun 2000.

Sesungguhnya Pok Me cukup hebat. Daripada keperibadiannya yang tidak tahu marah orang, sentiasa tersenyum, cukup mesra - kami menjadi rakan baik.

Beliau pernah menerajui Meja Jenayah Utusan di samping anak-anak buahnya yang dilatihnya menjadi hebat; Mohd. Romzi Samsudin (meninggal dunia akibat kanser dua minggu lalu), Fauziah Arof, Teon Eg, Borhan Abu Samah (berjaya memasuki ke kem al-Maunah semasa insiden Sauk), Radzuan Hassan, Radhuan Hussin dan Wan Sandari.

Dalam kesibukan tugas, Pok Me terus mencatat kecemerlangan peribadinya apabila mengambil kursus luar kampus sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Tahun lalu apabila saya melihat kakinya mulai bengkak dan menghitam, saya menasihatinya supaya dapatkan rawatan segera kemungkinan disebabkan buah pinggang akibat diabetes.

Abangnya sebelum itu juga meninggal dunia kerana diabetes. Keadaan kesihatan Pok Me semakin merudum. Doktornya, yang juga doktor saya di Sime Darby Medical Center (SDMC) selalu memberitahu saya, dia tak mahu pantang..."

Namun semasa keadaannya cukup uzur dan di bawah rawatan dialisis tiga kali seminggu, beliau tetap mahu meneruskan tugasnya sebagai Pengarang Prosesan Utusan Malaysia.

Ada masa beliau akan pulang ke rumahnya dengan saya kerana kami tinggal berhampiran di Shah Alam.

Ada ketika semasa dalam perjalanan pulang di tengah-tengah malam, Pok Me minta diberhentikan kereta ke tepi lebuh raya NKVE kerana mahu muntah.

Di saat-saat terakhirnya di pejabat, kira-kira seminggu lalu, dia sudah tidak banyak bercakap.

Awal pagi Ahad lalu, dia dikejarkan ke hospital oleh isteri dan anak-anaknya kerana tidak sedarkan diri. Saya menerima mesej Whatsapp daripada anaknya Shafiq jam 2.44 pagi mengatakan ayah tidak sedarkan diri.

Subuh hari Isnin, isterinya menelefon saya pada jam 5.35 pagi memberitahu, dia sudah tiada."

Kamaruzaman menghembuskan nafas terakhirnya di sisi isterinya, seorang guru, Rosmazlin Sulong dan anak-anak di dalam bilik CCU, SDMC.

Kamaruzaman berusia 53 tahun.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak; Amir Safwan, 23, sedang mengikuti kursus Bachelor of Corporate Communication; Muhammad Syafiq, 22, sedang mengikuti Diploma of Engineering Technology in Automotive Maintenance; Ummi Athirah, 20, sedang mengikuti Ijazah Doktor Perubatan di Bandung; Ahmad Syahmi, lepasan SPM, Arif Imran di Tingkatan 3 serta, ibunya Mek Eshah Yusof, 82.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampung halamannya selepas dikafan dan disembahyangkan di masjid kariahnya di Masjid Bukit Jelutong Shah Alam, kelmarin.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Al-Fatihah...

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Umpama dilanda gempa bumi

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusagroup.com.my

PENDUDUK mendakwa jalan yang runtuh berpunca daripada projek membina kemudahan LRT berhampiran kediaman mereka.

KUALA LUMPUR 28 April - Ribuan penghuni unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di Bukit Jalil dekat sini bimbangkan keselamatan mereka ekoran kejadian tebing runtuh berhampiran Blok J di PPR berkenaan dua minggu lalu.

Kejadian pada awal pagi selepas hujan lebat itu dipercayai berpunca daripada projek sambungan jajaran transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang dan Kelana Jaya.

Penduduk mendakwa, mereka tidak dapat tidur lena kerana sehingga hari ini tiada sebarang kerja-kerja baik pulih dilakukan oleh pihak bertanggungjawab.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi berkenaan hari ini mendapati aduan penduduk di kawasan perumahan itu perlu dipandang serius.

Hasil pemerhatian mendapati, runtuhan tebing sepanjang kira-kira 10 meter dengan kedalaman dua meter itu umpama terbentuk selepas gempa bumi.

Pihak kontraktor terlibat juga dilihat hanya menutup kawasan tersebut dengan pita berwarna merah bagi menunjukkan ia kawasan larangan.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Kampung Muhibbah Fasa Dua, Mohd. Zairi Rasidi Abd. Hadi berkata, kejadian tersebut mengundang bahaya kepada para penghuni sekitar khususnya yang tinggal di blok J.

"Jika ia tidak dibaiki dengan segera, mungkin keadaan akan bertambah buruk. Kami juga bimbang jika insiden bangunan runtuh seperti Highland Towers berulang," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau juga berharap pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)menyelesaikan masalah kerosakan jalan yang menghantui mereka selama ini yang didakwa berpunca daripada kenderaan berat keluar masuk melalui jalan di situ.

"Antara laluan yang mengalami kerosakan teruk ialah jalan yang menghubungkan ke Bandar Kinrara, Sungai Besi dan Puchong selain Jalan 1/125 menghala ke PPR Kampung Muhibbah.

"Masalah tersebut menyebabkan tayar kenderaan pengguna jalan raya kerap rosak selain menjadi punca kemalangan," jelasnya.

Katanya, turut menghantui penghuni ialah masalah banjir lumpur yang masih belum diatasi sepenuhnya pihak berkuasa tempatan itu.

Sementara itu, seorang penduduk, Moes Mail Mohd Nazri, 32, berkata, tebing runtuh itu adalah isu terbaharu yang dialami penduduk selepas pelbagai masalah lain masih belum diatasi.

Katanya, keadaan jalan rosak di kawasan itu benar-benar membimbangkan terutama kepada penunggang motosikal.

Turut meluahkan perasaan sama, Aiman Sahak, 26.

Dia berharap pihak berwajib segera menyelesaikan masalah yang menghantui penghuni di situ bagi memastikan keselamatan dan keselesaan mereka.

"Bukannya tiada kerja-kerja pembaikan tetapi selepas lubang pada jalan itu ditampal, selang beberapa hari kemudian, ia rosak semula.

"Saya berharap pihak DBKL memandang isu ini lebih serius," katanya.

Prasarana nafi projek LRT punca tebing runtuh

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

KUALA LUMPUR 28 April - Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menafikan dakwaan kerja-kerja pembinaan projek sambungan jajaran transit aliran ringan (LRT) bagi laluan Ampang berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di Bukit Jalil dekat sini punca kejadian tebing runtuh di situ.

Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Prasarana, Lim Jin Aun berkata, hasil siasatan mendapati ia bukan di bawah tanggungjawab Prasarana sebaliknya merupakan projek pembinaan yang dilaksanakan pihak pemaju lain.

"Selain kerja-kerja pembinaan laluan LRT, terdapat beberapa projek dilaksanakan pemaju lain berhampiran kawasan itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas rungutan penduduk mengenai kejadian tebing runtuh di PPR Kampung Muhibbah kira-kira dua minggu lalu yang didakwa berpunca daripada kerja-kerja pembinaan berhampiran.

Pada masa sama, para penghuni itu turut berasa tertekan dan bimbang dengan masalah kerosakan jalan yang teruk termasuk kejadian banjir lumpur di kawasan perumahan tersebut.

Sementara itu, jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya akan menyiasat sama ada kejadian tebing runtuh itu melibatkan projek DBKL selain mengambil tindakan susulan berhubung kerosakan jalan di PPR berkenaan.

Dua kereta tenggelam akibat banjir kilat

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

BEBERAPA petugas DBKL membantu salah seorang mangsa selepas keretanya tenggelam ekoran banjir kilat di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSANJEFFRI IRAN

KUALA LUMPUR 28 April - Dua buah kereta jenis Toyota Estima dan Proton Iswara tenggelam ekoran banjir kilat di terowong Jalan Chan Sow Lin berdekatan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di sini, hari ini.

Hujan lebat selama satu jam yang turun sejak pukul 5 petang menimbulkan suasana kelam-kabut apabila laluan tersebut dinaiki air sedalam tujuh kaki di kedua-dua arah.

Bagaimanapun, pemandu kedua-dua kereta itu terselamat.

Jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur memberitahu, sebanyak 10 anggotanya termasuk skuad bencana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat laporan.

"Punca kejadian masih disiasat tetapi berdasarkan maklumat awal, ia mungkin berpunca daripada masalah sistem perparitan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Sementara itu, salah seorang mangsa yang juga pemandu peribadi, Shamsuddin Dolah, 55, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Damansara selepasmenghantar rakan ke pusat servis kenderaan di Jalan Dua, Jalan Chan Sow Lin.

Katanya, dia dapat menyelamatkan diri sejurus air mula naik selain sempat menyelamatkan dokumen penting miliknya.

"Semasa saya melalui terowong tersebut, air mula naik secara perlahan-lahan. Tidak sampai beberapa minit kemudian air datang tiba-tiba umpama sebuah tangki yang pecah.

"Sebelum itu, ada sebuah lori berhenti di hadapan kereta saya dan enjinnya tiba-tiba tidak boleh dihidupkan.

"Bagaimanapun, ketika air mula naik, enjin lori berkenaan dapat dihidupkan dan sempat beredar dari situ manakala kereta saya ditenggelami air," jelasnya yang memandu kereta Toyota Estima.

Katanya, sejurus selepas itu dia keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri dan pihak polis dan DBKL tiba selepas kejadian tersebut selain mengalami kerugian kira-kira RM140,000.

"Saya berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dapat mengambil tindakan dan menyelesaikan masalah ini yang berpunca daripada sistem perparitan bagi memastikan ia tidak berulang," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


KPDNKK rampas lori, diesel subsidi

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

Oleh Zulhisham Isahak
utusanmelaka@utusan.com.my

MD Arifin Baharin (kiri) menunjukkan sebuah lori dipercayai menyimpan 300 liter diesel subsidi yang ditahan dan dirampas oleh PPDNKK di Bukit Gambir, Ledang, Johor, semalam.

MUAR 28 April - Taktik satu sindiket menjual diesel bersubsidi dengan menggunakan lori membawa air batu berjaya dibongkar selepas kenderaan itu ditahan untuk pemeriksaan oleh sepasukan polis di sebuah stesen minyak di pekan Bukit Gambir, Ledang dekat sini, semalam.

Lori tersebut ditahan kira-kira pukul 6.30 petang selepas pemandunya yang berusia 27 tahun dilihat berkelakuan mencurigakan sebelum diserahkan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua PPDNKK daerah, Md. Arifin Baharin berkata, hasil pemeriksaan ke atas lori itu mendapati terdapat 300 liter diesel bersubsidi bernilai RM600 disimpan di dalam tangkinya yang telah diubah suai.

"Kita juga mendapati tangki yang telah diubah suai itu boleh memuatkan 1,000 liter diesel," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Md. Arifin, pihaknya percaya, pemandu lori tersebut akan berhenti di beberapa stesen minyak untuk mengisi diesel bagi mengaburi pihak berkuasa.

Ujarnya, minyak tersebut kemungkinan akan diedarkan kepada pengusaha kilang sekitar daerah ini dan dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding harga pasaran semasa.

"Keseluruhan rampasan termasuk lori dan minyak diesel dianggarkan bernilai lebih RM20,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun," katanya.

Utama kesihatan, keselamatan tapak pembinaan

Posted: 28 Apr 2014 12:08 PM PDT

OMAR Mat Piah (kiri) menunjukkan perancah yang dilengkapi dengan sistem keselamatan untuk pekerja sambil diperhatikan oleh Koh Moo Heng sempena majlis Pelancaran Kempen Cegah Jatuh di Tapak Projek The Seed, Taman Sutera, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 28 April - Pemain industri pembinaan di Johor dinasihati untuk sentiasa mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan di tapak binaan berikutan terdapat lima kes kematian dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini akibat insiden jatuh.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Omar Mat Piah berkata, jumlah tersebut amat membimbangkan memandangkan negeri ini khususnya di Johor Bahru sedang mengalami kerancakan proses pembinaan pelbagai bangunan baharu.

"Berdasarkan statistik diperoleh terdapat 11 kematian di tapak pembinaan dan 10 daripadanya adalah disebabkan sama ada pekerja terjatuh daripada tempat tinggi atau peralatan jatuh mengenai pekerja.

"Dalam tempoh empat bulan tahun ini, sudah terdapat enam kes kematian dan lima daripadanya adalah daripada insiden jatuh," katanya dalam majlis Pelancaran Kempen Cegah Jatuh di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kimlun Sdn. Bhd., Firdaus Saif dan Timbalan Pengarah Urusan Tanah Sutera Development Sdn. Bhd., Koh Moo Heng.

Kempen Cegah Jatuh yang diadakan tersebut merupakan antara langkah diambil JKKP Johor dalam memberikan kesedaran kepada pemain industri pembinaan untuk mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan berkaitan insiden jatuh.

Menurut Omar lagi, buat waktu ini terdapat lebih daripada 600 tapak binaan aktif di Johor dan kira-kira 75 peratus daripada jumlah tersebut berada dalam daerah Johor Bahru.

"Selain daripada mengadakan kempen kesedaran berhubung isu kesihatan dan keselamatan di tapak binaan, JKKP juga menjalankan pemeriksaan rutin, siasatan serta tugas-tugas audit.

"Tujuan utama bukan untuk menghukum mana-mana pemaju dan syarikat kontraktor yang didapati bersalah, tetapi kami mahu menimbulkan kesedaran terhadap aspek terbabit," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved