Ahad, 23 Mac 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pemilik kolam ikan dakwa jadi mangsa tipu

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

TENGKU Azman Tengku Jaafar menunjukkan laporan polis mengenai kes penipuan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini. - UTUSAN/HASHIM P. MAMAT

KUALA KANGSAR 23 Mac - Seorang pemilik kolam ikan di Kampung Kledang di sini, mendakwa ditipu seorang lelaki yang mengajaknya untuk menganjurkan satu pertandingan memancing secara bersama, tetapi sebenarnya tidak wujud.

Sebaliknya, suspek menghilangkan diri selepas mengutip semua bayaran yuran pertandingan daripada peserta.

Pemilik kolam tersebut, Tengku Azman Tengku Jaafar, 57, berkata, dia didatangi lelaki itu bulan lalu yang mengajaknya menganjurkan pertandingan memancing dengan hadiah wang tunai RM3,000 dan sebuah enjin bot kepada pemenang.

Katanya, dia yang percaya kerana lelaki itu menggunakan nama pemimpin tempatan, bersetuju setelah berbincang tentang pembahagian keuntungan antara mereka.

"Namun selepas mengutip yuran penyertaan daripada para peserta, lelaki itu menghilangkan diri dan sehingga kini tidak dapat dihubungi lagi.

"Hasil siasatan, lelaki itu tidak pernah mendapat kerjasama daripada pemimpin seperti didakwa," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di sini kelmarin.

Berikutan itu, Tengku Azman berkata, dia terpaksa membatalkan pertandingan memancing berkenaan yang dijadualkan pada 29 Mac ini kerana tidak mampu menyediakan hadiah tersebut.

"Saya berharap peserta yang telah membayar yuran pertandingan tidak menyalahkan saya ekoran pembatalan itu kerana saya juga menjadi mangsa penipuan.

"Mereka yang telah membayar yuran diminta datang jumpa saya supaya tindakan lanjut boleh dibuat," jelasnya.

PGA rampas 14,800 biji pil kuda

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Haliludin Rahim (tengah) bersama pegawainya menunjukkan pil kuda yang dirampas dalam Op Cantas Khas pada sidang akhbar di Pasir Mas, Kelantan, semalam.

PASIR MAS 23 Mac - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Ke-7 merampas sejumlah 14,800 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM296,000 dalam Op Cantas Khas di Taman Sri Rantau, Rantau Panjang dekat sini Rabu lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, pasukan tersebut turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dan warga Thailand berusia 42 tahun selain merampas wang kertas seringgit berjumlah RM90,000 serta dua motosikal bernombor pendaftaran Thailand.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, jumlah keseluruhan rampasan tersebut dianggarkan mencecah RM396,000.

"Berdasarkan siasatan awal, pil berkenaan dipercayai untuk diedarkan ke pasaran tempatan dan kita percaya, penahanan dua lelaki itu berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran pil kuda di Pasir Mas.

"Hasil ujian air kencing mendapati hanya suspek warga tempatan positif dadah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pegawai Pemerintah PGA Batalion Ke-7, Supritendan Norizan Murad.

Haliludin memberitahu, wang kertas seringgit bernilai RM90,000 yang dirampas dalam serbuan tersebut dipercayai adalah hasil urusan jual beli pil kuda tersebut.

"Rampasan pil tersebut merupakan yang terbesar setakat ini dan kita akan terus berganding bahu dengan pihak PGA dalam usaha membanteras pengedaran pil kuda di daerah ini," katanya.

Menurut Haliludin, kedua-dua suspek itu direman selama tujuh bermula Rabu lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Miliki keseimbangan

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Oleh JOHARDY IBRAHIM
ekonomi@utusan.com.my

bahagian depan yang lebih garang menjadi tarikan kepada Altis baharu ini.

Dengan pelbagai penambahbaikan dan peningkatan, Toyota Corolla Altis serba baharu menawarkan pelanggan suatu model kereta yang benar-benar hidup dan menepati cita rasa generasi hari ini.

Altis ditawarkan dalam tiga varian. Varian 1.8E berharga RM114,000 sementara varian 2.0G ialah RM123,000. Model tertingginya, 2.0V dijual pada harga RM136,000 (semua harga adalah di atas jalan dengan insurans).

Secara umumnya, varian 1.8E merupakan model tonggak kepada populariti dan tumpuan para pembeli. Berbeza hanya sedikit daripada segi spesifikasi, Altis 1.8E telah direka oleh jurutera Toyota dengan mengambil pendekatan yang lebih terkehadapan dan dinamik dalam pembangunan. Semuanya memenuhi ciri Toyota - kualiti, keselamatan, kebolehpercayaan, prestasi dan nilai cemerlang.

Direka bentuk baharu sepenuhnya, Altis membawa standard baru terhadap kecemerlangan automotif dalam kelasnya. Nadi Altis dibina di atas platform baru, manakala kereta telah diberi penambahbaikan dalam semua aspek bagi menawarkan keselesaan, ruang luas yang terbaik dan standard kualiti tinggi yang lebih baik lagi.

Altis mengambil pendekatan segar dengan penambahbaikan yang banyak berbanding model sebelumnya, menawarkan keseimbangan sempurna dalam pakej, prestasi, selain gaya luaran dan dalaman. Dengan ini, model terbaharu dalam keluarga Toyota ini pasti menonjol kepada generasi baru pengguna yang arif dan mengukuhkan kedudukan model ini sebagai peneraju pasaran dalam segmennya.

Gaya luaran prestij moden menghasilkan penambahbaikan yang besar keseluruhannya. Bahagian hadapan kereta menampilkan reka bentuk jeriji trapezoid dengan batang bersalut krom yang melangkaui dari lambang ikonik Toyota hingga ke luar tepi lampu hadapan LED dengan DRL yang merupakan pertama dalam kelasnya, iaitu lampu hadapan yang lebih tahan lama dan cekap tenaga bagi mengurangkan kelesuan semasa memandu di waktu malam. Asas roda (wheelbase) Altis telah ditambah untuk menjadikan kabin lebih luas dan kedudukan pemanduan sport yang lebih selesa.

Altis boleh didapati dalam lima warna bertenaga. Ini merangkumi White Pearl CS, Silver Metallic, Attitude Black dan dua warna yang baru diperkenalkan - Grey Metallic dan Dark Brown Mica Metallic.

Ruang dalaman Altis serba baharu juga menampilkan penambahbaikan yang banyak. Ia menggunakan bahan yang lembut semasa disentuh bagi mewujudkan rupa yang licin. Perkakasan dan perhiasan moden dan bersih juga tambah meneguhkan tema Dinamisme Ikonik" dalamannya.

Altis juga telah melalui reka bentuk semua bahagian di bawah hud bagi memberikan pengalaman pemanduan lebih lancar dan menyeronokkan, merangkumi paras terbaik kesenyapan dalam kelasnya.

Toyota Corolla dikenali sebagai satu daripada barisan model popular di dunia dengan lebih 40 juta unit terjual di lebih daripada 150 negara. Sejak pertama kali diperkenalkan pada 1966, Toyota Corolla telah melalui 10 perubahan model.

Evolusi Kereta Global" ini telah menyaksikan banyak penambahbaikan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Toyota Corolla Altis mewakili satu dalam lima kenderaan yang dijual dalam sejarah 76 tahun Toyota. Toyota Corolla Altis pertama kali diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2001. Toyota telah menjual hampir 64,000 (63,798) unit sehingga tahun lalu, yang merupakan bukti keyakinan rakyat Malaysia terhadap jenama itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Wanggai kena maki?

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Oleh ROSALINDA MD.SAID
sukan@utusan.com.my

Pemain T-Team, Patrich Steev Wanggai (kanan) ditenangkan rakan sepasukan apabila berang dengan pengadil perlawanan, Mohammad Zamzaidi Katimin (kiri) yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya pada perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin. - AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU - Saingan Liga Super antara pasukan berstatus kelab, T-Team menentang Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin mencetus kontroversi berikutan berlaku pertelingkahan kecil di antara pengadil dan pemain The Titans, Patrich Steve Wanggai pada minit-minit terakhir sebelum tamat perlawanan.

Wanggai, 25, mendakwa, pengadil, Mohammad Zamzaidi Katimin telah mencemari imej pertandingan rasmi bola sepak ekoran sikap tidak profesionalnya memaki serta mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pemain semasa perlawanan berlangsung.

Sebagai pengadil, sepatutnya dia bersikap neutral pada setiap masa sepanjang perlawanan dan amatlah tidak wajar bagi pegawai perlawanan sepertinya menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya.

Barangkali dia marah pada saya atas beberapa sebab tetapi itu bukan alasan yang kukuh untuk dia memaki saya," kata pemain import dari Indonesia itu.

Dalam saingan kelmarin, dua pasukan tercorot Liga Super, T-Team dan Perak mencatat keputusan seri 1-1.

Pelawat yang mempamerkan aksi garang, berpeluang mendahului pada minit ke-78 menerusi rembatan cantik pemain gantian, G. Mugenthirran dan berselang tiga minit, pemain The Titans, Mohd. Ramzul Zaihani Adenan berjaya mengikat kedudukan 1-1 selepas menumbangkan gawang gol Perak.

Wanggai memberitahu, dia masih boleh menerima jika tindakan tidak bertanggungjawab tersebut dicetuskan pihak lawan kerana sememangnya mereka mahu menguji dan menggusarkan pasukan yang ditandingi.

Malangnya, tindakan itu datang daripada pengadil sendiri dan ini sekali gus memberi gambaran ada sesuatu yang tidak kena dengan pengadil tersebut," katanya.

Wanggai yang kesal dengan insiden itu berkata, ini bukan kali pertama kejadian tersebut berlaku ke atas dirinya. Dia pernah dihambur dengan kata-kata kesat ketika pertama kali beraksi dalam perlawanan rasmi di negara ini.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka perkara itu berulang lagi.

Penyerang tersebut berkata, pihak pengurusan telah dimaklumkan dengan insiden itu sekali gus menyerahkan kepada mereka untuk tindakan selanjutnya dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Setiap pemain berusaha keras untuk menaikkan prestasi pasukan yang kini menghuni tangga tercorot Liga Super dan apa yang terjadi ini tidak membantu usaha kami itu

Insiden yang menimpa Evaldo Rodrigues semasa perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru baru-baru telah memberi kesan buruk kepada kami dan tidak sangka kini ia berlaku kepada saya pula," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) T-Team, Syahrizan Ismail berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden yang menimpa Wanggai dan akan menyiasat perkara tersebut sebelum dilanjutkan ke pihak atasan.

Malaysia gagal saingi Australia

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
sukan@utusan.com.my

Pasukan Australia meraikan kejayaan menjulang kejuaraan pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-23 selepas menewaskan Malaysia 8-3 di Stadium Azlan Shah di Ipoh, semalam.

IPOH - Australia nyata berada pada kelas tersendiri apabila mengekalkan trofi Hoki Piala Sultan Azlan Shah dengan embelasah Malaysia 8-3 di Stadium Azlan Shah di sini semalam.

Ia merupakan kejuaraan kelapan Australia selepas 1983, 1998, 2004, 2005, 2007, 2011 dan 2013. Bagi skuad kebangsaan, ia satu lagi final yang menghampakan setelah tumpas kepada lawan yang sama 2-3 , tahun lalu.

Semangat pemain negara untuk mencipta kejutan bagaikan direntap apabila ketinggalan 0-3 setakat pertengahan babak pertama. Biarpun cuba memberi tentangan dan merapatkan jurang 1-3 menerusi gol Shahril Saabah di babak pertama, ia tidak banyak membantu.

Harapan 15,000 peminat untuk melihat Malaysia bangkit pada babak kedua pada mulanya tampak menjadi kenyataan selepas Rashid Baharom menjadikan kedudukan 3-2 pada minit ke-40.

Namun Australia menambah lima lagi gol untuk menyerlahkan jurang di antara kedua-dua pasukan. Trofi kepada pemenang disampaikan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Strategi Perak menjadi 5 terbaik

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Kerajaan negeri Perak menaja akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor SPM ke 164 sekolah menengah terpilih di seluruh negeri itu sebagai salah satu usaha untuk melonjakkan pencapaian akademiknya ke kedudukan lima terbaik di negara ini.

Bagi memastikan matlamat itu tercapai, sekolah yang terpilih bukan sahaja menerima akhbar malah pengetuanya diberi pendedahan tentang tatacara dan strategi penggunaan Tutor SPM untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar oleh Penasihat Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Dalam majlis yang sama, para pengetua turut diberi taklimat pengenalan tentang akhbar pendidikan Tutor SPM oleh Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Secara umum, pengetua yang terbabit yakin Tutor SPM mampu memberikan impak positif kepada pencapaian akademik sekolah sekiranya diguna pakai dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dr. Megat Khas, Khairulnizwa Mohamed berkata, sebagai sekolah pilihan dalam langgan Tutor SPM, guru dan pelajar sekolahnya berpeluang mempelbagaikan alat bantuan pembelajaran selain buku teks .

Menurutnya, sekolah kini boleh menyusun strategi pembelajaran baharu bagi membolehkan penggunaan Tutor SPM dapat dipraktikkan secara sepenuhnya.

''Tutor ini sudah baik dalam membantu PdP guru dan proses pembelajaran murid namun sebagai pentadbir sekolah, kita perlu bijak dalam memastikannya dapat digunakan sebaiknya.

"Kini terpulang kepada kebijaksanaan guru untuk menggunakan Tutor SPM sebagai sebagai alat bantu PdP yang menarik dan berkesan buat pelajar," katanya.

Selain itu, menurut Pengetua SMK (F) Besout, Sabariyah Wan Chik, kandungan Tutor SPM akan menjadi sia-sia jika sekolah gagal mengguna pakai bahan tersebut dengan sebaiknya.

''Terpulang kepada pentadbir setiap sekolah untuk menggerakkan penggunaan Tutor ini kerana saya merasakan hanya pihak sekolah sahaja yang bertanggungjawab untuk mempraktikkannya,'' kata beliau.

Tegas Sabariyah, Tutor SPM mampu meningkatkan prestasi pembelajaran murid sekiranya bahan tersebut diguna pakai sebaiknya dan diolah penggunaannya secara bijak dan terancang, seterusnya membolehkan pelajar menguasai pemahaman pelajaran dengan berkesan.

Bagi Pengetua SMK Raja Shahriman Beruas, Ahmad Rosidi Ramley, pihak sekolah tidak mempunyai pilihan lain selain menggembeling guru dan murid untuk menjayakan objektif penggunaan Tutor SPM di sekolah masing-masing.

Ini kerana, ujarnya, walaupun Tutor SPM mengandungi bahan yang lengkap dengan soalan latih tubi berkualiti dan maklumat lain yang diperlukan sekolah namun jika gagal diguna pakai secara efektif maka objektif edaran langganan Tutor ke sekolah akan menjadi sia-sia.

''Saya yakin akhbar pendidikan ini akan dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid jika dimanfaatkan sepenuhnya.

''Dengan adanya Tutor SPM ini, pengajaran guru akan menjadi lebih menarik dan memberi impak yang berkesan kepada pelajar,'' katanya.

Peranan guru penting tingkatkan prestasi akademik

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

SEBAHAGIAN daripada 164 pengetua sekolah menengah yang terpilih menerima tajaan Tutor SPM mendengar taklimat tatacara penggunaannya di Hotel Riverfront, Ipoh, Perak baru-baru ini.

GURU perlu mengatur strategi dengan menggunakan bahan tambahan mengajar termasuk akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor dalam melengkapkan persiapan pelajar menghadapi peperiksaan, kata Mohd. Idris Ramli.

Menurut Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak itu, penggunaan akhbar pendidikan Tutor SPM yang ditaja oleh kerjaan negeri ke 164 sekolah menengah terpilih adalah sebahagian daripada usaha dan inisiatif dalam memberi kemudahan pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar.

''Kita mahu Tutor SPM ini menjadi alat bantu mengajar dan menjadi rujukan pengajaran oleh setiap guru dalam usaha memanfaatkan sepenuhnya penggunaan akhbar pendidikan berkenaan di sekolah masing-masing,'' katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Program Amanjaya Gemilang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014-2015 dan menandatangani memorandum persefahaman antara Utusan Melayu (M) Bhd. dengan Kerajaan Negeri Perak berhubung tajaan akhbar pendidikan Tutor.

Pelancaran program itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Mohd. Idris berharap, inisiatif yang diambil kerajaan negeri dengan menaja Tutor SPM itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru di sekolah terlibat.

''Anggap sahaja Tutor SPM ini sebagai bahan nilai tambah kepada strategi pelaksanaan yang sedia ada di sekolah dan pastikan adanya impak terhadap penggunaan bahan akhbar ini," katanya.

Menurutnya, apa yang penting para guru perlu menyusun strategi yang berkesan dalam penggunaan Tutor SPM di sekolah masing-masing bagi mendapat impak yang diharapkan.

Selain itu, ujar Mohd. Idris, inisiatif kerajaan Perak menaja Tutor SPM di sekolah menengah di negeri itu membuktikan komitmen pihak tersebut bagi meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menjadikan Perak antara negeri terbaik dalam pencapaian akademik.

"Bagi Jabatan Pendidikan negeri, usaha mengedarkan Tutor SPM ke sekolah terlibat amat dipuji dan sewajarnya menjadi perangsang semangat kepada sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik sekolah pada masa depan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Cubaan usir askar Ukraine

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Beberapa penduduk awam yang ketakutan, diiringi anggota tentera pro-Rusia ketika satu serbuan dilancarkan ke atas sebuah Pangkalan Tentera Udara Ukraine di bandar Belbek, Crimea, berhampiran Sevastopol, kelmarin. - REUTERS

SIMFEROPOL 23 Mac - Tentera Rusia menggunakan kenderaan berperisai, senjata automatik dan bom tangan ketika menawan sebuah pangkalan Tentera Udara Ukraine di Crimea, semalam, sehari selepas wilayah itu menjadi milik Moscow.

Askar Ukraine turut dilapor meninggalkan sebuah pangkalan tentera lautnya selepas diserang penunjuk perasaan pro-Rusia selain menyerahkan dua kapal perang kepada tentera Rusia.

Dalam kejadian di Pangkalan Tentera Udara Belbeck, Reuters melaporkan, tentera Rusia menggunakan kenderaan berperisai untuk memusnahkan tembok sebelum bunyi tembakan dan letupan bom tangan kedengaran.

Sebelum ini, tentera Rusia telah menawan lapangan terbang Belbeck dan pesawat perang ketika krisis di Crimea baru bermula.

Pangkalan tentera terbabit mempunyai berek, depot simpanan senjata dan sebuah pusat kawalan.

Kolonel Yuliy Mamchur yang merupakan komander pangkalan itu berkata, seorang askar Ukraine cedera dalam serangan mengejut tentera Rusia dan beliau dibawa ke lokasi rahsia untuk disoal siasat.

Jelasnya, pangkalan tersebut merupakan lokasi utama simpanan senjata oleh askar Ukraine.

Sementara itu, Pangkalan Tentera Laut Ukraine di Novofedorovka, dekat Sevastopol dikosongkan selepas penunjuk perasaan pro-Rusia cuba mengusir askar Ukraine yang ditempatkan di situ.

Jurucakap tentera Ukraine, Vladislav Seleznyov dalam kenyataannya berkata, tentera Rusia turut menawan sebuah kapang perang, Slavutich, yang dihalang meninggalkan pelabuhan terbabit.

Satu-satunya kapal selam Ukraine, Zaporizhya turut ditawan oleh tentera Rusia, kelmarin," jelas kenyataannya yang disiarkan melalui laman sosial Facebook.

- REUTERS

Iran bina replika kapal untuk propaganda

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Iran dipercayai membina sebuah kapal pengangkut pesawat olok-olok menyamai USS Nimitz (kanan), milik Amerika Syarikat untuk diletupkan bagi dengan tujuan propaganda anti-Amerika.

TEHERAN 23 Mac - Iran dilapor sedang membina sebuah kapal pengangkut pesawat olok-olok mirip kapal milik Amerika Syarikat (AS), USS Nimitz, dipercayai dengan tujuan digunakan dalam propaganda.

Seorang pegawai tentera AS yang enggan dikenali berkata, pembinaan kapal terbabit dikesan di sebuah limbungan kapal dekat Bandar Abbas berdasarkan imej yang diperolehi daripada sebuah satelit komersial.

Mereka (Iran) menggunakan kayu untuk membina kapal pengangkut pesawat menyerupai USS Nimitz," katanya seperti dilaporkan Mail Online.

Pegawai pentadbiran AS percaya kapal palsu itu mungkin digunakan sebagai tujuan propaganda, namun tempoh projek tersebut akan siap belum dapat dipastikan.

Satu teori yang dibangkitkan mendakwa, kapal kayu berkenaan akan dibawa ke laut dan diletupkan sebagai propaganda televisyen tempatan bagi menyemarakkan semangat anti-AS.

Akhbar New York Times melaporkan, kapal kayu itu berukuran 335 meter panjang, sama seperti kapal pengangkut pesawat milik AS, USS Abraham Lincoln dan USS Carl Vinson dan mempunyai tanda putih di bahagian depan kapal.

Jelas laporan tersebut, beberapa buah pesawat palsu turut diletakkan di atas dek kapal berkenaan.

Bagaimanapun, AS tidak bimbang dengan projek terbabit kerana Iran tidak menggunakan bahan sebenar untuk membina kapal berkuasa nuklear itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


RM28j tanam semula buah-buahan

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

Ismail Sabri Yaakob, Shafik Fauzan Sharif (duduk, dua dari kanan) dan Shahiruddin Abd. Moin (belakang, tiga dari kanan) melihat anak durian musang king sempena majlis Pelancaran Program Bantuan Tanam Semula Pokok Buah-buahan Terpilih di Ulu Dong, Raub, Pahang, semalam. - UTUSAN/Mahathir Ali

RAUB 23 Mac - Kerajaan memperuntukkan RM28 juta dalam tempoh tiga tahun bagi melaksanakan Program Tanam Semula Pokok Buah-buahan Terpilih di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program pertama kali diadakan itu mampu melonjakkan pendapatan masyarakat luar bandar dengan melibatkan penyertaan kira-kira 6,000 peserta.

"Melalui bantuan ini, kita akan membuat bayaran tunai berdasarkan jumlah pokok atau keluasan tanah pemilik kebun. Selain itu, kita juga akan membantu menyediakan benih berkualiti, input pertanian, alatan kecil pertanian, infrastruktur asas dan kerja-kerja pembersihan kawasan.

"Mereka yang layak dan berminat boleh mendaftar dengan Jabatan Pertanian di daerah masing-masing," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Program Bantuan Tanam Semula Pokok Buah-buahan Terpilih di Padang Sekolah Kebangsaan Ulu Dong, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif; Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Abd. Moin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman; Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Jabatan Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek dan Pegawai Daerah Raub, Ismail Mohd. Ali.

Menurut Ismail Sabri, program tersebut akan melibatkan dua kategori iaitu individu yang mempunyai tanah kebun buah-buahan sedia ada tidak melebihi 2.02 hektar dan juga individu yang mempunyai pokok buah-buahan di kawasan kediaman.

Jelasnya, kadar bantuan minimum adalah RM1,000 dan maksimum RM6,000 per hektar bagi tempoh tiga tahun akan diberikan kepada petani tertakluk terhadap keperluan dan penilaian jawatankuasa pelaksana peringkat daerah.

Tambah beliau, program itu menyasarkan tanaman buah-buahan yang mempunyai nilai komersial dan pasaran tinggi seperti durian, manggis, nangka, belimbing, limau dan mangga.

"Kita hanya akan memberi fokus kepada buah-buahan yang mempunyai kualiti dan nilai tinggi. Contohnya bagi durian hanya jenis musang king dan D24 akan dibekalkan kepada peserta," katanya.

Dalam pada itu, beliau menaruh keyakinan program tersebut bukan sahaja akan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar tetapi mampu mengurangkan defisit eksport buah-buahan tempatan berbanding jumlah import yang meningkat.

Katanya, berdasarkan statistik 2012, negara mengimport RM1.8 bilion buah-buahan manakala jumlah eksport buah-buahan pula hanya kira-kira RM615 juta.

"Saya berharap dengan pelaksanaan pelbagai program termasuk bantuan penanaman semula pokok buah-buahan ini, jumlah eksport kita mampu mencecah sekurang-kurangnya RM1 bilion menjelang 2020.

"Malah di bawah dasar Agromakanan Negara, pengeluaran buah- buahan dijangka meningkat selaras dengan peningkatan produktiviti kawasan berhasil daripada 9.6 metrik tan sehektar pada 2010 kepada 12.9 tan metrik sehektar pada 2020," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Reputasi tercalar isu displin

Posted: 23 Mar 2014 05:37 AM PDT

Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my

HATINYA gundah, jiwanya parah mengenangkan satu persatu cerita kurang manis bertebaran sejak akhir-akhir ini. Tidak tahu di mana silapnya, Amyra Rosli menjeruk rasa apabila orang mula memperkatakan tentang dirinya.

Dia tidak betah duduk diam, jauh sekali untuk mempertahankan diri. Dia yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Tidak terlintas di benak hatinya untuk menuding jari menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.

Jika sebelum ini nama Amyra sekadar dikenali sebagai bakat baru yang bergemerlapan tetapi kini reputasinya sedikit tercalar dengan tuduhan tidak berdisiplin oleh segelintir pihak.

Dituduh sering datang lambat ke lokasi memanaskan namanya. Jika sebelum ini tunangnya Dazrin Kamaruddin terkena tempias kini giliran Amyra pula terpaksa menepis satu persatu persoalan yang sama ditujukan kepadanya.

"Saya tak berniat untuk mengeruhkan lagi keadaan dan menyalahkan orang lain. Cuma berilah peluang saya untuk menjawab dan memperbetulkan segala kesilapan yang telah saya lakukan.

"Apabila orang tak tahu hal sebenar dan membaca atau mendengar cerita negatif saya mereka terus menjatuhkan hukuman. Kenapa tak bertanya saya dulu hal yang berlaku untuk saya jernihkan segala kekeruhan.

"Pada masa ini tak ada apa yang mampu saya lakukan untuk memperbetulkan keadaan. Setiap tindakan saya di lokasi sudah ada perbincangan awal dan mereka tahu apa yang terjadi," jelas pelakon ini.

Menurut Amyra, tidak timbul isu tak berdisiplin seperti yang didakwa memandangkan pihak produksi seperti penolong pengarah mahupun pengurus produksi mengetahui terlebih dahulu perkara berkenaan.

Tambahan pula kerjaya seninya dikemudi sepenuhnya oleh ibu sendiri, tak mungkin Amyra mahu menjatuhkan maruah ahli keluarga sendiri dengan sikap buruknya.

Sakit hati

Tipu jika Amyra tidak sedikit berasa terkilan dengan tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak terhadap dirinya. Mengakui ada kalanya hatinya terguris dengan kata-kata negatif , dia akur inilah percaturan hidup untuk menjadi anak seni.

Mungkin dugaan yang diterima gadis yang berusia 23 tahun ini terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan yang lain tapi sebagai orang baru dia cuba menghadam satu persatu kontroversi yang sedang melanda.

"Saya menjadi pelakon bukan untuk popular di dada-dada akhbar dengan cerita kurang enak. Kalau boleh biarlah kenal nama Amyra Rosli dengan bakat yang saya ada seperti pelakon hebat yang lain.

"Tak dinafikan apabila ada kontroversi barulah orang kenal saya. Tapi tak manis kalau peminat terlalu disogokkan dengan cerita tak baik yang akhirnya memalitkan nama yang kurang manis buat saya.

"Apabila ada cerita tak baik bukan saya sahaja yang terkena tempias tetapi juga keluarga. Itu yang cuba saya elakkan sejak kali pertama menjejakkan kaki dunia seni ini," tegasnya lagi.

Mula dikenali dengan drama bersiri Jodoh, nama pelakon ini mula memuncak selepas membintangi drama Kau Cinta Kau Seorang bergandingan dengan Remy Ishak.

Bagi Amyra, dia tidak menolak tanggapan yang dia masih baru di dalam industri dan sudah pasti banyak lagi perkara baru yang harus dilalui untuk mematangkan diri.

"Sukar sebenarnya nak menapak dalam sebagai pelakon di Malaysia. Walaupun industri kita kecil tapi persaingan antara pelakon cukup kuat. Tambahan pada orang baru macam saya sudah tentu peluang yang ada tak boleh dipersia-siakan.

"Saya bersusah payah mencari tempat dalam industri tak mungkin senang-senang saya nak hancurkan karier sendiri dengan masalah disiplin dan sebagainya.

"Mungkin saya tak seteruk yang disangka. Kepada orang luar jangan terus menjatuhkan hukum tanpa mengetahui hal sebenar," pintanya.

Enggan terus menambahkan duka dalam dada, Amyra tidak mahu menjadikan isu tersebut beraja dalam hati seterusnya menjatuhkan semangatnya selepas ini.

Jodoh

"Tidak ada apa pun yang berbeza sama ada sebelum bertunang atau selepas bertunang. Saya masih lagi macam dulu dan dia sendiri tak pernah menghalang niat saya nak menjadi pelakon," jawab gadis ini apabila ditanya tentang perancangan peribadinya.

Sejak bertunang, Amyra tidak pernah lagi meletakkan sebarang tarikh untuk dia disatukan bersama aktor Dazrin memandangkan antara mereka begitu terbuka dalam soal ini.

Menafikan pertunangan tersebut dibuat akibat keghairahan untuk mendirikan rumah tangga, dia yakin percaturan tersebut dilakukan atas ketentuan Ilahi.

"Saya hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Saya tidak pernah meletakkan sebarang tarikh lagi untuk mengakhiri zaman bujang dengan Dazrin.

"Masa bertunang dulu pun, tak ada jangka masa yang ditetapkan untuk bernikah. Tambahan pula sekarang masing-masing sibuk dengan penggambaran membuatkan hal kahwin tak akan dibuat dalam masa terdekat.

"Cuma saya begitu menghargai Dazrin yang cukup setia berada di sisi meskipun sibuk dengan kerjaya sendiri. Setiap hari dia akan memastikan saya okey dan tak menghadapi sebarang masalah.

"Kami macam kawan dan banyak perkara dikongsi bersama. Untungnya dia tak banyak kerenah," jelas Amyra tertawa.

Buat masa ini Amyra dan Dazrin mahu memberikan fokus kepada bidang lakonan dan mengejar apa sahaja peluang yang terhidang di depan mata.

Paling dihargai apabila mereka tidak mencampur-aduk soal peribadi dan soal kerjaya dan membuang jauh-jauh perasaan cemburu untuk mengelak sebarang kemungkinan di masa hadapan.

"Apabila dia ditimpa kontroversi saya ada memberikan semangat kepadanya begitu juga sebaliknya apabila dia menitipkan pesan untuk saya terus kuat menghadapi ujian apabila dihimpit masalah tanpa putus-putus," katanya yang baru selesai menjalani penggambaran telefilem Baju Raya Yaya yang bakal disiarkan Hari Raya Aidilfitri ini selain beberapa drama yang lain.

Aweera jawab gosip

Posted: 23 Mar 2014 05:37 AM PDT

Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my

MENGANGGAP tuduhan meminta bantuan kewangan VIP sebagai cerita tidak berasas dan fitnah, Aweera menafikan sekeras-kerasnya cerita yang disiarkan oleh Pancaindera minggu lalu.

Baginya, dakwaan tersebut mengarut dan dia sendiri tidak mengetahui siapakah VIP yang dimaksudkan dalam rencana itu.

"Semua itu fitnah dan tuduhan yang mengarut. Saya tak pernah minta bantuan kewangan mana-mana VIP. Perkara ini sangat memalukan saya sebagai anak seni.

"Buruk sangatkan bekerja sebagai penyanyi sehingga perlu minta duit VIP? Saya tak pernah lagi buat kerja macam itu dan saya anggap ini untuk menyebar cerita negatif tentang saya," tegas Aweera.

Menjelaskan lebih lanjut perkara berkenaan, Aweera tidak menafikan yang dia cukup malu dengan pandangan masyarakat tentang isu tersebut. Lebih memalukan apabila dia sendiri tidak pernah berbuat demikian.

Paling dikesalkan apabila keluarganya di kampung turut terkena tempias dan terkejut dengan gosip tersebut. Namun awal-awal lagi dia telah menjelaskan perkara sebenar untuk meleraikan kekusutan.

"Kalau benar saya ada ada berhutang atau ada minta bantuan VIP kenapa VIP berkenaan tak jumpa saya? Kenapa tak tanya saya sendiri kalau ada masalah atau tak puas hati.

"Jika saya pernah berurusan dengan dia sepatutnya dia jumpa saya terus. Tak payah nak libatkan pihak media untuk mengaibkan saya kalau benar saya pernah berurusan dengannya," tegas Aweera tetapi tidak menyebut siapa VIP yang dimaksudkan itu.

"Saya jenis orang yang gentleman kalau rasa tak puas hati, apa kata datang jumpa saya dan cakap depan-depan. Saya anak jantan. Kita berterus terang dan kita selesai baik-baik.

"Ini melibatkan maruah saya. Mana nak letak muka apabila bertemu peminat dan masyarakat? Satu kerja pula saya nak terangkan perkara sebenar," luah Aweera lagi.

Mengakui sedikit tertekan dengan tuduhan tersebut, Aweera berkata cerita ini mungkin berpunca daripada orang yang sakit hati dan dengki dengan dirinya.

Walaupun kerjaya seninya tidak segah penyanyi popular yang lain namun tegasnya dia belum sampai ke tahap untuk meminta-minta.

"Saya masih ada undangan menyanyi dan bukan tak berduit langsung. Walaupun tak banyak tapi tak sampai mengharapkan duit mana-mana VIP untuk menyara kehidupan saya.

"Kalau saya minta duit mereka sudah lama saya kaya. Tak payah menyanyi dan boleh hidup mewah dengan cara macam itu. Senang kerja kalau main minta-minta wang orang ini," katanya penuh makna.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Telefon pintar Sony kalis air, gelang ajaib

Posted: 23 Mar 2014 05:37 AM PDT

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, syarikat telefon mudah alih Sony telah melancarkan empat gajet terbaru Xperia Z2, Z2 Tablet, M2 serta jam pintar SmartBand SW10.

Model Sony Xperia Z2 mempunyai inovasi yang dapat menyahkan bunyi bising serta menggunakan teknologi sama dalam kamkorder bagi memastikan rakaman video ultra definisi tinggi.

Ia sekali gus menyaksikan kamera Xperia Z2 mampu merakam gambar dengan resolusi 4K, satu standard yang menawarkan empat kali ketajaman video definisi tinggi semasa.

Kameranya kini lengkap dengan resolusi kamera 20.7 megapiksel dan masih kalis air serta bersaiz 5.2 inci yang lebih besar berbanding Z1.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Hutang isi rumah masih terkawal

Posted: 23 Mar 2014 11:26 AM PDT

Oleh Fadzil Zainol

BILL Clinton yang melawat negara ini selepas tidak lagi menjadi Presiden Amerika Syarikat beberapa tahun lalu, menyatakan Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang pesat dengan hanya menilai bilangan pemilikan kenderaan yang begitu banyak memenuhi jalan raya.

Secara logiknya, kadar pemilikan kenderaan yang tinggi itu mampu menggambarkan kuasa beli rakyat negara ini yang baik, walaupun rata-ratanya membelinya secara hutang dan bukannnya bayaran tunai penuh. Mahu tidak mahu, kenderaan merupakan satu keperluan bagi melengkapkan rutin harian termasuk kegunaannya untuk ke tempat kerja.

Kaitannya pada Rabu lalu, Laporan Tahunan 2013 Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan tahap hutang isi rumah negara ini yang kini berada pada paras tertingginya, iaitu 86.8 peratus daripada nilai keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang turut disumbangkan oleh hutang pinjaman kenderaan.

Seperti dijangka berbanding maklumat-maklumat ekonomi yang lain, aspek hutang isi rumah ini lebih mendapat liputan yang meluas memandangkan nilai politiknya lebih besar terutama dengan niat untuk menghuraikan ketidakcekapan penggubal dasar ekonomi negara.

Kini telah adapun pihak yang mengulas tentang masalah ini, termasuk laporan-laporan akhbar yang melabelkan Malaysia sebagai negara yang hutang isi rumahnya tertinggi di Asia beserta ekonominya yang rapuh.

Tetapi, sebenarnya masih banyak perkara yang perlu ditambah tolak sebelum membuat kesimpulan bahawa hutang isi rumah merupakan krisis ekonomi domestik yang membimbangkan.

Hutang isi rumah merupakan nilai terkumpul pinjaman yang dilakukan oleh setiap isi rumah domestik merangkumi pinjaman pembelian perumahan, kenderaan, pinjaman peribadi, pembelian saham dan kad kredit.

Sehingga 2013, jumlah keseluruhan pinjaman itu ialah RM854.3 bilion atau 86.8 peratus daripada nilai KDNK negara.

BNM menegaskan paras itu tidaklah bererti masalah hutang itu terlampau kritikal, sehingga mampu menggugat kestabilan ekonomi negara.

Keyakinan itu diberikan atas beberapa faktor, antaranya 61 peratus daripada jumlah hutang itu digunakan oleh isu rumah untuk membiayai pembelian hartanah yang mana merupakan aset yang menyimpan nilai dan pembelian kenderaan yang merupakan satu keperluan.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Dr. Sukhdave Singh yang turut mengulas laporan itu di dalam satu forum berkata, hutang isi rumah bukan mudah untuk dielakkan memandangkan demografi penduduk negara ini yang mana golongan muda bekerja yang meningkat serta situasi negara yang sedang mengalami proses urbanisasi yang pesat.

Golongan itu dilihat mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk melakukan pinjaman khususnya untuk membeli rumah dan kereta setelah memasuki alam pekerjaan dan mempunyai sumber pendapatan.

Bagaimanapun katanya, BNM tetap menyedari keperluan bagi mengawal paras hutang isi rumah. Malah, sejak dua tahun yang lalu beberapa pusingan peraturan baharu bagi mengawal pemberian pinjaman termasuk mengehadkan tempoh pinjaman peribadi dan pembelian rumah, caj pemilikan kad kredit serta kriteria pinjaman berdasarkan gaji bersih diperkenalkan.

Pencegahan awal hutang isi rumah ini akan terus dilakukan sepanjang masa. Pengenalan beberapa peraturan baharu ini sebenarnya merupakan kaedah bagi memastikan peminjam betul-betul mempunyai keupayaan bagi membayar hutang.

Jika tidak melaksanakannya (peraturan baharu), kalau berlakunya sebarang krisis pada masa hadapan, kita mungkin terpaksa memperkenalkan peraturan yang lebih drastik. Ini akhirnya lebih menyusahkan rakyat," katanya.

Jelasnya, segala peraturan itu akhirnya akan melahirkan peminjam yang benar-benar berkualiti. Berdasarkan laporan oleh BNM itu, hampir 50 peratus golongan peminjam adalah daripada kategori isi rumah yang berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Malah berdasarkan penilaian oleh bank pusat itu, kadar pertumbuhan hutang hutang isi rumah itu bagi 2013 berjaya dikurangkan kepada 11.7 peratus, berbanding lebih 13 peratus setiap tahun dari 2010 hingga 2012.

Menyedari hakikat bahawa hutang banyak disumbangkan oleh pinjaman perumahan disebabkan harga rumah yang mahal, kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengekang peningkatan harga rumah secara mendadak termasuk harga minimum RM1 juta untuk warganegara asing dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) bagi mengawal permainan spekulator hartanah.

Kerajaan juga giat memperbanyakkan pembinaan rumah harga mampu milik termasuk menekankan kepada pemaju perumahan swasta berhubung keperluan rumah jenis ini.

Pembinaan rumah mampu milik merupakan langkah jangka panjang bagi mengawal hutang isi rumah ini, tetapi dalam jangka masa pendek ia akan tetap meningkatkan bilangan penghutang kerana mereka kini sudah mampu membeli rumah segmen itu, melainkan mereka berupaya membayarnya secara tunai penuh.

Kawalan hutang ke atas isi rumah ini merupakan satu kepentingan bagi memastikan ekonomi Malaysia kukuh. Jika berlakunya krisis ekonomi, ia akan turut memberi kesan kepada pendapatan isi rumah, inilah sebabnya hutang ini perlu dikawal," kata Sukhdave lagi.

Perkara lain yang perlu diambil kira ialah aset kewangan isu rumah yang setakat ini berjumlah RM1.9 trilion (193.5 peratus daripada nilai KDNK) sehingga 2013, iaitu 2.2 kali lebih tinggi berbanding hutang.

Malah menurut BNM sendiri, kadar hutang tidak berbayar juga berada pada peratusan yang rendah iaitu kira-kira dua peratus.

Penganalisis ekonomi RHB Research Institute Sdn. Bhd., David Chong berkata, berdasarkan keyakinan BNM itu, pihaknya tidak menjangka akan berlakunya sebarang lagi pengenalan peraturan baharu bagi mengawal kadar pemberian pinjaman kepada isi rumah khususnya pinjaman perumahan.

Bagaimanapun, kesan daripada pengenalan peraturan ini akan menyebabkan sektor perbankan mengalami pertumbuhan pemberian pinjaman yang lebih sederhana bagi tahun ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Agak tidak adil untuk melabelkan Malaysia sedang mengalami krisis hutang yang teruk dalam kalangan rakan Asia dengan hanya berlandaskan paras hutang isi rumah itu.

Jika melayari laman-laman web hartanah antarabangsa, harga pemilikan rumah di Malaysia masih diletakkan di dalam kategori murah. Ini mungkin menjadi antara sebab yang menyumbang kepada kadar hutang isi rumah Malaysia yang tinggi berbanding negara lain, yang harga rumahnya lebih mahal sehingga menutup terus peluang rakyat mereka memiliki rumah yang selesa.

Ini belum lagi mengambil kira harga petrol tempatan yang murah, sehingga membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak risau mengenai kos bahan api semasa mahu berhutang untuk membeli kereta.

Sejauhmanakah hutang isi rumah ini dilihat sebagai satu masalah yang kritikal, adalah bergantung kepada cara bagaimana isu itu dihuraikan atau pengetahuan ekonomi sesiapa yang membangkitkannya.

Bersedia hadapi cuaca luar biasa

Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT

TERDAPAT dua kejadian luar biasa yang berlaku di negara ini iaitu banjir besar yang melanda Pahang pada Disember lalu dan cuaca panas kering yang terjadi secara serentak di seluruh Semenanjung mulai hujung Januari sehingga pertengahan Mac lalu.

Kedua-dua fenomena tersebut tidak dijangka kerana ia berpunca daripada faktor luar kawalan yang tiada dalam rekod sejarah cuaca negara.

Dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, NIZAM YATIM dan jurugambar, IZHAM JAAFAR di Petaling Jaya baru-baru ini; Pengarah Khidmat Korporat dan Komersial Jabatan

Meteorologi Malaysia (JMM), DR. MOHD. HISHAM MOHD. ANIP yang berkelulusan doktor falsafah dalam sains atmosfera menegaskan perlunya persediaan rapi dibuat bagi menghadapi perubahan iklim dan cuaca melampau.

Kenapa sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2014 semalam memilih tema Cuaca dan Iklim: Penglibatan Belia?

MOHD. HISHAM: Ini kerana golongan belia yang akan menerima kesan secara langsung daripada perubahan iklim dan cuaca melampau yang dijangka bakal memberi impak lebih besar dalam dekad-dekad akan datang.

Seperti yang disebut Setiausaha Agung Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), Michel Jarraud dalam perutusannya tahun ini, perubahan berkenaan melibatkan suhu atmosfera dan lautan yang terus naik, litupan ais dan glasier di seluruh dunia yang semakin merosot serta paras laut meningkat.

Antara punca fenomena ini berlaku kerana faktor perlakuan manusia sendiri. Kebergantungan kita kepada bahan api fosil akan menyebabkan bumi menjadi lebih panas dan pada penghujung abad ini suhu boleh mencecah sehingga 4 darjah Celsius lebih tinggi daripada zaman praindustri.

Para belia di seluruh dunia boleh memainkan peranan yang sangat besar untuk mengubah perlakuan manusia ini dan juga membuat persediaan yang mencukupi bagi menghadapi fenomena berkenaan. Kita juga berharap mereka dapat melakukan inovasi dan menyumbang idea-idea baharu yang berpandangan jauh bagi menyelesaikan masalah ini.

Adakah fenomena cuaca melampau telah berlaku di Malaysia?

Ya. Contohnya banjir besar yang melanda Pahang pada Disember lalu yang kita tidak jangkakan akan menjadi seteruk itu. Kita memang ramal akan hujan, tetapi tidak menjangka hujan itu akan menyebabkan banjir besar.

Satu lagi fenomena, cuaca panas dan kering yang berlaku di seluruh Semenanjung bermula hujung Januari sehingga pertengahan Mac lalu.

Sepanjang bulan tersebut memang selalunya kita mengalami cuaca panas dan kering, cuma yang pelik dan agak luar biasa tahun ini adalah kita langsung tidak terima hujan. Ada stesen kita yang melaporkan tidak menerima hujan selama 60 hari berturut-turut. Sepatutnya ada hujan, walaupun tak banyak.

Rekod-rekod dahulu ada menunjukkan kita pernah mengalami cuaca kering tetapi meliputi kawasan tertentu sahaja terutama di utara Semenanjung, tetapi kali ini ia meliputi hampir keseluruhan Semenanjung.

Apakah punca cuaca panas dan kering berkenaan?

Sebabnya kerana berlaku keadaan cuaca yang lebih aktif di sebelah barat Lautan Pasifik dan di Lautan Hindi yang telah menarik kelembapan di negara kita ke sana.

Apabila sesuatu tempat mempunyai cuaca yang aktif bermakna akan ada tempat yang mengalami cuaca tidak aktif atau kering. Berikutan Malaysia berada di tengah-tengah antara kedua-dua kawasan aktif ini, maka kita yang mengalami cuaca kering.

Selain negara kita, Singapura pun terlibat apabila tidak hujan selama dua bulan, begitu juga Thailand, Indonesia khususnya di Sumatera dan Vietnam.

Biasanya perkara seperti ini berlaku ketika fenomena El-Nino yang kali terakhir terjadi pada 2009. Tetapi agensi penyelidikan antarabangsa dan JMM sendiri telah mengesahkan awal tahun ini adalah normal dan tidak berlaku fenomena berkenaan.

Akibat berlaku cuaca panas dan kering yang melampau, ia telah menyebabkan belukar dan hutan terbakar sehingga mencetuskan satu lagi situasi pelik yang sepatutnya tidak berlaku apabila kita mengalami jerebu teruk pada musim monsun timur laut pada 13 dan 14 Mac lalu.

Kebiasaannya kita terima jerebu tebal antara Jun dan Ogos apabila angin barat daya membawa asap dari Indonesia masuk ke negara kita.

Kenapa tidak dibuat pembenihan awan bagi mengelak belukar dan hutan terbakar?

Berdasarkan pelan tindakan operasi (PTO) sedia ada, pembenihan awan hanya boleh dibuat di sesuatu kawasan jika berlaku jerebu teruk iaitu apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah lebih 100 atau tidak sihat sekurang-kurang selama 72 jam secara berterusan.

Pembenihan awan juga hanya boleh dibuat jika cuaca kering berkenaan telah dikategorikan sebagai bencana kemarau. Untuk mencapai status ini ia mesti meliputi tiga perkara yang berlaku serentak iaitu kemarau meteorologi, kemarau hidrologi dan kemarau pertanian. Apa yang berlaku baru-baru ini tidak mencapai lagi ketiga-tiga kriteria ini.

Satu lagi sebab pembenihan awan dibuat adalah apabila air di empangan berada pada paras kritikal sehingga menyebabkan catuan air terpaksa dilakukan.

Mengenai cadangan supaya diadakan pembenihan awan untuk mengelak belukar dan hutan mudah terbakar, terpulanglah kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menambah baik PTO sedia ada dan pihak JMM mungkin boleh mengemukakan cadangan.

Cuma kita kena ingat bila cuaca panas dan kering, biasanya tidak akan ada awan yang sesuai bagi membolehkan pembenihan dibuat.

Adakah cuaca panas dan kering akan berulang?

Walaupun seluruh Semenanjung telah mengalami hujan lebat sejak 15 Mac lalu tetapi terdapat tanda-tanda El-Nino yang dikaitkan dengan cuaca panas dan kering akan berlaku bermula pada Ogos dengan kemuncaknya pada hujung tahun dan akan berterusan sehingga tahun depan.

Ia biasanya berlaku dalam julat antara dua ke tujuh tahun sekali dan apabila berlaku ia akan berlarutan dalam tempoh antara enam hingga 18 bulan.

Setakat ini ia belum dapat disahkan kerana selagi mana fenomena ini belum berlaku, kita tidak dapat mengesannya. Terdapat alat di tengah Lautan Pasifik berdekatan pantai Peru yang akan memantau perkara ini. Kalau suhu laut di situ lebih panas daripada biasa iaitu melebih 0.5 darjah Celsius untuk tiga bulan berturut-turut, itu bermakna akan berlaku El-Nino.

Bila El-Nino berlaku, biasanya kita akan mengalami jerebu yang teruk seperti terjadi pada 1997 dan 2006 akibat asap dari Indonesia.

Ada pihak mengaitkan fenomena ini dengan pemanasan global?

Kalau nak kait dengan pemanasan global, kita tidak boleh melihat satu atau dua kejadian sahaja. Ada pihak yang menyatakan punca Amerika Syarikat (AS) dilanda cuaca sangat sejuk baru-baru ini juga kerana pemanasan global, tetapi sehingga kini saintis belum dapat membuktikannya.

Bagi saya apa yang berlaku ini kita panggil keragaman cuaca. Maknanya setiap tahun, cuaca itu bukan sama sahaja. Ada kadang-kadang ia ekstrem negatif dan kadang-kadang ekstrem positif. Bila orang tanya adakah ini kesan daripada pemanasan global, kita tak boleh nak bagi jawapan kerana lebih banyak penyelidikan perlu dibuat bagi mengesahkannya.

Kalau mengenai peningkatan suhu kita akui ia berlaku. Rekod semua stesen kita menunjukkan ada peningkatan, tapi tak banyak sangat. Ia antara 0.2 ke 0.4 darjah Celsius setiap 100 tahun.

Ini selaras dengan peningkatan purata suhu bumi peringkat global iaitu 0.8 darjah Celsius setiap 100 tahun.

Kita memang akui berlakunya pemanasan global dan walaupun terjadi peningkatan yang sedikit, ia tetap akan memberi impak kepada tumbuhan dan hidupan lain. Ia akan mencairkan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Bila suhu meningkat, air laut akan mengembang dan parasnya akan meningkat dan menenggelamkan daratan yang rendah.

Apakah penambahbaikan yang boleh dibuat JMM bagi menghadapi cuaca melampau?

Antaranya adalah dengan meningkatkan keupayaan pasukan penyelidik kita untuk membuat ramalan cuaca secara lebih tepat dan cepat.

Mereka mesti mempunyai keupayaan untuk mentafsir data-data yang diperoleh secara tepat bagi membolehkan semua pihak dapat membuat persediaan untuk menghadapi perubahan cuaca berkenaan.

Kakitangan kita akan dihantar untuk menjalani kursus secara teori dan praktikal bagi membolehkan ilmu pengetahuan mereka ditingkatkan sejajar dengan perkembangan terkini.

Antaranya kita akan menghantar mereka ke Jepun yang semua sedia maklum adalah negara yang mempunyai kemahiran pengurusan bencana yang paling bagus. Kerjasama latihan sedia ada dengan Hong Kong dan Australia yang kini dalam skala kecil juga akan diperluaskan.

Dari segi peralatan pula, kita tidaklah ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju kerana kita membeli peralatan sama seperti yang dipakai mereka.

Kita juga akan pertingkatkan sistem amaran supaya setiap ramalan yang dikeluarkan dapat diterima lebih pantas dan difahami dengan mudah oleh semua pihak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Menari dengan kematian

Posted: 23 Mar 2014 05:37 AM PDT

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my

INSIDEN kematian enam orang pengunjung konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil akibat pengambilan dadah secara berlebihan baru-baru ini mengejutkan dunia.

Seramai 10 mangsa pengambilan dadah sintetik secara berlebihan juga menerima rawatan di hospital manakala sebanyak 29 penonton ditangkap berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah ketika di konsert berkenaan.

Berikutan itu, polis membatalkan konsert hari ketiga iaitu kemuncak konsert tersebut yang dijadualkan berlangsung di lokasi sama Ahad minggu lalu.

Siasatan awal polis mendapati mangsa mati dalam tempoh 10 minit selepas mengambil dadah ekstasi dipercayai mengandungi kandungan bahan kimia berbahaya baharu dan kemungkinan masih dalam peringkat ujian oleh sindiket dadah.

Walaupun kematian akibat pengambilan dadah secara berlebihan di konsert atau festival bukan perkara baru di negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), tetapi boleh dikatakan tragedi FMFA ini merupakan antara yang paling buruk pernah berlaku dalam sejarah.

Jika dahulu, kematian akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika di konsert merupakan kes terpencil, namun baru-baru ini ia dilihat semakin bertambah berkemungkinan kerana ia kini lebih mudah didapati.

Ciuman indah Natalie

Posted: 23 Mar 2014 05:37 AM PDT

PELUANG mencium selebriti terkenal mungkin merupakan impian sesetengah orang, tetapi bagi Natalie Irish, mencium ikon muzik dan selebriti Hollywood merupakan sebahagian daripada kerjayanya.

Bagaimanapun, wanita dari Houston, Texas ini tidak pernah bersua muka dengan wajah-wajah yang diciumnya itu.

Ciumannya sekadar melekat di atas kanvas putih yang kemudian membentuk wajah-wajah mereka.

Dia menghasilkan lukisan indah wajah-wajah ternama ini menggunakan ratusan ciuman bibirnya yang bergincu pada kanvas kosong.

Antara potret yang pernah dihasilkan menggunakan ciumannya ialah Jimi Hendrix, Marilyn Monroe dan Kate Middleton.

Bermula sebagai hobi, Natalie membuat keputusan untuk berhenti kerja di klinik veterinar di Houston pada 2010 bagi memberikan sepenuh masa untuk projek seninya itu.

Cerita Natalie, idea untuk melukis melalui ciuman timbul pada satu malam ketika dia sedang bersiap-siap untuk keluar dengan berlipstik merah.

Sedang dia mengelap lipstik di bibirnya menggunakan tisu, terus timbul idea di otaknya untuk menghasilkan lukisan menggunakan teknik ciuman, sama seperti teknik lukisan menggunakan cop jari yang dipelajarinya ketika di sekolah.

Dia kemudian mula bereksperimen dan membuat keputusan wajah Marilyn Monroe sebagai wajah pertama yang dihasilkannya menggunakan ciuman.

Mula-mula, Natalie akan melakar di atas kertas terlebih dahulu dan kemudian membuatnya sebagai rujukan untuk ciumannya.

Melalui beratus-ratus tekanan dan sudut ciuman yang berbeza, Natalie menghasilkan pelbagai potret yang dipamerkan di dalam blognya, http://www.natalieirish.com.

Melukis dengan ciuman bukan kerja mudah. Natalie mengakui yang bibirnya cepat lenguh dan matanya juga mudah pedih kerana asyik melihat kanvas terlalu dekat ketika sedang mencium.

Sebagai mana artis lain yang begitu menjaga berus lukisannya, Natalie merawat bibirnya dengan mengoles jeli petroleum di bibirnya setiap malam.

Selain lukisan menggunakan bibir, Natalie yang berbakat besar itu turut menghasilkan pelbagai karya seni lain seperti seni arca dan lukisan cat minyak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Karnival Riuh Sakan di i-City Shah Alam meriah

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

pengarah Clixster Mobile Sdn. Bhd., Azrinaz Mazhar Hakim (tiga dari kanan) bersama petugas Clixster Mobile yang turut serta membuka gerai jualan sempena Karnival Utusan Malaysia , Mingguan Malaysia Riuh Sakan di i City Shah Alam.

SHAH ALAM 22 Mac - Karnival Riuh Sakan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia di i-City Shah Alam meriah dan gamat dengan kehadiran para pembaca setia kedua-dua akhbar tersebut.

Bertepatan dengan tema riuh sakan itu, acara yang bermula seawal 11 pagi mendapat sambutan hangat pengunjung termasuk cabutan bertuah, pertandingan mewarna dan juga persembahan artis tempatan.

Pengurus Komunikasi Korporat Utusan Melayu (M) Berhad, Nik Anura Nik Abdul Rahman berkata, kesemua 10,000 tiket ke Waterworld@i-City telah pun ditebus oleh pembaca setia.

"Kehadiran pembaca setia ini termasuklah membawa seisi keluarga untuk berhibur dan beriadah di hujung minggu di samping merapatkan hubungan akhbar dengan pembaca.

"Matlamat kita untuk memberi penghargaan kepada seluruh pembaca tercapai apabila menerima maklum balas yang mereka juga berterima kasih kerana menganjurkan karnival seumpama ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas upacara gimik memotong belon sempena perasmian karnival itu di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Media Perancang Strategik Clixter Mobile Sdn. Bhd. (Clixter Mobile)dan Pengurus Komunikasi Korporat Best FM, Ashleen Karim.

Karnival yang berlangsung selama dua hari itu juga turut disertai oleh penaja seperti Clixter Mobile dan Best FM.

Sementara itu, pembaca setia Utusan Malaysia, Robiah Khairi, 56, berkata, dia dan keluarga bersama cucunya berasa gembira kerana dapat menghadiri karnival ini.

Katanya, penganjuran karnival ini sangat baik kerana memberi penghargaan kepada pembaca setia.

" Saya telah membawa tujuh orang ahli keluarga termasuk cucu bersama-sama memeriahkan karnival ini," katanya.

Pendapat yang sama turut disokong oleh seorang pekerja swasta, Fadlishah Mat Daud, 37, yang mahu penghargaan kepada pembaca ini turut diteruskan dengan penganjuran karnival yang sama.

Dalam pada itu, pertandingan mewarna turut mendapat sambutan yang dibahagi mengikut tiga kategori iaitu Kategori tahap 1, 2 dan prasekolah.

Pemenang tempat pertama bagi kategori tahap 1 ialah Aisy Basri M. Bakri, manakala pemenang tempat pertama bagi tahap 2 ialah Siti Hajar Abdullah dan pemenang tahap prasekolah ialah Aisy Badri M. Bakri.

Air terawat bertambah di lima loji

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
pengarang@utusan.com.my

Priscilla Alfred

KUALA LUMPUR 22 Mac - Lima loji rawatan air (LRA) yang menggunakan sumber air mentah dari Sungai Selangor telah menambah pengeluaran air terawat masing-masing.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, sungai tersebut mendapat peningkatan sedikit aliran air sungai ekoran dari hujan di kawasan terbabit beberapa hari yang lalu.

"Loji yang terlibat adalah LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2, LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Sungai Rasa dan LRA Rantau Panjang.

"Walau bagaimanapun, pengeluaran air terawat masih dikawal dengan mengurangkan pelepasan air daripada Empangan Sungai Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, tambahan bekalan air terawat itu sudahpun disalurkan ke sebahagian kawasan yang terlibat dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga.

Kira-kira 3.13 juta pengguna melibatkan 782,609 buah rumah di 664 kawasan sekitar ibu negara, Gombak, Petaling, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terlibat dalam catuan air peringkat ketiga bermula 10 Mac lalu.

Sementara itu, beliau memberitahu, LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi yang beroperasi semula sejak 17 dan 19 Mac lalu masih dalam pemantauan oleh syarikat operator loji berkenaan.

"Perkara tersebut ekoran paras ammonia masih belum dapat dipastikan.

"Loji terbabit menyalurkan bekalan air ke kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang," katanya.

Dalam pada itu, Priscilla menasihatkan para pengguna supaya sentiasa memberi kerjasama penuh untuk bertindak menjimatkan air bagi membolehkan bekalan air sedia ada dapat bertahan lebih lama.

"Kerjasama pengguna amat diperlukan berikutan kedua-dua pelan catuan tersebut masih lagi diteruskan ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.

"Selain itu, para pengguna diingatkan supaya tidak melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab terhadap fasiliti dan infrastruktur bekalan air yang diuruskan oleh Syabas kerana akan merumitkan lagi keadaan serta boleh dikenakan penalti yang tinggi di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006," jelasnya.

Cuaca di Kajang diramal cerah sebelah pagi

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

KAJANG 22 Mac " Cuaca di sekitar Kajang pada hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri kawasan itu esok diramal cerah di sebelah pagi dengan suhu sekitar 32 darjah celcius.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail berkata, bagaimanapun, hujan renyai-renyai diramal pada sebelah petang.
"Jika hujan pada sebelah petang, suhu diramal mencecah 25 darjah celcius, " katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas. Dua calon wanita, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili Barisan Nasional bakal berdepan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Esok, 38,081 pemilih biasa akan menentukan nasib calon yang bertanding, selepas 88.39 peratus atau 1,050 orang daripada 1,197 pengundi awal di kawasan itu menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Rabu. " BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved