Ahad, 23 Mac 2014

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Pusat sehenti fabrik

Posted: 23 Mar 2014 05:37 AM PDT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto ZAKARIA IDRIS

Tampil menawan dengan fabrik daripada Euro Moda Gulatis.

Siapa dapat menyangka graduan ijazah lepasan Universiti Nasional Singapura dalam bidang Sains Sel dan Molekul Biologi ini mampu meneraju sebuah gedung fabrik. Walaupun dia tidak mempunyai latar belakang mengenai fesyen, butir bicaranya mengenai trend fabrik terkini sangat lancar.Itulah keistimewaan Pengarah Eksekutif Gulatis Exclusive Sdn. Bhd., Jasleen .

"Setelah berkahwin dengan suami, Pavitar Singh Gulati yang lahir dalam keluarga bisnes kain, maka secara tidak langsung ia mendorong saya untuk bertanggungjawab memahami aliran fabrik dengan mendalam," jelas Jasleen ketika ditemui di gedung Euro Moda Gulatis, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Gedung fabrik Gulatis yang turut mengendalikan gedung Euro Moda, merupakan nama yang tidak asing lagi dalam menyediakan pelbagai jenis fabrik bermutu tinggi dan dijual pada harga berpatutan.

Gulatis hanya bermula sebagai sebuah kedai kecil sekitar tahun 1999, kini sudah memiliki empayar yang cukup gah.

Kini, ia berjaya membuka lebih daripada 19 buah cawangan di Malaysia.

"Di Gulatis juga pelanggan tidak perlu bimbang tentang mutu fabrik kerana misi utama kami adalah untuk memberikan informasi yang betul kepada orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan kualiti fabrik di pasaran pada masa ini," ujar ibu kepada empat cahaya mata itu.

Ceritanya lagi, dulu Gulatis Silk House hanyalah sebuah perniagaan kecil dan orang ramai mula memberi kepercayaan kerana pada ketika itu hanya Gulatis yang menawarkan sutera asli dari Korea.

"Sebenarnya kami menawarkan pelbagai jenis kain, corak dan warna yang boleh diperoleh di sini. Selain sutera asli, kami turut menampilkan kain polos seperti satin, sutera satin, shantung, crepe dan sifon. Tidak ketinggalan, fabrik bersulam dan bermanik yang didatangkan khas dari India.

"Kami bukan sekadar menjual kain. Pada masa yang sama mendidik pelanggan supaya memilih fabrik yang bersesuaian dengan personaliti, gaya hidup dan acara yang akan dihadiri," ujarnya.

Secara berperingkat Jasleen nekad memajukan perusahaan keluarga suaminya itu.

Katanya, dalam perniagaan runcit, mesti sentiasa merendah diri tidak kira dengan siapa pun kita berurusan.

Begitulah amanat arwah bapa mertuanya yang dijadikan sandaran untuk mengekalkan kegemilangan legasi Euro Moda Gulatis dalam industri tekstil.

Berpandukan prinsip itu, Jasleen membuka cawangan terbaharu di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Bangunan lima tingkat itu mempunyai keluasan 45,966 kaki persegi.

"Pembukaan cawangan di sini ialah keputusan yang tepat selaras dengan kedudukan gedung itu yang menjadi tumpuan semua golongan untuk membeli-belah fabrik dengan mudah.

"Ini merupakan cawangan kedua di Shah Alam selepas SACC Mall. Cawangan ini membantu pelanggan tetap dari sini supaya mereka tidak perlu ke Kuala Lumpur.

"Reka bentuk kedai direka menarik, lebih luas, selesa dan hampir semua pilihan fabrik boleh didapati di sini," katanya.

Euro Moda Gulatis juga menawarkan semua persiapan di bawah satu bumbung. Di tingkat satu, terdapat pilihan fabrik sutera Korea, di tingkat dua pula dijual fabrik Perancis, Itali dan Jepun siap dengan sulam dan fabrik dan di tingkat tiga, terdapat fabrik eksklusif dari Itali untuk lelaki dan wanita.

Pelanggan juga boleh melihat koleksi fabrik pengantin daripada jenama terkemuka di semua cawangan Euro Moda Gulatis. Mereka yang ingin membeli pakaian siap boleh ke tingkat empat manakala tingkat lima menyediakan fabrik lycra untuk belian borong.

Tambah Jasleen, Euro Moda Gulatis menyediakan fabrik bermutu tinggi pada harga kompetitif kerana mereka berurusan terus dengan pembekal tekstil dari luar negara.

Satu lagi cawangan akan dibuka di 1Lagenda Melaka. Dalam pada itu, promosi jualan cuti sekolah diadakan bermula pada hari ini hingga 6 April.

Orang ramai bolehlah berkunjung ke gedung fabrik Euro Moda Gulatis untuk melihat sendiri rekaan fabrik yang berkualiti pada harga yang berpatutan atau layari laman Facebook rasmi facebook.com/euromodagulatispage.

Hilangkan lebihan lemak

Posted: 23 Mar 2014 05:37 AM PDT

MEMANG mustahil jika hendak kurus sekelip mata. Ini kerana lemak yang terkumpul pada bahagian-bahagian tubuh sudah wujud sejak bertahun tetapi apabila hendak kurus dan langsing , mahukan sekelip mata.

Tidak kira lelaki atau wanita yang menghadapi masalah kegemukan atau perut buncit inginkan semula tubuh yang langsing demi keyakinan diri dan kesihatan.

Bagi Intan Sulyana Mohd Yusof, 34, dirinya bukanlah terlalu gemuk. Namun, kecantikan tidak dapat dipisahkan daripada hidupnya sama sepert wanita lain.

Walaupun berat badannya hanya 53 kilogram, dia tetap berhasrat untuk kelihatan langsing.

"Bukan apa, untuk suami juga, " katanya tersipu-sipu.

Dia sedar lemak pada bahagian perut dan lengan kian menebal. Intan tahu kalau dibiarkan, lemak yang tebal itu tidak mustahil akan bertambah dan sukar hilang.

Pelbagai cara yang Intan gunakan untuk langsing termasuk senaman tetapi bentuk badannya tidak berubah. Pun begitu, Intan takut untuk mengambil pil-pil pelangsing yang begitu banyak diiklankan. Dia sangat berhati-hati dalam hal ini. Walaupun dia mahu kelihatan cantik, dia tidak mahu mengambil risiko kerana harga kesihatan bukannya murah.

"Maksud saya, makan atau minum ubat-ubat yang kononnya boleh menguruskan badan, seperti banyak diiklankan. Maaf, saya takkan lakukan,"ujarnya.

Melalui pembacaannya, kebanyakan doctor, pakar kecantikan dan mereka yang pakar dalam bidang pemakanan mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan pil pelangsing.

Intan cukup takut dengan kesan sampingan pil pelangsing. Setelah sekian lama mencari produk yang sesuai, akhirnya dia diperkenalkan dengan LAROME Apple Stem Cell Slimming Serum, keluaran Bob2e.com yang berasaskan stem sel epal.

Menariknya, produk ini berbeza dengan produk sedia ada kerana LAROME bukan untuk diminum tetapi untuk kegunaan luar.

Itu yang membuatkan tertarik Intan untuk menggunakannya.

"Saya ikut aturan menggunakan produk ini. Ambil dua tiga titik ke atas telapak tangan, sapu pada bahagian perut beberapa minit.

"Lakukan dua kali sehari selepas mandi pagi dan sebelum tidur. Produk ini boleh disapu pada mana-mana bahagian tubuh yang dirasakan banyak lemak," jelas Intan lagi.

Menurutnya, dia terkejut apabila berat badannya menurun lima kilogram kepada 48 kilogram.

Intan terlalu gembira dengan apa yang dialaminya itu. Kemudian, dia memberitahu rakan-rakannya. Rakan-rakannya turut menggunakan produk LAROME dan mendapat reaksi positif.

Kebanyakan pengguna mendapati berat badan mereka menurun akibat lemak yang hilang. Selain itu, lengan pula bertambah cekang kerana lemak di bawa lapisan kulit bertukar menjadi peluh.

Jika dahulu Intan hanya sebagai pengguna tetapi dia kini merupakan pengedar.

"Semua wanita yang menggunakan produk ini tidak berasa ragu kerana ia hanya untuk kegunaan luar dan tidak ada sebarang kesan sampingan," kata Intan yang gembira kerana dapat menambah pendapat keluarganya.

Intan juga sibuk mempromosikan LAROME Apple Stem Cell ke mana saja dia pergi dan dia tidak takut atau berasa bersalah kerana produk ini seratus peratus halal kerana berasaskan stem sel epal yang digabungkan dengan tumbuhan lain.

Stem sel epal

Dalam pada itu, pengguna harus tahu bahawa stem sel epal ini bukan diperolehi daripada epal biasa yang banyak dijual di pasar raya. Stem ini diasaskan oleh Dr. Fred Zulli, saintis Barat menggunakan sejenis epal liar yang hanya terdapat di hutan-hutan Switzerland sahaja. Rasanya pahit dan tiada siapa yang mahu memakannya.

Dr. Fred Zulli melihat ada keganjilan pada epal liar ini kerana walaupun terbiar di bawah pokoknya selepas luruh, selama tiga bulan, ia tidak kecut atau rosak.

Buah ini masih dalam keadaan segar kerana stem selnya yang unik dan dapat mengekalkan keadaan asalnya walau lama terbiar.

Setelah membuat uji kaji di makmal miliknya di Buch, 50 meter dari Zurich, terhasillah produk LAROME.

"Kerana itulah saya dapat meyakinkan pengguna bahawa produk ini halal seratus peratus dan boleh menggunakannya tanpa was-was," tambah Intan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved