Ahad, 23 Mac 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


MH370: Satelit Perancis kesan objek di Lautan Hindi

Posted: 23 Mar 2014 03:08 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 Mac - Satelit Perancis mengesan objek yang berpotensi merupakan serpihan pesawat MH370 di selatan kawasan pencarian di Lautan Hindi, lapor pihak berkuasa Malaysia.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya berkata, maklumat tersebut diterima oleh pihak berkuasa Perancis awal pagi ini dan menghantar imej tersebut kepada pusat penyelarasan Australia yang terlibat dalam operasi di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, kementerian itu tidak memberi butiran lanjut tentang imej satelit yang diperoleh. - REUTERS

RM28 juta tanam semula pokok buah-buahan - Ismail Sabri

Posted: 23 Mar 2014 02:31 AM PDT

RAUB 23 Mac - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM28 juta dalam tempoh tiga tahun bagi melaksanakan Program Tanam Semula Pokok Buah-buahan Terpilih di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program yang pertama kali diadakan itu mampu melonjakkan pendapatan masyarakat luar bandar dengan melibatkan penyertaan kira-kira 6,000 peserta.

"Melalui bantuan itu kita akan membuat bayaran tunai berdasarkan jumlah pokok atau keluasan tanah pemilik kebun.

"Selain itu, kita juga akan membantu menyediakan benih berkualiti, input pertanian, alatan kecil pertanian, infrastruktur asas dan kerja-kerja pembersihan kawasan,'' katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Bantuan Tanam Semula Pokok Buah-buahan Terpilih di Padang Sekolah Kebangsaan Ulu Dong di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Semua 16 pusat undi ditutup

Posted: 23 Mar 2014 02:20 AM PDT

HULU LANGAT 23 Mac - Kesemua 16 pusat pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ditutup tepat pukul 5 petang ini.

Peti-peti undi dijangka tiba di pusat penjumlahan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) di sini pada bila-bila masa sahaja.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka keputusan akan diketahui seawal pukul 9 malam ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved