Sabtu, 27 Ogos 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bawa bertenang Rexy

Posted:

Bawa bertenang Rexy

Bawa bertenang Rexy

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD dan TAN MING WAI
sukan@utusan.com.my


Ramlan Aziz


KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Aziz menasihatkan Rexy Mainaky supaya lebih banyak bertenang dan tidak terburu-buru menuding jari mengenai punca kegagalan anak didiknya, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada Kejohanan Badminton Dunia di England, baru-baru ini.

Beliau juga hairan bagaimana jurulatih beregu negara itu boleh mengatakan punca kegagalan beregu utama itu ada kaitannya dengan program latihan ketangkasan yang diambil alih ISN selepas mereka memenangi pingat emas Sukan Asia Doha 2006 dan Kejohanan Seluruh England 2007.

"Saya minta Rexy bertenang. Saya memahami perasaan Rexy ketika ini (ekoran kekalahan beregu itu dalam suku akhir di Wembley dan kemungkinan tindakan susulan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 8 September ini).

"Namun, dia tidak boleh tuding jari kepada ISN.

"Mana bukti kukuh (seperti didakwanya bahawa) latihan ketangkasan kami jadi punca kekalahan Koo-Tan?," kata Ramlan kepada Utusan Malaysia mengulas kenyataan jurulatih dari Indonesia itu dalam akhbar ini, semalam.

Rexy mempersoalkan mengapa dia sahaja dipersalahkan atas kegagalan Kien Keat-Boon Heong terutama tentang pengenalan corak bertahan yang berbeza ketika mereka muncul naib juara 2010 selain menuntut dibenarkan menjalankan semula beberapa program latihan yang kini diambil alih oleh ISN.

Kata Ramlan, ISN turut sentiasa senada dan sama matlamat dengan BAM mahupun Rexy dalam melahirkan atlet yang prospek pingat emas Sukan Olimpik London 2012, sekali gus tidak mewajarkan jurulatih itu menujukan sesuatu alasan kegagalan di Wembley kepada pihak lain pula.

"Tugas kami di ISN juga sentiasa demi kepentingan negara dan saya suka menasihatkan BAM supaya jangan sesekali mudah melupakan jasa Rexy yang banyak membimbing Koo-Tan menang dalam beberapa kejohanan lain (dalam membuat keputusan pada mesyuarat CTC)," katanya.

Sebagai menjaga hubungan dan demi matlamat emas Olimpik 2012, Ramlan turut menggesa tiada lagi kenyataan yang mengguris hati sesiapa dikeluarkan selepas ini, sebaliknya menganggap sebarang masalah lebih baik dibawa ke meja perbincangan.

Baiki ranking jika mahu tembus pasaran dunia

Posted:

Baiki ranking jika mahu tembus pasaran dunia

Baiki ranking jika mahu tembus pasaran dunia

KUANTAN - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan pemain-pemain pasukan kebangsaan supaya membaiki kedudukan ranking negara di peringkat antarabangsa.

Tegas beliau, ia penting jika mereka berhasrat untuk bermain dalam pasukan liga antarabangsa termasuklah Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Mungkin pemain-pemain kita ada sedikit sebanyak peluang tetapi disebabkan pasukan kebangsaan kita kedudukan terlalu bawah menyebabkan mereka tidak dipilih.

"Mereka (FA) ada dasar mereka dengan hanya boleh menerima pemain daripada negara pada kedudukan 70 ke atas sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini, semalam.

Tambah Tengku Abdullah, ini merupakan satu peringatan kepada pasukan kebangsaan supaya dapat membaiki kedudukan di peringkat antarabangsa.

"Kalau boleh kita perlu membaiki ranking kita bukan sekadar kita menang Sukan SEA atau Piala Suzuki tetapi apa yang lebih penting lagi adalah di peringkat Piala Asia dan Sukan Olimpik," ujarnya.

Dalam pada itu Tengku Abdullah turut berbangga kerana ramai pemain negara diberi peluang untuk bermain di peringkat antarabangsa.

"Saya percaya dengan adanya peluang ini akan memberi keyakinan kepada pemain itu untuk lebih bersemangat beraksi di mana-mana sahaja.

"Para pemain yang ditawarkan untuk bermain di peringkat antarabangsa juga perlulah mempamerkan permainan yang bermutu bagi membolehkan mereka diberi kontrak yang lebih lama," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Mat Sabu pendokong komunis

Posted:

Mat Sabu pendokong komunis

Mat Sabu pendokong komunis

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

KUCHING 27 Ogos – Wira negara, Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Langkau melabelkan Mohamad Sabu sebagai pendokong komunis yang tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini apabila mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong.

Beliau yang menitiskan air mata apabila membaca laporan mengenai kenyataan prokomunis Timbalan Presiden Pas itu berkata, Mohamad Sabu juga adalah watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kanang yang tidak dapat mengawal perasaan apabila membaca laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini, menegaskan pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana tergamak membuat kenyataan sedemikian menjelang sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan negara Rabu ini.

"Orang ini langsung tidak berguna, beginikah sikap bekas wakil rakyat? Kirim salam pada dia dan beritahu kalau mahu sokong komunis tidak perlulah lagi bertanding dalam pilihan raya.

"Dia simpati dengan komunis, maknanya dia juga komunis, selayaknya dibuang daerah," katanya dalam nada terketar-ketar menahan marah kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Kanang, 67, ialah satu-satunya penerima dua pingat keperwiraan yang masih hidup iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).

Dua pingat berkenaan dianugerahkan berikutan pengorbanannya menentang pengganas komunis di Perak sekitar 1980 sehingga hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung merosakkan satu buah pinggangnya, terburai usus perut dan terlantar di hospital selama 14 bulan.

Mengulas lanjut, Kanang mengingatkan rakyat yang cintakan keamanan dan tanah air supaya tidak memberikan sokongan kepada Mohamad Sabu serta parti yang diwakili atau mana-mana parti yang bersekutu dengannya.

Katanya, gerak cara politik yang ditunjukkan Mohamad Sabu memalukan dan merupakan satu tragedi kepada rakyat Malaysia apabila sanggup melakukan apa sahaja demi meraih undi walaupun maruah dipijak-pijak.

"Saya terima kewujudan pembangkang dengan hati terbuka tetapi ini bukan cara berpolitik yang betul sampai sanggup jatuhkan moral rakyat, kalau rakyat tidak sedar saya tidak tahulah.

"Pastinya orang ini tidak pernah merasa bagaimanakah perasaan apabila parang diletakkan pada tengkuk mereka," tegasnya.

Mat Sabu 'pembesar suara' DAP - Razali Ibrahim

Posted:

Mat Sabu 'pembesar suara' DAP - Razali Ibrahim

Mat Sabu 'pembesar suara' DAP - Razali Ibrahim

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu didesak memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga anggota polis yang mempertahankan diri dalam tragedi berdarah Bukit Kepong.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, tindakan pemimpin pembangkang itu menyifatkan anggota polis yang terkorban dalam tragedi itu sebagai pegawai British dan bukannya hero sebenar adalah satu penghinaan kepada keluarga mangsa tragedi itu.

Beliau melihat kenyataan itu secara tidak langsung membuktikan Mohamad Sabu kini mengikut telunjuk DAP dan menjadi 'pembesar suara' kepada parti itu yang selama ini cenderung menunjukkan simpati kepada perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).

"Dalam erti kata lain, DAP kini sudah berjaya berada di dalam barisan kepimpinan Pas dan saya tidak terkejut jika Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng banyak membantu Mohamad memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas baru-baru ini,'' katanya kepada Mingguan Malaysia.

Beliau mengulas kenyataan Mohamad yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Keempat PKM yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai hero sebenar.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu juga, Mohamad turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana merupakan pegawai British.

Justeru Razali berkata, Mohamad Sabu juga patut meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana sanggup memesongkan fakta sejarah semata-mata kerana kepentingan politik.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Gaddafi lari ke Algeria?

Posted:

Gaddafi lari ke Algeria?

Gaddafi lari ke Algeria?


Seorang pemberontak Libya bergambar sambil tangannya menunjukkan isyarat 'V' (kemenangan) di kerusi berbentuk ikan duyung diperbuat daripada emas milik anak perempuan Muammar Gaddafi, Aisha di rumahnya di Tripoli, kelmarin. - AFP


TRIPOLI 27 Ogos - Satu konvoi enam buah kereta Mercedes yang mungkin membawa pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dilihat menyeberangi Libya ke Algeria semalam, lapor agensi berita Mesir MENA yang memetik sumber pemberontak.

Laporan itu bagaimanapun masih belum disahkan Algeria atau Libya.

Menurut agensi berita MENA yang memetik sumber pemberontak, enam kereta Mercedes diiringi kereta perisai dan anggota tentera dilihat memasuki bandar Ghadames di Algeria semalam.

Sumber memberitahu, pemberontak tidak dapat mengejar konvoi tersebut kerana kekurangan senjata dan kelengkapan tempur.

"Kami rasa konvoi itu mungkin membawa pegawai tertinggi Libya iaitu Gaddafi serta anak-anaknya," lapor sumber terbabit.

Gaddafi terpaksa berundur dari kubu kuatnya, Bab al-Aziziya di Tripoli selepas ia ditawan pemberontak awal minggu ini.

Sehingga kini, lokasi sebenar pemimpin Libya itu bersama anak- anaknya masih menjadi tanda tanya dengan kumpulan pemberontak dilapor meneruskan pemburuannya dibantu kelengkapan serta perkhidmatan risikan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Dalam perkembangan berkaitan, pemberontak Libya semalam menawan Ras Jdir di sempadan Tunisia selepas ia dipercayai merupakan satu daripada jalan alternatif kepada Gaddafi untuk melarikan diri, namun kini ia telah disekat.

Sementara itu, Kesatuan Afrika (AU) semalam menggesa pembentukan sebuah kerajaan menyeluruh di Libya dengan mengatakan ia tidak boleh mengiktiraf kumpulan pemberontak sebagai wakil sah negara tersebut ketika pertempuran terus berlaku.

Penolakan tersebut menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Gaddafi kepada kesatuan tersebut memandangkan beliau merupakan antara pembiaya utama dan pernah memberi sejumlah besar wang kepada beberapa pemimpin Afrika. - AFP/Reuters

18 maut letupan bom kereta di bangunan PBB di Nigeria

Posted:

18 maut letupan bom kereta di bangunan PBB di Nigeria

18 maut letupan bom kereta di bangunan PBB di Nigeria


Polis dan kakitangan penyelamat melihat kesan letupan kuat di bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Abuja, Nigeria, kelmarin. - AFP


ABUJA 27 Ogos - Sekurang-kurangnya 18 maut dalam satu letupan bom kereta di bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di ibu negara Nigeria, Abuja, semalam.

Serangan tersebut dilihat sebagai sesuatu yang jarang berlaku ke atas institusi antarabangsa di negara yang mempunyai konflik dalaman.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengutuk serangan tersebut dan menyatakan angka korban berkemungkinan akan meningkat.

"Serangan ini merupakan satu tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan," katanya.

Sehubungan itu, Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan mengeluarkan arahan kawalan keselamatan di sekitar ibu negara.

Menurut sumber pasukan keselamatan dan saksi, kereta yang dipasang bom itu merempuh bangunan PBB lalu meletup.

Cebisan mayat mangsa bertaburan di atas tanah ketika pasukan kecemasan, tentera dan polis melakukan pemeriksaan di bangunan tersebut.

"Mangsa telah dibawa ke hospital berbeza bagi mendapatkan rawatan dan setakat ini jumlah kematian dilaporkan seramai 18 orang," kata Komisioner Polis Abuja, Mike Zuokumor.

Kerajaan Norway dalam pada itu berkata, seorang daripada mangsa yang maut, Ingrid Midtgaard, 30, merupakan rakyatnya yang berkhidmat sebagai peguam untuk PBB.

"Kami tidak dapat memberikan sebarang maklumat terkini berhubung insiden tersebut memandangkan para petugas sedang berusaha menyelamatkan mangsa," kata jurucakap Palang Merah. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Elak membazir di Aidilfitri - MB

Posted:

Elak membazir di Aidilfitri - MB

Elak membazir di Aidilfitri - MB

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 27 Ogos - Masyarakat Islam di negeri ini diingatkan supaya berbelanja secara berhemat mengikut keperluan dan tidak membazir menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, dalam meraikan kemeriahan Syawal, umat Islam tidak seharusnya berbelanja secara bermewah-mewah dan jangan sesekali membazir.

"Berbelanja banyak mungkin boleh, mengikut keperluan. Kalau keluarga besar maka belanja pun besar.

"Tetapi yang menjadi masalah kepada kita ialah pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku," katanya dalam perutusan yang dikeluarkan di sini.

Menurutnya, beliau bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat di Pahang.

"Harapan saya dengan semangat Aidifitri, mudah-mudahan semua kita saudara sesama Islam sebenar-benarnya menunjukkan kita orang Islam dan Islam itu bersaudara.

"Justeru, kita wajib menghormati, tolong-menolong, bersatu-padu dan berteguh hati dalam menghadapi ancaman yang mungkin datang pada bila-bila masa," jelasnya.

Sementara itu, tambah Adnan, sempena Ulang Tahun Kemerdekaan negara yang ke- 54 pada 31 Ogos ini, beliau berharap segenap lapisan masyarakat agar bersama-sama menjaga keamanan, kemakmuran dan keharmonian negara.

"Janganlah ada antara kita yang cuba meruntuhkan keamanan, kemakmuran dan keharmonian negara dengan membawa perkara-perkara yang boleh mengganggu-gugat perasaan sesuatu pihak yang lain.

"Sewajarnya perpaduan kaum ini mesti dipelihara kerana ia kunci kepada keamanan dan keamanan juga akan menyebabkan kita mudah mengekalkan kemakmuran dan kebahagiaan," jelasnya.

Puteri UMNO bantu anak yatim

Posted:

Puteri UMNO bantu anak yatim

Puteri UMNO bantu anak yatim


PEMIMPIN dan ahli Puteri UMNO Bahagian Kuala Krau bersama anak-anak yatim kawasan Parlimen Kuala Krau selepas membeli pakaian raya mereka di Jerantut baru-baru ini.


KUALA KRAU 27 Ogos - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Krau tidak pernah melupakan golongan kurang bernasib baik terutama anak yatim ketika menjelangnya Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketuanya, Norhasmimi Abdul Ghani berkata, pihaknya prihatin nasib golongan itu yang tinggal dalam Parlimen Kuala Krau dengan membawa mereka membeli pakaian baru untuk menyambut hari raya tersebut.

Menurutnya, kumpulan kanak-kanak itu dibawa membeli-belah di sebuah pasar raya di Jerantut bagi membolehkan mereka memilih sendiri pakaian baru yang disukai.

"Kita seronok dan gembira melihat anak- anak yatim itu tersenyum gembira ketika memilih pakaian masing-masing dan terharu apabila kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Turut hadir timbalannya, Rohaiza Hashim dan Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Kuala Krau, Nor Zalila Ahmad.

Norhasmimi berkata, cara itu merupakan salah satu program Puteri UMNO bahagian untuk mendekati masyarakat terutama golongan yang memerlukan bantuan.

Jelasnya, pihaknya merancang mengadakan program serupa pada tahun hadapan sekiranya ada pihak yang sudi menyumbang supaya dapat membawa lebih ramai anak yatim di dalam parlimen itu untuk membeli persiapan raya.

Kemuka sijil kematian tuntut dividen tertunggak Felcra

Posted:

Kemuka sijil kematian tuntut dividen tertunggak Felcra

Kemuka sijil kematian tuntut dividen tertunggak Felcra

TEMERLOH 27 Ogos - Pewaris peserta Felcra yang meninggal dunia diminta mengemukakan sijil kematian atau dokumen sah bagi membolehkan Felcra melunaskan bayaran tunggakan dividen peserta yang sudah meninggal dunia kepada waris mereka.

Pengurus Felcra Kawasan Kerdau, Mohd. Yahaya Bohari berkata, terdapat lebih RM20 juta tunggakan dividen di negeri ini tidak dapat dibayar kerana pewaris tidak menyerahkan sijil kematian peserta terbabit.

''Kesukaran menghubungi waris si mati menyebabkan wang dividen tersebut terus tertunggak membabitkan lebih RM20 juta di negeri ini sahaja.

''Di kawasan Kerdau sahaja lebih RM400,000 tunggakan dividen tidak dapat dibayar kerana tiada pewaris peserta yang meninggal dunia membuat tuntutan," kata ketika berucap semasa mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Projek (AJKP) Felcra Kerdau 1, 2 dan 3 di Seri Ketumbit Kerdau di sini baru-baru ini.

Menurutnya, Felcra tidak akan membayar dividen sewenang-wenang kepada para waris jika tidak menunjukkan surat tersebut atau dokumen lain yang sah sebagai bukti.

Dalam pada itu, katanya, terdapat kes yang mana peserta Felcra yang masih sihat tidak menikmati dividen apabila menyerahkan segala urusan berkaitan kewangan dengan Felcra kepada anak-anak keluarga terdekat.

Katanya, mereka yang diberikan tanggungjawab dan amanah tersebut tidak menyerahkan dividen tersebut ibu-bapa mereka sendiri.

Jelasnya, Felcra tidak boleh campur tangan dalam soal pembahagian kewangan dan dividen itu jika peserta masih sihat atau hidup.

''Felcra hanya boleh campur tangan sekiranya peserta meninggal dunia dan pembahagian dividen itu dibuat mengikut bilangan pewaris," katanya.

Katanya, jika tidak dituntut, Felcra akan menyerahkan dividen tersebut kepada pemegang Amanah Raya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pasca Gaddafi jadi tanda tanya

Posted:

Pasca Gaddafi jadi tanda tanya

Pasca Gaddafi jadi tanda tanya

Ku Seman Ku Hussain


MENUMBANGKAN Gaddafi bukanlah kejayaan kecuali mewujudkan persefahaman antara puak-puak di Libya.


RAKYAT Libya bersorak riang selepas pemberontak berjaya menawan Tripoli beberapa hari lalu. Tripoli adalah benteng terakhir Presiden Muammar Gaddafi dan ini bermakna Libya telah jatuh ke tangan pemberontak yang menuntut demokrasi.

Tetapi, jangan gembira dulu. Kejatuhan Gaddafi bukanlah kunci mutlak demokrasi akan bertunas dan subur di Libya. Kalau rakyat bermimpi akan wujud demokrasi, mereka sebenarnya terperangkap dalam permainan Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) bersama sekutunya Perancis dan Britain yang mengemudi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Demokrasi masih jauh di Libya. Pemberontak yang terdiri daripada pelbagai puak dan fahaman hanya bersatu untuk menumbangkan Gaddafi. Mereka semua dendam kepada sifat diktator Gaddafi yang mengaut kekayaan hasil bumi untuk keluarga. Tetapi dendam sahaja tidak cukup untuk menzahirkan seorang pemimpin di negara yang mempunyai banyak puak. Mereka tidak ada wibawa bersatu untuk memimpin Libya. Menumbangkan Gaddafi dengan memacu Libya sebagai negara maju dari hasil minyak adalah dua perkara berbeza. Maka kejayaan pemberontak hanya melepasi fasa pertama. Tetapi fasa seterusnya untuk menyuburkan kembali demokrasi adalah sangat sukar.

Maka dalam isu Libya, pasca Gaddafi adalah bab paling penting sekaligus penuh tanya tanya. Kejatuhan Gaddafi bukan lagi menjadi isu kerana dia sewajarnya sudah lama jatuh. Malah kebangkitan rakyat juga memang kena pada masanya dengan menumpang semangat kebangkitan dari Mesir, Syria, Yemen dan Tunisia. Tetapi kenyataannya rakyat berdepan era pasca Gaddafi yang semua orang tahu kejayaan pemberontak itu hasil bantuan AS menerusi NATO dan Majlis Keselamatan PBB. Gaddafi mungkin belum tumbang kalau tanpa sokongan Barat yang kononnya mahu mengembalikan kuasa ke tangan rakyat.

AS mempunyai kepentingan tersendiri dalam isu Libya. Bagi AS, Gaddafi adalah "budak nakal" yang menganggu kelicinan campur tangan mereka terhadap negara-negara lain yang merdeka dan berdaulat. Dua dekad pertama kepimpinannya, Gaddafi disanjungi kerana jasa besar kepada Libya. Rakyat tidak boleh melupakan jasa Gaddafi menutup pangkalan tentera udara AS tahun 1970 yang kemudiannya menebus maruah selepas menjadi negara berpengaruh dan bangun menguasai sendiri minyak di perut buminya. Gaddafi juga menjadi pemain utama yang mengubah dasar Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) sekaligus mencabar Barat yang menguasai industri minyak.

Penghalang

Pasca Gaddafi adalah saat yang sangat mencabar kerana kalangan pemberontak tidak mempunyai pemimpin yang berwibawa. Konflik antara puak ini menjadi penghalang utama kestabilan politik Libya pasca Gaddafi. Semua ini membuka pintu kepada pertelagahan sesama sendiri seperti yang berlaku di Iraq pasca Saddam Hussein.

Ketika ini Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) bertindak sebagai kerajaan sementara. Majlis ini dianggotai oleh 33 ahli terdiri daripada wakil puak-puak yang memberontak menumbangkan Gaddafi. Kerajaan sementara ini adalah mainan AS dan sekutunya. Negara-negara ini awal-awal lagi sudah mengiktiraf NTC sebagai kerajaan sementara padahal Libya masih mempunyai Presiden dan masih belum tumpas sepenuhnya. Tetapi inilah kerajaan yang mendapat sokongan Barat. Kebebasan, ketelusan serta demokratiknya NTC boleh dipersoalkan apabila dikaitkan dengan agenda Barat.

NTC berpangkalan di Benghazi, tempat tercetusnya pemberontakan menentang Gaddafi. Benghazi menjadi satu mercu tanda. Puak di Benghazi tidak sama dengan puak yang menguasai Tripoli dan sekiranya pemimpin dari Benghazi dipilih mengetuai NTC, puak lain pasti akan menentang. Penganalisis politik Afrika Selatan di Universiti Cambridge, George Joffe percaya pemberontak dari barat Libya yang menawan Tripoli tidak akan menerima pemimpin dari Benghazi. Pertelagahan antara puak akan mengisi pasca Gaddafi dan demokrasi yang mimpikan bertukar menjadi gelanggang meruntuhkan sesama sendiri.

Sementara itu campur tangan AS yang membawa kepada kejayaan pemberontak adalah pendekatan Barat era neokolonialisme. Hal yang sama berlaku di Iraq ketika kononnya kejatuhan Saddam akan mengembalikan demokrasi. Tetapi lihatlah sejak 2003 hingga sekarang, Iraq menjadi lebih sengsara berbanding era Saddam. Kegagalan AS memberi demokrasi seharusnya menjadi pengajaran kepada pemberontak yang bersekongkol dengan tentera NATO menumbangkan Gaddafi.

Kerana itu tumpasnya Gaddafi membuka era baru yang menjerumuskan Libya, negara yang kaya dengan hasil minyak ke kancah perebutan kuasa. Setakat ini hanya 60 peratus sahaja hasil minyak Libya yang diterokai. Walaupun AS bukan berada di barisan depan seperti di Iraq tetapi tetap mahu menguasai kekayaan negara itu. Barack Obama mengambil pendekatan berhati-hati setelah Bush membuat banyak kesilapan semasa menyerang Iraq. Buktinya kali ini AS berselindung di sebalik NATO tetapi AS secara tidak langsung menyediakan khidmat sokongan untuk menjatuhkan Gaddafi. Maka yang kelihatan di depan dalam serangan atas Libya adalah Perancis dan Britain.

Percaturan

Melihat kepada percaturan dan pertembungan antara puak-puak dan juga sekutu AS di Libya, harapan rakyat untuk melihat perubahan pasca Gaddafi tidak mungkin berlaku. Perebutan kuasa antara puak dijangka berlaku dan pertempuran akan berterusan. NTC bukanlah sebuah kerajaan sementara yang mantap dan tentunya tidak mampu meredakan babak kedua; bertempur sesama sendiri kerana berebut kuasa.

Apabila ini berlaku, demokrasi menjadi suatu yang sangat abstrak untuk dizahirkan. Semua ini kerana rakyat telah membuat kesilapan menukar pemimpin dengan bantuan kuasa asing. Gaddafi pula yang seharusnya berkorban dengan mengadakan peralihan kuasa secara aman tidak berbuat demikian. Kedegilan Gaddafi membuka pintu kepada campur tangan kuasa yang memang mengidam hasil bumi negara itu.

Akhirnya apabila semua penat lelah, darah dan nyawa dipertaruhkan untuk menumbangkan Gaddafi dibalas dengan kekacauan yang lebih besar, apakah ini boleh dianggap kejayaan? Maka pasca Gaddafi menjadi kayu pengukur berjaya atau tidak kerajaan sementara mengadakan pilihan raya dan mendapat pemimpin yang diterima oleh semua puak. Kalau ini tidak berlaku, Libya menjadi medan kedua sesi ujian senjata moden tentera NATO yang mengorbankan orang awam dan harta benda. Siapa yang dipilih memimpin Libya akan menjadi penanggung hutang kerana belanja mengorban orang awam dan harta benda itu perlu dibayar dengan minyak di perut bumi Libya.

Anwar dan sejarah

Posted:

Anwar dan sejarah

Anwar dan sejarah

Bisik-Bisik Mingguan

SETIAP detik, pasti ada sahaja sejarah tercipta. Manusialah yang mengukir malah mencorakkan sejarah itu. Hitam, putih, baik mahupun buruk, kitalah yang menentukan.

Baru-baru ini, di tanah air kita, sejarah tercipta lagi. Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim memilih memberi kenyataan tanpa bersumpah dari kandang tertuduh dalam kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Dengan berbuat demikian, Anwar mengelakkan daripada soal balas oleh pasukan pendakwaan. Prosiding soal balas itulah sebenarnya inti dalam perundangan pembelaan tertuduh.

Tiada sebab untuk sesiapa sahaja mengelak melalui proses itu melainkan jika tertuduh menghadapi ketidakcelaruan minda sebagaimana kes terpencil seperti perajurit Adam tidak lama dulu. Sedangkan Anwar masih siuman apatah lagi berstatus tinggi, mengetuai pembangkang serta selalu mendabik dada sebagai pejuang keadilan dan kebebasan.

Bukan itu sahaja, dalam pembelaan diri, Anwar menyerang institusi kehakiman. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menjadi sasaran walaupun dilihat begitu fleksibel kepada tertuduh termasuk telah berpuluh kali membenarkan penangguhan perbicaraan. Mencerca hakim sudah menjadi mainan Anwar sebagai mengalih fokus daripada isu pokok - tuduhan terhadap kesalahan liwat yang mempunyai bukti kukuh. Ternyata Anwar sengaja menghina mahkamah untuk strategi pre -emtif lalu mahkamah dijadikan medan politik.

Pada Awang, ia merupakan mesej yang jelas dan menyerlahlah lagi siapa sebenarnya Anwar. Ramai di kalangan pengamal undang-undang juga tidak menjangka sampai begitu sekali tindakan beliau. Peri laku di mahkamah boleh menjadi ukuran menentukan nilai diri seseorang.

Awang dapat tahu, ramai pemimpin pembangkang secara tertutup mengkritik beliau. Ada yang kecewa pemimpin utama mereka takut untuk diadili sedangkan rakyat kecil ada keberanian moral menghadapi prosiding pembelaan. Jika Awang menjadi pengikut Anwar, Awang juga pasti dipukul rasa malu. Beliau bukan sahaja kelihatan menghina mahkamah malah menghina diri sendiri dan pembangkang. Ketua pembangkang di negara lain tidak begitu, melainkan di Malaysia, cukup luar biasa.

Bahkan, kisah Anwar semakin menjadi bahan sinikal. ``Dia elergi bersumpah kecuali angkat sumpah jawatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen,'' demikian antara SMS yang Awang terima daripada seorang pemimpin Pas.

Hari itu, rating pembangkang di kaca mata rakyat makin jatuh - lagi tamparan kepada gerakan pembangkang negara ini. Tidak habis-habis Anwar menjadi liabiliti dan meninggalkan najis yang mereka terpaksa cuci. Apakah ini pemimpin bersih yang diperlukan oleh negara? Hari itu, Anwar mencipta sejarah tetapi malangnya sejarah yang mengotori peradaban. Sama ada sejarah yang seburuk itu mahu terus mewarnai negara, jawapannya tentu tidak. Awang dapat tahu, ada usaha terbaru di kalangan pemimpin tertentu DAP dan Pas mahu Anwar berundur. Selagi beliau mengetuai pembangkang, Pakatan Rakyat tidak akan ke mana. Anwar sendiri tahu hakikat itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Sabar Jailani demi Raja Azmi

Posted:

Sabar Jailani demi Raja Azmi

Sabar Jailani demi Raja Azmi



BIASANYa kes-kes khalwat membabitkan kecurangan isteri dan suami orang, maka mudahlah runtuh institusi keluarga itu sendiri. Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja.

Cuma yang membezakan, sama ada individu itu sedar atau tidak dengan apa yang mereka lakukan.

Apa pun, Joyah nak puji sikap suami Raja Azmi, Jailani Sidek yang tenang dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Pada Joyah, kalau orang lain, bila isteri dituduh curang dan ditangkap khalwat pula tu, sebagai suami tentu mereka akan melenting dan mungkin juga bertindak di luar kawalan. Jalan biasa yang dipilih, bercerai sajalah.

Tapi Jailani tidak. Dia cukup penyabar dan sangat tenang sifatnya walaupun bermacam dugaan datang dalam rumah tangga yang dibina bersama isteri selama 28 tahun.

Malah, Joyah dengar, Jailani juga mengaku yang dia tidak punya apa-apa hubungan dengan seorang wanita popular yang dikatakan cuba merosakkan rumah tangganya dan Raja Azmi.

"Saya tak ada hubungan langsung dengan wanita itu. Saya perlu jelaskan hal ini bagi membersihkan nama isteri, Roslin dan keluarga kami.

"Saya sayangkan keluarga saya," kata Jailani yang mesra dipanggil Jack.

Bila dengar kenyataan begini, sejuk hati Joyah. Bertuah betul Raja Azmi bersuamikan lelaki seperti Jailani. Doa Joyah, biarlah mereka bahagia buat selamanya dan tukang ganggu rumah tangga orang itu akan insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Memaknakan hari kemenangan

Posted:

Memaknakan hari kemenangan

Memaknakan hari kemenangan

PEJAM celik, pejam celik, Ramadan bakal meninggalkan kita. Cepat benar waktu berlalu, seakan sahur dan berbuka puasa Ramadan pertama, baru semalam kita lalui.

Bersyukurlah bagi mereka yang mendapat berkat Lailatul Qadar, hari mulia dalam kalendar Islam yang kehadirannya kekal misteri tanpa diketahui oleh kita, manusia yang serba hina dan kerdil di bumi Tuhan.

Ramadan yang penuh keberkatan, sekali lagi bakal kita tinggalkan. Semoga tahun hadapan, kita sekali lagi menjadi insan yang akan dipilih untuk bertemu dengan kemuliaan Ramadan, bulan penuh keagungan.

Ramadan pergi, Syawal menanti, juga tidak kurang memberi kesan dalam kehidupan setiap umat Islam setelah sebulan menahan lapar dan dahaga.

Bercakap tentang 1 Syawal pula, kali ini saya dapat merasakan betapa ia begitu istimewa dan lain daripada kebiasaannya.

Mana tidaknya, jarang sekali kita bertemu Syawal dan 31 Ogos dalam tarikh yang erat berdakap, berselisih hanya satu hari dibelakang.

Dalam jangkaan, kita bakal meraikan hari mulia pada 30 Ogos, sehari sebelum kita sama-sama menyanyikan lagu Tanggal 31 Ogos dan mengenang semula sejarah-sejarah penting negara bangsa. Malah, di radio dan televisyen pun, antara Syawal dan merdeka menjadi fokus penting yang saling berkongsi mengambil ruang untuk siaran.

Justeru, apakah lagi hari yang lebih penting, selain daripada kedua-dua ini?

Sama ada Syawal mahupun Hari Kemerdekaan, ia memberi makna yang similar, cuma barangkali selama ini tidak begitu kita hayati.

Raya dan merdeka jika dilihat daripada maknanya, adalah dua sambutan yang melibatkan kejiwaan yang sarat. Ia bukan sekadar hari di mana kita wajar berseronok dan bergembira, sebaliknya Syawal dan merdeka melebihi material dan maknawi.

Kedua-duanya adalah tentang perjuangan dan kemenangan besar, khususnya kepada yang percaya bahawa hidup itu adalah satu pengabdian yang tidak pernah berakhir.

Semoga kehadiran Syawal bersempena dengan Hari Kemerdekaan ini, kita akan menjadi lebih sayang, lebih kasih kepada negara bangsa yang tidak ada galang gantinya ini, mudah-mudahan.

Dan seperti lain insan, pada kesempatan ini saya menyusun jari sepuluh, mengharapkan agar segala salah dan khilaf bertemu nokhtah kemaafan.

Sebagai penulis, saya akui adakalanya apa yang kita sampaikan tidak 'diperkenan' semua orang. Apatah lagi kalau bercakap tentang dunia hiburan yang penuh 'kucar-kacir'.

Akan ada watak protagonis dan antagonis, sementelah ia dunia yang penuh dengan tuntutan pelbagai karakter. Pada watak yang kita lihat baik, sudah pasti pujian melambung akan diberikan.

Pada ketika kita melihat watak baik sudah bertukar kepada antagonis, pasti akan ada kritikan dilayangkan. Itulah tugas kami sebagai penulis, meskipun pada setiap kritikan bukan dengan tujuan menghukum.

Justeru, kritikan kita yang hadir dengan tujuan yang baik, tidak semestinya disambut dengan baik juga. Tidak semua manusia boleh menerima kritikan dan menanganinya dengan baik.

Ada artis yang berbelas tahun saya kenal dengan mudah memutuskan persahabatan, hanya kerana saya menulis satu kritikan daripada puluhan kata-kata pujian yang pernah saya tulis mengenai dirinya.

Tak apa, saya tidak kisah dan sebagai manusia biasa, sekali lagi saya mengakui sebagai insan tidak sempurna, banyak benar kekurangan yang ada dalam diri ini. Segala kelemahan itu datang daripada diri saya juga dan segala kemuliaan kembali kepada-Nya.

Selamat hari raya paling istimewa kepada semua guru-guru yang pernah membekalkan ilmu kehidupan kepada saya, rakan-rakan yang masih mengenang dan keluarga besar saya di Bukit Besi, Dungun dan di Pasir Puteh, Kelantan. Maaf zahir dan batin!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Fahry anugerah teristimewa

Posted:

Fahry anugerah teristimewa

Fahry anugerah teristimewa

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto Koleksi Siti Nurazlina


SITI nurazlina dan suami tidak pernah membezakan layanan antara fahry dan anak-anak yang lain.


MELIHAT anak kecil ini bermain, pasti siapa pun tidak menyangka bahawa dia dilahirkan dengan keadaan yang cukup istimewa.

Dia pantas berlari ke sana sini, melompat, memanjat, terjatuh dan bangun semula. Itulah warna-warni kehidupan seharian Fahry Al-Hazim, yang berusia hampir tiga tahun ini.

Bagi ibunya, Siti Nurazlina Noh, 29, Fahry adalah anugerah teristimewa pernah dimilikinya. Tidak pernah rasa kesal atau terbeban dengan kelahiran anak keduanya itu, dia dan suami, Zainul Anuar reda dengan takdir yang ditentukan Ilahi.

"Fahry dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pada usia 28 minggu. Ketika itu saya berkerja di Miri dan sering berulang-alik ke Kuala Lumpur bertemu suami dan anak sulung. Mungkin kerana kesibukan kerja menyebabkan Fahry dilahirkan tidak cukup bulan," kata ibu muda tabah itu.

Menurutnya, dia tidak mengalami sebarang komplikasi ketika mengandung malah doktor juga mengesahkan janin yang dikandungkannya sihat dan membesar sempurna.

Namun kuasa Tuhan siapa yang mampu menghalang. Ketika kali pertama diberitahu anak yang dilahirkan tidak normal, Siti Nurazlina seakan sukar mempercayai. Hanya Allah yang tahu perasaan sedih ketika itu. Walaubagaimanapun, tatkala terpandang wajah comel Fahry, hati Siti Nurazlina terus terpikat. Pada pandangannya, anak kecil itu sempurna sifat dan di saat itu dia bertekad ingin melihat Fahry membesar seperti juga abangnya, Hafiy Al-Fateh.

Luar biasa

Menurut doktor, Fahry mengalami sindrom bebenang amniotik (ABS) di mana kaki kanannya tidak dapat membentuk sempurna menyebabkan terdapat lebihan daging terkulai sehingga menampakkan bahagian tulang. Selain itu anak kecil itu juga mengalami masalah pada bahagian jari kirinya yang tidak terbentuk sempurna.

"Ketika dilahirkan, beratnya cuma 1.2 kilogram. Memang terlalu kecil, namun saya dapat lihat kekuatan anak kecil ini luar biasa sekali. Setiap hari berat badannya bertambah dan dia menunjukkan perkembangan positif hingga menyebabkan dia boleh pulang awal ke rumah," katanya.

Pada mulanya kata Siti Nurazlina, doktor ingin melakukan pembedahan bagi membuang lebihan daging pada kaki Fahry namun ditangguhkan kerana dia terlalu kecil. Namun dengan takdir-Nya, kaki itu tertanggal sendiri.

Sejak itu, Siti Nurazlina dan suami tidak berputus asa membesarkan Fahry sama seperti abang sulungnya yang berusia lima tahun.

Menurutnya, Fahry dilayan sama rata dan mereka tidak memberi perhatian yang berlebihan kepada anak itu. Malah Fahry lebih berdikari, aktif dan lasak jika dibandingkan dengan abangnya. Pada usia enam bulan dia sudah boleh duduk walaupun kadangkala sukar mengimbangi tubuhnya. Malah pada usia lapan bulan dia mampu merangkak.

Bagi membantu pergerakan anak kecil itu, mereka menempah kaki palsu khas Fahri ketika dia berusia sembilan bulan. Sejak itu, pergerakan Fahry semakin laju dan tidak hairan ada yang tidak sedar anak comel itu sebenarnya seorang anak istimewa.

Fahry, kata Siti Nurazlina menjadi semakin matang dengan kelahiran adiknya, Danny Al-Firash lima bulan lalu. Guru-guru di taska turut mengakui Fahry mendahului rakan-rakan seusianya dalam banyak hal.

Walaupun sering terlintas di fikiran dengan nasib anak itu bila dewasa kelak, namun Siti Nurazlina dan suami tetap yakin dengan kemampuan Fahry yang selama ini langsung tidak pernah menimbulkan sebarang masalah.

"Sekurang-kurangnya dengan kelahiran Fahry, kami dapat merasa bagaimana membesarkan anak istimewa. Apalah sangat yang dialami oleh anak ini jika dibandingkan dengan mereka yang diuji lebih teruk lagi, ini menambahkan lagi ketakwaan kami kepada Allah SWT," katanya.

Dengan kelahiran anak comel itu juga katanya memberi semangat kepada insan lain yang sering merasa rendah diri walaupun mereka dilahirkan sempurna sifat.

"Ada kawan-kawan saya yang rasa risau bila anak mereka lambat berjalan atau bercakap. Tapi bila mereka lihat Fahry yang dilahirkan istimewa namun mampu melakukan apa yang orang lain lakukan, mereka terus rasa bersyukur," katanya sambil tersenyum.

Selain itu kata Siti Nurazlina, kelahiran Fahry juga menjadikan dia dan suami lebih berusaha mencari rezeki lagi bagi menampung keperluan perubatan anak comel itu.

Kulit berseri di Aidilfitri

Posted:

Kulit berseri di Aidilfitri

Kulit berseri di Aidilfitri

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Norazira Mohd. Noor menunjukkan produk Liveus.


BERCERITA mengenai Hari Raya Aidilfitri cukup menghiburkan. Banyak yang mahu diceritakan dan semua kenangan mudah diimbas kembali. Bagi Norazira Mohd. Noor dan Azlina Alias mempunyai cerita sendiri di hari raya.

Jika orang lain sibuk memilih pakaian dan aksesori baru, kedua mereka takut wajah menjadi kusam, berat badan semakin bertambah dan badan semakin lesu.

Justeru itu, sejak awal Ramadan lagi, mereka sudah mencuba kolagen formula dari Jepun, Liveus.

Seperti kolagen-kolagen yang ada di pasaran, ia merupakan komponen utama dan tisu yang paling penting dalam kehidupan, Asid amino dalam kolagen membaik pulih tidur setiap hari dan berkesan untuk kulit yang kuat dan tegang, mengurangkan kedutan, menguatkan saluran darah dan membantu kornea mata supaya mata bersinar dan bercahaya.

Keistimewaan Liveus mengandungi fasa dua yang membantu mengurangkan berat badan tanpa perlu mengamalkan diet keterlaluan,

Fasa dua ini tidak menghalang pengambilan nasi, roti, mee dan lain-lain.

Tidak ketinggalan Liveus turut mengandungi makanan tambahan, L-Carnitine. Ia menukarkan asid lemak kepada tenaga dan dibakar untuk tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.

Apabila kita kekurangan L-Carnitine, asid lemak bertukar menjadi sel dan kemudiannya kepada toksik. Badan akan merasa kekurangan tenaga, lemah, sakit otot, perjalanan darah menjadi kurang lancar dan obesiti.

Jadi dengan pengambilan makanan tambahan ini, ia mampu membuatkan kulit menjadi anjal serta membentuk tubuh badan yang menarik.

"Selepas mencuba kolagen , saya berasa yakin pada diri sendiri. Tanpa kesan sampingan berpanjangan, ia membantu saya mendapatkan bentuk badan seperti yang diidamkan wanita lain. Malah, orang-orang sekeliling saya kini telah memuji perubahan yang saya alami," ujar Azlina Alias.

Bagi Norazira pula, kesihatan dan kecantikan tidak boleh dipisahkan di mana untuk nampak cantik, seseorang itu harus sihat. Tambahnya, ada pendapat apabila seseorang wanita sudah berkahwin kecantikannya turut luntur.

Sebaliknya, seseorang itu mesti yakin bahawa dirinya cantik kerana dia saja sahaja yang tahu di mana letak nilai kecantikannya.

Sebab itulah, dia mengambil keputusan mengambil suplemen pada umur yang masih muda. Sebagai stokis Liveus, dia tidak ketinggalan mencuba kolagen tersebut.

Norazira boleh dihubungi di talian 016-2564948/013-3253934 dan 010-6335859.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Sektor peruncitan perlu berkembang

Posted:

Sektor peruncitan perlu berkembang

Sektor peruncitan perlu berkembang

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


DR. Mahathir Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Stores (M) Sdn. Bhd, Tjeerd Jegen (tiga kiri) bersama wakil penerima-penerima sumbangan pada majlis syarahan perdana di Bandar Utama, semalam.


PETALING JAYA 27 Ogos - Sektor peruncitan di negara ini perlu berkembang pesat bagi menyokong perjalanan negara menuju negara maju dan berpendapatan tinggi pada 2020.

Justeru, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar usahawan peruncitan tempatan untuk lebih berani membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

"Mereka tidak lagi boleh selesa dengan kedai-kedai kecil di kampung atau pekan, sebaliknya perlu menyahut cabaran membuka pasar raya besar dan bersaing dengan pasar raya dari luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan perdana bertajuk Merealisasikan Wawasan 2020: Peranan Strategik dan Sumbangan oleh Sektor Peruncitan pada majlis berbuka puasa bersama Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. (Tesco) di sini hari ini.

Pada majlis sama, Dr. Mahathir turut mewakili Tesco menyampaikan sumbangan berjumlah RM441,000 kepada Yayasan Chow Kit, Tabung Bencana NSTP-Media Prima dan Majlis Kanser Nasional (Makna).

Dr. Mahathir menambah, sektor peruncitan juga boleh belajar daripada pasar raya besar yang beroperasi di negara ini bagaimana untuk menguasai pasaran itu dengan berjaya.

Ia terutama kata Dr. Mahathir, dari sudut pemasaran produk yang menekankan aspek kualiti, pembungkusan menarik serta pengiklanan yang berkesan.

Bapa dera anak tiri ditahan

Posted:

Bapa dera anak tiri ditahan

Bapa dera anak tiri ditahan

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an direman setelah dipercayai mendera anak tirinya berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak malang itu terlantar di hospital, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendy yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, suspek direman selama empat hari sehingga Isnin depan.

Katanya, mangsa dibawa oleh ibunya ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut susulan kejadian itu.

"Kita sedang menyiasat kes penderaan kanak-kanak ini termasuk mendapatkan keterangan daripada ibu mangsa," katanya yang memberitahu kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sementara itu, sumber memberitahu, kanak-kanak malang itu didera hingga menyebabkan dia lebam seluruh badan malah giginya juga patah.

"Kanak-kanak itu tidak sedarkan diri sehingga memaksa ibunya yang berketurunan Indonesia membawa dia ke hospital dan hasil pemeriksaan, doktor mendapati mangsa menjadi mangsa dera.

"Doktor juga mengesyaki mangsa telah lama didera berikutan penemuan kesan kecederaan lama dan baru di sekitar leher, telinga serta badannya," ujar sumber berkenaan.

Suspek yang juga bapa tiri kanak-kanak itu telah ditahan polis di rumahnya Bukit Sentosa.

SEMANGAT KEMERDEKAAN

Posted:

SEMANGAT KEMERDEKAAN

SEMANGAT KEMERDEKAAN


Usaha yang dilaksanakan MEX itu sepatutnya dicontohi rakyat bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.


BERSEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan ke-54, Maju Expressway (MEX) mengambil inisiatif memasang sejumlah 1,700 Jalur Gemilang di sepanjang 26 kilometer lebuh raya tersebut.

Bendera-bendera tersebut dikibarkan di laluan utama dan persimpangan lebuh raya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Putrajaya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Sindiket samun teksi tumpas

Posted:

Sindiket samun teksi tumpas

Sindiket samun teksi tumpas

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff menunjukkan pistol yang dirampas dalam serbuan di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 26 Ogos – Polis negeri ini berjaya menumpaskan sindiket yang menjalankan kegiatan menyamun pemandu teksi di sekitar daerah ini dengan penahanan dua lelaki dan seorang wanita di Jalan Tun Razak pada Isnin lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dengan tertangkapnya kesemua suspek berusia antara 32 hingga 36 tahun itu, pihaknya percaya dapat menyelesaikan sebanyak 25 kes samun di bandar raya ini.

Menurut beliau, modus operandi sindiket itu adalah berpura-pura menahan teksi untuk dijadikan mangsa sebelum menyamun pemandu setelah mengikat mereka.

"Hasil tangkapan itu, polis turut merampas empat unit telefon bimbit, sembilan kad sim, sebilah pisau lipat, sebatang besi yang ditajamkan, sebilah gunting dan kunci.

"Kesemua suspek juga dikesan memiliki rekod jenayah lampau termasuk penagihan dadah dan pernah dikenakan tindakan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Dalam kes berasingan, Mohd. Mokhtar berkata, seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan di Taman Pulai Jaya, Nusajaya kerana memiliki sepucuk pistol dan tujuh butir peluru pada Ahad lalu.

"Polis merampas sepucuk pistol jenis Colt, tujuh butir peluru dan tiga telefon bimbit," katanya.

Polis juga menahan seorang lagi lelaki berusia 41 tahun kerana memiliki sepucuk pistol automatik dan 34 butir peluru di Jalan Bidara 10, Taman Tangkak Jaya 2, Tangkak.

"Selain pistol, pihak kami turut menemui sepasang gari. Semakan rekod lampau juga mendapati suspek mempunyai empat kesalahan," katanya.

Kedua-dua kes ini, katanya disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika sabit kesalahan boleh dikena penjara 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam sebatan.

MBJB sasar kutipan cukai RM186 juta

Posted:

MBJB sasar kutipan cukai RM186 juta

MBJB sasar kutipan cukai RM186 juta

JOHOR BAHRU 26 Ogos - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyasarkan kutipan hasil cukai sebanyak RM186 juta pada tahun ini.

Datuk Bandar Johor Bahru, Burhan Amin berkata, pihaknya menyasarkan mampu menarik 85 hingga 90 peratus pembayar cukai menunaikan tanggungjawab mereka.

"Kita kena beri penekanan bagaimana mahu memaksimumkan kewangan iaitu antaranya dengan kutipan cukai yang boleh ditingkatkan.

"Tahun lalu kita menerima RM170 juta dengan 80 peratus kadar pencapaian dan tahun ini kita kena perbaiki lebih lagi, sekurang-kurangnya 85 peratus hingga 90 peratus," katanya pada Mesyuarat Penuh MBJB yang pertama dihadirinya di sini kelmarin.

Menurutnya, notis pemberitahuan, notis peringatan pertama dan notis terakhir yang boleh dikenakan tindakan lebih tegas iaitu penyitaan sekiranya masih ada pihak yang enggan menjelaskan bayaran akan dihantar kepada semua pelanggan MBJB.

"Saya tekankan, setiap notis amaran terakhir yang dihantar kepada pelanggan mestilah disertakan dengan dokumen bagi tindakan undang-undang," katanya.

Hingga kini, bagi jenis pegangan rumah kedai, sebanyak 3,780 notis dikeluarkan dengan membabitkan tunggakan sebanyak RM7.7 juta, katanya.

"Sementara itu, bagi pegangan kilang, sebanyak 2,876 notis dikeluarkan dengan membabitkan tunggakan sebanyak RM7.8 juta," katanya.

Beliau yakin jumlah kutipan itu boleh ditingkatkan kepada premis-premis terbengkalai iaitu beberapa projek mega yang dibangunkan di negeri ini.

"Projek ini memang sudah terbengkalai namun ia tidak terkecuali daripada membayar cukai hasil kerana ia bernaung di bawah syarikat yang disenaraikan sebagai syarikat di bursa dan sememangnya mampu untuk membayar cukai tersebut," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia komited pertahan sistem demokrasi

Posted:

Malaysia komited pertahan sistem demokrasi

Malaysia komited pertahan sistem demokrasi


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan sebahagian diplomat asing diiringi Anifah Aman semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama kakitangan Kementerian Luar di Wisma Putra, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 26 Ogos - Datuk Seri Tun Najib Razak berkata, Malaysia komited dengan sistem demokrasi yang diamalkannya dan tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan anarki, rusuhan dan gangguan ketenteraman awam.

Perdana Menteri berkata, asas kepada demokrasi di Malaysia adalah demokrasi berparlimen yang dipertahankan sejak Malaysia ditubuhkan.

"Kita komited dengan demokrasi berparlimen kerana itulah landasan yang kita akan terus pertahan dan perjuangkan," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama diplomat asing dan kakitangan Kementerian Luar di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Sehubungan itu, Najib meminta masyarakat antarabangsa tidak salah faham terhadap pendirian kerajaan tersebut.

Beliau berkata, di Malaysia, kepatuhan kepada undang-undang adalah penting demi menjaga keharmonian dalam masyarakat pelbagai kaum.

"Kita tidak boleh mengambil ringan undang-undang kerana masyarakat akan berpecah-belah terutamanya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum," katanya.

Tegas beliau, rakyat Malaysia berpegang kepada konsep wasatiyah yang juga teras kepada ajaran Islam.

"Bagi memperluaskan Gerakan Kesederhanaan Baru, masyarakat Islam perlu mendekati pelbagai kumpulan secara inklusif dan saling memahami kerana ia adalah kunci kepada kejayaan kita," katanya.

Yang di-Pertuan Agong rasmi Masjid Asy-Syakirin KLCC

Posted:

Yang di-Pertuan Agong rasmi Masjid Asy-Syakirin KLCC

Yang di-Pertuan Agong rasmi Masjid Asy-Syakirin KLCC


TUANKU Mizan Zainal Abidin memasuki ruang masjid diiringi Jamil Khir Baharom selepas baginda berkenan merasmikan Masjid Asy Syarkirin Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Jalan Pinang, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA


KUALA LUMPUR 26 Ogos - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Masjid Asy-Syakirin, Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Jalan Pinang di sini hari ini.

Seri Paduka turut menunaikan solat Jumaat bersama 12,000 jemaah di masjid yang lebih dikenali sebagai 'Permata di Dalam Taman' itu kerana kedudukannya yang strategik dan mempamerkan ciri-ciri bina Islam yang indah termasuk mendapat sentuhan pengukir dari Uzbekistan.

Ketibaan Yang di-Pertuan Agong kira-kira pukul 12.45 tengah hari disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

Jamil Khir berkata, Masjid Asy-Syakirin dibina bagi memberi kemudahan kepada komuniti setempat serta keprihatinan kerajaan melalui Jawi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai penggerak dan ejen utama dalam pembangunan serta pengurusan hal ehwal Islam.

Katanya, Masjid Asy-Syakirin kini dijadikan pusat sehenti bagi komuniti setempat untuk menyemarakkan lagi aktiviti keagamaan selaras dengan peranan masjid meningkatkan syiar Islam.

''Justeru, barisan kepimpinan dan pengurusan masjid adalah diharapkan dapat memainkan peranan lebih proaktif dalam menggerakkan aktiviti masjid yang dapat menterjemahkan semangat ukhuwah untuk membina masyarakat madani yang lebih komprehensif.

''Semoga dengan pengisian program-program seperti keagamaan, ia dapat meningkatkan kegiatan pengimarahan masjid supaya ia dihayati oleh setiap individu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian.

Masjid Asy-Syakirin pada mulanya didaftarkan sebagai sebuah surau pada 12 Julai 1999 untuk kegunaan petugas Petronas, sebelum dinaik taraf sebagai masjid yang ditadbir oleh MAIWP.

Sementara itu, Tuanku Mizan berkenan mencemar duli bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum meninggalkan majlis kira-kira pukul 2.10 petang.

3A 2B layak ke asrama penuh

Posted:

3A 2B layak ke asrama penuh

3A 2B layak ke asrama penuh

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan syarat kemasukan baru untuk murid miskin dan luar bandar ke tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pengambilan 2012.

Kata Timbalan Perdana Menteri, bagi murid daripada keluarga miskin, kelayakan minimum untuk ke SBP di bawah syarat kemasukan baru itu adalah 3A 2B.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menambah, bagi murid dari luar bandar pula, kelayakan minimum untuk ke SBP di bawah syarat kemasukan baru itu adalah 4A 1B.

''Sehubungan dengan itu, murid daripada keluarga miskin dan murid dari luar bandar yang memperoleh keputusan seperti yang disebut akan diberi pertimbangan untuk kemasukan ke SBP.

''Syarat kemasukan ini efektif untuk kemasukan ke SBP bagi tahun 2012," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Muhyiddin menambah, Kementerian Pelajaran menyedari ramai murid daripada keluarga miskin dan murid dari sekolah luar bandar yang ketinggalan dan kurang mampu untuk mendapatkan bantuan seperti kelas tambahan berbayar.

Malah katanya, ada juga antara mereka yang tidak dapat menumpukan pada masa pembelajaran yang sempurna kerana hidup keluarga yang susah.

''Kementerian Pelajaran juga mendapati pendedahan kelompok ini kepada pengetahuan am dan dunia luar amat terhad disebabkan oleh kedudukan rumah, sekolah dan keluarga mereka yang kurang mampu," katanya.

Justeru kata Muhyiddin, perubahan syarat kemasukan kepada golongan murid itu diyakini akan membantu murid tersebut mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.

Matlamat utama tambah beliau, supaya murid-murid itu mendapat kelulusan pada peringkat tertinggi dan mampu merubah taraf hidup.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved