Sabtu, 27 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Sindiket samun teksi tumpas

Posted:

Sindiket samun teksi tumpas

Sindiket samun teksi tumpas

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff menunjukkan pistol yang dirampas dalam serbuan di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 26 Ogos – Polis negeri ini berjaya menumpaskan sindiket yang menjalankan kegiatan menyamun pemandu teksi di sekitar daerah ini dengan penahanan dua lelaki dan seorang wanita di Jalan Tun Razak pada Isnin lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dengan tertangkapnya kesemua suspek berusia antara 32 hingga 36 tahun itu, pihaknya percaya dapat menyelesaikan sebanyak 25 kes samun di bandar raya ini.

Menurut beliau, modus operandi sindiket itu adalah berpura-pura menahan teksi untuk dijadikan mangsa sebelum menyamun pemandu setelah mengikat mereka.

"Hasil tangkapan itu, polis turut merampas empat unit telefon bimbit, sembilan kad sim, sebilah pisau lipat, sebatang besi yang ditajamkan, sebilah gunting dan kunci.

"Kesemua suspek juga dikesan memiliki rekod jenayah lampau termasuk penagihan dadah dan pernah dikenakan tindakan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Dalam kes berasingan, Mohd. Mokhtar berkata, seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan di Taman Pulai Jaya, Nusajaya kerana memiliki sepucuk pistol dan tujuh butir peluru pada Ahad lalu.

"Polis merampas sepucuk pistol jenis Colt, tujuh butir peluru dan tiga telefon bimbit," katanya.

Polis juga menahan seorang lagi lelaki berusia 41 tahun kerana memiliki sepucuk pistol automatik dan 34 butir peluru di Jalan Bidara 10, Taman Tangkak Jaya 2, Tangkak.

"Selain pistol, pihak kami turut menemui sepasang gari. Semakan rekod lampau juga mendapati suspek mempunyai empat kesalahan," katanya.

Kedua-dua kes ini, katanya disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika sabit kesalahan boleh dikena penjara 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam sebatan.

MBJB sasar kutipan cukai RM186 juta

Posted:

MBJB sasar kutipan cukai RM186 juta

MBJB sasar kutipan cukai RM186 juta

JOHOR BAHRU 26 Ogos - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyasarkan kutipan hasil cukai sebanyak RM186 juta pada tahun ini.

Datuk Bandar Johor Bahru, Burhan Amin berkata, pihaknya menyasarkan mampu menarik 85 hingga 90 peratus pembayar cukai menunaikan tanggungjawab mereka.

"Kita kena beri penekanan bagaimana mahu memaksimumkan kewangan iaitu antaranya dengan kutipan cukai yang boleh ditingkatkan.

"Tahun lalu kita menerima RM170 juta dengan 80 peratus kadar pencapaian dan tahun ini kita kena perbaiki lebih lagi, sekurang-kurangnya 85 peratus hingga 90 peratus," katanya pada Mesyuarat Penuh MBJB yang pertama dihadirinya di sini kelmarin.

Menurutnya, notis pemberitahuan, notis peringatan pertama dan notis terakhir yang boleh dikenakan tindakan lebih tegas iaitu penyitaan sekiranya masih ada pihak yang enggan menjelaskan bayaran akan dihantar kepada semua pelanggan MBJB.

"Saya tekankan, setiap notis amaran terakhir yang dihantar kepada pelanggan mestilah disertakan dengan dokumen bagi tindakan undang-undang," katanya.

Hingga kini, bagi jenis pegangan rumah kedai, sebanyak 3,780 notis dikeluarkan dengan membabitkan tunggakan sebanyak RM7.7 juta, katanya.

"Sementara itu, bagi pegangan kilang, sebanyak 2,876 notis dikeluarkan dengan membabitkan tunggakan sebanyak RM7.8 juta," katanya.

Beliau yakin jumlah kutipan itu boleh ditingkatkan kepada premis-premis terbengkalai iaitu beberapa projek mega yang dibangunkan di negeri ini.

"Projek ini memang sudah terbengkalai namun ia tidak terkecuali daripada membayar cukai hasil kerana ia bernaung di bawah syarikat yang disenaraikan sebagai syarikat di bursa dan sememangnya mampu untuk membayar cukai tersebut," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved