Isnin, 6 Januari 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Anggota polis maut dirempuh lori

Posted: 06 Jan 2014 10:32 PM PST

MACHANG 7 Jan. - Seorang anggota polis maut selepas kereta Proton Waja miliknya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di kilometer 33 jalan Kota Bharu- Kuala Krai dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Koperal Che Yusoh Ismail, 51, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan tangan.

Ketika kejadian, mangsa bersama ieterinya, Suraya Elia, 50, dalam perjalanan ke tempat bertugas di Balai Polis Machang sebelum dirempuh oleh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Che Malek Bedot berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan telah terbabas ke laluan bersebelahan sebelum merempuh kereta mangsa di bahagian kanan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan lori terbabit melintangi jalan sebelum dirempuh oleh sebuah lagi kenderaan jenis Toyota Unser yang datang dari arah Kota Bharu. - UTUSAN ONLINE

Bas persiaran terbalik, 24 cedera

Posted: 06 Jan 2014 08:22 AM PST

SEPANG 7 Jan. - Seramai 24 penumpang cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 27.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 7.02 petang itu, bas yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an dalam perjalanan dari Klang menghala ke Johor Bahru dipercayai hilang kawalan akibat tayar kenderaan tersebut pecah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Supritendan Zaldino Zaludin berkata, akibat kejadian itu, bas tersebut terbabas dan menyebabkannya terbalik di tepi jalan.

"Enam penumpang serta seorang penumpang warga emas yang turut tercedera dan mengalami sakit dada telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan.

"Seramai 17 lagi penumpang yang mengalami cedera ringan hanya mendapatkan rawatan di tempat kejadian oleh pasukan perubatan daripada Hospital Putrajaya dan Serdang," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pemandu bas tidak mengalami apa-apa kecederaan dan akan diambil keterangan berhubung kejadian itu.

"Dalam kejadian ini, kita turut dibantu oleh pasukan peronda lebuh raya ELITE 8, anggota Unit Tindakan Cepat Trafik (UTC), pihak perubatan hospital Putrajaya dan Hospital Serdang serta Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya lagi. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Jalan mendap semakin serius

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

Tanah runtuh di laluan utama Pekan Kampung Awah-Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, perlu dibaiki segera bagi mengelak kemalangan kepada pengguna lalu lintas.

MARAN 6 Jan. - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diminta segera membaiki keadaan jalan di pekan Kampung Awah-Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini yang rosak dan mendap akibat kejadian tanah runtuh bulan lalu.

Lebih meresahkan orang ramai apabila mendapan tanah di bahagian kiri jalan tersebut semakin serius dan membesar sekali gus mengundang bahaya kepada pengguna.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi tersebut hari ini mendapati, mendapan jalan akibat banjir itu perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa sebelum merebak ke kanan jalan.

Ketua Kampung Felda Kampung Awah, Asri Mat Dahan berkata, pengguna perlu berhati-hati ketika melalui lokasi itu kerana laluan kanan sudah semakin mendap dan boleh mengundang bahaya jika tidak berwaspada.

"Berdasarkan rekod, laluan sebelah kanan itu pernah runtuh suatu ketika dahulu dan telah dibaiki manakala runtuhan sebelah kiri kali pertama berlaku.

"Kami memuji keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mohamed Ariffin Awang Ismail yang melawat lokasi berkenaan dan meminta JKR segera membaiki kawasan itu," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Asri, laluan pekan Kampung Awah-Bandar Tun Abdul Razak Jengka dianggap nadi ekonomi di situ kerana menjadi laluan penduduk menjual hasil getah dan kelapa sawit di samping laluan kakitangan kerajaan ke tempat kerja di sekitar Jengka.

Tambahnya, kos untuk membaiki kawasan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM400,000 yang memerlukan beberapa prosedur mungkin antara faktor kelambatan untuk mengatasi masalah itu.

Mangsa banjir Cheka Satu terima bantuan

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

KUALA LIPIS 6 Jan. - Sebanyak 18 mangsa banjir di Mukim Cheka Satu, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka menerima bantuan barangan bernilai RM11,000 yang diselenggarakan oleh pasukan sukarelawan UMNO Bahagian Lipis di Kampung Lentang dekat sini semalam.

Penyampaian bantuan barang keperluan iaitu tilam, bantal dan dapur gas masing-masing bernilai RM600 kepada setiap ketua keluarga mangsa berkenaan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Mangsa banjir yang menerima bantuan berkenaan terdiri daripada penduduk Kampung Lentang, Kampung Samak Jani, Kampung Tanjong Bungor dan Kampung Pasu.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis, Mohd. Farid Mohd. Noor dan Ketua Puteri UMNO Lipis, Wan Normarina Wan Kamarudzaman.

Bercakap kepada pemberita, Abdul Rahman berkata, sumbangan berkenaan adalah daripada Kelab Putera 1Malaysia untuk diagihkan penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Mukim Cheka Satu ketika musibah banjir bulan lalu.

"Sukarelawan UMNO Lipis menyelenggarakan misi bantuan ini berasaskan keprihatinan dengan melestarikan tanggungjawab untuk memastikan keluarga berkenaan menerima bantuan ini bagi memulakan kehidupan dengan lebih selesa.

"Bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mangsa setelah rumah mereka ditenggelami banjir yang menyaksikan banyak perabot dan peralatan persekolahan rosak," katanya.

Menurut Abdul Rahman, UMNO Lipis pada masa sama turut menyumbangkan wang tunai kepada mangsa untuk berbelanja menyediakan keperluan harian termasuk peralatan untuk sesi persekolahan tahun baharu 2014.

"Mangsa yang kembali ke kediaman terus dipantau oleh ketua kampung masing-masing mengenai kebajikan termasuk keselamatan mereka yang dikhuatiri akan berlaku gelombang kedua musibah berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, Wan Normarina berkata, sebanyak 20 ahli Puteri UMNO Lipis telah 'berkampung' bersama-sama mangsa banjir di pusat pemindahan kampung berkenaan untuk membantu menyediakan makanan dan menyelenggarakan aspek kebajikan lain.

Tambahnya, Puteri dan Pemuda UMNO bersama-sama pemimpin setempat turut turun padang mengagihkan bantuan Kelab Putera 1Malaysia di samping sumbangan lain semasa dan selepas musibah banjir.

Angkasa serah RM46,772 kepada balu kakitangan

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

JERANTUT 6 Jan. - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyumbangkan wang insurans bernilai RM46,772 kepada balu seorang kakitangan agensi berkenaan, Norhaslin Mat Saidin, 35, di Felda Padang Piol dekat sini semalam.

Norhaslin menerima cek insurans suaminya, Mazdi Mat Daud, 34, yang meninggal dunia pada 3 Februari tahun lalu akibat komplikasi tekanan darah rendah.

Majlis penyerahan cek berkenaan disempurnakan oleh Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah di kediaman Norhaslin yang turut dihadiri bapa Allahyarham, Mat Daud Awang, 55.

Bercakap kepada pemberita, Abdul Fattah berkata, Allahyarham Mazdi yang bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Pemulihan dan Pemerkasaan agensi berkenaan menerima cek Skim Insurans Kelompok Angkasa di bawah pengurusan HSBC Amanah Takaful.

"Kita mengenang jasa perkhidmatan arwah di agensi ini dan segera turun padang untuk menyerahkan wang pampasan insurans kelompok untuk mengisi kebajikan isteri dan dua orang anaknya," katanya.

Menurut Abdul Fattah, wang berkenaan sewajarnya digunakan oleh balu Mazdi dan ahli keluarganya untuk membesarkan anak, membiayai pendidikan dan segala keperluan kebajikan termasuk menabung untuk waktu kecemasan.

Sementara itu, Norhaslin yang juga seorang guru berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kepada Angkasa kerana menyumbangkan wang insurans berkenaan untuk menampung pendapatan bulanan bagi menguruskan kehidupan keluarga pada masa akan datang.

"Saya sifatkan suami saya (Mazdi) seorang yang cukup penyayang dan bertanggungjawab. Kami juga reda dengan pemergiannya kerana itu ketentuan Allah," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mahkamah Rayuan benar tangguh perbicaraan Alvin, Vivian

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

Alvin Tan (kanan) dan Vivian Lee ketika hadir di Mahkamah Rayuan, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 6 Jan. - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan pasangan blogger kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee untuk menangguhkan perbicaraan terhadap mereka di Mahkamah Sesyen berhubung tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan yang dijadualkan bermula pada Rabu ini.

Datuk Linton Albert yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan demikian sebulat suara semasa bersidang bersama-sama Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Seri Zakaria Sam.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, yang dilaporkan telah memutuskan hubungan dengan Vivian atau Lee May Ling, 25 baru-baru ini, hadir di mahkamah secara berasingan.

Semasa menunggu kes mereka dipanggil, pasangan itu duduk berasingan di galeri awam dengan Vivian pada satu ketika dilihat sebak ketika memandang ke arah Alvin yang seolah-olah tidak menghiraukannya.

Dengan keputusan hari ini, perbicaraan terhadap mereka yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen di ibu negara pada 8 hingga 10 Januari ini tidak akan dijalankan.

Terdahulu, peguam Chong Joo Tian yang mewakili pasangan itu berhujah, anak guamnya memohon menangguhkan perbicaraan sementara menunggu selesai rayuan mereka untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan tersebut.

Menurut beliau, sekiranya mahkamah tidak membenarkan penangguhan perbicaraan tanpa menunggu rayuan, ini akan menyebabkan prejudis terhadap anak guamnya yang berdepan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun bagi pertuduhan berkaitan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin pula memohon mahkamah menolak rayuan penangguhan itu memandangkan tiada alasan istimewa dikemukakan yang boleh menyebabkan prejudis terhadap pasangan itu jika perbicaraan dijalankan pada minggu ini.

Beliau yang memberi jaminan perbicaraan tidak akan selesai dalam tempoh tiga hari itu sebaliknya berkata, pihak pendakwaan yang akan menjadi prejudis kerana telah memanggil saksi-saksi untuk tampil memberi keterangan pada tarikh tersebut.

Alvin dan Vivian mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Disember lalu yang menolak permohonan mereka untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu rayuan untuk membatalkan pertuduhan di bawah Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.

Mahkamah Tinggi pada 21 November lalu menolak permohonan mereka untuk membatalkan pertuduhan itu dengan alasan pertuduhan yang dihadapi adalah sah, teratur dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ketika ditemui wartawan di luar mahkamah, Joo Tian memberitahu, setakat ini tarikh rayuan bagi membatalkan pertuduhan itu masih belum ditetapkan.

Pertuduhan itu menyebut bahawa Alvin dan Vivian didakwa memuat naik di laman sosial Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!') yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CAF-Syed Restaurant, Jalan Dang Wangi di ibu negara pada pukul 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013.

Pasangan itu juga menghadapi tuduhan bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook berhubung kandungan gambar dan komen sama yang mengandungi logo Halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Pertuduhan di bawah subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 itu didakwa dilakukan di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di Kuala Lumpur pada masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga di bawah subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 pula, pasangan terbabit menghadapi pertuduhan mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ antara pukul 9 malam, 6 Julai 2013 dan 2 pagi, 7 Julai 2013 di alamat yang sama di Kompleks Mutiara.

Pegawai kastam dituduh rasuah dijel sehari

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

JOHOR BAHRU 6 Jan. - Seorang pegawai kastam dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah RM1,500 daripada seorang pengusaha kafeteria, November tahun lalu.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz turut memerintahkan tempoh pemenjaraan Suhaimi Abdul Wahab, 40, ditambah lagi enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Suhaimi mengaku menerima wang suapan tersebut daripada pemilik Dream-Dream Cafe, Leong Po Tong di dalam bilik pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kluang di sini pada pukul 3.25 petang, 15 November tahun lalu.

Sogokan itu didakwa diberi sebagai dorongan membantu mengurangkan kadar kompaun terhadap premis tersebut yang menjalankan perniagaan menjual minuman keras tanpa lesen.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorfazlin Hamdan manakala Suhaimi diwakili peguam Liow Boon Lee.

Tertuduh membayar denda tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


3 kanak-kanak antara 10 terbunuh dalam letupan

Posted: 06 Jan 2014 10:53 AM PST

PESHAWAR 7 Jan. - Sekurang-kurangnya 10 terbunuh, termasuk tiga kanak-kanak dalam satu letupan yang berlaku di sebuah rumah ketua puak Khyber barat laut Pakistan.

Menurut pegawai kanan pentadbiran tempatan, Nasir Khan, seramai sembilan orang yang lain tercedera dalam kejadian terbabit di rumah ketua puak yang dikenali sebagai Hakim Khan.

Kami masih menyiasat punca sebenar letupan itu, namun tidak menafikan kemungkinan kejadian itu berlaku secara tidak sengaja kerana kebanyakan rumah kediaman puak sememangnya menyimpan senjata dan bom," katanya. - AFP

Lelaki mahu serang Kedutaan Myanmar dipenjara

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

Gambar fail bertarikh 11 November lalu, menunjukkan Achmad Taufiq (kiri) diiringi seorang anggota polis ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan. - AFP

JAKARTA 6 Jan. - Sebuah mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun setengah ke atas seorang anggota kumpulan pelampau selepas didakwa merancang untuk mengebom Kedutaan Myanmar di sini dengan niat membalas dendam atas pembunuhan etnik Rohingya Islam.

Achmad Taufiq merupakan seorang daripada beberapa anggota kumpulan pelampau yang dibicarakan berhubung kesalahan itu sejak Mei lalu.

Hakim Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, Suprapto berkata, hukuman itu setimpal dengan rancangan jahat Achmad yang cuba menggugat keamanan di negara ini.

"Pesalah sengaja ingin mencetuskan huru-hara di negara ini dan menentang usaha kerajaan untuk membendung keganasan.

"Hukuman itu diharap dapat memberi kesedaran kepada pesalah pada masa depan," katanya.

Polis berjaya menggagalkan rancangan Achmad sehari sebelum dia merancang untuk mengebom bangunan kedutaan itu, selepas ditahan ketika menunggang motosikal bersama seorang anggota pelampau serta sejumlah bom buatan sendiri.

Selain itu, Achmad juga didakwa bersubahat membina bom paip bertujuan meletupkan Kedutaan Myanmar dengan beberapa anggota pelampau lain.

Menurut dokumen pendakwaan, Achmad merupakan anggota kumpulan pelampau yang dikenali sebagai Negara Islam Indonesia.

Pada bulan lalu, seorang lagi anggota pelampau, Sigit Indrajid, 23, mengaku menjadi dalang dalam rancangan pengeboman tersebut dan dijangka dijatuhi hukuman dalam bulan ini. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Jeremy Irvine kuruskan badan untuk filem

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

LONDON 6 Jan. - Aktor Britain, Jeremy Irvine hilang berat badan sebanyak 12.7 kilogram untuk tampil dalam filem terbaharunya, The Railway Man.

Dalam filem tersebut, Irvine memegang watak sebagai Eric Lomax iaitu seorang pegawai tentera Britain yang dipenjara di sebuah kem perang askar Jepun pada 1942 dan menjadi buruh paksa bagi menyiapkan landasan kereta api Thailand-Myanmar.

Bagi menjayakan watak tersebut, Irvine perlu kelihatan kurus dan hanya makan ikan tuna dalam tin.

"Watak Lomax benar-benar mencabar kredibiliti saya sebagai pelakon kerana saya sentiasa berasa lapar dan hampir hilang kawalan.

"Saya menjadi lemah kerana hanya mengambil ikan tuna sebagai makanan harian, namun keadaan saya sentiasa dipantau oleh pakar diet di set penggambaran," katanya.

Pelakon berusia 24 tahun itu juga menyatakan bahawa dia berterima kasih kepada pengarah filem tersebut iaitu Jonathan Teplitzky kerana memberinya peluang merasai sedikit pengalaman menjadi tahanan dan buruh paksa.

"Saya mungkin tidak dapat merasai pengalaman sebenar ketika 'landasan maut' itu dibina, namun saya sedar akan kesan dan nilai kehidupan," ujarnya.

Filem tersebut mula ditayangkan di Australia pada 26 Disember lalu. - AGENSI

Emma Watson kembali solo

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

LOS ANGELES 6 Jan. - Aktres Emma Watson dilaporkan berpisah dengan teman lelakinya, Will Adamowicz baru-baru ini.

Menurut laman web The Mirror, pasangan itu berpisah ekoran jadual kerja Watson yang padat membuatkan mereka jarang berhubung antara satu sama lain.

Berita perpisahan itu timbul selepas tersebar khabar angin mengenai pertunangan Watson dengan Adamowicz.

Sementara itu, jurucakap Watson memberitahu laman web MailOnline, pasangan tersebut berpisah musim panas lalu dan mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain.

Bintang filem Harry Potter itu kini membintangi filem terbaharu berjudul Noah, bergandingan dengan aktor Russell Crowe dan aktres Jennifer Connelly.

Filem tersebut diarahkan oleh Darren Aronofsky. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Apple tawar iPad dengan cip khas

Posted: 05 Jan 2014 09:42 PM PST

Pengguna peranti pintar Apple pastinya tidak sabar dan sentiasa menunggu sebarang gajet baharu yang dikeluarkan oleh pengeluar terbabit yang mana jenamanya telah kukuh dipasaran.

iPad dan iPhone sentiasa menerima keluarga baharu dengan tujuan memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna tegar jenama Aplle.

Pengguna tegar segmen tablet pastinya teruja dengan pelancaran ipad iPad Air dan iPad mini yang sekali gus memperkukuhkan rangkaian produk berkenaan di pasaran serta mampu memenuhi kehendak dan permintaan mereka mereka.

Penampilan iPad Air yang masih mengekalkan paparan 10 inci mampu memberi kepuasan kepada pengguna yang obses kepada elemen paparan selain mudah dibawa ke mana-mana dengan beratnya dianggarkan 43 peratus lebih ringan berbanding 450 gram berbanding berat yang lama.

Pada masa sama, ketebalannya juga turut dikurangkan sehingga 20 peratus selain disertakan dengan cip A7 rekaan Apple bagi memberikan kelajuan yang setanding serta fungsi rangkaian 4G Evolusi Jangka Panjang (LTE) turut didatangkan dalam model tersebut.

iPad mini pula didatangkan kepada mereka yang menggemari tablet lebih kecil berbanding biasa, iaitu satu lagi keluaran terbaru Apple mungkin menjadi pilihan kerana saiznya kecil.

Lebih menakjubkan, iPad Mini ini tampil lebih baik dengan binaan paparan skrin retina berdefinisi tinggi (HD) berkeupayaan resolusi 2048 x 1536 piksel.

Selain itu, sebanyak 3.1 juta piksel digunakan bagi menghasilkan imej memukau yang turut disokong menyokong pemproses M7 dan cip A7 khas daripada Apple.

Dengan saiz paparannya yang berukuran 7.9 inci serta paduan pemproses dan paparan mantap, peranti tersebut i pasti sesuai untuk mereka yang inginkan peneman yang lebih kecil.

Mereka yang berminat, kunjungi sahaja ke kedai kedai jualan berhampiran kerana kedua-duanya telah berada di pasaran dan bagi pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.apple.com.

Asus tampil Transformer baharu

Posted: 05 Jan 2014 09:42 PM PST

ASUSTEK Computer Malaysia Sdn.Bhd. (ASUS) sekali lagi tampil memperkenalkan produk terbaharu iaitu Transformer Book T300 berukuran 13.3 inci dengan paparan definisi tinggi penuh (full HD).

Komputer riba yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core generasi keempat itu turut dilengkapi dengan Windows 8 untuk prestasi lancar serta kecekapan tenaga hayat baterinya yang cemerlang mampu bertahan sehingga lapan jam.

Dibina lebih besar dengan reka bentuk logam dengan kekemasan sentuhan, papan kekuncinya yang mempunyai penyambungan dok magnetik berfungsi bagi memudahkan tablet dipasang dan dibuka daripadanya.

Selain itu, komputer riba tersebut turut diperhebatkan dengan binaan kamera depan berdefinisi penuh 720p dan 1080p belakang ditambah dengan pembesar suara stereo berteknologi audio SonicMaster untuk bunyi yang jelas dan kuat.

Kini Transformer Book T300 boleh didapati di pasaran dengan harga pengenalan RM3,399 dengan dua tahun jaminan.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai komputer riba terbaharu daripada Asus ini boleh layari kaman web www.asus.com/my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tiada cacat cela, kenapa perlu pinda?

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

Salehuddin Saidin
Pakar undang-undang

BARU-BARU ini, tiga wakil rakyat DAP di Selangor dilaporkan mencadangkan supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda atas alasan menjaga hak bukan Islam di negeri ini.

Cadangan itu dinyatakan Yeo Bee Yin, Rajiv Rishyakaran dan Lau Weng San yang masing-masing mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Damansara Utama, DUN Bukit Gasing dan DUN Kampung Tunku.

Mereka mengusulkan pindaan dibuat terhadap Sub-Seksyen 9 enakmen terbabit susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah bible versi bahasa Melayu dan Iban mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Khamis lalu.

Berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 , ada menyatakan seseorang didapati bersalah jika dia (a) dalam mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam atau kenyataan; (c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau (c) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan, menggunakan perkataan Allah atau 34 perkataan Arab termasuk Hadis, Syariah, Khalifah, Fatwa, Alhamdulillah dan Insya-Allah untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Selain itu, mereka memberikan hujah kononnya seksyen tersebut bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kebebasan beragama.

Sungguhpun begitu, timbul persoalan mengapa ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan beria-ia mencadangkan pindaan dibuat ke atas enakmen tersebut walhal tindakan yang dilakukan JAIS melakukan serbuan dan merampas bible di premis pertubuhan berkenaan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.

Sehubungan itu, adalah tidak wajar apabila tindakan JAIS tersebut dikaitkan kononnya mahu mencampuri urusan agama lain.

Ini kerana di bawah enakmen itu, penggunaan kalimah Allah serta 34 perkataan Arab lain dalam mana-mana penerbitan agama bukan Islam adalah dilarang sama sekali di negeri ini dan selaku badan yang menguatkuasakan enakmen tersebut, JAIS sememangnya mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Mengapa pula tiga wakil rakyat terbabit menuding jari kepada JAIS dan mencadangkan pindaan enakmen tersebut dibuat?

Sepatutnya mereka perlu bertanyakan kepada Pertubuhan Bible Malaysia mengapa tidak mematuhi enakmen yang jelas melarang penggunaan kalimah Allah dalam apa jua penerbitan di negeri ini termasuklah dalam bible sendiri?

Bagi pakar undang-undang, Datuk Salehuddin Saidin, alasan wakil-wakil rakyat berkenaan kononnya Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 itu adalah bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan adalah tidak tepat sama sekali.

Sebaliknya menurut beliau, enakmen tersebut sebenarnya diwujudkan berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

"Maka perlu difahami bahawa Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 itu dibuat berasaskan lunas undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan. Asasnya dibuat undang-undang (enakmen) ini adalah untuk mengawal perkembangan agama bukan Islam ke atas orang Islam di Selangor.

"Sehubungan itu, undang-undang (enakmen) ini adalah dibentuk berlandaskan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga dengan prosedur operasi standard (SOP) JAIS dalam tindakannya tidak perlu dipersoalkan kerana badan itu menguatkuasakan enakmen yang telah sedia ada," jelas beliau.

Malah, Sallehuddin turut menyatakan tidak ada cacat-celanya enakmen tersebut termasuklah tindakan JAIS menyerbu dan merampas naskah bible di premis persatuan berkenaan sehingga memerlukan pindaan dibuat.

Walau bagaimanapun, beliau memberikan pandangan bahawa sekiranya enakmen itu memerlukan pindaan, boleh dilakukan hanya dengan matlamat untuk memantapkan lagi kawalan pengembangan agama bukan Islam ke atas orang Islam tanpa adanya sebarang pemansuhan mana-mana sub-seksyen di bawah enakmen itu.

Berdasarkan pandangan Salehuddin itu, ketiga-tiga wakil rakyat terbabit sepatutnya faham terlebih dahulu peruntukan undang-undang yang sedia ada dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mahu 'mencari undi' di kalangan pengundi bukan Islam.

Jika itu yang bermain di fikiran tiga wakil rakyat terbabit, adalah tidak salah rasanya tindakan mereka boleh dianggap sengaja mencetuskan provokasi di antara penganut Kristian dan Islam khususnya di negeri ini.

Ini kerana berdasarkan perkembangan ketika ini, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang mewakili umat Islam dilihat secara terbuka melahirkan kemarahan serta rasa tidak puas hati mereka terhadap ketiga-tiga wakil rakyat DAP itu ekoran cadangan tersebut.

Bagi NGO-NGO terbabit, cadangan itu merupakan satu penghinaan terhadap Islam selain menyifatkannya sebagai satu usaha untuk memurtadkan penganut agama itu.

Sekiranya ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan memberikan alasan kononnya tidak tahu hukum-hakam Islam, mengapa rakan sekutu beragama Islam daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak 'mentarbiah' mereka sebelum membuat sesuatu kenyataan yang berkaitan dengan agama Islam?

Hakikatnya, isu kalimah Allah serta larangan pengunaan kalimah-kalimah Arab lain yang telah termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 tidak sewajarnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak dalam usaha untuk mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang agama khususnya di Selangor.

Ini kerana, matlamat enakmen itu sendiri adalah untuk memelihara keharmonian masyarakat dan sepatutnya dihormati semua pihak.

Adalah amat tidak bertanggungjawab jika ada pihak cuba menjadi 'jaguh' dengan mempersoalkan enakmen tersebut.

Keharmonian kaum asas ajaran agama

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

Oleh PROF. MADYA DR. SAODAH ABD. RAHMAN
PROF. MADYA DR. SAODAH ABD RAHMAN, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Orang ramai dan NGO berhimpun di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya sejak awal pagi pada 14 Oktober tahun lalu di mana keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald.

PERSELISIHAN di antara penganut agama Islam dan Kristian dalam negara ini berkaitan dengan kalimah Allah tercatat dalam bible sepatutnya tidak berlanjutan sehingga ke tahap yang boleh mengeruhkan keamanan negara.

Perkara berkaitan isu agama sepatutnya dibincang secara berhemah dan hikmah. Dalam menyelesaikan persengketaan berkaitan dengan keagamaan, mutual understanding amat diperlukan.

Pengalaman penulis sebagai pelajar teologi di sebuah universiti di England selama enam tahun dan penglibatan dalam kegiatan dialog agama sejak 1989 di negara Barat dan di Vatican (1992, 1997,1999) semasa John Paul II mendapati bahawa hubungan umat Islam dengan Kristian adalah terlalu mesra terutamanya apabila Vatican memperakui agama Islam, Kristian dan Yahudi sebagai Abrahmic Religions dan penganut ketiga-tiga agama ini sebagai Abrahamic Brothers.

Agama Islam mengkategorikan agama Kristian dan Yahudi sebagai agama Samawi kerana ketiga-tiga agama tersebut menerima wahyu daripada Ilahi. Islam tidak memperakui agama Kristian dan Yahudi sebagai Islam kerana kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Musa dan Isa telah dipinda dan diubah keasliannya oleh para ulama agama setelah Nabi Musa dan Nabi Isa meninggal dunia .

Selain itu, agama Kristian mengaitkan Isa dengan ketuhanan yang mana kepercayaan ini bertentangan dengan konsep tauhid mutlak (pure monotheism) yang merupakan pengajaran fundamental akidah agama Islam. Agama Yahudi juga tidak diterima oleh Islam kerana mereka tidak mempercayai Nabi Isa dan Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah. Sedangkan penganut agama Samawi wajib memperakui kerasulan 25 orang Rasul seperti dinyatakan oleh Allah SWT di dalam kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Penafian kenabian ini menyebabkan orang Yahudi terkeluar daripada agama Islam.

Berdasarkan penerangan di atas maka penganut ketiga-tiga agama tersebut sepatutnya memahami perbezaan di antara satu sama lain berkaitan kepercayaan. Penafsiran kitab-kitab suci agama sepatutnya bertepatan dengan konteks ajaran agama masing-masing. Penggunaan nama 'Allah' dalam kitab suci agama selain agama Islam hanya diguna pakai oleh penganut agama Kristian di negara-negara Arab seperti Mesir, Jordan, Syria dan seumpamanya.

Pengalaman penulis sebagai pelajar teologi yang sering mengikuti program di gereja di negara England, Jerman, Austria dan Itali serta menghadiri Papal Audience di Vatican jelas menunjukkan bahawa perkataan 'Allah' tidak disebut oleh paderi dan Pope John Paul II ketika bersembahyang dan memberi ucapan. Perkataan 'God', 'Father', 'Son' dan 'Jesus' merupakan perkataan yang sering diungkapkan oleh ketua agama Kristian ketika bersembahyang dan memberi syarahan agama.

Dialog agama di antara sarjana Islam dan Kristian merupakan salah satu aktiviti yang aktif di Vatican dan negara-negara Barat. Hasil daripada dialog antara agama dan seminar akademik di antara para ilmuan Kristian dan Islam yang begitu aktif sejak John Paul II sepatutnya boleh mempengaruhi pemikiran sarjana Kristian di Vatican supaya menukar perkataan 'God' dalam bible dengan perkataan 'Allah'. Hakikatnya sehingga kini perkataan 'God' masih digunakan oleh Vatican. Ini menunjukkan bahawa tanpa menggunakan perkataan 'Allah' agama Kristian tidak akan tergugat fundamental akidahnya.

Persoalannya, kenapa perkataan 'Allah' masih ingin digunakan dalam penulisan dan penerbitan ajaran bible walaupun ia boleh menggugat keharmonian kaum. Penganut agama Islam dan Kristian diajar oleh agama mereka erti keharmonian, kasih sayang terhadap manusia dan memuliakan jiran. Mereka diajar supaya berkompromi dalam pelbagai kegiatan hidup dengan penganut agama lain selama mana kegiatan itu tidak menggugat fundamental akidah agama mereka.

Dilema yang wujud dalam negara ini masa kini adalah jika perkataan 'Allah' digunakan dalam penulisan penerbitan agama Kristian, ia boleh mengelirukan penganut agama Islam yang kurang arif mengenai akidah Islam. Salah faham terhadap konsep tauhid mutlak ini boleh menggugurkan akidah umat Islam. Ini merupakan satu kebimbangan umat Islam dalam negara ini. Penganut agama Kristian pula ingin membuat pembaharuan dalam tafsiran bible mereka mengenai God dengan menterjemahkannya dengan perkataan 'Allah'. Dari aspek kemanusiaan umat Islam tidak berhak mencampuri urusan keagamaan penganut agama Kristian. Tetapi dalam konteks negara yang dihuni oleh pelbagai agama dan kaum maka perasaan curiga dan prasangka terhadap perubahan bible itu boleh menimbulkan perselisihan kaum dan agama. Perkara begini jika tidak dibendung boleh menggugat keharmonian kaum dan prejudis agama yang amat berbahaya kepada negara.

Berdasarkan kepada suasana begini maka para sarjana Islam dan Kristian sepatutnya berfikir dan merenung sejauhmanakah mereka mengamalkan konsep kasih sayang dan kecintaan terhadap kedamaian yang menjadi asas ajaran agama Samawi. Al-Quran secara jelas menggalakkan umat Islam supaya bersahabat dengan penganut agama Kristian kerana mereka adalah orang yang merendah diri dan penuh kasih sayang serta bertolak ansur. Ajaran Kristian menggalakkan penganutnya bertolak ansur dan berkorban sehingga ke tahap jika 'pipi kiri ditampar maka beri pula pipi kanan'.

Demi keharmonian kaum dan keamanan negara maka sikap bertolak ansur dan berkompromi amat diperlukan. Ahli agama sering dilihat sebagai orang paling bertolak ansur kerana mereka merupakan orang yang paling menghampiri Tuhan. Perselisihan sering membangkitkan emosi yang sukar dikawal dan dibendung. Jika gagal dikawal ia boleh mengundang kepada kemusnahan dan permusuhan.

Orang yang patuh kepada agama sering berusaha mengelakkan perpecahan dan perselisihan kerana peranan utama mereka ialah mendidik dan mengasuh penganut agama mereka menyemarakkan kasih sayang dalam bentuk universal. Bertolak ansur dan berkompromi bukan bererti lemah dan kalah tetapi ia merupakan hikmah dalam kehidupan manusia.

Apabila kuasa politik digunakan untuk menyelesaikan perselisihan agama maka suasana menjadi semakin kemelut. Sebagai pemimpin dan peneraju negara, keamanan dan keharmonian dalam negara merupakan asas penting dalam sistem pemerintahan negara. Jika perselisihan menjadi semakin membara maka tindakan yang keras menjadi pilihan untuk membendung permasalahan.

Oleh itu ahli-ahli agama dalam negara ini sepatutnya menggunakan pendekatan yang berhemah bagi menyelesaikan permasalahan salah faham dan prejudis agama supaya setiap kaum yang berbeza agama dalam negara ini menghormati antara satu sama lain.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Kisah penghijrahan imej Felixia

Posted: 05 Jan 2014 04:27 AM PST

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

LANGKAH berhijab Playboy Bunny pertama warganegara Malaysia, Felixia Yeap mengejutkan ramai orang walaupun dia bukan seorang Muslim.

Syukur ketenangan hadir pada setiap masa dan ketika. Perubahan yang saya lalui kini adalah satu pengantaraan untuk meninggalkan semua imej seksi saya yang dulu atas dasar kerja," kata Yeap Chin Yee, 27 atau mesra dengan panggilan Felixia sambil tersenyum manis menjelaskan hasrat murninya itu.

Model profesional ini mengakui kehidupannya kini berbeza lebih-lebih lagi dia sudah memilih imej berhijab.

Ceritanya tentang penghijrahan imej, Felixia memberitahu, dia sebenarnya pertama kali memakai hijab sewaktu uji bakat untuk menjadi model sebuah syarikat telco di Malaysia yang memerlukan modelnya berhijab di dalam gambar.

Pertama kali pakai hijab, saya melihat dalam cermin dan terperanjat yang sebenarnya wanita yang berhijab lebih ayu. Saya juga merasa lebih selamat, tenang, terlindung dan dihormati. Memang saya dah lama ingin mencuba berhijab, tetapi tidak berpeluang sehingga masa uji bakat itu," ujarnya.

Beberapa bulan kemudian, Felixia mendapat kerja sebagai model catwalk sempena hari raya dan dia perlu memperagakan tudung sekali lagi. Masa itu barulah Felixia sedar yang dia sebenarnya amat selesa dengan hijab, malah telah jatuh cinta dengan perasaannya ketika berhijab dan fesyen hijab itu sendiri.

Pemilik butik masa itu kebetulan menghadiahkan token tambahan iaitu selendang kepada model-model majlis peragaan itu.

MEMBELI HIJAB

Dari situ, saya mulai mencuba berhijab secara diam-diam di rumah dan mula membeli hijab.

Kali pertama saya berhijab secara terbuka ialah sewaktu majlis perkahwinan kakak seorang rakan bersama rakan muslimah yang juga telah berhijrah.

Selepas itu, saya sudah selesa dan berani berhijab setiap kali keluar rumah walaupun bukan seorang Muslimah, terutamanya ketika keluar bukan atas urusan kerja," ujarnya.

Selain itu, Felixia juga gemar menutup aurat di samping berhijab, dan mengikut cara-cara menutup aurat yang sempurna, seperti memakai handsocks, berhijab melepasi dada dan memakai pakaian yang labuh dan longgar dan bukannya jenis yang menampakkan bentuk badan.

Katanya, perkara utama yang membawanya kepada penghijrahan ini ialah dia merasakan amalan berhijab ini membolehkan wanita menutup aurat untuk keselamatan diri dan juga sebagai penghormatan terhadap kaum wanita.

Sememangnya apabila saya berhijab, ramai yang mengatakan wajah saya lebih bersinar dan menampakkan "nur" di samping perasaan saya yang lebih tenang, selamat dan dihormati orang di sekeliling," katanya.

Felixia kini selesa berhijab.

Bermula daripada perasaan itu, dia merasakan perubahan yang dialaminya itu sebagai pengantaraan untuk meninggalkan semua imej seksinya yang dulu atas dasar kerja dan kini kerana ada yang masih dalam tempoh kontrak.

Felixia kini berusaha menuju ke arah imej menutup aurat atas dasar kemahuan dan kehendak sendiri. Namun, dia sedar ada kalangan orang ramai yang tidak faham kerana percanggahan antara dua imej buat masa ini.

Saya ingin menyeru orang ramai untuk memahami keadaan saya sebagai seorang manusia yang hanya melaksanakan kerja secara professional dan pada masa yang sama, berhak untuk menjadi diri sendiri (berhijab) apabila tidak bekerja.

Saya memang suka berhijab dan tidak sekali-kali berniat untuk mempersendakan mana-mana agama ataupun pihak," katanya yang gembira kerana ramai peminat lama dan baru memberi sokongan kepadanya.

Felixia juga bertuah kerana dikelilingi beberapa kawan rapat yang memahami, memberi sokongan dan ikhlas membimbing Felixia.

Tidak ketinggalan, ibunya juga tidak keberatan untuk memberitahunya yang Felixia kini tampak lebih ceria, tenang dan cantik selepas berhijab.

TEKAD

FELIXIA kini telah menghentikan semua kerja peragaan yang memerlukannya untuk tampil seksi, kecuali ada beberapa tugasan yang masih lagi terikat dengan kontrak.

Saya juga telah dilantik sebagai duta sebuah butik hijab yang terkenal walaupun masih baru di Kuala Lumpur. Kini saya cuma selesa menerima kerja-kerja yang tidak memerlukan imej seksi, dan kalau boleh, yang berhijab dan menutup aurat," katanya yang mahu lebih fokus sebagai duta hijab, dan berharap mendapat lebih banyak kerja model dalam bidang peragaan baju muslimah.

Wanita kelahiran Kuala Lumpur ini juga berharap untuk mengasah bakat dan mencuba nasib dalam bidang pengacaraan, lakonan dan nyanyian dengan imej berhijab ini.

Jika berkemampuan dan mempunyai masa, katanya, dia ingin mengambil kursus untuk belajar sesuatu yang baru dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti amal.

Dalam pada itu, nasihat Felixia pada mereka yang mahu berubah atau berhijrah supaya beranikan diri, tabah, ikhlas dan tidak mempedulikan sangat kata-kata negatif yang dilemparkan kepada kita. Tekad itu juga amat penting. Buat satu persatu, perlahan-lahan, dan jika orang tegur, carilah munasabahnya dan bukannya membiarkannya sebagai masuk telinga kiri, keluar telinga kanan sahaja.

Jangan juga menerima secara bulat-bulat begitu kerana ada masanya yang memberi nasihat ini juga kadang-kadang tidak sahih semuanya. Buat kajian dahulu," ujarnya yang suka membaca, menyanyi, berenang, memasak, menonton TV atau filem dan meluangkan masa bersama sahabat-sahabat rapat.

Makan sampai kenyang di Jazz House

Posted: 05 Jan 2014 04:27 AM PST

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my

Jaja (kanan) dan Zulhelmi menunjukkan hidangan stimbot yang boleh dipilih.

MAHU mencuba stimbot? Apa kata ke Jazz House berhampiran Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan makan sampai kenyang.

Pelanggan boleh mencuba kelainan dengan memilih lebih 80 hidangan stimbot gaya kampung dengan pilihan kuah asam rebus, sup ayam dan tomyam dengan hanya RM25 saja.

Selain itu hidangan seperti ketam, sotong, pepahat, lala, bebola ikan, pilihan sayur-sayuran serta pelbagai jenis mi juga antara pilihan yang boleh dinikmati.

Bagi yang tidak kenyang dengan stimbot, pelanggan boleh menceduk menu nasi yang ditukar setiap hari dengan pilihan antar12 hingga 15 jenis lauk.

Menurut pemiliknya Huraizah Ahmad Bustimi atau lebih mesra dipanggil Jaja, setiap hari mereka akan menukar menu nasi sama ada nasi putih, nasi lemak, nasi beriani atau nasi minyak.

Selain itu pelanggan boleh memilih antara empat hingga enam pencuci mulut dengan pilihan air panas dan sejuk," katanya yang menjalankan perniagaan bersama-sama adiknya Zulhelmi.

Jazz House yang dibuka pada 11 Julai 2013 lalu kini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Menurut Jaja, hampir setiap minggu ada saja majlis yang diadakan di Jazz House sama ada majlis bertunang, hari jadi, korporat atau kursus.

Setiap hujung minggu, terdapat pihak yang mengadakan kursus jahitan manik di sini," katanya yang mengambil tempahan katering, barbeku dan majlis perkahwinan.

Jaja menambah, sempena menyambut tahun baru 2014, pihaknya sedang merancang menambahkan menu stimbot gril ala kampung.

Restoran berkonsepkan rumah santai ini juga turut menyediakan bilik VIP, bilik keluarga dan bilik solat bagi memudahkan pelanggan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Jalan berlubang, tidak rata

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

WALAUPUN telah diturap beberapa kali jalan raya masih rosak sehingga menyebabkan air bertakung.

KLANG 6 Jan. - Kualiti jalan raya di sekitar pekan Pelabuhan Klang di sini amat mengecewakan ekoran permukaan jalannya yang berlopak dan tidak rata sehingga membahayakan orang ramai.

Masalah itu berlaku disebabkan jalan tidak diturap dengan baik dan diburukkan lagi dengan ratusan kontena yang melalui jalan di sekitar pekan tersebut setiap hari.

Situasi itu berlaku memandangkan Pelabuhan Klang sememangnya terkenal sebagai pintu masuk kapal-kapal dagang selain merupakan kawasan perindustrian utama di negara ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di Jalan Kem dan Persiaran Raja Muda Musa mendapati, keadaan jalan di kawasan itu berlubang dan beralun.

Jalan yang telah diturap beberapa kali itu juga didapati rosak semula tidak sampai beberapa bulan kemudian.

Sehubungan itu, kualiti turapan dan penyelengaraan jalan raya perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa tempatan demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Masalah sama juga dilihat di laluan di bawah jejambat yang menghubungkan jalan ke Pelabuhan Utara, Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Selatan dekat sini.

Selain berdepan masalah jalan rosak, trafik di jejambat tersebut kerap kali sesak kerana beberapa laluan di persimpangan berkenaan ditutup sementara waktu.

Disebabkan penutupan tersebut, penunggang motosikal terpaksa melintas di atas pembahagi jalan raya yang boleh mengundang bahaya.

Keadaan tersebut juga memaksa para pemandu kenderaan membuat pusingan U di bawah jejambat untuk ke persimpangan menuju ke Persiaran Raja Muda Musa dan kawasan sekitarnya sebagai laluan alternatif.

Difahamkan penutupan tersebut adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja meroboh dan menaik taraf jejambat berkenaan.

Penduduk minta MPK baiki segera jalan rosak

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

KLANG 6 Jan. - Orang ramai di sekitar Pelabuhan Klang di sini meminta Majlis Perbandaran Klang (MPK) membaiki jalan-jalan yang rosak di sekitar kawasan tersebut dengan segera.

Mereka mendakwa, jalan yang telah diturap beberapa kali sebelum ini tidak bertahan lama kerana mudah pecah akibat dilalui kenderaan berat.

Pihak berkuasa juga digesa mengambil tindakan jangka panjang bagi memastikan perkara sama tidak berulang sekali gus membahayakan pengguna jalan raya.

Seorang pemandu teksi, Basaruddin Mohd. Akhar, 64, berkata, masalah tersebut telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

"Biasanya selepas tiga hari jalan diturap pihak kontraktor MPK, ia rosak semula akibat dilalui oleh kenderaan berat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang penduduk, V. Selvam, 50, berkata, pihak berkuasa perlu menurap keseluruhan jalan dan bukannya dengan menampal permukaan jalan raya yang berlopak sahaja.

"Jika jalan raya terbabit diselenggara dengan baik dan diturap sepenuhnya sudah tentu akan memberi keselesaan kepada pengguna," ujarnya.

Bagi Isa Yahya, 65, kesesakan jalan raya di pekan tersebut berlaku ekoran kerja-kerja menaik taraf jejambat.

"Kesesakan berlaku tidak kira waktu selain ada segelintir pengguna meletakkan kenderaan mereka di bahu-bahu jalan," katanya.

Peniaga makanan, Salmah Awang, 55, menyifatkan penutupan laluan di persimpangan tersebut juga menjejaskan para pengguna jalan raya untuk memasuki kawasan tersebut.

"Mereka terpaksa berdepan kesesakan yang teruk setiap masa untuk membuat pusingan U yang agak jauh di bawah jejambat berkenaan. Saya juga berharap supaya kerja-kerja menaik taraf itu disiapkan dengan segera," katanya.

Bersihkan kawasan sekitar 10 minit seminggu mampu basmi aedes

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

SHAH ALAM 6 Jan. - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyeru orang ramai mengambil tindakan proaktif untuk membersihkan kawasan persekitaran premis sekurang-kurangnya 10 minit seminggu.

Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, amalan tersebut mampu memastikan tiada bekas kosong yang boleh menakung air seperti kolah mandi, tayar, tin kosong dan pasu bunga yang berpotensi menjadi tempat pembaikan nyamuk aedes.

"Punca berlakunya pembiakan nyamuk aedes adalah kerana sikap masyarakat yang alpa dan tidak menjaga kebersihan serta tidak membuat pemeriksaan di tangki simpanan, kolah air, koridor dan talang di premis mereka.

"MBSA amat serius dalam menangani masalah nyamuk aedes dan berharap mendapat kerjasama daripada warga Shah Alam untuk memastikan bandar raya ini bebas daripada ancaman demam denggi," katanya di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya memaklumkan, Selangor mencatat jumlah tertinggi kes demam denggi iaitu 23,852 kes.

Shahrin memberitahu, pihaknya akan membuat pemeriksaan secara berkala di premis-premis termasuk kediaman, rumah kedai, restoran, kilang dan projek perumahan bagi memastikan demam denggi dapat dikawal.

"Sekiranya semasa pemeriksaan terdapat premis yang mempunyai bekas atau takungan air yang membiak nyamuk aedes, MBSA akan mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan kompaun.

"Langkah ini diambil bagi mendidik masyarakat agar peka dengan masalah tersebut. Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai yang mengalami tanda atau simptom demam denggi diminta membuat pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan dengan segera," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pusat penjaja lebih baik, selesa

Posted: 05 Jan 2014 11:01 AM PST

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my

Ayob Rahmat (dua dari kanan) meninjau kawasan baharu di hadapan Kolej Komuniti Segamat yang akan menempatkan 25 penjaja makanan di sekitar Bandar Putra, Segamat, Johor, semalam.

SEGAMAT 5 Jan. - Seramai 25 penjaja di sekitar Bandar Putra di sini yang menjalankan peniagaan mereka secara tidak tersusun akan dipindahkan di kawasan berhampiran Kolej Komuniti tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayob Rahmat berkata, tapak dan kos membersih serta menurap kawasan tersebut sebanyak RM450,000 dibiayai oleh Kementerian Pendidikan dan peniaga dijangka boleh mula menggunakan kawasan itu mulai Mac ini.

"Para peniaga seharusnya faham tindakan ini bukan bertujuan menyusahkan sebaliknya memudahkan mereka menjalankan perniagaan di kawasan yang lebih sempurna dan teratur.

"Selama ini mereka menjalankan perniagaan di tapak yang akan dibangunkan dan daripada 25 peniaga, hanya empat orang mempunyai lesen, manakala selebihnya tidak memilikinya," katanya semasa meninjau tapak perniagaan itu di sini semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang enggan berpindah kerana selama ini pihak berkuasa telah memberi peluang dan masa yang lama serta bertolak ansur walaupun mereka berniaga tanpa lesen.

Menurutnya, pada peringkat awal, peniaga hanya dibenarkan menjalankan perniagaan berkereta sorong dan tidak dibenarkan mendirikan bangunan kekal kerana pihak berkuasa bercadang untuk membina bangunan tetap pada masa akan datang sebaik permohonan peruntukan daripada Kementerian Pendidikan sebanyak RM1.5 juta diperoleh.

"Mungkin dalam kalangan mereka berasa kurang selesa dengan suasana dan kawasan baharu pada peringkat awal, namun saya percaya perkara itu bersifat sementara dan dapat menyesuaikan diri dalam masa yang singkat.

"Saya fikir mereka tidak akan kehilangan pelanggan walaupun berpindah ke lokasi baharu kerana tapak ini terletak tidak jauh dari tempat lama. Malah, suasana di tempat baharu lebih selesa," katanya.

Kampung Tembioh bakal jadi medan ikan bakar

Posted: 05 Jan 2014 11:01 AM PST

KOTA TINGGI 5 Jan. - Kampung Tembioh iaitu perkampungan tradisional Melayu di pinggir bandar di sini bakal dimajukan sebagai pusat tumpuan ekonomi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan tersebut.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd. Noorazam Osman berkata, perkampungan yang kini didiami kira-kira 20 keluarga itu perlu 'keluar' daripada stigma banjir yang sering melanda kawasan tersebut.

Menurutnya, perkampungan tersebut perlu dibangunkan kerana mempunyai potensi sebagai medan ikan bakar seperti di Muar.

"Saya juga telah berbincang dengan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dan wakil rakyat untuk mencari peruntukan atau cara pembiayaan mahupun menerusi penswastaan bagi menjadikan perancangan ini sebagai realiti," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke kampung berkenaan baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Amal Al-Insan Kota Tinggi, Mohd. Zain Arif.

Noorazam berkata, pihaknya juga mempunyai perancangan untuk membina jambatan gantung bagi menghubungkan kampung tersebut dengan kawasan bandar.

Beliau berkata, dengan pembinaan jambatan gantung itu juga secara tidak langsung dapat membantu penduduk terutamanya nelayan untuk meningkatkan ekonomi mereka.

"Kita juga mahu melaksanakan perkara sama di Kampung Makam agar selain menjadi tempat tumpuan sejarah, kawasan itu juga akan menjadi lokasi pembangunan ekonomi.

"Usaha tersebut bagaimanapun bukan dapat dilakukan dalam sekelip mata. Justeru, saya telah meminta pihak MDKT untuk membuat satu pelan bagi merealisasikan usaha itu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Kurikulum Kafa disemak semula

Posted: 05 Jan 2014 11:01 AM PST

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
utusanN9@utusan.com.my

Mohamad Hasan (kanan) bersama Abdullah Ahmad Badawi (kiri) bersalaman dengan para tetamu ketika hadir ke Seminar Dakwah dan Pendidikan Antarabangsa di Kompleks Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

SEREMBAN 5 Jan. - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan menyemak semula silibus kelas agama petang (Kafa) anjurannya dengan memberi perhatian untuk memasukkan pengajaran tentang rukun ihsan yang merupakan satu daripada tiga tiang utama agama Islam.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengajaran tentang rukun itu penting bagi membentuk individu yang sempurna bukan sahaja berilmu tetapi mampu menggunakan akal fikiran dengan baik dalam kehidupan seharian.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, kajian tentang silibus baharu itu akan dilakukan dengan kerjasama Yayasan Sofa Negeri Sembilan serta pengerusinya, Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin As Sanusi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Akidah kerajaan negeri.

"Kita akan semak semula silibus Kafa termasuk buku teks kerana belajar sahaja tanpa memasukkan ciri-ciri rukun ihsan tidak akan melengkapkan kita sebagai muslim yang baik. Belajar sahaja tanpa ihsan akan menjadikan jiwa kosong.

"Akidah yang kuat dan diisi serta didukung oleh sifat ihsan akan menjadikan kita insan yang sempurna. Kalau dia menjadi pemimpin, dia akan jadi pemimpin sempurna, baik dari segi ilmu mahu pun akal," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pendidikan dan Dakwah Antarabangsa bertajuk 'Pemerkasaan Pendidikan dan Dakwah Melalui Manhaj Sanusi' di sini hari ini.

Yang turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Penasihat Kehormat Yayasan Sofa dan Syeikh Muhammad Fuad.

Mohamad memberitahu, beberapa siri rundingan akan diadakan selepas ini bagi meneliti semula silibus Kafa sedia ada sebelum merangka penambahbaikan ke atas kandungan pengajarannya.

Kata beliau, kajian yang teliti perlu dibuat dari semua sudut dalam usaha memastikan silibus itu lengkap dan memberi faedah kepada murid kelas berkenaan.

"Kita harap dapat dilaksanakan secepat mungkin tetapi kita tidak boleh tergesa-gesa kerana perkara baik perlu dibuat dengan cermat," ujarnya.

Seminar sehari itu dianjurkan oleh Kolej Islam As Sofa dengan kerjasama MAINS serta Kumpulan Pendidikan Sofa.

Seminar itu bertujuan memperlihatkan manhaj sanusiyyah sebagai kaedah dakwah dan pendidikan yang berjaya dalam pelbagai aspek pada hari ini.

BR1M: Puteri UMNO bantu Orang Asli

Posted: 05 Jan 2014 11:01 AM PST

JEMPOL 5 Jan. - Kunjungan ahli Puteri UMNO Jempol ke perkampungan Orang Asli di Panchor dekat Jeram Padang bagi tujuan membantu masyarakat mengemaskinikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ternyata menggembirakan penduduk kampung tersebut.

Seorang penduduk, Uteh Pak Din 77, memberitahu, dia amat gembira apabila Puteri UMNO meluangkan masa masuk ke dalam kawasan perkampungan tersebut demi membantu penduduk mengemaskini dan mengisi borang BR1M.

"Kalau mereka tidak datang nampaknya kami terpaksa pergi ke pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengisi borang tersebut. Kami bukannya pandai mengisi borang BR1M, malah terpaksa meminta bantuan orang lain.

"Orang tua seperti saya tidak tahu membawa motosikal dan terpaksa meminta bantuan daripada orang kampung untuk pergi ke kawasan pekan. Hari ini saya sangat bersyukur kerana berjaya mengemaskini BR1M dengan cara yang mudah," jelasnya.

Bagi Chulah Nimat, 55, pula memberitahu, BR1M adalah salah satu bantuan yang amat dinantikan, malah dapat membantu meringankan beban keluarganya.

Jelasnya, sebagai seorang ibu tunggal, dia hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan bagi menyara kehidupan keluarganya hasil daripada menoreh getah, bergantung kepada keadaan cuaca yang tidak menentu.

"Tahun lalu saya mendapat RM500 daripada kerajaan melalui BR1M dan saya amat gembira apabila dimaklumkan bantuan itu akan ditambah," katanya.

Sementara itu, John Baharin Ayom, 46, menjelaskan, terdapat penduduk yang tidak pernah memohon BR1M pada tahun lalu kerana menghadapi masalah pengangkutan untuk keluar mendapatkan bantuan mengisi borang berkenaan

"Syukur Puteri sanggup ke sini membantu kami, malah bukan setakat penduduk di sini sahaja datang mengemaskini BR1M, malah hampir ke semua penduduk perkampungan Orang Asli berdekatan kawasan ini datang merebut peluang ini," jelas John Baharin.

Dalam pada itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Jempol, Norfasliza Mohd. Salleh memberitahu, dalam program tersebut, pihaknya menerima lebih 120 permohonan daripada penduduk untuk dikemaskinikan selain permohonan baharu.

"Selepas ini, kita akan adakan program ini di pejabat DUN Serting iaitu pada 17 Januari ini bermula pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari," jelas Norfasliza.

Bapa rayu bantuan ubati anak berusia dua tahun hidap sakit saraf, tulang lembik

Posted: 05 Jan 2014 11:01 AM PST

Setiausaha Kerja 9ers Dukerz, Mohd. Basyiruddin Mohd. Salleh (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Adli Isham Abas untuk membiayai rawatan Ahmad Wafiy (tidur) di Kuala Sawah, Rantau, semalam.

REMBAU 5 Jan. - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh seorang kanak-kanak, Ahmad Wafiy Adli Isham, 2, selepas disahkan menghidap penyakit saraf dan tulang lembik sejak dia berusia empat bulan.

Akibat penyakit itu, Ahmad Wafiy sukar mengangkat anggota fizikalnya apatah lagi bergerak seperti kanak-kanak lain.

Menurut bapanya, Adli Isham Abas, 35, dia bersama isteri, Norlyana Abdullah, 25, tetap tabah dan reda terhadap ketentuan Allah yang terpaksa dilalui oleh anak tunggalnya itu.

"Semasa dilahirkan, anak saya normal seperti bayi lain, tetapi ketika dia berusia empat bulan dia tiba-tiba sudah tidak bergerak. Maka saya membawanya berjumpa doktor sebelum dia disahkan menghidap penyakit saraf dan tulang lembik.

"Sejak dari itu, dia tidak boleh mengangkat tangan, kaki termasuk menggerakkan kepala. Malah setiap kali ingin memegang atau mengangkatnya, kami perlu berhati-hati kerana dia seperti kesakitan hingga mengalirkan air mata," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya pada penyampaian sumbangan daripada Kelab Motosikal KTM Duke 200 Negeri Sembilan (9ers Dukerz) di rumahnya di Kuala Sawah, Rantau dekat sini hari ini.

Jelas Adli Isham yang hanya bekerja sendiri, Ahmad Wafiy bukan sahaja memerlukan perhatian sepenuhnya malah perlu dirawat sehingga mencecah RM2,000 sebulan.

"Saya hanya bekerja kampung seperti menternak ayam dan bercucuk tanam secara kecil-kecilan, maka saya tidak mampu untuk menanggung kos rawatannya.

"Anak saya juga mudah diserang demam, batuk dan selesema. Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk anak saya. Setiap kali sakit, saya perlu meminjam kereta jiran untuk membawanya ke hospital," jelas Adli Isham.

Menceritakan apa yang terpaksa ditanggungnya itu, Adli Isham memberitahu, pelbagai bantuan telah dimohon dan dia berterima kasih kepada pihak yang sudi membantunya termasuk kerajaan.

"Namun ada juga segelintir ahli masyarakat yang mencemuh, malah ketika berniaga ayam goreng di pasar malam ada yang mencaci saya kononnya membawa anak semata-mata untuk mendapat belas kasihan.

"Saya buat begitu kerana Ahmad Wafiy tidak boleh berjauhan dengan saya, apabila saya tidak bersamanya dia akan menangis tanpa henti.

"Baru-baru ini juga saya kecewa tabung yang saya letakkan di sebuah kedai makan di Seremban dipecahkan," katanya.

Tambah Adli Isham, duit bantuan yang diterima bukan digunakan untuk makan minum dia dan isterinya, sebaliknya digunakan untuk menanggung kos rawatan termasuk membeli ubat, susu serta lampin anaknya itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubunginya di talian 019-6255349.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved